You are on page 1of 22

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL


EMD4M5B1

LAPORAN ULASAN BUKU

JATI DIRI MANUSIA ANTARA ISLAM DAN BARAT

DISEDIAKAN OLEH

MOHD UZAIR BIN MOHD RIZAL (K) 2020982323


ANITH SYAFIQAH BINTI AMRAN SHUKRI 2020982575
MUHAMMAD FARIS BIN FISAL 2020963041
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD FAISAL 2020982509
MUHAMMAD IQHMAL BIN SAMRIN 2020982435
MUHAMMAD SYAHMIE NAIF BIN SEDI @ ROSDI 2020982411

Laporan Ulasan Buku ini Dihantar kepada Pn Najwa binti Fudil dalam
Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk

CTU554 (ETIKA DAN PERADABAN II)

SEMESTER 4

SESI OKTOBER 2020

16 DISEMBER 2020

ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK M/S

1.0 BORANG PERAKUAN PELAJAR 3


2.0 PENGENALAN 4
3.0 RINGKASAN 4-5
4.0 ULASAN KRITIS 5-15
- Isu utama
- Daya tarikan jurnal dan isu berbangkit menurut perspektif
penyelidik
- Persetujuan jurnal dan ulasan persoalan kajian
- Metodologi kajian dan pengetahuan yang diperoleh dengan
kaedah kualitatif atau kuantitatif
- Dapatan kajian dan penerimaan dapatan kajian
- Langkah relevan dalam mematuhi etika penyelidikan
- Kesan penerimaan jurnal dalam sudut pemikiran

5.0 GAYA PENULISAN JURNAL 16


6.0 KESIMPULAN 17-18
7.0 RUJUKAN 19
8.0 BORANG PENILAIAN PELAJAR 20-22
1.0 BORANG PERAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan
yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat
daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa
meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang
melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada
Jawatankuasa Tatatertib UiTM Shah Alam.”

NAMA NO. PELAJAR


MOHD UZAIR BIN MOHD RIZAL (K) 2020982323
ANITH SYAFIQAH BINTI AMRAN SHUKRI 2020982575
MUHAMMAD FARIS BIN FISAL 2020963041
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD FAISAL 2020982509
MUHAMMAD IQHMAL BIN SAMRIN 2020982435
MUHAMMAD SYAHMIE NAIF BIN SEDI @ 2020982411
ROSDI
2.0 PENGENALAN

Jurnal ini mengupas mengenai jati diri manusia antara Islam dan barat yang
ditulis oleh dua orang penulis iaitu Muhammad Hilmi Jalil dan Mohd Yusof HJ. Othman
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendahuluan artikel ini menjelaskan
bahawa manusia pada masa ini hidup dengan pelbagai kemudahan teknologi canggih
menyebabkan permasalahan besar menimpa manusia. Ia merupakan natijah
ketempangan pembangunan jati diri manusia sendiri. Oleh itu, penulis berpendapat
bahawa makhluk-makhluk lain seperti tumbuhan dan binatang tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan alam berbeza dengan manusia yang
mempunyai akal untuk mengurus dan mentadbir alam serta bertanggungjawab
sebagai khalifah Allah di bumi seperti yang ditulis di dalam Al-Quran surah al- Baqarah.
Penulis menrangkan walaupun usaha pembangunan alam telah menghasilkan natijah
kehidupan yang hebat dan tidak pernah dicapai oleh tamadun sebelum ini, tetapi
dalam masa yang sama ia juga telah menghasilkan keburukkan kepada alam dan
manusia itu sendiri. Di akhir perenggan pendahuluan, penulis bertanyakan beberapa
soalan sebagai persoalan untuk manusiauntuk mengetahui dan menghayati jati diri
mereka yang sebenar.

3.0 RINGKASAN

Sedikit bingkisan ringkasan dalam jurnal ini ialah penulis mengaitkan isu
semasa dalam menyatakan fakta dan seterusnya mengaitkan permasalahan yang
dihadapi dengan jati diri manusia yang semakin hari semakin luntur sehingga
menimbulkan permasalahan yang serius.

Permasalahan pertama yang dibangkitkan ialah manusia berhadapan dengan


permasalahan alam sekitar yang semakin hari semakin tidak seimbang (Capra 1983).
Isu ini menyebabkan banyak fenomena perubahan alam berlaku pada hari ini yang
berlaku secara drastic dan ketara seterusnya menjadi ancaman kepada kehidupan
manusia. Penjelasan Lester W. Milbrath (1996) diambil untuk mengukuhkan
penyataan bahawa pada hari ini manusia bukanlah menghadapi krisis alam sekitar,
tetapi sebenarnya manusia berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang teruk.
Permasalahan kedua ialah manusia sedang menghadapi masalah sistem
ekonomi yang semakin gawat dan mencabar (Fukuyama 2008) kerana sistem
ekonomi pada hari in jauh daripada prinsip keadilan. Penulis menjelaskan bahawa
eksploitasi dan manipulasi ekonomi boleh dilihat melalui pelbagai bentuk amalan
ekonomi iaitu amalan riba mewujudkan jurang yang besar diantara golongan kaya dan
miskin serta amalan eksploitasi dan manipulasi terhadap sistem kewangan oleh ahli
ekonomi untuk kepentingan diri sendiri. Risiko diabaikan dengan menggunakan
sumber alam sewenang-wenangnya semata-mata untuk menjana pendapatan.
Kenyataan Yoshihara Kunoi,2011 diambil isaitu jelasnya sistem ekonomi pada hari ini
sedang berdepan dengan eksploitasi dan manipulasi yang keterlaluan.

Permasalahan ketiga yang dibangkitkan ialah manusia juga sedang


menghadapi sistem social yang sudah hilang jati diri (Lewis 2006). Penulis
menerangkan bahawa manusia mampu menghasilkan belbagai-bagai teknologitinggi
yang memberikan kemudahan dan menambah baik kehidupan harian mereka tetapi
gagal untuk menambah baik sistem social manusia. Oleh itu, penulis menerangkan
bahawa manusia gagal membangunkan komunikasi social yang baik dalam kalangan
manusia walaupun kemajuan teknologi maklumat yang boleh menghubungkan
manusia dalam jarak yang sangat jauh. Bahkan, komunikasi dengan orang yang rapat
pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

4.0 ULASAN KRITIS

a) Isu utama

Secara dasarnya jurnal ini mengisahkan isu utama berkaitan jati diri manusia
antara islam dan barat. Suasana semasa hari ini manusia telah mengecapi kejayaan
dan kemajuan fizikal yang tinggi berbanding zaman dahulu kala. Jika dunia semakin
maju berkembang tidak dinafikan teknologi tinggi dan canggih mampu memberikan
kemudahan kepada hidup manusia. Namun demikian wujud permasalahan besar
yang dibangkitkan penulis jika teknologi semakin berkembang. Jika dikaitkan dengan
nilai jati diri manusia dengan teknologi canggih yang digunakan dan dibina oleh
manusia sendiri, aspek ini harus diambil kira dalam melahirkan modal insan yang
berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Dalam jurnal ini terdadapat tiga isu atau
masalah besar yang dibangkitkan oleh penulis ketika manusia menikmati hasil
teknologi yang dicipta.

Isu pertama yang dibangkitkan ialah manusia berhadapan dengan


permasalahan alam sekitar yang semakin hari semakin tidak seimbang. Semakin hari
sesebuan negara semakin berkembang maju, pembinaan dan penerokaan alam
sekitar untuk memajukan negara telah menjadi isu hebat yang sentiasa dibincangkan.
Fenomena peningkatan aras laut tanpa henti, tanah runtuh, pencemaran udara,
peningkatan suhu dunia, pencairan salji, gempa bumi, taufan dan pelbagai fenomena
alam yang membuatkan manusia berasa bimbang dan terancam. Lester W. Milbrath
menjelaskan bahawa hari ini manusia bukanlah menghadapi krisis alam sekitar,
tetapi manusia berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang teruk.

Permasalahan kedua pula dapat dilihat melalui kerosakan sistem ekonomi.


Dapat dilihat ekonomi pada hari ini sangat jauh daripada prinsip keadilan. Amalan
riba dan rasuah semakin menjadi-jadi, hal ini menyebabkan jurang yang besar di
antara golongan kaya dan miskin. Amalan eksploitasi dan manipulasi terhadap sistem
kewangan semakin kerap dilakukan dalam kalangan ahli ekonomi. Manusia hari ini
lebih mementingkan keuntungan dalam bentuk kebendaan dan kewangan tanpa
memikirkan ia nya wajar atau tidak demi menjana pendapatan. Sumber alam
digunkan dengan menjadi-jadi samata-mata untuk menjada pendapatan dengan
mengabaikan risiko yang bakal dihadapi. Yoshihara Kunio menjelaskan sistem
ekonomi pada hari ini sedang berdepan dengan eksploitasi dan manipulasi yang
keterlaluan.

Permasalahan ketiga yang dibangkitkan dalam jurnal ini ialah permasalahan


sistem sosial. Teknologi dihasilkan untuk menambah baik kehidupan manusia namun
manusia gagal menjaga hubungan sosial sesama manusia. Hari ini manusia dapat
mencipta pelbagai teknologi seperti teknologi yang mampu membuat manusia
mempunyai tahap kesihatan yang baik, tetapi manusia gagal membina insan yang
berakhlak mulia, yang tahu menghormati ibu bapa dan menghormati sesama insan.

Ketiga-tiga permasalahan besar yang dibangkitkan dalam jurnal ini dapat


disimpulkan dengan ketempangan pembangunan jati diri manusia. Pembangunan
alam yang berlaku hari ini telah membawa kejayaan yang maju namun menghasilkan
keburukan kepada alam dan manusia itu sendiri.
b) Daya tarikan jurnal dan isu berbangkit menurut perspektif penyelidik

Jurnal ini sememangnya menarik untuk dibincangkan dan dibaca. Manusia


perlu berfikir di luar kotak dengan kejayaan yang dikecapi hari ini adakah bersesuaian
dan memenuhi keperluan atau hanya kehendak semata-mata. Nilai jati diri manusia
sangat penting untuk menguruskan dan membangunkan alam ini secara baik dan
amanah. Gaya penulisan yang penuh dengan fakta serta penulisan ilimiah yang
berobjektif dapat menarik minat pembaca. Hal ini dapat dilihat belia zaman kini rata-
ratanya kurang mendalami nilai jati diri yang perlu ada dalam diri seseorang.

Topik jati diri bukan sahaja menarik minat belia namun telah menarik minat
pengkaji-pengkaji daripada pelbagai bidang seperti sains tabii, sosio-budaya,
ekonomi, kenegaraan dan sebagainya. Setiap manusia memainkan peranan yang
penting dan harus diberi perhatian sepanjang masa dalam usaha pembentukan jati
diri manusia. Jika seseorang manusia mempunyai jati diri yang baik sudah pasti bumi
dapat ditadbir dengan baik dan jika jati diri menjadi sebaliknya maka bumi akan rosak
dan musnah.

Dalam jurnal ini juga telah mengumpulkan pandangan berkaitan jati diri
daripada perspektif beberapa sarjana barat tentang jati diri manusia dan penjelasan
islam tentang jati diri dalam diri manusia. Seperti yang dibincangkan di dalam jurnal
ini jati diri manusia perspektif Islam jauh berbeza dengan perspektif yang diajukan
oleh sarjana Barat. Perspektif Barat hanya melihat manusia berdasarkan tingkah laku
dan tidak mengaitkan persoalan manusia dari aspek ruh, qulub dan naf’s, jasad dan
aql. Dengan melihat dari aspek ini manusa berfungsi sebagai khalifah Allah dengan
baik.

Sebagai seorang penyelidik topik ini sudah pasti menjadi aspek yang penting
dan relevan kerana nilai jati diri perlu diterapkan dalam diri penyelidik. Nilai jati diri
yang baik dapat menghasilkan nilai kerja yang berkualiti dengan mengelakkan unsur
negatif dan emosi. Dalam topik ini dapat dilihat terdapat banyak kes yang melibatkan
pelajar tidak menghormati warga pendidik seperti guru dan pensyarah. Salah satu
punca perkara ini berlaku ialah kurangnya nilai jati diri. Penulis telah membuka minda
atau fikiran pembaca dengan betapa pentinya nilai jati diri itu perlu diterapkan dalam
diri manusia. Sebagai contoh dalam perspektif Islam menurut Aql seseorang tidak
boleh berfikir untuk melakukan perbuatan keji seperti berfikir untuk mencuri, berfikir
untuk melarikan diri daripada tanggung jawab, berfikir untuk ponteng kelas dan
sebagainya. Berfikir seperti ini merupakan perbuatan yang keji dan perlu dijauhi
dalam diri pelajar. Sebagai pelajar yang baik sepatutnya berfikir ke arah kebaikan
seperti berfikir untuk membantu orang lain, berfikir untuk membangunkan diri dan
masyarakat, dan sebagainya. Berfikir seperti ini merupakan perbuatan terpuji dan
perlu sentiasa diamalkan dalam diri pelajar dalam melahirkan modal insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara.

c) Persetujuan jurnal dan ulasan persoalan kajian

Penerimaan artikel ini dalam kalangan manusia dapat menarik minat dan
semangat dalam ilmu kerana tajuk yang di bangkitkan dapat dikaitkan dengan diri
manusia sendiri iaitu jati diri manusia. Pembentukan jati diri manusia merupakan
usaha penting yang perlu diberikan perhatian sepanjang masa. Penulis telah
menerangkan lebih mendalam tentang tajuk ini yang menerangkan tentang sifat-sifat
atau ciri-ciri manusia.

Dalam tajuk jati diri manusia, terdapat banyak definisi yang dihuraikan oleh
pengkaiji-pengkaji terdahulu. Pengkaji-pengkaji ini terdiri daripada pelbagai kaum,
negara, bidang dan juga agama. Berdasarkan kesemua definisi yang dikaji, jati diri
manusia boleh difahami dengan identiti iaitu suatu inti pati yang sempurna terhadap
suatu perkara. Identiti terbahagi kepada dua fungsi, fungsi pertama menjelaskan
semua elemen yang wujud dalam suatu kejadian dan fungsi yang kedua menafikan
segala elemen-elemen lain yang bukan terdiri daripada inti pati kejadian tersebut.
Dua fungsi ini akan memberikan makna yang tepat kepada kalimah identiti.

Penulis juga menerangkan tentang beberapa perspektif tentang identiti


manusia daripada sarjana barat. Charles Darwin seorang sarjana barat yang melihat
manusia daripada sudut biologi melalui perbandingan di antara manusia dengan
haiwan. Selain sarjana yang berpendapat tentang aspek fizikal, ada juga yang
berpendapat tentang hati manusia. Manusia perlulah mengambil pandangan sarjana
barat yang dikaji kerana untuk membangunkan manusia dan adalah wajar untuk
difikirkan bersama pandangan tersebut. Walaubagaimanapun, pandangan ini tidak
lagi mencukupi kerana masih berada tahap mendatar dan masih belum mendalam.
Hal ini dapat dijelaskan daripada agama islam tentang manusia. Sebagaimana
yang disebut bahawa agama Islam adalah agama yang menyeluruh. Islam
menjelaskan bahawa Allah SWT menyebutkan manusia itu sebagai khalifah yang
mencorakkan peradaban alam melalui al-Quran. Terdapat beberapa ayat- ayat al-
Quran yang menceritakan tentang manusia. Pandangan ini membuktikan bahawa
kewujudan manusia adalah penting di alam ini. Al-Quran telah menyatakan manusia
terdiri daripada lima komponen utama iaitu ruh,qulb,nafs,aql dan jasad. Jika manusia
dapat memahami dan mengamalkan komponen-komponen ini maka manusia dapat
membentukan jati diri manusia yang terpelihara. Justeru itu, manusia dapat
berkerjasama untuk mambangunkan masyarakat yang bersatu padu dan juga negara
akan jadi lebih maju.

Secara keseluruhannya artikel ini mudah diterima dengan jelas kerana setiap
kajian yang dihasilkan oleh penulis disertakan dengan pendapat para tokoh falsafah
awal dunia. Menurut penulis, bahagian yang dibincangkan atau dikaji ialah bahagian
sumber pengetahuan tentang jati diri manusia. Teori pengetahuan jati diri manusia ini
boleh dikaji daripada penulis.

i. Dalam al-Quran telah menyebutkan bahawa manusia itu sebagai khalifah yang
mencorakkan peradaban alam. Tambahan pula, manusia juga dibenarkan
mengambil manfaat yang ada di alam ini dengan penuh berhemah dan berhati-
hati. Selain itu, manusia juga dilarang bertindak kasar atau melakukan perkara-
perkara yang salah terhadap alam. Dalam teori ini telah menjawab isu utama
dan juga isu lain seperti siapakah mereka? Siapkah sebenarnya diri mereka?
Kenapa mereka dihidupkan? Apa pentingnya mereka berada di alam ini?

ii. Firman Allah SWT (Ibrahim 14: 32-3) bermaksud seperti bahawa segala apa
yang ada di alam ini tunduk patuh kepada manusia dan akan berkhidmat
kepada manusia. Allah SWT juga menghamparkan kepada manusia di dalam
al-Quran satu surah yang diberi nama surah al-Insan dan juga
mengunakan perkataan seperti al-Insan, al-Bashar, khalifah dan sebagainya.
Al-Quran sebenarnya diturunkan untuk memberi petunjuk dan panduan dalam
menempuh kehidupan untuk membangunkan alam.
iii. Di dalam al- Quran juga telah menyatakan manusia terdiri daripada 5
komponen utama iaitu ruh, qulb, nafs, aql, dan jasad. Kesemua komponen ini
merupakan fungsi yang penting kepada manusia. Persoalan-persoalan seperti
Apakah yang manusia inginkan? Apakah matlamat akhir hidup mereka?
Kemana mereka akan pergi? , telah dijawab daripada komponen ini.

Penulis telah membuka minda pembaca untuk bersama-sama mengkaji


sumber penerimaan sebenar tentang jati diri manusia. Segala maklumat yang
disampaikan oleh penulis disertakan dengan fakta dan pendapat tokoh falsafah.
Contohnya, penulis menerangkan tentang jati diri manusia yang di ambil dari pada al-
Quran, banyak surah dan perkataan yang menerangkan tentang manusia seperti
surah al-Insan dan firman-firman Allah SWT.

Penulis juga telah menerangkan tentang lima komponen utama tentang


manusia dengan jelas dan teliti. Sebagai contoh, penulis memberi definisi-definisi
komponen itu. Mohd Yusof Hj, Othman 2002 telah menceritakan tentang cara-cara
membersihkan roh manusia. Selain itu juga beliau menceritakan tentang qulub dan
nafs. Hamka 2009 telah menceritakan keperluan nafsu kepada manusia adalah
penting kerana dapat meneruskan kehidupan mereka. Akhir sekali Hatta Sidi et al.
(2003) menjelaskan bahawa manusia perlu meninggalkan tabiat buruk untuk
mendapatkan badan yang sihat. Melalui jurnal ini, penyelidik dapat menyelidik atau
mengkaji dengan lebih mendalam terhadap jati diri manusia. Jurnal ini memberi
penerangan dengan jelas tentang pendapat-pendapat aliran tersebut dan juga
mengandungi jawapan-jawapan yang menjadi persoalan tentang tajuk ini.

d) Metodologi kajian dan pengetahuan yang diperoleh dengan kaedah


kualitatif atau kuantitatif

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,


mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji). Metodologi menerangkan
cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu
digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas
(terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang
proses kajian. Metodologi yang digunakan pula memerlukan teknik yang
bersistematik bagi menepati kehendak ilmiah, kaedah saintifik dan mempunyai kualiti.

Antara metodologi kajian yang digunakan oleh penulis ialah kaedah


pemerhatian. Ini kerana penulis telah menyatakan masalah-masalah yang dihadapi
oleh manusia berkaitan dengan kemajuan teknologi pada ketika ini. Penulis juga
menyatakan permasalahan besar yang dinyatakan merupakan natijah ketempangan
pembangunan jati diri manusia sendiri (Chamhuri Siwar & Md Elias Hosein 2009).
Oleh itu, kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mengukur pemboleh ubah
penyelidikan. Ini kerana kaedah pemerhatian ialah kaedah yang digunakan untuk
mendapatkan data selain daripada soal selidik dan temuduga. Di dalam jurnal ini,
penulis menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat tentang masalah-
masalah berkaitan dengan tajuk artikel ini seperti manusia berhadapan dengan
permasalahan alam sekitar yang semakin hari semakin tidak seimbang (Capra 1983),
manusia sedang menghadapi masalah sistem ekonomi yang semakin gawat dan
mencabar (Fukuyama 2008) dan manusia juga sedang menghadapi sistem sosial
yang sudah hilang jati diri (Lewis 2006).

Keadah ini sesuai digunakan untuk tajuk ini ialah kerana penulis telah
mendapatkan maklumat-maklumat tersebut bersesuaian dengan apa yang terjadi
diseluruh negara ini dan juga berkaitan dengan isu-isu semasa yang berkaitan
dengan tajuk artikel tersebut. Sebagai contoh, berkaitan dengan masalah alam
sekitar yang terjadi pada ketika ini, iaitu fenomena peningkatan aras laut tanpa henti,
tanah runtuh, pencemaran udara, peningkatan suhu dunia, pencairan salji,
ketidaktentuan cuaca, gempa bumi, tsunami, taufan dan pelbagai fenomena alam.
Perkara ini sudah terbukti iainya berlaku pada ketika ini dan penulis telah membuat
kaedah ini untuk mendapatkan makluumat. Dan penulis berpendapat bahawa
manusia bukanlah menghadapi krisis alam sekitar, tetapi sebenarnya manusia
berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang teruk.

Kaedah yang kedua ialah, kaedah perpustakaan. Hal ini demikian kerana
penulis telah menyatakan sumber-sumber rujukan beliau di dalam jurnal tersebut.
Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat, ini disebabkan
oleh sumber perpustakaan yang digunakan oleh penulis ialah buku, artikel, dan kitab
Al-Quran. Kitab Al–Quran adalah sumber yang paling dipercayai dan sahih
kebenarannya untuk membuat rujukan. Namun, untuk artikel-artikel tersebut,
kebenaran sesuatu maklumat harus diselidik terlebih dahulu. Untuk kitab Al–Quran,
penulis telah menyatakan ayat-ayat Al – Quran yang menyentuh tentang tentang hal
ehwal manusia seperti surah al-insan. Untuk sumber buku, terdapat banyak sumber
buku yang digunakkan oleh penulis untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
tajuk tersebut. Antara buku tersebut ialah Pembangunan dan Kesejahteraan: Agenda
Kemanusiaan daripada Abdul Rahman Embong, The Intelligent Heart, the Pure Heart:
An Insight into the Heart Based on the Quran, Sunnah and Modern Science daripada
Gohar Mushtaq dan lain- lain lagi. Jelaslah bahawa kaedah yang digunakan sangat
bersesuaian dengan tajuk kajian tersebut kerana maklumat-maklumat yang
diperolehi adalah daripada sumber yang dipercayai dan kaedah yang digunakan
dengan cara yang betul.

Antara kaedah metodologi yang digunakan penulis yang dapat kami lihat ialah
penulis menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kulitatif. Kajian kualitatif adalah
kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif
diperoleh oleh penulis ialah dengan cara pengutipan data. Ini kerana di dalam artikal
ini terdapat banyak persoalan-persoalan yang sering disoal berkaitan tajuk artikel ini
seperti berkaitan dengan mengenali diri sendiri sebagai seorang manusia. Antara
persoalannya ialah:

i. siapakah sebenarnya diri mereka?

ii. Kenapa mereka dihidupkan? Apa pentingnya mereka berada di alam ini?

iii. Apa yang perlu mereka lakukan?

iv. Apakah yang manusia inginkan?

v. Apakah matlamat akhir hidup mereka?

vi. Ke mana mereka akan pergi?

Oleh itu, berdasarkan soalan-soalan ini. Mereka sepatutnya mengetahui dan


menghayati jati diri mereka yang sebenar. Objektif utama kajian ini adalah untuk
mengkaji dan menerangkan tentang persoalan-persoalan tersebut.
Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi daripada artikel ini, ini telah
membuktikan bahawa kaedah kualitatif yang dilakukan oleh penulis sangat tekun dan
teliti bagi mendapatkan maklumat-maklumat tersebut. Ini kerana penerangan yang
dibuat sangat memberikan impak positif dan berkesan terhadap pembacanya. Hal ini
demikian kerana, segala penerangan tersebut berdasarkan daripada sumber yang
dipercayai dan sahih kebenarannya dan telah menjadikan banyak sumber buku untuk
dijadikan sebagai rujukannya untuk memberikan penerangan yang jelas kepada
pembacanya. Keadah pemerhatian yang dilakukan juga amat teliti kerana isu-isu
yang diperhatikan oleh penulis sangat effektif dan berkait rapat dengan tajuk kajian
yang mereka kaji.

Kesimpulannya, cara penulis menggunakan kaedah-kaedah bagi


mendapatkan maklumat amat memberangsangkan dan boleh dijadikan contoh
terutamanya kaedah kualitatif. Ini disebabkan oleh, kaedah yang dilakukan sangatlah
teliti terhadap bukti yang diperoleh terhadap masalah tersebut sehinggalah sampai
kepada cara penyelesaian tersebut. Sebelum sesuatu penyelesaian masalah itu
diperolehi, pelbagai faktor yang diambil kira oleh penulis seperti teori, masalah,
rangka kerja, hipotesis dan data. Oleh itu, artikel ini telah memberikan impak yang
besar kepada kami dalam memperbaiki cara melaksanakan penyelidikan secara
kualitatif/kuantitatif.

e) Dapatan kajian dan penerimaan dapatan kajian

Berdasarkan perbincangan ahli kumpulan dan semakan sumber yang


diperoleh, kajian ini boleh dipercayai dan meyakinkan kami kerana artikel ini
bersumberkan al-Quran dan buku buku yang mempunyai fakta yang tepat serta dikaji
dengan teliti.Buku-buku yang dirujuk memperoleh pelbagai fakta yang baik dan tidak
terpesong dari perkara sebenar. Apatah lagi al-Quran iaitu kitab suci bagi umat Islam
yang sahih dan wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad melalui
perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawir. Al-
Quran adalah sumber yang paling bagus untuk membuat penyelidikan mengenai
sesuatu perkara untuk mendapatkan kebenaran. Sumber dan fakta yang ditulis
menunjukkan penulis membuat rujukan dengan baik dan membuat kajian dengan
teliti.
Penulis dilihat dalam penyelidikan ini melakukan beberapa tinjauan
perpustakaan yang merangkumi buku, artikel jurnal dan tesis dari dalam dan luar
negara dari tahun 1974 hingga 2012. Penulis telah mempelajari banyak pengetahuan
mengenai identiti manusia melalui kajian perpustakaan. Dalam analisis mereka,
penyelidik harus mengkaji secara objektif semua bahan bacaan dan dapat membuat
kesimpulan yang ringkas dan ringkas.

Kajian perpustakaan adalah sangat signifikan dalam sesebuah kajian dan


boleh dianggap sebagai jantung kepada penyelidikan (Afandi Ahmad 2009). Dalam
semua bidang pengajian dan tahap pengajian, kepentingan melaksanakan
penyelidikan perpustakaan dengan berkesan tidak boleh dipandang ringan. Dalam
segmen ini, beberapa penulis memerlukan masa yang lama untuk memahami apa
yang telah dipelajari oleh penulis lain. Salah satu aspek yang paling sukar dalam
proses penyelidikan atau kajian adalah kajian perpustakaan.

f) Langkah relevan dalam mematuhi etika penyelidikan

Penulis atau penyelidik jurnal ini telah mengambil langkah yang relevan dalam
memastikan etika penyelidikan dipatuhi. Penyelidikan biasanya dilakukan
menggunakan manusia yang mempunyai perasaan dan pengalaman. Proses
penyelidikan sering menumpukan lebih perhatikan kepada isu-isu penyelidikan.
Setiap kajian atau penyelidikan harus mengambil kira aspek-aspek yang penting, kod
etika penyelidikan, dan langkah-langkah pencegahan untuk memastikan bahawa
penyelidikan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak kajian.

Dalam jurnal ini, penulis menggunakan pelbagai sumber rujukan. Sebagai


contoh, penulis telah merujuk pelbagai buku ataupun hasil penyelidikan terdahulu
yang telah dibuat oleh pengkaji yang lain. Penulis juga telah menyenaraikan sumber-
sumber yang dirujuk untuk menghasilkan artikel ini di bahagian rujukan. Hak cipta
adalah salah satu aspek penting dalam etika penyelidikan. Bukan itu sahaja, penulis
juga jujur dalam menyampaikan maklumat-maklumat ataupun data-data yang
diperoleh daripada kajian pengkaji yang lain. Penulis mengulas semula data yang
telah dianalisis dan tidak memplagiat data-data tersebut.
Penyelidikan yang dibuat juga mempunyai sifat objektiviti. Penulis telah
menyatakan tujuan artikel ini dibuat pada bahagian abstrak iaitu perbandingan jati diri
manusia antara kerangka pemikiran barat dan Islam. Pada bahagian rumusan pula,
penulis telah merumuskan bahawa Islam mempunyai pandangan yang berbeza
dengan sarjana barat tentang identiti manusia. Hal ini telah membuktikan bahawa
penulis mencapai objektif ataupun tujuan utama artikel ini ditulis.

g) Kesan penerimaan jurnal dalam sudut pemikiran

Setelah tamat membaca dan mengkaji artikel tersebut, semua ahli kumpulan
bersepakat bahawa artikel tersebut berjaya mengubah dan memberi kesan terhadap
cara kami berfikir. Pertamanya, artikel tersebut telah membuka minda kami tentang
perbezaan pandangan terhadap jati diri manusia antara Islam dan Barat. Penjelasan
yang diberikan oleh Islam lebih komprehensif dan dapat membezakan manusia dan
juga mahkluk yang lain.
Seterusnya, penyelidikan ini dibuat bagi memastikan pembaca memahami
bahawa jika mahu dunia ini ditadbir dengan baik oleh manusia dan menghasilkan
hasil yang baik, manusia perlu mengembangkan lima komponen kemanusiaan
secara bersepadu. Antara lima komponen kemanusiaan tersebut ialah ruh, qulub,
nafs, jasad dan aql.
Selain itu, artikel ini telah mengubah cara pembaca berfikir dengan membuat
pembaca berfikir di luar kotak mengenai kejayaan yang mereka nikmati hari ini.
Adakah kejayaan yang dinikmati itu keperluan ataupun kehendak mereka sahaja?
Akhirnya, artikel ini dapat membuat pembaca lebih peka terhadap sesuatu
perkara. Hal ini menunjukkan usaha pembangunan diri sendiri mahupun negara,
haruslah dilakukan secara seimbang dalam pelbagai aspek. Setiap individu
memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan jati diri sendiri. Sekiranya
manusia mempunyai identiti yang baik maka dunia ini akan dapat diuruskan dengan
baik, dan juga sebaliknya.
5.0 GAYA PENULISAN PENULIS JURNAL

Penulisan yang ditulis dalam jurnal ini oleh penulis banyak menerapkan konsep
penulisan akademik. Fakta yang disampaikan bebentuk ilmiah dan bukan rekaan atau
khayalan. Hal ini dapat dilihat, gaya penulisan penulis banyak menyelitkan bukti yang
kukuh seperti menggunakan ayat Al-Quran sebagai contoh dalam surah al-Baqarah
2:30 ketika menerangkan pembangunan jati diri manusia dalam menguruskan alam.
Pada masa yang sama juga, penulis membawa masuk kajian atau pendapat dari para
ilmuwan yang berpengaruh seperti Lester W. Milbrath, Chamhuri Siwar, Md Elias
Hosein dan Abdul Rahman Embong. Selain itu, bahan ilmiah yang digunakan oleh
penulis juga dapat dikaitkan dengan konsep penulisan akademik. Antara bahan
rujukan yang digunakan ialah Chambers 21 Century Dictionary, Shorter Oxford
st

English Dictionary on Historical Principle dan Kamus Dewan

Ciri-ciri penulisan dalam jurnal ini disampaikan secara sistematik, cermat, tepat
dan benar. Untuk memastikan hujah dan fakta yang diberikan itu tepat penulis juga
meletakkan bukti dan tidak memutar belitkan fakta dan hujah. Penulisan yang jujur
dan menyatakan kebenaran dapat menarik minat pembaca yang mencari fakta dalam
sesuatu pengajian. Konsep penulisan juga mudah difahami, mudah dibaca, tidak
memberi ruang untuk disalahtafsirkan dan tidak bersifat kabur. Perkataan yang
pendek juga menyebabkan penulisan dalam jurnal ini mudah difahami dan menjadi
tumpuan pembaca.

Selain itu, sudah terang lagi bersuluh penulis mempunyai gaya penulisan
secara objektif. Di akhir jurnal ini juga penulis menyatakan alam ini perlu diurus tadbir
oleh manusia secara baik dan perlu membangunkan lima komponen manusia iaitu
ruh, qulub, nafs, jasad dan aql dengan secara bersepadu untuk membentuk identiti
manusia. Harus diingat pembangunan ini mestilah berpandukan petunjuk daripada
Allah SWT. Penulisan ilmiah mempunyai peringkat bahasa tersendiri yang
mempunyai tujuan utama untuk menyampaikan kebenaran ilmu secara objektif.
Perkara utama dalam penulisan secara objektif ialah penggunaan perkataan yang
tidak mengandungi nilai-nilai emosi. Kebiasaannya perbincangan objektif
menekankan perkara yang serius dan fakta fakta yang disampaikan akan disokong
dengan bukti yang kukuh. Konsep ini telah digunakan oleh penulis untuk dalam
menyampaikan penulisan secara objektif.
6.0 KESIMPULAN

Setelah berjaya memahami dan mengkaji artikel tersebut, kami telah menemui
beberapa penemuan atau ilmu pengetahuan yang baru yang mana belum kami
ketahui atau diberi pendedahan iaitu tentang maksud identiti dan perbezaan antara
pengkaji barat dan pengkaji islam. Kami memahami apa yang dimaksudkan dengan
identiti yang berasal dari dua fungsi dan juga memahami teori dari pengkaji barat dan
pengkaji islam mengenai identiti dan asal usul manusia. Maksud sesebuah idetiti itu
dapat dirungkai melalui dua fungsi iaitu menjelaskan semua elemen yang wujud dalam
suatu kejadian dan menafikan segala elemen elemen lain yang tidak terdiri daripada
isi sebuah kejadian tersebut.

Seterusnya, pengetahuan baharu yang kami perolehi setalah melakukan kajian


terhadap artikel tersebut ialah teori kejadian manusia melalui kajian barat tidak
lengkap kerana tidak mengambil kira hati perasaan manusia. Sebaliknya, hati melalui
kejian barat hanya difokuskan sebagai sebuah organ yang boleh dipegang, dilihat dan
dicerap oleh pancaindera berlawanan dari kajian islam. Kajian islam menitikberatkan
hati perasaan manusia.

Selain itu, penemuan ilmu baru yang kami perolehi ialah amalan yang boleh
dilakukan untuk membersihkan roh manusia iaitu melalui 5 cara. Cara yang pertama
ialah dgn mengamalkan sifat mahmudah iaitu amanah, ikhlas, jujur, menunaikan janji,
bekerja keras dan sebagainya. Manakala cara kedua pula dengan menjauhi atau
meninggalkan sifat mazmumah seperti riak, sombong, takbur dan suka dipuji. Cara
ketiga untuk mempunyai hati yang suci ialah larangan untuk makan atau minum
sesuatu yang haram disisi islam seperti bangkai, arak, memakan rasuah dan sesuatu
yang bukan hak milik kita. Selain itu, kita perlu menunaikan hak sesama manusia
seperti hak terhadap majikan, pemimpin, perkerja dan sebagainya. Akhir sekali, kita
perlu menunaikan hak kepada Allah S.W.T dgn menunaikan rukun islam.

Seterusnya, penemuan ilmu yang terbaharu kami perolehi ialah fungsi Qulub
iaitu organ hati manusia. Qulub berfungsi untuk melakukan proses analisis, sintesis
dan juga memberi makna kepada sesuatu. Dalam kata lain, setiap umat manusia
mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap sesuatu perkara tetapi sesebuah
tanggapan itu akan memberi sebuah kesimpulan yang sama.
Akhir sekali, ilmu baharu yang kami perolehi ialah kaedah untuk mencapai
tahan Nafs Al mutmainnah iaitu dengan cara manusia perlu bersungguh sungguh
mempelari dan memahami ilmu agama dan bersungguh sungguh mempraktikkan ilmu
yang dipelajari. Sebagai seorang bakal penyelidik, kita tidak boleh hanya bergantung
kepada hanya satu jenis kajian dari golongan tertentu kerana ia akan memberi had
terhadap kajian kita. Sebaliknya kita perlu mengambil kira kajian dari golongan yang
lain seperti kajian dari pengkaji islam kerana ia selaras dengan Al quran dan As
Sunnah. Dengan ilmu kajian yang telah kami lakukan ini, kami akan dapat mengkaji
sesuatu kajian dengan lebih fleksibel dan berkesan. Sebagai bakal jurutera, kami perlu
menitik beratkan penjagaan alam sekitar sebelum mula melakukan sesuatu
penyelenggaraan.

Sekiranya melakukan kajian seperti di dalam artikel, perkara yang ingin kami
ubah untuk meningkatkan kualiti kajian tersebut ialah dengan melakukan kajian yang
lebih mendalam terhadap kajian dan falsafah dari barat dan islam mengenai jati diri
manusia. Dengan mengkaji secara mendalam lagi, kami akan mendapat data yang
lebih banyak dan kajian akan menjadi lebih berkesan terutamanya dalam memahami
jati diri seorang manusia, cara untuk meningkatkan jati diri tersebut dan kesan jika jati
diri itu dipandang remeh oleh setiap lapisan masyarakat. Kami juga dapat mengaitkan
kesan-kesan tersebut dengan isu semasa yang berlaku di dunia ini.
7.0 RUJUKAN
BORANG PENILAIAN PELAJAR
KATEGORI LAPORAN ULASAN BUKU (30%)
PENILAIAN

GAYA PENULISAN

PROFESIONALISME
ULASAN KRITIS

PENULIS BUKU
PENGENALAN

CADANGAN/

KSEIMPULAN

BIBLIOGRAFI/
KOMENTAR/
RINGKASAN
BIBLIOGRAFI
INFORMASI
JUMLAH

RUJUKAN

ETIKA &
(30%) KOMEN

NAMA &
NO PELAJAR

NAMA: MOHD UZAIR BIN MOHD RIZAL

NO PELAJAR: 2020982323

NAMA: ANITH SYAFIQAH BINTI AMRAN


SHUKRI

NO PELAJAR: 2020982575
BORANG PENILAIAN PELAJAR
KATEGORI LAPORAN ULASAN BUKU (30%)
PENILAIAN

GAYA PENULISAN

PROFESIONALISME
ULASAN KRITIS

PENULIS BUKU
PENGENALAN

CADANGAN/

KSEIMPULAN

BIBLIOGRAFI/
KOMENTAR/
RINGKASAN
BIBLIOGRAFI
INFORMASI
JUMLAH

RUJUKAN

ETIKA &
(30%) KOMEN

NAMA &
NO PELAJAR

NAMA: MUHAMMAD FARIS BIN FISAL

NO PELAJAR: 2020963041

NAMA: MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD


FAISAL

NO PELAJAR: 2020982509
BORANG PENILAIAN PELAJAR
KATEGORI LAPORAN ULASAN BUKU (30%)
PENILAIAN

GAYA PENULISAN

PROFESIONALISME
ULASAN KRITIS

PENULIS BUKU
PENGENALAN

CADANGAN/

KSEIMPULAN

BIBLIOGRAFI/
KOMENTAR/
RINGKASAN
BIBLIOGRAFI
INFORMASI
JUMLAH

RUJUKAN

ETIKA &
(30%) KOMEN

NAMA &
NO PELAJAR

NAMA: MUHAMMAD IQHMAL BIN SAMRIN

NO PELAJAR: 2020982435

NAMA: MUHAMMAD SYAHMIE NAIF BIN SEDI


@ ROSDI

NO PELAJAR: 2020982411

You might also like