You are on page 1of 29

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM

KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA

CTU552 – FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK: PEMIKIRAN FEMINISME DALAM KEHIDUPAN

NAMA PENSYARAH:

USTAZAH NORAIN BINTI AZLAN

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 4

NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK KOD KURSUS

NOR AQILAH DIANA BINTI MOHD AZIZI 2022830302 AP220

NURULAIN SYAHIRAH BINTI SUNATA 2022467986 AP229

FATIN NABILAH BINTI AHMAD ZAIHAN 2022458098 AP220

FALIHAH BINTI MUSTAFFA 2022626734 AP220

NURUL ALYA FAQIHAH BINTI 2022830432 AP220


HAIRILLASAHID
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3
1.1 Tujuan Kajian 4
1.2 Objektif Kajian 4
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN 5
3.0 TOKOH PERJUANGAN FEMINISME 6
3.1 Marry Wollstonecraft 6
3.2 Simone De Beauvoir 7
3.3 Amina Wadud 8
4.0 ISU-ISU SEMASA 9
4.1 Keterbukaan kepada LGBT 9
4.2 Menilai kedudukan lelaki sebagai pemimpin 12
4.2.1 Kesamarataan dalam ibadah 12
4.3 Pembahagian harta pusaka 14
4.4 Hak wanita dalam pekerjaan 15
4.4.1 Diskriminasi Gaji 15
4.4.2 Pembahagian pekerjaan mengikut jantina 15
4.4.3 Gangguan seksual di tempat kerja 16
4.5 Isu feminisme dalam urusan rumah tangga 17
5.0 KAITAN FEMINISME TERHADAP NILAI KEHIDUPAN MASYARAKAT 18
5.1 Perundangan Islam 18
5.2 Akidah 19
5.3 Sosial 20
6.0 SOLUSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 21
6.1 Merujuk Al-Quran Sebagai Sumber Sahih 21
6.2 Memahami dan Mendalami Ilmu Akidah 21
6.3 Mendedahkan Agenda Feminisme 22
6.4 Mengenal dan Menjaga Keimanan 22
7.0 KESIMPULAN 23

1
RUJUKAN 25
LAMPIRAN 28

SENARAI RAJAH

Rajah 2.1 Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet 5


Rajah 2.2 Charles Fourier dan John Stuart Mill 5
Rajah 3.1 Marry Wollstonecraft 6
Rajah 3.2 Simone de Beauvoir 7
Rajah 3.3 Amina Wadud 8

2
1.0 PENGENALAN

Indah bermalam di awal petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Manis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara,

Dari segi definisi, Feminisme ialah satu kepercayaan atau ideology oleh kalangan
Eropah Barat dalam rangka memperjuangkan persamaan antara dua jenis jantina manusia
iaitu lelaki dan wanita. Golongan wanita telah dilayan secara tidak saksama dalam
masyarakat yang dianjurkan bagi mengutamakan lelaki dari segi pandangan dan
keseimbangan. Menurut Dr. Mansour Fakih, Konsep jantina ini pada asalnya mempunyai
sifat yang dianugerahkan kepada sesuatu jantina tersebut. Seperti contoh, golongan wanita
lebih dikenali dengan sifat lemah lembut, sopan santun dan emosional. Manakala golongan
lelaki dianggap lebih kuat, rasional dan perkasa. Menurut Oakley (1972) dalam Sex, Gender,
and Society, gender didefinasikan sebagai perbezaan yang bukan biologi dan bukan fitrah
Tuhan.

Perbezaan biologi adalah perbezaan spesies jantina yang merupakan fitrah Tuhan,
iaitu berbeza secara kekal. Bagi jantina pula, terdapat perbezaan tingkah laku antara lelaki
dan perempuan. Perbezaan yang bukan fitrah atau ketentuan Tuhan, tetapi sebaliknya dicipta
oleh manusia melalui proses sosial dan budaya. Dari segi pandangan Islam pula, gender boleh
ditakrifkan sebagai pembahagian tugas, fungsi dan peranan lelaki dan wanita yang
berlandaskan perbezaan fitrah, biologikal dan fisiologika diantara jantina dan tiada
persamaan mutlak antara lelaki dan wanita.

Menurut Hadits Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Nasihatilah para wanita dengan
baik, kerana wanita telah diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan diantara yang
bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya
dengan paksaan maka ia akan patah, namun apabila dibiarkan, ia akan tetap bengkok”. Oleh
sebab itu, nasihatilah para wanita dengan baik”. Hadis ini dapat ditakrifkan bahawa apabila
ingin menasihati kaum wanita haruslah dengan lemah lembut dan berhemah kerana tindakan
yang kasar dan memaksa boleh menyebabkan kaum wanita tidak dapat dibentuknya lagi.

3
Fitrah lelaki dan perempuan yang digambarkan di atas adalah benar apabila secara
logika akalnya, sifat dan kecenderungan lelaki dan perempuan itu secara asal memilikinya
tanpa mengira bangsa, kaum, latar belakang, dan bukannya ditetapkan dan diubahsuai oleh
masyarakat seperti mana yang didakwa oleh golongan feminis. Malahan, sifat sedemikian
wujud pada bangsa yang tidak bertamadun, maka sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal
dimana lelaki di seluruh dunia bersepakat untuk mencipta sifat-sifat di atas dengan tujuan
bagi menindas kaum perempuan adalah sangat tidak wajar.

1.1 Tujuan Kajian

Tujuan penulisan artikel ini adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji dengan lebih
mendalam tentang hal-hal yang berkaitan tentang Pemikiran Feminisme dalam kehidupan
masyarakat dalam meniti arus kemodenan ini dan juga kesannya terhadap kehidupan
masyarakat pada masa akan datang.

1.2 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif kajian bagi penulisan artikel ini:-

1. Mengenal pasti latar belakang sejarah perkembangan feminisme, ideologi, ciri-ciri


dan tokoh-tokoh feminisme di Barat.

2. Menganalisis tujuan, cabaran dan kesan ideologi feminisme pascamoden dengan


mengaitkan isu-isu semasa pada masa kini.

4
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN

Gerakan Femenisme ini telah mula membuat kemunculannya sejak zaman


kebangkitan (Renaissance) lagi. Pada ketika itu, ianya hanya muncul sebagai satu bentuk
falsafah dan gerakan sosial yang dipelopori oleh Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis
de Condorcet (rujuk rajah 2.1). Gerakan ini menentang dominasi lelaki dalam berbagai
bidang kehidupan yang telah menyebabkan berlakunya sebuah penindasan dan inferiorisasi
terhadap wanita. Pada zaman tersebut, wanita telah dianggap sebagai manusia kelas dua yang
tidak punya hak dan peranan dalam masyarakat. Mereka dipanggil sebagai beban dan
kewajipan mereka hanya untuk rumah tangga dan pengasuhan anak.

Rajah 2.1: Lady Mary Wortley Montagu (kanan) dan Marquis de Condorcet (kiri)

Kemudian, beralih kepada tahum 1785, fahaman feminsme ini telah medapat wadah
baru. Hal ini demikian kerena telah munculnya sekumpulan masyarakat ilmiah di
Middleburgh yang menyeru persamaan hak antara lelaki dan wanita.

Seterusnya, pada tahun 1873, Charles Fourier (rujuk rajah 2.2) yang merupakan
seorang ahli falsafah perancis dan juga aktivis sosialis Utopia telah mencetuskan perkataan
‘femisnisme’ itu sendiri.

Rajah 2.2: Charles Fourier (kiri) dan John Stuart Mill (kanan)

Akhirnya, pada tahun 1869, perpindahan pusat telah berlaku ke Amerika yang
mulanya terletak di Eropah. Pemikiran Feminisme ini telah berkembang pesat hasil daripada
publikasi “Perempuan sebagai Subyek" (The Subjection of Women) oleh ahli falsafah John

5
Stuart Mill (rujuk rajah 2.2). Perjuangan ini telah menandai kelahiran Gelombang Pertama
Feminisme.

3.0 TOKOH PERJUANGAN FEMINISME

Terdapat beberapa tokoh pejuang feminisme yang akan dibincangkan dalam ruangan
ini, termasuklah Marry Wollstonecraft, Simone de Beauvoir dan juga Amina Wadud.

3.1 Marry Wollstonecraft

Rajah 3.1: Marry Wollstonecraft

Rajah 3.1 menunjukkan seorang tokoh feminisme bernama Marry Wollstonecraft


yang amat dikenali dengan gelaran Tokoh Femisnisme Liberal Kesetaraan Pendidikan Bagi
Perempuan. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan juga aktivis feminis yang
telah dilahirkan pada 27 April 1759 di Spitalfields, London, United Kingdom. Pada 10
September 1797, Marry telah meninggal dunia akibat penyakit septicemia setelah 11 hari
melahirkan anak keduanya, Mary.

Tokoh feminisme ini telah menegaskan bahawa wanita dan juga lelaki berhak
mendapat peluang dan pendidikan yang sama untuk berkembang menjadi ejen autonomi.
Wanita yang benar berpendidikan akan menjadi penyumbang utama kepada kebajikan
masyarakat. Beliau juga membentangkan visi wanita yang boleh membuat keputusan bebas
untuk dirinya sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menentukan nasibnya sendiri.

6
Sumbangan Marry dalam penjuangan femisnisme adalah menghasilkan sebuah buku
bertajuk A Vindication of the Rights of Woman yang membentangkan visi wanita yang boleh
bebas membuat keputusan untuk dirinya dan berupaya untuk menentukan nasibnya sendiri.

3.2 Simone De Beauvoir

Rajah 3.2: Simone de Beauvoir

Simone de Beauvoir (rujuk Rajah 3.2), merupakan tokoh feminisme yang telah diberi
gelaran Tokoh Feminis Eksistensialis. Beliau merupakan seorang ahli falsafah
eksistensialisme, penulis, ahli teori sosial, dan aktivis feminis yang telah dilahirkan pada 9
January 1908 di Daerah 6 (Paris), Perancis. Pada tanggal April 14, 1986, Simone telah
meninggal dunia.

Tokoh feminis eksistensialis ini percaya bahawa manusia dilahirkan tanpa tujuan
sehingga mereka perlu mencari tujuan hidup mereka sendiri. Namun, kewujudan wanita
bukan ditentukan oleh mereka sendiri tetapi oleh lelaki supaya lelaki dianggap sebagai
manusia (lelaki/diri) manakala wanita adalah lain (lain/seks kedua). Walaubagaimanapun
wanita perlu terus bekerja kerana ia dapat menjadikan wanita seorang yang berkuasa dan
berdikari. Wanita perlu berwawasan serta berintelektual tinggi dengan banyak mendalami
ilmu pengetahuan dan juga mengejar bidang pilihan mereka (passion). Wanita juga mestilah
berdikari dari segi ekonomi dan terlibat dalam agenda perubahan, pemerkasaan dan kreativiti
untuk membangunkan minda mereka (memperbaiki minda mereka).

7
Sumbangan beliau dalam penjuangan ini adalah beliau telah menghasilkan sebuah
buku (The Second Sex) yang menyatakan saranannya kepada wanita untuk tetap bekerja,
erwawasan dan berintelektual, berdikari dari segi ekonomi & terlibat dalam agenda
perubahan, pemerkasaan dan kreativiti.

3.3 Amina Wadud

Rajah 3.2: Amina Wadud

Amina Wadud (rujuk Rajah 3.2) merupakan seorang ahli teologi dan Profesor
Emeritus Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University dan juga seorang ulama
pelawat di Starr King School for the Ministry. Tokoh feminisme ini telah dilahirkan pada 25
September 1952, di Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat.

Beralih kepada pemikiran Amina Wadud, beliau telah menegaskan bahawa patriarki
termasuk Qawamah iaitu lelaki ketua keluarga, adalah syirik kerana telah meletakkan lelaki
di atas wanita. Katanya hal ini telah bercanggah dengan visi al-Quran tentang hubungan yang
sama dan timbal balik dan melanggar tuntutan bahawa Tuhan adalah yang tertinggi. Pada
pendapat Amina, para ulama’ yang mentafsirkan al-Qur’an sepanjang sejarah telah bertindak
bias iaitu berat sebelah serta mengamalkan budaya patriarki dalam merumuskan
hukum-hukum Islam.

Antara sumbangan Amina Wadud terhadap perjuangan feminisme ini adalah dengan
memyumbangkan satu bab iaitu bab ‘Etika Tauhid atas Etika Qiwamah’ dalam sebuah buku
bertajuk ‘Men in Charge? Memikirkan Semula Kuasa dalam Tradisi Perundangan Muslim’.

8
Tokoh ini juga telah menyampaikan khutbah serta mengimamkan solat jemaah bercampur
seramai seratus orang di Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Menurutnya, tugas imam
solat bukanlah tanggungjawab kaum lelaki sahaja, dan itu adalah satu bentuk transformasi
dalam masyarakat Islam kerana wanita sering dipinggirkan dalam melaksanakan tugas
tersebut.

4.0 ISU-ISU SEMASA

Terdapat banyak isu yang telah diketengahkan yang berkaitan dengan feminisme ini
di mana golongan yang menyokong feminisme menguatkan suara mereka dalam
mempertahankan pendirian mereka untuk mendapatkan hak sama rata antara lelaki dan
perempuan dalam semua skop kehidupan. Antara isu-isu yang akan dikupas adalah
keterbukaan kepada LGBT, menilai kedudukan lelaki sebagai pemimpin, pembahagian harta
pusaka, hak wanita dalam pekerjaan dan isu feminisme dalam urusan rumah tangga.

4.1 Keterbukaan kepada LGBT

LGBT merupakan satu budaya yang disebarkan oleh budaya barat dan diketengahkan
sebagai satu keadilan kerana pada mereka itu merupakan hak asasi manusia. Orang Islam
yang menerima pendapat ini merupakan Islam Liberal dimana mereka berpegang kepada
Islam pada masa yang sama terdapat hukum hakam Islam yang mereka tolak kerana liberal
sendiri membawa maksud, suatu pemikiran yang terbuka, bebas dan dipandu oleh hawa nafsu
dalam bermacam bentuk . Golongan ini telah berkembang dengan pelbagai cara, antaranya
melalui jaringan internet seperti sosial media dan kemasukan buku-buku yang berkaitan
dengan liberalisme dari luar negara. Hal ini menyebabkan, lebih ramai orang yang
terpengaruh untuk menerima LGBT sebagai norma kebiasaan dan lebih ramai yang
menonjolkan naluri yang mereka rasakan bukan seperti naluri yang pada zahirnya.
Contohnya, bagi perempuan yang merasakan mereka lebih cenderung ke arah kejantanan
akan mula berpakaian dan berpewatakan seperti lelaki dan lelaki yang merasakan mereka
lebih cenderung kearah keperempuanan akan mula berpakaian seperti perempuan dan
berperwatakan seperti perempuan dan lama kelamaan mereka akan mula mengubah bentuk
badan mereka seperti zahirnya perempuan.

Bukan itu sahaja, malah ada yang mengekalkan zahir mereka seperti yang sepatutnya
tetapi mereka menunjukkan keterbukaan mereka untuk berpasangan dengan sama jantina. Ini
menunjukkan bahawa gerakan feminisme ini mendapat sokongan daripada Islam Liberal dan

9
orang bukan Islam secara tidak langsung dalam isu LGBT ini. Sehubungan dengan itu,
disebabkan golongan ini telah mendapat sokongan ramai, menyebabkan pemikiran
liberalisme di Malaysia lebih sukar untuk ditangani oleh pihak berkuasa agama. Lain
daripada itu, gerakan feminisme yang menyokong perkhahwinan sejenis dapat dilihat melalui
kenyataan Musdah Mulia yang merupakan tokoh feminisme dan Liberal di Indonesia. Beliau
memberi pandangan bahawa perbuatan seks sejenis adalah tidak haram jika dilakukan dengan
penuh kasih etika dan rasa tanggungjawab. Hal ini dikatakan demikian kerana, Musdah Mulia
berpandangan bahawa tidak ada larangan terperinci dalam ayat al-Quran terhadap golongan
homoseksual dan ‘lesbian’. Katanya, ayat al- Quran yang menunjukkan larangan adalah
perlakuan seksual dalam bentuk liwat (Inayatul Aini, 2013). Tambahan pula, Musdah Mulia
juga berpendapat perkhahwinan sejenis adalah dibolehkan kerana beliau menyatakan bahawa
Tuhan hanya memandang manusia dari segi ketaatan dan tiada perbezaan di antara jantina,
manusia dikatakan sedarjat tanpa memandang kaum, kekayaan, status sosial dan seksualnya.

Begitu juga dengan, golongan feminisme yang menyatakan permintaan meminta


pihak kerajaan untuk meluluskan permintaan penggubalan undang-undang supaya golongan
ini tidak dikenakan hukuman moral contoh seperti berzina. Hal ini demikian kerana, bagi
mereka jika suka sama suka tidak salah untuk berzina dan jika mereka dihukum kerana
melakukan perkara tersebut itu merupakan satu kezaliman kerana bagi mereka perkara
tersebut tidak merosakkan diri mereka. Sedangkan jelas ternyata dalam al-Quran telah
disebutkan bahawa haram hukumnya untuk melakukan hubungan sejenis sebagai contoh
dapat dilihat daripada kaum Nabi Luth. Allah SWT melaknat kaum Nabi Luth kerana ingkar
akan suruhannya dan enggan bertaubat. Haiwan jantan pun mendekati haiwan betina bukan
untuk melepaskan nafsu syahwat semata tetapi juga untuk menjaga keturunannya, namun
manusia pula berani untuk melawan fitrah mereka untuk memenuhi nafsu mereka
semata-mata (Tafsir al-Sya’rawi, 7/4228). Ini menunjukkan manusia yang berpasangan
dengan sama jantina adalah lebih hina dari binatang kerana Adam memang ditakdirkan
berpasangan dengan Hawa, bukan Adam untuk Kamal mahupun Hawa untuk Kaisara. LGBT
ini tidaklah dianggap privasi seseorang kerana ia merupakan perkara yang diharamkan di sisi
Allah SWT.

Walaupun, ramai sudah tahu berkenaan kisah kaum Nabi Luth, tetapi masih ramai
yang tidak mengambil iktibar malah menyokong perkara ini. Ini amat merisaukan kerana
peneraju bangsa akan datang iaitu golongan muda lebih cenderung untuk dipengaruhi
terutamanya golongan muda Islam. Hal ini kerana, golongan LGBT, sudah tidak lagi
10
berselindung di atas nama organisasi atau pertubuhan tertentu, sebaliknya dilihat terarah
kepada gerakan sosial yang dengan yakin menuntut hak persamaan terhadap identiti yang
mereka bawa. Kebanyakannya adalah gerakan yang berjuang di atas nama hak kebebasan
manusia. Bukan itu sahaja, golongan LGBT ini juga tidak putus asa malah bersemangat
menjalankan pelbagai kempen bagi memastikan LGBT mendapat pengiktirafan, baik di
dalam mahupun di luar negara. Ditambah pula dengan sikap masyarakat yang menerima
golongan ini membuatkan mereka rasa seperti diterima malah setiap perbuatan yang
dilakukan oleh mereka ini menjadi perhatian masyarakat.

Walaubagaimanapun, golongan LGBT sebenarnya boleh dibantu ke arah yang benar


jika mereka mendapat sokongan orang ramai, dan melalui pendekatan bersesuaian dalam
memahami sebab mereka memilih cara hidup sebegitu. Kerana pada asalnya, LGBT ialah
penyakit yang dikaitkan dengan psikologi atau disebut sebagai proses naluri yang bercelaru.
Di mana, ia adalah sesuatu yang boleh diubah apabila mereka mendapat galakan dari segi
psikologi serta spiritual. Oleh itu, demi membasmi isu ini semua pihak perlulah bekerjasama
dan berganding bahu agar dapat membantu golongan ini pulang ke pangkal jalan. Ibu bapa,
pendidik, orang berpengaruh dan masyarakat adalah pihak yang boleh membantu golongan
ini dengan mengambil tahu dan prihatin kepada mereka, sekali gus memberikan pemahaman
akan kesan dan pengaruhnya kepada semua pihak dengan sebaiknya. Peranan paling penting
adalah ibu bapa dimana mereka perlu bersahabat dengan anak dan mengambil tahu segala
aktiviti anak- anak sejak mereka kecil lagi. Sentiasa mendengar luahan hati anak dari kecil
kerana peringkat ini adalah di mana mereka memahami keperibadian seorang lelaki menjadi
wanita dan wanita menjadi lelaki.

11
4.2 Menilai kedudukan lelaki sebagai pemimpin

Isu berkaitan kepimpinan keluarga telah menarik perhatian gerakan feminis apabila
menilai status lelaki sebagai pemimpin. Hal ini demikian kerana, mereka memahami ayat 34
Surah an Nisa’ dan mereka merasakan konsep suami adalah ketua keluarga adalah zalim
kerana ia merupakan diskriminasi lelaki kepada wanita dan berlawanan dengan konsep
keadilan dalam sistem kekeluargaan. Terdapat tafsiran lain yang menyentuh tentang peranan
dan tanggungjawab lelaki dan wanita khususnya dalam Surah An Nisa yang mana takrifan
Qawwamun telah ditafsirkan oleh sebahagian ulama. Daripada tafsiran ini, dapat disimpulkan
bahawa tanggungjawab lelaki lebih besar daripada wanita, dan lelaki berhak menjadi imam,
berjihad, melaungkan azan, menjadi saksi, menjadi wali, berkahwin, mempunyai hak untuk
menjatuhkan talak, berpoligami, dan menjadi saksi. Malah, lelaki lebih kuat dari segi fizikal,
bertindak secara rasional, dan dianggap mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sebagai
pemimpin berbanding wanita.

Namun, Asgahar tidak bersetuju dengan pendapat para mufassir ini kerana padanya
pemahaman ayat ini bersifat teologi kerana para mufassir tersebut sepatutnya menggunakan
pendekatan sosio-teologi iaitu dengan mengambil kira keadaan sosio budaya masyarakat.
Oleh yang demikian, pengkaji mendapati bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh feminisme
adalah berkaitan dengan penafsiran mufassir itu sendiri dan bukannya pada ayat al- Quran, ini
menunjukkan golongan feminisme ini melihat penafsiran ayat al-Quran itu dipengaruhi
dengan prejudis penguasaan oleh golongan lelaki ke atas wanita. Tambahan pula, apabila
golongan feminisme ini merasakan diskriminasi yang lebih tinggi apabila mereka dipandang
enteng, ‘wanita lemah jadi tidak layak menjadi ketua’, ‘ wanita selalu membuat keputusan
melulu’, ‘wanita tiada kredibiliti untuk menjadi seorang pemimpin’ dan banyak lagi yang
membuatkan golongan feminisme ini lebih giat menekankan kesamarataan antara jantina.

4.2.1 Kesamarataan dalam ibadah

Hal ini menyebabkan, terdapat juga golongan feminisme yang telah bertindak untuk
menjadi imam dan menyampaikan khutbah. Sebagai contoh, Amina Wadud telah menjadi
imam dan khatib solat Jumaat di sebuah gereja Manhattan, New York, Amerika Syarikat
bersama sekitar 100 orang jemaah lelaki dan perempuan yang bercampur dalam saf tersebut.
Menurut Amina Wadud, tugas imam solat Jumaat bukan ditugaskan kepada lelaki sahaja,
baginya pendirian tersebut adalah satu bentuk perubahan dalam masyarakat Islam kerana

12
wanita sering dipinggirkan dalam melaksanakan tugasan tersebut. Sedangkan terdapat dalil
yang telah membuktikan bahawa wanita tidak boleh menjadi imam dalam solat jamaah lelaki
iaitu sepertimana yang ditulis dalam kitab Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi
berkata:

“ Telah bersepakat sahabat-sahabat kami (ulama mazhab Syafi’i) bahawa tidak boleh seorang
lelaki yang baligh dan seorang anak lelaki solat di belakang seorang perempuan, baik dalam
solat wajib mahupun dalam solat terawih dan semua solat sunat. Inilah mazhab kami, dan
mazhab majoriti ulama dari salaf dan khalaf dan menurut Baihaqi pendapat ini dipegang oleh
7 fuqaha sahabat yang berada di Bandar Madinah dan juga pendapat para pengikut sahabat
(tabiin). Ini juga merupakan Mazhab Malik dan Abu Hanifah dan Sofyan dan Ahmad dan
Daud Dzahiri”.

(al-Nawawi,t.th)

Justeru itu, pada hakikatnya, pada zaman jahiliyah wanita dipandang enteng malahan
menjadi hamba nafsu semata-mata bahkan mereka tidak dibenarkan menjalani kehidupan
sepertimana lelaki lalui. Justeru sesiapa sahaja yang melahirkan anak perempuan ketika itu,
akan membunuh anaknya hidup-hidup kerana jika melahirkan anak perempuan mereka
dianggap membawa malang. Walaubagaimanapun, agama Islam yang disampaikan dan
diajarkan oleh Rasulullah SAW tidak pernah menindas kaum wanita malah mengangkat
tinggi dan memuliakan martabat wanita, namun demikian perlakuan sesetengah masyarakat
Islam yang cenderung merendahkan dan mendiskriminasi kaum wanita inilah yang telah
sedikit sebanyak memburukkan imej Islam yang akhirnya membawa kepada isu kesetaraan
jantina ini.

13
4.3 Pembahagian harta pusaka

Di samping itu, isu seterusnya merupakan berkenaan isu pembahagian harta pusaka
yang difaraidkan antara lelaki dan wanita. Golongan feminisme percaya bahawa bahagian
Faraid harus dibahagi sama rata antara lelaki dan wanita. Ini kerana peruntukan syarak
mengenai harta pusaka bagi waris lelaki adalah lebih besar daripada peruntukan waris
perempuan. Bagi mereka, pembahagian harta pusaka berdasarkan Islam mewujudkan
ketidakadilan dalam mewarisi harta sedangkan kaum wanita kini juga sudah berdaya saing
demi mendapatkan kedudukan sosial yang tinggi, mempunyai pendidikan dan kerjaya serta
pendapatan yang baik.

Sister in Islam (SIS), iaitu satu organisasi yang membawa fahaman feminisme ini juga
telah menggesa agar satu undang-undang dapat digubal semula agar kaum wanita mendapat
keadilan dan pembahagian kaum lelaki yang pembahagian harta lebih besar perlu
menjalankan tanggungjawab mereka terhadap waris wanita secara adil. Apabila lelaki
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga dan agama, harta pusaka boleh
diagihkan secara adil mengikut prinsip ikhtisan. Pembahagian harta pusaka ditentukan
mengikut al-Quran, Sunnah dan Ijma Ulama. Oleh kerana lelaki wajib menyara isteri, maka
bahagian harta pusaka lebih besar bagi lelaki.

Tuntasnya, tuntutan hak bagi pihak lelaki dan pihak wanita dilawan dengan membawa
beberapa petikan ayat al-Quran yang menjelaskan asal usul penciptaan wanita, kepimpinan
dan pembahagian harta pusaka yang telah disyariatkan dalam Islam. Islam memartabatkan
wanita dengan memberikan keadilan kepada mereka bukannya menyamaratakan hak
sebagaimana yang ditutntut oleh golongan feminisme. Oleh itu, umat Islam mesti
berpandukan al-Quran dalam mendasari hukum hakam supaya penyelewengan fakta yang
didakwa oleh ideologi fahaman liberal dapat ditangkis untuk keharmonian hidup dalam
beragama.

14
4.4 Hak wanita dalam pekerjaan

Wanita sering dilihat lemah kerana penampilan luaran mereka, zaman dahulu, wanita
tidak dibenarkan bekerja dan terpaksa duduk di rumah dan melayan suami sahaja tetapi
sekarang tidak lagi. Wanita juga sudah ramai yang bekerjaya. Walaubagaimanapun, masalah
diskriminasi dalam dunia pekerjaan semakin teruk dan yang paling utama adalah diskriminasi
jantina. Isu ini semakin menjadi-jadi sehingga makhamah dan agensi kawal selia terpaksa
berhadapan dengan pelbagai kes diskriminasi wanita yang melibatkan kenaikan pangkat,
pengambilan pekerja dan keadaan di tempat kerja. Kesedaran kaum wanita terhadap isu ini
akhirnya membawa kepada kemunculan golongan feminis yang memperjuangkan hak dan
keselamatan wanita dalam sektor pekerjaan seperti yang akan dikupas di seksyen seterusnya
iaitu, diskriminasi upah, pembahagian pekerjaan mengikut jantina dan gangguan seksual di
tempat kerja.

4.4.1 Diskriminasi Gaji

Diskriminasi gaji berdasarkan jantina berlaku apabila pekerja wanita dibayar kurang
daripada pekerja lelaki sedangkan keduanya melakukan pekerjaan yang sama, tahap
pendidikan yang sama dan pengalaman bekerja yang sama. Meskipun begitu terdapat
beribu-ribu kajian menunjukkan bahawa wanita dibayar gaji yang lebih rendah berbanding
lelaki tanpa mengira bangsa dan kumpulan etnik. Hal ini menyebabkan, terjadinya
diskriminasi terhadap wanita dan seterusnya menyebabkan wanita mendapat pekerjaan
berstatus rendah.

4.4.2 Pembahagian pekerjaan mengikut jantina

Penyertaan pekerja wanita dalam sektor pekerjaan telah membawa kepada berlakunya
diskriminasi jantina yang membawa kepada pembahagian pekerjaan mengikut jantina.
Mengikut jenis pekerjaan yang dilakukan oleh wanita berbanding dengan lelaki di Malaysia,
secara umumnya kebanyakan kaum wanita menceburi bidang pekerjaan perkeranian dan yang
berkaitan, professional, teknikal dan yang berkaitan, perkhidmatan dan jualan ( Noor Rahmah
Abu Bakar, 2014). Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia 1991, didapati bahawa tidak ramai
kaum wanita yang memegang jawatan sebagai arkitek, jurutera, ahli teknologi, juruukur, ahli
sains, penyelia pengangkutan dan perhubungan, pengedar mel, pegawai eksekutif kerajaan,
pengurus, jurujual teknik dan sebagainya.

15
Pembahagian kerja ini adalah disebabkan oleh sikap majikan yang sering kali
mengaitkan jantina dengan jenis pekerjaan yang mana golongan wanita lebih tertumpu
kepada pekerjaan yang lebih relevan dan sesuai dengan ciri-ciri feminin. Sebagai contoh,
profesion kejururawatan menjadi pekerjaan yang didominasi oleh wanita kerana pekerjaan ini
dikatakan sangat berkaitan dengan ciri-ciri feminin seperti ciri penyayang dan
kelemahlembutan. Berbanding dengan pekerja lelaki, kaum ini lebih cenderung untuk
mendominasi pekerjaan yang lasak dan berkemahiran seperti arkitek dan jurutera. Selain itu,
keistimewaan yang dimiliki oleh kaum lelaki dalam pembahagian kerja membolehkan
mereka memegang jawatan yang lebih tinggi dalam pekerjaan walaupun sebenarnya kualiti
pendidikan dan pengalaman kerja mereka adalah sama dengan apa yang dimiliki oleh kaum
wanita.

4.4.3 Gangguan seksual di tempat kerja

Gangguan seksual boleh dibahagi kepada 2 kategori iaitu gangguan seksual berbentuk
ugutan dan gangguan seksual yang berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi.
Gangguan seksual berbentuk ugutan dapat dilihat apabila seorang pegawai atasan yang
mempunyai kuasa yang boleh menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja
bawahannya dengan memberikannya layanan seksual sebagai balasan. Selain itu, gangguan
seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi pula merupakan gangguan yang
tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan, tetapi ia boleh
menimbulkan suasana kerja yang tidak tenteram kepada mangsa seperti gangguan seksual
sesama pekerja dari segi mental dan sebagainya.

16
4.5 Isu feminisme dalam urusan rumah tangga

Isu feminisme dalam rumah tangga yang akan dikupaskan adalah isu poligami,
tempoh idah dan talak. Sister in Islam (SIS) telah menyatakan pendiriannya dalam menentang
poligami dan menggunakan pendirian mereka berdasarkan hadith yang mana Rasulullah
SAW seakan melarang Sayidina Ali daripada menduakan Fatimah. Berdasarkan Surah an
Nisa’ ayat 3, SIS memahaminya secara tekstual, iaitu pada ayat tersebut menjelaskan tentang
jika tidak dapat berlaku adil, maka khawini seorang sahaja. Kemudian mengaitkan satu ayat
dengan ayat yang lain yang berkaitan sama ada al-Quran atau hadith tentang poligami dan
keadilan. Ada juga yang mempersoalkan agar wanita turut diberi hak untuk berpoligami
kerana bagi mereka jika lelaki boleh berpoligami kenapa mereka tidak?.

Bukan itu sahaja, golongan feminisme ini mempersoalkan mengapa wanita perlu
menjalani tempoh idah jika pasangannya meninggal atau bercerai tetapi lelaki pula boleh
terus berkhahwin jika perkara tersebut berlaku. Walaubagaimanapun, golongan feminisme ini
memikirkan lelaki tiada belas dan simpati terhadap pasangan lama mereka tetapi mereka
terlupa kepada sebab sebenar tempoh idah itu dikenakan kepada wanita dan bukan lelaki. Hal
ini adalah untuk memastikan agar wanita itu bersih dari sebarang sperma suaminya yang
lama dan agar zuriatnya dengan pasangan baru dapat dikenalpasti.

Begitu juga dengan isu talak. Golongan feminisme sangat tidak bersetuju dengan
kelebihan yang diberikan oleh kaum lelaki di mana mereka boleh melafazkan talak jika
mereka sudah tidak mahu pasangannya sedangkan wanita perlu bertahan dengan pasangannya
sehinggalah mereka berdua bersetuju untuk bercerai. Tetapi terdapat logik di sebalik aturan
Islam ini. Hal ini kerana, lelaki diberikan hak untuk melafazkan talak kerana lelaki lebih
matang dalam membuat keputusan kerana mereka menggunakan rasional dan bukan emosi.
Jika wanita yang diberi hak melafazkan talak, peratus pasangan bercerai tentu lebih tinggi.

17
5.0 KAITAN FEMINISME TERHADAP NILAI KEHIDUPAN MASYARAKAT

Nilai kehidupan merupakan moral atau peraturan dalam masyarakat yang berlaku dan
diterapkan di dalam kehidupan harian seseorang individu. Nilai kehidupan sangat penting
untuk menentukan keupayaan seseorang untuk membuat keputusan dan juga membendung
kegiatannya dalam arah tertentu sama ada ke arah yang positif atau negatif. Terdapat tiga (3)
aspek utama nilai kehidupan masyarakat yang dapat dikaitkan dengan perjuangan feminisme
antaranya adalah dari segi Perundangan Islam, Akidah dan Sosial.

Sudut Positif dan Negatif perjuangan Feminisme dari pelbagai aspek nilai kehidupan:-

5.1 Perundangan Islam

Perundangan Islam boleh dijelaskan sebagai jalan yang lurus. Islam meletakkan
keseimbangan kepada hak dan tanggungjawab individu serta hak dan tanggungjawab negara
dalam mengutamakan kepentingan diri, masyarakat dan negara keseluruhannya.

Perjuangan feminisme telah memberikan impak yang positif kepada Perundangan


Islam untuk dipraktikkan oleh masyarakat antaranya ialah, Pemberian hak-suara kepada
kaum wanita dan Pembelaan ke atas wanita. Kaum wanita mengunakan perjuangan ini untuk
meminta perlindungan daripada keganasan rumahtangga, penganiayaan, dan diskriminasi
selain untuk mendapatkan hak penjagaan anak anak serta tuntutan nafkah.

Impak negatif juga terhasil ekoran perjuangan serta permikiran feminisme yang
melampau seperti, Perkahwinan yang dilakukan oleh kaum wanita. Ini adalah tidak sah
kerana ijab dan qabul sesebuah perkahwinan itu Wajib dilakukan oleh Kadi lelaki, dan
bersaksikan Saksi Lelaki. Selain itu, mereka memperjuangkan hak untuk wanita
mengimamkan solat, serta wanita sebagai ketua keluarga dan wali perkahwinan. Ini adalah
bertentangan dengan ajaran Islam dimana Imam untuk solat Jemaah/ketua keluarga dan wali
perkahwinan mesti lah lelaki. Lelaki menjadi pemimpin bukan hanya kerana lelaki memberi
nafkah, tetapi kerana lelaki diberi amanah dan tanggungjawab untuk memastikan
rumahtangga termasuk isterinya, dijaga dan dipelihara dengan baik mengikut kehendak
Allah.

18
5.2 Akidah

Akidah merupakan Rukun agama Islam yang menjadi asas kepada keimanan yang
diyakini oleh seorang muslim. Akidah seseorang manusia perlu dipertahankan daripada
dirosakkan dan selewengkan oleh pihak lain.

Sudut positif pemikiran feminisme yang dapat dilihat dari nilai kehidupan akidah
ialah gerakan feminisme telah berjaya mengubah permikiran masyarakat untuk·memuliakan
darjat wanita di dalam kalangan masyarakat. Ini merupakan sesuatu yang baik kerana tiada
aturan yang lebih memuliakan wanita sebagai seorang ibu melebihi Islam. Tambahan lagi,
gerakan feminisme telah memperjuangkan hak kebebasan untuk berpakaian mengikut budaya
dan agama. Sebagai contoh, beberapa negara memperkenalkan polisi dan peraturan yang
mengehadkan kebebasan wanita beragama Islam dalam bertudung dan menutup aurat seperti
pegawai polis di Norway, Guru di Jerman dan wanita-wanita di Turki.

Daripada perspektif yang berbeza iaitu dari sudut negatif, perjuangan feminisme telah
mempengaruhi pemikiran wanita bahawa wanita merupakan insan yang tidak lemah dan
mampu berdikari tanpa bantuan orang lain terutamanya lelaki. Wanita akan berasa diri lebih
berdikari dan tidak mengharapkan bantuan lelaki di dalam hidupnya. Pemikiran ini bahaya
kepada seorang isteri ini kerana fitrah seorang lelaki mahukan dirinya dihormati, golongan itu
menganggap wanita harus berharap dan bergantung kepada mereka. Jika perkara ini berlaku
sebaliknya, hubungan di antara dua jantina itu akan bermasalah. Bukan itu sahaja, akitiviti
fizikal yang melangkaui kekuatan dilakukan oleh wanita tanpa bantuan lelaki juga akan
memberikan kesan buruk kepada dirinya sebagai contoh risiko peranakan jatuh.

19
5.3 Sosial

Nilai kehidupan sosial merupakan nilai yang dipupuk dan dibina dalam sesuatu
masyarakat selaras dengan tradisi budaya yang diwarisi. Nilai sosial boleh mempengaruhi
perlakuan dan tindakan individu serta masyarakat. Kelantangan feminisme dalam
menyuarakan tentang pembelaan hak mereka telah membuahkan hasil yang positif apabila
kaum wanita telah memperoleh peluang yang sama dalam pekerjaan, gaji yang selayaknya,
memperoleh cuti bersalin, memiliki kediaman serta pendidikan.

Namun begitu, dalam konteks sudut negatif tentang perjuangan mereka yang inginkan
hak pengguguran yang selamat mampu meningkatkan jumlah aktiviti seks bebas kerana jika
diberikan kebebasan ini, mereka mudah untuk menggugurkan kandungan jika hamil. Dalam
pada itu, mereka mengharapkan kebebasan untuk mengadakan hubungan songsang sesama
jenis (perempuan dan perempuan). Umum mengetahui bahawa hubungan ini merosakkan
akidah dan iman sebagai seorang muslim kerana Allah telah berfirman di dalam surah
An-Najm ayat 045 “Dan bahawa sesungguhnya, Dialah telah menciptakan pasangan lelaki
dan wanita” Ini bermaksud, wanita diciptakan sebagai pasangan kepada seorang lelaki.

20
6.0 SOLUSI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pemikiran feminisme semakin menyebar yang menyebabkan ramai umat Islam


terpengaruh. Terdapat beberapa solusi bagi menangani pemikiran ini daripada semakin
menyebar menurut perspektif Islam.

6.1 Merujuk Al-Quran Sebagai Sumber Sahih

Solusi yang paling utama ialah umat Islam perlulah menjadikan al-Quran sebagai
rujukan yang merupakan sumber yang benar. Umat Islam mestilah tidak merujuk kepada
ideologi feminisme yang merupakan fahaman daripada liberal Barat. Pemikiran ini hanya
berdasarkan kepada akal dan persekitaran masyarakat yang wujud pada masa tersebut. Hal ini
bercanggah dengan ajaran Islam kerana idea kebebasan feminisme ini mendakwa al-Quran
dan hadith tidak lagi sesuai untuk diamalkan pada zaman kini dan memerlukan pentafsiran
semula yang lebih moden. Sedangkan sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk sentiasa
merujuk dan mengamalkan ajaran al-Quran dan hadith namun, Golongan ini mengangkat akal
melebihi kuasa wahyu dan meragui terhadap kebenaran al-Quran.

Sedangkan, kandungan di dalam al-Quran dan hadith sudah diyakini kebenarannya.


Hal ini kerana kandungan al-Quran telah dijaga dengan berbagai cara. Antaranya, ramai
penghafaz al-Quran bermula daripada zaman Rasulullah S.A.W hingga ke hari ini. Tambahan
pula, al-Quran turut dipelihara menggunakan tulisan. Penulis al-Quran pada zaman
Rasulullah S.A.W telah menghasilkan mushaf. Setelah berkembangnya teknologi, al-Quran
kini dihasilkan dalam bentuk percetakan. Hal ini menjadi bukti yang kukuh bahawa al-Quran
terpelihara dengan rapi. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud,

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang


memelihara dan menjaganya”. (Surah al-Hijr: 9)

6.2 Memahami dan Mendalami Ilmu Akidah

Selain itu, penyelesaian untuk membanteras idea feminisme adalah dengan


memahami dan mendalami ilmu akidah bagi menghalang pengaruh feminisme daripada terus
mempengaruhi dan tersebar dalam kalangan masyarakat Islam. Antara sebab kukuh mengapa
fahaman feminisme ini perlu dibanteras ialah oleh kerana al-Quran diturunkan dalam Bahasa
Arab, golongan ini meragui wahyu al-Quran adalah untuk semua bangsa. Justeru, pengaruh
21
ideologi liberal ini amat bahaya kepada akidah masyarakat Islam khususnya generasi muda
kini yang terdedah dengan pengaruh budaya barat yang sering ditularkan melalui medium
komunikasi terkini yang tiada had. Maka, memahami dan mendalami ilmu akidah merupakan
senjata yang berkesan untuk menghalang pengaruh feminisme daripada semakin tersebar dan
secara tidak langsung akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat Islam.

6.3 Mendedahkan Agenda Feminisme

Seterusnya, solusi bagi mengelakkan penyebaran fahaman feminisme ini adalah


dengan mendedahkan agenda feminisme acuan dari Barat ini. Umat Islam sering
mempersoalkan adakah wajar untuk kita melakukan pendedahan terhadap muslihat orang
kafir kepada umum. Pendedahan seperti ini perlu dilakukan untuk menyedarkan dan
mendidik umat Islam tentang risiko yang akan dihadapi sekiranya membiarkan perkara ini
tersebar. Pendedahan ini sekaligus membantu umat Islam untuk mempersiapkan diri bagi
menghadapi ancaman ideologi feminisme. Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 55;

Maksudnya; Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas
jalan yang benar) dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

6.4 Mengenal dan Menjaga Keimanan

Akhir sekali, peranan masyarakat Islam dalam mengenal dan menjaga keimanan
adalah sangat penting. Hal ini boleh dilakukan dengan mempelajari ilmu akidah agar tidak
mudah terpengaruh oleh unsur yang boleh merosakkan umat Islam. Kurangnya ilmu akidah
seorang umat Islam juga antara faktor mudahnya penyebaran ideologi fahaman liberal yang
menggunakan logik akal ini berhujah. Hasilnya, kebanyakan masyarakat Islam sukar untuk
mempertahankan agama Islam apabila berdebat dengan fahaman liberal ini. Oleh itu, umat
Islam memperkuatkan keimanan dalam membanteras golongan feminisme.

22
7.0 KESIMPULAN

Daripada perbincangan di atas, kita tahu bahawa pandangan feminis Muslim terhadap
isu kesetaraan gender, bahawa wanita muslim memerlukan perubahan agar kebebasan
hak-hak wanita dicapai. Golongan feminis telah menyebarkan dakyah dan bertindak untuk
menafsir sendiri berdasarkan pemahaman mereka. Isu yang diketengahkan kepada
masyarakat Islam seperti isu poligami, hak-hak kemanusiaan (LGBT) dan harta pusaka
membawa percanggahan sehingga mengelirukan masyarakat.

Gerakan ini telah menyampaikan ideologi feminisme mengikut acuan mereka sendiri.
Hal ini demikian, kerana mereka telah mencipta pemikiran sendiri agar selaras dengan
kemajuan sesebuah negara dan dikenali sebagai Feminis Liberal. Fahaman dalam
menegakkan isu kesetaraan gender dilihat berasaskan budaya dan realiti sosial dalam
masyarakat. Semua pihak harus berganding bahu bagi membanteras penularan ideologi
gerakan feminis yang bercanggah dengan agama Islam dan telah mengundang pelbagai kesan
negatif kepada masyarakat. Oleh itu, wujudnya wanita daripada golongan feminis yang
seringkali diprovokasi dengan pandangan negatif terhadap ajaran Islam.

Oleh itu, al-Quran dan hadis adalah sebagai sumber yang benar bagi umat Islam untuk
merujuk kepada jalan penyelesaian terhadap tuntutan persamaan hak antara lelaki dan wanita
dan tidak sepatutnya merujuk kepada ideologi pemikiran feminisme Barat. Hal ini demikian
kerana, dalam islam lelaki dan wanita diciptakan dalam satu jiwa dan sangat memerlukan
diantara satu sama lain agar dapat membina sesebuah keluarga yang harmoni bagi melahirkan
zuriat yang mawaddah. Peranan masyarakat Islam untuk mempelajari ilmu akidah sangat
penting bagi menjaga keimanan daripada dipengaruhi unsur yang merosakkan aqidah islam.

Antara faktor kekurangan ilmu akidah juga adalah akibat daripada penyebaran
ideologi fahaman liberal yang mengunakan logik akal untuk berhujah. Idea hak kebebasan
pemikiran mutlak ini sehinggakan mendakwa bahawa al-Quran dan hadith tidak lagi sesuai
untuk diadaptasikan dan diamalkan pada zaman kini dan memerlukan penafsiran semula yang
lebih moden. Hal Ini kerana, golongan liberal telah menganggap bahawa pemikiran akal
adalah disanjung melebihi autoriti wahyu dan meragui terhadap setiap kebenaran alQuran.

Selain daripada itu, al-Quran yang diturunkan untuk semua bangsa juga telah diragui
oleh golongan feminisme sedangkan al-Quran itu telah diturunkan dalam Bahasa Arab.
Justeru itu, pengaruh daripada ideologi liberal sangat merbahaya kepada akidah masyarakat

23
kerana dapat memanipulasi pemahaman generasi muda kita terutamanya melalui media sosial
terkini. Kefahaman dalam mendalami ilmu akidah adalah senjata yang ampuh untuk
menghalang pengaruh feminisme daripada menuntut persamaan hak antara lelaki dan wanita
secara langsung dapat memberi kesan kepada masyarakat Islam. Oleh itu, isu jantina harus
ditangani dengan berhemah supaya tuntutan persamaan hak antara lelaki dan wanita
berlandaskan tuntutan syara’ dapat ditegakkan bagi menjamin maqasid syariah agar
terlaksana dalam masyarakat Islam.

24
RUJUKAN

Baterah Alias, Mohd Asmadi Yakob, Rafeah Saidon, Mukhammad Syamsul Huda Bin

Lahuri. (2020, December). ANALISIS ISU GENDER BERDASARKAN AL-QURAN BAGI

MENANGKIS TUNTUTAN PERSAMAAN HAK ANTARA LELAKI DAN WANITA.

https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42975/1/42975.pdf

Norsaleha Mohd. Salleh. (2015, October). PENOLAKAN TERHADAP AGENDA

FEMINISME DAN LIBERALISME DI MALAYSIA.

https://www.researchgate.net/publication/287232617_PENOLAKAN_TERHADAP_AGEND

A_FEMINISME_DAN_LIBERALISME_DI_MALAYSIA

Yogie Andreas. (2021, December), 5 Tokoh Feminisme: Para Pahlawan Kesetaraan

Perempuan. https://riliv.co/rilivstory/tokoh-feminisme/

Muhammad Ariffin bin Ismail. GERAKAN FEMINISME, PERSAMAAN GENDER DAN

PEMAHAMAN AGAMA (BAHAGIAN SATU).

https://muftiwp.gov.my/en/media-menu/penerbitan/suara-pemikir/2155-gerakan-feminisme-p

ersamaan-gender-dan-pemahaman-agama-bahagian-1

Zulfahani Hasyim. (2012, July) PEREMPUAN DAN FEMINISME DALAM PERSPEKTIF

ISLAM.https://media.neliti.com/media/publications/153204-ID-perempuan-dan-feminisme-d

alam-perspektif.pdf

Admin PMWP. (2019, March 12). BAYAN LINNAS SIRI KE-171: KISAH KAUM NABI LUTH

AS DAN IKTIBARNYA. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3188-bayan-linnas-siri-ke-171-kisah-kaum-nabi-

luth-as-dan-iktibarnya

25
‌Ismail, S. (2018, October 15). Masyarakat perlu bantu LGBT kembali ke pangkal jalan.

Berita Harian; Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/10/486345/masyarakat-perlu-bantu-lgbt-k

embali-ke-pangkal-jalan

Abur HAMDI Usman, & Nurhidayah Ramlee. (2021, August 5). Konsep Kesamarataan

Gender: Tinjauan Semula Kedudukan Wanita Menurut Perspektif Islam. ResearchGate;

unknown.

https://www.researchgate.net/publication/353720174_Konsep_Kesamarataan_Gender_Tinjau

an_Semula_Kedudukan_Wanita_Menurut_Perspektif_Islam

‌https://ejournal.um.edu.my/index.php/MJSA/article/download/3151/1237/8691

Al-Azhar, U., Egypt, K., Kunci, K., Islam, & Feminisme, D. (2012). PEREMPUAN DAN

FEMINISME DALAM PERSPEKTIF ISLAM Zulfahani Hasyim Mahasiswa S1 Fakultas

Ushuluddin Jurusan Aqidah Filsafat. MUWÂZÂH, 1.

https://media.neliti.com/media/publications/153204-ID-perempuan-dan-feminisme-dalam-per

spektif.pdf

Asma. (2017, November 9). Gerakan Feminisme, Persamaan Gender dan Pemahaman

Agama (Bahagian 1). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

https://muftiwp.gov.my/en/media-menu/penerbitan/suara-pemikir/2155-gerakan-feminisme-p

ersamaan-gender-dan-pemahaman-agama-bahagian-1

26
Berdasarkan, G., Bagi, A.-Q., Tuntutan, M., Hak, P., Lelaki, A., Wanita, D., Alias, B., Yakob,

M., Saidon, R., Syamsul, M., Bin Lahuri, H., Pengajian, A., Kontemporari, I., Teknologi, U.,

40450, M., Alam, S., Penghubung, P., Kunci, K., Gender, & Feminisme, P. (n.d.). ANALISIS

ISU ANALYSIS OF GENDER ISSUES BASED ON THE QURAN TO REJECT THE CLAIM

OF EQUAL RIGHTS BETWEEN MEN AND WOMEN.

https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42975/1/42975.pdf

Suparno, S. (2016). Perempuan Dalam Pandangan Feminis Muslim. Fikroh: Jurnal

Pemikiran Dan Pendidikan Islam, 8(2).

https://doi.org/10.37812/fikroh.v8i2.3

SIS: FEMINISME ISLAM WARISAN SUNAH RASULULLAH - Sisters in Islam. (2003, July

23). Sisters in Islam.

https://sistersinislam.org/sis-feminisme-islam-warisan-sunah-rasulullah/

Norsaleha Mohd. Salleh. (2015, October 13). PENOLAKAN TERHADAP AGENDA

FEMINISME DAN LIBERALISME DI MALAYSIA. ResearchGate; unknown.

https://www.researchgate.net/publication/287232617_PENOLAKAN_TERHADAP_AGEND

A_FEMINISME_DAN_LIBERALISME_DI_MALAYSIA

Wahidatul Hannan Nazari, & Musa, R. (2022). Gender Equality According to Muslim

Feminists] Kesetaraan Gender menurut Golongan Feminis Muslim. Jurnal Islam Dan

Masyarakat Kontemporari, 23(1), 205–216.

https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.662

27
LAMPIRAN

28

You might also like