You are on page 1of 137

ABSF4103

Qawaid Fiqhiyyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ABSF4103
QAWAID FIQHIYAH
Dr Azman Ab Rahman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman
Dr Aliza Ali
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Azman Ab Rahman


Universiti Sains Islam Malaysia

Penyederhana: Shamshina Mohamad Hanifa


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Enhancer: Prof Madya Dr Mohd Noor Daud

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2013


Edisi Kedua, April 2020 (MREP)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2020, ABSF4103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix–xiv

Topik 1 Pengenalan kepada Ilmu Kaedah Fiqh 1


1.1 Pengertian Kaedah Fiqh 2
1.2 Perbezaan antara Kaedah Fiqh dengan Kaedah Usul Fiqh 5
1.3 Perbezaan antara Kaedah Fiqh dengan Dhabit Fiqh 7
1.4 Kepentingan Kaedah Fiqh dalam Undang-undang Islam 7
Rumusan 9
Kata Kunci 9
Rujukan 10

Topik 2 Sumber Kaedah Fiqh 11


2.1 Takrif al-Quran 12
2.1.1 Kehujahan al-Quran 12
2.1.2 Status Thubut dan Dalalah Kandungan al-Quran 14
2.1.3 Penerangan al-Quran terhadap Hukum dan 16
Caranya
2.2 Definisi Sunah 20
2.2.1 Kategori Sunah 21
2.2.2 Kehujahan Sunah 22
2.2.3 Status Thubut dan Dalalah Sunah 24
2.3 Sumber Fiqh pada Zaman Khalifah ar-Rasyidin 25
2.4 Sumber Terbentuknya Kaedah Fiqh dan Metodologi 26
Pembentukan Kaedah Fiqh
Rumusan 28
Kata Kunci 28
Rujukan 29

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Perkembangan Ilmu Kaedah Fiqh 30


3.1 Perkembangan Ilmu Kaedah Fiqh dan Pengenalan 31
kepada Tokoh Ilmu Kaedah Fiqh
3.2 Sumber Rujukan Kaedah Fiqh Mengikut Mazhab 33
3.2.1 Mazhab Hanafi 34
3.2.2 Mazhab Maliki 35
3.2.3 Mazhab Syafii 37
3.2.4 Mazhab Hambali 40
Rumusan 41
Kata Kunci 42
Rujukan 42

Topik 4 Kaedah Asas Pertama: „ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ‰ (Setiap Perkara Dinilai 43


Berdasarkan Niat dan Matlamatnya)
4.1 Maksud dan Huraian Kaedah 44
4.2 Sumber Kaedah 45
4.3 Bidang Kaedah 47
4.4 Kaedah Pecahan 48
4.5 Tujuan Niat 51
Rumusan 52
Kata Kunci 52
Rujukan 52

Topik 5 Kaedah Asas Kedua: „ ‰ (Kesukaran 54


Membawa kepada Kemudahan dan Keringanan)
5.1 Maksud dan Huraian 55
5.1.1 Azimah dan Rukhsah 56
5.1.2 Contoh Rukhsah dalam Syariat 59
5.1.3 Kategori Rukhsah 60
5.2 Sumber Asal Kaedah 62
5.3 Kaedah Pecahan dan Penggunaannya 63
5.4 Pengecualian Kaedah 66
Rumusan 66
Kata Kunci 67
Rujukan 68

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 6 Kaedah Asas Ketiga: „ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ‰ (Keyakinan Tidak 69


Dihilangkan dengan Keraguan)
6.1 Pengertian Kaedah 70
6.2 Sumber Asal Kaedah 71
6.3 Perbezaan antara Yakin, Zann, Syak dan Wahm 72
6.4 Skop Pelaksanaan Kaedah 73
6.5 Kaedah Pecahan dan Penggunaannya 75
Rumusan 79
Kata Kunci 80
Rujukan 81

Topik 7 Kaedah Asas Keempat: „DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ‰ (Kemudaratan 82


Hendaklah Dihilangkan)
7.1 Pengertian Kaedah 83
7.2 Sumber Asal Kaedah 83
7.3 Skop Pemakaian Kaedah 84
7.4 Kaedah Pecahan dan Penggunaannya 85
Rumusan 90
Kata Kunci 91
Rujukan 91

Topik 8 Kaedah Asas Kelima: „ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ‰ (Adat Dijadikan 92


Rujukan Hukum)
8.1 Pengertian Kaedah 93
8.2 Huraian Kaedah 94
8.3 Sumber Asal Kaedah 94
8.4 Jenis Urf 96
8.5 Syarat Penerimaan Urf dalam Islam 97
8.6 Kaedah Pecahan 98
8.7 Penggunaan Kaedah 102
Rumusan 103
Kata Kunci 104
Rujukan 105

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 9 Kaedah Umum (Kulliyyah) Bahagian 1 106


9.1 Apabila Berhimpun yang Halal dan Haram, Dimenangkan 107
yang Haram (ǵơǂūơ ƤǴǣ ǵơǂūơȁ DZȐūơ ǞǸƬƳơ ơƿơ)
9.1.1 Huraian Kaedah 107
9.1.2 Sumber Asal Kaedah 107
9.1.3 Penggunaan Kaedah 108
9.2 Tindakan Pemerintah terhadap Rakyat Hendaklah 108
Berdasarkan Maslahat (ƨƸǴǐŭƢƥ ǕȂǼǷ ƨȈǟǂdzơ ȄǴǟ ǵƢǷȍơ ǥǂǐƫ)
9.2.1 Huraian Kaedah 109
9.2.2 Sumber Asal Kaedah 110
9.2.3 Penggunaan Kaedah 110
9.3 Kepentingan Umum Lebih Utama daripada Kepentingan 111
Individu (ǂǏƢǬdzơ ǺǷ DzǔǧƗ ȅƾǠƬŭơ)
9.3.1 Huraian Kaedah 111
9.3.2 Sumber Asal Kaedah 112
9.3.3 Penggunaan Kaedah 113
Rumusan 113
Kata Kunci 114
Rujukan 114

Topik 10 Kaedah Umum (Kulliyyah) Bahagian 2 115


10.1 Sesuatu yang Haram Menggunakannya, Haram Juga 115
Memperolehnya (ǽƿƢţơ ǵǂƷ ǾdzƢǸǠƬLJơ ǵǂƷ ƢǷ)
10.1.1 Huraian Kaedah 116
10.1.2 Kaitan Kaedah 116
10.1.3 Penggunaan Kaedah 116
10.2 Sesuatu yang Haram Diambil, Diharamkan Juga 117
Memberinya (ǽƙƢǘǟƛ ǵǂƷ ǽǀƻƗ ǵǂƷ ƢǷ)
10.2.1 Huraian Kaedah 117
10.2.1 Rumusan Kaedah 117
10.2.3 Pengecualian Kaedah 118
10.3 Hak Mendapatkan Hasil Disebabkan oleh Keharusan 118
Menanggung Kerugian (ǹƢǸǔdzƢƥ ƱơǂŬơ)
10.3.1 Huraian Kaedah 118
10.3.2 Sumber Kaedah daripada Hadis Rasulullah 119
Rumusan 119
Kata Kunci 120
Rujukan 120

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda mesti membaca Panduan Kursus ini dengan teliti dari awal hingga ke akhir.
Ia menjelaskan secara ringkas mengenai kursus ini dan bagaimana anda boleh
mengendali dan memanfaatkan bahan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
masa yang anda mungkin akan gunakan untuk menyelesaikan kursus ini dengan
jayanya. Sila rujuk Panduan Kursus ini semasa menelusuri bahan kursus ini
kerana ia akan membantu anda menjelaskan komponen penting dalam kursus ini
atau butir-butir penting yang anda mungkin terlepas pandang.

PENGENALAN
ABSF4103 Qawaid Fiqhiyyah ialah salah satu kursus yang ditawarkan di Open
University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam). Modul ini bertujuan menjelaskan
kepada pelajar tentang konsep kaedah fiqh dalam undang-undang Islam. Pelajar
juga dapat mengguna pakai kaedah fiqh tersebut kepada kes yang relevan dan
mampu menyelesaikan kes dengan menggunakan kaedah fiqh.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai 3 jam
kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa
pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa untuk Jam Pembelajaran yang Terkumpul

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami 3
secara ringkas kandungan kursus
Memahami modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan dalam talian 12


Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pengertian dan konsep kaedah fiqh dalam undang-undang


Islam;

2. Membezakan antara kaedah fiqh daripada usul fiqh dengan beberapa asas
ilmu fiqh yang lain; dan

3. Mengguna pakai kaedah fiqh tersebut kepada kes yang relevan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 membincangkan pengenalan kepada ilmu kaedah fiqh dan


kepentingannya dalam sistem undang-undang Islam.

Topik 2 memperkenalkan sumber kaedah fiqh seperti al-Quran, sunah, khalifah


ar-Rasyidin dan buku kaedah fiqh.

Topik 3 membincangkan perkembangan ilmu kaedah fiqh dan pengenalan kepada


tokoh ilmu kaedah fiqh.

Topik 4 membincangkan kaedah asas (ummahat al-qawaid), iaitu kaedah 1:


„Setiap perkara dinilai mengikut niat.‰

Topik 5 menerangkan kaedah asas, iaitu kaedah 2: „Kesukaran membawa kepada


kemudahan dan keringanan.‰

Topik 6 membincangkan kaedah asas, iaitu kaedah 3: „Keyakinan tidak


dihilangkan dengan keraguan.‰

Topik 7 membincangkan kaedah asas, iaitu kaedah 4: „Kemudaratan hendaklah


dihilangkan.‰

Topik 8 membincangkan kaedah asas, iaitu kaedah 5: „Adat dijadikan rujukan


hukum.‰

Topik 9 menerangkan kaedah umum (kulliyyah) dan pecahannya, iaitu „apabila


berhimpun halal dan haram, dimenangkan yang haram‰, „tindakan pemerintah
terhadap rakyat hendaklah berdasarkan maslahat‰ dan „kepentingan umum lebih
utama daripada kepentingan individu.‰

Topik 10 menerangkan kaedah umum dan pecahannya yang selanjutnya, iaitu


„sesuatu yang haram menggunakannya, haram juga memperolehnya‰, „sesuatu
yang haram diambil, haramkan juga memberinya‰ dan „hak mendapatkan hasil
disebabkan oleh keharusan menanggung kerugian .‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PANDUAN PENYUSUNAN TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊfi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24×7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengenalan
kepada Ilmu
1 Kaedah Fiqh
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menghuraikan pengertian kaedah fiqh menurut bahasa dan istilah;
2. Membezakan antara kaedah fiqh dengan usul fiqh;
3. Membezakan antara kaedah fiqh dengan dhabit fiqh; dan
4. Menerangkan kepentingan kaedah fiqh dalam sistem undang-
undang Islam.

 PENGENALAN
Undang-undang adalah penting dalam pentadbiran kehidupan seharian manusia.
Dalam sistem perundangan Islam pula, kaedah fiqh mempunyai kedudukan yang
amat penting. Tanpa kaedah fiqh, hukum fiqh akan menjadi satu hukum yang
terpisah dan ini boleh menimbulkan perselisihan antara satu masalah dengan
masalah yang lain.

Penguasaan terhadap kaedah fiqh juga membolehkan seorang faqih memahami


cara mengeluarkan fatwa dan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa
bergantung pada hafalan semata-mata. Mereka juga harus berupaya
mengaplikasikan kaedah fiqh terhadap masalah baharu yang timbul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH

Penguasaan kaedah fiqh dalam kalangan hakim, pegawai penyelidik dan peguam
dapat membantu menyelesaikan banyak kes di mahkamah dengan kepelbagaian
isu yang timbul. Dalam topik ini, kita akan diperkenalkan kepada ilmu kaedah
fiqh dan kepentingannya dalam sistem undang-undang Islam.

AKTIVITI 1.1

Adakah anda mengetahui kepentingan ilmu kaedah fiqh dan perbezaan


antara ilmu kaedah fiqh dengan usul fiqh? Bincangkan bersama sekuliah
rakan anda dan berikan contoh-contoh bagi memudahkan pemahaman
anda tentang perkara tersebut.

1.1 PENGERTIAN KAEDAH FIQH


Pertamanya, kita akan membincangkan pengertian kaedah fiqh sebelum
meneruskan dengan kepentingannya.

(a) Pengertian Kaedah dari Segi Bahasa


Dari segi bahasa, kaedah ialah asas atau tunjang seperti firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim a.s. bersama-sama dengan anaknya
Ismail meninggikan binaan asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.

Dalam bahasa Arab, kalimah kaedah (‫ )قاعدة‬diguna pakai juga pada makna
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH  3

Rajah 1.1: Maksud kaedah dalam bahasa Arab

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH

Dari segi istilah, kaedah menurut para fuqaha adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.2:

Rajah 1.2: Maksud kaedah menurut para fuqaha

(b) Pengertian Kaedah Fiqh


Mari kita lihat pengertian kaedah fiqh.

Kaedah fiqh bermaksud prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk
nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan
bahagiannya.

Contoh bagi pengertian ini ialah lafaz kaedah al dararu yuzal yang
bermaksud „kemudaratan mestilah dihapuskan.‰

Kesimpulannya, Qawaid Fiqhiyyah ialah ilmu yang menghimpunkan prinsip


umum hukum fiqh yang digubal dalam bentuk petikan yang ringkas seperti
perlembagaan. Setiap kaedah ini akan menghimpunkan sebahagian besar
daripada hukum fiqh yang berkaitan.

Keistimewaan kaedah fiqh ialah teksnya dibentuk dalam beberapa kalimah


yang ringkas dan padat dalam lafaz yang umum. Namun, maknanya luas
dan mencakupi cabang masalah yang terperinci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH  5

Walau bagaimanapun, kaedah fiqh tidaklah merangkumi kesemua masalah


kerana boleh dikatakan hampir setiap kaedah akan terdapat masalah yang
dikecualikan. Oleh itu, ulama mengatakan:

‫أكث قواعد الفقه أغلبية‬


Maksudnya:
Kebanyakan kaedah fiqh adalah ‫( أغلبية‬majoriti).

Menurut fuqaha, para hakim tidak seharusnya bergantung sepenuhnya


pada mana-mana kaedah ketika membuat penghakiman tanpa merujuk nas
yang lain sama ada khas atau am yang mencakupi kes itu. Walaupun kaedah
kulliyah diguna pakai dalam pelaksanaan hukum, ia tetap mempunyai
banyak masalah yang dikecualikan, maka ia boleh dianggap sebagai
‫دساتي للتفقيه‬, (beberapa peraturan bagi menajamkan kefahaman fiqh) dan
bukannya sebagai nas kepada penghakiman.

1.2 PERBEZAAN ANTARA KAEDAH FIQH


DENGAN KAEDAH USUL FIQH
Ilmu fiqh berbeza daripada ilmu usul fiqh. Begitu juga qawaid usul berbeza
daripada qawaid fiqh. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa orang
pertama yang memisahkan antara ilmu kaedah fiqh dan ilmu kaedah usul serta
mengasaskannya ialah Imam Syihab al-Din al-Qarafi.

Hal itu dijelaskan oleh beliau dalam mukadimah kitabnya Al-Furuq. Oleh itu,
mari kita kaji setiap perbezaan kaedah usul fiqh dan kaedah fiqh itu sendiri
melalui Jadual 1.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH

Jadual 1.1: Perbezaan antara Kaedah Fiqh dengan Usul Fiqh

Perbezaan dari
Kaedah Usul Fiqh Kaedah Fiqh
Sudut
Sumber Kaedah usul fiqh menjadi Kaedah fiqh timbul daripada
pengukur dalam mengeluarkan hukum syarak dan cabang
sesuatu hukum yang berkaitan masalah yang berkaitan
dengan lafaz bahasa Arab dan dengan fiqh.
kaedahnya serta dalilnya dalam
permasalahan hukum.
Fungsi Kaedah usul fiqh dikhususkan Kaedah fiqh dikhususkan
kepada mujtahid untuk kepada faqih atau mufti yang
mengeluarkan hukum fiqh dan perlu dirujuk kepadanya
mengetahui hukum serta masalah untuk mengetahui cabang
baharu daripada sumber hukum.
perundangan Islam.
Cakupan Kaedah usul fiqh lebih umum dan Kaedah fiqh bersifat umum
menyeluruh meliputi cabangnya dan menyeluruh tetapi
dan tidak banyak mempunyai banyak
pengecualiannya. pengecualiannya.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Jelaskan pengertian kaedah fiqh dari segi bahasa dan istilah.

2. Berdasarkan pemahaman anda, apakah perbezaan antara kaedah


usul fiqh dengan kaedah fiqh?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH  7

1.3 PERBEZAAN ANTARA KAEDAH FIQH


DENGAN DHABIT FIQH
Kaedah fiqh berbeza daripada dhabit fiqh. Walaupun kadangkala kaedah
digunakan dengan maksud dhabit dan sebaliknya. Namun antara keduanya
mempunyai perbezaan yang jelas. Dalam kitab Al-Wajiz fi Idhah Qawaid al-Fiqh
al-Kulliyyah disebutkan dua perbezaan seperti yang berikut:

(a) Kaedah fiqh menghimpunkan furuk/permasalahan fiqh daripada pelbagai


bab fiqh kepada niatnya. Kaedah ini mencakupi permasalahan daripada
pelbagai bab. Contoh kaedah fiqh ialah kaedah „setiap amalan bergantung
pada niatnya.‰

Sedangkan dhabit fiqh hanya menghimpunkan furuk/permasalahan fiqh


daripada satu bab sahaja. Contohnya, „Muhrim (orang yang melaksanakan
ihram) apabila melambatkan nusuk dari waktu yang ditentukan atau
mempercepatkannya, maka wajiblah dia membayar dam.‰

(b) Kebanyakan kaedah fiqh disepakati oleh semua ulama atau kebanyakan
ulama. Manakala dhabit fiqh adalah khusus untuk mazhab tertentu sahaja
dan jarang sekali dhabit fiqh diterima atau disepakati oleh semua mazhab.
Bahkan ada antara dhabit yang merupakan pandangan ulama tertentu
dalam mazhab. Namun terdapat ulama lain yang tidak bersetuju dengan
pandangan itu walaupun mereka daripada mazhab yang sama.

1.4 KEPENTINGAN KAEDAH FIQH DALAM


UNDANG-UNDANG ISLAM
Terdapat banyak kepentingan dan faedah yang diperoleh daripada ilmu kaedah
fiqh. Antaranya adalah menjadikan seseorang itu faham terhadap penghayatan
fiqh, mampu menghubungkan dan mengeluarkan hukum serta mengetahui
hukum bagi masalah yang tidak termaktub dan hukum masalah yang wujud
sepanjang masa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH

Dalam perundangan Islam khususnya, kepentingan terbesar kaedah fiqh


ditunjukkan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Kepentingan Kaedah Fiqh

Kepentingan Kaedah Fiqh Penerangan


Kaedah fiqh sebagai Penggunaan kaedah fiqh oleh hakim Mahkamah Syariah
sumber hukum sebagai sumber hukum dapat diteliti dalam undang-
undang itu sendiri dan penggunaannya di Mahkamah
Syariah.
Kaedah fiqh sebagai hujah Contoh kaedah sebagai hujah sokongan yang bererti „asal
sokongan kekal sesuatu itu mengikut apa-apa yang ada
sebelumnya‰ adalah sebahagian daripada kaedah yang
utama yang keyakinan tidak boleh dihapuskan oleh
keraguan.
Kaedah fiqh sebagai cara Kaedah ini diguna pakai oleh hakim menentukan status
mengenal pasti status orang yang didakwa dalam kes jenayah, iaitu
individu kaedah yang bermaksud „asalnya seseorang itu bebas
daripada tanggungjawab.‰ Hal ini bermakna, seseorang
itu bebas kecuali dibuktikan dia melakukan sesuatu
perbuatan itu.
Kaedah fiqh digunakan Mahkamah boleh menolak dan membuang kes
untuk disebabkan ketidakhadiran pihak dalam perbicaraan atau
mempertimbangkan meneruskan kes tanpa kehadiran pihak yang satu lagi.
prosedur yang akan Kaedah yang bersesuaian bagi hal ini ialah „tidak dapat
diguna pakai disandarkan sesuatu perkataan kepada orang yang
berdiam; namun berdiam ketika memerlukan keterangan
adalah keterangan.‰

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Jelaskan dua kaedah fiqh dan kepentingannya dalam undang-


undang Islam.

2. Pada pendapat anda, bolehkah kaedah fiqh ini digunakan oleh


hakim dalam mensabitkan kesalahan ke atas tertuduh?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH  9

• Kaedah fiqh ialah salah satu ilmu penting dalam ilmu fiqh.

• Kaedah fiqh merupakan prinsip fiqh yang mengandungi hukum secara umum
untuk disesuaikan dengan bahagiannya.

• Kemunculan kaedah fiqh banyak dipengaruhi oleh faktor tuntutan semasa.

• Kaedah fiqh mampu menyelesaikan sebahagian besar hukum fiqh yang tidak
ada sumber hukum yang jelas dalam al-Quran dan sunah.

• Penggunaan kaedah fiqh menjadi panduan kepada hakim dalam memutuskan


sesuatu kes.

• Kaedah fiqh adalah berbeza daripada usul fiqh dari segi sumber, fungsi dan
cakupan.

• Kepentingan terbesar kaedah fiqh adalah ia digunakan sebagai sumber hukum,


sebagai hujah sokongan, sebagai cara mengenal pasti status individu dan untuk
mempertimbangkan prosedur yang akan diguna pakai.

Dhabit fiqh Kaedah fiqh


Fiqh Kulli
Fuqaha Usul fiqh
JuzÊiyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ILMU KAEDAH FIQH

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊ fi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumber
Kaedah Fiqh
2
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menghuraikan definisi al-Quran, kehujahannya, dalalahnya dan
cara penerangan al-Quran tentang hukum;
2. Menerangkan definisi sunah, kategorinya, kehujahannya dan
dalalahnya;
3. Mengenal pasti sumber fiqh pada zaman khalifah ar-Rasyidin; dan
4. Mengenal pasti sumber terbentuknya kaedah fiqh dan metode
pembentukan kaedah fiqh.

 PENGENALAN
Topik yang lepas telah menerangkan kepada anda maksud kaedah fiqh dan
kepentingannya dalam perundangan Islam. Diharapkan anda semua jelas tentang
penggunaan kaedah ini. Dalam topik ini pula, anda akan didedahkan kepada
perbincangan mengenai sumber kaedah fiqh daripada al-Quran dan sunah.

Al-Quran merupakan sumber hukum yang teragung dan tidak boleh


dipertikaikan. Oleh itu, ulama menegaskan bahawa mana-mana dalil yang
bercanggah dengan al-Quran akan tertolak dan terbatal secara automatik.
Manakala, autoriti sunah sebagai sumber hukum kedua telah ditegaskan sendiri
oleh Allah SWT dalam al-Quran. Dalam topik ini, kita juga akan mempelajari dan
mengenal pasti buku yang ditulis oleh ulama terdahulu. Buku ini berkait rapat
dengan kaedah fiqh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

2.1 TAKRIF AL-QURAN


Para ulama telah mendefinisikan al-Quran sebagai kitab Allah SWT yang
mempunyai mukjizat, diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab,
ditulis dalam bentuk mashaf, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri
dengan surah an-Nas.

Ia disampaikan kepada kita daripada satu generasi ke generasi lain secara


mutawatir sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama ada
berbentuk tambahan mahupun kekurangan dan membacanya dianggap sebagai
ibadat.

2.1.1 Kehujahan Al-Quran


Para ulama sepakat berpendapat bahawa sah berhujah dan berpegang pada ayat
al-Quran yang disampaikan secara mutawatir. Hal ini demikian kerana jalan
mutawatir meyakinkan kita tentang kesahihan al-Quran itu sendiri. Namun
begitu, para ulama berselisih pendapat tentang kesahihan berhujah dan berpegang
pada nas al-Quran yang disampaikan secara tidak mutawatir dalam membuat
kesimpulan hukum.

Perselisihan ulama dalam hal ini boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti
yang anda dapat lihat dalam Jadual 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  13

Jadual 2.1: Pendapat Ulama tentang Kehujahan al-Quran

Ulama Mazhab Hanafi dan Hambali Ulama Mazhab Maliki dan Shafii

• Sah berhujah dengan ayat al-Quran • Tidak sah berhujah dengan ayat
yang disampaikan secara tidak al-Quran yang disampaikan secara
mutawatir. tidak mutawatir.
• Pendapat mereka: Walaupun nas • Pendapat mereka: Nas yang tidak
tersebut tidak dipindah melalui jalan dipindah melalui jalan mutawatir
mutawatir, ia pastinya tetap didengar bukanlah al-Quran kerana ayat
daripada Rasulullah SAW. al-Quran dipindahkan melalui jalan
mutawatir.
• Sekiranya nas tersebut tidak diperoleh
daripada Rasulullah SAW, mustahil • Ia juga bukan sunah kerana
sahabat yang adil menulis dan perawinya tidak memindahkan nas
mensabitkannya dalam mushaf. tersebut atas dasar ia adalah sunah.
• Setidak-tidaknya nas tersebut adalah • Maka, sekiranya nas tersebut tidak
sunah daripada Rasulullah SAW yang dapat dikategorikan sebagai
menjelaskan/mentafsirkan al-Quran. al-Quran/sunah, maka ia tidak
boleh dijadikan hujah.
• Maka, disebabkan ulama mazhab
Hanafi dan Hambali mengkategorikan
nas tersebut sebagai sunah, jadi sah
berhujah dengannya kerana sunah
merupakan salah satu sumber hukum
dan sah berpegang padanya.

AKTIVITI 2.1

Anda telah dijelaskan dengan kepentingan kaedah fiqh dalam


perundangan Islam. Pada pandangan anda, apakah pula kepentingan
pengetahuan tentang sumber-sumber kaedah fiqh?

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Jelaskan definisi al-Quran dan kehujahannya.

2. Apakah implikasi sekiranya sesuatu dalil bercanggah dengan


al-Quran?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

2.1.2 Status Thubut dan Dalalah Kandungan al-Quran


Seterusnya, mari kita meneruskan pembelajaran kita mengenai status thubut dan
dalalah dalam kandungan al-Quran.

(a) Status Thubut Kandungan al-Quran


Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang dikurniakan untuk umat
akhir zaman, iaitu umat Nabi Muhammad SAW. Ia mengandungi ayat yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Al-Quran tidak dapat
diselewengkan dengan sewenang-wenangnya dari sudut thubut, iaitu
ketetapan. Status thubut boleh dilihat dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Status thubut kandungan al-Quran

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Secara berkumpulan, sila bincangkan status thubut al-Quran.

2. Jelaskan perselisihan antara ulama berkaitan dengan kehujahan


al-Quran.

(b) Status Dalalah Kandungan al-Quran


Dalalah al-Quran boleh dibahagikan kepada dua kategori seperti dilakarkan
dalam Rajah 2.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  15

Rajah 2.2: Status dalalah al-Quran

Rajah 2.3 pula menunjukkan kategori dalalah al-Quran yang bersifat


qatÊiyyah dan zanniyyah.

Rajah 2.3: Kategori dalalah al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

AKTIVITI 2.2

Dalam topik ini, anda telah diberitahu berkenaan status dalalah


al-Quran. Anda juga telah memahami bahawa dalalah al-Quran
terbahagi kepada dua, iaitu qatÊiyyah dan zanniyyah. Dengan
mengemukakan contoh, bezakan antara ayat al-Quran yang bersifat
qatÊiyyah dalalah dengan ayat yang bersifat zanniyyah dalalah.

2.1.3 Penerangan al-Quran terhadap Hukum dan


Caranya
Dalam subtopik ini, kita akan melihat dengan lebih terperinci penerangan
al-Quran terhadap hukum dan caranya.

(a) Penerangan al-Quran terhadap Hukum


Di sini akan diterangkan dua penerangan al-Quran terhadap hukum:

(i) Penjelasannya berbentuk umum dan tidak terperinci dengan


menerangkan kaedah umum bagi mensyariatkan hukum dan
menjelaskan hukum tersebut dalam bentuk menyeluruh.

Antara kaedah umum bagi mensyariatkan hukum adalah seperti yang


dipaparkan dalam Rajah 2.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  17

Rajah 2.4: Kaedah umum bagi pensyariatan hukum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

(ii) Penjelasan al-Quran terhadap hukum syarak berbentuk terperinci.

Rajah 2.5 menjelaskan kaedah khusus pensyariatan hukum.

Rajah 2.5: Kaedah khusus pensyariatan hukum

(b) Cara al-Quran Menerangkan Hukum


Selanjutnya kita akan menyentuh dengan lebih lanjut berkaitan cara
al-Quran menerangkan hukum.

Rajah 2.6 memberikan penerangan mengenai cara tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  19

Rajah 2.6: Lima cara al-Quran menerangkan hukum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan al-Quran dan apakah


mukjizatnya?

2. Nyatakan beberapa kaedah umum dan khusus pensyariatan


hukum.

2.2 DEFINISI SUNAH


Sebagaimana yang kita sudah pelajari, sunah atau hadis ialah sumber hukum
kedua selepas al-Quran. Rajah 2.7 menjelaskan definisi sunah dari sudut bahasa
dan istilah.

Rajah 2.7: Definisi sunah dari sudut bahasa dan istilah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  21

2.2.1 Kategori Sunah


Para ulama telah membahagikan sunah kepada beberapa kategori berdasarkan
aspek yang berbeza. Dari aspek hakikat (mahiyyah) sunah, para ulama
membahagikannya kepada tiga kategori seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.8.

Rajah 2.8: Kategori hakikat (mahiyyah) sunah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

Di samping itu, sunah turut dibahagikan menurut aspek bilangan perawi yang
meriwayatkannya kepada dua kategori. Kedua-dua kategori ini seperti yang
ditegaskan oleh jumhur ulama, ditunjukkan dalam Rajah 2.9.

Rajah 2.9: Dua kategori sunah menurut bilangan perawi

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Apakah perbezaan antara sunah mutawatir dengan sunah ahad?

2. Jelaskan kategori sunah dari aspek hakikat atau mahiyyah berserta


dengan contohnya.

2.2.2 Kehujahan Sunah


Para ulama sepakat berpendapat bahawa sunah dianggap hujah dan sumber
hukum, wajib beramal dengannya, jika sumbernya daripada Rasulullah SAW.
Antara kehujahan sunah adalah seperti dipaparkan dalam Rajah 2.10.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  23

Rajah 2.10: Kehujahan sunah

Mari kita pelajari kehujanan sunah ini dengan lebih mendalam seperti yang
berikut:

(a) Al-Quran
Al-Quran menunjukkan bahawa apa-apa yang diperkatakan oleh Rasulullah
SAW secara mensyariatkan adalah wahyu Allah SWT. Firman Allah SWT
dalam surah an-Najm, ayat 3 hingga 4:

ٞ ۡ ‫ إ ِ ۡن ُه َو إ ِ َّ َو‬٣ ‫ى‬
ٰ َ ُ‫ح ي‬
٤ ‫وح‬ ٰٓ ‫َو َما يَن ِط ُق َعن ٱل ۡ َه َو‬
ِ
Maksudnya:
Dan dia (Muhammad) tidak berkata-kata menurut hawa nafsu, sesungguhnya
kata-katanya itu wahyu yang diwahyukan.

Allah SWT telah mengamanahkan kepada Rasulullah SAW tugas


menjelaskan makna al-Quran dan menerangkan hukumnya yang mujmal
(yang samar). Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 44:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

َ ُ َّ َ َ َ ۡ ُ َّ َ َ َ ۡ ۡ َ َ ّ ُ َ َّ َ ّ َ ُ َ ۡ ّ َ َۡ ََٓۡ ََ
٤٤ ‫اس ما ن ِزل إِل ِهم ولعلهم يتفكرون‬ ِ ‫وأنزلا إِلك ٱلِكر لِ ب ِي ل ِلن‬
Maksudnya:
Dan Kami (Allah) telah turunkan kepada engkau (Muhammad) al-Quran
sampai engkau dapat terangkan kepada orang ramai apa-apa yang
diturunkan kepada mereka.

(b) Ijmak
Para ulama daripada zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah ke hari ini
sepakat berpendapat bahawa wajib berpegang pada hukum yang terdapat
dalam sunah dan kita mesti merujuknya untuk mengetahui hukum syarak.

(c) Akal
Sebagaimana kita yakini bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh
Allah SWT dan tugasnya adalah untuk menyampaikan sesuatu daripada
Allah SWT, maka kita harus mempercayai kerasulannya, mentaatinya serta
patuh kepada apa-a[a yang disampaikannya.

2.2.3 Status Thubut dan Dalalah Sunah


Berdasarkan huraian lepas, anda pastinya sudah mampu menjangka status thubut
dan dalalah bagi sunah Rasulullah SAW. Status dalalah bagi sunah terbahagi
kepada dua kategori, iaitu qatÊiyyah dan zanniyyah. Dalalah sunah yang bersifat
qatÊiyyah merujuk kandungan sunah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu
maksud sahaja dan tidak boleh ditakwilkan.

Rajah 2.11 akan menerangkan secara terperinci tentang kekuatan thubut dan
dalalah bagi al-Quran dan sunah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  25

Rajah 2.11: Kekuatan thubut dan dalalah bagi al-Quran dan sunah

2.3 SUMBER FIQH PADA ZAMAN KHALIFAH


AR-RASYIDIN
Zaman ini dimulai sejak wafatnya Nabi Muhammad SAW sehingga khalifah
MuÊawiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam pada tahun
41 Hijrah/661 Masihi. Sumber fiqh pada zaman ini, di samping al-Quran dan
sunah Nabi Muhammad SAW, juga ditandai dengan munculnya pelbagai ijtihad
para sahabat. Ijtihad hanya dilakukan ketika persoalan yang akan ditentukan
hukumnya tidak dijumpai secara jelas dalam nas.

Ketika Umar bin al-Khattab r.a. menjadi khalifah, ijtihad sudah memainkan
peranan yang luas dalam memecahkan pelbagai persoalan hukum yang muncul
dalam kalangan masyarakat. Persoalan hukum pada zaman ini menjadi semakin
rumit dengan pertambahan manusia yang memeluk agama Islam daripada
pelbagai etnik dan budaya.

Pada zaman ini, buat pertama kalinya para fuqaha berlaku pertembungan budaya,
moral, etika dan nilai kemanusiaan dalam suatu masyarakat majmuk. Hal ini
terjadi kerana daerah yang dikuasai Islam sudah meluas dan masing-masing
memiliki budaya, tradisi dan situasi yang menuntut para fuqaha dalam kalangan
sahabat untuk memberikan hukum dalam persoalan baharu tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

Dalam menyelesaikan persoalan baharu itu, para sahabat membuat rujukan utama
kepada al-Quran. Jika hukum yang dicari tidak dijumpai dalam al-Quran, mereka
mencari jawapannya dalam sunah Rasulullah SAW. Namun, jika dalam sunah
Rasulullah SAW juga tidak ditemukan jawapannya, mereka melakukan ijtihad.

2.4 SUMBER TERBENTUKNYA KAEDAH FIQH


DAN METODOLOGI PEMBENTUKAN
KAEDAH FIQH
Secara umumnya, proses pentaklilan hukum dan maslak al-istidlal dalam qiyas
merupakan sumber utama yang menyumbang kepada terbentuknya kaedah fiqh.
Kaedah fiqh mengalami perubahan daripada sudut teksnya. Namun secara
umumnya, metodologi pembentukan kaedah fiqh ini adalah seperti berikut:

(a) Bersumberkan nas, iaitu daripada hadis Nabi Muhammad SAW dan teks
kaedah itu sendiri ialah teks hadis Nabi Muhammad SAW (asal).
Maksudnya, matan hadis dijadikan kaedah fiqh dan tidak diubah teksnya.
Contohnya, kaedah fiqh (‫ )ال ضرر وال ضرار‬dan kaedah (‫)الخراج بالضمان‬.

(b) Bersumberkan nas al-Quran tetapi teks kaedah fiqh itu telah diolah setelah
dianalisis (istiqra) daripada beberapa nas al-Quran dan disokong oleh
beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang berkaitan dengan kaedah.
Contohnya, kaedah fiqh (‫ )المشقة تجلب التيسير‬bersumberkan nas al-Quran surah
al-haj, ayat 78 (‫ )وما جعل عليكم في الدين من حرج‬dan beberapa ayat al-Quran yang
lain dan telah disokong oleh hadis Nabi Muhammad SAW.

(c) Bersumberkan nas hadis tetapi teks kaedah fiqh itu telah diolah setelah
dianalisis (istiqra) daripada beberapa nas hadis dan al-Quran. Contohnya,
kaedah fiqh (‫ )األمور بمقاصدھا‬telah bersumberkan hadis Nabi Muhammad SAW:
(‫)إنما األعمال بالنيات‬.

(d) Diistinbatkan daripada nas syarak. Contohnya, kaedah fiqh (‫)اليقين ال يزال بالشك‬
diistinbatkan (dipetik) daripada hadis Nabi Muhammad SAW: ( ‫إذا وجد أحدكم‬
‫)في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أو آل فال يخرجن من المسجد حتي يسمع صوتا أو يجد ريحا‬
hadis riwayat Muslim.

(e) Dianalisis (istiqra) beberapa permasalahan fiqh secara menyeluruh.


Kemudian dihasilkan kaedah fiqh. Contohnya, kaedah fiqh:
(‫)يغتفر في الدوام ما ال يغتفر في اآلبتداء‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  27

(f) Terdapat juga kaedah fiqh itu merupakan ucapan atau ungkapan ulama.
Sebagaimana kita ketahui, para ulama merupakan orang yang bijaksana.
Kata-kata mereka penuh dengan hikmah dan bersumberkan al-Quran dan
sunah. Contohnya: (‫)ليس لإلمام أن يخرج شيئا من يد أحد إال بحق ثابت معروف‬.

Secara kesimpulannya, metodologi pembentukan kaedah fiqh itu dinyatakan


dalam Rajah 2.12.

Rajah 2.12: Metodologi pembentukan kaedah fiqh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH

• Al-Quran merupakan sumber utama yang berada pada tingkat yang paling
atas dari segi hierarki sumber pengambilan hukum.

• Manakala sunah pula merupakan sumber hukum kedua tertinggi selepas


al-Quran.

• Kesepakatan para ulama sama ada dalam bentuk iktikad, kata-kata atau
perbuatan untuk mengeluarkan hukum dalam sesuatu perkara berlaku
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

• Metodologi pembentukan kaedah fiqh itu ada lima, iaitu

− Nas syarak itu sendiri;

− Analisis daripada nas;

− Analisis daripada permasalahan fiqh yang banyak;

− Istinbat daripada nas; dan

− Kata-kata hikmah para ulama.

Ahad Mutawatir
Dalalah QatÊiyyah
Ijmak Thubut
Iktikad Zanniyyah
Mahiyyah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SUMBER KAEDAH FIQH  29

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊfi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perkembangan
Ilmu Kaedah
3 Fiqh
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan perkembangan ilmu kaedah fiqh;
2. Mengenal pasti tokoh ilmu kaedah fiqh;
3. Membandingkan antara kitab kaedah fiqh yang disusun dan
dibukukan berdasarkan imam empat mazhab utama; dan
4. Mengenal pasti kaedah yang terdapat dalam kitab yang disusun
berdasarkan imam empat mazhab utama.

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari sumber kaedah fiqh dalam topik yang lepas. Dalam topik
baharu ini, anda akan dihuraikan tentang sejarah perkembangan ilmu kaedah fiqh
dan tokoh yang mempelopori bidang ini.

Secara umumnya, ilmu kaedah fiqh ini muncul pada kurun ke-3 dan ke-4 Hijrah
dengan munculnya tokoh ulama yang mula membincangkan ilmu ini.
Perkembangan ilmu ini telah meningkat sehinggalah ia menjadi bidang ilmu yang
penting pada masa kini dalam menyelesaikan sesuatu hukum. Mari kita lihat
bersama-sama sejarah pembentukan ilmu kaedah fiqh ini bermula.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH  31

3.1 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH


DAN PENGENALAN KEPADA TOKOH
ILMU KAEDAH FIQH
Kaedah fiqh muncul melalui proses perbincangan dan pertukaran pendapat oleh
tokoh agung fuqaha yang terdiri daripada pelbagai mazhab ketika mendapatkan
alasan hukum atau illah dan dalil dalam sesuatu masalah yang timbul. Sumber
terbesar dalam pembentukan kaedah fiqh adalah daripada alasan kepada hukum
fiqh ijtihadiyah dan cara berdalil dengan konsep qiyas.

Ada kalanya para fuqaha menggubal kaedah fiqh dengan mengambil teks hadis
itu sendiri lalu dijadikan sebagai kaedah fiqh. Contoh kaedah fiqh ialah:

‫ضر و ضار‬
Maksudnya:
Tidak bahaya dan tidak membahayakan.

Para fuqaha juga menggubal kaedah fiqh dengan memetik kalam atau ibarat yang
dikeluarkan oleh imam mazhab yang kemudiannya dijadikan sebagai kaedah
fiqh. Contohnya, kata-kata Abu Yusuf (sahabat kepada Abu Hanifah) dalam
kitabnya Al-Kharaj yang ditulis untuk Khalifah Harun al-Rashid, iaitu:

‫ليس للمام أن يرج شيئا من يد أحد إ بق ثابت معروف‬


Maksudnya:
Pemerintah tidak ada kuasa untuk mengambil sesuatu daripada seseorang
melainkan atas dasar-dasar hukum yang benar dan makruf.

Kaedah fiqh ini juga telah dimantapkan lafaznya setelah wujudnya kestabilan
mazhab fiqh yang terbesar dan setelah pengikutnya yang terkenal memberi
tumpuan dalam menyusun mazhab masing-masing bersama dengan dasar dan
dalilnya.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, tidak wujud lagi satu penyusunan atau
penulisan berkaitan ilmu kaedah fiqh sebelum abad ke-4 hijrah. Apa-apa yang
wujud pada waktu itu hanyalah kaedah yang terkandung dalam al-Quran, hadis,
athar dan kata-kata sahabat serta tabiin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH

Zaman pemantapan kaedah fiqh bermula selepas abad ke-4 Hijrah yang ia
bergerak seiring dengan perubahan masa, keadaan, adat dan tempat secara amnya
serta melalui pertumbuhan pelbagai aliran mazhab fiqh secara khususnya.
Contohnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Al-Asybah wa al-NazaÊir
oleh Ibn Nujaym, Imam Abu Tahir al-Dabbas dalam kalangan ulama fiqh Hanafi
telah mengumpulkan 17 kaedah asas atau utama dalam fiqh mazhab Hanafi pada
kurun ke-4 Hijrah.

Mazhab Hanafi merupakan mazhab pertama yang menggubal prinsip fiqh yang
am (kulli) dalam bentuk kaedah dan berhujah dengannya. Ulama mazhab lain
telah mengambil dan menentukan kaedah yang mereka kehendaki berdasarkan
kaedah yang telah disusun oleh ulama mazhab Hanafi. Dijelaskan juga bahawa
Abu SaÊid al-Harawi al-SyafiÊi telah pergi kepada Imam Abu Tahir al-Dabbas serta
mengambil sebahagian daripada kaedah tersebut.

Apabila dikemukakan kepada Qadhi Abu Ali Husin bin Muhammad, lalu beliau
mengembalikan seluruh mazhab Syafii kepada empat kaedah. Manakala
sesetengah ulama yang terkemudian daripada ulama mazhab Syafii menyatakan
terdapat lima kaedah utama. Maka lima kaedah ini dianggap sebagai „ibu‰
kepada segala kaedah fiqh. Lima kaedah asas ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Lima kaedah fiqh utama mengikut mazhab Syafii

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH  33

Kesimpulannya, kurun ke-4 Hijrah merupakan zaman pemantapan fiqh dan


kaedahnya. Ia juga merupakan zaman penting dalam perkembangan fiqh mazhab.
Namun begitu, bukanlah bererti keseluruhan ulama pada zaman tersebut
bertaklid kepada imam mazhab atau satu-satu mazhab tertentu sahaja secara
mutlak atau sepenuhnya.

Muncul juga ramai ulama dalam kalangan mereka yang tidak berpegang pada
mazhab khusus. Antaranya adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Syah
Waliullah al-Dahlawi, iaitu Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tabari.

AKTIVITI 3.1

Anda telah mengetahui sumber-sumber kaedah fiqh dalam topik yang


lepas. Bincangkan dalam kumpulan tentang kepentingan mengetahui
sejarah perkembangan ilmu kaedah fiqh pada masa kini.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Bilakah perkembangan kaedah fiqh bermula dan mazhab


manakah yang menjadi pelopor perkembangan ilmu ini?

2. Namakan tiga tokoh ulama yang terkenal pada zaman


perkembangan kaedah fiqh.

3.2 SUMBER RUJUKAN KAEDAH FIQH


MENGIKUT MAZHAB
Seterusnya, kita akan membincangkan kitab kaedah fiqh yang disusun dan
dibukukan berdasarkan empat mazhab utama, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii
dan Hambali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH

3.2.1 Mazhab Hanafi


Antara kitab kaedah fiqh dalam mazhab ini ialah:

(a) Usul al-Karkhi (Ȇƻǂǰdzơ DZȂǏƗ)


Kitab ini merupakan karangan Abdullah bin al-Hasan bin Dallal (260 hingga
340H). Antara kaedah fiqh yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ǮnjdzƢƥ DZȁDŽȇ ȏ śǬȈdzƢƥ ƪƦƯ ƢǷ ǹƗ DzǏȋơ (i)

ǂǿƢǜdzơ ǥȐƻ Ȅǟƾȇ ǺǷ ȄǴǟ ƨǼȈƦdzơȁ ǾdzȂǫ DZȂǬdzƢǧ ǂǿƢǜdzơ ǽƾǟƢLJ ǺǷ ǹƗ DzǏȋơ (ii)

ƨdzƢǬǸǴdz ƢǸǯ ƨdzȏƾdzơ ǺǷ ƨdzƢƸǴdz ǹƗ DzǏȋơ (iii)

(b) TaÊsis al-Nazar (ǂǜǼdzơ džȈLJƘƫ)


Kitab ini karangan Abu Zaid al-Dabusi (m. 430 H).

(c) Al-Asybah wa al-NazaÊir (ǂƟƢǜǼdzơȁ ǽƢƦNjȋơ)


Kitab ini dikarang oleh Ibn Nujaym (m. 970 H). Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ƽƢȀƬƳȍƢƥ ȏƛ ǒǬǼȇ ȏ ƽƢȀƬƳȍơ (i)

ǵơǂūơ ƤǴǣ ǵơǂūơȁ DZȐūơ ǞǸƬƳƛ ơƿƛ (ii)

ƨƸǴǐŭƢƥ ǕȂǼǷ ƨȈǟǂdzơ ȄǴǟ ǵƢǷȍơ ǥǂǐƫ (iii)

(d) Khatimah MajamiÊ al-Huquq (ǩȂǬūơ ǞǷƢů ƨŤƢƻ)


Ia karangan Abu SaÊid al-Khadimy (m. 1176 H). Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab tersebut ialah:

DZȐūơ ȄǴǟ ǵơǂūơ ƤǴǣ ǵơǂūơȁ DZȐūơ ǞǸƬƳƛ ơƿƛ (i)

ǂNjƢƦŭơ ńƛ Ƕǰūơ ǦȈǓƗ ƤƦLjƬŭơȁ ǂNjƢƦŭơ ǞǸƬƳƛ ơƿƛ (ii)

ǹƢǯ ƢǷ ȄǴǟ ǹƢǯ ƢǷ  ƢǬƥ DzǏȋơ (iii)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH  35

(e) Qawaid Majallah al-Ahkam al-ÂAdliyyah (ƨȈdzƾǠdzơ ǵƢǰƷȋơ ƨǴů ƾǟơȂǫ)


Kitab ini karangan Lajnah, ulama kerajaan Uthmaniah pada zaman
pemerintahan Sultan al-Ghaziy Abd al Aziz al-Uthmani. Antara kaedah fiqh
yang terkandung di dalamnya ialah:

ƨdzȏƽ ȁƗ Ƣǐǻ ƾȈȈǬƬdzơ DzȈdzƽ ǶǬȇ Ń ƢǷ ǾǫȐǗƛ ȄǴǟ ȅǂŸ ǪǴǘŭơ (i)

ƨǬȈǬūơ ǵȐǰdzơ Ŀ DzǏȋơ (ii)

ƶȇǂǐƬdzơ ƨǴƥƢǬǷ Ŀ ƨdzȏƾǴdz ƧŐǟ ȏ (iii)

(f) Al-faraÊid al-Bahiyyah fi al-QawaÊid wa al-FawaÊid al-Fiqhiyyah


(ƨȈȀǬǨdzơ ƾƟơȂǨdzơȁ ƾǟơȂǬdzơ Ŀ ƨȈȀƦdzơ ƾƟơǂǨdzơ)
Ia karangan Ibn Hamzah al-Husainy (1236 hingga 1305 H). Antara kaedah
fiqh yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ƢƦdzƢǣ ǂƻȉơ Ŀ ƢŷƾƷƗ Dzƻƽ ƢŷƽȂǐǬǷ ǦǴƬź Ńȁ ƾƷơȁ džǼƳ ǺǷ ǹơǂǷƗ ǞǸƬƳƛ ơƿƛ (i)

ǝƢŦȍƢƥ ƧƽȁƽǂǷ ƧǂNjƢƥ ƢǸȈǧ ǹƢLjǻȍơ ƧƽƢȀNj (ii)

ƨȈǸLjƬdzơȁ ƨǨǐdzơ ǁƢƦƬǟƛ ǖǬLjƫ ƧǁƢNjȍơ (iii)

3.2.2 Mazhab Maliki


Antara kitab yang terdapat dalam mazhab ini pula ialah:

(a) Usul al-Fitya fi al-Fiqh ÂAla Mazhab al-Imam Malik


(ǮdzƢǷ ǵƢǷȍơ ƤǿǀǷ ȄǴǟ ǾǬǨdzơ Ŀ ƢȈƬǨdzơ DZȂǏƗ)
Kitab ini karangan al-Khasyani (m. 361 H). Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ǽŚLjǨƫ Ŀ ǾdzȂǫ DZȂǬdzƢǧ ȐǸů ǁơǂǫƛ ǂǫƗ ǂǬǷ Dzǯ (i)

ǩƾǏ ǽǁơǂǫƛ ǾǴǸƬŹ ƢȀƳȁ ǽǁơǂǫƛ Ŀ Ȅǟƽƛ ǺǷ Dzǯ (ii)

ȂȀǧ ǾȈǧ DžƢǼdzơ ǦǴƬƻơ ƢŲ ƢƥơȂǏ ǽƕǁ ǺǷ ƤǿǀǷ ǺǷ DZƾǠdzơ ȆǓƢǬdzơ Ǿƥ ǶǰƷ ƢǷ Dzǯ (iii)
ǀǧƢǻ
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36  TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH

(b) Al-Furuq (ǩȁǂǨdzơ)


Kitab ini hasil karangan imam al-Qarafi (m. 684 H). Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ƢǿŚǤƫ ƾǼǟ ŚǤƬƫȁ ƾƟơȂǠdzơ ǞƦƬƫ ƾƟơȂǠdzơ ȄǴǟ ƨƦƫǂƬŭơ ǵƢǰƷȋơ ǹƛ (i)

ƨǠȇǂnjdzơ Ŀ ƤdzƢǤdzƢƥ ǁƽƢǼdzơ ǪƸǴȇ (ii)

ƢȀǷƢǰƷƗ Ŀ ƾǏƢǬŭơ ǞƦƬƫ DzƟƢLJȂdzơ (iii)

(c) Al-QawaÊid (ƾǟơȂǬdzơ)


Kitab ini merupakan karangan al-Maqarri (m. 758 H). Antara kaedah fiqh
yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ơƾƥƗ DzƟƢLJȂdzơ ƨȇƢǟǁ ȄǴǟ ƨǷƾǬǷ ƾǏƢǬŭơ ƧƢǟơǂǷ (i)

ǡȂǴƦdzơȁ ǒȈūƢǯ ƨǬǴƻ ǹƢǯ ƢǸȈǧ ƾƟơȂǠdzơ ńƛ ǝȂƳǂdzơ ƤŸ (ii)

ǾȈǴǟ DzǸƬnjȇ ȁƗ ǾǷƢǬǷ ǵȂǬȇ ƢǷ ȁƗ Ǿƥ ƩǂǸǟ ƢŠ ǹƢȈƫȍƢƥ ȏƛ ƗŐƫ Ń ƨǷǀdzơ ƩǂǸǟ ơƿƛ (iii)

(d) Idah al-Masalik Ila QawaÊid al-Imam Malik


(ǮdzƢǷ ǵƢǷȍơ ƾǟơȂǫ ńƛ ǮdzƢLjŭơ ƵƢǔȇƛ)
Ia karangan al-Winsyarisi (m. 914 H). Antara kaedah fiqh yang terkandung
dalam kitab tersebut ialah:

ǾǬǬƸƬǯ ǹƢǐǬǼdzơ Ŀ Ǯnjdzơ (i)

ƢȀǬǬƸƬǯ ƧƽƢȇDŽdzơ Ŀ Ǯnjdzơ (ii)

ŁƢǐŭơ ƤǴƳ ǺǷ ńȁƗ ƾLJƢǨŭơ  ǁƽ (iii)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH  37

3.2.3 Mazhab Syafii


Antara kitab dalam mazhab ini ialah:

(a) QawaÊid al-Ahkam fi Masalih al-Anam (ǵƢǻȋơ ŁƢǐǷ Ŀ ǵƢǰƷȋơ ƾǟơȂǫ)


Karangan ini nukilan Imam ÂIzz al-Din bin Abd al-Salam (577 hingga 660H).
Antara kaedah fiqh yang terkandung dalam kitab ini ialah:

ƢȀǴǴǟ DZơȁDŽƥ ǵƢǰƷȋơ DZȁDŽƫ ǹƗ DzǏȋơ (i)

ǾǼǟ ȆȀǼǷ ȂȀǧ ƢƷȐǏ Ǟǧƽ ȁƗ ơƽƢLjǧ ǂƳ ǥǂǐƫ Dzǯ (ii)

ơǾdzơȁDŽƥ DZơDŽȇȁ ƢǿǁƾǬƥ ǁƾǬȇ ƨƳƢƷ ȁƗ Ƨǁȁǂǔdz DzƷƗ ƢǷ (iii)

(b) Al-Asybah wa al-NazaÊir (ǂƟƢǜǼdzơȁ ǽƢƦNjȋơ ƣƢƬǯ)


Karangan ini dihasilkan oleh Ibn al-Wakil al-SyafiÊi (665 hingga 716 H).
Antara kaedah fiqh yang terkandung dalam kitab ini ialah:

ƨȈǼdzƢƥ ǃƢĐơ ńƛ ǥǂǐȇ ƾǫȁ ƨǬȈǬūơ ǩȐǗȍơ Ŀ DzǏȋơ (i)

ǾǷȂǸǠdz ƢǸĔȂǿƗ ƤƳȂȇ ȏ ǾǏȂǐş ǺȇǂǷȋơ ǶǜǟƗ ƤƳȁƗ ƢǷ (ii)

ȐǬƬLjǷ Śǐȇ ƾǫȁ ƢǿǁƾǬƥ ǁƾǬƬȇ ƾǫ ƨƳƢƸǴdz DzȈdzƾdzơ ǥȐƻ ȄǴǟ ƪƦưȇ ƢǷ (iii)

(c) Al-MajmuÊ al-Muzhab fi QawaÊid al-Mazhab (ƤǿǀŭơƾǟơȂǫ Ŀ Ƥǿǀŭơ ǝȂǸĐơ)


Kitab ini dikarang oleh al-ÂAlaÊiy (664 hingga 761 H). Antara kaedah fiqh
yang terkandung dalam kitab ini ialah:

DzȈdzƾƥ ȏƛ ǃƢĐơ ȄǴǟ DzǸŢ Ȑǧ ǩȐǗȍơ ƾǼǟ ƨǬȈǬūơ ǙƢǨdzȋơ Ŀ DzǏȋơ (i)

ǂǜūơ ƤǻƢƳ ƤǴǣ ƨƷƢƥƛȁ ǂǜƷ ǞǸƬƳƛ ơƿƛ (ii)

ǾȀƬƸǴǐŭ Ƣǯǁơƾƫ ǽƙƢǔǫ ǾǷDŽdz ƩƢǨǧ  ȆNj ǾȈǴǟ ƤƳȁ ǺǷ Dzǯ (iii)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH

(d) Al-Asybah wa al-NazaÊir (ǂƟƢǜǼdzơȁ ǽƢƦNjȋơ)


Karangan Taj al-Din al-Subki (727 hingga 771 H). Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab ini ialah:

ƢƦdzƢǣ ǂƻȉơ Ŀ ƢŷƾƷƗ Dzƻƽ ƾƷơȁ džǼƳ ǺǷ ǹơǂǷƗ ǞǸƬƳƛ ơƿƛ (i)

DzǔǧƗȁ ńȁƗ ǥȐŬơ ǺǷ ƱȁǂŬơ (ii)

ǁȂLjǠŭƢƥ ǖǬLjȇ ȏ ǁȂLjȈŭơ (iii)

(e) Al-Manthur fi Tertib al-QawaÊid al-Fiqhiyyah au al-QawaÊid fi al-FuruÊ


(ǝȁǂǨdzơ Ŀ ƾǟơȂǬdzơ ȁƗ ƨȈȀǬǨdzơ ƾǟơȂǬdzơ ƤȈƫǂƫ Ŀ ǁȂưǼŭơ)
Karangan ini ialah oleh al-Zarkasyi (745 hingga 794 H). Antara kaedah fiqh
yang terkandung dalam kitab ini ialah:

ƽƢȀƬƳȏƢƥ ǒǬǼȇ ȏ ƽƢȀƬƳȏơ (i)

ǞLjƫƛ ǂǷȋơ ǩƢǓ ơƿƛ (ii)

ǝȂƦƬŭơ ǕȂǬLjƥ ǖǬLjȇ ǞƥƢƬdzơ (iii)

(f) Syarh QawaÊid al-Zarkasyi atau Hasiyah ÂAla QawaÊid al-Zarkasyi


(ȆnjǯǁDŽdzơ ƾǟơȂǫ ȄǴǟ ƨȈNjƢƷ ȁƗ ȆnjǯǁDŽdzơ ƾǟơȂǫ ƵǂNj)
Karangan Siraj al-Din al-ÂAbbadiy (meninggal 941/947 H). Antara kaedah
fiqh yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ

(g) Al-Asybah wa al-NazaÊir (ǂƟƢǜǼdzơȁ ǽƢƦNjȋơ)


Ia merupakan karangan oleh Ibn al-Mulaqqin (723-804H). Antara kaedah
fiqh yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ǁȂLjǠŭƢƥ ǖǬLjȇ ȏ ǁȂLjȈŭơ (i)

ȆǏƢǠŭƢƥ ǕƢǼƫ ȏ ǎƻǂdzơ (ii)

ǵơȁƾdzơ Ŀ DzǸƬŹ ȏ ƢǷ  ơƾƬƥȏơ Ŀ DzǸƬŹ ƾǫȁ  ơƾƬƥȏơ Ŀ DzǸƬŹ ȏ ƢǷ ǵơȁƾdzơ Ŀ DzǸƬŹ (iii)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH  39

(h) Al-QawaÊid (ƾǟơȂǬdzơ)


Karangan ini dihasilkan oleh Abu Bakr al-Husany al-SyafiÊi (752 hingga
829 H). Antara kaedah fiqh yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ǩȐǗȍơ ƾǼǟ ǙƢǨdzȋơ Ŀ DzǏȋơ (i)

ŸŘǠŭƢƥ ǵƗ ǚǨǴdzƢƥ ƧŐǠdzơ Dzǿ (ii)

ƨǠȇǂnjdzơ ǝȁǂǨƥ ǹȂƦǗƢű ǁƢǨǰdzơ ǹƛ (iii)

(i) Al-Asybah wa al-NazaÊir (ǂƟƢǜǼdzơȁ ǽƢƦNjȋơ)


Kitab ini dikarang oleh al-Suyuti (849 hingga 911 H). Antara kaedah fiqh
yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ƽƢȀƬƳȏƢƥ ǒǬǼĄȇ ȏ ƽƢȀƬƳȏơ (i)

ǵơǂūơ ƤǴǣ ǵơǂūơȁ DZȐūơ ǞǸƬƳơ ơƿƛ (ii)

ƤƸƬLjǷ ǥȐŬơ ǺǷ ƱȁǂŬơ (iii)

(j) Al-IstighnaÊ fi al-Farq wa al-IstighnaÊ ( ƢǼǤƬLJȏơȁ ǩǂǨdzơ Ŀ  ƢǼǤƬLJȏơ)


Karangan ini ditulis oleh Badr al-Din al-Bakri. Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab tersebut ialah:

DzƟƢLjǷ Ŀ ȏƛ ǁȂȀǗ ȂȀǧ ŚǤƬȇ Ń ǪǴǘǷ  ƢǷ Dzǯ (i)

DzƟƢLjǷ Ŀ ȏƛ ǂǿƢǘdzơ džƴǼƫ ƤǗǁ ƢŷƾƷƗȁ ǂǿƢǘƥ Dzǐƫƛ džų Dzǯ (ii)

DzƟƢLjǷ Ŀ ȏƛ Ǯdzƿ Śǣȁ ƨǴƦǬdzơȁ ƣƢȈưdzơȁ ňơȁȋơ Ŀ ƽƢȀƬƳȏơ ǃȂŸ (iii)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH

3.2.4 Mazhab Hambali


Antara kitab dalam mazhab ini ialah:

(a) Al-QawaÊid al-Nuraniyyah al-Fiqhiyyah (ƨȈȀǬǨdzơ ƨȈǻơǁȂǼdzơ ƾǟơȂǬdz‫)ﺍ‬


Ini merupakan karangan Ibn Taimiyah (661 hingga 728 H). Antara kaedah
fiqh yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

Ȇǟǂnjdzơ ǾƳȂdzƢƥ ǂƻȉơ ǖǬLJȁ ƢȀƸƳǁƗ ǵƾǫ śƦƳơȂdzơ ǞŦ ǁǀǠƫ ơƿƛ (i)

ƢǗƢȈƬƷƛ ǾǴǠǧ ƤƸƬLjȇ Dzƥ Ǿǯǂƫ ƤƸƬLjȇ ȏȁ ǾǴǠǧ ƤŸ ȏ ǾƥȂƳȁ Ŀ ǭȂǰnjŭơ ǹƛ (ii)

ȄǓǂǴdz ǽǁƢȀǛƛ ǵƢǬǷ ǵȂǬȇ ǪƸƬLjŭơ ȄǓǂƥ ǶǴǠdzơ (iii)

(b) Al-QawaÊid al-Fiqhiyyah (ƨȈȀǬǨdzơ ƾǟơȂǬdzơ)


Kitab ini karangan Ibn Qadi al-Jabal (m. 771 H). Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ƢǿǁƾǬƥ Ƕǰūơ ǁƾǬȇ ƨƳƢūơ ȁƗ ƧǁȁǂǔǴdz ƪƦƯ ƢǷ (i)

ƩƢȈǧǂǠdzơȁ ƩƢȈǟǂnjdzơ ǂưǯƗ Ŀ Ȃǿ ǺǜdzƢƥ DzǸǠdzơ (ii)

DŽƴǠdzƢƥ ƤƳơȂdzơ ǖǬLjȇ (iii)

(c) Taqrir al-QawaÊid wa Tahrir al-FawaÊid (ƾƟơȂǨdzơ ǂȇǂŢȁ ƾǟơȂǬdzơ ǂȇǂǬƫ)


Karangan ini dihasilkan oleh Ibn Rajib al-Hanbali (m. 795 H). Antara kaedah
fiqh yang terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ǾǻƢǷǂŞ ƤǫȂǟ ǵǂŰ ǾƳȁ ȄǴǟ ǾƬǫȁ DzƦǫ Ǿdz ƶȈƥƗ ƢǷ ȁƗ ǾǬƷ DzƴǠƫ ǺǷ (i)

Ǟǧǂdzơ ǺǷ DzȀLJƗ ǞǼŭơ (ii)

ǾdzƾƦǷ ǶǰƷ ȄǴǟ ǾǸǰƷ ŘƦȇȁ ǽƾLjǷ ƾLjȇȁ DZƾƦŭơ ǵƢǬǷ DZƾƦdzơ ǵȂǬȇ (iii)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH  41

(d) Al-QawaÊid al-Kuliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah


(ƨȈȀǬǨdzơ ǖƥơȂǔdzơȁ ƨȈǴǰdzơ ƾǟơȂǬdzơ)
Kitab ini nukilan Ibn al-Hadi (804 hingga 909 H). Antara kaedah fiqh yang
terkandung dalam kitab tersebut ialah:

ƨǬȈǬūơ ƽȂƳȁ ǾǠǷ ŐƬǠȇ ȏ ƨǼǜŭơȁ Ǯnjdzơ ȄǴǟ ǵƾǬǷ Ǻǜdzơȁ Ǻǜdzơ ȄǴǟ ǵƾǬǷ śǬȈdzơ (i)

ǾǻƢǷǂŞ ƤǫȂǟ ǾǻơȁƗ DzƦǫ ƢƠȈNj DzƴǠƬLJơ ǺǷ (ii)

Ǿdz ǶǰƷ ȏ ǁƽƢǼdzơȁ ƤdzƢǤdzƢƥ ƧŐǠdzơ (iii)

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Berikan tiga contoh kitab Mazhab Hanafi berserta kaedah fiqh


yang terkandung dalam kitab tersebut.

2. Sebutkan nama-nama kitab serta nama penulisnya bagi Mazhab


Hambali.

• Kurun ke-4 Hijrah merupakan zaman perkembangan ilmu kaedah fiqh. Ia juga
zaman penting dalam perkembangan fiqh mazhab dan beberapa tokoh ilmu
kaedah fiqh.

• Mazhab Hanafi merupakan pelopor zaman permulaan perkembangan kaedah


fiqh dan menghasilkan sebanyak 17 kaedah.

• Mazhab Syafii telah menggubal empat kaedah dan akhirnya ulama


terkemudian menyimpulkannya kepada lima kaedah utama.

• Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali telah menyusun dan


membukukan sumber rujukan kaedah fiqh berdasarkan mazhab masing-
masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 PERKEMBANGAN ILMU KAEDAH FIQH

Al-Kharaj Kalam
Athar Kulli
Ijtihadiyah Qiyas
Illah Tabiin

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-TashriÊ fi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
Pertama:
4 „ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ‰
(Setiap Perkara
Dinilai
Berdasarkan
Niat dan
Matlamatnya)
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menghuraikan definisi kaedah fiqh „setiap perkara dinilai
berdasarkan niat dan matlamatnya‰;
2. Menghuraikan sumber asal kaedah;
3. Mengenal pasti empat bidang kaedah ini; dan
4. Mengenal pasti dua tujuan niat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

 PENGENALAN
Permasalahan yang berkaitan dengan fiqh semakin bertambah khususnya dengan
perkembangan teknologi terkini. Maka keperluan kepada penetapan hukum yang
baharu ini perlu mengambil kira penggunaan kaedah fiqh. Terdapat lima kaedah
fiqh yang utama yang memerlukan pemahaman yang jelas dalam kalangan
mujtahid bagi membantu menyelesaikan masalah yang timbul.

Salah satu kaedah fiqh yang menjadi rujukan para sarjana Islam ialah:

Kaedah „ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ‰, iaitu setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan
matlamatnya.

Kaedah ini secara umum bermaksud setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang
itu mengikut niat dan tujuannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa amalan yang
dilakukan oleh mukalaf bergantung pada apa-apa yang diniatkan.

AKTIVITI 4.1

Pernahkah anda dengar tentang kaedah „ ‰ (setiap


perkara dinilai mengikut niatnya)? Secara berkumpulan, bincangkan
maksud kaedah ini dan kegunaannya dan kemudian bentangkan hasil
perbincangan anda di dalam kelas tutorial.

4.1 MAKSUD DAN HURAIAN KAEDAH


Istilah „ ‰ (setiap perkara dinilai mengikut niatnya) mungkin
asing bagi sebahagian daripada anda. Namun, mungkin terdapat dalam kalangan
anda yang pernah mendengar kaedah ini. Penjelasan terperinci tentang maksud
dan huraian kaedah ini boleh dilihat dalam Rajah 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI  45
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

Rajah 4.1: Maksud dan huraian kaedah asas yang pertama

4.2 SUMBER KAEDAH


Asal kaedah ini adalah daripada dalil al-Quran dan sunah. Hal ini digambarkan
dalam Rajah 4.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

Rajah 4.2: Dalil kaedah ini daripada al-Quran dan sunah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI  47
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

4.3 BIDANG KAEDAH


Terdapat empat bidang yang termasuk dalam kaedah ini seperti yang diterangkan
dalam Rajah 4.3.

Rajah 4.3: Empat bidang kaedah „setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan
matlamatnya‰

Kaedah ini bertujuan memelihara hak pihak yang terlibat dalam sebarang
transaksi. Ia juga merupakan salah satu cara menentukan hukum mengikut
kesesuaiannya supaya kemaslahatan umat Islam dapat diselesaikan dengan
bijaksana dan bersesuaian dengan masalah yang berlaku.

Kaedah ini menerangkan bahawa niat memainkan peranan yang sangat penting
dalam menentukan sama ada sesuatu hukum tersebut halal ataupun haram
mahupun sah ataupun batal.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48  TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

4.4 KAEDAH PECAHAN


Daripada kaedah asas yang pertama, iaitu setiap perkara diukur dengan niatnya,
terbentuk beberapa kaedah lain seperti yang berikut:

(a) Kaedah Pertama

ً
‫يشتط العرض ل جلة وتفصي إذا عينه وأخطأ لم يض‬ ‫ما‬
Maksudnya:
Sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ǑǂǠƬdzơ baginya sama ada secara
umum mahupun terperinci, apabila ditentukan dan tersalah penentuan
tersebut, maka ia tidak memudaratkan, iaitu tidak terbatal.

Contohnya:
Orang yang dalam solatnya taÊarrud (berniat secara umum) tentang tempat
solat, iaitu di masjid ataupun di rumah; hari solat, iaitu hari Rabu ataupun
hari Khamis; imam dalam suatu solat jemaah, si Umar ataupun si Zaed,
kemudian ternyata apa-apa yang diniatkan itu silap, maka solatnya tetap
sah. Hal ini demikian kerana dia melakukan perkara yang tidak disyaratkan.

(b) Kaedah Kedua

‫ما يشتط فيها العيي فالطأ فيه مبطل‬


Maksudnya:
Amalan-amalan yang disyaratkan penentuan (śȈǠƬdzơ), jika tersalah
penentuan tersebut, maka ia membatalkan amalan itu.

Contohnya:
Apabila seseorang tersalah daripada niat puasa kepada niat solat atau
sebaliknya. Begitu juga, jika seseorang tersalah niat solat zuhur kepada solat
asar. Maka amalannya itu terbatal kerana dia tersilap mentakyinkan perkara
yang disyaratkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI  49
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

(c) Kaedah Ketiga

‫ما يب العرض ل جلة و يشتط تعيينه تفصي اذا عينه وأخطأ ض‬


Maksudnya:
Amalan-amalan yang wajib taÊarud baginya secara umum dan tidak
disyaratkan takyinnya secara terperinci, apabila ditakyinkan dan tersalah,
maka ia menjadi mudarat (batal).

Contoh:
Seorang yang solat berjemaah dengan niat makmum kepada Umar,
kemudian ternyata yang menjadi imam adalah Zaed, maka tidak sah
makmumnya.

Orang yang menunaikan solat jenazah dengan niat solat terhadap mayat
lelaki, kemudian ternyata mayatnya perempuan, solatnya tidak sah.
Demikian juga, jika dalam niatnya disebutkan jumlah mayat dan ternyata
jumlahnya tidak sama, maka solatnya harus diulang.

(d) Kaedah Keempat

َ ‫ام َو َ ُت َع ّم ُم‬
َ ‫ال‬ َّ ُ ّ َ ُ
َ ‫الل ْف َظ‬
َ ‫الع‬ َ ‫َال َِّي ُة ِف‬
‫اص‬ ِ ‫ي ت ِصص‬ِ ‫م‬
ِ ‫ال‬
Maksudnya:
Niat dalam bersumpah boleh mengkhususkan lafaz yang umum tetapi ia
tidak boleh mengumumkan lafaz yang khusus.

Contohnya:
Seseorang yang bersumpah tidak akan berbicara dengan seseorang tetapi
yang dimaksudkan ialah orang tertentu, iaitu Zaed, maka sumpahnya hanya
berlaku kepada Zaed. Maknanya dia dihukum melanggar sumpah, jika
bercakap dengan Zaed.

Orang diberi hadiah minuman, kemudian dia bersumpah tidak akan


meminumnya dengan niat tidak menerima semua pemberiannya, maka dia
tidak melanggar sumpahnya seandainya dia menerima makanan atau
pakaian pemberiannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

(e) Kaedah Kelima

‫ل لفاظ والمبان‬ ‫العبة ف العقود للمقاصد والمعان‬


Maksudnya:
Yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak berdasarkan tujuan
dan matlamatnya, bukan berdasarkan lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.

Contohnya:
Apabila dalam suatu akad terjadi suatu perbezaan antara niat si pembuat
dengan lafaz yang diucapkannya, maka yang harus dianggap sebagai suatu
akad ialah niat, selama yang demikian itu masih dapat diketahui.

Oleh sebab itu, jika ada dua orang mengadakan satu akad dengan lafaz
memberi barang dengan syarat adanya pembayaran harga barang itu, maka
akad ini dipandang sebagai akad jual beli kerana akad inilah yang
ditunjukkan oleh maksud dan makna daripada si pembuat akad, bukannya
akad pemberian sebagaimana yang dikehendaki oleh lafaz.

(f) Kaedah Keenam

‫نية ال فظ ا ف موضع واحد وهو المي عند‬ ‫مقاصد اللفظ‬


‫القاض‬
Maksudnya:
Tujuan dan matlamat lafaz adalah bergantung pada niat orang yang
berlafaz kecuali satu tempat sahaja, iaitu sumpah di hadapan hakim.

Contohnya:
Sumpah di hadapan hakim adalah berdasarkan niat hakim, bukan dikira
mengikut niat orang yang bersumpah. Misalnya, apabila seorang suami
memanggil isterinya thaliq (yang ditalak) atau seorang tuan memanggil
budaknya dengan gelaran hurrah (yang dimerdekakan). Maka, apabila
memanggilnya itu bermaksud mentalak isterinya atau memerdekakan
budaknya, maka tercapailah maksudnya, iaitu terjadi perceraian dengan
isterinya dan terjadi pembebasan budak tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI  51
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

4.5 TUJUAN NIAT


Semua bentuk pelaksanaan kaedah ada yang sama caranya atau kaifiatnya, namun
kedudukan sebenarnya adalah bergantung pada niat. Oleh itu, niat itu diperlukan
kerana dua tujuan seperti yang diterangkan dalam Rajah 4.4.

Rajah 4.4: Dua tujuan niat

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Berdasarkan pemahaman anda, berikan contoh lain bagi setiap


enam kaedah pecahan yang telah dibincangkan.

2. Apabila pelaksanaan sesuatu perkara bergantung pada niat,


apakah tujuan penggunaan kaedah ini dalam mengukur
kedudukan niat tersebut?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

• Kaedah „ ‰ ini membawa maksud setiap perkara itu diukur


berdasarkan niat dan tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan
niatnya.

• Skop perbahasan kaedah fiqh tertumpu pada orang yang mukalaf, iaitu orang
yang ditaklifkan kepadanya hukum syarak dan objek kepada kaedah fiqh pula
ialah hukum syarak.

• Sumber asal kaedah ini ialah al-Quran dan sunah.

• Kaedah ini terbahagi kepada empat kategori, iaitu ibadah, kekeluargaan,


muamalat dan jenayah. Terdapat enam kaedah pecahan daripada kaedah yang
setiap perkara diukur dengan niatnya.

• Dua tujuan niat adalah untuk membezakan antara ibadat dengan adat dan
untuk membezakan antara ibadat dengan ibadat yang lain.

Hurrah (yang dimerdekakan) Mukalaf


Iktikaf Muqayyad
Kinayah Qisas
Mujmal Thaliq (yang ditalak)

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KAEDAH ASAS PERTAMA: “ƢǿƾǏƢǬŠ ǁȂǷȋơ” (SETIAP PERKARA DINILAI  53
BERDASARKAN NIAT DAN MATLAMATNYA)

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊfi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
Kedua:
5 „ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ‰
(Kesukaran
Membawa
kepada
Kemudahan dan
Keringanan)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan definisi kaedah „kesukaran membawa kepada
kemudahan dan keringanan‰;
2. Mengaitkan azimah dan rukhsah dengan kaedah yang kedua ini;
3. Menjelaskan sumber asal kaedah ini;
4. Mengenal pasti empat kaedah pecahan daripada kaedah asas ini;
dan
5. Mengenal pasti tiga keadaan yang dikecualikan daripada kaedah
ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ“ (KESUKARAN MEMBAWA  55
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari kaedah asas yang pertama, iaitu „ ‰ (setiap
perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamatnya) dan kaedah pecahan daripada
kaedah asas ini serta huraiannya. Pelbagai contoh telah diberi dalam menjelaskan
penggunaan kaedah ini oleh mujtahid. Diharapkan anda dapat memanfaatkan
kaedah tersebut supaya lebih mudah dalam mencapai tujuan dan matlamat
sebenar dalam melakukan sesuatu perkara.

Dalam topik ini pula, anda akan mempelajari kaedah asas yang kedua, iaitu „
‰ (kesukaran membawa kepada kemudahan dan keringanan).
Islam tidak mentaklifkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh manusia.
Perkara ini boleh difahami apabila kita semua mempelajari kaedah kedua ini. Mari
kita mulakan perbincangan dengan mencuba aktiviti di bawah.

AKTIVITI 5.1

Adakah anda pernah mendengar kaedah „ ‰


(kesukaran membawa kepada kemudahan dan keringanan)?
Bincangkan dalam kumpulan cara masyaqqah atau kesukaran
membawa kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah
ini.

5.1 MAKSUD DAN HURAIAN


Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah „kesukaran membawa kepada
kemudahan dan keringanan‰?

Kaedah „ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ‰ (kesukaran membawa kepada kemudahan dan


keringanan) membawa maksud apabila terdapat sesuatu kesusahan atau
kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah SWT, maka
perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ “ (KESUKARAN MEMBAWA
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Berdasarkan kaedah tersebut, ia membawa maksud bahawa syariat Islam itu


dapat dilaksanakan oleh mukalaf pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hal ini
terjadi dengan memberikan kelonggaran dan keringanan ketika seseorang itu
dilanda kesempitan dan kesukaran. Maka dengan ini, wujudlah istilah rukhsah
dan azimah atau keringanan dalam syariat Islam.

Kaedah ini juga selaras dengan lafaz kaedah:

ْ‫ه َش َّق َعلَيْهم‬ ْ َ َّ ُ َ ْ َ َ َ َ ُ ُ ْ َ ْ َ َ ُّ ُ َ ُ َ َّ ُ َّ


ّ ُ
ِ ‫ور يشق العِبادِ ف ِعله سقط المر بِهِ وك من‬
ِ ٍ ‫إِن ك مأم‬
ْ َ ُ ْ َّ َ َ َ ُ ُ َ َ ْ
‫ه عن ُه‬ ‫إِجتنابه سقط ال‬
Maksudnya:
Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia menyukarkan terhadap
hamba atau manusia mengerjakannya, gugurlah suruhan terhadapnya dan
segala perkara tegahan membebankan hamba yang menjauhinya, gugurlah
tegahan mengenainya.

Subtopik berikutnya akan membincangkan azimah dan rukhsah dengan lebih


lanjut.

5.1.1 Azimah dan Rukhsah


Azimah dan rukhsah ialah istilah yang terdapat dalam ilmu usul fiqh. Rukhsah
biasanya berkaitan dengan keadaan darurat. Namun, masih terdapat dalam
kalangan kita yang tidak jelas dengan hukum azimah dan rukhsah dalam
pelaksanaannya bagi sesuatu ibadah itu. Mari kita rujuk Rajah 5.1 dan 5.2 yang
menerangkan maksud terma tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ“ (KESUKARAN MEMBAWA  57
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Rajah 5.1: Definisi azimah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ “ (KESUKARAN MEMBAWA
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Rajah 5.2: Definisi rukhsah

SEMAK KENDIRI 5.1

Anda telah diterangkan tentang pengertian azimah dan rukhsah.


Bincangkan bersama rakan anda tentang contoh-contoh situasi dan
hukum azimah dan rukhsah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ“ (KESUKARAN MEMBAWA  59
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

5.1.2 Contoh Rukhsah dalam Syariat


Yang berikut ialah beberapa contoh rukhsah atau keringanan dalam syariat (rujuk
Rajah 5.3):

Rajah 5.3: Beberapa contoh rukhsah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ “ (KESUKARAN MEMBAWA
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

5.1.3 Kategori Rukhsah


Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari lima kategori rukhsah dan contoh yang
berkaitan dengannya. Mari kita mulakan perbincangan dengan merujuk Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Lima kategori rukhsah

Terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap


pelaksanaan hukum syarak. Antara sebab keringanan atau rukhsah dalam
melakukan ibadat terbahagi kepada tujuh perkara seperti yang digambarkan
dalam Rajah 5.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ“ (KESUKARAN MEMBAWA  61
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Rajah 5.5: Tujuh sebab keringanan

Terdapat tujuh jenis keringanan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ “ (KESUKARAN MEMBAWA
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Rajah 5.6: Tujuh jenis keringanan

5.2 SUMBER ASAL KAEDAH


Kaedah ini berasal daripada dalil al-Quran dan hadis, antaranya adalah:

(a) Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

ُ ُ ُ َ َ َ ۡ ُ ۡ ُ ُ ُ َّ ُ ُ
َ ۡ ‫ك ُم ۡٱل ُع‬
‫س‬ ِ ‫ي ِريد ٱ بِكم ٱليس و ي ِريد ب‬

Maksudnya:
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengehendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Dia tidak mengehendaki kamu menanggung kesukaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ“ (KESUKARAN MEMBAWA  63
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

(b) Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Maidah ayat 6:

ُ ََ َ ْ َّ ُ ُ َ
‫يد ا ُ ِلَج َعل عليكم م ِْن َح َر ِج‬ ‫ما ي ِر‬

Maksudnya:
⁄dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan
susah payah dalam perkara agama....

(c) Hadis daripada Abu Hurairah r.a.:

َ ‫ين َول َ ْم ُتبْ َع ُثوا ُم َع ّ ِس‬


‫ين‬ َ ‫إ َّن َما بُعِثْ ُتم ُم َي ّ ِس‬
ِ ِ ِ
Maksudnya:
Sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk memudahkan dan tidak
dibangkitkan untuk menyusahkan.

5.3 KAEDAH PECAHAN DAN


PENGGUNAANNYA
Kaedah asas yang kedua ini mempunyai empat kaedah pecahan, sebagaimana
yang diterangkan dalam Rajah 5.7(a) dan 5.7(b).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ “ (KESUKARAN MEMBAWA
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Rajah 5.7(a): Kaedah Pecahan 1 dan Kaedah Pecahan 2 daripada kaedah ‰kesukaran
membawa kepada kemudahan dan keringanan‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ“ (KESUKARAN MEMBAWA  65
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Rajah 5.7(b): Kaedah Pecahan 3 dan Kaedah Pecahan 4 daripada kaedah „kesukaran
membawa kepada kemudahan dan keringanan‰

SEMAK KENDIRI 5.2

Nyatakan empat kaedah pecahan daripada kaedah asas yang kedua dan
satu contoh yang berkaitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ “ (KESUKARAN MEMBAWA
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

5.4 PENGECUALIAN KAEDAH


Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian kaedah?

Pengecualian kaedah bermaksud hukum yang terkecuali daripada kaedah


pecahan tersebut, iaitu tidak diharuskan sama sekali melakukannya biarpun
terpaksa dan dipaksa.

Hal ini diperincikan dalam Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Permasalahan yang dikecualikan daripada kaedah

• Kaedah asas yang kedua, iaitu „kesukaran membawa kepada kemudahan dan
keringanan‰ membawa maksud apabila terdapat sesuatu kesusahan atau
kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah SWT, maka
perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya.

• Azimah bererti hukum asal dalam situasi normal seperti sihat dan muqim.
Manakala rukhsah ialah hukum berdasarkan situasi yang tidak biasa seperti
wujudnya kesusahan dan musafir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ“ (KESUKARAN MEMBAWA  67
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

• Terdapat lima kategori rukhsah, iaitu rukhsah wajibah, rukhsah mandubah,


rukhsah mubahah, rukhsah makruh dan rukhsah yang utama ditinggalkan.

• Terdapat tujuh sebab keringanan antaranya adalah kejahilan, terlupa, safar,


penyakit, paksaan, kekurangan dan umum al-balwa.

• Rukhsah (keringanan) syarak mencakupi tujuh jenis, iaitu pengguguran,


pengurangan, penggantian, pendahuluan, penangguhan, perubahan dan
kelonggaran.

• Terdapat empat kaedah pecahan yang terhasil daripada kaedah asas ini, iaitu:

– Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas;

– Apabila sesuatu itu luas, hukum menjadi sempit;

– Keadaan darurat mengharuskan perkara yang ditegah; dan

– Keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya.

• Tiga pengecualian bagi kaedah ini ialah kufur, zina dan membunuh.

Azimah Taqdim
Darurat Takhir
Makruh Tayamum
Mandubah Umum al-balwa
Rukhsah Wajibah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 5 KAEDAH ASAS KEDUA: ”ŚLjȈƬdzơ ƤǴš ƨǬnjŭơ “ (KESUKARAN MEMBAWA
KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN)

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊ fi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
Ketiga:
6 „ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ‰
(Keyakinan
Tidak
Dihilangkan
dengan
Keraguan)
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Membincangkan definisi kaedah „keyakinan tidak dihilangkan
dengan keraguan‰ dan sumber asalnya;
2. Membezakan antara yakin, zann, syak dengan wahm;
3. Menghuraikan skop penggunaan kaedah asas ketiga; dan
4. Menghuraikan penggunaan kaedah pecahan yang berkaitan dengan
kaedah ketiga ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari dua kaedah asas dalam ilmu kaedah fiqh. Diharapkan
anda semua jelas dan faham tentang penggunaan kedua-dua kaedah tersebut.
Setiap kaedah yang dibincangkan mempunyai sumber asal kaedah dan
pecahannya. Anda sepatutnya sudah mampu membezakan antara kaedah asas
dengan kaedah pecahan yang lahir daripada kedua-dua kaedah tersebut.

Seterusnya, dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan perbincangan


mengenai kaedah asas yang ketiga, iaitu „ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ‰ (keyakinan tidak
dihilangkan dengan keraguan). Perbincangan dalam topik ini juga melibatkan
perbezaan antara konsep yakin, zann, syak dengan wahm. Mari kita mulakan
perbincangan kita.

6.1 PENGERTIAN KAEDAH

Kaedah „ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ‰ (keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan) ini
bermaksud:

Sesuatu perkara yang diyakini, jika sebarang keraguan yang datang


selepasnya tidak boleh diambil kira. Kaedah ini juga bermaksud perkara yang
asal dan yakin tidak boleh diubah hukumnya disebabkan oleh syak atau
keraguan yang timbul.

Huraian daripada kaedah ini adalah, sekiranya seseorang telah meyakini sesuatu
perkara yang telah pun ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak
atau keraguan terhadap perkara tersebut, maka keyakinan yang asal itu masih
kekal dan tidak terluntur kerana keraguan atau perasaan syak yang baru timbul
itu. Oleh itu, sesesuatu keyakinan yang asal itu tidak dapat dihilangkan kecuali
dengan adanya keyakinan baharu yang dapat menghilangkannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK  71
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

6.2 SUMBER ASAL KAEDAH


Sumber asal kaedah ini adalah berdasarkan beberapa dalil yang terdapat dalam
al-Quran, hadis dan dalil akal. Antaranya adalah seperti berikut:

(a) Firman Allah SWT dalam Surah Yunus Ayat 36

ً ْ َ ّ َْ َ ْ ُ َ َّ َّ َّ ً ّ َ َّ ْ ُ ُ َ ْ َ ُ َّ َ َ َ
‫وما يتبِع أكثهم إ ِ ظنا إ َن الظن يغ ِن مِن ال ِق شيئا‬
Maksudnya:
Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja
(padahal), sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak
menentukan sesuatu daripada kebenaran (iktikad).

Perkataan ǪĈ Ƹ
ă dzƒơ dalam ayat ini bermaksud „hakikat sebenar‰ sama seperti
yakin.

(b) Hadis (Riwayat Muslim)

َ‫ول ا َّ ِ َص َّل ا َّ ُ َعلَيْهِ َو َس َّلم‬


ُ َُ َ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ
‫ قال رس‬: ‫عن أ ِب هريرة رض ا عنه قال‬
َ َْ ٌ ْ َ ُْ َ َ َ َ َْ َ ََ ْ ََ ً ْ َ ْ َ ْ ُ ُ َ َ َ َ َ َ
‫ إِذا وجد أحدكم ِف بطنِهِ شيئا فأشك عليهِ أخرج مِنه شء أم‬:
ً‫فَ َ َيْ ُر َج َّن م ِْن ال ْ َم ْسج ِد َح َّت ي َ ْس َم َع َص ْوتًا أَ ْو َي َد ريحا‬
ِ ِ ِ
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi Muhammad SAW
bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu merasai sesuatu dalam
perutnya, kemudian timbul keraguan atasnya, adakah telah keluar sesuatu
darinya atau tidak? Maka janganlah sekali-kali dia keluar dari masjid (jangan
berhenti daripada solatnya) sehinggalah dia mendengar bunyi atau merasai
angin keluar (kentut).

(c) Dalil Akal


Secara rasionalnya yakin itu lebih kuat daripada syak kerana pada yakin itu
wujud hukuman yang putus (qatÊi) dan ia tidak akan runtuh dengan syak
sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

AKTIVITI 6.1

Dalam kumpulan, bincangkan kepentingan kaedah „ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ‰


(keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan). Kemudian, nyatakan
bilakah kaedah ini sesuai digunakan. Huraikan bidang-bidang yang
sesuai dengan kaedah ini.

6.3 PERBEZAAN ANTARA YAKIN, ZANN,


SYAK DENGAN WAHM
Dalam subtopik ini, kita akan meneruskan perbincangan tentang perbezaan antara
yakin, zann, syak dengan wahm.

Rajah 6.1 menerangkan pengertian yakin, zann, syak dengan wahm.

Rajah 6.1: Perbezaan antara yakin, zann, syak dengan wahm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK  73
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

6.4 SKOP PELAKSANAAN KAEDAH


Seterusnya, kita akan melihat skop pelaksanaan kaedah ketiga ini.

(a) Permasalahan Thoharah (Bersuci)


Hal ini merupakan masalah yang paling kerap berlaku dalam cabang kaedah
ini. Sesiapa yang yakin dia dalam keadaan suci, selepas itu dia ragu-ragu
adakah sudah batal wuduknya atau belum, maka sesungguhnya dia itu
dikira dalam keadaan yang dia yakini pertama kali, iaitu dalam keadaan
suci. Oleh itu, tidak perlu untuk ambil wuduk buat kali kedua. Pendapat ini
merupakan pendapat jumhur ulama.

Begitu juga sebaliknya, apabila seseorang yakin dia dalam keadaan tidak
bersuci, selepas itu ragu-ragu apakah dia berwuduk atau tidak, maka
sesungguhnya dia dalam keadaan tidak berwuduk.

(b) Masalah Orang Hilang


Sesiapa yang hilang dari negerinya, sedangkan tidak ada orang yang tahu
keadaannya sama ada dia masih hidup atau sudah mati, maka ditetapkan
hukum baginya bahawa dia masih hidup walau apa pun keadaannya.

Oleh itu, harta pusakanya tidak boleh diwariskan dan bagi isterinya pula,
tidak boleh mencari kebenaran kerana pada awal ketiadaannya diyakini
bahawa dia dalam keadaan masih hidup dan kematiannya masih diragukan
oleh keluarganya; maka hal ini termasuk dalam kaedah ‰keyakinan tidak
boleh dihilangkan dengan keraguan.‰

(c) Masalah Puasa


Seseorang yang berpuasa meragui ibadah puasanya. Seseorang yang
berpuasa ragu-ragu sama ada matahari sudah tenggelam atau tidak, maka
dia tidak boleh berbuka puasa kerana dianggap bahawa masih dalam waktu
siang. Begitu juga apabila dia ragu-ragu adakah fajar sudah terbit, maka dia
boleh makan (sahur) kerana pada awalnya dia yakin masih belum terbit
fajar.

(d) Masalah Khunsa (Dua Alat Kelamin)


Apabila seseorang yang sudah bersuci (wuduk) menyentuh seorang khunsa,
maka dia tidak perlu mengambil wuduk lagi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

(e) Masalah Penjagaan


Apabila barang yang dijaga seseorang hilang, selepas itu datang syak atau
keraguan tentang punca hilangnya barang tersebut sama ada kerana
kecuaian si penjaga ataupun kerana hilang dirompak atau dicuri, maka hal
ini kembali pada keyakinan awal, iaitu bahawa apa-apa yang dijagakan pada
seseorang asalnya ialah amanah dan tidak boleh terhapus dengan
terdapatnya syak sama ada disebabkan kelalaian ataupun kesalahan. Oleh
itu, penjaga barang tersebut tidak harus menanggung kehilangan barang itu.

(f) Masalah Hutang


Apabila seseorang mengetahui bahawa Ali berhutang dengan Bakar
sebanyak RM1,000, maka dia boleh menjadi saksi bahawa Ali mempunyai
hutang sebanyak RM1,000 walaupun dia ragu sama ada hutang tersebut
sudah dibayar atau ia sudah bebas daripada hutang tersebut. Oleh itu, tidak
berlaku hukum syak dalam hal ini.

(g) Masalah Cela (ÂAib)


Apabila seseorang membeli sesuatu barang, selepas itu dia mengatakan
bahawa barang itu ada kecacatan dan dia ingin mengembalikan barang
tersebut dan si penjual menolaknya, lalu pembeli berkata „Barang ini ada
kecacatan‰ dan penjual menjawab, „Tidak! Ia tiada kecacatan.‰

Maka, dalam keadaan ini, si pembeli tidak boleh mengembalikan barang


tersebut kerana pada awalnya dia yakin bahawa barang yang dibelinya itu
elok keadaannya. Oleh itu, suatu kecacatan tidak boleh ditetapkan dengan
syak, begitu juga apabila si penjual menemukan kecacatan dan ini disedari
juga oleh pembeli. Namun cacatnya masih diragukan dan belum diyakini oleh
kedua-duanya, maka barang tersebut tidak boleh dikembalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK  75
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

6.5 KAEDAH PECAHAN DAN


PENGGUNAANNYA
Terdapat enam kaedah furuk daripada kaedah asas ketiga ini. Keenam-enam
kaedah ini dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bahagian berikutnya.

(a) Asal Masalah ialah Kekalnya Sesuatu Perkara dalam Keadaannya yang Asal
(ǹƢǯ ƢǷ ȄǴǟ ǹƢǯ ƢǷ  ƢǬƥ DzǏȋơ)

Huraian:
Kaedah ini hampir sama maksudnya dengan kaedah (DzǏȋơ ƣƢƸǐƬLJơ).
Maksudnya ialah perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada
mana-mana waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah sabit
terputusnya atau bertukarnya.

Contohnya:

(i) Sesiapa yang yakin thoharahnya dan syak pada hadas, maka dia
dianggap orang yang masih bersuci atau dia yakin berhadas dan syak
pada thoharah, maka dia dikira orang yang berhadas.

(ii) Seseorang yang makan pada akhir malam dan syak tentang naik fajar,
maka puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.

(iii) Wanita yang ditalak rajii mendakwa dia masih dalam keadaan suci dan
belum selesai idahnya, maka dibenarkan dakwaannya. Oleh itu, dia
masih berhak mendapat nafkah idah.

(b) Asal pada Perkara yang Baru Muncul itu Tiada


(ǵƾǠdzơ ƨǓǁƢǠdzơ ǁȂǷȋơ Ŀ DzǏȋơ ȁơ ǵƾǠdzơ DzǏȋơ)

Huraian:
Diketahui umum bahawa tiada (ǵƾǠdzơ) adalah lebih dahulu daripada ada
(ƽȂƳȂdzơ). Maka, setiap sesuatu yang didakwa muncul dan wujud bererti ia
didahului oleh ǵƾǠdzơ (tiada).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

Oleh itu, tiada (ǵƾǠdzơ) yang mendahului ke atas ada (ƽȂƳȂdzơ) yang
didakwa itu telah thabit dengan yakin. Sedangkan benda yang
didakwa wujud sebelum dibuktikannya adalah mashkuk fih (diragui).
Keyakinan sesuatu perkara tidak boleh dihilangkan dengan sangkaan
lawannya sahaja.

Oleh yang demikian, maka tiada (ǵƾǠdzơ) itulah yang diyakini kerana ia
suatu keadaan yang thabiÊi. Perubahannya kepada wujud itu suatu
perkara baru yang diragukan. lagipun ǵƾǠdzơ itulah yang asal, maka
mestilah dikekalkan hingga terbukti sabit sesuatu yang
menghilangkannya.

Contohnya:

(i) Dalam masalah mudarabah, apabila pemilik harta/modal DZƢŭơ ƤƷƢǏ


mendakwa ke atas pengusaha ǑơǂǬdzơ DzǷƢǟ ada keuntungannya,
sedangkan Âamil menafikan dakwaan itu, maka hendaklah dibenarkan
dakwaan yang menafikan dengan sumpahnya. Hal ini demikian
kerana keuntungan itu suatu yang baru datang, sedangkan keadaan
asal yang diyakinkan sebelum qirad atau mudarabah tiada untung dan
al-Âadam mendahului al-wujud.
(ii) Seseorang telah memakan makanan orang lain, lalu dia berkata:
„Kamu telah membenarkan aku memakannya‰ padahal dinafikan oleh
tuan makanan itu, maka hendaklah diterima kata-kata tuannya kerana
yang asalnya pada harta orang adalah haram bagi orang lain.

(iii) Dalam kes suami isteri yang telah lama tinggal bersama, apabila si
isteri mendakwa tidak diberi pakaian dan nafkah, maka dakwaan isteri
akan diambil kira kerana pada asalnya kedua-dua perkara itu kekal
tanggungjawab suami dan tidak ditunaikan.

(iv) Seorang bapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan


anggapan anaknya masih gadis, kemudian terbukti anaknya tidak dara
lagi pada waktu akad dilakukan dengan keterangan empat orang
wanita. Oleh itu, tidak batal nikahnya itu kerana boleh jadi daranya
hilang dengan jari atau kuku kerana pada asalnya masih dara.

(v) Suami isteri bertelingkah dalam kes hubungan kelamin yang isteri
mendakwa telah berlaku hubungan kelamin sedangkan suami
menafikannya. Maka penafian suami diambil kira kerana pada asalnya
belum berlaku hubungan kelamin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK  77
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

(c) Asal Masalahnya (Seseorang itu) Bebas daripada Tanggungjawab


(ƨǷǀdzơ Ƨ ơǂƥ DzǏȋơ) dan Tidak Iltizam dengan Apa-apa Hak

Huraian:
Setiap manusia dilahirkan tanpa tanggungjawab. Keadaan itu berterusan
terhadap dirinya sehingga terdapat sebab yang membuatkan ia
bertanggungjawab.

Oleh itu, manusia bebas daripada tanggungjawab asalnya dan terikat


dengan tanggungjawab merupakan perkara yang mendatang.

Contohnya:

(i) Apabila pendakwa gagal mengemukakan keterangan, maka al-yamin


(sumpah) akan diminta daripada yang didakwa/yang tertuduh.
Namun, kalau dia nukul (enggan) bersumpah, tidak boleh dihukum
berdasarkan keengganan itu kerana pada asal zimmahnya itu dia bebas
daripada tanggungjawab. Oleh itu, perlu dikembalikan sumpah
kepada pendakwa.

(ii) Sesiapa yang mendakwa ke atas orang lain berhutang dengannya,


maka dia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yang didakwa
menafikannya kerana ia berpegang pada keadaan yang asal, iaitu
baraatu al-zimmah. Maka, pada zahirnya, dia tidak mempunyai
tanggungan hutang melainkan terbukti sebaliknya.

(d) Asal pada Kebanyakan Perkara adalah Harus sehingga Terdapat Dalil yang
Menunjukkan Ia Haram ( ʼnǂƸƬdzơ ȄǴǟ DzȈdzƾdzơ DZƾȇ ŕƷ ƨƷƢƥȍơ  ƢȈNjȋơ Ŀ DzǏȋơ)

Huraian:
Maksud kaedah ini ialah sesuatu perkara itu dihukum halal khususnya
dalam perkara muamalat. Melainkan terdapat dalil yang membuktikan ia
haram. Oleh itu, untuk membuktikan sebarang transaksi itu haram, ia perlu
didatangkan dengan dalil.

Kaedah ini diguna pakai dalam mazhab Shafii, berbeza dengan pandangan
mazhab Hanafi kerana mereka berpendapat:

‫الباحة‬ ‫الصل ف الشياء الحريم حت يدل اللل‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

Maksudnya:
Asal pada (kebanyakan) perkara adalah haram sehinggalah terdapat dalil
yang mengharuskannya.

Contohnya:

(i) Haiwan yang tidak diketahui hukum memakannya adalah halal


dimakan, melainkan jika terdapat dalil yang mengharamkannya.

(ii) Tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui namanya adalah halal


dimakan, melainkan jika terdapat dalil yang mengharamkannya.

(iii) Menurut Imam al-Subki, zirafah adalah halal dimakan atau memakan
zirafah adalah halal kerana asalnya harus dan tidak ada taring serta
tiada dalil haram yang dikaitkan dengannya. Kebanyakan ulama al-
ShafiÊiyyah tidak menentukan haram halalnya tetapi ada juga yang
mengatakannya haram.

(e) Asal pada Faraj Wanita adalah Haram (ʼnǂƸƬdzơ ǝƢǔƥȋơ Ŀ DzǏȋơ)

Huraian:
Kaedah ini bermaksud prinsip dalam perkahwinan adalah jika tidak
diketahui status seseorang wanita itu sama ada mahram atau bukan, maka
hukumnya adalah haram.

Contohnya:
Seorang lelaki dimaklumkan bahawa di sebuah kampung terdapat seorang
perempuan yang haram dikahwininya (seperti saudara berlainan ibu) yang
tidak dikenalinya, sedangkan wanita di kampung itu sedikit jumlahnya.
Maka dia tidak boleh berijtihad bagi menentukan perempuan yang
diharamkan berkahwin itu.

Oleh yang demikian, dia tidak boleh mengahwini mana-mana perempuan di


kampung berkenaan kerana pada asalnya faraj wanita itu haram disetubuhi
melainkan setelah dikenal pasti seseorang wanita itu halal dikahwini dengan
yakin. Namun, harus dia berkahwin kalau bilangan wanita di kampung itu
ramai. Hal ini merupakan kelonggaran (rukhsah) daripada Allah SWT
supaya tidak tertutup sama sekali pintu perkahwinan ke atasnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK  79
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

(f) Tidak Boleh Dikira Zann yang Telah Ternyata Salahnya (ǽƚǘƻ śƦdzơ ǺǜdzƢƥ ƧŐǟȏ)

Huraian:
Maksudnya adalah apabila disandarkan sesuatu hukum berdasarkan zann,
kemudian ternyata salah sangkaan (zann) itu, maka terbatallah hukum itu.

Contohnya:

(i) Seseorang yang solat dengan zann bahawa waktu telah masuk,
kemudian ternyata waktu belum lagi masuk, maka solat tersebut tidak
sah dan wajiblah dia mengulangi solat itu.

(ii) Seseorang solat dalam keadaan menyangka dia telah bersuci,


kemudian ternyata dia berhadas, maka solat tersebut tidak sah dan
wajib diulangi dengan berwuduk semula.

(iii) Seseorang suami memberi nafkah kepada isterinya yang ditalak bain
dengan menyangka dia hamil, kemudian ternyata isterinya tidak
hamil, maka si suami berhak menuntut kembali nafkah itu.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Nyatakan maksud bagi yakin, zann, syak dan wahm.

2. Senaraikan enam kaedah pecahan daripada kaedah asas ketiga.

• Kaedah asas yang ketiga „keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan‰,


menjelaskan bahawa apabila kita telah yakin terhadap sesuatu perkara, maka
keyakinan itulah yang menjadi jawapan dalam perkara tersebut, melainkan
terdapat dalil atau bukti lain yang lebih kuat atau meyakinkan sehingga dapat
membatalkan keyakinan itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

• Kita perlu jelas mengenai perbezaan antara yakin, zann, syak dengan wahm
kerana perkara ini melibatkan akidah dan kepercayaan seperti yang berikut:

– Yakin adalah kepercayaan 100% tanpa sedikit syak;

– Zann adalah kepercayaan 51% hingga 99%;


– Syak adalah kepercayaan 50% sama berat antara percaya dengan tidak
percaya atau waswas; dan

– Wahm adalah kepercayaan 49% ke bawah, iaitu ragu-ragu dan keliru.

• Terdapat enam kaedah pecahan yang terbit daripada kaedah asas yang ketiga
ini, iaitu:

– Asal masalah ialah kekalnya sesuatu perkara atas keadaannya yang asal;

– Asal pada perkara yang baru muncul itu tiada;

– Asal masalahnya (seseorang itu) bebas daripada tanggungjawab dan tidak


iltizam dengan apa-apa hak;

– Asal pada kebanyakan perkara adalah harus sehingga terdapat dalil yang
menunjukkan ia haram;

– Asal pada faraj wanita adalah haram; dan

– Tidak boleh dikira zann yang telah ternyata salahnya.

Baraatu al-zimmah Wahm


Nukul Yakin
Syak Zann
Thoharah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KAEDAH ASAS KETIGA: “ǮnjdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ śǬȈdzơ” (KEYAKINAN TIDAK  81
DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN)

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊfi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
Keempat:
7
„DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ‰
(Kemudaratan
Hendaklah
Dihilangkan)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan definisi kaedah „kemudaratan hendaklah
dihilangkan‰;
2. Mengenal pasti sumber asal kaedah;
3. Mengenal pasti skop kaedah ini; dan
4. Mengenal pasti kaedah pecahan daripada kaedah asas ketiga ini dan
penggunaannya dalam kehidupan harian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN  83
HENDAKLAH DIHILANGKAN

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari tiga kaedah asas dan kaedah pecahan masing-masing
dalam topik terdahulu. Pelbagai contoh telah diberi dalam mengukuhkan
perbincangan mengenai kaedah fiqh tersebut. Diharapkan anda dapat
mengaplikasikan kaedah ini bagi memahami dan menyelesaikan masalah hukum
yang dihadapi.

Seterusnya dalam topik ini, anda akan mempelajari kaedah asas yang keempat,
iaitu „DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ‰ (kemudaratan hendaklah dihilangkan). Kaedah ini amat penting
dipelajari kerana banyak masalah cabang hukum yang timbul pada masa kini
yang memerlukan jawapan dan dalil yang kukuh. Mari kita teruskan
pembelajaran kita dengan mengkaji kaedah asas keempat ini dengan lebih
terperinci.

7.1 PENGERTIAN KAEDAH


Kaedah ini membawa pengertian seperti yang berikut:

Sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan mestilah dihapuskan dan


perkara yang memudaratkan itu hendaklah dihilangkan. Walaupun begitu,
sesuatu yang boleh membawa kepada kemudaratan tidak dapat dihilangkan
dengan kemudaratan „ǁǂǔdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ ǁǂǔdzơ‰.

7.2 SUMBER ASAL KAEDAH

Asas kepada kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW „ǁơǂă Ǔ


ĉ ȏ ȁ ǁă ǂă Ǔ
ă ȏ‰. Ia
membawa maksud „ǁă ǂă Ǔ
ă ‰, iaitu melakukan kerosakan terhadap orang lain,
sedangkan „ǁơăǂǓ
ĉ ‰ bermaksud bertindak balas melakukan kemudaratan yang
serupa dengan kemudaratan terhadapnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN
HENDAKLAH DIHILANGKAN

Hadis ini bermaksud tidak harus bagi seseorang melakukan kemudaratan


terhadap saudaranya sama ada memulakan ataupun membalas. Ulama
bersepakat bahawa kaedah ini mengecualikan „ǁǂǓ‰ yang diizinkan oleh syarak
seperti qisas, hudud dan takzir.

Hal ini demikian kerana sesungguhnya menolak kerosakan hendaklah


didahulukan daripada menarik kebaikan „ŁƢǐŭơ ƤǴƳ ȄǴǟ ǵƾǬǷ ƾLJƢǨŭơ  ǁƽ‰. Walau
bagaimanapun, hukuman itu pada hakikatnya tidak disyariatkan melainkan
kerana hendak menolak kemudaratan juga.

AKTIVITI 7.1

Pernahkah anda mendengar kaedah „DZơăDŽȇĄ ǁăǂǔ


ă dzơ‰ (kemudaratan
hendaklah dihilangkan)? Bincangkan dalam kumpulan cara kaedah ini
dapat membantu dalam menyelesaikan permasalahan hukum yang
tidak dijelaskan dalam al-Quran dan sunah.

7.3 SKOP PEMAKAIAN KAEDAH


Secara umumnya, skop kaedah ini adalah seperti kaedah asas lain. Ia meliputi
kesemua hal yang berkaitan dengan muamalat dalam Islam. Antara contoh klasik
yang sering dikaitkan dengan kaedah ini adalah seperti yang berikut:

(a) Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat
kecacatan padanya.

(b) Dihalang daripada mengurus harta sendiri (DŽƴƷ) ke atas orang yang bodoh

„ǾȈǨLJ‰, dan dilarang mufti yang tidak bersopan (ǺƳƢŭơ) daripada


mengeluarkan fatwa dan doktor yang jahil daripada merawat orang sakit
kerana amalan mereka ini mendatangkan kemudaratan ke atas diri mereka
dan orang lain.

(c) Fasakh nikah kerana aib, ketidakmampuan memberikan nafkah dan


sebagainya.

(d) Qisas, hudud dan takzir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN  85
HENDAKLAH DIHILANGKAN

7.4 KAEDAH PECAHAN DAN


PENGGUNAANNYA
Kaedah ini paling banyak melibatkan permasalahan dalam hukum fiqh. Kaedah
asas ini telah membentuk enam kaedah pecahan seperti yang berikut:

(a) Keadaan Darurat Mengharuskan yang Dilarang „ƩơǁȂǜƄơ ƶȈƦƫ Ʃơǁȁǂǔdzơ”


Huraian:
Darurat (Ʃơǁȁǂǔdzơ) ialah sesuatu yang tidak memungkinkan tercapainya lima
kepentingan asasi (ƨLjǸŬơ ƩƢȇǁȁǂǔdzơ) bagi seseorang Muslim. Manakala
maksud perkataan al-Mahzurat (ƩơǁȂǜƄơ) ialah perkara yang wujud nas
syarak melarang dan mengharamkannya.

Kaedah ini bermaksud sesuatu yang dilarang oleh syarak boleh bertukar
menjadi harus, jika dalam keadaan darurat. Dalam konteks ilmu usul fiqh, ia
dinamakan rukhsah. Ruksah bermaksud diberi kemudahan dalam
melakukan sesuatu ibadat jika ada sebab dan darurat, di samping kekal
hukum asalnya apabila hilang sebab dan darurat.

Contohnya:

(i) Harus melafazkan kalimah kufur, jika dipaksa oleh musuh tetapi hati
tetap beriman kerana Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl
ayat 106:

َ ۡ ۢ ُّ َ ۡ ُ ُ ُ ۡ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ َّ ٓ َ َۡ َّ َ َ َ َ
ٰ
‫ٱليم ِن‬ِ ِ ‫من كفر بِٱ ِ ِم ۢن بع ِد إِيمٰنِهِۦ إ ِ من أك ِره وقلبهۥ مطمئِن ب‬
Maksudnya:
Sesiapa yang kufur kepada Allah SWT sesudah dia beriman (maka
baginya kemurkaan dan azab daripada Allah SWT) kecuali orang yang
dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan
iman.

(ii) Harus makan bangkai ketika darurat.

(iii) Harus memandang aurat pesakit kerana darurat (keperluan) dalam


urusan perubatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN
HENDAKLAH DIHILANGKAN

(b) Sesuatu yang Diharuskan kerana Darurat, Dihadkan Mengikut Kadar


Darurat Sahaja „ƢǿǁƾǬƥ ǁƾǬȇ ƧǁȁǂǔǴdz ƶȈƥơ ƢǷ ȁƗ ƢǿǁƾǬƥ ǁƾǬƫ Ƨǁȁǂǔdzơ”
Huraian:
Islam mengharuskan perkara yang dilarang ketika darurat kerana hendak
menolak kemudaratan daripada manusia tetapi tidak seharusnya seseorang
Muslim mengambil peluang daripada perkara tersebut atas alasan darurat.

Oleh itu, kaedah „ƩơǁȂǜƄơ ƶȈƦƫ Ʃơǁȁǂǔdzơ‰ tetap terikat dengan kaedah lain
supaya tiada penyalahgunaan kaedah tersebut.

Kaedah „ƢǿǁƾǬƥ ǁƾǬȇ ƧǁȁǂǔǴdz ƶȈƥơ ƢǷ‰ yang bermaksud setiap sesuatu yang
diharuskan kerana darurat, hendaklah diukur sekadar yang boleh menolak
kemudaratan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173:

ْ‫اغ َو َ َعد فَ إثْ َم َعلَيه‬ َ ْ ‫اض ُط َّر َغ‬


ٍ َ‫ي ب‬
ْ َ
‫ف َم ِن‬
ِ ٍ
Maksudnya:
Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana) sedang dia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang
dimakan), maka tidak ada dosa ke atasnya.

Contoh:

(i) Keharusan seorang doktor lelaki memandang aurat pesakit wanita


dibatas sekadar hajat dan tempat yang perlu dirawat sahaja.

(ii) Tidak harus bagi pesakit wanita pergi mendapat rawatan daripada
doktor lelaki sedangkan terdapat doktor wanita yang dapat
merawatnya.

(iii) Orang gila tidak boleh dikahwinkan melebihi seorang isteri kerana
hajatnya sudah tercapai dengan seorang sahaja.

(iv) Seseorang yang diminta untuk memberikan pandangan tentang


peribadi seorang peminang memadai dengan cara sindiran seperti
katanya „tidak sesuai untuk kamu,‰ maka tidak perlu lagi dia
menceritakan keburukan keperibadian peminang dengan cara
terperinci.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN  87
HENDAKLAH DIHILANGKAN

(c) Kemudaratan Tidak Boleh Dihilangkan dengan Kemudaratan


‰ǁǂǔdzƢƥ DZơDŽȇ ȏ ǁǂǔdzơ‰
Huraian:
Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah
tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama dengannya
atau yang lebih dahsyat kemudaratannya.

Sekiranya boleh dihilangkan dengan mudarat juga, maka tidak berfungsi


kaedah „DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ‰, bahkan ia merupakan kemudaratan yang baru
diwujudkan.

Contohnya:

(i) Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yang fakir untuk keluarga
yang juga fakir kerana menolak kemudaratan daripada fakir pertama
itu menimbulkan kemudaratan yang sama dengan keluarganya.

(ii) Seseorang yang berhajat menolak kemudaratan dirinya daripada


kelaparan, tidak memperoleh sesuatu melainkan makanan orang lain
yang sama berhajat sepertinya juga, maka ia tidak boleh mengambil
makanan orang itu.

(iii) Kalau seseorang dipaksa membunuh seseorang yang lain, nescaya


tidak harus dia membunuhnya kerana pembunuhan itu menimbulkan
kemudaratan yang sama atau lebih besar daripadanya. Namun, kalau
seseorang dipaksa minum arak kalau tidak diminum dia akan
dibunuh, maka harus baginya meminum arak itu kerana ancaman
membunuh itu lebih berat daripada minum arak.

(d) Keperluan atau Hajat Diposisikan pada Posisi Darurat Sama Ada Keperluan
Umum atau Khusus „ƨǏƢƻ ȁƗ ƪǻƢǯ ƨǷƢǟ Ƨǁȁǂǔdzơ ƨdzDŽǼǷ DZDŽǼƫ ƨƳƢūơ‰
Huraian:
Hajat sekiranya tidak dipenuhi akan menimbulkan kesukaran dan kesulitan,
sedangkan darurat kalau tidak dipenuhi boleh membawa kepada
kebinasaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN
HENDAKLAH DIHILANGKAN

Hajat yang bersifat umum diperlukan oleh semua orang dalam perkara yang
berkaitan dengan kepentingan awam seperti pemerintahan, pertanian dan
perindustrian. Sementara hajat yang khusus diperlukan oleh kelompok
tertentu seperti penduduk satu-satu negeri, ahli profesional, individu
tertentu atau beberapa individu tertentu sahaja.

Maksud kaedah ini ialah kemudahan syarak yang dikecualikan tidaklah


terbatas dalam keadaan darurat yang amat mendesak sahaja bahkan hajat
yang martabatnya kurang daripada darurat pun membolehkan
pengecualian juga.

Contohnya:

(i) Diharuskan beberapa jenis akad seperti ijarah, juÊalah, hiwalah, salam
dan istisna kerana ada nas syarak yang mengharuskannya sebagai
pengecualian daripada kaedah umum yang tidak mengharuskan jualan
barangan yang tidak wujud (ǵȁƾǠŭơ ǞȈƥ). Namun, oleh sebab menjadi
keperluan manusia, maka syarak membenarkannya.

(ii) Harus diterjemahkan nas al-Quran ke dalam bahasa lain kerana


manusia perlu mengetahui hukum Islam dan risalahnya yang
universal. Hal ini demikian kerana tidak semua orang dapat
menguasai bahasa al-Quran dengan baik.

(iii) „ǥǂǟ‰ dikira sebagai sumber untuk mendapatkan hukum syarak


kerana urf selari dengan kepentingan dan hajat manusia, selagi ia tidak
bertentangan dengan nas syarak.

(e) Menolak Kerosakan Lebih Utama daripada Menarik Kemaslahatan


„ŁƢǐŭơ ƤǴƳ ǺǷ ńȁƗ ƾLJƢǨŭơ  ǁƽ‰
Huraian:
Maksud kaedah ini adalah apabila bertembung „ƧƾLjǨǷ‰ (keburukan) dengan

„ǾƸǴǐǷ‰ (kebaikan), maka pada kebiasaannya hendaklah didahulukan


menolak mafsadah kerana penekanan syarak kepada perkara larangan
melebihi perkara yang diperintah. Rasulullah SAW bersabda:

ْ ‫ك ْم بأَ ْمر فَ ْأتُوا مِنْ ُه َما‬


ْ‫اس َت َط ْع ُتم‬ ُ ُْ ََ َ ُ ُ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ُ ُْ ََ َ
‫إذا نهيتكم عن ش ٍء فاجتنِبوه ذا أمرت‬
ٍ ِ
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN  89
HENDAKLAH DIHILANGKAN

Maksudnya:
Apabila aku larang kamu daripada sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
jauhi perkara itu; dan apabila aku perintahkan kamu lakukan sesuatu, maka
hendaklah kamu kerjakannya semampu kamu.

Maka, dimaafkan meninggalkan sebahagian yang wajib dengan adanya


kesulitan (mashaqqah), sedangkan tidak dibenarkan sama sekali membuat
perkara yang dilarang apatah lagi dosa besar.

Contohnya:

(i) Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebih-


lebihan (ƨǤdzƢƦŭơ) adalah disunatkan ketika berwuduk. Namun, makruh
bagi orang yang berpuasa kerana maslahat atau kepentingan menjaga
kesahihan puasa perlu diutamakan berbanding meninggalkan amalan
sunat, iaitu berlebihan ketika berwuduk.

(ii) Harus berdusta (walaupun pada asalnya ia mafsadah yang diharamkan)


apabila ia mendatangkan kebaikan (maslahat) yang lebih. Contohnya,
berdusta kerana bertujuan mendamaikan dua orang yang bertikai dan
berdusta dengan isteri bagi tujuan mendamaikannya.

(iii) Menyelatkan bulu dan rambut dengan jari-jemari ketika berwuduk


dan mandi disunatkan tetapi makruh bagi muhrim (orang yang sedang
dalam ihram haji atau umrah) kerana menjaga maslahat. Hal ini bagi
mengelakkan dikenakan fidyah disebabkan menggugurkan rambut.

(f) Pecahan ini Terbahagi kepada Empat, iaitu:

(i) Ǧƻȋơ ǁǂǔdzƢƥ DZơDŽȇ ƾČ Njă ȋÈ ơ ǁĄ ǂă ǔ


ċ dzơ (Kemudaratan lebih berat dihilangkan
dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan).

(ii) Ǻȇǁǂǔdzơ ǦƻƗ ƣƢǰƫǁơ (Melakukan kemudaratan yang paling ringan


antara dua kemudaratan).

(iii) Ǻȇǂnjdzơ ǹȂǿƗ ǁƢƬź (Dipilih yang paling ringan antara dua keburukan).

(iv) ƢǸȀǨƻƗ ƣƢǰƫǁƜƥ ơǁǂǓ ƢǸȀǸǜǟƗ Ȅǟȁǁ ǹƢƫƾLjǨǷ ǑǁƢǠƫ ơƿƛ (Apabila terdapat
pertentangan antara dua kemudaratan, dihindarkan yang lebih berat
dan dilaksanakan yang lebih ringan antara kedua-duanya).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN
HENDAKLAH DIHILANGKAN

Huraian:
Keempat-empat kaedah ini membawa maksud yang sama, iaitu apabila
bertembung dua kemudaratan, hendaklah dipilih melaksanakan
kemudaratan yang paling ringan (iaitu dalam situasi berhadapan dengan
dua mudarat dan tidak ada pilihan ketiga). Hal ini demikian kerana dengan
melakukan mafsadah yang lebih ringan akan menyebabkan kemudaratan
lebih minimum berbanding dengan kemudaratan yang lebih besar.

Contohnya:

(i) Disyariatkan qisas, hudud dan mempertahankan diri daripada


serangan penceroboh.

(ii) Fasakh akad kerana aib barang jualan dan fasakh perkahwinan kerana
faktor kemiskinan.

(iii) Harus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin
apabila ada harapan janin itu masih hidup.

(iv) Harus tebus talak oleh isteri dalam masa haid kerana menyelamatkan
isteri daripada penyeksaan suaminya itu lebih diutamakan daripada
keburukan memanjangkan idah ke atasnya, kerana kurang
mudaratnya.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Berikan contoh permasalahan hukum menurut kaedah-kaedah


pecahan yang telah anda pelajari.

2. Nyatakan skop dan bidang kaedah yang berkaitan dengan kaedah


ini.

• Kaedah asas yang keempat ini membawa maksud sesuatu yang boleh
mendatangkan kemudaratan mestilah dihapuskan dan perkara yang
memudaratkan itu hendaklah dihilangkan.

• Sumber asal kaedah asas ketiga ini ialah hadis Rasulullah SAW.

• Skop pelaksanaan kaedah ketiga ini ialah ketika darurat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 KAEDAH ASAS KEEMPAT: “DZơDŽȇ ǁǂǔdzơ” (KEMUDARATAN  91
HENDAKLAH DIHILANGKAN

• Terdapat pelbagai kaedah utama pecahan yang terhasil daripada kaedah asas
yang keempat ini, iaitu kemudaratan mengharuskan perkara yang dilarang,
kemudaratan hanya dibenarkan sekadar yang diperlukan, kemudaratan tidak
boleh dihilangkan dengan kemudaratan dan lain-lain. Jika terdapat dua
kemudaratan, maka mudarat yang lebih besar perlu diutamakan, keperluan
tertentu dikira darurat walaupun berbentuk umum atau khusus dan menolak
keburukan lebih baik daripada mengambil kebaikan.

Darurat Mashaqqah
Dharar Maslahat
Kemudaratan Muhrim
Mafsadah Urf

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-TashriÊfi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Asas
Kelima:
8
„ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ‰
(Adat
Dijadikan
Rujukan
Hukum)
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan maksud kaedah „adat dijadikan rujukan hukum‰;
2. Menerangkan sumber asal kaedah kelima ini;
3. Mengenal pasti empat jenis urf (adat kebiasaan);
4. Menjelaskan empat syarat penerimaan urf dalam Islam; dan
5. Menghuraikan sembilan kaedah pecahan dan penggunaannya
daripada kaedah kelima ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI  93
RUJUKAN HUKUM)

 PENGENALAN
Selamat bertemu kembali. Diharapkan topik terdahulu dapat membantu anda
menyelesaikan masalah yang timbul pada masa kini dalam penetapan sesuatu
hukum. Seterusnya dalam Topik 8, anda akan mempelajari kaedah asas yang
kelima, iaitu „ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ‰ (adat dijadikan rujukan hukum). Kaedah ini berkait rapat
dengan adat atau kebiasaan.

Dalam bahasa Arab, terdapat dua istilah yang berkenaan dengan kebiasaan, iaitu
al-Âadat dan al-Âurf. Perbincangan tentang adat dan urf adalah penting bagi
mengukur sejauh mana penggunaan kaedah ini dapat diadaptasi dalam
menggubal hukum supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Mari kita
bincangkan dengan lebih lanjut tentang topik ini bagi memantapkan pemahaman
kita dalam kaedah terakhir ini.

8.1 PENGERTIAN KAEDAH


Terdapat pelbagai definisi adat yang diutarakan oleh para ulama. Antaranya
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Pengertian adat

Berdasarkan pengertian yang diberi dalam Rajah 8.1 tadi, bolehlah dirumuskan
bahawa adat ialah amalan, perbuatan atau perkara yang menjadi kebiasaan,
diulang-ulang dan terus-menerus dilakukan. Lantaran itu, ia menjadi suatu
kebiasaan yang berlaku dalam kehidupan, baik yang berbentuk perkataan
ataupun perbuatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI
RUJUKAN HUKUM)

8.2 HURAIAN KAEDAH


Kaedah ini membawa maksud, sesuatu adat kebiasaan itu dapat ditetapkan
sebagai rujukan hukum. Oleh itu, para ulama menetapkan bahawa urf atau adat
kebiasaan itu merupakan salah satu daripada sumber hukum dalam keadaan
ketiadaan nas syarak. Namun, jika adat atau urf itu bercanggah dengan nas, ia
harus ditolak sama sekali. Contohnya, adat masyarakat jahiliah mengharuskan
anak lelaki mengahwini bekas isteri bapanya atau ibu tirinya.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit percanggahan pendapat dalam kalangan


ulama dalam mentafsirkan adat dan urf ini. Namun, ini adalah perbezaan kecil
sahaja sedangkan skop dan konsepnya tetap sama. Adat adalah apa-apa yang
menjadi kebiasaan orang ramai atau segolongan dalam kalangan mereka.

Ia merupakan perkara yang diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan


mengikut cara tertentu dan diterima sebagai logik. Urf pula ialah perkara yang
dapat diterima dan disenangi manusia. Perkara yang penting ialah ia dapat
diterima oleh akal manusia dan dilakukan secara berulang-ulang.

8.3 SUMBER ASAL KAEDAH


Terbentuknya kaedah dan pengiktirafan urf atau adat sebagai sumber hukum
adalah berdasarkan beberapa dalil, antaranya ialah:

(a) Hadis mawquf yang diriwayatkan daripada Abdullah bin MasÊud,


sebagaimana kata beliau:

‫وما رآه المسلمون قبيحا‬, ‫حسن‬ ‫ما رآه المسلمون حسنا فهو عند ا‬
‫قبيح‬ ‫فهو عند ا‬
Maksudnya:
Apa-apa yang dinilai oleh orang Muslim itu baik, maka ia adalah baik di sisi
Allah dan apa-apa yang dinilai oleh orang Muslim itu buruk, maka ia adalah
buruk di sisi Allah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI  95
RUJUKAN HUKUM)

Walaupun majoriti ulama berpendapat hadis daripada Ibn MasÊud tersebut


bertaraf mawquf sebagaimana yang ditakhrijkan oleh Imam Ahmad dalam
musnadnya, namun begitu, ia tidak bertentangan dengan akal dan banyak
masalah fiqh yang termasuk dalam kaedah itu. Contohnya, penentuan had
baligh dan penentuan tempoh minimum ataupun maksimum haid.

(b) Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar:

ّ
‫الوزن وزن أهل مكة والمكيال مكيال أهل مدينة‬
Maksudnya:
Timbangan itu berdasarkan timbangan ahli Mekah dan sukatan berdasarkan
sukatan ahli Madinah.

Berkaitan perkara ini, Imam al-ÂAlaiy menjelaskan bahawa petunjuk hadis


tersebut adalah disebabkan kebiasaan dan adat dalam kalangan penduduk
Madinah yang merupakan pekebun tamar dan petani. Oleh itu, diiktiraf adat
mereka dalam menentukan kadar dan bentuk sukatan. Manakala penduduk
Mekah pula terdiri daripada pedagang. Lantaran itu, diiktiraf adat mereka
dalam sudut timbangan.

Kesimpulannya, dapat dijelaskan bahawa setiap apa yang tidak diterangkan


melalui nas syarak sama ada ia berdasarkan sukatan atau timbangan,
amalannya adalah dengan merujuk urf atau adat kebiasaan penduduk suatu
negeri atau daerah. Oleh itu, apa-apa yang ditentukan oleh syarak dalam
urusan ibadat seperti zakat fitrah dan harta, kadar diyat serta kafarah ialah
dengan mengambil kira adat kawasan tersebut.

AKTIVITI 8.1

Secara berkumpulan, setelah memahami kata-kata dan fatwa yang


dikeluarkan oleh para ulama, bincangkan cara kaedah ini dapat
dijadikan asas atau rujukan hukum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI
RUJUKAN HUKUM)

8.4 JENIS URF


Urf dapat dibahagikan kepada empat, iaitu urf am, urf khas, urf perkataan dan urf
perbuatan. Rajah 8.2 menerangkan dengan lebih lanjut keempat-empat urf ini.

Rajah 8.2: Empat jenis urf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI  97
RUJUKAN HUKUM)

8.5 SYARAT PENERIMAAN URF DALAM


ISLAM
Penggunaan dan penerimaan adat dan urf dalam pembinaan hukum adalah
bersandarkan empat syarat. Syarat ini dijelaskan dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Empat syarat penerimaan urf dalam Islam

Melalui syarat tersebut, dapat disimpulkan di sini bahawa memang banyak


hukum dan masalah yang mengambil kira adat dan urf. Namun, apabila berlaku
percanggahan antara adat dengan syarak, hendaklah diteliti terlebih dahulu
sekiranya ia tidak ada kaitan dengan syarak, maka urf dan adat boleh
didahulukan.

Contohnya:
Orang yang bersumpah tidak makan daging, tidak dihukum melanggar sumpah
dan perlu membayar kaffarah sekiranya ia makan ikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI
RUJUKAN HUKUM)

Antara lain, dalam mengiktibarkan adat itu, ia hendaklah dikembalikan kepada


bahagian adat itu sendiri yang terbahagi kepada dua, iaitu:

(a) Adat dan urf yang benar atau sahih; dan

(b) Adat dan urf yang rosak atau fasad.

AKTIVITI 8.2

Kita sering mendahulukan adat daripada syarak terutamanya dalam hal


yang melibatkan perkahwinan, pergaulan dan seumpamanya dalam
kehidupan kita. Pada pendapat anda, adakah perkara tersebut memberi
impak positif atau negatif terhadap masyarakat masa kini? Bincangkan
beberapa contoh adat atau urf yang tidak bercanggah dan yang
bercanggah yang diamalkan dalam masyarakat kita.

8.6 KAEDAH PECAHAN


Terdapat sembilan kaedah pecahan daripada kaedah al-Âadah muhakkamah ini.
Kaedahnya adalah seperti yang berikut:

(a) Kaedah 1

ّ ‫استعمال الّاس‬
‫حجة يب العمل بها‬
Maksudnya:
Apa-apa yang biasa diperbuat orang banyak adalah hujah (alasan/dalil)
yang wajib diamalkan.

Maksud kaedah ini adalah apa-apa yang sudah menjadi adat kebiasaan
dalam masyarakat ataupun menjadi pegangan ramai, perlulah setiap
anggota masyarakat mentaatinya. Contohnya, dalam menempah pakaian
dengan tukang jahit, sudah menjadi adat kebiasaan bahawa yang
menyediakan benang, jarum dan menjahitnya ialah tukang jahit.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI  99
RUJUKAN HUKUM)

(b) Kaedah 2

ّ
‫انما تعتب العادة اذا اضطردت أو غلبت‬
Maksudnya:
Adat yang dianggap (sebagai pertimbangan hukum) itu hanyalah adat
yang terus-menerus berlaku atau berlaku secara umum.

Maksudnya, tidak dianggap adat kebiasaan yang boleh dijadikan


pertimbangan hukum, apabila adat kebiasaan itu hanya sekali-sekala terjadi
atau tidak berlaku secara umum.

Terdapat dua syarat dalam mengungkapkannya sebagai adat, iaitu terus-


menerus dilakukan dan bersifat umum. Contohnya, apabila seorang
pelanggan tidak menerima majalah atau surat khabar yang dilanggannya,
maka dia boleh menuntutnya daripada ejen majalah atau surat khabar
tersebut.

(c) Kaedah 3

ّ ّ
‫للنادر‬ ‫العبة للغالب الشا ئع‬
Maksudnya:
Adat yang diakui adalah yang umumnya terjadi yang dikenal oleh
manusia bukan dengan yang jarang terjadi.

Ibnu Rusyd menggunakan ungkapan lain, iaitu:

‫بالّادر‬ ‫الكم بالمعتاد‬


Maksudnya:
Hukum itu dengan yang biasa terjadi bukan dengan yang jarang terjadi.

Contohnya, para ulama berbeza pendapat tentang tempoh maksimum hamil


tetapi bila menggunakan kaedah tadi, maka waktu hamil terpanjang tidak
akan melebihi setahun. Demikian pula penentuan bahawa putus haid wanita
lazimnya berlaku pada usia 55 tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI
RUJUKAN HUKUM)

(d) Kaedah 4

‫المعروف عرفا كلمشوط شطا‬


Maksudnya:
Sesuatu yang telah dikenal kerana urf seperti yang disyaratkan dengan
suatu syarat.

Maksudnya, adat kebiasaan dalam muamalat mempunyai daya ikatan


apabila membuat sesuatu syarat meskipun tidak dinyatakan secara tegas.
Contohnya, apabila orang bergotong-royong membangunkan rumah anak
yatim, maka berdasarkan adat kebiasaan, orang yang bergotong-royong itu
tidak dibayar. Oleh itu, mereka tidak boleh menuntut bayaran.

Lain pula halnya apabila sudah dikenal sebagai tukang kayu atau tukang cat
yang biasa diupah, datang ke sebuah rumah yang sedang dibangunkan, lalu
bekerja di situ. Maka dia harus dibayar upahnya seperti yang lainnya
meskipun dia tidak mensyaratkan apa-apa pun, sebab kebiasaannya tukang
kayu atau tukang cat, apabila bekerja dia akan mendapat bayaran.

(e) Kaedah 5

‫ال ّجار كلمشوط بينهم‬


ّ ‫المعروف بي‬
Maksudnya:
Sesuatu yang telah dikenal antara pedagang berlaku sebagai syarat antara
mereka.

Sesungguhnya ini adalah dhabith (dhabith adalah sama seperti kaedah,


cuma ia hanya khusus untuk satu-satu bidang sahaja) kerana berlaku hanya
dalam bidang muamalah sahaja dan hanya dalam kalangan pedagang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI  101
RUJUKAN HUKUM)

(f) Kaedah 6

ّ ‫العيي بالعرف‬
‫كلعيي بالّص‬ ّ
Maksudnya:
Ketentuan berdasarkan urf seperti ketentuan berdasarkan nas.

Maksud kaedah ini adalah sesuatu ketentuan berdasarkan urf yang


memenuhi syarat seperti yang telah dikemukakan bagi mengikat
kedudukannya dalam penetapan hukum berdasarkan nas.

Contohnya, apabila seseorang menyewa rumah tanpa menjelaskan siapa


yang tinggal di rumah tersebut, maka si penyewa boleh memanfaatkan
rumah itu tanpa mengubah suai rumah kecuali dengan izin orang yang
menyewakan kepadanya.

(g) Kaedah 7

‫الممتنع عدة كلممتنع حقيقة‬


Maksudnya:
Sesuatu yang tidak berlaku berdasarkan adat kebiasaan seperti yang tidak
berlaku secara realiti.

Maksud kaedah ini adalah tidak mungkin terjadi sesuatu berdasarkan adat
kebiasaan secara rasional, maka tidak mungkin terjadi dalam kenyataannya.
Contohnya, seseorang mengaku bahawa harta yang ada pada orang lain itu
miliknya. Namun, dia tidak boleh menjelaskan dari mana asal harta tersebut.

(h) Kaedah 8

‫القيقة تتك بد لة العادة‬


Maksudnya:
Maksud hakiki (sesuatu lafaz) ditinggalkan dengan petunjuk adat (kerana
ada petunjuk atau ertinya menurut adat).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI
RUJUKAN HUKUM)

Maksudnya, erti yang ditinggalkan adalah apabila terdapat erti lain yang
ditunjukkan oleh adat kebiasaan. Contohnya, yang disebut jual beli adalah
penyerahan duit dan penerimaan barang oleh si pembeli serta sekali gus
penyerahan barang dan penerimaan duit oleh si penjual.

Namun, apabila si pembeli sudah menyerahkan duit pendahuluan, maka


berdasarkan adat kebiasaan, akad jual beli itu telah terjadi. Maka si penjual
tidak boleh membatalkan jual belinya meskipun harga barang naik.

(i) Kaedah 9

‫ا ذن العرف ك ذن اللفظي‬
Maksudnya:
Keizinan secara urf seperti keizinan secara ucapan atau keizinan yang
diperoleh secara urf sama seperti keizinan yang diperoleh secara ucapan
atau perkataan.

Contohnya, seorang wanita apabila ditanya sesuatu perkara dan dia hanya
diam membisu, maka menurut adat, dia menunjukkan kesediaan atau
keizinan.

SEMAK KENDIRI 8.1

Nyatakan kembali empat kaedah pecahan daripada kaedah kelima ini.


Sertakan satu contoh bagi setiap kaedah pecahan ini.

8.7 PENGGUNAAN KAEDAH


Sebagaimana yang kita telah pelajari, di sini kita boleh mengaplikasikan semula
penggunaan kaedah ini seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI  103
RUJUKAN HUKUM)

Rajah 8.4: Penggunaan urf

• Kaedah al-Âadah muhakkamah bermaksud sesuatu adat kebiasaan itu dapat


ditetapkan sebagai hukum atau adat menentukan hukum. Kaedah ini berkait
rapat dengan adat atau kebiasaan. Dalam bahasa Arab, terdapat dua istilah
yang berkenaan dengan kebiasaan, iaitu al-Âadat dan al-Âurf.

• Adat ialah sesuatu (perbuatan/perkataan) yang terus menerus dilakukan oleh


manusia kerana dapat diterima oleh akal, dan manusia mengulanginya secara
terus-menerus.

• Manakala, urf adalah apa-apa yang diketahui oleh manusia dan mengulang-
ulangnya dalam ucapannya dan perbuatannya sampai hal tersebut menjadi
biasa dan berlaku umum.

• Bahagian urf ada dua, iaitu am dan khas. Urf am ialah setiap perkara yang
menjadi adat dan urf yang dikenal di seluruh negara Islam, semenjak zaman
dahulu hingga sekarang, baik yang berbentuk perbuatan atau perkataan. Urf
khas pula ialah perkara yang terkenal di sesetengah negara Islam.

• Jenis urf juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu urf perkataan dan urf
perbuatan. Urf perkataan ialah adat yang cepat dapat difahami daripada
perkataannya. Manakala urf perbuatan ialah perkara yang selalu dilakukan
oleh orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI
RUJUKAN HUKUM)

• Penggunaan dan penerimaan adat dan urf itu bersandarkan beberapa syarat.
Antaranya ialah:

– Adat tersebut tidak bertentangan dengan hukum lain yang mempunyai


hujah atau dalil nas; dan

– Hendaklah urf dan adat itu merupakan suatu kepastian, iaitu perkara yang
wajib dipakai menurut pandangan masyarakat atau sekurang-kurangnya
ia adalah adat untuk sebahagian negara walaupun tidak di seluruh negara
di dunia ini.

• Kaedah pecahan daripada kaedah al-Âadah muhakkamah ada sembilan.


Antaranya ialah:

– Apa yang biasa diperbuat orang banyak adalah hujah (alasan/dalil) yang
wajib diamalkan.

– Sesuatu yang telah dikenal kerana urf seperti yang disyaratkan dengan
suatu syarat.

– Sesuatu yang telah dikenal antara pedagang berlaku sebagai syarat antara
mereka.

– Ketentuan berdasarkan urf seperti ketentuan berdasarkan nas.

– Sesuatu yang tidak berlaku berdasarkan adat kebiasaan seperti yang tidak
berlaku dalam kenyataan.

Adat Kafarah
Al-Âadah muhakkamah MauqufÂ
Dhabith Nazar
Haid Takhrij
Itlaq Urf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KAEDAH ASAS KELIMA: “ƨǸǰŰ ƧƽƢǠdzơ” (ADAT DIJADIKAN SEBAGAI  105
RUJUKAN HUKUM)

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊfi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Umum
(Kulliyyah)
9 Bahagian 1
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan makna, sumber dan cara menggunakan kaedah
„apabila berhimpun halal dan haram, dimenangkan yang haram‰;
2. Menerangkan cara menggunakan kaedah „tindakan pemerintah
terhadap rakyat hendaklah berdasarkan maslahat‰;
3. Menghuraikan cara kaedah „kepentingan umum lebih utama
daripada kepentingan individu‰ boleh dipraktikkan dalam
kehidupan bermasyarakat; dan
4. Mengenal pasti kaedah pecahan daripada tiga kaedah ini.

 PENGENALAN
Perbincangan dalam topik kesembilan ini melibatkan tiga kaedah umum
(kulliyyah) dan pecahannya. Penerangan akan meliputi huraian setiap kaedah dan
lafaz yang mempunyai persamaan dengan kaedah yang dibincangkan. Anda akan
mempelajari sumber asal dan cara penggunaan kaedah tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1  107

9.1 APABILA BERHIMPUN YANG HALAL DAN


HARAM, DIMENANGKAN YANG HARAM
(ǵơǂūơ ƤǴǣ ǵơǂūơȁ DZȐūơ ǞǸƬƳơ ơƿơ)
Mari kita pelajari huraian, sumber asal dan penggunaan kaedah pertama ini.

9.1.1 Huraian Kaedah


Kaedah ini bermaksud apabila berkumpul atau bercampur antara yang halal
dengan yang haram, maka ia dikira haram. Contohnya, apabila berhimpun
sesuatu perkara yang mempunyai dua dalil yang salah satu dalil tersebut adalah
hukum haram dan dalil yang lainnya menunjukkan hukum harus, maka
hendaklah diutamakan yang haram. Pendapat ini dilihat lebih kukuh dan jelas.

Kaedah ini hampir sama dengan lafaz kaedah:

‫حر ُم‬ّ ‫يح ُغل َِب ال ْ ُم‬


ُ ‫ح ّر ُم َوال ْ ُمب‬
َ ‫ج َت َم َع ال ْ ُم‬
ْ ‫إ َذا إ‬
ِ ِ ِ ِ ِ
Maksudnya:
Apabila berkumpul antara yang mengharamkan dan mengharuskan,
dimenangkan yang mengharamkan.

9.1.2 Sumber Asal Kaedah


Ulama merumuskan kaedah ini berdasarkan beberapa hadis, antaranya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1

9.1.3 Penggunaan Kaedah


Sekarang, mari kita kaji tentang pelaksanaan dan penggunaan kaedah ini dalam
aspek munakahat seperti yang berikut:

(a) Diharamkan mengahwini seorang wanita yang kedua-dua ibu bapanya kafir
atau salah seorang daripadanya adalah ahli kitab dan yang lain ialah kafir
Musyrik atau Majusi. Mengahwininya tetap haram walaupun ahli kitab
kerana diutamakan yang haram.

(b) Apabila berlaku atau terdapat kesamaran terhadap wanita mahram dengan
ajnabi yang dapat dikira jumlah mereka, tidak halal dikahwini semua itu.

(c) Seorang suami yang berpoligami telah menceraikan salah seorang daripada
isteri-isterinya tanpa menentukan mana satu atau talak secara mubham, iaitu
kesamaran. Hukumnya adalah haram menyetubuhi semua isteri itu
sehinggalah dia menentukan isteri manakah yang dia maksudkan untuk
diceraikan.

9.2 TINDAKAN PEMERINTAH TERHADAP


RAKYAT HENDAKLAH BERDASARKAN
MASLAHAT (ƨƸǴǐŭƢƥ ǕȂǼǷ ƨȈǟǂdzơ ȄǴǟ ǵƢǷȍơ ǥǂǐƫ)
Mari kita bincangkan kaedah kedua ini melalui huraian, sumber asal dan
penggunaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1  109

9.2.1 Huraian Kaedah


Tindakan (tasarruf) imam atau ketua negara terhadap rakyat itu seharusnya
dihubungkan atau dikaitkan dengan kemaslahatan. Hal ini demikian kerana ketua
negara atau pemerintah dikira sebagai pemegang amanah rakyat. Mereka
seharusnya mengambil atau membuat sesuatu tindakan atau keputusan
berdasarkan maslahat dan keperluan rakyat.

Kaedah ini selaras dengan lafaz berikut:

َّ َ ‫صف َعن الْ َغي َف َعلَيهِ أَن َي َت‬


َِ‫ص َف بال ْ َم ْصلَحة‬ ُّ
ّ َ ‫ك ُم َت‬
ِ ِ ِ ِ
Maksudnya:
Setiap orang yang menguruskan bagi pihak orang lain, dia hendaklah
menguruskannya berdasarkan kemaslahatan.

Oleh itu, segala tindakan yang dilaksanakan oleh pemerintah hendaklah selaras
dengan kepentingan masyarakat dan rakyat seluruhnya, bukan untuk membawa
kemusnahan kepada rakyat sama ada dari sudut kebendaan mahupun
keagamaan.

Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-IsraÊ, ayat 34:

ْ‫ه أَح‬ َّ َّ ْ َ َ َْ َ
َ ِ ِ ‫َو تق َر ُبوا مال الَت‬
‫يم إ بِال ِت ِ َ سن‬
Maksudnya:
Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang
baik (untuk mengawal dan mengembangkannya).

Imam al-Qarafi menjelaskan bahawa ayat tadi menyentuh isu yang berkaitan
dengan penjagaan dan pengurusan harta anak yatim. Jika dihubungkan ayat tadi
dengan kaedah yang sedang dibincangkan, ia jelas menunjukkan bahawa segala
pengurusan yang berkaitan dengan rakyat dan masyarakat umum perlu
dilaksanakan berdasarkan maslahat. Alasannya, kerana penelitian dan pemerhatian
syarak terhadap kepentingan umum melebihi pemerhatian terhadap individu yang
bersifat khusus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1

AKTIVITI 9.1

1. Bagaimanakah anda dapat menggunakan kaedah „apabila


berhimpun halal dan haram, dimenangkan yang haram‰ dalam
konteks undang-undang Islam di Malaysia?

2. Seorang pemimpin harus membuat sesuatu keputusan


berdasarkan kemaslahatan rakyat. Secara berkumpulan,
bincangkan peranan yang harus dimainkan oleh seorang
pemimpin Islam di Malaysia.

Kongsikan jawapan anda di forum myINSPIRE.

9.2.2 Sumber Asal Kaedah


Imam al-Suyuti menyatakan dalam kitab Al-Asybah wa al-NazaÊir yang kaedah
„tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah berdasarkan maslahat‰ berasal
daripada kata-kata dan fatwa Imam Syafii sebagaimana katanya:

‫يم‬ َ ‫الر ْع َيةِ َمنلَ ُة‬


ِ ِ ‫الو ِل م َِن الَت‬ َّ ‫ام م َِن‬
ِ ‫م‬َ ‫َمنلَ ُة ال‬
ِ ِ ِ
Maksudnya:
Kedudukan imam terhadap rakyat adalah seperti kedudukan wali terhadap anak
yatim.

SEMAK KENDIRI 9.1

Jelaskan sumber asal kaedah „apabila berhimpun halal dan haram,


dimenangkan yang haram‰ dan „tindakan pemerintah kepada rakyat
hendaklah berdasarkan maslahat.‰

9.2.3 Penggunaan Kaedah


Pemimpin negara sememangnya mempunyai peranan yang penting demi menjaga
kemaslahatan rakyatnya. Malaysia secara khususnya yang terdiri daripada rakyat
berbilang kaum dan bangsa, sudah tentu menghadapi cabaran dalam memastikan
keamanan dan kesejahteraan semua masyarakat. Penggunaan kaedah ini boleh
dilihat dalam Rajah 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1  111

Rajah 9.1: Bidang penggunaan kaedah kedua

9.3 KEPENTINGAN UMUM LEBIH UTAMA


DARIPADA KEPENTINGAN INDIVIDU
(ǂǏƢǬdzơ ǺǷ DzǔǧƗ ȅƾǠƬŭơ)
Mari kita lihat kaedah yang terakhir dalam topik ini, iaitu „kepentingan umum
lebih utama daripada kepentingan individu‰ dengan melihat huraiannya, sumber
asalnya dan penggunaannya.

9.3.1 Huraian Kaedah


Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam konteks kehidupan bermasyarakat bagi
memastikan keharmonian dalam kehidupan khususnya di Malaysia. Hal ini
demikian kerana manfaatnya lebih kepada orang ramai berbanding individu itu
sendiri.

Imam al-Haramain dan bapanya pernah berkata:

Seseorang yang melakukan ibadat yang berbentuk fardu kifayah mempunyai


keistimewaan dan kelebihan berbanding orang yang melakukan ibadat berbentuk
fardu ain kerana amalan fardu kifayah tersebut bertujuan menggugurkan
kesempitan dan dosa orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1

9.3.2 Sumber Asal Kaedah


Beberapa ulama telah membahaskan kaedah ini seperti Imam Abu Ishak, Imam
al-Haramain serta ayahnya, Imam Syafii, Imam al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Mari
kita lihat hujah yang mereka gunakan dalam mengadaptasi kaedah ini (lihat
Rajah 9.2).

Rajah 9.2: Hujah ulama untuk mengadaptasi kaedah ketiga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1  113

9.3.3 Penggunaan Kaedah


Tahukah anda bahawa kaedah ini merupakan satu-satunya kaedah yang tidak
mempunyai pengecualian? Mengikut pendapat Syeikh ÂIzz al-Din bin Abd al-
Salam, kaedah ini tidak bersifat mutlak dan terdapat pengecualiannya yang
kadangkala ibadat fardu ain itu juga menjadi lebih utama, terutamanya dalam
perkara yang berkaitan dengan keimanan.

Hal ini dikecualikan kerana berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang


diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

Ketika Baginda ditanya berkaitan amalan yang paling utama, lalu Baginda
menjawab: Beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi,
selepas itu apa? Baginda menjawab: Berjihad pada jalan Allah SWT. Baginda
ditanya lagi, selepas itu apa? Baginda menjawab: Haji yang mabrur.

• Terdapat tiga kaedah kulliyyah (umum) yang boleh digunakan oleh ulama,
mujtahid, hakim, pemerintah dan sebagainya dalam menyelesaikan sesuatu
hukum yang tidak dijelaskan dalam al-Quran dan hadis. Kaedah tersebut
adalah „apabila berhimpun yang halal dan haram, dimenangkan yang
haram‰, „tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah berdasarkan
maslahat‰ dan „kepentingan umum lebih utama daripada kepentingan
individu.‰

• Kaedah pertama membawa maksud apabila berkumpul/bercampur antara


yang halal dengan haram, maka ia dimenangkan yang haram.

• Kaedah kedua menghuraikan tindakan pemimpin yang harus selaras dengan


kepentingan masyarakat dan seluruh rakyat.

• Kaedah „kepentingan umum lebih utama daripada kepentingan individu‰


mempunyai pengecualiannya, iaitu perkara yang berkaitan dengan keimanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 9 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 1

Fardu ain Imam al-Haramain


Fardu kifayah Kulliyyah
Imam Syafii Maslahat
Imam al-Ghazali Tindakan (tasarruf)

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-tashriÊ fi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kaedah Umum
(Kulliyyah)
10 Bahagian 2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti kaedah „sesuatu yang haram menggunakannya,
haram juga memperolehnya‰;
2. Mengenal pasti kaedah „sesuatu yang haram diambil, diharamkan
juga memberinya‰;
3. Mengenal pasti kaedah „hak mendapatkan hasil disebabkan oleh
keharusan menanggung kerugian‰; dan
4. Mempraktikkan tiga kaedah kulliyyah ini dalam pelbagai bidang.

 PENGENALAN
Kita telah sampai ke topik yang terakhir dalam ilmu kaedah fiqh. Diharapkan anda
semua masih lagi ingat apa-apa yang telah kita pelajari dalam sembilan topik yang
lepas. Anda akan mempelajari tiga lagi kaedah kulliyyah atau umum yang terbentuk
daripadanya hukum furuk. Mari kita mulakan pembelajaran!

10.1 SESUATU YANG HARAM


MENGGUNAKANNYA, HARAM JUGA
MEMPEROLEHNYA (ǽƿƢţơ ǵǂƷ ǾdzƢǸǠƬLJơ ǵǂƷ ƢǷ)
Yang berikut ialah huraian mengenai kaitan kaedah dan penggunaan kaedah ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 10 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 2

10.1.1 Huraian Kaedah


Kaedah ini menjelaskan bahawa apa-apa sahaja yang diharamkan atau haram
menggunakannya, maka haram juga memperolehnya. Begitu juga, apa-apa
aktiviti dan amalan yang menjadi perantaraan dikira terbabit sama.

10.1.2 Kaitan Kaedah


Hal ini bermakna setiap sesuatu yang diharamkan penggunaannya sama ada untuk
dimakan, diminum atau selainnya; maka mengusahakannya untuk
menghasilkannya turut diharamkan.

10.1.3 Penggunaan Kaedah


Seterusnya, mari kita kaji penggunaan kaedah ini berdasarkan contoh berikut
(rujuk Rajah 10.1):

Rajah 10.1: Contoh penggunaan kaedah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 2  117

10.2 SESUATU YANG HARAM DIAMBIL,


DIHARAMKAN JUGA MEMBERINYA
(ǽƙƢǘǟƛ ǵǂƷ ǽǀƻƗ ǵǂƷ ƢǷ)
Mari kita teruskan perbincangan kita dengan huraian, rumusan serta pengecualian
kaedah ini.

10.2.1 Huraian Kaedah


Kaedah ini membawa maksud apa-apa sahaja yang haram diambil atau
mengambilnya, haram juga hukum diberinya kepada orang lain atau
memberikannya. Ilah atau sebabnya ia akan membantu atau mendorong kepada
perbuatan maksiat yang diharamkan.

Contohnya: Memberi rasuah.

‫ما حرم أخذه حرم إعطأوه‬


Maksudnya:
Sesuatu yang haram menerimanya, diharamkan juga memberinya.

10.2.2 Rumusan Kaedah


Rumusan daripada kaedah ini adalah, sekiranya sesuatu itu dibolehkan dan
berlaku usaha untuk memberi, maka akan berlaku usaha untuk mengambilnya.
Apabila tidak dibenarkan memberi, maka akan wujud hukum tidak dibenarkan
mengambil.

Dalam konteks yang lain, jika tiada pemberi, tidak ada orang yang mengambilnya.
Maka, perkara yang membawa kepada dosa dan haram, kedua-duanya adalah
sama sahaja dosanya dan sama-sama mendapat dosa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 10 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 2

10.2.3 Pengecualian Kaedah


Antara hukum furuk yang dikecualikan daripada kaedah ini ialah seseorang
yang dizalimi harus membantah keputusan pelaksanaan undang-undang atau
hukuman yang tidak adil. Oleh itu, harus hukumnya orang yang teraniaya dan
dizalimi itu memberi rasuah kepada hakim untuk mendapatkan haknya. Walau
bagaimanapun, hakim tersebut tetap diharamkan mengambil rasuah dan wajib
mengembalikan semula kepada orang yang memberinya.

AKTIVITI 10.1

Berdasarkan pemahaman anda, adakah kaedah-kaedah kulliyyah ini


dapat diaplikasikan pada zaman ini? Nyatakan pendapat anda berserta
hujah.

10.3 HAK MENDAPATKAN HASIL


DISEBABKAN OLEH KEHARUSAN
MENANGGUNG KERUGIAN (ǹƢǸǔdzƢƥ ƱơǂŬơ)
Akhirnya, kita akan membincangkan huraian kaedah dan sumber daripada hadis
Rasulullah SAW bagi kaedah ini.

10.3.1 Huraian Kaedah


Maksud al-kharaj dalam lafaz kaedah tadi ialah faedah atau hasil. Maka, al-kharaj
juga bermaksud segala apa yang diperoleh sesiapa yang telah membayarnya atau
membiayainya.

Kaedah ini adalah bersumberkan hadis sahih yang dikeluarkan oleh al-Shafii,
Ahmad Abu Dawud, al-Tirmidhi, al-NasaÊi, Ibn Majah dan Ibn Hibban, daripada
hadis ÂAÊishah. Terdapat sebahagian riwayat yang menyebut sebab wurudnya,
iaitu bahawa terdapat seseorang membeli hamba, lalu dia membawa hamba itu ke
rumahnya selama beberapa waktu. Kemudian dia melihat kecacatan pada hamba
tersebut, lalu dia melaporkan hal itu kepada Rasulullah SAW dan mengembalikan
hamba itu kepada penjualnya. Penjual itu berkata, „Wahai Rasulullah, orang itu
telah mengerjakan hambaku‰. Lalu Rasulullah SAW bersabda: „Apa yang telah
digunakan harus diberikan ganti rugi‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 2  119

Oleh itu, faedah yang terhasil daripada sesuatu itu dikira sebagai jaminan
sekiranya ia terbentuk secara terpisah daripada pendapatan yang diperoleh atau
tidak setimpal. Contohnya, tegahan membayar sewa atau upah sebagai imbuhan
dan gantian jaminan terhadap barangan sewaan yang Âaib atau rosak.

10.3.2 Sumber Kaedah daripada Hadis Rasulullah


Hadis tersebut membawa maksud berikut:

Bahawa seorang lelaki menjual seorang budak, maka budak itu bermukim di
tempat pembeli dalam beberapa hari; kemudian si pembeli mendapati terdapat
kecacatan pada budak tersebut dan melaporkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Maka Nabi mengembalikan budak itu kepada lelaki yang menjual. Maka
berkatalah lelaki itu: „Wahai Rasulullah, si pembeli telah mengambil manfaat
daripada budak tersebut.‰ Rasulullah bersabda: „Hak mendapatkan hasil
disebabkan oleh keharusan menanggung kerugian.‰

Kesimpulannya, al-kharaj ialah segala apa yang keluar daripada sesuatu sama ada
dalam bentuk pekerjaan, manfaat ataupun benda seperti buah daripada pohon
dan susu daripada kambing. Kesemua perkara itu menjadi milik orang yang
menanggungnya.

• Kaedah pertama yang dibincangkan, iaitu „sesuatu yang haram


menggunakannya, haram juga memperolehnya‰ jelas menunjukkan bahawa
sesuatu perkara yang haram digunakan seperti memakan babi, maka
membelinya juga adalah haram. Kaedah ini boleh digunakan dalam
menguatkan hujah para mujtahid.

• Kaedah kedua, iaitu „sesuatu yang haram diambilnya, diharamkan juga


memberinya‰ banyak digunakan dalam konteks rasuah. Kita jelas bahawa
haram memberi rasuah kepada orang untuk mendapatkan sesuatu yang
bukan milik kita dan haram juga mengambil rasuah sebagai imbuhan daripada
apa-apa yang dilakukan. Rasuah perlu dielakkan dan dijauhi kerana ia
memberi kesan negatif kepada masyarakat.

• Kaedah ketiga iaitu „hak mendapatkan hasil disebabkan oleh keharusan


menanggung kerugian‰ ialah berkaitan faedah yang terhasil daripada sesuatu.
Ia dikira sebagai jaminan, sekiranya ia terbentuk secara terpisah daripada
pendapatan yang diperoleh atau tidak setimpal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 10 KAEDAH UMUM (KULLIYYAH) BAHAGIAN 2

Al-Kharaj Illah
Furuk Kulliyyah
Haram

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh.
Kuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Ahmad Sudirman Abbas. (2004). Qawaid fiqhiyyah dalam perspektif Islam.


Jakarta, Indonesia: PT Pedoman Ilmu Jaya.

Hassan Ahmad, & Salleh Ahmad. (2000). Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.

Mahmassani. (1987). Falsafah al-TashriÊfi al-Islam: The philosophy of Islamic


jurisprudence in Islam. Kuala Lumpur, Malaysia: Hizbi.

Mohamad Akram Lal Din. (2006). Introduction to Islamic jurisprudence. Kuala


Lumpur, Malaysia: CERT.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Principles of Islamic jurisprudence. Petaling


Jaya, Malaysia: Ilmiah.

The Majelle. (1967). An English translation of majallah Al-Ahkam al-Adliyyah and


a complete code of Islamic civil law. Lahore, Pakistan: Law.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-78012140
Fax No.: 03-78875911 / 03-78875966

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like