You are on page 1of 220

HBQE2103

Al-Tajwid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


HBQE2103
AL-TAJWID
Khairul Anuar Mohamad
Zulhilmi Mohamed Nor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Open University Malaysia

Penulis Modul: Khairul Anuar Mohamad


Zulhilmi Mohamed Nor

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2007


Edisi Kedua, April 2018 (rs)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2018, HBQE2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi-xv

Topik 1 Pengantar Ilmu Tajwid 1


1.1 Ilmu Tajwid 2
1.1.1 Definisi 2
1.1.2 Kedudukan Ilmu Tajwid 5
1.1.3 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid 7
1.2 Sejarah Ilmu Tajwid 8
1.2.1 Rasulullah SAW dan Tilawah al-Quran 8
1.2.2 Perkembangan Ilmu Tajwid 11
1.2.3 Penulisan dan Pembukuan Ilmu Tajwid 12
1.3 Al-IstiÊazah dan al-Basmalah 14
1.3.1 Definisi al-IstiÊazah 14
1.3.2 Definisi al-Basmalah 15
1.3.3 Hukum Membaca al-IstiÊazah dan al-Basmalah 16
Rumusan 19
Kata Kunci 19

Topik 2 Tilawah al-Quran menurut Riwayat Hafs daripada 21


Imam ÂAsim melalui Tariq al-Shatibiyyah
2.1 Imam ÂAsim 21
2.1.1 Nama 21
2.1.2 Ketokohannya 22
2.1.3 Sumbangannya 23
2.2 Imam Hafs 24
2.2.1 Nama 24
2.2.2 Ketokohannya 24
2.2.3 Sumbangannya 25
2.3 Tariq Al-Shatibiyyah 27
2.3.1 Definisi 27
2.3.2 Ketokohan Imam al-Shatibi 29
2.3.3 Sumbangan Imam al-Shatibi 30
Rumusan 32
Kata Kunci 32

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Hukum Nun Sakinah, Tanwin dan Mim Sakinah 33


3.1 Hukum Nun Sakinah dan Tanwin 34
3.1.1 Definisi Nun Sakinah dan Tanwin 34
3.1.2 Hukum Nun Sakinah dan Tanwin 36
3.2 Hukum Mim Sakinah 49
3.2.1 Ikhfak Syafawi 50
3.2.2 Idgham Soghir/Mithlain 51
3.2.3 Izhar Syafawi 53
3.3 Hukum Nun dan Mim Tasydid 55
Rumusan 56
Kata Kunci 56

Topik 4 Hukum Mad 57


4.1 Pengantar Hukum Mad 58
4.1.1 Definisi Mad dan Qasar 58
4.1.2 Huruf-huruf Mad dan Lin 58
4.2 Pengantar Mad Asli 60
4.2.1 Definisi Mad Asli 60
4.2.2 Jenis-jenis Mad Asli 61
4.2.3 Jenis-jenis Mad yang Termasuk dalam Mad Asli 62
4.3 Pengantar Mad FarÊie 64
4.3.1 Definisi Mad FarÊie 64
4.3.2 Pembahagian Mad FarÊie Disebabkan Hamzah 65
4.3.3 Pembahagian Mad FarÊie Disebabkan Hamzah 71
4.4 Tingkatan-tingkatan Mad 77
Rumusan 81
Kata Kunci 81

Topik 5 Hukum Idgham 82


5.1 Idgham, Pembahagian dan Hukum-hukumnya 83
5.1.1 Takrif Idgham 83
5.1.2 Sebab dan Faedah Idgham 84
5.1.3 Syarat-syarat Idgham 84
5.1.4 Pembahagian Idgham 86
5.1.5 Pembahagian Hukum-hukum Idgham Soghir 89
5.1.6 Penghalang Hukum Idgham 95
5.2 Idgham Mithlain, Mutajanisain dan Mutaqaribain 96
5.2.1 Idgham Mithlain 97
5.2.2 Idgham Mutajanisain 100
5.2.3 Idgham Mutaqaribain 103

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

5.3 Isu-isu Idgham 105


Rumusan 107
Kata Kunci 107

Topik 6 Makhraj Huruf 108


6.1 Makhraj Huruf 109
6.1.1 Takrif Huruf dan Makhraj Huruf 109
6.1.2 Jenis-jenis Makhraj Huruf 109
6.1.3 Bilangan Makhraj Huruf 110
6.1.4 Kaedah Mengenal Pasti Makhraj Huruf 112
6.2 Penghuraian Makhraj-makhraj Huruf 113
6.2.1 Makhraj al-Jauf (Rongga Mulut) 114
6.2.2 Makhraj al-Halq (Tekak) 115
6.2.3 Makhraj Lidah 116
6.2.4 Makhraj al-Syafatain (Bibir Mulut) 118
6.2.5 Makhraj al-Khaisyum (Rongga Hidung) 119
6.3 Gelaran-gelaran Huruf 119
6.3.1 Huruf al-Jaufiyyah dan al-HawaÊiyyah 120
6.3.2 Huruf al-Halqiyyah 121
6.3.3 Huruf Lahwiyyah, Syajariyyah dan Asaliyyah 121
6.3.4 Huruf NatÊiyyah, Lathawiyyah, Zalqiyyah 122
dan Syafawiyyah
Rumusan 124
Kata Kunci 124

Topik 7 Sifat-sifat Huruf 125


7.1 Pengantar Sifat Huruf 126
7.1.1 Takrif Sifat Huruf 126
7.1.2 Kepentingan Sifat Huruf dan Kelebihannya 126
7.1.3 Bilangan Sifat Huruf Menurut Pandangan Ulama 127
7.2 Pembahagian Sifat-sifat Huruf 128
7.2.1 Sifat Huruf yang Berlawanan 128
7.2.2 Sifat-sifat Huruf yang Tunggal 133
7.2.3 Sifat-sifat Huruf Lemah, Kuat dan Sederhana 140
7.3 Ghunnah (Dengung) 142
7.3.1 Takrif Ghunnah, Huruf-huruf dan Makhrajnya 143
7.3.2 Tingkatan-tingkatan (Maratib) Ghunnah 143
7.3.3 Kadar Bacaan Ghunnah 147
Rumusan 148
Kata Kunci 148

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 8 Wakaf dan Ibtida 149


8.1 Pengantar Wakaf 150
8.1.1 Definisi Wakaf 150
8.1.2 Pembahagian Wakaf 152
8.1.3 Jenis Wakaf Ikhtiyari 153
8.2 Pengantar Ibtida 162
8.2.1 Definisi Ibtida 162
8.2.2 Pembahagian Ibtida 163
8.2.3 Jenis-jenis Ibtida 165
8.3 Isu-isu Berkaitan Wakaf 168
8.3.1 Wakaf Jibril a.s. 168
8.3.2 Hukum QataÊ 169
8.3.3 Hukum Saktah 170
Rumusan 172
Kata Kunci 172
Rujukan 173

Topik 9 Sifat Tebal dan Nipis pada Huruf HijaÊiyyah 174


9.1 Sifat Tebal (Al-Tafkhim) 175
9.1.1 Definisi 175
9.1.2 Maratib al-Tafkhim 176
9.1.3 Kaedah Menyebut al-Tafkhim pada Huruf IstiÊLaÊ 178
9.2 Sifat Nipis (al-Tarqiq) 179
9.2.1 Definisi 180
9.2.2 Kaedah Mengenal al-Tarqiq pada Huruf Istifal 180
9.2.3 Kaedah Mengenal al-Tarqiq pada Huruf Alif, Ra,
Lam dan Ghunnah dalam Ikhfak 182
9.3 Sifat Tebal dan Nipis pada Huruf Ra 186
9.3.1 Definisi 186
9.3.2 Kaedah Mengenal al-Tafkhim dan Tarqiq pada 187
Huruf Ra
Rumusan 188
Kata Kunci 188
Rujukan 189

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 10 Bacaan Khusus Riwayat Hafs Menurut Tariq al-Shatibiyyah 190


10.1 Tariq yang Dibawa oleh Imam Shatibi 191
10.2 Perbezaan Bacaan pada Tariq-tariq Riwayat Hafs 192
10.2.1 Usul yang Berbeza padanya Tariq-tariq Riwayat 193
Hafs daripada ÊAsim
10.2.2 Farsy al-Huruf yang Berbeza padanya Tariq-tariq 194
Riwayat Hafs daripada ÂAsim
10.2.3 Aplikasi Bacaan Khusus Hafs Tariq Syatibiyyah 197
Rumusan 200
Kata Kunci 201

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBQE2103 Al-Tajwid adalah salah satu kursus yang ditawarkan di Open
University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan
Islam) dengan Kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan
masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti
yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud ilmu tajwid dan komponennya;
2. Menjelaskan kaedah bacaan riwayat Hafs `dan `Asim;
3. Menghuraikan peranan makhraj huruf dan sifatnya;
4. Menunjuk cara bacaan yang tepat mengikut hukum-hukum yang digariskan;
dan
5. Menerangkan permasalahan yang berkaitan dengan ilmu tajwid.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan mengenai pengantar ilmu tajwid dan


perkembangannya.

Topik 2 memperkenalkan konsep tilawah al-Quran riwayat Hafs daripada `Asim


melalui tariq al-shatibiyyah.

Topik 3 membincangkan berkaitan hukum nun dan mim sakinah secara


menyeluruh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 4 membincangkan berkaitan hukum mad dan pembahagiannya.

Topik 5 membincangkan berkaitan hukum idgham, pembahagian dan hukum-


hukumnya.

Topik 6 membincangkan berkaitan isu dan permasalahan dalam makhraj huruf.

Topik 7 membincangkan berkaitan sifat-sifat huruf dan pembahagiannya.

Topik 8 membincangkan berkaitan wakaf dan ibtida serta permasalahannya.

Topik 9 membincangkan berkaitan sifat bacaan tebal dan nipis pada huruf-huruf
hijaÊiyyah.

Topik 10 merupakan topik terakhir perbahasan dalam modul ini yang mana ia
membincangkan bacaan khusus riwayat Hafs daripada `Asim melalui tariq al-
shatibiyyah.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Ia merujuk kepada soalan-soalan diselitkan pada bahagian-


bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman
tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini
biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan
memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan
seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak.
Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat dalam modul
itu sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan di dalam kelas, merujuk kepada laman Web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan ialah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau pada akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abdul Azis Abdur Rauf. (2008). Pedoman daurah al-Quran: Panduan ilmu tajwid
aplikatif. Kalisari Pasar Rebo, Indonesia: Markaz al-Quran.
Abu Amr Utsman bin SaÊid ad-Dani al-Andalusi (2001). Al-muktafa fil-waqfi
wal-ibtida fi kitabillah azza wa jalla. Beirut, Lebanon: MuÊassisah ar-Risalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Al-Mursofi, Abd Fattah al-Sayyid ÂUjaini. (2005). Hidayah al-qari ila tajwid kalam
al-bari. Madinah, Arab Saudi: Maktah Tayyibah.
Harazi, Mahdi Muhammad. (2001). Bughyah al-murid min ahkan al-tajwid. Beirut:
Lebanon: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.
Mahadi Dahlan. (1996). Tajwid ilmi dan amali mengikut kaedah rasm Uthmani.
Batu Caves, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.
Mohd Zamri Mohd Zainuddin, & Mohd Wahid Abd Hanif. (2009). Kaedah
al-matien. Kuala Lumpur, Malaysia: Telaga Biru Sdn Bhd

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengantar
Ilmu Tajwid
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi, tajwid serta kepentingan ilmu tajwid;
2. Menjelaskan hukum-hukum berkaitan dengan pembacaan
al-Quran dan sejarah ilmu tajwid; dan
3. Membincangkan al-istiÊazah dan al-basmalah.

 PENGENALAN
Ilmu tajwid merupakan antara ilmu asas dan kemahiran awal dalam pembelajaran
tilawah al-Quran bagi mencapai matlamat ketartilan bacaan al-Quran. Pendekatan
ini adalah bersandarkan firman Allah SWT terhadap keperluan membaca al-Quran
dengan sebaik-baik bacaan iaitu dengan memperelokkan dan menyempurnakan
hak setiap huruf al-Quran.

Selain itu, tuntutan terhadap penguasaan ilmu wakaf dan ibtida turut dianjurkan
dalam memelihara makna ayat dan menjauhkannya daripada sebarang
penyelewengan.

FirmanNya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

Maksudnya:
Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka
membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah orang-orang yang
beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-
orang yang rugi.
(Surah al-Baqarah, 2:121)

Justeru, topik ini akan memfokuskan terhadap gambaran awal perbahasan ilmu
tajwid yang terdiri daripada definisi, kedudukan dan hukum mempelajari ilmu
tajwid.

Selain itu, kupasan berkaitan sejarah perkembangan, penulisan dan pembukuan


ilmu tajwid turut dikemukakan. Turut dibincangkan dalam topik ini berkaitan
dengan perbahasan al-istiÊazah dan al-basmalah yang juga merupakan penyeri
dalam permulaan tilawah al-Quran. Ini kerana tuntutan berlindung daripada
godaan syaitan dan keperluan memulakan sesuatu perkara dengan menyebut
nama Allah jelas menjadi amalan Islam.

1.1 ILMU TAJWID


Subtopik ini akan membincangkan ilmu tajwid dengan lebih mendalam. Ia akan
menjelaskan definisi, kedudukan dan hukum mempelajari ilmu tajwid.

1.1.1 Definisi
Menurut kitab al-Muzakkirat fi al-tajwid karangan Muhammad Nabhan Hussayn
Misri, terdapat empat kaedah dalam mengenal ilmu tajwid iaitu mengetahui
makharij al-huruf, mengetahui sifat al-huruf, mengetahui hukum tajwid dan
sentiasa melatih dan mengulangi bacaan.

Sebagai permulaan, mari kita melihat perbahasan awal berkaitan ilmu ini
berdasarkan perbincangan dari sudut bahasa. Menurut al-Zabidi dalam kitabnya
Taj al-ÂArus min Jawahir al-Qamus, kalimah al-tajwid (‫ )اﻟﺘﺠﻮﻳﺪ‬merupakan masdar

atau kata terbitan bagi kalimah jawwada (‫ﺟﻮد‬


ّ ) yang memberi makna
mencantikkan dan memperelokkan sesuatu.

Dari sudut istilah pula, menurut kitab al-Hawashi al-Azhariyyah fi Halli Alfaz
al-Muqaddimah al-Jazariah, tajwid secara istilah merujuk kepada penekanan dalam
memberi hak-hak huruf daripada sifat-sifatnya yang sedia ada (lazim) dan sifat-
sifatnya yang mendatang (aridah) dan huruf-huruf ini dilafazkan secara sempurna

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  3

tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau. Al-Mursofi pula menjelaskan dalam


kitabnya Hidayah al-Qari ila Tajweed Kalam al-Bari, bahawa maksud „hak huruf‰
adalah sifat-sifat yang lazim seperti al-jahr, al-shiddah, al-qalqalah, al-istiÊla' dan
itbaq. Manakala „mustahak huruf‰ pula adalah sifat-sifat yang mendatang hanya
dalam keadaan yang tertentu seperti al-tarqiq, al-tafkhim, al-izhar, al-idgham,
al-iqlab dan sebagainya.

Menurut kitab al-Muzakkirah fi al-tajwid (Tajwid Riwayah Hafs ÂAn ÂAsim Tariq
al-Shatibiyyah) karangan Muhammad Nabhan Husayn Misri, matlamat (al-ghayah)
ilmu tajwid adalah tertumpu kepada pemeliharaan lisan (lidah) daripada kesalahan
membaca al-Quran bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tambahnya
lagi, ilmu tajwid mempunyai empat rukun sebagaimana ditunjukkan di dalam
Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Rukun ilmu tajwid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

Menurut kitab al-Wasit fi ÂIlmi al-tajwid karangan Muhammad Khalid Mansur,


berdasarkan definisi ini maka ilmu tajwid bolehlah dirujuk sebagai satu ilmu
berkaitan kaedah dan hukum yang menerangkan cara menyebut kalimah Quran
menurut cara yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Jadual 1.1
menjelaskan disiplin (mabadiÊ ) kemahiran ilmu tajwid.

Jadual 1.1: Disiplin (MabadiÊ ) Kemahiran Ilmu Tajwid

Perkara Catatan
Nama  Ilmu tajwid

Definisi  Bahasa: Tahsin (memperelokkan bacaan).


 Istilah: Satu kemahiran dalam menyempurnakan hak-
hak huruf daripada sifat-sifatnya yang sedia ada
(lazim) dan sifat-sifatnya yang mendatang (aridah),
dan huruf-huruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa
berlebih-lebihan dan melampau-lampau.

Matlamat  Memelihara lisan (lidah) daripada kesalahan dalam


membaca al-Quran dan menjaganya daripada
sebarang penyelewengan.

Sumber  Perbahasan ulama qurra bersandarkan hadis-hadis


sahih dan sanad yang mutawatirah.

Perbahasan  Makhraj huruf;


 Sifat huruf;
 Mengetahui hukum yang berlaku ketika susunan
huruf dibacakan; dan
 Melatih lisan dan mengulangi bacaan.

Pelopor  Musa bin Ubaydillah bin Yahya bin Khaqan


al-Khaqani atau dikenali sebagai Abu Mazahim
al-Khaqani melalui kitab beliau Qasidah Ra`iyyah
dalam bentuk bait syair.

Kedudukan  Semulia-mulia ilmu mempunyai kaitan dengan


al-Quran sebagai panduan mencapai darjat al-tartil
dalam pembacaannya.

Hukum mempelajari  Teori: Fardu kifayah; dan


 Amali: Fardu ain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  5

1.1.2 Kedudukan Ilmu Tajwid


Ilmu tajwid merupakan satu ilmu dan kemahiran yang sangat mulia
kedudukannya. Perkara ini dilihat berdasarkan peranan dan impak ilmu tajwid
yang mana ia berfungsi sebagai panduan kepada para qari dalam membaca
al-Quran sebagaimana ia diturunkan. Sunan Ibn Majah ada menyebut:

Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang suka membaca
al-Quran yang menepati bacaannya sebagaimana ia diturunkan, maka bacalah
sebagaimana bacaan Ibn Ummi Abdin (Abdullah ibn Mas`ud ).

Hadis di atas menyarankan agar umat Islam sentiasa menanam keinginan untuk
istiqamah dalam mempelajari al-Quran khususnya melalui kaedah talaqqi dan
mushafahah sebagaimana dipraktikkan oleh Baginda yang sentiasa menyemak
bacaannya bersama dengan Jibril a.s setiap tahun. Imam al-Bukhari dalam
Sahihnya daripada Abu Hurayrah r.a berkata:

Maksudnya:
Adalah (Jibril a.s.) mengemukakan kepada Nabi Muhammad SAW bacaan al-
Quran setiap sekali setahun (iaitu pada bulan Ramadan). Maka pada tahun
Baginda wafat, dikemukakan kepadanya dua kali.

Bagi memelihara kedudukan ilmu tajwid dalam konteks tilawah al-Quran, ulama
qurra telah meletakkan satu kayu ukur dalam mencapai nilai darjat al-tartil selaras
dengan firman Allah SWT dalam surah al-Muzzammil (73:4):

Maksudnya:
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran secara tartil.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. apabila ditanya oleh para sahabat tentang maksud
kalimah tartil, menjawab bahawa ia bermaksud memperelokkan sebutan huruf
dan mengenali waqaf. Imam Ibn Kathir dalam mentafsirkan kalimah ini menyebut
bahawa al-tartil merujuk kepada kaedah pembacaan al-Quran secara perlahan
sehingga para qari mampu memahami makna ayat al-Quran yang dibaca dan
menghayatinya.

Ahmad Khalid Shukri et al. dalam kitabnya al-Munir fi Ahkam al-Tajwid telah
memperincikan tingkatan (maratib) tilawah al-Quran dengan memberi penekanan
terhadap pemeliharaan ilmu tajwid (rujuk Jadual 1.2).

Jadual 1.2: Tingkatan (Maratib) Tilawah al-Quran dengan Penekanan Terhadap


Pemeliharaan Ilmu Tajwid

Tingkatan
Penerangan
(Maratib)

Tahqiq Bacaan yang perlahan dan tenang. Kaedah ini sesuai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana ia membantu qari dalam
proses tadabbur dengan makna ayat yang dibaca, di samping
memelihara hukum tajwid. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan
memberikan setiap huruf itu haknya, bermula daripada sifat dan
makhraj huruf, mad, qasr, tarqiq, tafkhim dan apa yang disepakati dalam
hukum tajwid.

Hadar Bacaan yang cepat dan laju gerakkannya. Kaedah ini sesuai untuk
golongan al-huffaz dalam mengulang (murajaÊah) ayat hafazan mereka.
Namun, tuntutan dalam memelihara hak-hak huruf, makhraj dan sifat-
sifatnya daripada sebarang kesilapan tidak boleh dipisahkan.

Tadwir Bacaan yang sederhana gerakannya atau dikenali sebagai bacaan


pertengahan antara peringkat tahqiq dan hadar. Kaedah ini sesuai
diamalkan khususnya dalam solat di samping pemeliharaan hukum
tajwid masih menjadi keutamaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  7

1.1.3 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid


Perbincangan berkaitan hukum mempelajari ilmu tajwid ini biasanya tertumpu
kepada dua keadaan iaitu sama ada secara teori atau amali (rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Hukum mempelajari ilmu tajwid

Yang berikut adalah huraiannya:

(a) Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid Secara Teori


Menurut al-Juraysi dalam kitabnya Nihayah al-Qawl al-Mufid fi ÊIlmi al-Tajwid,
hukum mempelajari hukum dan kaedah ilmu tajwid secara teori adalah fardu
kifayah. Tuntutan mempelajari ilmu tajwid dalam konteks ini adalah seperti
kefarduan mempelajari ilmu-ilmu lain yang diperlukan oleh masyarakat
Muslim. Menurut Ahmad Khalid Shukri dan lain-lain dalam kitabnya al-Munir
fi Ahkam al-Tajwid, ilmu tajwid dianggap sebagai ilmu alat yang mana dengan
mengetahuinya ia mampu membantu para qari membaca al-Quran dengan
betul dan tepat.

(b) Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid Secara Amali


Menurut kitab Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari karangan al-Marsafi,
hukum syarak yang terdapat dalam ilmu tajwid adalah berkaitan dengan
kewajipan secara fardu ain bagi setiap mukalaf untuk memelihara hukum
kesucian al-Quran. Antara ulama yang telah menyatakan kefarduan secara
ain (individu muslim mukalaf) beramal dengan ilmu tajwid ini ialah al-Imam
al-Hafiz bin al-Jazari, Abu Abdullah Nasr al-Shirazi, al-Sayuti, al-Qastalani,
Makki bin Abi Talib dan lain-lain lagi.

Menurut Imam al-Dani dalam kitabnya al-Tahdid fi al-Itqan wa al-Tajwid,


suruhan Allah SWT tidak hanya datang secara kata kerja suruhan (fiÊlu amr)
bahkan ia dikuatkan dengan kata terbitan (masdar) sebagai mengagungkan
bacaan al-Quran secara bertajwid dan menggalakkan manusia dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

mendapatkan ganjaran pahala. Imam al-Jazari dalam matannya al-Tayyibah,


menukilkan dalam bait syairnya:

Maksudnya:
Mempelajari ilmu tajwid itu wajib bagi pembaca al-Quran. Siapa yang
tidak memperelokkan bacaan al-Qurannya adalah berdosa. Ini kerana
al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sedemikian, dan demikian juga
daripada-Nya ia (al-Quran) sampai kepada kita.

SEMAK KENDIRI 1.1

Jelaskan definisi ilmu tajwid dan huraikan kedudukannya berbanding


dengan ilmu-ilmu lain.

AKTIVITI 1.1
Bacaan al-Quran adalah ibadah yang dianugerahkan oleh Allah SWT
kepada umat Nabi Muhammad SAW. Para qari wajar mengikut piawai
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu darjah al-tartil. Buat
pemerhatian melalui beberapa rakaman bacaan para qari dengan
mengenal pasti maratib bacaan mereka.

1.2 SEJARAH ILMU TAJWID


Subtopik ini akan membincangkan sejarah ilmu tajwid dengan lebih mendalam. Ia
akan menyentuh perihal Rasulullah dan tilawah al-Quran serta perkembangan,
penulisan dan pembukuan ilmu tajwid.

1.2.1 Rasulullah SAW dan Tilawah Al-Quran


Amalan talaqqi dan mushafahah dalam mempelajari al-Quran merupakan kaedah
asas sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dalam konteks penguasaan
ilmu tajwid, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dikuasai seperti sebutan
al-raum, ishmam, idgham, ikhfak, mad, qasr, imalah, tashil dan sebagainya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  9

melainkan dengan cara mendengar dan melatih lidah menyebut sesuatu perkara
dengan beberapa kali di hadapan guru.

Keistimewaan amalan talaqqi dan mushafahah ini diiktiraf oleh Rasulullah SAW
dengan mengarahkan para sahabatnya mempelajari al-Quran secara berguru.
Perkara ini jelas dinyatakan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari dalam Sahihnya daripada Abdullah ibn ÂAmr r.a. bahawa Rasulullah
SAW pernah bersabda:

Maksudnya:
Ambillah bacaan al-Quran itu daripada empat orang iaitu Abdullah ibn MasÊud,
Salim ibn MaÊqil (Maula Abu Huzayfah), MuÊaz ibn Jabal dan Ubay ibn KaÊab r.a.

Dalam konteks bacaan Rasulullah SAW, perkara asas yang Allah SWT ajarkan
kepada Baginda melalui perantaraan Jibril a.s. sebagaimana dirakamkan-Nya
dalam Surah al-Qiyamah (75: 16-18):

Maksudnya:
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – kerana hendakkan cepat menghafaz
al-Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya
(sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa
mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada
lidahmu); oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu,
dengan perantaraan Jibril a.s.), maka bacalah menurut bacaannya itu.

Dalam menjelaskan maksud ayat tadi, Imam Ibn Kathir dalam kitabnya
mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa ayat ini berbentuk kaedah
pengajaran (al-taklim) dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Kaedah ini adalah
bertujuan untuk menerangkan cara penyampaian dan penerimaan wahyu Allah
SWT (al-Quran) melalui kaedah talaqqi dan mushafahah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

Menurut Imam Ibn Kathir lagi, terdapat enam kaedah al-taklim yang
diperintahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW iaitu seperti di dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Kaedah al-Taklim menurut Imam Ibn al-Kathir

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan kaedah bacaan Rasulullah SAW.


Ditanya kepada Anas r.a: „Bagaimanakah bentuk bacaan Nabi SAW?‰ Beliau
menjawab: „Bacaannya adalah tenang, kemudian beliau membaca:‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﲪﻦ‬
‫ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬dengan memanjangkan (mad) suara pada kalimah ‫ ﺑﺴﻢ اﷲ‬, ‫ اﻟﺮﲪﻦ‬dan
memanjangkan pada ‫ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬.‰

Menurut Ummu Salamah r.a., isteri Baginda SAW, berkata: „Rasulullah SAW
memberhentikan bacaannya pada setiap ayat lalu membaca ‫اﳊﻤﺪ ﷲ رب اﻟﻌﺎﳌﲔ‬
kemudian berhenti dan membaca ‫اﻟﺮﺣﻴﻢ‬ ‫ اﻟﺮﲪﻦ‬kemudian berhenti.‰
Diriwayatkan daripada Abdullah ibn Mas`ud r.a. bahawa beliau mengajar
al-Quran kepada seorang lelaki. Lelaki tersebut membaca ‫إﳕﺎ‬
‫اﻟﺼﺪﻗﺎت ﻟﻠﻔﻘﺮاء واﳌﺴﺎﻛﲔ‬ (60 :‫)اﻟﺘﻮﺑﺔ‬ tanpa mad pada ‫ﻟﻠﻔﻘﺮاء‬. Lantas Ibn MasÊud
berkata: „Bagaimanakah Rasullullah SAW mengajar kamu wahai Abdul
Rahman?‰ Maka Ibn MasÊud membaca (‫واﳌﺴﺎﻛﲔ‬ ‫ )ﻟﻠﻔﻘﺮاء‬dengan memanjangkan
pada kalimah ‫ﻟﻠﻔﻘﺮاء‬.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  11

Jelasnya, semua nas hadis tadi menunjukkan amalan pembacaan Nabi


Muhammad SAW dan diikuti oleh para sahabat r.a. Perkara ini menjadi bukti
kepada tuntutan membaca al-Quran secara al-tartil dan berusaha memperbaiki
bacaan untuk mengelak daripada berlaku pelbagai kesalahan. Abi DardaÊ r.a.
berkata: „Bahawasanya Rasulullah SAW telah mendengar seorang lelaki membaca
al-Quran dan berlaku kesilapan dalam bacaannya‰. Lalu, Rasulullah SAW
bersabda: ‫أرﺷﺪوا أﺧﺎﻛﻢ‬. Maksudnya: „Tunjuk dan ajarkanlah saudaramu itu‰.
Ibn Jarir telah meriwayatkan dalam tafsirnya daripada Abi al-ÂAliyah bahawa
Abdullah Ibn MasÊud r.a. berkata: „Demi diriku dalam genggaman-Nya,
sesungguhnya hak bacaan al-Quran ialah menghalalkan apa yang dihalalkan,
mengharamkan apa yang diharamkan, membacanya sebagaimana diturunkan
Allah dan tidak mengubah kalimah-kalimah dari tempatnya‰.

1.2.2 Perkembangan Ilmu Tajwid


Perkembangan ilmu tajwid pada zaman Rasulullah SAW seiring dengan
perkembangan ilmu lain seperti ilmu tafsir, hadis, fikah, qiraat, rasm, dhabt dan
sebagainya. Namun, ia bukan bermaksud bahawa ilmu-ilmu tersebut tidak wujud
pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi kewujudannya lebih kepada bentuk
amali dan jawapan kepada beberapa isu dan permasalahan para sahabat.

Dengan kata lain, pengistilahan ilmu tajwid secara teorinya seperti istilah nun
al-sakinah, mim al-sakinah, mad, wakaf dan sebagainya belum dinamakan, ditulis
dan dibukukan. Namun secara amalinya, malaikat Jibril a.s. telah mengajar
Rasulullah SAW kaedah bacaan secara al-tartil dan Baginda mengajarkannya
kepada para sahabat r.a. sebagaimana al-Quran itu diturunkan. Perkara ini jelas
sebagaimana yang telah kita bincang dalam subtopik sebelum ini dengan
penjelasan daripada nas-nas al-Quran dan Hadis Nabawi.

Tradisi ilmuwan Islam yang dipelopori oleh para sahabat r.a. yang mempelajari
sesuatu ilmu secara talaqqi dan mushafahah, antara resipi terbaik bagi melahirkan
golongan „Ahlullah wa Khasatuhu‰. Gelaran ini selaras dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Sesungguhnya Allah SWT memiliki kerabat-kerabat–Nya dalam kalangan umat


manusia. Lalu mereka (sahabat) bertanya: Siapakah mereka ya Rasulullah SAW?
Jawab Baginda: Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)
dan orang-orang pilihan–Nya (wa khasatuhu).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

Secara amnya, perkembangan ilmu tajwid ini bolehlah kita lihat melalui dua
peringkat seperti yang dijelaskan di dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3: Dua Peringkat Perkembangan Ilmu Tajwid

Peringkat Penerangan
Pertama – Ia bermula seawal penurunan al-Quran ke atas dada Nabi
Peringkat Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara
Perkembangan talaqqi dan mushafahah. Dengan kata lain, ia berlaku pada zaman
Rasulullah SAW (al-ÂAsr al-Nubuwwah) yang mana Baginda
masih bergiat aktif dalam belajar dan mengajarkan al-Quran. Di
peringkat ini, teori ilmu tajwid masih berada dalam fasa amali yang
mana belum wujud istilah-istilah dalam ilmu tajwid sedangkan
matlamat pembacaan al-Quran secara al-tartil telah diamalkan.
Kedua – Ia bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW yang mana peranan
Peringkat para sahabat yang turut dikenali sebagai qurra ialah untuk
Penulisan dan menyebarkan ilmu al-Quran. Mereka ini menjadi sumber rujukan
Pembukuan dan mahaguru kepada generasi tabiin r.a. dalam meriwayatkan
bacaan al-Quran secara bersanad dan mutawatirah. Peringkat ini
akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam subtopik selepas ini.

1.2.3 Penulisan dan Pembukuan Ilmu Tajwid


Penulisan dan pembukuan sesuatu ilmu merupakan satu tuntutan dalam
memelihara ketuanan ilmu itu sendiri dan kesahihannya daripada berlaku
sebarang penyelewengan. Dalam konteks ilmu tajwid, penulisan ilmu ini amat
tertumpu dan terhad. Ini memandangkan perbahasan dan perbincangan ilmu ini
tidak begitu meluas dan kandungan babnya tidak banyak, serta penumpuan
diberikan kepada kemahiran dan latihan lisan.

Perintis dalam membuat kaedah-kaedah ilmu tajwid ialah ulama qiraat dan bahasa
(lughah) iaitu pada permulaan Zaman Pembukuan. Perkara ini merujuk kepada
sebab peletakan baris dan titik al-Quran dan juga kesalahan yang amat berleluasa
dalam tatabahasa Arab tatkala Islam telah tersebar luas dan pengislaman golongan
Ajam (bukan Arab) di serata pelosok dunia. Terdapat beberapa pendapat yang
menyebut tentang pelopor dalam bidang ini, salah satunya ialah al-Khalil ibn
Ahmad al-Farahidi. Ada juga yang mengatakan bahawa Abu al-Aswad al-Duali
ialah pelopornya dan sebahagian yang lain berpendapat bahawa ia dipelopori oleh
Abu Ubayd al-Qasim (224H) melalui kitabnya al-Qiraat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  13

Menurut al-Qaduri dalam kitabnya al-Dirasat al-Sawtiyyah Âinda ÂUlamaÊ


al-Tajwid, penulisan ilmu tajwid secara khusus bermula pada sekitar kurun
keempat Hijrah. Ia dipelopori oleh Musa bin Ubaydillah bin Yahya bin Khaqan
al-Khaqani atau dikenali sebagai Abu Mazahim al-Khaqani melalui kitab beliau
Qasidah Ra`iyyah dalam bentuk bait syair.

Namun, menurut pendapat Muhammad Khalid Mansur dalam kitab al-Wasit fi


ÂIlmi al-Tajwid, penulisan ilmu tajwid sebenarnya telah bermula sebelum kurun
keempat Hijrah lagi, yang mana ketika itu ilmu tajwid secara tidak langsung
terkandung dalam penulisan buku-buku ilmu al-qiraat. Walau bagaimanapun,
penulisannya adalah secara tidak tersusun dan perbahasannya bercampur aduk
bersama perbincangan ilmu al-qiraat. Antara penulisan pada peringkat ini adalah
seperti yang berikut:
(a) Kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid karangan Ahmad Khalid Shukri dan
lain-lain;
(b) Kitab Risalah fi al-Idgham al-Kabir karangan Abi Umar bin al-AlaÊ al-Basri
(154H); dan
(c) Kitab Urjuzah fi Tilawah al-Quran karangan Qalun al-Madani (220H).

Apa yang dapat kita simpulkan dalam penulisan pada peringkat ini ialah
penggunaan istilah al-tajwid sebagai satu kata nama khas atau satu disiplin ilmu
yang masih belum menjadi satu istilah.

Walau bagaimanapun, selepas zaman tersebut, sebilangan ulama sudah mula


menamakannya sebagai ilmu tajwid dan menggunakannya sebagai satu disiplin
ilmu yang berbeza dengan ilmu al-qiraat. Antara penulisan pada peringkat ini
adalah seperti yang berikut:
(a) Kitab al-RiÊayah li Tajwid al-QiraÊah wa Tahqiq Lafz al-Tilawah karangan
Makki bin Abi Talib al-Qaysi (437H);
(b) Kitab al-Tahdid fi al-Itqan Wa al-Tajwid karangan Imam al-Dani (444H);
(c) Kitab al-Muwaddah fi al-Tajwid karangan Abd al-Wahab al-Qurtubi (462H);
dan
(d) Kitab al-Tamhid fi MaÊrifah al-Tajwid karangan Abu al-ÂAlaÊ al-Hasan bin
Ahmad al-Hamzani (569H).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

SEMAK KENDIRI 1.2


1. Rumuskan peranan ilmu tajwid dalam amalan pembacaan al-Quran
pada zaman Rasulullah SAW.

2. Pada pendapat anda, mengapakah ilmu tajwid pada peringkat


awalnya bercampur dengan ilmu al-qiraat?

1.3 AL-ISTI’AZAH DAN AL-BASMALAH


Subtopik ini akan membincangkan al-istiÊazah dan al-basmalah dengan lebih
mendalam. Subtopik ini akan menjelaskan definisi al-istiÊazah, definisi al-basmalah
serta hukum membaca al-istiÊazah dan al-basmalah.

1.3.1 Definisi Al-Isti’azah

Jika dilihat dari sudut bahasa, lafaz al-istiÊazah (‫ )اﻹﺳﺘﻌﺎذة‬merupakan masdar dari

perkataan (‫ )اﺳﺘﻌﺎذ‬yang membawa maksud memohon perlindungan. Menurut


Ahmad Mukhtar Umar dan lain-lain dalam al-MuÊjam al-ÂArabi al-Asasi, lafaz
al-istiÊazah berasal dari perkataan (‫ﻋﺎذ‬ ‫)ﻋﺎﺋﺬ وﻋﻴﺎذا ﻋﻮذا ﻳﻌﻮذ‬. Semua perkataan
tersebut merujuk kepada maksud yang sama iaitu berlindung.

Menurut Sheikh Abdul Fattah al-Qadi dalam kitabnya Hidayat al-QariÊ ila
al-Tajwid Kalam al-BariÊ, maksud lafaz al-istiÊazah ialah memohon perlindungan
dengan Allah SWT dan memohon pemeliharaan-Nya daripada gangguan syaitan
yang direjam. Maka apabila pembaca membaca (‫اﻟﺮﺟﻴﻢ‬ ‫ )أﻋﻮذ ﺑﺎﷲ ﻣﻦ اﻟﺸﻴﻄﺎن‬sama
seperti ia memohon perlindungan dan pemeliharaan dengan Allah SWT daripada
gangguan syaitan yang direjam ketika membaca al-Quran.

Dari sudut istilah, lafaz al-istiÊazah membawa maksud lafaz yang dibaca bagi
menyatakan pengharapan kepada Allah agar dilindungi daripada gangguan
syaitan yang terkutuk. Ia selaras dengan maksud lafaz ini seperti yang berikut:

Maksudnya:
Ya Allah! Lindungilah diriku daripada gangguan syaitan yang direjam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  15

Menurut Abdul Latif FaÊizuriyan dalam kitab al-Tibyan fi Ahkam Tilawah al-Kitab
al-Mubin, ahli lughah (bahasa) menjelaskan bahawa maksud lafaz al-istiÊazah
tiada perbezaan dari sudut bahasa dan istilah. Ia cukup sekadar mengetahui
maknanya sebagai (‫ )اﻹﻟﺘﺠﺎء‬iaitu berlindung. Imam al-Qurtubi menambah dalam
kitabnya al-JamiÊ li Ahkam al-Quran dengan menyatakan bahawa kalimah
„syaitan‰ yang jelas disebut dalam sighah isti`azah tersebut memberi maksud
yang berikut:
(a) Jauhnya daripada kebenaran. Ini disebabkan lafaz „syaitan‰ berasal dari
perkataan „shatona‰ yang membawa maksud jauh dan semakin jauh; dan
(b) Menolak kebenaran.

1.3.2 Definisi al-Basmalah

Menurut kitab Mu`jam Ulum al-Quran, lafaz al-Basmalah (‫ )اﻟﺒﺴﻤﻠﺔ‬adalah masdar

dari perkataan ‫ﺑﺴﻤﻞ‬. Lafaz ini disebut dan ditulis sebagai

(‫)ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﲪﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬ yang membawa maksud: „Dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.„

Menurut Imam al-Tabari (wafat 310H), memulakan dengan menyebut nama Allah
dan memuliakan nama-nama-Nya merupakan adab Nabi Muhammad SAW.
Baginda mengajar supaya menyebut nama Allah dan ia menjadi sunah yang
diikuti dan diamalkan iaitu membaca apabila memulakan bacaan al-Quran, begitu
juga apabila memulakan pekerjaan yang lain.

Menurut kitab al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid, umat Islam digalakkan untuk


membaca basmalah sebelum mengerjakan sesuatu perkara yang mana ia bertujuan
untuk mendapatkan keberkatan dengan menyebut nama Allah dan sifat-Nya.
Perkara ini selaras dengan saranan Rasulullah SAW:
Setiap perkara yang tidak dimulai dengan basmalah (dalam riwayat lain: dengan
mengingati Allah), maka amalan tersebut akan terputus (kurang) keberkatannya.

Sheikh Muhammad Abduh dalam tafsirnya menyatakan bahawa al-Quran itu


adalah imam dan ikutan kita. Oleh itu, al-Quran dimulai dengan kalimat ini, iaitu
basmalah. Ini merupakan satu petunjuk bagi kita agar setiap perbuatan kita
dimulai dengan membaca basmalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

1.3.3 Hukum Membaca al-Isti’azah dan al-Basmalah


Yang berikut dinyatakan hukum-hukum membaca al-IstiÊazah dan al-Basmalah.

(a) Hukum Membaca al-IstiÊazah


Menurut kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid, para ulama bersepakat
berhubung dengan keharusan membaca lafaz al-istiÊazah sebelum membaca
al-Quran. Namun, isu yang menjadi titik perselisihan dalam kalangan ulama
adalah berkisar sejauh mana keharusan tersebut berdasarkan tuntutan
kalimah «!$$Î/ õ‹ÏètGó™$$sù dalam surah al-Nahl (16:98):

Maksudnya:
Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau
terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan
syaitan yang kena rejam.

Perkara ini dapat kita fahami melalui penjelasan dua pendapat seperti yang
berikut:
(i) Pendapat yang Menyatakan Keharusan al-IstiÊazah
Ini merupakan pendapat jumhur ulama qurra dan fuqaha. Mereka
berpegang kepada lafaz al-amr (suruhan) yang terdapat dalam ayat
tadi adalah bersifat harus. Pendapat ini melihat kepada taqrir
(pengesahan) Nabi Muhammad SAW yang tidak mempertikaikan para
sahabat yang tidak membaca al-istiÊazah ketika memulakan bacaan
al-Quran. Pendapat ini ialah pendapat yang rajih (jelas dan kuat) di sisi
para ulama.
(ii) Pendapat yang Menyatakan Kewajipan al-IstiÊazah
Ia merupakan pendapat ÂAtaÊ dan al-Thuri yang diriwayatkan oleh Ibn
al-Jazari. Mereka menggunakan kaedah isbat hukum dengan
penggunaan lafaz al-amr yang menunjukkan makna suruhan wajib.
Dalam kitab al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid, kewajipan tersebut
berdasarkan zahir ayat yang menggunakan lafaz al-amr. Mereka
menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sentiasa melakukannya
kerana ia menghalang daripada gangguan syaitan dan lafaz ini adalah
sebaik-baik permohonan perlindungan Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  17

Pernyataan ini disokong berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang


menyatakan bahawa tidak sempurna sesuatu perkara yang
dikategorikan sebagai wajib, melainkan dengan kewujudannya
(arahan), maka ia dikira sebagai satu kewajipan.

(b) Hukum Membaca al-Basmalah


Menurut ulama qurra, terdapat beberapa isu dan permasalahan dalam
konteks hukum membaca basmalah, antaranya:

(i) Hukum Membaca Basmalah Ketika Memulakan Bacaan Pada Awal


Surah
Secara amnya, tiada khilaf antara qurra secara umumnya mengenai
kewajipan membaca basmalah di awal surah. Perkara tersebut jelas
sepertimana yang termaktub di dalam al-Quran, kecuali jika
memulakan bacaan pada surah al-Taubah. Tiada khilaf ulama supaya
meninggalkan bacaan basmalah dan tiada kewajipan membacanya.

(ii) Hukum Membaca Basmalah Ketika Memulakan Bacaan yang Bukan


pada Awal Surah
Sekiranya qari memulakan bacaan bukan pada awal surah, seperti
mula dengan awal juz, hizb, rubÊ, thumun dan lain-lain, dia diberi
pilihan untuk memulakan dengan basmalah ataupun tidak. Namun,
memulai dengan bacaan basmalah adalah lebih afdal.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam bab al-istiÊazah, seandainya
basmalah tidak sesuai dari segi makna apabila ia dimulakan pada awal
ayat, maka lebih baik bagi qari tidak membaca basmalah. Contohnya,
ayat yang dimulakan dengan menyebut syaitan atau dhamir yang
kembali kepadanya.

(iii) Hukum Membaca Basmalah Ketika Menghimpunkan Dua Surah


Menurut Ahmad Khalid Shukri, maksud menghimpunkan dua surah
ialah qari telah selesai membaca satu surah kemudian mahu
menyambung bacaan ke surah yang berikutnya. Dalam keadaan begini,
terdapat tiga cara yang boleh dilakukan oleh qari seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 1.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID

Jadual 1.4: Tiga Cara Bacaan Qari

Tiga Cara Bacaan Penerangan

QatÊu al-jamiÊ Berhenti pada akhir surah, wakaf pada basmalah, kemudian
barulah dimulakan surah yang berikutnya.

Wasl al-jamiÊ Menyambung surah dengan basmalah, kemudian


menyambung surah dengan awal surah berikutnya.

QatÊu al-awal, wasl Wakaf pada akhir surah, kemudian membaca basmalah dan
al-thani wa al-thalith disambungkan basmalah dengan awal surah yang berikutnya.

(iv) Hukum Membaca Basmalah antara Surah al-Anfal dan al-Tawbah


Menurut kitab Uddat al-Qari fi Tajwid Kalam al-Bari, terdapat tiga cara
membaca basmalah antara dua surah ini, seperti yang ditunjukkan di
dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5: Tiga Cara Bacaan Basmalah

Tiga Cara Bacaan Penerangan

Berhenti sambil Berhenti pada akhir surah al-Anfal tanpa bernafas


menahan bernafas kemudian memulakan bacaan pada awal surah al-Tawbah.

Saktah dan bernafas Saktah pada akhir al-Anfal sambil bernafas kemudian
dimulai dengan awal surah al-Tawbah.

Baca secara Menyambung bacaan antara akhir Surah al-Anfal dan


bersambung permulaan surah al-Tawbah.

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Huraikan konsep al-istiÊazah dan al-basmalah dalam tilawah


al-Quran.

2. Nyatakan matlamat tuntutan membaca al-istiÊazah dan al-basmalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGANTAR ILMU TAJWID  19

 Perbincangan berkaitan gambaran awal terhadap ilmu tajwid melibatkan


definisi, kedudukan dan hukum mempelajarinya.

 Setelah pelajar faham berkaitan konsep asas ilmu tajwid, pengetahuan


berkaitan sejarah perkembangan ilmu ini wajar dijelaskan kepadanya bagi
mendedahkan pelajar kepada usaha dan sumbangan ulama qurra dalam
bidang penulisan dan pembukuan ilmu ini.

 Bagi mencapai matlamat tilawah al-Quran, tuntutan pembacaan al-istiÊazah


dan al-basmalah mengikut keadaan tertentu wajar dijadikan amalan bagi
mendapat perlindungan dan keberkatan dalam mengalunkan ayat-ayat Allah
secara al-tartil.

Al-basmalah Penulisan
Al-istiÊazah Sanad
Mushafahah Tajwid
Pembukuan Talaqqi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tilawah
al-Quran
2 menurut
Riwayat Hafs
daripada Imam
ÂAsim melalui
Tariq
al-Shatibiyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Mengenal pasti latar belakang riwayat Hafs daripada ÂAsim
menurut tariq al-shatibiyyah dalam pembacaan al-Quran;
2. Menghuraikan ketokohan dan sumbangan mereka dalam
mengembangkan ilmu tajwid; dan

3. Mengaplikasikan pembacaan al-Quran secara sahih berdasarkan


riwayat Hafs daripada ÂAsim menurut tariq al-shatibiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM ◄ 21
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

 PENGENALAN
Topik ini mempunyai kaitan rapat antara perbahasan ilmu tajwid dan qiraat. Ini
kerana perbincangan berkaitan dengan istilah riwayat (perawi) dan tariq (aliran
bacaan) turut menjadi fokus utama dalam ilmu qiraat. Penggunaan istilah-istilah
ini adalah bertujuan untuk memastikan kesahihan bacaan yang diambil tanpa
berlaku sebarang penyelewengan. Kesahihan bacaan tersebut merupakan
penelitian terhadap sanad yang diambil daripada guru-guru „perawi‰ yang
sampai kepada Rasulullah SAW.

Oleh itu, topik ini sangat penting dalam memperkenalkan „aliran bacaan‰ yang
dipraktikkan oleh setiap qari khususnya pemahaman mereka terhadap amalan
bacaan masyarakat Muslim di Malaysia.

2.1 IMAM ‘ASIM


Subtopik ini akan membincangkan Imam `Asim dengan lebih lanjut. Subtopik ini
akan menjelaskan nama, ketokohan dan sumbangannya.

2.1.1 Nama
Menurut kitab al-ÂA`lam li al-Zirkli, nama lengkap Imam `Asim ialah Abu Bakr,
`Asim bin Abi al-Najud Bahdalah al-Kufi al-Asadi. Terdapat pandangan yang
menyatakan bahawa nama sebenar ayahnya ialah `Abid dan Bahdalah adalah
nama ibunya. Terdapat juga yang menyatakan bahawa Abi al-Najud adalah datuk
kepada Imam `Asim. Imam `Asim adalah daripada kalangan tabiin, berasal dari
Kufah dan meninggal dunia di sana. Beliau adalah seorang sheikh qurra yang
sangat masyhur di Kufah selepas Abu Abdul Rahman al-Sulami meninggal dunia.

Menurut kitab Ma`rifah al-Qurra al-Kibar, sejarawan tidak dapat mengenal pasti
tarikh kelahiran Imam `Asim dan kebanyakan riwayat hidup beliau tertumpu dan
berkembang di dalam kota Kufah dan diriwayatkan pernah sampai ke Basrah.
Tambahnya lagi, Imam `Asim menghembuskan nafasnya dan diabadikan
jasadnya di kota Kufah. Terdapat perselisihan pendapat berkaitan tahun
kewafatan beliau yang mana terdapat riwayat yang menyebut bahawa beliau
meninggal dunia pada tahun 127H/745M. Terdapat juga pandangan menyatakan
bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 128H/746H dan sesetengah pendapat
yang lain menyatakan pada tahun 129H/747M. Ini bermakna Imam `Asim
meninggal dunia sebelum beberapa tahun terbinanya Khilafah Abbasiyyah kerana
khilafah tersebut terbina pada tahun 132H/749M.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

2.1.2 Ketokohannya
Menurut kitab Ma`rifah al-Qurra al-Kibar, Imam `Asim memiliki sanad yang
tertinggi sehingga antara beliau dengan Rasulullah SAW hanyalah dijarakkan oleh
dua orang perantaraan sahaja. Perkara ini dapat dilihat melalui dua salasilah
sanad seperti yang berikut:
(a) `Asim daripada Abu Abdul Rahman al-Sulami daripada Ali bin Abi Talib r.a.
daripada Rasulullah SAW. Kemudian Imam `Asim telah mengajar bacaan
riwayat ini kepada salah seorang muridnya iaitu Abu Umar Hafs bin
Sulayman.
(b) `Asim daripada Zur bin Hubaysh daripada Abdullah bin Mas`ud daripada
Rasulullah SAW. Kemudian Imam `Asim mengajar bacaan riwayat ini
kepada anak muridnya yang lain iaitu Abu Bakar Shu`bah bin `Ayyash.

Berdasarkan salasilah sanad di atas, Hafs bin Sulayman dan Shu`bah bin `Ayyash
kedua-duanya merupakan anak murid Imam `Asim yang paling masyhur. Selain
Hafs dan Shu`bah, terdapat juga anak murid Imam `Asim yang tidak kurang
hebatnya seperti Abban bin Taghlab, Hammad bin Salamah, Sulayman bin Mihran
al-ÂA`mash, Abu al-Munzir Salam bin Sulayman, Sahl bin Shu`ib, Shayban bin
MuÊawiyah dan ramai lagi.

Ketokohan Imam `Asim dalam bidang al-Quran menyebabkan beliau sentiasa


menjadi pakar rujuk para qurra sezamannya dan menjadi sumber inspirasi para
qurra selepasnya. Imam Shu`bah pernah menyebut bahawa tidak terkira banyaknya
beliau mendengar Abu Ishaq al-SabiÊi berkata: „Tidak pernah aku melihat orang
yang lebih mahir dengan al-Quran seperti `Asim bin Abi al-Najud.‰ Beliau
merupakan seorang yang alim dalam Sunnah, ahli bahasa dan seorang yang faqih.
Selain itu, Yahya bin Adam menyebut, Hasan bin Saleh telah memberitahu: „Aku
tidak pernah melihat seseorang yang lebih fasih bacaannya daripada `Asim, jika
beliau membaca (al-Quran), seolah-olah aku terbang ke dalam alam khayalan.‰

Beliau juga terkenal sebagai qari yang mempunyai suara yang amat merdu apabila
membaca al-Quran. Imam ShuÊbah pernah menyebut: „Aku menziarahi guruku,
Imam `Asim, tatkala beliau sedang nazak. Aku mendengar beliau mengulang-
ulang ayat (‫اﳊﻖ‬ ‫)ﰒ ردوا إﱃ اﷲ ﻣﻮﻻﻫﻢ‬. Beliau membacanya dengan amat sempurna
seumpama bacaannya dalam solat.‰ Ini kerana tajwid al-Quran adalah menjadi
kelaziman dan kebiasaannya. Tambahnya lagi, Imam `Asim mempunyai suara
yang sangat merdu dalam membaca al-Quran berbanding yang lainnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM ◄ 23
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Menurut kitab al-Wafi bi al-Wafayat, Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyebut
bahawa Imam `Asim adalah seorang yang sangat soleh dan ayahnya juga
merupakan seorang yang thiqah. Begitu juga pengakuan Abdullah bin Ahmad
daripada ayahnya berkata: „Beliau (`Asim) adalah lelaki yang soleh dan seorang
qari al-Quran. Penduduk Kufah memilih bacaannya dan saya juga memilih
bacaannya. Beliau sangat baik dan thiqah.‰

2.1.3 Sumbangannya
Menurut sirah, pengajaran dan pembelajaran al-Quran tidak dapat lari daripada
proses talaqqi dan mushafahah. Proses ini memberi impak yang sangat besar
terhadap kesahihan aliran bacaan dan periwayatan al-Quran yang diturunkan
Allah SWT melalui lisan Nabi Muhammad SAW yang berlandaskan konsep
mutawatir. Antara tokoh yang terlibat dalam ketuanan sistem unik ini ialah Imam
`Asim. Tilawah al-Quran melalui Imam `Asim yang diriwayatkan oleh Imam Hafs
merupakan bacaan majoriti umat Islam seluruh dunia termasuk masyarakat
Muslim di negara kita. Umumnya, tariq yang masyhur bagi riwayat ini adalah
tariq `Ubayd bin Sobah al-Nahshali yang dibawa oleh Imam al-Shatibi
sebagaimana tercatat dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani.

Sumbangan Imam Asim dalam perkembangan ilmu al-Quran dapat dilihat melalui
ramainya murid yang menuntut ilmu al-Quran daripada beliau. Antara mereka
yang paling masyhur ialah Imam Hafs dan Imam ShuÊbah. Melalui riwayat Imam
Hafs, bacaan Imam `Asim telah berkembang dengan begitu luas ke serata dunia.

Selain itu, peranan Imam al-Shatibi dalam melakukan pemilihan bacaan dalam
riwayat Imam Hafs daripada `Asim ini secara tidak langsung turut menyumbang
kepada kemasyhuran dan penerimaan pembacaan al-Quran melalui riwayat ini.

SEMAK KENDIRI 2.1

Setelah anda mempelajari dengan mendalam tentang riwayat hidup


Imam `Asim, sila rumuskan peranan Imam `Asim dan ketokohannya
dalam mengembangkan ilmu al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

2.2 IMAM HAFS


Subtopik ini akan membincangkan Imam Hafs dengan lebih lanjut. Ia akan
menjelaskan nama, ketokohan dan sumbangannya.

2.2.1 Nama
Menurut kitab al-ÂA`lam li al-Zirkli, nama sebenar Imam Hafs ialah Abu Umar,
Hafs bin Sulayman bin al-Mughirah al-Ghadiri al-Kufi al-Asadi. Beliau merupakan
anak tiri kepada Imam `Asim yang juga guru dalam mengambil bacaan al-Quran
secara bersanad melalui kaedah talaqqi dan mushafahah.

Imam Hafs dilahirkan pada 90H/709M dan meninggal dunia pada 180H/796M.
Ini bermakna beliau sempat hidup dalam dua zaman pemerintahan khilafah iaitu
Khilafah Umawiyyah dan Khilafah Abbasiyyah. Khilafah Abbasiyyah terbina
pada tahun 132H/749M selepas keruntuhan Khilafah Umawiyyah. Beliau
meninggal dunia pada zaman pemerintahan khalifah Harun al-Rashid yang
memerintah dari tahun 170H/786 hingga 198H/813M.

Menurut al-Dani, Imam Hafs mengambil bacaan al-Quran daripada Imam `Asim
secara talaqqi. Oleh sebab kecintaan beliau terhadap al-Quran, beliau berhijrah ke
Baghdad untuk mengajar al-Quran kepada penduduk di sana. Kemudian beliau
menetap beberapa ketika di Kota Mekah atas tujuan yang sama hasil daripada
kecintaannya yang mendalam terhadap al-Quran dan ilmunya.

2.2.2 Ketokohannya
Menurut Mu`jam al-`UbadaÊ, Yahya bin Mu`in ada menyebut bahawa riwayat
Imam Hafs adalah riwayat sahih yang paling masyhur daripada bacaan Imam
`Asim. Beliau adalah orang yang paling mahir tentang selok-belok bacaan Imam
`Asim mengatasi seorang lagi murid Imam `Asim yang tidak kurang hebatnya
iaitu Imam Shu`bah.

Perkara ini turut diakui oleh Abu Hisham al-RifaÊi dengan menyebut bahawa
Imam Hafs merupakan murid Imam `Asim yang paling alim dengan bacaan
Imam `Asim. Beliau lebih rajih dan sahih daripada Imam ShuÊbah pada Dabt
al-Huruf (meletakkan baris huruf-huruf al-Quran). Imam al-Zahabi turut
menyatakan: „Beliau (Imam Hafs) dalam ilmu qiraat adalah seorang yang thiqah,
dhabt dan dhobit.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM ◄ 25
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Menurut Ibn al-Munada pula: „Imam Hafs membaca di hadapan Imam `Asim
beberapa kali. Ulama-ulama terdahulu meletakkan hafazannya melebihi Abu
Bakar bin ÂAyyash (Imam Shu`bah). Mereka menyifatkannya sebagai seorang yang
mendhobitkan huruf yang dibaca oleh Imam `Asim dan aliran bacaan sanadnya
diambil daripada Imam `Asim sampai kepada Saidina ÂAli bin Abi Talib r.a.‰

Dalam riwayat yang lain, terdapat riwayat yang merakamkan interaksi antara
Imam Hafs dan Imam `Asim. Imam Hafs berkata: „Aku bertanya kepada Imam
`Asim bahawa Imam Shu`bah telah berbeza denganku dalam bacaannya
(al-Quran).‰ Lantas Imam `Asim menjawab: „Aku membacakan kepadamu apa
yang dibacakan kepadaku Abu Abdul Rahman al-Sulami daripada Saidina `Ali bin
Abi Talib r.a. Manakala aku bacakan kepada Imam Shu`bah apa yang dibacakan
kepadaku Zur bin Hubaish daripada Saidina Abdullah bin MasÊud r.a.‰

Menurut Imam Ibn Mujahid pula: „Antara Imam Hafs dan Imam Shu`bah,
terdapat perbezaan pada huruf-huruf iaitu sebanyak 520 huruf yang masyhur.
Dikatakan bahawa Imam Hafs tidak berbeza bacaan dengan gurunya Imam `Asim
kecuali pada firman Allah SWT ( ‫) ﷲ الذي خلقكم من ضعف‬. Imam Hafs membaca lafaz
‫ ضعف‬dengan baris hadapan (dhommah) „huruf dhad‰. Manakala Imam `Asim
pula membaca dengan baris atas (fathah) dan diriwayatkan daripadanya ramai
muridnya. Contohnya Husayn bin Muhammad al-Marwazi, ÂAmr bin al-Sobah,
ÂUbayd bin al-Sobah, al-Fadl bin Yahya al-Anbari dan Abu Shu`ib al-Qawwas.‰

2.2.3 Sumbangannya
Tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan Imam Hafs dalam bacaan al-Quran dan
perkembangannya adalah begitu besar. Umumnya, kebanyakan masyarakat
Muslim pada hari ini membaca al-Quran dan mencetaknya mengikut riwayat
Imam Hafs daripada Imam `Asim termasuklah masyarakat Muslim Nusantara.

Kecintaan Imam Hafs yang tinggi terhadap al-Quran, gerakan dakwahnya melalui
majlis-majlis ilmu, muzakarah, pengajaran dan sebagainya begitu aktif dijalankan
sehinggalah ilmu al-Quran berkembang sampai ke hari ini. Keberkatan ilmunya
yang diambil secara talaqqi dan mushafahah ditambah dengan sanad yang diambil
secara terus tanpa sebarang perantaraan daripada Imam `Asim daripada Abu Abdul
Rahman al-Sulami daripada `Ali bin Abi Talib daripada Rasulullah SAW.

Umum telah mengetahui ketokohan Saidina `Ali bin Abi Talib r.a., kehebatan
ilmunya dan hubungannya (sepupu) dengan Rasulullah SAW. Sementara Abu
Abdul Rahman al-Sulami yang meninggal pada tahun 74 Hijrah adalah
merupakan orang kepercayaan Saidina `Uthman bin `Affan r.a. yang
mengutusnya bersama mashaf kepada penduduk Kufah. Walaupun beliau (Abu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Abdul Rahman al-Sulami) adalah seorang cacat penglihatan, namun beliau


menguasai ilmu yang banyak dan menjadi pakar rujuk penduduk Kufah dalam
isu dan permasalahan berkaitan ilmu al-Quran. Selepas Abu Abdul Rahman
al-Sulami meninggal dunia, Imam `Asim pula mengambil alih peranannya sebagai
pakar rujuk penduduk Kufah. Beliau merupakan seorang yang tinggi akhlak dan
hubungannya dengan al-Quran ibarat darah yang mengalir di dalam tubuhnya.

Atas dasar ini, bacaan riwayat Imam Hafs daripada Imam `Asim berkembang dan
dipraktikkan oleh kebanyakan umat Islam di dunia. Pengiktirafan ini
menunjukkan bahawa riwayat ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri
berbanding dengan riwayat-riwayat lain. Menurut Sheikh Husayn al-Sabbah,
antara faktor tersebarnya riwayat Imam Hafs daripada Imam `Asim pada hari ini
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Keistimewaan riwayat Imam Hafs

Mari kita lihat keistimewaan ini satu persatu.


(a) Perbezaan (khilaf) bacaan yang terdapat dalam riwayat ini amat sedikit
berbanding riwayat lain. Terdapat hanya satu imalah sahaja iaitu dalam
surah Hud, satu tashil sahaja iaitu dalam surah Fussilat, satu raum atau
isymam sahaja iaitu dalam surah Yusuf, empat tempat saktah iaitu dalam
surah al-Kahf, Yasin, al-Haqqah dan al-Mutaffifin serta beberapa khilaf yang
lain.
(b) Sanad riwayat Imam Hafs adalah secara langsung dan bersambung daripada
beliau hingga kepada Rasulullah SAW tanpa wasitah atau perantaraan
sebagaimana beberapa riwayat lain seperti Qunbul, al-Bazzi, Khalaf dan
Khallad.
(c) Perawi-perawi sanad Imam Hafs adalah daripada kalangan ulama yang
muktabar dan dihormati pada zaman mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM ◄ 27
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

SEMAK KENDIRI 2.2

Terangkan secara ringkas peranan Imam Hafs dalam mengembangkan


ilmu al-Quran dan faktor penerimaan kebanyakan dunia Islam
terhadap bacaannya.

2.3 TARIQ AL-SHATIBIYYAH


Subtopik ini akan membincangkan definisi tariq al-shatibiyyah, ketokohan serta
sumbangan Imam al-Shatibi.

2.3.1 Definisi
Penurunan al-Quran dalam tujuh huruf berdasarkan hadis-hadis sahih membuka
ruang kepada umat Islam dalam membaca al-Quran mengikut kemampuan
mereka. Imam al-Bukhari dalam sahihnya (kitab FadhaÊil al-Quran, dalam bab
yang menerangkan penurunan al-Quran dalam tujuh huruf, hadis yang ke 4,607)
meriwayatkan yang Ibn `Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:
Jibril a.s. mengajar aku membaca al-Quran dengan beberapa huruf, aku
memintanya menambah huruf tersebut lalu ia menambahkannya sehinggalah
berakhir dengan tujuh huruf.

Kemudian lahirlah beberapa istilah seperti riwayat dan turuq sebagaimana


ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Jadual 2.1: Pengertian Istilah Riwayat dan Turuq

Istilah Penerangan
Riwayat  Riwayat atau lebih dikenali sebagai periwayat bacaan. Ia
bermaksud cara bacaan al-Quran yang disandarkan kepada
perawi bacaan imam-imam al-qiraat.
 Contohnya, bacaan riwayat Hafs yang diambil sanadnya
daripada bacaan `Asim.
Turuq  Turuq atau lebih dikenali sebagai aliran bacaan bermaksud
cara bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana
perintis atau penerus bacaan periwayat-periwayat bagi imam-
imam qiraat.
 Contohnya, bacaan riwayat Hafs daripada `Asim menurut
tariq al-shatibiyyah.

Tariq al-shatibiyyah merupakan salah satu aliran bacaan secara bersanad yang
mutawatirah. Ia dipelopori oleh Imam al-Shatibi atau nama sebenarnya Abu
al-Qasim bin Firuh bin Khalaf bin Ahmad al-Ru`ayni al-Shatibi al-Andalusi. Beliau
mempunyai dua gelaran iaitu Abu Muhammad dan Abu al-Qasim. Beliau telah
menghimpunkan tujuh qiraat mutawatirah dalam bentuk qasidah yang dikenali
sebagai matan al-shatibiyyah di dalam kitab karangannya Hirz al-Amani wa
Wajhu al-Tahani.

Qasidah ini terdiri daripada 1,173 bait syair yang mengandungi bacaan qiraat yang
terdapat di dalam kitab al-Taysir karangan Abu 'Amr al-Dani dengan penambahan
khilaf oleh Imam al-Shatibi. Penambahan ini dikenali sebagai Ziyadat al-Qasid,
iaitu merujuk kepada penambahan dan kesinambungan yang dibawa oleh Imam
al-Shatibi ke atas kitab asal iaitu kitab al-Taysir. Kitab Hirz al-Amani wa Wajhu
al-Tahani ini mendapat perhatian daripada para ulama yang mana ia telah
disyarahkan oleh lebih daripada 50 ulama, antaranya:
(a) Fath al-Washid fi Sharh al-Qasid karangan Imam al-Sakhawi;
(b) Ibraz al-Ma`ani min Hirz al-Amani karangan Imam Abu Shamah;
(c) Siraj al-QariÊ al-Mubtadi' wa Tazkirah al-Muqri' al-Muntahi karangan Imam
Ibn Qasih;
(d) Irsyad al-Murid ila Maqsud al-Qasid karangan Shaykh al-Dhabba'; dan
(e) Al-Wafi fi Syarh al-al-Shatibiah fi al-Qiraat al-Sab' karangan `Abd al-Fattah
al-Qadhi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM ◄ 29
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

2.3.2 Ketokohan Imam al-Shatibi


Imam al-Shatibi dilahirkan di Shatibah iaitu sebuah kota yang mempunyai
benteng yang kukuh di timur Andalus (Sepanyol). Ia terletak 56 kilometer dari
kota Balansiyyah. Beliau dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah dan menurut
sejarawan yang menulis berkaitannya, Imam al-Shatibi cacat penglihatannya.
Inilah yang tersebar dalam kalangan sejarawan. Bagi mereka meskipun Imam
al-Shatibi tidak mengenali orang yang duduk bersamanya, tetapi orang tersebut
tidak syak dan ragu bahawa Shatibi melihat dengan kepintarannya dan tidak
sekali-kali terdapat tanda-tanda bahawa ia adalah seorang buta.

Tahun kelahiran dan wafat Imam al-Shatibi ialah antara tahun 538 hingga 590
Hijrah. Dalam tempoh tersebut, banyak kejadian penting berlaku antaranya ialah
jatuh dan naiknya sesebuah kerajaan. Beliau hidup dalam dua suasana berbeza
iaitu suasana di Andalus dan Mesir.

Imam al-Shatibi memasuki Mesir pada tahun 572 Hijrah dan ketika itu ia di bawah
kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah Mazhab Ismaili. Kerajaan ini yang
diterajui oleh Jawhar al-Saqli membuka Mesir pada tahun 358 Hijrah lalu membina
kota Kaherah. Pada tahun 587 Hijrah, Imam al-Shatibi pergi ke Baitulmuqaddis
untuk menziarahi Panglima Islam Salahuddin al-Ayubi bagi mengucapkan tahniah
atas kejayaan cemerlang mengembalikan Baitulmuqaddis ke tangan orang Islam.

Salah seorang menteri kerajaan Salahuddin al-Ayubi iaitu al-Qadhi Abdul Rahim
bin Ali al-Baysani (meninggal tahun 596 Hijrah) sangat menghormati dan
memandang tinggi kepakaran Imam al-Shatibi. Oleh yang demikian, beliau telah
menjemput Imam al-Shatibi untuk mengajar al-Quran, bahasa, nahu dan hadis di
madrasah kelolaannya. Maka bermulalah episod pengembangan ilmu al-Quran
hasil daripada kepimpinan umara dan ulama yang sentiasa menjaga kebajikan
Muslim dan mengiktiraf ilmu sebagai dinding yang membezakan antara yang
boleh melihat (berilmu) dengan yang buta (jahil).

Menyusuri latar belakang pendidikan Imam al-Shatibi, beliau mempelajari ilmu


agama sejak kecil daripada ulama-ulama yang berada di Shatibah sama ada dalam
bidang qiraat atau hadis. Berkat kegigihan beliau, dalam waktu yang singkat beliau
telah dikenali sebagai seorang yang alim dan berakhlak mulia serta
kemasyhurannya mengatasi para ulama sezamannya. Beliau telah mempelajari dan
mendalami ilmu qiraat daripada Abi Abdillah Mohamad bin Abi al-`As
al-Nafazi dan beberapa qurra lain di Shatibah. Menurut al-Qufati, dalam menyebut
perihal Imam al-Shatibi, beliau telah mahir dalam bacaan al-Quran dan qiraat
sewaktu usianya masih muda. Orang ramai di Shatibah dapat membaca
al-Quran dan mengambil manfaat daripadanya sebelum usianya meningkat remaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Setelah al-Shatibi selesai menuntut ilmu daripada para ulama di Shatibah, beliau
telah merantau mengelilingi negerinya bagi tujuan menambah ilmu. Beliau telah
pergi ke Balansiyyah dan mempelajari ilmu al-qiraat dengan membaca Kitab
al-Taysir yang telah dihafaznya daripada guru yang bernama Abi al-Hasan, Ali bin
al-Huzayl al-Andalusi al-Balansi. Melalui gurunya iaitu Abi Abdillah Mohamad bin
Humayd al-Balansi, beliau telah mempelajari ilmu hadis dan ilmu nahu melalui
kitab Sibawayh al-Kamil karangan al-Mubarrad, kitab Adab al-Khatib karangan Ibn
Qutaybah dan lain-lain. Beliau juga telah berguru dengan Abi al-Hasan, Ali bin
Abdillah bin Khalaf bin Ni`mah al-Balansi dan meriwayatkan daripadanya kitab
Syarah al-Hidayah yang dikarang oleh Imam al-Mahdawi.

Selain itu, Imam al-Shatibi telah mempelajari ilmu agama daripada Abi Abdillah,
Muhammad bin Yusof bin Su`adah al-Ishbili, Abi Abdillah, Muhammad bin `Ashir
bin Muhammad bin `Ashir, Abi Muhammad, Abdillah bin Ja`far al-Mirsi, Abi
al-`Abbas bin Tarazimil, Abi al-Husayn, `Alim bin Hani al-`Umari, Abi Abdillah,
Muhammad bin Abdul Rahim al-Khazraj dan Abi al-Qasim, bin Hubaysh. Beliau
telah meriwayatkan Sahih Muslim daripada Abi al-Hasan, `Ali bin al-Huzayl, Abi
Muhammad `Abbas bin Muhammad bin `Abbas dan Abi Abdillah, Muhammad
bin Yusof bin Sa`adah.

Beliau meninggal dunia selepas solat Asar pada hari Ahad, 28 Jamadilakhir 590
Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin ketika usianya mencecah 52 tahun. Solat
jenazahnya diimamkan oleh Abu Ishaq yang dikenali dengan nama al-`Iraqi yang
merupakan imam jamik Mesir pada ketika itu.

2.3.3 Sumbangan Imam al-Shatibi


Imam al-Shatibi mempunyai keperibadian yang tinggi sesuai dengan
kedudukannya sebagai guru al-Quran dan menjadi pakar rujuk di Mesir dan dunia
Islam. Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: „Tidak ada seseorang yang
membaca syairku ini melainkan Allah SWT akan memberi manfaat kepadanya
lantaran aku menyusunnya kerana Allah SWT dan ikhlas dalam penulisan
tersebut‰. Keikhlasan al-Shatibi dalam penulisan terserlah pada beberapa bait
yang digarapnya dalam Matan al-Shatibiyyah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM ◄ 31
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Wahai kawanku, semoga Tuhan yang miliki Arasy


menjaga kumpulan (ahli al-Quran) daripada segala kejahatan
dan Allah SWT akan menjadikan kita daripada kalangan orang
yang al-Quran memberi syafaat kepada mereka kerana ajaran dan suratan
dengan Allah sahajalah kekuatanku melakukan kebaikan dan ia menjadi
peganganku
Tidak ada sandaranku kepadanya melainkan ia melindungiku daripada segala
keaiban
Wahai Tuhanku, Kaulah Allah yang mencukupkanku dalam pekerjaan
Kepada Kamulah aku berpegang, berendah diri dan bertakwa

Selepas Imam al-Shatibi menyempurnakan tulisannya (Matan al-Shatibiyyah),


beliau telah melakukan tawaf sebanyak 12 ribu kali sambil berdoa di tempat-
tempat yang mustajab doa dengan Matan al-Qiraat berada di hadapannya sambil
bermunajat:

Maksudnya:
„Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi, maha mengetahui perkara ghaib
dan terang, Tuhan yang memiliki rumah ini, berilah manfaat dengannya kepada
setiap yang membacanya.‰

Sumbangan Imam al-Shatibi kepada umat Islam merangkumi usaha dan


komitmennya dalam pengajaran, penulisan, ceramah dan sebagainya. Ketika
usianya masih muda, beliau telah mula melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran
al-Quran dan ramai yang datang menuntut ilmu daripadanya, antaranya ialah
Abdul Rahman bin Abi al-Qasim, al-Azdi al-Tunisi yang juga dikenali sebagai Ibn
al-Haddad. Selain itu, Abu Abdillah, Muhammad bin Yahya bin Ali al-Lukhaymi
al-Janjali juga menuntut dengannya. Di samping itu, Imam al-Shatibi sangat aktif
dalam aktiviti ceramah dan berkhutbah dalam menyampaikan ilmu al-Quran
kepada orang ramai.

Imam al-Shatibi memulakan aktiviti penulisannya bertitik tolak daripada kitabnya


yang sangat masyhur iaitu Hirzi al-Amani atau dikenali juga sebagai Matan
al-Shatibiyyah sewaktu berada di negerinya Shatibah. Beliau telah menulis matan
tersebut dari permulaan hingga ke bait ‫ َدﻟِﻴﻼً َﻋ َﲆ اﳌ َ ْﻨﻈُﻮمِ أَ ﱠو َل أَ ﱠو َﻻ‬... ٍ‫ﺟﺎ ٍد َﻋ َﲆ ﻛ ﱢُﻞ ﻗَﺎرِئ‬
َ ‫َﺟ َﻌﻠ ُْﺖ أَﺑَﺎ‬
iaitu bait yang ke 45 dari 1,173 bait keseluruhannya. Bakinya disempurnakan ketika
berada di Kaherah, Mesir. Menurut al-Qufati, Imam al-Shatibi bermastautin di Mesir
dan di Masjid `Amru bin al-`As selama lapan tahun dan giat mengajar al-Quran dan
memberi manfaat kepada masyarakat Muslim sekitarnya. Impaknya berterusan
sehingga ke hari ini di mana Matan al-Shatibiyyah menjadi sumber rujukan asas
dalam bidang pengajian al-Quran khususnya ilmu al-qiraat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 TILAWAH AL-QURAN MENURUT RIWAYAT HAFS DARIPADA IMAM
`ASIM MELALUI TARIQ AL-SHATIBIYYAH

SEMAK KENDIRI 2.3

Jelaskan peranan tariq al-shatibiyyah dalam perkembangan ilmu


tajwid.

 Bacaan riwayat Imam Hafs daripada Imam `Asim melalui tariq al-shatibiyyah
merupakan bacaan yang paling masyhur dan kebanyakan orang Islam
mempraktikkannya dalam pembacaan al-Quran.

 Perkara ini terjadi kerana sumbangan yang diberikan oleh mereka kepada
umat Islam sezaman adalah begitu besar dan keberkatan ilmu mereka dalam
memelihara ketulenan dan kesucian al-Quran yang diturunkan melalui lisan
Nabi Muhammad SAW.

 Kesinambungan sanad yang mutawatirah antara imam qurra dengan riwayat


(perawi) dan tariq (aliran bacaan) adalah begitu rapat dan kuat, meskipun
mereka hidup berlainan zaman dan tempat.

Imam `Asim Ketokohan


Imam al-Shatibi Riwayat
Imam Hafs Sumbangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hukum Nun
Sakinah,
3 Tanwin dan
Mim Sakinah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Mengenal pasti takrifan nun sakinah, tanwin dan mim sakinah;
2. Menerangkan hukum tajwid berkaitan nun sakinah, tanwin dan mim
sakinah; dan
3. Mengaplikasikan bacaan yang betul bagi setiap hukum tajwid
berkaitan nun sakinah dan tanwin, mim sakinah serta nun dan mim
tasydid.

 PENGENALAN
Topik ini membincangkan hukum nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam
sakinah. Semua pecahan daripada hukum-hukum ini akan dihuraikan dengan lebih
terperinci berserta dengan contoh bagi memudahkan kefahaman. Antara yang
dihuraikan ialah takrifan nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam sakinah.
Hukum-hukum tajwid yang lain yang berada di bawah setiap hukum seperti ikhfak,
izhar, iqlab dan idgham akan diperincikan. Topik ini adalah mengenai suatu
perkara yang paling kerap ditemui di dalam al-Quran. Kebanyakan ayat di dalam
al-Quran mempunyai hukum-hukum ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

3.1 HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN


Tahukah anda bahawa hukum nun sakinah selalu dijumpai dalam setiap ayat
al-Quran? Bacaan hukum nun sakinah berlaku antara izhar, idgham, iqlab dan
ikhfak. Kesemua bentuk bacaan ini adalah berbeza. Apakah anda telah menguasai
hukum-hukum tersebut? Fikirkan.

3.1.1 Definisi Nun Sakinah dan Tanwin


Nun sakinah ialah nun yang tidak ada baris dan ia kekal sebagai sebutan dan juga
tulisan. Hal ini kekal sama ada ketika menyambung bacaan atau ketika wakaf. Nun
sakinah wujud pada kata nama, kata kerja atau kata sendi. Kedudukan nun sakinah
adalah di pertengahan atau pada hujung kalimah.

Tanwin ialah nun sakinah yang bersifat zaidah dan tidak berperanan sebagai taukid.
Ia berada pada hujung kata nama dan digunakan ketika wasal (menyambung
bacaan) tetapi tidak wujud ketika wakaf dan pada tulisan.

Alamat tanda tanwin terbahagi kepada tiga seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Alamat tanwin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  35

Hukumnya ketika wakaf pula adalah ditukarkan dua baris di atas kepada alif secara
mutlak kecuali sekiranya ia berada pada ha ta'nith seperti firman Allah SWT dalam
surah al-Isra: 87 ‫ﻚ َﻛﺒِ ًﲑا‬ ْ َ‫ﻚ إِ ﱠن ﻓ‬
َ ‫ﻀﻠَﻪُ َﻛﺎ َن َﻋﻠَْﻴ‬ َ ‫إِﻻﱠ َر ْﲪَﺔً ﱢﻣﻦ ﱠرﺑﱢ‬ ketika wakaf pada kalimah

ً‫َر ْﲪَﺔ‬ ia wakaf dengan huruf ha tanpa tanwin. Jika baris dua hadapan atau baris dua
di bawah ketika ia dibaca dengan menghazaf tanwin dan wakaf dengan sukun
sahaja.

Perbezaan Nun Sakinah dengan Tanwin


Dengan takrifan yang dikemukakan bagi nun sakinah dan tanwin dapat
disimpulkan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. Perbezaan
tersebut adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Perbezaan antara Nun Sakinah dan Tanwin

Nun Sakinah Tanwin


 Nun sakinah adalah huruf asli dalam  Tanwin adalah zaidah.
kalangan huruf-huruf hijaÊiyyah dan
kadang-kadang ia adalah zaidah.
 Nun sakinah tetap kekal sama ada  Tanwin hanya kekal atau wujud ketika
pada lafaz atau pada tulisan. membacanya tidak pada tulisan.
 Nun sakinah berada pada ketika  Tanwin hanya wujud ketika wasal
wasal dan wakaf. sahaja dan tidak ada ketika waqaf.
 Nun sakinah berada pada kata nama,  Tanwin hanya wujud pada kata nama
kata kerja dan kata sendi. sahaja.
 Nun sakinah berada pada pertengahan  Tanwin hanya wujud pada akhir
dan akhir kalimah. kalimah sahaja.

Perbezaan di dalam Jadual 3.1 adalah terkecuali daripada nun taukid khafifah yang
terdapat pada dua tempat di dalam Quran:

(a) Pertama dalam Surah Yusuf: 32 ِ‫ﺼ‬


‫ﺎﻏ ِﺮﻳﻦ‬ ‫َوﻟَﻴَ ُﻜﻮﻧًﺎ ﱢﻣ َﻦ اﻟ ﱠ‬
(b) Kedua dalam Surah al-ÂAlaq:15 ‫ﱠﺎﺻﻴَ ِﺔ‬
ِ ‫َﻛ ﱠﻼ ﻟَﺌِﻦ ﱠﱂ ﻳﻨﺘَ ِﻪ ﻟَﻨَﺴ َﻔﻌﺎ ﺑِﺎﻟﻨ‬
ً ْ َْ
Dua contoh nun sakinah tersebut dianggap seakan-akan tanwin tetapi bukan
tanwin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

Setelah mengetahui makna nun sakinah dan tanwin serta perbezaannya seterusnya
akan dijelaskan hukum yang berlaku jika nun sakinah atau tanwin berjumpa
dengan huruf hijaÊiyyah. Ulama bersepakat mengatakan bahawa hukum nun
sakinah ini terbahagi kepada izhar halqi, idgham bi ghunnah, idgham bila ghunnah,
ikhfak haqiqi dan iqlab.

3.1.2 Hukum Nun Sakinah dan Tanwin


Hukum-hakam tajwid berkaitan nun sakinah dan tanwin terbahagi kepada empat
bahagian (rujuk Rajah 3.2).

Rajah 3.2: Hukum nun sakinah

Penjelasan setiap hukum nun sakinah tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Izhar Halqi


Izhar dari sudut bahasa bermaksud terang dan jelas. Para ulama tajwid
mendefinisikan izhar sebagai mengeluarkan huruf yang diizharkan iaitu
huruf nun sakinah atau tanwin dari makhrajnya secara terang dan jelas tanpa
dengung yang sempurna. Sebutan yang jelas itu mestilah tidak terputus
dengan huruf selepasnya atau berlaku saktah pada huruf yang diizharkan.

Justeru, penamaan izhar adalah kerana nun sakinah dan tanwin yang
berjumpa dengan huruf halqi disebut dan dibaca dengan begitu jelas tanpa
idgham atau ikhfak. Penamaan halqi pula ialah kerana enam huruf yang
berjumpa dengan nun sakinah atau tanwin itu makhrajnya adalah di halkum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  37

Huruf-huruf izhar halqi ialah hamzah, ha, ain, ha, ghain dan kha (rujuk
Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Izhar halqi

Al-ÂAllamah al-Jamzuri menyatakan dalam rangkap syairnya ketika


menyatakan tentang hukum nun sakinah dan tanwin seperti yang berikut:

‫َﺣ َﻜ ٍﺎم ﻓَ ُﺨ ْﺬ ﺗَـْﺒﻴِ ِﻴﲏ‬ ِ ِ ِ


ْ ‫ أ َْرﺑَ ُﻊ أ‬# ‫ﻟﻠﻨﱡﻮن إِ ْن ﺗَ ْﺴ ُﻜ ْﻦ َوﻟﻠﺘﱠـْﻨ ِﻮﻳ ِﻦ‬
ِ ‫ﺖ رﺗـﱢﺒﺖ ﻓَـ ْﻠﺘـﻌ ِﺮ‬ ِ ِ ِ ‫ﻓَﺎﻷ ﱠَو ُل اﻹﻇْﻬﺎر ﻗَـﺒﻞ أ‬
‫ف‬ ْ َ ْ َ ُ ‫ ﻟ ْﻠ َﺤ ْﻠ ِﻖ ﺳ ﱞ‬# ‫َﺣ ُﺮف‬ ْ َْ ُ َ
ِ َ‫ ﻣﻬﻤﻠَﺘ‬# ‫ﲔ ﺣﺎء‬
ُ‫ﲔ َﺧﺎء‬ ٌْ ‫ﺎن ﰒُﱠ َﻏ‬ َ ْ ُ ُ َ ٌْ ‫َﳘٌْﺰ ﻓَـ َﻬﺎءٌ ﰒُﱠ َﻋ‬
Maksudnya:
Bagi nun sakinah dan tanwin mempunyai empat hukum dan ambillah
keteranganku ini. Yang pertamanya ialah izhar iaitu apabila berjumpa dengan
enam huruf halqi dan susunannya hendaklah kamu tahu iaitu hamzah dan ha,
kemudian ain dan ha dan seterusnya ghain dan kha. Jelasnya di sini ialah
apabila salah satu daripada enam huruf halqi berada selepas huruf nun
sakinah, sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah dan tanwin mestilah
dalam dua kalimah, maka ketika itu wajiblah dibaca nun atau tanwin tersebut
dengan izhar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

Nun sakinah dan tanwin dibaca dengan izhar kerana kedua-dua makhraj nun
sakinah dan tanwin iaitu pada hujung lidah adalah jauh dengan makhraj enam
hurufnya yang keluar dari halkum. Idgham hanya berlaku jika terdapat dua
makhraj yang berhampiran. Justeru, kejauhan makhraj menyebabkan
berlakunya izhar.

Selain itu, nun sakinah dan tanwin mempunyai makhraj yang mudah untuk
dibaca dan dikeluarkan tetapi enam huruf halqi pula adalah antara huruf yang
susah untuk dibaca. Perkara ini menyebabkan terdapat perbezaan antara dua
situasi dan ini menjadikan ia tidak layak untuk diikhfakkan sebagaimana ia
juga tidak boleh diidghamkan.

Contoh-contoh hukum nun sakinah atau tanwin berjumpa enam huruf halqi
adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Contoh Hukum Nun Sakinah atau Tanwin dengan Huruf Halqi
Huruf Contoh

Hamzah ‫ء‬

Ha ‫ﻫـ‬
Ain ‫ع‬
Ha ‫ح‬
Ghain ‫غ‬
‫خ‬ ِ ‫َﻣ ْﻦ َﺧ ِﺸﻲ اﻟﱠﺮ ْﲪَﻦ ﺑِﺎﻟْﻐَْﻴ‬
‫ﺐ‬
Kha َ َ

Penandaan Hukum Izhar dalam Mashaf


Hukum izhar dalam mashaf, diberi tanda dengan mengekalkan tanda mati di
atas huruf nun sakinah. Manakala bagi tanwin pula ia diberi tanda tanwin
tarkibi yang mana kedua-dua baris tanwin adalah selari bagi tanwin baris atas
dan bawah. Bagi tanwin baris hadapan, ia diberi tanda dengan baris keduanya
diterbalikkan.

(b) Idgham
Idgham dari sudut bahasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
Ulama qurra mendefinisikan idgham sebagai memasukkan huruf sakin ke
dalam huruf berbaris dengan kedua-duanya menjadi seperti satu huruf yang
bertasydid dan lidah terangkat ketika menyebutnya dengan sekali angkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  39

Terdapat juga ulama yang mentakrifkannya sebagai menyebut dua huruf


seperti satu huruf dan yang keduanya bertasydid.

Huruf-huruf idgham ialah sebanyak enam huruf dan terkumpul dalam


rangkai kata ‫ﻳﺮﻣﻠﻮن‬ dan idgham pula terbahagi kepada dua iaitu idgham bi
ghunnah dan idgham bila ghunnah. Huraian kedua-duanya adalah seperti
yang berikut.

(i) Idgham bi ghunnah


Idgham bi ghunnah (rujuk Rajah 3.4) mempunyai empat huruf iaitu ya,
nun, mim dan waw. Apabila nun sakinah atau tanwin berada pada akhir
kalimah dan di awal kalimah berikutnya ia adalah salah satu daripada
empat huruf idgham bi ghunnah, maka wajib membaca idgham
(memasukkan) nun sakinah atau tanwin ke dalam empat huruf tersebut
secara dengung.

Rajah 3.4: Idham bi ghunnah

Hukum yang berlaku untuk idgham bi ghunnah terkecuali pada dua


tempat iaitu:

Yasin wal quran ÉΟ‹Å3ptø:$# Éβ#u™öà)ø9$#uρ û§ƒ

Nun wal qalam ‫ن َواﻟْ َﻘﻠَ ِﻢ َوَﻣﺎ ﻳَ ْﺴﻄُُﺮو َن‬


Hukum kedua-dua tempat tersebut adalah izhar berlawanan dengan
kaedah bagi memelihara riwayat Hafs dari Imam ÂAsim mengikut tariq
al-shatibiyyah. Nun pada kedua-dua tempat tersebut adalah termasuk
dalam izhar mutlak dan sebab izhar pada kedua-dua tempat adalah
kerana menjaga infisal hukmi. Ini kerana meskipun nun bersambung
dengan huruf waw selepasnya secara lafaz ketika wasal, namun ia
adalah bercerai dari sudut hukum. Keadaan ini berlaku kerana Yasin dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

Nun adalah nama bagi surah yang dimulai dengannya. Manakala, nun
padanya adalah huruf hijaÊiyyah, bukan huruf mabni. Oleh sebab itu,
maka selayaknyalah ia diceraikan dengan selepasnya dan diizharkan
nun tersebut ketika wasal sebagaimana ia diizhar ketika wakaf.

Hukum pada tasin mim pada permulaan surah al-SyuÊra dan al-Qasas,
mengikut riwayat Hafs melalui tariq al-shatibiyyah ialah mengidghamkan
nun ke dalam mim. Pada asalnya ia diizharkan mengikut kaedah biasa.
Alasan bacaan idgham di sini ialah menjaga ittisal lafzi yang berperanan
meringankan bacaan dengan sebab idgham.

Rumusan terhadap kaedah idgham dan hukum yang dibaca dengan


berlainan kaedah menunjukkan bahawa idgham apabila ia berada dalam
satu kalimah, maka ketika itu wajib dibaca secara izhar atau dinamakan
izhar mutlak. Penamaan izhar mutlak adalah kerana ia tidak ada
hubungan dengan halqi. Ia juga tidak ada hubungan dengan syafawi
atau qamari. Izhar mutlak berlaku pada dua huruf sahaja iaitu waw dan
ya. Selain itu, ia hanya berlaku pada empat kalimah sahaja iaitu:

Kewajaran berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin pada huruf-
hurufnya yang empat adalah seperti yang berikut:

 Huruf nun: Sebab berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin
dengan huruf nun adalah tamathul atau persamaan.

 Huruf mim: Sebab berlaku idgham adalah kerana persamaan dari


sudut ghunnah. Kesemuanya mempunyai sifat ghunnah. Selain itu,
ia juga mempunyai sifat yang sama dari sudut jahr, infitah, istifal dan
juga mempunyai sifat antara rakhawah dan syiddah.

Hukum idgham pada huruf nun dan mim ini diklasifikasikan sebagai
idgham kamil (sempurna) kerana idgham ini menghilangkan zat dan
sifat huruf nun sakinah dan tanwin.

 Huruf waw dan ya: Terdapat tajanus dari sudut infitah, istifal dan
jahr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  41

Hukum idgham pada waw dan ya adalah tergolong dalam idgham naqis
(tidak sempurna) kerana ghunnah (dengung) pada hukum ini ialah sifat
bagi nun sakinah dan tanwin yang diidghamkan.

Contoh-contoh huruf idgham bi ghunnah bersama nun dan tanwin


adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Contoh Huruf Idgham Bi Ghunnah Bersama Nun dan Tanwin

Huruf Contoh

Ya ‫ي‬

Nun ‫ن‬

Mim ‫م‬

Waw ‫و‬

(ii) Idgham Bi La Ghunnah


Idgham bi la ghunnah atau disebut juga idgham bi ghairi ghunnah
mempunyai dua huruf iaitu huruf lam dan huruf ra (rujuk Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Idham bi la ghunnah

Apabila dua huruf ini berada selepas huruf nun pada permulaan
kalimah yang berikutnya iaitu dalam dua kalimah, maka wajib dibaca
dengan idgham bi la ghunnah atau tidak disertakan dengung. Kaedah
ini diamalkan kecuali pada kalimah ‫اق‬ َ ْ َ َ َ
ٍ ‫ و ِقيل من ر‬Surah al-Qiyamah: 27.
Idgham bi la ghunnah tidak diamalkan di sini kerana mengikut riwayat
Hafs melalui tariq shatibiyyah, ia dibaca dengan saktah. Oleh sebab

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

saktah menegah daripada berlaku idgham, maka di sini ia tidak boleh


diidghamkan.

Idgham nun sakinah dan tanwin ke dalam dua huruf iaitu lam dan ra ialah
dengan cara idgham kamil. Idgham kamil bermaksud memasukkan huruf
nun sakinah dan tanwin dari sudut makhraj dan juga sifat ke dalam huruf
lam dan ra yang berada selepasnya.

Terdapat juga pertanyaan kenapakah diidgham pada dua huruf ini dan
tidak dimasukkan dengung ketika melakukan idgham. Jawapannya ialah
kerana makhraj nun sakinah dan tanwin dengan makhraj lam dan nun
adalah berhampiran kerana kesemua huruf tersebut keluar dari hujung
lidah. Jelasnya, kewajipan idgham di sini adalah kerana ia berhampiran
dengan makhraj. Ghunnah atau idgham tidak dibaca pada idgham ini ialah
kerana meninggalkan idgham adalah memudahkan bacaan dan ringan
sebutannya berbanding dengan mengekalkan idgham yang menyebabkan
bacaan menjadi lebih berat dan susah.

Contoh-contoh idgham bi la ghunnah dengan nun dan tanwin adalah


seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Contoh Idgham Bi La Ghunnah dengan Nun dan Tanwin

Huruf Contoh

Lam ‫ل‬

Ra ‫ر‬

Tanda Idgham dalam Mashaf


Dalam mashaf, idgham kamil diberi tanda dengan menghilangkan tanda
mati pada nun sakinah dan ditasydidkan (diberi tanda sabdu) pada
huruf selepasnya. Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda tanwin tatabuiÊ
(tidak selari) bagi tanwin atas dan bawah. Bagi tanwin baris depan, ia
diberi tanda dua baris hadapan berbentuk huruf waw kecil berturut-
turut.

Bagi idgham naqis pula, tanda pada nun sakinah dan tanwin adalah
sebagaimana idgham kamil, namun huruf selepasnya tidak diberikan
tanda shiddah (sabdu).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  43

(c) Iqlab
Iqlab dari sudut bahasa ialah menukarkan sesuatu dari asalnya kepada
sesuatu yang lain. Qurra mendefinisikan idgham sebagai menjadikan huruf di
tempat yang lain. Dengan kata lain, menukarkan nun sakinah atau tanwin
kepada huruf mim yang diikhfakkan atau disembunyikan secara dengung
ketika berjumpa dengan huruf ba. Hukum ini adalah sepakat dalam kalangan
para qurra.

Iqlab mempunyai satu huruf sahaja iaitu huruf ba. Berlakunya iqlab ialah apabila
nun sakinah, sama ada di dalam satu atau dua kalimah atau tanwin yang
selepasnya terdapat huruf ba, maka ketika itu wajib ditukarkan nun sakinah dan
tanwin tersebut kepada mim. Penukaran tersebut adalah pada lafaz (bacaan)
bukan pada tulisan. Seterusnya, mim yang ditukarkan itu diikhfakkan pada huruf
ba selepasnya dan dimasukkan pula ghunnah atau dengung.

Perlu diingat bahawa ghunnah pada iqlab merupakan sifat kepada huruf mim
yang diiqlabkan bukannya sifat kepada huruf nun atau tanwin. Jelasnya di
sini, tidak ada perbezaan antara iqlab dan ikhfak syafawi. Umpamanya firman
Allah SWT:

‫ي أَن ﺑُﻮِرَك َﻣﻦ ِﰲ اﻟﻨﱠﺎ ِر‬ ِ


َ ‫ﺎءﻫﺎ ﻧُﻮد‬
َ ‫ﻓَـﻠَ ﱠﻤﺎ َﺟ‬ dalam surah al-Naml: 8.

Juga firman Allah SWT: ‫اط ﱡﻣ ْﺴﺘَ ِﻘﻴ ٍﻢ‬


ٍ ‫ﺼﻢ ﺑِﺎﻟﻠّ ِﻪ ﻓَـ َﻘ ْﺪ ﻫ ِﺪي إِ َﱃ ِﺻﺮ‬
َ َ ُ
ِ َ‫وﻣﻦ ﻳـﻌﺘ‬
َْ ََ dalam surah
Ali ÂImran: 101.

Contoh iqlab nun sakinah dan tanwin pada huruf ba sama ada dalam satu
kalimah atau dua kalimah adalah seperti Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Contoh Iqlab Nun Sakinah dan Tanwin dan Huruf Ba

Huruf Contoh

Ba ‫ب‬

Kenapakah berlaku iqlab bagi nun sakinah dan tanwin selepas huruf ba?
Jawapannya ialah perjumpaan nun sakinah dan tanwin dengan huruf ba telah
menyebabkan susah melakukan idgham kerana berjauhan makhraj dan huruf-
huruf tersebut (nun sakinah, tanwin dan ba) berlainan sifat. Nun sakinah dan
tanwin adalah antara huruf yang dibaca dengan ghunnah tetapi huruf ba
bukan dalam kalangan huruf ghunnah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

Izhar juga tidak dapat dilakukan pada nun sakinah dan tanwin pada huruf ba
kerana lidah amat berat menyebut kedua-dua huruf tersebut secara izhar kerana
berlainan makhraj. Justeru, nun sakinah dan tanwin kepada mim sebagai
pembukaan untuk menghasilkan ikhfak. Hal itu dilakukan kerana berhampiran
makhraj antara ba dan mim dan di samping itu, ia juga berkongsi sifat-sifat jahr,
tawassut, istifal, infitah dan izlaq.

Begitu juga ikhfak nun sakinah dan tanwin kepada huruf ba tidak dapat
dilakukan secara langsung kerana jika izhar dan idgham tidak dapat
dilakukan dengan baik untuk huruf ba, maka begitulah juga ikhfak tidak
dapat dilakukan dengan sempurna kerana kedudukannya adalah antara
idgham dan izhar.

Apabila idgham, izhar dan ikhfak tidak dapat dilakukan kepada huruf nun
sakinah dan tanwin dengan huruf ba maka ditukarkan nun sakinah dan
tanwin kepada huruf yang sejenis dengannya iaitu huruf mim yang
mempunyai sifat ghunnah dan jahr. Huruf mim juga mempunyai kesamaan
dengan huruf ba pada makhraj dan sifat jahr. Ketika itu hilanglah kesusahan
iaitu izhar nun ketika berjumpa huruf ba.

Al-Syeikh al-Jamzuri berkata dalam rangkap syairnya tentang hukum iqlab


seperti yang berikut:

‫ﻴﻤﺎ ﺑِﻐُﻨ ٍﱠﺔ َﻣ َﻊ ا ِﻹ ْﺧ َﻔ ِﺎء‬


ً‫ﻣ‬
ِ # ‫ب ِﻋْﻨ َﺪ اﻟْﺒَ ِﺎء‬
ُ َ‫ﱠﺎﻟﺚ ا ِﻹﻗْﻼ‬
ُ ‫َواﻟﺜ‬
Maksudnya:
„Hukum ketiga ialah iqlab (menukarkan) kepada mim ketika berjumpa huruf
ba berserta ghunnah dan ikhfak.‰

Tanda Iqlab dalam Mashaf


Dalam mashaf, hukum iqlab diberi tanda dengan menghilangkan tanda mati
pada nun sakinah dan diletakkan di atasnya tanda huruf mim kecil. Manakala
bagi tanwin, ia diberi tanda dengan menghilangkan salah satu baris tanwin
dan ia digantikan dengan tanda huruf mim kecil.

(d) Ikhfak Haqiqi


Ikhfak dari sudut bahasa ialah sembunyi. Qurra pula mengistilahkan ikhfak
dengan sebutan huruf dengan cara antara izhar dan idgham tanpa tasydid
tetapi mengekalkan ghunnah pada huruf yang pertama iaitu nun sakinah atau
tanwin. Al-Hafiz Ibn al-Jazari menyatakan ikhfak adalah antara izhar dan
idgham.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  45

Huruf-huruf ikhfak haqiqi berjumlah 15 huruf kesemuanya dan terkumpul


pada permulaan kalimah dalam rangkai kata yang diungkapkan oleh Syeikh
al-Jamzuri:
ِ
َ ‫ُد ْم ﻃَﻴﱢﺒًﺎ ِزْد ِﰲ ﺗـُ ًﻘﻰ‬
َ‫ﺿ ْﻊ ﻇَﺎﱂ‬ # ‫ﺺ ﻗَ ْﺪ َﲰَﺎ‬ ْ ‫ِﺻ‬
ٌ ‫ﻒ َذا ﺛـَﻨَﺎ َﻛ ْﻢ َﺟ َﺎد َﺷ ْﺨ‬
Secara mudahnya huruf-huruf ikhfak adalah selain daripada huruf izhar halqi
yang enam, idgham yang enam dan satu huruf iqlab.

Apabila nun sakinah atau tanwin berada selepas salah satu daripada huruf
ikhfak, maka wajiblah dibaca dengan mengikhfakkan nun sakinah atau
tanwin. Ia dinamakan ikhfak haqiqi di sini kerana ikhfak lebih jelas dan terang
berbanding dengan hukum lain. Qurra mengistilahkannya begitu kerana
membezakannya dengan ikhfak syafawi.

Cara sebutan ikhfak ialah menyebut nun sakinah dan tanwin dalam keadaan
pertengahan antara izhar dan idgham. Ini bermakna pembaca al-Quran tidak
boleh menyebut kedua-dua huruf tersebut secara izhar yang sempurna dan
juga tidak boleh menyebut nun sakinah atau tanwin dengan huruf ikhfak
secara idgham yang sempurna. Namun begitu, hendaklah sebutannya tidak
ada unsur tasydid dengan mengekalkan ghunnah.

Di samping, perlu diingat juga ketika menyebut ikhfak supaya menjauhi


daripada melekatkan lidah ke lelangit atas ketika proses mengikhfakkan
hukum nun. Yang betulnya ialah menjauhkan sedikit lidah dari lelangit atas
ketika menyebut ikhfak kerana makhraj nun dan tanwin bersama huruf ikhfak
yang 15 adalah pada khaisyum sahaja. Tidak ada peranan lidah. Perkara ini
berlainan dengan peranan lidah ketika mengeluarkan nun sakinah dan tanwin
apabila melakukan hukum izhar dan hukum idgham bi ghunnah.

Perkara yang perlu diambil perhatian juga adalah menjaga sebutan dari
mewujudkan mad ketika ikhfak nun sakinah. Seperti kalimah ‫ُﻛﻨﺘُ ْﻢ‬ dengan

menyebut ‫ ﻛﻮﻧﺘﻢ‬.
Ulama telah memberi alasan kenapakah berlakunya ikhfak nun sakinah dan
tanwin ketika berjumpa 15 hurufnya. Antara mereka ialah apa yang dikatakan
oleh al-Imam Abu ÂAmru al-Dani yang dinaqalkan oleh al-Hafiz Ibn al-Jazari:
„Ikhfak berlaku ialah kerana nun dan tanwin, makhrajnya tidak begitu hampir
dengan 15 huruf sebagaimana hampirnya nun dan tanwin dengan huruf idgham,
maka diwajibkan idgham kerana hampir dengan makhraj. Makhraj nun dan
tanwin juga tidak begitu jauh sebagaimana jauhnya makhraj huruf-huruf izhar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

yang diwajibkan izhar kerana berjauhan tersebut. Apabila tidak dekat yang boleh
menyebabkan idgham dan tidak jauh yang boleh menyebabkan izhar, maka
diikhfakkan.‰

Terdapat perbezaan antara ikhfak dan idgham. Perbezaan tersebut adalah


seperti yang berikut (rujuk Jadual 3.6).

Jadual 3.6: Perbezaan antara Ikhfak dan Idgham

Ikhfak Idgham
Ikhfak tidak mempunyai tasydid. Idgham mempunyai tasydid.
Ikhfak mempunyai huruf-hurufnya Idgham mempunyai huruf-hurufnya
tersendiri. yang tersendiri.
Ikhfak boleh berlaku dalam satu Idgham hanya berlaku dalam dua
kalimah atau dua kalimah. kalimah sahaja.

Huruf-huruf ikhfak dibahagi kepada tiga maratib iaitu berdasarkan kepada


dekat dan jauhnya makhraj huruf-huruf ikhfak dengan nun sakinah atau
tanwin. Kuat dan lemahnya ikhfak adalah bergantung pada jarak makhraj di
antara nun dan tanwin dengan huruf-huruf ikhfak. Jika makhraj nun dan
tanwin hampir dengan mana-mana huruf ikhfak, maka ikhfaknya adalah kuat
dan jika jarak makhraj Nun dan tanwin dengan huruf-huruf ikhfak jauh, maka
sebutan ikhfaknya akan menjadi lemah. Pembahagian ikhfak adalah seperti di
dalam Rajah 3.6.

Rajah 3.6: Pembahagian ikhfak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  47

Yang berikut dinyatakan penjelasan bagi setiap bahagian ikhfak.

(i) Aqwa
Aqwa atau yang paling kuat ialah pada huruf yang makhrajnya paling
dekat dengan makhraj huruf nun atau tanwin iaitu huruf to, dal dan ta.

(ii) AdÊaf
AdÊaf atau yang paling lemah adalah pada huruf ikhfak yang
makhrajnya paling jauh dari makhraj nun sakinah dan tanwin. Huruf-
huruf tersebut ialah qaf dan kaf.

(iii) Awsat
Awsat atau pertengahan sama ada dari sudut kuat atau makhraj iaitu
selain huruf yang aqwa dan adÊaf iaitu 10 huruf.

Contoh-contoh ikhfak haqiqi bersama nun sakinah sama ada dalam satu
kalimah atau dua kalimah dan tanwin adalah seperti di dalam Jadual 3.7.

Jadual 3.7: Ikhfak Haqiqi Bersama Nun Sakinah

Huruf Contoh
Sod ‫ص‬
Dzal ‫ذ‬
Tha ‫ث‬
Kaf ‫ك‬
Jim ‫ج‬
Syin ‫ش‬
Qaf ‫ق‬
Sin ‫س‬
Dal ‫د‬
To ‫ط‬
Zai ‫ز‬
Fa ‫ف‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

Ta ‫ت‬
Dhad ‫ض‬
Zo ‫ظ‬

Berhubung dengan hukum ikhfak, Syeikh al-Jamzuri telah menggarap dalam


syairnya dengan katanya:

ِ ‫وف و ِاﺟﺐ ﻟِْﻠ َﻔ‬ِ ِ ِ ِ ِ


‫ﺎﺿ ِﻞ‬ ٌ َ ‫ ﻣ َﻦ اﳊُُﺮ‬# ‫َواﻟﱠﺮاﺑ ُﻊ ا ِﻹ ْﺧ َﻔﺎءُ ﻋْﻨ َﺪ اﻟْ َﻔﺎﺿ ِﻞ‬
‫ﺿ ﱠﻤْﻨﺘُـ َﻬﺎ‬
‫ﺖ ﻗَﺪ ﱠ‬ ِ ‫ ِﰲ ﻛِْﻠ ِﻢ ﻫ َﺬا اﻟﺒـﻴ‬# ‫ِﰲ ﲬَْﺴ ٍﺔ ِﻣﻦ ﺑـﻌ ِﺪ ﻋ ْﺸ ٍﺮ رﻣﺰﻫﺎ‬
َْ َ َ ُ َْ َ ْ َ ْ َ
‫ﺿ ْﻊ ﻇَﺎﻟِ َﻤﺎ‬ َ ‫ ُد ْم ﻃَﻴﱢﺒًﺎ ِزْد ِﰲ ﺗُـ ًﻘﻰ‬# ‫ﺺ ﻗَ ْﺪ َﲰَﺎ‬ ْ ‫ِﺻ‬
ٌ ‫ﻒ َذا ﺛـَﻨَﺎ َﻛ ْﻢ َﺟ َﺎد َﺷ ْﺨ‬
Maksudnya:
Hukum yang keempat ialah al-ikhfak iaitu pada baki huruf hijaÊiyyah. Ia
berjumlah 15 huruf yang telah dirumuskan pada permulaan kalimah-kalimah
yang berikut iaitu:

‫ﺿ ْﻊ ﻇَﺎﻟِ َﻤﺎ‬
َ ‫ُد ْم ﻃَﻴﱢﺒًﺎ ِزْد ِﰲ ﺗُـ ًﻘﻰ‬ # ‫ﺺ ﻗَ ْﺪ َﲰَﺎ‬ ْ ‫ِﺻ‬
ٌ ‫ﻒ َذا ﺛـَﻨَﺎ َﻛ ْﻢ َﺟ َﺎد َﺷ ْﺨ‬
Ibn al-Jazari telah merumuskan keseluruhan hukum nun sakinah dan tanwin
berjumpa huruf hijaÊiyyah dalam rangkap syairnya:

ِ ٍ
‫اﺧ َﻔﺎ‬
ْ ‫ﺐ‬ ٌ ‫ إﻇْ َﻬ ٌﺎر ْاد َﻏ ٌﺎم َوﻗَـ ْﻠ‬# ‫ْﻢ ﺗَـْﻨ ِﻮﻳْ ٍﻦ َوﻧُﻮن ﻳـُْﻠ َﻔﻰ‬
ُ ‫َو ُﺣﻜ‬
‫ ِﰲ اﻟﻼﱠِم َواﻟﱠﺮا ﻻَ ﺑِﻐُﻨ ٍﱠﺔ ﻟَ ِﺰْم‬# ‫ف اﳊَْﻠ ِﻖ أَﻇْ ِﻬ ْﺮ َوا ﱠد ِﻏ ْﻢ‬ ِ ‫ﻓَﻌِْﻨ َﺪ ﺣﺮ‬
َْ
ِ ‫وأ َْد ِﻏﻤﻦ ﺑِﻐُﻨ ٍﱠﺔ ِﰲ ﻳ‬
‫ إِﻻﱠ ﺑِ ِﻜ ْﻠ َﻤ ٍﺔ َﻛ ُﺪﻧْـﻴَﺎ َﻋْﻨـ َﻮﻧُﻮا‬# ‫ﻮﻣ ُﻦ‬ُ َْ َ
‫ إﺧﻔﺎ ﻟﺪى ﺑﺎﻗﻲ اﳊﺮوف أﺧﺬا‬# ‫ﺐ ﻋﻨﺪ اﻟﺒﺎ ﺑﻐﻨﺔ ﻛﺬا‬ ُ ‫َواﻟ َﻘ ْﻠ‬
Maksudnya:
Hukum tanwin dan nun berjumpa dengan huruf hijaÊiyyah ialah izhar,
idgham, iqlab dan ikhfak. Apabila berjumpa huruf halqi, ia diizharkan dan
diidghamkan apabila berjumpa dengan lam dan ra tanpa ghunnah. Manakala
idgham dengan ghunnah apabila berjumpa ‫ ﻳﻮﻣﻦ‬kecuali dalam satu kalimah
seperti ‫دﻧﻴﺎ ﻋﻨﻮﻧﻮا‬. Iqlab ialah apabila berjumpa huruf ba dengan disertakan
ghunnah dan hukum ikhfak adalah untuk baki huruf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  49

Tanda Ikhfak Haqiqi dalam Mashaf


Dalam mashaf, ikhfak haqiqi diberi tanda dengan menghilangkan tanda mati
pada nun sakinah dan tidak ditasydidkan (diberi tanda sabdu) pada huruf
selepasnya. Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda tanwin tatabuiÊ (tidak selari)
bagi tanwin atas dan bawah. Bagi tanwin baris depan ia diberi tanda dua baris
di hadapan berbentuk huruf waw kecil berturut-turut.

Ia adalah seperti tanda bagi idgham ma'al ghunnah naqis.

SEMAK KENDIRI 3.1


1. Nyatakan maksud nun sakinah serta perbezaannya dengan
tanwin.

2. Bezakan tanda-tanda bagi hukum-hukum nun mati dan tanwin


dalam mashaf.

3. Nyatakan huruf-huruf bagi hukum-hukum yang berikut:


(a) Izhar halqi;
(b) Iqlab; dan
(c) Ikhfak haqiqi.

3.2 HUKUM MIM SAKINAH


Mim sakinah adalah antara tajuk utama dalam ilmu tajwid. Pembahagiannya adalah
kepada tiga hukum iaitu izhar, idgham dan ikhfak. Walaupun istilah tersebut telah
terdapat dalam hukum nun sakinah, namun huruf-hurufnya adalah berlainan.
Adakah anda membaca al-Quran mengikut hukum mim sakinah?

Mim sakinah ialah mim yang tidak menerima baris dan sama ada ketika wasal atau
ketika wakaf. Mim sakinah yang dibincangkan ini berada sama ada pada
pertengahan atau penghujung kalimah. Ia juga berada pada kata nama seperti
ِ ْ‫وﱃ واﻟ‬
‫ﻶﺧَﺮِة‬ ْ ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ ِﰲ‬
dalam firman Allah SWT
َ َ ُ‫اﻟﻸ‬ ْ ُ‫ ﻟَﻪ‬Surah al-Qasas: 70, dan juga
ِ ِ
berada pada kata kerja seperti ‫ﻮﺳﻰ‬ َ ‫ﺻ ُﺤﻒ ُﻣ‬ُ ‫ أ َْم َﱂْ ﻳـُﻨَﺒﱠﺄْ ﲟَﺎ ِﰲ‬Surah al-Najm: 36.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

Hukum mim sakinah berjumpa huruf hijaÊiyyah terbahagi kepada tiga hukum iaitu
seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Hukum mim sakinah

Tiga hukum ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

3.2.1 Ikhfak Syafawi


Ikhfak syafawi mempunyai satu huruf sahaja iaitu huruf ba. Apabila mim sakinah
berada di dalam kalimah dan selepasnya iaitu di permulaan kalimah berikutnya
ialah huruf ba, sudah tentu mim tersebut diikhfakkan kepada mim dengan
disertakan ghunnah. Hukumnya ketika ini dinamakan ikhfak syafawi. Penamaan
ini disebabkan mim sakinah diikhfak pada ba dan kedua-dua huruf ini keluar dari
makhraj yang satu. Kedua-dua huruf ba dan mim juga mempunyai sedikit
persamaan pada makhraj seperti infitah dan istifal.

Syeikh al-Jamzuri dalam syairnya telah menyatakan:

‫ي ﻟِْﻠ ُﻘﱠﺮ ِاء‬


‫َو َﲰﱢِﻪ اﻟ ﱠﺸ ْﻔ ِﻮ ﱠ‬ # ‫ﻓَﺎﻷ ﱠَو ُل ا ِﻹ ْﺧ َﻔﺎءُ ِﻋْﻨ َﺪ اﻟْﺒَﺎء‬
Maksudnya:
Yang pertama ialah ikhfak ketika berjumpa huruf ba dan qurra menamakannya
dengan syafawi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  51

Contoh ikhfak syafawi adalah seperti di dalam Jadual 3.8.

Jadual 3.8: Contoh Ikhfak Syafawi

Surah Ayat

Surah al-RaÊd: 33

Surah al-Maidah: 48

Surah Ghafir: 16

Surah al-Hadid: 13

Tanda Ikhfak Syafawi dalam Mashaf


Dalam mashaf, ikhfak syafawi diberi tanda dengan menghilangkan tanda baris mati
pada mim dan huruf selepasnya tidak diberikan tanda sabdu.

3.2.2 Idgham Soghir/Mithlain


Idgham soghir dinamakan juga idgham mithlain atau idgham syafawi. Huruf
idgham soghir ialah satu huruf sahaja iaitu huruf mim. Apabila terdapat mim
sakinah dan selepasnya pula terdapat mim berbaris sama ada dalam satu kalimah
atau dua kalimah, maka diwajibkan idgham mim yang sakinah ke dalam mim
berbaris.

Penamaan hukum yang berlaku ini dengan idgham adalah kerana memasukkan mim
sakinah ke dalam mim berbaris. Penamaan dengan mithlain pula ialah kerana huruf
yang mengidgham dan huruf yang diidghamkan ialah huruf yang sama iaitu huruf
nun. Kedua-duanya keluar dari makhraj yang satu dan mempunyai sifat yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

Contoh idgham mithlain dalam satu kalimah atau dua kalimah adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 3.9 dan Jadual 3.10
Jadual 3.9: Contoh Idgham Soghir dalam Satu Kalimah

Surah Ayat

Surah al-Baqarah: 1

Surah al-AÊraf: 1

Surah Fatir: 11

Jadual 3.10: Contoh Idgham Soghir dalam Dua Kalimah

Surah Ayat

Surah al-Baqarah: 249

Surah al- Baqarah: 134

Surah al-Taubah: 109


َ ‫أ َْم َﻣ ْﻦ أَ ﱠﺳ‬
ُ‫ﺲ ﺑـُْﻨـﻴَﺎﻧَﻪ‬
Syeikh al-Jamzuri telah menyatakan hukum ini dalam syairnya:

Maksudnya:
Yang kedua (hukum mim sakinah) ialah idgham dengan seumpamanya dan ia juga
dinamakan idgham soghir, wahai pemuda.

Tanda Idgham Mithlain dalam Mashaf


Hukum ini diberi tanda dalam mashaf dengan menghilangkan baris mati pada mim
sakinah dan huruf selepasnya diberi tanda sabdu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  53

3.2.3 Izhar Syafawi


Izhar syafawi mempunyai 26 huruf iaitu selain huruf ba yang menjadi huruf bagi
ikhfak syafawi dan mim yang menjadi huruf bagi idgham syafawi. Apabila mim
sakinah berada dalam kalimah dan selepasnya ialah salah satu huruf izhar syafawi,
maka sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah, ia wajib dibaca dengan izhar
dan dinamakan sebagai izhar syafawi.

Dinamakan izhar kerana sebutan mim sakinah hendaklah dijelaskan ketika


berjumpa dengan huruf-hurufnya iaitu 26 huruf dan dinamakan syafawi kerana
mim sakinah yang diizharkan tersebut keluar dari kedua-dua bibir.

Sebab izhar di sini ialah kerana berjauhan makhraj di antara makhraj mim sakinah
dan makhraj kebanyakan huruf izhar.

Contoh-contoh izhar syafawi terbahagi kepada dua iaitu:


(a) Huruf-huruf izhar syafawi yang berlaku dalam dua kalimah sahaja. Keadaan
ini berlaku pada lapan huruf iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.11.

Jadual 3.11: Contoh Izhar Syafawi dalam Dua Kalimah


Huruf Contoh
‫ج‬ ٍ ‫وَﳚﻌﻞ ﻟﱠ ُﻜﻢ ﺟﻨ‬
‫ﱠﺎت‬
Jim َ ْ َْ َ Surah Nuh: 12

Dzal ‫ذ‬ ‫َواﺗﱠـﺒَـ َﻌْﺘـ ُﻬ ْﻢ ذُﱢرﻳـﱠﺘُـ ُﻬﻢ‬ Surah al-Tur: 21

Kha ‫خ‬ ‫ ُﻛﻨﺘُ ْﻢ َﺧْﻴـَﺮ أُﱠﻣ ٍﺔ‬Surah Ali ÂImran: 110


‫ص‬ ‫ﲔ‬ ِ ِ ‫ إِ ْن ُﻛْﻨﺘﻢ‬Surah al-Baqarah: 23
Sod َ ‫ﺻﺎدﻗ‬ َ ُْ
Zo ‫ظ‬ ‫ َوأَﻧﺘُ ْﻢ ﻇَﺎﻟِ ُﻤﻮ َن‬Surah al-Baqarah: 51
Ghain ‫غ‬ ٌ‫ﺼﺎ ِرِﻫ ْﻢ ِﻏ َﺸ َﺎوة‬ َ ْ‫ َو َﻋﻠَﻰ أَﺑ‬Surah al-Baqarah: 7
Fa ‫ف‬ ‫ اﻟﱠ ِﺬي ُﻫ ْﻢ ﻓِ ِﻴﻪ ﳐُْﺘَﻠِ ُﻔﻮ َن‬Surah al-NabaÊ: 3
Qaf ‫ق‬ ‫ ﺑَ ْﻞ ُﻫ ْﻢ ﻗَـ ْﻮٌم ﻳَـ ْﻌ ِﺪﻟُﻮ َن‬Surah al-Naml: 60

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


‫‪54‬‬ ‫‪ TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH‬‬

‫)‪(b‬‬ ‫‪Huruf-huruf izhar syafawi yang berlaku dalam satu kalimah dan dua kalimah.‬‬
‫‪Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.12.‬‬

‫‪Jadual 3.12: Contoh Izhar Syafawi dalam Satu Kalimah dan Dua Kalimah‬‬
‫‪Contoh‬‬
‫‪Huruf‬‬
‫‪Dalam Satu Kalimah‬‬ ‫‪Dalam Dua Kalimah‬‬
‫‪Hamzah‬‬ ‫ء‬ ‫اﻟﻈﱠ ْﻤﺂ ُن‬ ‫أَ َﱂْ أ َْﻋ َﻬ ْﺪ إِﻟَْﻴ ُﻜ ْﻢ‬
‫‪Ta‬‬ ‫ت‬ ‫ﳝَْﺘَـُﺮو َن‬ ‫إِن ُﻛﻨﺘُ ْﻢ ﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻤﻮ َن‬
‫‪Tha‬‬ ‫ث‬ ‫أ َْﻣﺜَﺎﻟَ ُﻜ ْﻢ‬ ‫َدا ِرُﻛ ْﻢ ﺛَﻼَﺛَﺔَ أَﻳﱠ ٍﺎم‬
‫‪Ha‬‬ ‫ح‬ ‫ﳝَْ َﺤ ُﻖ اﻟﻠّﻪُ اﻟْﱢﺮﺑَﺎ‬ ‫أ َْم َﺣ ِﺴْﺒﺘُ ْﻢ‬
‫‪Dal‬‬ ‫د‬ ‫َوأ َْﻣ َﺪ ْدﻧَﺎ ُﻛﻢ‬ ‫ﻟَ ُﻜ ْﻢ ِدﻳﻨُ ُﻜ ْﻢ‬
‫‪Ra‬‬ ‫ر‬ ‫َوأ َْﻣُﺮﻩُ إِ َﱃ اﻟﻠّ ِﻪ‬ ‫َوَﳍُ ْﻢ ِرْزﻗُـ ُﻬ ْﻢ‬
‫‪Zai‬‬ ‫ز‬ ‫إِﻻﱠ َرْﻣًﺰا‬ ‫أَﻳﱡ ُﻜ ْﻢ َز َادﺗْﻪُ‬
‫‪Sin‬‬ ‫س‬ ‫إِﱠﻻ َﳘْ ًﺴﺎ‬ ‫ﻧَـ ْﻮَﻣ ُﻜ ْﻢ ُﺳﺒَﺎﺗًﺎ‬
‫‪Syin‬‬ ‫ش‬ ‫ﺎج ﻧـْﱠﺒﺘَﻠِ ِﻴﻪ‬‫أ َْﻣ َﺸ ٍ‬ ‫ﻟََﻘ ْﺪ ِﺟْﺌﺘُ ْﻢ َﺷْﻴﺌًﺎ‬
‫‪Dhad‬‬ ‫ض‬ ‫ﻀﻮاْ‬ ‫َو ْاﻣ ُ‬ ‫ﺿﻠﱡﻮا‬ ‫إِ ْذ َرأَﻳْـﺘَـ ُﻬ ْﻢ َ‬
‫‪To‬‬ ‫ط‬ ‫أُ ُﻛ ٍﻞ ﲬَْ ٍﻂ‬ ‫ب َﳍُ ْﻢ ﻃَ ِﺮﻳ ًﻘﺎ‬ ‫ﺎﺿ ِﺮ ْ‬
‫ﻓَ ْ‬
‫‪Ain‬‬ ‫ع‬ ‫ﻓَـ َﻘﻄﱠ َﻊ أ َْﻣ َﻌ ُ‬
‫ﺎءﻫ ْﻢ‬ ‫ﺑَـ َﻌﺜْـﻨَﺎ َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ْﻢ ِﻋﺒَ ًﺎدا‬
‫‪Kaf‬‬ ‫ك‬ ‫ض‬‫ﺚ ِﰲ اﻷ َْر ِ‬ ‫ﻓَـﻴَ ْﻤ ُﻜ ُ‬ ‫ﺎﻫ ْﻢ ُﻛ ﱠﻞ ﳑَُﱠﺰٍق‬ ‫َوَﻣﱠﺰﻗْـﻨَ ُ‬
‫‪Lam‬‬ ‫ل‬ ‫َوأ ُْﻣﻠِﻲ َﳍُ ْﻢ‬ ‫َﻛﺄَﻧـ ُ‬
‫ﱠﻬ ْﻢ ﻟُْﺆﻟٌُﺆ ﱠﻣﻜْﻨُﻮ ٌن‬
‫‪Nun‬‬ ‫ن‬ ‫ﲏ ﳝَُْﲎ‬ ‫ﱢﻣﻦ ﱠﻣ ِ ﱟ‬ ‫َوُﻫ ْﻢ ﻧَﺂﺋِ ُﻤﻮ َن‬
‫‪Ha‬‬ ‫ﻫـ‬ ‫ﻓَِﻸَﻧ ُﻔ ِﺴ ِﻬ ْﻢ ﳝََْﻬ ُﺪو َن‬ ‫أ َْم ُﻫ ْﻢ ﻗَـ ْﻮٌم ﻃَﺎﻏُﻮ َن‬
‫‪Waw‬‬ ‫و‬ ‫ﺑِﺄ َْﻣ َﻮاﻟِ ُﻜ ْﻢ‬ ‫ﱢﻣﻦ ﱠرﺑﱢ ُﻜ ْﻢ َوُﻫ ًﺪى َوَر ْﲪَﺔٌ‬
‫‪Ya‬‬ ‫ي‬ ‫ْﻢ ﻋُ ْﻤ ٌﻲ‬
‫ﺻ ﱞﻢ ﺑُﻜ ٌ‬
‫ُ‬ ‫َوﻟَ َﻌﻠﱠ ُﻬ ْﻢ ﻳَـ ْﺮِﺟﻌُﻮ َن‬

‫)‪Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM‬‬


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH  55

Tanda Izhar Syafawi dalam Mashaf


Izhar syafawi dalam mashaf diberikan tanda dengan mengekalkan tanda baris mati
di atas mim sakinah.

SEMAK KENDIRI 3.2


1. Nyatakan takrifan mim sakinah dan sebutkan pecahan-pecahannya.

2. Berikan nama lain bagi idgham syafawi.

3. Jelaskan empat contoh ikhfak syafawi dan empat contoh izhar


syafawi di dalam al-Quran.

3.3 HUKUM NUN DAN MIM TASYDID


Nun dan mim tasydid adalah huruf nun dan mim yang bertanda sabdu sama ada
di awal, pertengahan mahupun pada akhir kalimah.

Hukum bagi nun dan mim tasydid (sabdu) adalah wajib dijelaskan dengung dengan
kadar dua harakat. Dinamakan hukum ini (huruf ghunnah yang bertasydid) kerana
ghunnah adalah sifat yang lazim bagi nun dan mim.

Tiada beza antara nun atau mim yang bertasydid itu berada di awal kalimah ketika
idgham, di tengah atau di hujung kalimah. Wajib ghunnah dengan kadar yang
ditetapkan. Seperti contoh:

SEMAK KENDIRI 3.3


1. Huraikan kaedah bacaan nun dan mim tasydid.

2. Jelaskan bacaan nun dan mim tasydid ketika bacaan wakaf ke


atasnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH

 Hukum nun sakinah adalah antara hukum yang sangat penting dalam ilmu
tajwid.

 Pembaca al-Quran mestilah memenuhi segala tuntutan dalam topik nun sakinah.

 Di samping itu pembaca juga dituntut untuk mempraktikkan hukum mim


sakinah yang hanya terbahagi kepada tiga bahagian.

Hukum mim sakinah Ikhfak syafawi


Hukum nun sakinah Iqlab
Hukum tanwin Izhar halqi
Idgham Izhar syafawi
Idgham soghir/mithlain Nun dan mim tasydid
Ikhfak haqiqi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hukum Mad
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Menyatakan definisi mad dan huruf-hurufnya;
2. Menghuraikan nama setiap jenis mad, sebab-sebabnya dan kaedah
bacaannya;
3. Menjelaskan contoh dan bacaan yang tepat bagi setiap hukum mad;
dan
4. Menerangkan kepentingan tingkatan-tingkatan mad dalam
memelihara bacaan al-Quran.

 PENGENALAN
Topik ini akan membicarakan tentang hukum-hukum mad merangkumi
pengenalan huruf-huruf mad dan sebab-sebab berlakunya mad. Hukum mad akan
berubah apabila terdapat sebab berlainan. Misalnya jika sebabnya adalah hamzah,
ia mempunyai hukum yang tertentu dan begitu juga jika sebabnya ialah sukun, ia
mempunyai nama-nama yang tertentu. Kepentingan hukum mad ini dalam
bacaan ialah kerana terdapat athar yang menyatakan tentang teguran Abdullah
Ibn MasÊud r.a. berhubung bacaan seorang lelaki yang tidak membaca dengan
kadar yang sepatutnya di hadapan beliau.

Di samping itu, dalam topik ini juga diterangkan tentang isu-isu yang berlaku
seperti urutan kekuatan dan kedaifan mad dan juga kesamarataan mad yang perlu
dilakukan dalam bacaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 HUKUM MAD

4.1 PENGANTAR HUKUM MAD


Hukum mad adalah antara tajuk yang terpenting dalam bacaan al-Quran.
Kefahaman tentang tajuk ini dapat dilihat apabila seseorang itu membaca al-Quran,
sama ada ia telah membaca hukum mad dengan kadar harakat yang telah
ditetapkan atau sebaliknya. Justeru, kefahaman tajuk ini adalah amat penting.
Adakah anda telah menguasai hukum mad?

4.1.1 Definisi Mad dan Qasar


Mad dari sudut bahasa bermaksud pertambahan. Dari sudut istilah qurra pula, ia
bermaksud memanjangkan suara dengan menyebut satu huruf daripada huruf-
huruf mad dan lin dan kadarnya ialah lebih panjang daripada mad tabiÊi ketika
wujudnya sebab-sebab tertentu.

Qasar dari sudut bahasa pula bermaksud menahan atau melarang. Di sisi ulama
qurra, ia bermaksud menetapkan dan mengekalkan huruf mad dan lin tanpa
pertambahan suara padanya disebabkan tidak wujud sebab-sebab (dipanjangkan
huruf tersebut) atau ia adalah mad tabiÊi yang tiada pertambahan panjangnya.

Mad adalah bacaan huruf yang lebih daripada dua harakat. Manakala qasar adalah
bacaan huruf dengan kadar dua harakat. Bukanlah dimaksudkan dengan qasar
tidak memanjangkan bacaan langsung. Ini kerana ia akan menyebabkan
pembuangan huruf daripada al-Quran dan ia tidak harus dilakukan.

4.1.2 Huruf-huruf Mad dan Lin


Mad mempunyai tiga huruf yang mempunyai syarat-syarat tertentu. Huruf-huruf
ini dinamakan huruf mad dan lin disebabkan panjangnya suara dengannya,
mudah untuk disebut dan tidak memberatkan sebutannya.

Huruf-huruf mad adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  59

Rajah 4.1: Huruf-huruf mad

Mari kita lihat huruf-huruf tersebut satu persatu.

(a) Alif Sakinah


Hendaklah alif itu sakinah dan sebelumnya huruf yang berbaris di atas.
ِ ِ‫ﻣـﺎﻟ‬
‫ ﻗَ َﺎل‬, surah al-Fatihah: 4 ‫ﻚ‬
Contohnya, dalam surah Yusuf: 10 َ
(b) Waw Sakinah
Sebelumnya adalah huruf yang berbaris di hadapan. Contohnya, dalam
َ ‫ ﻳـُ ْﺆِﻣﻨُﻮ‬, surah al-Baqarah: 5 ‫ اﻟْﻤ ْﻔﻠِ ُﺤﻮ َن‬.
surah al-Baqarah: 3 ‫ن‬
ُ
(c) Ya Sakinah
Sebelumnya huruf berbaris di bawah. Contohnya, dalam surah al-Fatihah:
‫اﻟﱠﺮِﺣﻴ ِﻢ‬ ‫ﻴﻢ‬ ِ
1 dan 6
َ ‫اﳌُﺴﺘَﻘ‬.
Huruf-huruf mad berserta dengan syarat-syaratnya terkandung dalam firman
Allah dalam surah Hud: 49 ِ ُ‫ ﻧ‬.
‫ﻮﺣ َﻴﻬﺎ‬
Huruf-huruf lin sebanyak dua huruf iaitu huruf waw sakinah dan ya sakinah yang
sebelum kedua-duanya adalah huruf yang berbaris di atas. Contohnya dalam
ٍ ‫ﺧﻮ‬, ‫ﺶ‬ ِ
surah Quraish: 2-4 ‫ف‬ ْ َ ٍ ْ‫ ﻗُـَﺮﻳ‬, ‫ اﻟْﺒَـْﻴﺖ‬.
Hendaklah diketahui bahawa apabila disebut huruf mad, maka termasuklah
huruf-huruf mad dan lin. Namun apabila disebut huruf lin, maka ia adalah huruf
lin yang dua iaitu ya dan waw, tidak termasuk huruf mad (rujuk Rajah 4.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 HUKUM MAD

Rajah 4.2: Huruf lin

4.2 PENGANTAR MAD ASLI


Subtopik ini akan membincangkan pengantar mad asli dengan lebih mendalam.
Subtopik ini akan menjelaskan definisi, jenis-jenis mad asli dan akhir sekali jenis-
jenis mad yang termasuk dalam mad asli.

4.2.1 Definisi Mad Asli


Mad asli juga dikenali dengan mad tabiÊi mad asli merupakan sesuatu yang tidak
akan sempurna sebutan sesuatu huruf mad kecuali dengannya. Ia tidak
memerlukan sebab-sebab tertentu. Tidak akan sempurna bacaan sesuatu kalimah
kecuali dengan menyebutnya.

Tanda mad asli ialah wujudnya salah satu daripada tiga huruf mad yang telah
dibincangkan dan tidak didahului dengan huruf hamzah serta tidak wujud
selepasnya huruf hamzah atau sukun.

Kadar panjang bacaan mad tabiÊi ialah dua harakat – dengan cara membuka
genggaman dua jari tangan atau menggenggamnya dengan kadar yang sederhana.
Tidak terlalu cepat atau perlahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  61

4.2.2 Jenis-jenis Mad Asli


Mad asli terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 4.3.

Rajah 4.3: Jenis-jenis mad asli

Mari kita lihat jenis-jenis tersebut dengan lebih lanjut.


(a) Huruf mad yang tetap dan kekal sama ada ketika wakaf ataupun wasal.
Sama ada mad asli itu di pertengahan atau hujung ayat. Contohnya dalam
ِ ِ‫ﻣـﺎﻟ‬
‫ﻚ‬ ‫ﺑِﻴَ ِﻤﻴﻨِ ِﻪ‬
surah al-Fatihah: 4 َ dan surah al-Insyiqaq: 7 . Surah al-Syams:

1 ‫ﺎﻫﺎ‬
َ ‫ﺿ َﺤ‬
ُ ‫ َو‬dan surah al-Qalam: 45 ‫ َوأ ُْﻣﻠِﻲ َﳍُ ْﻢ‬. Begitu juga sama ada ia ada dalam
al-Quran) contohnya ‫ ﺑِﻴَ ِﻤﻴﻨِ ِﻪ‬atau tidak ‫ﻚ‬ ِ ِ‫ ﻣـﺎﻟ‬.
rasm (bentuk penulisan َ
Ia adalah daripada jenis mad tabiÊi kalimi.

Termasuk dalam jenis ini juga adalah huruf-huruf hijaÊiyyah pada


permulaan surah-surah (huruf-huruf yang terdiri daripada dua huruf dari
sudut ejaannya dan huruf kedua adalah huruf mad). Huruf-huruf hijaÊiyyah
pada permulaan surah ini terkandung dalam rangkai kata ‫ﺣﻲ ﻃﻬﻮر‬.
Ia dinamakan mad tabiÊi harfi. Contohnya: Huruf alif dalam firman Allah
dalam surah al-Baqarah: 1 ‫اﱂ‬, surah Toha: 1 ‫ﻃﻪ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 HUKUM MAD

(b) Huruf mad yang kekal dan tetap apabila wakaf dan hilang atau dibuang
ketika wasal. Jenis ini mempunyai beberapa keadaan iaitu:
(i) Berhenti pada huruf mad tabiÊi iaitu huruf alif. Alif yang diganti
daripada tanwin berbaris di atas. Contohnya dalam firman Allah SWT
ِ ِ ِ
dalam surah al-Ahzab: 1 ‫ﻴﻤﺎ‬ ً ‫إ ﱠن اﻟﻠﱠﻪَ َﻛﺎ َن َﻋﻠ‬. Perkara ini berlaku
ً ‫ﻴﻤﺎ َﺣﻜ‬
apabila diwakafkan padanya.
(ii) Berhenti pada kalimah-kalimah yang mempunyai huruf alif. Di atas
huruf alif itu terdapat sukun berbentuk bulat. Ini menandakan tidak
dibaca alif tersebut ketika wasal dan dibaca ketika wakaf. Contohnya
ِ ِ
ٌ ِ‫وإِﱠﳕَﺎ أَﻧَﺎ ﻧَﺬﻳﺮ ﱡﻣﺒ‬, al-Kahfi: 38 ‫ ﻟﱠﻜﻨﱠﺎ ُﻫﻮ اﻟﻠﱠﻪُ رﱢﰊ‬, surah
dalam surah al-Mulk: 26 ‫ﲔ‬
ٌ َ َ َ
ِ
‫ َوﺗَﻈُﻨﱡﻮ َن ﺑِﺎﻟﻠﱠﻪ اﻟﻈﱡﻨُﻮﻧَﺎ‬, 66 َ‫ َوأَﻃَ ْﻌﻨَﺎ اﻟﱠﺮ ُﺳﻮﻻ‬, 67 ‫َﺿﻠﱡﻮﻧَﺎ اﻟ ﱠﺴﺒِﻴﻼ‬
a-Ahzab: 10 َ ‫ﻓَﺄ‬.
(iii) Berhenti pada salah satu huruf mad yang tiga, untuk mengelakkan
pertembungan dua huruf sakin. Contoh bagi huruf alif dalam surah
al-Naml: 15 ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ ﻟِﻠﱠ ِﻪ‬
ْ َ‫ َوﻗَﺎﻻ‬, contoh huruf waw dalam surah al-IsraÊ: 110
َ‫ ﻗُ ِﻞ ْادﻋُﻮاْ اﻟﻠّﻪ‬dan contoh bagi huruf ya dalam surah Toha: 6 ‫ض‬ ِ ‫ َوَﻣﺎ ِﰲ اْﻷ َْر‬.
(c) Huruf mad asli yang kekal dan tetap ketika wasal dan hilang atau dibuang
ketika wakaf. Ia juga dikenali dengan mad silah. Huruf ha pada sesuatu
kalimah yang mempunyai mad silah dinamakan ha al-kinayah. Ha
al-kinayah ini dimadkan berdasarkan kepada syarat-syaratnya. Tanda mad
silah adalah huruf wau kecil selepas ha berbaris di hadapan dan huruf ya
kecil selepas ha berbaris di bawah. Contohnya dalam surah al-IsraÊ:
‫إِﻧﱠﻪُ ُﻫ َﻮ‬ ِ ‫ﺑِِﻪ ﺑ‬.
‫ﺼ ًﲑا‬
1 dan surah al-Insyiqaq: 15 َ

4.2.3 Jenis-jenis Mad yang Termasuk dalam Mad Asli


Dalam kategori mad asli termasuk beberapa jenis mad yang lain. Ini disebabkan
beberapa perkara yang membolehkan ia menjadi mad tabiÊi. Ulama qurra telah
meletakkan pelbagai nama bagi jenis-jenis mad ini. Pada hakikatnya, kesemua
mad ini termasuk dalam kategori mad tabiÊi. Antaranya adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 4.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  63

Rajah 4.4: Jenis-jenis mad dalam mad asli

Mari kita lihat jenis mad tersebut dengan lebih lanjut.


(a) Mad silah sughraÊ (ha al-kinayah): Ia adalah huruf ha yang merupakan ganti
nama (dhomir) yang ditambah ke dalam sesuatu kalimah. Ha ini juga
dikenali dengan mufrad muzakkar ghaib (ganti nama bagi seorang lelaki
yang diceritakan). Asal ha ini adalah berbaris di hadapan. Contohnya dalam
surah al-Baqarah: 102 ‫ﻟﻪ‬. Jika sebelumnya berbaris di bawah atau sebelumnya
huruf ya sakinah, maka ha itu berbaris di bawah. Contohnya dalam surah
al-Baqarah: 26 ‫ ﺑﻪ‬dan surah al-Mutoffifin: 13 ‫ﻋﻠﺒﻪ‬
(b) Mad al-tamkin: Ia adalah mad tabiÊi. Dibaca denga kadar dua harakat. Wajib
didatangkan bagi memisahkan di antara dua huruf wau. Contohnya dalam
ِ ‫آﻣﻨﻮاْ وﻋ ِﻤﻠُﻮاْ اﻟ ﱠ‬. Atau bagi memisahkan di antara
ِ ‫ﺎﳊ‬
‫ﺎت‬
surah al-Baqarah: 25 َ ‫ﺼ‬ َ َ َُ
Contohnya dalam surah Fussilat: 12 ‫ﲔ‬ ِ ْ ‫ِﰲ ﻳَـﻮَﻣ‬. Wujud mad
dua huruf ya.
ْ
tamkin ini adalah untuk mengelakkan daripada diidghamkan kedua-dua
waw atau ya, ataupun membuang salah satu daripada dua huruf tersebut.
Dengan kata lain, untuk membolehkan penyempurnaan sebutan kedua-dua
waw atau ya tanpa idgham atau dibuang.
(c) Mad al-Âiwad: Ia merupakan mad tabiÊi yang terhasil ketika wakaf pada
kalimah bertanwin berbaris di atas. Contohnya dalam surah al-NabaÊ: 10
ِ
ً َ‫َو َﺟ َﻌ ْﻠﻨَﺎ اﻟﻠﱠْﻴ َﻞ ﻟﺒ‬
‫ﺎﺳﺎ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 HUKUM MAD

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Terangkan tiga huruf mad serta syarat-syaratnya.
2. Sila huraikan tiga mad yang mempunyai persamaan bacaan
dengan mad asli.

4.3 PENGANTAR MAD FAR`IE


Asas utama mengenali hukum mad ialah mengetahui huruf-huruf mad dan sebab-
sebabnya. Antara sebab yang dimaksudkan ialah hamzah. Perlu diingat bahawa
kalimah yang mempunyai huruf mad dan bersamanya terdapat hamzah ia terhasil
satu hukum mad iaitu mad muttasil. Adakah anda membaca al-Quran mengikut
kaedah ini?

4.3.1 Definisi Mad Far`ie


Mad far`ie adalah mad yang lebih panjang daripada mad asli kerana beberapa
sebab di samping adanya salah satu daripada huruf mad yang tiga. Mad asli
panjangnya tidak melebihi mad tabiÊi iaitu sebanyak dua harakat. Kecuali jika
wujud beberapa sebab hingga menjadikan mad tersebut mempunyai kadar bacaan
empat, lima atau enam harakat. Sebab-sebab mad far`ie adalah:

(a) Sebab Lafzi


Sebab-sebab lafaz yang mengubah panjang mad tabiÊi lebih daripada dua
harakat. Sebab ini terbahagi kepada dua, iaitu hamzah dan sukun.

(b) Sebab MaÊnawi


Bertujuan untuk berlebih-lebihan atau bersangatan dalam penafian.
Contohnya dalam surah al-AnbiyaÊ: 87 ‫ﻚ‬ َ ‫ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﻻﱠ أ‬
َ َ‫َﻧﺖ ُﺳْﺒ َﺤﺎﻧ‬ iaitu berlebih-
lebihan dalam menafikan kewujudan tuhan selain Allah SWT. Perkara ini
merupakan kebiasaan orang Arab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  65

Hukum-hukum Mad Far`ie


Berdasarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan, hukum mad far`ie terbahagi
kepada tiga iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.5.

Rajah 4.5: Hukum-hukum mad far`ie


(a) Wajib
Hukum ini khas kepada mad muttasil sahaja – Wajib memanjangkannya
melebihi mad tabiÊi berdasarkan kesepakatan semua ulama QurraÊ.

(b) Harus
Hukum ini khas bagi mad munfasil, mad Âaridh li al-sukun dan mad al-badal.
Ini kerana kesemuanya harus dibaca secara mad atau qasar.

(c) Lazim
Hukum ini khas bagi mad lazim sahaja – Mad ini melazimi panjangnya
sebanyak enam harakat dalam semua keadaan.

4.3.2 Pembahagian Mad Far`ie Disebabkan Hamzah


Mad far`ie disebabkan hamzah terbahagi kepada mad wajib muttasil, mad jaiz
munfasil, mad badal dan mad silah kubra. Yang berikut ialah perincian jenis-jenis
mad tersebut.

(a) Mad Wajib Muttasil


Mad wajib muttasil ialah apabila selepas huruf mad terdapat hamzah dalam
satu kalimah. Sebab penamaan ini dengan muttasil kerana bersambung
hamzah dengan huruf mad dalam kalimah yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 HUKUM MAD

Sebab penamaan wajib pula ialah kerana wajib memanjangkannya lebih


daripada kadar mad asli. Seluruh qurra berpendapat wajib memanjangkan
bacaan pada mad ini tetapi mereka berselisih pandangan dalam
menentukan kadarnya.

Menurut Muhammad Makki Nassar secara umumnya, kadar panjang mad


tidak boleh kurang daripada tiga harakat. Al-Hafiz Ibn al-Jazari pula
menyatakan, wajib agar jangan beriktikad bahawa qasar muttasil itu harus
di sisi ulama qurra. Al-Hafiz berkata „Sesungguhnya aku telah mengkaji
tentang qasar muttasil dan aku tidak mendapatinya dalam bacaan yang sahih
dan tidak pula dalam bacaan syazzah. Tetapi aku melihat satu nas yang
membaca dengan cara memanjangkan pada mad muttasil.‰

Terdapat daripada Ibn MasÊud r.a. yang sampai kepada Nabi Muhammmad
SAW telah bercerita kepadaku MasÊud bin Yazid al-Kindi berkata: „Adalah
Ibn MasÊud mengajar al-Quran kepada seorang lelaki. Lelaki tersebut
membaca tanpa mad‰. Lalu Ibn MasÊud r.a. berkata: „Bukan cara ini
Rasulullah SAW mengajar aku membacanya‰. Lelaki tersebut bertanya:
„Bagaimanakah Rasulullah SAW mengajar kamu membacanya, wahai Aba
Abdul Rahman?‰ Lalu Ibn MasÊud membacanya secara mad.

Hadis ini menjadi hujah dan nas dalam topik ini. Semua rijal isnadnya adalah
dipercayai dan al-Tabrani telah meriwayatkannya di dalam kitab al-MuÊjam
al-Kabir.

Kadar bacaan mad muttasil ialah empat atau lima harakat, sama ada ketika
wasal atau wakaf. Namun, menurut Sheikh al-Mursofi di dalam kitabnya
Hidayah al-Qari, kadar empat harakat adalah diutamakan dalam bacaan.
Selain itu diharuskan wajah ketiga ketika wakaf iaitu dengan kadar enam
harakat.

Mad wajib muttasil yang hamzahnya berada di hujung kalimah dibahagikan


kepada tiga bahagian iaitu:

(i) Hamzah yang berbaris di atas seperti surah al-Zariyat: 47 ‫ﺎﻫﺎ‬


َ َ‫َواﻟ ﱠﺴ َﻤﺎء ﺑَـﻨَـْﻴـﻨ‬
ِ ‫ﺑِﺄَﻳ ٍﺪ وإِﻧﱠﺎ ﻟَﻤ‬. Ketika wakaf pada kalimah ini, terdapat tiga wajah
‫ﻮﺳﻌُﻮ َن‬ ُ َ ْ
pilihan iaitu empat harakat, lima harakat atau enam harakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  67

(ii) Hamzah yang berbaris di bawah seperti dalam surah al-Syams: 5


‫ﺎﻫﺎ‬
َ َ‫ َواﻟ ﱠﺴ َﻤﺎء َوَﻣﺎ ﺑَـﻨ‬. Ketika wakaf pada kalimah ini, terdapat lima wajah
pilihan yang harus dibaca iaitu kadar:

 Empat harakat bersama dengan sukun al-mahdhi;

 Lima harakat bersama dengan sukun al-mahdhi;

 Empat harakat bersama dengan al-raum;

 Lima harakat bersama dengan al-raum; dan

 Enam harakat bersama dengan sukun al-mahdhi.

(iii) Hamzah yang berbaris di hadapan seperti dalam surah al-Baqarah: 142
ِ ‫ﻮل اﻟ ﱡﺴ َﻔ َﻬﺎء ِﻣ َﻦ اﻟﻨ‬
‫ﱠﺎس‬ ُ ‫ َﺳﻴَـ ُﻘ‬. Ketika wakaf pada kalimah ini terdapat lapan
wajah bacaan yang harus dibaca iaitu (rujuk Rajah 4.6):

 Empat harakat bersama sukun al-mahdhi;

 Lima harakat bersama sukun al-mahdhi;

 Enam harakat bersama sukun al-mahdhi;

 Empat harakat bersama al-isymam;

 Lima harakat bersama al-isymam;

 Enam harakat bersama al-isymam;

 Empat harakat bersama al-raum; dan

 Lima harakat bersama al-raum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 HUKUM MAD

Rajah 4.6: Lapan pilihan hamzah yang berbaris di hadapan

(b) Mad Jaiz Munfasil


Mad jaiz munfasil ialah apabila terdapat huruf mad pada akhir kalimah dan
hamzah pula berada pada permulaan kalimah berikutnya secara wasal.

Sebab penamaan mad ini dengan munfasil kerana perpisahan antara huruf
mad dengan hamzah dalam dua kalimah. Sebab penamaannya dengan jaiz
pula kerana qurra telah berselisih pandangan dalam kadar bacaannya, sama
ada dengan mad atau qasar dua harakat. Oleh sebab itulah maka harus
dibaca dengan kadar empat atau lima harakat melalui tariq al-shatibiyyah.
Juga harus dibaca dengan dua harakat melalui tariq al-tayyibah.

Pembahagian mad munfasil dipecahkan kepada dua bahagian iaitu:


(i) Al-infisal al-hakiki iaitu apabila huruf mad berada pada akhir kalimah dan
hamzah pula di awal kalimah yang berikutnya secara infisal dari sudut
ِ
َ ‫ﻚ وَﻣﺎ أُﻧ ِﺰَل ِﻣﻦ ﻗَـْﺒﻠ‬
rasm (tulisan). Seperti dalam surah al-Baqarah: 4 ‫ﻚ‬ َ ‫ِﲟَﺎ أُﻧ ِﺰَل إِﻟَْﻴ‬.
َ
(ii) Al-infisal al-hukmi iaitu apabila huruf mad bersambung dengan
hamzah dari sudut tulisan tetapi berpisah dari sudut hukum seperti
dalam surah al-Taubah: 119 َ‫آﻣﻨُﻮاْ اﺗﱠـ ُﻘﻮاْ اﻟﻠّﻪ‬ ِ‫ﱠ‬
َ َ ‫ ﻳَﺎ أَﻳـﱡ َﻬﺎ اﻟﺬ‬.
‫ﻳﻦ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  69

Di sini, ya al-nidaÊ walaupun ia adalah kalimah yang berasingan tetapi dari


sudut tulisannya, ia ditulis dengan bersambung. Hakikatnya ialah huruf ya,
walaupun bersambung secara zahir, tetapi hukumnya adalah munfasil.

(c) Mad Badal


Mad badal ialah apabila hamzah mendahului huruf mad dalam satu kalimah
dan tidak ada selepas huruf mad tersebut hamzah atau sukun.

Dalam takrifan tersebut, dinyatakan tidak ada selepas huruf mad itu hamzah
atau sukun (rujuk Jadual 4.1).

Jadual 4.1: Nama Mad dan Surah serta Ayatnya

Nama Mad Surah Ayat

Mad lazim Al-Maidah: 2

Mad muttasil Al-Mumtahinah: 4

Mad munfasil Yusuf: 16

Mad Âaridh li al-sukun Al-RaÊd: 29

Perkara yang penting di sini ialah seluruh mad yang disebut itu, meskipun
terdapat mad badal dalam kalimah-kalimah yang dinyatakan tetapi mad
badal dalam seluruh kalimah tersebut telah terbatal. Perkara ini berlaku
kerana mengambil kira urutan kekuatan mad yang mana pembaca mestilah
mendahulukan mad yang kuat daripada mad badal.

Bentuk-bentuk mad badal adalah dalam tiga keadaan:


(i) Hamzah pertama berbaris di atas – Ketika ini ditukarkan hamzah yang
kedua kepada alif seperti ‫ءاﻣﻨﻮا‬ yang asalnya ialah ‫ أأ ﻣﻨﻮا‬.
(ii) Hamzah pertama berbaris di bawah – Ketika ini ditukarkan hamzah
kedua kepada ya sakinah seperti ‫إﳝﺎﻧﺎ‬ yang asalnya ialah ‫ إﺋﻤﺎﻧﺎ‬.
(iii) Hamzah pertama berbaris di hadapan – Ketika ini ditukarkan hamzah
kedua kepada waw sakinah seperti ‫أوﺗﻮا‬ yang asalnya ialah ‫ أؤﺗﻮا‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 HUKUM MAD

(d) Mad Silah Kubra


Mad silah kubra adalah huruf ha yang merupakan ganti nama (dhomir) yang
ditambah ke dalam sesuatu kalimah. Ha ini juga dikenali dengan mufrad
muzakkar ghaib (ganti nama bagi seorang lelaki yang diceritakan). Sama ada
ia berbaris di hadapan, sebelumnya terdapat huruf berbaris dan selepasnya
juga huruf berbaris. Maka dimasukkan huruf waw kecil (ilhaq waw) atau ha
dhomir berbaris di bawah, maka dimasukkan huruf ya kecil dengan syarat
selepasnya ialah huruf hamzah.

Hukum bacaannya ialah dipanjangkan ha al-kinayah tersebut dengan


empat atau lima harakat mengikut kadar mad jaiz munfasil. Contohnya
ialah seperti dalam surah al-NisaÊ: 92 ْ‫ﺼ ﱠﺪﻗُﻮا‬
‫ﻳَ ﱠ‬ ‫ إِ َﱃ أ َْﻫﻠِ ِﻪ إِﻻﱠ أَن‬, surah al-NisaÊ:
ٍ ‫ ﺣ ﱠﱴ َﳜُﻮﺿﻮاْ ِﰲ ﺣ ِﺪ‬.
‫ﻳﺚ َﻏ ِْﲑﻩِ إِﻧﱠ ُﻜ ْﻢ إِذًا ﱢﻣﺜْـﻠُ ُﻬ ْﻢ‬
140 َ ُ َ
Sebab penamaan mad silah ialah kerana dipanjangkan ha al-kinayah dengan
kadar dua harakat ketika wasalnya sahaja. Manakala sebab penamaannya
dengan kubra ialah kerana terdapat hamzah selepas huruf ha al-kinayah.

Isu-isu dalam Mad yang Disebabkan Hamzah

(a) Perlu diambil perhatian bahawa mad wajib muttasil dan mad jaiz munfasil
diharuskan membacanya dengan empat atau lima harakat. Kedua-dua wajah
ini adalah untuk riwayat Hafs dari tariq al-shatibiyyah. Bacaan lima harakat
telah disebut oleh al-Imam al-Dani pengarang kitab al-Taysir, yang
merupakan sumber rujukan al-Shatibi. Akan tetapi bacaan empat harakat
adalah yang utama dan masyhur. Pandangan ini dikemukakan oleh al-Imam
al-Shatibi sendiri dan beliau tidak menyatakan wajah yang lain. Ia dikuatkan
lagi oleh al-Sofaqusi pengarang kitab Ghaithu al-NafÊiÊ yang telah
menegaskan bahawa perkara ini wajib diambil perhatian untuk menjauhkan
daripada percampuran riwayat dan bacaan yang tidak tepat.
(b) Apabila dua mad muttasil berada dalam satu ayat seperti dalam surah
ِ ‫ وأَﻧﺰَل ِﻣﻦ اﻟ ﱠﺴﻤﺎء ﻣﺎء ﻓَﺄَﺧﺮج ﺑِِﻪ ِﻣﻦ اﻟﺜﱠﻤﺮ‬, maka tidak harus
ُ ‫ات ِرْزﻗﺎً ﻟﱠ‬
al-Baqarah: 22: ‫ﻜﻢ‬
ْ ََ َ ْ َ ََ ََ َ َ
membezakan antara keduanya dalam kadar panjang bacaan dengan
berhujah harus membaca dengan dua wajah pada setiap mad. Namun,
hakikatnya adalah wajib menyamakan kadar mad dalam kedua-duanya,
sama ada dengan empat atau lima harakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  71

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Terangkan maksud mad wajib muttasil berserta dengan contoh.

2. Jelaskan bila terjadinya mad jaiz munfasil dan berikan contohnya.

3. Huraikan tentang sumber kadar harakat mad wajib muttasil.

4.3.3 Pembahagian Mad Far’ie Disebabkan Hamzah


Mad yang paling kuat ialah sukun asli. Apabila terdapat sukun yang mengiringi
huruf mad, terhasil satu hukum mad yang dipanggil mad lazim. Kedudukan mad
lazim adalah yang terkuat dalam urutan hukum mad dan bacaannya pula ialah
dengan kadar enam harakat.

Mad farÊie disebabkan hamzah terbahagi kepada mad lazim, mad Âaridh li
al-sukun. Yang berikut adalah perincian jenis-jenis mad tersebut.

(a) Mad Lazim


Mad lazim ialah apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin, sama ada
ketika wasal atau ketika wakaf. Mad jenis ini boleh berlaku dalam satu
kalimah atau dalam huruf.

Ini bermaksud bahawa apabila huruf mad pada akhir kalimah dan sukun asli
berada pada kalimah yang berikutnya. Sesungguhnya huruf mad tersebut
dibuang ketika membacanya. Ini dianggap sebagai mad tabiÊi kerana huruf mad
tersebut hanya wujud ketika wakaf dan dibuang ketika wasal (rujuk Jadual 4.2).

Jadual 4.2: Contoh Surah Mad Lazim dan Ayatnya

Surah Ayat

Surah al-Takwir: 1

Surah al-Kahfi: 4

Surah al-Haj: 35

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 HUKUM MAD

Penamaan mad ini dengan mad lazim ialah kerana dua perkara iaitu:
(i) Mesti atau lazim dipanjangkan kadar madnya dengan enam harakat,
sama ada ketika wakaf atau ketika wasal dalam semua jenisnya. Kadar
panjang tersebut hendaklah dibaca tanpa melebihkan kadar mad atau
mengurangkannya.
(ii) Mesti atau lazim mad ini ialah kerana sebabnya iaitu sukun asli yang
sabit sama ada ketika wasal atau wakaf.

Jenis-jenis mad lazim terbahagi kepada empat bahagian seperti yang berikut:

(i) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal


Iaitu apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin asli yang
bertasydid dalam satu kalimah.

Sebab penamaan mad ini dengan lazim kerana mesti dibaca dengan
enam harakat. Sebab dinamakan kalimi pula kerana keadaan huruf
yang sakin asli itu berada dalam satu kalimah. Manakala dinamakan
muthaqqal kerana huruf yang sakin asli itu bertasydid menyebabkan
susah menyebutnya.

Hukum bacaan mad ini ialah mesti dibaca dengan kadar enam harakat
tanpa lebih atau kurang. Hukum tidak membaca kadar mad ini ialah
makruh yang membawa kepada haram, berlainan dengan hukum mad
tabiÊi jika tidak membacanya adalah lahn jali dan hukumnya haram.

Contoh mad lazim kalimi muthaqqal pula seperti dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Contoh Mad Lazim Kalimi Muthaqqal


Surah Ayat

Surah al-Fatihah: 7

Surah Hud: 6

Surah al-AnÊam: 80

Contoh bagi huruf ya tidak terdapat di dalam al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  73

(ii) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf


Iaitu apabila selepas huruf mad terdapat huruf sakin tanpa tasydid
dalam satu kalimah.

Sebab dinamakan mukhaffaf kerana ringan sebutannya memandangkan


kepada sukun yang asli tersebut tidak terdapat tasydid yang menunjukkan
kepada keadaannya terdiri daripada dua huruf.

Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau
kurang. Mad lazim kalimi mukhaffaf terdapat pada enam tempat di
dalam al-Quran iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.4.

Jadual 4.4: Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf

Surah Ayat

Surah al-AnÊam: 143

Surah al-AnÊam: 144

Surah Yunus: 51

Surah Yunus: 91

Surah Yunus: 59

Surah al-Naml: 59

Hukum bacaan bagi keenam-enam tempat tersebut ialah dengan


memanjangkannya dengan kadar enam harakat dan juga diharuskan
dibaca dengan tashil. Walaupun begitu, bacaan dengan mad adalah
diutamakan.

(iii) Mad Lazim Harfi Muthaqqal


Iaitu apabila huruf yang berada pada permulaan surah berasal daripada
ejaan tiga huruf dan di tengahnya adalah huruf mad serta pada akhirnya
pula ialah huruf sakin yang diidghamkan kepada huruf selepasnya.

Sebab penamaannya dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam


harakat. Dinamakan harfi pula kerana berada dalam huruf yang terdiri
daripada ejaan tiga huruf hijaÊiyyah dan huruf mad di tengahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 HUKUM MAD

Manakala dinamakan muthaqqal pula kerana selepas huruf mad


diidghamkan ke dalam huruf selepasnya yang membawa kepada
berlakunya tasydid dan ghunnah.

Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang.

Contoh mad lazim harfi muthaqqal seperti lam pada: ($ Ο!9# ), huruf lam

pada ( Èýϑ!9# ), huruf lam pada ( ýϑ!9# ) dan huruf sin pada ( $Οû¡Û ).

(iv) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf


Iaitu apabila huruf yang berada pada permulaan surah berasal
daripada ejaan tiga huruf dan di tengahnya adalah huruf mad serta
pada akhirnya pula ialah huruf sakin yang tidak diidghamkan kepada
huruf selepasnya.

Sebab penamaannya dengan lazim kerana mesti dibaca dengan enam


harakat. Dinamakan harfi kerana berada dalam huruf yang terdiri
daripada ejaan tiga huruf hijaÊiyyah dan huruf mad di tengahnya.
Manakala dinamakan mukhaffaf pula kerana selepas huruf mad tidak
diidghamkan kepada huruf selepasnya.

Contoh mad lazim harfi mukhaffaf adalah seperti di dalam Jadual 4.5.

Jadual 4.5: Contoh Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

Surah Ayat

Surah Qaf: 1

Surah al-Qalam: 1

Surah Sod: 1

Hukum mad ini ialah dibaca dengan enam harakat tanpa lebih atau kurang
kecuali huruf ain pada permulaan surah Maryam dan surah al-Syura yang
dibaca dengan dua wajah iaitu:
(i) Tawassut dengan kadar empat harakat.
(ii) Mad dengan kadar enam harakat. Ini adalah wajah yang afdal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  75

Huruf ain tidak termasuk dalam hukum lazim sebagaimana pandangan


yang masyhur. Ini kerana huruf ain ejaannya adalah berasal dari tiga huruf
yang tidak ada di tengahnya huruf mad tetapi ia adalah huruf lin.

Huruf mim pada permulaan surah Ali ÂImran ‫ﻮم‬ ْ ‫ اﻟﻠّﻪُ ﻻ إِﻟَـﻪَ إِﻻﱠ ُﻫ َﻮ‬Ο!9#
ُ ‫اﳊَ ﱡﻲ اﻟْ َﻘﻴﱡ‬
harus dibaca dengan qasar. Ini kerana terdapat harakat yang Âaridhah (baru
wujud) iaitu dengan kadar dua harakat. Bentuk bacaannya ialah
membariskan mim terakhir daripada ejaan mim (mim yaÊ mim) dengan baris
di atas ketika wasal. Ia juga boleh dibaca dengan kadar enam harakat kerana
mengikut asal iaitu sukun. Dalam keadaan ini, membaca dengan kadar enam
harakat adalah lebih afdal. Dibariskan mim dengan baris di atas ialah kerana
untuk menjaga tafkhim (membesarkan) lafaz al-jalalah. Jika dibariskan mim
terakhir ejaan dengan baris di bawah, sudah tentu akan menghilangkan
tafkhim dan ia menjadi tarqiq.

Huruf-huruf hijaÊiyyah yang terdapat pada permulaan surah ialah sebanyak


14 huruf. Huruf-huruf ini terkumpul dalam rangkai kata: ‫ﺻﻠﻪ ﺳﺤﲑا ﻣﻦ ﻗﻄﻌﻚ‬
atau ‫ﻗﺎﻃﻊ‬ ‫ ﻧﺺ ﺣﻜﻴﻢ ﻟﻪ ﺳﺮ‬.
Dari sudut ejaan, huruf-huruf ini terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Ejaan dengan dua huruf: ‫ ;ﺣﻲ ﻃﻬﻮر‬dan


(ii) Ejaan dengan tiga huruf: ‫ﻛﻢ ﻋﺴﻞ ﻧﻘﺺ‬.
Dari sudut mad, huruf-huruf permulaan surah ini terbahagi kepada empat
iaitu:
(i) Huruf yang tidak ada mad iaitu huruf alif sahaja. Ini kerana ejaan alif
terdiri daripada tiga huruf tetapi di tengahnya bukan huruf mad.
(ii) Huruf yang dipanjangkan dengan enam harakat – Huruf yang ejaannya
tiga huruf dan di tengahnya terdapat huruf mad dan lin. Huruf tersebut
ialah‫ ﻛﺎف‬،‫ ﺳﲔ‬،‫ ﻗﺎف‬،‫ ﺻﺎد‬،‫ ﻧﻮن‬،‫ ﻣﻴﻢ‬،‫ ﻻم‬atau dalam rangkai kata:

‫ﻣﺴﻠﻚ ﻧﻘﺺ‬. Semua huruf tersebut dibaca dengan enam harakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 HUKUM MAD

(iii) Huruf yang dibaca dengan enam harakat dan juga harus dibaca dengan
empat harakat – Huruf yang dieja dengan tiga huruf dan di tengahnya
ialah huruf lin, bukannya huruf mad. Ia adalah untuk ain ‫ اﻟﻌﲔ‬.
(iv) Huruf yang hanya dibaca dengan dua harakat. Ia adalah huruf ‫ﻃﻬﻮر‬ ‫ﺣﻲ‬.
(b) Mad ÂAridh Li al-Sukun
Iaitu apabila selepas huruf mad atau huruf lin terdapat huruf sakin yang
Âaridh (baru disukunkan) dengan sebab wakaf (rujuk Rajah 4.7).

Rajah 4.7: Hukum mad Âaridh li al-sukun

Sebab penamaannya dengan Âaridh li al-sukun adalah kerana sukun tersebut


ialah baru wujud dengan sebab wakaf. Sekiranya pembaca mewasalkan
bacaan, sudah tentu ia menjadi mad tabiÊi yang kadar bacaannya adalah dua
harakat sahaja.

Hukum mad Âaridh li al-sukun ialah harus dibaca dengan tiga wajah pilihan
bagi semua qurra. Ia adalah seperti yang berikut:
(i) Dibaca dengan kadar dua harakat. Ulama qurra berhujah bahawa
sukun di sini adalah Âaridh dan ia tidak dikira kerana ketika wakaf
harus berjumpa dua huruf yang sakin. Manakala ketika wasal pula, ia
menjadi mad tabiÊi. Kadar dua harakat ini sesuai ketika membaca
dengan martabat al-hadar.
(ii) Dibaca dengan kadar empat harakat atau disebut dengan tawassut.
Ulama berhujah ia dibaca dengan kadar empat harakat kerana
berkumpulnya dua huruf sakin dengan mengambil kira keadaannya
yang Âaridh. Dengan sebab tersebut, ia dibaca dengan kadar
mutawassitah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  77

(iii) Dibaca dengan kadar enam harakat atau disebut isybaÊ. Ulama qurra
menyatakan dengan hujah terdapat persamaannya dengan mad lazim
dari sudut bertemu dua huruf sakin dalam satu kalimah, maka
diwajibkan membaca dengan mad yang panjang untuk menghindari
daripada dua huruf sakin. Menurut Ibn al-Jazari, semua wajah yang
dikemukakan adalah pilihan. Ini bermaksud, apa sahaja wajah yang
dibaca adalah betul. Menurutnya lagi, wajah enam harakat adalah lebih
masyhur, diamalkan oleh jumhur dan disepakati oleh kebanyakan
pembaca.

Contoh-contoh mad Âaridh li al-sukun adalah seperti di dalam Jadual 4.6.

Jadual 4.6: Contoh Mad ÂAridh Li al-Sukun

Surah Ayat

Surah al-Rahman:1

Surah al-Tahrim: 8 ‫ﱠﻚ َﻋﻠَﻰ ُﻛ ﱢﻞ َﺷ ْﻲ ٍء ﻗَ ِﺪ ٌﻳﺮ‬


َ ‫إِﻧ‬
Surah al-Fatihah: 2

Surah Quraish: 3

Surah al-Baqarah: 5

Surah Quraish: 4

4.4 TINGKATAN-TINGKATAN MAD


Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam topik mad far`ie ialah
tentang tingkatan-tingkatan mad dan pengumpulan mad dalam satu ayat.

(a) Urutan-urutan Mad


Hukum mad-mad berbeza antara satu sama lain kerana perbezaan sebab
berlakunya mad tersebut. Perbezaan ini menjurus kepada kekuatan sesuatu
mad dan daifnya. Sekiranya sebab berlakunya mad adalah kuat, maka mad
tersebut dianggap sebagai kuat. Sebaliknya, jika sebab yang terjadinya mad
daif atau lemah, maka mad tersebut akan menjadi lemah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 HUKUM MAD

Ulama qurra telah membahagikan urutan kekuatan mad kepada lima


bahagian mengikut turutan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.8.

Rajah 4.8: Lima urutan kekuatan mad

Mari kita bincang turutan tersebut dengan lebih lanjut.

(i) Peringkat Pertama: Mad Lazim


Ia merupakan mad yang paling kuat, kerana keasliannya iaitu sukun
asli yang tetap wujud sama ada ketika wasal ataupun wakaf.

Faktor kedua kekuatannya ialah huruf mad berkumpul bersama dalam


satu kalimah atau satu huruf. Selain itu, kemestian bacaannya dengan
kadar enam harakat dalam satu keadaan sahaja telah disepakati oleh
seluruh qurra.

(ii) Peringkat Kedua: Mad Muttasil


Ini kerana keaslian sebabnya iaitu hamzah. Selain itu, huruf madnya
berkumpul bersama hamzah dalam satu kalimah. Meskipun begitu,
terdapat pandangan berbeza tentang kadar panjangnya dalam kalangan
qurra. Oleh sebab itu, kedudukannya ialah selepas mad lazim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  79

(iii) Peringkat Ketiga: Mad ÂAridh Li al-Sukun


Mad ini disebabkan berkumpul sebabnya iaitu sukun bersama dengan
huruf mad dalam satu kalimah. Walaupun begitu, ia bersifat Âaridh
bukannya asli. Dari sudut kadar panjangnya pula, terdapat tiga bacaan,
iaitu dua harakat, empat harakat dan enam harakat.

(iv) Peringkat Keempat: Mad Jaiz Munfasil


Ini kerana penceraian sebabnya iaitu hamzah dengan huruf mad dalam
dua kalimah. Selain itu kadar bacaannya juga berbeza dalam kalangan
qurra.

(v) Peringkat Kelima: Mad Badal


Mad badal itu sendiri bukanlah asli tetapi tukaran daripada hamzah
mengikut kesesuaian baris.

Al-Allamah al-Samanudi telah menyusun kelima-lima urutan mad


tersebut dengan katanya:

Maksudnya: Mad yang paling kuat ialah mad lazim, diikuti dengan
mad muttasil, kemudian mad Âaridh, seterusnya mad munfasil dan
diakhiri dengan mad badal.

(b) Pengumpulan Mad dalam Satu Ayat


Berlaku dalam sesetengah ayat al-Quran, berkumpulnya beberapa mad
seperti mad munfasil bersama dengan mad muttasil dan juga antara mad
badal dengan mad lazim. Apa yang penting di sini ialah, yang mana satukah
hukum mad yang hendak digunakan dan bagaimanakah kesamarataan mad
perlu dilakukan. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, anda perlu
mengikuti beberapa kaedah seperti yang berikut:

(i) Kaedah Pertama


Apabila berkumpul dua sebab mad, yang mana salah satunya kuat
manakala yang keduanya daif, maka hendaklah didahulukan yang
kuat dari sudut amalannya dan membatalkan mad yang bersifat daif.
Sebagai contoh, berkumpulnya mad badal dengan mad lazim. Maka di
sini hendaklah diamalkan mad lazim serta membatalkan mad badal. Ini
kerana sebab yang menjadikan mad lazim adalah lebih kuat
berbanding sebab berlakunya mad badal, seperti dalam Surah
al-Maidah: 2 ‫ام‬
َ ‫اﳊَﺮ‬
َ ‫ﺖ‬
َ ‫ﲔ اﻟْﺒَـْﻴ‬
ْ َ ‫ َوﻻ آ ﱢﻣ‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 HUKUM MAD

Dalam ayat tadi berkumpul mad badal iaitu hamzah yang mendahului
huruf mad iaitu alif. Seterusnya diikuti dengan mad lazim. Justeru,
diamalkan mad lazim pada ayat tersebut.

(ii) Kaedah Kedua


Apabila berkumpul dua mad dari satu jenis seperti dua mad munfasil,
dua mad muttasil, dua mad lazim atau dua mad Âaridh. Hukumnya
ialah wajib disamaratakan antara dua mad tersebut dan tidak boleh
melebihkan atau mengurangkan salah satu seperti dalam surah
َ ‫ﻳُﻮﻗِﻨُﻮ‬
al-Baqarah: 4 ‫ن‬ ِ ِ‫ﻚ وﺑ‬
‫ﺎﻵﺧَﺮِة ُﻫ ْﻢ‬ ِ ِ
َ ‫ﻳﻦ ﻳـُ ْﺆِﻣﻨُﻮ َن ِﲟَﺎ أُﻧ ِﺰَل إِﻟَْﻴ‬
َ َ ‫ﻚ َوَﻣﺎ أُﻧ ِﺰَل ﻣﻦ ﻗَـْﺒﻠ‬
ِ‫ﱠ‬
َ ‫ واﻟﺬ‬.
Dalam contoh tersebut, berkumpul dua mad munfasil. Jika mad
munfasil yang pertama dibaca dengan empat harakat, maka mad
munfasil yang kedua dibaca dengan empat harakat juga. Apabila
dibaca yang pertama dengan lima harakat, mad yang kedua juga
dengan lima harakat. Tidak harus sama sekali mencampuradukkan
tariq dan sesungguhnya hukumnya adalah sama ada haram, makruh
atau dikeji.

(iii) Kaedah Ketiga


Apabila berkumpul dua mad yang pertamanya muttasil dan yang
keduanya munfasil sama ada pada hadapan ayat atau pada akhir ayat,
َ ‫أَﻻ إِﻧـ ُﱠﻬﻢ ُﻫﻢ اﻟ ﱡﺴَﻔ َﻬﺎء وﻟَ ِـﻜﻦ ﻻﱠ ﻳَـ ْﻌﻠَﻤﻮ‬
seperti dalam surah al-Baqarah: 13 . ‫ن‬
ُ َ ُ ْ
Bagi riwayat Hafs, dua mad tersebut mempunyai dua wajah bacaan
ketika wasal. Pertama, dibaca dengan mad munfasil empat harakat dan
mad muttasil dengan empat harakat juga. Kedua, dibaca mad munfasil
lima harakat dan mad muttasil juga lima harakat.

(iv) Kaedah Keempat


Apabila berkumpul mad muttasil atau mad munfasil di satu pihak,
manakala mad Âaridh li al-sukun di pihak yang lain. Umpamanya
berkumpul mad muttasil bersama dengan mad Âaridh li al-sukun
seperti dalam surah al-Baqarah: 5. ‫ﻚ ُﻫ ُﻢ اﻟْ ُﻤ ْﻔﻠِ ُﺤﻮ َن‬
َ ِ‫ َوأ ُْوﻟَـﺌ‬atau berkumpul
mad munfasil bersama mad Âaridh li al-sukun seperti dalam surah
َ ‫َﺧﺎﻟِ ُﺪو‬
al-Baqarah: 25 ‫ن‬ ‫اج ﱡﻣﻄَ ﱠﻬَﺮةٌ َوُﻫ ْﻢ ﻓِ َﻴﻬﺎ‬ ِ
ٌ ‫ َوَﳍُ ْﻢ ﻓ َﻴﻬﺎ أ َْزَو‬.
Apabila mad muttasil atau munfasil dibaca dengan empat harakat, maka harus
dibaca mad Âaridh li al-sukun dengan tiga wajah, iaitu qasar dua harakat, tawassut
empat harakat dan mad enam harakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 HUKUM MAD  81

Apabila mad muttasil atau munfasil dibaca dengan lima harakat, maka harus bagi
mad Âaridh li al-sukun dibaca dengan wajah pilihan yang telah disebutkan.

SEMAK KENDIRI 4.3


1. Berikan takrif mad lazim kalimi muthaqqal berserta dengan
contoh.

2. Terangkan maksud mad lazim harfi mukhaffaf.

3. Jelaskan tingkatan kekuatan mad.

 Hukum mad merupakan topik yang amat penting dan perlu diambil perhatian
oleh setiap Muslim.

 Boleh dikatakan setiap ayat al-Quran mempunyai hukum mad, sama ada ayat
tersebut panjang atau pendek.

 Penguasaan topik ini mestilah dimulai dengan mengenali huruf-huruf mad


dan selepas itu memahami sebab-sebab berlakunya mad.

 Hamzah dan sukun ialah dua sebab yang penting dalam berlakunya hukum mad.

 Abdullah Ibn MasÊud r.a. pernah memberi teguran kepada bacaan seorang
lelaki yang tidak membaca kalimah yang sepatutnya dibaca dengan mad.

 Penguasaan topik ini memberi kesan kepada penerimaan bacaan yang sahih.

Huruf lin Mad far`ie


Mad Âaridh li al-sukun Mad jaiz munfasil
Mad asli Mad lazim
Mad badal Mad muttasil

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Hukum
Idgham
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan takrif idgham dari sudut bahasa dan istilah serta hukum-
hukumnya;
2. Menghuraikan pembahagian idgham dan kaedah mempraktikkannya
dalam bacaan al-Quran;
3. Menjelaskan perbezaan antara idgham kabir dan soghir;
4. Menerangkan bentuk-bentuk idgham mithlain, mutajanisain dan
mutaqaribain; dan
5. Mengenal pasti isu-isu idgham.

 PENGENALAN
Topik ini membincangkan hukum idgham yang terdapat dalam bacaan al-Quran
selain daripada hukum idgham yang terdapat di dalam topik nun sakinah, tanwin
dan mim sakinah. Hukum idgham yang akan dibincangkan di dalam topik ini
melibatkan idgham mithlain, idgham mutajanisain, idgham mutaqaribain, idgham
kabir, idgham soghir, idgham kamil dan idgham naqis. Kesemua hukum idgham
ini akan dijelaskan menerusi takrifnya dan dihuraikan dengan terperinci berserta
contoh-contoh. Pandangan para ulama tajwid dalam menghuraikan hukum-
hukum berkenaan idgham turut dimuatkan di dalam topik ini agar hukum
idgham dapat difahami dengan lebih luas dan mendalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  83

5.1 IDGHAM, PEMBAHAGIAN DAN


HUKUM-HUKUMNYA
Idgham merupakan sejenis hukum bacaan yang terdapat dalam bacaan al-Quran.
Ia berlaku disebabkan persamaan makhraj atau sifat antara dua huruf yang
bertemu. Pada asasnya, hukum idgham terjadi bagi memudahkan bacaan
al-Quran yang mana asal bacaan tersebut mengandungi dua huruf, namun
diidghamkan sehingga dalam bacaan ia hanya disebut dengan satu huruf sahaja.

Idgham merupakan tajuk yang penting dalam ilmu tajwid. Menurut riwayat Hafs
daripada Imam `Asim, terdapat beberapa jenis idgham selain daripada hukum
idgham yang terdapat dalam hukum nun sakinah, tanwin dan mim sakinah.
Hukum-hukum idgham ini dikenali sebagai idgham mutamathilain, idgham
mutajanisain dan idgham mutaqaribain.

Selain itu, terdapat juga beberapa pembahagian idgham yang dikenali sebagai
idgham kamil dan idgham naqis. Kesemua hukum idgham yang dikemukakan
mempunyai takrif yang berbeza dan sebab berlakunya idgham tersebut. Justeru,
amatlah digalakkan agar setiap pembaca al-Quran menguasai keseluruhan
permasalahan dalam topik idgham ini.

5.1.1 Takrif Idgham


Idgham dari sudut bahasa bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
Dari sudut istilah, idgham bermaksud memasukkan huruf pertama ke dalam
huruf yang kedua seolah-olah menjadikannya satu huruf yang bertasydid (rujuk
Jadual 5.1).
Jadual 5.1: Takrif Idgham

Takrif Penerangan
Bahasa Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
Istilah Memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua seolah-olah
menjadikannya satu huruf yang bertasydid.
Faedah Menjadikan bacaan seseorang lebih mudah dari sudut sebutannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

5.1.2 Sebab dan Faedah Idgham


Hukum idgham terjadi apabila terdapat dua huruf yang sama makhraj atau sifat
atau kedua-duanya bertemu dalam satu atau dua kalimah. Hukum idgham yang
wujud pada bacaan al-Quran sebenarnya bertujuan memudahkan seseorang
pembaca al-Quran untuk menyebut kalimah-kalimah yang terdapat di dalam
al-Quran. Ini kerana pada bacaan yang asal seseorang perlu menyebut kedua-dua
huruf yang ada sedangkan sebutannya agak sukar dilafazkan. Maka dengan
adanya hukum idgham, kedua-dua huruf tersebut hanya perlu diidghamkan atau
disatukan dengan menjadikannya satu huruf yang bertasydid.

5.1.3 Syarat-syarat Idgham


Idgham mempunyai dua syarat umum iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Dua syarat idgham

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  85

Mari kita lihat syarat-syarat tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Wujudnya Mudgham


Mudgham ialah huruf yang pertama iaitu huruf yang dimasukkan ke dalam
huruf yang kedua. Kedua-dua huruf ini mestilah bertemu dari sudut bacaan
dan tulisan. Contohnya, pertemuan huruf nun dengan huruf ra seperti yang
berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 5

(b) Wujudnya Mudgham Fihi


Mudhgam fihi ialah huruf yang kedua yang mana huruf yang pertama akan
dimasukkan ke dalam huruf ini. Contohnya, pertemuan huruf qaf dengan
huruf kaf seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Mursalat: 20

Dengan adanya kedua-dua mudgham dan mudgham fihi, maka berlakulah


hukum idgham dalam bacaan tersebut iaitu dengan memasukkan huruf
mudgham ke dalam huruf mudgham fihi. Dengan demikian, ketika
membaca hukum idgham dalam bacaan, huruf mudgham akan hilang dan
yang hanya kedengaran adalah huruf mudgham fihi yang bertasydid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

5.1.4 Pembahagian Idgham


Idgham terbahagi kepada dua bahagian iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Pembahagian idgham

Huraian bagi kedua-dua idgham tersebut adalah seperti yang berikut.

(a) Idgham soghir


Idgham soghir bermaksud memasukkan huruf yang berbaris sukun (mati)
ke dalam huruf berikutnya yang berbaris. Contohnya, membaca secara
idgham pada huruf dal yang berbaris sukun (mati) pada huruf dal yang
berbaris selepasnya seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Maidah: 61

Contohnya, membaca secara idgham pada huruf ba yang berbaris sukun


(mati) pada huruf ba yang berbaris selepasnya seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 60

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  87

Contohnya, membaca secara idgham pada huruf nun yang berbaris sukun
(mati) pada huruf mim yang berbaris selepasnya seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah Fatir: 11

Contoh-contoh tersebut dinamakan sebagai idgham soghir kerana perbuatan


memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua adalah sedikit
berbanding dengan idgham kabir. Ini kerana dalam hukum idgham soghir,
huruf yang pertama sudah pun berbaris sukun (mati). Ia hanya perlu
dimasukkan ke dalam huruf yang kedua tanpa mengubah baris asalnya.
Berbanding dengan idgham kabir, huruf yang pertama adalah huruf yang
berbaris dan perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum boleh dimasukkan ke
dalam huruf yang kedua.

(b) Idgham Kabir


Idgham kabir bermaksud memasukkan huruf yang berbaris sama ada fathah
(atas), kasrah (bawah) atau dhammah (depan) ke dalam huruf berikutnya
yang juga berbaris. Contohnya, membaca secara idgham pada huruf lam
yang berbaris fathah (atas) pada huruf lam yang berbaris selepasnya seperti
yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 22

Contohnya, membaca secara idgham pada huruf ta yang berbaris kasrah


(bawah) pada huruf sin yang berbaris selepasnya seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Nisa: 57

Contohnya, membaca secara idgham pada huruf ta yang berbaris kasrah


(bawah) pada huruf to yang berbaris selepasnya seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-RaÊd: 29

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

Contoh-contoh tersebut dinamakan sebagai idgham kabir kerana perbuatan


memasukkan huruf pertama ke dalam huruf yang kedua lebih banyak
berbanding dengan idgham soghir. Ini kerana huruf pertama yang berbaris
perlu diletakkan baris sukun (mati) terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke
dalam huruf yang kedua.

Walau bagaimanapun, perlulah diketahui bahawa contoh-contoh yang


diberikan pada idgham kabir tidak seharusnya dibaca dengan idgham bagi
riwayat Hafs daripada Imam `Asim. Ini kerana dalam bacaan riwayat Hafs
daripada Imam `Asim hanya terdapat dua tempat sahaja yang akan dibaca
dengan idgham kabir iaitu:

Surah Ayat

Surah al-Kahfi: 95

Surah Yusuf: 11

Bagi bacaan dalam Surah al-Kahfi, ia dibaca dengan memasukkan huruf nun
pertama yang berbaris fathah (atas) ke dalam huruf nun kedua yang berbaris
kasrah (bawah). Asal bagi bacaan tersebut adalah (‫)ﻣ ﱠﻜﻨَِﲏ‬,
َ namun dibaca
dengan idgham menurut bacaan riwayat Hafs daripada Imam `Asim iaitu
dengan menghilangkan huruf nun yang pertama dan menjadikan huruf yang
kedua berbaris tasydid (sabdu) dengan baris kasrah (bawah).

Bagi bacaan dalam Surah Yusuf pula, ia dibaca dengan memasukkan huruf
nun pertama yang berbaris dhammah (depan) ke dalam huruf nun kedua
yang berbaris fathah (atas). Asal bagi bacaan tersebut adalah (‫)ﻻَ ﺗَﺄْ َﻣﻨُـﻨَﺎ‬, namun
dibaca dengan idgham berserta isymam (memuncungkan mulut) menurut
bacaan riwayat Hafs daripada Imam `Asim iaitu dengan menghilangkan
huruf nun yang pertama dan menjadikan huruf yang kedua berbaris tasydid
(sabdu) dengan baris fathah (atas) sambil memuncungkan mulut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  89

5.1.5 Pembahagian Hukum-hukum Idgham Soghir


Secara umumnya, hukum idgham soghir terbahagi kepada tiga iaitu seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Pembahagian hukum idgham soghir

Sekarang, mari kita bincang pula pembahagian tersebut satu persatu.

(a) Pertama: Idgham yang Wajib di Sisi Qurra


Jenis idgham yang wajib dibaca semua qurra ialah apa yang disebut sebagai
idgham mithlain, idgham mutajanisain dan idgham mutaqaribain. Semua
jenis ini akan diterangkan pada tajuk selepas ini.

(b) Kedua: Idgham yang Dilarang di Sisi Qurra


Terdapat juga keadaan yang mana qurra telah melarang melakukan idgham
pada tempat-tempat tersebut. Larangan ini berlaku apabila huruf pertama
berbaris dan huruf kedua pula berbaris sukun (mati) sama ada ia terdapat
dalam satu kalimah atau dalam dua kalimah. Contoh dalam satu kalimah
adalah seperti yang berikut:

Surah Ayat

Surah Abasa: 26

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

Manakala contoh dalam dua kalimah adalah seperti yang berikut:

Surah Ayat

Surah al-AÊraf: 60

Kedua-dua contoh yang dikemukakan tidak boleh dibaca dengan idgham,


tetapi mestilah dibaca dengan izhar pada huruf yang pertama. Larangan
membaca secara idgham di sini adalah kerana huruf yang pertama berbaris
manakala huruf kedua pula berbaris sukun (mati).

(c) Ketiga: Idgham yang Harus bagi Sebahagian Qurra dan Tidak bagi
Sebahagian yang Lain
Idgham pada bahagian ini tidak melibatkan bacaan dalam riwayat Hafs
daripada Imam `Asim. Namun begitu, ia tetap dibincangkan agar difahami
apakah faktor-faktor yang menyebabkan hukum idgham berlaku bagi imam-
imam qiraat lain selain daripada bacaan riwayat Hafs daripada Imam `Asim.
Dengan mengetahui bahawa terdapatnya imam qiraat yang membaca secara
idgham, secara tidak langsung menunjukkan bahawa imam qiraat yang
selebihnya membaca bacaan tersebut secara izhar. Bagi imam-imam qiraat
yang membaca secara idgham dalam bahagian ini, didapati bacaan tersebut
berlaku pada beberapa tempat seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.4.

(i) Huruf zal pada kalimah „iz‰ apabila bertemu enam huruf yang
berikut:

(ii) Huruf dal pada kalimah „qad‰ apabila bertemu lapan huruf yang
berikut:

(iii) Huruf ta taÊnith apabila bertemu enam huruf yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  91

(iv) Huruf lam pada kalimah „hal‰ dan „bal‰ apabila bertemu lapan huruf
yang berikut:

Rajah 5.4: Idgham yang harus bagi sebahagian qurra

Huraian bahagian-bahagian yang disebut tadi adalah seperti yang berikut:

(a) Huruf zal pada kalimah „iz‰ apabila bertemu dengan enam huruf yang
berikut harus dibaca dengan idgham oleh sebahagian qurra sahaja dan
contoh-contohnya boleh dilihat di dalam Jadual 5.2 yang berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

Jadual 5.2 : Huruf Zal pada Kalimah „Iz‰

Huruf Nama Surah Contoh Ayat

Ta Al-AÊraf: 163

Jim Al-Baqarah: 125

Dal Sad: 22

Zai Al-Anfal: 48

Sin Al-Nur: 12

Sad Al-Ahqaf: 29

(b) Huruf dal pada kalimah „qad‰ apabila bertemu dengan lapan huruf yang
berikut harus dibaca dengan idgham oleh sebahagian qurra sahaja dan
contoh-contohnya boleh dilihat di dalam Jadual 5.3 yang berikut.

Jadual 5.3: Huruf Dal pada Kalimah „Qad‰

Huruf Nama Surah Contoh Ayat


َّ َ ٰ َّ َّ َ َ ٗ ُ ُ ِ ٓ َ َّ ۡ ََ
Jim Al-Hijr: 16 َ ‫ِلنٰظِر‬
‫ين‬ ِ ‫َولق ۡد َج َعل َنا ِف ٱلسماء بروجا وزينها ل‬

Zal Al-ÂAraf: 179

Zai Al-Mulk: 5

Sin Al-Mujadalah: 1

Syin Yusuf: 30

Sad Al-Kahf: 54

Dhad Al-Rum: 58

Zho Sad: 24

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  93

(c) Huruf ta taÊnith apabila bertemu dengan enam huruf yang berikut harus
dibaca dengan idgham oleh sebahagian qurra sahaja dan contoh-contohnya
boleh dilihat di dalam Jadual 5.4 yang berikut.

Jadual 5.4: Huruf Ta TaÊnith

Huruf Nama Surah Contoh Ayat

Tha Hud: 95

Jim Al-Nisa: 56

Zai Al-IsraÊ: 97

Sin Al-NabaÊ: 20

Shad Al-Hajj: 40

Zho Al-AnbiyaÊ: 11

(d) Huruf lam pada kalimah „hal‰ dan „bal‰ apabila bertemu dengan lapan
huruf yang berikut harus dibaca dengan idgham oleh sebahagian qurra
sahaja dan contoh-contohnya boleh dilihat di dalam Jadual 5.5 yang berikut.

Jadual 5.5: Huruf Lam pada Kalimah „Hal‰

Huruf Nama Surah Contoh Ayat

Ta Al-Maidah: 59

Tha Al-Mutaffifin: 36

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

Terdapat hanya dua huruf sahaja yang boleh dibaca dengan idgham bagi
huruf lam pada kalimah „hal‰, manakala terdapat tujuh huruf yang boleh
dibaca dengan idgham bagi huruf Lam pada kalimah „bal‰ (rujuk Jadual 5.6).

Jadual 5.6: Huruf Lam pada Kalimah „Bal‰

Huruf Nama Surah Contoh Ayat

Ta al-ÂAla: 16

Nun al-WaqiÊah: 67

Sin Yusuf: 18

Zho al-Fath: 12

Dhad al-Ahqaf: 28

Zai al-RaÊd: 33

Tho al-Nisa: 155

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, bacaan-bacaan yang terdapat


dalam contoh-contoh tadi hanya akan dibaca secara idgham oleh sebahagian
imam qiraat sahaja. Manakala bagi riwayat Hafs daripada Imam `Asim,
kesemua contoh yang telah diberikan akan dibaca secara izhar sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  95

5.1.6 Penghalang Hukum Idgham


Idgham tidak akan berlaku apabila terdapat halangan seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5: Penghalang hukum idgham

Mari kita lihat penghalang-penghalang hukum idgham tersebut dengan lebih


lanjut.

(a) Apabila huruf pertama ialah huruf ta mutakallim (kata ganti nama
pertama). Contohnya:

Surah Ayat

Surah al-Naba:40 ‫و‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

(b) Apabila huruf pertama ialah ta mukhatab (kata ganti nama kedua).
Contohnya:

Surah Ayat

Surah Yunus: 99

(c) Apabila huruf pertama berbaris tanwin (baris dua). Contohnya:

Surah Ayat

Surah al-Baqarah: 261

(d) Apabila huruf pertama berbaris tasydid (sabdu). Contohnya:

Surah Ayat

Surah al-ÂAraf: 142

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan idgham? Nyatakan faedah


mengetahui hukum idgham.

2. Idgham terbahagi kepada dua – idgham soghir dan idgham kabir.


Sila huraikan secara ringkas kedua-duanya.

3. Nyatakan apakah yang boleh menghalang hukum idgham.

5.2 IDGHAM MITHLAIN, MUTAJANISAIN DAN


MUTAQARIBAIN
Pembahagian idgham ini berlaku disebabkan dua faktor iaitu makhraj dan sifat.
Setiap satu daripada bahagian idgham iaitu mithlain, mutajanisain dan
mutaqaribain pula terbahagi kepada tiga iaitu kabir, soghir dan mutlak. Walau
bagaimanapun, hanya bacaan idgham saghir yang terdapat dalam bacaan riwayat
Hafs daripada Imam `Asim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  97

5.2.1 Idgham Mithlain


Idgham mithlain bermaksud memasukkan dua huruf yang sama dari sudut
makhraj dan sifatnya dan menjadikannya satu huruf yang bertasydid sama ada
dalam satu atau dua kalimah. Contohnya bagi idgham mithlain dalam satu
kalimah adalah seperti yang berikut:
Surah Ayat

Surah al-Baqarah: 200

Surah al-Muddathir: 42

Manakala contoh bagi idgham mithlain dalam dua kalimah adalah seperti yang
berikut:
Surah Ayat

Surah al-Fatihah: 3-4

Sebab penamaan idgham mithlain ialah kerana kedua-dua huruf mempunyai


persamaan dari sudut makhraj dan sifat huruf. Idgham mithlain ini terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Idgham mithlain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

Sekarang, mari kita bincang pula bahagian-bahagian idgham mithlain dengan


lebih lanjut.

(a) Idgham Mithlain Soghir


Idgham mithlain soghir berlaku apabila bertemunya dua huruf yang
bersamaan pada sifat dan makhraj. Huruf yang pertama berbaris sukun
(mati) manakala huruf yang kedua pula berbaris depan dan atas. Contoh-
contohnya adalah seperti yang berikut:

Huruf Surah Ayat

Kaf bertemu kaf Surah al-NisaÊ: 78

Ha bertemu ha Surah al-Nahl: 76

Dal bertemu dal Surah al-Maidah: 61

Nun bertemu nun Surah al-IsraÊ: 90

Sebab dinamakan idgham mithlain soghir ialah kerana kurang bentuk kerja
ketika proses idgham dilakukan. Proses idgham di sini hanyalah
memasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua. Bacaan
seperti ini terdapat dalam bacaan riwayat Hafs daripada Imam `Asim.

Hukum idgham bagi contoh-contoh tadi adalah wajib bagi seluruh qurra
sama ada dalam satu atau dua kalimah dengan menepati syarat-syarat yang
berikut:

(i) Syarat Pertama


Huruf yang pertama mestilah bukan huruf mad seperti dua huruf waw
atau dua huruf ya. Contohnya:

Huruf Surah Ayat


Waw bertemu Surah Ali ÂImran:
waw 200

Ya bertemu ya Surah al-Nas: 5

Kedua-dua keadaan berikut tidak boleh dibaca dengan idgham.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  99

Sekiranya huruf waw yang pertama berbaris sukun (mati) dan


sebelumnya berbaris fathah (atas), manakala selepasnya pula huruf
waw yang berbaris, maka hukumnya wajib membaca secara idgham.
Ini kerana kedudukan huruf lin adalah sama dengan huruf sahih.
Contohnya:

Huruf Surah Ayat

Waw bertemu waw Surah AliÊImran: 188

Waw bertemu waw Surah al-Anfal: 72

(ii) Syarat Kedua


Huruf yang pertama bukan huruf ha saktah. Keadaan sebegini hanya
berlaku pada satu tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu:

Huruf Surah Ayat

Dua huruf ha Surah al-Haqqah: 28-29

Menurut riwayat Hafs daripada Imam `Asim, tempat tersebut boleh


dibaca dengan dua wajah sekiranya mewasalkan bacaan:

 Pertama
Mengidghamkan huruf ha pertama ke dalam ha yang kedua.

 Kedua
Membaca dengan saktah pada huruf ha yang pertama iaitu dengan
menghentikan bacaan tanpa bernafas, kemudian meneruskan
bacaan pada ayat berikutnya. Wajah yang kedua adalah lebih
masyhur dan lebih afdal berbanding bacaan yang pertama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

(b) Idgham Mithlain Kabir


Idgham mithlain kabir berlaku apabila bertemunya dua huruf yang
bersamaan makhraj dan sifat dalam keadaan kedua-duanya berbaris.
Contohnya:

Surah Ayat

Surah al-Fatihah: 3-4 ‫ﻚ ﻳَـ ْﻮِم اﻟﺪﱢﻳ ِﻦ‬


ِ ِ‫اﻟﱠﺮ ْﲪ ِﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴﻢ ﻣـﺎﻟ‬
َ

Dinamakan idgham mithlain kabir kerana bentuk kerja ketika proses idgham
dilakukan adalah lebih banyak berbanding dengan idgham mithlain soghir.
Ini kerana kedua-dua huruf tersebut adalah berbaris.

Oleh itu, huruf yang pertama perlu disukunkan terlebih dahulu sebelum
diidghamkan. Bacaan ini dibaca secara izhar oleh kesemua imam qiraat
kecuali Abu Amru dan YaÊqub. Mereka berdua membaca bacaan tersebut
secara idgham.

(c) Idgham Mithlain Mutlak


Idgham mithlain mutlak berlaku apabila huruf yang pertama berbaris
manakala huruf yang kedua pula berbaris sukun (mati). Contohnya:

Huruf Surah Ayat


ِ ُ‫ﻣﺎ ﻧَﻨﺴﺦ ِﻣﻦ آﻳ ٍﺔ أَو ﻧ‬
‫ﻨﺴ َﻬﺎ‬
Dua huruf nun Surah al-Baqarah: 106 ْ َ ْ َْ َ

Dinamakan idgham mithlain mutlak kerana keadaan pada idgham mutlak


ini tiada kaitan dengan idgham soghir dan idgham kabir. Hukumnya wajib
dibaca dengan izhar oleh semua qurra.

5.2.2 Idgham Mutajanisain


Idgham mutajanisain bermaksud memasukkan dua huruf yang sama dari sudut
makhraj namun berbeza dari sudut sifatnya dan menjadikannya satu huruf yang
bertasydid sama ada dalam satu atau dua kalimah. Namun, terdapat juga
pendapat bahawa idgham mutajanisain bermaksud memasukkan dua huruf yang
sama dari sudut sifat tetapi berbeza dari sudut makhrajnya.

Idgham mutajanisain terbahagi kepada tiga bahagian seperti yang ditunjukkan di


dalam Rajah 5.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  101

Rajah 5.7: Idgham mutajanisain

Sekarang, mari kita bincang pula bahagian-bahagian idgham mutajanisain dengan


lebih mendalam.

(a) Idgham Mutajanisain Soghir


Idgham mutajanisain soghir berlaku apabila bertemunya dua huruf yang
bersamaan sifat atau makhraj. Huruf yang pertama berbaris sukun (mati)
manakala huruf yang kedua pula berbaris. Contoh-contohnya adalah seperti
yang berikut:

Huruf Surah Ayat

Dal bertemu ta Al-Baqarah: 256 ‫ﲔ اﻟﱡﺮ ْﺷ ُﺪ ِﻣ َﻦ اﻟْﻐَ ﱢﻲ‬ َ ‫ﻗَﺪ ﺗﱠـﺒَـ ﱠ‬


Ta bertemu dal Yunus: 89 ‫ﻗَ َﺎل ﻗَ ْﺪ أ ُِﺟﻴﺒَﺖ ﱠد ْﻋ َﻮﺗُ ُﻜ َﻤﺎ‬

َ ‫ﻀﻠﱡ‬
‫ﻮك‬ ِ ‫َﳍ ﱠﻤﺖ ﻃﱠﺂﺋَِﻔﺔٌ ﱡﻣْﻨـﻬﻢ أَن ﻳ‬
Ta bertemu to Al-Nisa: 113 ُ ُْ َ
Zal bertemu zho Al-Zukhruf: 39 ‫إِذ ﻇﱠﻠَ ْﻤﺘُ ْﻢ‬
ِ
Tha bertemu zal Al-AÊraf: 176 ‫ﻚ‬َ ‫أ َْو ﺗَـْﺘـُﺮْﻛﻪُ ﻳَـ ْﻠ َﻬﺚ ذﱠﻟ‬
Ba bertemu mim Hud: 42 ‫ﲏ ْارَﻛﺐ ﱠﻣ َﻌﻨَﺎ‬
‫ﻳَﺎ ﺑـُ َﱠ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

(b) Idgham Mutajanisain Kabir


Idgham mutajanisain kabir berlaku apabila bertemunya dua huruf yang
bersamaan sifat atau makhraj dalam keadaan kedua-dua huruf tersebut
berbaris. Bacaan ini dibaca secara izhar oleh kesemua imam qiraat kecuali
Abu Amru dan YaÊqub. Mereka berdua membaca bacaan tersebut secara
idgham. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

Huruf Surah Ayat

‫ود اﻟﻠّ ِﻪ‬ ِِ


Dal bertemu ta al-Baqarah: 187 َ ‫ِﰲ اﻟْ َﻤ َﺴﺎﺟﺪ ﺗِْﻠ‬
ُ ‫ﻚ ُﺣ ُﺪ‬
ْ‫ﺼﻠﱡﻮا‬ ِ ِ
Ta bertemu to al-Nisa: 102 َ ُ‫ُﺧَﺮى َﱂْ ﻳ‬ ْ ‫َوﻟْﺘَﺄْت ﻃَﺂﺋ َﻔﺔٌ أ‬
‫اﳊَﻴَ ِﺎة اﻟ ﱡﺪﻧْـﻴَﺎ‬ ِ
Tha bertemu zal Ali-ÂImran: 14 ْ ُ‫ﻚ َﻣﺘَﺎع‬َ ‫اﳊَْﺮ ِث َذﻟ‬
ْ ‫َو‬
‫ﺖ‬ْ ‫س ُزﱢو َﺟ‬ ِ
Sin bertemu zai al-Takwir: 7
ُ ‫َوإ َذا اﻟﻨﱡـ ُﻔﻮ‬

(c) Mutajanisain Mutlak


Mutajanisain mutlak berlaku apabila bertemunya dua huruf yang bersamaan
sifat atau makhraj. Huruf yang pertama berbaris, manakala huruf yang
kedua pula berbaris sukun (mati). Hukumnya adalah wajib dibaca dengan
izhar oleh semua qurra. Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:

Huruf Surah Ayat

Ya bertemu sin Surah al-Baqarah: 217 ‫اﳊََﺮِام‬


ْ ‫ﱠﻬ ِﺮ‬ْ ‫ﻚ َﻋ ِﻦ اﻟﺸ‬َ َ‫ﻳَ ْﺴﺄَﻟُﻮﻧ‬
‫ﺎت اﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ِ ‫ﱠﻣﺎ ﻧَِﻔﺪ‬
Dal bertemu ta Surah Luqman: 27 ُ ‫ت َﻛﻠ َﻤ‬ ْ َ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  103

5.2.3 Idgham Mutaqaribain


Idgham mutaqaribain di sini bermaksud dua huruf yang berhampiran makhraj
dan sifat. Menurut bacaan riwayat Hafs daripada Imam `Asim, idgham
mutaqaribain tidak berlaku kecuali antara huruf lam dan ra sahaja. Ia berlaku
dalam keadaan yang mana huruf lam berbaris sukun (mati) dan huruf ra pula
berbaris. Contohnya:

Surah Ayat

Surah al-Isra: 24

Surah al-Anbiya: 56

Idgham mutaqaribain juga terbahagi kepada tiga bahagian seperti yang


ditunjukkan di dalam Rajah 5.8.

Rajah 5.8: Idgham mutaqaribain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

Mari kita lihat bahagian-bahagian idgham mutaqaribain dengan lebih lanjut lagi.

(a) Idgham Mutaqaribain Soghir


Idgham mutaqaribain soghir berlaku apabila bertemunya dua huruf yang
berhampiran pada sifat yang mana huruf yang pertama berbaris sukun
(mati) manakala huruf yang kedua berbaris. Contoh adalah seperti yang
berikut:

Huruf Surah Ayat

Lam bertemu ra al-Anbiya: 56

Hukum bacaan di tempat ini ialah dibaca dengan idgham oleh semua qurra.

(b) Idgham Mutaqaribain Kabir


Idgham mutaqaribain kabir berlaku apabila bertemunya dua huruf yang
berhampiran pada sifat dalam keadaan kedua-dua huruf tersebut berbaris.
Bacaan ini dibaca secara izhar oleh kesemua imam qiraat kecuali Abu Amru
dan YaÊqub. Mereka berdua membaca bacaan tersebut secara idgham.
Contoh adalah seperti yang berikut:

Huruf Surah Ayat

Tha bertemu ta al-Mukminun: 112

(c) Mutaqaribain Mutlak


Mutaqaribain mutlak berlaku apabila bertemunya dua huruf yang
bersamaan pada sifat atau makhraj. Huruf yang pertama berbaris, manakala
huruf yang kedua pula berbaris sukun (mati). Hukumnya ialah wajib dibaca
dengan izhar oleh semua qurra. Contoh adalah seperti yang berikut:

Huruf Surah Ayat

Lam bertemu ya Surah al-Maidah: 105

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  105

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Nyatakan takrif bagi idgham mithlain, mutajanisain dan


mutaqaribain.

2. Jelaskan syarat-syarat bagi idgham mithlain.

3. Berikan contoh bagi hukum-hukum yang berikut:


(a) Idgham mithlain kabir;
(b) Idgham mutajanisain soghir; dan
(c) Idgham mutaqaribain mutlak.

5.3 ISU-ISU IDGHAM


Hukum idgham dari sudut kesempurnaan sebutan sama ada dari sudut makhraj
atau sifat terbahagi kepada dua bahagian iaitu idgham kamil dan idgham naqis.
Sesetengah pembaca al-Quran yang kurang faham tentang idgham kamil dan
idgham naqis mungkin melakukan kesalahan ketika membacanya. Justeru,
kefahaman terhadap idgham kamil dan idgham naqis adalah penting bagi
mengelakkan kesilapan dan kekeliruan dalam bacaan al-Quran.

Dari sudut penyebutan idgham, ia telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
idgham kamil dan idgham naqis. Perkara yang dibincangkan dengan idgham
kamil dan idgham naqis adalah kaedah sebutan idgham, sama ada huruf pertama
dimasukkan ke dalam huruf kedua dengan sempurna atau sebahagian daripada
sifat huruf yang pertama masih lagi ada dalam bacaan.

(a) Bahagian Pertama: Idgham Kamil


Idgham kamil bermaksud hilangnya kesemua makhraj dan sifat-sifat yang
terdapat pada huruf yang pertama apabila ia dimasukkan ke dalam huruf
yang kedua. Ia menjadikan kedua-dua huruf tersebut seperti satu huruf yang
bertasydid. Oleh sebab itulah ia dipanggil idgham kamil. Semua ulama
tajwid bersepakat bahawa bacaan tersebut akan dibaca secara idgham yang
sempurna. Ia dapat dilihat menerusi tanda tasydid yang terdapat pada huruf
yang kedua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 HUKUM IDGHAM

Ia boleh berlaku pada idgham mutaqaribain. Contohnya:

Huruf Surah Ayat

Lam bertemu ra Surah al-Baqarah: 2

Ia boleh berlaku pada idgham mutajanisain. Contohnya:

Huruf Surah Ayat

Ta bertemu tho Surah al-Saf: 14

Ia boleh berlaku pada idgham mithlain soghir. Contohnya:

Huruf Surah Ayat

Kaf bertemu kaf Surah al-Nisa: 78

Dal bertemu dal Surah al-Maidah: 61

(b) Bahagian Kedua: Idgham naqis


Idgham naqis bermaksud hilangnya makhraj bagi huruf yang pertama tetapi
masih mengekalkan sifat-sifatnya apabila dimasukkan ke dalam huruf yang
kedua. Ia menjadikan kedua-dua huruf tersebut seperti satu huruf yang
bertasydid, namun kurang sempurna. Oleh sebab itulah ia dipanggil dengan
nama idgham naqis. Contohnya adalah seperti yang berikut:

Huruf Surah Ayat

To bertemu ta Surah al-Naml: 22

SEMAK KENDIRI 5.3

Berikan pengertian idgham naqis dan idgham kamil berserta


contohnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 HUKUM IDGHAM  107

 Kesempurnaan bacaan al-Quran merangkumi pengetahuan mendalam tentang


hukum idgham dan pembahagiannya.

 Dalam memahami topik ini, pembaca hendaklah memahami sebab-sebab


berlakunya idgham dan juga perkara-perkara yang boleh menghalang
daripada berlakunya idgham.

 Selain itu, takrif bagi setiap bahagian dalam topik idgham dan bentuknya perlu
difahami dengan sempurna.

Idgham kabir Mudgham fihi


Idgham soghir Mutaqaribain kabir
Mithlain kabir Mutaqaribain mutlak
Mithlain soghir Mutaqaribain soghir
Mudgham

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Makhraj Huruf
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan takrif bagi makhraj huruf dari sudut bahasa dan
istilah serta kepentingan mempelajarinya;
2. Mengenal pasti kedudukan makhraj huruf dan cara sebutan yang
tepat bagi 29 huruf yang terdapat di dalam al-Quran;
3. Menghuraikan pandangan ulama mengenai bilangan dan
pembahagian makhraj huruf; dan
4. Menyatakan beberapa gelaran yang diberikan kepada huruf-huruf
hijaÊiyyah serta sebab gelaran tersebut diberikan.

 PENGENALAN

Topik ini akan membicarakan tentang makhraj huruf dari sudut takrifnya,
bilangannya, pembahagiannya, jenis-jenisnya dan gelaran yang diberikan kepada
huruf-huruf hijaÊiyyah. Mempelajari makhraj huruf amat penting kerana dengan
mengetahuinya, seseorang itu mampu menyebut setiap huruf di dalam al-Quran
dengan tepat. Ini memastikan bacaan al-Quran bertepatan dengan kehendak Allah
SWT. Kesilapan menyebut sesuatu huruf kerana tidak mengetahui makhraj huruf
merupakan satu kesalahan dan boleh menyebabkan perubahan makna ayat al-Quran.

Oleh itu, perlu diketahui bahawa setiap huruf mempunyai makhrajnya yang
tersendiri serta memiliki gelaran tertentu untuk mempermudah seseorang
menyebutnya dengan tepat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  109

6.1 MAKHRAJ HURUF


Setiap huruf yang terdapat dalam bahasa Arab mempunyai makhrajnya yang
tersendiri. Untuk menyebut suatu huruf dengan tepat, seseorang mesti mengenal
pasti kedudukan makhraj tersebut. Ini kerana terdapat huruf-huruf yang
mempunyai bunyi yang hampir sama tetapi terhasil daripada makhraj yang
berbeza. Selain daripada mempelajari sebutan huruf, suara mad (panjang) dan
suara dengung juga termasuk dalam topik makhraj huruf.

Justeru, kita mestilah mempelajari kesemua makhraj huruf yang terdapat di dalam
al-Quran bagi memastikan bacaan al-Quran yang dibaca dan diajar disampaikan
dengan tepat dan betul. Adakah kita sudah membaca al-Quran mengikut makhraj-
makhrajnya? Cuba anda fikirkan jawapannya.

6.1.1 Takrif Huruf dan Makhraj Huruf


Huruf dari sudut bahasa bermaksud hujung setiap sesuatu. Dari sudut istilah pula,
huruf merupakan suara yang terhasil daripada makhraj huruf yang tertentu.
Dalam bahasa Arab, terdapat 29 huruf yang dikenali sebagai huruf-huruf
hijaÊiyyah.

Makhraj huruf dari sudut bahasa ialah tempat keluar suatu huruf atau lebih.
Manakala dari sudut istilah, makhraj huruf bermaksud tempat keluar sesuatu
huruf serta suara mad (panjang) dan suara dengung yang terdapat di dalam
al-Quran. Tujuan mengetahuinya ialah untuk membezakan sebutan bagi suatu
huruf dengan huruf yang lain.

6.1.2 Jenis-jenis Makhraj Huruf


Makhraj huruf boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

(a) Makhraj Muhaqqaq


Ia merupakan makhraj yang mengeluarkan suara huruf secara sahih iaitu
bermula dari huruf ba hinggalah huruf ya. Kesemua huruf ini terhasil
daripada salah satu makhraj iaitu al-halq (tekak), al-lisan (lidah) atau
al-shafatain (dua bibir). Dinamakan makhraj muhaqqaq kerana suara huruf
yang dikeluarkan daripadanya terbit dari salah satu bahagian mulut dan
dapat dikenal pasti dengan tepat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

(b) Makhraj Muqaddar


Ia merupakan makhraj yang hanya mengeluarkan suara mad (panjang) dan
suara dengung. Kedua-dua suara ini terhasil daripada salah satu makhraj
iaitu al-jauf (rongga) atau al-khaishum (rongga hidung). Dinamakan makhraj
muqaddar kerana suara huruf yang dikeluarkan daripadanya tidak terbit
dari mana-mana bahagian mulut dan hanya terhasil dari rongga sahaja
(rujuk Jadual 6.1 dan Jadual 6.2).

Jadual 6.1: Takrif Makhraj Huruf

Dari Segi Takrif


Bahasa Tempat keluar suatu huruf atau lebih.
Istilah Tempat keluar suatu huruf serta suara mad (panjang) dan suara
dengung yang terdapat di dalam al-Quran.

Jadual 6.2: Dua Jenis Makhraj Huruf

Jenis-jenis Penerangan
Makhraj Makhraj yang mengeluarkan suara huruf secara sahih iaitu
muhaqqaq bermula dari huruf ba hinggalah huruf ya.
Makhraj Makhraj yang hanya mengeluarkan suara mad (panjang) dan
muqaddar suara dengung.

6.1.3 Bilangan Makhraj Huruf


Secara umumnya, para ulama bersepakat bahawa bilangan makhraj yang
mengeluarkan suara bagi kesemua huruf serta suara mad (panjang) dan suara
dengung ada lima makhraj iaitu al-halq (tekak), al-lisan (lidah), al-shafatain (dua
bibir), al-jauf (rongga) dan al-khaishum (rongga hidung). Setiap makhraj ini
boleh mengeluarkan satu atau lebih daripada satu huruf dan ia dikenali sebagai
makhraj am.

Manakala perincian bagi setiap makhraj pula terbahagi kepada tiga pendapat
daripada ulama qiraat dan ulama lughah (bahasa). Ia dinamakan sebagai makhraj
khas. Pendapat-pendapat tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Pendapat Imam al-Khalil Ibn Ahmad dan al-Hafiz Ibn al-Jazari
Mereka berpendapat bahawa terdapat 17 makhraj huruf khas. Al-halq
(tekak) mempunyai tiga makhraj khas, al-lisan (lidah) mempunyai 10
makhraj khas dan al-shafatain (dua bibir) mempunyai dua makhraj khas,
manakala al-jauf (rongga) dan al-khaishum (rongga hidung) masing-masing

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  111

dikira sebagai satu makhraj sahaja. Ini merupakan pendapat yang rajih dan
disepakati oleh jumhur ulama tajwid.

(b) Pendapat Imam al-Syatibi dan Sibawaih


Mereka berpendapat bahawa terdapat 16 makhraj huruf khas. Pengurangan
satu makhraj daripada pendapat yang pertama adalah disebabkan mereka
tidak menghitung al-jauf (rongga) sebagai suatu makhraj. Mereka
berpendapat bahawa suara mad iaitu alif, ya dan waw mati berasal daripada
makhraj yang sama ketika berada dalam keadaan berbaris. Ini bermakna
makhraj bagi alif mati adalah pada al-halq (tekak) iaitu makhraj bagi hamzah
yang berbaris, makhraj bagi ya mati adalah pada al-lisan (lidah) iaitu makhraj
bagi ya yang berbaris dan makhraj bagi waw mati adalah al-shafatain (dua
bibir) iaitu makhraj bagi huruf waw yang berbaris.

(c) Pendapat al-FarraÊ, al-Jurami, Qutrub dan Ibn Kaisan


Mereka berpendapat bahawa terdapat 14 makhraj huruf khas. Pengurangan
tiga makhraj daripada pendapat yang pertama adalah disebabkan dua
perkara. Pertama, mereka tidak menghitung al-jauf (rongga) sebagai suatu
makhraj. Sebab pengurangan makhraj ini adalah sama dengan pendapat
yang kedua. Kedua, mereka juga berpendapat bahawa al-lisan (lidah) hanya
mempunyai lapan makhraj khas kerana huruf lam, nun dan ra berkongsi
makhraj yang sama iaitu hujung lidah dengan pangkal gusi gigi hadapan di
sebelah atas. Ini menjadikan jumlah makhraj bagi pendapat ini kurang tiga
makhraj khas berbanding pendapat yang pertama.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, pendapat pertama merupakan pendapat


yang disepakati oleh jumhur ulama tajwid dan dipilih oleh al-Hafiz Ibn al-Jazari.
Beliau menyebut pendapat itu menerusi syair yang dikarangnya di dalam kitab al-
Muqaddimah al-Jazariyyah dan Matan al-Tayyibah dengan katanya:

‫ ﻋﻠﻰ اﻟﺬي ﳜﺘﺎر ﻣﻦ اﺧﱰ‬# ‫ﳐﺎرج اﳊﺮوف ﺳﺒﻌﺔ ﻋﺸﺮ‬


Maksudnya:
Makhraj-makhraj huruf mempunyai 17 makhraj mengikut pandangan yang dipilih
daripada orang-orang yang memilih.

Rajah 6.1 menyatakan jumlah makhraj huruf bagi setiap pendapat ulama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

Rajah 6.1: Pendapat ulama tentang bilangan makhraj

6.1.4 Kaedah Mengenal Pasti Makhraj Huruf


Menurut ulama tajwid, terdapat dua kaedah mudah untuk mempelajari dan
mengenal pasti kedudukan makhraj huruf dengan tepat. Walau bagaimanapun, ia
tetap memerlukan latihan yang kerap dan bimbingan daripada guru tajwid secara
bertalaqqi bagi memastikan sebutan huruf yang dikeluarkan adalah tepat. Kaedah
yang dinyatakan oleh para ulama adalah seperti yang berikut:

(a) Letakkan huruf hamzah yang berbaris fathah (atas) sebelum mana-mana
huruf hijaiÊiyyah dan sukunkan (matikan) huruf tersebut. Dengan
melakukan yang demikian, makhraj bagi suatu huruf dapat dikenal pasti.
Untuk tujuan tersebut, ikuti latihan yang berikut dan perdengarkannya
kepada guru tajwid anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  113

(b) Letakkan huruf hamzah yang berbaris fathah (atas) sebelum mana-mana
huruf hijaiÊiyyah dan sabdukan huruf tersebut dengan baris fathah (atas).
Dengan melakukan yang demikian, makhraj bagi suatu huruf juga dapat
dikenal pasti. Untuk tujuan tersebut, ikuti latihan yang berikut dan
perdengarkannya kepada guru tajwid anda.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Nyatakan takrif bagi makhraj huruf dan apakah yang


dimaksudkan dengan makhraj muqaddar dan makhraj
muhaqqaq.

2. Jelaskan perbezaan pendapat ulama berkaitan bilangan makhraj


huruf dan manakah pendapat yang rajih.

3. Jelaskan kaedah mengenal pasti makhraj bagi suatu huruf.

6.2 PENGHURAIAN MAKHRAJ-MAKHRAJ


HURUF
Setiap kejadian Allah SWT mempunyai hikmah yang tertentu, sama ada kita
mengetahuinya atau tidak. Antara hikmah yang dapat dilihat adalah pada
kesemua anggota di dalam mulut manusia yang mempunyai fungsi-fungsi
tertentu untuk mengeluarkan sebutan huruf-huruf di dalam al-Quran. Sekiranya
setiap manusia menggunakan anggota tersebut dengan sebaiknya, sudah tentu
keseluruhan al-Quran dapat dibaca sebagaimana ia diajarkan oleh Nabi
Muhammad SAW (rujuk Rajah 6.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

Rajah 6.2: Lima makhraj huruf

Mari kita bincangkan anggota-anggota tersebut dengan lebih lanjut dalam


subtopik yang berikutnya.

6.2.1 Makhraj al-Jauf (Rongga Mulut)


Dari sudut bahasa, rongga bermaksud sesuatu ruang kosong. Manakala dari segi
istilah, ia merujuk kepada ruang kosong di dalam mulut dan tekak.

Makhraj al-jauf mengeluarkan suara mad (panjang) iaitu huruf alif yang
sebelumnya berbaris fathah (atas), huruf waw sakinah (berbaris mati) dan
sebelumnya berbaris dhammah (hadapan) dan huruf ya sakinah (berbaris mati)
yang sebelumnya berbaris kasrah (bawah). Ia juga dikenali sebagai huruf waw
al-maddiyyah dan ya al-maddiyah. Contoh sebutan bagi makhraj ini boleh dilihat
pada contoh-contoh kalimah yang berikut:

(a) Suara alif sebelumnya fathah َ‫وﻻ‬


َ ‫ َﻛﺎ َن‬ ‫أَﻻﱠ‬

(b) Suara waw sebelumnya dhammah ْ‫دﻋُﻮا‬


ُ ْ‫ﺗَـ ْﺮﺗَﺎﺑُﻮا‬ ‫ﻳَ ُﻜﻮﻧَﺎ‬

(c) Suara ya sebelumnya kasrah ‫اﻟﱠ ِﺬي‬ ً‫ﺻﻐِﲑا‬ َ ً‫ َﻛﺒِﲑا‬


Makhraj al-jauf merupakan makhraj al-muqaddar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  115

6.2.2 Makhraj al-Halq (Tekak)


Tekak merupakan anggota yang terletak di dalam mulut dan ia merupakan tempat
keluarnya nafas serta tempat laluan makanan dan minuman. Makhraj al-halq
mempunyai tiga makhraj khas dan setiap satunya mempunyai dua huruf. Makhraj
al-halq merupakan makhraj al-muhaqqaq (rujuk Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Makhraj tekak

Mari kita bincangkan makhraj tekak tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Pangkal Tekak


Bahagian ini menghampiri dada dan mengeluarkan dua huruf iaitu huruf
hamzah (‫ )ء‬dan ha (‫)ﻫـ‬.

(b) Pertengahan Tekak


Bahagian ini mengeluarkan dua huruf iaitu huruf ha (‫ )ح‬dan ain (‫)ع‬.

(c) Hujung Tekak


Bahagian ini menghampiri pangkal tekak dan mengeluarkan dua huruf iaitu
huruf ghain (‫ )غ‬dan kha (‫ )خ‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

6.2.3 Makhraj Lidah


Lidah merupakan anggota yang sangat penting kerana ia merupakan makhraj
yang mengeluarkan paling banyak huruf. Jumlah huruf yang keluar dari lidah
adalah sebanyak 18 huruf dan dibahagikan kepada 10 makhraj khas. Makhraj
al-lisan merupakan makhraj al-muhaqqaq. Huraiannya adalah seperti yang
berikut (rujuk Rajah 6.4).

Rajah 6.4: Makhraj lidah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  117

Mari kita bincangkan makhraj lidah dengan lebih lanjut.

(a) Pangkal lidah yang bersetentang dengan lelangit atas.


Bahagian ini mengeluarkan huruf qaf (‫)ق‬.

(b) Pangkal lidah yang bawah sedikit daripada makhraj qaf.


Bahagian ini mengeluarkan huruf kaf (‫)ك‬.

(c) Pertengahan lidah yang bertentangan dengan lelangit atas.


Bahagian ini mengeluarkan tiga huruf iaitu jim (‫)ج‬, shin (‫ )ش‬dan ya (‫ )ي‬yang
َ
berbaris dan bukannya ya al-maddiyyah dan lin (‫)ي‬.
ْ
(d) Tepi lidah sama ada kanan atau kiri yang mengiringi gigi geraham atas.
Bahagian ini mengeluarkan huruf dhad (‫)ض‬.

(e) Tepi lidah di sebelah hujung bersetentangan dengan gusi gigi atas.
Bahagian ini mengeluarkan huruf lam (‫)ل‬.

(f) Hujung lidah yang diangkat ke gusi gigi atas.


Bahagian ini mengeluarkan huruf nun (‫)ن‬.

(g) Hujung lidah dan sedikit belakangnya diangkat ke gusi gigi atas iaitu
berhampiran dengan makhraj nun.
Bahagian ini mengeluarkan huruf ra (‫)ر‬.

(h) Hujung lidah bersama pangkal gigi atas hadapan.


Bahagian ini mengeluarkan huruf ta (‫ )ت‬, tho (‫ )ط‬dan dal (‫)د‬.

(i) Hujung lidah dan atas gigi bawah hadapan berserta ruangan sedikit di antara
hujung lidah dan gigi hadapan.
Bahagian ini mengeluarkan tiga huruf iaitu sin (‫)س‬, shod (‫ )ص‬dan zai (‫ )ز‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

(j) Hujung lidah bersama hujung gigi-gigi atas hadapan serta mengeluarkan
sedikit hujung lidah.
Bahagian ini mengeluarkan tiga huruf iaitu tha (‫)ث‬, dzal (‫ )ذ‬dan zho (‫)ظ‬.

Lidah mempunyai fungsi yang sangat penting kerana ia mengeluarkan huruf-huruf


al-Quran yang paling banyak iaitu sebanyak 15 huruf. Justeru, gunakanlah lidah
sebaiknya untuk menyempurnakan sebutan huruf-huruf yang keluar darinya.

6.2.4 Makhraj al-Syafatain (Bibir Mulut)


Makhraj al-syafatain terletak pada kedua-dua bibir mulut. Ia mempunyai dua
makhraj khas seperti yang berikut (rujuk Rajah 6.5).

Rajah 6.5: Makhraj bibir mulut

Mari kita bincangkan makhraj bibir mulut tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Bibir atas dan bawah.


Bahagian ini mengeluarkan tiga huruf iaitu ba (‫)ب‬, mim (‫ )م‬dan waw (‫)و‬.

(b) Bibir bawah bersama gigi atas sebelah hadapan.


Bahagian ini mengeluarkan huruf fa (‫)ف‬.
Makhraj al-syafatain merupakan makhraj al-muhaqqaq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  119

6.2.5 Makhraj al-Khaisyum (Rongga Hidung)


Makhraj al-khaisyum terletak pada pangkal hidung. Di sini keluarnya suara
dengung (al-ghunnah).

Al-ghunnah dari sudut bahasa ialah suara yang terjadi ketika menyebut huruf mim
(‫ )م‬dan nun (‫)ن‬. Bahagian ini mengeluarkan suara dengung yang terhasil ketika
menyebut huruf mim dan nun. Seperti makhraj al-jauf, makhraj al-khaisyum
merupakan makhraj al-muqaddar.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Sebutkan huruf-huruf yang keluar daripada makhraj al-jauf


(rongga mulut).

2. Nyatakan anggota apakah yang paling banyak mengeluarkan


huruf-huruf dan sebutkan lima makhraj khas daripadanya.

3. Sebutkan makhraj bagi huruf-huruf yang berikut: ta, dzal, ain, nun
dan ghain.

6.3 GELARAN-GELARAN HURUF

Terdapat beberapa sebutan huruf dan suara mad yang diberikan gelaran tertentu.
Ia bertujuan memudahkan seseorang memahami dan mempelajari makhraj huruf.
Pemberian gelaran ini hampir sama dengan makhraj huruf. Sebagai contoh, huruf
yang keluar dari rongga akan dipanggil al-jaufiyyah.

Gelaran yang diberi bagi huruf-huruf tertentu adalah berdasarkan kepada


makhrajnya. Perkara ini telah diperkenalkan oleh al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi
melalui kitabnya al-Âain. Hubungan antara gelaran dan makhraj adalah amat kuat
dan ia amat membantu untuk mengenal pasti makhraj bagi sesuatu huruf. Dalam
bahasa Arab, topik ini dikenali sebagai al-alqab al-huruf.

Al-Khalil telah membahagikan gelaran tersebut kepada 10 bahagian seperti yang


ditunjukkan di dalam Jadual 6.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

Jadual 6.3: Gelaran Huruf

Bil Gelaran Huruf


1. Al-huruf al-jaufiyyah
2. Al-huruf al-hawaÊiyyah
3. Al-huruf al-halqiyyah
4. Al-huruf al-lahawiyyah
5. Al-huruf al-syajariyyah
6. Al-huruf al-asaliyyah
7. Al-huruf al-natÊiyyah
8. Al-huruf al-lithawiyyah
9. Al-huruf al-zalqiyyah
10. Al-huruf al-shafawiyyah

6.3.1 Huruf al-Jaufiyyah dan al-Hawa’iyyah


Rajah 6.6 menyatakan huruf-huruf al-jaufiyyah dan al-hawaÊiyyah.

Rajah 6.6: Gelaran huruf

Huruf al-jaufiyyah ialah gelaran bagi tiga huruf mad iaitu alif yang sebelumnya
berbaris di atas, waw sakinah sebelumnya berbaris hadapan dan ya sakinah
sebelumnya berbaris di bawah. Tiga huruf ini dinamakan huruf al-jaufiyyah
kerana makhrajnya ialah al-jauf iaitu rongga mulut. Ia juga diberi gelaran huruf
al-hawaÊiyyah kerana bertaburan suara ketika menyebutnya di dalam anggota
mulut. Ia juga dikenali sebagai huruf al-maddiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  121

6.3.2 Huruf al-Halqiyyah

Huruf al-halqiyyah ialah gelaran bagi enam huruf iaitu huruf hamzah (‫)ء‬, ha (‫)ﻫـ‬,

ha (‫)ح‬, ain (‫)ع‬, ghain (‫ )غ‬dan kha (‫)خ‬. Enam huruf ini dinamakan huruf
al-halqiyyah kerana makhrajnya ialah al-halq iaitu tekak.

6.3.3 Huruf Lahwiyyah, Syajariyyah dan Asaliyyah


Rajah 6.7 menjelaskan huruf lahwiyyah, syajariyyah dan asaliyyah.

Rajah 6.7: Gelaran huruf (2)

Mari kita lihat gelaran huruf (2) tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Huruf al-Lahwiyyah


Huruf al-lahwiyyah ialah gelaran bagi dua huruf iaitu huruf qaf (‫ )ق‬dan kaf

(‫)ك‬. Kedua-dua huruf ini dinamakan huruf al-lahwiyyah kerana makhrajnya


ialah pada pangkal lidah yang berhampiran dengan anak tekak.

(b) Huruf al-Syajariyyah


Huruf al-syajariyyah ialah gelaran bagi tiga huruf iaitu huruf jim (‫)ج‬, shin

(‫ )ش‬dan ya (‫ )ي‬. Ketiga-tiga huruf ini dinamakan huruf al-syajariyyah kerana


makhrajnya ialah pada pertengahan lidah. Terdapat juga pandangan yang
menyatakan bahawa huruf dhad (‫ )ض‬juga keluar dari anggota ini. Menurut

Ahmad Muhammad al-Qudhah, pandangan yang menyatakan dhad (‫)ض‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

keluar dari anggota tengah lidah adalah pendapat yang lebih tepat. Ini
kerana, jika ia tidak dikategorikan dalam huruf al-syajariyyah, maka huruf
dhad (‫ )ض‬tidak akan mempunyai sebarang gelaran. Semua gelaran yang lain
agak jauh dan tidak bersesuaian untuknya.

(c) Huruf al-Asaliyyah


Huruf al-asaliyyah ialah gelaran bagi tiga huruf iaitu huruf shod (‫)ص‬, sin (‫)س‬

dan zai (‫ )ز‬. Ketiga-tiga huruf ini dinamakan huruf al-asaliyyah kerana
makhrajnya ialah pada hujung lidah.

6.3.4 Huruf Nat’iyyah, Lathawiyyah, Zalqiyyah


dan Syafawiyyah
Rajah 6.8 menjelaskan huruf natÊiyyah, lathawiyyah, zalqiyyah dan syafawiyyah.

Rajah 6.8: Gelaran huruf (3)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF  123

Mari kita lihat gelaran huruf (3) tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Huruf al-NatÊiyyah


Huruf al-natÊiyyah ialah gelaran bagi tiga huruf iaitu huruf ta (‫)ت‬, dal (‫ )د‬dan

tho (‫ )ط‬. Ketiga-tiga huruf ini dinamakan huruf al-natÊiyyah kerana


makhrajnya berhampiran dengan lelangit bahagian atas.

(b) Huruf al-Lathawiyyah


Huruf al-lathawiyyah ialah gelaran bagi tiga huruf iaitu huruf zho (‫)ظ‬, dzal

(‫ )ذ‬dan tha (‫)ث‬. Ketiga-tiga huruf ini dinamakan huruf al-lathawiyyah


kerana makhrajnya berhampiran dengan gusi.

(c) Huruf al-Zalqiyyah


Huruf al-zalqiyyah ialah gelaran bagi tiga huruf iaitu huruf lam (‫)ل‬, nun (‫)ن‬

dan ra (‫ )ر‬. Ketiga-tiga huruf ini dinamakan huruf al-zalqiyyah kerana huruf-
huruf ini keluar dari hujung lidah dengan cepat.

(d) Huruf al-Syafawiyyah


Huruf al-syafawiyyah ialah gelaran bagi empat huruf iaitu huruf fa (‫)ف‬,

waw (‫)و‬, mim (‫ )م‬dan ba (‫ )ب‬. Ketiga-tiga huruf ini dinamakan huruf
al-syafawiyyah kerana makhrajnya terletak pada bibir.

SEMAK KENDIRI 6.3


1. Berapakah gelaran huruf yang dinyatakan oleh Imam al-Khalil?
Sebutkan lima daripadanya.

2. Berikan penjelasan tentang huruf-huruf al-jaufiyyah. Mengapakah


ia juga dikenali sebagai huruf-huruf al-hawaiyyah?

3. Sila huraikan gelaran huruf bagi huruf dhad (‫)ض‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 MAKHRAJ HURUF

 Makhraj huruf adalah topik yang sangat penting dalam mempelajari ilmu
tajwid. Sebahagian ulama telah meletakkan topik makhraj huruf ini sebagai
topik utama pada permulaan kitab-kitab mereka.

 Ini menggambarkan kepentingan topik ini khususnya dalam bacaan al-Quran.

 Pembacaan al-Quran yang tepat bergantung pada ketepatan pembacanya


mengeluarkan makhraj huruf.

 Pembelajaran makhraj huruf mestilah dibimbing oleh guru tajwid secara


bertalaqqi.

 Ini bagi memastikan bacaan yang disampaikan bertepatan dengan cara yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Gelaran huruf Makhraj lidah


Makhraj bibir mulut dan khaisyum Makhraj rongga mulut dan tekak
Makhraj huruf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sifat-sifat
Huruf
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan takrif bagi sifat huruf dari sudut bahasa dan istilah;
2. Menjelaskan kepentingan mempelajari sifat-sifat huruf;
3. Mengenal pasti sifat-sifat bagi setiap huruf sebagaimana yang telah
digariskan oleh ulama-ulama tajwid; dan
4. Merumuskan tentang ghunnah.

 PENGENALAN
Topik ini membincangkan sifat-sifat yang terdapat pada suatu huruf. Sifat-sifat
yang ada pada setiap huruf perlu diketahui agar cara al-Quran dibaca bertepatan
dengan cara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah
bersabda: „Bacalah al-Quran dengan gaya bahasa Arab (fasohah)‰. Untuk
menguasai bacaan al-Quran dengan gaya bahasa Arab, seseorang perlu
memahami dan mengetahui sifat-sifat bagi setiap huruf yang terdapat di dalam
al-Quran.

Justeru, topik ini akan membincangkan sifat-sifat huruf yang merangkumi sifat-
sifat huruf yang berlawanan dan tunggal, huruf-huruf yang dibaca secara tafkhim
atau tarqiq serta ghunnah (dengung). Dengan menguasai sifat-sifat huruf dalam
bacaan al-Quran, setiap huruf yang dilantunkan akan kedengaran sempurna
mengikut gaya bahasa Arab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

7.1 PENGANTAR SIFAT HURUF


Dengan mengetahui sifat huruf dan mempraktikkannya dalam bacaan, seseorang
mampu membaca al-Quran dengan betul. Sekiranya pembaca al-Quran tidak
menguasai sifat huruf dengan sempurna, kemungkinan besar al-Quran itu dibaca
tidak menepati cara bacaan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

7.1.1 Takrif Sifat Huruf


Sifat dari sudut bahasa ialah sesuatu keadaan sama ada dapat dilihat seperti putih,
merah, hitam atau tidak dapat dilihat seperti ilmu, amanah dan sebagainya.

Dari sudut istilah pula, sifat bermaksud ciri-ciri tertentu yang terdapat pada suatu
huruf ketika menyebutnya seperti tebal dan nipis, tinggi dan rendah,
menghemburkan angin dan tidak, kuat dan lemah dan sebagainya.

7.1.2 Kepentingan Sifat Huruf dan Kelebihannya


Pengetahuan tentang sifat ini mempunyai beberapa faedah yang tersendiri.
Antara faedah tersebut ialah kemampuan untuk membezakan sebutan huruf-
huruf yang keluar dari makhraj yang sama. Seperti huruf ta, tho dan dal. Ketiga-
tiga huruf tersebut keluar dari makhraj yang sama iaitu hujung lidah dan gusi gigi
atas bahagian hadapan.

Namun, yang membezakan sebutan antara huruf tho dan ta ialah perbezaan sifat-
sifat huruf yang dimiliki oleh huruf-huruf tersebut. Sebagai penjelasan, huruf tho
mempunyai sifat istitolah, itbaq dan jahr. Sekiranya ketiga-tiga sifat tersebut tidak
wujud pada tho, maka tiadalah perbezaan bunyi dan sebutan antara huruf tho
dengan huruf ta.

Selain itu, penguasaan sifat huruf juga boleh memperelokkan sebutan bagi huruf-
huruf yang berbeza makhraj. Begitu juga ia dapat membezakan antara huruf yang
kuat dengan huruf yang lemah. Di samping itu, bacaan idgham daripada suatu
huruf ke dalam huruf yang lain juga tidak dapat disebut secara sempurna jika
tidak mengetahui dan memahami sifat-sifat huruf. Secara umumnya, dengan
menguasai topik ini, anda akan mampu melantunkan sebutan huruf-huruf di
dalam al-Quran dengan lebih sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  127

7.1.3 Bilangan Sifat Huruf Menurut Pandangan


Ulama
Para ulama tajwid berbeza pendapat berkaitan bilangan sifat-sifat huruf. Antara
pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ulama adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Pandangan Para Ulama Berkaitan dengan Bilangan Sifat Huruf

Para Ulama Pandangan

Imam Ibn al-Jazari Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah
sebanyak 17 sifat. Pandangan ini telah diterima pakai oleh
majoriti ulama dan dijelaskan di dalam buku-buku mereka.

Imam al-Shatibi Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah


sebanyak 16 sifat sahaja. Pengurangan satu sifat huruf
daripada pendapat yang pertama adalah kerana beliau
menggugurkan dua sifat iaitu al-izlaq dan al-ismat, namun
menambah satu lagi sifat huruf yang lain iaitu al-hawaÊi.

Imam al-FarraÊ Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah


sebanyak 14 sifat sahaja. Pengurangan tiga sifat huruf
daripada pendapat yang pertama adalah kerana beliau
menggugurkan sifat al-izlaq, al-ismat, al-inhiraf dan al-lin,
namun menambah sifat al-ghunnah.

Imam Makki bin Abi Beliau berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah
Talib sebanyak 44 sifat di dalam kitabnya al-RiÊayah.

SEMAK KENDIRI 7.1

Jelaskan pandangan para ulama berkaitan dengan bilangan sifat-sifat


huruf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

7.2 PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT HURUF


Subtopik ini membincangkan dengan lebih lanjut pembahagian sifat-sifat huruf.
Subtopik ini akan menyentuh sifat-sifat huruf berlawanan, tunggal, lemah, kuat
dan akhir sekali sederhana.

7.2.1 Sifat Huruf yang Berlawanan


Menurut Imam Ibn al-Jazari, sifat-sifat huruf terbahagi kepada 17 sifat dan
dipecahkan pula kepada dua bahagian iaitu sifat-sifat yang berlawanan dan sifat-
sifat tunggal. Menurut beliau lagi, terdapat 11 sifat huruf bagi sifat-sifat yang
berlawanan dan enam lagi sifat huruf bagi sifat-sifat yang tunggal.

Sifat yang berlawanan merupakan sifat-sifat huruf yang mesti ada pada setiap
huruf di dalam al-Quran. Ini bermakna, setiap huruf memiliki sekurang-
kurangnya lima sifat. Senarai bagi sifat-sifat yang berlawanan adalah seperti yang
berikut:
(a) Al-syiddah (kuat);
(b) Al-tawassut (pertengahan);
(c) Al-rakhawah (lembut);
(d) Al-jahr (jelas);
(e) Al-hams (sembunyi);
(f) Al-istiÊlaÊ (tinggi);
(g) Al-istifal (rendah);
(h) Al-itbaq (tertutup);
(i) Al-infitah (terbuka);
(j) Al-ismat (tertahan); dan
(k) Al-izlaq (tergelincir).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  129

Sifat huruf yang berlawanan ada 11 sifat dan terdiri daripada lima pasangan (rujuk
Rajah 7.1).

Rajah 7.1: Sifat-sifat huruf yang berlawanan

Huraian dan huruf-huruf bagi sifat-sifat berlawanan adalah seperti yang berikut.

(a) Al-Hams
Dari sudut bahasa ia bermaksud sembunyi. Menurut ulama tajwid,
al-hams diistilahkan sebagai suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini
kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj dan menyebabkan nafas
boleh terkeluar. Oleh sebab itu, huruf-hurufnya dinamakan mahmusah
dan ia dikumpulkan di dalam rangkai kata ‫ﻓﺤﺜﻪ ﺷﺨﺺ ﺳﻜﺖ‬ yang terdiri
daripada 10 huruf.

(b) Al-Jahr
Dari sudut bahasa ia bermaksud jelas dan terang. Menurut ulama tajwid, al-jahr
diistilahkan sebagai suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana
kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan nafas daripada
terkeluar. Huruf-huruf yang tergolong dalam kumpulan ini dipanggil huruf
majhur dan bilangannya ialah selain dari 10 huruf-huruf hams.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

Perhatian: Kekuatan suara berpegang kepada makhraj sehingga


menahannya daripada terkeluar nafas ketika menyebutnya adalah faktor
utama membezakan antara huruf al-hams dengan huruf al-jahr.

(c) Al-Syiddah
Dari sudut bahasa bermaksud kekuatan. Menurut ulama tajwid,
al-syiddah diistilahkan sebagai suara kuat ketika menyebut huruf-huruf
ini kerana kuatnya suara berpegang pada makhraj sehingga menahan
suara daripada terkeluar. Huruf-huruf al-syiddah dikumpulkan dalam
rangkai kata ‫ﺑﻜﺖ‬ ‫ أﺟﺪ ﻗﻂ‬yang terdiri daripada lapan huruf.
Contohnya:

(i) Huruf dal pada kalimah ٍ : Surah al-Hadid: 26; dan


‫ﻣﻬﺘﺪ‬
(ii) Huruf jim pada kalimah ‫اﳊﺞ‬
ّ ‫ و‬: Surah al-Baqarah: 189.
Jika diperhatikan dua contoh yang lepas, suara tertahan dan tidak berlalu
dengan sempurna. Ini kerana huruf dal dan jim adalah antara huruf-huruf
al-syiddah.

(d) Al-Tawassut
Al-tawassut bermaksud pertengahan. Menurut ulama tajwid, al-tawassut
ialah huruf-huruf yang berada antara sifat al-syiddah dan sifat al-rakhawah.
Ia bermaksud suara tertahan ketika menyebut hurufnya dan sebahagian
suara terlepas. Oleh sebab itu, huruf-hurufnya dinamakan mutawassat.
Huruf-huruf al-tawassut tersusun dalam rangkai kata‫ﻋﻤﺮ‬ ‫ﻟﻦ‬ yang terdiri
daripada lima huruf.

Contohnya:

(i) Huruf lam dalam kalimah ‫ ﻗﻞ‬Surah al-Nas: 1; dan


(ii) Huruf nun dalam kalimah ‫ﻳﻜﻦ‬ Surah al-Ikhlas: 4.

Dalam dua contoh yang dikemukakan, suara tidak dapat ditahan dengan
sempurna ketika membacanya sebagaimana huruf al-syiddah dan pada
waktu yang sama suara tidak keluar dengan sempurna seperti huruf-huruf
al-rakhawah. Tetapi huruf-huruf al-tawassut keadaannya di pertengahan
antara al-syiddah dan al-rakhawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  131

(e) Al-Rakhawah
Al-rakhawah adalah berlawanan dengan maksud al-syiddah dan juga
al-tawassut. Ia adalah satu-satunya sifat yang mempunyai dua lawan.
Berlainan dengan sifat-sifat lain yang hanya mempunyai satu lawan sahaja.

Dari sudut bahasa, al-rakhawah bermaksud lembut. Menurut ulama tajwid,


al-rakhawah diistilahkan sebagai suara lemah ketika menyebut huruf-huruf
ini kerana lemahnya suara berpegang pada makhraj sehingga suara terkeluar
ketika menyebutnya. Huruf-huruf al-rakhawah adalah selain daripada huruf-
huruf al-syiddah dan al-tawassut. Contohnya huruf fa pada firman Allah
SWT ٍ
◌َ ‫أف‬ dalam surah al-Ahqaf: 17. Contoh yang dikemukakan jika
diperhatikan, terdapat suara yang jelas keluar ketika menyebut huruf fa.

(f) Al-IstiÊlaÊ
Al-istiÊlaÊ dari sudut bahasa ialah terangkat. Menurut ulama tajwid, al-istiÊlaÊ
bermaksud lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.
Pada waktu yang sama suara juga akan terangkat atau memenuhi ruangan
mulut ketika menyebut hurufnya.

Huruf-huruf al-istiÊlaÊ ini tersusun dalam rangkai kata ‫ﺧﺺ ﺿﻐﻂ ﻗﻆ‬.
Contohnya ialah huruf qaf dalam surah Yunus: 10 iaitu pada kalimah ‫ﻗﺎل‬

‫ ﻗﺎﺋﻞ‬dan huruf za pada surah al-Maidah: 45 iaitu kalimah ‫ اﻟﻈﺎﳌﻮن‬.


Jika dilihat kepada dua contoh tersebut, kita mendapati bahawa lidah
terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-huruf al-istiÊlaÊ.

(g) Al-Istifal
Al-istifal dari sudut bahasa bermaksud merendah. Menurut ulama tajwid,
al-istifal bermaksud merendahkan lidah dari lelangit ketika menyebut
huruf-hurufnya. Dengan sebab itu, suara yang menyebut hurufnya juga
akan merendah. Selain itu perkara yang berlaku juga ialah huruf-huruf
al-istifal disebut dengan al-tarqiq (nipis).

Bilangan huruf-huruf al-istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada


huruf-huruf al-istiÊlaÊ. Contohnya ialah huruf mim pada surah al-Maidah: 3
iaitu kalimah ‫ﳐﻤﺼﺔ‬.

Jika diperhatikan kepada sebutan mim ‫ﳐﻤﺼﺔ‬ lidah merendah ketika


menyebutnya dan suara huruf mim tersebut adalah al-tarqiq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

(h) Al-Itbaq
Al-itbaq dari sudut bahasa ialah melekat. Menurut ulama tajwid, al-itbaq
bermaksud sebahagian lidah melekat ke lelangit atau hampir dengan lelangit
ketika menyebut huruf-hurufnya.

Bilangan huruf-huruf ialah empat huruf iaitu sad, dhad, tho dan za. ‫ص ض ط‬
‫ظ‬. Sifat al-itbaq ini mengandungi al-istiÊlaÊ dan lebih daripada itu. Ketika
menyebut huruf-hurufnya, sebahagian lidah melekat ke bahagian lelangit atas.
Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa setiap huruf al-itbaq memiliki
sifat al-istiÊlaÊ tetapi bukan setiap huruf al-istiÊlaÊ memiliki sifat al-itbaq.

(i) Al-Infitah
Al-infitah dari sudut bahasa ialah renggang atau terbuka. Menurut ulama
tajwid, al-infitah bermaksud renggangan antara lidah dengan lelangit ketika
menyebut huruf-hurufnya. Dengan itu suara tidak dapat ditahan antara
lidah dengan lelangit kerana keterbukaan rongga. Justeru, huruf-hurufnya
dinamakan munfatah. Jumlah huruf-hurufnya adalah sebanyak 25 huruf
atau selain daripada empat huruf al-itbaq. Kesemua hurufnya berada dalam
rangkai kata ‫ﻣﻦ أﺧﺬ وﺟﺪ ﺳﻌﺔ ﻓﺰﻛﺎ ﺣﻖ ﻟﻪ ﺷﺮب ﻏﻴﺚ‬.
(j) Al-Izlaq
Al-izlaq dari sudut bahasa mempunyai beberapa makna, antaranya
ketajaman lidah dan kefasihannya. Ia digunakan untuk kefasihan dan
bersifat ringan. Menurut ulama tajwid, al-izlaq bermaksud mudah
menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah dan
sebahagian lain keluar dari kedua-dua bibir.

Rangkai kata huruf-huruf al-izlaq ialah ‫ ﻓﺮ ﻣﻦ ﻟﺐ‬. Keenam-enam huruf ini


dinamakan muzlaqah kerana kefasihan keringanan ketika menyebutnya.
Sebahagian hurufnya keluar dari hujung lidah iaitu huruf ra, lam dan nun
‫ر ل ن‬. Manakala sebahagian lagi makhrajnya ialah pada bibir iaitu huruf

fa, ba dan mim ‫ف ب م‬.


(k) Al-Ismat
Al-ismat dari sudut bahasa ialah menahan. Menurut ulama tajwid, al-ismat
bermaksud mencegah hurufnya tersusun dalam percakapan Arab dalam
kalimah sebanyak empat atau lima huruf kerana lidah berat menyebutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  133

Justeru kalimah tersebut mestilah terdapat huruf al-izlaq bagi mengimbangi


antara berat dan ringan. Bilangan huruf-hurufnya ialah 23 huruf dan dinamakan
huruf-huruf musmatah. Rangkai kata bagi huruf-huruf al-ismat ialah:

‫ﺟﺰ ﻏﺶ ﺳﺎﺧﻂ ﺻﺪ ﺛﻘﺔ إذ وﻋﻈﻪ ﳛﻀﻚ‬


Sifat al-izlaq dan al-ismat merupakan dua sifat yang lazim bagi setiap huruf
dan tidak ada hubungan dalam memperelokkan sebutan huruf atau cara
membacanya.

Imam Ibn al-Jazari telah merumuskan sifat-sifat asliyyah yang berlawanan


di dalam bukunya ‫ اﳌﻘﺪﻣﺔ اﳉﺰرﻳﺔ‬dan juga ‫ ﻃﻴﺒﺔ اﻟﻨﺸﺮ‬. Beliau berkata:
‫ﻣﻨﻔﺘﺢ ﻣﺼﻤﺘﺔ و اﻟﻀﺪ ﻗﻞ‬ ‫ﺻﻔﺎ ﺎ ﺟﻬﺮ ورﺧﻮ ﻣﺴﺘﻔﻞ‬
‫ﺷﺪﻳﺪﻫﺎ ﻟﻔﻆ أﺟﺪ ﻗﻂ ﺑﻜﺖ‬ ‫ﻣﻬﻤﻮﺳﻬﺎ ﻓﺤﺜﻪ ﺷﺨﺺ ﺳﻜﺖ‬
‫وﺳﺒﻊ ﻋﻠﻮ ﺧﺺ ﺿﻐﻂ ﻗﻆ ﺣﺼﺮ‬ ‫وﺑﲔ رﺧﻮ واﻟﺸﺪﻳﺪ ﻟﻦ ﻋﻤﺮ‬
‫وﻓﺮ ﻣﻦ ﻟﺐ اﳊﺮوف اﳌﺰﻟﻘﺔ‬ ‫وﺻﺎد ﺿﺎد ﻃﺎء ﻇﺎء ﻣﻄﺒﻘﺔ‬
Maksudnya:
Sifat-sifat huruf ialah jahr, rakhawah, istifal, infitah, ismat dan lawannya.
Huruf-huruf mahmus ialah ‫ ﻓﺤﺜﻪ ﺷﺨﺺ ﺳﻜﺖ‬Huruf-huruf syiddah ialah
‫أﺟﺪ ﻗﻂ ﺑﻜﺖ‬ Antara sifat rakhawah dan syiddah dinamakan tawassut.

Hurufnya ialah ‫ﻋﻤﺮ‬ ‫ ﻟﻦ‬Tujuh huruf istiÊla ialah ‫ ﺧﺺ ﺿﻐﻂ ﻗﻆ‬. Huruf-huruf
itbaq pula ialah ‫ ﺻﺎد ﺿﺎد ﻃﺎء ﻇﺎء‬dan huruf-huruf izlaq ialah ‫ ﻓﺮ ﻣﻦ ﻟﺐ‬.

7.2.2 Sifat-sifat Huruf yang Tunggal


Manakala sifat yang tunggal pula tidak semestinya dimiliki oleh setiap huruf. Ia
hanya dimiliki oleh huruf-huruf yang tertentu sahaja. Senarai bagi sifat-sifat
tunggal adalah seperti berikut:
(a) Al-tafashsyi (hemburan);
(b) Al-takrir (berulang);
(c) Al-istitolah (memanjang);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

(d) Al-lin (lembut)


(e) Al-inhiraf (cenderung);
(f) Al-ghunnah (dengung);
(g) Al-sofir (desiran);
(h) Al-khafaÊ (tersembunyi); dan
(i) Qalqalah (lantunan).

Sifat-sifat yang tunggal dan tiada lawannya mempunyai tujuh sifat seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Sifat-sifat huruf yang tunggal

Huraian dan huruf-huruf bagi sifat-sifat yang tunggal adalah seperti yang berikut:

(a) Al-Safir
Dari sudut bahasa bermaksud suara yang tajam. Menurut ulama tajwid,
al-safir bermaksud desiran suara yang keluar di antara gigi hadapan dengan
hujung lidah dan menyerupai suara haiwan atau serangga iaitu:
(i) Sad ( ‫ ) ص‬menyerupai suara angsa;

(ii) Zai ( ‫ ) ز‬menyerupai suara lebah; dan


(iii) Sin ( ‫ ) س‬menyerupai suara belalang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  135

Huruf al-safir yang paling kuat ialah huruf sad kerana mempunyai sifat
al-istiÊla dan al-itbaq. Diikuti dengan huruf zai kerana mempunyai sifat
al-jahar. Manakala huruf sin merupakan huruf yang paling lemah kerana
mempunyai sifat al-hamas.

(b) Qalqalah
Qalqalah dari sudut bahasa bermaksud pergerakan atau laungan yang kuat.
Menurut ulama tajwid, qalqalah bermaksud lebihan atau pantulan suara
yang berlaku pada makhraj selepas tekanan padanya. Penemuan qalqalah
pada suara yang lebih tersebut kerana keadaannya yang lantang hasil
daripada bukaan makhraj secara serentak selepas terlekat kepada huruf
yang mempunyai sifat al-syiddah dan al-jahr. Al-syiddah bermakna
menahan suara huruf kerana kuatnya tekanan pada makhraj, manakala
al-jahr pula bermaksud menghalang laluan nafas ketika menyebutnya.
Dengan sebab itu, makhraj terlekat dengan sempurna dan apabila
melepaskannya ia menghasilkan pantulan suara. Huruf-huruf qalqalah ada
lima dan berada dalam rangkai kata ‫ﺟﺪ‬ ‫ﻗﻄﺐ‬.
Qalqalah terbahagi kepada tiga bahagian. Menurut Muhammad Makki
Nasr, pembahagiannya ialah:
(i) AÊla iaitu bagi huruf tho;
(ii) Awsat iaitu bagi huruf jim; dan
(iii) Adna iaitu bagi huruf qaf, ba dan dal.

Huruf qalqalah berada dalam kalimah dalam beberapa keadaan. Kadang-


kadang ia berada:

(i) Di pertengahan kalimah seperti:


‫وﻣﺎ ﱠﻣ ْﺪ ُﺣ ًﻮرا‬ ِ
Surah al-ÂAraf: 81 ً ‫اﺧ ُﺮ ْج ﻣْﻨـ َﻬﺎ َﻣ ْﺬ ُؤ‬
ْ ‫ﻗَ َﺎل‬
Surah Nuh: 14 ‫َوﻗَ ْﺪ َﺧﻠَ َﻘ ُﻜ ْﻢ أَﻃْ َﻮ ًارا‬

(ii) Di hujung kalimah seperti:


Surah al-Baqarah: 102 ‫ﺧﻼَ ٍق‬ ‫اﻵﺧَﺮِة ِﻣ ْﻦ‬ِ ‫وﻟََﻘ ْﺪ ﻋﻠِﻤﻮاْ ﻟَﻤ ِﻦ ا ْﺷﺘَـﺮاﻩ ﻣﺎ ﻟَﻪ ِﰲ‬
َ ُ َ َُ َ َُ َ
Surah Ali Imran:120 ٌ ‫إِ ﱠن اﻟﻠّﻪَ ِﲟَﺎ ﻳَـ ْﻌ َﻤﻠُﻮ َن ُِﳏﻴ‬
‫ﻂ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

Sifat qalqalah adalah seperti yang berikut (rujuk Rajah 7.3).

Rajah 7.3: Pembahagian qalqalah

Mari kita lihat pembahagian tersebut satu persatu.

(i) Peringkat Pertama


Dinamakan qalqalah al-kubra iaitu apabila huruf qalqalah bertasydid
(bersabdu) dan diwakafkan padanya seperti dalam surah al-Baqarah:
61 ْ ‫ﲔ ﺑِﻐَ ِْﲑ‬
‫اﳊَ ﱢﻖ‬ َ ‫َوﻳَـ ْﻘﺘُـﻠُﻮ َن اﻟﻨﱠﺒِﻴﱢ‬
(ii) Peringkat Kedua
Dinamakan qalqalah al-wusta iaitu apabila huruf qalqalah sakinah
(berbaris mati) dan diwakafkan padanya seperti dalam surah Ibrahim:
ِ ‫ﺎف و ِﻋ‬
‫ﻴﺪ‬ ِ َ ‫ﻚ ﻟِﻤﻦ ﺧ‬ ِ
14
َ َ ‫ﺎف َﻣ َﻘﺎﻣﻲ َو َﺧ‬ َ ْ َ َ ‫َذﻟ‬
(iii) Peringkat Ketiga
Dinamakan qalqalah al-sughra iaitu apabila huruf qalqalah sakinah
(berbaris mati) berada di tengah kalimah seperti dalam surah
al-Baqarah: 75 ‫أَﻓَـﺘَﻄْ َﻤﻌُﻮ َن أَن ﻳـُ ْﺆِﻣﻨُﻮاْ ﻟَ ُﻜ ْﻢ‬

Mahmud Khalil al-Husari telah menyebut pandangan ulama tentang cara


bacaan pada huruf qalqalah kepada dua pandangan:

(i) Pandangan Pertama


Jumhur menyatakan pantulan bunyi daripada qalqalah ialah condong
kepada fathah (baris atas) sama ada huruf sebelumnya berbaris dhammah
َ ‫ُْﳚَﺰْو َن إِﻻﱠ َﻣﺎ َﻛﺎﻧُﻮاْ ﻳَـ ْﻌﻤﻠُﻮ‬
(hadapan) seperti dalam surah al-ÂAraf: 147 ‫ن‬
َ ‫ َﻫ ْﻞ‬atau
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  137

sebelumnya berbaris fathah (atas) seperti dalam surah Ghafir: 40 َ ِ‫ﻓَﺄ ُْوﻟَﺌ‬
‫ﻚ‬
َ‫اﳉَﻨﱠﺔ‬
ْ ‫ ﻳَ ْﺪ ُﺧﻠُﻮ َن‬atau sebelumnya berbaris kasrah (bawah) seperti dalam surah
Sad: 22. ‫اط‬ ِ ‫ﺼﺮ‬ ِ ِ ِ
َ ‫ َوَﻻ ﺗُ ْﺸﻄ ْﻂ َو ْاﻫﺪﻧَﺎ إ َﱃ َﺳ َﻮاء اﻟ ﱢ‬.
(ii) Pendapat Kedua
Sebahagian ulama menyatakan bunyi qalqalah ialah mengikut baris
sebelumnya jika sebelumnya berbaris fathah (atas) bunyinya seakan
berbaris fathah (atas), jika sebelumnya berbaris dhammah (hadapan)
bunyinya seakan berbaris dhammah (hadapan) dan jika sebelumnya
berbaris kasrah (bawah) maka bunyinya seakan berbaris kasrah (bawah).

Menurut al-Husari lagi, kebanyakan para ulama tajwid beramal dengan


mazhab yang pertama dengan berdalilkan kepada syair:

‫وﻻ ﺗﺘﺒﻌﻨﻬﺎ ﺑﺎﻟﺬي ﻗﺒﻞ ﺗﻘﺒﻼ‬ ‫وﻗﻠﻘﻠﺔ ﻗﺮب إﱃ اﻟﻔﺘﺢ ﻣﻄﻠﻘﺎ‬


Bermaksud:
Bunyi qalqalah lebih hampir kepada baris fathah (atas) dan jangan kamu
mengikut baris sebelumnya.

(c) Al-Lin
Al-lin dari sudut bahasa bermaksud lembut dan mudah. Menurut ulama tajwid,
al-lin bermaksud mengeluarkan huruf dari makhraj tanpa keberatan pada lidah.

Sifat ini adalah sifat lazimah kepada dua huruf iaitu huruf waw dan ya yang
berbaris sukun (mati) dan sebelumnya huruf yang berbaris fathah (atas).
Contoh al-lin ialah seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 263

Surah al-Fatihah: 4

Surah al-Baqarah: 38

Surah al-Baqarah: 255

Surah al-Baqarah: 254

Surah Quraish: 1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

(d) Al-Inhiraf
Al-inhiraf dari sudut bahasa ialah condong kepada sesuatu. Menurut ulama
tajwid, al-lin bermaksud sebutan huruf menjadi condong ke arah makhraj
huruf yang lain ketika menyebutnya.

Al-inhiraf adalah sifat yang lazim kepada dua huruf iaitu huruf lam dan ra.
Huruf lam condong kepada hujung lidah dan ra pula condong ke arah
belakang lidah dan cenderung sedikit ke arah lam.

(e) Al-Takrir
Al-takrir dari sudut bahasa ialah mengulang-ulang sesuatu. Menurut ulama
tajwid, al-takrir bermaksud getaran pada hujung lidah ketika menyebut
hurufnya. Sifat al-takrir merupakan sifat lazimah kepada huruf ra.

Menurut al-Imam Makki di dalam kitabnya al-RiÊayah; huruf ra merupakan


huruf yang memiliki sifat al-takrir dan ia amat jelas sekiranya berada dalam
keadaan tasydid (bersabdu). Ketika itu, pembaca mestilah membunyikan
takrirnya dan jangan menzahirkannya. Sekiranya dizahirkan sifat al-takrir,
maka dia telah menukarkan huruf ra yang bertasydid kepada beberapa
huruf.

Menurut al-ÂAllamah al-JaÊbari, cara yang selamat ketika menyebut sifat


al-takrir ialah dengan melekatkan hujung lidahnya ke atas lelangit secara
sempurna dengan sekali sahaja tanpa menggetarkannya. Sekiranya berlaku
getaran, maka setiap getaran itu adalah dianggap satu huruf ra. Oleh itu,
sifat al-takrir yang terdapat pada huruf ra wajib diketahui oleh pembaca
untuk menjauhinya, bukan untuk mengamalkannya.

Al-MarÊasyi pula menjelaskan, bukanlah maknanya menyembunyikan


keseluruhan sifat al-takrir dengan tidak menggetarkan hujung lidah secara
keseluruhan, tetapi dengan menguatkan lekatan lidah ke lelangit atas
supaya tidak menjelaskan sifat al-takrir dan getaran daripada pendengaran.
Ini bagi mengelakkan lahirnya huruf-huruf ra yang lain.

(f) Al-Tafasysyi
Al-tafasysyi dari sudut bahasa bermaksud bertebaran dan luas. Menurut
ulama tajwid, al-tafasysyi bermaksud hemburan angin dari mulut ketika
menyebut huruf syin sehingga sampai ke makhraj za. Huruf syin bersifat
al-tafasysyi kerana ia juga mempunyai sifat al-rakhawah iaitu suara lemah
ketika berpegang pada makhraj sehingga nafas terkeluar ketika
menyebutnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  139

Sebahagian ulama menjadikan al-tafasysyi sebagai sifat kepada beberapa


huruf yang selain daripada huruf syin iaitu huruf fa, tha, sad, dhod, sin dan
ra. Walaupun begitu, al-MarÊasyi menjelaskan bahawa semua huruf tersebut
berkongsi sifat iaitu mengeluarkan angin ketika menyebutnya. Tetapi yang
paling banyak keluar angin ialah pada huruf syin. Justeru, ulama bersepakat
menyatakan huruf syin memiliki sifat al-tafasysyi dan tidak dimiliki oleh
huruf-huruf yang lain.

(g) Al-Istitolah
Al-istitolah dari sudut bahasa ialah memanjang. Menurut ulama tajwid,
al- istitolah bermaksud memanjangkan suara dari awal salah satu tepi lidah
hinggalah ke akhirnya. Sifat al-istitolah merupakan sifat lazimah kepada
huruf dhod. Ia berpanjangan dalam makhrajnya sehingga sampai ke
makhraj lam.

Terdapat perbezaan antara al-istitolah dan mad. Walaupun kedua-duanya


mempunyai suara panjang ketika menyebutnya, sifat al-istitolah bermaksud
memanjangkan suara pada makhrajnya yang muhaqqaq. Mad pula
bermaksud memanjangkan ketika menyebut huruf-hurufnya tanpa
kekangan pada makhrajnya dan hanya akan berakhir dengan sebab
berakhirnya nafas. Jadual 7.2 menjelaskan nama-nama sifat huruf dan
pengertiannya dari sudut istilah.

Jadual 7.2: Nama-nama Sifat Huruf dan Pengertiannya dari Sudut Istilah

Nama Sifat Pengertian

Al-hams Suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya


suara berpegang pada makhraj dan menyebabkan nafas boleh
terkeluar.

Al-jahr Suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya


suara berpegang pada makhraj sehingga menahan nafas
daripada terkeluar.

Al-syiddah Suara kuat ketika menyebut huruf-huruf ini kerana kuatnya


suara berpegang pada makhraj sehingga menahan suara
daripada terkeluar.

Al-rakhawah Suara lemah ketika menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya


suara berpegang pada makhraj sehingga suara terkeluar ketika
menyebutnya.

Al-istiÊlaÊ Lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

Al-istifal Merendahkan lidah dari lelangit ketika menyebut huruf-


hurufnya.

Al-itbaq Sebahagian lidah melekat ke lelangit atau hampir dengan


lelangit ketika menyebut huruf-hurufnya.

Al-infitah Renggangan antara lidah dengan lelangit ketika menyebut


huruf-hurufnya.

Al-izlaq Mudah menyebutnya kerana sebahagian hurufnya keluar


dari hujung lidah dan sebahagian lain keluar dari kedua-dua
bibir.

Al-ismat Mencegah hurufnya tersusun dalam percakapan Arab dalam


kalimah sebanyak empat atau lima huruf kerana lidah berat
menyebutnya.

Al-safir Desiran suara yang keluar di antara gigi hadapan dengan


hujung lidah.

Qalqalah Lebihan atau pantulan suara yang berlaku pada makhraj


selepas tekanan padanya.

Al-lin Huruf menjadi condong ke arah makhraj huruf yang lain


ketika menyebutnya.

Al-inhiraf Sebutan huruf menjadi condong ke arah makhraj huruf yang


lain ketika menyebutnya.

Al-takrir Getaran pada hujung lidah ketika menyebut hurufnya.

Al-tafasysyi Hemburan angin dari mulut ketika menyebut hurufnya.

Al-istitolah Memanjangkan suara dari awal salah satu tepi lidah


hinggalah ke akhirnya.

7.2.3 Sifat-sifat Huruf Lemah, Kuat dan Sederhana


Berdasarkan perbincangan sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa
sifat-sifat huruf yang lemah, kuat dan sederhana boleh digambarkan
berdasarkan Rajah 7.4, 7.5 dan 7.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  141

Rajah 7.4: Sifat-sifat huruf yang lemah

Rajah 7.5: Sifat-sifat huruf yang kuat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

Rajah 7.6: Sifat-sifat huruf yang sederhana

SEMAK KENDIRI 7.2


1. Nyatakan lima sifat huruf yang berlawanan dan lima sifat huruf
yang tunggal berserta contoh.
2. Jelaskan pembahagian sifat huruf dari sudut lemah, kuat dan
sederhana.

7.3 GHUNNAH (DENGUNG)


Al-Quran sebagai kalam Allah mempunyai kaedah bacaan tertentu yang tidak
terdapat dalam percakapan manusia. Antara kaedah tersebut ialah membaca
dengan ghunnah pada tempat-tempat tertentu. Pembaca al-Quran mestilah
menunaikan hak setiap huruf mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  143

7.3.1 Takrif Ghunnah, Huruf-huruf dan Makhrajnya


Ghunnah dari sudut bahasa ialah suara dengung yang keluar dari rongga hidung
tanpa melibatkan peranan lidah.

Dari sudut istilahnya pula, ghunnah ialah suara dengung yang terhasil ketika
menyebut huruf nun dan mim. Ini bermakna suara ghunnah merupakan sifat yang
lazim bagi huruf nun dan mim sama ada ketika kedua-duanya berada dalam
keadaan berbaris atau sakinah (berbaris mati). Suara ghunnah juga berlaku dalam
keadaan izhar atau idgham atau ikhfak.

Huruf-huruf ghunnah hanya ada dua iaitu huruf nun dan mim. Namun perlu
diketahui bahawa huruf nun memiliki sifat ghunnah yang lebih kuat berbanding
dengan huruf mim.

Makhraj bagi sifat ghunnah adalah dari makhraj khaisyum iaitu rongga hidung
yang menghala ke dalam mulut. Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ia
berada di pangkal hidung yang mana suara dengung dengan kesemua
keadaannya keluar dari pangkal hidung ini. Sekiranya seseorang menutup
hidungnya (bahagian khaisyum), maka huruf nun dan mim yang cuba disebut
akan kedengaran tidak sempurna.

7.3.2 Tingkatan-tingkatan (Maratib) Ghunnah


Jumhur ulama tajwid berpendapat bahawa ghunnah mempunyai lima maratib.
Kedudukannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

Rajah 7.7: Maratib ghunnah

Mari kita bincang martabat-martabat tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Martabat yang Pertama


Huruf-huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) sama ada dalam satu atau
dua kalimah. Contoh huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) dalam satu
kalimah adalah seperti yang berikut:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Ahzab: 35

Surah Toha: 78

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  145

Manakala contoh huruf nun dan mim bertasydid (bersabdu) dalam dua
kalimah terbahagi kepada empat bahagian seperti yang berikut:

(i) Idgham nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin (baris dua) ke dalam
huruf nun dan mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-SyuÊaraÊ: 4

Surah al-Nur: 33

(ii) Idgham mim sakinah (berbaris mati) ke dalam mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 249

(iii) Idgham mutajanisain soghir iaitu idgham huruf ba sakinah (berbaris


mati) ke dalam huruf mim. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah Hud: 42

(iv) Idgham lam al-syamsiyyah ke dalam huruf nun. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Baqarah: 257

Surah al-Takathur: 8

Sebagai kesimpulan, kesemua huruf nun dan mim yang berbaris


tasydid (sabdu) wajib dijelaskan sifat ghunnahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

(b) Martabat yang Kedua


Huruf nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin yang diidghamkan ke dalam
huruf waw atau ya. Ia juga dikenali sebagai idgham bi ghunnah. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Zalzalah: 6

Surah Quraish: 4

(c) Martabat yang Ketiga


Huruf nun atau tanwin dan mim yang diikhfakkan ke dalam huruf-huruf
selepasnya. Keadaan ini terbahagi kepada tiga, iaitu:

(i) Ikhfak nun sakinah dan tanwin pada huruf-huruf ikhfak yang 15.
Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Buruj: 11

Surah al-Ghasyiah: 23

(ii) Ikhfak huruf mim pada huruf ba. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Maidah: 49

(iii) Ikhfak huruf mim yang ditukar daripada nun sakinah dan tanwin
ketika berjumpa dengan huruf ba. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Syams: 14

Surah al-AnÊam: 70

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF  147

(d) Martabat yang Keempat


Huruf nun sakinah (berbaris mati) atau tanwin yang bertemu dengan huruf-
huruf izhar. Ia juga dikenali sebagai izhar halqi. Begitu juga dengan huruf
mim sakinah (berbaris mati) yang bertemu dengan selain daripada huruf
mim dan ba. Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Fatihah: 7

Surah al-Baqarah: 5

(e) Martabat yang Kelima


Huruf nun dan mim yang berbaris tanpa tasydid (sabdu) dan tanpa mengira
apa jua barisnya sama ada berbaris fathah (atas), kasrah (bawah) atau
dhammah (depan). Contohnya:

Surah Contoh Ayat

Surah al-Maidah: 69

Surah al-Baqarah: 257

7.3.3 Kadar Bacaan Ghunnah


Kadar panjang bagi bacaan ghunnah ialah sebanyak dua harakat. Bentuk
perkiraan dua harakat ialah sama ada dengan menggenggam dua jari tangan atau
melepaskan genggaman tersebut.

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Nyatakan takrif ghunnah dari sudut bahasa dan istilah serta


jelaskan makhrajnya.
2. Sila jelaskan maratib ghunnah dan sebutkan tiga daripadanya.
3. Nyatakan bagaimana membuat pengiraan ghunnah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 SIFAT-SIFAT HURUF

 Pengajian tentang sifat huruf memerlukan penelitian berterusan bagi


memastikan setiap huruf disebut dengan tepat dan sempurna mengikut sifat-
sifatnya.

 Penguasaan sifat huruf ini sangat penting untuk mencapai bacaan secara
fasohah (gaya bahasa Arab).

 Ukuran bacaan yang tepat adalah sejauh mana seseorang dapat menunaikan
semua kehendak sifat-sifat huruf.

 Dengan mengetahui sifat-sifat huruf, ia dapat meneruskan kesinambungan


bacaan yang tepat sebagaimana al-Quran diturunkan.

Ghunnah Sifat huruf sederhana


Maratib Sifat tunggal
Sifat huruf berlawanan Tafkhim
Sifat huruf kuat Tarqiq
Sifat huruf lemah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Wakaf dan
Ibtida
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti definisi wakaf dan ibtida;
2. Menjelaskan kaedah pembacaannya di dalam al-Quran;
3. Mempraktikkan kaedah wakaf dan ibtida berdasarkan
pembahagian dan jenisnya;
4. Menerangkan definisi wakaf Jibril dan hukum qataÊ dan hukum
saktah; dan
5. Mengaplikasikan bacaan al-Quran menepati kaedah yang
digariskan oleh ulama qurra.

 PENGENALAN
Wakaf dan ibtida merupakan antara topik yang penting dalam memandu
kelancaran bacaan seseorang dengan memelihara titik permulaan (ibtida) dan
perhentian (wakaf) sesuatu bacaan tanpa mengubah makna ayat. Selain
membincangkan wakaf dan ibtida, topik ini turut mengupas isu berkaitan wakaf
Jibril, hukum qataÊ dan saktah yang mana kedua-duanya mempunyai kaitan rapat
dalam topik ini.

Perbincangan berkaitan huraian istilah dan pembahagian dan jenis-jenisnya akan


dikupas secara terperinci dengan beberapa contoh bagi memudahkan kefahaman
dan praktikal bacaannya. Begitu juga dengan ibtida yang disentuh berserta contoh-
contohnya. Tanda huruf sin kecil atau dikenali sebagai saktah yang terdapat di
dalam al-Quran rasm `Uthmani diperincikan sebab dan tempat-tempatnya
berserta kaedah bacaannya. Turut dikemukakan kaedah apabila telah selesai
membaca al-Quran dan juga adab-adabnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

8.1 PENGANTAR WAKAF


Subtopik ini akan membincangkan pengantar wakaf dengan lebih lanjut dari segi
definisi, pembahagian dan jenis wakaf ikhtiyari.

8.1.1 Definisi Wakaf


Wakaf dari sudut bahasa ialah menahan dan menegah. Manakala dari sudut istilah
ulama qurra, ia merujuk kepada amalan memberhentikan suara pada akhir
kalimah dalam tempoh bernafas dengan niat.

Jadual 8.1: Takrif Wakaf

Takrif Penerangan

Bahasa Menahan dan menegah.

Istilah Memberhentikan suara pada akhir kalimah dalam tempoh


bernafas dengan niat.

Kepentingan  Memperelokkan bacaan dan penghiasan kepada pembaca,


penyampaian, kefahaman pendengar, kebanggaan orang
yang mengetahui.
 Mengetahui dua makna yang berbeza, dua perkara yang
bersalahan dan dua hukum yang berbeza.

Perbincangan berkaitan wakaf dan ibtida adalah antara yang terpenting dalam
topik ilmu tajwid. Ini berasaskan kepada kesannya yang besar dalam menegakkan
makna ayat-ayat al-Quran yang mesti diselaraskan dengan kaedah bahasa Arab
dan seterusnya mencapai bacaan yang tepat untuk al-Quran.

Pembaca al-Quran tidak mungkin dapat menghabiskan satu surah atau kisah
dalam al-Quran dengan satu nafas sahaja. Justeru, mereka hendaklah mengetahui
waktu yang sesuai untuk berhenti dengan mengetahui kaedah yang tertentu
mengikut panduan yang telah digariskan ulama tajwid.

Kepentingan wakaf dapat dilihat dalam athar dari Ali Ibn Abi Talib r.a. ketika
beliau menjelaskan makna tartil pada ayat surah Muzzammil dengan katanya,
tartil ialah memperelokkan sebutan huruf dan mengetahui wakaf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  151

Selain itu terdapat juga athar dari Ibn ÂUmar r.a. yang menyatakan bahawa,
„Sesungguhnya kami telah hidup sekilas kehidupan. Sesungguhnya setiap orang
dalam kalangan kami telah dianugerahkan iman sebelum al-Quran. Surah-surah
masih diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, lalu kami pelajari halal dan
haramnya, arahan dan tegahannya. Dan juga tempat yang patut berhenti pada
ayat-ayatnya.‰

Ibn al-Jazari dalam ulasannya terhadap kata-kata Saidina Ali ibn Talib r.a. telah
menegaskan bahawa ia menjadi dalil kepada wajib mempelajari dan
mengetahuinya iaitu ilmu berkaitan wakaf dan ibtida. Seterusnya beliau mentafsir
kata-kata Ibn Umar r.a. adalah bukti yang jelas bahawa mempelajari wakaf dan
ibtida adalah ijmak dalam kalangan sahabat r.a.

Al-Huzali berkata peranan wakaf ialah memperelokkan bacaan dan penghiasan


kepada pembaca, penyampaian, kefahaman pendengar dan satu kebanggaan
kepada orang yang mengetahui. Dengannya juga dapat mengetahui dua makna
yang berbeza, dua perkara yang bersalahan dan dua hukum yang berbeza.
Seterusnya kepentingan ilmu wakaf ini dapat dilihat dengan penegasan Abu
Hatim yang menyatakan barang siapa yang tidak mengetahui wakaf, maka dia
tidak mengenali al-Quran.

Ibn al-Anbari memberi pandangan bahawa kesempurnaan mengetahui al-Quran


ialah mengenali wakaf dan ibtida. Justeru, seseorang tidak mengenali makna-
makna al-Quran kecuali setelah mengetahui tempat berhenti.

Oleh itu, wakaf dan ibtida ialah satu perkara penting dalam pengajian ilmu
tajwid. Sesetengah guru al-Quran tidak akan memberi sanad kepada mereka
yang telah khatam al-Quran melainkan setelah pembaca tersebut menguasai
dengan mendalam ilmu wakaf dan ibtida. Dan terdapat sebahagian ulama yang
telah mengarang kitab-kitab yang hanya membincangkan tentang wakaf dan
ibtida sahaja seperti Ahmad Ibn Abdul Karim al-Asymuni, Abu Amru al-Dani
dan lain-lain.

Wakaf merupakan cara untuk berhenti membaca al-Quran. Walaupun di dalam


al-Quran tidak ada tempat yang wajib wakaf atau tempat yang haram wakaf,
namun jika tersilap wakaf, ia boleh membawa makna yang bertentangan dengan
kehendak ayat. Persoalannya, adakah anda telah membaca al-Quran mengikut
kaedah wakaf yang sebenarnya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

8.1.2 Pembahagian Wakaf


Perbincangan ini merujuk kepada pembahagian wakaf berdasarkan situasi atau
keadaan seseorang pembaca (qari). Ia terbahagi kepada empat bahagian
sebagaimana digambarkan di dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Pembahagian wakaf

Yang berikut adalah huraian pembahagian wakaf yang merujuk kepada situasi
atau keadaan seseorang qari ketika membaca al-Quran.

(a) Wakaf Ikhtibari


Wakaf ikhtibari bermaksud berhenti pada sesuatu kalimah bagi tujuan
menguji. Contohnya untuk menguji adakah pembaca mengetahui huruf ta
pada akhir kalimah itu ta maftuhah atau ta marbutah.

Hukum wakaf jenis ini adalah harus dengan syarat ia memulakan bacaan di
tempat ia wakaf atau menyambung bacaan dengan selepasnya sekiranya
makna ayat tersebut mengizinkan. Jika tidak, ia hendaklah memulakan
bacaan sebelum kalimah yang diberhentikan mengikut kesesuaian makna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  153

(b) Wakaf Idhthirari


Wakaf idhthirari berlaku kepada pembaca dengan sebab-sebab darurat yang
memerlukannya memberhentikan bacaan pada mana-mana kalimah
walaupun makna ayat tidak sempurna. Contoh yang menyebabkan
memberhentikan bacaan secara tergesa-gesa ialah bersin ketika membaca
al-Quran, menguap, batuk, sesak nafas dan lain-lain.

Hukum wakaf kategori ini ialah harus memberhentikan bacaan pada mana-
mana kalimah. Kemudian hendaklah ia memulakan bacaan pada kalimah
tersebut jika maknanya baik dan jika tidak sempurna makna, maka
hendaklah memulakan mana-mana kalimah yang sesuai dengan makna ayat.

(c) Wakaf Intizari


Wakaf intizari ialah wakaf pada sesuatu kalimah dengan tujuan untuk
menghabiskan khilaf qiraat. Pembaca akan mengulangi ayat mengikut
riwayat-riwayat yang terdapat khilaf bacaan, sama ada dari sudut usul atau
farsy. Jelasnya, wakaf intizari adalah untuk membaca al-Quran secara
berqiraat.

Hukum wakaf sebegini adalah harus dan tidak disyaratkan untuk


menyempurnakan makna; memadailah seorang qari mewakafkan bacaan
berdasarkan rasm. Namun, bagi qari yang bijaksana, dia harus memilih
tempat wakaf agar makna ayat al-Quran terpelihara.

(d) Wakaf Ikhtiyari


Wakaf ikhtiyari adalah merujuk kepada kehendak seseorang qari
memberhentikan bacaan dengan pilihannya tanpa dipengaruhi sebab-sebab
yang terdapat dalam wakaf ikhtibari atau idhthirari.

Oleh kerana perbahasan wakaf ikhtiyari agak panjang, maka subtopik yang
berikut akan menjelaskan wakaf ini secara terperinci.

8.1.3 Jenis Wakaf Ikhtiyari


Menurut al-Dani (2001), dalam kitabnya al-Muktafa fi al-Waqfi wa al-Ibtida, wakaf
ikhtiyari terbahagi kepada empat jenis iaitu tam, kafi, hasan dan qabih (rujuk Rajah
8.2). Pengkategorian ini turut dipersetujui oleh Shaykh Husni Shaykh Uthman
dalam kitabnya Haq al-Tilawah, Shaykh Muhammad Makki Nasr dalam kitabnya
Nihayah al-Qawl al-Mufid Fi `Ilm al-Tajwid dan Shaykh `Abd al-Fattah al-Mursofi
dalam kitabnya Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-Bari.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

Rajah 8.2: Jenis-jenis wakaf ikhtiyari

Mari kita bincangkan jenis-jenis wakaf ikhtiyari dengan lebih lanjut.

(a) Wakaf Tam


Menurut al-Shaykh Mahmud Khalil al-Husari, wakaf tam merujuk kepada
wakaf pada kalimah yang sempurna maknanya dan tidak ada hubungan
dengan selepasnya sama ada dari sudut lafaz atau makna. Lazimnya, wakaf
tam berlaku dalam beberapa tempat yang mana ia dikategorikan dalam
empat keadaan seperti yang berikut.

(i) Wakaf pada Akhir Ayat dan pada Akhir Kisah


Kebiasaannya keadaan tersebut adalah wakaf tam. Wakaf sebegini juga
adalah sunah kerana Rasulullah SAW membaca dengan wakaf pada
akhir ayat. Contoh wakaf tam ialah wakaf pada firman Allah SWT
ِِ
dalam surah al-Hijr: 46 َ ‫ﻮﻫﺎ ﺑِ َﺴﻼٍَم آﻣﻨ‬
‫ﲔ‬ َ ُ‫ ْاد ُﺧﻠ‬dan menyambung dengan
ِ ِ ِِ ِ
ayat selepasnya ‫ﺧﻮاﻧًﺎ‬
َ ْ ‫ﺻ ُﺪورﻫﻢ ﱢﻣ ْﻦ ﻏ ﱟﻞ إ‬ َ ‫ َﻋﻠَﻰ ُﺳ ُﺮٍر ﱡﻣﺘَـ َﻘﺎﺑِﻠ‬atau
ُ ‫ﲔ َوﻧَـَﺰ ْﻋﻨَﺎ َﻣﺎ ِﰲ‬
wakaf pada akhir ayat surah al-Najm: 50 ‫ُوﱃ‬ َ ‫ﻚ َﻋ ًﺎدا ْاﻷ‬ َ َ‫ َوأَﻧﱠﻪُ أ َْﻫﻠ‬dan
menyambung bacaan dengan ayat selepasnya ‫ﻮد ﻓَﻤﺎ أَﺑْـ َﻘﻰ‬
َ َ ُ‫ َوَﲦ‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  155

(ii) Wakaf pada Tengah Ayat


ِ ‫ َﺟ‬pada ayat
Sebagai contoh, wakaf pada kalimah ‫ﺎءﱐ‬
ِ ‫َﺿﻠﱠِﲏ َﻋ ِﻦ اﻟ ﱢﺬ ْﻛ ِﺮ ﺑَـ ْﻌ َﺪ إِ ْذ َﺟ‬
‫ﺎءﱐ‬ َ ‫ ﻟََﻘ ْﺪ أ‬berhenti pada kalimah tersebut memberi
makna sempurnanya kata-kata orang zalim. Dan seterusnya
ِ ‫وَﻛﺎ َن اﻟﺸﱠﻴﻄَﺎ ُن ﻟِ ِْﻺﻧﺴ‬
‫ﺎن َﺧ ُﺬ ًوﻻ‬
menyambung bacaan dengan ayat selepasnya
َ ْ َ
surah al-Furqan: 29. Begitu juga wakaf pada ayat al-Naml: 34 َ‫ﺟ َﻌﻠُﻮا أَﻋﱠﺰة‬ ِ
َ ‫َو‬
ً‫ أ َْﻫﻠِ َﻬﺎ أ َِذﻟﱠﺔ‬dan memulakan bacaan dengan ayat selepasnya ‫ﻚ ﻳَـ ْﻔ َﻌﻠُﻮ َن‬ ِ
َ ‫ َوَﻛ َﺬﻟ‬.
(iii) Wakaf pada Satu Kalimah pada Permulaan Ayat
‫ﻚ‬ ِ
Sebagai contoh, wakaf pada kalimah َ ‫ َﻛ َﺬﻟ‬pada ayat surah al-Kahf:
90-91, iaitu;

Begitu juga wakaf pada kalimah ‫ وﺑِﺎﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ‬pada ayat dalam surah al-Saffat:
َ
َ ‫ﺼﺒِ ِﺤﲔ َ◌ َوﺑِﺎﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ أَﻓَ َﻼ ﺗَـ ْﻌ ِﻘﻠُﻮ‬
137-138, ‫ن‬ ْ ‫ َوإِﻧﱠ ُﻜ ْﻢ ﻟَﺘَ ُﻤﱡﺮو َن َﻋﻠَْﻴ ِﻬﻢ ﱡﻣ‬. Contoh yang lain
ialah wakaf pada kalimah ‫ﺧﺮﻓًﺎ‬
ُ ْ ‫ َوُز‬pada ayat surah al-Zukhruf: 34-35:

(iv) Wakaf pada Akhir Surah


Sebagai contoh, wakaf pada kalimah terakhir surah al-Nas: 6, ‫و‬ ِ ِْ ‫ِﻣﻦ‬
َ ‫اﳉﻨﱠﺔ‬ َ
ِ ‫اﻟﻨ‬
‫ﱠﺎس‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

Hukum wakaf tam adalah baik dan memulakan bacaan dengan ayat
selepasnya juga dikira baik sebagaimana dipaparkan di dalam Rajah 8.3 yang
berikut.

Rajah 8.3: Kategori wakaf tam

(b) Wakaf Kafi


Al-Shaykh Mahmud Khalil al-Husari menyatakan bahawa wakaf kafi ialah
wakaf pada kalimah yang sempurna makna, tetapi ada hubungan dengan
selepasnya dari sudut makna dan tidak ada hubungan dari sudut lafaz.

Menurut Muhammad Khalid Abdul Aziz Mansur, wakaf kafi berasaskan


hujah daripada Abdullah Ibn MasÊud r.a. yang mana beliau berkata bahawa
Nabi Muhammad SAW berkata kepadaku: „Bacalah al-Quran kepadaku, lalu
aku berkata wahai Rasulullah SAW, adakah aku membaca kepada kamu al-
Quran sedangkan al-Quran diturunkan kepada kamu‰. Baginda bersabda:
„Ya‰. Lalu aku membaca surah al-Nisa sehinggalah aku membaca sampai
ِ ٍ ِ
ً ‫َﺷ ِﻬ‬
kepada ayat ‫ﻴﺪا‬ َ ِ‫ﻒ إِ َذا ﺟْﺌـﻨَﺎ ِﻣﻦ ُﻛ ﱢﻞ أ ﱠﻣ ٍﺔ ﺑِ َﺸ ِﻬﻴﺪ َوﺟْﺌـﻨَﺎ ﺑ‬
‫ﻚ َﻋﻠَﻰ َﻫ ُـﺆﻻء‬ َ ‫ ﻓَ َﻜْﻴ‬Baginda
berkata: „Cukup‰, lalu aku berpaling kepadanya dan aku mendapati air mata
Baginda mengalir.

Al-Imam al-Dani (2001) menyatakan bahawa hadis di atas turut menjadi


hujah berkaitan isu keharusan wakaf pada ayat yang berbentuk wakaf kafi
kerana kalimah ‫َﺷ ِﻬ ًﻴﺪا‬ pada ayat tersebut bukanlah tam tetapi mempunyai
hubungan makna dengan ayat selepasnya. Makna ayat selepasnya ialah
bagaimanakah keadaan mereka apabila pada hari tersebut orang-orang kafir
menginginkan, ini bermaksud ada hubungan dengan yang sebelumnya.
Justeru, makna sempurna ialah wakaf pada kalimah „haditha‰ kerana ia
adalah mengakhiri kisah atau cerita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  157

Wakaf kafi boleh berlaku dalam dua keadaan dan ia dikategorikan seperti
yang berikut:

(i) Wakaf pada Akhir Ayat


Sebagai contoh, pada akhir ayat Surah al-Baqarah: 3
‫ﺎﻫ ْﻢ ﻳُ ِﻨﻔ ُﻘﻮ َن‬ ِ ‫ﺐ وﻳ ِﻘﻴﻤﻮ َن اﻟ ﱠ‬
ِ ِ ِ ِ‫ﱠ‬
ُ َ‫ﺼﻼ َة َوﳑﱠﺎ َرَزﻗْـﻨ‬ ُ ُ َ ‫ﻳﻦ ﻳـُ ْﺆﻣﻨُﻮ َن ﺑﺎﻟْﻐَْﻴ‬
َ ‫اﻟﺬ‬ atau wakaf pada
kalimah terakhir ayat surah al-Baqarah: 4
‫ﺎﻵﺧَﺮِة ُﻫ ْﻢ ﻳُﻮﻗِﻨُﻮ َن‬
ِ ِ‫ﻚ وﺑ‬ ِ ِ
َ ‫ﻳﻦ ﻳـُ ْﺆِﻣﻨُﻮ َن ِﲟَﺎ أُﻧ ِﺰَل إِﻟَْﻴ‬
َ َ ‫ﻚ َوَﻣﺎ أُﻧ ِﺰَل ﻣﻦ ﻗَـْﺒﻠ‬
ِ
َ ‫اﻟﺬ‬. Begitu juga
wakaf pada akhir kalimah dalam ayat surah al-Baqarah: 116
‫ض ُﻛﻞﱞ ﻟﱠﻪُ ﻗَﺎﻧِﺘُﻮ َن‬ ِ ‫ات َواﻷ َْر‬ ِ ‫ ﻟﱠﻪ ﻣﺎ ِﰲ اﻟ ﱠﺴﻤﺎو‬atau Surah al-Hujurat: 4
ََ َُ
‫ات أَ ْﻛﺜَـ ُﺮُﻫ ْﻢ َﻻ ﻳَـ ْﻌ ِﻘﻠُﻮ َن‬
ِ ‫اﳊﺠﺮ‬ ِ َ َ‫إِ ﱠن اﻟﱠ ِﺬﻳﻦ ﻳـﻨَﺎدوﻧ‬
َ ُ ُْ ‫ﻚ ﻣﻦ َوَراء‬ ُ َُ
(ii) Wakaf pada Pertengahan Ayat yang Sempurna Lafaz dan Mempunyai
Hubungan Makna dengan Selepasnya
Sebagai contoh, wakaf pada kalimah khalifah ayat surah
al-Baqarah: 30 ً‫ﺧﻠِﻴ َﻔﺔ‬ ِ ‫ﻚ ﻟِْﻠﻤﻼَﺋِ َﻜ ِﺔ إِ ﱢﱐ ﺟ‬
ِ ‫ﺎﻋ ٌﻞ ِﰲ اﻷ َْر‬
‫ض‬ ِ
َ َ َ َ ‫ َوإ ْذ ﻗَ َﺎل َرﺑﱡ‬atau wakaf
pada kalimah „bala‰ pada ayat surah al-Baqarah: 81
ِ ِ َ‫ ﺑـﻠَﻰ ﻣﻦ َﻛﺴﺐ ﺳﻴﱢﺌَﺔً وأَﺣﺎﻃ‬dan dalam surah dan kalimah yang
ُ‫ﺖ ﺑِﻪ َﺧﻄﻴـﺌَﺘُﻪ‬
ْ َ َ َ َ َ َ َ
yang sama pada ayat 112: ‫ﺴﻦ‬ ِ ِِ
ٌ ‫َﺳﻠَ َﻢ َو ْﺟ َﻬﻪُ ﻟﻠّﻪ َوُﻫ َﻮ ُْﳏ‬
ْ ‫ﺑَـﻠَﻰ َﻣ ْﻦ أ‬. Rajah 8.4
menyatakan dua kategori wakaf kafi.

Rajah 8.4: Kategori wakaf kafi

Hukum wakaf kafi adalah baik untuk wakaf pada kalimahnya dan
diizinkan memulakan bacaan dengan selepasnya seperti wakaf tam.
Shaykh Mahmud Khalil al-Husari menyatakan bahawa wakaf pada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

kalimah kafi sebegini adalah lebih baik (awla) atau afdal daripada
menyambungkan bacaan.

(c) Wakaf Hasan


Menurut Shaykh Mahmud Kahlilal-Husari, wakaf hasan merujuk kepada
waqaf pada kalimah yang sempurna makna dan mempunyai hubungan dari
sudut lafaz dan makna dengan kalimah selepasnya. Perlu diingat bahawa
hubungan dari sudut lafaz adalah melazimkan ada hubungan dari sudut
makna tetapi sekiranya ada hubungan makna tidak semestinya ada
hubungan dari sudut lafaz. Hubungan dari sudut lafaz ialah dari sudut
tatabahasa Arab seperti sifat, hal, maÊtuf `alayh, mustasna minh dan
sebagainya.

Wakaf hasan juga boleh berlaku dalam dua keadaan yang mana ia
dikategorikan seperti yang berikut:

(i) Wakaf pada Akhir Ayat


Sebagai contoh, berhenti pada akhir ayat surah al-Fatihah: 2-3;
‫ﲔ اﻟﱠﺮ ْﲪـ ِﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴ ِﻢ‬ ِ ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ ﻟﻠّ ِﻪ َر ﱢ‬
َ ‫ب اﻟْ َﻌﺎﻟَﻤ‬ ْ hubungan makna dan lafaz adalah
wujud antara kalimah terakhir ayat dengan kalimah pertama ayat
selepasnya.

Begitu juga wakaf pada kalimah ‫ اﻟْﻤ ْﺆِﻣﻨُﻮن‬pada surah al-Rum: 4;


ُ
‫ﲔ ﻟِﻠﱠ ِﻪ ْاﻷ َْﻣُﺮ ﻣﻦ ﻗَـْﺒ ُﻞ َوﻣﻦ ﺑَـ ْﻌ ُﺪ َوﻳَـ ْﻮَﻣﺌﺬ ﻳَـ ْﻔَﺮ ُح اﻟْ ُﻤ ْﺆﻣﻨُﻮن‬
ِ ٍ ِ ِ ِ ِ ِ ْ ِ‫ ِﰲ ﺑ‬sesungguhnya
َ ‫ﻀ ِﻊ ﺳﻨ‬
ayat selepasnya ‫ﺼ ِﺮ اﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ْ َ‫ ﺑِﻨ‬mempunyai hubungan yang kuat dengan
kalimah sebelumnya.

Hukum wakaf hasan dalam kategori ini mengikut pandangan yang


sahih dan masyhur dalam kalangan ulama ialah sunah dan baik untuk
wakaf. Dan begitu juga ibtida dengan kalimah selepasnya sama ada
terdapat hubungan lafaz atau sebaliknya.

Dalil hukum ini diambil melalui sandaran hadis Ummu Salamah r.a.
yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW apabila membaca al-Quran,
ِ‫اﻟﱠﺮ‬
Baginda wakaf pada setiap ayat dan berkata ‫ﺣﻴ ِﻢ‬ ‫ﺑِ ْﺴ ِﻢ اﻟﻠّ ِﻪ اﻟﱠﺮ ْﲪـَ ِﻦ‬, wakaf
kemudian membaca ‫ﲔ‬ ِ ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ ﻟﻠّ ِﻪ َر ﱢ‬
َ ‫ب اﻟْ َﻌﺎﻟَﻤ‬ ْ, wakaf kemudian membaca

‫اﻟﱠﺮ ْﲪـ ِﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴ ِﻢ‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  159

(ii) Wakaf pada Kalimah yang Bukan pada Akhir Ayat


Hukumnya ialah baik tetapi tidak harus ibtida dengan selepasnya
kerana terdapat hubungan dari sudut lafaz dan makna dengan ayat
sebelumnya. Contohnya wakaf pada lafaz al-Jalalah ‫ ﻟﻠّ ِﻪ‬pada firman
‫ﲔ‬ ِ ‫اﳊﻤ ُﺪ ﻟﻠّ ِﻪ ر ﱢ‬
Allah SWT dalam surah al-Fatihah: 2 َ ‫ب اﻟْ َﻌﺎﻟَﻤ‬َ ْ َْ . Kalimah ini
adalah sempurna dan baik untuk wakaf tetapi tidak baik untuk ibtida
selepasnya iaitu ‫ﲔ‬ ِ
َ ‫اﻟْ َﻌﺎﻟَﻤ‬ ‫ب‬
‫ َر ﱢ‬. Ia merupakan sifat kepada lafaz al-jalalah
sebelumnya. Kedudukan sifat dan mausuf adalah seperti satu perkara
yang tidak boleh dipisahkan. Dan jika qari membaca ibtida dengan
selepasnya juga maka ibtidanya itu tidak bagus.

Dari apa yang dikemukakan tadi, wakaf hasan mempunyai dua


keadaan iaitu sama ada pada pertengahan atau akhir ayat. Jika pada
akhir ayat ia juga merupakan wakaf sunah dan tidak perlu lagi diulang
untuk ibtida tetapi cukup dengan membaca ayat selepasnya. Inilah
yang dilakukan oleh Rasulullah SAW berdasarkan kepada hadis
Ummu Salamah r.a. dan jika pada pertengahan ayat, maka hendaklah
diibtida dengan kalimah sebelumnya mengikut kesesuaian makna.

(d) Wakaf Qabih


Menurut Shaykh Mahmud Khalil al-Husari, wakaf ini merujuk kepada
memberhentikan bacaan pada lafaz yang mana pendengar tidak faham
maknanya dan tidak ada faedah berhenti pada kalimah tersebut kerana
hubungan yang kuat dari sudut makna dan lafaz dengan kalimah
selepasnya.

Muhammad Khalid Abdul Aziz Mansur pula menyatakan bahawa wakaf ini
merujuk kepada memberhentikan bacaan pada kalimah yang tidak
sempurna maknanya dan ia adalah haram jika pembaca sengaja
melakukannya.

Daripada ÂAddi Ibn Hatim r.a. bahawa seorang lelaki berkhutbah di hadapan
Rasulullah SAW dengan berkata: „Barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya
sesungguhnya ia mendapat petunjuk dan sesiapa menderhakai keduanya⁄.‰
Lalu lelaki tersebut berhenti. Sabda Rasulullah SAW: „Bangun dan pergi,
kamu sesungguhnya adalah seteruk-teruk penceramah.„

Perkara penting yang boleh diambil daripada sabda Rasulullah SAW, „Kamu
adalah seteruk-teruk penceramah‰ ialah kejian Baginda kerana berlaku
kerosakan makna. Sepatutnya lelaki tersebut berhenti barang siapa mentaati

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

Allah SWT dan Rasul-Nya maka ia mendapat petunjuk. Selepas itu lelaki
itu perlu berkata: „Jika menderhakai kedua-duanya maka ia adalah satu
kelalaian.‰ Jika sekiranya berhenti pada kalam manusia dengan sebab
rosak makna dilarang apatah lagi wakaf pada kalam Allah SWT yang
boleh merosakkan makna, sudah tentu ia ditegah dan tidak dibenarkan
sama sekali.

Wakaf qabih ini turut berlaku dalam beberapa keadaan yang mana ia boleh
dikategorikan seperti yang berikut:

(i) Hubungan kalimah yang diwakaf dengan selepasnya begitu kuat dari
sudut makna tetapi tidak memberi apa-apa faedah.
Sebagai contoh, wakaf pada mudhaf tanpa mudhaf Âilayh umpamanya
berhenti pada ‫ ﺑِ ْﺴ ِﻢ‬dalam surah al-Naml: 30 ‫ َوإِﻧﱠﻪُ ﺑِ ْﺴ ِﻢ اﻟﻠﱠ ِﻪ اﻟﱠﺮ ْﲪَ ِﻦ اﻟﱠﺮِﺣﻴ ِﻢ‬,
berhenti pada ‫ﻚ‬ ِ ِ‫ ﻣـﺎﻟ‬dalam surah al-Fatihah: 4 ‫ﻚ ﻳـﻮِم اﻟﺪﱢﻳ ِﻦ‬ ِِ
َ ْ َ ‫ َﻣـﺎﻟ‬. Berhenti
pada mubtada tanpa khabar seperti wakaf pada ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ‬ ْ dalam Surah al-
Fatihah: 2 ‫ﲔ‬ ِ ‫اﳊﻤ ُﺪ ﻟﻠّ ِﻪ ر ﱢ‬
َ ‫ب اﻟْ َﻌﺎﻟَﻤ‬ َ ْ َْ , berhenti pada sifat tanpa mausuf seperti
wakaf pada lafaz ‫ط‬ َ ‫ﺼَﺮا‬
‫ اﻟ ﱢ‬pada ayat 6 surah al-Fatihah. ‫ﻴﻢ‬ ِ ِ .
َ ‫ﺼَﺮا َط اﳌُﺴﺘَﻘ‬
‫اﻫﺪﻧـَـﺎ اﻟ ﱢ‬
Wakaf pada fiÊl tanpa faiÊl seperti wakaf pada kalimah ‫ ﻳَـﺘَـ َﻘﺒﱠﻞ‬pada ayat
ُ
27 surah al-Maidah ‫ﲔ‬ ِ ِ ‫ﱠ‬ِ
َ ‫ إﳕَﺎ ﻳَـﺘَـ َﻘﺒﱠ ُﻞ اﻟﻠّﻪُ ﻣ َﻦ اﻟْ ُﻤﺘﱠﻘ‬.
(ii) Wakaf pada kalimah yang menyebabkan timbul makna yang tidak
dikehendaki.
Sebagai contoh, wakaf pada pada firman Allah SWT dalam surah al-
Nisa: 43 ◌َ ‫ﺼﻼَة‬
‫ﻻَ ﺗَـ ْﻘﺮﺑُﻮاْ اﻟ ﱠ‬. Wakaf pada kalimah tersebut memberi maksud
َ
larangan daripada mengerjakan sembahyang. Tetapi yang dikehendaki
dalam ayat tersebut ialah larangan mengerjakan sembahyang kepada
orang-orang yang mabuk. Justeru, wajib menyambung ayat tersebut
ِ َ‫ ﺣ ﱠﱴ ﺗَـ ْﻐﺘ‬iaitu wakaf kafi. Wakaf pada lafaz ‫واﻟﻈﱠﺎﻟِ ِﻤﲔ‬
hinggalah kepada ْ‫ﺴﻠُﻮا‬
َ َ َ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫َﻋ ﱠﺪ َﳍُ ْﻢ‬
dalam firman Allah SWT ‫ﻋ َﺬاﺑًﺎ أَﻟﻴﻤﺎ‬
ً َ ‫ﻳُ ْﺪﺧ ُﻞ َﻣﻦ ﻳَ َﺸﺎء ِﰲ َر ْﲪَﺘﻪ َواﻟﻈﱠﺎﻟﻤ‬
َ‫ﲔ أ‬
surah al-Insan: 31. Ia bermaksud orang-orang zalim juga termasuk
dalam rahmat Allah SWT dan ini adalah merosakkan makna; justeru
wakaf sebaiknya ialah pada ‫ﲪَﺘِ ِﻪ‬
ْ ‫ ر‬ia merupakan wakaf tam. Wakaf pada
َ
‫ﻳﻦ َآﻣﻨُﻮا‬ ِ‫ﱠ‬
َ ‫ َواﻟﺬ‬dalam firman Allah SWT
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  161

ِ ْ ‫وأ‬
ٌ‫َﺟٌﺮ َﻛﺒﲑ‬ َ ٌ‫ﺎت َﳍُﻢ ﱠﻣ ْﻐ ِﻔَﺮة‬ ِ ‫اﻟﱠ ِﺬﻳﻦ َﻛ َﻔﺮوا َﳍﻢ ﻋ َﺬاب ﺷ ِﺪﻳ ٌﺪ واﻟﱠ ِﺬﻳﻦ آﻣﻨﻮا وﻋ ِﻤﻠُﻮا اﻟ ﱠ‬
ِ ‫ﺎﳊ‬
َ ‫ﺼ‬ َ َ َُ َ َ َ ٌ َ ُْ ُ َ
Surah Fatir: 7. Jika wakaf pada kalimah tersebut, maka makna ayat
menjadi kesamaran dengan disangka orang beriman dan orang kafir
masuk ke dalam azab. Ini adalah makna yang rosak. Sesungguhnya
Allah SWT menyediakan keampunan dan nikmat berkekalan kepada
orang-orang beriman. Dan sebaik wakaf ialah pada ‫اب َﺷ ِﺪﻳ ٌﺪ‬
ٌ ‫ َﳍُ ْﻢ َﻋ َﺬ‬ia
adalah wakaf kafi kerana membezakan antara kesudahan orang-orang
kafir dan kesudahan orang-orang beriman.

(iii) Kerosakan pada makna dan menjadi bersangka buruk terhadap Allah
SWT (sebenarnya wakaf jenis ini adalah lebih teruk daripada wakaf
qabih).
Sebagai contoh, berhenti pada kalimah lafaz al-jalalah ُ‫ واﻟﻠّﻪ‬pada firman
َ
ِِ ِ ِ
Allah SWT َ ‫ﺖ اﻟﱠﺬي َﻛ َﻔَﺮ َواﻟﻠّﻪُ ﻻَ ﻳَـ ْﻬﺪي اﻟْ َﻘ ْﻮَم اﻟﻈﱠﺎﻟﻤ‬
‫ﲔ‬ َ ‫ ﻓَـﺒُ ِﻬ‬dalam surah
al-Baqarah: 258. Wakaf pada lafaz ‫ﺤﻴِﻲ‬ ْ َ‫ ﻻَ ﻳَ ْﺴﺘ‬pada firman Allah SWT
‫ﻮﺿﺔً ﻓَ َﻤﺎ ﻓَـ ْﻮﻗَـ َﻬﺎ‬
َ ُ‫ب َﻣﺜَﻼً ﱠﻣﺎ ﺑَـﻌ‬ ْ َ‫ إِ ﱠن اﻟﻠﱠﻪَ ﻻَ ﻳَ ْﺴﺘَ ْﺤﻴِﻲ أَن ﻳ‬dalam surah al-Baqarah:
َ ‫ﻀ ِﺮ‬
26 sepatutnya wakaf pada ‫ﻓَﻤﺎ ﻓَـﻮﻗَـ َﻬﺎ‬. Wakaf pada lafaz ‫ﺎك‬ َ َ‫ أ َْر َﺳ ْﻠﻨ‬pada
ْ َ
ِ
firman Allah SWT ‫ﲔ‬ َ ‫ﺎك إِﱠﻻ َر ْﲪَﺔً ﻟﱢْﻠ َﻌﺎﻟَﻤ‬
َ َ‫ َوَﻣﺎ أ َْر َﺳ ْﻠﻨ‬dalam surah al-Anbiya: 107.
Wakaf pada ‫ﻮل‬ ٍ ‫ ِﻣﻦ ﱠرﺳ‬pada firman Allah SWT
ُ
ِ‫ﻮل إِﻻﱠ ﻟِﻴﻄَﺎع ﺑِِﺈ ْذ ِن اﻟﻠّﻪ‬ ِ
َ ُ ٍ ‫ َوَﻣﺎ أ َْر َﺳ ْﻠﻨَﺎ ﻣﻦ ﱠر ُﺳ‬dalam surah al-Nisa: 64. Wakaf pada
kalimah tersebut merosakkan makna, sesungguhnya Allah SWT telah
mengutuskan rasul-rasul. Justeru, wakaf yang sahih ialah pada lafaz
◌ِ ‫اﻟﻠّﻪ‬. Rajah 8.5 menyatakan tiga kategori wakaf qabih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

Rajah 8.5: Kategori wakaf qabih

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Jelaskan definisi wakaf serta kepentingannya dalam membaca


al-Quran.

2. Wakaf terbahagi kepada empat bahagian yang besar.


Nyatakannya berserta dua contoh.

8.2 PENGANTAR IBTIDA


Subtopik ini akan membincangkan definisi, pembahagian dan jenis-jenis ibtida.

8.2.1 Definisi Ibtida

Ibtida adalah kaedah memulakan bacaan selepas wakaf. Perkara penting dalam
ibtida ialah memulakan bacaan pada kalimah yang sempurna maknanya. Justeru,
pembahagian ibtida hanya kepada dua bahagian: hasan dan qabih. Persoalannya,
adakah anda mengibtida bacaan mengikut ibtida hasan?

Apakah maksud ibtida? Ibtida bermaksud memulakan bacaan selepas wakaf atau
hendak memulakan bacaan yang baharu. Jika bacaannya baharu sebelum
memulakan bacaan, maka hendaklah pembaca memulakan bacaan dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  163

istiÊazah diikuti dengan basmalah jika permulaan tersebut di awal surah. Tetapi
jika permulaan bacaan adalah pada pertengahan surah, pembaca mempunyai
pilihan sama ada membaca basmalah atau tidak selepas membaca istiÊazah.

Jika memulakan bacaan selepas wakaf, pembaca tidak memulakan dengan


basmalah atau istiÊazah. Ini kerana qari dianggap sedang meneruskan bacaan
bukan niat untuk berhenti. Tetapi jika qari hendak memulakan bacaan permulaan
surah berikutnya, maka hendaklah ia membaca basmalah sebagaimana mengikut
riwayat Hafs dari Imam ÂAsim.

Ibtida adalah satu perkara pilihan bukannya seperti wakaf yang kadang-kadang
berunsurkan darurat. Justeru, ibtida mestilah mengandungi kalam yang
bersendirian dan memenuhi maksud ayat.

8.2.2 Pembahagian Ibtida


Pembahagian ini merujuk kepada situasi dan keadaan pembaca (qari) iaitu
terbahagi kepada dua bahagian sebagaimana dinyatakan di dalam Rajah 8.6.

Rajah 8.6: Pembahagian ibtida berdasarkan situasi dan keadaan qari

Huraian pembahagian ibtida adalah seperti yang berikut:

(a) Ibtida Jaiz


Ibtida jaiz ialah apabila memulakan bacaan dengan kalam yang berasingan
yang memenuhi tujuan tanpa ada hubungan dengan sebelumnya sama ada
dari sudut lafaz atau makna.

Syarat ibtida yang jaiz ialah memulakan pada kalimah yang memenuhi
maksud tanpa ada hubungan dengan sebelumnya. Perkara ini adalah
berbeza sama sekali dengan wakaf yang berlaku apabila terputus nafas atau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

darurat seperti batuk, bersin dan sebagainya. Kadang-kadang wakaf berlaku


pada kalimah yang tidak harus berhenti.

Justeru, ibtida tidak boleh dilakukan dengan faÊil tanpa fÊil, atau membaca
sifat tanpa mausuf dan tidak boleh juga membaca dengan khabar tanpa
mubtada. Namun, semuanya itu berkecuali jika ia adalah pada akhir ayat
kerana wakaf ketika itu adalah sunah.

Imam Ibn al-Jazari telah membuat satu kaedah yang penting dalam ibtida
dengan katanya, setiap kalimah yang diharuskan wakaf maka diharuskan
juga ibtida dengan kalimah selepasnya.

(b) Ibtida Qabih


Ibtida qabih ialah ibtida pada kalimah yang menjejaskan makna ayat atau
membawa maksud yang berlainan daripada kehendak ayat dengan
merosakkan makna. Contoh-contoh ibtida qabih adalah seperti yang berikut:

(i) Ibtida dengan lafazal-jalah ُ‫ اﻟﻠﱠﻪ‬dalam firman Allah SWT

‫ض ﱠﻣﺎ َو َﻋ َﺪﻧَﺎ اﻟﻠﱠﻪُ َوَر ُﺳﻮﻟُﻪُ إِﱠﻻ ﻏُُﺮ ًورا‬ ِِ ِ‫ﱠ‬ ِ ُ ‫َوإِ ْذ ﻳَـ ُﻘ‬
ٌ ‫ﻳﻦ ِﰲ ﻗُـﻠُﻮ ﻢ ﱠﻣَﺮ‬
َ ‫ﻮل اﻟْ ُﻤﻨَﺎﻓ ُﻘﻮ َن َواﻟﺬ‬
Surah al-Ahzab: 12 dan ibtida akan bertambah qabih jika sekiranya ia
memulakan dengan kalimah ‫ﻋ َﺪﻧَﺎ‬
َ‫و‬ َ
(ii) Ibtida dengan lafaz َ‫اﻟﻠّﻪ‬ ‫ إِ ﱠن‬dalam firman Allah SWT
‫ﻳﻦ ﻗَﺎﻟُﻮاْ إِ ﱠن اﻟﻠّﻪَ ﻓَِﻘﲑٌ َوَْﳓ ُﻦ أَ ْﻏﻨِﻴَﺎء‬ ِ‫ﱠ‬ ِ ‫ﱠ‬
َ ‫ ﻟ َﻘ ْﺪ َﲰ َﻊ اﻟﻠّﻪُ ﻗَـ ْﻮَل اﻟﺬ‬Surah Ali ÂImran: 181 dan
ِ ِ ِ‫ﱠ‬
dalam Surah al-Maidah: 72 َ‫ﺴﻴﺢ اﺑْﻦ َﻣﺮَﱘ‬
ْ ُ ُ ‫ﻳﻦ ﻗَﺎﻟُﻮاْ إ ﱠن اﻟﻠّﻪَ ُﻫ َﻮ اﻟْ َﻤ‬ َ ‫ ﻟََﻘ ْﺪ َﻛ َﻔَﺮ اﻟﺬ‬dan
Surah al-Maidah: 73 ‫ﺚ ﺛَﻼَﺛٍَﺔ‬ ِ ِ‫ﱠ‬
ُ ‫ﻳﻦ ﻗَﺎﻟُﻮاْ إِ ﱠن اﻟﻠّﻪَ ﺛَﺎﻟ‬ ‫ﱠ‬
َ ‫ﻟ َﻘ ْﺪ َﻛ َﻔَﺮ اﻟﺬ‬.
(iii) Ibtida dengan lafaz ‫اﻟﻠّ ِﻪ‬ ‫ ﻳَ ُﺪ‬dalam Surah al-Maidah: 64,
ْ‫ﺖ أَﻳْ ِﺪﻳ ِﻬ ْﻢ َوﻟُﻌِﻨُﻮاْ ِﲟَﺎ ﻗَﺎﻟُﻮا‬ ِ
ْ ‫ﻮد ﻳَ ُﺪ اﻟﻠّﻪ َﻣ ْﻐﻠُﻮﻟَﺔٌ ﻏُﻠﱠ‬
ِ
ُ ‫ َوﻗَﺎﻟَﺖ اﻟْﻴَـ ُﻬ‬.

(iv) Ibtida dengan lafaz ‫ ﻋَُﺰﻳْـٌﺮ اﺑْ ُﻦ اﻟﻠّ ِﻪ‬dan ‫ﻴﺢ اﺑْ ُﻦ اﻟﻠّ ِﻪ‬ ِ
ُ ‫اﻟْ َﻤﺴ‬ dalam Surah

al-Taubah: 30, ‫ﻮد ﻋَُﺰﻳْـﺮ اﺑْﻦ اﻟﻠّ ِﻪ‬ ِ


ُ ٌ ُ ‫ َوﻗَﺎﻟَﺖ اﻟْﻴَـ ُﻬ‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  165

ِ
(v) Ibtida dengan lafaz ‫ﻜﻢ‬
ُ ُ‫ﻳَـﺮُزﻗ‬ ْ ‫ َﻏْﻴـ ُﺮ اﻟﻠﱠﻪ‬dalam surah Fatir: 3,
ِ ‫ َﻫ ْﻞ ِﻣ ْﻦ َﺧﺎﻟِ ٍﻖ َﻏْﻴـ ُﺮ اﻟﻠﱠ ِﻪ ﻳَـ ْﺮُزﻗُ ُﻜﻢ ﱢﻣ َﻦ اﻟ ﱠﺴ َﻤﺎء َو ْاﻷ َْر‬.
◌َ ‫ض َﻻ إِﻟَﻪَ إِﱠﻻ ُﻫﻮ‬

(vi) Ibtida dengan lafaz ‫َﻋﺒُ ُﺪ‬


ْ‫أ‬ َ‫ ﻻ‬dalam surah Yasin: 22,
‫ َوَﻣﺎ ِﱄ ﻻَ أ َْﻋﺒُ ُﺪ اﻟﱠ ِﺬي ﻓَﻄََﺮِﱐ َوإِﻟَْﻴ ِﻪ ﺗُـ ْﺮ َﺟﻌُﻮن‬.
Jika ibtida pada kalimah-kalimah yang dinyatakan berubah makna ayatnya serta
merosakkannya, ia juga telah melakukan adab yang buruk terhadap Allah SWT.

8.2.3 Jenis-jenis Ibtida


Jenis ibtida ini adalah merujuk kepada ibtida pada hamzah. Ia boleh dikategorikan
kepada dua jenis sebagaimana dipaparkan di dalam Rajah 8.7.

Rajah 8.7: Jenis-jenis ibtida pada hamzah

Yang berikut dijelaskan jenis-jenis ibtida pada hamzah.

(a) Ibtida pada Hamzah Wasal


Antara kaedah yang perlu difahami oleh qari adalah tidak boleh memulakan
bacaan (ibtida) dengan huruf berbaris mati dan tidak boleh wakaf terhadap
huruf yang berbaris. Atas asas ini, para qari perlu menguasai hukum
berkaitan memulakan bacaan pada hamzah wasal kerana asal kepada huruf
tersebut merupakan huruf berbaris mati.

Terdapat beberapa situasi untuk membariskan huruf hamzah wasal ketika


ibtida dengan kalimah tersebut dengan mengikut kaedah baris huruf ketiga.
Jadual 8.2 menyatakan kaedah bacaan dengan contoh-contoh ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

Jadual 8.2: Kaedah Bacaan dengan Contoh-contoh Ayat

Kaedah Bacaan Contoh Ayat


Jika huruf ketiga berbaris
fathah, maka hamzah wasal
dikasrahkan

Jika huruf ketiga berbaris


kasrah, maka hamzah wasal
dikasrahkan

Jika huruf ketiga berbaris


dhommah, maka hamzah
wasal didhommahkan

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kalimah yang dimulai dengan


hamzah wasal yang tidak mengikut kaedah baris huruf ketiga seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 8.2. Kalimah-kalimah tersebut dibaca dengan baris
kasrah sahaja ketika ibtida iaitu:

(i) Tujuh kata nama dikasrahkan hamzah wasal

[Ali ÂImran: 45] [al-Tahrim: 12] [Yasin: 14] [al-NisaÊ: 176]

[al-Haj: 40] [al-NisaÊ: 176] [al-NisaÊ: 12] [Yusuf: 30]

(ii) Empat kata kerja dikasrahkan hamzah wasal

( ( (

[ Sad: 6] [al-Hijr: 65] [Yunus: 71] [al-Kahfi: 21]

Dari segi tatabahasa Arab, asal empat perkataan tadi ialah berbaris kasrah
ْ ‫ ا ْم ِشي‬dan ‫ُوا‬
pada huruf ketiganya iaitu (‫ُوا‬ ْ ‫ضي‬ِ ‫ )ا ْق‬tetapi ditukarkan barisnya. Maka
sewaktu memulakan bacaan pada empat kalimah ini, hamzah wasal
dikasrahkan kerana meraikan baris asal huruf yang ketiga iaitu baris kasrah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  167

(b) Ibtida pada Hamzah Wasal dan Hamzah QataÊ


Dalam konteks ini, ia juga dikenali sebagai ibtida dengan ibdal. Istilah ibdal
di sini merujuk kepada kaedah menukarkan huruf hamzah qataÊ kepada
huruf mad berpandukan baris pada huruf sebelumnya.

Terdapat beberapa contoh kalimah yang dimulai dengan hamzah wasal dan
hamzah qataÊ selepasnya. Justeru, ketika ibtida perlulah kalimah tersebut
dibaca dengan ibdal dengan kadar panjang bacaan sebanyak dua harakat.

Antara contohnya adalah seperti yang berikut:

z
[al-Baqarah: 283] [al-Ahqaf: 4] [al-Taubah: 49] [Yunus: 15]

Namun, sekiranya sesuatu kalimah yang dimulai dengan hamzah wasal dan
huruf lam selepasnya, maka ketika ibtida hendaklah ia dibaca dengan baris
fathah sahaja seperti contoh yang berikut:

[ 2 :‫]اﻟﻔﺎﲢﺔ‬

[ 1 :‫]اﻟﻘﺎرﻋﺔ‬

SEMAK KENDIRI 8.2


1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan ibtida serta
pembahagiannya.

2. Ibtida jaiz mempunyai syarat-syarat tersendiri. Jelaskan berserta


dengan dua contoh.

3. Huraikan dengan ringkas kaedah pembacaan ibtida pada hamzah


wasal dan hamzah qataÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

8.3 ISU-ISU BERKAITAN WAKAF


Subtopik ini akan membincangkan isu-isu berkaitan wakaf dengan lebih
mendalam.

8.3.1 Wakaf Jibril a.s.


Yang berikut dijelaskan definisi serta jumlah wakaf Jibril a.s.

(a) Definisi Wakaf Jibril a.s.


Menurut Shaykh al-Mursafi dalam kitabnya Hidayah al-QariÊ, wakaf Jibril
merujuk kepada wakaf yang dikehendaki dan disengajai oleh Rasulullah
SAW. Ia juga dikenali sebagai wakaf sunah atau wakaf Nabawi.

Menurut Shaykh Ahmad Khalid Shukri dalam kitabnya al-Munir fi Ahkam


al-Tajwid, wakaf Jibril merujuk kepada Jibril a.s. yang mewakafkan
bacaannya pada beberapa tempat tertentu dan kemudiannya diikuti oleh
Rasulullah SAW.

Wakaf ini tidak mempunyai kaedah dan tanda yang khusus untuk
membezakannya daripada pembahagian wakaf yang lain. Ini kerana wakaf
Jibril terkandung di dalamnya ketiga-tiga jenis wakaf tadi iaitu wakaf tam,
wakaf kafi dan wakaf hasan.

(b) Jumlah Wakaf Jibril


Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jumlah wakaf Jibril yang
terdapat di dalam al-Quran. Imam al-Asymuni yang meriwayatkan daripada
al-Sakhawi dalam kitabnya Manar al-Huda fi Bayan al-Wakaf wa al-Ibtida
berpendapat bahawa terdapat 11 tempat wakaf Jibril di dalam Quran (lihat
Jadual 8.3).

Jadual 8.3: Surah dan Ayat Wakaf Jibril a.s. menurut Imam al-Asymuni

Surah Ayat
Ali ÂImran: 95

Al-Baqarah: 148

Al-Maidah: 48

Yusuf: 108

Al-Maidah: 116

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  169

Al-RÊad: 17

Al-Nahl: 5

Al-Sajadah: 18

al-NaziÊat: 22-23

Al-Qadr: 3

Shaykh Wahbah Surur al-Mahali pula telah menambah tujuh tempat lagi dengan
menjadikannya kesemuanya 17 tempat, seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Surah dan Ayat Wakaf Jibril a.s. Menurut Shaykh al-Mahali

Surah Ayat

Yunus: 2

Yunus: 65

Al-Nahl: 103

Luqman: 13

Ghafir: 6

Al-Qadr: 4

Al-Nasr: 3

8.3.2 Hukum Qata’


Yang berikut dijelaskan definisi serta hukum qataÊ dalam pembacaan al-Quran.

(a) Definisi QataÊ


Menurut al-MuÊjam al-Wasit, qataÊ dari sudut bahasa ialah menjauhkan dan
membuang.

Manakala dari sudut istilah qurra, menurut kitab al-Munir fi Ahkam al-Tajwid
ia merujuk kepada perbuatan memberhentikan bacaan dan berpindah kepada
urusan yang lain yang tiada hubung kait dengan bacaan al-Quran. Dalam kata

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

lain, qataÊ (berhenti daripada bacaan) itu mesti pada kepala ayat ataupun pada
akhir surah dan tidak boleh berhenti pada pertengahan ayat.

(b) Hukum QataÊ dalam Pembacaan al-Quran


QataÊ tidak akan berlaku kecuali pada akhir ayat. Ini kerana akhir ayat ialah
pemisah antara satu ayat dengan ayat yang lain. Berlainan dengan wakaf
yang boleh berhenti di tengah atau pada akhir ayat dengan tujuan
meneruskan bacaan. Jika qari memulakan kembali bacaan, maka
disunatkannya membaca istiÊazah atau basmalah.

8.3.3 Hukum Saktah


Yang berikut dijelaskan definisi serta jumlah saktah di dalam al-Quran.

(a) Definisi Saktah


Menurut al-MuÊjam al-Wasit, saktah dari sudut bahasa ialah senyap atau
berhenti berkata-kata.

Manakala dari sudut istilah qurra pula, ia merujuk kepada perbuatan


menahan suara dalam tempoh sekejap tanpa bernafas dengan niat
meneruskan bacaan. Kadar tempoh berhenti sekejap untuk saktah ialah dua
‫س‬
harakat dan tanda bagi saktah di dalam al-Quran ialah huruf sin kecil ( ).

(b) Jumlah Saktah di dalam al-Quran


Terdapat empat saktah yang wajib dipraktikkan dalam bacaan riwayat Imam
Hafs daripada ÂAsim menurut tariq al-shatibiyyah ketika bacaan diwasalkan,
iaitu:
(i) Pada huruf alif ( ‫ ) ا‬yang menjadi ibdal dari tanwin pada lafaz (%y`uθÏã)
pada firman Allah Taala dalam Surah al-Kahf ayat 1-2:

(ii) Begitu juga pada lafaz ($tΡωs%ö¨Β) dalam Surah Yasin ayat 52:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  171

(iii) Demikian juga pada huruf nun pada lafaz (2ô⎯tΒ) dalam Surah
al-Qiyamah ayat 27. Cara bacaannya adalah dengan mengizharkan nun
sakinah dan sekali gus tidak boleh membaca dengan idgham
sebagaimana contoh yang berikut:

(iv) Juga pada huruf lam ( ‫ ) ل‬pada lafaz (( 2ö≅t/ ) dalam Surah al-Mutaffifin
ayat 14. Cara bacaannya adalah dengan mengizharkan huruf lam dan
huruf ra dan sekali gus melarang daripada berlakunya idgham
sebagaimana contoh yang berikut:

Melalui bacaan riwayat Imam Hafs daripada ÂAsim menurut tariq


al-shatibiyyah juga, terdapat dua saktah yang diberi pilihan sama ada
disaktahkan atau sebaliknya ketika bacaan diwasalkan. Yang berikut adalah
contohnya:

(i) Lafaz (2÷μu‹Ï9$tΒ) pada Surah al-Haqqah ayat 28-29:

Dalam konteks ini, harus padanya dua wajah iaitu saktah bersama
izhar dan idgham. Namun, bacaan dengan saktah bersama izhar adalah
lebih utama.

(ii) Pada akhir Surah al-Anfal dan awal Surah al-Taubah.


Antara wajah yang diharuskan untuk dibaca antara dua surah ini
adalah bacaan saktah tanpa didahului oleh bacaan basmalah.

t⎦⎪Ï%©!$# ’n<Î) ÿ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ «!$# z⎯ÏiΒ ×οu™!#tt/ ∩∠∈∪ 7Λ⎧Î=tæ >™ó©«


x Èe≅ä3Î/ ©!$# ¨βÎ)

∩⊇∪ t⎦⎫Ï.Îô³ßϑø9$# z⎯ÏiΒ Ν›?‰yγ≈tã

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Huraikan definisi wakaf Jibril a.s. sebagaimana yang telah anda


pelajari.

2. Bezakan antara maksud sebenar qataÊ dan saktah.

3. Berapakah jumlah saktah yang diberi pilihan untuk


mempraktikkannya berdasarkan riwayat Hafs daripada `Asim
menurut tariq al-shatibiyyah? Jelaskan dan sebutkan contohnya
sekali.

 Wakaf ialah ilmu yang penting dalam kaedah membaca al-Quran.

 Kesempurnaan pembacaan al-Quran diukur melalui penguasaan ilmu wakaf


dan ibtida.

 Kepentingan tersebut amat jelas sehinggakan ulama meletakkan tanda setiap


wakaf bagi menjadi panduan kepada orang-orang yang tidak menguasai
bahasa Arab. Pembahagian yang dibuat oleh ulama kepada empat jenis wakaf
adalah untuk menghasilkan bacaan al-Quran yang menepati makna dan
maksud ayat.

 Justeru, setiap lapisan Muslim boleh menggunakan kemudahan yang telah


ditetapkan oleh ulama dalam penandaan alamat-alamat wakaf.

Ibtida Wakaf ikhtibari


QataÊ Wakaf ikhtiyari
Saktah Wakaf intizari
Wakaf idhthirari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 WAKAF DAN IBTIDA  173

Abu Amr Utsman bin SaÊid ad-Dani al-Andalusi (2001). Al-muktafa fil-Waqfi
wal-ibtida fi kitabillah azza wa jalla. Beirut, Lebanon: MuÊassisah ar-Risalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sifat Tebal dan
Nipis pada
9 Huruf
HijaÊiyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan huruf hijaÊiyyah dari sudut tebal dan nipis;
2. Mengenal pasti kaedah mengenal bacaan tebal dan nipis;
3. Membezakan pembacaan tebal dan nipis dalam keadaan tertentu
berdasarkan perbahasan huruf alif, lam, ra dan ghunnah dalam
ikhfak; dan
4. Mengaplikasikan pembacaan al-Quran secara sahih menurut
perbahasan tebal dan nipis.

 PENGENALAN
Antara kelemahan qari dalam membaca al-Quran adalah dalam menentukan
bagaimanakah huruf hijaÊiyyah disebut dan disuarakan. Pengetahuan dan
penguasaan kemahiran mengenal pasti sifat tebal dan nipis huruf-huruf hijaÊiyyah
mampu mengatasi isu ini dan seterusnya mempertingkatkan mutu pembacaan
al-Quran sebagaimana ia diturunkan.

Kemahiran ini dikenali juga sebagai al-tafkhim dan al-tarqiq dalam perbahasan
ilmu tajwid. Topik ini akan memberi tumpuan kepada sifat tebal dan nipis dalam
huruf hijaÊiyyah, definisi dan konsepnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  175

9.1 SIFAT TEBAL (AL-TAFKHIM)


Subtopik ini akan membincangkan sifat tebal (al-tafkhim) dengan lebih lanjut.
Subtopik ini juga akan menjelaskan definisi, maratib al-tafkhim dan kaedah
menyebut al-tafkhim pada huruf istiÊlaÊ.

9.1.1 Definisi
Al-tafkhim dari sudut bahasa bermaksud menebalkan sesuatu. Ia juga dikenali
sebagai al-taghliz, namun lazimnya penggunaan al-taghliz merujuk kepada sifat
huruf lam. Manakala al-tafkhim pula penggunaannya merujuk kepada sifat
huruf ra.

Dari sudut istilah, al-tafkhim merujuk kepada perbuatan menebalkan sebutan


sesuatu huruf atau menjadikan sebutan huruf tersebut berat pada makhraj dan
kuat pada sifat-sifatnya. Dengan kata lain, suara menyebut huruf tersebut
memenuhi ruang rongga mulut.

Sebagai gambaran awal, boleh dikatakan bahawa perbincangan ini ada


hubungannya dengan dua jenis sifat huruf iaitu istiÊlaÊ dan istifal. Secara mudah
untuk difahami, huruf istiÊlaÊ adalah al-tafkhim sebagaimana ditunjukkan di
dalam Rajah 9.1. Sementara itu, huruf istifal adalah al-tarqiq dan akan diterangkan
dalam subtopik akan datang. Pembahagian ini adalah secara umum sahaja kerana
huruf istifal akan berubah keadaannya mengikut keadaan harakat dan tempatnya.

Rajah 9.1: Huruf isti`laÊ yang dibaca secara al-tafkhim

Menurut kitab Hidayah al-QariÊ oleh al-Mursofi (2005), huruf hijaÊiyyah terbahagi
kepada tiga bahagian dari sudut al-tafkhim dan al-tarqiq, iaitu:
(a) Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu huruf-huruf istiÊlaÊ;
(b) Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu huruf istifal selain daripada
huruf lam dan ra; dan
(c) Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya
mengikut keadaan ayat (alif-lam pada lafz al-jalalah - ra).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH

Menurut Abdul Aziz Abdur Rauf (2008), dalam kitabnya Pedoman Dauroh
al-Quran: Kajian Ilmu Tajwid Disusun secara Aplikatif, turut memperincikan
perbahasan ini dengan menambah keharusan membaca sama ada secara
al-tafkhim atau al-tarqiq pada huruf ra sahaja.

Daripada perbincangan tadi, maka boleh kita simpulkan bahawa apabila


digabungkan maka huruf hijaÊiyyah dari sudut perbahasan al-tafkhim dan
al-tarqiq terbahagi kepada empat bahagian sebagaimana ditunjukkan di dalam
Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Huruf hijaÊiyyah dari sudut al-tafkhim dan al-tarqiq

9.1.2 Maratib al-Tafkhim


Sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini, huruf istiÊlaÊ iaitu (‫)ﺧﺺ ﺿﻐﻂ ﻗﻆ‬
mempunyai beberapa tingkatan (maratib). Huruf yang paling kuat secara tidak
langsung mempunyai sifat itbaq iaitu (‫ظ‬ ‫)ص ض ط‬. Rajah 9.3 menyatakan maratib
al-tafkhim:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  177

Rajah 9.3: Maratib al-tafkhim

Sekarang, mari kita lihat maratib tersebut satu persatu.

(a) Peringkat Pertama


Apabila salah satu huruf istiÊlaÊ berbaris di atas dan berada selepasnya huruf
alif. Contohnya:

Surah al-NisaÊ: 3 ‫ﻜﻢ‬


ُ َ‫ﻟ‬ ‫ﺎب‬ ِ
(i) َ َ‫ﻓَﺎﻧﻜ ُﺤﻮاْ َﻣﺎ ﻃ‬.
Surah Hud: 77; ‫ﻋﺎ‬ ِِ َ ‫وﺿ‬
(ii) ً ‫ﺎق ْﻢ َذ ْر‬ ََ
Surah al-Kahfi: 69; ‫ﺻﺎﺑِﺮا‬ ‫ﱠ‬ ِ
(iii)
ً َ ُ‫إن َﺷﺎء اﻟﻠﻪ‬
(b) Peringkat Kedua
Apabila salah satu huruf istiÊlaÊ berbaris di atas sahaja dan tidak ada
selepasnya huruf alif. Contohnya:

‫ﻳﻦ ﻃَﺒَ َﻊ اﻟﻠّﻪُ َﻋﻠَﻰ ﻗُـﻠُﻮِِ ْﻢ‬ ِ ‫أُوﻟَـﺌِ ﱠ‬


(i) Surah al-Nahl: 108;
َ ‫ﻚ اﻟﺬ‬
َ
(ii) Surah al-Ahzab: 23; ‫ﻋﻠَْﻴ ِﻪ‬
َ َ‫ﺎﻫ ُﺪوا اﻟﻠﱠﻪ‬
َ ‫ﺻ َﺪﻗُﻮا َﻣﺎ َﻋ‬ ٌ ‫ﲔ ِر َﺟ‬
َ ‫ﺎل‬
ِِ ِ
َ ‫ﻣ َﻦ اﻟْ ُﻤ ْﺆﻣﻨ‬
Surah al-Shura: 43; ‫ُﻣﻮِر‬
ِ ِ ِ‫وﻟَﻤﻦ ﺻﺒـﺮ وﻏﻔﺮ إِ ﱠن ذﻟ‬
(iii) ُ ‫ﻚ ﻟَﻤ ْﻦ َﻋ ْﺰم ْاﻷ‬ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH

(c) Peringkat Ketiga


Sekiranya salah satu huruf istiÊlaÊ berbaris di hadapan. Contohnya:

Surah al-Tawbah: 87; ‫ﻗُـﻠُﻮِِﻢ‬ ‫َوﻃُﺒِ َﻊ َﻋﻠَﻰ‬


(i)
ْ
(ii) Surah al-AÊraf: 47;‫ﺼ ُﺎرُﻫ ْﻢ‬ ْ َ‫ﺻ ِﺮﻓ‬
َ ْ‫ﺖ أَﺑ‬ ُ ‫َوإِ َذا‬
(iii) Surah al-Baqarah: 61; ُ‫ﻜﻨَﺔ‬ َ ‫ﺖ َﻋﻠَْﻴ ِﻬ ُﻢ اﻟ ﱢﺬﻟﱠﺔُ َواﻟْ َﻤ ْﺴ‬
ْ َ‫ﺿ ِﺮﺑ‬
ُ ‫َو‬
(d) Peringkat Keempat
Apabila salah satu huruf istiÊlaÊ sukun. Contohnya:

Surah al-AÊraf: 101; ‫ﻜﺎﻓِ ِﺮﻳﻦ‬


َ ْ‫اﻟ‬ ِ ُ‫ﻚ ﻳﻄْﺒﻊ اﻟﻠّﻪُ َﻋﻠَﻰ ﻗُـﻠ‬
‫ﻮب‬ ِ
ُ َ َ َ ‫َﻛ َﺬﻟ‬
(i)
َ َ
(ii) Surah al-Baqarah: 175; ‫اﻟﻨﱠﺎ ِر‬ ‫َﺻﺒَـَﺮُﻫ ْﻢ َﻋﻠَﻰ‬
ْ ‫ﻓَ َﻤﺂ أ‬
ِ‫ﻋ‬
(iii) Surah al-NisaÊ: 74; ‫ﻈﻴﻤﺎ‬ ‫َﺟًﺮا‬ ِ ِ َ ‫أَو ﻳـ ْﻐﻠِﺐ ﻓَﺴﻮ‬
َ ً ْ ‫ف ﻧـُ ْﺆﺗﻴﻪ أ‬ َْ ْ َ
(e) Peringkat Kelima
Apabila salah satu huruf istiÊlaÊ berbaris bawah. Contohnya:

ٍ ‫اﻟﱠ ِﺬي ﺧﻠَﻖ ﺳﺒﻊ َﲰﺎو‬


‫ات ِﻃﺒَﺎﻗًﺎ‬
(i) Surah al-Mulk: 3;
َ َ َ َْ َ َ
ْ‫ﻮﻫ ﱠﻦ ِﺿَﺮ ًارا ﻟﱠﺘَـ ْﻌﺘَ ُﺪوا‬ ِ
(ii) Surah al-Baqarah: 231; ُ ‫َوﻻَ ﲤُْﺴ ُﻜ‬
(iii) Surah al-Tawbah: 41; ً‫اﻧْ ِﻔ ُﺮواْ ِﺧ َﻔﺎﻓًﺎ َوﺛَِﻘﺎﻻ‬

9.1.3 Kaedah Menyebut al-Tafkhim pada


Huruf Isti’La’
Menurut buku Kaedah al-Matien, karangan Mohd Zamri dan Mohd Wahid (2009),
cara menyebut al-tafkhim pada huruf istiÊlaÊ adalah seperti yang berikut:
(a) Mengangkat pangkal lidah ke lelangit;
(b) Memuncungkan mulut ke hadapan; dan
(c) Mengembungkan sebutan huruf.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  179

Jadual 9.1 menyatakan beberapa contoh kaedah menyebut al-tafkhim pada huruf
istiÊlaÊ.

Jadual 9.1: Contoh Kaedah Menyebut al-Tafkhim pada Huruf IstiÊLaÊ

Contoh Ayat Surah

Al-Qasas: 80

Al-Baqarah: 45

Al-Fatihah: 7

Nuh: 10

Al-An`am: 146

Al-NisaÊ: 155

SEMAK KENDIRI 9.1


1. Jelaskan peranan al-tafkhim dalam menyebut huruf hijaÊiyyah.

2. Nyatakan teknik menyebut al-tafkhim pada huruf istiÊlaÊ.

9.2 SIFAT NIPIS (AL-TARQIQ)


Subtopik ini akan menjelaskan sifat nipis (al-tarqiq). Subtopik ini akan
membincangkan definisi, kaedah mengenal al-tarqiq pada huruf istifal dan kaedah
mengenal al-tarqiq pada huruf alif, ra, lam dan ghunnah dalam ikhfak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH

9.2.1 Definisi
Lawan kepada al-tafkhim adalah al-tarqiq. Menurut kitab Hidayah al-QariÊ (2005),
al-tarqiq dari segi bahasa bermaksud menipiskan. Manakala dari segi istilah ilmu
tajwid, al-tarqiq bermaksud menipiskan sebutan sesuatu huruf dengan menjadikan
sebutan huruf tersebut ringan pada makhraj dan lemah pada sifatnya.

Menurut kitab Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid, karangan al-Shaykh


Mahdi Muhammad al-Harazi (2001), al-tarqiq ialah menipiskan sebutan huruf
dengan membuka ruang di antara lidah dengan lelangit ketika menyebut huruf
tersebut.

9.2.2 Kaedah Mengenal al-Tarqiq pada Huruf Istifal


Kesemua huruf istifal dibaca dengan sebutan nipis. Dengan kata lain, huruf yang
sentiasa dinipiskan merupakan huruf istifal kecuali alif, ra dan lam yang mana
mengikut keadaan tertentu ia akan dibaca secara tebal.

Istifal ialah suara yang disembunyikan dengan tidak mengangkat pangkal lidah
ke lelangit. Istifal merupakan lawan bagi istiÊlaÊ dan hurufnya terdiri daripada 22
huruf iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 9.4.

Rajah 9.4: Huruf-huruf istifal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  181

Dalam konteks ini, beberapa contoh menipiskan huruf istifal secara mutlak
dikemukakan untuk meningkatkan kefahaman kita terhadap subtopik ini,
antaranya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.2, 9.3, 9.4 dan 9.5.

Jadual 9.2: Apabila Berbaris Fathah

Surah Contoh Ayat

Al-Baqarah: 5

Al-Fatihah: 7

Al-Humazah: 1

Jadual 9.3: Apabila Berbaris Dhommah

Surah Contoh Ayat

Al-Humazah: 6

Al-Baqarah: 11

Al-Baqarah: 30

Jadual 9.4: Apabila Berbaris Kasrah


Surah Contoh Ayat

Al-Baqarah: 16

Al-Baqarah: 110

Al-Baqarah: 120

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH

Jadual 9.5: Apabila Bertanda Sukun


Surah Contoh Ayat

Al-Fatihah: 7

Al-Baqarah: 131

Al-Baqarah: 223

9.2.3 Kaedah Mengenal al-Tarqiq pada Huruf Alif, Ra,


Lam dan Ghunnah dalam Ikhfak
Sebagaimana yang telah kita jelaskan sebelum ini, selain daripada huruf yang
dibaca dengan al-tafkhim berdasarkan beberapa keadaan atau syarat, terdapat
juga huruf yang dibaca dengan al-tarqiq mengikut keadaan atau syarat yang
tertentu. Huruf-hurufnya adalah sebagaimana ditunjukkan di dalam Rajah 9.5.

Rajah 9.5: Bacaan secara al-tarqiq dalam beberapa keadaan

Mari kita bincang bacaan secara al-tarqiq dengan lebih mendalam.

(a) Huruf Alif Maddiyyah


Berdasarkan perbincangan para qurra, huruf alif dikategorikan dalam
konteks istifal dan secara dasarnya bacaannya adalah secara al-tarqiq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  183

Bagi memudahkan pembaca al-Quran mengenali huruf alif maddiyyah yang


dibaca secara al-tarqiq, kaedahnya adalah dengan melihat sekiranya sebelum
huruf alif maddiyyah terdapat huruf istifal. Maka dalam keadaan ini, huruf
alif maddiyyah akan dibaca secara al-tarqiq iaitu nipis. Contohnya seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 9.6.

Jadual 9.6: Huruf Alif Maddiyah yang Dibaca secara al-Tarqiq

Surah Contoh Ayat

Al-Zukhruf:
63

Al-Baqarah:
255

Al-Falaq: 4-5

(b) Huruf Ra
Menurut perbahasan dalam kitab ilmu tajwid, oleh sebab huruf ra
dikategorikan dalam huruf istifal, maka pada asasnya huruf ra dibaca secara
al-tarqiq iaitu nipis sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Rajah 9.6.

Rajah 9.6: Al-tarqiq dalam huruf ra

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH

Yang berikut beberapa keadaan al-tarqiq dalam huruf ra berserta contoh:

Jadual 9.7: Apabila Huruf Ra Berbaris Kasrah

Surah Contoh Ayat

Al-Quraysh: 2

Al-Bayyinah: 8

Al-Zukhruf: 48

Jadual 9.8: Apabila Huruf Ra Bertanda Sukun, Sebelumnya Berbaris Kasrah


dan Sesudahnya Bukan Huruf IstiÊlaÊ

Surah Contoh Ayat

Fussilat: 54

Al-Baqarah: 50

Jadual 9.9: Apabila Huruf Ra Bertanda Sukun, Sebelumnya Berbaris Kasrah


dan Sesudahnya Huruf IstiÊLaÊ tetapi Berada dalam Dua Kalimah

Surah Contoh Ayat

Al-Ma`arij: 5

Jadual 9.10: Apabila Huruf Ra Berhenti kerana Wakaf, Sebelumnya Berbaris


Kasrah atau Huruf Ya Sukun

Surah Contoh Ayat

Al-Takathur: 2

Al-Qamar: 44

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  185

Al-Mulk: 14

Al-Fatir: 31

Jadual 9.11: Apabila Huruf Ra Berhenti kerana Wakaf, Sebelumnya Berbaris


Kasrah dan Bukan Didahului dengan Huruf IstiÊLaÊ

Surah Contoh Ayat

Sad: 1

(c) Huruf Lam dalam Lafz al-Jalalah


Menurut Mahadi Dahlan (1996), pada asalnya huruf lam bersifat al-tarqiq
kerana ia merupakan salah satu daripada huruf istifal. Huruf lam ini tidak
boleh dibaca secara al-tafkhim melainkan pada lafz al-jalalah.

Adapun perbincangan huruf lam dalam konteks lafz al-jalalah, ia akan


dibaca secara nipis atau al-tarqiq dalam satu keadaan sahaja iaitu apabila
huruf sebelumnya berbaris kasrah (lihat Jadual 9.12).

Jadual 9.12: Huruf Lam dalam Lafz al-Jalah

Surah Contoh Ayat

Al-Fatihah: 1

Al-Mujadalah: 11

Ibrahim: 10

Al-Baqarah: 284

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH

(d) Ghunnah dalam Hukum Ikhfak


Sebagaimana bacaan al-tafkhim dalam konteks ghunnah dalam hukum
ikhfak jika selepasnya terdapat huruf istiÊlaÊ, begitu juga keadaannya dalam
perbahasan al-tarqiq. Jika selepas ghunnah tersebut terdapat huruf istifal,
maka dalam situasi ini ghunnah tersebut akan dibaca secara nipis iaitu
al-tarqiq (lihat Jadual 9.13).

Jadual 9.13: Ghunnah dalam Hukum Ikhfak

Surah Contoh Ayat

Al-Ghashiyah: 5

Luqman: 11

Al-Qadr: 1

Luqman: 14

SEMAK KENDIRI 9.2

Huraikan kaedah mengenal al-tarqiq pada huruf alif, ra, lam dan
ghunnah dalam hukum ikhfak.

9.3 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF RA


Akhir sekali, subtopik ini akan menjelaskan definisi dan kaedah mengenal
al-tafkhim dan tarqiq pada huruf ra.

9.3.1 Definisi
Dalam konteks ini, Mahadi Dahlan (1996), dalam kitabnya Tajwid Ilmi dan Amali:
Mengikut Kaedah Rasm Uthmani, menjelaskan bahawa terdapat keharusan dalam
membaca huruf ra sama ada secara al-tafkhim atau al-tarqiq. Menurutnya,
keadaan ini berlaku apabila huruf ra bertanda sukun, sebelumnya berbaris kasrah
dan selepasnya terdapat huruf istiÊlaÊ berbaris kasrah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  187

Abdul Aziz Abdur Rauf (2008) turut memperincikan keharusan ini dengan
menyatakan bahawa apabila huruf ra bertanda sukun sebelumnya berbaris
kasrah dan selepasnya huruf istiÊlaÊ berbaris kasrah, maka diharuskan dibaca
sama ada secara al-tafkhim atau al-tarqiq. Rajah 9.7 memberikan gambaran
perbincangan tersebut.

Rajah 9.7: Al-tafkhim dan al-tarqiq pada huruf ra

9.3.2 Kaedah Mengenal al-Tafkhim dan Tarqiq pada


Huruf Ra
Yang berikut dinyatakan beberapa keadaan yang membolehkan huruf ra dibaca
sama ada secara al-tafkhim atau al-tarqiq berserta contohnya (lihat Jadual 9.14
dan 9.15).

Jadual 9.14: Apabila Huruf Ra Bertanda Sukun Sebelumnya Berbaris Kasrah dan
Selepasnya Huruf IstiÊLaÊ Berbaris Kasrah

Surah Contoh Ayat

Al-Shura: 63

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH

Jadual 9.15: Apabila Huruf Ra Bertanda Sukun Selepasnya Berbaris Kasrah dan
Sebelumnya Huruf IstiÊlaÊ Berbaris Kasrah

Surah Contoh Ayat

Saba: 12

Al-Zukhruf: 43:51

SEMAK KENDIRI 9.3


1. Jelaskan maksud al-tafkhim dan al-tarqiq pada huruf ra.

2. Huraikan keadaan yang membolehkan al-tafkhim dan al-tarqiq


pada huruf ra.

 Tuntutan menyempurnakan hak-hak huruf memerlukan kepada latihan dan


ulangan bagi membina kemahiran membaca al-Quran dengan baik.

 Kaedah terbaik dalam membina kemahiran tersebut adalah dengan cara


talaqqi dan mushafahah di hadapan guru-guru al-Quran.

 Masalah penyempurnaan sifat tebal dan nipis dalam huruf hijaÊiyyah adalah
antara kelemahan yang mencacatkan bacaan al-Quran yang diturunkan dalam
bahasa Arab.

Al-tafkhim IstiÊlaÊ
Al-tarqiq Istifal
Fathah Kasrah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SIFAT TEBAL DAN NIPIS PADA HURUF HIJA’IYYAH  189

Abdul Azis Abdur Rauf. (2008). Pedoman daurah al-Quran: Panduan ilmu tajwid
aplikatif. Kalisari Pasar Rebo: Indonesia: Markaz al-Quran.
Al-Mursofi, Abd Fattah al-Sayyid ÂUjaini. (2005). Hidayah al-qari ila tajwid kalam
al-bari. Madinah, Saudi Arabia: Maktah Tayyibah.
Harazi, Mahdi Muhammad. (2001). Bughyah al-murid min ahkan al-tajwid. Beirut:
Lebanon: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.
Mahadi Dahlan. (1996). Tajwid ilmi dan amali mengikut kaedah rasm Uthmani.
Batu Caves, Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.
Mohd Zamri Mohd/Zainuddin, & Mohd Wahid Abd Hanif. (2009). Kaedah
al-matien. Kuala Lumpur, Malaysia: Telaga Biru Sdn Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bacaan Khusus
Riwayat Hafs
10 Menurut
Tariq
al-Shatibiyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Menjelaskan maksud riwayat Hafs daripada Imam ÂAsim
menurut tariq al-shatibiyyah;
2. Menghuraikan tempat dan bacaan yang berbeza antara tariq
riwayat Hafs; dan
3. Menerangkan kaedah bacaan khusus riwayat Hafs melalui tariq
al-shatibiyyah dengan lebih sempurna.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa qiraat Imam ÂAsim riwayat Hafs merupakan bacaan majoriti
umat Islam di dunia? Umumnya, tariq yang masyhur bagi riwayat ini adalah tariq
Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang dibawa oleh Imam al-Shatibi dalam qasidahnya
Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani.

Namun hakikatnya, terdapat banyak tariq lain bagi bacaan riwayat Hafs ini yang
telah dihimpunkan oleh para qurra di dalam kitab-kitab mereka. Kitab-kitab
tersebut telah dihimpunkan oleh Imam Ibn al-Jazari di dalam kitabnya al-Nasyr fi
al-QiraÊat al-ÊAsyar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH  191

Antara tariq ini terdapat perbezaan pada beberapa kalimah dan hukum tertentu.
Perbezaan tersebut kadangkala menyebabkan pembaca al-Quran
mencampuradukkan bacaan antara tariq tanpa pengetahuan dan kesedaran,
sedangkan hukumnya adalah ditegah.

Justeru, topik ini akan menjelaskan bacaan riwayat Hafs dan ÂAsim melalui tariq
al-shatibiyyah. Ia menjelaskan sanad bacaan tariq dan mengemukakan perbezaan
antara tariq yang terdapat dalam riwayat ini dan seterusnya menjelaskan bacaan
riwayat Hafs menurut tariq al-shatibiyyah.

10.1 TARIQ YANG DIBAWA OLEH


IMAM SHATIBI
Imam al-Shatibi telah memilih satu tariq sahaja bagi setiap riwayat yang
dikumpulkan di dalam kitabnya Hirz al-Amani wa Wajhu al-Tahani. Beliau telah
mengekalkan tariq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir fi al-Qiraat al-SabÊ
karangan Abu ÂAmr al-Dani. Bagi riwayat Hafs daripada ÊAsim, tariq tersebut
adalah tariq  Ubaid bin Sobah al-Nahsyali yang mengambil bacaan daripadanya
al-Usynani yang telah mengambil bacaan daripadanya al-Hasyimi.

Jadual 10.1 menjelaskan biodata ringkas para qari dalam tariq ini.

Jadual 10.1: Biodata Ringkas Para Qari

Para Qari Biodata

ÂUbaid bin Sobah al-Nahsyali Beliau adalah  Ubaid bin Sobah bin Abi Shuraih bin
Sabih al-Nahsyali al-Kufi. Beliau mengambil bacaan
al-Quran daripada Hafs daripada ÊAsim. Beliau
merupakan seorang qari yang soleh dan kuat
ingatan. Antara murid beliau ialah Ahmad bin Sahl
al-Usynani, ÂAbd al-Samad bin Muhammad,
al-Hasan bin al-Mubarak, Abu Tahir ÂAbd al-Wahid
bin Ê Umar, ÂAli bin Muhammad al-Hasyimi. Beliau
wafat pada tahun 219H.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Ahmad bin Sahl al-Usynani Beliau adalah Abu al-ÊAbbas Ahmad bin Sahl bin
al-Fairuzan al-Usynani. Beliau mengambil bacaan
al-Quran daripada  Ubaid bin Sobah al-Nahsyali dan
sebahagian daripada murid ÂAmr bin Sobah iaitu
al-Hasan bin al-Mubarak, Ibrahim al-Simsar dan ÂAli
bin SaÊ id. Antara anak murid beliau ialah Ibn
Mujahid, ÂAli bin Muhammad al-Hasyimi dan Abu
Tahir ÂAbd al-Wahid bin Umar. Beliau wafat pada
tahun 307H di Baghdad.

ÂAli bin Muhammad al-Hasyimi Beliau adalah ÂAli bin Muhammad bin Soleh bin
Daud al-Hashimi al-Basri. Beliau merupakan
seorang qari yang buta. Beliau mengambil bacaan
al-Quran daripada Ahmad bin Sahl al-Usynani dan
antara murid beliau ialah Tahir bin Ghalbun dan
Mansur bin Ahmad al-Sindi. Beliau wafat pada
tahun 368H.

SEMAK KENDIRI 10.1


Setelah anda mempelajari dengan mendalam maksud bacaan
al-Quran riwayat Hafs daripada Imam ÂAsim menurut tariq
al-Shatibiyyah, cuba anda jelaskan mengapa bacaan tariq ini sangat
masyhur di Malaysia dan seluruh dunia.

10.2 PERBEZAAN BACAAN PADA


TARIQ-TARIQ RIWAYAT HAFS
Secara amnya, tidak terdapat perbezaan yang banyak antara tariq berkenaan
riwayat Hafs daripada ÂAsim. Tariq-tariq ini hanya berbeza dalam beberapa
perkara yang menjadi usul qiraat dan farsh al-huruf. Apakah maksud usul qiraat
dan farsh al-huruf ?

Usul qiraat merujuk kepada hukum atau bacaan yang mempunyai kaedah
tertentu dan bacaan ini diulang dan terdapat dengan banyak di dalam al-Quran.
Manakala farsh al-huruf pula merujuk kepada bacaan yang tidak mempunyai
kaedah khusus baginya dan hukum bacaan tersebut tidak terdapat dengan
banyak di dalam al-Quran.

Subtopik yang berikut menyenaraikan usul qiraat dan farsh al-huruf yang berbeza
padanya tariq-tariq bagi riwayat Hafs daripada ÊAsim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH  193

10.2.1 Usul yang Berbeza padanya Tariq-tariq


Riwayat Hafs daripada ’Asim
Terdapat lima usul yang tidak disepakati oleh tariq-tariq riwayat Hafs daripada
Imam ÂAsim iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 10.2.

Jadual 10.2: Usul yang Tidak Disepakati oleh Tariq-tariq Riwayat Hafs daripada
Imam ÊAsim

Usul Penerangan
Mad munfasil Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi
mad ini, yang mana sebahagian tariq membaca dengan
qasr (dua harakat), fuwaiq al-qasr (tiga harakat),
al-tawassut (empat harakat) atau fuwaiq al-tawassut (lima
harakat).
Mad muttasil Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada kadar panjang bagi
mad ini, yang mana sebahagian tariq membaca dengan
al-Tawassut (empat harakat), fuwaiq al-tawassut (lima
harakat) atau al-isybaÊ (enam harakat).
Dengung (ghunnah) Sebahagian tariq membaca idgham yang sempurna
(idgham kamil) bersama ghunnah pada huruf nun atau
tanwin yang bertemu pada huruf lam dan ra. Manakala
sebahagian yang lain membacanya dengan idgham yang
tidak sempurna (idgham naqis) dengan ghunnah pada
pertemuan tersebut.
Saktah pada huruf Tariq-tariq riwayat ini berbeza pada tempat huruf mati
berbaris sukun (mati) tersebut yang mana sebahagian membaca tanpa saktah,
sebelum huruf hamzah sebahagian yang lain membaca saktah am* atau saktah
khas**.
Takbir Sebahagian daripada tariq tidak membaca takbir,
manakala harus pada sebahagian yang lain membaca
takbir am atau khas pada awal atau akhir surah-surah
khatam.

* Saktah am merujuk kepada pada saktah pada alif lam taÊrif sebelum huruf hamzah,
‫ء‬ , Sakin Mafsul dan Sakin Mausul. Lihat: Ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-Qiraat
al-ÂAsyar. (Jld.1). 325.

** Saktah khas merujuk kepada saktah pada alif lam taÊrif sebelum huruf hamzah, ‫ء‬ ,
dan sakin mafsul. Lihat: Ibn al-Jazari, al-Nasyr fi al-Qiraat al-ÂAsyar. (Jld.1). 325.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH

10.2.2 Farsy al-Huruf yang Berbeza padanya


Tariq-tariq Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus dalam membezakan tariq riwayat Hafs
daripada ÂAsim:

(a) Ý+Áö6tƒuρ dalam ayat 245 surah al-Baqarah:

Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin
atau sad.

(b) ZπsÜ)Át/ dalam ayat 69 surah al-AÊraf:

Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin
atau sad.

(c) ÏÜøŠ|ÁßϑÎ/ dalam ayat 22 surah al-Ghasyiyah:

Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin
atau sad.

(d) βρãÏÜø‹kÁßϑø9$# dalam ayat 37 surah al-Thur:

Tariq-tariq berbeza pada bacaan kalimah sama ada dibaca dengan huruf sin
atau sad atau harus kedua-duanya sekali.

(e) Hamzah wasal pada:

 ⎦ø⎪t Ÿ2©%!!#u™ dalam ayat 143 dan 144 surah al-AnÊam

 z⎯≈t↔ø9!#u™ dalam ayat 51 dan 91 surah Yunus

 ª!!#u™ dalam ayat 59 surah Yunus dan 59 surah al-Naml

Tariq-tariq berbeza pada membaca kalimah-kalimah ini secara ibdal dengan


isybaÊ, tashil hamzah kedua atau kedua-duanya sekali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH  195

(f)  y7Ï9≡©Œ ]yγù=tƒ  di dalam ayat 176 surah al-AÊraf:


Tariq-tariq berbeza membaca lafaz ini sama ada secara idgham, izhar atau
harus keduanya.

(g)  $oΨyè¨Β =Ÿ2ö‘$# ¢©o_ç6≈tƒ dalam ayat 42 surah Hud:


Tariq riwayat ini berbeza membaca lafaz ini sama ada secara idgham atau
izhar.

(h) Huruf nun dan waw pada:

 ÉΟ‹Å3tp ø:$# Éβ#u™öà)ø9$#uρ ∩⊇∪ û§ƒ dalam ayat 1-2 surah Yasin

  tβρãäÜó¡o„ $tΒuρ ÉΟn=s)ø9$#uρ úχ dalam ayat 1 surah al-Qalam


Tariq-tariq berbeza membaca lafaz-lafaz sama ada secara izhar atau idgham.

(i) $¨Ζ0Βù's? ω dalam ayat 11 Surah Yusuf:


Tariq-tariq berbeza pada lafaz ini sama ada dibaca dengan isymam, ikhtilas
(ikhfak) atau keduanya sekali.

(j) Saktah pada kalimah-kalimah yang berikut:

  $VϑÍhŠs% ∩⊇∪ 2%y`θu Ïã dalam ayat 1-2 surah al-Kahf

 #x‹≈yδ 3 2$tΡωs%ö¨Β dalam ayat 1-2 surah al-Kahf

  5−#u‘ 2ô⎯tΒ Ÿ≅ŠÏ%uρ dalam ayat 27 surah al-Qiyamah

 tβ#u‘ 2ö≅t/  dalam ayat 14 surah al-Muthaffifin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Tariq-tariq riwayat ini berbeza bacaan pada lafaz-lafaz ini yang mana
sebahagian membaca dengan saktah pada empat tempat ini, sebahagian
membaca saktah hanya pada sebahagian tempat atau tidak membaca saktah
(idraj) pada kesemua lafaz ini.

(k) Huruf ain pada dua lafaz yang berikut:

 üÈÿè‹γ!2 dalam ayat 1 surah Maryam

  ý,û¡ÿã∩⊇∪$Οm dalam ayat 1-2 surah al-Syura


Perbezaan bacaan lafaz ini adalah pada kadar mad huruf ain yang mana
sebahagian tariq membaca qasr (dua harakat), tawassut (empat harakat),
isybaÊ (enam harakat) atau dengan dua wajah iaitu tawassut dan isybaÊ.

(l) 5−öÏù  dalam ayat 63 surah al-SyuÊaraÊ:

Tariq-tariq berbeza bacaan pada kalimah ini yang mana sebahagian tariq
membaca dengan nipis pada huruf ra, tebal pada huruf ra atau harus kedua-
duanya.

(m)  ⎯Ç⎯8s?#u™ dalam ayat 36 surah al-Naml:

Tariq-tariq berbeza pada kalimah ini pada bacaan wakaf yang mana
sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf ya, hazaf huruf ya atau
harus kedua-duanya sekali.

(n) Ayat 54 surah al-Rum:

¢ΟèO Zο§θè% 7#÷è|Ê Ï‰÷èt/ .⎯ÏΒ Ÿ≅yèy_ ¢ΟèO 7#÷è|Ê ⎯ÏiΒ Νä3s)n=s{ “Ï%©!$# ª!$# *

 ãƒÏ‰s)ø9$# ÞΟŠÎ=yèø9$# uθèδuρ ( â™!$t±o„ $tΒ ß,è=øƒs† 4 Zπt7øŠx©uρ $Z÷è|Ê ;ο§θè% ω÷èt/ .⎯ÏΒ Ÿ≅yèy_

Tariq berbeza pada kalimah  #÷è|Ê dan $Z÷è|Ê yang mana ia harus
dibaca dengan baris atas (fathah) huruf dhod, baris hadapan (dhommah)
atau harus keduanya sekali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH  197

(o) 6ξÅ¡≈n=y™ dalam ayat 4 surah al-Insan:

Tariq-tariq berbeza pada kalimah ini pada bacaan wakaf yang mana
sebahagian membaca dengan ithbat (kekal) huruf alif, hazaf huruf alif atau
harus kedua-duanya sekali.

SEMAK KENDIRI 10.2

Terangkan secara ringkas maksud usul qiraat dan farsy al-huruf.

10.2.3 Aplikasi Bacaan Khusus Hafs Tariq Syatibiyyah


Wajib ke atas semua yang membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada
ÂAsim dengan tariq al-shatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati
beberapa perkara yang akan diterangkan. Ini adalah supaya tidak berlaku
percampuran antara tariq yang lain. Jika percampuran ini berlaku, ia merupakan
suatu keaiban di sisi ulama qurra.

Perkara-perkara khusus dalam bacaan riwayat Hafs tariq al-shatibiyyah


disimpulkan di dalam Jadual 10.3.

Jadual 10.3: Riwayat Hafs Tariq al-Shatibiyyah

Perkara Tariq al-Shatibiyyah


Mad muttasil  Empat atau lima harakat.
 Panjang yang paling utama dan afdal
ialah empat harakat.
Mad munfasil  Empat atau lima harakat.
 Panjang yang paling utama dan afdal
ialah empat harakat.
Saktah pada huruf berbaris sukun  Tiada saktah.
(mati) sebelum huruf hamzah  Imam Hafs tidak akan melakukan saktah
kecuali pada tempat yang akan
diterangkan kelak.
Ghunnah pada huruf nun atau tanwin
 Tiada ghunnah.
yang bertemu pada huruf lam dan ra

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH

Takbir  Tiada takbir.


Bacaan pada kalimah:  Dibaca dengan sin.

Ý+Áö6tƒuρ

ZπsÜ)Át/

Kalimah βρãÏÜø‹kÁßϑø9$#  Harus dibaca dengan huruf sad atau sin.

Kalimah ÏÜøŠÁ
| ßϑÎ/  Dibaca dengan huruf sad.

Bab hamzah wasal pada:  Harus dua wajah iaitu ibdal dengan enam
harakat dan tashil hamzah kedua.
⎦ø⎪tŸ2©%!!#u™  Wajah ibdal dengan isybaÊ dengan enam
harakat adalah lebih utama dan afdal.

z⎯≈t↔ø9!#u™

ª!!#u™

Bab:  Idgham.

 y7Ï9≡©Œ ]yγù=tƒ 

 Bacaan Hafs daripada ‘Asim daripada


semua turuqnya pada kalimah (‫) مجرـها‬
$yγ11øgxΧ «!$# ÉΟó¡Î0 $pκÏù (#θç7Ÿ2ö‘$# tΑ$s%uρ *
Adalah secara imalah huruf Alif selepas
ra secara imalah kubra. Tiada bagi Hafs
∩⊆⊇∪ ×Λ⎧Ïm§‘ Ö‘θàtós9 ’În1u‘ ¨βÎ) 4 !$yγ8y™öãΒuρ pada kalimah yang mengandungi huruf
ra dibaca dengan imalah kecuali pada
ayat ini.
 Dibaca dengan idgham.
 $oΨyè¨Β =Ÿ2ö‘$# ¢©o_ç6≈tƒ

Dua wajah iaitu:


$¨Ζ0Βù's? ω  Ikhtilas dan isymam; dan
 Wajah ikhtilas ini adalah lebih afdal dan
utama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH  199

 Saktah wajib ketika wasal.


 $VϑÍhŠs% ∩⊇∪ 2%y`θu Ïã

#x‹≈yδ 3 2$tΡωs%ö¨Β

 5−#u‘ 2ô⎯tΒ Ÿ≅ŠÏ%ρu 

tβ#u‘ 2ö≅t/ 

Harus pada kalimah dua wajah iaitu:


﴾7n=yδ∩⊄∇∪y 2÷μu‹Ï9$tΒ﴿  Al-izhar bersama dengan saktah latifah
tanpa bernafas pada huruf ha (‫ )ماليه‬dan
inilah yang paling utama.
 Dibaca dengan idgham. Harus wakaf pada
kalimah (‫ )ماليه‬wakaf yang sempurna
dengan mengambil nafas. Ini kerana ia
adalah permulaan ayat dan wakaf pada
permulaan ayat merupakan sunah secara
mutlak.
Kadar ain pada:  Huruf ain dibaca dengan enam atau
empat harakat.
üÈÿè‹γ!2  Wajah enam harakat adalah lebih
utama.

ý,û¡ÿã∩⊇∪$Οm

Hukum huruf ra pada:  Harus dua wajah iaitu nipis pada huruf
ra atau tebal.
5−öÏù   Bacaan secara nipis (tarqiq) lebih utama.

Wakaf pada:  Harus ketika diwakafkan dua wajah


iaitu: Dengan mengisbatkan
 ⎯Ç⎯8s?#u™ (menetapkan) ya atau menghazafkannya
(membuang atau menghilangkannya).
 Wajah yang pertama lebih utama untuk
dibaca. Jika dibaca secara wasal, maka
dengan mengisbatkan huruf ya berbaris
atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH

 Diizharkan nun selepas huruf waw pada


ÉΟ‹Å3ptø:$# Éβ#u™öà)ø9$#uρ ∩⊇∪ û§ƒ kedua-dua lafaz ketika bacaan wasal.

 tβρãäÜó¡o„ $tΒuρ ÉΟn=)


s ø9$#uρ úχ

Huruf dhad pada kalimah  Harus dua wajah iaitu fathah dan
dhommah.
 #÷è|Ê  Bacaan dengan baris atas adalah lebih
utama daripada baris hadapan.

$Z÷è|Ê
ْ
 Lafaz ( ّ ‫ ) َءاعجم‬dibaca secara tashil
{@’Î1ttãuρ @‘Ïϑygõƒ−#u™
mengikut riwayat Hafs daripada ÂAsim
pada semua turuqnya satu wajah sahaja
iaitu pada huruf hamzah kedua antara
hamzah dan alif pada kalimah.
Wakaf pada kalimah  Harus dua wajah iaitu ithbat atau hazaf.

6ξÅ¡≈n=y™

SEMAK KENDIRI 10.3


1. Jelaskan kepentingan mengetahui bacaan khusus bagi riwayat
Hafs daripada ÂAsim menurut tariq al-shatibiyyah.
2. Sebutkan tempat-tempat yang dibaca dengan imalah dan tashil.

 Tariq yang masyhur bagi riwayat ini adalah tariq Ubaid bin Sobah al-Nahsyali
yang dibawa oleh Imam al-Shatibi dalam qasidahnya Hirz al-Amani wa Wajhu
al-Tahani.

 Imam al-Shatibi telah mengekalkan tariq asal kitab beliau iaitu Kitab al-Taisir
fi al-Qiraat al-SabÊ karangan Abu ÂAmr al-Dani.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS MENURUT TARIQ AL-SHATIBIYYAH  201

 Tiga para qari dalam tariq ini adalah:

– Â Ubaid bin Sobah al-Nahsyali;


– Ahmad bin Sahl al-Usynani; dan

– Â Ali bin Muhammad al-Hasyimi.

 Tariq-tariq ini hanya berbeza dalam beberapa perkara yang menjadi usul qiraat
dan farsh al-huruf.

 Terdapat lima usul yang tidak disepakati oleh tariq-tariq riwayat Hafs
daripada Imam ÂAsim, iaitu:

– Mad munfasil;

– Mad muttasil;

– Dengung (ghunnah);

– Saktah pada huruf berbaris sukun (mati) sebelum huruf hamzah; dan

– Takbir.

 Terdapat 16 lafaz atau kalimah khusus yang terdapat perbezaan antara tariq
riwayat Hafs daripada ÂAsim.

 Wajib membaca al-Quran dengan riwayat Hafs daripada ÂAsim dengan tariq
al-shatibiyyah untuk memastikan bacaannya menepati beberapa perkara
supaya tidak berlaku percampuran antara tariq yang lain.

Farsy al-huruf Tariq al-shatibiyyah


Imam ÂAsim Usul qiraat
Imam Hafs

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like