You are on page 1of 22

Topik Pengenalan

1 Hadis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pengertian hadis dari sudut bahasa dan istilah;
2. Menjelaskan tentang kedudukan hadis sebagai sumber hukum
Islam;
3. Membezakan antara hadis dan al-Quran;
4. Menyenaraikan syarat-syarat perawi hadis;
5. Membincangkan beberapa bentuk hadis dengan baik dan sempurna;
dan
6. Memberi contoh aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) Hadis.

PENGENALAN
Hadis merupakan sumber perundangan Islam selepas al-Quran. Menjadi
kewajipan dan kefarduan setiap Muslim untuk beriman dan mengamalkan
segala yang terkandung di dalam Hadis Rasulullah SAW. Ulama Islam telah
membahagikan hadis kepada beberapa bahagian. Pembahagian tersebut adalah
seperti berikut: iaitu perkataan (), hadis perbuatan ( )dan hadis
pengakuan ().

Kesemua hadis Rasulullah SAW juga boleh dikategorikan kepada tiga jenis
hadis iaitu sahih, hasan dan daif. Adakah anda mengetahui akan
pembahagian kategori hadis-hadis ini?

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


2 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

Oleh itu, dalam Topik 2 ini, kita akan membincangkan tentang takrifan hadis,
pembahagian hadis, kedudukannya sebagai sumber hukum, perbezaannya
dengan al-Quran, syarat-syarat perawi hadis, bentuk hadis dan aplikasi kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pengajian hadis.

AKTIVITI 1.1
Anda mungkin telah mendengar tentang hadis sebelum ini. Jelaskan
maksud hadis mengikut kefahaman anda dan bandingkannya dengan
maklumat yang akan diberikan selepas ini.

1.1 PENGENALAN KONSEP HADIS


Di bahagian ini, kita akan bermula dengan pengenalan konsep hadis. Sebelum
kita memasuki atau mendalami sesuatu ilmu, kita perlu mengetahui takrifan
dan pengertiannya mengikut pandangan ulama. Ini penting supaya kita dapat
membezakan antara ilmu yang wujud serta dapat mengeluarkan sesuatu yang
tidak termasuk dalam pengertiannya.

Hasil daripada mengetahui pengertian hadis akan memberi gambaran awal


tentang perbezaannya dengan al-Quran, kata-kata sahabat r.a. dan pendapat-
pendapat ulama. Sudahkah anda bersedia untuk mengkaji pengertian hadis?

1.1.1 Pengertian Hadis


Menurut Mu`jam al-Ma`ani, perkataan hadis mempunyai banyak maksud
antaranya ialah suara yang didengar, kata-kata Rasulullah SAW dan baru.
Golongan ahli Hadis memberikan pengertian hadis sebagai: kata-kata, perbuatan
dan pengakuan yang dinisbahkan kepada Nabi SAW.

Pengertian hadis boleh dilihat dari sudut bahasa dan juga istilah seperti dalam
Jadual 1.1.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 3

Jadual 1.1 Pengertian Hadis

Pengertian Hadis
Bahasa Dari sudut bahasa, hadis bermaksud sesuatu yang baru atau lawan kepada
sesuatu yang lama. Ia juga diertikan dalam bahasa dengan maksud perkataan.
Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Tur, ayat 34:

Maksudnya:
Maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata seperti Al-
Qur'an itu, jika betul mereka orang yang benar dakwaannya.
Istilah Dari sudut istilah pula, hadis membawa erti sesuatu yang disandarkan
kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir)
dan sifat-sifat baginda sama ada akhlak mahupun tubuh badan.

Rajah 1.1: Ringkasan pengertian hadis dari sudut bahasa dan istilah

(a) Contoh Hadis Perkataan


Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim:



:
.



Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


4 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

Maksudnya:
Islam itu didirikan di atas lima perkara: Syahadah (penyaksian)
bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat,
mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.

(b) Contoh Hadis Perbuatan


Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah r.a.
berkata:
Bahawasanya Rasulullah SAW apabila bangun di tengah malam (untuk
mendirikan solat) akan menyucikan mulutnya dengan siwak (kayu siwak).

(c) Contoh Hadis Pengakuan


Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Khalid bin.
al- Walid r.a yang menceritakan bahawa:
Telah dibawa di hadapan Rasulullah SAW daging dhob (sejenis binatang
yang hidup di padang pasir). Apabila diberitahu ia adalah dhob, lantas
Rasulullah SAW mengangkat tangannya. Berkata Khalid r.a: Adakah ia
haram ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW,Tidak, tetapi ia tiada di
bumi kelahiranku. Maka, dhob tersebut diambil oleh Khalid r.a. dan
dimakannya. Rasulullah SAW hanya melihat.

Perbuatan Rasulullah SAW yang hanya melihat dan tidak mengingkari


perbuatannya adalah merupakan pengakuan baginda SAW.

(d) Contoh Hadis Sifat Akhlak


Seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas bin
Malik r.a. berkata:
Aku berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun. Tidak pernah
Baginda mengherdikku dan tidak pernah berkata,Kenapa tidak kamu
lakukan atau mengapa kamu lakukannya?

(e) Contoh Hadis Sifat Tubuh Badan Baginda SAW


Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada al-Bara r.a.
berkata:
Bahawasanya Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling cantik
wajahnya, paling cantik tubuh badannya, bukanlah baginda terlalu tinggi,
tidak juga rendah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 5

1.2 KEDUDUKAN HADIS DALAM SYARIAT


ISLAM
Hadis adalah segala yang datang daripada Rasulullah SAW seperti yang telah
ditakrifkan. Maka, kedudukan hadis dalam Islam adalah setaraf dengan
kedudukan Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu dan pembimbing
manusia ke jalan yang diredai Allah SWT.

Peranan hadis amat penting dan merupakan rukun kepada keimanan seseorang.
Sudahkah anda merenungkan diri dan perbuatan anda agar ia tidak terpesong
daripada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW? Bagaimanakah sikap anda
terhadap hadis Rasulullah SAW?

Terdapat LIMA dalil yang menyebut ketinggian hadis Rasulullah SAW seperti
dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Dalil-dalil Ketinggian Hadis Rasulullah SAW

Dalil-dalil Ketinggian Rasulullah SAW


(a) Ketaatan kepada Rasul: Rasulullah SAW wajib ditaati, diikuti dan dijadikan contoh
tauladan. Allah SWT memerintahkan hamba-Nya agar mentaati Rasulullah SAW
Firman Allah Taala dalam surah al-Nisa, ayat 80:

Maksudnya:
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada
Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu untuk
menjadi pengawal bagi mereka.
(b) Tidak enggan dan ingkar terhadap hadis: Seseorang Muslim yang tidak mengikut
sunnah Rasul dengan mengingkarinya merupakan tanda ketiadaan iman dan
sesat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


6 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

Firman Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 36:

Maksudnya:
Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah
dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak
memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang jelas nyata.
(c) Mengikuti Rasul apa yang tidak termaktub dalam al-Quran: Allah SWT
memberi keizinan kepada Rasulullah SAW untuk meletakkan hukum yang
tidak dinyatakan dalam al-Quran. Firman Allah Taala dalam surah al-
Aaraf, ayat 157:

Maksudnya:
Iaitu orang yang mengikut Rasulullah Nabi yang Ummi, yang mereka dapati
tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka
mengerjakan yang baik, dan melarang yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka
yang baik-baik, dan mengharamkan yang buruk; dan ia menghapuskan daripada
mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang
yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut
nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang yang
berjaya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 7

(d) Rasulullah SAW sebagai pentafsir kepada al-Quran: Segala keterangan Rasulullah
SAW adalah sama hukumnya dengan keterangan daripada Allah. Firman Allah
Taala dalam surah al-Nahl, ayat 44:

Maksudnya:
Dengan membawa keterangan-keterangan dan Kitab-kitab Suci; dan Kami
turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang
telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
(e) Rasullah SAW bersabda berkaitan dengan kedudukan hadis. Antaranya:
(i) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tamidzi dan Ibn Majah,
daripada al-Miqdam bin Ma`di, Rasulullah SAW bersabda:
Ketahuilah, sesungguhnya aku diberikan al-Quran dan yang
seumpama (hadis) bersama-sama dengannya. Akan ada seorang yang
duduk di atas kerusinya dalam kekenyangan berkata: Berpeganglah
kamu semua dengan al-Quran, apa yang kamu dapati di dalamnya
(al-Quran) perkara yang halal, maka halalkannya. Ketahuilah
sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah sama seperti apa
yang diharamkan oleh Allah
(ii) Hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Abu Hurairah,
Rasulullah SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara: Kamu tidak akan sesat selama-lamanya (selagi berpegang
dengannya iaitu: Kitab Allah dan Sunnahku.

Oleh itu, jelas kepada kita bahawa hadis merupakan sumber hukum Islam. Tidak
sempurna Islam seseorang yang tidak mahu berpegang kepada hadis. Menolak
hadis adalah seperti menolak Islam secara keseluruhannya kerana al-Quran
dibawa oleh Rasulullah SAW dan bagindalah yang bertanggungjawab
menerangkan maksudnya melalui kata-kata, perbuatan, pengakuan dan sifat-
sifat baginda SAW Kita wajib beriman dan mematuhi segala arahan Rasulullah
SAW dan berusaha menyebarkan sunnahnya.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


8 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

AKTIVITI 1.2

Masyarakat kini kian jauh daripada hadis Rasulullah SAW. Malah, ada
dalam kalangan mereka yang tidak menyedari kedudukan hadis dalam
Islam. Bagaimanakah cara untuk memberi kefahaman kepada masyarakat
tentang ketinggian hadis? Huraikan.

1.3 PERBEZAAN ANTARA AL-QURAN DAN


HADIS
Di bahagian ini, kita akan melihat perbezaan antara al-Quran dan hadis yakni
Hadis Nabawi dan Hadis Qudsi. Jadual 1.3 menunjukkan LAPAN perbezaan
antara al- Quran dan hadis.

Jadual 1.3: Perbezaan antara al-Quran dan Hadis

Al-Quran Hadis Nabawi Hadis Qudsi


Diturunkan melalui Diturunkan melalui Diturunkan melalui Jibril a.s
perantaraan Jibril a.s. perkataan, perbuatan, atau ilham dalam mimpi.
pengakuan dan sifat Ia dinamakan juga sebagai hadis
Rasulullah SAW.
.
Merupakan mukjizat Bukan merupakan Bukan merupakan mukjizat.
sehingga hari kiamat. mukjizat.
Sumber hukum pertama. Sumber hukum kedua. Sumber hukum kedua.
Mutawatir lafaz dan Ada yang mutawatir Ada yang mutawatir dan ada
maknanya. dan ada yang ahad yang ahad (tidak mutawatir).
(tidak mutawatir).
Terpelihara daripada Tidak seumpama al- Tidak seumpama al- Quran yang
sebarang perubahan dan Quran yang dijamin dijamin terpelihara.
penyelewengan. terpelihara.
Disyaratkan membaca al- Tidak sah solat jika Tidak sah solat jika membaca
Quran semasa solat. membaca hadis. hadis.
Disyaratkan berwuduk Tidak disyaratkan Tidak disyaratkan berwuduk
untuk menyentuhnya dan berwuduk dan tidak dan tidak diharamkan kepada
diharamkan bagi wanita diharamkan kepada wanita yang berada dalam
yang berada dalam keadaan wanita yang berada keadaan haid dan nifas.
haid dan nifas dalam keadaan haid
membacanya. dan nifas.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 9

Membacanya merupakan Tidak seumpama al- Tidak seumpama al- Quran dan
ibadah dan diberi pahala Quran dan tidak tidak dijanjikan 10 ganjaran bagi
setiap huruf dengan 10 dijanjikan 10 ganjaran pembacanya.
ganjaran kebaikan. bagi pembacanya.

SEMAK KENDIRI 1.1


Al-Quran dan hadis merupakan antara sumber syariat Islam.
Nyatakan perbezaan antara kedua-duanya.

1.4 SYARAT-SYARAT PERAWI HADIS


Seterusnya, kita akan mengenal pasti syarat-syarat perawi hadis. Apakah syarat-
syarat tersebut?

Hasil daripada perbincangan para ulama, mereka menggariskan beberapa syarat


dan kaedah bagi membolehkan sesuatu hadis itu diterima atau ditolak. Justeru,
semua hadis Rasulullah boleh dibahagikan kepada DUA jenis, seperti dalam
Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Jenis-jenis hadis

(a) Hadis yang Diterima (Maqbul)


Hadis ini terbahagi pula kepada DUA bahagian, iaitu:
(i) Hadis Sahih
Hadis sahih, iaitu hadis yang mempunyai rangkaian perawi yang
bersambung (tidak terputus dan setiap perawi mengambil daripada
gurunya), perawi yang bersifat adil, sempurna hafalannya, riwayat

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


10 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

yang tidak bercanggah dengan riwayat yang lain serta tidak


mempunyai kecacatan.
(ii) Hadis Hasan
Hadis hasan, iaitu hadis yang mempunyai rangkaian perawi yang
bersambung (tidak terputus dan setiap perawi mengambil daripada
gurunya), perawi yang bersifat adil, kurang sempurna hafalannya
daripada perawi hadis sahih, riwayat yang tidak bercanggah dengan
riwayat yang lain serta tidak mempunyai kecacatan.

(b) Hadis yang Ditolak (Mardud)


Hadis ini terbahagi kepada DUA bahagian, iaitu:
(i) Hadis Daif
Hadis daif ialah hadis yang tidak sampai kepada syarat hadis yang
boleh diterima. (Tidak menepati takrif hadis sahih dan hadis hasan).
(ii) Hadis Maudu
Hadis maudu ialah hadis yang direka cipta dan disandarkan kepada
Rasulullah SAW serta banyak lagi berdasarkan kepada setiap syarat yang
tidak dimiliki untuk sampai kepada hadis sahih atau hadis hasan.

Bagi membolehkan sesuatu hadis diterima, perlu dilihat kepada sifat perawi
hadis tersebut di samping syarat-syarat yang lain. Ulama telah meletakkan
syarat-syarat perawi yang boleh diterima hadis mereka. Antara syarat-syarat
tersebut adalah seperti dalam Jadual 1.4.

Jadual 1.4: Syarat-syarat Perawi Hadis

Syarat-syarat Perawi Hadis


(a) BERSIFAT ADIL; iaitu merangkumi:
(i) Islam
Tidak diterima daripada orang kafir kerana mereka tidak boleh
dipercayai.
(ii) Baligh
Tidak diterima daripada kanak-kanak kerana kebiasaannya
mereka bersifat tidak bersungguh-sungguh, tidak
bertanggungjawab dan tidak tekun.
(iii) Berakal
Tidak diterima daripada orang gila.
(iv) Bebas daripada sebab-sebab fasiq
Seperti melakukan dosa besar, enggan meninggalkan dosa kecil,
melakukan perkara bidaah dan sebagainya.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
TOPIK1 PENGENALAN HADIS 11

(v) Bebas daripada perkara-perkara yang menjatuhkan maruah


Berakhlak baik dan jauh daripada akhlak yang buruk. Ia juga
termasuk menjauhkan diri daripada perkara yang dipandang
hina oleh masyarakat.
(b) MENJAGA HAFALAN; iaitu merangkumi:
(i) Hafalan dada, iaitu perawi yang menghafal apa yang
disampaikan oleh gurunya dan dia mampu mengulangnya
kembali pada bila-bila masa sahaja.
(ii) Menjaga kitabnya daripada sebarang bentuk penambahan,
jarakkan perubahan dan tidak diberikan pinjam kecuali kepada
seorang yang dipercayai.

Inilah sifat-sifat yang mesti ada pada seorang perawi agar semua hadis akan
terjaga daripada sebarang bentuk penyelewengan terhadap agama Allah SWT.
Setiap sifat atau syarat yang tidak wujud akan mengakibatkan perawi itu
termasuk dalam kategori perawi yang lemah dan tidak boleh diterima
periwayatannya.

1.5 BENTUK-BENTUK HADIS


Sekarang, kita akan membincangkan tentang bentuk-bentuk hadis. Terdapat
DUA bentuk hadis yang akan kita huraikan dengan lebih lanjut seperti dalam
Rajah 2.3, iaitu:

Rajah 1.3: Bentuk-bentuk hadis

1.5.1 Hadis 1: Perkataan Rasulullah SAW


Kita telah mempelajari tentang pengertian hadis Rasulullah SAW dan bentuknya
pada pandangan ulama-ulama hadis. Antara bentuk hadis ialah melalui
perkataan baginda SAW. Perkataan merupakan bentuk yang mendominasi

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


12 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

hadis-hadis Rasulullah SAW. Bolehkah anda menyebut beberapa hadis


berbentuk perkataan Rasulullah SAW? Bagaimanakah cara anda memahami isi
kandungannya?

Kita akan sama-sama menghayati dan memahami hadis-hadis berbentuk


perkataan Rasulullah SAW melalui TIGA pendekatan seperti dalam Rajah 2.4,
iaitu:

Rajah 1.4: Tiga peringkat memahami hadis

Hadis Berkaitan dengan Amalan Hamba Selepas Meninggal Dunia

(a) Lafaz Hadis dan Maksudnya

: :
:
.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullulah SAW bersabda:
`Apabila mati seorang hamba Allah terputuslah amalannya kecuali tiga
perkara: Sedekah yang berkekalan, ilmunya yang dimanfaatkan atau anak
yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya`.
(Riwayat: al-Muslim)

(b) Sahabat r.a. Perawi Hadis


Perawi hadis ialah Abu Hurairah al-Dausi al-Yamani merupakan seorang
sahabat yang mulia dan hafiz. Abu Hurairah adalah gelaran yang diberikan
kepadanya. Ulama berbeza pandangan dalam menentukan nama sebenar
beliau dan nama ayahnya sehingga kepada 35 pendapat. Kebanyakan
ulama berpandangan bahawa nama sebenar beliau ialah Abdul al-Rahman
bin Sakhar.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 13

Al-Hafiz Ibn Hajar meriwayatkan sebab digelar dengan Abu Hurairah


(yang bermaksud bapa kepada anak kucing) ialah, beliau bekerja sebagai
pengembala kambing dan mempunyai seekor anak kucing. Apabila waktu
malam beliau meletakkan anak kucing tersebut di atas pokok dan apabila
siang hari, beliau akan mengambilnya untuk bermain.

Abu Hurairah memeluk agama Islam ketika peperangan Khaibar, iaitu


pada tahun ketujuh hijrah. Beliau amat prihatin dengan ilmu yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW dan sentiasa bersama-sama baginda di
mana sahaja. Beliau tidak peduli apa yang dimakannya dan hanya cukup
sekadar untuk membolehkannya mengikuti Baginda SAW dan belajar
daripada Nabi SAW.

Abu Hurairah r.a. adalah seorang sahabat yang paling banyak menghafal
hadis. Imam al-Zuhri pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah
mendoakan Abu Hurairah sehingga menyebabkan beliau tidak pernah
melupakan hadis-hadis yang dihafalnya daripada Rasulullah SAW.

Antara wasiat Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah ialah mandi pada
hari Jumaat, bersegera menunaikan solat Jumaat, jangan melakukan lagha
(perkara sia-sia), berpuasa tiga hari dalam sebulan, melakukan dua rakaat
solat fajar sekali pun bersembahyang sepanjang malam.

Abu Hurairah tinggal dan menetap di Madinah Munawwarah serta


meninggal dunia di situ. Beliau meninggal pada tahun 57H, ada yang
mengatakan 58H dan ada yang mengatakan 59H ketika berusia 78 tahun
dan dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi di Madinah
Munawwarah.

(c) Pengajaran dan Iktibar


Jadual 1.5 menunjukkan LAPAN pengajaran dan iktibar yang boleh kita
peroleh, iaitu:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


14 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

Jadual 1.5: Pengajaran dan Iktibar

Pengajaran dan Iktibar


1. Rasulullah SAW menasihatkan umatnya berkenaan dengan mati dan semua
manusia akan berhadapan dengan kematian. Maka, bagi seorang yang
beriman yang percaya terhadap hari akhirat hendaklah mengambil
perhatian serius dan menyediakan persiapan untuk menghadapinya.
2. Setiap manusia yang hidup pasti melakukan banyak perkara atau
amalan. Namun tidak semua amalan mereka akan dikira sebagai kebaikan
dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
3. Apabila seorang hamba telah meninggal dunia maka, sudah tiada
baginya amalan yang boleh dilakukan dan bermulalah hitungannya kecuali
tiga perkara yang tetap akan berjalan dan sentiasa ditambah ganjaran dan
pahalanya, iaitu sedekah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh.
4. Sedekah yang benar-benar ikhlas kepada Allah SWT akan menjadi amalan
yang sentiasa mendapat ganjaran terutamanya jika ia merupakan sesuatu
yang sentiasa digunakan oleh orang lain. Contohnya, seseorang yang
bersedekah untuk pembinaan masjid, sedekah untuk kebaikan anak-anak
yatim, mewakafkan tanah atau rumah untuk kerja-kerja menegakkan agama
Allah SWT dan sebagainya.
5. Ilmu yang berguna terutamanya ilmu agama akan menyebabkan seorang
hamba tetap mendapat pahala selagi orang yang belajar daripadanya
mengamalkan segala ajarannya. Ia juga termasuk ilmu yang memberi
manfaat kepada kehidupan manusia seperti ilmu perubatan, kejuruteraan,
pembinaan dan sebagainya. Tetapi dengan syarat dia ikhlas untuk
membantu hamba-hamba Allah SWT dan memudahkan mereka
menjalankan kehidupan mengikut aturan-Nya.
6. Anak yang soleh ialah anak yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya,
menghormati kedua ibu bapa, menjalankan hubungan yang baik dengan
manusia yang lain dan menjaga hubungannya dengan alam sekitar. Anak
seperti ini sudah pasti tidak akan melupakan kedua ibu bapanya dan
mengharapkan kebaikan bagi orang tuanya walaupun mereka sudah
meninggal dunia.
7. Doa yang menepati syarat-syarat dan adab-adabnya akan dimakbulkan oleh
Allah SWT. Bagi anak yang soleh, dia akan memastikan doanya terhadap
kedua ibu bapanya menepati ciri-ciri doa yang dimakbulkan oleh Allah
SWT. Dia mengetahui bahawa ibu bapanya amat mengharapkan doa
daripadanya untuk memastikan mereka tenang dan bahagia hidup di alam
kubur dan seterusnya di akhirat kelak.
8. Setiap mukmin hendaklah merebut ketiga-tiga amalan yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Kegagalan mereka melaksanakannya
mengakibatkan kehidupan mereka di alam kubur dan di akhirat kelak tidak
mencapai keredaan Allah yang Maha Esa.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 15

1.5.2 Hadis 2: Perbuatan Rasulullah SAW


Hadis Rasulullah SAW dalam bentuk perbuatan selalunya adalah bagi
menjelaskan perkara berkaitan dengan bentuk sesuatu amalan sama ada ia
merupakan arahan Allah SWT, arahan Baginda sendiri atau ia merupakan
sunnah yang digalakkan kepada umat Baginda SAW. Perbuatan Rasulullah SAW
yang selalu dilakukan oleh Baginda wajib menjadi ikutan umatnya yang
inginkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Kita akan sama-sama menghayati dan memahami hadis-hadis Rasulullah SAW


dalam bentuk perbuatan ini juga melalui TIGA pendekatan seperti dalam Rajah
1.5, iaitu:

Rajah 1.5: Tiga peringkat memahami hadis

Hadis berkaitan memulakan perbuatan dengan sebelah kanan

(a) Lafaz Hadis dan Maksudnya




:
( ) .
Maksudnya:
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata: Rasulullah suka mendahulukan
sebelah kanan, sama ada ketika menyikat rambut, memakai kasut, bersuci
dan pada semua keadaan.
(Riwayat: al-Bukhari dan al-Muslim).

(b) Sahabat r.a. Perawi Hadis


Aisyah r.a. merupakan Ummul Mukminin (isteri Rasulullah SAW) dan
anak kepada Abu Bakar al-Siddiq r.a. Beliau digelar dengan Ummu
Abdillah, iaitu dinisbahkan kepada anak saudaranya Abdullah bin al-

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


16 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

Zubair. Aisyah r.a. lahir di Kota Mekah empat tahun sebelum Nabi
Muhammad SAW dilantik sebagai Rasul.

Beliau berkahwin dengan Rasulullah SAW di Mekah ketika berusia enam


tahun dan tinggal bersama-sama dengan Baginda di Kota Madinah ketika
berusia sembilan tahun, iaitu pada bulan Syawal selepas Rasulullah SAW
pulang daripada peperangan Badar pada tahun kedua hijrah.

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa:

Sesungguhnya Jibril r.a. pernah membawa gambaran wajahnya dalam kain


sutera berwarna hijau kepada Nabi SAW dan berkata: Inilah isterimu di
dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW wafat ketika usia Aisyah r.a. 18 tahun dan beliau hidup
selepasnya selama 40 tahun. Antara kelebihan Aisyah seperti yang
dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW, daripada Anas bin Malik r.a
berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Kelebihan Aisyah ke atas seluruh
wanita seumpama kelebihan Tharid (sejenis makanan Arab, iaitu minyak
yang dicampur dengan adunan roti) ke atas semua jenis makanan.

Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ummu Salamah, janganlah kamu


sakitiku pada perkara yang berkaitan dengan Aisyah, kerana
sesungguhnya demi Allah tidak turun ke atasku wahyu daripada Allah
SWT ketika aku berselimut bersama dengan isteriku, kecuali beliau
(Aisyah).

Beliau meninggal dunia di Kota Madinah pada tahun 57H. Abu Hurairah
yang menjadi Gabenor di Kota Madinah pada zaman Marwan bin al-
Hakam menyembahyangkan beliau.

(c) Pengajaran dan Iktibar


Terdapat TUJUH pengajaran dan iktibar yang boleh kita peroleh seperti
dalam Jadual 1.6 iaitu:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 17

Jadual 1.6: Pengajaran dan Iktibar

Pengajaran dan Iktibar


1. Rasulullah SAW amat menitikberatkan sesuatu pekerjaan yang memberi
manfaat bagi dirinya dan umat baginda SAW.
2. Semua perkara walaupun kecil dan dianggap remeh pada pandangan
kebanyakan manusia mempunyai nilai yang besar di sisi Allah SWT jika
seseorang hamba itu dengan ikhlas melaksanakannya.
3. Rasulullah SAW mendahulukan sebelah kanan bagi perbuatan- perbuatan
yang mulia seperti dalam hadis, iaitu memakai kasut, menyikat rambut dan
mengambil wuduk atau bersuci.
4. Perkara-perkara mulia yang dimulakan dengan sebelah kanan adalah seperti
masuk ke masjid, memberus gigi, memakai pakaian, mengambil dan
memberi sesuatu, keluar dari tandas dan sebagainya.
5. Terdapat juga perbuatan yang dimulakan sebelah kanan yang merupakan
arahan daripada baginda SAW, iaitu ketika makan dan minum. Sehingga ada
ulama yang berpandangan bahawa haram bagi seseorang Muslim itu
memakan dengan tangan kirinya tanpa sebarang keuzuran.
6. Sebaliknya pula terdapat beberapa perbuatan yang dimulakan dengan
sebelah kiri. Antaranya ialah memasuki tandas, keluar dari masjid, mencuci
najis dan sebagainya.
7. Setiap Muslim hendaklah sentiasa mencontohi Rasulullah SAW dalam
kehidupan sehariannya. Dia mestilah ikhlas ketika melaksanakan sunnah
Baginda SAW. Amalan yang ikhlas kerana Allah SWT akan dibalas dengan
ganjaran yang berlipat kali ganda.

Memahami sesuatu hadis juga memerlukan ilmu. Ini kerana pemahaman hadis
tanpa ilmu akan menyebabkan seseorang menyeleweng daripada maksud
sebenar hadis. Seseorang itu juga mesti merujuk kepada huraian ulama berkaitan
hadis, sebagaimana mereka membahaskannya dan keyakinan mereka terhadap
hadis Rasulullah SAW.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


18 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Berikan contoh hadis perkataan dan nyatakan tiga amalan yang


tetap berjalan (ganjarannya) walaupun seseorang itu telah
meninggal dunia.

2. Apakah dia syarat penerimaan sesuatu amalan?

3. Huraikan maksud hadis-hadis berikut:


Hadis sahih;
Hadis hasan;
Hadis daif; dan
Hadis maudu.

4. Bagaimanakah seseorang itu mampu memahami sesuatu hadis?

5. Bincangkan pengertian dan isi kandungan hadis berikut:

: :
:
.

1.6 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Seperti yang kita bincangkan dalam subtopik sebelum ini, langkah memahami
hadis dititikberatkan dengan amat terperinci.

Sekarang kita sudah mengetahui maksud hadis Nabi SAW dari segi perkataan,
perbuatan dan pengakuan. Mempelajari hadis dapat membantu kita memahami
al-Quran dengan baik. Ia dapat menghuraikan setiap kesamaran dalam al-Quran.
Namun kita perlu memerhatikan jenis-jenis hadis, sama ada hadis sahih, hasan
atau maudu. Oleh itu tanggungjawab guru hendaklah menjelaskan kepada para
pelajar bagi mengetahui jenis-jenis hadis tersebut. Ia bertujuan agar para pelajar
dapat memahaminya dengan betul dan tidak seleweng. Pihak guru juga
hendaklah memastikan takhrij hadis yang hendak diajar adalah betul.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 19

Seterusnya, guru mestilah merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran


hadis yang berkesan dan mengaplikasikannya dengan baik dalam bilik darjah.

Dalam subtopik yang terakhir ini, kita akan melihat cadangan aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P) Hadis yang sesuai.

Jadual 1.7 adalah contoh rangka rancangan pembelajaran untuk pengajaran dan
pembelajaran hadis bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1.

Jadual 1.7: Rancangan pengajaran Hadis untuk subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1

Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1


Bidang Hadis
Masa 40 minit
Tajuk Konsep Hadis
Kaedah Perbincangan berkumpulan
Gabung jalin Soaljawab, perbincangan
Penyerapan Ketinggian hadis dan kepentingan mentaati segala arahan serta
larangan Rasulullah SAW

Nilai Menyedari akan keperluan Muslim memahami hadis Rasulullah


SAW dan bahagiannya
Media Pengajaran Gambar rajah pembahagian hadis kepada sahih, hasan dan daif,
serta contoh-contoh hadis Rasulullah SAW

Berdasarkan Rancangan Pengajaran yang telah disediakan dalam Jadual 1.7,


guru boleh mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan
langkah-langkah penyampaian seperti diilustrasikan dalam Rajah 1.6.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


20 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

Langkah-langkah Penyampaian P&P Hadis untuk Pendidikan Islam Tingkatan 1


(a) Penerangan Konsep Hadis
(i) Guru menjelaskan tentang pengertian, konsep hadis dan kedudukannya
dalam syariah Islamiah.
(ii) Guru menerangkan perbezaan antara hadis dan al-Quran berdasarkan
kepada gambar rajah.
(iii) Guru meminta pelajar menyenaraikan sifat-sifat yang perlu ada bagi
seseorang yang boleh dipercayai kata-kata dan pandangannya.
(iv) Guru menerangkan tentang sifat-sifat seorang perawi hadis dan akibat
menerima hadis daripada seseorang yang tidak dipercayai.
(b) Penerangan tentang Hadis Perkataan Rasulullah SAW

Perbincangan Berkumpulan
(i) Pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil (3 hingga 4 orang).
(ii) Setiap kumpulan diberikan sekeping kad yang tertulis sebuah hadis
daripada perkataan Rasulullah SAW berserta terjemahannya.
(iii) Guru membaca hadis tersebut dengan kuat dan meminta para pelajar
mengikutnya seperti bacaan guru.
(iv) Pelajar diminta mengenal pasti di manakah permulaan dan pengakhiran
kata-kata Rasulullah SAW.
(v) Pelajar diminta menjelaskan isi kandungan hadis tersebut.
(vi) Guru perlu berperanan sebagai fasilitator yang bertindak membimbing pelajar.
(c) Penerangan tentang Hadis Perbuatan Rasulullah SAW

Perbincangan berkumpulan
(i) Pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil (3 hingga 4 orang).
(ii) Setiap kumpulan diberikan sekeping kad yang tertulis sebuah hadis
daripada perbuatan Rasulullah SAW berserta terjemahannya.
(iii) Guru membaca hadis tersebut dengan kuat dan meminta pelajar
mengikut seperti bacaan gurunya.
(iv) Pelajar diminta mengenal pasti akan perbuatan Rasulullah SAW berdasarkan
hadis yang dibaca.
(v) Pelajar diminta menjelaskan isi kandungan hadis tersebut.
(vi) Guru perlu berperanan sebagai fasilitator yang bertindak membimbing pelajar.

Rajah 1.6: Contoh langkah-langkah penyampaian P&P Hadis untuk Pendidikan Islam
Tingkatan 1

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK1 PENGENALAN HADIS 21

AKTIVITI 1.3
Fikirkan kaedah-kaedah terkini yang lain yang sesuai digunakan
dalam P&P Hadis. Anda boleh rujuk dari mana-mana buku berkaitan
dengan kaedah pengajaran.

Hadis Rasulullah SAW adalah segala yang disandarkan kepada Baginda


sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak dan tubuh badan
Baginda SAW.

Hadis merupakan sumber agama Islam yang kedua selepas al-Quran.

Ketinggian hadis adalah seumpama ketinggian Rasulullah SAW di sisi Allah


SWT.

Bagi setiap orang yang beriman wajib mentaati dan melaksanakan segala
arahan Rasulullah SAW dan meninggalkan segala larangan Baginda.
Menolak hadis adalah seperti menolak Islam secara keseluruhannya kerana
al-Quran dibawa oleh Rasulullah SAW dan bagindalah yang
bertanggungjawab menerangkan maksudnya melalui kata-kata, perbuatan,
pengakuan dan sifat-sifat Baginda SAW.

Hadis berbeza daripada al-Quran dari sudut keadaan ia wujud,


terpelihara dan kelebihannya.

Hadis terbahagi kepada hadis maqbul dan mardud. Maqbul terbahagi


kepada sahih dan hasan, manakala pembahagian hadis yang mardud amat
banyak berdasarkan hilangnya salah satu sifat daripada sifat maqbul.

Ulama telah meletakkan syarat-syarat seorang perawi hadis, iaitu dia


mestilah seorang yang adil dan kuat hafalannya.

Terdapat dua bentuk hadis iaitu hadis perkataan Rasulullah SAW dan hadis
perbuatan Rasulullah SAW.

Guru boleh mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut


kreativitinya tetapi haruslah menitikberatkan kaedah yang berkesan yang
dapat membantu pelajar supaya dapat memahami hadis dengan tepat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


22 TOPIK 1 PENGENALAN HADIS

Adil Maudu
Daif Mukjizat
Hadis Mutawatir
Hasan Perawi hadis
Khilaf Sahih
Maqbul Taqrir
Mardud Tharid

Abu Nuaym al-Asbahani (1998). Marifah al-Sahabah. Riyadh: Dar al-Watan.


Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Muhammad Abu Laith (2005). Ulum al-Hadith, Asilaha wa Musiruha. Cet. 4.
Selangor: Dar al-Syakir.
Muhammad Fuad Abd al-Baqi (2001). Al-Lulu wa al-Marjan fi ma Ittafaqa al
Syaikhan. Kaherah: Dar al-Hadith.
Muhammad b. Jamil Zaynu (t.t). Qutuf min al-Syamail al-Muhammadiyyah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

You might also like