You are on page 1of 24

__________________________________________________________________

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
JANUARY 2016 SEMESTER
___________________________________________________________________

NAMA

: MOHD ZAHIRUDDIN BIN AZMAN

NO. MATRIKULASI

: 750909016913001

NO. KAD PENGENALAN

: 750909016913

NO. TELEFON

: 017 522 2973

E-MEL

: zahirmuc@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: PERAK LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN
Abstrak
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendidikan khas di Sekolah Khas, Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah
kerajaan atau bantuan kerajaan pada peringkat pra-sekolah, rendah, menengah dan
lepas menengah. Di peringkat pendidikan antarabangsa, konsep pendidikan inklusif telah
diletakkan sebagai asas dalam melaksanakan Pendidikan Untuk Semua. Aspirasi
pendidikan inklusif ini juga telah dikongsi oleh pakar pendidikan dan profesional yang
terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan khas seperti mana yang digariskan
dalam deklarasi antarabangsa seperti Salamanca Statement (1994), Dakar Wold Education
Forum (2000), dan Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006).
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa setiap murid termasuk
murid berkeperluan khas (MBK) adalah istimewa, mempunyai kepelbagaian kebolehan
dan mempunyai hak yang sama rata bagi mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di
semua sekolah. Sehubungan itu, usaha yang komited, terancang dan berterusan perlu
dilakukan di semua peringkat KPM.
1.0 Pengenalan
Program Pendidikan Inklusif ialah suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama
dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu
pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif
ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan
maksud merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi
Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan
murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya
mereka

berpeluang

menikmati

segala

kemudahan

belajar

dalam

keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.


Hallahan

dan Kauffman,

(1977) menyatakan Pendidikan Khas

bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluankeperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa.
2

Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau


kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999)
menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu
direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan
dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan
peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum
yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa
(Mohd Najib, 2006)
Oleh itu adalah

penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan

peranan mereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program
pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan
program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka amsing- masing
bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.
2.0 Objektif
Tujuannya adalah menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven
kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK), bagi yang baharu akan diberi
ujian pengesanan / diagnostik untuk penempatan kumpulan atau kelas
yang sesuai. Pengajaran dan pembelajaran lebih terancang dan mudah
dilaksanakan kepada MBK berasaskan keperluan pembelajaran yang
setara dan mudah dikendalikan mengikut kepakaran guru. Murid
berkeperluan khas yang telah melalui proses diagnostik boleh mengikuti
PdP berdasarkan keperluan contohnya mengikuti Kurikulum Standard
Sekolah

Rendah

(KSSR)

Pendidikan

Khas,

mengikuti

kurikulum

kemahiran, program intervensi atau Program Pendidikan Inklusif di kelas


arus perdana.
Mengembangkan potensi murid dengan mencukil bakat dan minat
murid. Guru membuat penilaian melalui aktiviti-aktiviti PdP yang
bersesuai dengan bakat dan minat murid. Guru juga perlu berkongsi
dengan ibubapa tentang bakat dan minat murid yang ditunjukkan di
rumah untuk guru menggabungjalinkan aktiviti PdP dalam bilik darjah.

Menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dan terkini kepada


MBK. Aktiviti PdP yang sesuai perlu perancangan yang rapi dan
mengambil kira tahap pencapaian, minat dan kebolehan murid.
Walaupun secara asasnya MBK terutama murid masalah pembelajaran
belajar melalui pengalaman seperti memperkenalkan benda-benda
maujud terlebih dahulu, tetapi kaedah PdP menggunakan computer
perlu didedahkan seperti penggunaan e-bahan, e-pembelajaran dan
lain-lain teknologi komputer terkini mengikut kesesuaian.
Meningkatkan kemahiran bersosial MBK bersama arus perdana di
mana Murid Berkeperluan Khas perlu diintegrasikan secara terancang
bersama-sama murid arus perdana, contohnya di kantin, tempat
perhimpunan, tempat rehat, bilik sumber dan dalam aktiviti atau
program sekolah. Buddy System boleh diamalkan untuk peringkat
permulaan sosial. Murid berkeperluan kahs boleh digandingkan dengan
murid arus perdana melalui pelbagai aktiviti seperti lawatan sambil
belajar, berkhemah dan lain-lain aktiviti luar yang sesuai.
Guru juga boleh melaksanakan Program Inklusif melalui kokurikulum
di sekolah dengan melibatkan penyertaan MBK bersama-sama murid
arus perdana, contohnya dalam aktiviti unit beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan.
3.0 Tinjauan Literatur
3.1 Definisi Pendidikan Inklusif
Pendidikan Khas ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan
Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat sama ada di
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah

atau

pendidikan lepas menengah.


Program Pendidikan Inklusif ertinya suatu program pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan
pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Program Pendidikan Khas Integrasi ertinya suatu program pendidikan bagi
murid berkeperluan pendidikan khas yang hanya dihadiri oleh murid

berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan atau sekolah


bantuan kerajaan.
Rancangan Pendidikan Individu ertinya suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang
rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas.
3.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia
Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru
hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada
masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan.
Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi
Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah
pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka
yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia,
murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan
dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah
pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan
inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia
3.3 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana
merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan
Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam
melaksanakan pendidikan inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara
faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang
negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke
dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau
pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan inklusif mendapati
cabaran dan isu yang sering dihadapi termasuklah :
1. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan
kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas
yang diletakkan dalam kelas inklusif.
2. Penyelarasan pengajaran : Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik
darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan
diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi
5

kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan


pembelajaran murid.
3. Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan
program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang
kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu
yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.
4. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid
berkeperluan khas yang jauh terasing, atau di tempat yang tidak selesa.
Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.
5. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru
besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas
Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap
kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu,
mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber,
atau jawatan-jawatan lain.
6. Hubungan dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa : Ibu bapa
kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini.
Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang
berjumpa. Hal ini adalah disebabkan ibu bapa tidak diberi penerangan tentang
fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak
mereka.
3.4 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas.
Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh
pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawan. Badan Bukan
Kerajaan atau NGO (Non-Govermental Organisations), ditubuhkan oleh
masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di Negara kita. Antara
Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah :
1. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang
menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara
umur 2-16 tahun.
2. Pusat Bimbingan

Sinaran

Matahari

yang

mengajar

kanak-kanak

berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran social.


3. Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal
bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak
di antara umur 6-16 tahun.

4. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)


yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah
kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam
pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam
Malaysia.
4.0 Maklumat Murid Berkeperluan Khas
Kategori MBK perlu disahkan oleh pengamal atau pakar perubatan sebelum dibuat
penempatan dan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU). Guru Pendidikan Khas
seharusnya mengenal pasti semua kategori MBK sebagai langkah awal menyediakan
data dan maklumat murid sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Kategori MBK adalah seperti yang berikut:
1. Ketidakupayaan Penglihatan
Ketidakupayaan penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami
penghilatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan
alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Kurang upaya
penglihatan boleh dibahagi kepada:
- Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau
lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu
-

penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation;


Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan

kurang dari 10 darjah dari fixation;


Buta sebelah mata bermaksud hanya sebelah mata sahaja berfungsi dengan
sempurna dan sebelah lagi penglihatan kurang daripada 3/60 atau kurang
dari 20 darjah dari fixation bermaksud buta.

2.

Ketidakupayaan Pendengaran
Ketidakupayaan pendengaran bermaksud murid yang mempunyai masalah
pendengaran. Masalah pendengaran terbahagi kepada empat peringkat
kehilangan deria pendengaran berdasarkan tahap decibel (dB) iaitu:
- Ringan (Mild) iaitu 25-40 dB;
- Sederhana (Moderate) iaitu 41-60 dB;
- Teruk (Severe) iaitu 61-90 dB;
- Sangat teruk (Profound) iaitu 91 dB dan ke atas.
Pilihan komunikasi bagi kanak-kanak masalah pendengaran bergantung kepada
kesediaan intervensi awal kanak-kanak yang mengunakan alat bantuan
pendengaran dan mempunyai keupayaan bertutur maka komunikasi yang dipilih
adalah pertuturan biasa dengan bantuan peralatan.
7

3. Ketidakupayaan Pertuturan
Ketidakupayaan pertuturan terdiri daripada empat masalah:
- Masalah sebutan iaitu kecenderungan meninggalkan suku kata atau
-

mengubah bunyi sesuatu perkataan atau dikenali sebagai pelat.


Masalah gagap ialah merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan.
Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang,
berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap
kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu

dengan cepat.
Masalah suara iaitu berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin
terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi, rendah atau

nada yang sama dan tidak berubah.


Masalah bahasa ialah berkaitan dengan sistem saraf pusat. Masalah ini
mengganggu kefahaman atau penggunaan perkataan. Istilah yang digunakan
ialah aphasia, bermaksud seseorang yang menghadapi kesukaran mentafsir
bahasa dalam sesuatu perbualan dan kesukaran menggunakan perkataan
yang sesuai semasa berkomunikasi. Masalah pertuturan menyebabkan
kanak-kanak berasa tidak selesa dalam situasi sosial serta memberi kesan
kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

4. Ketidakupayaan Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota
atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan
seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otototot yang mengakibatkan mereka tidap melakukan aktiviti asas seperti
penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini
boleh terjadi akibat daripada kecerderaan (trauma) atau ketidakfungsian system
saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, lmunologi, urologi, hepatobiliari,
musculoskeletal, ginekologi dan lain-lain. Contoh ketidakupayaan fizikal:
- Limb defects (congential/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.
- Spinal Cord Injury hanya sekiranya tiada.
- Stroke pengembalian fungsi.
- Traumatic Brain Injury selepas enam bulan.
- Kerdil (Achondroplasia) iaitu < 142cm bagi lelaki dan < 138cm bagi
-

wanita.
Cerebral Palsy

5. Masalah Pembelajaran
8

Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan


dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan
maklumat. Masalah pembelajaran merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih
daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa
lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar,
berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira.
Masalah pembelajaran termaksuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa,
ingatan, sosioemosi, kemahiran motor dan koordinasi serta hiperaktiv. Kategori
murid-murid masalah pembelajaran sperti Disleksia, Attention, Deficit,
Hyperactivity Disorder (ADHD), Slow Learner, Autisme, Sindrom Down
terencat akal ringan.
6. Ketidakupayaan Pelbagai
Ketidakupayaan pelbagai adalah kombinasi ketidakupayaan sperti yang berikut:
- Masalah pembelajaran;
- Ketidakupayaan pendengaran;
- Ketidakupayaan penglihatan;
- Ketidakupayaan fizikal;
- Ketidakupayaan pertuturan.
5.0 Keperluan Logistik
Murid berkeperluan khas memerlukan keperluan fizikal atau infrastruktur khas seperti
kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal, buku teks mengikut kemampuan tahap KKBP
walaupun berada di sekolah menengah, bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru
resos dan Jawatankuasa akademik, bahan rujukan/peralatan tambahan atas kebijaksanaan/
inisiatif pihak sekolah, bilik resos perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat
bantu dan kaunseling.
Tugas pengurusan pula ialah menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik
bagi memastikan semua murid memakai alat bantu dengar. Merakam program siaran TV
Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai dengan bekerjasama
dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah
pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan juga mengadakan kolaborasi
dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada
murid bermasalah pembelajaran.
6.0 Kesimpulan

Pengesanan pada peringkat awal dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk
mendapat peluang pendidikan seperti kanak-kanak normal yang lain. Peluang dan ruang
perlu diberikan kepada semua kanak-kanak istimewa ini agar mereka dapat berjaya dalam
hidup. Oleh yang demikian, guru mahupun ibu bapa perlu mengambil berat tentang
keperluan yang sepatutnya dimiliki oleh anak-anak ini. Teknik-teknik ini dapat digunakan
bagi membantu dan memudahkan semua pihak untuk mengesan kekurangan yang dihadapi
oleh kanak-kanak.
Tugasan Pendidikan Inklusif MBK ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PPI di sekolah. Semua pihak perlu sedar
bahawa kewujudan PPI adalah satu peluang pendidikan yang disediakan bagi MBK belajar
dalam kelas arus perdana dan menjalankan aktiviti bersama-sama murid di arus perdana.
Keikhlasan, dedikasi dan komitmen semua pihak adalah penting bagi menjamin
keberkesanan pelaksanaan PPI.
7.0 Rujukan
Kathleen Chee.2008. Pendidikan Seni Visual. Bangi. Pelangi Sdn. Bhd.
Modul

OUM.2006.

Pengenalan

Pendidikan

kanak-kanak

Masalah

Pembelajaran.Seri Kembangan. Meteor Doc. Sdn Bhd.


Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan
Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian
Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan
Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif.
Seaview Hotel Langkawi
Ang

Huat

Bin.

(1999).

Konsep

dan

Kaedah

Pengajaran

dengan

Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications &


Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap
Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam
Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak
Universiti Kebangsaan Malaysia.
10

diterbitkan, Bangi:

Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur:


DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan
Khas 2020. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Khas (2015). Program Pendidikan Khas Integrasi
2015. Putra Jaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian

Kanak-kanak

dengan

Keperluan

Khas.

Jurnal

Pendidikan, 21,33-50
Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan
sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala
Lumpur.Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan
Kajian: Satu Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan
Kanak-kanak berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.0

Lampiran

WARTAKERAJAANPERSEKUTU
AN
18 Julai 2013
18 July 2013
P.U. (A) 230

FEDERAL
GOVERNMENT
GAZETTE
11

PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
2013
EDUCATION (SPECIAL EDUCATION)
REGULATIONS 2013

DISIARKAN OLEH/
PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY ENERALS CHAMBERS

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

You might also like