You are on page 1of 19

BIODATA MUFASSIRIN ZAMAN SAHABAT,

ZAMAN TABI’IN DAN


ZAMAN TABI’ TABI’IN

Abu Bakar al-Siddiq

Khulafa’ ar-Rasyidin Umar al-Khattab

Ibn Mas’ud Uthman al-‘Affan

Ibn ‘Abbas Ali bin Abi Talib

ZAMAN
SAHABAT Ubai bin Kaab

Zaid bin Thabit

Abu Musa al-Asy’ari

Abdullah ibn Zubair

Said bin Jubair ‘Atha’ ibn Abi Abbas

ZAMAN
TABI’IN

Ikrimah Maula ibn Tawus bin Kisa al-


‘Abbas Yamani

Syu’bah ibn al-Hajjaj Waqi’ bin ‘Uyainah

ZAMAN TABI’
TABI’IN

Sufyan bin ‘Uyainah ‘Abdul Razak bin


Hammam
MUFASSIRIN
ZAMAN SAHABAT
Abu Bakar al-Siddiq
[572M - 634M (13H)]

Nama sebenar ialah Abdullah bin Abi Qahafah Uthman bin Umar bin Ka’ab

Dilahirkan di Mekah

Diberi gelaran al-Siddiq kerana sentiasa membenarkan dan mempercayai kata-kata

Rasulullah dalam apa jua keadaaan. Semasa Nabi Muhammad mula memperkenalkan

Islam, beliau tanpa ragu-ragu terus memeluk Islam di hadapan baginda. Gelaran al-

Siddiq ini juga dikatakan diberi sempena peristiwa Israk Mikraj, di mana masyarakat

ketika itu tidak mempercayai dan mempertikai cerita Nabi Muhammad tentang

peristiwa tersebut, tetapi Abu Bakar tetap membenarkan, mempercayai dan membela

baginda.

Sumbangan:

- Setelah Rasulullah wafat, beliau banyak membantu menjawab persoalan berkenaan

tafsir al-Quran kerana beliau anatara sahabat yang paling arif tentang ilmu tafsir.

- Menerima cadangan Umar al-Khattab untuk mengumpulkan dan menulis al-Quran

selepas melihat ramai para huffaz al-Quran syahid terkorban dalam Perang al-

Yamamah. Mushaf Abu Bakar memastikan al-Quran terpelihara dan tidak terus

hilang bersama hilangnya para huffaz al-Quran yang mulia.


Umar al-Khattab
[584M – 23H]

Nama sebenar ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin ‘Abdul Uzza
Dilahirkan di Mekah
Diberi gelaran al-Faruq yang bermaksud memisahkan antara hak dan batil. Beliau
diberi gelaran ini kerana sifat berani beliau yang sentiasa menyokong hak
(kebenaran) dan menentang kebatilan. Beliau berani mempertahankan Islam dan
menentang kafir (yang memusuhi Islam)
Sumbangan:
 Mencadangkan (memujuk) Khalifah Abu Bakar
mengumpul dan menulis al-Quran selepas
melihat ramai para huffaz al-Quran syahid
dalam perang al- Yamamah
 Mengasaskan takwim Hijrah
 Memperkembangkan pelajaran al-Quran (menyediakan guru-guru untuk
mengajar al-Quran dan menghantar ke wilayah-wilayah tertentu dengan
menyediakan gaji yang lumayan.
 Menubuhkan Baitulmal
Uthman al-‘Affan
[576M – 35H]

Nama sebenar ialah Uthman bin Affan bin Abu al-‘As bin Umaiyah
Lahir di Mekah
Diberi gelaran Zu Nurain (memiliki dua cahaya) kerana mengahwini dua puteri
Rasulullah iaitu Ummu Kalthum dan Ruqayyah.
Saidina Uthman adalah seorang sahabat yang telah banyak berkorban fi sabilillah.
Terkenal dengan sikap dermawan beliau yang banyak menginfakkan harta ke
jalan Allah.
Beliau juga sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan keluarga dan
tanah air demi taat dan patuh kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Beliau
memiliki sifat malu dan lemah-lembut serta bercakap dengan sopan walaupun
ketika berhadapan dengan musuh.
Sumbangan:
- Mengumpul dan membukukan al-Quran (Mushaf Uthmani) memudahkan
umat Islam membaca al-Quran sehingga kini. Usaha beliau ini menjadikan al-
Quran terpelihara sehingga ke hari ini.
- Saidina Uthman juga menjadi pakar rujuk untuk bertanya perkara berkaitan al-
Quran seperti tafsir dan sebagainya.
ALI BIN ABI TALIB
[601M – 661M (41H)]

Nama sebenar ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul


Mutalib bin Hasyim
Diberi gelaran Karamallahu Wajhah (yang dimuliakan
wajahnya) kerana tidak pernah menyembah berhala
sejak kecil, tidak pernah dikotori dengan keburukan
Jahiliyyah dan kanak-kanak terawal memeluk Islam.
Beliau sangat rapat dengan Rasulullah kerana dididik
oleh baginda sejak kecil menyebabkan beliau banyak
meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW.
Beliau merupakan sepupu dan menantu kepada
Rasulullah (mengahwini anak kesayangan Rasulullah,
Fatimah Az-Zahra)
Ali Bin Abi Talib sangat terkenal kerana beliau
seorang alim dan bijaksana, menghafal Al – Quran
sejak kacil, dan seorang pahlawan perang yang handal.
Beliau antara para sahabat yang terkenal dengan
kefahaman yang mendalam terhadap ilmu berkaitan al-
Quran seperti ilmu tafsir, asbab nuzul dan sebagainya.
IBN MAS’UD
[MENINGGAL DUNIA 32H]

Nama sebenar ialah Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil al-Hudzali.


Diberi gelaran Ibn ‘Abdirrahman, lebih dikenali dengan nama Ibn Mas’ud.
Sebelum memeluk Islam, beliau hanyalah seorang pengembala kambing
kepunyaan ‘Uqbah bin Mu’aith. Namun, setelah memeluk Islam, beliau
merupakan antara sahabat mulia yang paling rapat dan sering mendampingi
Rasulullah serta tinggal bersama baginda (sebagai pembantu peribadi).
Sumbangan:
- Ibn Mas’ud sering membantu, melindungi dan menemani Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬ke mana sahaja.
- Ibnu Mas'ud ikut hadir secara langsung dalam beberapa masa
ketika diturunkan Al-quran dan mempelajari serta mendengar 70
surah terus daripada baginda. Abdullah bin Mas'ud pernah berkata
tentang pengetahuannya mengenai Kitabullah (Al-Qur'an) sebagai
berikut, "Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Tidak ada satu
ayat pun dalam Al-Qur'an, melainkan aku tahu di mana dan dalam
situasi bagaimana diturunkan. Seandainya ada orang yang lebih
tahu daripada aku, nescaya aku datang belajar kepadanya."
- Abdullah bin umar pernah meriwayatkan, bahwa Rasulullah
‫ ﷺ‬pernah berkata: belajarlah al-Qur’an kepada 4
orang ini, Abdullah bin mas’ud, ubay bin Ka’ab, Muadz bin
Jabal, dan Salim maula Abu Hudzaifah”.
- Tafsir: Ibnu Mas'ud pada masanya adalah orang yang paling
faham akan makna-makna Alquran dan asbabun nuzul ayat-ayat
Alquran. Pada zaman berikutnya pandangan-pandangan tafsirnya
diminati para mufassir dari pelbagai kalangan mazhab. Dikatakan
bahwa al-Suddi dalam tafsirnya banyak menukil riwayat-riwayat
dari Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas.
IBN ‘ABBAS
[3 tahun sebelum H – 67H]

Nama sebenar ialah ‘Abdullah bin Abbas bin Abdul Muththalib bin Hasyim
Dikenali dengan nama Ibn ‘Abbas dan merupakan sepupu kepada
Rasululullah ‫( ﷺ‬anak bapa saudara Nabi, ‘Abbas bin ‘Abdul
Mutalib)
Pada saat kanak-kanaknya, Ibnu Abbas memperoleh pendidikannya di
rumah Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Beliau sering mengiringi Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬ke mana sahaja dan mendapatkan ilmu dari
baginda, juga mengetahui pelbagai peristiwa turunnya sebahagian ayat dari
Alquran.
Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa suatu hari, Ibn ‘Abbas
menyiapkan air wudhu untuk Rasulullah kemudian Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Ya Allah, fahamkanlah dia terhadap
agama dan ajarkanlah ilmu takwil(tafsir) kepadanya”.
Dalam buku Fadhilah Amal karya Maulana Muhammad Zakkariya al
Kandhalawi dijelaskan ketika Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam
wafat, Ibnu Abbas masih berusia 13 tahun. Saat itu Ibnu Abbas telah
menguasai pengetahuan tentang tafsir dan hadis, hingga di kemudian hari
menjadi ketua para ahli tafsir.
Sumbangan:
- Di antaranya menyebutkan, Ibnu Abbas merupakan tokoh ilmu
tafsir Alquran yang terkenal. Sejumlah riwayat menunjukkan
pelbagai gagasan Ibnu Abbas dalam persoalan tafsir Alquran.
Salah satunya adalah Manna Al-Qattan, ulama yang menulis buku
tentang ilmu Alquran, Mabahist fi Ulumil Alquran. Menurut dia,
tafsir oleh Ibnu Abbas dapat dilihat periwayatannya melalui
beberapa perawi hadis. Di antaranya adalah Ali bin Abi Talhah al-
Hasyimi, Qays bin Muslim al-Kufi, dan Ata bin Sa'ib. Kemudian,
ada pula sebuah kitab yang menghimpun tafsir oleh Ibnu Abbas,
yakni Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibn 'Abbas. Penulisnya adalah
Abi Tahir Muhammad bin Ya'qub asy-Syairazy asy-Syafi'i, yang
wafat pada 817 Hijriah.
UBAI BIN KA’AB
[MENINGGAL DUNIA 20H]

Nama penuh beliau ialah Ubay bin Ka’ab bin Qays al-Khazraji al-
Anshari.
Beliau memiliki dua kun-yah. Rasulullah memberinya kun-yah
Abu al-Mundzir. Sedangkan Umar bin al-Khattab menyebutnya
Abu aht-Thufail. Karena ia memiliki seorang putra yang bernama
ath-Thufail.
Ubai bin Ka’ab terkenal sebagai orang yang mencatat dan
menyusun al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. Daripada
Qatadah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik:
"Siapa yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Nabi?" Anas
menjawab: "Ada empat orang. Semuanya dalam kalangan Ansar;
Ubai bin Ka'ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit dan Abu Zaid
RA." (Riwayat al-Bukhari)
Kemuliaan Ubai bin Ka’ab
- Anas berkata, “Nabi SAW pernah berkata kepada Ubai
bin Ka’ab, ‘Allah menyuruhku agar mengajarimu
membaca Al Qur`an’. Ubai bin Ka’ab berkata, ‘Apakah
Allah menyebutkan namaku kepadamu?’ Rasulullah
menjawab, ‘Ya’. Dia bertanya lagi, ‘Apakah namaku juga
di sebut di sisi Tuhan penguasa alam?’ Dia menjawab,
‘Ya’. Setelah itu kedua matanya memgeluarkan air mata.
- Diriwayatkan dari Anas, dia berkata, “Rasulullah SAW
bersabda: ‘Umatku yang paling pandai membaca Al
Qur`an adalah Ubai bin Ka’ab’.
- Beliau juga terkenal sebagai antara sahabat yang paling
arif tentang ilmu tafsir al-Quran
ZAID BIN THABIT
[610M-660M]

Zaid bin Thabit Adh-Dhahhak Al-Ansari An-Najjari atau lebih dikenali


sebagai Zaid ibn Thabit
Merupakan salah seorang sahabat rapat Rasulullah ‫ ﷺ‬dan
merupakan penulis wahyu dan surat-surat Rasulullah ‫ﷺ‬.
Sumbangan:
 Kekuatan daya ingat Zaid bin Thabit telah membuatnya diangkat
menjadi penulis wahyu dan surat-surat Nabi Muhammad semasa
hidupnya, dan menjadikannya tokoh yang terkemuka di antara para
sahabat lainnya. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bahwa:
“Rasulullah ‫ ﷺ‬berkata kepadanya "Aku berkirim surat
kepada orang, dan aku khawatir, mereka akan menambah atau
mengurangi surat-suratku itu, maka pelajarilah bahasa Suryani",
kemudian aku mempelajarinya selama 17 hari, dan bahasa Ibrani
selama 15 hari.”
 Pada zaman kekhalifahan Abu Bakar dan Umar, Zaid bin Tsabit
adalah salah seorang yang diamanahkan untuk mengetuai
pengumpulan dan penulisan kembali al-Qur`an dalam satu mushaf.
 Kerana tugas beliau sebagai penulis wahyu Rasululullah
‫ ﷺ‬, beliau menjadi orang yang paling rapat dengan Al
Qur’an. Setelah Rasulullah wafat, Zaid menjadi rujukan utama bila
ada yang ingin bertanya tentang Al Qur’an. Beliau mengetahui
hampir kesemua perkara tentang al-Quran termasuklah ilmu tafsir al-
Quran.
Ketika beliau meninggal dunia, kaum muslimin bersedih kerana mereka
kehilangan seseorang yang dihatinya bersarang ilmu Al Qur’an.
ABU MUSA AL-ASYA’ARI
[MENINGGAL DUNIA 42H/44H/50H]

Nama sebenar ialah Abdullah bin Qais, terkenal dengan


Abu Musa al-Asy'ari.
Abu Musa radhiallahu ‘anhu adalah seorang ahlul
Quran. Beliau menghafal, memahami, dan
mengamalkannya. Jika beliau membaca Al-quran,
suaranya begitu syahdu dan meresap ke jiwa.
Suatu malam, Rasulullah ‫ ﷺ‬mendengar
Abu Musa radhiallahu ‘anhu melantukan ayat suci
Alquran. Beliau ‫ ﷺ‬takjub dengan
keindahannya. Rasulullah ‫ﷺ‬
menggambarkan keindahan suara Abu Musa ketika
membaca Alquran dengan sabdanya,:“Wahai Abu
Musa, sungguh engkau telah diberi salah satu seruling
keluarga Daud.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Abu Musa juga merupakan merupakan salah seorang
pakar tafsir dalam kalangan sahabat yang mempelajari
ilmu tersebut terus dari Rasulullah ‫ﷺ‬.

Sumbangan:
- Abu Musa banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah
‫ﷺ‬. Dzahabi juga menyebut Abu Musa
sebagai seorang ahli hadis dan termasuk kalangan
tertentu yang membacakan Al-Quran kepada
Rasulullah ‫ﷺ‬. Banyak ulama yang
meriwayatkan dari Abu Musa, diantaranya adalah Anas
bin Malik, Abu Said al-Khudri, Abu Umamah al-
Bahili, Buraidah al-Aslami, Abdurrahman bin Nafi',
‘ABDULLAH IBN ZUBAIR
[MENINGGAL DUNIA PADA 94H]

Nama penuh beliau ialah Abdullah bin Zubair bin Al -‘Awwam bin
Khuwailid bin Asas bin Abdul ‘Uzza bin Qushay Al Asadi. Beliau
dikenali sebagai ibn Zubair.
Merupakan putera kepada serikandi Islam, Asma’ binti Abu Bakar
dan Zubair al-‘Awwam.
Abdullah bin Zubair merupakan salah seorang tokoh ahli tafsir dalam
kalangan sahabat yang terkenal dengan ilmu tafsir beliau yang
dipelajari terus dari Rasulullah ‫ﷺ‬.
Ibnu Zubair merupakan jaguh dan arif dalam perang pada zaman
tersebut. Beliau telah mengenal perang sejak berusia 12 tahun, iaitu
ketika bersama ayahnya turut dalam Perang Yarmuk, dan empat
tahun kemudian kembali menyertai ayahnya yang menjadi anggota
pasukan Amr bin As di Mesir. Ibnu Zubair juga mengambil bagian
dalam ekspedisi Abdullah bin Sa’ad bin Abi Sarh melawan orang-
orang Byzantium di Afrika.
Walaupun terkenal dengan kepintaran dan kehandalan beliau dalam
peperangan, beliau merupakan hamba Allah yang penuh dengan rasa
tawaduk dan khusyuk. Salah seorang sahabt memberi kesaksian
bahawa apabila Abdullah sedang solat, tubuhnya seperti batang
pokok yang tidak bergerak kerana kekhusyukannya menghadap
Allah.
MUFASSIRIN
ZAMAN
TABI’IN
SA’ID BIN JUBAIR
[MENINGGAL DUNIA 95H]

Nama sebenar ialah Sa’id bin Jubair al-Asadi al-Kufi,


yang digelar Abu Abdillah
Beliau merupakah tokoh tabi’in terkemuka di Kufah
Beliau merupakan seorang ahli fiqh, pembaca al-
Qura’an yang fasih dan ahli ibadah.
Beliau juga merupakan ahli tafsir dan salah seorang
murid dari Ibn Abbas.
Menurut Qatadah, Sa’id Ibn Jubair adalah seorang
tabi’in yang paling alim dalam bidang tafsir Al
Qur’an. Dan Sufyan Ats Tsaury berkata dihadapan
Ibrahim An Nakha’I : “Ambilah tafsir (Al qur’an)dari
4 orang, yaitu dari Sa’id Ibn Zubair, Mujahid,
Ikrimah, dan dari Ad Dahhak”
IKRIMAH MAULA
IBN ‘ABBAS
[25H – 105H]

Nama beliau Ikrimah Al Qurosyi Al Hasyimi bekas maula (hamba) Ibnu


‘Abbas. Nama kunyah beliau adalah Abu ‘Abdillah.
Asalnya beliau adalah budak milik Hushain bin Abil Hurr lantas
dihibahkan kepada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu.
Asal beliau dari Barbar, penduduk Maghrib. Beliau termasuk golongan
tabi’in pertengahan. Beliau adalah seorang pakar tafsir terkemuka.
Imam Syafi'i pernah mengatakan tentang beliau: "Tidak ada seorang pun
yang lebih pandai tentang Kitabullah daripada Ikrimah", beliau adalah
maula (hamba) Ibnu Abbas r.a. beliau menerima ilmunya langsung dari
Ibnu Abbas, begitu juga Al-Qur'an dan Sunnah", Beliau mengatakan:
"Aku telah menafsirkan isi lembaran-lembaran mushhaf dan segala
sesuatu yang aku bicarakan tentang Al-Qur'an, semuanya dari Ibnu
Abbas".
Ikrimah suka merantau ke berbagai negeri dan wilayah seperti Maghrib
(Maroko) untuk menimba ilmu dari ulama-ulamanya lalu kembali lagi ke
Madinah. Pernah pula singgah di Mekah, Mesir, dan bahkan dalam satu
riwayat pernah sampai ke Afrika.
TAWUS BIN KISA AL-YAMANI

[MENINGGAL DUNIA 106H]

Tawus bin Kaisan al-Yamani al-Himyari, maula Bahir bin Raisan al-Himyari dari
keturunan orang Persia
Ada yang mengatakan nama sebenar beliau Dzakwan bin Kaisan yang mendapat
gelaran Tawus (burung merak), beliau laksana burung merak bagi para fuqaha
dan pemuka pada masanya.
Antara ahli mufassirin zaman tabi’in yang terkenal di Yaman
Ibnu Hibban mengatakan,” Dia termasuk ahli ibadah dari penduduk Yaman, salah
seorang ahli fiqh mereka, dan salah satu pemuka tabi’in.”
MUFASSIRIN
ZAMAN
TABI’
TABI’IN
Syu'bah bin al-Hajjaj
[80H-160H]
Nama lengkapnya adalah Abu Bustham Syu'bah bin al-
Hajjaj bin al-Warad al-'Ataki al-Wasithi al-Bashri. Namun,
beliau lebih dikenali dengan nama Syu’bah bin al-Hajjaj.
Beliau merupakan salah seorang ulama hadis terkemuka.
Syu’bah lahir pada tahun 80 H di bawah kekuasaan
Khalifah Abdul Malik bin Marwan, lalu menetap di Bashrah
(Irak).
Beliau diakui sebagai imam hadits yang sangat kukuh
hafalannya. Ahmad bin Hanbal berkata,” Tidak ada di masa
Syu’bah orang yang sepertinya dalam bidang hadits dan

SUFYAN BIN UYAINAH


[107H-198]

Nama sebenar ialah Abu Muhammad Sufyan bin Uyainah


bin Abi Imran Maimun al-Hilli al-Kufi
Sejak kecil, beliau sangat minat menuntut ilmu.
Beliau sangat ahli dalam bidang hadis, tafsir, dan
keterangan hadis.
Ibnu Wahb mengatakan, “Saya belum pernah melihat
orang yang lebih ahli dalam bidang tafsir melebihi Sufyan
bin Uyainah.” Imam Ahmad mengatakan, “Saya belum
pernah melihat orang yang lebih paham tentang sunah
selain beliau.” Ibnu Mahdi mengatakan, “Pada diri Ibnu
Uyainah terdapat ilmu Alquran dan tafsir hadis yang tidak
dimiliki Ats-Tsauri.”
WAKI’ BIN AL-JARRAH [129H-
197H]

Nama sebenar ialah Abu Sufyan Waki’ bin al-Jarrah ar-Ruwassi al-Kufi. Beliau ialah
seorang imam, hafiz al-Quran dengan hafalan yang sangat kuat, sekaligus ahli hadis
yang sangat terkenal dari negeri Irak.
Menurut Ahmad bin Hanbal, Waki’ bin al-Jarrah lahir pada tahun 129 H (At-Târikh al-
Kabîr, 8/179).
Menurut Imam adz-Dzahabi, Imam Waki’ telah aktif menimba ilmu sejak usia dini dan
telah mulai mengajarkan ilmu hadis pada usia 30 tahun. Selama hampir 40 tahun Imam
Waki’ menjadi tujuan para pencari ilmu dari berbagai penjuru negeri.
Imam Ahmad bin Hanbal pun mengakui, “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih
kuat hapalannya daripada Waki’ dan tidak ada yang sebanding dengan dia dalam hal
ibadahnya.” (Al-Jarh wa at-Ta’dîl, 1/219).

ABD AL-RAZZAQ BIN HAMMAM

[126H-211H]

Nama sebenar ialah Abd Al-Razzaq ibn Hammam ibn Nafi’


Dikenali juga sebagai Al-Sanaani kerana beliau tinggal di Sanaa ibu negeri
Yemen.
‘Abd Al-Razzaq belajar daripada ramai ulama-ulama terkenal pada zaman
beliau. Antaranya termasuklah figura seperti Imam Malik, Ibn Jurayj,
Ma’mar, Al-Awzaie, Sufyan Al-Thawri and Sufyan ibn ‘Uyaynah.
Selain ilmu hadis, beliau juga mempelajari dan menguasai ilmu tafsir
Beliau mengembara ke Mekah, Madinah, Syria dan Iraq, untuk belajar dari
ulama-ulama di sekitar kawasan tersebut
‘Abd Al-Razzaq terkenal sebagai tokoh atau ulama hadis yang terkemuka.
Ramai ulama yang mengambil hadis daripada beliau termasuklah guru
beliau sendiri, Sufyan ibn ‘Uyaynah dan ulama-ulama hadis terkemuka
seperti Ahmad ibn Hanbal, Ishaq ibn Rahaweih, Yahya ibn Maeen dan Ali
ibn Al-Madini.

You might also like