You are on page 1of 15

HBQE3203

ILMU TAFSIR
SEMESTER SEPTEMBER 2016
NAMA PENYELIDIK

MOHD ZAHIRUDDIN BIN AZMAN

NO. KAD PENGENALAN

750909016913

NOMBOR MATRIK

750909016913011

NAMA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN,


JELAPANG JAYA , IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

Isi Kandungan
Surat

1.0

PENDAHULUAN

2.0

PENGERTIAN
2

Muka

3.0 PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT

4.0 HUKUM
5
5.0 BAHAYA ISRAILIYYAT TERHADAP UMAT ISLAM MASA KINI
7
6.0 KESIMPULAN
10
7.0 RUJUKAN

11

1.0

PENDAHULUAN

Al-Quran dan as-sunnah adalah asas pembinaan dalam Islam. Keduaduanya merupakan sumber utama dalam menentukan hukum dan
mestilah diletakkan dihadapan dan dijadikan rujukan kerana al-Quran
datangnya dari Allah s.w.t manakala as-Sunnah pula bersandarkan kepada
sabda nabi Muhammad s.a.w yang dibimbing oleh wahyu Allah s.w.t.
Memahami al-Quran dengan betul dapat diperolehi melalui Manhaj
Tafsir yang digariskan ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat yang
ditentukan. Antaranya, meletakkan Tafsir Bil-Matsur (Tafsir berdasarkan
hadis dan riwayat) sebagai asas Tafsir, disusuli dengan Tafsir Bil rayi yang
selari dengan kehendak syara.
Menguasai ilmu dalam bidang Usul Hadis dan pengajian hadis amat
mustahak

bagi

memahami

Tafsir

Bil-Masur.

Tanpa

pengetahuan

mendalam dalam bidang hadis amat sukar bagi seseorang itu memahami
Tafsir Bil-Masur.
Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Masur
kerana ia berkembang melalui periwayatan. Kewujudannya di celah-celah
tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa disedari khususnya
Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang. Dalam banyak hal
ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati alQuran.
Isu Israiliyyat perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang
pengertian Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya, hukumnya serta cara
atau pun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat dan
bahaya Israiliyyat terhadap umat Islam masa kini.

2.0

PENGERTIAN

Perkataan Israiliyyat adalah diambil daripada kata jamak. Mufradnya


adalah diambil daripada kata Israiliyyah, yang dinisbahkan kepada Bani
Israil iaitu dari keturunan Israil. Manakala Israil pada asalnya adalah nama
Nabi Allah Yaakob a.s yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah.
Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakob a.s yang
berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s dan seterusnya nabi-nabi yang
datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi
Isa a.s.
Keturunan Nabi Yaakob a.s atau Bani Israil sejak beberapa zaman
yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman
kepada Nabi Isa a.s pula dikenali dengan nama Nasara atau Nasrany.
Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w pula telah menjadi
sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahlal-Kitab.
Menurut

Doktor

Zahabi

ulamak

tafsir

dan

hadis

telah

memperluaskan pengertian Israiliyyat daripada hanya berkisar tentang


cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak
berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak
melabelkannya
) yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi
atau Nasrani atau sumber-sumber lain. Oleh kerana kebanyakan cerita
yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka lafaz Israiliyyat lebih
sesuai digunakan. Pengenalan atau definisi Israiliyyat yang dikemukakan
oleh Doktor Zahabi amat penting kerana beliau dikira tokoh utama yang
membincangkan persoalan berkaitan Israiliyyaat.
Pada tahun 70M, masyarakat Yahudi datang ke Tanah Arab
melarikan diri dari Syam setelah musnahnya Haikal dan menetap di
kawasan Yathrib, Taima, Himyar, dan Wadi Al-Qura. Namun orang Arab
hanya mengetahui tentang agama Yahudi ini selepas suatu ketika apabila
masyarakat Yaman memeluk agama ini hasil dakwah Tubba (lelaki yang
ingin menyerang Madinah sebelum Islam tetapi telah dihalau) yang

membawa bersamanya dua orang pendeta yang menyebarkan ajarannya


itu di sana.
Berbeza dengan keadaan orang Nasrani yang sering ditindas oleh
pelbagai golongan seperti penyembah berhala, kaum Yahudi dan kerajaan
Byzantine. Kesannya, mereka lari ke Tanah Arab kerana ingin menjauhkan
diri daripada penindasan yang disebabkan oleh perbezaan agama ini.
Dakwah Nasrani di tempat baru mereka telah membuahkan hasil apabila
beberapa orang telah memeluk ajarannya seperti Warqah bin Naufal,
Imruul Qais, kabilah Ghassan, dan sebagainya.
Kewujudan dua puak ini (Yahudi dan Nasrani) memberikan impak
yang besar kepada kehidupan masyarakat Arab. Selain itu, aktiviti
perniagaan juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada masyarakat
dalam mengenali dua agama ini. Setelah kedatangan Islam, berlakunya
dialog dan perbahasan antara kaum Muslimin dan ahli kitab seperti yang
banyak disebutkan di dalam Al-Quran. Akibatnya, ramai di kalangan
mereka yang memeluk agama Islam setelah jelas dan nyata bahawa
agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw ialah agama yang benar.
Namun, ada yang baik Islamnya sedangkan sebahagian yang lain menjadi
munafiq, sebagai dalang kepada kaum Yahudi dan musyrikin dalam
menghancurkan Islam dari dalam.
Perselisihan antara dua kelompok ini (Muslimin dan ahli kitab) tidak
terhenti setakat ini sahaja. Pernah terjadi dialog antara Saidina Abu Bakar
dan Saidina Umar bersama dengan pendeta, kisah seorang muslim
memukul seorang Yahudi setelah Yahudi tersebut mengatakan; "Tidak,
sebenarnya Nabi Musa ialah pilihan sekalian alam," dan pelbagai lagi yang
menunjukkan perselisihan pendapat di kalangan mereka. Nabi saw pada
waktu itu berperanan sebagai orang tengah yang memperjelaskan
keadaan sebenar kepada salah faham yang berlaku antara dua golongan
ini. Perkara ini berterusan pada zaman para sahabat apabila mereka
bertindak sebagai pihak rujukan masyarakat pada ketika itu setelah
wafatnya baginda.

Pada zaman tabi'in pula, pendustaan dan pemalsuan banyak


berlaku kerana menurut hawa nafsu sehingga menyebabkan manusia
tidak dapat membezakan antara suatu yang baik dan buruk. Ada di
kalangan para tabi'in (asal Yahudi atau Nasrani yang memeluk agama
Islam) mengambil sikap bermudah-mudah dalam meriwayatkan sesuatu,
sehingga bukan kisah Israiliiyat sahaja yang diriwayatkan bahkan khurafat
dan

dongeng

yang

tidak

mempunyai

sandaran.

Faktor

lain

yang

membantu penyebaran ini ialah dakwaan mereka yang mengatakan para


sahabat dan tabi'in berkeinginan untuk mengetahui semua perkara
daripada kisah umat dan para nabi terdahulu yang tidak disebutkan dalam
Al-Quran dan hadith Nabi saw.
Ibnu Khaldun menyebutkan dalam kitabnya, Muqaddimah Ibnu
Khaldun bahawa penyebaran Israiliyyat ini adalah disebabkan oleh dua
perkara;
1. Keadaan masyarakat Arab pada waktu itu yang buta huruf;
2. Sifat manusia yang ingin mengetahui semua perkara.
Di samping itu, kisah-kisah ini tidak ada kaitannya dengan hukum-hakam
yang seterusnya menyebabkan ia terus ditulis dan diceritakan kepada
ramai.

3.0

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT

Para ulama telah membahagikan Israiliyyat kepada tiga iaitu;


1. Bahagian yang selari dengan syariat dan Al-Quran; seperti kisah AlJassasah yang diceritakan oleh Tamim Ad-Dariy dan diperakui oleh Nabi
saw (hadith dalam Sahih Muslim, kitab Fitnah, bab Kisah Al-Jassasah).
Antara lain ialah kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir, kisah Juraij
seorang abid dan sebagainya yang turut diceritakan di dalam Al-Quran
dan hadith Nabi saw. Maka kisah-kisah sebegini berfungsi sebagai
sokongan kepada apa yang telah disebutkan oleh keduanya.
5

2. Bahagian yang bertentangan dengan syariat dan Al-Quran; seperti


mencemar maruah kenabian dalam kisah Nabi Yusuf a.s. apabila
menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri pembesar
Al-Aziz, kisah nabi Daud dan sebagainya yang mengaitkan para nabi
dengan dosa syirik, zina dan sebagainya. Dalam hadith Nabi saw ada
menyebutkan;
"Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan
kepada kami Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Ibn Syihab dari
'Ubaidullah bin Abdullah bahwa Ibn Abbas r.a. berkata, "Bagaimana kalian
bertanya ahli kitab padahal kitab kalian yang diturunkan kepada
Rasulullah saw lebih baru kemurniannya dan belum terkotori? Sedang
ahlu kitab menceritakan kepada kalian dengan mengubah-ubah kitabullah
dan menggantinya, dan mereka tulis al-kitab dengan tangannya dan
mereka katakan, 'Ini dari sisi Allah' untuk mereka tukar dengan harga
yang sedikit, tidak sebaiknyakah ilmu yang yang kalian miliki mencegah
kalian dari bertanya kepada mereka? Tidak, demi Allah, takkan kulihat
lagi seseorang di antara mereka bertanya kalian tentang yang diturunkan
kepada kalian." Riwayat Imam Bukhari: Hadith ke-6815
3. Bahagian yang tidak terdapat dalam syariat dan Al-Quran samada
selari atau bertentangan; bahagian ini paling banyak kedapatan pada
zaman

sekarang

namun

tiada

larangan

padanya

dan

tidak

juga

mendustakannya. Hadith Nabi saw ada menyebutkan;


"Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan
kepada kami Usman bin Umar telah mengabarkan kepada kami Ali bin Al
Mubarak dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah
berkata,

'Ahli

kitab

membaca

Taurat

dengan

bahasa

Ibrani

dan

menafsirkannya dengan bahasa Arab untuk pemeluk Islam! Spontan


Rasulullah saw bersabda; "Jangan kalian benarkan ahli kitab, dan jangan
pula kalian mendustakannya, dan katakan saja '(Kami beriman kepada
Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan
kepadamu) '." - Riwayat Imam Bukhari - hadith ke-6814

Contoh kisah pada bahagian ini termasuklah nama Ashabul Kahfi dan
bilangan mereka, kisah burung dan Nabi Ibrahim a.s, pokok yang dimakan
oleh

Nabi

Adam

a.s.

dan

sebagainya.

Para

ulama

mengatakan

kebanyakan kisah bahagian ini adalah khurafat dan dongeng dengan dosa
menyebarkannya lebih besar daripada manfaat yang ada padanya. Hal ini
kerana, satu kitab tafsir contohnya akan bertukar kepada kitab lain yang
penuh dengan cerita yang tidak boleh diterima akal dan syara kerana ia
merupakan khayalan dan rekaan pendeta terdahulu yang disebarkan
kerana ingin menjauhkan masyarakat Yahudi daripada kitab Taurat yang
asli. Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga kadang-kadang bertujuan
memberikan khidmat kepada raja dan pembesar pada waktu itu.

4.0

HUKUM

Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini.

Pandangan

pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka,


hadis nabi S.A.W:
Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai
mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang
diturunkan kepada kami...
(Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)
Hadis ini melarang orang-orang Islam menaruh kepercayaan kepada
cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi,
al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat 55-56).
Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka,
hadis nabi S.A.W:
Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada
Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku
dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam
neraka. (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)
7

Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing


tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat
disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:
1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan
cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan
merujuk kepada Ahli Kitab.
2. Nabi S.A.W pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti AAbros, Al-Ama, Al-Akro dan cerita A-Ghor.
3. Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak
bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa
yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan
statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada
petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya.
4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh
diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan
disebut kebatilannya.

5.0

BAHAYA ISRAILIYYAT TERHADAP UMAT ISLAM MASA

KINI
Ada

beberapa

kisah

Israiliyyat

yang

kemudiannya

menyebabkan

kekeliruan dan mengganggu kemurnian ajaran Islam. Kisah-kisah tersebut


biasanya yang dongeng dan khurafat, yang bertentangan dengan akal
dan Syara. Implikasi dari kisah-kisah ini sangat bahaya terhadap umat
Islam masa kini, misalnya:
1. Dalam Riwayat Israiliyyat terdapat unsur-unsur penafikkan terhadap
sifat maksum para Nabi dan Rasul, serta menggambarkan mereka dengan
gambaran kekejian dan aib yang tidak layak bagi manusia yang
dimuliakan oleh Allah. Sebagai contoh misalnya kisah bahwa Nabi Nuh as.
minum anggur sampai mabuk dan telanjang, kisah bahwa Nabi Luth as.
8

berzina dengan dua orang putri kandungnya, kisah bahwa Nabi Daud as.
Berzina dengan isteri panglimanya -Aurya, kisah bahwa Nabi Sulaiman as.
menyembah patung-patung dan membangun kuil-kuil pemujaan untuk
menyenangkan isteri-isterinya,
2. Riwayat-Riwayat Israiliyyat berpotensi menyimpangkan kepercayaan
umat Islam terhadap sebagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan
Tabiin. Ada banyak dongeng Israiliyyat yang riwayatnya dinisbatkan
kepada kalangan salafus salih yang terkenal karena keadilannya dan
reputasinya yang dapat dipercayai. Sebagian dari mereka bahkan terkenal
di

kalangan

orang-orang

Islam

dengan

tafsir

dan

Hadits

yang

diriwayatkannya. Mereka yang namanya disebut antara lain Abu Hurairah


ra., Abdullah bin Salam ra., Kaab Al Ahbar, dan Wahab bin Munabih.
3. Riwayat Israiliyyat memiliki potensi untuk memalingkan manusia dari
tujuan Al Quran yang sesungguhnya dapat melalaikan umat dari
pengajaran dan pemahaman maksud ayat-ayat Al-Quran, melalaikan
umat dari mengambil manfaat dan iktibar, serta nasihat-nasihat yang
terkandung di dalamnya atau pemahaman tentang hukum-hukum yang
terdapat di dalamnya. Riwayat Israiliyyat memiliki potensi memalingkan
umat kepada perkara sia-sia. Misalnya membahaskan warna anjing
Ashabul Kahfi dan namanya, membahaskan kayu bahan tongkat Nabi
Musa as., membahaskan tentang nama anak kecil yang dibunuh oleh
Khidir dan sebagainya.
Inilah akibat Riwayat Israiliyyat terhadap aqidah umat Islam dan
juga terhadap kesucian ajaran Islam. Kaum Yahudi selalu berusaha dengan
sungguh-sungguh untuk mengikis aqidah dan melemahkan kepercayaan
umat Islam terhadap Al-Quran dan Al-Hadits. Mereka juga berusaha
menggoyang kepercayaan umat Islam terhadap golongan salafussalih
yang

memiliki

peranan

dalam

memikul

risalah

umat

Islam

dan

menyebarkannya ke segala penjuru dunia. Kerana itu, umat Islam perlu


berhati-hati dan memperhatikan serta mempertimbangkan penyerapan
Riwayat Israiliyyat dalam tafsir-tafsir dan menyaringnya (Al-Zahabi 1990:
29-34).
9

Melihat sesetengah penceramah di dalam atau di luar televisyen


berceramah agama dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali
yang entah dari mana dikutipnya amat merisaukan hati. Sebahagian kisah
itu tidak mempunyai sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin
periwayatan. Kebanyakannya Israiliyyat. Lebih malang, sebahagian kisah
itu seperti mitos atau kartun. Apabila dikaitkan dengan Islam, maka
hilanglah kehebatan agama yang agung itu. Para ulama hadis sentiasa
memperingatkan umat tentang bahaya ini. Banyak riwayat atau kisah
Israiliyyat hanya mencemarkan agama. Namun ramai penceramah tidak
dapat membezakan antara Israiliyyat.
Kisah Luqman umpamanya, al-Quran hanya menyebut sesuatu yang
bermanfaat. Firman Allah, Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada
Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya):
Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmat-Nya kepadamu). Dan
sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi
hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji. (Luqman: 12)
Selepas ayat ini, Allah menceritakan nasihat-nasihat Luqman
kepada anaknya. Antaranya nasihat berkualiti yang terbit daripada orang
yang diberikan hikmah. Hikmah itu membawa insan mengenali hakikat
kebaikan yang tulen. Ini terserlah dalam isi kandungan nasihat-nasihat
tersebut. Nasihat-nasihat itu juga adalah sukatan pendidikan bermutu dan
tepat. Namun Israiliyyat menyibukkan pembaca al-Quran dengan perkaraperkara lain dari ini semua. Menurut Israiliyyat, Luqman ialah lelaki hamba
abdi berketurunan Habsyi, seorang yang pendek, hidungnya penyek,
bibirnya tebal, lebar tapak kakinya dan berbagai-bagai lagi. (lihat: Salah
al-Khalidi, Ma Qasas al-Sabiqin, 3/150)
Tambahan Israiliyyat hanyalah memalingkan pembaca al-Quran
daripada tujuan utamanya yang menghidangkan kisah itu sebagai
pengajaran dan pengiktibaran. Apakah faedah besar untuk pembaca alQuran jika dia mengetahui Luqman berkulit hitam, berbangsa Habsyi,
10

berhidung penyek? Apakah dia boleh meniru itu semua jika Allah
mentakdirkannya berkulit putih, berhidung mancung dan tidak berbangsa
Habsyi?

Apakah

itu

tujuan

kisah

yang

dibawa?

Atau

tujuannya

mengisahkan seorang hamba Allah yang diberi hikmah dan diperintahkan


bersyukur kepada Tuhannya? Lalu dipersembahkan hikmah dan syukur itu
dalam suatu sukatan pendidikan yang membentuk insan yang rabbani.
Para pembaca dan pengkaji al-Quran yang mengambil riwayat
Israiliyyat dan cerita-cerita dongeng sepatutnya berpegang dengan tujuan
al-Quran bagi kisah- kisah umat yang lalu. Mereka tidak sepatutnya
mengambil sumber-sumber yang berasal dari manusia bersifat lemah dan
jahil. Lalu mereka mencari pendetilan apa yang diterangkan al-Quran
secara umum, cuba menjelaskan apa yang al-Quran samarkan dan
menceritakan apa yang al-Quran diamkan. Alangkah baiknya jika mereka
ini dapat mencari dari sumber yang dipercayai. Malangnya mereka
mencari

dari

sumber

yang

diselewengkan,

dusta

(Israiliyyat)

dan

mengambil daripada manusia kafir lagi zalim yang menyelewengkan


agama mereka (Yahudi). (Al-Khalidi, Salah Abd al-Fattah, Mafatih li
Taamul ma al-Quran, m.s. 85)
Di zaman kini, manusia banyak mengkaji dan mengetahui perkaraperkara baru. Masa untuk membaca al-Quran terganggu dengan urusan
dan kerja yang sentiasa mengasak dan mendesak. Jika waktu terhad
dibazirkan dengan kisah-kisah Israiliyyat, tentulah fokus yang wajib
diberikan kepada inti asal al-Quran tergadai. Apatah lagi kisah-kisah
Israiliyyat itu mencemarkan wajah agama di hadapan fakta sains.
Orang-orang Barat jika mereka tidak jelas antara Israiliyyat dengan
isi kandungan asal al-Quran, boleh menyebabkan mereka menganggap
Islam mengandungi ajaran-ajaran yang bercanggah dengan penemuan
sains yang dibuktikan kebenarannya. Maka mereka akan memandang
lekeh

kepada

Islam

dan

menolaknya.

Apa

tidaknya,

jika

mereka

mendengar sesetengah ustaz di Malaysia menyatakan umur dunia 7,000


tahun sedangkan para saintis menyatakan ia sudah mencapai jutaan
tahun. Mereka akan tertanya: Inikah Islam yang bersumberkan wahyu
11

yang sebenar? Sedangkan mereka tidak tahu bahawa itu semua adalah
riwayat Israiliyyat. Abu Syahbah menyatakan bahawa riwayat yang
menyatakan Nabi melihat usia dunia berusia 7000 tahun adalah Israiliyyat
dan dusta, tidak ada kaitan dengan Islam.( Lihat: Muhammad Muhammad
Abu Syahbah, Al-Sirah al-Nabawiyyah fi Dau al-Quran wa al-Sunnah, 1/14)
Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi: Sesungguhnya antara yang
mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah
meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan. Katanya juga:
Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah
Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi
Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka.
Demikian

itu

ialah

senjata

peperangan

pemikiran.

Lalu

mereka

memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka


tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum
Muslimin.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Daiyyah, 41). Nafas baru perlu
diberikan kepada penafsiran al-Quran demi generasi baru. Nafas itu
membawa kita kembali kepada wajah Islam yang asli dan tulen.

6.0

KESIMPULAN

Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan


Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga
mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis.
Kehadirannya

perlu

ditangani

dengan

sebaik

mungkin

melalui

pengkelasan yang wajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap


Israiliyyaat.
Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa
bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam
dan boleh menjahanamkan aqidah kita terhadap Allah, malaikatnya serta
para Rasulnya. Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas maskut anhu
hendaklah diriwayati dengan bijak walaupun ia harus diriwayatkan namun
kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak
12

memberi faedah,tidak mendekatkan diri kita memahami dan menghayati


al-Quran, sebaliknya ia hanya menghabiskan masa sahaja. Pengamatan
pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat Israiliyyaat.
Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik yang tinggi serta
sifat berani demi memperjuangkan kebenaran.

7.0

RUJUKAN

Ibn Khaldun. Abd al-Rahman b. Khaldun al-Maghribi. 1968. Muqaddimah


Ibn Khaldun.
Beirut: Dar Maktabah al-Hayat.
Mahayuddin Hj. Yahya. 1986. Ensiklopedia sejarah Islam. Bangi: Penerbit
Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Muhammad b. Muhammad Abu Shahbah. 1408H. al-Israiliyyat wa almawducat fi Kutub
al-tafsir. Qaherah: Maktabah al-Sunnah.
Muhammad Hussin al-Zahabi. 1990. al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith.
Qaherah:
Maktabah Wahbah.
Muhammad Hussin al-Zahabi. t.th. al-Tafsir wa al-mufassirun. Qaherah:
Maktabah Wahbah.
Rozali Adam. 1985. Al-Quran di antara tafsir dan Israiliyyat. Kuala
Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sayyid Qutb. 1994. Fi zilal al-Quran. Beirut: Dar al-Shuruq.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01
.htm#ixzz4Ovd000Ml

13

14

You might also like