You are on page 1of 250

ABSB3103

Fiqh Ibadat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ABSB3103
FIQH IBADAT
Prof Madya Dr Anisah Abdul Ghani

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Anisah Abdul Ghani


Universiti Malaya

Penyederhana: Dr Hj Miszairi Haji Sitris


Universiti Islam Antarabangsa

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2010


Edisi Kedua, Ogos 2012
Edisi Ketiga, Ogos 2014 (rs)
Edisi Keempat, April 2018 (rs)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2018, ABSB3103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ×xi–xv

Topik 1 Wuduk dan Tayamum 1


1.1 Wuduk 2
1.1.1 Definisi dan Pensyariatan Wuduk 2
1.1.2 Hukum Berwuduk 3
1.1.3 Rukun Wuduk (Perkara Wajib Semasa Berwuduk) 6
1.1.4 Perkara Sunat Semasa Berwuduk 8
1.1.5 Perkara Membatalkan Wuduk 10
1.2 Tayamum 12
1.2.1 Definisi dan Pensyariatan Tayamum 12
1.2.2 Sebab Membolehkan Tayamum 14
1.2.3 Syarat Tayamum 14
1.2.4 Rukun Tayamum 15
1.2.5 Perkara yang Membatalkan Tayamum 15
1.2.6 Perkara Sunat Semasa Tayamum 16
1.3 Isu Berkaitan Wuduk 17
Rumusan 18
Kata Kunci 18
Rujukan 19

Topik 2 Solat Fardu 20


2.1 Definisi dan Dalil Pensyariatan Solat 21
2.1.1 Definisi 21
2.1.2 Dalil 22
2.2 Hukum Meninggalkan Solat 22
2.2.1 Meninggalkan Solat Kerana Ingkar dan Tidak Percaya 23
2.2.2 Meninggalkan Solat Bukan Kerana Ingkar 23
2.3 Syarat Wajib Solat 24
2.4 Syarat Sah Solat 25
2.5 Waktu Solat Fardu 26
2.6 Waktu Makruh Solat 28
2.7 Hukum Mengqada Solat 29
2.7.1 Hukum Mengqada Solat Ditinggalkan dengan Sengaja 30
2.7.2 Hukum Mengqada Solat kerana Pengsan atau Koma 31
2.8 Rukun Solat 32
2.9 Perkara yang Membatalkan Solat 36

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

2.10 Perkara Sunat Solat 38


2.10.1 Perkara Sunat Sebelum Solat 39
2.10.2 Perkara Sunat Semasa Solat 39
2.10.3 Perkara Sunat Selepas Solat 42
2.11 Sujud Sahwi, Tilawah dan Syukur 42
2.11.1 Sujud Sahwi 43
2.11.2 Sujud Syukur 45
2.11.3 Sujud Tilawah 45
Rumusan 46
Kata Kunci 47
Rujukan 47

Topik 3 Solat Jemaah 48


3.1 Maksud Solat Jemaah 48
3.2 Hikmah Solat Jemaah 49
3.3 Hukum Solat Berjemaah 50
3.4 Syarat Imam 51
3.4.1 Keutamaan untuk Menjadi Imam 53
3.5 Syarat Makmum 55
Rumusan 59
Kata Kunci 60
Rujukan 60

Topik 4 Solat Qasar dan Jamak 61


4.1 Solat Qasar 61
4.1.1 Dalil Pensyariatan Solat Qasar 62
4.1.2 Syarat Sah Solat Qasar 63
4.1.3 Pelaksanaan Solat Qasar 64
4.2 Solat Jamak 66
4.2.1 Dalil Pensyariatan Solat Jamak 67
4.2.2 Sebab Membolehkan Solat Jamak 68
4.2.3 Jamak Taqdim dan Pensyaratannya 69
4.2.4 Jamak Takhir dan Pensyaratannya 69
4.3 Solat Orang Sakit 70
4.3.1 Cara Solat Orang Sakit 70
Rumusan 73
Kata Kunci 74
Rujukan 75

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 5 Solat Jumaat 76


5.1 Dalil Pensyariatan dan Hikmah Solat Jumaat 77
5.1.1 Dalil Pensyariatan Solat Jumaat 77
5.1.2 Hikmah Solat Jumaat 78
5.2 Syarat Solat Jumaat 80
5.2.1 Syarat Wajib Solat Jumaat 80
5.2.2 Syarat Sah Solat Jumaat 83
5.2.3 Rukun Solat Jumaat 86
5.3 Permasalahan Berkaitan Solat Jumaat 89
Rumusan 93
Kata Kunci 94
Rujukan 94

Topik 6 Solat Sunat 95


6.1 Solat Sunat Secara Bersendirian 96
6.1.1 Solat Sunat Mengiringi Solat Fardu (Rawatib) 96
6.1.2 Solat Sunat Berasingan daripada Solat Fardu 98
6.2 Solat Sunat Secara Berjemaah 105
6.2.1 Solat Sunat Tarawih 106
6.2.2 Solat Sunat Hari Raya 107
6.2.3 Solat Sunat Gerhana Bulan dan Matahari 108
6.2.4 Solat Sunat IstisqaÊ 108
Rumusan 109
Kata Kunci 110
Rujukan 110

Topik 7 Pengurusan Jenazah 111


7.1 Adab Berkaitan Orang Pesakit 112
7.1.1 Adab Pesakit 112
7.1.2 Adab Menziarahi Orang Sakit 113
7.1.3 Adab Menziarahi Pesakit yang Nazak 114
7.1.4 Adab Sunat yang Dilakukan kepada Orang yang 115
Telah Meninggal Dunia
7.1.5 Kewajipan Terhadap Jenazah 115
7.2 Cara Memandikan Jenazah 116
7.2.1 Orang yang Berhak Memandikan Jenazah 118
7.3 Cara Mengafankan Jenazah 120

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

7.4 Solat Jenazah 124


7.4.1 Syarat Sah Solat Jenazah 124
7.4.2 Rukun Solat Jenazah 125
7.4.3 Cara Mendirikan Solat Jenazah 125
7.4.4 Perkara Sunat Semasa Solat Jenazah 127
7.4.5 Menyembahyangkan Jenazah yang Ghaib 128
7.4.6 Bayi yang Gugur Sebelum Sampai Bulannya 128
7.5 Mengebumikan Jenazah 129
7.5.1 Membawa Jenazah ke Kubur 129
7.5.2 Semasa di Kubur 129
7.5.3 Memasukkan Jenazah ke dalam Kubur 129
Rumusan 130
Kata Kunci 131
Rujukan 131

Topik 8 Puasa 132


8.1 Definisi Puasa dan Pensyariatan Puasa 133
8.2 Puasa Sepanjang Sejarah 134
8.3 Kelebihan Puasa 135
8.4 Jenis Puasa 138
8.4.1 Puasa Wajib 139
8.4.2 Puasa Haram 140
8.4.3 Puasa Makruh 143
8.4.4 Puasa Sunat 145
8.5 Perkara Sunat Semasa Puasa 150
8.6 Rukun Puasa 155
8.7 Perkara yang Membatalkan Puasa 156
8.7.1 Perkara Membatalkan Puasa dan Diwajibkan Qada 156
8.7.2 Perkara Membatalkan Puasa, Wajib Qada 159
dan Bayar Kafarah
8.8 Keuzuran yang Membolehkan Berbuka Puasa 162
8.9 Menggantikan Puasa Ramadan 166
Rumusan 168
Kata Kunci 170
Rujukan 170

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Topik 9 Konsep Zakat Harta dan Fitrah 171


9.1 Definisi Zakat 172
9.1.1 Sejarah Pensyariatan Zakat dan Hikmah Zakat 172
9.2 Hukum dan Syarat Wajib Zakat 173
9.2.1 Hukum Zakat 173
9.2.2 Syarat Wajib Zakat 173
9.3 Jenis Zakat 174
9.3.1 Zakat Harta 175
9.3.2 Zakat Fitrah 182
9.4 Asnaf Zakat 184
9.5 Isu Semasa Zakat 186
Rumusan 188
Kata Kunci 189
Rujukan 189

Topik 10 Haji dan Umrah 190


10.1 Definisi, Hukum dan Dalil berkaitan Haji dan Umrah 191
10.1.1 Haji 191
10.1.2 Umrah 193
10.2 Pensyariatan Haji 193
10.2.1 Sejarah Ibadat Haji 193
10.2.2 Haji dalam Syariat Islam 196
10.3 Hikmah Ibadat Haji 197
10.3.1 Haji Melambangkan Pelbagai Perkara 197
10.3.2 Haji Bukti Amali kepada Beberapa Prinsip Islam 198
10.3.3 Haji Madrasah Mengangkat Mukmin ke Darjat 199
yang Tinggi
10.4 Syarat Wajib Mengerjakan Haji dan Umrah 200
10.5 Miqat Haji Dan Umrah 202
10.5.1 Miqat Zamani Ibadat Haji dan Umrah 202
10.5.2 Miqat Makani bagi Haji dan Umrah 204
10.6 Rukun Haji 208
10.6.1 Niat Ihram Haji 208
10.6.2 Wuquf di Arafah 211
10.6.3 Tawaf Ifadah (Tawaf Rukun) 212
10.6.4 Sai di antara Safa dan Marwah 214
10.6.5 Bercukur atau Bergunting 216
10.6.6 Tertib pada Kebanyakan Rukun 218
10.7 Wajib Haji 218
10.7.1 Niat Ihram di Miqat 219
10.7.2 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah 219
10.7.3 Melontar Jamrah Al-`Aqabah 220

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

10.7.4 Bermalam di Mina 221


10.7.5 Melontar di Tiga Jamrah 221
10.7.6 Tidak Melakukan Perkara Dilarang 222
Semasa Ihram
10.7.7 Tawaf Wada' 223
10.8 Rukun Umrah 225
10.8.1 Niat Ihram Umrah 225
10.8.2 Tawaf Mengelilingi Baitullah (Kaabah) 226
10.8.3 Sai di antara Safa dan Marwah 226
10.8.4 Bercukur atau Bergunting 227
10.8.5 Tertib pada Kebanyakan Rukun 227
10.9 Wajib Umrah 227
10.9.1 Niat Ihram di Miqat 227
10.9.2 Meninggalkan Larangan dalam Ihram 228
Rumusan 229
Kata Kunci 230
Rujukan 231

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu
anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
ABSB3103 Fiqh Ibadat adalah satu kursus yang ditawarkan di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit dan harus dilalui dalam tempoh
masa 14 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN?


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda
Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Kursus ini
memperkenalkan konsep ibadah umum dan khusus dalam Islam dengan
memberikan penekanan kepada ibadat asas dalam syariat Islam.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda
mengetahui bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu mengumpulkan
sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai
3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian
7
dalam perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 sesi tutorial 6
Perbincangan atas talian 12
Mengulang kaji 15
Menyiapkan tugasan dan peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti maklumat berkaitan dengan ilmu fiqh ibadat dari segi teori
dan praktikal;

2. Menguasai permasalahan yang berkaitan dengan ibadat umum dan khusus


berdasarkan mazhab Syafii dengan mengambil kira perbezaan yang wujud
antara mazhab yang lain;

3. Mempraktikkan kemahiran secara amali dan melalui kajian ilmiah dalam


bidang ibadat; dan

4. Mempamerkan kepentingan ibadat dalam membentuk peribadi sebagai


seorang Muslim.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 membincangkan tentang pengertian wuduk dan tayamum. Topik ini juga
menghuraikan perbezaan antara syarat dan rukun tayamum dan juga
menerangkan sunat wuduk serta perkara yang membatalkannya. Syarat dan
sebab bertayamum juga ada dijelaskan di dalam topik ini berserta dengan perkara
yang membatalkan tayamum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 2 menjelaskan tentang pengertian solat, hukum dan dalil pensyariatan solat.
Topik ini juga menerangkan syarat wajib dan syarat sah solat, cara membezakan
waktu solat fardu, waktu haram dan makruh solat serta cara mengqada solat.
Pelajar juga akan dijelaskan berkenaan solat sunat dan berbagai jenis sujud.

Topik 3 menerangkan maksud solat jemaah dan cara pelaksanaannya. Topik ini
juga menghuraikan hikmah solat jemaah dan menjelaskan syarat imam dan
makmum. Pelajar juga akan diajar untuk menyusun saf dengan betul antara imam
dan makmum.

Topik 4 menerangkan konsep solat qasar dan solat jamak. Topik ini juga
menjelaskan hukum solat qasar dan solat jamak dan cara mengamalkan solat qasar
dan solat jamak dengan betul. Topik ini juga menjelaskan syarat solat qasar dan
syarat solat jamak.

Topik 5 menerangkan definisi solat Jumaat, syarat solat Jumaat dan sah solat
Jumaat. Turut dibincangkan ialah rukun khutbah Jumaat dan kandungannya serta
beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Topik ini juga menyentuh tentang
permasalahan solat Jumaat dan menghuraikan hikmah di sebalik pensyariatan
solat Jumaat.

Topik 6 membincangkan solat sunat. Topik ini menyentuh dua jenis solat sunat
yang dilakukan iaitu solat sunat secara bersendirian (rawatib dan tidak mengiringi
solat fardu) dan solat sunat yang dilakukan secara berjemaah. Topik ini juga
memperkenalkan jenis solat sunat.

Topik 7 menerangkan adab menziarahi orang sakit dan adab menziarahi jenazah.
Topik ini juga menerangkan perkara yang perlu dilaksanakan kepada si mati dan
pengurusan jenazah. Tumpuan diberikan kepada kaedah menguruskan jenazah
dari mula hingga akhir. Topik ini membincangkan secara terperinci cara
memandikan jenazah, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan
jenazah lelaki dan perempuan.

Topik 8 menjelaskan definisi puasa. Juga dibincangkan ialah rukun puasa, syarat
wajib puasa dan puasa sunat. Topik ini juga menerangkan adab puasa seperti
sunat puasa dan perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa. Kategori puasa
juga dijelaskan secara terperinci seperti puasa wajib, haram, makruh dan sunat.

Topik 9 menerangkan definisi zakat, syarat wajib zakat dan hikmah mengeluarkan
zakat. Turut dibincangkan ialah jenis harta yang diwajibkan zakat termasuk juga
nisab dan kadarnya, kaedah pengiraan zakat dan hukum orang yang enggan
membayar zakat. Tumpuan juga diberikan kepada golongan asnaf yang berhak
menerima zakat dan permasalahan yang berkaitan dengannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 10 menjelaskan definisi haji dan umrah, hukum mengerjakan kedua-


duanya, syarat wajib dan hikmah mengerjakan haji dan umrah. Rukun haji dan
umrah dibincangkan seperti niat di miqat, wukuf, tawaf, sai, tahallul dan tertib.
Wajib haji dibincangkan dengan memberi tumpuan kepada semua wajib haji dan
konsep dam serta perlaksanaannya.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda
telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-
perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak
kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami
kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian
dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya
terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa


penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat
menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk penilaian terkini dalam myINSPIRE.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24ൈ7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Wuduk dan
Tayamum
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian wuduk dan hukumnya;
2. Menerangkan rukun, sunat wuduk dan perkara yang
membatalkannya;
3. Menghuraikan pengertian tayamum;
4. Menerangkan sebab syarat rukun dan perkara yang membatalkan
tayamum; dan
5. Membincangkan isu yang berkaitan dengan wuduk.

 PENGENALAN
Anda pasti mahukan diri anda sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih,
sama ada zahir atau batin. Islam telah mengajar penganutnya supaya sentiasa
membersihkan diri dengan mensyariatkan hukum-hukum menyucikan diri
daripada najis, hadas besar dan hadas kecil. Topik pertama ini akan menghuraikan
wuduk sebagai cara menyucikan hadas kecil dan tayamum sebagai cara bersuci
daripada hadas besar dan kecil dalam keadaan ada halangan menggunakan air.
Diharapkan anda akan membaca topik ini dengan teliti.

AKTIVITI 1.1
Pernahkah anda mengalami atau mendengar perbalahan antara dua
orang yang berselisih faham tentang hukum batal wuduk secara
bersentuhan tanpa alas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim?
Kongsikan pengalaman anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

1.1 WUDUK
Wuduk merupakan satu ibadat yang sangat penting dalam Islam kerana ia menjadi
asas kepada beberapa ibadat yang lain. Tanpa wuduk, ibadat-ibadat tertentu adalah
tidak sah di sisi Islam seperti solat, haji dan lain-lain. Dalam subtopik ini, kita akan
membincangkan mengenai hukum wuduk dan perkara lain yang berkaitan
dengannya seperti kaifiat, perkara yang membatalkannya dan lain-lain.

1.1.1 Definisi dan Pensyariatan Wuduk


Dari sudut penggunaan bahasa Arab, wuduk bermaksud kebaikan, kebersihan
serta sirna daripada kegelapan dosa. Dari sudut penggunaan istilah syarak pula,
wuduk bermaksud perbuatan khusus yang dimulakan dengan niat, membasuh
muka, membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan
membasuh dua kaki sehingga ke buku lali.

Kewajipan berwuduk adalah berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis


Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

(#θßs|¡øΒ$#uρ È,Ïù#tyϑø9$# ’n<Î) öΝä3tƒÏ‰÷ƒr&uρ öΝä3yδθã_ãρ (#θè=Å¡øî$$sù Íο4θn=¢Á9$# ’n<Î) óΟçFôϑè% #sŒÎ) (#þθãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

4 È⎦÷⎫t6÷ès3ø9$# ’n<Î) öΝà6n=ã_ö‘r&uρ öΝä3Å™ρâ™ãÎ/

Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat, maka
basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah kepala
kamu serta basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali.‰
(Surah al-Maidah, 5:6)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  3

1.1.2 Hukum Berwuduk


Hukum berwuduk bergantung pada jenis ibadat yang dilakukan oleh seseorang.
Rajah 1.1 menunjukkan dua jenis hukum berwuduk.

Rajah 1.1: Hukum wuduk

Dua hukum ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Hukum Wajib Berwuduk


Terdapat tiga hukum wajib berwuduk seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Tiga situasi diwajibkan berwuduk

Yang berikut adalah huraian lanjut mengenai tiga hukum wajib berwuduk.

(i) Mendirikan Solat


Fuqaha sependapat mengatakan bahawa berwuduk adalah wajib bagi
mereka yang ingin mendirikan solat, sama ada solat fardu, sunat atau
qada. Dalil yang menunjukkan bahawa wajib berwuduk bagi
mendirikan solat adalah dalam Surah al-Maidah, ayat 5 seperti yang
dinyatakan tadi. Fuqaha sepakat mengatakan bahawa perintah
berwuduk dalam ayat ini adalah bagi tujuan mendirikan solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

(ii) Mengerjakan Tawaf


Para fuqaha tidak sependapat dalam menentukan hukum berwuduk
bagi ibadat tawaf di sekeliling Kaabah. Jumhur fuqaha daripada
mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat hukumnya wajib dan
menjadi syarat sah tawaf. Manakala mazhab Hanafi berpendapat
hukum berwuduk adalah wajib dan tidak menjadi syarat sah bagi
ibadat tawaf.

(iii) Memegang atau Menyentuh al-Quran


Jumhur fuqaha berpendapat orang berhadas dilarang memegang
al-Quran (mashaf). Ini berdasarkan firman Allah SWT:

َ ۡ َّ َّ
٧٩ ‫َي َم ُّس ُه ٓۥ إ ِ ٱل ُم َط َّه ُرون‬

Maksudnya:
‰Tidak menyentuh (mashaf) melainkan orang-orang yang telah
bersuci.‰
(Surah al-WaqiÊah, 56:79)

(b) Hukum Sunat Berwuduk


Terdapat tujuh hukum sunat berwuduk seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  5

Rajah 1.3: Tujuh situasi disunatkan berwuduk

Yang berikut adalah penerangan terperinci bagi dua hukum sunat


berwuduk iaitu:

(i) Memperbaharui Wuduk


Sekalipun seseorang itu yakin wuduknya masih belum batal dia
disunatkan memperbaharui wuduknya. Ini didasarkan kepada hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

„Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku, nescaya aku


mewajibkan mereka berwuduk setiap kali mendirikan solat dengan
satu wuduk dan mewajibkan mereka bersugi setiap kali mereka
berwuduk.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

(ii) Membaca al-Quran


Sekalipun wuduknya masih belum batal, apabila seseorang ingin
membaca al-Quran dia disunatkan mengambil wuduk. Hukum ini
berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
„Aku tidak suka berzikir kepada Allah dalam keadaan tidak suci.‰

1.1.3 Rukun Wuduk (Perkara Wajib Semasa Berwuduk)


Rajah 1.4 menyenaraikan rukun wuduk yang mempunyai enam perkara, iaitu:

Rajah 1.4: Rukun wuduk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  7

(a) Niat
Tempat berniat adalah dalam hati. Lafaznya ialah:

„Aku berwuduk kerana Allah‰ atau „Aku mengangkat hadas atau


berwuduk untuk mengharuskan solat."

Waktu berniat semasa mula membasuh bahagian muka.

(b) Membasuh Muka


Batas muka yang wajib dibasuh panjangnya dari tempat tumbuh rambut di
dahi hingga ke bawah dagu dan lebarnya dari anak telinga kanan hingga ke
anak telinga kiri.

(c) Membasuh Dua Tangan hingga ke Siku


Kedua-dua siku termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh. Dalilnya,
hadis riwayat Jabir r.a. menyebut maksudnya:

„Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda meratakan air di kedua-dua


sikunya.‰

Sekiranya sebahagian tangan dipotong, para fuqaha sependapat mewajibkan


basuh bahagian yang selebihnya hingga ke bahagian siku. Sekiranya
bahagian yang dipotong melebihi daripada siku, hukum membasuhnya
adalah sunat.

(d) Menyapu Kepala


Maksudnya menyapu bahagian kepala yang ditumbuhi rambut dengan
tangan yang dibasahi air.

Para fuqaha tidak sependapat menentukan kadar yang wajib disapu di


bahagian kepala. Mengikut mazhab Maliki, kadar yang wajib disapu ialah
keseluruhan kepala, manakala bagi mazhab Hanafi, seperempat daripada
kepala wajib disapu. Sementara mazhab Syafii dan Hambali pula, tidak
menentukan kadar tertentu, malah wajib sapu walau sehelai rambut yang
terletak di bahagian kepala. Tidak sah sapu hujung rambut yang terkeluar
dari kulit kepala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

(e) Membasuh Dua Kaki hingga ke Buku Lali


Ini berdasarkan firman Allah SWT:

َۡۡ َ ۡ َ ۡ ُ َ ُ ََۡ
ۚ ِ ‫وأرجلكم إ ِ ٱلكعب‬
‫ي‬

Maksudnya:
„Kaki kamu hingga ke buku lali.‰
(Surah al-MaÊidah, 5:6)

Kedua-dua buku lali termasuk bahagian yang wajib dibasuh.

(f) Tertib
Mazhab Syafii dan Hambali berpendapat tertib adalah wajib. Maksud tertib
ialah tertib anggota wuduk yang wajib dibasuh mengikut susunan ayat
dalam Surah al-MaÊidah, ayat 6 yang bermaksud:

„Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ingin mengerjakan solat,


maka basuhlah muka kamu, kedua-dua tangan kamu meliputi siku dan
sapulah kepala kamu serta basuhlah kedua-dua belah kaki kamu hingga
buku lali.‰

Ini bermakna membasuh muka dahulu, kemudian membasuh tangan,


selepas itu menyapu kepala dan akhir sekali membasuh kaki.

1.1.4 Perkara Sunat Semasa Berwuduk


Terdapat banyak perkara disunatkan semasa berwuduk. Antaranya ialah:

(a) Membaca ‰ ‫ﻴﻢ‬ ‫ﻟﺮ ۡﺣ ٰ َﻤ ِﻦ ٱ ﱠ‬


ِ ‫ﻟﺮ ِﺣ‬ ‫ ِﺑ ۡﺴ ِﻢ ٱ ﱠ ِ ٱ ﱠ‬‰
Hal ini didasarkan kepada riwayat Anas r.a. yang menyebut maksudnya:
‰Sesetengah sahabat mencari air untuk berwuduk, maka mereka tidak
mendapati airnya.‰

Lalu Baginda SAW bersabda maksudnya:


‰Adakah sesiapa dalam kalangan kamu ada air?‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  9

Maka dibawa air kepada Baginda, lalu Baginda meletak tangannya di dalam
bekas yang berisi air, sambil berkata maksudnya:
„Berwuduklah kamu dengan membaca basmalah ketika memulakannya.‰

(b) Membasuh dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

(c) Bersugi.

(d) Berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung.

(e) Menyelati janggut yang tebal.

Sebagaimana dijelaskan dalam hadis, apabila Rasulullah SAW berwuduk,


Baginda memasukkan tangannya ke bawah janggut dan menyelatinya.

(f) Menyapu kedua-dua telinga.


Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Zaid berkata maksudnya:
„Sesungguhnya dia melihat Rasulullah SAW berwuduk. Baginda menyapu
kedua-dua telinganya dengan air yang lain bukan air yang Baginda
menyapu kepalanya.‰

(g) Membasuh tiga kali setiap anggota wuduk.

(h) Memulakan dengan anggota kanan ketika membasuh tangan dan kaki.

(i) Membaca tasyahud dan doa selepas berwuduk iaitu:

ُ ‫ﺳﻮ ﻝ ﷲ‬ ُ ‫ﺍ َ ْﺷ َﻬﺪُ ﺍ َ ْﻥ ﻵﺍِﻟَﻪَ ﺍِﻻﱠ ﷲُ َﻭﺍ َ ْﺷ َﻬﺪ ُ ﺍ َ ﱠﻥ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪًﺍ َﻋ ْﺒﺪُﻩُ َﻭ َﺭ‬


َ‫ﺼﺎ ِﻟ ِﺤﻴﻦ‬ َ ‫ﻄ ِ ّﻬ ِﺮﻳْﻦَ َﻭﺍﺟْ ﻌَ ْﻠﻨِ ْﻰ ِﻣﻦَ ِﻋﺒَﺎﺩ‬
َ ‫ِﻙ ﺍﻟ‬ َ َ ‫ﺍَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﺍﺟْ ﻌَ ْﻠﻨِ ْﻰ ِﻣﻦَ ﺍﻟﺘ ﱠ ﱠﻮﺍﺑِﻴْﻦَ َﻭﺍﺟْ ﻌَ ْﻠﻨِ ْﻰ ِﻣﻦَ ْﺍﻟ ُﻤﺘ‬
(j) Tidak membazir air semasa berwuduk.
Rasulullah SAW berwuduk hanya dengan secupak air sahaja.

(k) Tidak bercakap semasa berwuduk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

1.1.5 Perkara Membatalkan Wuduk


Ada lima perkara yang membatalkan wuduk, iaitu:

(a) Keluar Sesuatu dari Qubul atau Dubur


Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur terbahagi kepada dua kategori:

(i) Yang biasa seperti kencing, tahi, mani, mazi, wadi dan angin.

(ii) Yang luar biasa seperti batu ulat, angin dari zakar dan faraj, bulu atau
lainnya. Ini didasarkan kepada hadis riwayat Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
‰Allah SWT tidak menerima solat seseorang apabila dia berhadas
sehingga dia berwuduk. Lalu salah seorang daripada ahli Hadramaut
berkata: Apakah yang dimaksudkan dengan hadas itu, wahai Abu
Hurairah? Dia menjawab ia adalah kentut.‰

(b) Hilang Akal


Hilang akal disebabkan mabuk atau pitam atau sakit atau gila.

(c) Tidur yang Tidak Tetap Papan Punggung


Jika seseorang tidur dalam keadaan terlentang, wuduknya batal sama ada
lama atau sekejap kerana keadaan demikian papan punggungnya tidak
tetap. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
‰Sesiapa tidur hendaklah dia berwuduk.‰

Jika tidur lama sambil duduk, para fuqaha tidak sependapat, mengikut
mazhab Syafii wuduknya tidak batal, tetapi pendapat mazhab lain ia
membatalkan wuduk.

Jika tidurnya sebentar ia tidak membatalkan wuduk. Hujahnya hadis yang


menjelaskan para sahabat Rasulullah SAW tidur kemudian mereka solat
dengan tidak mengambil wuduk lain (Riwayat Bukhari). Dalam Riwayat
Muslim menjelaskan, kepala mereka terangguk-angguk. Terangguk-angguk
menunjukkan mereka tidur tidak lama.

(d) Bersentuhan antara Lelaki dan Wanita yang Ajnabi


Sama ada antara suami isteri atau wanita yang bukan mahram tanpa alas
sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah SWT dalam Surah al-NisaÊ, ayat
4 yang bermaksud:
‰Mereka menyentuh wanita-wanita (tanpa alas).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  11

Para fuqaha khilaf dalam kes ini. Mazhab Syafii berpendapat sentuhan silang
jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak akan membatalkan wuduk. Hanafi
berpendapat hanya sentuhan dengan syahwat melampau membatalkan
wuduk. Maliki dan Hambali pula berpendapat sentuhan dengan syahwat
membatalkan wuduk.

(e) Menyentuh Faraj Sendiri atau Orang Lain, Qubul atau Dubur dengan
Telapak Tangan Tanpa Alas

Hujahnya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


‰Apabila seorang kamu menyentuh farajnya dengan tangan tanpa alas dia
hendaklah berwuduk.‰
(Riwayat al-Daruqutni)

Fuqaha berbeza pendapat mengenai isu ini. Imam Syafii mengatakan


menyentuh qubul atau dubur membatalkan wuduk. Hanafi mengatakan
tidak batal. Menurut Maliki, menyentuh qubul batal tetapi menyentuh
dubur tidak batal. Hambali sama pendapat dengan Imam Syafii – perbuatan
itu membatalkan solat.

Bagi memudahkan anda memahami perbezaan pendapat ini, anda boleh


merujuk pada Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Pandangan Beberapa Mazhab dalam Kes Batal Wuduk

Kes Syafii Hanafi Maliki Hambali


Keluar angin dari Batal Tidak batal Batal Batal
faraj
Tidur Batal jika Sama Batal apabila Sama dengan
tidak tetap dengan tidur dengan Maliki
papan Syafii sangat
punggung nyenyak, lama
atau sebentar
Sentuh wanita Batal jika Batal jika Batal jika Batal jika
ajnabi tanpa alas dengan dengan dengan dengan
syahwat syahwat syahwat syahwat
atau tidak melampau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

Menyentuh qubul Batal Tidak batal Batal apabila Batal


dan dubur tanpa menyentuh
alas qubul tetapi
tidak jika
menyentuh
dubur
Keluar cecair Tidak batal Batal jika Tidak batal Batal jika
selain daripada mengalir terlalu banyak
cecair dari qubul atau meleleh
dan dubur. dari
Contoh: Darah tempatnya
dan nanah
Muntah Batal Tidak batal Tidak batal Batal

Sumber pendapat: Al-Zuhaili (1997)

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Jelaskan perbezaan pendapat fuqaha mengenai kes membasuh


wuduk tangan yang terputus.

2. Mazhab manakah yang mewajibkan tertib dalam mengambil


wuduk?

3. Apakah pendapat fuqaha mengenai hukum angin yang keluar dari


faraj wanita yang berwuduk?

4. Apakah maksud „tidur yang tetap papan punggung‰?

1.2 TAYAMUM
Memudahkan, bukan menyusahkan. Itulah salah satu kaedah yang diamalkan
syariat Islam dalam memastikan mukalaf dapat melaksanakan kewajipan dalam
apa jua keadaan sekalipun. Kaedah ini diaplikasikan dalam kes tayamum sebagai
ganti kepada wuduk dalam keadaan tidak mampu menggunakan air, sama ada
kerana sakit atau ketiadaan air atau ada air tetapi ia diperlukan untuk kegunaan lain
yang lebih penting.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  13

AKTIVITI 1.2
Anda diminta menemu bual pesakit yang memakai balutan atau simen
pada anggota wuduk untuk mengetahui perkara yang berikut:
(a) Apakah mereka menunaikan solat?
(b) Adakah mereka tahu cara berwuduk orang sakit seperti mereka?
(c) Adakah mereka tahu tayamum boleh menggantikan wuduk dan
jika ya, adakah mereka tahu untuk melakukannya?

1.2.1 Definisi dan Pensyariatan Tayamum


Dari segi penggunaan bahasa Arab, tayamum bermaksud „berhasrat‰. Dari segi
penggunaan istilah syarak pula, tayamum bermaksud menyapu muka dan dua
tangan dengan debu tanah suci berserta niat.

Dalil yang menunjukkan tayamum yang disyariatkan ialah firman Allah SWT
dalam Surah al-NisaÊ, ayat 43:

ۡ ُ َۡ ۡ ُ ُ ْ ُ َ ۡ َ ٗ ّ َ ٗ َ ْ َّ َ َ ٓ َ ْ ُ َ ‫فَلَ ۡم‬......
ۗ‫تدوا ما ٗء فت َيم ُموا صعِيدا طيِبا فٱمسحوا ب ِ ُوجوهِكم َوأيدِيكم‬
ِ

Maksudnya:
„Sekiranya kamu tidak mendapati air, maka kamu bertayamumlah dengan debu
yang bersih. Sapulah muka dan tangan kamu.‰

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:


„Dijadikan seluruh bumi tempat sujud bagi kami, dan dijadikan debunya untuk
bersuci apabila kami tidak mendapat air.‰

AKTIVITI 1.3
Anda dikehendaki merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Islami Wa
Adillatuhu tulisan Wahbah al-Zuhaili untuk mendalami perbezaan
pandangan fuqaha dalam isu perkara yang membatalkan wuduk dan
mempelajari hujah mereka.

Kongsikan jawapan anda dengan rakan kuliah anda dalam forum


dalam talian myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

1.2.2 Sebab Membolehkan Tayamum


Ada dua sebab yang menuntut seseorang bertayamum sebagai ganti wuduk atau
mandi hadas besar iaitu:

(a) Ketiadaan Air


(i) Tiada air langsung selepas mencarinya;
(ii) Ada air tetapi cukup untuk sekadar diminum; atau
(iii) Air ada tetapi tempat untuk mendapatkannya adalah jauh.

(b) Keuzuran Mengguna Air


(i) Disebabkan luka yang dalam;
(ii) Penggunaan air akan menambah sakit atau melewatkan sembuh
penyakit;
(iii) Keadaan sejuk melampau yang boleh memudaratkan; atau
(iv) Tidak mampu untuk memanaskan air.

1.2.3 Syarat Tayamum


Empat syarat perlu sempurna untuk tayamum dikira sah iaitu:
(a) Telah masuk waktu solat;
(b) Mencari air terlebih dahulu selepas masuk waktu solat tetapi tiada air
dijumpai;
(c) Debu tanah yang suci; dan
(d) Menghilangkan najis terlebih dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  15

1.2.4 Rukun Tayamum


Ada tiga rukun yang perlu disempurnakan untuk tayamum dikira sah. Rukun
tayamum adalah seperti yang berikut:

(a) Niat
Berniat melakukan tayamum bagi mengharuskan solat. Jika berniat untuk
mengangkat hadas, tayamum tersebut tidak sah mengikut pendapat mazhab
Syafii, Maliki dan Hambali. Masa berniat ialah ketika menyapu debu di
bahagian muka.

(b) Menyapu Debu di Muka dan Kedua-dua Tangan hingga ke Atas Siku
Dalilnya ialah firman Allah SWT dalam Surah al-NisaÊ, ayat 43 yang
bermaksud:
‰Sapulah muka kamu dan dua tangan kamu.‰

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


‰Tayamum dua kali tepukan satu tepukan untuk menyapu muka dan satu
tepukan untuk menyapu kedua tangan hingga ke siku.‰

(c) Tertib
Memulakan menyapu muka terlebih dahulu kemudian baru menyapu
kedua-dua tangan.

SEMAK KENDIRI 1.2


1. Berikan maksud tayamum dalam penggunaan bahasa Arab dan
dalam penggunaan istilah syariah.

2. Bilakah seseorang itu perlu bertayamum? Sebutkan anggota


tayamum.

1.2.5 Perkara yang Membatalkan Tayamum


Ada tiga perkara yang membatalkan tayamum iaitu:

(a) Berlaku Sesuatu yang Membatalkan Wuduk


Kita telah pelajari perkara yang membatalkan wuduk dalam Subtopik 1.1.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

(b) Mendapati Air Semula Selepas Ketiadaannya


Jika mendapati air selepas keluar waktu solat, para fuqaha sependapat tidak
wajib mengulangi solatnya. Jika mendapati air masih dalam waktu solat,
fuqaha khilaf. Mengikut mazhab Syafii dan Maliki tidak wajib mengulangi
solat tersebut. Ini berdasarkan hadis maksudnya:

„Bahawa dua lelaki keluar musafir, waktu solat pun sampai, kedua-duanya
tidak mempunyai air, kedua-dua pun bertayamum dengan debu dan terus
solat. Selepas solat, kedua-duanya mendapat air sedangkan waktu solat
masih ada. Salah seorang daripada mereka mengulangi wuduk dan solat.
Yang seorang lagi tidak mengulangi solat. Kemudian kedua-duanya
menghadap Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Baginda pun berkata kepada yang tidak mengulang solat: Kamu telah
menepati sunnah. Solatmu telah memadai. Nabi berkata pula kepada yang
mengulangi solatnya: Allah menggandakan kepadamu ganjaran dua kali.‰
(Riwayat Abu Daud)

(c) Hilang Keuzuran yang Mengharuskan Tayamum


Tayamum terbatal apabila hilang keuzuran yang mengharuskannya.
Contohnya, seorang pesakit bertayamum kerana kecederaan pada anggota
wuduk. Tayamumnya akan terbatal apabila kecederaan tersebut sembuh.

1.2.6 Perkara Sunat Semasa Tayamum


Yang berikut adalah perkara sunat semasa tayamum iaitu:

(a) Membaca ‰ ‫ﻴﻢ‬


ِ ‫ﻟﺮ ِﺣ‬
‫ٱ ﱠ‬ ‫ﻟﺮ ۡﺣ ٰ َﻤ ِﻦ‬
‫ ﺑِ ۡﺴ ِﻢ ٱ ﱠ ِ ٱ ﱠ‬‰ pada permulaan tayamum;
(b) Mendahulukan menyapu tangan kanan daripada menyapu tangan kiri;

(c) Membuka jari jemari tangan ketika menepuk debu. Tepukan debu pertama
menyapu muka dan tepukan debu kedua menyapu kedua-dua tangan; dan

(d) Menipiskan debu dengan cara meniup, menggoyang-goyangkan kedua-dua


telapak tangan atau melagakan kedua-dua tapak tangan selepas menepuk ke
atas debu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

‰Sesungguhnya sudah cukup kalau engkau memukul kedua-dua telapak


tangan ke atas debu tanah. Sesudah itu ditiup, lalu disapukan kedua-duanya
ke muka dan ke tangan.‰
(Riwayat Muslim)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  17

SEMAK KENDIRI 1.3


Bagaimanakah cara mengurangkan ketebalan debu pada tapak tangan
semasa bertayamum?

AKTIVITI 1.4

1. Tunjukkan kepada rakan tutorial anda cara melakukan tayamum.

2. Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan beberapa buah hospital


yang menyediakan debu tanah untuk pesakit bertayamum.

1.3 ISU BERKAITAN WUDUK


Setelah kita bincangkan mengenai wuduk dan tayamum, khasnya yang berkaitan
dengan syarat dan rukun serta perkara yang membatalkan, elok juga dibincangkan
di sini satu perkara yang sering dilakukan oleh orang Islam yang tidak begitu faham
konsep dan wuduk – iaitu pentingnya membasuh anggota badan dengan sempurna
semasa mengambil wuduk.

Ramai yang mengambil wuduk tetapi wuduknya tidak sah kerana basuhannya
tidak meliputi had yang ditetapkan. Antaranya:

(a) Basuh muka tidak rata. Dia hanya menyapu di depan muka sahaja, sedangkan
had muka ialah dari tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bawah dagu.
Manakala lebarnya ialah dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.

(b) Demikian juga dengan membasuh tangan hingga ke siku. Ramai orang yang
membasuh tidak rata kerana mereka hanya menadah air dengan tapak tangan
sahaja dengan membiarkan air itu mengalir hingga ke siku. Dalam banyak hal,
di sebelah belakang lengan dan sikunya tidak basah.

(c) Seperkara lagi ialah membasuh kaki hingga ke buku lali. Selalu didapati orang
mengambil wuduk di masjid membasuh kakinya tidak rata. Selalunya tapak
kaki dan tumitnya tidak basah kerana dia hanya membasuh di atas belakang
kaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM

Semua keadaan ini menyebabkan wuduk tidak sah kerana basuhan tidak rata.
Wuduk yang tidak sah ini mengakibatkan solat tidak sah, tawaf tidak sah yang
menyebabkan haji atau umrahnya tidak sah dan amalan lain yang menghendaki
berwuduk.

 Syariat Islam mahukan penganutnya sentiasa bersih daripada najis zahir dan
najis hukmi.

• Wuduk disyariatkan untuk membersihkan individu daripada najis hukmi.

• Islam mewajibkan mukalaf berwuduk apabila mahu mendirikan solat, tawaf


dan menyentuh al-Quran.

• Syariat Islam telah menjelaskan secara terperinci rukun dan perkara yang
membatalkan wuduk.

 Debu tanah digunakan untuk bertayamum sebagai ganti air untuk bersuci
daripada hadas besar atau kecil dalam keadaan tidak dapat menggunakan air.

 Antara anggota tayamum ialah muka dan dua belah tangan hingga ke siku.

 Selain daripada perkara yang membatalkan wuduk, tayamum juga batal


disebabkan telah menemui air atau tiada lagi keuzuran menggunakan air.

Batal Sunat
Hukum Tayamum
Rukun Wuduk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 WUDUK DAN TAYAMUM  19

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1). Kaherah, Mesir: Maktabah Dar
al-Turath.

Al-Zuhaili. (1997). Al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik, Syria:


Dar al-Fikr.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam


al-SyafiÊi. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Solat Fardu
2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pengertian solat, dalil dan hukum pensyariatan solat;
2. Menerangkan syarat wajib dan syarat sah solat;
3. Membezakan waktu-waktu solat fardu;
4. Mengenali waktu solat fardu dan waktu makruh solat dan sebab
yang membolehkan mengqada solat; dan
5. Membincangkan rukun dan perkara yang membatalkan solat; dan
6. Mengenal pasti solat sunat dan pelbagai jenis sujud.

 PENGENALAN
Dalam topik kedua ini, kita akan membincangkan solat dan perkara yang
berkaitan dengannya. Sekalipun solat merupakan perkara yang sudah sebati
dalam hidup kita, namun kadang-kadang kita melakukannya tanpa ilmu yang
memadai. Topik ini akan membantu anda semua melakukan solat dengan penuh
kefahaman, insya-Allah. Bak kata pepatah, „Rumah kecil tiang seribu, rumah
besar tiang sebatang, namun agama tiangnya lima‰, iaitu solat lima waktu.

AKTIVITI 2.1

Anda diminta merujuk kepada kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu


(Jilid 1) tulisan Wahbah al-Zuhaili untuk memahami dengan lebih
teliti isu mengenai solat, terutamanya mengenai khilaf fuqaha bersabit
hukum solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  21

2.1 DEFINISI DAN DALIL PENSYARIATAN


SOLAT
Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam. Malah, Rasulullah SAW
mengibaratkan solat sebagai tiang agama. Tanpa tiang, sebuah bangunan itu tidak
dapat didirikan dengan kukuh. Begitu juga dengan agama Islam. Tanpa solat,
agama seseorang itu tidak kukuh. Oleh sebab solat itu penting, maka kita harus
melakukannya dengan betul seperti yang dikehendaki. Jika tidak betul, maka solat
itu dikira tidak sah. Solat yang tidak sah itu tidak diterima dan dianggap tidak
bersolat. Untuk mendapat solat yang sah, seseorang itu perlu belajar dengan guru
yang muktabar. Justeru itu, topik ini merupakan ilmu asas untuk membimbing
pembaca ke arah pembelajaran ibadat solat.

2.1.1 Definisi
Dalam makna seharian bahasa Arab, solat bererti doa. Maksud solat sebagai doa
turut disebut dalam Surah al-Taubah, ayat 103:

َّ َ َ َ َ َّ ََ ّ ّ ُ ُ ُ َٗ َ ۡ ُ
‫ن ل ُه ۡ ۗم‬ٞ ‫خذ م ِۡن أ ۡم َوٰل ِ ِه ۡم َص َدقة ت َط ّ ِه ُره ۡم َوت َزك ِي ِهم ب ِ َها َو َص ِل عل ۡي ِه ۡمۖ إِن َصل ٰوتك َسك‬

Maksudnya:
„Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka.
Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenangan jiwa bagi mereka.‰

Dari segi istilah syarak pula, solat bererti perbuatan dan perkataan yang
dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 SOLAT FARDU

2.1.2 Dalil
Dalil syarak yang berkaitan dengan pensyariatan solat antara lain ialah:

(a) Al-Quran. Firman Allah SWT dalam Surah al-NisaÊ, ayat 103:

ٗ ُ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ َ َ َ ٰ َ َّ َّ
١٠٣ ‫ِي كِتٰ ٗبا َّم ۡوقوتا‬ ‫إِن ٱلصلوة كنت ٱلمؤ ِمن‬

Maksudnya:
„Sesungguhnya solat itu diwajibkan ke atas Mukmin pada waktu yang
tertentu.‰

(b) Sunnah. Ibn Abbas r.a. meriwayatkan hadis yang bermaksud:


„Sesungguhnya Nabi mengutuskan Muadz ke Yaman lalu Baginda
bersabda: Serulah kamu mereka itu supaya menyaksikan bahawa tiada
tuhan yang lain melainkan Allah dan sesungguhnya aku Muhammad
pesuruh Allah SWT. Sekiranya mereka taat demikian, ajarlah mereka
bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka solat lima waktu dalam
sehari semalam.‰

(c) Ijmak ulamak bersepakat menyatakan bahawa solat lima waktu semalam
ialah wajib.

Semua nas syarak ini menunjukkan bahawa solat itu wajib ditunaikan.

2.2 HUKUM MENINGGALKAN SOLAT


Pernahkah anda meninggalkan solat, sama ada disengajakan, uzur atau terlupa?
Apakah hukum Allah SWT ke atas mereka yang meninggalkan solat?
Perbincangan yang berikut akan menghuraikannya. Sebenarnya, ada dua kategori
orang yang meninggalkan solat seperti yang dibincangkan dalam subtopik
seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  23

2.2.1 Meninggalkan Solat Kerana Ingkar dan Tidak


Percaya
Orang yang tidak melakukan solat kerana ingkar dan tidak percaya atau
mempersendakan hukum bahawa solat itu wajib, fuqaha sependapat mengatakan
hukumnya kafir dan murtad, terkeluar daripada Islam. Hakim wajib
memerintahkan orang ini bertaubat atas perbuatannya. Sekiranya dia bertaubat,
dia terlepas daripada hukum bunuh. Sebaliknya, jika dia tidak mahu bertaubat,
dia boleh dihukum bunuh atas jenayah murtad.

2.2.2 Meninggalkan Solat Bukan Kerana Ingkar


Mereka yang meninggalkan solat bukan kerana ingkar berlaku dalam dua
keadaan iaitu:

(a) Meninggalkan Solat Kerana Terlupa atau Tertidur


Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa keadaan seperti ini tidak
berdosa, namun orang terbabit wajib menggantikannya pada waktu yang
lain.

(b) Meninggalkan Solat Kerana Malas, Sibuk atau Memandang Ringan


Hukumnya berdosa. Namun, para fuqaha tidak sependapat sama ada
hukumnya kafir dan wajib dihukum bunuh atau tidak kafir.

Pendapat pertama, iaitu pendapat jumhur fuqaha yang terdiri daripada


Imam Malik, Syafii dan Abu Hanifah hukumnya tidak kafir tetapi dia
dihukum fasik. Bagi Imam Malik dan Syafii wajib ke atas hakim meminta
supaya orang yang meninggalkan solat itu bertaubat terlebih dahulu.
Sekiranya dia tidak bertaubat, hakim hendaklah melaksanakan hukum
hudud iaitu bunuh.

Bagi Imam Abu Hanifah, hakim tidak boleh melaksanakan hukum bunuh.
Dia hanya dibolehkan melaksanakan hukum takzir sehingga dia
menunaikan solat semula.

Manakala pendapat kedua iaitu pendapat Imam Ahmad Ibn Hanbal


hukumnya kafir dan wajib dibunuh. Hujahnya ialah hadis riwayat Jabir
yang mana Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

„Perbezaan antara muslim dengan kafir ialah meninggalkan solat.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 SOLAT FARDU

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

‫اﻟْ َﻌ ْﻬ ُﺪ اﻟﱠ ِﺬي ﺑَـْﻴـﻨَـﻨَﺎ َوﺑَـْﻴـﻨَـ ُﻬ ْﻢ اﻟ ﱠ‬


‫ﺼ َﻼةُ ﻓَ َﻤ ْﻦ ﺗَـَﺮَﻛ َﻬﺎ ﻓَـ َﻘ ْﺪ َﻛ َﻔَﺮ‬
Maksudnya:
„Perjanjian antara kami (Muslim) dan kafir ialah solat. Sesiapa
meninggalkan solat, maka dia kafir.‰

SEMAK KENDIRI 2.1


Terdapat pelbagai cara solat ditinggalkan dan terdapat pelbagai
hukum dikenakan ke atas mereka yang meninggalkannya, sesuai
dengan sebab mereka meninggalkannya. Huraikan dengan terperinci
perkara ini.

AKTIVITI 2.2
Dari sudut bahasa, solat bererti doa. Berikan kesesuaian pengertian doa
dalam pengaplikasian solat fardu dan sunat.

Kongsikan jawapan anda dengan rakan kuliah anda dalam forum dalam
talian myINSPIRE.

2.3 SYARAT WAJIB SOLAT


Sekalipun solat diwajibkan, namun ia tidak diwajibkan secara mutlak ke atas
semua manusia dan dalam semua keadaan. Ada syarat tertentu solat itu
diwajibkan. Solat diwajibkan ke atas mereka yang memenuhi beberapa syarat
seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  25

Jadual 2.1: Enam Syarat Wajib Solat

Syarat Huraian
Islam Solat tidak wajib ke atas orang kafir untuk melaksanakannya di dunia
kerana ia tidak sah. Walaupun begitu, ia wajib ke atas balasan di akhirat.

Berakal Solat tidak diwajibkan ke atas orang gila, kanak-kanak, orang yang
pengsan dan orang mabuk tanpa sengaja kerana golongan ini bukan
mukalaf. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
„Terangkat qalam (hukum) terhadap tiga golongan iaitu kanak-kanak
sehingga baligh, orang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga
sembuh.‰
Suci Suci daripada darah haid dan nifas.
Sampai Sampai seruan Islam. Mereka yang tinggal di kawasan jauh yang tidak
seruan sampai seruan Islam tidak diwajibkan solat.
Baligh Mencapai umur baligh apabila seseorang itu bermimpi atau genap umur
lima belas tahun atau keluar darah haid bagi kanak-kanak perempuan.

Mampu Mampu menunaikan solat. Mengikut mazhab Syafii, mereka yang


semula jadi cacat penglihatan dan pendengaran tidak wajib solat kerana
tidak mampu untuk mengajar mereka cara-cara solat.

2.4 SYARAT SAH SOLAT


Tidak semua solat yang dilakukan dikira sah. Ada enam syarat yang perlu
disempurnakan untuk solat dianggap sah. Syarat sah solat ialah seperti yang
berikut:

(a) Suci daripada Hadas


Maksudnya orang yang ingin menunaikan solat mestilah suci daripada
hadas kecil dan besar dan suci daripada najis. Dalil kepada syarat ini ialah
sabda Rasulullah SAW maksudnya:
„Allah tidak menerima solat tanpa bersuci.‰

(b) Mumaiyiz
Mumaiyiz maksudnya dapat membezakan. Kanak-kanak dikira mumaiyiz
apabila dia dapat membezakan antara sesuatu yang merbahaya kepada
dirinya dan membezakan yang bersih dan yang kotor. Pada kebiasaannya,
kanak-kanak mencapai keupayaan ini pada usia tujuh tahun ke atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 SOLAT FARDU

(c) Mengetahui Peraturan Solat


Maksudnya orang yang ingin menunaikan solat mestilah mengetahui
cara solat didirikan dan dapat membezakan antara rukun dan sunat solat.

(d) Mengetahui Masuk Waktu Solat


Mengetahui masuk waktu solat dikira sudah memadai dengan azan atau
bertanya kepada penduduk di tempat solat didirikan.

(e) Menutup Aurat


Tahukah anda bahawa aurat lelaki luar dan dalam solat adalah tidak sama,
sedangkan aurat wanita luar dan dalam solat adalah sama? Ini bukan satu
diskriminasi jantina, tetapi terdapat hikmat perbezaan fitrah silang jantina
yang mana:

 Aurat lelaki dalam solat dan luar solat bersama lelaki dan wanita yang
mahram dengannya ialah anggota badan antara pusat dengan lutut.
Aurat lelaki bersama wanita ajnabi pula ialah seluruh badan.

 Aurat wanita dalam solat dan luar solat ialah seluruh badan kecuali
muka dan kedua-dua tapak tangan. Aurat wanita bersama wanita pula
ialah anggota badan antara pusat dengan lutut. Aurat wanita bersama
lelaki ajnabi (yang sah dikahwininya) ialah seluruh badan kecuali muka
dan kedua tapak tangan.

(f) Menghadap Kiblat


Bagi mereka yang berada berhampiran Kaabah, menghadap kiblat dikira
sempurna apabila dia menghadap tepat ke Kaabah. Bagi mereka yang
berada jauh dari Kaabah, menghadap kiblat cukup dengan hanya setakat
menghadap ke arah Kaabah.

2.5 WAKTU SOLAT FARDU


Mungkin anda kurang sedar bahawa penentuan waktu tertentu bagi solat lima
waktu (mula masuk dan habis waktu) sebenarnya mengajar kita untuk peka
terhadap waktu, di samping memberi isyarat bahawa waktu atau masa itu sangat
berharga kepada seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  27

Seperti yang kita tahu, solat fardu ialah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.
Syariat Islam telah menentukan masa permulaan dan akhir bagi semua waktu
tersebut. Ini dijelaskan Allah SWT dalam Surah al-NisaÊ, ayat 103:
ٗ ُ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ َ َ َ ٰ َ َّ َّ
١٠٣ ‫ِي كِتٰ ٗبا َّم ۡوقوتا‬ ‫إِن ٱلصلوة كنت ٱلمؤ ِمن‬
Maksudnya:
„Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas
orang-orang Mukmin.‰

(a) Waktu Solat Subuh


Awal masuk waktunya ialah setelah naik fajar kedua iaitu warna putih cerah
merentang di atas ufuk dan akhir waktunya sehingga naik matahari.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

„Sesiapa mendapat dua rakaat sebelum naik matahari, beliau telah


mendapat waktu Subuh.‰

(b) Waktu Solat Zuhur


Mula masuk waktu Zuhur ialah apabila matahari gelincir ke sebelah barat.
Gelincir matahari bererti matahari condong ke sebelah barat dan berterusan
hinggalah bayang sesuatu itu sama dengan jasadnya. Apabila bayang
sesuatu sama dengan jasadnya, itu menandakan akhir waktu bagi solat
Zuhur. Penentuan awal dan akhir waktu Zuhur ini dijelaskan Rasulullah
SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

„Waktu Zuhur bermula apabila matahari gelincir dan berakhir apabila bayang
seseorang itu sama panjang dengan jasadnya sehingga masuk waktu Asar.‰

(c) Waktu Solat Asar


Awal masuk waktu Asar bermula apabila berakhir waktu Zuhur, iaitu
apabila bayang sesuatu itu melebihi panjang jasadnya. Akhir waktu Asar
pula ialah apabila matahari tenggelam. Hujah bagi penentuan waktu ini
ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Sesiapa mendapat satu rakaat Asar sebelum matahari tenggelam


sesungguhnya dia mendapat solat Asar.‰

(d) Waktu Solat Maghrib


Awal masuk waktu Maghrib ialah apabila matahari tenggelam dan akhir
waktunya pula ialah apabila hilang syafak merah. Ini berdasarkan kepada
hadis riwayat Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

„Waktu Maghrib ialah selagi syafak merah tidak hilang.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 SOLAT FARDU

(e) Waktu Solat Isyak


Mula masuk waktu Isyak apabila hilang syafak merah dan akhir waktunya
hingga terbit fajar sadik, iaitu fajar kedua setelah warna putih (cerah)
merentangi di atas ufuk.

2.6 WAKTU MAKRUH SOLAT


Mengikut mazhab Syafii, status makruh mendirikan solat ada dua iaitu makruh
tahrim dan makruh tanzih (lihat Rajah 2.1).

Rajah 2.1: Waktu makruh solat

Waktu makruh ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Makruh Tahrim


Waktu makruh tahrim ada tiga, iaitu:
(i) Selepas Subuh hingga naik matahari, kurang lebih satu pertiga jam;
(ii) Semasa naik matahari sehingga ia kelihatan setinggi sebatang tombak
pada pandangan mata, lebih kurang 20 minit selepas matahari naik;
dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  29

(iii) Waktu istiwak, iaitu apabila matahari berada betul-betul di


tengah-tengah langit atau di atas kepala hinggalah ia gelincir ke barat.

Adalah makruh tahrim mendirikan solat pada ketiga-tiga waktu


tersebut. Hukum makruh tahrim ini didasarkan kepada hadis yang
mana Rasulullah SAW melarang para sahabat mendirikan solat pada
tiga waktu, iaitu ketika matahari naik sekadar tinggi sebatang tombak
pada pandangan mata (20 minit selepas matahari naik), waktu istiwak
sehingga gelincir matahari dan waktu matahari hampir tenggelam.

(b) Makruh Tanzih


Waktu makruh tanzih pula ada dua:
(i) Waktu matahari berwarna kekuningan dan hampir tenggelam; dan
(ii) Selepas solat Asar hingga tenggelam matahari.

Dalam kedua-dua waktu ini, solat adalah makruh tanzih jika didirikan.
Hukum ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud:

„Tidak sah solat selepas Subuh sehingga matahari naik dan tidak sah solat
selepas Asar sehingga tenggelam matahari.‰

AKTIVITI 2.3
Buat kajian bersama rakan tutorial anda untuk mengetahui sejauh
mana kefahaman masyarakat tentang waktu yang diharamkan dan
dimakruhkan solat. Kongsikan jawapan anda dalam forum dalam
talian myINSPIRE.

2.7 HUKUM MENGQADA SOLAT


Sepanjang hidup ini, kita mungkin telah meninggalkan solat kerana terlupa atau
kerana sesuatu keuzuran. Kita bersyukur kerana tidak diambil tindakan kerana
meninggalkan solat dalam keadaan ini, namun kita diwajibkan mengqadanya.
Para fuqaha sependapat mengatakan orang yang terlupa dan tertidur lalu tidak
mendirikan solat mereka wajib mengqada solat yang tertinggal itu pada masa lain.
Hujahnya ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Apabila seseorang kamu terlupa menunaikan solat atau tertidur hendaklah dia
menggantikannya apabila mengingatinya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 SOLAT FARDU

Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum mengqada solat bagi orang yang
tidak menunaikan solat dengan sengaja dan orang yang tidak menunaikan solat
kerana pengsan atau tidak sedarkan diri.

2.7.1 Hukum Mengqada Solat Ditinggalkan dengan


Sengaja
Para fuqaha telah khilaf tentang hukum mengqada solat bagi seseorang yang
meninggalkannya dengan sengaja. Ada dua pendapat mengenai isu ini:

(a) Pendapat Jumhur Fuqaha


Mengikut jumhur fuqaha yang terdiri daripada imam empat mazhab,
mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib mengqadakannya.
Hujah mereka ialah daripada hadis riwayat Abu Qatadah yang bermaksud:

„Mereka menceritakan kepada Nabi tentang mereka tertidur daripada


menunaikan solat. Lalu Baginda bersabda: Sesungguhnya perbuatan
tertidur itu tidak melampau, yang melampau ialah tidak menunaikan solat
semasa jaga. Oleh itu, apabila seseorang kamu terlupa atau tertidur daripada
menunaikan solat hendaklah dia mengqadakannya apabila dia ingat.‰

(b) Pendapat Abu Daud dan Ibn Hazm al-Zahiri


Abu Daud dan Ibn Hazm dari mazhab al-Zahiriyah berpendapat bahawa
mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, malah solat yang didirikan
sebagai ganti itu tidak sah. Hujah pendapat ini terdapat dalam Surah
al-Ma`un, ayat 4 dan 5:

َ ُ َ َ ُ َ َّ َ ‫ل ّل ِۡل ُم َص ّل‬ٞ ‫فَ َو ۡي‬


٥ ‫ِين ه ۡم عن َص ت ِ ِه ۡم َساهون‬
‫ ٱل‬٤ ‫ِي‬

Maksudnya:
„Kecelakaan bagi orang-orang yang solat yang lalai daripada solat mereka.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  31

2.7.2 Hukum Mengqada Solat kerana Pengsan atau


Koma
Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum mengqada solat bagi orang
pengsan (tidak dapat menunaikan solat semasa pengsan).

(a) Pendapat Jumhur


Mengikut jumhur fuqaha yang terdiri daripada mazhab Maliki, Syafii,
Zahiriyyah dan Syiah, orang yang pengsan tidak diwajibkan mengqada solat
yang ditinggalkan semasa pengsan atau koma. Hanya solat yang tidak
ditunaikan selepas sedar daripada pengsan wajib diqada. Hujah mereka
ialah seperti yang berikut yang bermaksud:

„Dengan mengkiaskan orang pengsan atau koma sama dengan orang gila,
atas dasar kedua-duanya adalah sakit yang menyebabkan hilang akal. Para
fuqaha sepakat mengatakan bahawa orang gila tidak wajib mengqada solat.
Maka begitulah juga orang pengsan, tidak wajib mengqada solatnya, sama
seperti orang gila.‰

(b) Pendapat Mazhab Hambali


Mazhab Hambali berpendapat orang pengsan atau koma wajib mengqada
solatnya yang ditinggalkan sama ada kerana pengsan lama atau sekejap.
Hujahnya ialah seperti yang berikut yang bermaksud:
„Dengan mengqiaskan keadaan pengsan dengan tidur, atas dasar
kedua-duanya tidak menggugurkan kewajipan berpuasa dan tidak boleh
dijadikan wali. Meninggalkan solat disebabkan tidur diwajibkan mengqada
solat, maka begitulah juga meninggalkan solat disebabkan pengsan, kerana
`illah kedua-dua kes ini adalah sama.‰

(c) Pendapat Mazhab Hanafi


Manakala mazhab Hanafi pula berpendapat, orang pengsan atau koma
dalam masa sehari semalam atau dalam tempoh lima waktu solat atau
kurang daripada itu adalah diwajibkan mengqada solat yang ditinggalkan.
Sekiranya pengsan lebih daripada sehari semalam, dia tidak diwajibkan
mengqada solatnya. Hujahnya ialah maksud (dengan berpegang kepada tiga
athar sahabat) yang berikut:

(i) Athar yang diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib. Diriwayatkan
bahawa sewaktu Ali pengsan atau pitam selama empat waktu solat, dia
mengqada semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh dia pengsan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 SOLAT FARDU

(ii) Ibn Umar meriwayatkan bahawa seseorang yang pengsan sehari


semalam, dia boleh mengqada solatnya; dan

(iii) Diriwayatkan daripada Nafi` bahawa Ibn Umar pengsan selama satu
bulan, dia tidak mengqada solat yang ditinggalkan dalam tempoh itu.

2.8 RUKUN SOLAT


Lazimnya, apabila anda menunaikan sesuatu kewajipan fardu mesti ada beberapa
rukun yang perlu anda sempurnakan. Jika satu sahaja daripada rukun itu tidak
dilakukan, kewajipan fardu yang anda lakukan tidak dikira sah. Anda perlu
mengulanginya dengan melakukan semua rukun tersebut. Begitu juga
keadaannya semasa anda menunaikan solat fardu lima waktu. Mengikut jumhur
fuqaha, solat fardu ada 13 rukun. Tanpa satu daripadanya, semua rukun solat
yang didirikan tidak dikira sah. Yang berikut adalah huraian lanjut 13 rukun
tersebut:

(a) Niat
Rukun pertama adalah niat. Niat dari segi istilah syarak ialah berazam
melakukan sesuatu berserta dengan perbuatan. Maksudnya, anda berhasrat
untuk melakukan sesuatu lalu anda terus melakukannya. Jika anda
berhasrat melakukan sesuatu tetapi anda tidak terus melakukannya, ia
bukan dipanggil niat.

Mengikut mazhab Syafii, niat solat lima waktu hendaklah mengandungi tiga
unsur, iaitu niat melakukan solat fardu (disebut ‫ )ﻗﺼﺪ‬, dan melakukan solat
terbabit (disebut ‫ )ﺗﻌﺮﺽ‬dan menentukan jenis solat yang ingin didirikan
(disebut ‫)ﺗﻌﻴﻴﻦ‬, contohnya „Aku solat fardu Zuhur‰. Niat ini hendaklah
berlaku serentak semasa menyebut lafaz takbiratul-ihram (‫ )ﷲ ﺃﻛﺒﺮ‬.

Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali berpendapat sah melakukan niat


dahulu sedikit daripada takbiratul-ihram, dengan syarat antara niat dengan
takbir tidak diselangi dengan perbuatan yang asing daripada solat seperti
makan, minum dan bercakap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  33

(b) Kiam (Berdiri Tegak)


Berdiri dalam solat fardu bagi yang mampu adalah rukun. Ini berdasarkan
kepada hadis riwayat Husain bin Umran yang mana beliau telah bertanya
kepada Rasulullah SAW berkaitan penyakit buasir yang dialaminya. Lalu
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

„Solatlah berdiri, sekira engkau tidak mampu berdiri solatlah duduk, sekira
engkau tidak mampu duduk solatlah di atas lambungmu, sekiranya engkau
tidak mampu solatlah melentang.‰

(c) Takbiratul-ihram
Rukun ketiga ialah mengangkat takbiratul-ihram. Dalil bahawa takbiratul-ihram
merupakan rukun solat ialah:

(i) Firman Allah SWT dalam Surah al-Mudathir, ayat 3:

َ َ َ َّ َ َ
ّۡ‫ك‬
٣‫ب‬ِ ‫وربك ف‬

Maksudnya:
„dan tuhanmu maka bertakbirlah‰.

(ii) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Pembukaan solat ialah bersuci, iharam solat ialah takbiratul-ihram


dan akhir solat ialah salam.‰

Mengikut jumhur fuqaha, lafaz takbir yang diamalkan Rasulullah SAW


semasa takbiratul-ihram ialah Allahu Akbar (‫)ﷲ ﺃﻛﺒﺮ‬. Bagaimanapun,
mengikut pendapat mazhab Syafii, sah menyebut semasa takbiratul-ihram
dengan lafaz Allahu Akbar (‫ ) ﷲ ﺃﻛﺒﺮ‬atau Allahu al-Akbar (‫) ﷲ ﺍﻷﻛﺒﺮ‬.

(d) Membaca Surah al-Fatihah


Rukun keempat ialah membaca Surah al-Fatihah. Namun fuqaha khilaf
dalam kes ini. Mazhab Syafii, Hambali dan Maliki berpendapat wajib
membaca Surah al-Fatihah semasa kiam. Ini berdasarkan hadis Rasulullah
SAW:

‫ﺻ َﻼةَ ﻟِ َﻤ ْﻦ َﱂْ ﻳَـ ْﻘَﺮأْ ﺑﻔﺎﲢﺔ اﻟﻜﺘﺎب‬


َ ‫َﻻ‬
Maksudnya:
‰Tiada solat (tidak sah) bagi mereka yang tidak membaca Surah Fatihah.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 SOLAT FARDU

Mazhab Hanafi tidak membataskan kepada Surah al-Fatihah sahaja. Yang


wajib dibaca semasa kiam ialah tiga ayat pendek daripada sebarang surah
al-Quran atau satu ayat panjang yang menyamai tiga ayat pendek. Hujah
mereka ialah dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20:

ُۡ َ َّ َ‫فَٱ ۡق َر ُءوا ْ َما تَي‬


ۚ ِ ‫س م َِن ٱلق ۡر َء‬
‫ان‬

Maksudnya:
‰Kamu bacalah apa-apa ayat yang mudah bagi kamu daripada
al-Quran.‰

Surah al-Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat solat, sama ada solat fardu
atau sunat. Ini adalah pandangan mazhab Syafii dan Maliki. Bagi mazhab
Hambali dan Hanafi, mereka berpendapat bacaan Surah al-Fatihah
diwajibkan dalam dua rakaat yang pertama sahaja. Bagi dua rakaat
seterusnya, kita mempunyai pilihan sama ada membacanya atau tidak
membacanya, yakni mendiamkan diri sahaja.

(e) Rukuk
Rukun kelima ialah rukuk. Rukuk adalah fardu bagi setiap solat melainkan
solat jenazah. Dalilnya ialah hadis riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:

„Rukuklah sehingga tamakninah‰ (berhenti sekejap).

Bagi orang yang solat berdiri sekurang-kurangnya rukuk ialah dengan


membongkokkan kepala dan meletak kedua-dua tangan di atas kepala lutut.
Rukuk yang paling sempurna ialah membongkok dengan menyamakan
kepala, belakang dan papan punggung serta membuka jari jemari.

(f) Iktidal Selepas Rukuk


Rukun keenam ialah iktidal, iaitu bangun daripada rukuk sehingga berdiri
tegak. Dalil iktidal selepas rukuk sebagai rukun solat terdapat dalam hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang
yang tersalah melakukan solat yang maksudnya:

„Kemudian bangkitlah daripada rukuk sehingga engkau berdiri tegak.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  35

(g) Sujud
Sujud dilakukan dua kali pada setiap rakaat, sebagaimana dinyatakan hadis
riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW mengajar seseorang
melakukan solat dengan bersabda yang maksudnya:

„Kemudian sujudlah sehingga tamakninah (berhenti sebentar) kemudian


bangkit daripada sujud sehingga tamakninah dalam keadaan duduk,
kemudian sujudlah sehingga tamakninah dalam keadaan sujud, kemudian
buatlah seumpama ini semuanya dalam solatmu.‰

Cara sujud ialah dengan meletakkan dua lutut dan dua tapak tangan ke
lantai, kemudian meletakkan dahi di tempat sujud di antara dua tangan,
serta sebahagian daripada tapak kaki termasuk hujung jari kaki. Dengan ini
jelas bahawa anggota sujud ada tujuh, iaitu dua lutut, dua tapak tangan, dahi
dan hujung jari dua kaki.

(h) Duduk antara Dua Sujud


Duduk antara dua sujud wajib pada setiap rakaat solat. Dalilnya ialah sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Kemudian bangkit daripada sujud sehingga tamakninah dalam keadaan


duduk.‰

(i) Duduk Tasyahud Akhir

(j) Membaca Tasyahud ketika Duduk pada Rakaat Terakhir Solat

(k) Membaca Selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW Selepas Membaca


Tasyahud Akhir

(l) Mengucap Salam Pertama


Dalil mengucap salam pertama terdapat dalam hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:

„Pembukaan solat ialah bersuci, iharamnya ialah takbiratul-ihram dan


tahallilnya ialah mengucap salam.‰

(m) Tertib
Maksud tertib ialah melakukan solat mengikut susunan yang telah diajarkan
oleh Rasulullah SAW iaitu bermula dengan niat dan takbiratul-ihram
sehingga berakhir dengan mengucap salam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 SOLAT FARDU

2.9 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT


Adalah tidak sempurna jika kita mengetahui cara melakukan solat tetapi tidak
mengetahui perkara yang membatalkan solat. Malah, terdapat segelintir orang
Islam yang melakukan solat setiap hari tetapi solatnya tidak sah. Ini disebabkan
sewaktu bersolat, dia melakukan perkara yang membatalkan solat tanpa disedari,
seperti bergerak dengan banyak atau menyebut perkara lain yang bukan bacaan
solat.

Terdapat enam perkara yang membatalkan solat seperti yang berikut:

(a) Bercakap-cakap dengan Sengaja


Bercakap dengan sengaja dalam solat, hukumnya haram dan membatalkan
solat. Dalilnya ialah hadis riwayat Zaid bin Arqam r.a. yang bermaksud:

„Kami bercakap-cakap semasa solat dengan seseorang di sebelah kami


sehinggalah turun firman Allah: ÂJagalah solat-solat kamu dan solat wusta
dan kamu dirikanlah (solat) kerana Allah dengan penuh ketaatan.Ê Lalu kami
diperintahkan supaya diam dan kami ditegah daripada bercakap (dalam
solat).‰

Batas percakapan yang membatalkan solat ialah perkataan yang tersusun


dua huruf walaupun tidak difahami atau satu huruf yang boleh difahami.
Contohnya berdehem, suara kesakitan, menangis. Inilah yang banyak
berlaku dalam masyarakat Islam di negara kita, iaitu ramai yang suka
berdehem-dehem semasa sedang solat.

Para fuqaha tidak sependapat menentukan hukum berdehem dalam solat.


Mengikut mazhab Syafii dan Hanafi berdehem tanpa darurat dan hajat yang
sahih adalah membatalkan solat. Walaupun begitu, sekiranya berdehem
kerana keuzuran atau kesakitan atau ada tujuan sahih ia tidak membatalkan
solat. Bagi mazhab Maliki pula, berdehem dalam solat tidak membatalkan
solat selagi tidak melakukannya dengan tujuan bermain-main atau
bersenda.

Menangis atau ketawa dalam solat tidak batal kecuali apabila zahir dua
huruf atau satu huruf yang boleh difahami. Menangis teresak-esak dalam
solat kerana mengingati atau memahami ayat yang dibaca dalam solat
berkaitan syurga, neraka dan kisah orang munafik dan sebagainya tidak
membatalkan solat. Sebaliknya, menangis kerana hal dunia sehingga
terkeluar dua huruf membatalkan solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  37

(b) Makan dan Minum


Makan dan minum dengan sengaja dalam solat, sekalipun sedikit,
membatalkan solat. Makan dan minum dengan tidak sengaja membatalkan
solat dengan syarat makanan yang ditelan itu sebesar biji bijan. Sekiranya
ditelan saki baki makanan yang terlekat di gigi sedikit sahaja dan ditelan
dengan air liur tanpa niat untuk makan tidak membatalkan solat.

(c) Pergerakan yang Banyak


Kadar pergerakan yang membatalkan solat bagi mazhab Syafii ialah tiga kali
gerak berturut-turut atau yang seumpamanya seperti melompat, selagi
pergerakan itu tidak termasuk dalam perbuatan solat dan bukan untuk
mempertahankan diri.

Menambah perbuatan dalam solat dengan perbuatan yang memang


dilakukan dalam solat, seperti rukuk dengan terlupa tidak membatalkan
solat tetapi hendaklah melakukan sujud sahwi. Begitu juga mendukung atau
menggendong anak ketika solat, ia tidak termasuk dalam pergerakan yang
membatalkan solat. Ini berdasarkan kepada hadis yang mana Rasulullah
SAW mendukung atau menggendong cucu perempuannya, anak kepada
Abi al-`As. Apabila Baginda sujud, cucunya diletakkan dan apabila Baginda
berdiri cucunya diangkat semula oleh Baginda.

(d) Berpaling dari Menghadap Kiblat


Maksud berpaling dari menghadap kiblat mengikut mazhab Syafii ialah
dada seseorang yang sedang solat berpaling dari arah kiblat.

(e) Tidak Sempurna Syarat atau Rukun


Tidak sempurna mana-mana syarat atau mana-mana rukun solat boleh
membatalkan solat. Contohnya terbuka aurat dengan sengaja semasa solat
atau pakaian terkena najis semasa solat.

(f) Beberapa Kelonggaran


Ada beberapa kelonggaran yang diberikan syarak semasa solat. Contohnya
seorang yang solat dengan menggunakan isyarat kepala sebagai ganti rukuk
kerana sakit, tiba-tiba kesakitannya hilang dan boleh melakukan rukuk
dalam rakaat yang berikutnya tanpa menggunakan isyarat lagi. Dalam
keadaan ini, solatnya dikira batal sekiranya dia meneruskan solatnya dengan
isyarat. Bagi mazhab Hanafi, dia hendaklah memulakan solat dengan
takbiratul-ihram yang lain. Bagi jumhur fuqaha pula, dia tidak perlu
memulakan solat sekali lagi, malah dia boleh meneruskan solatnya dengan
melakukan rukuk dengan sempurna tanpa menggunakan isyarat dan
solatnya adalah sah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 SOLAT FARDU

2.10 PERKARA SUNAT SOLAT


Apakah maksud perkara sunat solat? Maksud perkara sunat ialah amalan yang
baik yang dianjurkan kepada kita melakukannya sama ada sebelum solat, semasa
atau selepas solat. Melakukan perkara sunat ini akan mendapat pahala dari Allah
SWT dan menjadikan solat kita lebih elok dan sempurna.

Perkara sunat solat terbahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas solat
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Tiga perkara sunat solat

Tiga perkara sunat solat ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  39

2.10.1 Perkara Sunat Sebelum Solat


Perkara sunat sebelum solat ada tiga iaitu:
(a) Azan;
(b) Iqamat; dan
(c) Meletakkan hadang (satrah).
Sebelum mendirikan solat, sunat meletakkan penghadang atau satrah antara
diri orang yang bersolat dengan kiblat. Ini berdasarkan hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud:

„Janganlah kamu solat kecuali menghadap kepada penghadang dan jangan


kamu biarkan seseorang melintas di hadapan kamu ⁄. „
(Riwayat Muslim)

Contohnya menjadikan dinding, sejadah, kotak atau apa-apa yang boleh


dijadikan penghadang antara orang solat dengan orang yang melintas di
hadapannya. Maksudnya, orang yang melintas di hadapannya mestilah
melintas di sebalik benda yang diletakkan di hadapannya sebagai
penghadang.

2.10.2 Perkara Sunat Semasa Solat


Perkara sunat yang dilakukan semasa solat terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Sunat Ab`ad (‫) ﺃﺑﻌﺎﺽ‬


Apakah yang dimaksudkan dengan sunat abÊad? Sunat abÊad ialah perkara
atau amalan yang menuntut kita melakukannya semasa kita sedang bersolat.
Namun demikian, jika meninggalkannya tidaklah menyebabkan solat itu
batal.

Sunat ab`ad ada lima perkara iaitu:

(i) Membaca tasyahud awal. Dalilnya ialah sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:
„Apabila engkau duduk di pertengahan solat hendaklah engkau
duduk dalam keadaan tamakninah dan iftirasy paha kiri engkau
kemudian membaca tasyahud.‰

(ii) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas membaca tasyahud


awal.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
40  TOPIK 2 SOLAT FARDU

(iii) Duduk untuk membaca tasyahud awal.

(iv) Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad SAW selepas membaca


tasyahud akhir.

(v) Membaca doa qunut ketika iktidal dalam rakaat kedua solat Subuh,
pada akhir rakaat solat Witir dan ketika iktidal dalam rakaat akhir
mana-mana solat untuk Qunut Nazilah. Dalilnya hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Anas r.a.,
„Bahawa Anas telah ditanya, ÂApakah Nabi melakukan qunut subuh?Ê
Anas menjawab maksudnya, ÂYa.Ê Beliau ditanya lagi, ÂAdakah
Baginda qunut sebelum rukuk?Ê Anas menjawab maksudnya, ÂTidak
lama selepas rukuk.ʉ

(b) Sunat Haiaat (‫)ﻫﻴﺌﺎﺕ‬


Apakah pula yang dimaksudkan dengan sunat haiaat? Sunat haiaat ialah
perkara sunat yang dianjurkan kepada kita untuk melakukannya semasa
solat dan tahap tuntutannya adalah lebih rendah dibandingkan dengan
sunat abÊad.

Sunat haiaat ada 15 perkara iaitu:

(i) Mengangkat dua tangan ketika takbiratul-ihram, ketika rukuk dan


bangkit daripada rukuk.
Dalilnya; Ibn Umar r.a. meriwayatkan maksudnya:
„Aku melihat Nabi Muhammd SAW memulakan takbir dalam solat
dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga setentang dengan
dua bahunya dan apabila Baginda bertakbir untuk melakukan rukuk,
Baginda melakukan dengan cara yang sama. Apabila Baginda
menyebut (‫ )ﺳﻤﻊ ﷲ ﻟﻤﻦ ﺣﻤﺪﻩ‬Baginda mengangkat tangannya dengan
cara yang sama dan berkata (‫) ﺭﺑﻨﺎ ﻟﻚ ﺍﻟﺤﻤﺪ‬.‰

(ii) Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri semasa kiam.

(iii) Melihat ke tempat sujud.

(iv) Membaca doa iftitah selepas takbiratul-ihram.

(v) Membaca al-ta`awudz (‫ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ‬ ‫ )ﺃﻋﻮﺫ ﺑﺎﻪﻠﻟ ﻣﻦ‬sebelum membaca


basmalah dan Surah al-Fatihah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  41

(vi) Membaca Surah al-Fatihah dan surah lain dengan nyaring pada tempat
yang disunatkan nyaring dan membacanya perlahan pada tempat
yang disunatkan perlahan.

(vii) Menyebut „Amin‰ setelah selesai membaca Surah al-Fatihah.


(viii) Membaca mana-mana surah daripada al-Quran selepas membaca
Surah al-Fatihah.
Disunatkan membaca surah daripada al-Quran dalam dua rakaat
pertama sahaja bagi setiap solat.

(ix) Melafazkan takbir setiap kali perpindahan rukun.

(x) Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.

(xi) Meletakkan dua tangan di atas dua paha ketika duduk tasyahud awal
dan akhir dengan menggenggam jejari tangan kanan, meluruskan jejari
tangan kiri dan mengangkat jari telunjuk semasa tasyahud.

(xii) Duduk tawaruk semasa tasyahud akhir dan duduk iftirasy pada
tempat yang lain.

(xiii) Duduk iftirasy; melipatkan kaki kiri dan menghulurkan sedikit ke


sebelah kanan, kemudian duduk di atasnya. Melipatkan kaki kanan
yang lurus selari dengan paha kanan dan mengeluarkannya sedikit
dari bawah paha. Mendirikan tapak kaki kanan dan melipatkan jari-
jari kaki kanan.

(xiv) Membaca selawat ke atas Nabi Ibrahim a.s. dan membaca doa selepas
tasyahud akhir.

(xv) Mengucap salam yang kedua.


Dalilnya ialah hadis riwayat Ibn Masud, bahawa Raulullah SAW
mengucap salam ke sebelah kanan dan sebelah kiri sehingga nampak
putih pipinya sambil berkata: (‫)ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﷲ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 SOLAT FARDU

2.10.3 Perkara Sunat Selepas Solat


Membaca istighfar, zikir dan doa.

Dalilnya ialah hadis riwayat Muslim yang menjelaskan apabila Rasulullah SAW
selesai solat, Baginda membaca istighfar tiga kali dan membaca:

ِْ ‫اﳉَ َﻼ ِل َو‬
‫اﻹ ْﻛَﺮِام‬ ْ ‫ﺖ ﻳَﺎ َذا‬ َ ‫ﺖ اﻟ ﱠﺴ َﻼ ُم َوِﻣْﻨ‬
َ ‫ ﺗَـﺒَ َﺎرْﻛ‬،‫ﻚ اﻟ ﱠﺴ َﻼ ُم‬ َ ْ‫اﻟﻠﻬ ﱠﻢ أَﻧ‬
ُ
Dalil kedua ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Tidak kecewa orang yang berkata pada akhir setiap solat fardu 33 tasbih dan
33 tahmid dan 33 takbir. Semuanya itu 99 dan digenapkan 100 dengan

‫ﺤ ْﻤ ُﺪ َﻭﻫُ َﻮ ﻋَﻠَﻰ ُﻛ ِّﻞ َﺷ ْﻲ ٍﺀ َﻗﺪِﻳ ٌﺮ‬


َ ‫ﻚ َﻭَﻟﻪُ ﺍْﻟ‬ َ ‫ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﱠﻻ ﺍﻟَﻠّ ُﻪ َﻭ ْﺣ َﺪﻩُ ﻻَ َﺷﺮِﻳ‬
ُ ‫ﻚ َﻟﻪُ َﻟﻪُ ﺍْﻟ ُﻤ ْﻠ‬

SEMAK KENDIRI 2.2


1. Adakah bercakap dan ketawa dikira membatalkan solat?

2. Sebutkan tiga daripada sunat haiaat.

3. Menurut mazhab Hanafi, pengsan lebih daripada sehari semalam


tidak wajib qada solat. Jika pengsan sehari semalam atau kurang
wajib qada solat. Apakah hujahnya?

4. Dalam isu niat solat, mana satu yang anda pilih; pendapat Syafii atau
Hanafi? Berikan sebab anda.

2.11 SUJUD SAHWI, TILAWAH DAN SYUKUR


Sujud merupakan satu amalan baik yang sunat kita lakukan pada masa-masa
tertentu. Hukumnya adalah sunat dan syarat melakukannya adalah sama seperti
solat; perlu ada wuduk, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  43

Ada tiga bentuk sujud sunat yang boleh kita lakukan iaitu:
(a) Sujud sahwi;
(b) Sujud syukur; dan
(c) Sujud tilawah.

2.11.1 Sujud Sahwi


Sahwi dari segi bahasa bererti lupa sesuatu. Dari segi syarak, sahwi ialah
kecacatan yang berlaku semasa solat dengan sengaja atau lupa. Sujud sahwi ialah
sujud yang dilakukan kerana berlaku kecacatan dalam solat, sama ada kerana
terlupa atau lain-lain.

(a) Hukum Sujud Sahwi


Mazhab Syafii berpendapat hukum sujud sahwi adalah sunat. Sekiranya
sujud sahwi tidak dilakukan, solat tidak batal. Dalilnya ialah hadis riwayat
Abu Hurairah r.a., yang menyatakan Rasulullah SAW mendirikan solat
Zuhur dan Asar bersama mereka, kemudian Baginda memberi salam pada
rakaat kedua. Lalu Dzu al-Yadain bertanya kepada Baginda, adakah solat
diqasarkan atau Baginda lupa? Baginda menjelaskan bahawa solat tidak
diqasarkan dan Baginda juga tidak lupa. Baginda lalu menambah solat dua
rakaat lagi, kemudian melakukan sujud dua kali.

(b) Sebab Sujud Sahwi Dilakukan


Mengikut mazhab Syafii ada dua iaitu:

(i) Menambah Sifat Solat


Ia berlaku dalam dua bentuk:

 Menambah Perkataan
Contohnya memberi salam pada tempat tidak sepatutnya memberi
salam atau terlupa berkata-kata ketika solat. Dalam keadaan seperti
ini, sujud sahwi sunat dilakukan.

 Menambah Perbuatan

 Melakukan perbuatan yang tidak membatalkan solat walaupun


dengan sengaja seperti berpaling atau melangkah selangkah.
Dalam keadaan seperti ini, sujud sahwi tidak perlu dilakukan
sekalipun ia dilakukan dengan sengaja. Dalilnya ialah hadis
fi`liyah yang mana Rasulullah SAW mendukung cucunya
Umamah ketika solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 SOLAT FARDU

 Melakukan sesuatu yang membatalkan solat seperti menyebut


sesuatu yang bukan bacaan solat dengan terlupa.

 Menambah bilangan rakaat atau rukun solat seperti solat Zuhur


lima rakaat atau rukuk dua kali dalam satu rakaat. Dalam
keadaan seperti ini sujud sahwi sunat dilakukan.

 Ragu-ragu bilangan rakaat. Bila seseorang meragui bilangan


rakaat solatnya, dia mestilah mengambil bilangan yang kurang
dan menyempurnakan yang baki kemudian selepas itu
melakukan sujud sahwi.

(ii) Mengurangkan Sifat Solat


Mengurangkan sifat solat maksudnya tidak melakukan perkara sunat
muakad, tidak melakukan sunat tidak muakad atau tidak melakukan
perkara fardu.

Seseorang yang terlupa melakukan perkara fardu seperti sujud atau


rukuk; sekiranya dia teringat sebelum memberi salam, beliau
hendaklah melakukan semula rukuk atau sujud yang ditinggal itu.
Kemudian, selepas membaca tasyahud, dia disunatkan melakukan
sujud sahwi.

Sekiranya dia teringat selepas memberi salam dan dalam tempoh masa
yang tidak lama dan dia belum melakukan sesuatu yang membatalkan
solat, dia hendaklah melakukan perbuatan rukuk atau sujud yang
ditinggalkan dan melakukan rakaat selepas perbuatan yang dia lupa
melakukannya kemudian melakukan sujud sahwi.

Seseorang yang terlupa melakukan sunat muakad, seperti tasyahud


awal atau qunut, beliau disunatkan melakukan sujud sahwi.

Seseorang yang terlupa melakukan sunat tidak muakad, seperti


mengucap takbir, mengangkat kedua-dua tangan semasa takbir
berpindah rukun, sujud sahwi tidak perlu dilakukan.

(c) Cara Sujud Sahwi


Sujud sahwi ialah dua kali sujud dengan niat sujud sahwi. Ia dilakukan pada
akhir solat iaitu selepas tasyahud akhir dan sebelum memberi salam,
kemudian barulah memberi salam. Bacaan semasa sujud sahwi ialah:

‫ُﺳْﺒ َﺤﺎ َن َﻣ ْﻦ ﻻَ ﻳَـﻨَ ُﺎم َوﻻَﻳَ ْﺴ ُﻬ ْﻮ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  45

2.11.2 Sujud Syukur


Sujud syukur ialah sujud satu kali seperti sujud tilawah. Ia dilakukan apabila
mendapat nikmat atau terselamat daripada musibah atau bencana. Ia dilakukan
di luar solat.

Dalil pensyariatan sujud syukur ialah hadis riwayat Abu Bakrah r.a. bahawa
apabila sesuatu perkhabaran gembira sampai kepada Rasulullah SAW, Baginda
melakukan sujud syukur kepada Allah SWT.

(a) Hukum Sujud Syukur


Menurut mazhab Syafii, melakukan sujud syukur adalah sunat. Sujud
syukur tidak boleh dilakukan semasa solat. Bagi mazhab Hanafi dan Maliki,
sujud syukur kerana nikmat adalah makruh, kerana nikmat Allah terlalu
banyak untuk dihitung. Bagaimanapun, ia adalah satu pengorbanan demi
mendekatkan diri kepada Allah dan diberi pahala.

(b) Syarat Sujud Syukur


Syarat sujud syukur sama seperti syarat sujud tilawah, iaitu suci daripada
hadas, menutup aurat dan menghadap kiblat. Cara melakukannya ialah
dengan bertakbiratul-ihram kemudian sujud sekali lepas itu memberi salam.
Ia dilakukan di luar solat.

2.11.3 Sujud Tilawah


Maksud sujud tilawah ialah melakukan satu kali sujud apabila membaca atau
mendengar ayat sajdah.

(a) Hukum Sujud Tilawah


Hukum sujud tilawah adalah sunat bagi orang yang membaca ayat sajdah,
dalam atau luar solat. Ia juga disunatkan bagi mereka yang mendengar ayat
sajdah di luar solat. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan Ibn Umar r.a.
yang bermaksud:

„Rasulullah SAW membacakan kepada kami satu surah yang mengandungi


ayat sajdah. Baginda sujud dan kami pun sujud sehingga kami meletak dahi
di tempat sujud.‰

Terdapat 14 ayat sajdah dalam al-Quran. Ayat ini terdapat dalam Surah
al-`Araf, al-Ra`d, al-Nahl, al-IsraÊ, Maryam, al-Haj (dua dalam surah ini),
al-Furqan, al-Naml, Alif Lam Tanzil (Surah Sajdah), Hamim al-Sajdah,
al-Najm, al-Insyiqaq dan al-`Alaq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 SOLAT FARDU

(b) Cara Sujud Tilawah


Jika imam dalam solat jemaah membaca ayat sajdah, makmum hendaklah
sujud mengikut imam dan menyempurnakan rukun lain seperti biasa
selepas sujud. Sekiranya seseorang membaca ayat sajdah atau
mendengarnya di luar solat dan dia ingin melakukan sujud tilawah, dia
mestilah berkeadaan suci daripada najis, menghadap kiblat dan menutup
aurat, kemudian bertakbiratul-ihram dengan mengangkat tangan kemudian
sujud satu kali seperti sujud dalam solat dan kemudian memberi salam.

 Dalam bahasa Arab, solat bererti doa. Dari segi istilah syarak, solat bererti
perbuatan dan perkataan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan
salam dengan syarat tertentu.

 Dalil syarak yang berkaitan dengan pensyariatan solat ialah al-Quran, sunnah
dan ijmak umat Islam. Hukumnya ialah wajib.

 Syarat wajib solat ada lima iaitu Islam, berakal, suci, sampai seruan, baligh dan
mampu.

 Syarat sah solat ada enam iaitu suci daripada hadas, mumaiyiz, mengetahui
peraturan solat, mengetahui masuk waktu solat, menutup aurat dan
menghadap kiblat.

 Solat fardu ialah Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Syariat Islam telah
menentukan masa permulaan dan akhir bagi semua waktu tersebut.
Contohnya waktu masuk solat Zuhur ialah apabila matahari gelincir ke
sebelah barat.

 Mengikut mazhab Syafii, status makruh mendirikan solat ada dua iaitu
makruh tahrim dan makruh tanzih.

 Para fuqaha sependapat mengatakan orang yang terlupa dan tertidur lalu
tidak mendirikan solat mereka wajib mengqada solat yang tertinggal itu pada
masa lain.

 Mengikut jumhur fuqaha, solat fardu ada 13 rukun. Tanpa satu daripadanya,
semua solat yang didirikan tidak dikira sah. Antaranya ialah niat, kiam,
takbiratul-ihram, membaca Surah al-Fatihah dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 SOLAT FARDU  47

 Ada enam perkara yang membatalkan solat. Antaranya ialah bercakap dengan
sengaja dalam solat, makan dan minum dengan sengaja dalam solat,
pergerakan yang banyak dan lain-lain.

 Perkara sunat ialah amalan baik yang dianjurkan kepada kita melakukannya
sama ada sebelum, semasa atau selepas solat. Antaranya ialah azan, iqamat,
meletakkan penghadang, sunat ab'ad, sunat haiaat, istighfar, zikir dan doa.

 Ada tiga bentuk sujud yang sunat dilakukan iaitu sujud sahwi, sujud syukur
dan sujud tilawah.

Dosa meninggalkan solat Sujud tilawah


Istighfar Sunat abÊad
Makruh tahrim Sunat haiaat
Makruh tanzih Sunat solat
Qada solat Waktu yang dilarang solat
Sujud sahwi Zikir selepas solat
Sujud syukur

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1). Kaherah, Mesir: Maktabah Dar
al-Turath.

Al-Zuhaili. (1997). Al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik, Syria:


Dar al-Fikr.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam


al-SyafiÊi. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Solat Jemaah
3
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud solat jemaah dan cara pelaksanaannya;
2. Menghuraikan hikmah dan hukum solat jemaah; dan
3. Membezakan syarat imam dengan makmum dalam solat jemaah.

 PENGENALAN
Topik ini akan menyentuh maksud, hikmah dan hukum solat Jemaah. Topik ini
turut membincangkan syarat dan keutamaan menjadi imam. Akhir sekali, topik
ini akan menghuraikan syarat makmum dengan lebih mendalam.

3.1 MAKSUD SOLAT JEMAAH


Solat jemaah merupakan satu medium pertemuan yang dapat mengeratkan
hubungan ahli qariah. Oleh sebab itu, fiqh ibadat sangat menekankan amalan solat
jemaah. Apakah yang dimaksudkan dengan solat jemaah? Solat jemaah ialah solat
yang dilakukan oleh imam dan makmum. Ia terhasil apabila solat diimamkan oleh
seorang imam dan diikuti oleh seorang makmum.

Dalil pensyariatannya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a. yang bermaksud:

„Bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, solat berjemaah lebih afdal daripada
solat bersendirian sebanyak 25 darjat.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOLAT JEMAAH  49

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda
yang maksudnya:

„Solat berjemaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat.‰

AKTIVITI 3.1
Buat satu kumpulan seragam lima hingga 10 orang. Kemudian, buat kajian
melalui pemerhatian dan kaji selidik untuk mengenal pasti sejauh
manakah kefahaman dan amalan masyarakat di kawasan tempat tinggal
anda tentang solat jemaah.

Kongsikan hasil kajian anda dalam forum dalam talian myINSPIRE.

3.2 HIKMAH SOLAT JEMAAH


Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sahaja. Segala perkara yang
diperintahkan ada kebaikannya pada diri hamba itu sendiri. Di samping itu,
segala larangan pasti jua ada hikmahnya. Begitulah juga dengan solat secara
berjemaah, ia mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Antara hikmah solat
jemaah ialah:

(a) Menzahirkan Syiar Islam


Untuk menzahirkan syiar Islam di mana sahaja umat Islam berada. Dengan
berkumandangnya azan yang mengajak manusia membesarkan Allah,
menunaikan kewajipan yang difardukan syiar Islam bergema sebanyak lima
kali sehari.

(b) Perpaduan Umat Islam


Berfungsi menyatupadukan umat Islam supaya mereka dapat
berkenal-kenalan, beramah mesra dan bekerjasama untuk kebaikan ummah
berdasarkan persaudaraan Islam.

(c) Melahirkan Umat yang Berdisplin


Membentuk umat Islam yang berdisiplin dan mematuhi apa yang telah
ditetapkan sebagaimana yang terdapat dalam peraturan dan hukum
makmum mengikut imam dalam solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

(d) Semua Sama di Sisi Islam


Menanam dasar persamaan yang sejati kerana dalam solat berjemaah di masjid,
surau atau di mana sahaja, tidak ada taraf tinggi atau rendah. Semua orang sama
sahaja. Sesiapa yang datang awal, disunatkan mengambil tempat di saf hadapan,
manakala sesiapa yang datang lewat pula duduk di saf yang akhir.

(e) Arah dan Tujuan yang Sama


Menyatukan arah dan tujuan segala amal dalam kehidupan bagi mencapai
keredaan Allah SWT di akhirat, sebagaimana yang terdapat dalam perintah
berkiblat ke arah Baitullah.

(f) Latihan Mematuhi Ketua


Melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi ketua sebab makmum wajib
mematuhi imam selagi dia tidak melakukan kesilapan.

3.3 HUKUM SOLAT BERJEMAAH


Para fuqaha sependapat berjemaah adalah syarat sah solat jemaah. Namun
demikian, mereka tidak sependapat mengenai hukum berjemaah bagi solat lima
waktu. Pendapat tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Mazhab Hambali


Mengikut mazhab Hambali, berjemaah bagi solat lima waktu adalah fardu
ain tetapi tidak menjadi syarat sah solat. Hujahnya ialah berdasarkan hadis
riwayat Amru bin Ummu Maktum yang bermaksud:

„Wahai Rasulullah engkau tidak mengetahui keadaan aku yang tidak ada
pembawa sedangkan di antara rumah aku dan masjid banyak pokok tamar,
aku tidak mampu untuk mendapat pemandu setiap masa. Baginda berkata:
Adakah engkau mendengar laungan azan? Jawab Amru, ya. Baginda
berkata lagi: Hendaklah engkau datang solat, walaupun dalam keadaan
merangkak-rangkak.‰

(b) Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii


Kebanyakan fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii berpendapat solat
berjemaah adalah fardu kifayah. Apabila sesetengah ahli qariah
melaksanakan jemaah, gugurlah dosa yang tidak melaksanakannya. Hujah
mereka ialah hadis riwayat Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda
maksudnya:

„Solat berjemaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOLAT JEMAAH  51

(c) Jumhur Fuqaha


Mengikut jumhur fuqaha pula, solat jemaah adalah sunat muakkadah bagi
lelaki. Mereka juga berhujah dengan hadis sebagaimana disebut sebelum ini.

3.4 SYARAT IMAM


Fiqh ibadat Islam telah menentukan beberapa syarat yang membolehkan
seseorang mengimamkan solat. Tidak semua orang layak mengimamkan solat.
Syarat tersebut ialah:

(a) Muslim
Seseorang yang bukan beragama Islam tidak layak mengimamkan solat.
Tidak sah solat berimamkan seorang kafir, malah solat yang dilakukan orang
kafir tidak sah.

(b) Berakal dan Baligh


Berakal ialah bukan gila atau mabuk. Seseorang dikira berakal apabila dia
sedar apa yang dilakukan atau dikatakannya. Baligh ialah sampai umur
seorang kanak-kanak menjadi mukalaf. Tanda sampai umur baligh ialah
genap umur 15 tahun atau keluar mani. Kedua-dua tanda ini dikongsi sama
antara lelaki dan perempuan. Tanda ketiga pula khusus bagi perempuan
iaitu mengalami pendarahan haid pada usia sembilan tahun ke atas.

Berdasarkan syarat ini, solat tidak sah jika berimamkan seorang yang gila
atau mabuk. Berimamkan kanak-kanak yang belum mumaiyiz juga tidak
sah. Namun, fuqaha khilaf dalam kes orang yang telah baligh berimamkan
kanak-kanak yang telah mumaiyiz. Jumhur fuqaha berpendapat tidak sah.
Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali r.a. yang
bermaksud:

„Kalam diangkat daripada tiga golongan: Orang gila sehingga dia sembuh,
orang tidur sehingga dia jaga dan kanak-kanak sehingga dia baligh.‰

Namun demikian, mengikut mazhab Syafii, orang baligh sah berimamkan


kanak-kanak mumaiyiz. Alasan yang mereka kemukakan bagi pendapat ini
ialah hadis riwayat Amru bin Salamah yang bermaksud:

„Aku mengimamkan (orang ramai) pada zaman Rasulullah SAW ketika itu
aku kanak-kanak berumur tujuh tahun.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

(c) Lelaki
Wanita tidak sah mengimamkan kaum lelaki dan khunsa. Ini berdasarkan
hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

„Wanita tidak boleh mengimamkan lelaki.‰

Namun demikian wanita dibolehkan mengimamkan wanita.

(d) Seorang yang Fasih al-Lisan


Seorang yang baik bacannya khususnya ayat al-Quran (Surah al-Fatihah).

(e) Sempurna Syarat Sah Solat


Maksudnya, semasa mengimamkan solat, imam mestilah menyempurnakan
semua perkara yang menjadi syarat sah solat. Sekiranya berlaku sebarang
kekurangan pada syarat sah solatnya, dua keadaan akan berlaku:

(i) Sekiranya imam solat dalam keadaan berhadas, sedangkan makmum


mengetahui keadaan imam tersebut berhadas, kedua-dua solat makmum
dan solat imam adalah terbatal kerana imam bersolat dalam keadaan tidak
suci daripada hadas yang menjadi salah satu syarat sah solat.

(ii) Sekiranya makmum tidak mengetahui imam tersebut dalam keadaan


berhadas, solat makmum tidak terbatal. Namun demikian, solat imam
tidak sah atas alasan dia tidak suci daripada hadas.

(f) Sejahtera daripada Sebarang Keuzuran


Ini bermakna bebas daripada penyakit seperti salas al-baul (kencing tak
lawas) dan perempuan dalam keadaan istihadah.

Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat, orang yang sempurna sihatnya


tidak sah berimamkan orang yang uzur. Namun, makmum yang uzur sah
berimamkan imam yang mengalami keuzuran yang sama jenis dengan
keuzurannya. Mazhab Syafii dan Maliki pula berpendapat sebaliknya iaitu
bagi mereka orang yang sihat sah berimamkan orang yang uzur. Contohnya,
orang sihat berimamkan imam yang mengalami penyakit kencing tak lawas.

(g) Adil Bukan Fasik


Adil ialah meletakkan sesuatu yang kena pada tempatnya. Fasik pula
bermaksud melakukan dosa besar dan sikap suka menonjolkan dosa dan
maksiat yang dilakukannya. Syarat ini hanya diwajibkan kepada mazhab
Hambali sahaja, sedangkan jumhur fuqaha tidak mensyaratkannya. Jumhur
fuqaha berpendapat, solat berimamkan seorang yang fasik adalah sah tetapi
dianggap makruh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOLAT JEMAAH  53

3.4.1 Keutamaan untuk Menjadi Imam


Islam menganjurkan supaya umatnya mendirikan solat secara berjemaah. Untuk
merealisasikan ibadat ini, kita memerlukan imam dan makmum. Terdapat
beberapa buah hadis Nabi Muhammad SAW yang memberi panduan dalam
memilih seseorang untuk menjadi imam, lebih-lebih lagi bagi jemaah yang ramai
seperti di surau, masjid dan sebagainya. Bagi masjid besar, seperti masjid daerah
atau masjid negeri, tentulah memerlukan seseorang yang lebih ilmunya untuk
menjadi seorang imam.

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW ada menyebut beberapa kriteria
seseorang yang layak untuk menjadi imam.

،ً‫ ﻓَِﺈ ْن َﻛﺎﻧُﻮا ِﰲ اﻟ ﱡﺴﻨ ِﱠﺔ َﺳ َﻮاء‬،‫َﻋﻠَ ُﻤ ُﻬ ْﻢ ﺑِﺎﻟ ﱡﺴﻨ ِﱠﺔ‬ ِ ِ ِ َ‫ﻳـ ُﺆﱡم اﻟْ َﻘﻮم أَﻗْـﺮُؤُﻫﻢ ﻟِ ِﻜﺘ‬
ِ ‫ﺎب‬
ْ ‫ ﻓَﺄ‬،ً‫ ﻓَِﺈ ْن َﻛﺎﻧُﻮا ِﰲ اﻟْﻘَﺮاءَة َﺳ َﻮاء‬،‫اﷲ‬ ْ َ َْ َ
‫ رواﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬- ،‫ ﻓَﺄَﻗْ َﺪ ُﻣ ُﻬ ْﻢ ِﺳ ْﻠ ًﻤﺎ‬،ً‫ ﻓَِﺈ ْن َﻛﺎﻧُﻮا ِﰲ ا ْﳍِ ْﺠَﺮِة َﺳ َﻮاء‬،ً‫ﻓَﺄَﻗْ َﺪ ُﻣ ُﻬ ْﻢ ِﻫ ْﺠَﺮة‬

ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ‫ﻳـ ُﺆﱡم اﻟْ َﻘﻮم أَﻗْـﺮُؤُﻫﻢ ﻟِ ِﻜﺘ‬


ِ ‫ﺎب‬
ِ ْ ‫ ﻓَِﺈ ْن َﻛﺎﻧُﻮا ِﰲ اﻟْﻘَﺮاءَة َﺳ َﻮاءً ﻓَﺄ‬،‫اﷲ‬
ً‫ ﻓَﺈ ْن َﻛﺎﻧُﻮا ﰲ اﻟ ﱡﺴﻨﱠﺔ َﺳ َﻮاء‬،‫َﻋﻠَ ُﻤ ُﻬ ْﻢ ﺑﺎﻟ ﱡﺴﻨﱠﺔ‬ ْ َ َْ َ
ِ ِ ِ
‫ ﻓَِﺈ ْن َﻛﺎﻧُﻮا ِﰲ ا ْﳍ ْﺠَﺮِة َﺳ َﻮاءً ﻓَﺄَ ْﻛﺒَـ ُﺮُﻫ ْﻢ ﺳﻨًّﺎ – رواﻩ أﲪﺪ‬،‫ﻓَﺄَﻗْ َﺪ ُﻣ ُﻬ ْﻢ ﻫ ْﺠَﺮًة‬
Maksudnya:
„Yang lebih layak menjadi imam bagi sesuatu kaum (jemaah) ialah yang lebih baik
bacaan Qurannya (lebih banyak hafaz Quran). Jika pada jemaah itu ada orang lain
yang sama baik bacaan Qurannya, maka pilihlah yang lebih faham sunnah. Jika
ada orang yang sama-sama baik fahaman sunnahnya, maka pilihlah yang lebih
dahulu hijrah. Jika ada pada jemaah itu sama-sama hijrah, maka pilihlah yang
lebih tua umurnya...‰
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, kita faham bahawa orang yang lebih layak menjadi imam
ialah yang lebih baik bacaan al-Qurannya. Dalam bahasa Arab, kalimah (‫)ﺃﻗﺮﺅﻫﻢ‬
berasal daripada kalimah (‫ )ﺃﻗﺮﺃ‬iaitu isim tafdhil yang bererti lebih bacaan. Ia boleh
bermaksud lebih baik bacaannya, lebih banyak hafaz al-Quran, lebih banyak
membaca al-Quran, lebih faham al-Quran dan lebih banyak mengamalkan ajaran
al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

Orang yang menghafaz al-Quran memang banyak membaca al-Quran kerana ia


mengulang-ulang bacaan supaya ingat dan tidak lupa. Oleh sebab banyak
membacanya, maka akan lebih baik sebutan huruf-huruf dan ayat al-Qurannya.
Demikian juga orang yang memahami maksud al-Quran, tentulah dia banyak
mengamalkan ajaran al-Quran.

Kalau ada di tempat itu orang yang sama hebat bacaan dan fahaman al-Qurannya,
maka pada masa itu kita disuruh pilih orang mempunyai ilmu hadis atau sunnah
iaitu orang yang menghafaz sunnah dan faham maksudnya serta beramal
dengannya. Jika ada dua orang yang serupa dan sama-sama alim dalam al-Quran
dan sunnah, maka kita disuruh pula pilih yang lebih dahulu berhijrah. Kalau
semuanya sama-sama berilmu al-Quran dan hadis serta sama-sama berhijrah,
maka barulah pilih yang lebih tua umurnya.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, hijrah itu bermaksud orang yang lebih
dahulu hijrah dari Mekah ke Madinah. Pada zaman ini, hijrah tidak bermaksud
hijrah dari Mekah ke Madinah, sebaliknya ia bermaksud hijrah sikap. Misalnya
hijrah dari perangai yang buruk kepada yang baik; hijrah dari suka melakukan
dosa kepada gemar berbuat kebajikan; atau hijrah dari suka berada di tempat-
tempat yang lagha ke masjid. Kefahaman ini adalah berdasarkan kepada sabda
Nabi Muhammad SAW yang menyatakan siapakah yang dimaksudkan dengan
orang yang berhijrah (muhajir):

‫ﻋ ْﻨﻪُ – ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ‬ ‫ﺎﺟ ُﺮ َﻣ ْﻦ َﻫ َﺠ َﺮ َﻣﺎ ﻧَ َﻬﻰ ﱠ‬


َ ُ‫ﻪﻠﻟﺍﺍ‬ ِ ‫ﺍﻟ ُﻤ َﻬ‬
Maksudnya:
„Hijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.‰
(Riwayat al-Bukhari)

Adapun syarat orang yang lebih umur bukanlah syarat yang utama dalam hal ini,
sebaliknya, ia adalah yang keempat dalam senarai hadis tersebut. Justeru, anda
sebagai seorang yang terpelajar haruslah memahami konsep ini dengan jelas
supaya anda dapat menyelesaikan pertikaian yang berlaku dalam masyarakat
anda berkaitan dengan pemilihan imam.

AKTIVITI 3.2
Buat pemerhatian dalam masyarakat tempat tinggal anda dan cuba
selidik sama ada perlantikan imam di situ mengikut maksud hadis
yang dibincangkan tadi atau tidak. Jika tidak, mengapakah keadaan
ini berlaku? Kongsikan jawapan anda dengan rakan melalui forum
dalam talian myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOLAT JEMAAH  55

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Fuqaha khilaf dalam isu wajib atau tidak solat jemaah lima waktu
ke atas mukalaf. Huraikan pendapat-pendapat tersebut dengan
mengemukakan hujah masing-masing.

2. Pernah berlaku polemik mengenai isu wanita menjadi imam solat


jemaah. Huraikan pendapat fuqaha dalam isu ini dengan
mengemukakan hujah masing-masing.

3.5 SYARAT MAKMUM


Yang berikut adalah syarat makmum atau syarat bagi mengikut imam iaitu:

(a) Makmum Berniat Solat Jemaah atau Berniat Mengikut Imam


Niat tersebut disyaratkan berserta dengan takbiratul-ihram. Bagi imam, niat
menjadi imam tidak diwajibkan. Malah digalakkan sahaja untuk mendapat
fadilat jemaah. Sekiranya seseorang tidak berniat menjadi imam, solat
tersebut sah tetapi imam tidak mendapat fadilat jemaah.

(b) Solat Makmum Hendaklah Sejajar dengan Solat Imam


Imam mestilah lebih sempurna syaratnya untuk memastikan kesejajaran
solat makmum dengan solat imam berlaku. Para fuqaha khilaf dalam
menentukan maksud kesejajaran solat makmum dengan solat imam.
Menurut mazhab Hanafi, sejajar ialah keadaan yang membolehkan
makmum mengikut solat yang diniatkan imam. Maksudnya, niat imam
sama dengan niat makmum, kalau imam berniat melakukan solat Zuhur,
makmum juga mesti berniat melakukan solat Zuhur. Mazhab Maliki pula
mentafsirkan sejajar dengan kesejajaran pada zat atau kelakuan solat dan
kesejajaran sama ada tunai atau qada. Manakala mazhab Hambali pula
berpendapat sejajar bermaksud kesejajaran pada waktu dan nama solat.
Maksudnya, kalau imam melakukan solat dalam waktu Zuhur maka
solatnya adalah solat Zuhur. Oleh itu, makmum juga mesti melakukan
perkara yang sama iaitu menunaikan solat Zuhur.

Mazhab Syafii pula menentukan kesejajaran antara solat imam dengan solat
makmum ialah kesejajaran pada peraturan solat imam dan solat makmum.
Berdasarkan tafsiran ini, sekiranya tidak berlaku persamaan peraturan
antara solat imam dengan solat makmum, maka solat jemaah tidak sah.
Sebagai contoh, imam melakukan solat sunat gerhana dengan khutbahnya
sekali, makmum pula berniat melakukan solat fardu, solat jemaah dikira

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

tidak sah. Contoh ini tidak sama dengan kes sekiranya imam melakukan
solat sunat biasa yang tidak berbeza dengan solat fardu, makmum pula
berniat melakukan solat fardu, solat jemaah dikira sah. Ini kerana dalam kes
pertama peraturan melakukan solat gerhana yang ada khutbah tidak sama
dengan melakukan solat fardu yang tiada khutbah. Oleh itu, solat jemaah
dikira tidak sah. Sedangkan dalam kes kedua, peraturan solat sunat yang
dilakukan imam adalah sama dan tidak berbeza dengan solat fardu yang
dilakukan makmum. Oleh itu solat jemaah dikira sah.

Selain daripada itu, jumhur fuqaha kecuali Imam Maliki berpendapat


kesejajaran juga merangkumi pengetahuan makmum terhadap pergerakan
perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun lain, sama ada dia
mengetahuinya dengan melihat secara langsung pergerakan imam, dengan
dia melihat pergerakan saf di hadapannya, dengan dia mendengar suara
imam, mendengar suara mubaligh atau dengan cara lain yang
membolehkannya mengikuti pergerakan imam.

(c) Mengikut Perbuatan Imam


Maksudnya, makmum melakukan perbuatan solat setelah imam
melakukannya terlebih dahulu. Makmum tidak boleh melakukan sesuatu
rukun serentak dengan imam atau melakukannya terlebih dahulu daripada
imam. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW melarang perbuatan seperti ini.
Sabda Baginda yang maksudnya:

„Jangan kamu mendahului imam dan jangan kamu menyamainya


(melakukan serentak dengannya).‰

Ada beberapa keadaan menyebabkan makmum menyalahi perbuatan imam:

(i) Melakukan Sesuatu Rukun Serentak dengan Imam


Sekiranya makmum melakukan takbiratul-ihram serentak dengan
imam, maka solatnya tidak sah. Walaupun begitu, sekiranya makmum
melakukan mana-mana rukun lain serentak dengan imam, seperti
rukuk, sujud atau memberi salam, solatnya tetap dikira sah, tetapi
makruh dan tidak mendapat fadilat atau keistimewaan solat jemaah.

(ii) Mendahului Perbuatan Imam


Jika makmum mendahului imam pada satu rukun fiÊli, seperti dia
rukuk sebelum imam rukuk dan dia tidak bangkit sehingga imam
rukuk, solat makmum tidak batal, sama ada dia melakukannya dengan
sengaja atau terlupa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOLAT JEMAAH  57

Jika dia mendahului imam pada dua rukun fiÊli atau lebih dengan
sengaja – solatnya dikira batal. Namun, jika dia melakukannya dengan
tidak sengaja, solatnya tidak batal tetapi rakaat tersebut tidak diambil
kira. Oleh itu, dia mestilah menambah satu rakaat lagi selepas imam
memberi salam.

(iii) Tertinggal Perbuatan Imam


Jika makmum tertinggal satu rukun fiÊli yang panjang daripada imam
tanpa keuzuran, maka solatnya tidak batal.

Sebaliknya, jika dia tertinggal dua rukun yang panjang, solatnya batal,
kecuali kerana keuzuran, makmum dibolehkan tertinggal daripada
imam tiga rukun yang panjang, seperti makmum lambat membaca
Surah al-Fatihah sedangkan imam cepat membacanya.

(d) Mengetahui Keadaan Imam Musafir atau Bermukim bagi Musafir yang
Hendak Mengqasarkan Solat
Oleh itu, tidak sah solat orang musafir yang mengqasarkan solatnya
berimamkan orang bermukim.

(e) Imam dan Makmum Mestilah Berhimpun dan Berada pada Satu Tempat
Terdapat tiga keadaan dalam hal ini, iaitu:

(i) Imam dan Makmum berada di dalam Masjid


Jika kedua-duanya berada di dalam masjid, makmum dikira sah
mengikut imam, sama ada dekat atau jauh, diselangi oleh binaan lain
atau tidak seperti diselangi telaga, menara atau sebagainya. Sekiranya
di antara imam dan makmum ada pintu tetapi ia dikunci atau dipaku
atau di antara imam dan makmum ada dinding tembok yang tidak
mempunyai pintu yang membolehkan makmum terus kepada imam,
maka dalam semua keadaan ini makmum tidak sah mengikuti imam.

(ii) Imam Berada di dalam Masjid dan Makmum Berada di luar Masjid
atau Sebaliknya
Sekiranya makmum berada di dalam masjid dan di luar masjid, maka
tidak sah mengikut imam. Disyaratkan jarak di antara imam dan
makmum tidak melebihi 300 hasta dari tepi dinding masjid atau dari
orang yang bersembahyang di luar masjid dan tidak ada dinding di
antara keduanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

(iii) Kedua-duanya Bukan di dalam Masjid


Dalam keadaan ini, imam dan makmum tidak berada di dalam masjid
seperti di padang atau di dalam bangunan lain yang besar. Maka untuk
sah mengikut imam, disyaratkan jarak di antara kedua-duanya tidak
melebihi 300 hasta.

(f) Makmum Dilarang Sama Sekali Menyalahi Perbuatan Imam


Dalam perkara sunat, ia dikira cacat sekiranya makmum menyalahi imam,
seperti sujud tilawah. Makmum wajib mengikut imam dalam mengerjakan
dan meninggalkannya. Jika tidak diikuti, solat makmum dianggap batal.

(g) Makmum Dilarang Mendahului Imam pada Kedudukan Tempat


Sembahyangnya
Jika solat dalam keadaan berdiri, asas pengukur makmum mendahului
imam atau tidak ialah kedudukan tumit. Ertinya, tumit makmum tidak boleh
lebih ke hadapan dari tumit imam. Jika solat dalam keadaan duduk, asas
pengukuran ialah pada dua papan punggung. Ertinya, papan punggung
atau pinggul makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari pinggul imam. Jika
solat dilakukan dalam keadaan berbaring pula, asas pengiraan ialah
kedudukan rusuk. Maksudnya rusuk makmum tidak boleh lebih ke depan
dari rusuk imam. Jika solat dilakukan dalam keadaan terlentang pula, asas
pengiraan ialah kedudukan kepala. Maksudnya kepala makmum tidak
boleh lebih ke hadapan dari kepala imam. Semua kaifiat ini adalah mengikut
pendapat jumhur kecuali mazhab Maliki.

(h) Musafir Berimamkan Orang Bermukim


Dalam kes orang musafir yang ingin melakukan solat penuh (tamam), dia
bolehlah berimamkan orang bermukim, sama ada dia tahu atau tidak solat
apa yang dilakukan oleh imam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SOLAT JEMAAH  59

AKTIVITI 3.3
1. Kasim menjadi imam semasa solat Zuhur dengan Lokman. Selepas
satu rakaat, Ali pula masuk berjemaah. Lakonkan cara Ali masuk
berjemaah (masbuk) dengan Kasim dan Lokman.

2. Minta tutor anda membuat ulasan terhadap pelakuan Ali.

3. Kalau anda masbuk dalam solat Maghrib dan imam baru bangun
daripada tahyat awal, bagaimanakah anda hendak teruskan solat
selepas imam memberi salam?

4. Anda salah seorang daripada ahli jawatankuasa masjid di tempat


anda. Pada suatu hari Jumaat, anda mendengar imam membaca
Surah al-Fatihah dengan tidak tepat sebutan huruf dhod ( ‫) ﺽ‬, ia
berbunyi seperti huruf tho ( ‫) ﻁ‬. Apakah yang patut anda lakukan?

 Solat jemaah ialah solat yang dilakukan oleh imam dan makmum. Ia terhasil
apabila solat diimamkan oleh seorang imam dan diikuti oleh seorang
makmum.

 Terdapat pelbagai hikmah solat jemaah. Antara hikmah solat jemaah ialah
untuk menzahirkan syiar Islam di mana sahaja umat Islam berada,
menyatupadukan umat Islam dengan cara berkenal-kenalan, beramah mesra
dan bekerjasama, menanam dasar persamaan yang sejati dan melatih orang
ramai supaya sentiasa mematuhi ketua.

 Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum berjemaah bagi solat lima
waktu. Sebagai contoh, mengikut mazhab Hambali, berjemaah bagi solat lima
waktu adalah fardu ain tetapi tidak menjadi syarat sah solat manakala
kebanyakan fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii berpendapat solat
berjemaah adalah fardu kifayah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

 Fiqh ibadat Islam telah menentukan syarat tertentu bagi memilih seseorang
menjadi imam solat iaitu Muslim, berakal dan baligh, lelaki, boleh membaca
ayat al-Quran (Surah al-Fatihah) dengan baik, sempurna syarat sah solat,
sejahtera daripada sebarang keuzuran dan adil bukan fasik.

 Bagi makmum pula, antara syarat bagi mereka ialah solat mereka perlu berniat
solat jemaah atau berniat mengikut imam, solat mereka adalah sejajar dengan
solat imam, mengikut perbuatan imam, tidak mendahului imam dan lain-lain
lagi.

Batal Kelebihan solat berjemaah


Hikmah Masbuk
Hukum solat berjemaah Makmum
Imam Syarat
Jarak 300 hasta

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1). Kaherah, Mesir: Maktabah Dar
al-Turath.

Al-Zuhaili. (1997). Al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik, Syria:


Dar al-Fikr.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam


al-SyafiÊi. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Solat Qasar
dan Jamak
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud solat qasar dan dalilnya;
2. Menjelaskan syarat sah solat qasar dan cara melakukannya;
3. Menghuraikan maksud dan dalil solat jamak;
4. Mengenal pasti sebab yang membolehkan solat jamak;
5. Membezakan jamak takdim dan jamak takhir; dan
6. Merumuskan cara solat bagi orang sakit.

 PENGENALAN
Syariat Islam bukanlah suatu yang payah dilaksanakan, malah setiap insan
mampu melaksanakannya. Setiap kewajipan yang ditaklifkan tidaklah
memberatkan. Jika ada yang berat, ada pula cara lain untuk meringankannya.
Contohnya solat. Jika ada kesusahan solat dalam perjalanan, maka Allah turunkan
hukum rukhsah untuk memudahkannya. Ini termasuklah hukum solat qasar dan
jamak bagi orang yang musafir. Mari sama-sama kita bincangkan cara hendak
melakukan solat qasar dan jamak.

4.1 SOLAT QASAR


Pernahkah anda menjadi musafir atau mengembara dalam perjalanan yang jauh
dan menghadapi keadaan sukar untuk menunaikan solat dengan sempurna
rakaatnya? Syariat Islam adalah mudah, antaranya ialah anda boleh melakukan
solat dengan tidak menyempurnakan rakaatnya dengan disyariatkan hukum
qasar solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek, lawan kepada panjang. Dari segi
istilah, qasar bererti memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat.
Menurut al-Zuhaili (1997), qasar bermaksud meringkaskan solat empat rakaat
kepada dua rakaat.

Qasar dikhususkan kepada solat yang empat rakaat sahaja iaitu Zuhur, Asar dan
Isyak. Manakala Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

4.1.1 Dalil Pensyariatan Solat Qasar


Solat qasar disyariatkan berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis yang
berikut:

(a) Dalil al-Quran:

ُ ۡ َ ۡ ۡ َ َّ َ ْ ُ ُ ۡ َ َ ٌ َ ُ ۡ ُ ۡ َ َ َ ۡ َ َ َۡ
َ َ ‫َذا‬
‫لصل ٰوة ِ إِن خِف ُت ۡم أن َيفت ِ َنك ُم‬‫ۡرض فليس عليكم جناح أن تقصوا مِن ٱ‬ ِ ‫ض ۡب ُت ۡم ِف ٱل‬
ُ َ ْ ُ َ َ ٰ َ ۡ َّ ْ ٓۚ ُ َ َ َ َّ
ٗ ‫ك ۡم َع ُد ّٗوا ُّمب‬
١٠١ ‫ينا‬ِ ‫ٱلِين كفروا إِن ٱلكفِ ِرين كنوا ل‬

Maksudnya:
„Apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidak berdosa
memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.‰
(Surah al-NisaÊ, 4:101)

(b) Hadis riwayat YaÊla bin Umayyah r.a., maksudnya:

„Aku berkata kepada Umar bin al-Khatab bahawa Allah berfirman: Tidak
berdosa memendekkan solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir.
Bagaimanakah pula bila manusia berada dalam keamanan? Maka beliau
berkata: Persoalan yang kamu kemukakan itu juga menjadi pertanyaan bagi
aku, maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW. Baginda menjawab: Itu
merupakan sedekah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kamu, maka
terimalah sedekah-Nya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK  63

AKTIVITI 4.1
1. Sila buat lawatan ke mana-mana hospital yang mudah bagi anda
dan buat pemerhatian secara rawak. Adakah ada pesakit yang
menjamakkan solat mereka atas alasan proses rawatan mereka tidak
mengizinkan mereka mengambil wuduk pada setiap waktu?

2. Sila buat tinjauan secara rawak sejauh mana penumpang bas


perjalanan jarak jauh mengqasarkan solat Zuhur dan Asar atau solat
Maghrib dan Isyak.

4.1.2 Syarat Sah Solat Qasar


Yang berikut adalah syarat sah solat qasar iaitu:

(a) Jarak Perjalanan


Jarak perjalanan ialah dua marhalah bersamaan dengan 48 batu Baghdad
atau 88 kilometer. Manakala perbatuan di Malaysia menyamai 58 batu
bersamaan 92 kilometer.

(b) Niat Musafir


Syarat niat musafir ialah musafir perjalanan dua marhalah atau lebih.
Sekiranya niat musafir itu kurang daripada dua marhalah, maka dia tidak
boleh mengqasarkan solat.

(c) Musafir yang Diharuskan


Jika seseorang itu bermusafir kerana perkara yang haram seperti musafir
kerana merompak atau melakukan kezaliman, maka dia tidak boleh
mengqasarkan solat.

(d) Tempat Memulakan Solat Qasar


Boleh memulakan solat qasar setelah keluar dari sempadan kawasan
perumahan tempat tinggal untuk meneruskan musafir. Ini bererti tidak
boleh mengqasarkan solat di rumah, walaupun sudah berniat musafir
kerana belum meneruskan perjalanan.

(e) Imam Solat Qasar


Orang musafir tidak boleh berimamkan orang bermukim atau orang yang
solat tamam (sempurna) sekiranya dia hendak mengqasarkan solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Beri ulasan anda tentang perbezaan definisi qasar dari sudut
bahasa dan istilah.

2. Sewaktu anda musafir, bilakah dan di manakah anda boleh


memulakan solat qasar?

4.1.3 Pelaksanaan Solat Qasar


Bilakah seseorang boleh memulakan solat qasar? Mengikut jumhur fuqaha, solat
qasar boleh dimulakan setelah seseorang yang berniat musafir sejauh dua
marhalah telah keluar dari kawasan persempadanan tempat tinggalnya.
Perjalanan sejauh itu mengikut uruf dianggap telah musafir walaupun belum
sampai perjalanannya sebanyak dua marhalah. Ini berdasarkan hadis riwayat
Anas r.a. yang maksudnya:

„Aku solat Zuhur bersama dengan Rasulullah SAW di Madinah empat rakaat dan
aku solat Asar bersama Rasulullah SAW di Dhi al-Hulaifah sebanyak dua rakaat.‰

Bilakah solat qasar tidak sah dilakukan? Orang musafir tidak sah melakukan solat
qasar dalam keadaan yang berikut:

(a) Niat Bermukim


Mengikut mazhab Shafii, Maliki dan Hambali, seandainya seseorang
musafir berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama empat hari atau
lebih, dia tidak boleh menunaikan solat qasar apabila sampai di tempat itu
kerana dia telah dikira sebagai orang mukim. Dia hanya boleh
mengqasarkan solat dalam perjalanan pergi dan balik sahaja. Bagi mazhab
Hanafi, seseorang musafir yang berniat untuk tinggal selama 15 hari atau
lebih, dia tidak boleh mengqasarkan solatnya kecuali dalam perjalanan pergi
dan balik tetapi sekiranya berniat untuk tinggal kurang dari tempoh
tersebut, dia boleh mengqasarkan solatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK  65

(b) Kembali ke Tempat Tinggal


Apabila seseorang musafir pulang dari perjalanan dan sampai ke kawasan
tempat tinggalnya, dia tidak sah mengqasarkan solat kerana tidak dikira
musafir lagi.

Musafir untuk menjalankan tugas atau urusan yang tidak diketahui


tempohnya, dia hanya boleh mengqasarkan solat selama 17 atau 18 hari
sahaja. Untuk hari selebihnya, dia tidak boleh mengqasarkan solat. Ini
adalah pendapat mazhab Syafii.

(c) Orang Bermukim Berimamkan Musafir


Fuqaha sependapat mengatakan orang bermukim boleh berimamkan
musafir yang mengqasarkan solatnya, tetapi orang bermukim hendaklah
menyempurnakan baki dua rakaat solatnya selepas imam musafir itu
memberi salam. Ini berdasarkan hadis Imran bin Hussin yang
meriwayatkan:

َ‫ ﻓﺄﻗﺎم ﲟﻜﺔ ﲦﺎﱐَ ﻋﺸﺮة‬،‫اﻟﻔﺘﺢ‬


َ ‫وﺷﻬﺪت ﻣﻌﻪ‬ ُ - ‫ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬- ‫ﻏﺰوت ﻣﻊ رﺳﻮل اﷲ‬ ُ
"‫ ﻓﺈﻧﺎ َﺳ ْﻔٌﺮ‬،ً‫ﺻﻠﱡﻮا أرﺑﻌﺎ‬ ِ
َ ،‫أﻫﻞ اﻟﺒﻠﺪ‬
َ ‫ "ﻳﺎ‬:‫ ﻳﻘﻮل‬،‫( ﻟﻴﻠﺔً ﻻ ﻳُﺼﻠّﻲ إﻻ رﻛﻌﺘﲔ‬1)
Maksudnya:
„Aku telah berperang bersama-sama Rasulullah SAW dan saya juga turut
serta dalam peperangan al-Fath (Fathu Makkah). Baginda tinggal di Makkah
selama 18 malam. Baginda tidak menunaikan solat kecuali dua rakaat dan
bersabda: Wahai penduduk setempat (Mekah), solatlah empat (rakaat)
sesungguhnya kami orang musafir‰.
(Riwayat Abu Daud)

(d) Musafir Berimamkan Orang Bermukim


Fuqaha sepakat mengatakan orang musafir boleh berimamkan orang
bermukim dengan syarat dia mestilah melakukan solat tamam (penuh)
bukan mengqasar solatnya. Sekiranya dia mengqasar juga solatnya, maka
solatnya itu tidak sah. Hukum ini diasaskan kepada sebuah hadis yang
diriwayatkan Ibn Abbas r.a. sewaktu dia ditanya tentang orang musafir yang
solat sendirian dua rakaat (qasar) dan solat empat rakaat (tamam) apabila
dia berimamkan orang bermukim. Ibn Abbas r.a. menjawab yang
maksudnya:

„Kaedah itu adalah sunnah.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

SEMAK KENDIRI 4.2


1. Bilakah solat qasar anda dikira sah dan tidak sah dan bilakah solat
qasar tidak sah dilakukan?

2. Bolehkah orang bermukim berimamkan musafir dan sebaliknya


dan bagaimanakah kaedahnya?

4.2 SOLAT JAMAK


Dapatkah anda membayangkan seorang pakar bedah yang terpaksa meneruskan
operasi pembedahan ke atas pesakit yang melewati dua waktu solat tanpa henti?
Bagaimanakah dia dapat melakukan solatnya? Syariat Islam tidak menyusahkan
seseorang dalam keadaan sebegini atau yang seumpama dengannya. Selain
daripada keadaan musafir, syariat Islam juga membenarkan solat dijamak atas
sebab tertentu.

Apakah maksud solat jamak? Jamak dari segi bahasa bermaksud menggabungkan
sesuatu dengan merapatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain.
Menurut istilah syarak, solat jamak ialah menghimpunkan atau menggabungkan
dua solat dalam satu waktu – sama ada solat Zuhur dengan Asar atau solat
Maghrib dengan Isyak. Ia boleh dilakukan dalam waktu pertama (jamak takdim)
atau dilakukan pada waktu kedua (jamak takhir). Namun solat Subuh tidak boleh
dijamakkan.

AKTIVITI 4.2
Sila rujuk kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, tulisan Wahbah
al-Zuhaili. Nukilkan pendapat mazhab mengenai jarak boleh
mengqasar solat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK  67

4.2.1 Dalil Pensyariatan Solat Jamak


Pensyariatan solat jamak adalah berdasarkan hadis yang berikut:

(a) Ibn Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menghimpunkan


solat Zuhur dan Asar, dan Maghrib dan Isyak apabila Baginda bermusafir.

‫ إِ َذا َﻛﺎ َن َﻋﻠَﻰ ﻇَ ْﻬ ِﺮ َﺳ ٍْﲑ‬،‫ﺼ ِﺮ‬ ِ ‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ َﳚﻤﻊ ﺑـﲔ‬
َ ‫ﺻﻼَة اﻟﻈﱡ ْﻬ ِﺮ َو‬
ْ ‫اﻟﻌ‬ َ ََْ ُ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ ‫َﻛﺎ َن َر ُﺳ‬
‫ﲔ اﳌ ْﻐ ِﺮ ِب َواﻟﻌِ َﺸ ِﺎء‬ ‫وَﳚﻤﻊ ﺑـ‬
َ َ َْ ُ َ ْ َ
Maksudnya:
„Rasulullah SAW menjamak antara solat Zuhur dan Asar sewaktu dia
dalam perjalanan dan menjamakkan antara Maghrib dan Isyak.‰
(Riwayat al-Bukhari)

(b) Muaz r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW semasa dalam
peperangan Tabuk, apabila Baginda bertolak sebelum matahari meninggi,
Baginda mentakhirkan solat Zuhur sehingga Baginda menghimpunkannya
dalam waktu Asar. Dengan kata lain, Baginda menunaikan kedua-duanya
sekali. Apabila Baginda bertolak sebelum Maghrib, Baginda mentakhirkan
solat Maghrib sehingga Baginda menunaikan solat Maghrib bersama dengan
solat Isyak. Apabila Baginda bertolak selepas Maghrib, Baginda
mempercepatkan solat Isyak. Baginda solat Isyak bersama solat Maghrib.

َ ُ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َﻛﺎ َن ِﰲ َﻏ ْﺰَوِة ﺗَـﺒ‬


‫ﻮك إِ َذا ْارَﲢَ َﻞ ﻗَـْﺒ َﻞ َزﻳْ ِﻎ‬ ٍ
َ ‫ﱠﱯ‬ ‫َﻋ ْﻦ ُﻣ َﻌﺎذ رﺿﻰ اﷲ ﻋﻨﻪ " أَ ﱠن اﻟﻨِ ﱠ‬
ِ ِ
‫ﺻﻠﱠﻰ‬ َ ‫ﺲ‬ ِ ‫ﱠﻤ‬ ْ ‫ َوإ َذا ْارَﲢَ َﻞ ﺑَـ ْﻌ َﺪ َزﻳْ ِﻎ اﻟﺸ‬،‫ﺼﻠﱢﻴ ِﻬ َﻤﺎ َﲨ ًﻴﻌﺎ‬ َ ُ‫ﺼ ِﺮ ﻳ‬ْ ‫ﺲ أَ ﱠﺧَﺮ اﻟﻈﱡ ْﻬَﺮ َﺣ ﱠﱴ َْﳚ َﻤ َﻌ َﻬﺎ إِ َﱃ اﻟْ َﻌ‬ ِ ‫ﱠﻤ‬
ْ ‫اﻟﺸ‬
ِ ِ
‫ﺼﻠﱢﻴَـ َﻬﺎ َﻣ َﻊ‬َ ُ‫ب َﺣ ﱠﱴ ﻳ‬ َ ‫ ﰒُﱠ َﺳ َﺎر َوَﻛﺎ َن إِ َذا ْارَﲢَ َﻞ ﻗَـْﺒ َﻞ اﻟْ َﻤ ْﻐ ِﺮب أَ ﱠﺧَﺮ اﻟْ َﻤ ْﻐ ِﺮ‬،‫ﺼَﺮ َﲨ ًﻴﻌﺎ‬ ْ ‫اﻟﻈﱡ ْﻬَﺮ َواﻟْ َﻌ‬
"‫ب‬ ِ ‫ وإِ َذا ارَﲢَﻞ ﺑـ ْﻌ َﺪ اﻟْﻤ ْﻐ ِﺮ ِب َﻋ ﱠﺠﻞ اﻟْﻌِ َﺸﺎء ﻓَﺼ ﱠﻼ َﻫﺎ ﻣﻊ اﻟْﻤ ْﻐ ِﺮ‬،‫اﻟْﻌِ َﺸ ِﺎء‬
َ ََ َ َ َ َ ََ ْ َ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

Maksudnya:
„Daripada Muaz r.a. bahawa Rasulullah SAW sewaktu berada dalam
peperangan Tabuk, sekiranya Baginda berangkat sebelum naik matahari,
Baginda melewatkan solat Zuhur dan menjamakkannya dengan Asar dan
menjamakkan kedua-duanya. Sekiranya Baginda bertolak selepas gelincir
matahari, Baginda solat jamak Zuhur dan Asar, kemudian Baginda
meneruskan perjalanan. Sekiranya Baginda bertolak sebelum Maghrib,
Baginda mengawalkan solat Isyak dan menjamaknya dengan waktu
Maghrib.‰
(Riwayat Ahmad)

4.2.2 Sebab Membolehkan Solat Jamak


Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa solat jamak dibolehkan antara solat
Zuhur dan Asar, dan Maghrib dan Isyak sama ada jamak takdim atau jamak
takhir. Faktor yang membolehkan solat jamak antaranya ialah:

(a) Jamak Solat Semasa di Arafah dan Muzdalifah


Mengikut mazhab Hanafi, solat jamak hanya boleh dilakukan semasa di
Arafah iaitu solat jamak takdim antara Zuhur dan Asar dan di Muzdalifah
jamak takhir antara Maghrib dan Isyak. Begitu juga pandangan ketiga-tiga
mazhab. Bagi mazhab Hanafi, `illah yang membolehkan jamak solat di
Arafah dan di Muzdalifah ialah al-nusuk (mengerjakan haji). Manakala
jumhur fuqaha yang terdiri daripada Maliki, Hambali dan Syafii
berpendapat, `illah jamak di Arafah dan Muzdalifah adalah kerana al-Safar
(musafir) bukan kerana al-nusuk.

(b) Jamak Kerana Hujan atau Salji


Jamak solat kerana hujan diharuskan kerana Nabi Muhammad SAW
menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak pada malam hujan. Mengikut
mazhab Syafii, solat jamak kerana hujan diharuskan antara Zuhur dan Asar,
dan Maghrib dan Isyak jamak takdim sahaja. Syaratnya ialah hujan turun
semasa takbiratul-ihram solat pertama hingga doa iftitah solat yang kedua.
Solat dilakukan di masjid, bukan di rumah.

(c) Jamak Kerana Sakit


Fuqaha mazhab Hambali dan fuqaha Syafii yang terdiri daripada Abu
Sulaiman al-Khatabi, al-Qadi Husin dan al-Mutawali berpendapat harus
menghimpunkan solat, sama ada takdim atau takhir kerana keuzuran sakit.
Mereka berpendapat kesukaran kerana sakit lebih kuat daripada kesukaran
kerana hujan. Bagi mazhab Hambali, solat jamak juga dibolehkan bagi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK  69

mereka dalam keuzuran dan ketakutan seperti wanita istihadah. Orang yang
tidak lawas kencing atau dalam ketakutan menjaga harta diri dan maruah
juga dibolehkan melakukan solat jamak.

(d) Jamak Kerana Keperluan (Hajat)


Mengikut fuqaha Maliki dan fuqaha Syafii seperti al-Qafal al-Syasyi
al-Kabir, Abi Ishaq al-Marwazi dan Ibn al-Munzir berpendapat harus
dijamakkan solat bagi orang tidak musafir kerana keperluan yang terdesak
bukan dalam keadaan biasa. Ini berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas
bahawa Rasulullah SAW menghimpunkan solat Zuhur dan Asar, dan
Maghrib dan Isyak di Madinah bukan kerana takut dan hujan. Ditanyakan
kepada Ibn Abbas, kenapa Baginda berkeadaan demikian. Lalu Ibn Abbas
menjawab, Baginda menghendaki agar tidak menyusahkan umatnya.
Contohnya ialah harus solat jamak bagi doktor dan jururawat yang bertugas
di bilik bedah kerana tugasannya mungkin memakan masa yang lama.

4.2.3 Jamak Takdim dan Pensyaratannya


Syarat solat jamak takdim adalah seperti yang berikut:
(a) Tertib antara kedua-dua solat yang dijamak. Maksudnya memulakan
dengan solat pemilik waktu kemudian diiringi dengan solat yang lain;
(b) Niat menghimpunkan solat kedua dalam solat pertama, sebelum selesai
solat pertama. Bagaimanapun, sunat berniat menghimpun solat dalam
takbiratul-ihram;
(c) Berturut-turut (muwalat) antara solat pertama dan kedua; dan
(d) Berkekalan musafir hingga solat kedua.

4.2.4 Jamak Takhir dan Pensyaratannya


Syarat solat jamak takhir adalah seperti yang berikut:
(a) Hendaklah berniat menghimpunkan solat pertama dalam waktu solat kedua
semasa dalam waktu solat pertama lagi; dan
(b) Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat yang
dihimpunkan. Tertib antara solat yang dihimpun tidak disyaratkan dalam
jamak takhir. Malah, boleh dimulakan pada mana-mana solat yang
dikehendaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

SEMAK KENDIRI 4.3


1. Bilakah seseorang boleh menjamakkan solatnya?

2. Apakah yang dimaksudkan menjamakkan solat kerana hajat


dan kerana berada di Arafah dan Muzdalifah?

3. Apakah maksud jamak takdim dan takhir? Apakah syaratnya?

4.3 SOLAT ORANG SAKIT


Solat lima waktu diwajibkan ke atas orang mukalaf dalam semua keadaan – sihat,
sakit, musafir, tidak musafir, mampu atau lemah, dan aman atau takut. Namun
dalam keadaan keuzuran sakit, Allah SWT memberikan kemudahan (rukhsah)
melakukannya sekadar kemampuan. Keadaan ini berasas kepada hadis Imran bin
Husain yang meriwayatkan:

‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َﻋ ِﻦ‬


َ ‫ﱠﱯ‬‫ﺖ اﻟﻨِ ﱠ‬
ِ
ُ ْ‫ ﻓَ َﺴﺄَﻟ‬،ُ‫ﺖ ِﰊ ﺑَـ َﻮاﺳﲑ‬
ِ ٍ ‫ﻋﻦ ِﻋﻤﺮا َن ﺑ ِﻦ ﺣﺼ‬
ْ َ‫ َﻛﺎﻧ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،ُ‫ﲔ َرﺿ َﻲ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋْﻨﻪ‬ َْ ُ ْ َْ ْ َ
«‫ﺐ‬ ِ ‫ ﻓَِﺈ ْن َﱂ ﺗَﺴﺘَ ِﻄﻊ ﻓَـ َﻘ‬،‫ »ﺻ ﱢﻞ ﻗَﺎﺋِﻤﺎ‬:‫ ﻓَـ َﻘ َﺎل‬،‫ﺼﻼَِة‬
ٍ ‫ ﻓَِﺈ ْن َﱂْ ﺗَﺴﺘَ ِﻄ ْﻊ ﻓَـ َﻌﻠَﻰ َﺟْﻨ‬،‫ﺎﻋ ًﺪا‬ ‫اﻟ ﱠ‬
ْ ْ ْ ْ ً َ
Maksudnya:
„Aku sakit buasir, lalu aku bertanya Nabi Muhammad SAW mengenai solat
(solat orang sakit). Baginda bersabda (berdiri) maka solatlah duduk, sekiranya
engkau tidak mampu (duduk) solatlah mengiring di atas lambung.‰
(Hadis riwayat al-Bukhari)

AKTIVITI 4.4

1. Sila buat pemerhatian di sekurang-kurangnya dua hospital yang


mudah bagi anda. Bagaimanakah pesakit menunaikan solat lima
waktu?

2. Sila buat carian dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji dan al-Fiqh


al-Islami Wa Adillatuhu dan nukilkan perbezaan pendapat antara
Mazhab Syafii dan mazhab lain mengenai solat orang sakit.

Kongsikan jawapan anda dalam forum dalam talian myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK  71

4.3.1 Cara Solat Orang Sakit


Yang berikut adalah cara solat yang boleh dilakukan oleh orang sakit:

(a) Solat Keadaan Duduk


Bagi pesakit yang tidak mampu berdiri hendaklah dia solat dalam keadaan
duduk. Dia melakukan rukuk dan sujud dengan isyarat kepala. Sujud lebih
rendah daripada rukuk bagi pesakit yang tidak mampu sujud di atas lantai.
Dua tangan diletakkan di atas dua lutut semasa rukuk dan diletakkan
kedua-duanya di atas lantai semasa sujud bagi yang mampu sujud di atas
lantai. Merukuk cara duduk adalah bebas mengikut kemampuan
masing-masing. Tiada cara duduk yang lebih baik antara satu sama lain.
Cara solat tersebut berdasarkan kepada hadis dan athar yang berikut:

„Nafi` meriwayatkan, Abdullah bin Umar menyatakan yang maksudnya:


Apabila orang sakit tidak mampu rukuk, isyaratlah dengan kepala.‰

Dalam hadis yang lain pula, beliau berkata maksudnya:

„Isyaratlah (dengan kepala) dan lakukanlah sujud lebih rendah daripada


rukuk.‰

Manakala cara meletak tangan pula didasarkan kepada kenyataan AtaÊ bin
Abi Rabah bahawa solat orang sakit dalam keadaan duduk, keadaan dua
tangannya diletak di atas lutut semasa rukuk dan diletak di atas lantai bagi
pesakit yang mampu sujud di atasnya.

(b) Solat Keadaan Mengiring


Bagi pesakit yang tidak mampu solat berdiri dan duduk dia boleh
melakukan solat dengan cara berbaring di atas rusuk atau lambung
kanannya. Muka dan badannya pula menghadap ke arah kiblat. Caranya
sama seperti kedudukan mayat yang dikebumikan di dalam kubur. Rukuk,
sujud dan lain-lain rukuk dilakukan dengan isyarat kepala. Sujud lebih
rendah daripada rukuk.

(c) Solat Keadaan Telentang


Bagi pesakit yang tidak mampu berdiri dan duduk, dia dibenarkan
melakukan solat dengan cara melentang iaitu berbaring di atas belakang
atau di atas kedua-dua rusuknya. Mukanya menghadap ke arah kiblat
dengan diletakkan sesuatu di bawah kepala yang boleh meninggikannya.
Begitu juga kedua-dua kakinya menghadap ke arah kiblat. Rukuk dan sujud
boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Ini berdasarkan kepada hadis
riwayat Ibn Umar:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

‫ ﻳﺼﻠﻰ ﺍﻟﻤﺮﻳﺾ ﻗﺎﺋﻤﺎ ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﻘﺎﻋﺪﺍ‬:‫ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺒﻰ )ﺹ( ﻗﺎﻝ‬


‫ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﻌﻠﻰ ﻗﻔﺎﻩ ﻳﻮﻣﻲء ﺇﻳﻤﺎء‬
Maksudnya:
„Nabi Muhammad SAW telah bersabda: Orang yang sakit hendaklah solat
dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya
tidak mampu, maka dia hendaklah melentang di atas belakang dia
mengguna isyarat kepalanya.‰
(Riwayat Dar Qutni)

(d) Solat Pesakit yang Tidak Mampu Mengisyaratkan dengan Kepala


Para fuquha tidak sependapat dalam menentukan hukum solat bagi pesakit
yang tidak mampu menggerakkan kepala sebagai isyarat untuk perubahan
rukun solat sebagaimana yang berikut:

(i) Jumhur fuqaha dari mazhab Hanafi berpendapat pesakit yang menghadapi
suasana terlalu sukar untuk menggerakkan kepala telah gugur kefarduan
solat ke atasnya. Mereka berhujah dengan firman Allah:

„Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan


kesanggupannya.‰
(Surah al-Baqarah, 2:286)

(ii) Hadis Ibn Umar meriwayatkan:

‫ ﻳﺼﻠﻰ ﺍﻟﻤﺮﻳﺾ ﻗﺎﺋﻤﺎ ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﻘﺎﻋﺪﺍ‬:‫ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺒﻰ )ﺹ( ﻗﺎﻝ‬


‫ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﻌﻠﻰ ﻗﻔﺎﻩ ﻳﻮﻣﻲء ﺇﻳﻤﺎء ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺴﺘﻄﻊ ﻓﺎ ﻪﻠﻟ ﺗﻌﺎﻟﻰ‬
‫ﺃﻭﻟﻰ ﺑﻘﺒﻮﻝ ﺍﻟﻌﺬﺭ ﻣﻨﻪ‬
Maksudnya:
„Nabi bersabda: Orang yang sakit hendaklah solat berdiri, sekiranya
tidak mampu maka dia boleh duduk, sekiranya dia tidak mampu maka
dia hendaklah solat melentang di atas belakang, dia menggunakan
isyarat kepalanya, sekiranya dia tidak mampu juga maka dia lebih
wajar menerima keuzuran daripada-Nya (Allah).
(Riwayat Ibn Majah)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK  73

(iii) Sesetengah fuqaha mazhab Syafii dan al-Imam al-Ghazali berpendapat


pesakit tersebut wajib solat selagi dia berakal. Dia hendaklah
melaksanakan solat mengikut kemampuan iaitu dengan isyarat mata,
kalau tidak mampu dengan isyarat mata, sebutlah ayat al-Quran dan
zikir dengan lidah, kalau tidak mampu demikian sebutlah dengan hati.
Mereka berhujah dengan firman Allah:
َّ ۡ َ َّ ُّ َ َ
ۚ ‫يُكل ِف ٱ ُ نف ًسا إ ِ ُو ۡس َع َها‬

Maksudnya:
„Bertakwalah kepada Allah sekadar kemampuan kamu.‰
(Surah al-Baqarah, 1:286)

SEMAK KENDIRI 4.4


1. Apakah keadaan pesakit yang membolehkannya menunaikan
solat mengikut kadar yang termampu?

2. Menurut hemat anda, dengan rukhsah yang diberikan ini, adakah


wajar para pesakit di hospital meninggalkan solat mereka dan
apakah pandangan anda terhadap perkara ini?

 Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek lawan kepada panjang. Dari segi
istilah pula, qasar bererti memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua
rakaat. Ia dikhususkan kepada solat yang empat rakaat sahaja iaitu Zuhur,
Asar dan Isyak. Manakala, Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan.

• Dalil bagi solat qasar ialah al-Quran dan hadis. Antaranya ialah Surah al-NisaÊ,
4: 101 dan hadis riwayat YaÊla bin Umayyah.

• Terdapat lima syarat sah solat qasar iaitu jarak perjalanan ialah dua marhalah,
niat bermusafir, musafir yang diharuskan, dimulakan setelah keluar dari
sempadan kawasan tempat tinggal dan tidak boleh berimamkan orang
bermukim atau orang yang solat sempurna jika seseorang hendak
mengqasarkan solatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK

• Mengikut jumhur fuqaha, solat qasar boleh dimulakan setelah seseorang yang
berniat musafir dua marhalah telah keluar dari kawasan persempadanan
tempat tinggalnya.

• Jamak dari segi bahasa bermaksud menggabungkan sesuatu dengan


merapatkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Menurut istilah
syarak, solat jamak ialah menghimpunkan atau menggabung dua solat dalam
satu waktu – sama ada solat Zuhur dengan Asar atau solat Maghrib dengan
Isyak. Ia boleh dilakukan dalam waktu pertama (jamak takdim) atau
dilakukan pada waktu kedua (jamak takhir).

• Dalil bagi solat jamak ialah hadis. Antaranya daripada Ibn Abbas (Riwayat
al-Bukhari) dan Muaz r.a. (Riwayat Abu Daud).

• Antara sebab yang membolehkan solat jamak ialah kerana hujan atau salji,
kerana sakit, kerana keperluan dan lain-lain lagi.

• Terdapat perbezaan antara syarat solat jamak takdim dengan syarat jamak
takhir. Syarat solat jamak takdim ada empat manakala syarat jamak takhir ada
dua.

• Terdapat empat rukhsah bagi orang sakit bersolat. Orang sakit boleh
melakukan solat secara duduk, mengiring, telentang dan jika tidak mampu
tapi masih berakal, dengan isyarat mata.

Bermukim Marhalah
Jamak Musafir
Jamak takhir Qasar
Jamak takdim Rukhsah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SOLAT QASAR DAN JAMAK  75

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1). Kaherah, Mesir: Maktabah Dar
al-Turath.

Al-Zuhaili. (1997). Al-fiqh al-islami wa adillatuhu. Damsyik, Syria:


Dar al-Fikr.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam


al-SyafiÊi. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Solat Jumaat
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dalil dan hikmah solat Jumaat;
2. Menerangkan syarat wajib dan syarat sah serta rukun solat Jumaat;
dan
3. Menyelesaikan permasalahan berkaitan solat Jumaat.

 PENGENALAN
Jika anda mahu menunjukkan kehebatan bangsa, anda perlu menghebahkan ke
seluruh dunia. Jika Ahmad inginkan kehebatan keluarganya diketahui umum, dia
perlu mencanangkan kehebatan itu ke setiap telinga. Begitu juga dengan syariat
Islam, kesempurnaan dalam ajaran yang dibawanya perlu dihebahkan. Terdapat
pelbagai amalan berbentuk syiar dalam syariat Islam yang mencanangkan
kehebatan agama Islam.

Justeru itu, terdapat ibadat yang dilakukan sekali seumur hidup iaitu menunaikan
ibadat haji. Berpuasa dalam bulan Ramadan pula wajib dilaksanakan setahun
sekali, manakala sebulan sekali disunatkan melaksanakan puasa seperti yaum
al-bayadh pada hari ke-13, 14 dan 15 dalam setiap bulan Islam.

Di samping itu, diwajibkan pada semua lelaki Islam yang telah baligh menunaikan
solat Jumaat setiap minggu dan yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam
adalah mendirikan solat lima waktu dalam sehari semalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  77

5.1 DALIL PENSYARIATAN DAN HIKMAH


SOLAT JUMAAT
Solat Jumaat difardukan ke atas Rasulullah SAW dan seluruh umat Islam ketika
Baginda berada di Mekah dan hampir berhijrah ke Madinah. Namun, Baginda tidak
dapat melaksanakan solat Jumaat kerana kedudukan Islam yang belum kukuh lagi.
Di samping itu, keadaan masyarakat ketika itu tidak mengizinkan Baginda untuk
menghimpunkan para sahabatnya untuk menunaikan solat Jumaat.

Solat Jumaat yang pertama dilaksanakan ialah di Madinah dan Asad bin Zurarah
merupakan orang pertama yang menghimpun orang ramai untuk keluar
menunaikan solat Jumaat di Madinah sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke sana.
MusÊab bin Umair ialah orang pertama yang mengimamkan solat Jumaat. MusÊab
terus mengimamkan solat Jumaat di Madinah sehinggalah Baginda berhijrah.
Selepas itu, solat Jumaat diimamkan oleh Rasulullah SAW.

5.1.1 Dalil Pensyariatan Solat Jumaat


Kita akan melihat dalil pensyariatan solat Jumaat. Hukum solat Jumaat adalah
fardu ain. Kefarduannya berasingan daripada solat Zuhur, yakni bukan sebagai
menggantikan solat Zuhur. Solat Jumaat dilakukan sebanyak dua rakaat secara
berjemaah. Dalil kefarduannya adalah berdasarkan ayat al-Quran dan hadis.

Firman Allah SWT:

ُ ٰ َ َ ۡ َ ۡ ْ ُ َ َ َّ ۡ ٰ َ ْ ۡ َ ۡ َ َ ُ ُ ۡ ِ ۡ َ
ٞ‫ِك ۡم َخ ۡي‬ ٰ َ َّ َ ُ َ ْ ٓ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ
ِ
‫يأيها ٱلِين ءامنوا إِذا نودِي ل ِلصلوة مِن يوم ٱلمعةِ فٱسعوا إ ِ ذِكرِ ٱ ِ وذروا ٱلي ۚع ذل‬
َ َ َ ُ ُ ُ َّ
٩ ‫نت ۡم ت ۡعل ُمون‬‫لك ۡم إِن ك‬

Maksudnya:
„Hai orang-orang beriman, apabila kamu diseru untuk solat Jumaat, maka
hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggallah jual beli.‰
(Surah al-Jumaat, 62:9)

Dalil hadis diriwayatkan oleh al-NasaÊi, Rasulullah SAW bersabda:

‫ﺐ َﻋﻠَﻰ ُﻛ ﱢﻞ ُْﳏﺘَﻠِ ٍﻢ‬ ِ ِ ْ ‫رواح‬


ٌ ‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔ َواﺟ‬ ُ ََ
Maksudnya:
„Kehadiran (solat) Jumaat wajib ke atas setiap orang yang baligh.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

Daripada riwayat Abu Daud r.a., Rasulullah SAW bersabda:

ٌ ُ‫ َﻋْﺒ ٌﺪ ﳑَْﻠ‬:ً‫ﺎﻋ ٍﺔ إِﱠﻻ أ َْرﺑَـ َﻌﺔ‬ ِ ِ


ٌ ‫ أ َْو َﻣ ِﺮ‬،‫ﱯ‬
‫ﻳﺾ‬ َ ‫ أ َْو‬،ٌ‫ أَ ِو ْاﻣَﺮأَة‬،‫ﻮك‬
‫ﺻِ ﱞ‬ َ َ‫ﺐ َﻋﻠَﻰ ُﻛ ﱢﻞ ُﻣ ْﺴﻠ ٍﻢ ِﰲ َﲨ‬
ٌ ‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔُ َﺣ ﱞﻖ َواﺟ‬
ْ
Maksudnya:
„Solat Jumaat adalah hak yang diwajibkan ke atas setiap Muslim secara berjemaah
kecuali empat golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau
orang sakit.‰

5.1.2 Hikmah Solat Jumaat


Kita beralih pula untuk melihat apakah hikmah solat Jumaat. Setiap amalan yang
disyariatkan oleh Allah SWT mempunyai hikmahnya. Begitu juga solat Jumaat
yang memiliki hikmah di sebalik kefarduannya (rujuk Rajah 5.1).

Rajah 5.1: Hikmah solat Jumaat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  79

Jadual 5.1 pula menerangkan dengan lebih lanjut lima hikmah tersebut.

Jadual 5.1: Lima Hikmah di Sebalik Kefarduan Solat Jumaat

Hikmah Keterangan
Mengeratkan Perhimpunan umat Islam pada hari Jumaat untuk menunaikan
kesatuan umat solat Jumaat merupakan tanda mercu kejayaan, kesatuan dan
Islam perpaduan umat Islam. Pada perhimpunan ini, tiada perbezaan
dalam kalangan umat Islam sama ada dari segi taraf, warna kulit
mahupun keturunan. Sebaliknya, yang menjadi ukuran ialah
tahap takwa kepada Allah.
Melahirkan kasih Perhimpunan setiap minggu pada hari Jumaat dapat
sayang dalam melahirkan perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan
kalangan manusia tolong-menolong antara satu sama lain. Ini kerana, Islam
mengajar umatnya supaya tidak mementingkan diri sendiri dan
bersikap toleransi serta bertolak ansur.
Menimbulkan rasa Perhimpunan umat Islam pada hari Jumaat dapat menimbulkan
gerun pada orang kegerunan dalam hati orang kafir dan seterusnya dapat
kafir menghalang mereka daripada cuba menghancurkan Islam.
Perpaduan ini memperlihatkan kekuatan iman dan keteguhan
jiwa ketika menjalani tuntutan yang difardukan. Agama-agama
lain jarang mempraktikkan perhimpunan keagamaan secara
mingguan seperti Islam. Ini secara tidak langsung dapat
menarik orang kafir menilai keindahan dan kesempurnaan
Islam.
Menguji kesabaran Tuntutan mengerjakan solat Jumaat merupakan satu ujian ke
dan kefahaman atas umat Islam. Umat Islam terpaksa meninggalkan semua
urusan keduniaan seketika seperti bekerja dan urusan jual beli.
Bagi mereka yang sibuk dengan urusan duniawi, mereka
menganggap tuntutan ini akan membawa masalah kepadanya
akibat memberhentikan seketika urusan yang dilakukan.
Mendengar nasihat Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib mengandungi
dan peringatan unsur nasihat dan peringatan. Peringatan ini bertujuan memberi
kesedaran dan keinsafan kepada seluruh umat Islam agar
sentiasa beristiqamah dan menjauhi perkara yang dilarang oleh
Islam. Ini akan mendatangkan kebaikan kepada umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

SEMAK KENDIRI 5.1


1. Di manakah solat Jumaat mula disyariatkan? Berikan alasan
mengapakah solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan ketika itu.

2. Senaraikan lima hikmah solat Jumaat serta perihalkan satu hikmah


yang menarik perhatian anda. Kenapakah anda memilih hikmah
tersebut?

3. Pada pandangan anda, adakah hikmah „dapat menimbulkan rasa


gerun orang kafir terhadap umat Islam‰ boleh diperoleh di
Malaysia?

5.2 SYARAT SOLAT JUMAAT


Sebagaimana yang kita ketahui, setiap ibadat dalam Islam mempunyai syaratnya
yang tertentu, seperti wajib, sah, sunat, harus dan sebagainya. Begitu juga dengan
solat Jumaat yang mempunyai syarat wajib dan syarat sahnya. Umat Islam wajib
mengetahui syarat wajib dan sah ketika melaksanakan solat Jumaat. Perbincangan
dalam subtopik seterusnya akan mengupas perkara ini dengan lebih jelas lagi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  81

5.2.1 Syarat Wajib Solat Jumaat


Seseorang itu wajib mendirikan solat Jumaat apabila mencukupi enam syarat yang
berikut (rujuk Rajah 5.2).

Rajah 5.2: Enam syarat wajib solat Jumaat

Yang berikut adalah keterangan lanjut enam syarat wajib solat Jumaat tersebut:

(a) Islam
Solat Jumaat hanya diwajibkan ke atas umat Islam kerana asas ibadat adalah
kepada Allah SWT. Sesiapa yang meninggalkannya akan mendapat balasan
yang buruk di akhirat kerana kekufurannya.

(b) Baligh
Kanak-kanak yang tidak baligh (belum cukup umur) tidak ditaklif untuk
menunaikan solat Jumaat. Walaupun begitu, sekiranya mereka
melaksanakannya, maka solat mereka masih dianggap sah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

(c) Berakal
Manusia yang kurang waras tidak diwajibkan solat Jumaat.

(d) Lelaki
Fuqaha sependapat mengatakan solat Jumaat wajib ke atas golongan lelaki,
sebagaimana hadis Rasulullah SAW:

ٌ ُ‫ َﻋْﺒ ٌﺪ ﳑَْﻠ‬:ً‫ﺎﻋ ٍﺔ إِﱠﻻ أ َْرﺑَـ َﻌﺔ‬ ِ ِ


‫ أ َْو‬،‫ﱯ‬ َ ‫ أ َْو‬،ٌ‫ أَ ِو ْاﻣَﺮأَة‬،‫ﻮك‬
‫ﺻِ ﱞ‬ َ َ‫ﺐ َﻋﻠَﻰ ُﻛ ﱢﻞ ُﻣ ْﺴﻠ ٍﻢ ِﰲ َﲨ‬
ٌ ‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔُ َﺣ ﱞﻖ َواﺟ‬
ْ
ٌ ‫َﻣ ِﺮ‬
‫ﻳﺾ‬
Maksudnya:
„Solat Jumaat adalah hak yang diwajibkan ke atas setiap Muslim secara
berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan,
kanak-kanak atau orang sakit.‰

(e) Sejahtera daripada Keuzuran


Solat Jumaat adalah wajib dilaksanakan ke atas semua umat Islam yang sihat
tubuh badan, hidup dalam keadaan aman, mampu berjalan dan tidak
dikurung di dalam penjara. Solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas pesakit
yang bimbang penyakitnya akan melarat atau lambat sembuh dan mereka
yang terlalu tua. Bagi mazhab Syafii dan Maliki mereka yang cacat
penglihatan tidak wajib menunaikan solat Jumaat di masjid tetapi ini tidak
dipersetujui oleh mazhab yang lain. Mazhab Hanafi misalnya berpendapat
mereka yang cacat penglihatan dan mempunyai pemandu wajib
menunaikan solat Jumaat.

(f) Bermukim di Kawasan Tempat Mendirikan Solat Jumaat


Mengikut pandangan jumhur fuqaha, musafir yang memulakan perjalanan
sebelum fajar hari Jumaat diwajibkan menunaikan solat Jumaat; begitu juga
bagi musafir yang berniat untuk bermukim selama empat hari atau lebih
kerana mereka dianggap sebagai bermukim. Mengikut mazhab Hanafi pula,
musafir yang tidak berniat untuk bermukim selama 15 hari atau lebih tidak
diwajibkan menunaikan solat Jumaat kerana dianggap sebagai musafir dan
bukan bermukim. Ini didasarkan kepada hadis:

‫َﻻ ُﲨُ َﻌﺔ ﻋﻠﻰ ُﻣ َﺴﺎﻓﺮ‬


Maksudnya:
„Tidak wajib solat Jumaat ke atas orang musafir.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  83

5.2.2 Syarat Sah Solat Jumaat


Solat Jumaat sah didirikan apabila memenuhi syarat berikut seperti dalam
Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Lima syarat sah solat Jumaat

Lima syarat sah solat Jumaat dihuraikan dengan lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Bandar atau Kampung yang Mempunyai Penduduk Tetap


Mengikut jumhur fuqaha, solat Jumaat tidak sah didirikan di kawasan yang
tidak ada penduduk tetap (mastautin) atau kawasan penduduknya tinggal
di dalam khemah seperti mereka yang tinggal di padang pasir walaupun
untuk selama-lamanya. Mengikut mazhab Shafii, solat Jumaat sah didirikan
di bandar atau kampung sekalipun tidak di dalam masjid dan yang menjadi
keutamaan adalah tempat tersebut membolehkan jemaah berkumpul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

(b) Masuk Waktu Zuhur


Mengikut jumhur fuqaha, solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu
Zuhur. Tidak sah didirikan selepas waktu itu kerana solat Jumaat tidak boleh
diqada sebagaimana hadis riwayat Anas r.a.:

‫ﺲ‬ ِ ‫أَ ﱠن اﻟﻨِﱠﱯ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ َﻛﺎ َن ﻳﺼﻠﱢﻲ اﳉﻤﻌﺔَ ِﺣ‬
ُ ‫ﱠﻤ‬
ْ ‫ﻴﻞ اﻟﺸ‬
ُ ‫ﲔ َﲤ‬
َ َ ُُ َ ُ َ ََ َْ ُ َ ‫ﱠ‬
Maksudnya:
„Rasulullah SAW mendirikan solat Jumaat ketika matahari gelincir.‰
(Riwayat al-Bukhari)

Mengikut mazhab Hambali, solat Jumaat dilaksanakan sebelum gelincir


matahari. Awal waktunya pula seperti mana awalnya solat Hari Raya. Bagi
mereka, solat Jumaat adalah solat beramai-ramai yang menyerupai
kedua-dua solat Hari Raya. Oleh itu, waktu solat Jumaat boleh disamakan
dengan waktu solat Hari Raya.

(c) Melaksanakan Secara Berjemaah


Para fuqaha sepakat menyatakan solat Jumaat tidak sah didirikan secara
berseorangan. Namun, mereka berselisih pendapat mengenai bilangan
jemaah yang sebenar untuk mendirikan solat Jumaat.

Menurut mazhab Hanafi, jemaah (makmum) mestilah sekurang-kurangnya


tiga orang selain daripada imam. Walaupun musafir atau pesakit, jemaah
tersebut tetap dikira sebagai tiga orang. Bagi mazhab Maliki, disyaratkan
kehadiran 12 orang jemaah lelaki dan mendengar khutbahnya.

Mereka berhujah dengan hadis riwayat Jabir r.a.:

ِ ‫ت ِﻋﲑ ِﻣﻦ اﻟﺸ‬


‫ ﻓَﺎﻧْـ َﻔﺘَ َﻞ‬،‫ﱠﺎم‬ ِ ْ ‫ َﻛﺎ َن َﳜْﻄُﺐ ﻗَﺎﺋِﻤﺎ ﻳـﻮم‬،‫" أَ ﱠن اﻟﻨِﱠﱯ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ‬
َ ٌ ْ َ‫ ﻓَ َﺠﺎء‬،‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔ‬ َ َْ ً ُ َ ََ َْ ُ َ ‫ﱠ‬
ْ ‫ﺖ َﻫ ِﺬ ِﻩ ْاﻵﻳَﺔُ اﻟﱠِﱵ ِﰲ‬
‫ } َوإِ َذا َرأ َْوا‬:‫اﳉُ ُﻤ َﻌ ِﺔ‬ ْ َ‫ ﻓَﺄُﻧْ ِﺰﻟ‬،‫ َﺣ ﱠﱴ َﱂْ ﻳَـْﺒ َﻖ إِﱠﻻ اﺛْـﻨَﺎ َﻋ َﺸَﺮ َر ُﺟ ًﻼ‬،‫ﱠﺎس إِﻟَْﻴـ َﻬﺎ‬ ُ ‫اﻟﻨ‬
" [11 :‫ﻮك ﻗَﺎﺋِ ًﻤﺎ{ ]اﳉﻤﻌﺔ‬ ‫ِﲡَ َﺎرًة أ َْو َﳍًْﻮا اﻧْـ َﻔ ﱡ‬
َ ‫ﻀﻮا إِﻟَْﻴـ َﻬﺎ َوﺗَـَﺮُﻛ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  85

Maksudnya:
„Nabi Muhammad SAW sedang berdiri membaca khutbah pada hari
Jumaat. Maka datang unta membawa barang-barang perniagaan dari Sham.
Orang ramai berpaling ke arah unta itu sehingga yang tinggal (bersama
Nabi) 12 orang sahaja. Disebabkan itu, diturunkan ayat dalam surah
al-Jumaat „Apabila mereka melihat perniagaan atau hiburan, mereka
bersurai untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang
berdiri.‰
(Riwayat Muslim)

Menurut mazhab Syafii dan Hambali, mereka mensyaratkan jemaah


mestilah 40 orang atau lebih termasuk imam. Para jemaah hendaklah dalam
kalangan penduduk tempatan yang mukalaf, merdeka dan tinggal tetap di
kawasan tersebut. Mereka berhujah dengan hadis riwayat Kaab r.a.: Bahawa
bilangan orang solat Jumaat pertama di Madinah bersama As`ad bin Zurarah
adalah 40 orang.

Juga hadis riwayat Ibn Masud r.a.:

‫إﻧﻪ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﲨﻊ ﺑﺎﳌﺪﻳﻨﺔ وﻛﺎﻧﻮا أرﺑﻌﲔ رﺟﻼ‬


Maksudnya:
„Sesungguhnya Rasulullah SAW mendirikan solat Jumaat di Madinah dan
mereka yang solat bersama Baginda adalah 40 orang.‰

(d) Tidak Mendirikan Solat Jumaat Lebih daripada Satu Tanpa Keperluan
Mengikut jumhur fuqaha, iaitu mazhab Syafii, Hambali dan Maliki tidak sah
mendirikan solat Jumaat lebih daripada satu dalam sesebuah kampung atau
kawasan kecuali ada hajat (keperluan) atau kawasan itu besar atau ramai
penduduk untuk berhimpun pada satu tempat.

Sementara itu, menurut mazhab Hanafi adalah sah mendirikan lebih


daripada satu solat Jumaat di dalam sebuah pekan atau kawasan. Bagi
mereka, tidak ada dalil yang menunjukkan tidak boleh melakukan demikian.
Malah, menunaikan beberapa Jumaat di satu kawasan dapat menyediakan
kemudahan kepada penduduk untuk mendirikan solat Jumaat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

(e) Membaca Khutbah Sebelum Mendirikan Solat Jumaat


Untuk melengkapi syarat sah solat Jumaat, khatib mestilah membaca dua
khutbah sebelum menunaikan solat Jumaat. Para fuqaha sepakat
menyatakan khutbah Jumaat adalah syarat sah solat Jumaat. Ini disebabkan
Nabi Muhammad SAW tidak pernah menunaikan solat Jumaat tanpa
dibacakan khutbah.

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Jelaskan mengapakah ulama khilaf mengenai isu di manakah solat


Jumaat sah ditunaikan.

2. Jelaskan khilaf antara jumhur ulama dengan mazhab Hambali


mengenai waktu solat Jumaat sah dilaksanakan.

3. Huraikan khilaf antara jumhur ulama mengenai bilangan solat


Jumaat yang boleh didirikan di sesuatu penempatan.

5.2.3 Rukun Solat Jumaat


Terdapat dua rukun utama untuk menunaikan solat Jumaat selain daripada rukun
lain yang terdapat dalam solat fardu. Dua rukun tersebut ialah:

(a) Solat Dua Rakaat


Solat Jumaat ditunaikan dua rakaat. Ini berdasarkan riwayat Umar r.a.:

‫ﺎن ُﳏَ ﱠﻤ ٍﺪ‬


ِ ‫ ﻋﻠَﻰ ﻟِﺴ‬....،‫ﺎن‬
َ َ
ِ َ‫ﺿﺤﻰ رْﻛﻌﺘ‬ ِ ِ
َ ‫ َو‬،‫ﺻ َﻼةُ اﻟْﻔﻄْ ِﺮ َرْﻛ َﻌﺘَﺎن‬
َ َ َ ْ َ‫ﺻ َﻼةُ ْاﻷ‬
ِ ِ ْ ُ‫ﺻ َﻼة‬
َ ‫ َو‬،‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔ َرْﻛ َﻌﺘَﺎن‬ َ
‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬
َ
Maksudnya:
„Solat Jumaat dua rakaat. Solat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat dan solat
Hari Raya Aidiladha dua rakaat ⁄mengikut lisan Nabi Muhammad SAW.‰
(Riwayat al-Nasaie)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  87

(b) Dua Khutbah


Para fuqaha sepakat menyatakan bahawa dua khutbah hendaklah dibacakan
sebelum solat Jumaat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin
Samurah:

‫ﻴﻨﻬﻤﺎ َوَﻛﺎ َن ﳜْﻄﺐ ﻗَﺎﺋِﻤﺎ‬


َ َ‫أﻧﻪ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ َﻛﺎ َن ﳜْﻄﺐ ﺧﻄﺒﺘﲔ ﳚﻠﺲ ﺑ‬
Maksudnya:
„Rasulullah SAW menyampaikan dua khutbah dan menyelanginya dengan
duduk antara dua khutbah dan Baginda berkhutbah dalam keadaan
berdiri.‰

Perbincangan tadi menjelaskan tentang penyampaian dua khutbah sebelum


solat Jumaat adalah rukun dan syarat sah solat Jumaat. Khatib perlu
memahami dan mematuhinya agar khutbah yang disampaikan adalah
sempurna dan mengikut hukum. Yang berikut adalah rukun dan syarat
khutbah (rujuk Rajah 5.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

Rajah 5.4: Rukun dan syarat sah khutbah

Tiga rukun khutbah tadi iaitu memuji Allah SWT, selawat ke atas Rasulullah
SAW dan kata nasihat supaya bertakwa hendaklah dilaksanakan dalam
kedua-dua khutbah. Sementara itu, membaca ayat al-Quran dan doa boleh
diselitkan dalam mana-mana khutbah. Walaupun begitu, lazimnya doa
dibaca dalam khutbah kedua.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  89

AKTIVITI 5.1
1. Sediakan teks khutbah Jumaat yang mematuhi semua rukun dan
syaratnya. Tajuk khutbah anda adalah „Menyantun Isu Khilaf
Mazhab dalam Masyarakat‰.

2. Sila rujuk kitab Mughni al-Muhtaj oleh Syeikh Khatib al-Syarbini dan
kitab al-Fiqh al-Manhaji oleh Mustafa al-Khin untuk menukil
pendapat mazhab mengenai bilangan jemaah bagi menunaikan solat
Jumaat.

5.3 PERMASALAHAN BERKAITAN SOLAT


JUMAAT
Setelah anda memahami dalil pensyariatan, hikmah dan syarat solat Jumaat,
subtopik ini membincangkan beberapa permasalahan berkaitan solat Jumaat.
Yang berikut adalah permasalahannya (rujuk Rajah 5.5).

Rajah 5.5: Permasalahan berkaitan solat Jumaat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

Yang berikut adalah huraian lanjut mengenai permasalahan berkaitan solat


Jumaat:

(a) Hukum Orang yang Meninggalkan Solat Jumaat


Mendirikan solat Jumaat hukumnya adalah wajib ke atas lelaki Muslim yang
mencukupi syaratnya. Sesiapa meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja
hukumnya haram dan berdosa. Ini dijelaskan dalam hadis yang berikut:

(i) Abu Hurairah r.a. dan Ibn Umar r.a. mendengar Rasulullah SAW
bersabda:

‫ﲔ‬ ِِ ِ ِِ ِ ِ ْ ‫ﲔ أَﻗْـﻮام ﻋﻦ و ْد ِﻋ ِﻬﻢ‬ ِ


َ ‫ ﰒُﱠ ﻟَﻴَ ُﻜﻮﻧُ ﱠﻦ ﻣ َﻦ اﻟْﻐَﺎﻓﻠ‬،‫ أ َْو ﻟَﻴَ ْﺨﺘ َﻤ ﱠﻦ اﷲُ َﻋﻠَﻰ ﻗُـﻠُﻮ ْﻢ‬،‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺎت‬ ُ َ ْ َ ٌ َ ‫ﻟَﻴَـْﻨﺘَﻬ َ ﱠ‬
Maksudnya:
„Hendaklah kamu berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat atau
tidak Allah akan menutup hati kamu kemudian kamu termasuk dalam
golongan orang yang lalai.‰
(Riwayat Muslim)

(ii) Hadis riwayat Abi al-JaÊadi al-Damari r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

‫ ﻃَﺒَ َﻊ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋﻠَﻰ ﻗَـ ْﻠﺒِ ِﻪ‬،‫ث ُﲨَ ٍﻊ ﺗَـ َﻬ ُﺎوﻧًﺎ ِ َﺎ‬
َ ‫َﻣ ْﻦ ﺗَـَﺮَك ﺛََﻼ‬
Maksudnya:
„Sesiapa meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana cuai, maka Allah
SWT akan menutup hatinya.‰
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasaie)

(b) Berjual Beli Waktu Jumaat


Apabila kedengaran azan kedua diseru, menurut jumhur fuqaha wajiblah
pergi menunaikan solat Jumaat. Menurut mazhab Hanafi, wajib pergi
menunaikan solat Jumaat setelah azan yang pertama. Meskipun azan
pertama tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah SAW tetapi
dilakukan pada zaman Sayidina Othman r.a.

Menurut mazhab Hanafi, perbuatan berjual beli serta sewa menyewa,


perkahwinan, pendamaian dan kerja lain ketika solat Jumaat hukumnya
makruh tahrim. Mengikut jumhur fuqaha perbuatan itu haram selepas mula
azan kedua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  91

Ini berdasarkan firman Allah SWT:


َ َ
ۡ ْ َ َّ ۡ
‫ذِك ِر ٱ ِ َوذ ُروا ٱلَ ۡي َ ۚع‬ ُ ۡ ‫ِلصلَ ٰوة ِ مِن يَ ۡو ِم ٱ‬
ٰ َ ِ ‫ل ُم َع ِة فَٱ ۡس َع ۡوا ْ إ‬ َ ‫يأ ُّي َها ٱ َّل‬
َّ ‫ِين َء َام ُن ٓوا ْ إ َذا نُود َِي ل‬
ِ ٰٓ
َ َ َ ُ ُ ُ َّ َ ُ َ
٩ ‫نت ۡم ت ۡعل ُمون‬ ‫ لك ۡم إِن ك‬ٞ‫ذٰل ِك ۡم خ ۡي‬

Maksudnya:
„Hai orang-orang beriman, apabila kamu diseru untuk menunaikan solat
Jumaat, maka hendaklah kamu bersegera mengingati Allah.‰
(Surah al-Jumaat, 62:9)

Pengharaman jual beli dan perintah supaya menunaikan solat Jumaat


diwajibkan ke atas mereka yang ditaklifkan solat Jumaat. Bagaimanapun,
mereka yang tidak ditaklifkan solat Jumaat termasuklah golongan wanita,
kanak-kanak dan orang musafir tidak haram melakukan urusan jual beli dan
sebagainya.

(c) Bercakap Semasa Membaca Khutbah


Mengikut mazhab Syafii, para hadirin disunatkan diam semasa khatib
membaca khutbah. Bagi mazhab Maliki dan Hambali, hukumnya adalah
wajib. Oleh itu, hukum bercakap semasa mendengar khutbah mengikut
mazhab Syafii adalah makruh dan bukannya haram. Hujah mereka ialah
berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti yang berikut:

ِ ِ ْ ‫ﻚ ﻳـﻮم‬ ِ ِ‫إِ َذا ﻗُـ ْﻠﺖ ﻟ‬


‫ت‬ ُ ُ‫ َوا ِﻹ َﻣ ُﺎم َﳜْﻄ‬. ‫ﺖ‬
َ ‫ﺐ ﻓَـ َﻘ ْﺪ ﻟَﻐَ ْﻮ‬ ْ ‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔ أَﻧْﺼ‬ َ ْ َ َ ِ‫ﺼﺎﺣﺒ‬
َ َ
Maksudnya:
„Apabila engkau berkata kepada sahabatmu ÂdiamÊ pada hari Jumaat
sedangkan imam sedang membaca khutbah Jumaat, maka sesungguhnya
engkau telah lagha (melakukan sesuatu tidak berfaedah).‰

Sementara mazhab Maliki, Hambali dan Muhammad bin al-Hasan


berpendapat bercakap-cakap semasa membaca khutbah adalah haram.
Hujah mereka adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang berikut:

ِ ُ ‫ َواﻟﱠ ِﺬي ﻳَـ ُﻘ‬،‫َﺳ َﻔ ًﺎرا‬


ْ ‫ أَﻧْﺼ‬:ُ‫ﻮل ﻟَﻪ‬
،‫ﺖ‬ ِ ِْ ‫ ﻓَـﻬﻮ َﻛﻤﺜَ ِﻞ‬،‫اﻹﻣﺎم َﳜْﻄُﺐ‬
ْ ‫اﳊ َﻤﺎ ِر َْﳛﻤ ُﻞ أ‬
ِ ْ ‫ﻣﻦ ﺗَ َﻜﻠﱠﻢ ﻳـﻮم‬
َ َ ُ ُ ُ َ ِْ ‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔ َو‬ َ َْ َ ْ َ
ٌ‫ﺲ ﻟَﻪُ ُﲨُ َﻌﺔ‬
َ ‫ﻟَْﻴ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

Maksudnya:
„Barang siapa bercakap pada hari Jumaat semasa imam membaca khutbah
Jumaat, dia umpama keldai membawa kitab tebal dan orang yang berkata
kepada seseorang diamlah, maka tidak dapat Jumaat baginya.‰
(Riwayat Ahmad)

(d) Solat Zuhur di Rumah Ketika Solat Jumaat bagi Mereka yang Tidak Uzur
Para fuqaha tidak sependapat menentukan hukum solat Zuhur di rumah
bagi mereka yang tidak uzur mendirikan solat Jumaat. Mengikut mazhab
Hanafi, sekiranya solat Zuhur itu didirikan sebelum imam mendirikan solat
Jumaat, solat Zuhur itu sah tetapi perbuatannya adalah haram. Jumhur
fuqaha berpendapat solat Zuhur yang didirikan sebelum imam mendirikan
solat Jumaat adalah tidak sah dan wajib ke atasnya solat Jumaat. Sekiranya
dia mengerjakan solat Zuhur selepas imam menunaikan solat Jumaat,
solatnya sah tetapi berdosa.

(e) Solat Zuhur Berjemaah bagi Mereka yang Uzur


Mengikut jumhur fuqaha, mereka yang uzur atau mereka yang tidak wajib
mendirikan solat Jumaat sah mendirikan solat Zuhur berjemaah sama ada
sebelum atau selepas imam mendirikan solat Jumaat. Pada pendapat
mazhab Hanafi pula, golongan musafir dan mereka yang uzur seperti orang
sakit, makruh tahrim mendirikan solat Zuhur berjemaah di bandar yang
mendirikan Jumaat sebelum imam bersolat Jumaat atau selepas solat Jumaat.
Namun, sah solat Zuhur berjemaah, sekiranya mereka melakukannya di luar
bandar.

(f) Menyegerakan Solat Zuhur bagi Mereka yang Tidak Wajib Mendirikan Solat
Jumaat
Jumhur fuqaha berpendapat mereka yang tidak diwajibkan solat Jumaat
boleh mendirikan solat Zuhur sebelum imam mendirikan solat Jumaat sebab
mereka tidak ditaklifkan solat Jumaat. Mengikut mazhab Hanafi, digalakkan
mereka ini mendirikan solat Zuhur selepas imam mendirikan solat Jumaat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SOLAT JUMAAT  93

AKTIVITI 5.2

1. Jelaskan pandangan ulama secara tepat tentang waktu sebenarnya


urusan jual beli dan aktiviti lain pada waktu solat Jumaat patut
dihentikan buat sementara.

2. Khalid mengalami kecederaan pada kedua-dua kakinya dan doktor


menasihatinya untuk berehat di rumah. Disebabkan itu, Khalid tidak
boleh berjalan ke masjid dan dia tidak dapat menunaikan solat
Jumaat. Khalid menunaikan solat Zuhur sebelum imam selesai solat
Jumaat di masjid.

Berpandukan pandangan ulama mazhab, apakah hukum solat


Zuhur yang dilakukan oleh Khalid?

3. Buat carian sumber di Internet dan bincangkan perkara yang berikut:


(a) Isu wanita mengimamkan solat Jumaat; dan
(b) Isu wanita dan lelaki yang bercampur dalam satu baris saf solat
yang sama dalam solat Jumaat.

Kemudian, kongsikan carian anda dengan rakan sekelas anda dalam


forum dalam talian myINSPIRE.

 Dalil solat Jumaat adalah berdasarkan al-Quran dan hadis. Antaranya ialah
Surah al-Jumaat, ayat 9, hadis diriwayatkan oleh al-NasaÊi dan riwayat Abu
Daud.

 Terdapat lima hikmah bagi solat Jumaat. Antaranya ialah mengeratkan


kesatuan umat Islam, menimbulkan rasa gerun dalam kalangan orang kafir,
mendengar nasihat dan peringatan dan lain-lain lagi.

 Syarat wajib solat Jumaat ada enam iaitu Islam, baligh, berakal, lelaki, sejahtera
daripada keuzuran dan bermukim di kawasan tempat solat didirikan.

 Syarat sah solat Jumaat pula ada lima. Antaranya ialah lokasi yang
mempunyai penduduk tetap, masuk waktu Zuhur, dilaksanakan secara
berjemaah dan lain-lain lagi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 SOLAT JUMAAT

 Rukun solat Jumaat yang utama ada dua (selain daripada rukun solat fardu
yang lain). Dua rukun tersebut ialah solat dua rakaat dan dua khutbah.

 Terdapat beberapa permasalahan yang berkaitan dengan solat Jumaat.


Antaranya ialah hukum orang yang meninggalkannya, berjual beli ketika
waktu solat Jumaat, bercakap semasa khutbah dan lain-lain lagi.

Azan kedua Khutbah kedua


Azan pertama Khutbah pertama
Bermukim Mastautin
Jumhur fuqaha Solat Jumaat
Khatib Syariat
Khilaf

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-taÊlibin taÊlibin (Jld. 1). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1). Kaherah, Mesir: Maktabah Dar
al-Turath.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh al-manhaj ala mazhab al-Imam al-SyafiÊi.


Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Solat Sunat
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dua jenis solat sunat bersendirian; dan
2. Menyatakan empat jenis solat sunat berjemaah.

 PENGENALAN
Dalam topik keempat dan kelima, kita telah membincangkan solat fardu. Dalam
topik keenam ini, kita akan membincangkan pula tentang solat sunat. Solat sunat
merupakan solat yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan kerelaan hati,
sama ada dilakukan pada waktu siang ataupun pada waktu malam. Solat sunat
disyariatkan sebagai pelengkap bagi kekurangan yang mungkin timbul dalam
solat fardu.

Di samping itu juga, solat sunat mengandungi kelebihan yang tidak terdapat
dalam ibadat lain. Mengikut Mazhab Syafii, solat sunat terbahagi kepada dua
bahagian, iaitu solat sunat secara berjemaah dan solat sunat secara bersendirian.

AKTIVITI 6.1
Sila buat pemerhatian sekurang-kurangnya di tiga buah masjid dan
perhatikan solat sunat mana yang dilakukan oleh para jemaah secara
majoriti: solat sunat qabliah atau solat sunat ba`diah.

Kongsikan hasil pemerhatian anda dalam forum dalam talian


myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

6.1 SOLAT SUNAT SECARA BERSENDIRIAN


Dalam Islam, terdapat dua bentuk solat sunat. Pertamanya, solat sunat yang
dilakukan secara bersendirian dan keduanya ialah solat sunat yang dilakukan
secara berjemaah. Kedua-duanya akan dibincangkan dalam subtopik seterusnya.
Kita mulakan dengan solat sunat secara bersendirian dahulu.

Solat sunat secara bersendirian terbahagi kepada dua seperti rajah di bawah.

Rajah 6.1: Dua jenis solat sunat secara bersendirian

Subtopik seterusnya akan membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan


solat sunat yang mengiringi solat fardu (rawatib) dan solat sunat yang berasingan
daripada solat fardu.

6.1.1 Solat Sunat Mengiringi Solat Fardu (Rawatib)


Solat sunat ini terbahagi kepada dua jenis. Rajah 6.2 menunjukkan dua jenis solat
sunat mengiringi solat fardu (rawatib).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SOLAT SUNAT  97

Rajah 6.2: Dua jenis solat sunat rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardu)

Bersandarkan hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari daripada Ibnu Umar r.a.
meriwayatkan maksudnya:

„Aku hafaz daripada Nabi Muhammad SAW (solat sunat muakad) 10 rakaat:
Dua rakaat sebelum dan selepas Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib dilakukan di
rumah dan dua rakaat selepas Isyak dilakukan di rumah dan dua rakaat sebelum
solat Subuh.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

6.1.2 Solat Sunat yang Berasingan daripada Solat


Fardu
Solat sunat yang berasingan daripada solat fardu adalah seperti rajah yang
berikut:

Rajah 6.3: Lapan jenis solat sunat berasingan daripada solat fardu

Yang berikut adalah huraian lanjut mengenai solat sunat yang berasingan
daripada solat fardu:

(a) Solat Sunat Tahajud


Solat sunat tahajud adalah satu daripada amalan qiamullail yang dikerjakan
pada waktu malam selepas bangun daripada tidur. Solat sunat tahajud
disyariatkan berdasarkan firman Allah SWT:

ٗ ۡ َّ ٗ َ َ َ ُّ َ َ َ َ ۡ َ َ ٰٓ َ َ َ َّ ٗ َ َ َ َّ
٧٩ ‫اما م ُمودا‬ ‫َوم َِن ٱ ۡل ِل ف َت َه َّج ۡد بِهِۦ ناف ِلة لك عس أن يبعثك ربك مق‬

Maksudnya:
„Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah
solat tahajud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang
terpuji.‰
(Surah al-IsraÊ, 17:79)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SOLAT SUNAT  99

Waktu melakukan solat tahajud adalah selepas seseorang menunaikan solat


Isyak sehingga terbitnya fajar. Berdasarkan ayat daripada surah al-IsraÊ ini,
maka sunat tahajud dapat dilakukan sama ada pada awal malam,
pertengahan malam ataupun akhir malam, asalkan dilakukan selepas
menunaikan solat Isyak.

Bagaimanapun, waktu yang paling baik untuk solat tahajud iaitu pada
waktu terakhir satu pertiga malam. Ini disabdakan oleh Rasulullah SAW
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:

ُ ‫ ﻓَـﻴَـ ُﻘ‬،‫ﺚ اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ ْاﻵ ِﺧ ُﺮ‬ ِ ِ ٍ


‫ َﻣ ْﻦ‬:‫ﻮل‬ َ ‫ﻳَـْﻨ ِﺰُل َرﺑـﱡﻨَﺎ ﺗَـﺒَ َﺎرَك َوﺗَـ َﻌ َﺎﱃ ُﻛ ﱠﻞ ﻟَْﻴـﻠَﺔ إِ َﱃ َﲰَﺎء اﻟ ﱡﺪﻧْـﻴَﺎ ﺣ‬
ُ ُ‫ﲔ ﻳَـْﺒـ َﻘﻰ ﺛـُﻠ‬
ِ ِ ِ ِ ‫ﻳ ْﺪﻋ ِﻮﱐ ﻓَﺄ‬
ُ‫ﻴﺐ ﻟَﻪُ؟ َﻣ ْﻦ ﻳَ ْﺴﺄَﻟُِﲏ ﻓَﺄ ُْﻋﻄﻴَﻪُ؟ َﻣ ْﻦ ﻳَ ْﺴﺘَـ ْﻐﻔ ُﺮِﱐ ﻓَﺄَ ْﻏﻔَﺮ ﻟَﻪ‬
َ ‫َﺳﺘَﺠ‬ْ ُ َ
Maksudnya:
„Allah turun ke langit dunia setiap satu pertiga akhir malam, lalu berseru;
Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti Aku akan kabulkan, sesiapa yang
meminta; pasti Aku akan berikan dan sesiapa yang memohon ampun, pasti
Aku akan ampuninya.‰
(Riwayat Abu Daud)

(b) Solat Sunat Duha


Solat sunat duha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari
sedang naik atau pada waktu duha. Dinamakan solat duha kerana anjuran
perlaksanaannya pada waktu duha yang lazimnya mengikut hitungan jam
iaitu kira-kira setengah jam selepas masuknya waktu syuruk. Solat sunat
duha ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dikerjakan
sebanyak empat, enam, lapan dan 12 rakaat. Hadis diriwayatkan oleh
Muslim daripada ÂAisyah r.a. berkata:

ِ ِ ُ ‫ » َﻛﺎ َن رﺳ‬:‫ ﻗَﺎﻟَﺖ‬،َ‫ﻋﻦ ﻋﺎﺋِ َﺸﺔ‬


«ُ‫ َوﻳَِﺰ ُﻳﺪ َﻣﺎ َﺷﺎءَ اﷲ‬،‫ﱡﺤﻰ أ َْرﺑَـ ًﻌﺎ‬ َ ُ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻳ‬
َ ‫ﺼﻠﱢﻲ اﻟﻀ‬ َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ ْ َ َْ
Maksudnya:
„Daripada ÂAisyah bahawasanya Rasulullah SAW sembahyang duha
sebayak empat rakaat dan kadang-kadang lebih daripada itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

(c) Solat Sunat Tahiyatul Masjid


Masjid adalah rumah Allah SWT dan ia berperanan sebagai pusat ibadat.
Oleh itu, apabila umat Islam memasuki masjid, mereka sebenarnya
memasuki rumah Allah yang penuh dengan rahmat dan keberkatan-Nya.
Bagi mendapatkan rahmat dan keberkatan yang lebih, jemaah yang
memasuki masjid dan hendak duduk di dalamnya, disunatkan untuk
mengerjakan solat tahiyatul masjid sebanyak dua rakaat terlebih dahulu.

Banyak hadis sahih mengenai solat sunat tahiyatul masjid. Salah satu
daripadanya adalah diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Qatadah
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ِ ْ ‫ ﻓَ َﻼ َْﳚﻠِﺲ َﺣ ﱠﱴ ﻳَـﺮَﻛ َﻊ رْﻛ َﻌﺘَـ‬،‫َﺣ ُﺪ ُﻛﻢ اﻟْﻤﺴ ِﺠ َﺪ‬


‫ﲔ‬ ِ
َ ْ ْ ْ َ ُ َ ‫ﻓَﺈ َذا َد َﺧ َﻞ أ‬
Maksudnya:
„Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, janganlah
dia duduk sebelum solat dua rakaat.‰

(d) Solat Sunat Taubat


Solat taubat adalah solat yang dilakukan oleh seseorang kerana bertaubat
kepada Allah SWT atas sesuatu dosa atau kesalahan yang dilakukan. Imam
al-Tirmidhi menyatakan dalam kitab sunannya, hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Bakar r.a. katanya:

ِ ِ ُ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻳَـ ُﻘ‬ ِ َ ‫َِﲰﻌﺖ رﺳ‬


‫ ﰒُﱠ‬،‫ﻮم ﻓَـﻴَﺘَﻄَ ﱠﻬ ُﺮ‬ ُ ‫ َﻣﺎ ﻣ ْﻦ َر ُﺟ ٍﻞ ﻳُ ْﺬﻧ‬:‫ﻮل‬
ُ ‫ ﰒُﱠ ﻳَـ ُﻘ‬،‫ﺐ َذﻧْـﺒًﺎ‬ َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ ُ ْ
ِ
ُ‫ إِﻻﱠ َﻏ َﻔَﺮ اﻟﻠﱠﻪُ ﻟَﻪ‬،َ‫ ﰒُﱠ ﻳَ ْﺴﺘَـ ْﻐﻔ ُﺮ اﻟﻠﱠﻪ‬،‫ﺼﻠﱢﻲ‬
َ ُ‫ﻳ‬
Maksudnya:
„Tidaklah daripada seorang yang berbuat dosa kemudian terus berwuduk
lalu mengerjakan solat dua rakaat kemudian memohon ampun kepada Allah
melainkan Allah akan mengampuninya.‰

(e) Solat Sunat Istikharah


Solat sunat istikharah ialah solat memohon kepada Allah SWT agar
diberikan petunjuk bagi memilih yang terbaik terhadap sesuatu perkara. Ini
adalah kerana keputusan yang hendak diambil masih ragu-ragu atau
bimbang sama ada perkara yang hendak dipilih itu baik ataupun sebaliknya.
Memandangkan Allah SWT Maha Mengetahui yang mana yang baik
ataupun tidak, maka tidak salah untuk kita memohon petunjuk dari-Nya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SOLAT SUNAT  101

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Jabir bin ÂAbdullah


menyatakannya:

‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻳـُ َﻌﻠﱢ ُﻤﻨَﺎ‬ ِ ُ ‫ َﻛﺎ َن رﺳ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻋﻦ ﺟﺎﺑِ ِﺮ ﺑ ِﻦ ﻋﺒ ِﺪ اﻟﻠﱠ ِﻪ ر ِﺿﻲ اﻟﻠﱠﻪ ﻋْﻨـﻬﻤﺎ‬
َ ‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ َُ َُ َ ُ َ َ َْ ْ َ ْ َ
،‫َﺣ ُﺪ ُﻛ ْﻢ ﺑِﺎﻷ َْﻣ ِﺮ‬ ِ ُ ‫ ﻳـ ُﻘ‬،‫آن‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ " إ َذا َﻫ ﱠﻢ أ‬:‫ﻮل‬ َ ‫ َﻛ َﻤﺎ ﻳـُ َﻌﻠﱢ ُﻤﻨَﺎ اﻟ ﱡﺴ َﻮرةَ ﻣ َﻦ اﻟ ُﻘ ْﺮ‬،‫اﻻ ْﺳﺘ َﺨ َﺎرةَ ِﰲ اﻷ ُُﻣﻮِر ُﻛﻠﱢ َﻬﺎ‬
ِ ‫ اﻟﻠﱠﻬ ﱠﻢ إِ ﱢﱐ أَﺳﺘ ِﺨﲑ َك ﺑِﻌِْﻠ ِﻤﻚ وأ‬:‫ ﰒُﱠ ﻟِﻴـ ُﻘﻞ‬،‫ﲔ ِﻣﻦ َﻏ ِﲑ اﻟ َﻔ ِﺮﻳﻀ ِﺔ‬
،‫ﻚ‬ َ ِ‫َﺳﺘَـ ْﻘﺪ ُرَك ﺑِ ُﻘ ْﺪ َرﺗ‬ ْ َ َ ُ َْ ُ ْ َ َ ْ ْ ِ ْ ‫ﻓَـ ْﻠﻴَـ ْﺮَﻛ ْﻊ َرْﻛ َﻌﺘَـ‬
ِ ِ ِ ْ َ‫وأَﺳﺄَﻟُﻚ ِﻣﻦ ﻓ‬
،‫ﻮب‬ ِ ‫ﺖ َﻋ ﱠﻼم اﻟﻐُﻴ‬
ُ ُ َ ْ‫ َوأَﻧ‬،‫ َوﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻢ َوﻻَ أ َْﻋﻠَ ُﻢ‬،‫ﱠﻚ ﺗَـ ْﻘﺪ ُر َوﻻَ أَﻗْﺪ ُر‬ َ ‫ ﻓَِﺈﻧ‬،‫اﻟﻌ ِﻈﻴ ِﻢ‬
َ ‫ﻚ‬ َ ‫ﻀﻠ‬ ْ َ ْ َ
ِ ِ
‫ أ َْو ﻗَ َﺎل َﻋﺎﺟ ِﻞ‬- ‫ﺎﺷﻲ َو َﻋﺎﻗﺒَ ِﺔ أ َْﻣ ِﺮي‬ ِ
ِ ‫اﻟﻠﱠﻬ ﱠﻢ إِ ْن ُﻛْﻨﺖ ﺗَـﻌﻠَﻢ أَ ﱠن ﻫ َﺬا اﻷَﻣﺮ ﺧﻴـﺮ ِﱄ ِﰲ د ِﻳﲏ وﻣﻌ‬
َ ََ ٌَْ َْ َ ُ ْ َ ُ
ِ ِ ِ ِ ِ
‫ﺖ ﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻢ أَ ﱠن َﻫ َﺬا اﻷ َْﻣَﺮ َﺷﱞﺮ ِﱄ ِﰲ‬ َ ‫ َوإِ ْن ُﻛْﻨ‬،‫ ﰒُﱠ ﺑَﺎ ِرْك ِﱄ ﻓﻴﻪ‬،‫ ﻓَﺎﻗْ ُﺪ ْرﻩُ ِﱄ َوﻳَ ﱢﺴ ْﺮﻩُ ِﱄ‬- ‫أ َْﻣ ِﺮي َوآﺟﻠﻪ‬
ِِ ِ ِ ِِ ِ ِ
،ُ‫اﺻ ِﺮﻓِْﲏ َﻋْﻨﻪ‬ ْ َ‫ ﻓ‬- ‫ أ َْو ﻗَ َﺎل ِﰲ َﻋﺎﺟ ِﻞ أ َْﻣ ِﺮي َوآﺟﻠﻪ‬- ‫د ِﻳﲏ َوَﻣ َﻌﺎﺷﻲ َو َﻋﺎﻗﺒَﺔ أ َْﻣ ِﺮي‬
ْ ‫ﺎﺻ ِﺮﻓْﻪُ َﻋ ﱢﲏ َو‬
" ‫ ﰒُﱠ أ َْر ِﺿ ِﲏ‬،‫ﺚ َﻛﺎ َن‬ ُ ‫َواﻗْ ُﺪ ْر ِﱄ اﳋَْﻴـَﺮ َﺣْﻴ‬
Maksudnya:
„Daripada Jabir r.a. katanya: Rasulullah SAW telah mendengar kami
memohon petunjuk (istikharah) terhadap setiap urusan, sebagaimana
Baginda mengajar kami surah al-Quran. Baginda bersabda: Apabila salah
seorang daripada kamu hendak mengerjakan sesuatu perkara hendaklah
kerjakan solat dua rakaat selain daripada solat fardu, kemudian berdoa:

َ‫ﱠﻚ ﺗَـ ْﻘ ِﺪ ُر َوﻻ‬


َ ‫ ﻓَِﺈﻧ‬،‫ﻚ اﻟْ َﻌ ِﻈﻴ ِﻢ‬
ِ ْ َ‫ وأَﺳﺄَﻟُﻚ ِﻣﻦ ﻓ‬،‫ وأَﺳﺘـ ْﻘ ِﺪرَك ﺑِ ُﻘ ْﺪرﺗِﻚ‬،‫ﻟﻠﱠﻬ ﱠﻢ أَﺳﺘ ِﺨﲑ َك ﺑِﻌِْﻠ ِﻤﻚ‬
َ ‫ﻀﻠ‬ ْ َ ْ َ َ َ ُ َْ َ َ ُ َْ ُ
ِ ‫ﺖ َﻋﻼﱠم اﻟْﻐُﻴ‬ ِ
‫… َﺧْﻴـٌﺮ ِﱄ‬..‫ﺖ ﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻢ أَ ﱠن َﻫ َﺬا اﻷ َْﻣَﺮ‬ َ ‫ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِ ْن ُﻛْﻨ‬،‫ﻮب‬ ُ ُ َ ْ‫ َوأَﻧ‬،‫ َوﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻢ َوﻻَ أ َْﻋﻠَ ُﻢ‬،‫أَﻗْﺪ ُر‬
ِِ ِِ ِ ِِ ِ ِِ ِ ِ
َ ‫ ُﻛْﻨ‬،‫ِﰲ د ِﻳﲏ َوَﻣ َﻌﺎﺷﻲ َو َﻋﺎﻗﺒَﺔ أ َْﻣ ِﺮي َﻋﺎﺟﻠﻪ َوآﺟﻠﻪ ﻓَﺎﻗْ ُﺪ ْرﻩُ ِﱄ َوﻳَ ﱢﺴ ْﺮﻩُ ِﱄ ﰒُﱠ ﺑَﺎ ِرْك ِﱄ ﻓﻴﻪ‬
‫ﺖ ﺗَـ ْﻌﻠَ ُﻢ‬
ِِ ِ ِِ ِ ِِ ِ ِ
ُ‫اﺻ ِﺮﻓِْﲏ َﻋْﻨﻪ‬ ْ َ‫أَ ﱠن َﻫ َﺬا اﻷ َْﻣَﺮ َﺷﱞﺮ ِﱄ ِﰲ د ِﻳﲏ َوَﻣ َﻌﺎﺷﻲ َو َﻋﺎﻗﺒَﺔ أ َْﻣ ِﺮي َﻋﺎﺟﻠﻪ َوآﺟﻠﻪ ﻓ‬
ْ ‫ﺎﺻ ِﺮﻓْﻪُ َﻋ ﱢﲏ َو‬
.‫ﺚ َﻛﺎ َن ﰒُﱠ أ َْر ِﺿ ِﲏ ﺑِِﻪ‬ ْ ‫َواﻗْ ُﺪ ْر ِﱄ‬
ُ ‫اﳋَْﻴـَﺮ َﺣْﻴ‬
Maksudnya:
„Ya Tuhanku, aku memohon petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu,
dan aku mohon diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu, dan aku memohon
kemurahan-Mu yang Maha Agung kerana Engkau Maha Kuasa sedang aku
tidak kuasa dan Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui, Engkau
Maha Tahu perkara yang tersembunyi. Wahai Tuhanku, jika menurut
pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

akibat selepasnya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya


serta mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikan aku keberkatan padanya.
Dan jika menurut pengetahuan-Mu perkara ini tidak baik bagi agama,
kehidupan serta akhir kesudahannya, maka jauhilah ia dariku, serta gantilah
bagiku dengan yang lebih baik darinya, kemudian jadilah aku orang yang
reda dengan pemberian itu.‰

Solat istikharah boleh dibuat pada waktu siang ataupun malam; asalkan
tidak mengerjakannya pada waktu yang dilarang untuk mengerjakan solat
sunat.

(f) Solat Sunat Hajat


Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang dikerjakan kerana mempunyai
sesuatu hajat yang penting mahupun hajat biasa – baik hajat itu berkaitan
hubungan sesama manusia mahupun hubungan dengan Allah SWT.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a. daripada Uthman
bin Hunaif:

ِ ٍ ‫َﻋﻦ ﻋُﺜْﻤﺎ َن ﺑْ ِﻦ ﺣﻨَـْﻴ‬


َ‫ ْادعُ اﻟﻠﱠﻪ‬:‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻓَـ َﻘ َﺎل‬ َ ‫ﱠﱯ‬ ‫ﺼ ِﺮ أَﺗَﻰ اﻟﻨِ ﱠ‬َ َ‫ﺿ ِﺮ َﻳﺮ اﻟْﺒ‬
َ ‫ أَ ﱠن َر ُﺟ ًﻼ‬،‫ﻒ‬ ُ َ ْ
ِ ِ ِ
ُ‫ ﻓَﺄ ََﻣَﺮﻩ‬،‫ ْادﻋُ ْﻪ‬:‫ت« ﻓَـ َﻘ َﺎل‬ َ ‫ َوإِ ْن ﺷْﺌ‬،‫ﻚ َوُﻫ َﻮ َﺧْﻴـٌﺮ‬
ُ ‫ﺖ َد َﻋ ْﻮ‬ َ َ‫ت ﻟ‬ ُ ‫ﺖ أَ ﱠﺧ ْﺮ‬َ ‫ »إِ ْن ﺷْﺌ‬:‫ِﱄ أَ ْن ﻳـُ َﻌﺎﻓﻴَِﲏ ﻓَـ َﻘ َﺎل‬
ِ ‫ وﻳ ْﺪﻋﻮ ِ َﺬا اﻟﺪ‬،‫ﲔ‬ ِ
ُ‫ َوأَﺗَـ َﻮ ﱠﺟﻪ‬،‫ﻚ‬َ ُ‫َﺳﺄَﻟ‬ْ ‫ »اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِ ﱢﱐ أ‬:‫ﱡﻋﺎء‬َ َ َ ُ َ َ ِ ْ ‫ﺼﻠﱢ َﻲ َرْﻛ َﻌﺘَـ‬ ُ ‫ﺿﺄَ ﻓَـﻴُ ْﺤﺴ َﻦ ُو‬
َ ُ‫ َوﻳ‬،ُ‫ﺿﻮءَﻩ‬ ‫أَ ْن ﻳَـﺘَـ َﻮ ﱠ‬
ِ ِِ ِ َ ِ‫ﺖ ﺑ‬ ِ ٍ ِ ‫إِﻟَﻴ‬
‫ اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ‬،‫ﻀﻰ‬ َ ‫ﺎﺟ ِﱵ َﻫﺬﻩ ﻟﺘُـ ْﻘ‬ َ ‫ﻚ إ َﱃ َرﱢﰊ ِﰲ َﺣ‬ ُ ‫ ﻳَﺎ ُﳏَ ﱠﻤ ُﺪ إِ ﱢﱐ ﻗَ ْﺪ ﺗَـ َﻮ ﱠﺟ ْﻬ‬،‫ﱯ اﻟﱠﺮ ْﲪَﺔ‬‫ﻚ ﲟُ َﺤ ﱠﻤﺪ ﻧَِ ﱢ‬ َْ
«‫ﰲ‬‫ﱢﻌﻪُ ِ ﱠ‬
ْ ‫ﻓَ َﺸﻔ‬
Maksudnya:
„Seorang buta datang menemui Rasulullah lalu berkata: Doakan kepada
Allah untuk aku supaya Dia menyembuhkanku. Rasul menjawab: Jika
engkau mahu aku takhirkan untukmu, dan ia lebih baik dan jika engkau
mahu aku akan doakanmu. Lelaki itu menjawab: Doakanlah! Lalu
Rasulullah mengarahkannya berwuduk dan memperelokkan wuduknya
dan (mengarahkannya) solat dua rakaat dan berdoa dengan doa ini:...‰

ِ ‫ﻚ ﻓَـﻴـ ْﻘ‬
‫ﻀ ْﻲ ِ ْﱄ‬ ِ َ ِ‫ ﻳﺎ ُﳏَ ﱠﻤ ُﺪ إِ ﱢﱐ أَﺗَـﻮ ﱠﺟﻪُ ﺑ‬: ‫ﱯ اﻟﱠﺮ ْﲪَِﺔ‬
‫ﻚ ﺑِﻨَﺒِﻴﱢـﻨَﺎ ﻧَِ ﱢ‬
َ ‫ﻚ َوأَﺗَـ َﻮ ﱠﺟﻪُ إِﻟَْﻴ‬
َ ُ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِ ﱠﱐ أَ ْﺳﺄَﻟ‬
َ َ ‫ﻚ إ َﱃ َرﺑﱢ‬ َ ْ َ
‫ﺎﺟ ِ ْﱵ‬
َ ‫َﺣ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SOLAT SUNAT  103

Maksudnya:
„Ya Allah, aku bertawajuh (bermohon) kepada-Mu dengan berkat nabi
kami, nabi yang membawa rahmah: Wahai Muhammad (Rasulullah),
dengan rahmatmu aku bemohon kepada Tuhanmu (Allah), semoga Dia
menyampaikan hajatku.‰

(g) Solat Sunat Tasbih


Solat sunat yang dilakukan sebanyak empat rakaat, baik pada waktu siang
atau malam hari. Ia dinamakan solat tasbih kerana dalam solat ini dibaca
sebanyak 300 tasbih, 75 kali bacaan tasbih pada setiap rakaat.

Imam Ghazali membezakan solat sunat tasbih yang dilakukan pada waktu
siang dengan malam. Menurut beliau, sekiranya dikerjakan pada waktu
siang, maka hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan satu salam; namun,
jika dikerjakan pada malam hari, ia hendaklah dibuat dua rakaat kemudian
salam dan tambah dua rakaat lagi.

Dasar pelaksanaan solat tasbih adalah sebagaimana hadis yang


diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibn ÂAbbas r.a. yang bermaksud:

„Daripada Ibn ÂAbbas bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya: Wahai


bapa saudaraku, aku ingin memberi hadiah khusus untukmu. Apabila kamu
melakukannya kamu akan diampuni segala dosamu yang lama dan baru,
sengaja atau tidak sengaja, besar atau kecil dan yang tersembunyi atau nyata
oleh Allah, iaitu lakukanlah solat empat rakaat, setiap rakaat dibaca
al-Fatihah dan surah lain, apabila selesai bacalah ‫ﺳﺒﺤﺎن اﷲ واﳊﻤﺪاﷲ وﻻ اﻟﻪ اﻻ‬
‫ اﷲ اﷲ أﻛﱪ‬15 kali, kemudian kamu rukuk dan bacalah ia 10 kali. Apabila
bangun dari rukuk bacalah lagi 10 kali kemudian apabila sujud bacalah lagi
10 kali. Apabila bangun dari sujud bacalah 10 kali kesemuanya berjumlah 75
kali tasbih setiap rakaat. Lakukanlah ia setiap hari jika kamu mampu, jika
tidak setiap hari Jumaat, jika tidak sebulan sekali, jika tidak setahun sekali
dan jika tidak mampu sekali seumur hidup.‰

(h) Solat Sunat Witir


Solat sunat witir ertinya solat ganjil yakni solat sunat yang dikerjakan sama
ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau 11 rakaat pada waktu malam. Solat
sunat ini adalah solat yang menjadi penutup bagi solat malam. Solat sunat
witir amat digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Baginda gemar
mengerjakannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

Malah, pernah diriwayatkan oleh Tirmidhi dalam hadis daripada ÂAli r.a.
berkata:

‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ِ ‫ﻟَﻴﺲ اﻟْﻮﺗْـﺮ ِﲝْﺘ ٍﻢ َﻛﻬﻴﺌ ِﺔ اﻟ ﱠ‬


ِ ُ ‫ وﻟَ ِﻜﻦ ﺳﻨﱠﺔٌ ﺳﻨـﱠﻬﺎ رﺳ‬،‫ﻼة‬
َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ َ َ ُ ْ َ ‫ﺼ‬ َْ َ َ ُ َ َ ْ
Maksudnya:
„Witir itu bukan seperti solat fardu tetapi sunat yang dibiasakan oleh
Rasulullah SAW.‰

Ijmak ulama telah bersepakat mengenai waktu menunaikan solat witir


bermula dari selepas menunaikan solat Isyak sehingga masuknya waktu
Subuh dan baik untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadan ataupun dalam
bulan lain.

Terdapat dalam riwayat Abu Daud bahawa ÂAbdullah bin Qays berkata:

ِ ِ ِ ِ
‫ َوُرﱠﲟَﺎ أ َْوﺗَـَﺮ‬،‫ » ُرﱠﲟَﺎ أ َْوﺗَـَﺮ أَﱠوَل اﻟﻠﱠْﻴ ِﻞ‬:‫ﺖ‬ ْ َ‫ ﻗَﺎﻟ‬،‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ َ ‫ﺖ َﻋﺎﺋ َﺸﺔَ َﻋ ْﻦ ِوﺗْ ِﺮ َر ُﺳﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ ُ ْ‫َﺳﺄَﻟ‬
ِ ِ ِ ِ ِ َ‫ َﻛﻴﻒ َﻛﺎﻧ‬:‫ ﻗُـ ْﻠﺖ‬،«‫آﺧ ِﺮِﻩ‬ ِ ‫ِﻣﻦ‬
‫ﻚ َﻛﺎ َن‬ َ ‫ » ُﻛ ﱠﻞ َذﻟ‬:‫ﺖ‬ ْ َ‫ أ َْم َْﳚ َﻬُﺮ؟ ﻗَﺎﻟ‬،‫ﺖ ﻗَﺮاءَﺗُﻪُ؟ أَ َﻛﺎ َن ﻳُﺴﱡﺮ ﺑِﺎﻟْﻘَﺮاءَة‬ ْ َ ْ ُ ْ
‫ َوُرﱠﲟَﺎ ﺗَـ َﻮ ﱠ‬،‫ َوُرﱠﲟَﺎ ا ْﻏﺘَ َﺴ َﻞ ﻓَـﻨَ َﺎم‬،‫ َوُرﱠﲟَﺎ َﺟ َﻬَﺮ‬،‫َﺳﱠﺮ‬
«‫ ﻓَـﻨَ َﺎم‬،َ‫ﺿﺄ‬ َ ‫ ُرﱠﲟَﺎ أ‬،‫ﻳَـ ْﻔ َﻌ ُﻞ‬
Maksudnya:
„Aku pernah bertanya kepada Aisyah berkaitan dengan solat witir
Rasulullah SAW, Aisyah menjawab: Adakala Rasulullah SAW solat witir
pada awal malam, adakalanya pada akhirnya. Aku bertanya lagi. Apakah
bacaan Rasulullah SAW dalam solat itu perlahan-lahan atau keras? ÂAisyah
menjawab: Kedua-duanya itu pernah dilakukan. Adakalanya dengan
perlahan-lahan, adakalanya dengan keras, dan ada juga Rasulullah SAW
mandi terlebih dahulu, lantas tidur dan adakalanya pula Baginda berwuduk
lalu tidur.‰

Daripada keterangan tadi, dapat kita menyimpulkan bahawa waktu solat


witir itu bermula dari selepas menunaikan solat Isyak dan berakhir
sehinggalah masuk waktu Subuh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SOLAT SUNAT  105

SEMAK KENDIRI 6.1


1. Huraikan secara terperinci solat sunat yang berikut:
(a) Solat sunat rawatib;
(b) Solat sunat muakad; dan
(c) Solat sunat witir.

2. Huraikan perbezaan antara solat tasbih yang dilakukan di waktu


siang dengan solat tasbih yang dilakukan di waktu malam.

AKTIVITI 6.2
1. Apakah pandangan fuqaha mengenai solat sunat sebelum solat
Maghrib?

2. Bincangkan perbezaan antara qiamullail dengan solat tahajud.

3. Ceritakan pengalaman anda yang paling menyentuh perasaan


sewaktu melakukan solat tahajud. Ceritakan pengalaman orang
lain yang anda ketahui semasa melakukan qiamullail.

4. Anda diminta untuk mencari maklumat di laman Web mengenai


pandangan fuqaha terhadap cara menunaikan solat hajat:
berjemaah dan berseorangan.

5. Rumuskan pendapat fuqaha mengenai hukum solat tasbih dalam


hujah mereka, kemudian kemukakan pendapat terhadap pilihan
anda.

6.2 SOLAT SUNAT SECARA BERJEMAAH


Sekarang kita akan membincangkan solat sunat yang dilakukan secara berjemaah.
Solat ini juga dilakukan secara bersendirian, tetapi digalakkan supaya dilakukan
secara berjemaah (rujuk Rajah 6.4). Pada kebiasaannya, solat ini dilakukan secara
berjemaah. Contohnya, solat tarawih. Ini kerana jarang sekali kita dapati orang
melakukan solat tarawih seorang diri di rumah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

Rajah 6.4: Solat yang digalakkan berjemaah

Yang berikut merupakan perincian solat sunat yang digalakkan berjemaah.

6.2.1 Solat Sunat Tarawih


Qiyam Ramadan atau disebut solat tarawih sunat dikerjakan oleh lelaki mahupun
wanita. Perkataan „tarawih‰ bermaksud mengambil kerehatan kerana Rasulullah
SAW sembahyang empat rakaat sambil berehat. Waktu mengerjakannya antara
selesai solat Isyak sehingga waktu Subuh dalam bulan Ramadan. Solat tarawih
juga merupakan solat yang digemari oleh Rasulullah SAW. Baginda
menganjurkan supaya mengerjakannya secara berjemaah. Riwayat Muslim yang
dijelaskan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ﱠم ِﻣ ْﻦ َذﻧْﺒِ ِﻪ‬ ِ ِ ‫ﻣﻦ ﻗَﺎم رﻣﻀﺎ َن إِﳝَﺎﻧًﺎ و‬


َ ‫ ﻏُﻔَﺮ ﻟَﻪُ َﻣﺎ ﺗَـ َﻘﺪ‬،‫اﺣﺘ َﺴﺎﺑًﺎ‬
ْ َ َ ََ َ ْ َ
Maksudnya:
„Barang siapa berdiri (solat malam) dalam bulan Ramadan kerana iman dan
mengharapkan pahala daripada Allah, maka akan diampunkan dosa
sebelumnya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SOLAT SUNAT  107

Bilangan rakaat solat tarawih ada yang berpendapat mengatakan 11 rakaat,


mengikut sunnah Rasulullah SAW seperti yang dinyatakan dalam hadis Muslim
daripada ÂAisyah r.a.:

ً‫ َوَﻻ ِﰲ َﻏ ِْﲑِﻩ َﻋﻠَﻰ إِ ْﺣ َﺪى َﻋ ْﺸَﺮَة َرْﻛ َﻌﺔ‬،‫ﻀﺎ َن‬ ُ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻳَِﺰ‬
َ ‫ﻳﺪ ِﰲ َرَﻣ‬
ِ ُ ‫ﻣﺎ َﻛﺎ َن رﺳ‬
َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ َ

Maksudnya:
„Tidaklah Rasulullah SAW menambah rakaat di bulan Ramadan dan tidak pula
pada bulan lainnya lebih daripada 11 rakaat.‰

Ada sesetengah pendapat mengatakan bilangannya 20 rakaat.

6.2.2 Solat Sunat Hari Raya


Umat Islam seluruh dunia menyambut dua hari raya dalam kalendar Islam iaitu
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat pada dua hari raya tersebut
disyariatkan berdasarkan kepada riwayat oleh Muslim daripada Ummu ÂAtiyyah
yang mengatakan:

ِ ‫ و َذو‬،‫اﳊﻴﱠﺾ‬ ِ ِ
‫ات‬ َ َ َ ُْ ‫ َو‬،‫ اﻟْ َﻌ َﻮاﺗ َﻖ‬،‫َﺿ َﺤﻰ‬ ْ ‫ أَ ْن ُﳔْ ِﺮ َﺟ ُﻬ ﱠﻦ ِﰲ اﻟْﻔﻄْ ِﺮ َو ْاﻷ‬،‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬ ِ ُ ‫أَﻣﺮﻧَﺎ رﺳ‬
َ ‫ﻮل اﷲ‬ ُ َ ََ
ِ ‫ﻮل‬
‫اﷲ إِ ْﺣ َﺪاﻧَﺎ‬ ِ ِ ‫ﺾ ﻓَـﻴَـ ْﻌﺘَ ِﺰﻟْ َﻦ اﻟ ﱠ‬ ْ ‫ ﻓَﺄَﱠﻣﺎ‬،‫اﳋُ ُﺪوِر‬
َ ‫ ﻳَﺎ َر ُﺳ‬:‫ﺖ‬ َ ‫ َوَد ْﻋ َﻮةَ اﻟْ ُﻤ ْﺴﻠﻤ‬،‫اﳋَْﻴـَﺮ‬
ُ ‫ ﻗُـ ْﻠ‬،‫ﲔ‬ ْ ‫ َوﻳَ ْﺸ َﻬ ْﺪ َن‬،َ‫ﺼ َﻼة‬ ُ ‫اﳊُﻴﱠ‬ ْ
«‫ُﺧﺘُـ َﻬﺎ ِﻣ ْﻦ ِﺟ ْﻠﺒَﺎ ِ َﺎ‬ ِ
ْ ‫ »ﻟﺘُـ ْﻠﺒِ ْﺴ َﻬﺎ أ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﺎب‬
ِ
ٌ َ‫َﻻ ﻳَ ُﻜﻮ ُن َﳍَﺎ ﺟ ْﻠﺒ‬
Maksudnya:
„Rasulullah SAW memerintahkan kami pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Aidiladha supaya membawa wanita-wanita muda dan para gadis dan wanita
sedang haid dan dalam pingitan supaya keluar (untuk solat). Adapun wanita haid
mereka tidak ikut solat, tetapi turut merayakan serta mendoakan bersama-sama
kaum Muslimin. Saya berkata kepada Rasulullah SAW: Salah seorang kami tidak
ada baju untuk dipakai‰. Jawab Rasulullah: Saudaranya mestilah memakaikannya
jilbabnya.‰

Solat pada hari raya dikerjakan dua rakaat seperti solat sunat fajar tanpa azan dan
iqamat. Waktu mengerjakan solat Hari Raya Aidiladha ialah dari matahari terbit
sampai matahari naik kira-kira setinggi galah dan untuk Hari Raya Aidilfitri pula
waktunya adalah dari matahari setinggi galah sampai condongnya matahari ke
arah barat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

6.2.3 Solat Sunat Gerhana Bulan dan Matahari


Perkataan khosuf (‫ )ﺧﺴﻮﻑ‬dan kusuf (‫ )ﻛﺴﻮﻑ‬adalah berkaitan istilah gerhana bulan
dan gerhana matahari. Dalam al-Tanzil dikatakan bahawa istilah khosuf adalah
untuk bulan, manakala istilah kusuf untuk matahari.

Hukum mengerjakan solat gerhana adalah sunat muakadah, sesuai dengan sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim:

ِِ ِ ٍ ‫تأ‬ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ ﻓَِﺈ َذا َرأَﻳْـﺘُ ُﻤ‬،‫ َوَﻻ ﳊَﻴَﺎﺗﻪ‬،‫َﺣﺪ‬
‫ﻮﻫﺎ ﻓَﺎﻓْـَﺰﻋُﻮا‬ َ ‫ َﻻ َﳜْﺴ َﻔﺎن ﻟ َﻤ ْﻮ‬،‫ﺲ َواﻟْ َﻘ َﻤَﺮ آﻳَـﺘَﺎن ﻣ ْﻦ آﻳَﺎت اﷲ‬ ْ ‫إ ﱠن اﻟﺸ‬
َ ‫ﱠﻤ‬
‫ﻟِﻠ ﱠ‬
‫ﺼ َﻼ ِة‬
Maksudnya:
„Bahawa matahari dan bulan itu dua tanda daripada tanda kekuasaan Allah.
Matahari dan bulan tidak gerhana kerana matinya seseorang dan bukan kerana
hidupnya seseorang. Kalau kamu lihat gerhana itu hendaklah kamu segera
mengerjakan solat.‰

Dari segi bilangan rakaat, jumhur sepakat mengatakan solat gerhana bulan dan
gerhana matahari dilakukan sebanyak dua rakaat. Ada juga yang berpendapat
bilangannya tertakluk kepada bilangan rakaat solat yang dikerjakan sebelum
gerhana berlaku. Umpamanya apabila gerhana itu berlaku selepas Subuh, maka
rakaat solat gerhana ialah dua rakaat seperti bilangan rakaat solat Subuh.
Seterusnya apabila berlaku gerhana selepas Zuhur, maka bilangan rakaatnya
adalah empat rakaat.

6.2.4 Solat Sunat Istisqa’


Hujan dan kemarau merupakan ketentuan Allah SWT dan tiada sesiapa yang
dapat mengubahnya kecuali Dia. Oleh yang demikian, jika kemarau datang
melanda, maka disunatkan bersolat istisqaÊ iaitu solat minta hujan. Solat sunat ini
dikerjakan tanpa azan dan tanpa iqamat. Anjuran mengerjakannya sebagaimana
terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada ÂAbdullah bin
Zaid:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 SOLAT SUNAT  109

ِ ِ ِ
‫ﺐ‬
َ َ‫اﺳﺘَـ ْﻘﺒَ َﻞ اﻟﻘْﺒـﻠَﺔَ َوﻗَـﻠ‬
ْ ‫ ﰒُﱠ‬،‫اﺳﺘَ ْﺴ َﻘﻰ‬ َ ُ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ إِ َﱃ َﻫ َﺬا اﳌ‬
ْ ‫ ﻓَ َﺪ َﻋﺎ َو‬،‫ﺼﻠﱠﻰ ﻳَ ْﺴﺘَ ْﺴﻘﻲ‬ ‫َﺧَﺮ َج اﻟﻨِ ﱡ‬
َ ‫ﱠﱯ‬
ُ‫ِرَداءَﻩ‬
Maksudnya:
„Daripada ÂAbdullah bin Zaid katanya: Nabi Muhammad SAW keluar pergi ke
tempat sembahyang untuk meminta hujan. Baginda menghadap kiblat, lalu solat
dua rakaat dan membalikkan jubahnya.‰

SEMAK KENDIRI 6.2


Terangkan bila dan bagaimanakah solat ini ditunaikan:
(a) Solat tarawih;
(b) Solat kusuf;
(c) Solat khosuf; and
(d) Solat istisqaÊ.

 Dalam Islam, terdapat dua bentuk solat sunat. Pertamanya, solat sunat yang
dilakukan secara bersendirian dan satu lagi ialah solat sunat yang dilakukan
secara berjemaah.

• Solat sunat yang dilakukan secara bersendirian terbahagi kepada dua iaitu
solat sunat yang mengiringi solat fardu (solat sunat rawatib) dan solat sunat
berasingan daripada solat fardu.

• Bagi solat sunat rawatib, ia dibahagikan lagi kepada dua iaitu solat sunat
muakad dan solat sunat tidak muakad.

• Solat sunat berasingan daripada solat fardu ada lapan. Antaranya ialah solat
sunat witir, solat sunat tahajud, solat sunat duha dan solat sunat hajat.

 Solat sunat secara berjemaah pula ada empat jenis iaitu solat sunat tarawih,
solat sunat hari raya, solat sunat gerhana bulan dan matahari dan solat sunat
istisqa'.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 SOLAT SUNAT

Khosuf Solat istisqaÊ


Kusuf Solat tahiyatul masjid
Muakad Solat tasbih
Rawatib Tahajud
Solat istikharah

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1). Kaherah, Mesir: Maktabah Dar
al-Turath.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam al-SyafiÊi.


Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pengurusan
Jenazah
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan adab bagi pesakit, berziarah dan menguruskan
kematian;
2. Menjelaskan cara memandikan jenazah;
3. Menghuraikan cara mengkafankan jenazah;
4. Menerangkan cara solat jenazah; dan
5. Menghuraikan cara mengebumikan jenazah.

 PENGENALAN
Tahukah anda apakah yang perlu anda lakukan ketika berhadapan pesakit atau
orang yang hampir meninggal dunia? Kematian merupakan satu peristiwa
penting yang pasti ditempuhi oleh setiap insan. Ia merupakan jambatan yang
menghubungkan antara dua kehidupan iaitu kehidupan di dunia dan kehidupan
di akhirat. Sebagai seseorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT, anda
mestilah menerima hakikat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara
bagi mencari bekalan untuk memenuhi kehidupan yang abadi.

Di sini, kita akan membincangkan tentang pengurusan jenazah seperti adab


berkaitan orang sakit, menziarahi orang sakit, cara menguruskan jenazah
hinggalah kepada mengebumikan jenazah.

Mafhum hadis ada mengatakan bahawa barang siapa yang menyaksikan jenazah
serta turut menyembahyangkannya, diberi pahala satu qirat dan barang siapa
yang menyembahyangkan jenazah sehingga dikebumikan, maka padanya diberi
dua qirat. Ditanyakan kepada Rasulullah SAW apakah dua qirat itu, ya
Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda maksudnya, iaitu pahalanya yang
menyamai dua bukit yang besar (daripada permata).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
112  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

7.1 ADAB BERKAITAN ORANG SAKIT


Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan tentang perkara yang berkaitan
dengan adab pesakit, adab menziarahi pesakit, adab menziarahi pesakit yang
nazak, adab yang sunat dilakukan kepada orang yang telah meninggal dunia dan
kewajipan kita terhadap jenazah.

7.1.1 Adab Pesakit


Sakit adalah alamat kepada kematian. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada
mereka yang sakit supaya kembali mengingati Allah SWT dan bertaubat serta
bersedia untuk menghadapi alam kematian. Bagi seorang pesakit, walaupun dia
berada dalam keadaan sakit, perlu baginya menjaga beberapa adab. Adab tersebut
ialah:

(a) Berwasiat kepada ahli keluarganya supaya sentiasa tabah dan sabar dengan
ketetapan Allah SWT.

(b) Menjaga perangai dan tingkah laku agar sentiasa baik.

(c) Menjauhi daripada segala pertelingkahan urusan dunia.

(d) Menjaga solat dan menjauhi maksiat serta menjaga aurat jika penziarah itu
bukan muhrimnya.

(e) Pesakit tidak dibolehkan berdoa atau meminta supaya dia segera dimatikan
kerana sudah tidak sanggup menanggung ujian daripada Allah SWT.

(f) Sunat memperbanyakkan zikir.

(g) Memikirkan ini adalah kesempatan akhir untuknya beribadat dan bertaubat.

(h) Hendaklah berikhtiar mencari ubat.

(i) Berpesan kepada ahli keluarganya agar meninggalkan perkara bidaah


semasa menguruskan jenazah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  113

(j) Bersabar dengan penderitaan yang dihadapi. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:

„Tidaklah mengenai seseorang Mukmin tusukan satu duri melainkan Allah


SWT akan mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosanya.‰

(k) Pesakit wajib menjaga ibadat fardu terutamanya solat selama mana akal dan
ingatannya masih sedar. Sekiranya tidak mampu mengerjakannya, dia
hendaklah melakukannya dalam keadaan duduk dan begitulah seterusnya.

Hadis Rasulullah SAW, maksudnya:

‰Daripada Anas Ibni Malik r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah seseorang kamu meminta untuk mati kerana bala yang menimpanya,
tidak boleh meminta kematian tersebut. Sebaliknya jika dia hendak berdoa juga
hendaklah dia berdoa, Ya Allah, hidupkanlah aku jika sekiranya hidup lebih baik
bagiku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu lebih baikku.‰

AKTIVITI 7.1

Anda telah dijelaskan dengan adab yang perlu dijaga semasa sakit. Cuba
anda fikirkan sebab serta hikmah mengapakah manusia diuji dengan
kesakitan.

7.1.2 Adab Menziarahi Orang Sakit


Kita telah mempelajari tentang adab bagi seorang pesakit. Bagaimanakah pula
adab bagi orang yang menziarahi pesakit? Kita sebagai umat Islam hendaklah
menziarahi orang yang sakit kerana ia dituntut oleh Islam. Apabila kita
menziarahi pesakit, hukumnya adalah sunat muakad walaupun pesakit tersebut
kita kenal atau tidak.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

‰Hak seorang Islam kepada seorang Islam yang lain ada enam perkara.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

Enam perkara tersebut diterangkan dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Hak orang Islam kepada orang Islam yang lain

7.1.3 Adab Menziarahi Pesakit yang Nazak


Apakah yang perlu kita lakukan apabila menziarahi pesakit yang nazak? Terdapat
empat perkara yang boleh anda lakukan iaitu:

(a) Mendoakan pesakit agar cepat sembuh;

(b) Digalakkan membawa buah tangan;

(c) Menggembirakan pesakit dengan kata yang baik dan ke arah keakhiratan,
elakkan daripada membincangkan perkara yang menakutkan atau
menyakitinya; dan

(d) Tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam proses ziarah tersebut.
Makruh menziarahi pada waktu tengah hari, sebaik-baiknya pilihlah waktu
lapang yang sesuai seperti waktu pagi atau petang. Sekiranya di bulan
Ramadan, pilihlah waktu malam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  115

7.1.4 Adab Sunat yang Dilakukan kepada Orang yang


Telah Meninggal Dunia
Apabila berlaku kematian, apakah yang perlu kita lakukan kepada si mati? Di sini,
kita akan melihat beberapa adab yang sunat dilakukan kepada orang yang telah
meninggal dunia. Antaranya ialah:
(a) Hendaklah ditutup matanya;
(b) Ditutup seluruh badannya dengan kain dan diletakkan di tempat yang
tinggi, seperti di atas katil;
(c) Letakkan dua tangan di atas dadanya seperti keadaan orang sedang bersolat;
(d) Diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya;
(e) Menjelaskan segala hutang piutangnya;
(f) Dilembutkan sendinya dengan minyak;
(g) Memasang bau-bauan di dalam bilik si mati; dan
(h) Bersegera menguruskannya dan jangan dilewatkan tanpa sebab yang
munasabah.

7.1.5 Kewajipan Terhadap Jenazah


Apabila seseorang Islam meninggal dunia, maka wajiblah ke atas saudara Islam
yang hidup sebagai fardu kifayah menyelenggarakan empat perkara ke atas si
mati seperti yang disenaraikan dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Empat perkara yang perlu dilakukan ke atas jenazah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

Semua perbelanjaan bagi menguruskan jenazah berkenaan adalah daripada harta


peninggalannya (si mati) kecuali isteri, maka wajib atas suaminya, anak kecil wajib
ke atas bapanya, sekiranya tidak ada, maka tertanggunglah ke atas baitulmal,
sekiranya baitulmal pun tiada maka tertanggunglah ke atas orang Islam yang
kaya.

SEMAK KENDIRI 7.1


1. Senaraikan adab menziarahi orang sakit.

2. Apakah yang perlu dilakukan apabila anda menghadapi situasi


kecemasan dan mendapati mangsa ialah saudara Muslim serta
hampir mati?

7.2 CARA MEMANDIKAN JENAZAH


Dalam subtopik ini, kita akan mempelajari cara memandikan jenazah. Terdapat
dua cara memandikan jenazah iaitu:

(a) Cara Pertama


Menghilangkan najis yang mungkin terdapat di badan. Kemudian,
meratakan air ke seluruh tubuhnya.

(b) Cara Kedua


Cara ini adalah mengikut sunnah dan ia dilaksanakan seperti yang berikut
(rujuk Rajah 7.3):

(i) Meletakkan jenazah di tempat yang lapang dan tinggi seperti papan
atau seumpamanya dan menutup auratnya dengan kain atau
seumpamanya;

(ii) Mendudukkannya di tempat mandi dengan mencondongkan


badannya ke belakang. Kepala jenazah disandarkan ke tangan
kanannya, tangan kirinya mengurut perut jenazah dengan tekanan
yang kuat supaya najis yang mungkin ada di dalam badannya keluar;

(iii) Mandikan keseluruhan sebelah kanan bahagian hadapan badan


jenazah, kemudian keseluruhan sebelah kiri bahagian hadapan.
Seterusnya mandikan pula bahagian rusuk kanannya dan diikuti
rusuk sebelah kiri. Sunat diulang sebanyak tiga kali;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  117

(iv) Campurkan sedikit kapur barus di dalam air mandi yang ketiga
kecuali jenazah dalam ihram;

(v) Daripada Ibni Abbas r.a., seorang lelaki dicampak oleh untanya dan
dipijaknya lalu mati sedangkan dia dalam berihram. Rasulullah SAW
bersabda maksudnya:
„Mandikan dia dengan air biasa serta air bidara dan kafankan dengan
dua helai kain. Jangan sentuhkannya dengan wangi-wangian dan
jangan tutup kepalanya. Allah SWT akan membangkitkannya pada
hari kiamat dalam keadaan rambutnya melekat.‰

Dalam riwayat yang lain, „Sambil mengucap talbiah.‰

(vi) Balut tangan kiri dengan perca kain atau sarung tangan untuk
membasuh kedua-dua kemaluannya;

(vii) Bersihkan mulut dan dua lubang hidungnya dan seterusnya ambilkan
wuduknya sebagaimana orang hidup berwuduk;

(viii) Membasuhkan kepala dan mukanya dengan sabun atau dengan


sesuatu yang boleh membersihkannya. Sikatkan rambutnya jika ada,
dan meletakkan semula rambut yang tercabut untuk dikebumikan
bersama-samanya;

(ix) Jenazah lelaki wajib dimandikan oleh orang lelaki begitu juga jenazah
perempuan wajib dimandikan oleh orang perempuan. Bagaimanapun,
harus bagi lelaki memandikan jenazah isterinya dan begitu juga
sebaliknya;

(x) Jika tidak ada yang memandikan jenazah perempuan melainkan lelaki
bukan mahramnya atau tidak ada yang memandikan jenazah lelaki
melainkan perempuan bukan mahramnya, maka dalam kedua-dua
keadaan ini gugurlah tuntutan mandi dan hendaklah
menggantikannya dengan tayamum; dan

(xi) Tujuan disyariatkan mandi jenazah ialah untuk memuliakan dan


membersihkannya. Hukumnya wajib bagi semua jenazah orang Islam
kecuali si mati syahid dalam medan peperangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

Rajah 7.3: Cara memandikan jenazah mengikut sunnah

AKTIVITI 7.2
Cuba lakukan secara praktikal cara memandikan jenazah dengan
menggunakan bahan di sekeliling anda.

7.2.1 Orang yang Berhak Memandikan Jenazah


Kita telah mempelajari tadi cara memandikan jenazah. Telah disebut bahawa
jenazah lelaki wajib dimandikan oleh orang lelaki dan sebaliknya. Mari kita lihat
dengan lebih terperinci siapakah yang berhak memandikan jenazah (rujuk
Rajah 7.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  119

Rajah 7.4: Orang yang berhak memandikan jenazah

Lelaki tidak boleh memandikan jenazah perempuan kecuali isteri atau


mahramnya. Begitu juga perempuan tidak boleh memandikan jenazah lelaki
kecuali suami atau mahramnya.

Sekiranya berlaku kematian seorang perempuan dan di tempat itu tidak ada
seorang perempuan pun, maka hendaklah ditayamumkan dan tidak boleh
dimandikan oleh lelaki yang bukan mahramnya. Hukum ini juga terpakai kepada
lelaki.

Manakala, bagi jenazah kanak-kanak pula, sama ada lelaki atau perempuan boleh
dimandikan tanpa syarat yang ketat.

Walau bagaimanapun, mana-mana orang yang tersenarai dalam Rajah 7.4 boleh
memandikan jenazah terbabit sekiranya mendapat persetujuan bersama. Jika
persetujuan tidak dicapai, mereka yang berada di peringkat atas adalah lebih
berhak memandikan jenazah berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, haram dimandikan jenazah yang meninggal dunia


dalam perang sabilillah. Di samping itu, haram meletakkan bau-bauan pada
jenazah, menutup muka jenazah perempuan dan menutup kepala jenazah lelaki
yang meninggal dunia dalam ihram.

SEMAK KENDIRI 7.2


1. Siapakah yang berhak memandikan jenazah anda?

2. Siapakah yang lebih berhak memandikan jenazah ibu bapa anda?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

7.3 CARA MENGAFANKAN JENAZAH


Seterusnya, kita akan mempelajari pula cara mengafankan jenazah. Tahukah anda
cara mengafankan jenazah? Apabila seseorang itu meninggal dunia, kafankan
jenazah berkenaan menggunakan kain kafan daripada jenis yang harus dipakai
ketika hidup. Seelok-eloknya berwarna putih, manakala kain sutera hanya boleh
digunakan untuk mengafankan mayat perempuan sahaja.

Proses mengafankan jenazah sekurang-kurangnya menggunakan satu lapis kain


sahaja dan harus ditambah di bawah balutan itu, serban dan baju labuh. Lima
lapisan kain adalah proses kafan yang sempurna bagi perempuan iaitu kain
pinggang, kain tudung, baju dan dua lapis kain balut.

Semasa mengafankan jenazah, apakah bahan lain yang perlu disediakan? Bahan
lain yang perlu disediakan ialah satu tikar dan satu bantal. Kemudian,
dibentangkan kain kafan yang tiga lapis atau dua lapis itu sehelai demi sehelai
dan lapisan yang tersentuh dengan mayat itu, hendaklah ditaburkan dengan
bau-bauan yang telah disediakan dan dipercikkan air mawar.

Kemudian, letakkan jenazah di atas kain itu dan ditampal mukanya, telinganya,
punggungnya, tapak tangan dan tapak kakinya dengan kapas dan dibalut hingga
habis lapis kain itu di tubuh jenazah.

Kain balut hendaklah diikat di hujung kepalanya, di tempat letak tangannya, di


kemaluannya, di lututnya dan di hujung kakinya. Ikatan di kemaluannya
disimpul di tengah-tengah. Manakala serban, baju labuh (qamis), kain dan tudung
kepala dipakaikan sebelum dibalut.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diingat, iaitu:


(a) Makruh dikafankan jenazah dengan kain yang mahal;
(b) Kain yang telah dibasuh lebih baik daripada kain yang baru; dan
(c) Ikatan kain balut hendaklah dilonggarkan simpulannya apabila jenazah
telah dibaringkan di dalam kubur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  121

Di samping itu, terdapat dua cara dalam mengafankan jenazah lelaki, iaitu:

(a) Cara yang ringkas, iaitu sekurang-kurangnya mengafankan seluruh tubuh


jenazah dengan sehelai kain termasuk kepalanya jika dia tidak dalam
berihram.

(b) Cara yang sempurna iaitu seperti yang berikut (rujuk Rajah 7.5):
(i) Mengafankan jenazah dengan tiga helai kain putih;
(ii) Setiap helai kain sama panjangnya dengan jenazah;
(iii) Lebar setiap helai kain pula kira-kira boleh membalut seluruh tubuh
jenazah; dan
(iv) Makruh mengafankan jenazah dengan kain yang bukan berwarna
putih.

Rajah 7.5: Cara mengafankan jenazah lelaki

Yang berikut adalah dalil mengenai mengafankan jenazah. Daripada Ibn Aishah
r.a. yang bermaksud:
„Rasulullah SAW telah dikafankan dengan tiga lapis kain kapas putih yang bersih
tanpa baju dan serban.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


„Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih kerana ia sebaik-baik pakaian dan
kafankan yang mati dalam kalangan kamu dengannya.‰

Setelah kita mempelajari cara mengafankan jenazah lelaki, marilah pula kita
mempelajari cara mengafankan jenazah perempuan. Caranya adalah seperti yang
berikut (rujuk Rajah 7.6):
(a) Jenazah perempuan dikafankan dengan lima helai kain putih;
(b) Sehelai kain menutup dari pusat hingga ke hujung badan;
(c) Sehelai tudung yang menutup kepalanya;
(d) Sehelai baju menutup badan bahagian atas hingga ke kain; dan
(e) Dua helai lagi – setiap satu membalut seluruh tubuhnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  123

Rasulullah SAW menyuruh puteri Baginda Ummu Kalsum r.a. dikafankan dengan
cara tersebut.

Rajah 7.6: Cara mengafankan jenazah perempuan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

7.4 SOLAT JENAZAH


Tahukah anda, salah satu tujuan solat jenazah dilakukan adalah untuk
menghormati si mati? Ini adalah berdasarkan sunnah Rasululah SAW yang
melakukan solat bagi menghormati si mati (rujuk Rajah 7.7).

Rajah 7.7: Contoh solat jenazah

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. yang
bermaksud:
„Rasulullah SAW berasa sedih dengan kematian al-Najashi: Baginda keluar
menuju ke tempat solat. Lalu Baginda mengatur saf mereka (para sahabat) dan
bertakbir dengan empat takbir.‰

7.4.1 Syarat Sah Solat Jenazah


Terdapat lima syarat sah solat jenazah iaitu:
(a) Serupa dengan solat yang lain;
(b) Jenazah ialah orang Islam;
(c) Jenazah telah dimandikan dan dibersihkan daripada najis;
(d) Jenazah diletakkan di sebelah kiblat (di hadapan orang yang solat); dan
(e) Kematiannya bukan kerana perang sabilillah.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  125

7.4.2 Rukun Solat Jenazah


Dalam solat jenazah, terdapat tujuh rukun yang perlu dipatuhi iaitu:
(a) Niat dan caranya serupa dengan solat yang lain;
(b) Berdiri bagi orang yang berkuasa (berupaya);
(c) Empat takbir, termasuk takbiratul-ihram;
(d) Membaca al-Fatihah;
(e) Membaca selawat;
(f) Membaca doa ke atas mayat; dan
(g) Salam.

7.4.3 Cara Mendirikan Solat Jenazah


Dalam mendirikan solat jenazah, terdapat empat takbir yang perlu dipatuhi. Cara
mendirikan solat jenazah diterangkan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Cara Mendirikan Solat Jenazah

Takbir Cara
Pertama  Bertakbir dengan takbiratul-ihram dalam keadaan berniat solat ke
atas jenazah.
 Selepas bertakbir, kedua-dua tangan diletakkan di atas dada
sebagaimana solat biasa, kemudian membaca Surah al-Fatihah.
Kedua  Selepas membaca Surah al-Fatihah dengan sempurna, bertakbir lagi
untuk kedua kali sebagaimana dalam takbir yang pertama
kemudian membaca selawat Ibrahimiah sebagaimana bacaan
dalam tahiyat akhir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

Ketiga  Bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir
tersebut. Sekurang-kurangnya lafaz doa‰Ya Allah! Rahmatilah
jenazah ini„ atau ‰Ya Allah! Ampunilah jenazah ini.„

 Doa bagi jenazah perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya.

 Jenazah kanak-kanak hendaklah dibaca doa.

Keempat  Kemudian takbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya.


ِ
ْ ‫أَﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻻَ َْﲢ ِﺮْﻣﻨَﺎ أ‬
ُ‫َﺟَﺮﻩُ َوﻻَ ﺗَـ ْﻔﺘﻨﱠﺎ ﺑَـ ْﻌ َﺪﻩ‬
‰Ya Allah! Janganlah kamu menghalang kami daripada
mendapat pahalanya dan janganlah kami terfitnah selepas
kematiannya. Ampunilah kami dan ampunilah dia.‰
(Riwayat Abu Daud)
 Memberi salam dengan dua kali salam, seperti mana solat biasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  127

Terdapat beberapa perkara yang perlu diingati, iaitu:

(a) Solat jenazah dilakukan secara berdiri, tidak ada rukuk, sujud dan duduk.

(b) Bagi jenazah lelaki, kepalanya menghala ke sebelah kiri dan imam berdiri
setentang dengan kepalanya.

(c) Bagi jenazah perempuan, kepalanya menghala ke sebelah kanan dan imam
berdiri bertentangan dengan tangan dan punggungnya.

(d) Jenazah yang berada di dalam keranda, apabila hendak disembahyangkan,


hendaklah dibuka penutupnya.

(e) Yang lebih utama menyembahyangkan mayat itu ialah walinya, iaitu:
(i) Bapa/datuk dan ke atas;
(ii) Anak-anak/cucu ke bawah;
(iii) Saudara lelaki seibu sebapa/saudara lelaki sebapa;
(iv) Anak saudara seibu sebapa/anak saudara sebapa;
(v) Bapa saudara seibu sebapa/bapa saudara sebapa;
(vi) Anak bapa saudara seibu sebapa/anak bapa saudara sebapa; dan
(vii) Saudara mara jauh (zawil arham).

Jika mereka berada di peringkat yang sama, dahulukan yang lebih tua dan jika
mereka tidak tersenarai di atas, didahulukan orang yang lebih pengetahuan
agama atau yang lebih tua.

7.4.4 Perkara Sunat Semasa Solat Jenazah


Perkara sunat yang dilakukan semasa solat jenazah adalah:
(a) Mengangkat tangan ketika mengucapkan takbir;
(b) Memperlahankan bacaan dalam solat;
(c) Berjemaah dan jika dengan 40 orang jemaah adalah lebih baik; dan
(d) Membuat tiga saf (barisan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

7.4.5 Menyembahyangkan Jenazah yang Ghaib


Bagaimanakah cara menyembahyangkan jenazah yang ghaib? Yang berikut
adalah caranya:
(a) Jenazah yang ghaib disembahyangkan walaupun telah dikuburkan; dan
(b) Boleh disembahyangkan jenazah yang telah dikuburkan di atas kuburnya.

7.4.6 Bayi yang Gugur Sebelum Sampai Bulannya


Bagaimanakah pula cara menyembahyangkan bayi yang gugur sebelum sampai
bulannya? Caranya:
(a) Jika ada tanda hidup seperti bergerak, bernafas, menangis, maka hukum
menyembahyangkan jenazah bayi itu adalah seperti jenazah orang dewasa;
(b) Jika tiada tanda hidup, tetapi ada tanda rupa manusia, maka hendaklah
dimandikan, dikafankan dan dikebumikan jenazah bayi tersebut dengan
tidak payah disembahyangkan; dan
(c) Jika tiada tanda hidup dan tiada serupa kejadian manusia, maka tidak wajib
padanya sesuatu, tetapi sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Terangkan cara solat jenazah.

2. Terangkan perbezaan antara cara mengafankan jenazah perempuan


dengan jenazah lelaki.

3. Apakah hukum menggunakan kain yang mahal untuk mengafankan


jenazah?

4. Sebutkan orang yang lebih utama menyembahyangkan jenazah


mengikut turutan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  129

7.5 MENGEBUMIKAN JENAZAH


Setelah kita selesai menyembahyangkan jenazah, kita akan mengebumikannya
pula. Bagaimanakah pengebumian jenazah dilakukan? Mari kita pelajari dalam
subtopik ini.

7.5.1 Membawa Jenazah ke Kubur


Perkara yang perlu dilakukan semasa membawa jenazah ke kubur ialah:
(a) Dipikul dengan pengusung empat penjuru;
(b) Segera membawa jenazah ke kubur; dan
(c) Orang yang mengiringi jenazah berjalan di hadapan.

7.5.2 Semasa di Kubur


Perkara mengenai liang lahad yang perlu diketahui ialah:

(a) Sekurang-kurang kubur ialah satu lubang yang boleh menahan bau busuk
dan tidak dapat dibongkar oleh binatang buas dan seelok-eloknya
hendaklah kubur itu luas dan dalam, lebih kurang enam kaki dalamnya dan
dengan liang lahad lebih baik daripada liang kembal bundi, jika tanah
perkuburan itu keras;

(b) Liang lahad ertinya dikorek ke arah kiblat seluas badan mayat dari tepi
bahagian kubur; dan

(c) Liang kembal bundi (syaq) ertinya diperbuat satu lubang kecil di tengah
seluas badan mayat di sebelah bawah kubur.

7.5.3 Memasukkan Jenazah ke dalam Kubur


Masukkan jenazah dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dengan disambut
oleh tiga orang yang menanti di dalamnya. Kemudian, dibaringkan di atas
lambung kanan menghadap kiblat. Kemudian, ditutup liang lahad atau kembal
bundi itu dengan papan atau seumpamanya dan seterusnya dikambus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH

• Antara adab bagi seorang pesakit ialah menjaga solat, menjaga perangai dan
tingkah laku, berpesan kepada ahli keluarganya agar tabah dan sabar dengan
ujian Allah, membanyakkan zikir dan lain-lain lagi.

• Adab menziarahi orang sakit pula ialah mendoakan pesakit cepat sembuh,
menggembirakan pesakit dengan kata yang baik, tidak berada lama dan
digalakkan membawa buah tangan.

• Jika berlaku kematian, kita perlu memandikan, mengafankan,


menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah tersebut.

• Terdapat dua cara untuk memandikan jenazah. Cara pertama ialah


menghilangkan najis yang mungkin terdapat di badan. Kemudian, meratakan
air ke seluruh tubuhnya. Cara kedua pula dibuat mengikut sunnah. Antaranya
ialah meletakkan jenazah di tempat yang lapang dan tinggi, sunat diulang
sebanyak tiga kali dan lain-lain lagi.

• Proses mengafankan jenazah memerlukan sekurang-kurangnya satu lapis kain


sahaja dan harus ditambah di bawah balutan itu, serban dan baju labuh. Lima
lapisan kain adalah proses kafan yang sempurna bagi jenazah perempuan iaitu
kain pinggang, kain tudung, baju dan dua lapis kain balut.

• Solat jenazah dilakukan dalam empat takbir. Ia dilakukan secara berdiri, tidak
ada rukuk, sujud dan duduk.

• Terdapat tiga proses dalam mengebumikan jenazah. Pertama membawa


jenazah ke kubur, semasa di kubur dan memasukkan jenazah ke dalam kubur.
Dalam setiap proses ini, terdapat beberapa cara yang dianjurkan oleh Islam
seperti segera membawa jenazah ke kubur, kubur digali secara dalam dan luas
dan memasukkan jenazah dengan menghulurkan kepalanya dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PENGURUSAN JENAZAH  131

Adab Pengebumian
Aurat Qamis
Baitulmal Sabilillah
Bayi yang gugur Sakit
Bidaah Selawat Ibrahimiah
Jenazah Solat jenazah
Kafan Sunat muakad
Liang kembal Takziah
Liang lahad Tayamum
Mahram Zawil arham
Mandi jenazah Ziarah
Nazak

Al-Aitah, al-Hajah Durriyyah. (1989). Fiqh al-ibadat Âala al-mazhab as-SyafiÊi.


TobÊah Mazidah wa Munqahah.

Al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa, & al-Syabaji, Ali. (2005). Manhaj fiqh
al-syafie (Jld 2). Terj. Mohd Yusof Ahmad, Abdul Kudos Othman, Jamil
Abdul Wahab dan Zulkifli Muhammad al-Bakri. Kuala Lumpur, Malaysia:
Prospecta Printers.

Al-Zuhaili, Wahbah. (2002). Fiqh dan perundangan Islam (Jld 1). Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mughniyyah, Muhammad Jawad. (1982). Al-fiqhu ala al-mazahib al khamsah.


Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Puasa
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan definisi, dalil pensyariatan dan kelebihan puasa;
2. Membezakan empat jenis puasa;
3. Menerangkan perkara sunat ketika berpuasa;
4. Menjelaskan rukun dan perkara yang membatalkan puasa;
5. Mengenal pasti rukhsah dalam ibadat puasa; dan
6. Menghuraikan cara menggantikan puasa Ramadan.

 PENGENALAN
Kebanyakan agama dan bangsa tertentu mempunyai ibadat puasanya yang
tersendiri. Lebih-lebih lagi agama Allah SWT yakni Islam yang disyariatkan sejak
zaman Nabi Adam a.s. hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW. Semuanya
mempunyai ibadat puasanya yang tersendiri. Ini adalah berdasarkan firman Allah
SWT:
َ َ
َ ُ َ ُ َّ َ ُ َ َ ‫ب َ َ ٱ َّل‬
١٨٣ ‫ِين مِن ق ۡبل ِك ۡم ل َعلك ۡم ت َّتقون‬ َ ِ ‫ام َك َما ُكت‬
ُ ‫لص َي‬
ِ ‫ب عل ۡيك ُم ٱ‬ِ َ ‫يأ ُّي َها ٱ َّل‬
ّ ُ َ َ َ ‫ِين َء َام ُنوا ْ ُكت‬ ٰٓ

Maksudnya:
„Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sama seperti
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahkan kamu bertakwa.‰
(Surah al-Baqarah, 2:183)

Dalam topik ini, kita akan membincangkan ibadat puasa dan perkara yang
berkaitan dengannya mengikut syariat Nabi Muhammad SAW.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  133

8.1 DEFINISI PUASA DAN PENSYARIATAN


PUASA
Puasa dalam penggunaan bahasa Arab ialah menahan diri daripada sesuatu
seperti makan, minum, hubungan kelamin, bercakap atau lainnya. Ini dinyatakan
dalam firman Allah SWT:

ّ َ ُ ََ ُ ‫ول إ ّن نَ َذ ۡر‬ ُ َ ٗ َ َ َ َ ۡ َ َّ َ َ َّ َ ٗ ۡ َ ََّ َ ۡ َ ُ َ


‫َص ۡو ٗما فل ۡن أكل َِم‬ َّ ‫ت ل‬
‫ِلر‬ ِ ِ ٓ ِ ‫ش أ ح دا ف ق‬
ِ ‫ف ِ وٱش ِب وق ِري عيناۖ فإِما تريِن مِن ٱلب‬
ٗ ۡ
٢٦ ‫ٱلَ ۡو َم إِنس ِّيا‬

Maksudnya:
„Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang
merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka
katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah)
ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan
berkata-kata kepada sesiapapun dalam kalangan manusia pada hari ini.‰
(Surah Maryam, 19:26)

Dalam perbincangan fiqh, puasa diistilahkan sebagai:

Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari naik fajar
hingga tenggelam matahari.

Bilakah puasa disyariatkan kepada umat Islam? Puasa telah disyariatkan pada
tahun kedua Hijrah. Kefarduannya sabit melalui dalil syarak, al-Quran, hadis dan
ijmak ulama. Nas al-Quran yang mensabitkan wajib puasa ialah Surah al-Baqarah,
ayat 183 seperti dalam subtopik pengenalan tadi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 PUASA

Nas hadis yang mensabitkan wajib puasa ialah yang diriwayatkan oleh Bukhari,
sabda Rasulullah SAW:

،‫ َوإِﻳﺘَ ِﺎء اﻟﱠﺰَﻛ ِﺎة‬،‫ﺼﻼَِة‬ ُ ‫ َﺷ َﻬ َﺎد ِة أَ ْن ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﱠﻻ اﻟﻠﱠﻪُ َوأَ ﱠن ُﳏَ ﱠﻤ ًﺪا َر ُﺳ‬:‫ﺲ‬
‫ َوإِﻗَ ِﺎم اﻟ ﱠ‬،‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ٍ َْ‫ﺑُِﲏ ا ِﻹ ْﺳﻼَ ُم َﻋﻠَﻰ ﲬ‬
َ
‫ﻀﺎ َن‬ ِ
َ ‫ﺻ ْﻮم َرَﻣ‬
َ ‫ َو‬،‫َواﳊَ ﱢﺞ‬
Maksudnya:
„Islam dibina di atas lima perkara: Mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.‰

Puasa juga disabitkan melalui ijmak ulama sejak zaman Rasulullah SAW masih
hidup hinggalah ke hari ini. Tiada sesiapa yang menafikannya.

AKTIVITI 8.1

Anda dikehendaki membuat carian di laman Web untuk mengumpul


maklumat dan penulisan sarjana bagi menulis sebuah esei yang bertajuk
„Puasa dalam Pelbagai Agama‰.

8.2 PUASA SEPANJANG SEJARAH


Sejarah amalan berpuasa muncul serentak dengan kelahiran manusia di muka
bumi ini. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadat kepada umat Islam, malahan
puasa turut menjadi amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir kuno,
Yunani, bangsa Rumawi dan Cina kuno.

Semenjak permulaan sejarah tamadun manusia, puasa telah diterima sebagai


salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat di sisi Tuhan selain bertindak
sebagai kaedah rawatan penyakit fizikal dan penyakit jiwa atau menghindari
kemungkaran.

Bukti yang menunjukkan ibadat puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan


Islam lagi ialah Surah al-Baqarah, ayat 183 yang telah dinyatakan dalam
Subtopik 8.1.

Ibadat puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dilakukan dalam empat
cara seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  135

Rajah 8.1: Empat bentuk utama puasa umat terdahulu

8.3 KELEBIHAN PUASA


Sebagai seorang Islam, kita harus yakin bahawa setiap ibadat yang disyariatkan
oleh Islam tentu ada kelebihannya. Sebahagian hikmahnya boleh kita ketahui dan
sebahagian hikmah yang lain tidak terjangkau akal untuk kita ketahui. Begitu juga
dengan ibadat puasa yang sedang dibincangkan yang mana puasa mempunyai
beberapa kelebihan sama ada dari segi keagamaan hinggalah kesihatan. Dalam
subtopik seterusnya, kita akan membincangkan kelebihan puasa dari sudut
keagamaan.

Terdapat banyak kelebihan berpuasa sebagaimana yang disabdakan oleh


Rasulullah SAW (rujuk Jadual 8.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 8 PUASA

Jadual 8.1: Kelebihan Berpuasa Menurut Sabda Rasulullah SAW

Kelebihan Sabda Rasulullah SAW

‫ َواﻟ ﱢ‬،‫َﺟ ِﺰي ﺑِِﻪ‬


ْ ‫ ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ ِﱄ َوأَﻧَﺎ أ‬،‫ﺼﻴَ َﺎم‬‫ إِﱠﻻ اﻟ ﱢ‬،ُ‫آد َم ﻟَﻪ‬
Sebagai perisai
daripada melakukan ‫ﺼﻴَ ُﺎم‬ َ ‫ُﻛ ﱡﻞ َﻋ َﻤ ِﻞ اﺑْ ِﻦ‬
ِ ‫ وإِ َذا َﻛﺎ َن ﻳـﻮم‬،ٌ‫ﺟﻨﱠﺔ‬
ُ‫ ﻓَِﺈ ْن َﺳﺎﺑﱠﻪ‬،‫ﺐ‬ ْ ُ‫َﺣ ِﺪ ُﻛ ْﻢ ﻓَﻼَ ﻳَـ ْﺮﻓ‬
maksiat
ْ ‫ﺼ َﺨ‬
ْ َ‫ﺚ َوﻻَ ﻳ‬ َ ‫ﺻ ْﻮم أ‬
َ ُ َْ َ ُ
ِ
َ ‫ ﻓَـ ْﻠﻴَـ ُﻘ ْﻞ إِ ﱢﱐ ْاﻣ ُﺮٌؤ‬،ُ‫َﺣ ٌﺪ أ َْو ﻗَﺎﺗَـﻠَﻪ‬
‫ﺻﺎﺋ ٌﻢ‬ َ‫أ‬
(Riwayat Bukhari)

‫ َواﻟ ﱢ‬،‫َﺟ ِﺰي ﺑِِﻪ‬


،ٌ‫ﺼﻴَ ُﺎم ُﺟﻨﱠﺔ‬ ْ ‫ ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ ِﱄ َوأَﻧَﺎ أ‬،‫ﺼﻴَ َﺎم‬
‫آد َم ﻟَﻪُ إِﱠﻻ اﻟ ﱢ‬
َ ‫ُﻛ ﱡﻞ َﻋ َﻤ ِﻞ اﺑْ ِﻦ‬
ٍ ِ ْ ُ‫ ﻓَ َﻼ ﻳـﺮﻓ‬،‫ﻓَِﺈ َذا َﻛﺎ َن ﻳـﻮم ﺻﻮِم أَﺣ ِﺪ ُﻛﻢ‬
ُ‫ ﻓَِﺈ ْن َﺳﺎﺑﱠﻪ‬،‫ﺐ‬ ْ ‫ﺚ ﻳَـ ْﻮَﻣﺌﺬ َوَﻻ ﻳَ ْﺴ َﺨ‬ َْ ْ َ ْ َ ُ َْ
ِ
‫ﺻﺎﺋ ٌﻢ‬ َ ‫ إِ ﱢﱐ ْاﻣُﺮٌؤ‬:‫ ﻓَـ ْﻠﻴَـ ُﻘ ْﻞ‬،ُ‫َﺣ ٌﺪ أ َْو ﻗَﺎﺗَـﻠَﻪ‬
َ‫أ‬
(Riwayat Muslim)

،ٌ‫ﺼﻴَ ُﺎم ُﺟﻨﱠﺔ‬‫ َواﻟ ﱢ‬،‫َﺟ ِﺰي ﺑِِﻪ‬ ‫آد َم ﻟَﻪُ إِﱠﻻ اﻟ ﱢ‬
ْ ‫ َوأَﻧَﺎ أ‬،‫ﺼﻴَ َﺎم ُﻫ َﻮ ِﱄ‬ َ ‫ُﻛ ﱡﻞ َﻋ َﻤ ِﻞ اﺑْ ِﻦ‬
‫َﺣ ٌﺪ أ َْو‬ ِ ‫ﺼ َﺨ‬
َ ‫ ﻓَﺈ ْن َﺷﺎﲤََﻪُ أ‬،‫ﺐ‬
ْ ْ َ‫ﺚ َوَﻻ ﻳ‬ ْ ُ‫َﺣ ِﺪ ُﻛ ْﻢ ﻓَ َﻼ ﻳَـ ْﺮﻓ‬ ِ ِ
َ ‫إ َذا َﻛﺎ َن ﻳَـ ْﻮُم ﺻﻴَﺎم أ‬
ِ
‫ﺻﺎﺋِ ٌﻢ‬
َ ‫ إِ ﱢﱐ‬:‫ ﻓَـ ْﻠﻴَـ ُﻘ ْﻞ‬،ُ‫ﻗَﺎﺗَـﻠَﻪ‬
(Riwayat Nasaie)
Maksudnya:
„Semua amalan anak Adam untuknya kecuali puasa,
sesungguhnya ia adalah untuk Ku (Allah). Aku membalasnya.
Puasa itu perisai, apabila seseorang kamu berpuasa janganlah
melakukan rafath (perbuatan kotor dan keji), jangan maki
hamun dan jangan berkelahi. Sekiranya seseorang memaki
atau menyerangnya beliau hendaklah berkata sebanyak dua
kali: Sesungguhnya aku berpuasa.‰

ِ ِ ِ
َ ‫ﺎﻋ َﺪ اﷲُ ﺑِ َﺬﻟ‬
َ َ‫ إِﻻﱠ ﺑ‬،‫ﻮم َﻋْﺒ ٌﺪ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ ِﰲ َﺳﺒِ ِﻴﻞ اﷲ‬
Pada hari kiamat,
Allah SWT akan ‫ﱠﺎر َﻋ ْﻦ‬
َ ‫ﻚ اﻟْﻴَـ ْﻮم اﻟﻨ‬ ُ‫ﺼ‬ ُ َ‫ﻻَ ﻳ‬
ِ ِ
‫ﲔ َﺧ ِﺮﻳ ًﻔﺎ‬ َ ‫َو ْﺟ ِﻬﻪ َﺳْﺒﻌ‬
menjauhkan muka
orang yang berpuasa
daripada api neraka
Maksudnya:
„Tidaklah seorang berpuasa satu hari kerana Allah melainkan
Allah menjauhi mukanya daripada api neraka pada hari itu
(kiamat) sejauh 70 musim rubtuk‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  137

ِ ِ َ ‫ أَﺗَـﻴﺖ رﺳ‬:‫ﻋﻦ أَِﰊ أُﻣﺎﻣﺔَ ﻗَ َﺎل‬


ُ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻓَـ ُﻘ ْﻠ‬
Pahala orang yang
berpuasa tidak ada :‫ﺖ‬ َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ ُ ْ ََ َْ
." ُ‫ﺼ ْﻮِم؛ ﻓَِﺈﻧﱠﻪُ َﻻ ِﻋ ْﺪ َل ﻟَﻪ‬
‫ﻚ ﺑِﺎﻟ ﱠ‬ ْ ‫ُﻣ ْﺮِﱐ ﺑِ َﻌ َﻤ ٍﻞ ﻳُ ْﺪ ِﺧﻠُِﲏ‬
bandingannya
َ ‫ " َﻋﻠَْﻴ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬.َ‫اﳉَﻨﱠﺔ‬
" ‫ﺼﻴَ ِﺎم‬
‫ﻚ ﺑِﺎﻟ ﱢ‬ َ ‫ " َﻋﻠَْﻴ‬: ‫ﰒُﱠ أَﺗَـْﻴﺘُﻪُ اﻟﺜﱠﺎﻧِﻴَﺔَ ﻓَـ َﻘ َﺎل ِﱄ‬
Maksudnya:
„Abi Umamah meriwayatkan, aku datang menemui
Rasulullah SAW maka aku berkata: Perintahkan aku satu
amalan yang membolehkan aku masuk syurga. Lalu
Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah engkau berpuasa,
sesungguhnya puasa itu tidak ada tandingan. Kemudian aku
datang kali kedua, Rasulullah SAW (mengulangi apa yang aku
katakan pada kali pertama) kata hendaklah engkau berpuasa.‰

Semua itu adalah kelebihan puasa yang boleh dipandang daripada kaca mata
syarak. Bagaimanakah pula dengan pandangan saintis? Sebenarnya berpuasa
banyak memberikan manfaat kepada kesihatan manusia. Selain dapat
menurunkan berat badan, berpuasa dapat menurunkan paras gula dalam darah
dan mampu menolong proses detoksifikasi. Untuk mendapatkan maklumat yang
lebih terperinci mengenai perkara ini, sila buat pencarian di dalam Internet. Buku
rujukan Quran Saintifik oleh Danial Zainal Adibin juga boleh membantu anda
untuk mengetahui kelebihan berpuasa dari aspek kesihatan.

SEMAK KENDIRI 8.1


1. Bilakah ibadat puasa disyariatkan oleh Allah SWT ke atas umat
Islam?

2. Apakah yang membezakan puasa dalam syariat Islam dengan


puasa dalam budaya dan agama lain?

3. Apakah keistimewan ibadat puasa berbanding ibadat lain


berdasarkan nas syarak?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 8 PUASA

8.4 JENIS PUASA


Sebagaimana yang kita ketahui, puasa merupakan salah satu daripada bentuk
ibadat dalam Islam. Puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa hari yang diharamkan kita
berpuasa.

Rajah 8.2 berikut menyenaraikan empat jenis puasa.

Rajah 8.2: Empat jenis puasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  139

8.4.1 Puasa Wajib


Puasa wajib terbahagi kepada tiga seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Puasa wajib

Selain daripada puasa wajib, terdapat pula beberapa jenis puasa lain yang tidak
wajib. Puasa yang dimaksudkan adalah puasa haram, puasa makruh dan puasa
sunat. Bagaimanakah pula puasa boleh jadi haram? Mari sama-sama kita
pelajarinya selepas ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 8 PUASA

8.4.2 Puasa Haram


Mengikut jumhur ulama, puasa haram adalah seperti yang diterangkan dalam
Rajah 8.4.

Rajah 8.4: Puasa haram

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  141

Huraian puasa yang menjadi haram adalah seperti yang berikut:

(a) Isteri Berpuasa Sunat Tanpa Izin Suami atau Tanpa Mengetahui
Keredaannya
Puasa isteri tersebut menjadi puasa haram kecuali suaminya tidak berhajat
kepada isteri. Contohnya: Apabila suami tidak ada di dalam negeri atau
masih dalam ihram haji atau umrah. Hal ini berdasarkan kepada hadis:

ِ ‫ﻻَ َِﳛ ﱡﻞ ﻟِْﻠﻤﺮأ َِة أَ ْن ﺗَﺼﻮم وزوﺟﻬﺎ ﺷ‬


‫ﺎﻫ ٌﺪ إِﱠﻻ ﺑِِﺈ ْذﻧِِﻪ‬ َ َ ُ ََْ َ ُ َْ
Maksudnya:
„Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada bersama kecuali
dengan keizinannya.‰

(b) Puasa Hari Syak


Iaitu puasa pada 30 Syaaban sekiranya orang ramai ragu-ragu bahawa pada
hari itu 1 Ramadan atau tidak. Bagi mazhab Syafii, hukum berpuasa pada
hari itu adalah haram, walaupun mazhab lain menganggapnya makruh.

(c) Puasa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha


Fuqaha sepakat mengatakan bahawa berpuasa pada hari raya pertama puasa
dan hari raya korban adalah haram, sama ada puasa itu fardu seperti puasa
qada, sunat atau nazar, wajib atau sunat. Hukum ini telah disabitkan oleh
hadis riwayat Umar Bin al-Khattab r.a.:

‫ أَﱠﻣﺎ ﻳَـ ْﻮُم اﻟْ ِﻔﻄْ ِﺮ ﻓَِﻔﻄُْﺮُﻛ ْﻢ ِﻣ ْﻦ‬،‫ﲔ‬


ِ ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ و َﺳﻠﱠﻢ ﻧـَ َﻬﻰ َﻋ ْﻦ ِﺻﻴَ ِﺎم َﻫ َﺬﻳْ ِﻦ اﻟْﻴَـﻮَﻣ‬
ْ َ َ
ِ َ ‫إِ ﱠن رﺳ‬
َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ
ِ ِ
‫َﺿ َﺤﻰ ﻓَ ُﻜﻠُﻮا ﻣ ْﻦ َﳊْ ِﻢ ﻧُ ُﺴﻜ ُﻜ ْﻢ‬ ْ ‫ َوأَﱠﻣﺎ ﻳَـ ْﻮُم ْاﻷ‬، ‫ﺻ ْﻮِﻣ ُﻜ ْﻢ‬
َ
Maksudnya:
„Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa dua hari ini, iaitu (hari
raya pertama puasa dan korban). Adapun hari raya fitrah hari kamu berbuka
daripada puasa kamu dan hari raya korban hendaklah kamu makan daging
korban kamu.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 8 PUASA

(d) Puasa Hari Tasyrik


Hari tasyrik ialah tiga hari selepas hari raya korban iaitu hari ke-11,12 dan
13 dalam bulan Zulhijah. Mengikut mazhab Hanafi, berpuasa pada hari
tersebut makruh tahrim. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan:

‫ أَﱠﻣﺎ ﻳَـ ْﻮُم اﻟْ ِﻔﻄْ ِﺮ ﻓَِﻔﻄُْﺮُﻛ ْﻢ ِﻣ ْﻦ‬،‫ﲔ‬


ِ ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ و َﺳﻠﱠﻢ ﻧَـ َﻬﻰ َﻋ ْﻦ ِﺻﻴَ ِﺎم َﻫ َﺬﻳْ ِﻦ اﻟْﻴَـﻮَﻣ‬
ْ َ َ
ِ َ ‫إِ ﱠن رﺳ‬
َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ
ِ ِ
‫َﺿ َﺤﻰ ﻓَ ُﻜﻠُﻮا ﻣ ْﻦ َﳊْ ِﻢ ﻧُ ُﺴﻜ ُﻜ ْﻢ‬ ْ ‫ َوأَﱠﻣﺎ ﻳَـ ْﻮُم ْاﻷ‬، ‫ﺻ ْﻮِﻣ ُﻜ ْﻢ‬
َ
Maksudnya:
„Rasulullah SAW telah mengutus Abdullah Bin Jazamah supaya
mengelilingi Muna (dan menyerukan): Kamu jangan berpuasa pada
hari-hari ini, kerana hari-hari ini adalah hari untuk makan dan minum dan
untuk zikrullah azzawajalla.‰

Sementara mazhab Syafii mengharuskan puasa yang bersebab dilakukan


pada hari tasyrik, seperti puasa sebab nazar, kafarah atau qada.

(e) Puasa Wanita yang Didatangi Haid dan Nifas


Wanita yang sedang mengalami kedatangan haid atau sedang bernifas, sama
ada kerana melahirkan secara normal, pembedahan atau mengalami
keguguran, mereka dilarang berpuasa dan hukumnya haram.

(f) Puasa Bagi Mereka yang Dibimbangi Boleh Mengakibatkan Kehilangan


Nyawa Menurut Pandangan Doktor Pakar
Bagi pesakit kronik yang dibimbangi oleh doktor pakar, mereka tidak
dibolehkan berpuasa kerana takut mereka akan kehilangan nyawa mereka.
Contohnya seperti puasa bagi ibu sedang mengandung yang dibimbangkan
akan mengakibatkan kematian janin di dalam kandungannya, ibu yang
sedang menyusukan bayinya atau pesakit yang dikenal pasti jika dia
berpuasa akan membawa maut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  143

8.4.3 Puasa Makruh


Sekarang mari kita pelajari empat jenis puasa makruh (rujuk
Rajah 8.5).

Rajah 8.5: Puasa makruh

Huraian puasa yang makruhkan adalah seperti yang berikut:

(a) Puasa Hari Jumaat Sahaja


Mengikut jumhur ulama, puasa pada hari Jumaat sahaja adalah makruh
melainkan digabungkan dengan sebelum hari Jumaat atau selepasnya.
Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat sekiranya hari
bertetapan dengan sunat puasa kerana hari Arafah atau hari 10 Muharam.
Sebagaimana hadis:

ِ ْ ‫َﻻ ﻳﺼﻮم أَﺣ ُﺪ ُﻛﻢ ﻳـﻮم‬


ُ‫ﻮم ﻗَـْﺒـﻠَﻪُ أ َْو ﺑَـ ْﻌ َﺪﻩ‬
َ‫ﺼ‬ ُ َ‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔ إِﱠﻻ أَ ْن ﻳ‬ َ َْ ْ َ ُ ُ َ
(Riwayat Ibn Hibban)

ِ ْ ‫َﻻ ﻳﺼﻮم أَﺣ ُﺪ ُﻛﻢ ﻳـﻮم‬


‫ﻮم ﻗَـْﺒـﻠَﻪُ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ أ َْو ﺑَـ ْﻌ َﺪﻩُ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ‬
َ‫ﺼ‬ ُ َ‫اﳉُ ُﻤ َﻌﺔ إِﱠﻻ أَ ْن ﻳ‬ َ َْ ْ َ ُ ُ َ
(Riwayat al-Baihaqi)

Maksudnya:
„Tidak boleh seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dia
berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 8 PUASA

(b) Puasa Hari Sabtu Sahaja


Hal ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW:

ِ ٍ ِ َ ُ‫َﺣ ُﺪ ُﻛﻢ إِﱠﻻ ﻋ‬ ِ ِ ِ ِ ِ


َ‫ أ َْو ﳊَﺎء‬،‫ﻮد ﻋﻨَﺐ‬ َ ‫ﻴﻤﺎ اﻓْـ ُِﱰ‬
ْ َ ‫ ﻓَﺈ ْن َﱂْ َﳚ ْﺪ أ‬،‫ض َﻋﻠَْﻴ ُﻜ ْﻢ‬ َ ‫ﻮﻣﻮا ﻳَـ ْﻮَم اﻟ ﱠﺴْﺒﺖ إﱠﻻ ﻓ‬
ُ‫ﺼ‬ ُ َ‫َﻻ ﺗ‬
ُ‫ﺼﻪ‬‫َﺷ َﺠَﺮٍة ﻓَـ ْﻠﻴَ ُﻤ ﱠ‬
(Riwayat Ibn Majah)

Maksudnya:
„Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan yang telah
difardukan ke atas kamu sekiranya dalam kalangan kamu tidak dapati
(makanan) kecuali ranting anggur atau kulit pokok hendaklah
memamahkannya.‰

(c) Puasa Sepanjang Tahun


Puasa makruh ini adalah dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan
pada tubuh badan atau mengakibatkan kecuaian tanggungjawab yang
diwajibkan ke atasnya. Rasulullah SAW bersabda:

،ُ‫ أ َْﻋ ِﻂ ُﻛ ﱠﻞ ِذي َﺣ ﱟﻖ َﺣﻘﱠﻪ‬،‫ﻚ َﺣﻘًّﺎ‬ ِ ِ ِ


َ ‫ َو ِﳉَ َﺴﺪ َك َﻋﻠَْﻴ‬،‫ﻚ َﺣﻘًّﺎ‬
َ ‫ﻚ َﻋﻠَْﻴ‬َ ‫ َوِﻷ َْﻫﻠ‬،‫ﻚ َﺣﻘًّﺎ‬ َ ‫إِ ﱠن ﻟَﺮﺑﱢ‬
َ ‫ﻚ َﻋﻠَْﻴ‬
‫ﻚ‬َ َ‫ﺖ أ َْﻫﻠ‬ِ ْ‫ واﺋ‬،‫ وﻗُﻢ وَْﱎ‬،‫ﺻﻢ وأَﻓْ ِﻄﺮ‬
َ َ ْ َ ْ َ ُْ
(Riwayat Ibn Hibban)

Maksudnya:
„Sesungguhnya bagi Tuhan ke atasmu ada hak dan bagi keluarga ke atasmu
ada hak. Hendaklah engkau puasa dan berbuka, qiam dan tidur dan
datangilah isterimu dan berilah setiap yang berhak haknya.‰

(d) Puasa Berterusan Tanpa Berbuka (‫)صوم الوصال‬


Puasa berterusan bermaksud seseorang berpuasa dua hari berturut-turut
tanpa berbuka. Hukum puasa jenis ini disabitkan dengan hadis riwayat
Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.:

‫ﺻ ِﺎل ِﰲ‬ ِ ِ ُ ‫ »ﻧَـﻬﻰ رﺳ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻋﻦ أَﰉ ﻫﺮﻳـﺮةَ ر ِﺿﻲ اﻟﻠﱠﻪ ﻋْﻨﻪ‬
َ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َﻋ ِﻦ اﻟ ِﻮ‬ َ ‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ َُ َ ُ َ ُ َ َ َ َْ ُ
ِِ ِ َ ‫اﺻﻞ ﻳﺎ رﺳ‬ ِ َ ‫ إِﻧ‬:‫ﺼﻮِم« ﻓَـ َﻘ َﺎل ﻟَﻪ رﺟﻞ ِﻣﻦ اﳌﺴﻠِ ِﻤﲔ‬
ُ ِ‫ إِ ﱢﱐ أَﺑ‬،‫ » َوأَﻳﱡ ُﻜ ْﻢ ﻣﺜْﻠﻲ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬
‫ﻴﺖ‬ ُ َ َ ُ ‫ﱠﻚ ﺗُـ َﻮ‬ َ ُْ َ ٌ ُ َ ُ ْ ‫اﻟ ﱠ‬
‫ ﰒُﱠ َرأ َُوا‬،‫ ﰒُﱠ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ‬،‫اﺻ َﻞ ِِ ْﻢ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ‬ َ ‫ َو‬،‫ﺻﺎل‬
ِ ‫ ﻓَـﻠَ ﱠﻤﺎ أَﺑـﻮا أَ ْن ﻳـْﻨﺘَـﻬﻮا َﻋ ِﻦ اﻟ ِﻮ‬،«‫ﲔ‬
َ ُ َ َْ ِ ‫ﻳُﻄْﻌِﻤ ِﲏ رﱢﰊ وﻳَﺴ ِﻘ‬
ْ َ َ ُ
ِ ِ ِ
‫ﲔ أَﺑَـ ْﻮا أَ ْن ﻳَـْﻨﺘَـ ُﻬﻮا‬َ ‫ »ﻟَ ْﻮ ﺗَﺄَ ﱠﺧَﺮ ﻟَ ِﺰْدﺗُ ُﻜ ْﻢ« َﻛﺎﻟﺘﱠـْﻨﻜ ِﻴﻞ َﳍُ ْﻢ ﺣ‬:‫ ﻓَـ َﻘ َﺎل‬،‫ا ْﳍ َﻼ َل‬
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PUASA  145

Maksudnya:
„Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW melarang
menyambung puasa. Salah seorang daripada Muslimin berkata: Engkau
sendiri menyambung puasamu ya Rasulullah. Baginda bersabda: Siapakah
antara kamu sama denganku? Sesungguhnya aku bermalam, Tuhanku
memberiku makan dan minum.‰ Apabila mereka enggan berhenti daripada
menyambung puasa, Baginda berpuasa bersama mereka, sehari ke sehari,
kemudian mereka melihat anak bulan lalu Baginda bersabda: Kalaulah anak
bulan itu lewat nescaya aku tambah (puasa) untuk kamu. Ini dilakukan
Baginda seolah-olah mengenakan hukuman ke atas mereka apabila mereka
enggan berhenti (menyambung puasa).‰

8.4.4 Puasa Sunat


Kita telah mempelajari puasa wajib, puasa haram dan puasa makruh. Sekarang,
kita akan melihat jenis yang terakhir iaitu puasa sunat (rujuk Rajah 8.6).

Rajah 8.6: Puasa sunat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 8 PUASA

Huraian kepada puasa sunat adalah seperti yang berikut:

(a) Puasa Nabi Daud a.s.


Puasa Nabi Daud a.s. ialah puasa yang dilakukan selang sehari dengan
berpuasa satu hari berbuka satu hari. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah
sabda Rasulullah SAW:

‫ﻮم ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ َوﻳـُ ْﻔ ِﻄ ُﺮ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ‬ ِ ‫أَﻓْﻀﻞ اﻟ ﱠ‬


ُ‫ﺼ‬ ُ َ‫ﺻ ْﻮُم َد ُاوَد َﻛﺎ َن ﻳ‬
َ ‫ﺼ ْﻮم‬ َُ
(Riwayat Nasaie)

Maksudnya:
„Paling afdal puasa ialah puasa Nabi Daud a.s., dia berpuasa sehari dan
berbuka (tidak puasa) sehari.‰

(b) Puasa Aiyam al-Baiydh ( )


Puasa aiyam al-Baiydh atau puasa tiga hari di pertengahan bulan iaitu pada
hari ke-13, 14 dan 15 pada setiap bulan. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah
sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar:

ٍ ِ ‫إِ َذا ﺻﻤ‬


َ‫ﺲ َﻋ ْﺸَﺮة‬
َ َْ‫ َوﲬ‬،‫ َوأ َْرﺑَ َﻊ َﻋ ْﺸَﺮَة‬،‫ث َﻋ ْﺸَﺮَة‬ ُ َ‫ﱠﻬ ِﺮ ﺛََﻼﺛَﺔَ أَﻳﱠﺎم ﻓ‬
َ ‫ﺼ ْﻢ ﺛََﻼ‬ ْ ‫ﺖ ﻣ َﻦ اﻟﺸ‬
َ ُْ
(Riwayat al-Tirmizi)

Maksudnya:
„Jika engkau berpuasa tiga hari daripada satu bulan, puasalah pada hari
ke-13, 14 dan 15.‰

(c) Puasa Hari Isnin dan Khamis


Puasa yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja, selain daripada
hari yang diharamkan dan dimakruhkan berpuasa. Aisyah r.a.
meriwayatkan:

ِ ‫اﳋَ ِﻤ‬
‫ﻴﺲ‬ ِ ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ و َﺳﻠﱠﻢ َﻛﺎ َن ﻳَـﺘَ َﺤﱠﺮى ِﺻﻴَ َﺎم ِاﻻﺛْـﻨَـ‬
ْ ‫ﲔ َو‬ ِ َ ‫إِ ﱠن رﺳ‬
َ ‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ َُ
َ َ
(Riwayat al-Nasaie)

Maksudnya:
„Bahawa Rasulullah SAW sangat ambil berat dengan puasa hari Isnin dan
Khamis.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  147

(d) Puasa Enam Hari dalam Bulan Syawal


Puasa yang dilakukan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal selepas Hari
Raya Aidilfitri. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ ِ
ْ ‫ َﻛﺎ َن َﻛﺼﻴَ ِﺎم اﻟﺪ‬،‫ﻀﺎ َن ﰒُﱠ أَﺗْـﺒَـ َﻌﻪُ ﺳﺘًّﺎ ﻣ ْﻦ َﺷ ﱠﻮ ٍال‬
‫ﱠﻫ ِﺮ‬ َ ‫ﺻ َﺎم َرَﻣ‬
َ ‫َﻣ ْﻦ‬
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
„Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian mengiringinya dengan enam
hari bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.‰

(e) Puasa Hari Arafah


Berpuasa pada hari Arafah ialah berpuasa pada hari ke-9 dalam bulan
Zulhijah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Hadis bersabit dengan
puasa ini ialah sabda Rasulullah SAW:

ِ ِ ‫ أ‬،َ‫ِﺻﻴﺎم ﻳـﻮِم ﻋﺮﻓَﺔ‬


ُ‫ َواﻟ ﱠﺴﻨَﺔَ اﻟﱠِﱵ ﺑَـ ْﻌ َﺪﻩ‬،ُ‫ﺐ َﻋﻠَﻰ اﷲ أَ ْن ﻳُ َﻜﻔَﱢﺮ اﻟ ﱠﺴﻨَﺔَ اﻟﱠِﱵ ﻗَـْﺒـﻠَﻪ‬
ُ ‫َﺣﺘَﺴ‬
ْ ََ ْ َ ُ َ
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
„Puasa hari Arafah diharapkan daripada Allah bahawa ia menjadi kiffarat
kepada (dosa) setahun sebelumnya dan kiffarat kepada (dosa) setahun
selepasnya.‰

(f) Puasa Hari Asyura


Puasa hari Asyura dilakukan pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan
Muharam. Hadis riwayat Bukhari yang menjelaskan bahawa Ibn Abbas r.a.
berkata:

‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻳَـﺘَ َﺤﱠﺮى ِﺻﻴَ َﺎم ﻳَـ ْﻮٍم ﻓَ ﱠ‬
‫ ﻳَـ ْﻮَم‬،‫ﻀﻠَﻪُ َﻋﻠَﻰ َﻏ ِْﲑِﻩ إِﱠﻻ َﻫ َﺬا اﻟﻴَـ ْﻮَم‬ َ ‫ﱠﱯ‬ ‫ﺖ اﻟﻨِ ﱠ‬ ُ ْ‫َﻣﺎ َرأَﻳ‬
‫ﻀﺎ َن‬ َ ‫ﱠﻬَﺮ ﻳَـ ْﻌ ِﲏ َﺷ ْﻬَﺮ َرَﻣ‬
ْ ‫ َوَﻫ َﺬا اﻟﺸ‬،َ‫ﺎﺷ َﻮراء‬
ُ ‫َﻋ‬
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:
„Saya tidak melihat Rasulullah SAW ambil berat berpuasa sebagaimana
Baginda utamakan daripada puasa lain kecuali (puasa) hari ini, hari
Asyura.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 8 PUASA

(g) Puasa dalam Bulan al-Haram


Bulan-bulan al-haram yang disunatkan berpuasa ialah pada bulan
Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Hadis riwayat Imam Ahmad,
Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi:

‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ‬ ِ َ ‫ أَﻧﱠﻪ أَﺗَﻰ رﺳ‬،‫ أَو ﻋ ﱢﻤﻬﺎ‬،‫ ﻋﻦ أَﺑِﻴﻬﺎ‬،‫ﺎﻫﻠِﻴﱠ ِﺔ‬ ِ ‫ ﻋﻦ ُِﳎﻴﺒﺔَ اﻟْﺒ‬،‫ﻋﻦ أَِﰊ اﻟ ﱠﺴﻠِ ِﻴﻞ‬
َ ‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ َُ ُ َ َ ْ َ َْ َ َ َْ َْ
،‫ أََﻣﺎ ﺗَـ ْﻌ ِﺮﻓُِﲏ‬،‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ‬َ ‫ ﻳَﺎ َر ُﺳ‬:‫ ﻓَـ َﻘ َﺎل‬،ُ‫ت َﺣﺎﻟُﻪُ َوَﻫْﻴﺌَﺘُﻪ‬ ٍ
ْ ‫ َوﻗَ ْﺪ ﺗَـﻐَﻴﱠـَﺮ‬،‫ ﰒُﱠ اﻧْﻄَﻠَ َﻖ ﻓَﺄَﺗَﺎﻩُ ﺑَـ ْﻌ َﺪ َﺳﻨَﺔ‬،‫َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬
ِ ِ ِ ِِ
‫ﺖ‬ َ ‫ َوﻗَ ْﺪ ُﻛْﻨ‬،‫ »ﻓَ َﻤﺎ َﻏﻴﱠـَﺮَك‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻚ َﻋ َﺎم ْاﻷ ﱠَول‬ َ ُ‫ اﻟﱠﺬي ﺟْﺌﺘ‬،‫ أَﻧَﺎ اﻟْﺒَﺎﻫﻠ ﱡﻲ‬:‫ﺖ؟« ﻗَ َﺎل‬ َ ْ‫ » َوَﻣ ْﻦ أَﻧ‬:‫ﻗَ َﺎل‬
‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ‬ ِ ُ ‫ ﻓَـ َﻘ َﺎل رﺳ‬،‫ﻚ‬
َ ‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ َُ َ ُ‫ﺖ ﻃَ َﻌ ًﺎﻣﺎ إِﱠﻻ ﺑِﻠَْﻴ ٍﻞ ُﻣْﻨ ُﺬ ﻓَ َﺎرﻗْـﺘ‬ ِ
ُ ‫ َﻣﺎ أَ َﻛ ْﻠ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،«‫َﺣ َﺴ َﻦ ا ْﳍَْﻴﺌَﺔ؟‬
‫ ِزْدِﱐ ﻓَِﺈ ﱠن ِﰊ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،«‫ َوﻳَـ ْﻮًﻣﺎ ِﻣ ْﻦ ُﻛ ﱢﻞ َﺷ ْﻬ ٍﺮ‬،‫ﺼ ِْﱪ‬ ِ
‫ﺻ ْﻢ َﺷ ْﻬَﺮ اﻟ ﱠ‬ ُ » :‫ ﰒُﱠ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻚ‬ َ ‫ﺖ ﻧَـ ْﻔ َﺴ‬َ ْ‫َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﱂَ َﻋ ﱠﺬﺑ‬
‫ﺻ ْﻢ ِﻣ َﻦ اﳊُُﺮِم‬ ٍ
ُ :‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ ِزْدِﱐ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،«‫ﺻ ْﻢ ﺛََﻼﺛَﺔَ أَﻳﱠﺎم‬ ُ » :‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ ِزْدِﱐ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،«‫ﲔ‬ ِ ْ ‫ﺻﻢ ﻳـَﻮَﻣ‬
ْ ْ ُ » :‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻗُـ ﱠﻮًة‬
ِ ِ ِ ‫ ﺑِﺄ‬:‫ وﻗَ َﺎل‬،" ‫ ﺻﻢ ِﻣﻦ اﳊﺮِم واﺗْـﺮْك‬،‫ ﺻﻢ ِﻣﻦ اﳊﺮِم واﺗْـﺮْك‬،‫واﺗْـﺮْك‬
َ َ‫َﺻﺎﺑِﻌﻪ اﻟﺜ َﱠﻼﺛَﺔ ﻓ‬
‫ﻀ ﱠﻤ َﻬﺎ ﰒُﱠ أ َْر َﺳﻠَ َﻬﺎ‬ َ َ ُ َ ُُ َ ْ ُ ُ َ ُُ َ ْ ُ ُ َ
(Riwayat Abu Daud)

Maksudnya:
„Diriwayatkan daripada seorang lelaki yang (datang) dari (kabilah) Bahilah,
dia datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: Saya ialah lelaki yang
datang menemui engkau pada tahun pertama. Sabda Rasulullah SAW:
Kenapa kamu menyeksa diri kamu? Kemudian Baginda bersabda lagi:
Puasalah pada bulan kesabaran dan sehari setiap bulan. Lelaki itu berkata
lagi: Tambahlah untuk saya lagi, saya punya kekuatan. Rasulullah bersabda:
Puasalah dua hari. Lelaki itu berkata lagi: Tambahlah lagi untuk saya.
Rasulullah SAW bersabda: Puasalah daripada bulan al-haram dan
tinggalkan. Puasalah daripada bulan al-haram dan tinggalkanlah. Puasalah
daripada bulan al-haram dan tinggalkanlah. Dan Baginda memberi isyarat
dengan tiga jejarinya, Baginda merapatkannya (tiga jari) kemudian
menjarangkannya.‰

Menurut para fuqaha, puasa dalam bulan Rejab tiada kelebihan daripada
puasa dalam bulan lain. Cuma bulan Rejab tersebut berada dalam salah satu
daripada bulan haram. Tiada dalam sunnah yang sahih secara khusus
menyatakan kelebihan berpuasa dalam bulan Rejab. Kalau adapun, riwayat
hadis mengenainya tidak mencapai tahap boleh dijadikan hujah. Kata Ibn
Hajar:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  149

Maksudnya:
„Tiada nas mengenai kelebihannya yang boleh dijadikan hujah; tidak juga
berkaitan puasanya, tidak juga berkaitan puasa tertentu padanya dan tidak
juga berkaitan qiamullail (pada malam) tertentu daripadanya.‰

(h) Puasa Sunat Bulan Syaaban


Puasa beberapa hari dalam bulan Syaaban dan melalui riwayat al-NasaÊi
dalam hadis fi`li Rasulullah SAW bersabda:

‫ﱡﻬﻮِر‬ ِ ِ َ ‫ ﻳﺎ رﺳ‬:‫ ﻗُـ ْﻠﺖ‬:‫ﻋﻦ أﺳﺎﻣﺔ ﺑﻦ زﻳﺪ رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗﺎل‬


ُ ‫ﻮم َﺷ ْﻬًﺮا ﻣ َﻦ اﻟﺸ‬ ُ‫ﺼ‬ ُ َ‫ َﱂْ أ ََرَك ﺗ‬،‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ َُ َ ُ
ِ
‫ َوُﻫ َﻮ َﺷ ْﻬٌﺮ ﺗُـ ْﺮﻓَ ُﻊ‬،‫ﻀﺎ َن‬
َ ‫ﺐ َوَرَﻣ‬ ٍ ‫ﲔ ر َﺟ‬
َ َ ْ ‫ﱠﺎس َﻋْﻨﻪُ ﺑَـ‬
ُ ‫ﻚ َﺷ ْﻬٌﺮ ﻳَـ ْﻐ ُﻔ ُﻞ اﻟﻨ‬ َ ‫ » َذﻟ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻮم ِﻣ ْﻦ َﺷ ْﻌﺒَﺎ َن‬
ُ‫ﺼ‬ ُ َ‫َﻣﺎ ﺗ‬
«‫ﺻﺎﺋِ ٌﻢ‬ ِ ِ ‫ ﻓَﺄ‬،‫ب اﻟْﻌﺎﻟَ ِﻤﲔ‬ ِ
َ ‫ﺐ أَ ْن ﻳـُْﺮﻓَ َﻊ َﻋ َﻤﻠﻲ َوأَﻧَﺎ‬ ‫ُﺣ ﱡ‬ َ َ ‫ﺎل إِ َﱃ َر ﱢ‬ ْ ‫ﻓ ِﻴﻪ ْاﻷ‬
ُ ‫َﻋ َﻤ‬
(Riwayat Nasaie)

Maksudnya:
„Daripada Usamah Bin Zaid r.a. beliau berkata: Aku katakan kepada
Rasulullah SAW: Saya tidak melihat engkau berpuasa daripada mana-mana
bulan seperti engkau puasa pada bulan Syaaban. Baginda bersabda: Itulah
bulan yang manusia dilalaikan daripadanya antara Rejab dan Ramadan. Ia
adalah bulan yang amalan manusia diangkatkan kepada Allah Rabbul
`alamin. Dan saya suka amalan saya diangkat sewaktu saya berpuasa.‰

Puasa bulan Syaaban juga sabit dengan hadis riwayat Muslim yang berikut
yang menyatakan bahawa Ummul Mukminin Aisyah mengatakan:

‫ْﻤﻞ ِﺻﻴَ َﺎم َﺷ ْﻬ ٍﺮ ﻗَ ﱡ‬ ِ ِ َ ‫وﻣﺎ رأَﻳﺖ رﺳ‬


َ ‫ﻂ إِﱠﻻ َرَﻣ‬
‫ﻀﺎ َن َوَﻣﺎ َرأَﻳْـﺘُﻪُ ِﰲ‬ ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬
َ َ ‫اﺳﺘَﻜ‬ َ ‫ﻮل اﷲ‬ ُ َ ُ ْ َ ََ
‫َﺷ ْﻬ ٍﺮ أَ ْﻛﺜَـَﺮ ِﻣْﻨﻪُ ِﺻﻴَ ًﺎﻣﺎ ِﰲ َﺷ ْﻌﺒَﺎ َن‬
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
„Aku tidak sama sekali melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa
sebulan kecuali puasa bulan Ramadan dan aku tidak melihat Baginda paling
banyak berpuasa berbanding dalam bulan Syaaban.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 PUASA

SEMAK KENDIRI 8.2


1. Berikan definisi terma yang berikut:
(a) ‫ﺻﻮﻡ ﺍﻟﻮﺻﺎﻝ‬
(b) ‫ﺗﻌﺠﻴﻞ ﺍﻻﻓﻄﺎﺭ‬
(c) ‫ﺻﻮﻡ ﺃﻳﺎﻡ ﺍﻟﺘﺸﺮﻳﻖ‬
(d) ‫ﺻﻮﻡ ﺩﺍﻭﻭﺩ‬
(e) ‫ ﺳﺤﻮﺭ‬، ‫ﺍﻣﺴﺎﻙ‬

2. Senaraikan hari yang diharamkan berpuasa dan hari yang makruh


berpuasa.

3. Berikan beberapa contoh orang yang harus meninggalkan puasanya


kerana doktor pakar bimbang ia boleh mengakibatkan kematian.

AKTIVITI 8.2
1. Anda diminta untuk membuat kajian terperinci mengenai khilaf
jumhur dan mazhab Syafii mengenai puasa pada hari tasyrik dan
hari syak.

2. Sila buat carian di laman Web secara terperinci mengenai khilaf


fuqaha mengenai hukum berpuasa dalam bulan Rejab.

3. Buat kajian secara rawak mengenai amalan puasa pada hari Isnin
dan Khamis dalam qariah anda. Kongsikan carian anda dalam
forum atau talian myINSPIRE.

8.5 PERKARA SUNAT SEMASA PUASA


Puasa adalah suruhan Allah SWT yang wajib kita lakukan. Nabi Muhammad SAW
pula mengajar kita amalan lain yang sunat dilakukan semasa kita berpuasa.
Tujuannya ialah supaya kita mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari
Allah SWT. Antara perkara sunat tersebut adalah seperti yang diterangkan dalam
Rajah 8.7.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  151

Rajah 8.7: Perkara sunat semasa puasa

Huraian lanjut bagi amalan sunat tersebut adalah seperti yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 8 PUASA

(a) Bersahur
Bersahur itu sunat dan ia berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

ً‫ﺗَ َﺴ ﱠﺤ ُﺮوا ﻓَِﺈ ﱠن ِﰲ اﻟ ﱠﺴ ُﺤﻮِر ﺑَـَﺮَﻛﺔ‬


(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksudnya:
„Bersahurlah kerana bersahur itu berkat.‰

Keberkatan bersahur adalah seperti yang berikut:


(i) Sahur dapat menguatkan dan mencergaskan orang berpuasa; dan
(ii) Meringankan kepenatan berpuasa.

Waktu bersahur bermula dari separuh malam hingga terbit fajar dan
digalakkan melewatkannya.

(b) Menyegerakan Berbuka


Sunat menyegerakan berbuka puasa dan ia berdasarkan sebuah hadis qudsi
yang mana Allah SWT berfirman:

‫ﱄ أ َْﻋ َﺠﻠُ ُﻬ ْﻢ ﻓِﻄًْﺮا‬


‫ﺐ ِﻋﺒَ ِﺎدي إِ َﱠ‬ ِ
َ ‫إ ﱠن أ‬
‫َﺣ ﱠ‬
(Riwayat al-Tirmizi)

Maksudnya:
„Hamba yang paling aku sayangi ialah mereka yang paling segera berbuka
(puasa).‰

(c) Membaca Doa Semasa Berbuka


Menjadi lebih afdal berdoa sebelum berbuka. Doa berbuka puasa ialah:

ِ
‫ت‬ َ ‫ َو َﻋﻠَﻰ ِرْزﻗ‬،‫ﺖ‬
ُ ‫ﻚ أَﻓْﻄَْﺮ‬ ُ ‫ﺻ ْﻤ‬ َ َ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻟ‬
ُ ‫ﻚ‬
(Riwayat Abu Daud)

Maksudnya:
„Ya Allah aku berpuasa untuk-Mu dan aku berbuka dengan rezeki
(pemberian-Mu).‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  153

(d) Mandi Wajib atau Mandi Junub Sebelum Fajar


Adalah disunatkan untuk mandi wajib atau mandi junub sebelum fajar
(sekiranya anda dalam keadaan berhadas besar).

(e) Memelihara Ucapan


Disunatkan umat Islam supaya memelihara lidah daripada percakapan yang
tidak berfaedah ( ‫ ) ﺍﻟﻠﻐﻮ‬seperti berbohong, mencaci, memaki, menimbulkan
permusuhan dan riak. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Hakim
daripada Rasulullah SAW bersabda:

‫َﺣ ٌﺪ أ َْو َﺟ ِﻬ َﻞ‬ ِ َ‫ﺼﻴﺎم ِﻣﻦ اﻟﻠﱠ ْﻐ ِﻮ واﻟﱠﺮﻓ‬


َ ‫ ﻓَِﺈ ْن َﺳﺎﺑﱠ‬،‫ﺚ‬ ‫ِ ِﱠ‬ ِ ‫ﻟَﻴﺲ اﻟ ﱢ‬
َ‫ﻚ أ‬ َ َ ُ َ ‫ إﳕَﺎ اﻟ ﱢ‬،‫ﺼﻴَ ُﺎم ﻣ َﻦ ْاﻷَ ْﻛ ِﻞ َواﻟﺸ ْﱡﺮب‬ َ ْ
ِ ِ
َ ‫ إِ ﱢﱐ‬،‫ﺻﺎﺋ ٌﻢ‬
‫ﺻﺎﺋ ٌﻢ‬ َ ‫ إِ ﱢﱐ‬:‫ﻚ ﻓَـ ْﻠﺘَـ ُﻘ ْﻞ‬
َ ‫َﻋﻠَْﻴ‬
(Riwayat Ibn Khuzaimah)

Maksudnya:
„Puasa itu bukan setakat (menahan) makan dan minum, tetapi puasa itu
(menahan) daripada sesuatu yang tidak berfaedah dan lucah. Jika seseorang
mencaci atau memaki kamu, katakanlah: Aku berpuasa, aku berpuasa.‰

(f) Memelihara Penglihatan


Umat Islam yang berpuasa disunatkan untuk memelihara mata daripada
melihat perkara tercela dan dibenci oleh agama.

(g) Memelihara Pendengaran


Selain ucapan dan penglihatan, umat Islam disunatkan untuk memelihara
pendengaran daripada mendengar perkara yang dilarang.

(h) Memelihara Seluruh Anggota


Umat Islam disunatkan untuk memelihara seluruh anggota yang lain
daripada membuat dosa seperti tangan dan kaki. Begitu juga menahan perut
daripada makan makanan syubhat semasa berbuka.

(i) Memperbanyakkan Sedekah


Puasa seseorang akan menjadi lebih berkat apabila dibanyakkan bersedekah
kepada golongan fakir dan miskin. Sunat banyak bersedekah di bulan puasa
adalah berdasarkan kepada hadis fiÊli:

ِِ ِ
َ ‫َﺟ َﻮُد َﻣﺎ ﻳَ ُﻜﻮ ُن ِﰲ َرَﻣ‬
ِ
ْ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ أ‬
ِ ‫َﺟ َﻮَد اﻟﻨ‬ ِ ُ ‫َﻛﺎ َن رﺳ‬
َ ‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬
ُ ‫ﲔ ﻳَـْﻠ َﻘﺎﻩُ ﺟ ْﱪ‬
‫ﻳﻞ‬ َ ‫ﻀﺎ َن ﺣ‬ ْ ‫ َوَﻛﺎ َن أ‬،‫ﱠﺎس‬ َُ
(Riwayat al-Bukhari)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 8 PUASA

Maksudnya:
„Rasulullah SAW paling pemurah dan Baginda paling pemurah di bulan
Ramadan apabila Jibrail bertemu dengannya.‰

(j) Memperbanyakkan Amalan Lain


Mereka yang berpuasa disunatkan untuk memperbanyakkan amalan lain
seperti menghadiri majlis ilmu, membaca al-Quran, bertadarus
al-Quran, berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

‫ﻀﺎ َن ﻓَـﻴُ َﺪا ِر ُﺳﻪُ اﻟ ُﻘ ْﺮآ َن‬ ٍِ


َ ‫َوَﻛﺎ َن ﻳَـ ْﻠ َﻘﺎﻩُ ِﰲ ُﻛ ﱢﻞ ﻟَْﻴـﻠَﺔ ﻣ ْﻦ َرَﻣ‬
Maksudnya:
„Baginda bertemu Jibrail pada setiap malam bulan Ramadan dan bertadarus
al-Quran dengannya.‰

(k) Beriktikaf 10 Hari Terakhir dalam Bulan Ramadan


Kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat iktikaf dalam bulan Ramadan,
terutama 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan. Hal ini dapat dilihat dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan Ummul Mukminin Aisyah r.a.:

‫اﺧَﺮ ِﻣ ْﻦ َﺷ ْﻬ ِﺮ‬
ِ ‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ إِ َذا دﺧﻞ اﻟْﻌ ْﺸﺮ ْاﻷَو‬
َ َ َ َََ َ ََ َْ ُ َ ُ ‫ » َﻛﺎ َن َر ُﺳ‬:‫ﺖ‬ ِ
ْ َ‫َﻋ ْﻦ َﻋﺎﺋ َﺸﺔَ ﻗَﺎﻟ‬
َ ‫َﺣﻴَﺎ اﻟﻠﱠْﻴ َﻞ َوأَﻳْـ َﻘ‬ ِ
«ُ‫ﻆ أ َْﻫﻠَﻪ‬ ْ ‫ َوأ‬،‫ﻀﺎ َن َﺷ ﱠﺪ اﻟْﻤْﺌـَﺰَر‬
َ ‫َرَﻣ‬
(Riwayat Ibn Khuzaimah)

‫َﺣﻴَﺎ اﻟﻠﱠْﻴ َﻞ َوأَﻳْـ َﻘ َﻆ‬ ِ ِ ِ َ‫اﷲ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ إِ َذا دﺧﻠ‬ ِ ‫ﻮل‬
ْ ‫ﻀﺎ َن أ‬
َ ‫ﺖ اﻟْ َﻌ ْﺸُﺮ ْاﻷ ََواﺧ ُﺮ ﻣ ْﻦ َرَﻣ‬ ََ َ ََ َْ ُ َ ُ ‫َﻛﺎ َن َر ُﺳ‬
‫أ َْﻫﻠَﻪُ َو َﺷ ﱠﺪ اﻟْ ِﻤْﺌـَﺰَر‬
(Riwayat al-Baihaqi)

«‫ َو َﺟ ﱠﺪ َو َﺷ ﱠﺪ اﻟْ ِﻤْﺌـَﺰَر‬،ُ‫ﻆ أ َْﻫﻠَﻪ‬ ِ ِ ُ ‫َﻛﺎ َن رﺳ‬


ْ ‫ أ‬،‫ »إِ َذا َد َﺧ َﻞ اﻟْ َﻌ ْﺸُﺮ‬،‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬
َ ‫ َوأَﻳْـ َﻘ‬،‫َﺣﻴَﺎ اﻟﻠﱠْﻴ َﻞ‬ َ ‫ﻮل اﷲ‬ َُ
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
„Daripada Aisyah r.a. dia berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW apabila
sampai 10 hari terakhir (Ramadan), Baginda akan menghidupkan
malam-malam (Ramadan). Baginda menggerakkan para isterinya dan
mengetatkan ikatan kainnya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  155

AKTIVITI 8.3
Imam Syafii dan Imam Hanafi khilaf mengenai wajib niat puasa
Ramadan pada setiap malam. Bincangkan tajuk ini dengan rakan tutorial
anda.

8.6 RUKUN PUASA


Seperti yang telah sedia maklum, setiap ibadat dalam Islam mempunyai syarat sah
dan rukunnya. Puasa merupakan salah satu ibadat dalam Islam. Oleh itu, untuk
menjadikan ibadat itu sah di sisi Allah, kita mestilah menjaga syarat sah dan
rukunnya. Rukun puasa ialah sesuatu yang kita mesti patuhi, jika tidak, puasa kita
tidak sah.

Rajah 8.8 menunjukkan rukun puasa yang perlu dipatuhi.

Rajah 8.8: Beberapa rukun puasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 PUASA

Walau bagaimanapun, sesetengah mazhab seperti mazhab Maliki, mereka


membenarkan niat sekali sahaja pada permulaan 1 Ramadan kerana mereka
menganggap puasa Ramadan sebagai ibadat yang satu. Bagi majoriti ulama,
mereka mewajibkan niat pada setiap malam sebelum fajar kerana mereka
menganggap setiap hari berpuasa merupakan ibadat yang berasingan.

8.7 PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


Selain daripada rukun dan syarat sah, kita juga harus tahu apakah perkara yang
membatalkan puasa. Tanpa mengetahuinya, kita mungkin melakukan perkara
yang boleh membatalkan puasa. Akibatnya, puasa kita menjadi sia-sia sahaja
kerana tidak diterima oleh Allah SWT kerana puasa itu telah terbatal. Apakah
antara perkara yang membatalkan puasa?

Perkara yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua, seperti yang diterangkan
dalam Rajah 8.9.

Rajah 8.9: Perkara yang membatalkan puasa

8.7.1 Perkara Membatalkan Puasa dan Diwajibkan


Qada
Subtopik ini membincangkan perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan
untuk qada puasa tersebut (rujuk Rajah 8.10).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  157

Rajah 8.10: Perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan qada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 PUASA

Huraian lanjut perkara yang membatalkan puasa adalah seperti yang berikut:

(a) Memasukkan Sesuatu ke dalam Rongga dengan Sengaja


Ia bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam mulut, hidung, telinga, qubul
atau dubur. Beberapa masalah bersabit memasukkan sesuatu ke dalam
rongga ialah seperti yang berikut:

(i) Menyuntik ubat di bawah kulit atau melalui urat. Walaupun ubat itu
sampai ke rongga, perbuatan ini tidak membatalkan puasa kerana urat
bukan rongga yang biasa;

(ii) Menitikkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana mata
bukan rongga biasa;

(iii) Memasukan ubat melalui dubur bagi orang yang mengalami penyakit
buasir. Mengikut Ibn Hazm, Ibn Taimiyyah dan Yusuf Qardhawi,
perbuatan ini tidak membatalkan puasa kerana ubatan itu tidak
termasuk ke dalam kategori makan dan minum. Mazhab Syafii pula
berpendapat, memasukkan sesuatu ke dalam dubur boleh
membatalkan puasa kerana dubur dianggap sebagai rongga; dan

(iv) Memasukkan air glukos ke dalam tubuh melalui pembuluh darah.


Ulama khilaf mengenai hukum masalah ini. Pendapat pertama
mengatakan batal puasa kerana glukos dianggap telah masuk ke dalam
rongga dan mengenyangkan. Pendapat kedua mengatakan tidak batal
puasa kerana tidak masuk ke dalam rongga, tetapi masuk melalui
saluran darah.

(b) Muntah dengan Sengaja


Muntah yang disengajakan boleh membatalkan puasa, tetapi muntah yang
tidak disengajakan tidak membatalkan puasa seperti ibu mengandung yang
tidak dapat menahan muntah. Rasulullah SAW bersabda:

‫ وﻣﻦ اﺳﺘﻘﺎء ﻓﻠﻴﻘﺾ‬،‫ﺲ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ ﻗﻀﺎء‬ ِ ‫ْن َذرﻋﻪ اﻟْ َﻘﻲء وﻫﻮ‬
َ ‫ ﻓَـﻠَْﻴ‬،‫ﺻﺎﺋ ٌﻢ‬
َ ََُ ُ ْ ََُ
(Riwayat Ibn Hibban)

Maksudnya:
„Sesiapa dikuasai muntah (muntah tanpa sengaja) sedangkan dia berpuasa,
dia tidak diwajibkan mengqada (puasanya). Sesiapa yang sengaja muntah
beliau hendaklah mengqada puasanya.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  159

(c) Onani
Sekiranya orang yang berpuasa beronani iaitu mengeluarkan mani dengan
tangan, keluar mani dengan bersentuh atau berkucup tanpa berlapik, dia
perlu mengqada puasanya.

(d) Keluar Darah Haid atau Nifas


Wanita yang berpuasa mendapati keluar darah haid atau nifas walaupun
pada saat hampir berbuka puasa, dia wajib qada puasanya.

(e) Terbukti Kesilapan Makan dan Minum Selepas Tamat Sahur atau Sebelum
Berbuka Puasa
Terbukti kesilapan makan dan minum selepas tamat waktu sahur ataupun
sebelum waktu berbuka puasa iaitu ketika matahari naik atau sebelum
tenggelam matahari. Kes ini boleh digambarkan apabila seseorang terlewat
bangun dan terus bersahur dengan anggapan bahawa waktu bersahur
belum luput, tetapi setelah dia makan ternyata waktu fajar atau subuh telah
masuk sewaktu dia makan. Begitu juga seseorang yang berbuka puasa
dengan anggapan waktu Maghrib telah masuk, tetapi setelah dia berbuka
ternyata waktu Maghrib belum masuk lagi ketika dia berbuka.

(f) Makan dan Minum dengan Sengaja


Sekiranya orang yang berpuasa tidak sengaja termakan atau terminum,
maka dia masih boleh meneruskan puasanya. Manakala, jika perbuatan
makan dan minum itu adalah sengaja, puasanya perlu diqada.

(g) Tertelan Kahak


Bagi mazhab Syafii dan Hambali, tertelan kahak boleh mambatalkan puasa
manakala tertelan air liur tidak membatalkan puasa walaupun setelah ia
dikumpulkan.

8.7.2 Perkara Membatalkan Puasa, Wajib Qada dan


Bayar Kafarah
Mengikut jumhur ulama perkara yang membatalkan puasa, wajib qada dan
membayar kafarah ialah melakukan jimak pada siang hari dalam bulan Ramadan.
Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:

„Seorang lelaki telah datang menemui Nabi Muhammad SAW lalu berkata: Saya
telah melakukan kebinasaan, wahai Rasulullah. Rasulullah bertanya „Apa yang
menyebabkan engkau melakukan kebinasaan?‰. Dia menjawab: „Saya telah
melakukan persetubuhan ke atas isteri saya pada siang hari dalam bulan
Ramadan‰. Rasulullah bersabda: „Adakah engkau boleh dapati hamba untuk
dimerdekakan?‰ Dia menjawab: „Tidak.‰ Baginda bersabda lagi: „Adakah engkau
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
160  TOPIK 8 PUASA

mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?‰ Dia menjawab: „Tidak‰. Baginda


bersabda lagi: „Adakah engkau mampu memberi makan 60 orang miskin?‰ Dia
menjawab: „Tidak.‰ Lalu Baginda SAW membawa segantang buah tamar,
baginda bersabda kepadanya: „Sedekahlah ini.‰ Lelaki itu berkata: „Adakah orang
yang paling fakir daripada aku? Tidak ada orang yang paling berhajat di lembah
ini daripada aku.‰ Baginda tersenyum sehingga nampak gigi bongsu. Lalu
berkata: „Pergilah dan berilah makan (ini) kepada ahli keluargamu.‰

Hukum membayar kafarah bagi orang yang mengulangi perbuatan jimak di siang
hari dalam bulan Ramadan adalah seperti yang berikut:

(a) Ulama khilaf menentukan hukum ke atas orang yang mengulangi jimak
pada siang hari dalam bulan Ramadan pada hari yang berlainan sebelum
membayar kafarah:

(i) Mazhab Hanafi dan Hambali mewajibkannya membayar satu kafarah


sahaja atas alasan dikenakan membayar kafarah adalah sama iaitu
melakukan jimak di siang hari; cuma dia belum menyempurnakan
bayaran kafarah. Jadi kafarah yang kedua termasuk dalam kafarah
pertama yang belum disempurnakan lagi; dan

(ii) Mazhab Syafii dan Maliki mewajibkannya membayar dua kafarah


kerana setiap hari ibadat adalah berasingan.

(b) Dalam hukum kes mengulangi jimak di siang hari dalam bulan Ramadan
untuk satu hari, fuqaha sepakat mengatakan dia wajib membayar satu
kafarah sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  161

Syarat wajib qada dan kafarah bagi orang yang berjimak pada siang hari mengikut
mazhab Syafii adalah seperti yang diterangkan dalam Rajah 8.11.

Rajah 8.11: Syarat wajib qada dan kafarah bagi orang berjimak di siang hari mengikut
mazhab Shafii

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 PUASA

SEMAK KENDIRI 8.3


1. Ulama khilaf mengenai hukum memasukkan glukos melalui
suntikan dan memasukkan ubat melalui dubur. Apakah perbuatan
ini boleh membatalkan puasa atau tidak? Anda diminta
mengemukakan hujah para ulama dan berikan pendapat pilihan
anda serta nyatakan justifikasinya.

2. Kelaskan puasa yang wajib diqada tetapi tidak wajib kafarah


dengan puasa yang wajib qada dan kafarah. Bincangkan jawapan
anda bersama rakan sekelas anda.

8.8 KEUZURAN YANG MEMBOLEHKAN


BERBUKA PUASA
Islam ialah agama yang bersifat thabat wa murunah. Maknanya tetap tetapi anjal.
Merujuk kepada ibadat puasa, Islam tetap mewajibkan setiap umat Islam yang
telah cukup syaratnya supaya berpuasa dalam bulan Ramadan. Walaupun begitu,
jika ada keuzuran, maka ia boleh diringankan. Kewajipannya itu bersifat anjal.
Mereka yang uzur boleh berbuka puasa dalam bulan Ramadan sekiranya tidak
berdaya, tetapi selepas Ramadan dan keuzurannya telah pulih, maka puasanya
wajib diqada.

Syariat Islam mesra kepada penganutnya kerana memberikan keringanan


(rukhsah) untuk berbuka puasa. Siapakah yang layak mendapat keringanan atau
rukhsah dalam ibadat puasa? Rujuk Rajah 8.12 untuk mengetahui jawapannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  163

Rajah 8.12: Sebab yang layak mendapat keringanan atau rukhsah dalam ibadat puasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 PUASA

Huraian lanjut bagi rukhsah ini ialah:

(a) Musafir
Seseorang yang dalam keadaan musafir diharuskan oleh syarak untuk
membuka puasanya, tetapi wajib mengqadanya. Ini telah dijelaskan dalam
firman Allah SWT:

َ َ َ ۡ ُۡ َ ٰ َ ُۡ َ ّ َٰ َّ َ َّ ‫ان ُه ٗدى ّل‬ ُ َُۡۡ َ ُ ٓ َّ َ َ َ َ ُ ۡ َ


‫ان ف َمن ش ِه َد‬
ۚ ِ ‫ت مِن ٱلهدى وٱلفرق‬ ٖ ‫اس وبيِن‬ ِ ‫ِلن‬ ‫نزل فِيهِ ٱلقرء‬ ِ ‫شهر رمضان ٱلِي أ‬
ُ َّ ُ ُ َ َ ُ َ ٞ َ َ َ َ َ ً َ َ َۡ َّ ُ
‫يد ٱ ُ بِك ُم‬ ‫مِنك ُم ٱلش ۡه َر فل َي ُص ۡم ُهۖ َو َمن كن َم ِريضا أ ۡو ٰ َسف ٖر ف ِع َّدة ّم ِۡن أيَّا ٍا أخر ۗ ي ِر‬
ُ َّ َ ُ َ َ َ َّ ْ ُ ّ َ ُ َ َ َّ ۡ ْ ُ ۡ ُ َ َ ۡ ُ ۡ ُ ُ ُ ‫س َو َ يُر‬
َ ۡ ُ‫ٱ ۡلي‬
‫بوا ٱ َ ٰ َما ه َد ٰك ۡم َول َعلك ۡم‬ ِ ‫ك‬ ِ‫ل‬ ‫و‬ ‫ة‬ ‫د‬ ‫ع‬
ِ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫وا‬ ‫ل‬ ‫م‬
ِ ‫ك‬ ِ‫ل‬ ‫و‬ ‫س‬ ‫ع‬ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫م‬‫ك‬ ‫ب‬
ِ ِ ‫يد‬
َ ُ َۡ
١٨٥ ‫تشك ُرون‬

Maksudnya:
„(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang
padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa antara
kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir
maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari
yang ditinggalkan itu pada hari yang lain. (Dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu
bersyukur.‰
(Surah al-Baqarah, 2:185)

(b) Sakit yang Ada Harapan Sembuh


Pesakit yang masih ada harapan untuk sembuh dibolehkan membuka
puasanya dan wajib mengqadanya setelah mampu untuk berbuat demikian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  165

(c) Sakit yang Tidak Ada Harapan Sembuh


Pesakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dibolehkan membuka
puasanya dan tidak perlu diqada. Namun, wajib membayar fidyah dengan
memberikan makanan kepada orang miskin, satu cupak untuk satu hari
puasa yang ditinggalkan.

(d) Wanita Mengandung atau Menyusukan Anak


Wanita ini dibenarkan tidak berpuasa, yakni bimbang kemudaratan ke atas
dirinya, kandungannya atau yang disusukannya. Beliau diwajibkan
mengqada puasa yang ditinggalkannya.

(e) Orang Tua yang Terlalu Uzur


Orang tua yang terlalu uzur dibolehkan membuka puasanya dan wajib
membayar fidyah seperti pesakit yang tiada harapan sembuh. Firman Allah
SWT:

َ ُ َّ َ ۡ ّ ٞ َّ َ َ َ ٰ َ َ ۡ َ ً َّ ُ
َ ‫خ َر ۚ َو َ َ ٱ َّل‬ َ َ َ ٰ َ ُ ۡ َّ ٗ َّ َ
‫ِين‬ ‫س فرٖ فعِد ة مِن أ ي ا ٍا أ‬ ‫ت ف َمن كن مِنكم مرِيض ا أو‬ۚ ٖ ‫أي اما معد ود‬
َ
ُ َّ َ ْ ُ ُ َ َ ُ َّ ٞ ۡ َ َ ُ َ ٗ ۡ َ َ َّ َ َ َ َ ۡ ُ َ َ َٞ ۡ َُ ُ ُ
‫ ل ك ۡم‬ٞ ‫وموا خ ۡي‬ ‫ِيۖ فم ن تطوع خ ي ا فهو خي ل ۚۥ وأن ت ص‬ ٖ ‫ي ِطيقونه ۥ ف ِدي ة طع ام مِس ك‬
َ َ َ ُ
١٨٤ ‫إِن كنتُ ۡم ت ۡع ل ُم ون‬

Maksudnya:
„(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa
antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka),
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari
yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka
sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada
yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan
(walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui.‰
(Surah al-Baqarah, 2:184)

(f) Orang yang Dipaksa Membuka Puasanya


Seseorang itu dibolehkan membuka puasanya dan wajib mengqadanya
setelah dia mampu berbuat demikian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 PUASA

AKTIVITI 8.4
Sila lawati laman web www.yasaloonak.net. Rumuskan pendapat fuqaha
mengenai isu wanita hamil meninggalkan puasa atau
www.muftiwp.gov.my

8.9 MENGGANTIKAN PUASA RAMADAN


Menggantikan atau menqadakan puasa Ramadan, hukumnya wajib bagi mereka
yang berbuka puasa kerana keuzuran atau sengaja. Firman Allah SWT:

ُ ُ َ َّ َ َ َ َ َ ُ َّ َ ۡ ّ ٞ َّ َ َ َ ٰ َ َ ۡ َ ً َّ ُ
ُ ‫ َط َع‬ٞ‫يقونَ ُهۥ ف ِۡديَة‬ َ َ َ ٰ َ ُ ۡ َّ ٗ َّ َ
‫ام‬ ِ ‫ت ف َمن كن مِنكم م ِريضا أو سف ٖر فعِدة مِن أيا ٍا أخر ۚ و ٱ‬
‫لين ي ِط‬ ۚ ٖ ‫أياما معدود‬
َ َ َ ُ ُ ُ َّ ْ َ َّ
َ ُ ُ َ َ ُ ٞ ۡ َ َ ُ َ ٗ ۡ َ َ َّ َ َ َ َ
١٨٤ ‫نت ۡم ت ۡعل ُمون‬‫ لك ۡم إِن ك‬ٞ‫وموا خ ۡي‬‫ِيۖ فمن تطوع خيا فهو خي لۚۥ وأن تص‬ ۡ
ٖ ‫مِسك‬

Maksudnya:
„(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa
antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan
wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin. Maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan
itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa
itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.‰
(Surah al-Baqarah, 2:184)

Qada puasa juga adalah berdasarkan kepada hadis marfu` riwayat Dar al-Qutni
daripada Ibn Umar r.a.:

‫ »إِ ْن َﺷﺎءَ ﻓَـﱠﺮ َق َوإِ ْن َﺷﺎءَ ﺗَﺎﺑَ َﻊ‬:‫ﻀﺎ َن‬ ِ َ‫أَ ﱠن اﻟﻨِﱠﱯ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ ﻗَ َﺎل ِﰲ ﻗ‬
َ ‫ﻀﺎء َرَﻣ‬
َ َ ََ َْ ُ َ ‫ﱠ‬
(Riwayat al-Daruqutni)

Maksudnya:
„Mengqada (puasa) Ramadan, jika dia mahu dia boleh memisah-misahkannya,
jika dia mahu dia lakukan berturut-turut.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  167

Hadis riwayat `Aisyah r.a.:

ِ ‫ وَﻻ ﺗَـ ْﻘ‬،‫ﺼﻮم‬ ِ ِ ِ‫اﳊﺎﺋ‬ ِ


:‫ﺖ‬ْ َ‫ ﻓَـ َﻘﺎﻟ‬.‫ﺼ َﻼ َة‬
‫ﻀﻲ اﻟ ﱠ‬ َ َ ْ ‫ﺾ ﺗَـ ْﻘﻀﻲ اﻟ ﱠ‬ َْ ‫ﺎل‬ُ َ‫ َﻣﺎ ﺑ‬:‫ﺖ‬ ُ ْ‫ َﺳﺄَﻟ‬:‫ﺖ‬
ُ ‫ﺖ َﻋﺎﺋ َﺸﺔَ ﻓَـ ُﻘ ْﻠ‬ ْ َ‫ ﻗَﺎﻟ‬،‫َﻋ ْﻦ ُﻣ َﻌﺎ َذ َة‬
،‫ﺼ ْﻮِم‬
‫ﻀ ِﺎء اﻟ ﱠ‬ َ ‫ ﻓَـﻨُـ ْﺆَﻣ ُﺮ ﺑَِﻘ‬،‫ﻚ‬
ِ ِ ‫ » َﻛﺎ َن ﻳ‬:‫ ﻗَﺎﻟَﺖ‬.‫ وﻟَ ِﻜ ﱢﲏ أَﺳﺄ َُل‬،‫ ﻟَﺴﺖ ِﲝﺮوِرﻳﱠٍﺔ‬:‫ﺖ؟ ﻗُـ ْﻠﺖ‬
َ ‫ﺼﻴﺒُـﻨَﺎ َذﻟ‬ُ ْ ْ َ َُ ُ ْ ُ
ِ ْ‫أَﺣﺮوِرﻳﱠﺔٌ أَﻧ‬
َُ
ِ ِ
«‫ﺼ َﻼة‬ ‫ﻀﺎء اﻟ ﱠ‬َ ‫َوَﻻ ﻧـُ ْﺆَﻣ ُﺮ ﺑَِﻘ‬
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
„Sesungguhnya seorang wanita bertanya kepada `Aisyah: Kenapa wanita haid
mengqada puasa dan tidak mengqada solat? `Aisyah bertanya: Adakah kamu
seorang daripada kabilah Haruriyah?. Wanita itu menjawab, aku bukan
Haruriyah, tetapi aku ingin bertanya. `Aisyah berkata: Keadaan sedemikian telah
berlaku kepada kami ketika bersama Rasulullah SAW, kami diperintah dan tidak
diperintah. Baginda memerintahkan mengqada puasa dan tidak memerintahkan
mengqada solat.‰

Waktu mengganti atau mengqada puasa bermula sejak awal Syawal tahun
tersebut hingga ke sebelum Ramadan yang berikutnya. Begitu juga waktu
melaksanakan pembayaran kafarah sama dengan masa untuk mengqada puasa.

Sesiapa yang membuka puasa tanpa keuzuran adalah haram dan berdosa.
Rasulullah SAW bersabda:

ِ ٍ ‫ﺼ ٍﺔ َوﻻَ َﻣَﺮ‬ ِ ِ
َ ‫ﱠﻫ ِﺮ ُﻛﻠﱢﻪ َوإِ ْن‬
ُ‫ﺻ َﺎﻣﻪ‬ ْ ‫ﺻ ْﻮُم اﻟﺪ‬ ِ ‫ َﱂْ ﻳَـ ْﻘ‬،‫ض‬
َ ُ‫ﺾ َﻋْﻨﻪ‬ َ ‫ﻀﺎ َن ﻣ ْﻦ َﻏ ِْﲑ ُر ْﺧ‬
َ ‫َﻣ ْﻦ أَﻓْﻄََﺮ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ ﻣ ْﻦ َرَﻣ‬
(Riwayat Tarmizi)

Maksudnya:
„Siapa yang tidak berpuasa satu hari daripada bulan Ramadan tanpa rukhsah dan
tanpa sakit, puasa setahun tidak dapat menggantinya, sekalipun dia
melakukannya.‰

Masalah Melewatkan Qada Puasa


Fuqaha khilaf mengenai kes seseorang yang melewatkan mengqada puasa
Ramadannya sehingga masuk Ramadan tahun yang berikutnya:

(a) Mazhab Hanafi berpendapat orang yang membatalkan puasa mestilah


menqada puasa tersebut pada bila-bila masa sahaja dan tidak diwajibkan
membayar fidyah;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 PUASA

(b) Mazhab Syafii, Maliki dan Imam Ahmad pula berpendapat orang yang
membatalkan puasa, wajib mengqada puasa tersebut. Di samping itu juga,
diwajibkan membayar fidyah secupak makanan asasi atau nilainya bagi
setiap hari puasa yang ditinggalkan sehingga melangkah tahun; dan

(c) Bagi mazhab Syafii, kadar fidyah akan bertambah apabila tahun kelewatan
puasa yang diqada itu bertambah. Contohnya, Ali tidak mengqada tiga hari
puasa Ramadan yang ditinggalkannya tiga tahun lepas. Dia wajib mengqada
tiga hari puasa yang ditinggalkannya dan wajib menbayar fidyah tiga cupak
untuk satu hari yang ditinggalkan. Ini bererti Ali wajib membayar fidyah
sebanyak sembilan cupak untuk tiga hari yang tidak diqadanya selama tiga
tahun.

SEMAK KENDIRI 8.4

1. Terangkan bentuk keuzuran yang membolehkan seseorang


mukalaf meninggalkan puasanya.

2. Ulama mazhab khilaf mengenai hukum melewatkan qada puasa


Ramadan hingga ke tahun berikutnya. Huraikan pandangan dan
hujah ulama mazhab tersebut.

3. Nyatakan pandangan ulama mengenai hukum menggantikan


puasa orang yang telah mati.

• Dalam bahasa Arab, puasa ialah menahan diri daripada sesuatu seperti
makan, minum, hubungan kelamin, bercakap atau lainnya. Dari sudut fiqh
pula, puasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan
puasa mulai dari naik fajar hingga tenggelam matahari.

• Dalil bagi pensyariatan puasa adalah daripada al-Quran, hadis dan ijmak
ulama ummah. Antaranya ialah Surah Maryam, ayat 26 dan hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari.

• Terdapat empat jenis puasa iaitu puasa wajib, puasa haram, puasa makruh dan
puasa sunat. Puasa wajib terdiri daripada puasa bulan Ramadan, puasa
kafarah dan puasa nazar. Puasa haram pula terdiri daripada enam jenis.
Antaranya puasa hari tasyriq, puasa hari syak dan puasa pada dua hari raya
(Aidilfitri dan Aidiladha). Bagi puasa makruh pula, ia terdiri daripada puasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 PUASA  169

sepanjang tahun, puasa hari Jumaat sahaja, puasa hari Sabtu sahaja dan puasa
berterusan tanpa berbuka. Akhir sekali, puasa sunat terdiri daripada lapan
jenis. Antaranya ialah puasa hari Asyura, puasa hari Arafah dan puasa enam
hari dalam bulan Syawal.

• Antara perkara sunat yang digalakkan semasa berpuasa ialah bersahur,


menyegerakan berbuka, memelihara penglihatan, pendengaran dan seluruh
anggota badan, memperbanyakkan sedekah dan membaca doa semasa
berbuka.

• Rukun puasa ada dua iaitu niat dan menahan diri daripada perkara yang boleh
membatalkan puasa. Perkara yang boleh membatalkan puasa pula terbahagi
kepada dua iaitu:
 Batal puasa dan wajib qada; dan
 Batal puasa, wajib qada dan membayar kafarah.

• Antara perkara yang membatalkan puasa dan wajib qada ialah tertelan kahak,
onani, keluar darah nifas atau haid dan muntah dengan sengaja. Perkara yang
membatalkan puasa, wajib qada dan membayar kafarah ialah melakukan
jimak di siang hari dalam bulan Ramadan.

• Rukhsah bagi puasa diberikan kerana beberapa sebab seperti musafir, sakit
yang ada harapan sembuh, sakit yang tiada harapan sembuh, wanita
mengandung atau menyusu, orang tua yang terlalu uzur dan orang yang
dipaksa membuka puasanya.

• Menggantikan atau menqadakan puasa Ramadan, hukumnya adalah wajib


bagi mereka yang berbuka puasa kerana keuzuran atau sengaja. Waktu
mengganti atau mengqada puasa bermula sejak awal Syawal tahun tersebut
hingga ke akhir bulan Syaaban tahun yang sama. Begitu juga waktu
melaksanakan pembayaran kafarah sama dengan masa untuk mengqada
puasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 PUASA

Berbuka puasa Puasa makruh


Fajar Puasa sunat
Fidyah Puasa wajib
Imsak Qada
Jimak Rukshah
Kafarah Sahur
Puasa haram

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1). Kaherah, Mesir: Maktabah Dar
al-Turath.

Al-Zuhaili. (1997). Al-fiqh al-Islami wa adillatuhu. Damsyik, Syria: Dar


al-Fikr.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam


al-SyafiÊi. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Konsep Zakat
Harta
9 dan Fitrah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi zakat dan hikmah di sebalik pensyariatannya;
2. Menerangkan hukum zakat dan syarat wajib zakat;
3. Membezakan dua jenis zakat;
4. Mengenal pasti asnaf yang berhak menerima zakat; dan
5. Menghuraikan isu semasa yang berkaitan dengan zakat.

 PENGENALAN
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Ia menjadi satu
institusi penting dalam sistem ekonomi dan jaminan sosial ummah. Oleh sebab
kedudukannya yang sangat penting dalam agama Islam, al-Quran menyebutnya
sebanyak 82 kali yang kebanyakannya digandingkan dengan perintah
menunaikan solat. Dalam konteks ekonomi, sewajarnya zakat menjadi aset
penting umat Islam dalam kerangka mengurangkan kemiskinan ummah dan pada
masa yang sama dapat menangani isu sosioekonomi yang lain dan akhirnya
meningkatkan martabat ummah.

Topik ini akan menerangkan kepada anda tentang definisi zakat, hikmah
pensyariatannya, harta yang wajib dikeluarkan zakat, syarat wajib zakat dan
kaedah pengiraan zakat. Topik ini juga akan memfokuskan kepada hukum
membayar zakat secara terperinci terutamanya hukum keengganan membayar
zakat sama ada menafikan kewajipannya ataupun sebaliknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

9.1 DEFINISI ZAKAT


Sebelum anda meneruskan pembacaan, apakah yang anda faham tentang zakat?
Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya.

Zakat boleh didefinisikan kepada tiga bahagian, iaitu dari segi bahasa, istilah dan
juga syarak. Jadual 9.1 menerangkan setiap definisi tersebut.

Jadual 9.1: Definisi Zakat

Perspektif Definisi Zakat


Bahasa Berkembang, keberkatan, bertambah dan penyucian.
Istilah Nama bagi harta tertentu, yang wajib dikeluarkan pada kadar
tertentu dan diagihkan kepada golongan tertentu.
Syarak Menurut pendapat Mazhab Shafii, ia merupakan suatu kadar
tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang
wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat
yang ditentukan.

9.1.1 Sejarah Pensyariatan Zakat dan Hikmah Zakat


Mengikut pendapat ulama yang sahih, zakat telah disyariatkan pada tahun kedua
setelah penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Antara hikmah zakat
ialah:
(a) Menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara golongan
kaya dengan miskin;
(b) Mewujudkan budaya suka bersedekah dan berkorban harta untuk
membantu golongan miskin;
(c) Mempunyai peranan dalam menangani masalah pengangguran; dan
(d) Memastikan keperluan anggota sesebuah masyarakat menjadi sempurna.

AKTIVITI 9.1
Setelah anda mengetahui pengertian zakat, dapatkah anda fikirkan jenis
harta yang diwajibkan untuk zakat dan syarat yang mewajibkan zakat?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  173

9.2 HUKUM DAN SYARAT WAJIB ZAKAT


Dalam subtopik ini, kita akan melihat apakah hukum dan syarat wajib zakat.

9.2.1 Hukum Zakat


Apakah hukum mengeluarkan zakat bagi umat Islam? Hukum mengeluarkan
zakat adalah wajib berdasarkan dalil al-Quran dan sunah.

Dalil al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 43, bermaksud:


‰Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.‰

Manakala, dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang
bermaksud:
„Islam itu dibina atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan
Nabi Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadan.‰
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum orang yang enggan mengeluarkan zakat terbahagi kepada dua iaitu:

(a) Kafir dan Murtad


Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana mengingkari kewajipannya.

(b) Fasik dan Berdosa


Orang yang enggan mengeluarkan zakat kerana bakhil atau kedekut akan
dikenakan azab di akhirat.

9.2.2 Syarat Wajib Zakat


Setelah kita mengetahui bahawa hukum zakat adalah wajib bagi umat Islam,
marilah kita lihat apakah syarat wajib zakat. Syarat wajib zakat boleh dibahagikan
kepada lima seperti yang disenaraikan dalam Rajah 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

Rajah 9.1: Lima syarat wajib zakat

SEMAK KENDIRI 9.1


1. Jelaskan hukum bagi orang yang enggan mengeluarkan zakat.

2. Senaraikan lima syarat wajib zakat.

9.3 JENIS ZAKAT


Berapakah jenis zakat? Zakat boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama
seperti yang disenaraikan dalam Rajah 9.2.

Rajah 9.2: Dua jenis zakat

Mari kita lihat satu persatu zakat ini dalam subtopik seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  175

9.3.1 Zakat Harta


Zakat harta adalah zakat yang dikenakan terhadap harta tertentu apabila cukup
nisab dan haulnya. Harta tersebut terbahagi kepada lima bahagian seperti yang
diterangkan dalam Jadual 9.2.

Jadual 9.2: Harta yang Diwajibkan Zakat

Jenis Harta Penerangan


Emas dan perak Sama ada yang telah ditempa atau
dalam bentuk jongkong, dimiliki
secara langsung ataupun tidak (lihat
Rajah 9.3).

Rajah 9.3: Jongkong emas


Binatang ternakan Binatang ternakan seperti unta,
lembu, biri-biri dan kambing (lihat
Rajah 9.4).

Rajah 9.4: Unta dan lembu


Tanam-tanaman dan buah-buahan Makanan asasi manusia dalam
keadaan biasa, boleh disimpan lama
dan tidak rosak seperti kurma,
anggur, padi, jagung dan gandum
(lihat Rajah 9.5).

Rajah 9.5: Makanan asasi


Barang perniagaan Transaksi barangan untuk
mendapatkan keuntungan dan ia
tidak terhad kepada harta benda
tertentu (lihat Rajah 9.6).

Rajah 9.6: Barang perniagaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

Harta galian Emas dan perak yang dikeluarkan


dari bumi, manakala, harta karun
adalah harta yang tertanam di bumi
sebelum kedatangan Islam (lihat
Rajah 9.7).

Rajah 9.7: Harta galian

Apabila harta ini melebihi daripada kadar yang telah ditetapkan, zakat wajib
dikeluarkan oleh pemilik harta itu. Kadar ini disebut sebagai nisab (rujuk
Jadual 9.3).

Manakala, haul pula bermaksud, tempoh setahun atau 12 bulan qamariyyah


(mengikut kalendar Islam).

Jadual 9.3: Definisi, Nisab, Kadar dan Contoh Zakat

Jenis Zakat Definisi Nisab Kadar Contoh


Emas dan Emas
perak Ditempa 20 mithqal 2.5 peratus  Jongkong emas
atau dalam emas = 85 daripada  Bijih emas
bentuk gram keseluruhan
jongkong nilai emas yang  Wang emas
atau wang dimiliki  Perkakas atau
kertas perhiasan
sebagai ganti daripada emas
emas
Perak
Ditempa 200 dirham = 2.5 peratus  Jongkong perak
atau dalam 595 gram daripada nilai
keseluruhan  Bijih perak
bentuk
jongkong perak yang  Wang perak
atau wang dimiliki  Perkakas atau
kertas perhiasan
sebagai ganti daripada perak
perak  Barang kemas
perak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  177

Tanaman Tanam-  Bagi tanaman 10 peratus  Padi


dan buah- tanaman dan yang disiram  Gandum
buahan buah- dengan air
buahan yang tanpa  Jagung
menjadi menggunakan
makanan sebarang
asasi tenaga
manusia (seperti
yang boleh disiram oleh
disimpan air hujan)
lama dan  Bagi tanaman 5 peratus
tidak rosak yang disiram
dengan air
yang diangkat
atau dibeli
 Bagi tanaman 7.5 peratus
yang
menggunakan
kedua cara di
atas
Perniagaan Zakat Kadar penilaian 2.5 peratus  Barangan
perniagaan yang bersamaan pengguna dan
adalah zakat dengan nilai industri
yang wajib semasa 80 gram  Perdagangan
dikeluarkan emas
hasil  Hartanah
daripada pembinaan
perniagaan,  Kewangan dan
sama ada perbankan
dalam  Perladangan
bentuk dan
perniagaan perlombongan
persendirian
atau
perkongsian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

Harta  Harta 20 mithqal 2.5 peratus atau  Emas


galian dan galian emas = 85 5 peratus atau 10  Perak
harta Setiap gram peratus atau 20
karun peratus  Timah
benda yang 200 dirham =
dikeluarkan 595 gram berdasarkan kos  Tembaga
dari bumi pengeluaran.  Petroleum
atau senilai
sama ada dengannya
dalam mengikut
bentuk harga
cecair atau pasaran
pepejal semasa nisab
 Harta emas atau
karun perak
Harta yang
tertimbus
oleh
perbuatan
manusia
atau
kejadian
alam

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Sebutkan kadar nisab yang mewajibkan zakat emas dan perak


dikeluarkan.

2. Setelah jumlah padi mencukupi nisabnya, bilakah waktu yang wajib


dikeluarkan zakat?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan zakat perniagaan?

4. Apakah perbezaan antara harta galian dengan harta karun?

AKTIVITI 9.2

Kamariah memiliki seutas gelang tangan dan dia memakainya setiap


hari. Adakah dia wajib mengeluarkan zakat? Bincangkan hujah anda
dengan rakan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  179

(a) Zakat Binatang Ternakan


Binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat adalah unta, lembu dan
kambing. Jika diperhatikan dalam Jadual 9.4 hingga Jadual 9.6, setiap nisab
binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat mempunyai nisab yang
paling minimum dan mempunyai kiraan nisab yang tertentu sehingga
sampai angka yang tertentu.

Jadual 9.4: Zakat Binatang Ternakan (Unta)

Nisab Kadar Wajib


5 hingga 9 Seekor kambing
10 hingga 14 Dua ekor kambing
15 hingga 19 Tiga ekor kambing
20 hingga 24 Empat ekor kambing
25 hingga 35 Seekor unta umur setahun masuk dua tahun
36 hingga 45 Seekor unta umur dua tahun masuk tiga tahun
46 hingga 60 Seekor unta betina umur tiga tahun masuk empat tahun
61 hingga 74 Seekor unta betina umur empat tahun masuk lima tahun
76 hingga 90 Dua ekor unta umur dua tahun masuk tiga tahun
91 hingga 120 Dua ekor unta betina umur tiga tahun masuk empat tahun

Apabila memiliki lebih 121 ekor unta, kadar wajibnya adalah seperti yang
berikut:
(i) Setiap 40 ekor unta = Seekor unta umur dua tahun masuk tiga tahun;
dan
(ii) Setiap 50 ekor unta = Seekor unta betina umur tiga tahun masuk
empat tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

Jadual 9.5: Zakat Binatang Ternakan (Lembu)

Nisab Kadar Wajib


30 hingga 39 Seekor lembu betina atau jantan umur setahun
40 hingga 59 Seekor lembu umur dua tahun
60 hingga 69 Dua ekor lembu umur setahun
70 hingga 79 Seekor lembu umur dua tahun dan seekor lembu umur
setahun
80 hingga 89 Dua ekor lembu umur dua tahun
90 hingga 99 Tiga ekor lembu umur setahun
100 hingga 109 Seekor lembu umur dua tahun dan dua ekor lembu umur
setahun
110 hingga 119 Dua ekor lembu umur dua tahun dan seekor lembu umur
setahun

Apabila memiliki lebih 119 ekor lembu, maka kadar wajibnya ialah:
(i) Setiap 30 ekor lembu = Seekor lembu umur setahun; dan
(ii) Setiap 40 ekor lembu = Seekor lembu umur dua tahun.

Jadual 9.6: Zakat Binatang Ternakan (Kambing/Biri-Biri)

Nisab Kadar Wajib


40 hingga 120 Seekor biri-biri umur setahun atau kambing umur dua
tahun
121 hingga 200 Dua ekor biri-biri umur setahun atau dua ekor kambing
umur 2 tahun
201 hingga 300 Tiga ekor biri-biri umur setahun atau tiga ekor kambing
umur dua tahun

Apabila memiliki lebih 300 ekor kambing, kadar wajibnya ialah setiap 100
ekor kambing atau biri-biri bersamaan seekor biri-biri atau kambing umur
dua tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  181

(b) Zakat Pendapatan


Kita juga harus membayar zakat untuk diri kita sendiri iaitu zakat pendapatan.
Jadual 9.7 berikut memberikan contoh bagaimanakah zakat pendapatan dikira.

Jadual 9.7: Zakat Pendapatan Individu

Definisi Contoh Nisab Kadar


Perolehan  Penggajian iaitu  85 2.5 peratus
yang pendapatan atau gram berdasarkan
merangkumi perolehan yang emas kadar zakat
pendapatan diperoleh oleh emas
gaji dan seseorang melalui
pendapatan orang lain atau
bebas seperti majikan  595
pendapatan gram
Zakat  Pendapatan bebas atau
ahli perak
pendapatan profesional, iaitu
profesional perolehan yang
diperoleh oleh
seseorang yang bekerja
sendiri
 Sebarang usaha
mengambil upah
seperti pengangkutan
udara, laut dan
sebagainya.

SEMAK KENDIRI 9.3

1. Berapakah jumlah kambing yang perlu dimiliki oleh seseorang


sebelum dia wajib mengeluarkan zakat?

2. Apakah sumber pendapatan yang diwajibkan zakat?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

AKTIVITI 9.3

1. Amin memiliki 83 ekor unta. Berapakah jumlah zakat yang wajib


dikeluarkannya?

2. Jika kerbau yang dimiliki oleh Shamsuri mencecah 115 ekor,


apakah bentuk zakat yang perlu dikeluarkannya?

3. Sekiranya unta, lembu atau kerbau dan kambing yang diternak


dikenakan zakat apabila cukup nisabnya, bagaimanakah pula rusa
yang diternak secara komersil? Adakah ia juga dikenakan zakat?

9.3.2 Zakat Fitrah


Apakah yang dimaksudkan dengan zakat fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan
perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat yang ditetapkan.

Berikut ialah dalil zakat fitrah:


Rasulullah SAW telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas
manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum
ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan yang terdiri
daripada orang Islam.
(Riwayat Muslim)

Apakah kadar fitrah dan syarat wajib mengeluarkan fitrah? Kadar fitrah adalah
satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini
berdasarkan ketentuan oleh penguatkuasa agama negeri masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  183

Terdapat empat syarat wajib fitrah. Ia disenaraikan dalam Rajah 9.8.

Rajah 9.8: Syarat wajib fitrah

Yang berikut adalah waktu mengeluarkan fitrah berserta hukumnya


(rujuk Jadual 9.8).

Jadual 9.8: Waktu dan Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

Waktu Hukum
Apabila terbenam matahari pada akhir 30 Wajib
Ramadan sehingga terbit matahari esoknya
Sebelum solat hari raya Aidilfitri Yang paling afdal
Sepanjang bulan Ramadan Sunat
Selepas solat hari raya Aidilfitri sehingga Makruh
terbenam matahari pada 1 Syawal
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal Haram

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

SEMAK KENDIRI 9.4


Nyatakan secara terperinci hukum yang berkaitan dengan waktu
membayar zakat fitrah.

AKTIVITI 9.4

Adakah kanak-kanak dan hamba wajib membayar zakat fitrah?

9.4 ASNAF ZAKAT


Apakah yang dimaksudkan dengan asnaf zakat?

Asnaf zakat ialah orang yang berhak menerima zakat.

Rajah 9.9 menyenaraikan orang yang berhak menerima zakat.

Rajah 9.9: Orang yang berhak menerima zakat

Asnaf zakat ini diterangkan dengn lebih lanjut seperti yang berikut:

(a) Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta untuk menampung keperluan
makanan, pakaian dan kediamannya. Sebagai contoh, dia hanya mendapat
RM3.00 sehari daripada RM10.00 yang diperlukannya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  185

(b) Miskin
Orang yang mempunyai harta tetapi tidak cukup untuk menampung
keperluannya. Sebagai contoh, dia memerlukan RM10.00 sehari tetapi
pendapatannya RM8.00 sahaja.

(c) Amil
Pekerja yang berjawatan dan pemungut hasil yang ditugaskan oleh
pemerintah untuk mengumpul dan mengagihkan zakat.

(d) Mualaf
Mereka yang baru memeluk Islam dan dengan pemberian zakat, ia dapat
menguatkan pegangan mereka kepada agama Islam.

(e) Musafir
Orang yang dalam perjalanan yang harus atau yang ingin bermusafir untuk
tujuan yang diharuskan oleh syarak.

(f) Fisabilillah (Untuk Jalan Allah)


Sukarelawan yang sedang berjuang mempertahankan umat Islam tanpa
imbuhan dan gaji.

(g) Orang yang Berhutang


Mereka yang dibebani hutang dan tidak mampu melunaskannya.

(h) Hamba
Hamba yang layak menerima zakat ialah orang yang ingin membebaskan
dirinya daripada perhambaan (al-mukatab), iaitu yang membuat perjanjian
dengan tuannya yang akan membebaskannya apabila dia dapat memberikan
sejumlah harta kepadanya.

Dalil bagi orang yang berhak menerima zakat terdapat dalam Surah at-Taubah,
ayat 60:

Maksudnya:
‰Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir dan orang miskin
dan amil yang mengurusnya dan orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk
hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang yang berhutang dan untuk
dibelanjakan pada jalan Allah dan orang musafir dalam perjalanan. Ketetapan
hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya daripada
Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

SEMAK KENDIRI 9.5


1. Apakah yang dimaksudkan dengan "asnaf zakat"?

2. Sebutkan golongan yang termasuk dalam asnaf zakat.

9.5 ISU SEMASA ZAKAT


Terdapat dua isu semasa yang akan kita bincangkan, iaitu:

(a) Pengeluaran Zakat Harta dengan Nilai Sebagai Ganti Harta


Menurut pandangan mazhab Shafii, zakat hendaklah dikeluarkan dalam
bentuk ainnya yang asal dan tidak harus dikeluarkan dengan nilai sebagai
ganti harta. Ini adalah berdasarkan kepada dalil yang berikut:

ِ ‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ ﺻ َﺪﻗَﺔَ اﻟْ ِﻔﻄْ ِﺮ ﺻ‬


‫ﺎﻋﺎ‬
ً‫ﺻ‬ َ ‫ﺎﻋﺎ ﻣ ْﻦ ﲤٍَْﺮ أ َْو‬
ً َ َ َ ََ َْ ُ َ َ ‫ ﻓَـَﺮ‬:‫َﻋ ِﻦ اﺑْ ِﻦ ﻋُ َﻤَﺮ ﻗَ َﺎل‬
ُ ‫ض َر ُﺳ‬
‫ِﻣ ْﻦ َﺷﻌِ ٍﲑ‬
(Riwayat Ibn Khuzaimah)

ِ ِ ِ ُ ‫ »ﻓَـﺮض رﺳ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،‫ﻋ ِﻦ اﺑ ِﻦ ﻋﻤﺮ ر ِﺿﻲ اﻟﻠﱠﻪ ﻋْﻨﻪ‬


‫ﺎﻋﺎ‬
ً‫ﺻ‬ َ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‬
َ ‫ﺻ َﺪﻗَﺔَ اﻟﻔﻄْ ِﺮ‬ َ ‫ﻮل اﻟﻠﱠﻪ‬ َُ َ َ ُ َ ُ َ َ ََ ُ ْ
‫ﺎﻋﺎ ِﻣ ْﻦ ﲤٍَْﺮ‬
ً‫ﺻ‬
ِ ِ
َ ‫ أ َْو‬،‫ﻣ ْﻦ َﺷﻌ ٍﲑ‬
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:
„Telah berkata Ibnu Umar: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah,
secupak daripada tamar atau secupak daripada gandum.‰

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa zakat hendaklah dikeluarkan mengikut


kadar yang telah ditetapkan.

Manakala mazhab Hanafi berpendapat harus mengeluarkan zakat dengan


nilai sebagai ganti harta berdasarkan dalil yang berikut:

‫ﰲ ﲬﺲ وﻋﺸﺮﻳﻦ ﺑﻨﺖ ﳐﺎض ﻓﺈن ﱂ ﺗﻜﻦ ﻓﺎﺑﻦ ﻟﺒﻮن‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  187

Maksudnya:
„Setiap daripada 25 ekor lembu bintu mukhadh, sekiranya tidak ada ibnu
labun.‰

Hadis ini menerangkan bahawa sekiranya tidak terdapat barang asal yang
hendak dikeluarkan zakat, maka ia boleh diganti dengan barangan yang lain
yang seumpama dengan nilainya.

(b) Pengeluaran Zakat Fitrah dengan Nilai sebagai Ganti Makanan Asasi
Dalam perkara ini, ulama berselisih pendapat kepada dua pandangan, iaitu:

(i) Menurut pendapat mazhab Shafii, zakat fitrah hendaklah dikeluarkan


dengan ainnya yang asal iaitu makanan asasi seperti beras atau
gandum. Ini berdasarkan kepada hadis yang berikut:

ِ َ‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻﻠﱠﻰ اﷲ ﻋﻠَﻴ ِﻪ وﺳﻠﱠﻢ ﺻ َﺪﻗَﺔ‬ ِ


‫اﻟﻔﻄْ ِﺮ‬ َ َ ََ َْ ُ َ َ ‫ »ﻓَـَﺮ‬:‫ ﻗَ َﺎل‬،ُ‫ﻋ ِﻦ اﺑْ ِﻦ ﻋُ َﻤَﺮ َرﺿ َﻲ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋْﻨﻪ‬
ُ ‫ض َر ُﺳ‬
‫ﺎﻋﺎ ِﻣ ْﻦ ﲤٍَْﺮ‬
ً‫ﺻ‬
ِ ِ ‫ﺻ‬
َ ‫ أ َْو‬،‫ﺎﻋﺎ ﻣ ْﻦ َﺷﻌ ٍﲑ‬ ً َ
Maksudnya:
„Hadis dari Ibn Umar: Rasulullah SAW telah memfardukan zakat
fitrah secupak daripada tamar atau secupak daripada gandum.‰

Berdasarkan kepada hadis ini, mereka telah berhujah bahawa apa yang
telah disebut dalam hadis tidak harus bercanggah dengannya. Sesiapa
yang mengubah apa yang disebut dalam hadis sesungguhnya dia telah
meninggalkan fardu.

(ii) Manakala, pendapat mazhab Hanafi pula, zakat fitrah harus


dikeluarkan dengan nilai sebagai ganti makanan asasi sebagaimana
yang dijelaskan dalam hadis yang disebut oleh Rasulullah SAW:

‫وأﻏﻨﻮﻫﻢ ﰲ ﻫﺬا اﻟﻴﻮم‬


Maksudnya:
‰Kayakan dan cukupkan mereka pada hari ini.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH

Berdasarkan kepada hadis ini, kekayaan boleh diperoleh melalui


sumber pemakanan dan kewangan. Kemungkinan wang lebih baik
kerana ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan. Zakat
diberikan untuk memberi manfaat kepada fakir miskin, sekiranya
mereka memerlukan makanan, kita berikan makanan tetapi sekiranya
mereka memerlukan kewangan maka kita berikan mereka dalam
bentuk kewangan. Ini adalah kerana mereka lebih mengetahui apa
yang mereka perlukan dan kehendaki.

• Zakat boleh didefinisikan kepada tiga bahagian iaitu dari segi bahasa, istilah
dan juga syarak. Menurut pendapat mazhab Shafii, zakat merupakan suatu
kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib
diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat yang ditentukan.

• Antara hikmah zakat ialah menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih


sayang antara golongan kaya dan miskin, mewujudkan budaya suka
bersedekah dan berkorban harta untuk membantu golongan miskin dan boleh
menangani masalah pengangguran.

• Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib berdasarkan dalil al-Quran dan


sunah. Bagi yang enggan mengeluarkannya, hukumnya adalah sama ada kafir
dan murtad atau fasik dan berdosa.

• Terdapat lima syarat wajib zakat iaitu Islam, merdeka, cukup nisab dan haul,
diketahui pemiliknya dan pemilikan sempurna.

• Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

• Zakat harta adalah wajib dikeluarkan apabila memenuhi syarat tertentu.


Hanya emas, perak, tanaman, ternakan, barang perniagaan dan harta galian
sahaja yang wajib dikeluarkan zakat.

• Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap Muslim yang
berterusan hayat dan Islamnya dari awal Ramadan hinggalah muncul anak
bulan Syawal.

• Harta yang dizakatkan hanya berhak diberi kepada lapan golongan iaitu fakir,
miskin, amil, mualaf, hamba yang ingin memerdekakan dirinya, orang
berhutang yang tidak mampu membayar hutangnya, fisabilillah dan musafir
yang putus bekalannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 KONSEP ZAKAT HARTA DAN FITRAH  189

• Dua isu semasa yang berkaitan dengan zakat ialah pengeluaran zakat harta
dengan nilai sebagai ganti harta dan pengeluaran zakat fitrah dengan nilai
sebagai ganti makanan asasi. Terdapat beberapa pendapat ulama mengikut
mazhab yang berkait dengan isu ini.

Amil Mualaf
Asnaf Mithqal
Dinar Nisab
Dirham Zakat fitrah
Fisabillilah Zakat harta
Haul Zakat pendapatan
Hikmah

Al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa., & al-Syabaji, Ali. (2005). Manhaj fiqh
al-Syafie (Jld 2). Terj. Mohd Yusof Ahmad, Abdul Kudos Othman, Jamil
Abdul Wahab dan Zulkifli Muhammad al-Bakri. Kuala Lumpur, Malaysia:
Prospecta Printers.

Al-Zuhaili, Wahbah. (2002). Fiqh dan perundangan Islam (Jld 1). Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ar-Rahbawi, Abdul Kadir. (1996). Salat empat mazhab. Kuala Lumpur, Malaysia:
Victory Agency.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Haji dan
Umrah
10
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi hukum dan dalil bagi haji dan umrah;
2. Menerangkan syariat dan hikmah haji;
3. Menghuraikan syarat wajib haji dan umrah;
4. Membezakan miqat zamani dan miqat makani;
5. Mengenal pasti rukun dan wajib haji; dan
6. Mengenal pasti rukun dan wajib umrah.

 PENGENALAN
Kita telah membincangkan tajuk solat, puasa dan zakat. Bagi melengkapkan
kefahaman rukun Islam yang kelima, topik ini akan membincangkan hukum
berkaitan amalan haji dan umrah di Tanah Suci Mekah (rujuk Rajah 10.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  191

Rajah 10.1: Masjidilharam menjadi tumpuan umat Islam menunaikan haji dan umrah
di Tanah Suci Mekah

Perbincangan topik ini akan membincangkan ibadat haji, umrah dan hukum
berkaitan. Topik ini akan merangkumi takrif, hukum dan hikmah haji. Topik ini
juga akan membincangkan siapakah yang diwajibkan dan sah menunaikan haji.
Begitu juga dengan perbincangan mengenai ihram haji dan umrah serta rukun dan
sunat haji.

10.1 DEFINISI, HUKUM DAN DALIL


BERKAITAN HAJI DAN UMRAH
Subtopik ini membincangkan definisi, hukum dan dalil berkaitan amalan haji dan
umrah.

10.1.1 Haji
Dari sudut penggunaan bahasa Arab, haji bermaksud pemergian ke satu tempat
yang diagungkan.

Dari sudut penggunaan istilah dalam pengajian fiqh pula, haji bermaksud pergi
ke Baitullah untuk menunaikan ibadat tertentu dengan syarat tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Ibadat haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Hukumnya adalah
fardu ke atas setiap mukalaf yang telah memenuhi syarat wajib haji sekali dalam
seumur hidup.

Kefarduan ibadat haji adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT:

َ ‫ن َعن ٱ ۡل َعٰلَم‬
٩٧ ‫ي‬ ِ ٌّ ‫ك َف َر فَإ ِ َّن ٱ َّ َ َغ‬
َ
‫ن‬‫م‬َ ‫اع إ َ ۡلهِ َسبي ٗ َو‬
ۚ
َ َ َ ۡ َ ۡ َ ۡ ُّ
‫ط‬‫ت‬ ‫س‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ت‬
ِ ‫ي‬‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ِج‬
‫ح‬ ِ
‫اس‬ َّ‫َو ِ َّ ِ َ َ ٱل‬
ِ ِ ِ ِ ِ
Maksudnya:
„Dan Allah telah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan haji dengan
mengunjungi Baitullah, iaitu siapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-
Nya. Dan siapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya.‰
(Surah Ali Imran, 3:97)

Kewajipan haji juga sabit dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan
Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda:

،‫ َوإِﻳﺘَ ِﺎء اﻟﱠﺰَﻛ ِﺎة‬،‫ﺼﻼَِة‬ ُ ‫ َﺷ َﻬ َﺎد ِة أَ ْن ﻻَ إِﻟَﻪَ إِﱠﻻ اﻟﻠﱠﻪُ َوأَ ﱠن ُﳏَ ﱠﻤ ًﺪا َر ُﺳ‬:‫ﺲ‬
‫ َوإِﻗَ ِﺎم اﻟ ﱠ‬،‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ٍ َْ‫ﺑُِﲏ ا ِﻹ ْﺳﻼَ ُم َﻋﻠَﻰ ﲬ‬
َ
‫ﻀﺎ َن‬ ِ
َ ‫ﺻ ْﻮم َرَﻣ‬
َ ‫ َو‬،‫َواﳊَ ﱢﺞ‬
(Riwayat Bukhari)

‫ َوإِﻳﺘَ ِﺎء‬،‫ﺼ َﻼ ِة‬


‫ َوإِﻗَ ِﺎم اﻟ ﱠ‬،ُ‫ َوأَ ﱠن ُﳏَ ﱠﻤ ًﺪا َﻋْﺒ ُﺪﻩُ َوَر ُﺳﻮﻟُﻪ‬،ُ‫ َﺷ َﻬ َﺎد ِة أَ ْن َﻻ إِﻟَﻪَ إِﱠﻻ اﷲ‬،‫ﺲ‬ ٍ َْ‫اﻹ ْﺳ َﻼ ُم َﻋﻠَﻰ ﲬ‬ِْ ‫»ﺑُِﲏ‬
َ
ِ ِ ِ
«‫ﻀﺎ َن‬ َ ‫ َو‬،‫ َو َﺣ ﱢﺞ اﻟْﺒَـْﻴﺖ‬،‫اﻟﱠﺰَﻛﺎة‬
َ ‫ﺻ ْﻮم َرَﻣ‬
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
„Islam dibina di atas lima perkara: Mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.‰
(Riwayat Bukhari)

Ulama juga sepakat mengatakan ibadat haji adalah fardu ke atas semua mukalaf
yang memenuhi syarat wajib haji sekali dalam seumur hidup. Tiada khilaf dan
tiada yang menafikannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  193

10.1.2 Umrah
Umrah menurut sudut penggunaan bahasa Arab bermaksud ziarah. Dari sudut
penggunaan istilah fiqh, umrah bermaksud pergi ke Baitullah bukan pada musim
haji untuk melakukan ibadat khusus dengan syarat khusus.

Menurut mazhab Syafii, hukum umrah adalah wajib sekali dalam seumur hidup.
Bagi pendapat jumhur, hukumnya sunat. Hukum ini adalah berdasarkan kepada

َّ َ َ ۡ ُ ۡ َ َّ َ ۡ ْ ُّ َ َ
dengan firman Allah SWT:
ِۚ ِ ‫وأت ِموا ٱلج وٱلعمرة‬

Maksudnya:
„Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.‰
(Surah al-Baqarah, 2:196)

Umrah juga adalah berdasarkan kepada sunah. Ibn Majah meriwayatkan bahawa
`Aisyah r.a. telah bertanya kepada Rasulullah SAW:

‫ﺎد ُﻫ ﱠﻦ‬ ِ ْ ‫ﺎد َﻻ ﻗِﺘَ َﺎل ﻓِ ِﻴﻪ‬ ِ ِ ِ ‫اﷲ ﻫﻞ ﻋﻠَﻰ اﻟﻨ‬


ِ َ ‫ﻳﺎ رﺳ‬
ُ ‫اﳊَ ﱡﺞ َواﻟْﻌُ ْﻤَﺮةُ ﺟ َﻬ‬ ٌ ‫ﺎد؟ ﻗَ َﺎل " ﻧـَ َﻌ ْﻢ ﺟ َﻬ‬
ٌ ‫ﱢﺴﺎء ﺟ َﻬ‬
َ َ ْ َ ‫ﻮل‬ َُ َ
(Riwayat al-Baihaqi)

Maksudnya:
„Wahai Rasulullah SAW, adakah wanita wajib berjihad? Baginda menjawab: Ya,
jihad yang tidak berlaku peperangan, iaitu haji dan umrah.‰

10.2 PENSYARIATAN HAJI


Selepas anda mengetahui definisi, hukum dan dalil mengenai haji dan umrah,
subtopik ini pula akan mengupas sejarah ibadat haji dan pensyariatannya.

10.2.1 Sejarah Ibadat Haji


Terdapat banyak ayat al-Quran yang berkaitan haji dan Baitullah. Sekalipun ayat
ini tidak menerangkan dengan jelas ibadat haji yang telah dilakukan sejak Nabi
Adam a.s., tetapi secara tidak langsung, ayat al-Quran itu telah menerangkan dan
memberikan kefahaman bahawa Baitullah telah terbina sejak zaman Nabi Adam
a.s. lagi. Kemudian Baitullah telah dirobohkan atau roboh sendiri sehingga tiada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

siapa yang mengetahuinya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. menemui tempat


tersebut lalu dibina Kaabah semula bersama-sama anaknya Nabi Ismail a.s.

Firman Allah SWT:

َ ‫ار ٗك َو ُه ٗدى ّل ِۡل َعٰلَم‬


٩٦ ‫ي‬ َ َ
‫ب‬ ‫م‬
َّ َ
ُ ‫ك َة‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫ِي‬
‫ل‬
َّ َ
‫ل‬ ِ
‫اس‬ َّ ‫إ َّن أَ َّو َل َب ۡيت ُوض َع ل‬
‫ِلن‬
ِ ِ ِ ٖ ِ

Maksudnya:
„Sesungguhnya rumah (Allah) pertama dibina untuk manusia ialah yang berada
di Mekah yang berkat dan petunjuk kepada sekalian alam.‰
(Surah Ali-Imran, 3:96)

Ayat ini memberikan gambaran rumah Allah SWT yang pertama di bumi untuk
manusia berada adalah di Mekah dan kalau diambil kira manusia pertama di bumi
ialah Adam a.s., maka kewujudan rumah Allah SWT itu telah berada sejak Nabi
Adam a.s. lagi.

Ayat lain ialah firman Allah SWT dalam Surah al-Haj, ayat 26:

َّ ُّ َ َ ٓ َ ۡ َ َ ٓ َّ َ ۡ َ ۡ ّ َ َ ٗ ۡ َ ۡ ۡ ُ َّ َ ۡ َ ۡ َ َ َ َ ٰ َ ۡ ِ َ ۡ َّ َ ۡ
ِ‫لر كع‬ ‫ت أ ن ت شِك ِب ش ي ٔ ا وطهِر ب ي ِت ل ِلط ائِفِي وٱل قائ ِ ِمي وٱ‬ِ ‫ل بر هِيم م كن ٱل ي‬
ِ ‫ذ بوأن ا‬
٢٦ ِ‫ج ود‬ ُ ‫لس‬ُّ ‫ٱ‬

Maksudnya:
„Dan (ingatlah) ketika kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat
Baitullah (dengan mengatakan) janganlah kamu mensyirikkan sesuatu dengan
Allah dan bersihkanlah rumah-Ku ini bagi orang yang tawaf dan orang yang
beribadat dan orang yang rukuk dan sujud.‰
(Surah al-Haj, 22:26)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  195

Ayat ini telah mengisyaratkan Allah SWT mengarah Nabi Ibrahim a.s. membina
Kaabah untuk mereka yang melakukan ibadat tawaf, solat, rukuk dan sujud.

Ayat lain ialah firman Allah SWT:

َ َ ٓ َ َ ّٗ ْ ُ َّ َ َّ ‫ت َم َثابَ ٗة ّل‬ َ ‫ۡذ َج َع ۡل َنا ٱ ۡلَ ۡي‬


‫ه َم ُم َصل ۖ َوع ِه ۡدنا إ ِ ٰٓ إِبۡ َر ٰ ِهۧ َم ۡس َم ٰ ِعيل‬ ِ ‫اس َوأ ۡم ٗنا َوٱتِذوا مِن َّم َق‬
ۧ ِ ٰ ‫ام إِبۡ َر‬ ِ ‫ِلن‬
ٗ‫لا َءامِنا‬ ً َ َ‫ه ُم َر ّب ٱ ۡج َع ۡل َهٰ َذا ب‬ ٰ َ ۡ َ َ ۡ ُ ُّ َّ ُّ َ َ
ٰ َ ۡ َ َ ٓ َّ َ ۡ َ َ ّ َ َ
ِ ۧ ِ ‫ ذ قال إِبر‬١٢٥ ِ‫كفِي وٱلركعِ ٱلسجود‬ ِ ‫أن ط ِهرا بي ِت ل ِلطائِفِي وٱلع‬
ُ ٗ َ ُ َ ََ َ َ ۡ َّ
‫ت َم ۡن َء َام َن مِن ُهم ب ِٱ ِ َوٱلَ ۡو ِم ٱ خ ِِرۚ قال َو َمن كف َر فأ َم ّت ِ ُع ُهۥ قل ِي ث َّم‬
ۡ َّ ََُۡ ُۡ
ِ ٰ ‫َوٱ ۡرزق أهلهۥ م َِن ٱل َم َر‬
ُ
‫ت ۡس َمٰعِيل َر َّب َنا‬
ۡ َ َ ۡ ۧ ِ ٰ ‫ ۡذ يَ ۡر َف ُع إبۡ َر‬١٢٦ ‫ي‬
ِ ‫ه ُم ٱلق َواعِد م َِن ٱلَ ۡي‬ ُ ‫أَ ۡض َط ُّرهُ ٓۥ إ َ ٰ َع َذاب ٱلَّار َوب ۡئ َس ٱل ۡ َم ِص‬
ِ ِ ِۖ ِ ِ
َ
١٢٧ ‫ِيم‬ُ ‫يع ٱ ۡل َعل‬ ُ ‫لس ِم‬ َّ ‫نت ٱ‬ َ ‫كأ‬ َ َّ ٓ َّ ۡ َّ َ َ
‫تقبل مِنا ۖ إِن‬

Maksudnya:
„Dan (ingatlah) ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul
bagi manusia dan tempat yang aman dan jadikanlah sebahagian makam Ibrahim
tempat solat dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail bersihkanlah
rumah-Ku untuk orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud. Dan
(ingatlah) ketika Ibrahim berdoa: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang
aman sentosa dan berikanlah rezeki daripada buah-buahan kepada penduduknya
yang beriman antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman:
Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara kemudian Aku
paksa dia menjalani seksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Dan
(ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) tapak Baitullah bersama Ismail
(seraya berdoa), Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami).
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.‰
(Surah al-Baqarah, 2:125-127)

Jika diamati komponen ayat ketiga ini, di samping mengarahkan Nabi Ibrahim a.s.
membina Baitullah untuk mereka yang melakukan ibadat, ayat ini juga
mengandungi doa Nabi Ibrahim a.s. supaya Allah SWT memberikan rezeki dan
keamanan kepada penduduk Mekah.

Berdasarkan ayat ini, dapat difahami bahawa ibadat yang berkaitan khusus
dengan Kaabah ialah solat dan tawaf. Oleh sebab tawaf adalah rukun asasi ibadat
haji, kita dapat faham bahawa ibadat haji telah wujud bersama kewujudan
Kaabah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Sementara itu, ayat berikut pula menunjukkan ibadat haji telah wujud sebelum
Nabi Ibrahim a.s. lagi. Firman Allah SWT:

ٰ َ ‫ِيم َو ُم‬َ ‫ك َو َما َو َّص ۡي َنا بهِ ٓۦ إبۡ َرٰه‬ َ ۡ َ ٓ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َّ َ ٗ ُ ٰ َّ ‫كم ّم َِن ٱ ّلِين َما َو‬ ُ َ َ َ َ
‫وس‬ ِ ِ ‫ص بِهِۦ نوحا وٱلِي أوحينا إِل‬ ِ ‫۞شع ل‬
َ
‫ب إ ِ ۡلهِ َمن‬ٓ ‫ي َت‬ َ
ۡ َ ُ َّ ۡ ۡ ُ ُ ۡ َ َ َ ۡ ُ ۡ َ َ َُ َ ْ َ
ُ َّ َ َ َ َ َ ّ ْ ُ ‫ِيس أَ ۡن أق‬
َ َ َ
ِ ‫ٱ‬ ِ ‫ه‬
ۚ ‫ل‬ ِ ‫إ‬ ‫م‬ ‫وه‬ ‫ع‬ ‫د‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ِي‬ ‫ك‬ ‫ش‬ِ ‫م‬ ‫ل‬‫ٱ‬ ‫ب‬ ‫ك‬ ِ ‫ه‬
ۚ ‫ِي‬ ‫ف‬ ‫وا‬ ‫ق‬‫ر‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫و‬ ‫ِين‬‫ل‬‫ٱ‬ ‫وا‬ ‫ِيم‬ ۖ ٰٓ ‫وع‬
١٣ ‫يب‬ ُ ِ ‫ِي إ َ ۡلهِ َمن يُن‬ٓ ََۡ ُٓ ََ
ِ ‫يشاء ويهد‬

Maksudnya:
„Dan telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang diwasiatkannya
kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepada kamu dan apa yang kami
wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa; iaitu tegakkanlah agama dan janganlah
kamu berpecah-belah tentangnya. Amat berat bagi orang Musyrik agama yang
kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu siapa yang
dikehendakinya dan memberi petunjuk kepada (agama-Nya) orang yang kembali
(kepada-Nya).‰
(Surah al-Syura, 42:13)

AKTIVITI 10.1
Anda dikehendaki mencari sumber di laman Web untuk mengumpul
maklumat dan penulisan sarjana bagi menulis sebuah esei yang bertajuk
„Haji dalam Pelbagai Agama Samawi‰.

10.2.2 Haji dalam Syariat Islam


Seperti yang dijelaskan sebelum ini, ibadat haji adalah berdasarkan kepada Surah
Ali Imran, ayat 97. Haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum turun ayat
ini adalah tahannuth dan taqarrub semata-mata. Ini telah disepakati oleh jumhur
ulama. Namun demikian, mereka khilaf tentang bilakah amalan haji diwajibkan.

Ada pendapat mengatakan haji diwajibkan pada tahun ketiga Hijrah kerana Surah
Ali Imran, ayat 97 diturunkan pada tahun terbabit selepas peperangan Uhud. Ada
yang berpendapat haji diwajibkan pada tahun kelima Hijrah. Pandangan ini
berdasarkan kepada tahun berlakunya peperangan Khandaq, setelah peperangan
Ahzab yang berlaku pada tahun kelima Hijrah. Ada yang mengatakan pula haji
diwajibkan pada tahun ketujuh Hijrah. Pendapat lain mengatakan pada tahun
kesembilan Hijrah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  197

Pendapat paling munasabah ialah yang dikemukakan oleh Iman Syafii yang
mengatakan haji difardukan pada tahun ketiga dengan turunnya ayat yang
mewajibkan haji. Namun, setelah itu umat Islam disekat daripada melakukannya
hinggalah tahun kesembilan Hijrah iaitu tahun fathu (pembukaan) Mekah.

10.3 HIKMAH IBADAT HAJI


Subtopik ini akan membincangkan tiga hikmah ibadat haji (rujuk Rajah 10.2).

Rajah 10.2: Hikmah ibadat haji

Tiga hikmah ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

10.3.1 Haji Melambangkan Pelbagai Perkara


Haji melambangkan kepatuhan mutlak mukmin kepada Allah SWT yang tidak
mempersoalkan hikmah dan rahsia di sebalik ibadat haji. Namun apakah hikmah
amalan tawaf, sai di antara Safa dan Marwah, wukuf di Padang Arafah, melontar
jamrah, bercukur, mengucup Hajarul Aswad dan lainnya?

Haji melambangkan sejarah yang tidak melupakan hubungan antara umat Nabi
Muhammad SAW dengan Nabi Ibrahim a.s. Pada setiap tahun, umat Nabi
Muhammad SAW akan melaksanakan amalan haji yang dilakukan sama seperti yang
dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Umat Nabi Muhammad SAW melakukan tawaf di
keliling bangunan yang dibina Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Mereka
menghidupkan syiar yang dahulunya dimulakan oleh Nabi Ibrahim a.s.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Haji melambangkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang tidak memandang
bangsa, bahasa, warna kulit, status dan kedudukan sosial. Kesatuan umat Islam
lahir daripada satu agama, akidah dan syariat.

10.3.2 Haji Bukti Amali kepada Beberapa Prinsip Islam


Haji adalah bukti amali kepada prinsip rabbani. Ritual yang luar daripada logik
akal membuktikan penerimaan menyeluruh mereka terhadap rububiyah,
uluhiyah dan hakimiyah dalam menjadikan mereka manusia rabbani.

Haji juga adalah bukti amali kepada prinsip persaudaraan Islam. Sewaktu
menunaikan haji, orang Islam merasakan secara amali mereka adalah saudara
sesama Muslim di seluruh dunia. Di negara sendiri, orang Islam hanya melihat
rumpun bangsanya sahaja, tetapi semasa menunaikan haji mereka dapat
mengenali saudara seIslam daripada pelbagai bangsa, ragam, budaya dan ciri
yang tersendiri. Hasilnya, mereka merasakan begitu dekat dengan saudara
seIslam, sekalipun mereka tidak memahami bahasa saudara Islam yang lain.

Selain itu, haji melaksanakan amali terhadap prinsip persamaan dalam darjat
manusia. Ibadat haji menghakis kasta manusia. Dalam Islam, Allah SWT tidak
membezakan darjat; yang berbeza hanyalah tingkat ketakwaan kepada-Nya.
Firman Allah SWT:

ُ ۡ َ َّ ْ ُ َ َ َ َ ٓ َ َ َ ٗ ُ ُ ۡ ُ ٰ َ ۡ َ َ َ ٰ َ ُ َ َ َ ّ ُ ٰ َ ۡ َ َ َّ ُ َّ َ ُّ َ ٰٓ َ
‫ارف ۚ ٓوا إِن أك َر َمك ۡم‬ ‫يأيها ٱلاس إِنا خلقنكم مِن ذك ٖر وأنث وجعلنكم شعوبا وقبائِل لِ ع‬
ٞ َ ٌ َ َ َّ َّ ۡ ُ ٰ َ ۡ َ َّ َ
١٣ ‫عِند ٱ ِ أتق ك ۚم إِن ٱ عل ِيم خبِي‬

Maksudnya:
„Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
takwanya antara kamu, (bukan yang lebih banyak keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya
(akan keadaan dan amalan kamu).‰
(Surah al-Hujurat, 49:13)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  199

10.3.3 Haji Madrasah Mengangkat Mukmin ke Darjat


yang Tinggi
Amalan haji mengajar orang Islam supaya memiliki kesungguhan, keazaman dan
kesabaran. Ibadat haji memerlukan persediaan mental, material dan fizikal.
Antara lain, seorang itu perlu meninggalkan kampung halaman dan menghadapi
pelbagai kesukaran di negara asing. Kesemua ini memerlukan individu Islam
memiliki keazaman, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, mereka
tidak akan mampu melakukan ibadat ini. Inilah pengajaran dan tarbiyah yang
umat Islam dapat peroleh daripada madrasah haji.

Mengerjakan ibadat haji mengajar umat Islam supaya sentiasa berada dalam
keadaan melakukan ibadat, kerana apabila memakai ihram dan berniat ihram
untuk melakukan haji, mereka akan terikat dengan pantang-larang syarak ketika
mengerjakan haji. Pantang-larang ini membuatkan mereka sentiasa berwaspada
dan sedar bahawa mereka sedang melaksanakan ibadat haji. Madrasah ini akan
mendidik umat Islam merasakan dirinya sentiasa berada dalam ibadat kepada
Allah SWT.

Amalan haji mengajar orang Islam bersikap lemah lembut, bertimbang rasa,
bertolak ansur, bersimpati dan suka membantu. Amalan haji dilakukan oleh
semua lapisan masyarakat – baik yang lemah ataupun jahil, penduduk desa
hingga ke bandar, bahkan rakyat negara maju, sedang membangun dan mundur
semuanya memiliki persamaan iaitu melaksanakan ibadat haji. Semua ini
mengajar mereka supaya bersikap lunak, menghormati dan menginsafi orang lain.

Di samping itu, amalan haji mengajar Islam mengawal emosi dan nafsu (mulut
dan kemaluan). Ini kerana amalan haji menuntut Islam mengawal apa yang
dipertuturkan, tidak mengeluarkan kata kesat dan kata yang boleh mengundang
pertengkaran. Haji juga melarang seseorang itu daripada melakukan
persetubuhan semasa ihram, termasuklah melakukan akad nikah.

Amalan haji juga mengajar seseorang itu mengalami dan menanggung kehidupan
serba sukar, kasar dan memeritkan. Ini kerana tabiat amalan haji itu sendiri sukar;
menghadapi bilangan manusia yang mencecah sejuta, permukaan bumi dan suhu
yang tidak selesa, malah mungkin panas melampau atau sejuk melampau, wuquf
di Arafah, bermalam di Muzdalifah, berpusu dan bersesak di Jamrah dan
penempatan di sekitarnya, tawaf dan sai. Semuanya mengajar orang Islam erti
kehidupan yang sukar. Kesukaran yang dialami semasa mengerjakan amalan haji
tidak dapat dialami dalam mana-mana ibadat. Ibadat haji sangat menguji
kesabaran seorang muslim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Akhir sekali, amalan haji mengajar orang Islam membelanjakan harta simpanan
tanpa mendapat pulangan zahir. Ini kerana, amalan haji memerlukan
perbelanjaan yang banyak, terutama bagi mereka yang berada di negara yang jauh
dari Mekah.

10.4 SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI


DAN UMRAH
Dalam subtopik ini, kita akan melihat apakah syarat wajib dalam mengerjakan haji
dan umrah (rujuk Jadual 10.1).

Jadual 10.1: Syarat Wajib Mengerjakan Haji dan Umrah

Syarat Wajib Huraian


Islam Orang kafir dan murtad tidak wajib mengerjakan haji dan umrah.
Baligh (cukup Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan haji, jika mereka mengerjakan
umur) haji hukumnya sah tetapi tidak menggugurkan haji wajibnya.
Berakal Orang gila tidak wajib mengerjakan haji; malah jika mereka
melaksanakan hajinya tidak sah. Rasulullah SAW bersabda:

‫ﱯ َﺣ ﱠﱴ ﻳَ ِﺸ ﱠ‬
‫ َو َﻋ ِﻦ اﺠﻤﻟﻨﻮن‬،‫ﺐ‬ ‫ َو َﻋ ِﻦ اﻟ ﱠ‬،‫ُرﻓِ َﻊ اﻟ َﻘﻠَ ُﻢ َﻋ ْﻦ ﺛَﻼَﺛٍَﺔ َﻋ ِﻦ اﻟﻨﱠﺎﺋِ ِﻢ َﺣ ﱠﱴ ﻳَ ْﺴﺘَـْﻴ ِﻘ َﻆ‬
‫ﺼِ ﱢ‬
.‫َﺣ ﱠﱴ ﻳَـ ْﻌ ِﻘ َﻞ‬
Maksudnya:
„Kalam diangkat daripada tiga golongan: Orang tidur sehingga ia
terjaga, kanak-kanak sehingga ia baligh dan orang gila sehingga ia
berakal.‰
Merdeka Hamba tidak wajib mengerjakan haji, tetapi sah hajinya dan mendapat
pahala jika dia melakukannya.
Istitaah Mampu mengerjakan haji dan umrah dari sudut tubuh badan,
(mampu) kewangan dan keamanan. Maksud mampu tubuh badan ialah sihat
tubuh badan dan tidak ada penyakit kronik yang menghalang kerja
haji. Mampu kewangan pula ialah mampu membelanjakan tambang
dan semua perbelanjaan bagi kerja haji hingga selesai dan pulang ke
tempat asal. Juga mempunyai belanja yang cukup untuk menyara
nafkah anak-anak di bawah tanggungannya. Keamanan maksudnya
aman dalam perjalanan pergi balik seperti tidak berlaku peperangan,
samun atau musuh atau penyakit wabak yang mengancam
keselamatan nyawa, diri dan harta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  201

Wanita Bagi wanita, hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya atau
ditemani perempuan yang thiqah (dipercayai). Rasulullah SAW bersabda:
suami atau

‫ﲔ إِﱠﻻ َﻣ َﻌ َﻬﺎ َزْو ُﺟ َﻬﺎ أ َْو ذُو َْﳏَﺮٍم‬


ِ ْ ‫ﻻَ ﺗُﺴﺎﻓِ ِﺮ اﳌﺮأَةُ ﻳَـﻮَﻣ‬
mahramnya
ْ َْ َ
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:
„Seseorang wanita tidak musafir sejauh dua hari kecuali bersama
suami atau mahramnya.‰

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Bilakah ibadat haji disyariatkan oleh Allah SWT?

2. Nyatakan dua hikmah di sebalik amalan haji dan berikan satu contoh
bagi keduanya.

AKTIVITI 10.2
1. Khadijah sebatang kara di dunia, ingin ke Mekah untuk
menunaikan umrah. Apakah pandangan mazhab Syafii, Maliki
dan Hanafi berhubung kes Khadijah?

2. Huraikan istilah „mampu dan berkuasa‰ yang merupakan syarat


wajib haji.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

10.5 MIQAT HAJI DAN UMRAH


Miqat bererti ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Miqat
terbahagi kepada dua seperti yang ditunjukkan pada Rajah 10.3.

Rajah 10.3: Dua jenis miqat bagi haji dan umrah

10.5.1 Miqat Zamani Ibadat Haji dan Umrah


Miqat zamani bagi ibadat haji bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar hari ke-10
Zulhijah (rujuk Rajah 10.4). Inilah tiga bulan yang dipanggil bulan haji. Ihram haji
tidak sah jika dilakukan di luar masa tersebut. Sekiranya dilakukan juga, ihram
tersebut menjadi ihram umrah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  203

Rajah 10.4: Miqat zamani

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Allah SWT berfirman:

ْ ُ َ ۡ َ َ َ ّ َۡ َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ ۡ َّ َ َ َ َ َ ٞ ٰ َ ُ ۡ َّ ٞ ُ ۡ َ ُّ َ ۡ
‫ج َدال ِف ٱل ِجۗ وما تفعلوا‬ِ ‫و‬ ‫وق‬ ‫س‬ ‫ف‬ ‫و‬ ‫ث‬ ‫ف‬‫ر‬ ‫ف‬ ‫ج‬‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬‫ه‬ِ ‫ِي‬ ‫ف‬ ‫ض‬ ‫ت فمن فر‬ۚ ‫ٱلج أشهر معلوم‬
َ
َ ۡ ۡ ْ ُ ٰٓ َ ‫ى َوٱ َّت ُقون‬ ۡ َّ َّ َ ۡ َ َّ َ ْ ُ َّ َ َ ُ َّ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ ‫م ِۡن َخ‬
١٩٧ ‫ب‬ِ ٰ‫يأو ِل ٱللب‬ ِ ۖ ٰ ‫ي يعلمه ٱ ۗ وت َزودوا فإِن خي ٱلزادِ ٱلق َو‬ ٖ
Maksudnya:
„Masa untuk mengerjakan ibadat haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.
Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat
mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh
membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat
haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan
hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya
sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah);
dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat
memikir dan memahaminya).‰
(Surah al-Baqarah, 2:197)

Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang masa selain daripada masa seseorang
sedang berihram haji.

10.5.2 Miqat Makani bagi Haji dan Umrah


Miqat makani haji dan umrah bagi penduduk di luar Mekah ialah seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 10.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  205

Rajah 10.5: Peta kedudukan miqat makani

Jadual 10.2 menerangkan beberapa tempat di mana miqat makani bagi penduduk
di luar Mekah untuk berniat ihram haji atau umrah.

Jadual 10.2: Miqat Makani bagi Penduduk di Luar Mekah untuk Berniat Haji atau Umrah

Miqat Makani Huraian


Yalamlam Miqat bagi penduduk Yaman, India dan negara sebelah timur
termasuk Malaysia dan Indonesia yang datang menggunakan
kapal laut. Yalamlam ialah nama sebuah bukit di tepi Laut Merah
di dataran Semenanjung Tanah Arab dan jaraknya dengan Mekah
lebih kurang 89 kilometer.
Zulhulaifah Miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya, jaraknya dengan
(Bir Ali) Mekah lebih kurang 450 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer
dari Madinah.
AI-Juhfah Miqat bagi penduduk Syam, Mesir, Maghribi, Sepanyol dan
(berdekatan negeri dari arahnya, jaraknya dengan Mekah lebih kurang 187
Rabigh) kilometer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Qarnul Manazil Miqat bagi penduduk Kuwait, Najd dan bakal haji yang datang
menggunakan kapal terbang melalui ruang angkasanya. Jarak
jauhnya dengan Mekah lebih kurang 94 kilometer.
Zatu Irqin Miqat bagi penduduk Iraq, jaraknya dengan Mekah lebih kurang
94 kilometer.

Bagi penduduk Mekah, miqat makani haji mereka ialah di rumah mereka sendiri.

Adapun tempat berniat ihram umrah bagi penduduk Mekah dan juga bagi orang
yang berada di Mekah ialah di Tanah Halal yang lebih baik, iaitu:

(a) Ja'ranah lebih kurang 22 kilometer dari Masjid al-Haram;

(b) TanaÊim lebih kurang 5 kilometer dari Masjid al-Haram; dan

(c) Hudaibiyah (Syumaisi) lebih kurang 29 kilometer dari Masjid al-Haram.

Hadis berkaitan miqat makani ini adalah diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.:

،‫ﺖ ِﻷ َْﻫ ِﻞ اﳌ ِﺪﻳﻨَ ِﺔ َذا اﳊُﻠَْﻴـ َﻔ ِﺔ‬ َ ‫ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ َوﻗﱠ‬ َ ‫ﱠﱯ‬
‫ﱠ‬ ِ‫ »إِ ﱠن اﻟﻨ‬:‫ﺎس رﺿﻰ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻗَ َﺎل‬ ٍ ‫َﻋ ِﻦ اﺑْ ِﻦ َﻋﺒﱠ‬
َ
‫ َوﻟِ َﻤ ْﻦ أَﺗَﻰ َﻋﻠَْﻴ ِﻬ ﱠﻦ ِﻣ ْﻦ‬،‫ ُﻫ ﱠﻦ َﳍُ ﱠﻦ‬،‫ َوِﻷ َْﻫ ِﻞ اﻟﻴَ َﻤ ِﻦ ﻳَـﻠَ ْﻤﻠَ َﻢ‬،‫ َوِﻷ َْﻫ ِﻞ َْﳒ ٍﺪ ﻗَـ ْﺮ َن اﳌﻨَﺎ ِزِل‬،َ‫َوِﻷ َْﻫ ِﻞ اﻟ ﱠﺸﺄِْم اﳉُ ْﺤ َﻔﺔ‬
‫ﺚ أَﻧْ َﺸﺄَ َﺣ ﱠﱴ أ َْﻫ ُﻞ َﻣ ﱠﻜﺔَ ِﻣ ْﻦ َﻣ ﱠﻜ َﺔ‬ ‫ﻴ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﻦ‬ ِ
‫ﻤ‬ ‫ﻓ‬
َ ، ‫ﻚ‬ ِ‫ وﻣﻦ َﻛﺎ َن دَو َن َذﻟ‬،َ‫َﻏ ِﲑِﻫ ﱠﻦ ِﳑﱠﻦ أَراد اﳊ ﱠﺞ واﻟﻌﻤﺮة‬
ُ َْ ْ َ ُ ْ ََ َْ ُ َ َ َ َ ْ ْ
Maksudnya:
„Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW telah menetapkan
miqat bagi penduduk Madinah ialah di Zulhulaifah, bagi penduduk negeri Syam
ialah al-Juhfah, bagi penduduk Najd ialah di Qarnul Manazil, bagi penduduk
Yaman ialah Yalamlam. Miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri yang
disebutkan itu dan juga bagi orang yang datang melaluinya dari negara lain yang
hendak menunaikan haji dan umrah. Bagi mereka yang tinggal di tempat yang
kurang jarak jauhnya dari kawasan miqatnya yang ditentukan itu, maka miqat
mereka ialah di tempat mereka sendiri hinggakan penduduk Mekah miqat mereka
ialah di Mekah juga.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  207

Bakal haji Malaysia yang ingin menunaikan haji melalui jalan darat, laut dan udara
dari negara lain selain Malaysia mestilah melakukan niat ihram mengikut miqat
makani bagi penduduk negara terbabit. Contohnya, rakyat Malaysia yang
mengerjakan haji melalui negara Najd mestilah berniat ihram di Qarnul Manazil.
Sebelum berniat ihram, bakal haji disunatkan mandi sunat ihram, memakai
pakaian ihram dan solat sunat ihram. Apabila tiba di miqatnya, beliau terus
berniat ihram. Selepas itu, dia wajib memelihara pantang-larang ihram
sehinggalah selesai melakukan tahalul.

Bakal haji Malaysia yang membuat perjalanan terus ke Madinah terlebih dahulu
tidak berniat ihram di miqat mengikut negerinya tetapi hendaklah berniat ihram
di Zulhulaifah (Bir Ali) dan kawasan yang sama dengannya, iaitu miqat bagi
penduduk Madinah.

Bagi bakal haji yang menaiki kapal terbang dan terus ke Mekah, digalakkan mandi
sunat ihram, memakai pakaian ihram dan solat sunat ihram di mana-mana tempat
sebelum menaiki pesawat kemudian terus berniat ihram. Ini dilakukan untuk
mengelakkan daripada tertidur atau terlupa melakukan niat ihram apabila sampai
di miqat makani.

AKTIVITI 10.3
Bincangkan kedudukan miqat makani penduduk negara yang berikut
sekiranya mereka ingin berniat ihram melalui jalan darat, laut dan udara:
(a) Iraq;
(b) Jordan;
(c) Mesir;
(d) Maghribi; dan
(e) Libya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

10.6 RUKUN HAJI


Seseorang yang akan melakukan ibadat haji dikehendaki melakukan rukun haji
seperti yang disenaraikan dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Enam rukun haji

Rukun haji ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

10.6.1 Niat Ihram Haji


Niat ihram haji bermaksud niat masuk mengerjakan haji atau umrah atau
kedua-duanya sekali. Sebelum berniat ihram, jemaah haji perlulah berpakaian
ihram (rujuk Rajah 10.7).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  209

Rajah 10.7: Pakaian ihram semasa menunaikan haji

Sesiapa yang sudah berniat ihram demikian, maka dia dianggap sudah berihram
dan haramlah melakukan sesetengah perkara yang diharuskan sebelum ihram,
seperti memakai pakaian bersarung bagi lelaki, menutup muka dan dua tapak
tangan (pergelangan tangan) bagi perempuan, memakai bau-bauan, bersetubuh,
berburu binatang, menebang atau mencabut pokok di Tanah Haram dan lain-lain
perkara yang dilarang dalam ihram.

Niat ihram haji tertakluk kepada cara haji yang akan dikerjakan. Lafaz niat ibadat
haji adalah seperti yang berikut:

‫ﺖ ﺑِِﻪ‬
ُ ‫َﺣَﺮْﻣ‬
ْ ‫اﳊَ ﱠﺞ َوأ‬
ْ ‫ﺖ‬ُ ْ‫ﻧـَ َﻮﻳ‬

Maksudnya:
„Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah.‰

Cara Mengerjakan Haji


Para ulama sependapat terdapat tiga cara dalam mengerjakan haji (rujuk
Rajah 10.8).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Rajah 10.8: Tiga cara mengerjakan haji

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  211

10.6.2 Wuquf di Arafah


Mulai hari ke-8 Zulhijah, jutaan umat Islam akan bergerak keluar secara beramai-
ramai dari kota Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah sebagai persiapan
menghadapi hari paling penting dalam ibadat haji iaitu hari Wuquf (rujuk
Rajah 10.9).

Rajah 10.9: Umat Islam beramai-ramai menunaikan wuquf di Arafah

Wuquf ialah berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun, dari masa
gelincir matahari hari ke-9 Zulhijah hingga terbit fajar hari yang ke-10 Zulhijah.
Seelok-eloknya berada di sana sebahagian hari ke-9 dan sebahagian malam ke-10
Zulhijah.

Amalan Sunat Semasa Wuquf


Amalan sunat semasa wuquf itu banyak; antaranya suci daripada hadas dan
kekotoran, di samping memperbanyakkan membaca al-Quran, istighfar, talbiah
dan doa, kerana diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

ِ ‫ ﰒُﱠ ﻳـﺒ‬،‫ وإِﻧﱠﻪ ﻟَﻴ ْﺪﻧُﻮ‬،َ‫ ِﻣﻦ ﻳـﻮِم ﻋﺮﻓَﺔ‬،‫ﻣﺎ ِﻣﻦ ﻳـﻮٍم أَ ْﻛﺜـﺮ ِﻣﻦ أَ ْن ﻳـﻌﺘِﻖ اﷲ ﻓِ ِﻴﻪ ﻋﺒ ًﺪا ِﻣﻦ اﻟﻨﱠﺎ ِر‬
،َ‫ﺎﻫﻲ ِِ ِﻢ اﻟْ َﻤ َﻼﺋِ َﻜﺔ‬َُ َ ُ َ ََ ْ َ ْ َ َْ ُ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ
‫ َﻣﺎ أ ََر َاد َﻫ ُﺆَﻻ ِء؟‬:‫ﻮل‬
ُ ‫ﻓَـﻴَـ ُﻘ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Maksudnya:
„Tidak ada hari yang lebih ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya daripada api
neraka melainkan pada hari Arafah (hari wuquf) dan sesungguhnya Allah
menghampiri (hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka dalam kalangan para
malaikat serta berfirman ÂApa yang dikehendaki oleh mereka ini?ʉ

10.6.3 Tawaf Ifadah (Tawaf Rukun)


Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, bermula dari sudut
Hajarul Aswad dan berakhir di tempat yang sama dengan syaratnya (rujuk Rajah
10.10).

Rajah 10.10: Tawaf

Terdapat lima jenis tawaf seperti yang diterangkan dalam Jadual 10.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  213

Jadual 10.3: Huraian Lima Jenis Tawaf

Jenis Tawaf Huraian


Tawaf ifadah Tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun kepada
mereka yang mengerjakan haji dan dinamakan tawaf rukun umrah
bagi mereka yang mengerjakan umrah.
Tawaf qudum Tawaf „selamat datang ke Mekah‰ sempena mengunjungi
Baitullah. Bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran,
disunatkan bagi mereka untuk melakukan tawaf qudum.
Tawaf sunat Tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai.
Tawaf nazar Tawaf yang dinazarkan.
Tawaf wada' Tawaf selamat tinggal. Tawaf ini wajib dilakukan apabila seseorang
itu hendak meninggalkan Mekah kerana menghormati dan
memuliakan Baitullah.

Jenis tawaf ini sama juga dengan tawaf rukun (bagi syarat dan cara
mengerjakannya).

Antara syarat tawaf adalah seperti yang berikut:

(a) Suci daripada dua hadas (hadas besar dan kecil);

(b) Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf;

(c) Menutup aurat sebagaimana dalam solat;

(d) Hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad dan berniat tawaf jika
tawaf itu tawaf qudum, nazar, sunat atau wada' (tidak wajib berniat pada
tawaf haji atau umrah);

(e) Sewaktu melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah


kiri;

(f) Berjalan itu dengan bertujuan tawaf. Tidak sah tawaf sekiranya berjalan
dengan tujuan lain seperti hendak mencari kawan atau sebagainya;

(g) Cukup tujuh keliling dengan yakin; dan

(h) Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian
Kaabah seperti Hijr Ismail dan Shazarwan (tembok yang dijadikan bingkai
di kaki Baitullah, kerana termasuk di dalam bahagian Kaabah).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Antara amalan sunat semasa mengerjakan tawaf adalah seperti yang berikut:

(a) Keadaan tawaf itu berjalan kaki (kecuali bagi mereka yang uzur, bolehlah
diusung);

(b) Berittiba' (menjadikan tengah kain selendang di bawah ketiak kanan dan
kedua-dua hujungnya di atas bahu kiri dengan bahu kanan terbuka) bagi
lelaki yang mengerjakan tawaf haji atau umrah. Yang diikuti selepasnya
dengan sai (dan makruh ittiba' dalam solat);

(c) Melakukan ramal (berlari-lari anak dengan memendekkan langkah, tidak


melompat) bagi lelaki pada keliling yang pertama, kedua dan ketiga – iaitu
pada tawaf yang ada sai selepasnya;

(d) Melakukan istilam iaitu menyentuh Hajarul Aswad dengan tapak tangan
kemudian mengucupnya. Kalau tidak dapat, disunatkan isyarat dengan
tangan sahaja dari jauh, kemudian kucup tapak tangan. Begitu juga sunat
istilam Rukun Yamani tetapi tidak sunat mengucup dalam rukun tersebut.
Hanya sunat mengucup tapak tangannya sahaja. Bagi orang perempuan,
tidak sunat melakukan istilam kecuali ketika lapang, dan jika tidak,
memadai dengan isyarat sebagaimana disebut tadi;

(e) Membaca zikir dan doa yang warid;

(f) Berturut-turut tujuh pusingan tawaf itu;

(g) Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk; dan

(h) Solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula solat itu di
belakang makam Ibrahim.

10.6.4 Sai di antara Safa dan Marwah


Sai ialah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah (rujuk Rajah 10.11)
sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 158:

َّ ٓ َ َ َ ۡ َ َّ َّ
ِۖ ‫إِن ٱلصفا َوٱل َم ۡر َوة مِن شعائ ِ ِر ٱ‬

Maksudnya:
„Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian daripada syiar (lambang)
agama Allah.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  215

Rajah 10.11: Sai di antara Safa dan Marwah

Antara syarat sai pula adalah seperti yang berikut:

(a) Hendaklah dilakukan selepas tawaf rukun dan boleh juga selepas tawaf
qudum;

(b) Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah;

(c) Cukup tujuh kali dengan yakin iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan
dari Marwah ke Safa sekali;

(d) Hendaklah bersai sehingga sampai ke penghujung tempat memulakan sai di


Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, pada tempat yang dikehendaki
pada tiap-tiap kali. Orang yang bersai dengan diusung atau berkereta sorong
hendaklah memastikan bahawa usungan atau kereta sorong bermula dari
tempat permulaan dan kesudahannya pada tempat yang dikehendaki;

(e) Hendaklah sai di Batnul Wadi (tempat yang termaklum); dan

(f) Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Antara perkara yang sunat dilakukan semasa mengerjakan sai ialah:

(a) Keluar ke tempat sai melalui pintu Safa;

(b) Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit;

(c) Mengadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan serta
bertakbir ‫اﳊَ ْﻤ ُﺪ‬
ْ ‫ اﷲُ أَ ْﻛﺒَـ ُﺮ اَﷲُ أَ ْﻛﺒَـ ُﺮ اﷲُ أَ ْﻛﺒَـ ُﺮ َوﻟِﻠّ ِﻪ‬setiap kali berada di Bukit Safa dan
Marwah;

(d) Berlari-lari anak bagi lelaki, tidak bagi wanita apabila sampai di suatu
tempat yang bertanda lampu hijau atau tiang hijau dan membaca doanya;

(e) Muwalat (berturut-turut);

(f) Berwuduk;

(g) Berjalan kecuali jika uzur bolehlah menggunakan kenderaan; dan

(h) Berdoa.

10.6.5 Bercukur atau Bergunting


Bercukur atau bergunting rambut ialah menggugurkan rambut kepala sekurang-
kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi
wanita hanya bergunting sahaja. Mereka yang tiada mempunyai rambut, sunat
baginya melalukan mata pisau di kepalanya (rujuk Rajah 10.12).

Rajah 10.12: Bercukur

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  217

Waktu bercukur atau bergunting dilakukan selepas separuh malam, malam ke-10
Zulhijah bagi orang yang mengerjakan haji. Bagi orang yang mengerjakan umrah
ialah selepas sai.

Tahalul
Tahalul bermaksud melepaskan diri daripada pantang-larang dalam masa ihram.
Jadual 10.4 menghuraikan dua jenis tahalul.

Jadual 10.4: Huraian Dua Jenis Tahalul

Jenis Huraian
Tahalul awal Berlaku apabila seseorang selesai mengerjakan dua daripada tiga
perkara:
 Melontar Jamrah al-Aqabah;
 Tawaf rukun dan sai jika sai belum dibuat; atau
 Bercukur atau bergunting.

Apabila selesai melakukan tahalul awal, jemaah haji sudah dikira


bebas daripada pantang-larang dalam masa ihram melainkan
dalam tiga perkara:
 Berkahwin atau mengahwinkan (menjadi wali atau wakil wali)
atau menerima wakil kahwin;
 Melakukan perkara permulaan persetubuhan seperti bercium,
bercumbu-cumbuan dan sebagainya; dan
 Bersetubuh.
Tahalul thani Berlaku apabila seseorang selesai mengerjakan ketiga-tiga perkara:
 Melontar Jamrah Al-Aqabah;
 Tawaf rukun dan sai jika sai belum dibuat; dan
 Bercukur atau bergunting.

Maka jemaah haji itu sudah dikira bebas daripada semua pantang-
larang semasa berihram. Namun, mengerat, memotong, menebang,
mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram serta
memburu binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram
masih haram sekalipun jemaah haji itu telah bertahalul kerana
kehormatan Tanah Haram.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

10.6.6 Tertib pada Kebanyakan Rukun


Rukun haji itu hendaklah dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun iaitu
didahulukan niat ihram daripada rukun yang lain, didahulukan wuquf dari
tawaf ifadah dan didahulukan tawaf dari sai, tetapi sai haji boleh dikerjakan
sebelum wuquf dan tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan
qiran iaitu selepas tawaf qudum. Begitu juga bercukur atau bergunting. Ia boleh
dilakukan selepas wuquf dan sebelum tawaf rukun. Adapun rukun umrah, wajib
dikerjakan satu demi satu mengikut tertibnya.

SEMAK KENDIRI 10.2


1. Berikan takrif haji ifrad, haji qiran dan haji tamatuk. Nyatakan
perbezaan antara ketiga-tiga jenis haji ini.

2. Bilakan seseorang itu dianggap telah melakukan tahalul awal dan


tahalul thani?

AKTIVITI 10.4
Salimah datang haid sebelum melakukan tawaf rukun (ifadah) dan
tidak dapat menangguhkan tarikh kepulangannya sehingga suci kerana
syarikat penerbangannya tidak dapat menukarkan jadual
penerbangannya. Apakah penyelesaian bagi kes Salimah? Bincangkan
dan nyatakan pandangan anda pada forum dalam talian myINSPIRE.

10.7 WAJIB HAJI


Subtopik ini membincangkan perkara yang wajib bagi jemaah haji
melaksanakannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  219

10.7.1 Niat Ihram di Miqat


Bakal-bakal haji yang menuju ke Tanah Suci kerana menunaikan ibadat haji
apabila sampai di miqatnya iaitu tempat yang ditentukan untuk berniat ihram
atau had sempadan yang menyamainya, maka wajiblah jemaah tersebut berniat
ihram. Jika mereka masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat ihram di miqatnya,
wajiblah kembali semula ke tempat miqatnya untuk berniat ihram. Sekiranya
tidak berbuat demikian, boleh juga mereka berniat ihram di situ tetapi mereka
berdosa dan dikenakan dam.

10.7.2 Bermalam (Mabit) di Muzdalifah


Muzdalifah ialah nama satu tempat yang terletak lebih kurang enam kilometer
dari Arafah menuju ke Mina. Maksud bermalam (mabit) di Muzdalifah ialah
berada di Muzdalifah pada waktu malam. Masanya, bermula dari selepas separuh
malam ke-10 Zulhijah hingga terbit fajar (masuk waktu Subuh) (rujuk
Rajah 10.13).

Rajah 10.13: Bermalam (mabit) di Muzdalifah

Bermalam di Muzdalifah boleh dilakukan sepanjang masa tersebut atau memadai


berada di situ sekejap sahaja dalam masa itu. Meninggalkan mabit di Muzdalifah
tanpa uzur syarii adalah berdosa dan wajib membayar dam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

10.7.3 Melontar Jamrah al-`Aqabah


Sesudah bermalam di Muzdalifah, hendaklah menuju pula ke Mina, lebih kurang
tujuh kilometer dari Muzdalifah dan tujuh kilometer dari Masjidilharam, Mekah
kerana melontar di Jamrah al-'Aqabah.

Masa melontar Jamrah al-`Aqabah bermula selepas separuh malam Hari Raya
Aidiladha (malam 10 Zulhijah) dan berlanjutan masanya hingga jatuh matahari
pada akhir Hari Tasyriq (13 Zulhijah).

Disunatkan melontar di Jamrah al-`Aqabah pada Hari Nahar (10 Zulhijah) ialah
pada waktu duha (lihat Rajah 10.14). Adalah lebih baik didahulukan orang yang
daif (orang tua, perempuan atau kanak-kanak) berangkat ke Mina sesudah
setengah malam. Mereka yang sihat dan kuat pula mereka berangkat dari
Muzdalifah setelah solat Subuh.

Rajah 10.14: Jemaah haji melontar di Jamrah al-Aqabah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  221

10.7.4 Bermalam di Mina


Tiap-tiap bakal haji wajib bermabit (bermalam) di Mina pada malam Tasyriq iaitu
malam ke-11, 12 dan 13 Zulhijah (rujuk Rajah 10.15). Mabit di Mina disyaratkan
bermalam sepenuhnya atau berada lebih daripada separuh malam pada malam
tersebut. Namun, boleh juga keluar meninggalkan Mina dan menuju ke Mekah
pada hari 12 Zulhijah. Cara sedemikian dinamakan nafar awal.

Rajah 10.15: Jemaah haji bermalam di Mina

10.7.5 Melontar di Tiga Jamrah


Diwajibkan melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyriq iaitu Jamrah Ula,
Jamrah Wusta dan Jamrah al-`Aqabah (lihat Rajah 10.16).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Rajah 10.16: Jemaah haji melontar di ketiga-tiga jamrah

Waktu melontar pada hari ke-11 dan 12 Zulhijah ialah setelah gelincir matahari
hingga terbit fajar pada hari berikutnya. Melontar pada hari ke-13 bermula dari
tergelincir matahari hingga matahari terbenam.

Mengikut pendapat Imam al-Rafi`ie dan al-Asnawi, melontar pada ketiga-tiga hari
tersebut boleh bermula selepas fajar pada hari tersebut.

10.7.6 Tidak Melakukan Perkara Dilarang Semasa


Ihram
Perkara yang dilarang semasa ihram adalah seperti yang berikut:
(a) Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya seperti
seluar, baju kemeja, sarung kaki (bagi lelaki);
(b) Menutup muka (bagi wanita);
(c) Memakai sarung tangan (bagi lelaki dan wanita);
(d) Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan,
minuman atau menyedutnya ke dalam hidung (bagi lelaki dan wanita);
(e) Memakai minyak pada kepala atau janggut (bagi lelaki dan wanita);
(f) Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota
badan (bagi lelaki dan wanita);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  223

(g) Mengerat atau memotong kuku (bagi lelaki dan wanita);


(h) Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah
Haram (bagi lelaki dan wanita);
(i) Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya
sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal (bagi lelaki dan wanita);
(j) Bersetubuh;
(k) Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium,
berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat; dan
(l) Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang
lain.

10.7.7 Tawaf Wada'


Tawaf wada' ialah tawaf selamat tinggal untuk memuliakan dan menghormati
Baitullah di Mekah. Sesiapa yang hendak meninggalkan Makkatul Mukarramah
dalam jarak dua marhalah (91 kilometer) atau lebih walaupun buat sementara
waktu, wajib melakukan tawaf wada'.

(a) Hukum Mengerjakan Tawaf Wada'


Hukum mengerjakan tawaf wada' adalah wajib. Oleh sebab itu, sesiapa juga
yang hendak meninggalkan Mekah dan bermusafir dalam jarak jauh yang
diharuskan qasar sembahyang iaitu dua marhalah ke atas atau pulang ke
tempat kediamannya atau ke suatu tempat yang akan bermukim, sekalipun
dalam tempoh empat hari yang sempurna dan jarak jauhnya dari Mekah
tidak sampai dua marhalah, maka wajib ke atasnya melakukan tawaf wada'
pada ketika hendak meninggalkan Mekah. Tawaf wadaÊ wajib kepada
semua orang, sama ada penduduk Mekah atau bukan penduduk Mekah,
sama ada seorang yang tidak berihram atau seorang yang berihram yang
telah selesai menyempurnakan ibadat haji atau umrahnya. Sabda Rasulullah
SAW:

ِ ‫آﺧﺮ ﻋﻬ ِﺪ ِﻩ ﺑِﺎﻟْﺒـﻴ‬
ِ ِ
‫ﺖ‬ َْ َ ‫َﻻ ﻳَـْﻨﻔَﺮ ﱠن أ‬
ْ َ ُ ‫َﺣ ٌﺪ َﺣ ﱠﱴ ﻳَ ُﻜﻮ َن‬
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
„Tidak meninggalkan oleh seseorang akan Baitullahil Haram melainkan
setelah tawaf wada'.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

(b) Hukum Meninggalkan Tawaf Wada'


Sesiapa yang wajib melakukan tawaf wada' tetapi telah keluar tanpa wada',
dia telah melakukan dosa dan wajib baginya kembali untuk bertawaf, selagi
belum sampai ke jarak jauh yang membolehkan qasar solat iaitu dua
marhalah dari Mekah atau belum sampai ke rumahnya atau tempat dia
bermukim.

Apabila dia telah sampai kepada dua marhalah dalam perjalanannya atau
sampai ke rumahnya atau sampai ke tempat yang bermukim, sekalipun
rumahnya dan tempat yang bermukim itu tiada sampai dua marhalah dari
Mekah, tidak wajib dia kembali ke Mekah untuk bertawaf dan wajib di
atasnya membayar dam. Jika perjalanannya belum sampai dua marhalah
atau belum sampai ke rumahnya atau ke tempat dia bermukim dan dia
kembali mengerjakan tawaf, maka gugurlah ke atasnya dam.

Orang yang dikecualikan tawaf wada' tidak berdosa dan tidak dikenakan dam
adalah seperti yang berikut:
(a) Perempuan yang haid atau nifas atau yang istihadah dalam tempoh haid;
(b) Orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau
seumpamanya;
(c) Orang yang luka dan darahnya mengalir, tidak dapat ditahan serta boleh
menajiskan masjid;
(d) Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf;
(e) Orang yang takut kepada orang zalim yang akan melakukan kezaliman ke
atasnya;
(f) Orang yang takut ditinggalkan oleh teman seperjalanan;
(g) Orang yang takut dengan peminta hutang, sedangkan dia tiada berupaya
menjelaskan hutangnya;
(h) Orang yang takut kepada sesuatu yang akan membahayakan dirinya atau
kehormatan dirinya atau hartanya; dan
(i) Orang yang tiada mempunyai air dan tanah untuk bertaharah.

Mereka ini adalah orang-orang yang mempunyai sebab atau keuzuran


menggugurkan dosa dan dam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  225

AKTIVITI 10.5
1. Sila buat carian dalam kitab fiqh atau Internet untuk mengumpul
pendapat dan hujah fuqaha mengenai jamak solat Asar dan Zuhur
semasa wuquf di Arafah.

2. Sila buat rumusan mengenai khilaf fuqaha berkaitan masa melontar


jamrah pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijah. Kongsikan rumusan
anda dengan rakan sekelas dalam forum atas talian myINSPIRE.

10.8 RUKUN UMRAH


Seperti melaksanakan ibadat haji, melakukan ibadat umrah juga mempunyai
rukunnya yang tertentu. Rukun ini hampir sama dengan rukun haji, bezanya
hanyalah bentuk niat dan sesetengah rukun haji tidak menjadi rukun umrah.
Rukun-rukun umrah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.17.

Rajah 10.17: Lima rukun umrah

Lima rukun ini diterangkan dengna lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.

10.8.1 Niat Ihram Umrah


Jemaah yang ingin melakukan umrah perlulah niat masuk mengerjakan umrah.
Sesiapa yang berbuat demikian bermakna dia telah dianggap berihram dan
diharamkan melakukan sesetengah perkara yang sebelum melakukan ihram
diharuskan melakukannya, seperti memakai pakaian bersarung bagi lelaki,
menutup muka dan dua tapak tangan (pergelangan tangan) bagi perempuan,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

memakai bau-bauan, bersetubuh, berburu binatang, menebang atau mencabut


pokok di Tanah Haram dan lain-lain pantang-larang dalam ihram. Cara
berpakaian juga sama seperti ihram haji.

Lafaz niat umrah adalah seperti yang berikut:

‫ﺖ ِ َﺎ ﻟِﻠﱠﻪ ﺗَـ َﻌ َﺎﱃ‬


ُ ‫َﺣَﺮْﻣ‬
ْ ‫ﺖ اﻟْﻌُ ْﻤَﺮةَ َوأ‬
ُ ْ‫ﻧـَ َﻮﻳ‬
Maksudnya:
„Sahaja aku melakukan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah.‰

10.8.2 Tawaf Mengelilingi Baitullah (Kaabah)


Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, bermula dari sudut
Hajarul Aswad dan berakhir di tempat yang sama dan terikat dengan syaratnya.
Syarat tawaf umrah ialah:
(a) Menutup aurat;
(b) Suci daripada hadas besar dan kecil;
(c) Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis;
(d) Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad;
(e) Menjadikan Kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan;
(f) Dilakukan di dalam Masjidilharam dan di luar binaan Kaabah, Hijir Ismail
dan Syazarwan;
(g) Mengekalkan niat tawaf; dan
(h) Cukup bilangan tujuh pusingan dengan yakin.

10.8.3 Sai di antara Safa dan Marwah


Sai ialah berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah serta terikat dengan
syaratnya. Syarat sai umrah adalah seperti yang berikut:
(a) Dilakukan setelah sempurna tawaf;
(b) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah;
(c) Cukup tujuh kali ulang-alik dengan yakin, dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
dikira sekali dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira sekali;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  227

(d) Mestilah sampai di penghujung tempat sai di kaki Bukit Marwah dan kaki
Bukit Safa pada setiap pusingan sai;
(e) Mestilah melakukan sai di tempat yang ditetapkan; dan
(f) Mengekalkan niat sai.

10.8.4 Bercukur atau Bergunting


Maksud bercukur atau bergunting rambut ialah menggugurkan rambut kepala
sekurang-kurangnya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki
dan bagi wanita hanya bergunting sahaja. Mereka yang tiada mempunyai rambut
disunatkan melalukan mata pisau di atas kulit kepalanya.

10.8.5 Tertib pada Kebanyakan Rukun


Maksud tertib ialah rukun umrah mestilah dikerjakan mengikut turutannya;
bermula dengan niat ihram di miqat kemudian tawaf, kemudian sai dan akhir
sekali bercukur atau bergunting.

Apabila semua rukun ini sempurna dikerjakan dengan tertib, maka sempurnalah
amalan umrah seseorang itu. Dia kembali kepada keadaan biasa dan bebas
daripada larangan semasa ihram umrah.

10.9 WAJIB UMRAH


Wajib umrah ialah perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan umrah.
Sekiranya salah satu daripada wajib umrah tidak dikerjakan, umrah tersebut tetap
sah, tetapi dikenakan dam mengikut syaratnya. Adalah berdosa sekiranya wajib
umrah ditinggalkan dengan sengaja. Wajib umrah ialah berniat ihram di miqat
dan meninggalkan perkara yang dilarang semasa ihram.

10.9.1 Niat Ihram di Miqat


Maksudnya berniat untuk melakukan ibadat umrah. Niat tersebut mestilah
dilakukan di miqat. Seperti yang dijelaskan dalam wajib haji, miqat ialah
ketentuan masa atau tempat untuk berniat ihram umrah. Miqat umrah juga
terbahagi kepada dua: miqat zamani dan miqat makani (rujuk Rajah 10.18).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

Rajah 10.18: Miqat umrah

10.9.2 Meninggalkan Larangan dalam Ihram


Seperti larangan semasa mengerjakan haji, seseorang yang melakukan umrah juga
dilarang melakukan beberapa perkara. Kesemua larangan ini dapat dikategorikan
kepada lima komponen (rujuk Rajah 10.19).

Rajah 10.19: Larangan dalam ihram umrah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  229

Semua larangan ini sama sahaja dengan larangan semasa ihram haji. Sila rujuk
kembali Subtopik 10.7.6.

SEMAK KENDIRI 10.3


Apakah hukum jemaah yang mengerjakan tawaf wadaÊ dan apakah yang
mesti dilakukan oleh jemaah sekiranya dia telah meninggalkannya?

AKTIVITI 10.6
Ahmad mengerjakan haji tamatuk. Pada satu hari, dia dan
rombongannya ingin melawat Jeddah hingga ke Masjid Terapung
yang jaraknya melebihi dua marhalah dari Mekah. Apakah yang perlu
dilakukan Ahmad dan rombongannya? Perihalkan kes ini berhubung
hukum dan rukun haji.

• Dari sudut penggunaan bahasa Arab, haji bermaksud pemergian ke satu


tempat yang diagungkan. Dari sudut penggunaan istilah dalam pengajian fiqh
pula, haji bermaksud pergi ke Baitullah untuk menunaikan ibadat tertentu
dengan syarat tertentu.

• Umrah pula menurut sudut penggunaan bahasa Arab bermaksud ziarah. Dari
sudut penggunaan istilah fiqh, umrah bermaksud pergi ke Baitullah bukan
pada musim haji untuk melakukan ibadat khusus dengan syarat khusus.

• Beberapa hikmah ibadat haji ialah melambangkan pelbagai perkara, bukti


amali kepada prinsip Islam dan mengangkat mukmin ke darjat yang tinggi.

• Terdapat enam syarat wajib bagi haji dan umrah iaitu Islam, baligh, berakal,
merdeka, mampu dan bagi wanita, dia ditemani oleh suami atau mahramnya.

• Miqat bererti ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau
umrah. Ia terbahagi kepada dua iaitu miqat zamani (ketentuan masa) dan
miqat makani (ketentuan tempat).

• Miqat zamani bagi ibadat haji bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar hari 10
Zulhijah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH

• Miqat makani haji dan umrah pula ditentukan mengikut lokasi dari mana
datangnya jemaah (dari luar atau di dalam Mekah).

• Ada enam rukun haji iaitu niat ihram haji, wuquf di Arafah, tawaf ifadah, sai
di antara Safa dan Marwah, bercukur atau bergunting dan tertib pada
kebanyakan rukun.

• Wajib haji pula terdiri daripada niat ihram di miqat, bermalam (mabit) di
Muzdalifah, melontar Jamrah al-'Aqabah, bermalam di Mina, melontar tiga
jamrah, tidak melakukan perkara dilarang semasa ihram dan tawaf wada'.

• Rukun umrah pula ada lima iaitu niat ihram umrah, tawaf mengelilingi
Baitullah, sai di antara Safa dan Marwah, bercukur atau bergunting dan tertib
pada kebanyakan rukun.

• Wajib umrah pula ada dua iaitu niat ihram di miqat dan meninggalkan
larangan dalam ihram.

Haji ifrad Nafar awal


Haji qiran Sai
Haji tamatuk Tahalul
Ihram Tawaf ifadah
Mabit Tawaf qudum
Melontar jamrah Tawaf wada`
Miqat makani Wuquf
Miqat zamani

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 HAJI DAN UMRAH  231

Al-Nawawi. (2003). Kitab al-idah idah fi manasik al-haj haj wa al-umrah. Makkah
al-Mukarramah: Maktabah al-Imdadiyyah.

Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-taÊlibin taÊlibin (Jld. 1). Beirut,Lebanon: Dar al-Kutub
al-Ilmiyah.

Al-Zuhaili. (1985). Al-fiqh fiqh al-Islami wa adillatuhu (Jld. 3). Damsyik, Syria: Dar
al-Fikri.

Lembaga Tabung Haji. (2007). Panduan ibadat haji umrah dan ziarah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Cetakan Lembaga Haji.

Mustafa, al-Khin. (1987). Al-fiqh fiqh al-Manhaj manhaj ala mazhab al-Imam
al-SyafiÊi. Damsyik, Syria: Dar al-Qalam .

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like