You are on page 1of 205

ABSBQ2103

Ulum Al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ABSQ2103
ULUM AL-QURAN
Dr Mustaffa Abdullah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dr Widad Othman
Dr Aliza Ali
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Mustaffa Abdullah

Penyederhana: Dr Abd Rashid Ahmad

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2008


Edisi Kedua, Ogos 2014 (rs)
Edisi Ketiga, April 2018 (rs)
Edisi Keempat, Ogos 2019 (MREP)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2019, ABSQ2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ixăxvi

Topik 1 Al-Quran dan Ulum al-Quran 1


1.1 Definisi al-Quran, Nama dan Sifat-sifat al-Quran 2
1.2 Kelebihan al-Quran dan Hubungannya dengan 10
Kitab Samawi yang Lain
1.2.1 Kelebihan al-Quran 10
1.2.2 Adab Berinteraksi dengan al-Quran 12
1.2.3 Hubungan al-Quran dengan Kitab Samawi 14
yang Lain
1.3 Pengertian Ulum al-Quran 18
1.3.1 Sejarah Penulisan Ulum al-Quran 18
Rumusan 23
Kata Kunci 24
Rujukan 24

Topik 2 Mengetahui Ayat Pertama dan Terakhir yang Diturunkan 25


2.1 Ayat yang Pertama Diturunkan 26
2.1.1 Pendapat yang Masyhur tentang Ayat 28
yang Pertama Diturunkan
2.2 Ayat yang Terakhir Diturunkan 30
2.2.1 Pendapat yang Masyhur tentang Ayat 35
yang Terakhir Diturunkan
2.3 Faedah daripada Mengetahui Ayat yang Pertama 36
dan Terakhir Diturunkan
Rumusan 37
Kata Kunci 37
Rujukan 38

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah 39


3.1 Definisi Makkiyyah dan Madaniyyah 40
3.2 Ciri-ciri Ayat Makkiyyah dan Madaniyyah 42
3.2.1 Ciri-ciri bagi Ayat-ayat Makkiyyah 42
3.2.2 Ciri-ciri bagi Ayat-ayat Madaniyyah 44
3.3 Faedah Mengetahui Ayat Makkiyyah dan Madaniyyah 45
Rumusan 47
Kata Kunci 47
Rujukan 47

Topik 4 Sebab-sebab Penurunan Ayat 48


4.1 Pengertian, Rupa Bentuk dan Kepentingan Mengetahui 49
Sebab Penurunan Ayat
4.1.1 Definisi Sebab Nuzul 49
4.1.2 Rupa Bentuk Sebab Nuzul (Penurunan Ayat) 50
4.1.3 Kepentingan Mengetahui Sebab Nuzul 52
4.2 Pembahagian al-Quran dan Sumber-sumber bagi 54
Mengetahui Sebab-sebab Penurunan Ayat
4.2.1 Pembahagian al-Quran Berdasarkan Sebab 54
Penurunan Ayat
4.2.2 Sumber-sumber bagi Mengetahui Sebab-sebab 57
Penurunan Ayat
4.3 Pengajaran daripada Ayat Berdasarkan Lafaznya yang 59
Umum, Bukan Sebabnya yang Khusus
4.3.1 Adakah Pengajaran daripada Ayat Berdasarkan 59
Lafaznya yang Umum atau Sebabnya yang Khusus?
Rumusan 63
Kata Kunci 64
Rujukan 64

Topik 5 Penurunan al-Quran 65


5.1 Secara Serentak 66
5.2 Secara Beransur-ansur 69
5.2.1 Hikmat Nuzul al-Quran Secara Beransur-ansur 69
5.3 Pengajaran daripada Penurunan al-Quran Secara 73
Beransur-ansur
Rumusan 78
Kata Kunci 78
Rujukan 79

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 6 Kemukjizatan al-Quran 80


6.1 Definisi dan Kewujudannya 81
6.1.1 Definisi Mukjizat 81
6.1.2 Bukti Kewujudan Mukjizat 81
6.2 Aspek Kemukjizatan 82
6.2.1 Kemukjizatan dari Segi Bahasa 82
6.2.2 Kemukjizatan dari Sudut Sains 86
6.2.3 Kemukjizatan dari Segi Syariat/Hukum 89
6.2.4 Kemukjizatan dari Segi Berita Ghaib 93
Rumusan 97
Kata Kunci 98
Rujukan 98

Topik 7 Perumpamaan al-Quran 99


7.1 Definisi dan Jenisnya 100
7.1.1 Definisi Perumpamaan 100
7.1.2 Jenis-jenis Perumpamaan 101
7.1.3 Bahagian-bahagian Perumpamaan 107
7.2 Faedah dari Perumpamaan 109
7.2.1 Faedah-faedah Perumpamaan 109
Rumusan 113
Kata Kunci 114
Rujukan 114

Topik 8 Kisah-kisah al-Quran 115


8.1 Definisi dan Jenisnya 116
8.1.1 Definisi 116
8.1.2 Pembahagian Kisah-kisah al-Quran 117
8.2 Faedah dan Berulang 118
8.2.1 Faedah-faedah dari Kisah al-Quran 118
8.2.2 Hikmah Berulang-ulang Kisah al-Quran 126
8.3 Kesan daripada Kisah al-Quran 129
8.3.1 Kisah al-Quran adalah Benar 129
8.3.2 Kesan Pendidikan daripada Kisah al-Quran 131
Rumusan 132
Kata Kunci 133
Rujukan 133

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Topik 9 Tafsir dan Perkembangannya 135


9.1 Definisi Tafsir dan Perkembangannya 136
9.1.1 Definisi Tafsir 136
9.1.2 Tafsir pada Zaman Nabi 137
9.1.3 Tafsir pada Zaman Sahabat 142
9.1.4 Tafsir pada Zaman TabiÊin 146
9.1.5 Tafsir di Zaman Pembukuan 152
9.2 Metode-metode Tafsir 154
9.2.1 Tafsir bi al-MaÊthur 154
9.2.2 Tafsir bi al-RaÊy 158
9.2.3 Tokoh-tokoh Tafsir 165
Rumusan 166
Kata Kunci 167
Rujukan 167

Topik 10 Sejarah al-Quran 168


10.1 Pengumpulan al-Quran 169
10.1.1 Pengumpulan al-Quran pada Zaman 170
Rasulullah SAW
10.1.2 Pengumpulan al-Quran pada Zaman 174
Abu Bakar Al-Siddiq
10.1.3 Pengumpulan al-Quran pada Zaman 176
Saidina Uthman r.a.
10.2 Ayat, Surah dan Susunan al-Quran 179
10.2.1 Definisi Ayat 179
10.2.2 Definisi Surah 180
10.2.3 Nama-nama Surah 180
10.2.4 Susunan Ayat dan Surah 182
10.2.5 Penyusunan Surah Secara Tauqifi 184
Rumusan 185
Kata Kunci 186
Rujukan 186

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia
menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk
anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah
rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan
kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen pembelajaran
penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
ABSQ2103 Ulum al-Quran adalah salah satu kursus yang ditawarkan di Open
University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan tiga jam kredit dan harus
dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Modul ini bertujuan
untuk memaklumkan hal-hal yang berkaitan dengan ilmu al-Quran.
Perbincangannya memfokuskan kepada beberapa topik utama dalam pengajian
ilmu al-Quran iaitu definisi umum al-Quran dan Ulum al-Quran, ayat terawal dan
terakhir diturunkan, ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah, sebab-sebab
penurunan ayat, penurunan al-Quran, kemukjizatan al-Quran, perumpamaan
al-Quran, kisah-kisah al-Quran, tafsir dan perkembangannya dan sejarah
al-Quran. Topik-topik yang dipilih ini adalah asas untuk memahami isi
kandungan al-Quran.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3


perbincangan awal

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan dan peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS


Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan tentang definisi al-Quran dan ilmu-ilmu al-Quran secara


sistematik;

2. Menghuraikan tajuk-tajuk yang terkandung dalam mata pelajaran ilmu-ilmu


al-Quran;

3. Membincangkan sejarah pengumpulan al-Quran dan perkembangannya;


dan

4. Menerangkan tentang tafsir al-Quran dan metodnya dari masa ke semasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Modul ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan ilmu al-Quran.


Perbincangannya memfokuskan kepada beberapa topik utama dalam pengajian
ilmu al-Quran iaitu definisi umum al-Quran dan Ulum al-Quran, ayat terawal dan
terakhir diturunkan, ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah, sebab-sebab
penurunan ayat, penurunan al-Quran, kemukjizatan al-Quran, perumpamaan
al-Quran, kisah-kisah al-Quran, tafsir dan perkembangannya dan sejarah
al-Quran. Topik-topik yang dipilih ini adalah asas untuk memahami isi
kandungan al-Quran.

Topik 1 membincangkan definisi al-Quran yang diberikan oleh para ulama, nama-
nama dan sifat al-Quran. Ini diikuti dengan huraian tentang kelebihan al-Quran
dan hubung kaitnya dengan kitab-kitab Samawi yang lain. Akhir sekali, anda
diperkenalkan ilmu Ulum al-Quran dan diperincikannya dengan memaparkan
sejarah penulisan dan karya-karya berkaitan yang dihasilkan oleh para ulama.

Topik 2 menjelaskan tentang ayat terawal dan terakhir diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW dan perbahasannya adalah berdasarkan pandangan para
ulama. Selain itu anda akan didedahkan dengan sorotan kepentingan dan faedah
mengetahui ayat terawal dan terakhir diturunkan yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW.

Topik 3 membincangkan tiga perkara yang utama iaitu definisi Makkiyyah dan
Madaniyyah, ciri-ciri ayat Makkiyyah dan Madaniyyah serta faedah mengetahui
ayat Makkiyyah dan Madaniyyah. Perbincangannya dimulakan dengan
pendedahan tentang beberapa definisi dari segi literasi dan terminologi tentang
ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang dikemukakan oleh para ulama. Seterusnya
anda didedahkan dengan kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh para ulama
yang meletak tanda-tanda dan ciri-ciri yang menunjukkan satu surah itu
Makkiyyah atau Madaniyyah. Akhir sekali, anda akan didedahkan bagaimana
pengetahuan tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang banyak memberi
faedah kepada umat Islam dalam memahami ayat-ayat al-Quran.

Topik 4 menerangkan pengertian sebab nuzul seperti yang dibahaskan oleh para
ulama. Aspek lain yang dibincangkan menyentuh tentang rupa bentuk sebab-
sebab penurunan ayat yang boleh dilihat dalam dua rupa bentuk iaitu sebab
penurunan ayat yang berbentuk peristiwa dan sebab penurunan ayat yang
berbentuk pertanyaan. Seterusnya anda akan didedahkan dengan perbincangan
tentang kepentingan sebab nuzul dan faedahnya kepada umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Perbincangan berikutnya adalah menyentuh tentang pembahagian al-Quran dan


sumber-sumber bagi mengetahui sebab-sebab penurunan ayat dan yang terakhir
membincangkan tentang pengajaran daripada ayat berdasarkan lafaznya yang
umum dan bukan sebabnya yang khusus.

Topik 5 menjelaskan proses penurunan al-Quran secara serentak ke Luh Mahfuz


dan Bayt al-Izzah di langit dunia yang berlaku pada malam (Lailatul Qadar)
menurut pandangan majoriti ulama. Topik ini juga menerangkan kepada anda
tentang Nuzul al-Quran secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW
semenjak tarikh kerasulan sehingga Baginda wafat. Kemudian anda didedahkan
dengan rahsia-rahsia di sebalik penurunan al-Quran secara beransur-ansur seperti
yang dikemukakan oleh para ulama. Akhir sekali, topik ini menyentuh pengajaran
daripada penurunan al-Quran secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad
SAW kerana pastinya penurunan al-Quran secara beransur-ansur memperlihatkan
kepada kita tentang adanya kaedah dalam mengaplikasikan ajaran al-Quran dalam
kehidupan dengan lebih sempurna.

Topik 6 membincangkan tentang definisi mukjizat dan menjelaskan fakta-fakta


tentang kewujudannya. Anda juga akan diterangkan tentang kemukjizatan
al-Quran yang berkaitan dengan aspek bahasa. Hal ini dapat dilihat menerusi nilai
estetikanya yang terlalu tinggi yang boleh menimbulkan getaran jiwa, perasaan
khusyuk dan keinsafan yang tidak terdapat pada kitab-kitab suci lain. Anda juga
akan didedahkan dengan fakta-fakta kemukjizatan al-Quran yang menyentuh
aspek sains, memandangkan al-Quran adalah sebuah kitab yang serba lengkap
mencakupi semua disiplin ilmu termasuk asas Sains Moden yang diperlukan oleh
manusia dalam menjalani kehidupan. Aspek kemukjizatan berkaitan dengan
aspek Syariat atau hukum-hakam juga dibincangkan. Selain itu perbahasan
menyentuh fakta-fakta al-Quran berkaitan berita-berita ghaib yang telah berlaku
pada zaman dahulu dan akan datang dan ia adalah sebahagian daripada elemen
kemukjizatan al-Quran.

Topik 7 menghuraikan perumpamaan (al-amthal) mengikut pendapat para ulama.


Kemudian dibincangkan jenis-jenis perumpamaan yang melibatkan al-Amthal
al-Musarrahah, al-Amthal al-Kaminah dan al-Amthal al-Mursalah serta contohnya
yang terdapat dalam al-Quran. Topik ini juga mendedahkan kepada anda
pembahagian perumpamaan (amthal) yang melibatkan al-Tamthil al-Basit dan
al-Tamthil al-Murakkab. Seterusnya anda didedahkan dengan tujuan dan matlamat
perumpamaan dalam al-Quran sebagai salah satu uslub balaghahnya yang unggul
dan tersendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 8 menerangkan tentang kisah-kisah al-Quran seperti yang dikupas oleh


para ulama. Perbahasan dalam topik juga menyentuh tentang jenis-jenis kisah
dalam al-Quran yang melibatkan kisah-kisah para nabi, kisah-kisah al-Quran yang
berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang pelik dan individu-individu yang
tidak disabitkan tentang kenabian mereka dan kisah-kisah yang berkaitan dengan
peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Seterusnya
dibincangkan faedah-faedah yang dapat diambil daripada kisah-kisah al-Quran,
hikmat berulang-ulang kisah al-Quran dan kesannya kepada umat Islam.

Topik 9 membahaskan tentang definisi tafsir dari segi bahasa dan istilah, diikuti
perbahasan tentang sejarah tafsir pada zaman Nabi Muhammad SAW. Isu
menarik yang didedahkan kepada anda dalam perbahasan ini ialah mengenai
rahsia nabi tidak mentafsirkan kesemua ayat al-Quran. Justeru jawapan daripada
para ulama dibekalkan bagi menjawab persoalan tersebut. Seterusnya dibahaskan
bentuk tafsir pada zaman sahabat, tabi`in dan nilai tafsiran yang dikemukakan
oleh mereka. Perbahasan tafsir pada zaman tabi`in meliputi perbahasan tentang
madrasah tafsir di Makkah, madrasah tafsir di Madinah dan tafsir pada zaman
pembukuan. Topik terakhir yang dibincangkan ialah metode-metode tafsir yang
digunakan oleh para mufassir dan ia melibatkan tafsir bi al-maÊthur, tafsir bi
al-raÊy sumber-sumber tafsir bi al-maÊthur, dan sumber tafsir bi al-raÊy,
kedudukan al-tafsir bi al-raÊy dan tokoh-tokoh tafsir.

Topik 10 membincangkan empat aspek utama, tiga daripadanya adalah berkenaan


pengumpulan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar al-Siddiq r.a dan
Uthman bin `Affan. Topik pertama membincangkan tentang pengumpulan
al-Quran yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berlaku
dalam dua bentuk. Pertama pengumpulan al-Quran dalam bentuk hafazan dan
kedua pengumpulan al-Quran dalam bentuk tulisan. Topik kedua
membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh Saidina Abu Bakar r.a.
memberi tugas kepada Zaid bin Thabit untuk mengumpulkan ayat-ayat dan
surah-surah al-Quran sehingga terkumpul pada satu tempat. Aspek ketiga tentang
pembukuan al-Quran yang dilakukan oleh jawatankuasa pembukuan yang
dibentuk oleh Khalifah Uthman bin `Affan. Manakala topik keempat adalah
berkenaan penyusunan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran dan dikemukakan
pandangan para ulama tentangnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik, anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan
menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada
anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan
anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan
kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari
kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan
yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir
secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas,
merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini
membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada
akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang
berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut
dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Pelajar tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum mengambil
kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Al-Suyuti. (t.t.). Al-Itqan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Turath.

Al-Zarkasyi. (t.t.). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Turath.

Asmawi Haji Ehsan. (1996). Ulum al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul
Majid.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Ulum Al-Quran. Cet 3, terj. Drs Mudzakir AS,
Bogor: Litera Antar Nasa, Pustaka Islamiyah.

Rosmawati Ali@Mat Zin (1997). Pengantar ulum al-Quran. Kuala Lumpur. Ilham
Abati Enterprise.

Subhi Salleh. (1977). Kajian al-Quran terj. Zainal Abidin Abdul Kadir. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh
dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta
banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books247, InfoSci Books dan Emerald Management Plus. Sebagai
pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber yang
terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Al-Quran dan
Ulum al-Quran
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan al-Quran, mengenal nama-nama dan menjelaskan
sifat-sifat al-Quran;
2. Menjelaskan kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab Samawi yang
lain;
3. Membezakan al-Quran dengan kitab-kitab Samawi yang lain;
4. Mempraktikkan adab-adab ketika berinteraksi dengan al-Quran; dan
5. Mendefinisikan pengertian Ulum al-Quran dan mengetahui sejarah
penulisannya.

 PENGENALAN
Assalamualaikum dan selamat bertemu dalam modul Ulum al-Quran. Kita akan
mulakan modul ini dengan tajuk al-Quran dan ulum al-Quran.

Rajah 1.1: Al-Quran merupakan kitab suci kepada seluruh umat Islam di dunia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Al-Quran amat sinonim dengan kita memandangkan ia adalah wahyu Allah SWT
yang sentiasa kita baca dalam kehidupan harian. Maklumat tentang al-Quran akan
kita perhalusi. Perbincangan akan menumpukan kepada definisi al-Quran yang
diberikan oleh para ulama. Nama-nama dan sifat al-Quran akan juga kita
bincangkan untuk menampilkan makna al-Quran secara lengkap. Selain itu kita
akan membincangkan kelebihan al-Quran dan hubung kaitnya dengan kitab-kitab
Samawi yang lain. Kita juga akan memperkenalkan ilmu Ulum al-Quran dan
memperincikannya dengan memaparkan sejarah penulisan dan karya-karya
berkaitan yang dihasilkan oleh para ulama.

1.1 DEFINISI AL-QURAN, NAMA DAN


SIFAT-SIFAT AL-QURAN
Adakah anda tahu definisi atau maksud al-Quran? Apakah yang disuarakan oleh
para ulama tentang definisi al-Quran? Apa kata kita lihat penerangannya di
bawah ini.

(a) Definisi
Al-Quran dari sudut literasi telah pun dijelaskan oleh para ulama. Namun
demikian, mereka berselisih pendapat berhubung kata terbitan al-Quran.
Sebahagian daripada mereka berpendapat al-Quran terbit daripada
perkataan qiraah. Sementara yang lain pula tidak berpendapat sedemikian.
Mari kita lihat apa kata Imam al-Syafie, Al-Lihyani, Al-FarraÊ dan juga
Dr Salah al-Khalidi.

Menurut Imam al-Syafie, perkataan al-Quran ditulis dan dibaca tanpa


Hamzah iaitu Quran bukannya QurÊan. Ia adalah nama khusus yang
digunakan untuk kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW dan tidak diambil dari mana-mana perkataan lain.

Manakala Al-Lihyani pula, iaitu seorang ahli bahasa Arab berpendapat


perkataan al-Quran itu berhamzah. Ia dibaca dengan bentuk nama terbitan
yang diambil daripada perkataan qaraÊa yang bererti membaca. Menurut
beliau, hanya lafaz ini sahaja merupakan nama terbitan yang bermaksud
kena buat (maf`ul). Oleh itu, menurut beliau al-Quran membawa maksud
al-maqruÊ iaitu yang dibaca.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  3

Al-FarraÊ (seorang ulama bahasa Arab) pula mengatakan bahawa lafaz


al-Quran tidak memiliki huruf Hamzah dan ia diambil daripada kata qaraÊin
yang merupakan jamak daripada perkataan qarinah yang bermaksud
keterangan. Keadaan ini disebabkan sebahagian daripada ayat al-Quran itu
menyamai dengan yang lain dan sebahagian ayatnya merupakan
keterangan daripada apa yang dimaksudkan oleh ayat-ayat yang lain.

Jika kita lihat kepada pendapat Dr Salah al-Khalidi, beliau mengatakan


perkataan al-Quran datangnya daripada pecahan perkataan qiraÊah
bermaksud dibaca dengan berhamzah dan ia adalah yang paling terkenal
serta selari dengan pemakaian al-Quran itu sendiri menerusi firman
Allah SWT:

∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çμ≈tΡù&ts% #sŒÎ*sù ∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya atas tanggungjawab Kamilah mengumpulkannya (dalam
dadamu) dan membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya,
maka ikutilah bacaannya.‰
(Surah al-Qiyamah, 75:17−18)

Apa yang menarik daripada definisi literasi itu jelas menampakkan tuntutan
sebenar al-Quran terhadap pencintanya, iaitu membaca yang merupakan
proses awal untuk memahami isi kandungan al-Quran.

Manakala dari sudut terminologi, para ulama mengemukakan beberapa


definisi mengenai al-Quran selari dengan aliran pemikiran mereka.

Menurut ulama Usuliyyun, al-Quran adalah „kalam lafzi bi al-ma`na


al-masdar‰ iaitu lafaz-lafaz yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW dari awal surah al-Fatihah hingga akhir surah al-Nas yang memiliki
pelbagai keistimewaan berbanding kitab lain.

Lafaz-lafaz yang disebut dalam istilah di atas membawa maksud al-Quran


mengandungi lafaz yang murakkab dan mufrad (yang bergabung dan yang
satu).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Definisi lain yang boleh kita temui adalah:

(i) Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang melemahkan (al-Mu`jiz) yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang termaktub dalam
mashaf yang dipindahkan secara mutawatir dan menjadi ibadah
dengan membacanya.

(ii) Al-Quran sebagai al-Mu`jiz (sifat zat bagi al-Quran) dan ia merupakan
sebesar-besar tanda kebenaran Nabi dan kebenaran Kalam Allah SWT.

(iii) Al-Quran sebagai al-Bayan (keterangan) dan al-Kasyf (penjelasan).

(iv) Al-Quran sebagai al-Inzal wa al-Mu`jiz yang diturunkan dan yang


bermukjizat.

Berdasarkan pelbagai definisi yang dinyatakan di atas, dapatlah kita


tegaskan bahawa al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW menerusi Malaikat Jibril a.s. bermula dengan surah
al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, tertulis dalam mashaf,
dipindahkan secara mutawatir dan membacanya merupakan suatu ibadah.

(b) Nama-nama al-Quran


Pelajar sekalian, Allah SWT menamakan al-Quran dengan beberapa nama
berdasarkan keterangan daripada al-Quran. Apa yang menarik ialah nama
al-Quran itu kesemuanya mempunyai erti yang amat berkait rapat dengan
fungsi al-Quran itu sendiri. Mari kita lihat Rajah 1.2 untuk mengetahui
antara nama yang dimaksudkan itu.

Rajah 1.2: Antara nama-nama al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  5

(i) Al-Kitab
Bermaksud tertulis atau termaktub kerana sememangnya al-Quran
merupakan sesuatu yang termaktub sejak azali lagi dan kemudian
ditulis dalam mashaf dan terpelihara kesucian serta keasliannya
berdasarkan dalil al-Quran:

∩⊇⊃∪ šχθè=É)÷ès? Ÿξsùr& ( öΝä.ãø.ÏŒ ÏμŠÏù $Y6≈tGÅ2 öΝä3ö‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr& ô‰s)s9

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab
(Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan
baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak
memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?‰
(Surah al-Anbiya, 21:10)

(ii) Al-Furqan
Bermaksud pembeza bagi membezakan antara perkara yang baik dan
buruk, halal dan haram dan seumpamanya, seperti firman Allah SWT:

∩⊇∪ #·ƒÉ‹tΡ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ï9 tβθä3u‹Ï9 ⎯Íνωö6tã 4’n?tã tβ$s%öàø9$# tΑ¨“tΡ “Ï%©!$# x8u‘$t6s?

Maksudnya:
„Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya
(Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh
penduduk alam.‰
(Surah al-Furqan, 25:1)

(iii) Al-Wahy
Sebagaimana firman Allah SWT:

$tΒ #sŒÎ) u™!%tæ‘$!$# ΟÁ9$# ßìyϑó¡tƒ Ÿωuρ 4 Ä©óruθø9$$Î/ Νà2â‘É‹Ρé& !$yϑ¯ΡÎ) ö≅è%

∩⊆∈∪ šχρâ‘x‹Ζãƒ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Maksud:
„Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Aku hanya
memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu dan
tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka
diberi peringatan.‰
(Surah al-Anbiya, 21:45)
(iv) Al-Ruh
Sebagaimana firman Allah SWT:

Ÿωuρ Ü=≈tGÅ3ø9$# $tΒ “Í‘ô‰s? |MΖä. $tΒ 4 $tΡÌøΒr& ô⎯ÏiΒ %[nρâ‘ y7ø‹s9Î) !$uΖø‹ym÷ρr& y7Ï9≡x‹x.uρ

y7¯ΡÎ)uρ 4 $tΡÏŠ$t6Ïã ô⎯ÏΒ â™!$t±®Σ ⎯tΒ ⎯ÏμÎ/ “ωöκ¨Ξ #Y‘θçΡ çμ≈oΨù=yèy_ ⎯Å3≈s9uρ ß⎯≈yϑƒM}$#

∩∈⊄∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β :Þ≡uÅÀ 4’n<Î) ü“ωöκtJs9

Maksudnya:
„Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ă
Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami;
Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu):
apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman
itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami
beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki antara hamba
kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) ialah pemberi
petunjuk dengan al-Quran itu ke jalan yang lurus.‰
(Surah as-Syura, 42:52)

Dinamakan sebagai al-Ruh kerana ia merupakan sesuatu yang hidup


dalam semua aspek kandungannya. Ia kekal hidup hingga ke hari
kiamat. Selain itu ia juga mewajibkan umatnya menghayati ajaran
yang terkandung dalamnya sepanjang masa.

Demikian nama-nama al-Quran berasaskan dalil daripada


al-Quran itu sendiri. Walau bagaimanapun, al-Quran dan al-Kitab
adalah lebih popular berbanding nama-nama yang lain. Menurut
Dr Muhammad Darraz dinamakan al-Quran kerana ia dibaca dengan
lisan dan dinamakan al-Kitab kerana ia ditulis dengan pena. Kedua-
dua makna ini menunjukkan makna yang sesuai dengan
kenyataannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  7

Penamaan al-Quran dengan kedua-dua nama itu menunjukkan


bahawa ia sepatutnya dipelihara dalam bentuk hafalan dan tulisan.
Realiti ini menggambarkan bahawa mekanisme yang ada ini amat
selari dengan jaminan Allah SWT bahawa al-Quran tetap terpelihara
oleh Allah SWT daripada sebarang penyelewengan dan kehilangan.

(v) Al-Zikr
Membawa maksud peringatan kerana al-Quran sememangnya
sebagai peringatan kepada manusia setiap masa iaitu
memperingatkan manusia tentang kehidupan semula dan pembalasan
amalan manusia di akhirat kelak di samping peringatan lain. Ia
berdasarkan dalil al-Quran:

∩®∪ tβθÝàÏ≈ptm: …çμs9 $¯ΡÎ)uρ tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-Zikr (peringatan
al-Quran) dan sesungguhnya Kamilah yang benar-benar akan
menjaganya.‰
(Surah al-Hijr, 15:9)

(vi) Al-Tanzil
Bermaksud yang diturunkan iaitu al-Quran berdalilkan firman
Allah SWT:

∩⊇®⊄∪ t⎦⎫ÏΗ>s ≈yèø9$# Éb>u‘ ã≅ƒÍ”∴tGs9 …çμ¯ΡÎ)uρ

Maksudnya:
„Dan sesungguhnya Quran ini tanzil (diturunkan) dari Tuhan semesta
alam.‰
(Surah al-Syu`ara, 26:192)

(c) Sifat-sifat al-Quran


Seterusnya mari kita lihat sifat-sifat al-Quran. Al-Quran mempunyai
beberapa sifat dan sifat-sifat tersebut amat bersesuaian dengan hakikat
kalam Allah SWT. Sekiranya kita menghayati sifat-sifat al-Quran,
pancarannya mampu menyuluh kehidupan umat Islam ke jalan yang benar.
Sifat-sifat al-Quran itu adalah sebagaimana yang disifatkan oleh Allah SWT
sendiri dalam al-Quran dan ia adalah seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

(i) Nur
Dalam bahasa Melayu bererti cahaya, seperti firman Allah SWT:

∩⊇∠⊆∪ $YΨÎ6•Β #Y‘θçΡ öΝä3ö‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ öΝä3În/§‘ ⎯ÏiΒ Ö⎯≈yδöç/ Νä.u™!%y` ô‰s% â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Maksudnya:
„Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti
kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan
telah Kami turunkan kepadamu Nur (cahaya) yang terang benderang
(al-Quran).‰
(Surah an-NisaaÊ, 4:174)

(ii) Maw`izah
Bermaksud pemberi pengajaran seperti firman Allah SWT:

Í‘ρ߉Á9$# ’Îû $yϑÏj9 Ö™!$xÏ©uρ öΝà6În/§‘ ⎯ÏiΒ ×πsàÏãöθ¨Β Νä3ø?u™!$y_ ô‰s% â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩∈∠∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ïj9 ×πuΗ÷qu‘uρ “Y‰èδuρ

Maksudnya:
„Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu Maw`izah
(pelajaran) dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit
(yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-
orang yang beriman.‰
(Surah Yunus, 10:57)

(iii) Mubarak
Membawa maksud yang diberkati seperti firman Allah SWT:

Ïμ÷ƒy‰tƒ t⎦÷⎫/t “Ï%©!$# ä−Ïd‰|Á•Β Ô8‘u $t6ãΒ çμ≈oΨø9t“Ρr& ë=≈tGÏ.#x‹≈yδuρ

Maksudnya:
„Dan ini (al-Quran) adalah Kitab yang telah Kami turunkan yang
diberkati; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya.‰
(Surah al-AnÊam, 6:92)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  9

(iv) Mubin
Membawa maksud yang menerangkan seperti firman Allah SWT:

∩⊇∈∪ Ñ⎥⎫Î7•Β Ò=≈tGÅ2uρ Ö‘θçΡ «!$# š∅ÏiΒ Νà2u™!%y` ô‰s%

Maksudnya:
„Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab
yang menerangkan.‰
(Surah al-Maidah, 5:15)

(v) Busyra
Bermaksud berita gembira seperti firman Allah SWT:

$]%Ïd‰|ÁãΒ «!$# ÈβøŒÎ*Î/ y7Î6ù=s% 4’n?tã …çμs9¨“tΡ …çμ¯ΡÎ*sù Ÿ≅ƒÎö9ÉfÏj9 #xρ߉tã šχ%x. ⎯tΒ ö≅è%

∩®∠∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ï9 2”uô³ç0uρ “Y‰èδuρ Ïμ÷ƒy‰tƒ š⎥÷⎫t/ $yϑÏj9

Maksudnya:
„Katakanlah: „Barang siapa yang memusuhi Jibril, maka Jibril itu telah
menurunkan (al-Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah;
membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi
petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.‰
(Surah al-Baqarah, 2:97)

(vi) Aziz
Dalam Bahasa Melayu ia bermaksud Yang Mulia seperti firman
Allah SWT:

∩⊆⊇∪ Ö“ƒÌ“tã ë=≈tGÅ3s9 …çμ¯ΡÎ)uρ ( öΝèδu™!%y` $£ϑs9 Ìø.Ïe%!$$Î/ (#ρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari al-Quran ketika
al-Quran itu datang kepada mereka, (mereka itu pasti akan celaka),
dan Sesungguhnya al-Quran itu ialah Kitab yang mulia.‰
(Surah Fussilat, 41:41)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Demikian adalah sebahagian sifat-sifat al-Quran dan ia secara jelas


menggambarkan betapa sifat-sifat al-Quran perlu dihayati, difikir, difahami dan
diamalkan dalam kehidupan seharian. Sekiranya proses ini kita lalui dan amalkan,
maka sudah pasti sifat al-Quran tersebut akan mengubah kehidupan kita menjadi
semakin baik dan bermakna.

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Kemukakan beberapa istilah al-Quran yang diberikan oleh para
ulama.
2. Kemukakan beberapa ayat al-Quran yang mengandungi nama dan
sifat al-Quran.

1.2 KELEBIHAN AL-QURAN DAN


HUBUNGANNYA DENGAN KITAB
SAMAWI YANG LAIN
Selanjutnya, kita akan melihat pula kelebihan-kelebihan al-Quran dan juga
hubungannya dengan kitab Samawi yang lain.

1.2.1 Kelebihan al-Quran


Al-Quran merupakan kalam hidayah yang menjadi petunjuk kepada umat
manusia sepanjang zaman. Isi kandungannya tidak luput ditelan zaman dan tidak
terhakis dengan perubahan masa. Ciri-ciri yang ada pada al-Quran
menggambarkan bahawa ia penuh dengan kelebihan yang tidak ada pada kitab-
kitab Samawi sebelumnya. Keistimewaan itu terpancar pada aspek bahasa dan
kandungannya yang menyentuh pelbagai aspek yang amat diperlukan oleh
manusia dan ia diperincikan seperti berikut:

(a) Kemuliaan dan Ganjaran Pahala yang Tidak Terhingga kepada Orang yang
Membacanya
Lebih-lebih lagi kepada orang yang beramal dengan ajarannya seperti sabda
Baginda SAW:
َّ َ َ ُ َّ َ ُ ُْ َ
‫يك ْم َم ْن ت َعل َم الق ْرآن َوعل َم ُه‬ ‫خ‬
Maksudnya:
„Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan
mengajarnya.‰
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  11

Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

ٌ ْ ُ َُ َ َ َ ْ َ َُ َ َ َ ٌَ َ َ ُ َ‫َم ْن قَ َرأَ َح ْرفًا م ِْن ك َِتاب ا ِ فَل‬


،‫ أقول الم َح ْرف‬،‫ش أ ْمثال َِها‬ ‫ع‬
ِ ِ ‫ب‬ ‫ة‬‫ن‬‫س‬‫ال‬‫و‬ ، ‫ة‬ ‫ن‬ ‫س‬ ‫ح‬ ِ ‫ه‬ِ ‫ب‬ ‫ه‬ ِ
َ
ٌ
‫ِيم َح ْرف‬ ٌ ‫ك ْن أل ٌِف َح ْر ٌف َو َ ٌم َح ْر ٌف َوم‬ ِ ‫َول‬
َ

Maksudnya:
„Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan diberi
ganjaran satu kebajikan. Satu kebajikan digandakan sehingga sepuluh
kebajikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif
satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.‰

(b) Al-Quran Memberi Syafaat pada Hari Akhirat


Al-Quran diturunkan untuk memberi syafaat kepada orang-orang yang
membacanya, lebih-lebih lagi kepada orang yang beramal dengan
ajarannya. Kelebihan ini dijelaskan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam
hadisnya:

َ ْ َ ً َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ َّ َ َ ْ ُ ْ ُ َ ْ
ِ‫اقرءوا القرآن فإِنه يأ ِت يوم القِيامةِ شفِيعا ِلصحابِه‬

Maksudnya:
„Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia akan datang pada hari
kiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya dan pengamalnya.‰

(c) Syariat al-Quran Berkekalan hingga ke Hari Kiamat


Faktor yang menjadikan al-Quran kekal dan bersesuaian dengan peredaran
masa dan tempat kerana al-Quran mengemukakan kaedah-kaedah dan
hukum-hakam yang tidak berubah dengan berubahnya masa dan
berlainannya tempat, yang meliputi seluruh umat manusia. Al-Quran
mengemukakan hukum yang bersifat universal. Ia mengemukakan hujah
yang kuat, meyakinkan tentang kebenaran agama Islam.

(d) Al-Quran Memberi Petunjuk Sepanjang Masa


Petunjuk al-Quran tiada tempoh luput dan Allah SWT menurunkan
al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman hidup manusia di dunia dan
akhirat. Malah Nabi Muhammad SAW menyifatkan al-Quran adalah
„hidangan Allah‰ di atas muka bumi seperti sabdanya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

ْ ْ َ َُْ َ ْ َّ َ َّ ُ ُ ْ َ ُ ْ َ َ َّ
‫اس َت َطع ُت ْم‬ ‫ ف َت َعل ُموا مِن مأدبتِهِ ما‬،ِ ‫ﺇِن هذا الق ْرآن َمأدبَة ا‬

Maksudnya:
„Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah, maka hendaklah kamu
mempelajari daripada hidangannya sekadar kamu mampu.‰

Sejarah al-Quran telah membuktikan kesan al-Quran terhadap bangsa Arab.


Dalam tempoh 23 tahun, mereka telah menjadi bangsa yang dihormati dan
berada di puncak ketinggian dan kemuliaan lantaran berpegang dan
beramal dengan ajaran Islam. Jika kita kaitkan dengan kemunduran umat
Islam sekarang ini, maka pastinya berpunca daripada sikap kita
membelakangi dan mengabaikan tuntutan al-Quran dalam kehidupan.
Persoalan inilah yang ditekankan oleh para reformis seperti Syeikh
Muhammad Abduh, Muhammad Rasyid Rida, Syakib Arsalan dan lain-lain.

1.2.2 Adab Berinteraksi dengan al-Quran


Memandangkan al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang diturunkan untuk
kepentingan hidup manusia, maka seharusnya kita umat Islam mengetahui adab-
adab apabila berinteraksi dengan al-Quran. Adab-adab tersebut seperti yang
dikemukakan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi adalah seperti berikut:

(a) Mengikuti al-Quran dan Mengamalkan Ajarannya


Semenjak zaman sahabat Rasulullah SAW umat Islam sudah tahu bahawa
keberkatan al-Quran bukan dengan cara membawanya atau
mengalungkannya, tidak pula dengan menghiasi dinding rumah dengan
ayat-ayatnya. Tetapi hidayah al-Quran itu benar-benar muncul dengan cara
mengikuti dan mengamalkan ajarannya. Adab inilah yang sepatutnya
dilakukan oleh umat Islam kerana ia dijelaskan oleh al-Quran sendiri dengan
firman Allah SWT:

∩⊇∈∈∪ tβθçΗxqöè? öΝä3ª=yès9 (#θà)¨?$#uρ çνθãèÎ7¨?$$sù Ô8u‘$t6ãΒ çμ≈oΨø9t“Ρr& ë=≈tGÏ. #x‹≈yδuρ

Maksudnya:
„Dan al-Quran itu ialah Kitab yang Kami turunkan yang diberkati, Maka
ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.‰
(Surah al-An`am, 6:155)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  13

Maksud berkat seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas ialah dengan cara
mengikuti dan bertakwa kepada Allah SWT dalam erti kata yang sebenar
iaitu mengikuti dan melaksanakan ajaran al-Quran dan menjauhi
larangannya, contohnya menunaikan solat lima kali sehari (lihat Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Antara adab berinteraksi dengan al-Quran adalah mengamalkan ajaran yang
dinyatakan dalamnya seperti menunaikan solat lima waktu sehari semalam

(b) Menjadikan al-Quran sebagai Pemimpin


Ia menuntut kita mengakui kelemahan diri dan amat memerlukan
hidayahnya. Sesiapa yang menjadikan al-Quran pemimpinnya, maka ia
akan membimbingnya ke syurga dan sesiapa yang membelakangkan
al-Quran maka ia akan terjerumus ke lembah kesesatan.

Sehubungan dengan itu, al-Quran benar-benar meminta kita agar akur


kepada pimpinannya dan mengikuti sebaik-baiknya apa yang telah
diturunkan oleh Allah SWT bagi memastikan kehidupan kita di dunia
beroleh petunjuk dan di akhirat mendapat nikmat abadi, seperti firman
Allah SWT:

Ü>#x‹yèø9$# ãΝà6u‹Ï?ù'tƒ βr& È≅ö6s% ⎯ÏiΒ Νà6În/§‘ ⎯ÏiΒ Νä3ø‹s9Î) tΑÌ“Ρé& !$tΒ z⎯|¡ômr& (#þθãèÎ7¨?$#uρ

∩∈∈∪ šχρããèô±n@ Ÿω óΟçFΡr&uρ ZπtGøót/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Maksudnya:
„Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu
tidak menyedarinya.‰
(Surah Al-Zumar, 39:55)

Apa yang perlu ada pada diri kita ialah pengaruh praktis al-Quran,
sebagaimana ia berpengaruh dalam kehidupan para sahabat dan umat Islam
pada kurun pertama yang mampu melahirkan sekian banyak tokoh dan
ilmuan Islam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

(c) Menghayati Akhlak al-Quran


Ia digambarkan oleh Aishah r.a. ketika menggambarkan akhlak Rasulullah
SAW: „Sesungguhnya akhlak Baginda SAW adalah al-Quran‰. Jawapan ini
diberikannya ketika Aishah ditanya seseorang mengenai akhlak Rasulullah
SAW.

Akhlak al-Quran akan terpancar pada diri umat Islam apabila mereka
membaca, mempelajari, memahami dan mengamalkannya dalam
kehidupan setahap demi setahap, sebagaimana yang dikatakan Ibn Mas`ud
r.a. „Jika salah seorang antara kami mempelajari sepuluh ayat daripada
al-Quran, dia tidak beralih darinya sehingga dia mengetahui makna-
maknanya dan mengamalkannya‰.

Demikian adalah sebahagian daripada adab-adab yang perlu dilakukan oleh


umat Islam apabila berinteraksi dengan al-Quran. Menerusi adab-adab
inilah generasi awal umat Islam dapat memacu kecemerlangan dan akibat
daripada pelanggaran terhadap adab-adab inilah menyebabkan umat Islam
semakin mundur ke belakang.

1.2.3 Hubungan al-Quran dengan Kitab Samawi


yang Lain
Sebagai umat Islam, kita perlu yakin bahawa al-Quran adalah salah sebuah Kitab
Samawi yang diturunkan Allah SWT untuk kita jadikan panduan hidup. Beberapa
kitab telah diturunkan melalui para nabi seperti yang dijelaskan Allah SWT dalam
surah Fatir ayat 24 dan surah Yunus ayat 47. Beriman kepada semua kitab itu
adalah wajib seperti yang dijelaskan dalam Surah an-NisaÊ ayat 136 menerusi
firman Allah SWT:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  15

⎯Ï&Î!θß™u‘ 4’n?tã tΑ¨“tΡ “Ï%©!$# É=≈tFÅ3ø9$#uρ ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ «!$$Î/ (#θãΨÏΒ#u™ (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

ÏΘöθu‹ø9$#uρ ⎯Ï&Î#ß™â‘uρ ⎯ÏμÎ7çFä.uρ ⎯ÏμÏFs3Íׯ≈n=tΒuρ «!$$Î/ öàõ3tƒ ⎯tΒuρ 4 ã≅ö6s% ⎯ÏΒ tΑt“Ρr& ü“Ï%©!$# É=≈tFÅ6ø9$#uρ

∩⊇⊂∉∪ #´‰‹Ïèt/ Kξ≈n=|Ê ¨≅|Ê ô‰s)sù ÌÅzFψ$#


Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasulNya
dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasulNya serta Kitab yang Allah
turunkan sebelumnya. Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-
malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari Kemudian, maka
sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:136)

Kitab-kitab yang wajib diimani oleh umat Islam hanyalah yang disebut secara jelas
oleh al-Quran; iaitu Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s., Zabur yang
diturunkan kepada Nabi Daud a.s., Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dan
al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Jika anda ingin tahu, kesemua Kitab Samawi yang diturunkan mempunyai
pertalian antara satu sama lain. Ini kerana kesemuanya adalah kalam yang
diturunkan Allah SWT dengan satu matlamat iaitu sebagai kitab hidayah
mengajak kita sebagai manusia beriman dengan agama tauhid. Namun, kitab-
kitab tersebut telah diselewengkan oleh para rahib dan paderi. Lantaran itu,
berlakulah percanggahan antara satu sama lain. Pada dasarnya, Kitab Samawi
mempunyai pertalian dan ia dapat disingkap apabila kita meneliti beberapa ciri
yang terdapat pada al-Quran:

(a) Al-Quran sebagai Penjaga kepada Kitab-kitab Sebelumnya


Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita mendapati al-Quran
membicarakan tentang Taurat dan Injil dalam ayat 47 surah al-MaÊidah,
Allah SWT menegaskan persoalan ini dalam surah yang sama dalam
sebahagian daripada ayat 48:

É=≈tGÅ6ø9$# z⎯ÏΒ Ïμ÷ƒy‰tƒ š⎥÷⎫/t $yϑÏj9 $]%Ïd‰|ÁãΒ Èd,ysø9$$Î/ |=≈tGÅ3ø9$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ

( Ïμø‹n=tã $·ΨÏϑø‹yγãΒuρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Maksudnya:
„Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa
kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya antara kitab suci dan
sebagai penjaga terhadap kitab-kitab yang lain itu.‰
(Surah al-MaÊidah, 5:48)

(b) Al-Quran sebagai Penentu kepada Perkara-perkara yang Menjadi


Perselisihan Umat
Kenyataan ini dapat kita lihat menerusi firman Allah SWT dalam surah
an-Nahl ayat 63-64:

ãΝåκ‘Ï9uρ uθßγsù óΟßγn=≈uΗùår& ß⎯≈sÜø‹¤±9$# ãΝßγs9 z⎯−ƒt“sù y7Î=ö6s% ⎯ÏiΒ 5ΟtΒé& #’n<Î) !$oΨù=y™ö‘r& ô‰s)s9 «!$$s?

“Ï%©!$# ÞΟçλm; t⎦Îi⎫7t çFÏ9 ωÎ) |=≈tGÅ3ø9$# y7ø‹n=tã $uΖø9t“Ρr& !$tΒuρ ∩∉⊂∪ ÒΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝçλm;uρ tΠöθu‹ø9$#

∩∉⊆∪ šχθãΖÏΒ÷σム5Θöθs)Ïj9 ZπuΗ÷qu‘uρ “Y‰èδuρ ÏμŠÏù (#θàn=tG÷z$#

Maksudnya:
„Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami kepada
umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan umat-umat itu
memandang baik perbuatan mereka (yang buruk). Maka syaitan menjadi
pemimpin mereka pada hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih.
Dan Kami tidak menurunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) ini, melainkan
agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka
perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang
beriman.‰
(Surah an-Nahl, 16:63–64)

Kitab Samawi itu memang asalnya dari Allah SWT tetapi diselewengkan
oleh para rahib. Justeru ia tidak diwariskan kepada generasi berikutnya
sehingga ke hari ini dalam bentuknya yang asli. Kebenaran yang termuat
dalamnya sudah bercampur aduk dengan kesilapan akibat perubahan yang
dilakukan oleh mereka itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  17

(c) Al-Quran Menghapuskan Syariat Kitab-kitab Terdahulu


Hal ini selari dengan kedudukan selaku kitab terakhir kepada nabi terakhir.
Al-Quran memansuhkan hukum-hakam yang terdapat pada kitab suci
terdahulu kerana syariat yang dibawa kitab suci sebelum Nabi Muhammad
SAW bersifat terbatas pada lokaliti dan bangsa tertentu sahaja, sedangkan
syariat yang dibawa al-Quran adalah universal dan sesuai untuk semua
umat. Ia diterangkan dalam surah al-Baqarah ayat 106 menerusi firman
Allah SWT:

Èe≅ä. 4’n?tã ©!$# ¨βr& öΝn=÷ès? öΝs9r& 3 !$yγÎ=÷WÏΒ ÷ρr& !$pκ÷]ÏiΒ 9ösƒ¿2 ÏNù'tΡ $yγÅ¡ΨçΡ ÷ρr& >πtƒ#u™ ô⎯ÏΒ ô‡|¡ΨtΡ $tΒ

∩⊇⊃∉∪ íƒÏ‰s% &™ó©x«

Maksudnya:
„Mana-mana ayat yang Kami mansuhkan, atau Kami lupakan dia, Kami
gantikan dengan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding
dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu?‰
(Surah al-Baqarah, 2:106)

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Jelaskan beberapa kelebihan yang ada pada al-Quran berdasarkan


keterangan daripada al-Quran dan hadis nabi.

2. Apa yang perlu anda lakukan apabila berinteraksi dengan


al-Quran?

3. Terangkan bentuk hubungan yang terjalin antara al-Quran dengan


Kitab Samawi yang lain.

4. Pada pandangan anda, apakah nama dan sifat-sifat al-Quran yang


sesuai untuk dipadankan dengan Kalam Allah?

5. Jelaskan kenapa al-Quran memansuhkan Syariat yang terdapat di


dalam kitab-kitab Samawi sebelumnya.

Bincangkan bersama rakan sekelas anda dalam myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

1.3 PENGERTIAN ULUM AL-QURAN


Menerusi topik ini, anda akan mempelajari pengertian Ulum al-Quran secara
literasi dan terminologi berdasarkan perbahasan yang dikemukakan oleh ahli-ahli
bahasa Arab.

Para pelajar sekalian, perkataan Ulum al-Quran ialah gabungan daripada dua
perkataan iaitu Ulum dan al-Quran. Perkataan Ulum ialah kata jamak daripada
perkataan `Ilm yang bermaksud beberapa bidang ilmu. Apabila perkataan Ulum
disandarkan kepada al-Quran, ia membentuk satu istilah yang merujuk kepada
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Justeru ilmu-ilmu itu merangkumi
ilmu Qiraat, ilmu Rasm Uthmani, ilmu Gharib al-Alfaz, ilmu I`jaz, ilmu Nasikh
dan Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, ilmu I`rab, ilmu al-Majaz, ilmu
al-Amthal dan lain-lain ilmu yang dikembangkan oleh para ulama.

Berdasarkan keterangan di atas, para ulama mentakrifkan Ulum al-Quran sebagai


suatu ilmu yang membahaskan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan
al-Quran, seperti permulaan turunnya, cara penurunan, tempat penurunan, masa,
pengumpulan, penulisan dan peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya, nasikh
dan mansukh, muhkam dan mutasyabih, perumpamaan, penyusunan surah,
tertib ayat dan sebagainya. Kepelbagaian ilmu yang berkaitan dengan Ulum
al-Quran dikemukakan oleh Ibn Abu Bakr bin al-`Arabi dalam karyanya Qanun
al-Ta`wil dan dipetik oleh al-Suyuti dalam karyanya al-Itqan fi `Ulum al-Quran.

Seterusnya mari kita singkap pula sejarah penulisan ulum al-Quran.

1.3.1 Sejarah Penulisan Ulum al-Quran


Setiap perkara pasti ada sejarahnya, begitu juga dengan Ulum al-Quran. Ulum
al-Quran bermula sejak zaman permulaan Islam di mana wahyu al-Quran
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Penurunan wahyu, sebab-sebab
penurunan, cara pengumpulan dan penulisan merupakan perkara-perkara yang
termasuk dalam perbahasan ilmu tersebut.

Walaupun begitu, ilmu ini tidak berdiri sebagai satu ilmu yang mempunyai
bidang perbahasan yang tersendiri. Ia masih berada dalam diri Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat-Nya yang didedahkan dengan maklumat al-Quran. Ia juga
berada berselerak di tempat di mana wahyu itu ditulis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  19

Ilmu ini terus berkembang dan berdiri sebagai satu disiplin ilmu yang tersendiri
khususnya selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Usaha pengembangan
ilmu ini dilakukan oleh generasi sahabat, tabi`in, tabi` tabi`in yang
mengembangkan ilmu ini dengan pesat sehingga lahirnya karya-karya khusus
yang berkaitan dengan ilmu Ulum al-Quran.

(a) Penulisan Ulum al-Quran Peringkat Pertama


Senario penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dan catatan
wahyu yang dilakukan oleh penulis-penulis wahyu merupakan gambaran
awal yang menunjukkan Ulum al-Quran telah berlaku pada zaman ini.

Hakikatnya, Baginda SAW mengetahui dengan baik kandungan al-Quran,


begitu juga para sahabat-Nya setelah dimaklumkan oleh Rasulullah SAW.
Mereka amat arif mengenai wahyu Allah SWT dalam semua aspek. Namun
begitu, pengetahuan mereka tidak tersusun dan tidak tertulis,
memandangkan keadaan pada zaman itu tidak mendesak mereka berbuat
demikian. Oleh sebab itu boleh kita katakan bahawa kewujudaan ilmu Ulum
al-Quran seakan-akan tidak disedari, kerana fokus perbincangannya adalah
kepada kandungan al-Quran yang diperjelaskan oleh Rasulullah SAW.

Faktor utama yang menyebabkan ilmu Ulum al-Quran tidak berkembang


dengan pesat ialah penurunan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW ialah
secara beransur-ansur. Justeru perbincangan ilmu ini secara lengkap tidak
mungkin dapat dilakukan dalam keadaan al-Quran belum lagi lengkap.

Setelah keseluruhan ayat al-Quran diturunkan, umat Islam mula memahami


dan mendalami persoalan yang dikemukakan oleh al-Quran. Di sana mereka
menemui beberapa masalah yang memerlukan kepada penjelasan terhadap
ayat-ayat al-Quran yang kurang difahami. Justeru tafsiran perbahasan ke
atas kelompok ayat terus menerus dilakukan oleh para ulama. Dengan itu,
bermulalah pengajian ilmu al-Quran sebagai satu perbahasan ilmu yang
tersendiri.

(b) Penulisan Ulum al-Quran Peringkat Kedua


Penulisan Ulum al-Quran bermula pada abad kedua Hijrah. Pada peringkat
ini tidak ada penulisan yang menyeluruh mengenai Ulum al-Quran. Para
ulama hanya membincangkan beberapa tajuk pilihan mengenai ilmu-ilmu
al-Quran yang begitu luas skop perbincangannya dalam karya-karya
mereka seperti nasikh mansukh, muhkam dan mutasyabih, asbab al-nuzul,
munasabah al-suwar dan lain-lain. Antara contoh penulisan di peringkat ini
ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

(i) Nasikh dan Mansukh


Karya-karya yang berkaitan dengan tajuk ini ialah Nasikh dan
Mansukh oleh Qatadah al-Sudusi (m. 117H), Abu `Ubaydah al-Qasim
bin Salam (m. 224H), Abu Dawud al-Sijistani (m. 275H), Makki bin Abi
Talib (m. 437H).

(ii) Gharib al-Quran


Dihasilkan oleh Abu Bakr al-Sijistani (m. 330H), al-Raghib al-Asfahani
(m. 502H).

(iii) Majaz al-Quran


Ia dihasilkan oleh Abu `Ubaydah Ma`mar bin al-Muthanna (m. 209H)
dan al-Syarif al-Radi (m. 406H).

(iv) I`jaz al-Quran


Ditulis oleh al-Rummani (m. 348H), al-Khattabi (m. 388H),
al-Mawardi (m. 450H) dan Abu Bakr al-Baqillani (m. 403H).

(v) I`rab al-Quran


Karya-karya dalam bidang ini antaranya ialah yang ditulis oleh Abu
Ja`far al-Nuhhas (m. 338H), Muhammad bin Mustanir (m. 206),
al-Akbari (m. 616H).

(vi) Munasabat al-Quran


Tokoh-tokoh yang menghasilkan karya yang berkaitan dengan
Munasabat al-Quran ialah Abu Ja`far Ahmad bin al-Zubair (m. 708H),
Burhan al-Din al-BiqaÊi (m. 885H) dan al-Suyuti (m. 911H).

(vii) Musykil al-Quran


Dihasilkan oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari (m. 276H).

(viii) Jadal al-Quran


Dihasilkan oleh Najm al-Din al-Tufi (m. 716H).

(ix) Aqsam al-Quran


Dihasilkan oleh Ibn al-Qayyim al-Jauzi (m. 715H).

(x) al-Qiraat al-Sab` dan al-Waqf fi al-IbtidaÊ


Dihasilkan oleh Abu `Amr al-Dani.

Contoh-contoh ini merupakan sebahagian daripada karya yang ditulis oleh


para ulama pada peringkat ini. Ia membuktikan kecenderungan penulisan
pada waktu itu yang hanya menumpukan kepada topik-topik tertentu yang
menjadi kecenderungan para ulama terlibat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  21

(c) Penulisan Ulum al-Quran Peringkat Ketiga


Sukar bagi para pengkaji untuk menentukan pelopor awal yang
menghasilkan karya lengkap Ulum al-Quran. Menurut Muhammad `Abd
al-`Azim al-Zarqani ia muncul pada kurun kelima menerusi Ali bin Ibrahim
bin Sa`id al-Hufi (m. 430H) dengan karyanya yang berjudul al-Burhan fi
`Ulum al-Quran. Namun setelah diteliti, ada yang berpendapat ia banyak
memberikan keutamaan kepada tafsir berbanding Ulum al-Quran.

Selepas itu muncul beberapa karya lain yang menyentuh ilmu ini. Pada
kurun keenam Hijrah, Abu al-Faraj al-Jawzi (m. 435H) menghasilkan karya
berjudul al-Burhan fi Ulum Tat`allaq bi al-Quran dan dua manuskrip ini
tersimpan di Dar al-Kutub al-Misriyyah.

Pada kurun ketujuh Hijrah, lahir beberapa karya seperti Jamal al-QurraÊ
yang dihasilkan oleh `Alam al-Din `Ali bin Hamd al-Sakhawi (m. 643H),
al-Murshid al-Wajiz fi `Ulum Tat`allaq bi al-Quran al-`Aziz oleh al-Syeikh
Abu Syamah.

Pada kurun kelapan Hijrah, al-Imam Badr al-Din al-Zarkashi (m. 794H)
menghasilkan sebuah karya berjudul al-Burhan fi `Ulum al-Quran. Kitab
Ulum al-Quran yang terbesar ini membincangkan 47 jenis ilmu Ulum
al-Quran. Setakat ini karya ini tidak dapat ditandingi oleh karya-karya lain
melainkan kitab al-Itqan yang dihasilkan oleh al-Suyuti dan ia diperakui
oleh Imam al-Suyuti. Selain itu Ahmad bin Taimiyyah (m. 728H) dengan
karya Muqaddimah fi Usul al-Tafsir.

Pada kurun ke-9 muncul Jalal al-Din al-Bulqini (m. 824H) dengan karya
Mawqi` al-`Ulum min Mawaqi` al-Nujum. Al-Suyuti telah menjadikannya
sebagai rujukan utama dalam menulis karya al-Tahbir fi Ulum al-Tafsir.

Penulisan karya Ulum al-Quran terus pesat pada kurun kesepuluh dengan
kemunculan al-Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin al-Kamal al-Suyuti (m.
911H). Beliau menghasilkan al-Tahbir fi Ulum al-Tafsir dan berjaya
menyiapkannya pada tahun 872 Hijrah. Selepas itu beliau menghasilkan
karya terbesarnya menyentuh bidang ini, iaitu al-Itqan fi Ulum al-Quran
yang menyentuh 80 jenis ilmu Ulum al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Selepas itu muncul beberapa karya lain, antaranya pada muqaddimah karya
ini beliau menyebut semua jenis kitab yang ditulis berkaitan Ulum al-Quran.
Catatan itu merupakan khazanah berharga kepada generasi berikutnya
untuk meneruskan kajian lanjutan mengenainya.

Selepas kematiannya, gerakan penulisan karya yang menyentuh bidang


Ulum al-Quran terhenti seketika sehingga disambung semula pada abad
ke-12 oleh al-Dihlawi (m. 1176H) menerusi karya al-Fawz al-Kabir fi Usul
al-Tafsir. Manakala pada abad keempat belas Hijrah muncul Syeikh Tahir
al-JazaÊiri dengan karyanya al-Tibyan li ba`d al-Mabahith al-Muta`alliqah bi
al-Quran `ala Tariq al-Itqan yang diterbit pada tahun 1335 hijrah.

Penulis-penulis selanjutnya yang menyumbang dalam bidang ini termasuk


Al-Syeikh Bakhit al-Muti`i mantan Mufti Mesir dengan karyanya
al-Kalimat al-Hisan fi al-Huruf al-Sab`ah wa Jam`i al-Quran, Syeikh
Muhammad Khalaf al-Husayni dengan karyanya Nuzul al-Quran `ala
Sab`ah Ahruf, Syeikh Muhammad Habib Allah SWT al-Syanqiti dengan
karyanya Iqaz al-A`lam fi Atba` Rasm al-Mushaf al-Imam, Muhammad Abd
al-Aziz al-Khawli dengan karyanya al-Quran al-Karim Wasfuhu,
Hidayatuhu, Atharuhu I`jazuhu, Mustafa Sadiq al-Rafi`i bersama karyanya
I`jaz al-Quran wa al-Balaghah al-Nabawiyyah, Muhammad Abd Allah
Darraz dengan karyanya al-NabaÊ al-`Azim. Karya terbaik pada abad ini
adalah Manahil al-`Irfan fi `Ulum al-QurÊam karya Muhammad `Abd
al-`Azim al-Zarqani.

Pada abad ke-20 kita dapati banyak karya Ulum al-Quran dihasilkan oleh
para ulama antaranya:

(i) Dr Subhi al-Salih karyanya Mabahith fi `Ulum al-Quran;

(ii) Dr Sa`id Ramadan al-Buti karyanya Min Rawa`i al-Quran;

(iii) Dr Adnan Zarzur karyanya `Ulum al-Quran, Madkhal ila Tafsir


al-Quran;
(iv) Manna` al-Qattan karyanya Mabahith fi `Ulum al-Quran;

(v) Muhammad Abu Syahbah karyanya al-Madkhal li Dirasah al-Quran;


dan

(vi) Abd al-Wahhab Ghazlan karyanya al-Bayan fi Mabahith Tata`allaq bi


al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN  23

Maklumat di atas adalah sebahagian daripada karya yang berkaitan dengan Ulum
al-Quran yang dihasilkan oleh para ulama. Penghasilan tidak terhenti setakat itu
sahaja, bahkan ia terus menerus berlaku selagi adanya ulama dan selagi al-Quran
tidak luput daripada ingatan umat Islam.

SEMAK KENDIRI 1.3

Kemukakan lima karya Ulum al-Quran yang ditulis oleh para ulama
pada peringkat kedua dan lima karya lagi yang ditulis pada peringkat
ketiga.

 Al-Quran ialah Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW menerusi Malaikat Jibril bermula dari surah al-Fatihah hingga akhir
surah al-Nas.

 Al-Quran mempunyai beberapa nama dan sifat yang sesuai dengan


kedudukannya sebagai kitab hidayah.

 Al-Quran mempunyai beberapa kelebihan. Membacanya dikira sebagai


ibadat dan kandungannya pula sarat dengan panduan hidup manusia.

 Adab-adab berinteraksi dengan al-Quran antaranya mengikut, mengamalkan


ajarannya, menjadikannya sebagai ikutan dan menghayati akhlak al-Quran.

 Ulum al-Quran ialah disiplin kajian dan perbahasan yang berkaitan dengan
al-Quran seperti makki dan madani, nasikh dan mansukh dan lain-lain.

 Ilmu ini tidak berkembang pada zaman Nabi SAW. Penulisan terpilih
bermula pada abad kedua, manakala penulisan lengkap bermula pada abad
kelima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 AL-QURAN DAN ULUM AL-QURAN

Asbab al-nuzul Makki


Ayat Muhkam Mansukh
Ayat Mutasyabih Mutawatir
Gharib al-Quran Nasikh
Ilmu Amthal Rasm Uthmani
Ilmu I`jaz Syafaat
Ilmu Majaz Taurat
Kitab Samawi Ulama usuliyyun
Madani

Al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa al-Baby


al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Khalid `Abd al-Rahman al-`Ak. (1994). Usul al-Tafsir wa Qawa`iduh. Beirut: Dar
al-NafaÊis.

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Muhammad Basyuni Fudah. (1988). Al-Murshid al-Wafi fi ulum al-Quran. Misr:


Matba`ah al-Amanah.

Yusuf al-Qaradawi. (1999). Kayf Nata`amal ma`a al-Quran. Kaherah: Dar


al-Syuruq.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengetahui
Ayat Pertama
2 dan Terakhir
yang
Diturunkan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tentang ayat-ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW;
2. Menerangkan ayat yang terakhir diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW berdasarkan sumber yang sahih; dan
3. Menilai faedah daripada mengetahui ayat yang pertama dan terakhir
diturunkan.

 PENGENALAN
Bertemu kita semula dalam Topik 2. Setiap perkara yang berlaku pasti ada
permulaannya. Begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran. Penurunan ayat-ayat
al-Quran mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia disampaikan kepada Nabi
Muhammad SAW melalui proses Inzal atau Tanzil yang membawa maksud Allah
SWT mengajar kepada Malaikat Jibril, kemudian Jibril menurunkan dan
menyampaikannya kepada Nabi Muhammad SAW. Ini adalah kaedah khusus
nuzul al-Quran dan ia menggambarkan tentang ketelitian, kesempurnaan dan
keistimewaan proses itu yang selari dengan Kalam Allah SWT. Aspek-aspek ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN

yang akan kita bincangkan dan ia menyentuh secara langsung tentang ayat
terawal dan terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berdasarkan
pandangan para ulama. Selepas itu kita akan menyorot sejauh mana ilmu ini
memberi faedah kepada kita dalam memahami ayat-ayat al-Quran.

Selamat belajar!

2.1 AYAT YANG PERTAMA DITURUNKAN


Pertama sekali kita akan membincangkan ayat yang pertama diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW. Para pelajar sekalian, untuk pengetahuan anda, para
ulama sebenarnya berselisih pendapat dalam menentukan ayat yang pertama
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan perselisihan ini adalah berpunca
daripada salah tanggap terhadap hadis nabi tentang perkara tersebut. Perselisihan
pendapat itu dapat kita perincikan seperti berikut:

(a) Ada Ulama yang Berpendapat Ayat yang Pertama Diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW ialah Ayat 1 hingga 5 Surah al-`Alaq

ãΠtø.F{$# y7š/u‘uρ ù&tø%$# ∩⊄∪ @,n=ã


t ô⎯ÏΒ z⎯≈|¡ΣM}$# t,n=y{ ∩⊇∪ t,n={
y “Ï%©!$# y7În/u‘ ÉΟó™$$Î/ ù&tø%$#

∩∈∪ ÷Λs>÷ètƒ óΟs9 $tΒ z⎯≈|¡ΣM}$# zΟ¯=tæ ∩⊆∪ ÉΟn=s)ø9$$Î/ zΟ¯=tæ “Ï%©!$# ∩⊂∪

Maksudnya:
„Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia telah
menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan
kamulah yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan
perantaraan Kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya.‰
(Surah al-ÂAlaq, 96:1−5)

Pendapat ini berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam


al-Bukhari dan Muslim dari riwayat Aishah yang menegaskan seperti
berikut: „Seawal-awal surah al-Quran yang diturunkan ialah IqraÊ bismi
Rabbika allathi Khalaq‰.

Ayat ini diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW bersendirian di Gua


HiraÊ. Ia secara langsung menegaskan kedudukan Baginda sebagai seorang
nabi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN  27

(b) Terdapat juga Pendapat yang Mengatakan Ayat Terawal ialah Surah
al-Muddaththir
Adakah anda tahu dari mana datangnya pendapat ini? Ia berdalilkan
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang diambil
daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bin `Auf, katanya:

„Saya bertanya Jabir bin `Abdullah: Ayat manakah yang pertama


diturunkan? Beliau menjawab: ‫ يأيھا المدثر‬kataku: Apakah tidak: ‫إقرأ‬
beliau menjawab: Aku beritahu kamu apa yang Rasulullah SAW beritahu
kami, kata Baginda: Waktu itu aku sedang berada di Gua Hira, apabila
selesai urusanku, aku pun keluar menuruni lembah, tiba-tiba aku
dipanggil. Kemudian aku melihat ke depan, ke belakang, ke kanan dan ke
kiri, aku tidak mendapati apa-apa. Seterusnya aku dipanggil lagi. Kali ini
aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat dia (Jibril) sedang duduk di
atas singgahsana di antara langit dan bumi. Jiwa-ku menjadi sangat
gementar. Lalu aku segera pulang menemui Khadijah. Aku
mengarahkannya supaya menyelimutiku, lalu Khadijah pun berbuat
demikian, kemudian merenjis air padaku. Waktu itu Allah SWT
menurunkan kepadaku:‰ ‫يأيھا المدثر قم فأنذر وربك فكبر وثيابك فطھر‬

(c) Ada juga Pendapat yang Mengatakan Ayat Pertama yang Diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW ialah Surah al-Fatihah
Pendapat ini berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bayhaqi
dari Abu Maisarah Umar bin Sharahbil, katanya: „Bahawa Rasulullah SAW
telah berkata kepada Khadijah: Sesungguhnya aku telah berkhalwat seorang
diri dan mendengar satu seruan. Aku menjadi takut dengan keadaan itu.
Khadijah berkata: Semoga dijauhkan oleh Allah SWT, tidaklah Allah SWT
melakukan yang sedemikian ke atas kamu orang yang menunaikan amanah
dan menghubungkan silaturrahim. Apabila Abu Bakar mengunjunginya
lalu Khadijah memintanya agar membawa Baginda menemui Waraqah, lalu
diceritakannya. Waraqah menegurnya supaya jangan berbuat demikian,
bahkan menyuruh Baginda mendengarkan apa yang dikatakannya dan
memberitahu tentangnya. Setelah dia berkhalwat semula, lalu diseru
namanya ÂWahai Muhammad katakanlah Bismillah....Ê hingga akhir surah
al-Fatihah.‰

Hadis di atas berstatus mursal dan ia tidak dapat mengatasi kekuatan hadis
sahih yang diriwayatkan oleh Aishah. Dengan demikian mungkin yang
dimaksudkan adalah surah yang terawal diturunkan secara lengkap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN

(d) Ada Pendapat Mengatakan Ayat Pertama yang Diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW ialah Basmalah (‫)بسم ﷲ الرحمن الرحيم‬
Pendapat ini berdalilkan sebuah hadis yang dikemukakan oleh al-Wahidi
dengan sanad daripada Ikrimah dan al-Hasan, katanya: Ayat al-Quran
terawal yang diturunkan adalah ‫ بسم ﷲ الرحمن الرحيم‬dan seawal-awal surah
yang diturunkan ialah IqraÊ.

Pendapat ini tidak mendapat tempat dalam kalangan ulama kerana


mengandungi beberapa kekurangan, antaranya hadis yang digunakan
mempunyai dalil bertaraf mursal yang tidak wajar dijadikan hujah. Oleh itu,
ia tidak dapat menandingi pendapat pertama yang didokong oleh hadis
Aishah iaitu pendapat yang kuat dan masyhur.

Selain itu, Basmalah juga merupakan ayat permulaan bagi setiap surah yang
diturunkan kecuali surah tertentu. Berdasarkan hakikat itu, maka tidaklah
dapat dikatakan bahawa ia adalah ayat pertama yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW.

2.1.1 Pendapat yang Masyhur tentang Ayat


yang Pertama Diturunkan
Majoriti ulama telah sepakat dalam menentukan ayat-ayat terawal yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ayat pertama sehingga ayat
kelima surah al-ÂAlaq dan bukannya surah al-Muddaththir. Hujahnya adalah jelas
berasaskan hadis pertama yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim
daripada Aishah yang secara jelas menyatakan tentang kebenaran fakta itu.

Imam al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam kitabnya


al-DalaÊil mengklasifikasikan hadis Aishah di atas bertaraf sahih. Pendapat yang
sama diutarakan oleh Imam al-Tabarani dalam kitabnya al-Kabir dengan
sanadnya daripada Abu RajaÊ al-`Ataridi, katanya: „Sahabat Rasulullah SAW yang
bernama Abu Musa mengajar kami membaca al-Quran dan disuruhnya kami
duduk berhalakah, sedang beliau memakai sepasang baju putih. Apabila beliau
membaca ‫ ﺇﻗﺮﺃ ﺑﺎﺳﻢ ﺭﺑﻚ‬beliau berkata: Inilah surah yang pertama diturunkan
kepada Muhammad SAW‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN  29

Ayat tersebut diturunkan pada 17 Ramadan semasa Nabi SAW berusia 40 tahun
pada malam Lailatul Qadar seperti yang dirakamkan al-Quran menerusi firman
Allah SWT:

∩⊇∪ Í‘ô‰s)ø9$# Ï's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatul
Qadar.‰
(Surah al-Qadr, 97:1)

Manakala hadis kedua yang dikemukakan oleh al-Bukhari dan Muslim juga
menerusi Aishah menunjukkan bahawa ayat yang pertama yang diturunkan itu
merujuk kepada surah al-`Alaq dan bukannya surah al-Muddaththir. Keadaan ini
adalah berdasarkan qarinah yang tersingkap dalam hadis tersebut, iaitu „Tiba-tiba
aku melihat dia (Jibril) sedang duduk di atas singgahsana.‰ Persoalannya
bagaimana Rasulullah SAW tahu bahawa yang datang kepadanya itu adalah Jibril,
kalau Baginda tidak didahului oleh maklumat sebelum itu tentangnya? Pasti
sebaik-baik maklumat adalah menerusi pengalaman pertama bersama Jibril
semasa Baginda menerima wahyu pertama iaitu IqraÊ. Pandangan ini selari
dengan riwayat daripada Jabir r.a. yang menceritakan bahawa dia datang
mendengar Rasulullah SAW bersabda: „Semasa aku sedang berjalan tiba-tiba aku
terdengar suara dari langit, lalu aku mendongakkan kepala. Aku dapati Malaikat
yang pernah mendatangiku di Gua HiraÊ dahulu sedang duduk di atas
singgahsana di antara langit dan bumi. Aku gementar melihat perkara ini hingga
terduduk. Selepas itu dengan segera aku menemui ahli keluargaku, kataku:
„Tolong selimutkan aku, selimutkan aku.‰ Mereka berbuat demikian, maka Allah
SWT pun menurunkan firmanNya ‫ ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﻟﻤﺪﺛﺮ‬hingga kepada ‫ ﻓﺎﻫﺠﺮ‬.

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Kenapa surah al-Muddaththir tidak dianggap sebagai ayat terawal


diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW?

2. Kemukakan bukti yang sahih untuk membuktikan ayat 1 hingga 5


surah al-`Alaq adalah yang terawal diturunkan kepada Nabi SAW.

Bincangkan dalam myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN

2.2 AYAT YANG TERAKHIR DITURUNKAN


Seterusnya mari kita bicarakan pula tentang ayat yang terakhir diturunkan.
Penurunan ayat-ayat al-Quran bermula dengan ayat terawal dan berakhir dengan
ayat terakhir yang diturunkan kepada Rasulullah SAW sebelum Baginda wafat.
Berhubung ayat terakhir ini, para ulama turut berselisih pendapat dalam
menentukannya. Sekarang kita akan lihat 10 pendapat tentang ayat terakhir yang
diturunkan.

(a) Pendapat Pertama Mengatakan Ayat Terakhir yang Diturunkan ialah Ayat
281 Surah al-Baqarah
Ia berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh al-NasaÊi dan lain-lain daripada
Ibn `Abbas dan Sa`id bin Jubair: Ayatnya adalah seperti berikut:

öΝèδuρ ôMt6|¡Ÿ2 $¨Β <§øtΡ ‘≅ä. 4†¯ûuθè? §ΝèO ( «!$# ’n<Î) ÏμŠÏù šχθãèy_öè? $YΒöθtƒ (#θà)¨?$#uρ

∩⊄∇⊇∪ tβθãΚn=ôàムŸω

Maksudnya:
„Dan peliharalah dirimu daripada (azab yang terjadi pada) hari yang pada
waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-
masing diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah
dikerjakannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya.‰
(Surah al-Baqarah, 2:281)

(b) Pendapat Kedua Mengatakan Ayat Terakhir adalah Ayat 278 Surah
al-Baqarah
Ayat ini menjelaskan tentang persoalan riba. Ia didasarkan sebuah hadis
yang dikeluarkan oleh al-Bukhari daripada Ibn `Abbas yang mengatakan
bahawa ayat terakhir yang diturunkan adalah ayat tentang riba. Ini
berdasarkan firman Allah SWT yang berbunyi:

∩⊄∠∇∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σ•Β ΟçFΖä. βÎ) (##θt/Ìh9$# z⎯ÏΒ u’Å+t/ $tΒ (#ρâ‘sŒuρ ©!$# (#θà)®?$# (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

Maksudnya:
„Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan
riba jika kamu orang-orang yang beriman.‰
(Surah al-Baqarah, 2:278)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN  31

(c) Pendapat Ketiga pula Mengatakan Ayat Terakhir ialah Ayat 282 Surah
al-Baqarah
Ayat ini menyentuh persoalan hutang piutang. Ia berdasarkan sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Sa`id bin al-Musayyab: Telah sampai kepadanya
bahawa ayat al-Quran yang paling baru di Arasy ialah ayat tentang hutang
piutang, iaitu ayat:

4 çνθç7çFò2$$sù ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r& #’n<Î) A⎦ø⎪y‰Î/ Λä⎢Ζtƒ#y‰s? #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

Maksudnya:
„Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara
tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.‰
(Surah al-Baqarah, 2:282)

Ketiga-tiga riwayat di atas dapat dipadukan dalam erti kata kesemua ayat
itu diturunkan sekali gus seperti tertib urutannya dalam mashaf. Ayat
tentang riba, ayat „peliharalah diri-mu daripada azab yang terjadi pada
suatu hari...‰, kemudian ayat tentang hutang kerana ayat-ayat itu masih
dalam kisah yang sama. Setiap perawi menggambarkan bahawa sebahagian
daripada yang diturunkan itu sebagai yang terakhir.

(d) Pendapat Keempat Mengatakan Ayat Terakhir adalah Ayat 195 Surah
Ali-`Imran
Sekarang mari kita lihat pendapat seterusnya yang memperkatakan tentang
persamaan taraf manusia di sisi Allah SWT. Ia disandarkan pada hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Marduwayh melalui Mujahid, daripada Ummu
Salamah: Dia berkata: Ayat yang terakhir diturunkan adalah ayat ini:

( 4©s\Ρé& ÷ρr& @x.sŒ ⎯ÏiΒ Νä3ΨÏiΒ 9≅Ïϑ≈tã Ÿ≅uΗå


x ßì‹ÅÊé& Iω ’ÎoΤr& öΝßγš/u‘ öΝßγs9 z>$yftFó™$$sù

( <Ù÷èt/ .⎯ÏiΒ Νä3àÒ÷èt/

Maksudnya:
„Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonan mereka (dengan
berfirman): Sesungguhnya Aku tidak mempersia-siakan amalan orang-
orang yang beramal antara kamu, baik lelaki atau perempuan, kerana
sebahagian kamu adalah terjadi daripada sebahagian yang lain.‰
(Surah Ali-ÂImran, 3:195)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN

Hal sedemikian terjadi kerana Ummu Salamah bertanya: Wahai Rasulullah,


aku melihat Allah SWT hanya menyebutkan kaum lelaki sahaja dan tidak
menyebutkan kaum wanita. Maka turunlah ayat: „Dan janganlah kamu iri
hati terhadap apa yang dikurniakan Allah SWT kepada sebahagian kamu
lebih banyak daripada sebahagian yang lain.‰ (al-NisaÊ: 32) Dan turun pula
ayat: „Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim...‰ (al-Ahzab: 35)
serta ayat ini: „Maka Tuhan mereka....‰(Ali Imran: 195). Ayat ini adalah yang
terakhir diturunkan dari ketiga-tigamakkiyyah ayat di atas. Ia adalah yang
terakhir yang dalamnya tidak hanya disebutkan kaum lelaki secara khusus.
Oleh itu dapat ditegaskan bahawa ayat tersebut adalah yang terakhir
diturunkan antara ketiga-tiga ayat di atas dan yang terakhir diturunkan
daripada ayat-ayat yang menyentuh tentang kaum wanita.

(e) Pendapat Kelima Mengatakan Ayat Terakhir ialah Ayat 93 Surah al-NisaÊ
Ayat ini memperkatakan tentang hukum qisas. Ia berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn `Abbas yang mengatakan
bahawa ayat ini adalah yang terakhir diturunkan dan ia tidak dimansukh
oleh ayat lain, ayatnya ialah:

…çμuΖyès9uρ Ïμø‹n=tã ª!$# |=ÅÒxîuρ $pκÏù #V$Î#≈yz ÞΟ¨Ψyγy_ …çνäτ!#t“yfsù #Y‰ÏdϑyètG•Β $YΨÏΒ÷σãΒ ö≅çFø)tƒ ⎯tΒuρ

∩®⊂∪ $VϑŠÏàtã $¹/#x‹tã …çμs9 £‰tãr&uρ

Maksudnya:
„Dan barang siapa yang membunuh seorang Mukmin dengan sengaja maka
balasannya ialah Neraka Jahanam, ia kekal di dalamnya dan Allah SWT
murka kepadanya, dan memurkainya serta menyediakan azab yang besar
baginya.‰
(Surah An-NisaÊ, 4:93)

(f) Pendapat Keenam Mengatakan Ayat Terakhir ialah Ayat 176 Surah al-NisaÊ
Ayat ini memperkatakan tentang persoalan al-kalalah. Buktinya al-Bukhari
dan Muslim meriwayatkan daripada BarraÊ bin `Azib, dia berkata: Ayat
yang terakhir diturunkan ialah:

4 Ï's#≈n=s3ø9$# ’Îû öΝà6‹ÏFøムª!$# È≅è% y7tΡθçFøtGó¡o„

Maksudnya:
„Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah).‰

(Surah an-NisaÊ, 4:176)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN  33

Maksud „terakhir‰ menurut BarraÊ bin `Azib ini adalah terakhir yang
menyentuh persoalan harta pusaka.

(g) Pendapat Ketujuh pula Mengatakan Ayat Terakhir ialah Ayat 128 Surah
at-Taubah
Ayat ini menjelaskan tentang sifat Nabi Muhammad SAW. Dalam
al-Mustadrak ada menyebut bahawa sumber daripada Ubay bin Ka`b yang
mengatakan ayat yang terakhir diturunkan ialah:

Νà6ø‹n=tæ ëȃÌym óΟšGÏΨtã $tΒ Ïμø‹n=tã ͕tã öΝà6Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ Ñ^θß™u‘ öΝà2u™!%y` ô‰s)s9

∩⊇⊄∇∪ ÒΟŠÏm§‘ Ô∃ρâ™u‘ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$$Î/

Maksudnya:
„Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaum-mu
sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang
terhadap orang-orang Mukmin.‰
(Surah at-Taubah, 9:128)

Kemungkinan yang dimaksudkan dengan terakhir di sini ialah terakhir dari


Surah at-Taubah.

(h) Pendapat Kelapan Mengatakan Ayat Terakhir ialah Surah al-MaÊidah


Ia berdasarkan riwayat al-Tirmidhi dan al-Hakim daripada `Aishah.
Menurut MannaÊ Khalil al-Qattan, surah ini adalah yang terakhir
diturunkan menyentuh persoalan halal dan haram. Ini kerana dalamnya
tiada satu pun hukum yang dimansuhkan.

(i) Pendapat Kesembilan pula Mengatakan Ayat Terakhir ialah Ayat-ayat ini
dalam Surah an-Nasr
Ayat ini menjelaskan tentang janji kemenangan kepada Nabi Muhammad
SAW dan umat Islam. Ia berdalilkan pendapat Ibn `Abbas yang berkata
surah terakhir yang diturunkan ialah:

%[`#uθøùr& «!$# Ç⎯ƒÏŠ ’Îû šχθè=ä{ô‰tƒ }¨$¨Ψ9$# |M÷ƒr&u‘uρ ∩⊇∪ ßx÷Gxø9$#uρ «!$# ãóÁtΡ u™!$y_ #sŒÎ)

∩⊂∪ $R/#§θs? tβ%Ÿ2 …çμ¯ΡÎ) 4 çνöÏøótGó™$#uρ y7În/u‘ ωôϑpt¿2 ôxÎm7|¡sù ∩⊄∪

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN

Maksudnya:
„Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat
manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka
bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.‰
(Surah an-Nasr, 110:1−3)

Pendapat-pendapat ini kelihatannya tidak bersandarkan kepada hadis nabi,


sebaliknya berbentuk ijtihad dan andaian para sahabat. Mungkin ia terakhir
didengar daripada Rasulullah SAW.

(j) Pendapat yang Terakhir iaitu Pendapat yang Kesepuluh Mengatakan Ayat
Terakhir ialah Ayat 3 Surah al-MaÊidah
Ayat ini menjelaskan tentang kesempurnaan agama Islam.

$YΨƒÏŠ zΝ≈n=ó™M}$# ãΝä3s9 àMŠÅÊu‘uρ ©ÉLyϑ÷èÏΡ öΝä3ø‹n=tæ àMôϑoÿøCr&uρ öΝä3oΨƒÏŠ öΝä3s9 àMù=yϑø.r& tΠöθu‹ø9$#

Maksudnya:
„Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah
Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredai Islam itu jadi agama
bagimu.‰
(Surah al-MaÊidah, 5:3)

Menurut Qadi Abu Bakr al-Baqillani dalam al-Intisar ketika memberi ulasan
terhadap pelbagai riwayat tentang ayat yang terakhir diturunkan, beliau
menyebut pendapat-pendapat tersebut sama sekali tidak disandarkan kepada
Nabi Muhammad SAW. Kemungkinan ia berupa ijtihad. Mungkin masing-masing
memberitahu tentang apa yang terakhir yang didengarnya daripada Nabi
Muhammad SAW pada saat nabi hampir wafat. Sedang yang lain mungkin tidak
secara langsung mendengar daripada Nabi Muhammad SAW dan pelbagai
kemungkinan lain yang wajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN  35

2.2.1 Pendapat yang Masyhur tentang Ayat yang


Terakhir Diturunkan
Fakta-fakta yang dikemukakan di atas manifestasi daripada pandangan para
ulama berhubung ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Walau bagaimanapun yang paling disepakati ulama ialah pendapat ayat terakhir
ialah ayat 281 surah al-Baqarah. Ia berdalilkan riwayat daripada Ikrimah daripada
Ibn `Abbas, kerana selepas sembilan hari turunnya ayat itu Nabi Muhammad
SAW wafat iaitu pada 3 Rabiul Awwal tahun kesepuluh selepas penghijrahan
Baginda SAW ke Madinah ketika Baginda berusia 63 tahun.

Manakala pendapat yang mengatakan ayat terakhir yang merujuk kepada ayat 3
surah al-MaÊidah adalah tidak tepat. Saidina Umar bin al-Khattab seperti yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari meriwayatkan bahawa ayat itu diturunkan kepada
Rasulullah SAW pada Haji WadaÊ ketika Baginda SAW berada di Padang Arafah
pada hari Jumaat selepas solat Asar. Firman Allah SWT:

$YΨƒÏŠ zΝ≈n=ó™M}$# ãΝä3s9 àMŠÅÊu‘uρ ©ÉLyϑ÷èÏΡ öΝä3ø‹n=tæ àMôϑoÿøCr&uρ öΝä3oΨƒÏŠ öΝä3s9 àMù=yϑø.r& tΠöθu‹ø9$#

(Surah al-Maidah, 5:3)

Keterangan ini secara langsung menjadi jawapan kepada masalah dalam


menentukan ayat terakhir yang diturunkan. Justeru dapatlah disimpulkan
bahawa ayat 281 surah al-Baqarah adalah ayat terakhir yang diturunkan. Dalilnya
selepas turunnya ayat 3 surah al-MaÊidah, Baginda SAW masih hidup sekitar 81
hari. Namun, sembilan malam sebelum Baginda wafat, Allah SWT menurunkan
ayat 281 surah al-Baqarah.

AKTIVITI 2.1

Semasa sesi tutorial, bincangkan kenapa ayat 281 surah al-Baqarah


dianggap yang terakhir oleh para ulama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN

2.3 FAEDAH DARIPADA MENGETAHUI


AYAT YANG PERTAMA DAN TERAKHIR
DITURUNKAN
Para pelajar sekalian, pengetahuan tentang ayat-ayat terawal dan terakhir
diturunkan sebenarnya mempunyai banyak faedah khususnya dalam memahami
ayat-ayat al-Quran. Antara faedah yang terpenting adalah seperti yang
dikemukakan oleh Manna` Khalil al-Qattan, iaitu:

(a) Menerusi Ilmu ini Kita Dapat Membezakan Antara yang Nasikh dengan
yang Mansukh
Hal ini terjadi kerana kadang-kadang terdapat dua ayat atau lebih dalam
satu masalah, tetapi ketentuan hukum dalam satu ayat berbeza dengan ayat
yang lain. Apabila kita mengetahui mana ayat yang terawal dan mana yang
terkemudian, maka ketentuan hukum dalam ayat yang diturunkan
kemudian memansuhkan ketentuan ayat yang diturunkan sebelumnya.

(b) Mengetahui Rahsia Perundangan Islam Menurut Sumber Sejarahnya yang


Utama
Ayat-ayat al-Quran dapat menangani persoalan kejiwaan manusia dengan
petunjuk Ilahi dan menguruskannya dengan cara-cara yang penuh
bijaksana dan menempatkan mereka ke tahap kesempurnaan. Adanya
pemeringkatan dalam menetapkan hukum hakam sehingga dengan
demikian cara hidup mereka menjadi lurus atas kebenaran dan urusan
masyarakat berada pada jalan yang lurus.

(c) Menjelaskan Tentang Perhatian Besar yang Diberikan kepada al-Quran


dengan Tujuan untuk Menjaganya dan Menentukan Ayat-ayatnya
Perkara ini telah dilakukan oleh para sahabat r.a., mereka telah memerhati
al-Quran, ayat demi ayat, sehingga mereka mengetahui bila dan di mana
ayat itu diturunkan. Mereka telah menerima daripada Rasulullah SAW ayat-
ayat al-Quran yang diturunkan dengan sepenuh hati dan meyakini bahawa
al-Quran adalah dasar agama, sumber keimanan dan kemuliaan. Ia adalah
Kalam Allah SWT yang terselamat daripada perubahan dan
pengubahsuaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN  37

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Nyatakan pendapat ulama yang paling masyhur berserta dalil


berhubung ayat terawal yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW.

2. Nyatakan pendapat yang rajih (lengkap) berserta hujah berhubung


ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

3. Jelaskan mengapa kita perlu mengetahui ayat terawal dan terakhir


diturunkan.

 Ayat al-Quran terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah
ayat 1 hingga ayat 5 surah al-`Alaq. Ia berdalilkan hadis sahih daripada Nabi
Muhammad SAW dan keterangan daripada para sahabatnya.

 Ayat al-Quran terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah
ayat 281 surah al-Baqarah. Ia dibuktikan oleh hadis Nabi Muhammad SAW.

 Penetapan ayat terawal dan terakhir yang diturunkan kepada Nabi


Muhammad SAW adalah berasaskan sumber hadis yang sahih dan bukannya
ijtihad dan prasangka.

 Banyak faedah yang diperoleh hasil daripada mengetahui ayat terawal dan
terakhir diturunkan, antara yang utama ialah mengetahui kedudukan ayat
al-Quran sama ada nasikh atau mansukh, sejarah perundangan Islam dari
sumbernya yang utama dan lain-lain.

Al-DalaÊil Gua HiraÊ


Al-Kalalah Haji WadaÊ
Al-Mustadrak Ijtihad
Basmalah Rajih

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 MENGETAHUI AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR YANG DITURUNKAN

Badr al-Din al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa


al-Baby al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Manna` Khalil al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar


al-Kutub al-`Ilmiyyah.

Muhammad Basyuni Fudah. (1988). Al-Murshid al-Wafi fi `Ulum al-Quran. Misr:


Matba`ah al-Amanah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Ayat-ayat
Makkiyyah
3 dan
Madaniyyah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah berasaskan
pandangan para ulama;
2. Membezakan antara ayat Makkiyyah dan Madaniyyah berasaskan
ciri-ciri yang terdapat pada kedua-duanya; dan
3. Menghuraikan faedah-faedah mengetahui ayat Makkiyyah dan
Madaniyyah.

 PENGENALAN
Sekarang kita akan memasuki topik yang seterusnya iaitu Topik 3. Para pelajar
sekalian, penelitian terhadap ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah sudah lama
dilakukan oleh para ulama. Mereka meneliti ayat demi ayat, surah demi surah
untuk disusun selari dengan nuzulnya, waktu penurunan, tempat dan pola
perkataan. Hasilnya kaedah-kaedah telah dikemukakan oleh mereka bagi
menentukan kedudukan sesuatu ayat sama ada Makkiyyah atau Madaniyyah.
Agak sulit bagi kita untuk menentukan secara pasti ayat-ayat Makkiyyah dan
Madaniyyah kerana urutan tertib ayat tidak mengikut kronologi waktu turun ayat
tetapi berdasarkan petunjuk nabi (Tauqifi). Justeru kaedah-kaedah yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

dikemukakan oleh para ulama dapat membantu kita memahami masalah


Makkiyyah dan Madaniyyah dengan mudah. Persoalan inilah yang akan kita
bincangkan dalam topik ini.

3.1 DEFINISI MAKKIYYAH DAN


MADANIYYAH
Kita akan mulakan topik ini dengan melihat kepada definisi Makkiyyah dan
Madaniyyah. Beberapa definisi boleh kita berikan terhadap Makki dan Madani,
namun tidak semestinya semua definisi tersebut akan bertepatan dengan realiti
al-Quran. Mari kita tengok definisi Makkiyyah dan Madaniyyah sekarang.

Pendapat pertama mengatakan ayat-ayat Makkiyyah ialah al-Quran yang


diturunkan di Kota Makkah atau di tempat-tempat yang berhampiran dengannya
seperti Mina, Arafah, Hudaibiyyah, sama ada turunnya sebelum Hijrah
Rasulullah SAW ke Madinah atau selepasnya. Sementara ayat-ayat Madaniyyah
pula ialah al-Quran yang diturunkan di Kota Madinah atau tempat-tempat yang
berhampiran dengannya seperti Badr, Uhud dan lain-lain.

Asas tempat menjadi sandaran utama dalam menentukan kedudukan ayat, sama
ada Makkiyyah atau Madaniyyah. Menurut mereka, mana-mana ayat yang turun
bukan di Makkah dan Madinah atau di kawasan sekitarnya seperti semasa
Baginda Rasulullah SAW berada dalam pelayaran adalah tidak termasuk dalam
kelompok pembahagian ini. Sebaliknya ayat-ayat tersebut diletak dalam satu
bahagian berasingan dan tidak diberi nama Makkiyyah dan Madaniyyah.

Pendapat yang kedua pula mengatakan Makkiyyah ialah ayat yang diturunkan
mengenai urusan atau perihal penduduk-penduduk Makkah sama ada turunnya
di Makkah atau di kawasan sekitarnya atau diturunkan di Madinah, atau semasa
Baginda berada dalam pelayaran, sama ada turunnya sebelum Hijrah atau
selepasnya.

Manakala ayat Madaniyyah ialah ayat-ayat yang diturunkan dan ia tidak


menyentuh hal ehwal penduduk Makkah atau orang-orang seumpama mereka
daripada penyembah-penyembah berhala. Sebaliknya ia menyentuh hal ehwal
penduduk Madinah.

Kriteria penentu bagi definisi ini adalah berdasarkan sasaran ayat dengan melihat
kepada siapa ayat-ayat itu dituju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH  41

Pendapat ketiga mengatakan Makkiyyah ialah ayat-ayat yang diturunkan


sebelum Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, sama ada turunnya di Makkah atau
di kawasan sekitarnya atau yang jauh daripadanya.

Manakala ayat Madaniyyah ialah ayat yang diturunkan selepas Hijrah Nabi
Muhammad SAW ke Madinah sama ada turunnya di Kota Madinah atau di
tempat-tempat lain termasuk Makkah.

Pendapat ini yang memberi keutamaan kepada aspek masa, iaitu sebelum atau
selepas peristiwa Hijrah. Ia dijadikan sebagai kriteria utama dalam menentukan
sama ada ayat-ayat itu Makkiyyah atau Madaniyyah.

Definisi terakhir ini adalah yang paling lengkap kerana ia merangkumi setiap ayat
al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Makkah atau di
Madinah atau ayat-ayat yang diturunkan pada tahun pembukaan Kota Makkah
(Fath Makkah) atau pada tahun Haji Wada` atau ayat-ayat yang diturunkan ketika
Rasulullah SAW bermusafir atau ayat-ayat yang diturunkan dalam perjalanan
Baginda SAW ke Madinah atau sebelum sampai ke Madinah atau ayat-ayat yang
diturunkan kepada Baginda setelah berhijrah ke Madinah. Contohnya seperti
firman Allah SWT surah an-NisaÊ: 58:

$yγÎ=÷δr& #’n<Î) ÏM≈uΖ≈tΒF{$# (#ρ–Šxσè? βr& öΝä.ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang
berhak menerimanya.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:58)

Ayat ini adalah ayat al-Quran Madaniyyah sekalipun diturunkan kepada


Rasulullah SAW sewaktu Baginda berada di sisi Kaabah di Kota Makkah pada
tahun pembukaannya.

AKTIVITI 3.1

Definisi ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang memberi


keutamaan kepada asas masa dianggap yang paling tepat. Kemukakan
alasan-alasannya dan bincangkan bersama rakan-rakan sekelas anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

3.2 CIRI-CIRI AYAT MAKKIYYAH DAN


MADANIYYAH
Sebenarnya agak sukar bagi kita mengenali ayat-ayat Makkiyyah dan
Madaniyyah kerana ia tidak dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda
tidak berbuat demikian kerana tidak ada perintah daripada Allah SWT dan tidak
menjadi satu kewajipan kepada setiap Muslim mengetahuinya dan tidak pula
menjadi perkara yang fardu dalam agama Islam.

Para sahabat tidak perlu menentukan hal yang sedemikian kerana mereka sendiri
menyaksikan penurunan wahyu, tempat diturunkan dan mengetahui situasi yang
mendorong penurunan sesuatu ayat. Oleh yang demikian, jalan untuk mengenali
ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah hanya satu sahaja iaitu menerusi para
sahabat dan tabi`in. Namun pengetahuan mereka itu tidak semestinya sampai ke
tangan generasi zaman ini secara keseluruhannya. Oleh itu ia memerlukan satu
kaedah lain bagi membantu pengkaji al-Quran mengenali manakah ayat-ayat
al-Quran Makkiyyah dan Madaniyyah.

Kaedah itu dinamakan Tariq al-Qiyas. Ia berasaskan fakta-fakta yang dirumuskan


bagi mengenal pasti al-Quran Makkiyyah dan Madaniyyah dengan melihat aspek
uslub surah-surah al-Quran, topik-topik ayat dan surah dan lain-lain.
Berpandukan kaedah tersebut, para ulama berupaya meletakkan tanda-tanda dan
ciri-ciri yang menunjukkan satu surah itu Makkiyyah atau Madaniyyah.

3.2.1 Ciri-ciri bagi Ayat-ayat Makkiyyah


Selanjutnya mari kita lihat ciri-ciri bagi ayat-ayat Makkiyyah. Ciri-cirinya adalah
seperti berikut:

(a) Setiap surah yang mengandungi lafaz (‫)ﻛﻼ‬, maka ia ialah Makkiyyah.
Perkataan (‫ )ﻛﻼ‬terdapat pada 33 tempat dalam 15 surah, yang kesemuanya
dalam surah-surah al-Quran Makkiyyah. Contohnya Maryam ayat 79 dan
82, al-MuÊminun ayat 100, as-Syu`ara ayat 15 dan 62, SabaÊ ayat 27,
al-Ma`arij ayat 15 dan 39, al-Muddaththir ayat 16, 32, 53 hingga 54 dan lain-
lain.

(b) Setiap surah yang mengandungi ayat Sajdah ialah Makkiyyah.

(c) Setiap surah yang dimulakan dengan huruf HijaÊiyyah seperti (،‫ ﺍﻟﺮ‬،‫ ﺍﻟﻢ‬،‫ﻁﺴﻢ‬
،‫ ﺣﻢ‬،‫ ﻕ‬،‫ )ﻥ‬kecuali dua surah sahaja, iaitu al-Baqarah dan Ali-`Imran di mana
kedua-duanya adalah Madaniyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH  43

(d) Surah yang menyebut kisah Adam dan Iblis kecuali surah al-Baqarah seperti
Surah al-A`raf ayat 1, al-Hijr ayat 31 dan 32, al-IsraÊ ayat 61, al-Kahf ayat 50
dan Taha ayat 74 dan 75.

(e) Surah yang menyebut lafaz (‫ )ﻳﺎ ﺑﻨﻲ ﺁﺩﻡ‬ialah Makkiyyah. Lafaz ini terkandung
dalam ayat-ayat surah berikut: al-A`raf ayat 26, 27, 31, 35 dan Yasin ayat 60.

(f) Surah yang membincangkan cerita para rasul dan umat dahulu kala yang
mengandungi nasihat, pengajaran, sunnah atau hukum Tuhan iaitu
kebinasaan kaum-kaum yang mendustakan rasul-rasul utusan Allah SWT
Surah-surah yang mengandungi kisah tersebut adalah Makkiyyah kecuali
surah al-Baqarah.

Keenam-enam tanda yang disebutkan sebelum ini adalah tetap dan tidak berubah.
Manakala yang di bawah adalah berdasarkan kepada kebiasaan dan terdedah
kepada pengecualian.

(a) Surah yang mengandungi ayat yang dimulakan dengan (‫)ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ‬
kebiasaannya ialah Makkiyyah, namun ada juga ayat Madaniyyah yang
dimulakan dengan lafaz tersebut seperti ayat 21 surah al-Baqarah.

Penggunaan lafaz ini dalam surah Madaniyyah adalah kecil. Sebahagian


ulama menghitung ayat-ayat yang bermula dengan lafaz (‫ )ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ‬dalam
surah-surah Madaniyyah adalah lapan iaitu al-Baqarah ayat 21 dan 168,
an-NisaÊ ayat 1, 133, 170 dan 175, al-Hajj ayat 1 dan al-Hujurat ayat 13.

(b) Ayat-ayat yang pendek. Ada pandangan yang mengatakan sebab


diturunkan ayat-ayat dalam bentuk ini di Makkah kerana penduduknya
terkenal dengan kefasihan dan kepetahan bercakap. Maka kata-kata yang
ringkas adalah lebih sesuai kepada golongan tersebut. Tanda ini juga adalah
pada kebiasaannya sahaja kerana ada juga ayat-ayat Madaniyyah yang
pendek seperti ayat dalam surah al-Nasr.

(c) Topik asas surah Makkiyyah adalah akidah dan perbincangan tentang
syariah tidak berlaku kecuali sekadar arahan-arahan umum. Ia memberi
penekanan kepada prinsip keimanan kepada risalah-risalah Nabi
Muhammad SAW dan risalah-risalah rasul-rasul terdahulu, keimanan
kepada para malaikat, kitab-kitabNya, hari akhirat, hisab, pembalasan,
nikmat dan azab dengan bukti-bukti kawniyyah dan akliyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

(d) Surah al-Quran Makkiyyah mengandungi sebutan sumpah di awal surah.


Lafaz tersebut terletak di awal surah-surah berikut: as-Saaffat, al-Zariyat,
al-Tur, al-Najm, al-Qamar, al-Mursalat, al-Nazi`at, al-Buruj, al-Tariq,
al-Fajr, as-Syams, al-Layl, al-Dhuha, al-Tin, al-`Adiyat dan al-`Asr.

3.2.2 Ciri-ciri bagi Ayat-ayat Madaniyyah


Ciri-ciri bagi ayat-ayat Madaniyyah adalah seperti berikut:

(a) Setiap surah yang mengandungi ayat yang dimulakan dengan (‫)ﻳﺄﻳﻬﺎ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺁﻣﻨﻮﺍ‬
kesemuanya adalah Madaniyyah. Surah-surah itu ialah al-Baqarah ayat 104,
153, 172, 178, 183, 208, 254, 264, 278 dan 282, Ali-`Imran ayat 100, 102, 118,
130, 149, 156 dan 200, an-NisaÊ ayat 19, 29, 43, 59, 71, 94, 135, 136 dan 144,
al-Ma`idah ayat 1, 2, 6, 8, 11, 35, 51, 54, 87, 90, 94, 95, 101, 105 dan 106,
al-Anfal ayat 15, 20, 24, 27, 29 dan 45, at-Taubah: 23, 28, 34, 38, 119 dan 123,
al-Hajj ayat 77, al-Nur: 21, 27 dan 58, al-Ahzab ayat 9, 41, 49, 53, 56, 69 dan
70, Muhammad ayat 7 dan 33, al-Hujurat ayat 1, 2, 6, 11 dan 12, al-Hadid
ayat 28, al-Mujadalah ayat 9, 11 dan 12, al-Hasyr ayat 18, al-Mumtahinah
ayat 1, 10 dan 13, al-Taghabun ayat 14, al-Tahrim ayat 6 dan 8.

(b) Kebanyakan surah dan ayat-ayatnya panjang. Apa yang dimaksudkan


dengan panjang di sini ialah dari segi struktur ayat, bukannya struktur
surah. Bentuk-bentuk ayat yang panjang ini lebih sesuai dengan
pembentangan Syariah kerana ia memerlukan ayat yang bersifat keterangan
dan memberi penerangan. Terdapat juga surah-surah Madaniyyah yang
pendek seperti surah an-Nasr yang mengandungi ayat-ayat yang pendek
dan ada pula surah Madaniyyah yang pendek tetapi mengandungi ayat-ayat
yang panjang seperti surah al-Hujurat dan surah al-Mujadilah.

(c) Terdapat dalam surah itu seruan kepada Ahli Kitab daripada dua agama
Samawi, iaitu Yahudi dan Nasrani supaya mereka bergabung di bawah panji
Islam. Surah-surah itu ialah al-Baqarah: 109, Ali-`Imran ayat 64, 65, 69, 70,
71, 98 dan 99, an-NisaÊ ayat 171, al-MaÊidah ayat 15, 19, 59, 68 dan 77.

(d) Setiap surah yang mengandungi perintah keizinan berjihad, perintah dan
penjelasan mengenai hukum-hakam peperangan adalah surah al-Quran
Madaniyyah kerana jihad tidak disyariatkan melainkan di Kota Madinah.
Surah-surah tersebut seperti al-Anfal, al-Baqarah, at-Taubah dan al-Ahzab.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH  45

(e) Topik asas surah-surah Madaniyyah ialah persoalan Syariah yang berkaitan
ibadat, muamalat, faraÊid, hukum hudud, undang-undang awam dan
antarabangsa, hukum kenegaraan, ahwal shahsiah, kekeluargaan dan lain-
lain. Namun begitu, ia tidak bermakna persoalan akidah tidak disebut
langsung dalam surah Madaniyyah kerana akidah adalah persoalan yang
tidak pernah ditinggalkan oleh Allah SWT sejak dari awal al-Quran
sehingga ke akhirnya.

(f) Kandungan surah Madaniyyah membincangkan hal ehwal orang-orang


munafik dan pendirian mereka terhadap Nabi Muhammad SAW kecuali
surah al-Ankabut. Golongan ini hanya muncul selepas hijrah Nabi ke
Madinah ketika kedudukan umat Islam mulai teguh menyebabkan mereka
bersikap seperti talam dua muka. Maka perbincangan mengenai mereka
bermula selepas Hijrah.

SEMAK KENDIRI 3.1

Terangkan lima perbezaan antara ayat Makkiyyah dan Madaniyyah.

3.3 FAEDAH MENGETAHUI AYAT


MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH
Pengetahuan tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah banyak memberi faedah
kepada umat Islam yang berusaha memahami ayat-ayat al-Quran. Sekarang mari
kita lihat penerangan tentang faedah mengetahui ayat-ayat Makiyyah dan
Madaniyyah oleh para ulama seperti Manna` Khalil al-Qattan.

Pertamanya, ayat Makkiyyah dan Madaniyyah boleh dijadikan sebagai alat


bantuan dalam mentafsirkan al-Quran. Sebabnya, pengetahuan mengenai tempat
turun ayat dapat membantu memahami ayat tersebut dan mentafsirkannya
dengan tafsiran yang benar, sekalipun yang menjadi pegangan ialah pengajaran
ayat berdasarkan lafaznya yang umum, bukan sebabnya yang khusus.
Berdasarkan hal itu, seorang pentafsir dapat membezakan antara ayat yang nasikh
dengan yang mansukh bila antara kedua-dua ayat terdapat makna yang
bercanggah. Justeru, ayat yang datang kemudian tentunya merupakan nasikh atas
yang terdahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH

Faedah yang kedua ialah kita dapat menghayati gaya bahasa al-Quran dan
memanfaatkannya dalam kaedah berdakwah menuju jalan Allah SWT,
memandangkan setiap situasi mempunyai bahasa tersendiri. Malah
memperhatikan apa yang dikehendaki oleh situasi, merupakan cara paling khusus
dalam ilmu retorik.

Gaya bahasa Makkiyyah dan Madaniyyah dalam al-Quran sekiranya diamati


menyebabkan kita dapat memahami kaedah dalam penyampaian dakwah ke jalan
Allah SWT. Kaedah dakwah tersebut yang sesuai dengan kejiwaan lawan
berbicara sehingga dapat menguasai fikiran dan perasaannya serta mengatasi apa
yang ada dalam dirinya dengan penuh kebijaksanaan.

Setiap tahap dakwah mempunyai topik dan pola tersendiri. Pola penyampaian itu
berbeza-beza, sesuai dengan perbezaan tatacara keyakinan dan kondisi
lingkungan. Hal yang demikian nampak jelas dalam berbagai-bagai cara al-Quran
menyeru pelbagai golongan termasuk orang yang beriman, musyrik, munafik dan
ahli kitab.

Menerusi ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah, kita juga dapat mengetahui


sejarah hidup Nabi Muhammad SAW melalui ayat-ayat al-Quran. Sebab turunnya
wahyu kepada Rasulullah ialah selari dengan sejarah dakwah dengan segala
peristiwanya, baik waktu Makkah sebelum Hijrah mahupun waktu Madinah
selepas Hijrah, sejak permulaan turun wahyu sehingga ayat terakhir diturunkan.

Apa yang pasti, al-Quran adalah sumber utama bagi kehidupan Rasulullah SAW
Sejarah hidup Baginda diriwayatkan oleh ahli sejarah harus selari dengan
al-Quran yang telah menjelaskan perkara itu.

AKTIVITI 3.2

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh setelah mengetahui ayat-ayat


Makkiyyah dan Madaniyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH  47

 Majoriti ulama berpendapat ayat Makkiyyah ialah ayat yang diturunkan


sebelum Hijrah. Manakala ayat Madaniyyah adalah yang diturunkan selepas
Hijrah.

 Ayat-ayat al-Quran Makkiyyah dan Madaniyyah mempunyai ciri-cirinya


yang tersendiri sesuai dengan masa turunnya iaitu sebelum dan selepas
Hijrah.

 Faedah-faedah mengetahui ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah adalah


banyak, antaranya sebagai alat bantuan mentafsirkan al-Quran,
menyesuaikannya dengan metode dakwah dan mengetahui sejarah
Nabi Muhammad SAW.

Arafah Makkiyyah
Badar Mina
Fath Makkah Sajdah
HijaÊiyyah Tariq al-Qiyas
Hudaibiyyah Uhud
Madaniyyah

Badr al-Din al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa


al-Baby al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Muhammad Basyuni Fudah. (1988). Al-Murshid al-Wafi fi Ulum al-Quran. Misr:


Matba`ah al-Amanah.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik  Sebab-sebab
Penurunan
4 Ayat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan dengan tepat pengertian sebab nuzul ayat al-Quran;
2. Menjelaskan rupa bentuk dan kepentingan sebab nuzul kepada setiap
muslim dalam memahami kandungan ayat al-Quran;
3. Menghuraikan pembahagian al-Quran berdasarkan sebab nuzul ayat;
dan
4. Mengemukakan pengajaran daripada ayat al-Quran berdasarkan
lafaznya yang umum.

 PENGENALAN
Para pelajar sekalian, kita sekarang akan memasuki topik yang keempat dalam
modul ini. Sebelum ini anda telah didedahkan tentang ulum al-Quran, ayat mula
dan ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga ayat-
ayat Makiyyah dan Madaniyyah. Topik 4 ini akan membawa anda menerokai ilmu
tentang sebab-sebab penurunan ayat al-Quran. Al-Quran diturunkan pasti ada
sebabnya dan tujuannya. Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia
melalui utusan-Nya Muhammad SAW sebagai hidayah dan petunjuk kepada kita.

Antara aspek yang terpenting dalam memahami al-Quran adalah mengetahui


berkenaan dengan asbab al-nuzul atau sebab-sebab penurunan ayat. Perkara ini
ditegaskan oleh al-Wahidi yang mengatakan bahawa sesuatu ayat tidak mungkin
dapat ditafsirkan dengan sempurna tanpa mengetahui latar belakang cerita
mengenainya dan sebab musabab turunnya sesuatu ayat. Justeru itu dalam topik
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  49

ini, kita akan mempelajari pengertian sebab nuzul, rupa bentuk dan kepentingan
sebab nuzul kepada umat Islam. Kita juga akan membincangkan pembahagian
al-Quran dan sumber-sumber bagi mengetahui sebab-sebab penurunan ayat dan
membincangkan aspek pengajaran yang dapat diambil daripada ayat berdasarkan
lafaznya yang umum.

4.1 PENGERTIAN, RUPA BENTUK DAN


KEPENTINGAN MENGETAHUI SEBAB
PENURUNAN AYAT
Pertama sekali, kita akan membincangkan pengertian, rupa bentuk dan
kepentingan mengetahui sebab penurunan ayat.

4.1.1 Definisi Sebab Nuzul


Dalam bahasa Arab, sebab-sebab penurunan ayat disebut sebagai asbab
al-nuzul dalam bentuk jamak atau sabab al-nuzul dalam bentuk mufrad. Menurut
ÂAbd al-ÂAzim al-Zarqani, asbab al-nuzul ialah suatu peristiwa yang menyebabkan
turunnya ayat yang membicarakan perihal peristiwa tersebut atau menjelaskan
hukum pada saat terjadinya peristiwa.

Manakala Dr Subhi al-Salih menyatakan asbab al-nuzul merupakan suatu


peristiwa yang menyebabkan turunnya satu ayat atau beberapa ayat yang
mengandung sebabnya yang tersebut atau sebagai jawapan daripada sebab itu
ataupun untuk menerangkan hukum pada saat terjadinya sesuatu peristiwa.

Justeru, sebab-sebab penurunan ayat atau asbab al-nuzul ialah suatu peristiwa
yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW yang mendorong turunnya ayat bagi
menjelaskan hukum mengenai perkara tersebut ataupun suatu persoalan yang
ditimbulkan kepada Rasulullah SAW dan kemudian bagi menjawab persoalan itu,
Allah SWT telah menurunkan ayat berkaitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

4.1.2 Rupa Bentuk Sebab Nuzul (Penurunan Ayat)


Sebab-sebab penurunan ayat boleh dilihat dalam dua rupa bentuk (lihat Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Dua rupa bentuk sebab nuzul

(a) Sebab Penurunan Ayat yang Berbentuk Peristiwa


Ia dapat dikesan ketika berlaku sesuatu peristiwa, maka al-Quran
diturunkan untuk menceritakan hal keadaan peristiwa tersebut atau hukum
yang terbit daripada peristiwa tersebut. Contohnya adalah seperti apa yang
diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas r.a. apabila turunnya ayat:

∩⊄⊇⊆∪ š⎥⎫Î/tø%F{$# y7s?uϱtã ö‘É‹Ρr&uρ

Maksudnya:
„Dan berikanlah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang
dekat.‰
(Surah as-SyuÊara, 26:214)

Nabi Muhammad SAW pun naik ke Bukit Safa lalu menyeru: „Hai Bani Fihr,
Hai Bani ÂAdiy„ iaitu anak-anak Bani Quraysh, sehingga mereka
berkumpul. Kemudian Baginda SAW berkata: „Apa pandangan kamu,
kalau aku beritahu kamu di sebalik lembah ini ada angkatan berkuda yang
hendak menyerang kamu? Apakah kamu percaya kepada-ku? Mereka
menjawab: „Ya, kerana kami tidak pernah dapati pada engkau kecuali yang
benar‰. Kata Nabi Muhammad SAW, „Sesungguhnya aku ini adalah
seorang pemberi peringatan tentang azab yang dahsyat di hadapan kamu‰.
Lantas Abu Lahab berkata: „Celakalah engkau seluruh hari ini! Adakah
kerana ini engkau mengumpulkan kami?‰ Kemudian turunlah ayat
al-Quran:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  51

∩⊇∪ ¡=s?uρ 5=yγs9 ’Î1r& !#y‰tƒ ôM¬7s?

Maksudnya:
„Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersamanya.‰

(Surah al-Masad, 111:1)

Antara ciri-ciri sebab nuzul dalam bentuk ini adalah:

(i) Peristiwa berkaitan pertengkaran seperti yang terjadi pada kaum Aus
yang bertengkar dengan kaum Khazraj. Ia diceritakan dalam surah
Ali-Imran ayat 100.

(ii) Peristiwa yang berbentuk kesalahan yang serius, seperti yang pernah
terjadi kepada sahabat Nabi Muhammad SAW yang menjadi imam
dalam solat. Dalam satu riwayat dijelaskan bahawa Abdul Rahman
bin Awf mengundang Ali bin Abi Talib bersama sahabat lain menjamu
selera. Kemudian dihidangkan khamar hingga mereka semua mabuk.
Apabila tiba waktu solat, Ali menjadi imam, lalu tersalah membaca
surah al-Kafirun dan kesalahannya cukup serius. Maka turunlah ayat
43, surah an-NisaÊ.

(iii) Peristiwa yang menyentuh tentang cita-cita dan keinginan. Contohnya


dapat dilihat melalui peristiwa yang terjadi kepada Umar bin
al-Khattab r.a. yang mempunyai cita-cita dan keinginan terhadap
sesuatu perkara. Lalu diturunkan ayat al-Quran bersesuaian dengan
peristiwa tersebut. Ia dapat dilihat dalam tafsiran ayat 125, surah
al-Baqarah, ayat 35, surah al-Ahzab dan ayat 5, surah al-Tahrim.

(b) Sebab Penurunan Ayat yang Berbentuk Pertanyaan


Sebab nuzul dalam bentuk ini membawa maksud Rasulullah SAW ditanya
tentang sesuatu, lalu Allah SWT menurunkan ayat al-Quran berkaitan untuk
menerangkan hukum yang terdapat dalamnya dan sebagai jawapan
terhadap persoalan yang timbul. Contohnya adalah seperti yang berlaku
terhadap seorang wanita yang bernama Khawlah binti Tha'labah yang
diziharkan oleh suaminya ÂAws bin al-Samit. Kemudian Khawlah
mengadukan hal itu kepada Rasulullah SAW dan baginda menjawab
bahawa dalam hal ini belum ada keputusan daripada Allah SWT. Khawlah
berulang-ulang mendesak Rasulullah SAW supaya menetapkan satu
keputusan sehinggalah turun ayat ini:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

ßìyϑó¡tƒ ª!$#uρ «!$# †n<Î) þ’Å5tGô±n@uρ $yγÅ_÷ρy— ’Îû y7ä9ω≈pgéB ©ÉL©9$# tΑöθs% ª!$# yìÏϑy™ ô‰s%

∩⊇∪ îÅÁt/ 7ì‹Ïÿxœ ©!$# ¨βÎ) 4 !$yϑä.u‘ãρ$ptrB

Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan
perempuan yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai
suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang
menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu
berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.‰
(Surah al-Mujadilah, 58:1)

Antara ciri-ciri sebab nuzul dalam bentuk ini adalah:

(i) Pertanyaan yang diajukan oleh seseorang atau kelompok yang


mempunyai kaitan dengan sesuatu perkara atau peristiwa yang sudah
berlalu. Contohnya pertanyaan orang Yahudi tentang Zulqarnain.
Sebagai jawapan maka turunlah ayat 83, surah al-Kahf.

(ii) Pertanyaan terhadap sesuatu peristiwa yang sedang terjadi.


Contohnya pertanyaan para sahabat tentang tindakan yang dilakukan
oleh orang-orang Yahudi terhadap isteri mereka yang didatangi haid.
Sebagai jawapan maka turunlah ayat 222, surah al-Baqarah.

(iii) Pertanyaan terhadap sesuatu yang ada hubungannya dengan perkara


yang akan datang. Contohnya pertanyaan orang kafir tentang bila
berlakunya Kiamat. Sebagai jawapan maka turunlah ayat 187, surah
al-AÊraf.

4.1.3 Kepentingan Mengetahui Sebab Nuzul


Sesungguhnya banyak faedah yang kita peroleh hasil daripada mengetahui sebab
nuzul ayat. Ibn Daqiq al-ÂId menyatakan bahawa penjelasan mengenai asbab al-
nuzul merupakan jalan yang kukuh untuk mengetahui dan memahami ayat al-
Quran. Manakala Ibn Taymiyyah menyebut bahawa mengetahui sebab
penurunan ayat membantu untuk memahami ayat tersebut kerana sesungguhnya
dengan mengetahui sebab turunnya ayat akan menghasilkan pengetahuan
tentang maksud sebenar ayat. Contohnya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  53

∩⊇⊇∈∪ ÒΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ©!$# χÎ) 4 «!$# çμô_uρ §ΝsVsù (#θ—9uθè? $yϑuΖ÷ƒr'sù 4 Ü>ÌøópRùQ$#uρ ä−Ìô±pRùQ$# ¬!uρ

Maksudnya:
„Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap
di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha
Mengetahui.‰
(Surah al-Baqarah, 2:115)

Seandainya seseorang itu tidak mengetahui sebab penurunan ayat tersebut, sudah
pasti mereka akan bersolat menghadap ke mana sahaja kerana berpegang kepada
zahir ayat ini. Sedangkan bagi mereka yang mengetahui sebab penurunan ayat ini
pasti tahu bahawa ia diturunkan bagi mereka yang berada dalam kesulitan seperti
berada di atas kenderaan dan sebagainya. Ia bukan bermaksud kita boleh bersolat
tanpa menghadap ke arah kiblat dalam semua keadaan.

Selain itu, faedah-faedah lain yang kita dapat peroleh hasil daripada mengetahui
sebab penurunan ayat adalah seperti berikut:

(a) Membuang kekeliruan dalam mentafsirkan ayat kerana apabila seseorang


itu jahil mengenainya akan berlaku kekeliruan. Mereka juga tidak dapat
mengetahui hikmah penurunan ayat tersebut.

(b) Mengetahui pensyariatan sesuatu hukum. Melaluinya kita dapat


mengetahui bahawa Syariat Islam memberi perhatian yang serius terhadap
kepentingan umum, terutamanya apabila berhadapan dengan sesuatu
peristiwa.

(c) Membantu mengkhususkan hukum yang diturunkan dengan sebab yang


terjadi apabila hukum tersebut dinyatakan dengan lafaz umum.

(d) Membantu seseorang menghafaz al-Quran.

(e) Membantu seseorang untuk mentafsirkan al-Quran berdasarkan peristiwa


sebenar.

(f) Membantu ahli tafsir dan ahli fikah untuk mengistinbatkan hukum.

(g) Mengetahui kepada siapa ayat tersebut ditujukan dan tentang apa ayat
tersebut diturunkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sebab nuzul?

2. Nyatakan dua rupa bentuk sebab nuzul serta contohnya-


contohnya.

3. Jelaskan beberapa faedah yang anda peroleh hasil daripada


mengetahui sebab nuzul.

4.2 PEMBAHAGIAN AL-QURAN DAN


SUMBER-SUMBER BAGI MENGETAHUI
SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT
Mari kita teruskan perbincangan kita dengan pembahagian al-Quran dan sumber-
sumbernya.

4.2.1 Pembahagian al-Quran Berdasarkan Sebab


Penurunan Ayat
Penurunan al-Quran berdasarkan sebab nuzul boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian. Cuba anda lihat Rajah 4.2 untuk mengetahui bahagian-bahagian
tersebut.

Rajah 4.2: Tiga pembahagian al-Quran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  55

(a) Satu Ayat Mempunyai Satu Sabab al-Nuzul


Bagi jenis yang pertama ini, ia merupakan satu ayat diturunkan untuk satu
sabab al-nuzul sahaja. Kebiasaannya ia diturunkan untuk menjelaskan
mengenai sesuatu peristiwa. Ia berlaku pada sesetengah ayat yang telah
diturunkan dengan banyak riwayat yang menghubungkannya dengan
asbab al-nuzul yang lain.

(b) Satu Ayat Mempunyai Beberapa Sabab al-Nuzul


Satu ayat mempunyai beberapa riwayat mengenai sabab al-nuzul. Dalam
sesetengah keadaan, tidak semua riwayat ini diterima dan ada kalanya
hanya satu riwayat sahaja yang diterima.

Terdapat beberapa penyelesaian yang diambil oleh ahli tafsir dalam


menghadapi riwayat-riwayat sebegini. Penyelesaian tersebut adalah seperti
berikut:

(i) Sekiranya satu riwayat itu mempunyai dua riwayat, maka para ulama
menetapkan asbab al-nuzul dengan mentarjihkan salah satu riwayat
daripada riwayat yang lain. Ini bermakna ulama akan mengambil
riwayat yang paling sahih dan menolak riwayat yang tidak sahih.

(ii) Apabila terdapat pula dua riwayat yang sahih yang diterima, namun
ia masih lagi boleh ditarjihkan salah satunya dengan mengambil yang
lebih sahih sama ada dengan melihat perawinya hadir dalam peristiwa
itu dan sebagainya.

(iii) Terdapat dua riwayat yang sama-sama sahih dan tidak ditemui
penguat (murajjih) terhadap salah satu daripada kedua-dua riwayat
tersebut sehingga tidak dapat dilakukan pentarjihan. Dalam hal ini,
boleh diharmonikan dengan ketetapan bahawa ayat itu turun setelah
terjadinya dua peristiwa dan masanya berhampiran. Peristiwa seperti
ini, cara penyelesaiannya adalah dengan menganggap bahawa ayat
tersebut turunnya didahului dengan beberapa sebab. Ibn Hajar
menyebut, tidaklah menjadi masalah terjadinya berbilang sebab
dalam satu ayat.

(iv) Terdapat juga riwayat yang sahih keduanya dan tidak ditemui
petunjuk yang mengarahkan kepada pentarjihan dan tidak mungkin
dapat diharmonikan untuk dijadikan asbab al-nuzul secara bersama
disebabkan waktu terjadinya peristiwa itu jauh berbeza, maka cara
penyelesaiannya adalah dengan menganggap bahawa ayat tersebut
berulang kali turun sebanyak sebab-sebabnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

(c) Beberapa Ayat Mempunyai Satu Sabab al-Nuzul


Bahagian ini pula bermaksud banyak penurunan ayat tetapi hanya
mengenai satu sebab penurunan sahaja. Keadaan ini menunjukkan bahawa
persoalan itu sangat penting, kerana walaupun mengenai satu persoalan
tetapi telah diturunkan banyak ayat mengenainya. Contohnya, ada satu
peristiwa yang menyebabkan turunnya ayat 74, surah at-Taubah dan ayat
18, surah al-Mujadilah:
َّ َ َ َّ َّ َّ ُ َ َ َ َ َّ َ ْ َ ‫خ َر َج ُه ابْ ُن َجر‬ ْ َ
‫ كن َر ُسول ا ِ ِ َصل ا ُ عليْهِ َو َسل َم‬:‫اس قال‬ ٍ ‫ير ع ِن اب ِن عب‬ ٍ ِ ‫أ‬
َ‫ن َشيْ َطان َف َطلَع‬ ٌ َ ْ ْ ُ ْ َ َ ُ َّ َ َ َ َ ْ ُ ّ
َ ْ‫ان َينْ ُظ ُر ب َعي‬
ٍ ْ ِ ‫ إِنه سيأتِيكم إِنس‬:‫َجال ًِسا ِف ظ ِِل حجر ٍة فقال‬

‫ت‬ َ ْ ‫ول ا ِ َّ ِ َص َّل ا َّ ُ َعلَيْهِ َو َس َّل َم َف َق َال َع َ َم ت َ ْش ُت ُمن َأن‬ُ َُ ُ َ ََ ََُْ ٌُ َ


‫رجل أزرق فدعه رس‬
ِ
َ َ‫الر ُج ُل فجاء بأصحابه فَ َحلَ ُفوا با ِ َّ ِ َما قَالُوا َح َّت َت‬ َ ُ َ ْ ََ
َّ ‫ك؟ فَانْ َطلَ َق‬
‫او َز‬ ِ ‫وأصحاب‬
َ ْ ُ َ َّ َ ُ ْ َ َّ َ ْ َ َ ْ َ
‫ }يل ِفون بِا َما قالوا{ اليَة‬: ُ ‫عن ُه ْم فأن َزل ا‬
Maksudnya:
Pada suatu hari, Rasulullah SAW duduk di bawah pohon rendang, tiba-tiba
Baginda berkata: „Akan datang kepada kamu seorang manusia yang
melihat kepada kamu dengan pandangan kedua mata syaitan.‰ Tidak lama
kemudian muncullah seorang yang bermata biru. Rasulullah SAW
memanggilnya, lalu bertanya: „Kenapakah engkau dan teman-teman
engkau memaki hamun diriku?‰ Orang itu pergi kemudian kembali lalu
membawa teman-temannya. Mereka bersumpah demi Allah tidak lagi
memaki hamun Rasulullah SAW dan Baginda kemudian pergi, lalu
turunlah ayat 74, surah at-Taubah.

Al-Hakim dan Ahmad juga meriwayatkan hadis seperti di atas kemudian


mereka menegaskan maka Allah SWT menurunkan ayat 18-19, surah
al-Mujadilah. Justeru itu, dapatlah ditegaskan bahawa penurunan al-Quran
boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu penurunan yang tidak
didahului dengan apa-apa sebab dan penurunan yang didahului dengan
sebab-sebab tertentu. Penurunan dengan sebab-sebab tertentu pula boleh
diperincikan lagi kepada beberapa jenis seperti yang telah dibincangkan
sebelum ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  57

4.2.2 Sumber-sumber bagi Mengetahui Sebab-sebab


Penurunan Ayat
Kita tidak mungkin dapat mengetahui sebab penurunan ayat dengan hanya
menggunakan ketajaman akal fikiran semata-mata. Satu-satunya jalan untuk
mengetahuinya adalah melalui penelitian sejarah dan riwayat-riwayat yang
makbul atau diterima yang berbentuk pendengaran dan penyaksian langsung
para sahabat terhadap peristiwa-peristiwa yang menjadi penyebab kepada
turunnya ayat. Sahabat adalah individu yang berperanan besar dalam
memberikan maklumat dan gambaran tentang peristiwa turunnya ayat.
Berhubung persoalan ini, al-Wahidi menyebutkan bahawa:

َ ْ َّ ُ َ َ ْ َّ ِ َ َّ َ َ َ ّ َّ َ ْ ُ َ ْ َ ُ ْ َ ْ ُّ َ َ َ
‫نيل‬ ‫ال‬ ‫وا‬‫د‬ ‫اه‬ ‫ش‬ ‫ن‬ ‫ِم‬
‫م‬ ‫اع‬ ‫م‬ ‫الس‬‫و‬ ‫ة‬
ِ ‫اي‬‫و‬ ‫الر‬ ‫ب‬ ‫إ‬ ‫اب‬ ‫ِت‬‫ك‬ ‫ال‬ ‫ل‬ ‫و‬‫ز‬ُ ‫ن‬ ‫اب‬ ‫ب‬ ‫س‬ ‫أ‬ ‫ف‬ ‫ل‬ ‫و يِل القو‬
ِ ِ ِ ِ ، ِ ِ ِ ِ
َ ّ ُّ َ َ َ ْ ْ َ َُ ََ َ ْ َْ ََ ََُ َ
‫ب‬ِ ‫الط‬ِ ‫ وبحثوا عن عِل ِمها وجدوا ِف‬،‫اب‬ ِ ‫ووقفوا السب‬
Maksudnya:
„Tidak boleh seseorang itu menyatakan satu pendapat mengenai asbab al-Nuzul
melainkan dengan bersandarkan riwayat dan pendengaran daripada mereka
yang menyaksikan penurunan ayat dan mengetahui sebabnya serta berusaha
bersungguh-sungguh untuk menelitinya.‰

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sahabat merupakan generasi yang beruntung
kerana dapat menyaksikan sendiri turunnya ayat-ayat al-Quran. Namun begitu
ini tidak bermakna semua sahabat dapat menyaksikan turunnya setiap ayat dan
mengetahui semua sebab turunnya ayat walaupun terdapat lafaz sumpah
beberapa sahabat seperti Saidina Ali r.a., Ibn Mas`ud dan beberapa sahabat lain
yang menunjukkan seolah-olah mengetahui semua sebab penurunan ayat.

Ini adalah disebabkan al-Quran diturunkan dalam tempoh yang panjang dan di
tempat yang berbeza. Menurut Dr Subhi al-Salih, ada beberapa kemungkinan para
sahabat mengeluarkan penyataan seperti itu. Antaranya adalah untuk
menunjukkan perhatian mereka terhadap al-Quran dan segala yang berkaitan
dengannya seperti asbab al-nuzul. Oleh itu, ucapan tersebut hanyalah sekadar
untuk mubalaghah sesuai dengan kebiasaan orang Arab. Ada juga kemungkinan
mereka tidak pernah mengucapkan hal tersebut kerana hal ini dapat memberikan
kesan yang negatif terhadap keperibadian mereka dan bertentangan dengan
keperibadian unggul para sahabat Rasulullah SAW yang terkenal dengan
ketakwaannya. Tetapi kemungkinan ucapan tersebut hanyalah tambahan yang
diberikan oleh periwayat dan kemudian dikatakan berasal daripada mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

Selain itu, mereka juga terdorong dengan iktikad yang baik terhadap apa yang
mereka dengar dan apa yang mereka saksikan tentang ayat-ayat al-Quran pada
zaman Nabi Muhammad SAW. Mereka juga terdorong oleh keinginan agar umat
Islam mengambil sesuatu yang mereka ketahui tentang al-Quran agar ilmu
mereka tidak hilang selepas mereka meninggal dunia.

Mengenai riwayat tabiÊin pula, diketahui bahawa mereka berguru dan mengambil
ilmu secara langsung daripada para sahabat Rasulullah SAW. Sesuatu riwayat
atau ucapan mereka tidak dikira sebagai sahih melainkan jika terdapat hadis
mursal lain yang menguatkannya. Hadis ini pula hendaklah diriwayatkan oleh
seorang imam tabiÊin yang mana riwayat mereka sentiasa diambil daripada
sahabat seperti ÂIkrimah, Mujahid, SaÊid bin Jubayr, ÂAtaÊ dan lain-lain.

Para ulama salaf begitu mengambil berat dan begitu teliti dalam meriwayatkan
riwayat berkenaan sebab penurunan ayat dan mereka hanya mengambil riwayat
yang sahih sahaja dan diyakini sumbernya. Ini kerana apabila terjadinya
penyelewengan dalam menyampaikan maklumat mengenai riwayat sebab
penurunan ayat atau maklumat yang disampaikan adalah palsu dan salah, maka
akan berlaku penyelewengan dalam pentafsiran. Sebagaimana yang ditegaskan
bahawa ilmu asbab al-Nuzul amat berkait rapat dengan ilmu tafsir. Justeru
implikasi yang buruk akan berlaku dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran
sekiranya pemalsuan dan penyelewengan maklumat berlaku dalam riwayat asbab
al-nuzul.

Tentang riwayat-riwayat yang menerangkan sebab penurunan ayat, didapati


bahawa terdapatnya pelbagai riwayat yang berbeza yang tidak berasal daripada
satu riwayat sehingga memerlukan kepada penelitian dan pengkajian yang teliti.
Keterangan dan riwayat asbab al-nuzul tidak semuanya dapat diterima. Justeru
itu, riwayat-riwayat yang tidak diterima ada kalanya disebabkan tidak sesuai
dengan fakta sejarah, tidak rasional, adanya unsur-unsur atau kesan yang
berlebih-lebihan sehingga tidak sesuai dengan tuntutan agama dan lain-lain lagi.

Bagi mendapatkan riwayat-riwayat asbab al-nuzul yang sahih dan diterima, maka
kita perlu memerhatikan kriteria-kriteria berikut:

(a) Riwayat tersebut langsung diterima daripada Rasulullah SAW;

(b) Riwayat yang diterima daripada sahabat Rasulullah SAW iaitu orang yang
pernah menyaksikan secara langsung turunnya ayat atau mendengar
daripada sahabat lain. Riwayat yang seperti ini dihukum marfuÊ;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  59

(c) Riwayat daripada tabiÊin yang langsung meriwayatkan daripada Rasulullah


SAW (hadis mursal) dengan syarat dikuatkan oleh hadis mursal yang lain;
dan

(d) Mencari riwayat yang kuat dengan cara mentarjih salah satu riwayat.

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Jelaskan maksud kenyataan berikut:

(a) Satu ayat mempunyai satu sabab al-nuzul.

(b) Satu ayat mempunyai beberapa sabab al-nuzul.

(c) Beberapa ayat mempunyai satu sabab al-nuzul.

2. Nyatakan cara-cara yang betul untuk mengetahui sebab


penurunan sesuatu ayat.

4.3 PENGAJARAN DARIPADA AYAT


BERDASARKAN LAFAZNYA YANG UMUM,
BUKAN SEBABNYA YANG KHUSUS
Seterusnya, kita akan mempelajari pengajaran daripada ayat berdasarkan lafaz.

4.3.1 Adakah Pengajaran daripada Ayat Berdasarkan


Lafaznya yang Umum atau Sebabnya yang
Khusus?
Jika terdapat persesuaian antara ayat yang diturunkan dengan sebab turunnya
ayat, dari aspek keumumannya dan kekhususannya iaitu ayat yang turun bersifat
umum, sedangkan sebab turunnya juga bersifat umum atau sebaliknya. Ayat yang
turun bersifat khusus sementara penyebab turunnya juga bersifat khusus. Maka
ketetapan para ulama adalah dengan menerapkan yang umum menurut
keumumannya dan yang khusus menurut kekhususannya. Contohnya adalah
seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

(a) Yang Umum Diterapkan kepada Keumumannya


Firman Allah SWT:

Ÿωuρ ( ÇÙŠÅsyϑø9$# ’Îû u™!$|¡ÏiΨ9$# (#θä9Í”tIôã$$sù “]Œr& uθèδ ö≅è% ( ÇÙŠÅsyϑø9$# Ç⎯tã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

©!$# ¨βÎ) 4 ª!$# ãΝä.ttΒr& ß]ø‹ym ô⎯ÏΒ ∅èδθè?ù'sù tβö£γsÜs? #sŒÎ*sù ( tβößγôÜtƒ 4©®Lym £⎯èδθç/tø)s?

∩⊄⊄⊄∪ š⎥⎪ÌÎdγsÜtFßϑø9$# =Ïtä†uρ t⎦⎫Î/≡§θ−G9$# =Ïtä†

Maksudnya:
„Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah haid itu suatu
kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita
pada waktu haid sehingga mereka suci. Maka apabila mereka telah suci,
campurilah mereka di tempat yang telah diperintahkan oleh Allah kepada-
mu. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertaubat dan
menyucikan diri.‰
(Surah al-Baqarah, 2:222)

Ayat di atas diturunkan Allah SWT sebagai jawapan terhadap pertanyaan


yang disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh sahabat tentang perilaku
orang Yahudi ketika berhadapan dengan wanita yang didatangi haid. Di
dalam satu riwayat diceritakan oleh Anas r.a. bahawa orang Yahudi jika
wanita-wanita mereka didatangi haid, maka mereka tidak mahu makan dan
minum bersama dan tidak mahu melayan mereka di rumah. Ketika
Rasulullah SAW ditanya mengenai hal tersebut maka Allah SWT
menurunkan ayat di atas.

Allah SWT menurunkan ayat di atas adalah bersifat umum, begitu juga
dengan sebab turunnya bersifat umum. Oleh sebab itu, ayat tersebut
digunakan sesuai dengan keumumannya.

(b) Yang Khusus Diterapkan kepada Kekhususannya


Firman Allah SWT:

7πyϑ÷èÏoΡ ⎯ÏΒ …çνy‰ΨÏã >‰tnL{ $tΒuρ ∩⊇∇∪ 4’ª1u”tItƒ …ã&s!$tΒ ’ÎA÷σム“Ï%©!$# ∩⊇∠∪ ’s+ø?F{$# $pκâ:¨Ζyfã‹y™uρ

∩⊄⊇∪ 4©yÌötƒ t∃öθ|¡s9uρ ∩⊄⊃∪ 4’n?ôãF{$# ÏμÎn/u‘ Ïμô`uρ u™!$tóÏGö/$# ωÎ) ∩⊇®∪ #“t“øgéB

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  61

Maksudnya:
„Dan kelak akan dijauhkan orang-orang yang paling bertakwa itu dari api
neraka. Iaitu mereka yang menafkahkan hartanya di jalan Allah untuk
membersihkannya, padahal tidak seorang pun yang memberikan suatu
nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi ia memberikan itu semua
semata-mata kerana mencari keredaan Allah SWT Tuhan yang Maha
Tinggi. Dan kelak ia benar-benar akan mendapat kepuasannya.‰
(Surah al-Layl, 92:17−21)

Berhubung dengan ayat di atas, terdapat satu riwayat daripada ÂUrwah


bahawa Abu Bakr telah memerdekakan beberapa orang hamba sahaya yang
diseksa kerana membela agama Allah SWT, iaitu Bilal, Amir bin Fuhayrah,
Nahdiyyah dan anak perempuannya, Ummu Isa dan hamba sahayanya Bani
Mawil. Untuk itu turunlah ayat ini sehingga akhir surah.

Ayat di atas turun secara khusus, begitu juga penyebabnya bersifat khusus.
Dengan demikian lafaz yang bersifat umum mencakup semua orang,
sedangkan lafaz yang khusus turunnya dan sebabnya juga khusus akan
terbatas pada individu yang menjadi sebab kepada turunnya ayat itu.
Perkara ini telah menjadi persepakatan ulama.

Jika terjadi perbezaan antara ayat yang diturunkan dengan sebab yang
menjadi latar belakang turunnya ayat, iaitu jika ayat yang turun bersifat
umum sedangkan penyebab turunnya bersifat khusus, maka ia akan
menimbulkan persoalan. Penyelesaiannya menurut jumhur ulama adalah
dengan menjadikan lafaz yang umum sebagai panduan dan bukan sebabnya
yang bersifat khusus. Oleh sebab itu, hukum yang diambil daripada ayat
yang bersifat umum itu tidak sahaja diterapkan kepada pelaku sebab secara
khusus, bahkan meliputi kepada yang lain sehingga menjangkau kepada
orang yang mengalami kes yang seumpama dengan sebab penurunan ayat.
Majoriti ulama berpandukan kepada kaedah:

‫ب‬ َ َّ ُ
ِ ‫ِب ُص‬
ْ َّ َ ْ ِ‫الْع‬
ِ ‫بةُ ب ِ ُع ُم‬
ِ ‫وص السب‬ ‫وم اللف ِظ‬

Maksudnya:
„Pengajaran daripada ayat berdasarkan lafaznya yang umum, bukan
sebabnya yang khusus.‰

Berdasarkan kepada kaedah tersebut, maka hukum dalam sesuatu ayat yang
bersifat umum akan menjangkau kepada semua individu, baik individu
daripada sebab itu sendiri mahupun individu di luar daripada pelaku sebab
turunnya ayat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
62  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

Sebagai contoh dapat dilihat melalui ayat 3 surah al-Mujadilah yang


menceritakan berkenaan dengan Aws bin al-Samit yang telah menziharkan
isterinya. Peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh isterinya
Khawlah binti Tha`labah sehinggalah turunnya ayat al-Quran menjelaskan
hukum zihar terhadap pelakunya:

βr& È≅ö6s% ⎯ÏiΒ 7πt7s%u‘ ãƒÌóstGsù (#θä9$s% $yϑÏ9 tβρߊθãètƒ §ΝèO öΝÍκÉ″!$|¡ÎpΣ ⎯ÏΒ tβρãÎγ≈sàムt⎦⎪Ï%©!$#uρ

4 $¢™!$yϑtFtƒ

Maksudnya:
„Orang yang menziharkan isterinya kemudian mereka telah menarik
kembali apa yang mereka ucapkan, maka wajib atasnya memerdekakan
seorang hamba sahaya sebelum kedua-dua suami isteri itu bercampur.‰
(Surah al-Mujadilah, 58:3)

Penyebab turunnya ayat ini berupa peristiwa yang khusus iaitu peristiwa
yang terjadi kepada Aws bin al-Samit dan isterinya. Sedangkan ayat yang
turun yang menceritakan peristiwa ini datang dengan sifat yang umum.
Pada ayat tersebut dan seterusnya diterangkan tentang kifarah zihar, iaitu
dengan memerdekakan seorang hamba sahaya atau berpuasa dua bulan
berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin.

Di samping jumhur ulama, terdapat kelompok lain yang mempunyai


pandangan yang agak berbeza. Mereka mempunyai kaedah tersendiri yang
digunakan untuk memahami persoalan ini. Kaedah tersebut adalah:

ْ َّ ُ َْ ْ
ِ ‫ب ِ ُع ُم‬
‫وم اللف ِظ‬ ‫ب‬ َ َّ ِ ‫بةَ ِب ُص‬
ِ ‫وص السب‬ ‫ال ِع‬

Maksudnya:
„Pengajaran daripada ayat berdasarkan sebabnya yang khusus bukan
lafaznya yang umum.‰

Menurut pendapat minoriti ulama ini, ayat yang diturunkan oleh Allah SWT
kerana sesuatu peristiwa yang menyebabkan ayat itu diturunkan hanya
berlaku kepada si pelaku sahaja dan tidak menjangkau kepada peristiwa
lain yang mempunyai bentuk kejadian dan peristiwa yang sama. Selain itu,
mereka juga berpendapat bahawa salah satu faedah mengetahui sabab
al-nuzul adalah untuk takhsis ayat hukum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT  63

Dalam hal ini, Ibn Taymiyyah berkata, „Sungguhpun ulama berbeza


pendapat mengenai lafaz umum yang datang mengenai sebab yang khusus,
adakah lafaz itu terbatas kepada sebab itu sahaja atau juga meluas kepada
sebab lain? Namun begitu tidak seorang pun daripada mereka yang berkata
bahawa ayat-ayat al-Quran dan hadis hanya terbatas kepada orang-orang
tertentu sahaja yang terlibat dalam sebab asalnya. Maksud mereka bahawa
ayat-ayat itu tertentu kepada semua jenis manusia yang terlibat tetapi ia
umum meliputi semua manusia yang terlibat dalam kejadian yang sama.
Jadi pengertian umum itu bukanlah berdasarkan lafaz itu. Begitulah setiap
ayat yang mempunyai sabab al-nuzul yang tertentu, sama ada ayat perintah
atau tegah, maka ia umum meliputi orang tertentu itu, juga orang lain yang
sejenis dengannya.‰

SEMAK KENDIRI 4.3

Huraikan maksud kaedah berikut:

(a) Pengajaran daripada ayat berdasarkan lafaznya yang umum,


bukan sebabnya yang khusus dan kemukakan contohnya.

(b) Pengajaran daripada ayat berdasarkan sebabnya yang khusus


bukan lafaznya yang umum dan kemukakan contohnya.

 Asbab al-nuzul merupakan suatu ilmu yang memperkatakan tentang


peristiwa yang menyebabkan turunnya ayat, persoalan yang dikemukakan
kepada Nabi Muhammad SAW yang mendorong turunnya ayat al-Quran
sebagai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

 Asbab al-nuzul mempunyai disiplin dan kaedah yang tersendiri seperti


pembahagian bentuk, ungkapan-ungkapannya, sumber-sumbernya dan
kaedah pemahaman ayat yang mempunyai asbab al-nuzul.

 Kaedah tentang asbab al-nuzul ini sangat penting untuk difahami secara
mendalam agar pentafsiran ayat dan istinbat hukum bersesuaian dengan
sebab yang melatari penurunan ayat.

 Pemahaman terhadap kaedah asbab al-nuzul ini akan mengelakkan daripada


berlakunya penyelewengan dalam mentafsirkan al-Quran dan berhujah
dengan dalil al-Quran yang salah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT

Bani ÂAdiy Murajjih


Bani Mawil Nahdiyyah
Hadis mursal Ummu Isa
Kifarah zihar Takhsis ayat hukum
Mentarjih Zihar
Mubalaghah

Badr al-Din al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa


al-Baby al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penurunan
al-Quran
5
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan bentuk-bentuk penurunan al-Quran secara serentak dan
beransur-ansur;
2. Menghuraikan tentang penurunan al-Quran berasaskan pandangan
para ulama; dan
3. Menerangkan rahsia-rahsia di sebalik penurunan al-Quran dalam dua
bentuk itu.

 PENGENALAN
Selamat berjumpa kembali. Sebelum ini anda telah pun didedahkan dengan sebab-
sebab penurunan ayat. Oleh yang demikian, kita akan bersama-sama semula
dalam topik ini mempelajari dengan lebih lanjut tentang penurunan al-Quran.

Tahukah anda bahawa penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW


adalah bertujuan untuk memberi panduan dan hidayah kepada umat
keseluruhannya? Bagi mencapai tujuan itu, Allah SWT menyediakan
pendekatannya yang tersendiri dalam penurunan al-Quran itu. Pertama,
al-Quran diturunkan secara serentak ke Luh Mahfuz dan Bayt al-Izzah dan kedua
diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW. Tujuannya
adalah supaya al-Quran yang diturunkan itu diterima, diimani dan diamalkan
dengan mudah. Beberapa aspek inilah yang akan kita bincangkan dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN

5.1 SECARA SERENTAK


Penurunan al-Quran secara serentak ke Luh Mahfuz dan Bayt al-Izzah di langit
dunia adalah pada malam Lailatul Qadar. Ia merupakan pemasyhuran kepada
makhluk di alam tersebut yang terdiri daripada para malaikat akan kemuliaan
al-Quran. Kalam Allah SWT terakhir untuk Nabi terakhir dan ia juga untuk
memaklumkan kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW yang dimuliakan dengan
penurunan al-Quran. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran
menerusi firmanNya:

4 Èβ$s%öàø9$#uρ 3“y‰ßγø9$# z⎯ÏiΒ ;M≈oΨÉit/uρ Ĩ$¨Ψ=Ïj9 ”W‰èδ ãβ#u™öà)ø9$# ÏμŠÏù tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$# tβ$ŸÒtΒu‘ ãöκy−

Maksudnya:
„Bulan Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran
sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan tentang petunjuk itu
dan pembeda antara yang hak dan yang batil.‰
(Surah al-Baqarah, 2:185)

Dan firman Allah SWT:

∩⊇∪ Í‘ô‰s)ø9$# Ï's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.‰

(Surah al-Qadr, 97:1)

Firman Allah SWT lagi:

∩⊂∪ z⎯ƒÍ‘É‹ΖãΒ $¨Ζä. $¯ΡÎ) 4 >πx.t≈t6•Β 7's#ø‹s9 ’Îû çμ≈oΨø9t“Ρr& !$¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan
sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.‰
(Surah ad-Dukhan, 44:3)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN  67

Ketiga-tiga ayat di atas menjelaskan tentang perkara tersebut. Penyataannya tidak


bercanggah di antara satu sama lain, kerana malam yang diberkati adalah malam
Lailatul Qadar dalam bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, zahir ayat itu
bertentangan dengan realiti sebenar yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW,
di mana al-Quran diturunkan kepada Baginda selama 23 tahun. Justeru dalam
menangani persoalan ini, para ulama terbahagi kepada dua aliran utama seperti
berikut:

(a) Aliran Pertama Berpendapat al-Quran Diturunkan Secara Sekali Gus


(Jumlah Wahidah) dan Beransur-ansur (Munajjaman)
Ia adalah pendapat Ibn `Abbas dan ulama yang sealiran dengannya. Mereka
berpendapat yang dimaksudkan dengan turunnya al-Quran dalam ketiga-
tiga ayat di atas ialah turunnya al-Quran sekali gus ke Bayt al-Izzah di langit
dunia agar para malaikat menghormati kebesarannya.

Selepas itu al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara


beransur-ansur selama 23 tahun selari dengan peristiwa dan kejadian sejak
Baginda diutus sebagai rasul sehingga saat kewafatannya. Ibn `Abbas
berkata: „Al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia pada malam
Lailatul Qadar. Kemudian, ia diturunkan selama 20 tahun‰. Lalu dia
membaca ayat berikut:

∩⊂⊂∪ #·Å¡øs? z⎯|¡ômr&uρ Èd,ysø9$$Î/ y7≈oΨ÷∞Å_ ωÎ) @≅sVyϑÎ/ y7tΡθè?ù'tƒ Ÿωuρ

Maksudnya:
„Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang
ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang
paling baik penjelasannya.‰
(Surah al-Furqan, 25:33)

(b) Al-Quran Diturunkan Secara Beransur-ansur


Ia adalah pendapat ulama berasaskan hujah yang diriwayatkan oleh
al-Sya`bi. Mereka berpendapat yang dimaksudkan dengan turunnya
al-Quran dalam ketiga-tiga ayat di atas ialah permulaan turunnya al-Quran
kepada Rasulullah SAW di mana permulaan turunnya al-Quran itu dimulai
pada malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadan yang merupakan malam
yang penuh berkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN

Kemudian turunnya berlanjutan sesudah itu secara beransur-ansur sesuai


dengan kejadian dan peristiwa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW
selama lebih kurang 23 tahun. Dengan demikian al-Quran hanya diturunkan
dalam satu bentuk penurunan iaitu secara beransur-ansur kepada
Rasulullah SAW seperti yang dinyatakan oleh al-Quran:

∩⊂⊂∪ #·Å¡øs? z⎯|¡ômr&uρ Èd,ysø9$$Î/ y7≈oΨ÷∞Å_ ωÎ) @≅sVyϑÎ/ y7tΡθè?ù'tƒ Ÿωuρ

Maksudnya:
„Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang
ganjil, melainkan kami datangkan kepadamu suatu yang benar dan yang
paling baik penjelasannya.‰
(Surah al-Furqan, 25:33)

(c) Al-Quran Diturunkan ke Langit Dunia Selama 23 Malam Lailatul Qadar


Jumlah wahyu yang diturunkan pada setiap malamnya selama malam-
malam Lailatul Qadar itu berdasarkan apa yang ditentukan Allah SWT
untuk diturunkan pada setiap tahun. Jumlah wahyu yang diturunkan ke
langit dunia pada malam Lailatul Qadar untuk masa setahun penuh itu
kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW
sepanjang tahun. Aliran ini adalah hasil ijtihad sebahagian mufassir yang
tidak disokong dalil-dalil yang kukuh.

SEMAK KENDIRI 5.1

1. Apakah maksud turunnya al-Quran secara serentak?

2. Jelaskan proses penurunan al-Quran ke Luh Mahfuz dan Bayt


al-`Izzah.

Bincangkan dalam myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN  69

5.2 SECARA BERANSUR-ANSUR


Nuzul (penurunan) al-Quran secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad
SAW adalah semenjak dari tarikh kerasulan Baginda sehinggalah Baginda wafat.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran menerusi ayat berikut:

∩⊇⊃∉∪ WξƒÍ”∴s? çμ≈oΨø9¨“tΡuρ ;]õ3ãΒ 4’n?tã Ĩ$¨Ζ9$# ’n?tã …çνr&tø)tGÏ9 çμ≈oΨø%tsù $ZΡ#u™öè%uρ

Maksudnya:
„Dan al-Quran, Kami turunkannya secara beransur-ansur supaya kamu dapat
membacanya ke atas manusia dengan cermat dan Kami turunkannya sedikit demi
sedikit.‰
(Surah al-Isra, 17:106)

5.2.1 Hikmat Nuzul al-Quran Secara Beransur-ansur


Para pelajar sekalian, banyak rahsia di sebalik penurunan al-Quran secara
beransur-ansur ini dan ia telah dibincangkan oleh para ulama. Apa yang pasti,
hikmahnya adalah menyeluruh selari dengan kedudukan al-Quran itu sendiri
yang diturunkan untuk umat sejagat. Hikmah-hikmahnya adalah seperti berikut:

(a) Memantapkan Jiwa dan Semangat Juang Nabi untuk Terus Berdakwah
dalam Menyampaikan Risalah Islam
Sebagai manusia biasa yang mempunyai jiwa dan perasaan, pasti terkesan
dengan suasana persekitaran dakwahnya yang berliku. Dalam keadaan
seperti ini kedatangan Jibril menemuinya dengan membawa wahyu Allah
SWT pasti mengukuhkan jiwa dan menenangkan perasaannya. Manfaat ini
ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firmanNya yang bermaksud:
„Demikianlah, supaya Kami dapat memperkuat hatimu dengannya‰
(al-Furqan, 25:32).

Nabi Muhammad SAW amat memerlukan peneguhan itu kerana Baginda


berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan ancaman daripada kaumnya.
Abu Lahab pernah berkata: ‫„ ﺧﺬﻭﺍ ﻋﻠﻰ ﻳﺪﻳﻪ ﻗﺒﻞ ﺃﻥ ﺗﺠﺘﻤﻊ ﺍﻟﻌﺮﺏ ﻋﻠﻴﻪ‬Pegang kedua
belah tangannya sebelum umat Arab berhimpun menyokongnya.‰

Dalam tempoh yang penuh, berlaku kedatangan wahyu Allah SWT


menjadikan Baginda teguh dan berpendirian dalam menghadapi segala
cabaran sehingga sampai ke saat tercapai kejayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN

Datangnya Jibril membawa wahyu pada kala nabi perlu kepada bantuan
pasti memberi erti yang besar. Hatinya tenang dan terasa berada di samping
Tuhannya.

Kadangkala peneguhan hati Baginda itu berlaku menerusi penurunan ayat-


ayat yang mengandungi kisah-kisah nabi dan umat-umat terdahulu tentang
peraturan Tuhan yang menjadikan kejayaan terakhir kepada orang yang
bertakwa; meskipun pada mulanya terpaksa menanggung pelbagai ujian.
Ternyata penurunan ayat-ayat al-Quran secara beransur-ansur sebagai
penghibur dan penenang hati Nabi Muhammad SAW supaya tidak
dirundung kesedihan dan berputus asa.

(b) Memudahkan Nabi Muhammad SAW Menghafal, Mengingati dan


Memahami Setiap Wahyu
Penurunan secara beransur-ansur pastinya memudahkan Nabi Muhammad
SAW menghafal, mengingati dan memahami setiap wahyu yang diturunkan
kepada Baginda. Ia secara langsung memudahkan Nabi SAW
menyampaikan maklumat tersebut kepada umatnya. Ia amat bertepatan
dengan kedudukan al-Quran yang diturunkan di tengah-tengah masyarakat
yang tidak pandai membaca dan menulis. Catatan mereka adalah dalam
bentuk hafalan dan daya ingatan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan
tentang tata cara penulisan dan pembukuan yang dapat memungkinkan
mereka menulis dan membukukannya, kemudian menghafal dan
memahaminya.

Sifat buta huruf yang menyelubungi masyarakat ketika itu menyukarkan


mereka daripada mengingati al-Quran sekiranya al-Quran diturunkan
sekali gus dan tidak mudah bagi mereka memahami maknanya. Justeru,
penurunan secara beransur-ansur merupakan bantuan terbaik bagi mereka
untuk menghafal dan memahami ayat-ayat al-Quran.

(c) Menyediakan Hujah kepada Nabi Muhammad SAW Membuktikan


Kebenaran Al-Quran
Ini disebabkan masyarakat musyrikin sentiasa mencari jalan untuk
membohongi ajaran Nabi Muhammad SAW, antaranya mengemukakan
persoalan yang pelik dan tidak masuk akal. Contohnya persoalan tentang
roh, kiamat dan lain-lain. Mereka yakin Nabi Muhammad SAW tidak
mampu memberi jawapan yang tepat tentangnya. Namun demikian
al-Quran secara beransur-ansur diturunkan oleh Allah SWT dan ia secara
langsung menjadi nadi penggerak kehidupan umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN  71

(d) Kesesuaian dengan Peristiwa-peristiwa dan Tahap dalam Penetapan


Hukum
Manusia tidak mudah tunduk kepada agama Islam yang asing bagi mereka
seandainya al-Quran tidak menghadapi mereka dengan cara yang bijaksana
dan memberikan kepada mereka jalan penyelesaian bagi masalah yang
berlaku. Setiap kali terjadi sesuatu peristiwa antara mereka, maka turunlah
ayat-ayat yang mengandungi hukum bagi menjawab persoalan tersebut.
Penurunan al-Quran secara beransur-ansur selari dengan peristiwa-
peristiwa yang terjadi kepada umat Islam dalam perjuangan mereka
menyebar agama Islam. Contohnya penurunan ayat-ayat Makkiyyah dan
Madaniyyah dengan meraikan kedudukan semasa Nabi Muhammad SAW
dan umat Islam banyak membantu mereka memilih pendekatan terbaik
dalam berdakwah.

(e) Al-Quran adalah Kalam Allah SWT dan Bukannya Ciptaan Nabi
Muhammad SAW
Bukti yang pasti bahawa al-Quran adalah Kalam Allah SWT dan bukannya
ciptaan Nabi Muhammad SAW ialah penurunannya secara beransur-ansur
kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh masa lebih daripada 20
tahun. Ayat-ayatnya padat, tersusun indah dengan makna yang saling
bertaut, gaya yang begitu kuat serta jalinan ayat demi ayat yang indah yang
tidak ada tolok bandingannya. Ia dijelaskan oleh Allah SWT dengan
firmanNya:

∩⊇∪ AÎ7yz AΟŠÅ3ym ÷βà$©! ⎯ÏΒ ôMn=Å_Áèù §ΝèO …çμçG≈tƒ#u™ ôMyϑÅ3ômé& ë=≈tGÏ. 4 !9#

Maksudnya:
„Alif Lam Raa, (Inilah) suatu Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi
serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang
Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.‰
(Surah Hud, 11:1)

Menurut Dr Manna` al-Qattan, seandainya al-Quran itu perkataan manusia


yang disampaikan dalam pelbagai situasi, peristiwa dan kejadian, tentulah
dalamnya terjadi ketidakserasian dan saling bertentangan antara satu ayat
dengan yang lain seperti yang dijelaskan dalam al-Quran:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN

#ZÏWŸ2 $Z≈n=ÏF÷z$# ÏμŠÏù (#ρ߉y`uθs9 «!$# Îöxî ωΖÏã ô⎯ÏΒ tβ%x. öθs9uρ 4 tβ#u™öà)ø9$# tβρã−/y‰tFtƒ Ÿξsùr&

Maksudnya:
„Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran
itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka akan dapati banyak percanggahan
padanya.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:82)

Selain itu, kebenaran al-Quran sebagai Kalam Allah SWT tidak dapat
dinafikan apabila golongan sasterawan Arab gagal menyahut cabaran
al-Quran supaya mengemukakan ayat-ayat yang sama dengan al-Quran. Ia
dirakamkan dalam al-Quran dengan begitu jelas.

tβθè?ù'tƒ Ÿω Èβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ È≅÷VÏϑÎ/ (#θè?ù'tƒ βr& #’n?tã ⎯Éfø9$#uρ ߧΡM}$# ÏMyèyϑtGô_$# È⎦È⌡©9 ≅è%

#ZÎγsß <Ù÷èt7Ï9 öΝåκÝÕ÷èt/ šχ%x. öθs9uρ ⎯Ï&Î#÷WÏϑÎ/

Maksudnya:
„Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk
membuat yang serupa dengan al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan
dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka
menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.‰
(Surah al-IsraÊ, 17:88)

AKTIVITI 5.1

1. Kemukakan beberapa faedah yang anda fikir dapat diambil


daripada penurunan al-Quran secara beransur-ansur.

2. Penurunan al-Quran secara beransur-ansur dapat membuktikan


kebenaran al-Quran sebagai Kalam Allah SWT. Buktikan kebenaran
pernyataan ini dengan menyertakan dalil-dalil akli dan nakli.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN  73

5.3 PENGAJARAN DARIPADA PENURUNAN


AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR
Terdapat beberapa pengajaran daripada penurunan al-Quran secara beransur-
ansur. Mari kita lihat penerangan di bawah.

Turunnya al-Quran secara beransur-ansur (munajjaman) memperlihatkan kepada


kita tentang adanya kaedah bagi kita dalam mengaplikasikan ajaran al-Quran
dalam kehidupan. Kaedah-kaedah itu adalah seperti berikut:

(a) Prinsip Pengislahan Dilakukan Secara Teratur


Pengajian tentang tabiat bangsa-bangsa manusia membuktikan kepada kita
bahawa sesuatu keadaan yang berlaku secara mendadak dalam kehidupan
mereka adalah perkara yang mustahil. Sebarang percubaan untuk
memalingkan mereka dengan serta-merta dari sesuatu keadaan kepada
suatu keadaan yang lain merupakan suatu percubaan yang akan gagal.
Penerapan sesuatu prinsip yang tinggi dan murni dalam peribadi bangsa itu
mengambil masa yang agak lama dalam usaha untuk menggantikan prinsip-
prinsip lapuk yang ada pada mereka dengan yang baharu. Itulah sunnah
Allah SWT dalam kehidupan semua umat yang tidak dapat ditukar ganti
seperti yang ditegaskan dalam al-Quran: „Sekali-kali kamu tidak dapat
pergantian dalam sunnah atau ketentuan Allah SWT.‰

Seandainya al-Quran diturunkan secara serentak kepada Rasulullah SAW


meliputi segala ajaran yang bakal meruntuhkan kepercayaan masyarakat
Arab dan Baginda pula perlu melakukan segala perubahan itu secara
mendadak nescaya tindakan Baginda itu akan menemui reaksi keras yang
pasti menghasilkan natijah yang tidak baik.

Oleh yang demikian kitab al-Quran diturunkan secara beransur-ansur


menurut peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan menurut
persediaan yang terbentuk dalam diri mereka agar dapat dicabut kesemua
akar kejahatan dan digantikannya dengan yang baharu berupa hidayah.
Turunnya al-Quran dalam bentuk sedemikian adalah antara faktor yang
paling utama bagi kejayaan Baginda dalam penyebaran Islam dan islah
masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN

(b) Pengajaran Berhemah


Turunnya al-Quran ini telah meningkatkan pendidikan umat Islam secara
bertahap demi memperbaiki jiwa manusia, meluruskan perilakunya dan
membentuk keperibadian. Turunnya al-Quran secara bertahap juga
merupakan bantuan yang paling baik bagi jiwa manusia untuk menghafal
al-Quran, memahami, mempelajari, memikirkan makna-maknanya dan
mengamalkan isi kandungannya.

Sistem belajar yang tidak memperhatikan tingkat pemikiran pelajar dalam


tahap-tahap pengajaran atau tidak memperhatikan pertumbuhan aspek-
aspek keperibadian yang bersifat intelektual, rohani dan jasmani, maka ia
adalah sistem pendidikan yang gagal dan tidak memberi hasil ilmu
pengetahuan kepada umat.

Menurut Dr Manna`al-Qattan: „Guru yang tidak memberikan kepada para


pelajarnya bahan-bahan ilmiah yang sesuai hanya akan menambah beban
kepada mereka di luar keupayaan mereka untuk menghafal dan memahami
atau berbicara kepada mereka dengan sesuatu perkara yang tidak dapat
dijangkau. Perbuatan sedemikian dilakukan oleh guru yang gagal‰. Justeru
petunjuk Ilahi tentang hikmah turunnya al-Quran secara beransur-ansur
merupakan contoh terbaik dalam menyusun kurikulum pengajaran dengan
memilih kaedah yang baik dan berkesan.

(c) Melakukan Sesuatu Perkara Perlu Teratur dan Berperancangan


Perkara ini dapat diambil iktibar daripada penetapan hukum-hakam atau
Syariat al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur demi menjaga
maslahat umat.

Al-Quran tidak menetapkan sesuatu hukum secara tergopoh-gapah, sebaliknya


dikemukakan secara tersusun untuk memastikan umat manusia dapat
menerimanya dengan selesa. Allah SWT mengetahui bahawa manusia tidak
mudah mengikuti dan tunduk kepada agama yang baharu ini seandainya
al-Quran tidak menghadapi mereka dengan cara yang bijaksana. Setiap kali
terjadi sesuatu peristiwa antara mereka, maka turunlah hukum tentang
peristiwa itu yang memberikan penjelasan tentang statusnya dan petunjuk
serta meletakkan dasar-dasar perundangan bagi mereka sesuai dengan situasi
dan keadaan.

Pada mulanya, al-Quran meletakkan dasar-dasar keimanan kepada Allah


SWT, para malaikat, kitab-kitab, para rasul dan hari kiamat. Untuk itu
al-Quran menegakkan bukti sehingga kepercayaan kepada berhala tercabut
daripada jiwa orang-orang musyrikin dan diganti pula dengan akidah Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN  75

Al-Quran mengajar akhlak mulia yang dapat membersihkan jiwa dan


mencegah perbuatan keji dan mungkar dengan menjelaskan kaedah-kaedah
halal dan haram yang menjadi dasar agama. Kemudian penetapan hukum
meningkat kepada penyelesaian penyakit-penyakit sosial dengan
menjelaskan kepada mereka kewajipan agama dan rukun-rukun Islam yang
menjadikan hati mereka penuh dengan iman serta keikhlasan kepada Allah
SWT dalam setiap perkara.

Penurunan ayat-ayat al-Quran berasaskan peristiwa-peristiwa yang terjadi


kepada umat Islam. Perkara tersebut mempunyai dalil-dalil berupa nas-nas
al-Quran yang dapat dilihat dalam ayat-ayat Makki dan Madani. Contohnya
pengharaman zina sudah diharamkan di Makkah, tetapi hukum hakam
yang berkaitan dengannya diturunkan di Madinah.

Contoh yang paling jelas tentang penetapan hukum secara beransur-ansur


ialah berkenaan pengharaman arak. Ayat pertama yang memperkatakan
tentangnya ialah ayat 67, surah an-Nahl:

’Îû ¨βÎ) 3 $·Ζ|¡ym $»%ø—Í‘uρ #\x6y™ çμ÷ΖÏΒ tβρä‹Ï‚−Gs? É=≈uΖôãF{$#uρ È≅‹Ï‚¨Ζ9$# ÏN≡tyϑrO ⎯ÏΒuρ

∩∉∠∪ tβθè=É)÷ètƒ 5Θöθs)Ïj9 ZπtƒUψ y7Ï9≡sŒ

Maksudnya:
„Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan
dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.‰
(Surah An-Nahl, 16:67)

Ayat di atas menyebut tentang nikmat atau kurnia Allah SWT. Diberi kredit
kepada segala yang dimakan dari kedua-dua pokok tersebut dan dianggap
sebagai rezeki. Manakala sakar yang bermaksud minuman yang
memabukkan tidak dianggap sedemikian. Kemudian turun firman Allah
SWT dalam ayat 219 surah al-Baqarah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN

Ĩ$¨Ζ=Ï9 ßìÏ≈oΨtΒuρ ×Î7Ÿ2 ÖΝøOÎ) !$yϑÎγŠÏù ö≅è% ( ÎÅ£÷yϑø9$#uρ Ìôϑy‚ø9$# Ç∅tã ªy7tΡθè=t↔ó¡o„

šÏ9≡x‹x. 3 uθøyèø9$# È≅è% tβθà)ÏΖム#sŒ$tΒ štΡθè=t↔ó¡o„uρ 3 $yϑÎγÏèø¯Ρ ⎯ÏΒ çt9ò2r& !$yϑßγßϑøOÎ)uρ

∩⊄⊇®∪ tβρã©3xtFs? öΝà6¯=yès9 ÏM≈tƒFψ$# ãΝä3s9 ª!$# ß⎦Îi⎫t7ãƒ

Maksudnya:
„Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: „Pada
keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.‰ Dan mereka
bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: „Yang lebih
daripada keperluan.‰ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya
kepadamu supaya kamu berfikir.‰
(Surah al-Baqarah, 2:219)

Ayat ini membandingkan antara manfaat minuman keras (khamar) yang


dikatakan boleh mendatangkan kesenangan, keghairahan dan keuntungan
kerana memperdagangkannya dengan bahaya yang terhasil akibat
meminumnya. Ayat tersebut menggesa supaya dijauhkan khamar dengan
cara menonjolkan bahayanya jauh melebihi manfaat yang terdapat padanya.
Kemudian turun ayat 43 surah an-NisaÊ:

3“t≈s3ß™ óΟçFΡr&uρ nο4θn=¢Á9$# (#θç/tø)s? Ÿω (#θãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Maksudnya:
„Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:43)

Ayat ini menunjukkan larangan meminum arak pada waktu-waktu tertentu


bila pengaruh minuman itu akan sampai ke waktu solat. Ia mengingatkan
larangan mendekati solat dalam keadaan mabuk. Selanjutnya turun ayat
90−91 surah al-MaÊidah yang menjelaskan tentang pengharaman arak secara
tegas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN  77

È≅yϑtã ô⎯ÏiΒ Ó§ô_Í‘ ãΝ≈s9ø—F{$#uρ Ü>$|ÁΡF{$#uρ çÅ£øŠyϑø9$#uρ ãôϑsƒø:$# $yϑ¯ΡÎ) (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

ãΝä3uΖ÷t/ yìÏ%θムβr& ß⎯≈sÜø‹¤±9$# ߉ƒÌム$yϑ¯ΡÎ) ∩®⊃∪ tβθßsÎ=øè? öΝä3ª=yès9 çνθç7Ï⊥tGô_$$sù Ç⎯≈sÜø‹¤±9$#

ö≅yγsù ( Íο4θn=¢Á9$# Ç⎯tãuρ «!$# Ìø.ÏŒ ⎯tã öΝä.£‰ÝÁƒt uρ ÎÅ£÷yϑø9$#uρ Ì÷Κsƒø:$# ’Îû u™!$ŸÒøót7ø9$#uρ nοuρ≡y‰yèø9$#

∩®⊇∪ tβθåκtJΖ•Β Λä⎢Ρr&

Maksudnya:
„Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar,
berjudi, (berkorban untuk) berhala dan menenung nasib dengan panah
adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu
agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud
hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran
(meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada
mengingat Allah dan melakukan solat. Maka berhentilah kamu (daripada
mengerjakan pekerjaan itu).‰
(Surah al-MaÊidah, 5:90−91)

Demikianlah pendekatan yang digunakan oleh Allah SWT dalam


menetapkan sesuatu hukum kepada umatnya. Tersusun, berperancangan
sesuai dengan peristiwa yang dialami oleh umat tersebut. Hikmah
penetapan hukum dengan pendekatan ini diungkap dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. ketika mengatakan: Sesungguhnya yang
pertama kali turun dari al-Quran ialah surah Mufassal yang dalamnya
disebutkan tentang syurga dan neraka, sehingga ketika manusia telah
menerima baik Islam, maka turunlah hukum halal dan haram. Kalau
sekiranya yang turun pertama kali adalah: „Jangan kamu meminum arak‰,
tentu mereka akan menjawab: „Kami tidak akan meninggalkan arak selama-
lamanya‰ dan kalau sekiranya yang pertama kali turun adalah: „Janganlah
kamu berzina‰, maka sudah tentu mereka akan menjawab: „Kami tidak
akan meninggalkan zina selama-selamanya.‰

AKTIVITI 5.2

Penurunan al-Quran secara beransur-ansur dapat memberikan banyak


pengajaran kepada umat Islam. Jelaskan pengajaran yang anda fikir
adalah wajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN

SEMAK KENDIRI 5.2

1. Jelaskan proses penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad


SAW.

2. Bincangkan kenapa proses penurunan al-Quran berbeza dengan


penurunan kitab-kitab Samawi sebelumnya.

 Proses penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk: pertama secara


serentak ke Luh Mahfuz dan ke Bayt al-Izzah dan kedua secara beransur-
ansur.

 Penurunan al-Quran ke Bayt al-Izzah adalah sebagai pemasyhuran al-Quran


dan Nabi Muhammad SAW kepada para penghuninya.

 Penurunan al-Quran secara beransur-ansur mengandungi pelbagai rahsia


yang perlu dihayati oleh umat Islam.

Bayt al-Izzah Luh Mahfuz


Ijtihad Munajjaman (beransur-ansur)
Islah Surah Mufassal
Jumlah Wahidah (serentak) Sakar
Khamar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PENURUNAN AL-QURAN  79

Al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa al-Baby


al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar al-Risalah.

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Muhammad Basyuni Fudah. (1988). Al-Murshid al-Wafi fi Ulum al-Quran. Misr:


Matba`ah al-Amanah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemukjizatan
al-Quran
6
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan maksud sebenar mukjizat sama ada dari aspek bahasa
dan istilah;
2. Menerangkan bukti-bukti kukuh tentang kewujudan mukjizat kepada
para nabi; dan
3. Menjelaskan aspek-aspek kemukjizatan al-Quran dari segi bahasa,
sains, syariat dan berita-berita ghaib.

 PENGENALAN
Dalam Topik 6 ini kita akan berbincang tentang kemukjizatan al-Quran. Ia amat
menarik perhatian kita kerana menunjukkan kebenaran kenabian dan
kerasulannya. Menerusi topik ini, kita akan menerokai tentang definisi mukjizat
dan menjelaskan fakta-fakta tentang kewujudannya. Selain itu, kita juga turut
bersama-sama membincangkan tentang aspek-aspek kemukjizatan yang
berkaitan dengan aspek bahasa, sains, syariat atau hukum hakam dan berita-berita
ghaib yang telah berlaku pada zaman dahulu dan akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  81

6.1 DEFINISI DAN KEWUJUDANNYA


Pertama sekali, kita akan membincangkan definisi dan kewujudan mukjizat.

6.1.1 Definisi Mukjizat


Mukjizat secara etimologinya berasal dari kata perbuatan `ajaza yang bermaksud
tidak berkemampuan atau sesuatu yang dapat melemahkan musuh apabila
dicabar. Al-Quran hanya menggunakan perkataan `ajaza dalam bentuk kata
perbuatan dan juga kata nama mu`jizin yang bermaksud orang-orang lemah.
Perkataan lain yang digunakan oleh al-Quran bagi menunjukkan mukjizat ialah
ayat (tanda), bayyinat (keterangan) dan juga barahin (bukti).

Menurut al-Suyuti, mukjizat adalah perkara luar biasa yang ada hubungannya
dengan cabaran dan bebas dari sebarang penentangan. Manakala Muhammad `Ali
al-Sabuni pula berpendapat, mukjizat ialah kejadian yang menyalahi adat yang
berlaku kepada mereka yang mendakwa dirinya rasul semasa mencabar
penentangnya dan mereka gagal untuk mengadakan yang seumpamanya.

Daripada definisi dan penghuraian yang dikemukakan dapat kita rumuskan


bahawa mukjizat adalah perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT
hanya kepada rasul-rasul-Nya bertujuan untuk membuktikan kebenaran risalah
yang dibawa serta melemahkan mereka yang menentangnya.

6.1.2 Bukti Kewujudan Mukjizat


Mukjizat-mukjizat para nabi yang terdahulu adalah berupa mukjizat inderawi
yang sesuai dengan masa dan situasi di mana nabi-nabi itu dibangkitkan, seperti
mukjizat Nabi Musa a.s. berupa tangan dan tongkat kerana pada ketika itu
berleluasa fenomena sihir. Begitu juga mukjizat Nabi Isa a.s menghidupkan orang
yang mati, menyembuhkan penyakit buta dan kusta serta dapat mengetahui hal-
hal yang ghaib kerana pada ketika itu ilmu kedoktoran dan pengetahuan begitu
subur dan popular.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

Berdasarkan kaedah yang sesuai dengan masa dan situasi di mana nabi itu
diutuskan serta kedudukan taraf nabi itu sendiri, maka datanglah mukjizat
kepada Nabi Muhammad SAW yang lain daripada yang lain iaitu kitab suci
al-Quran yang mana Allah SWT sendiri berjanji akan memeliharanya seperti mana
firmanNya:

tβθÝàÏ≈ptm: …çμs9 $¯ΡÎ)uρ tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.‰
(Surah al-Hijr, 15:9)

Daripada keadaan ini, dapatlah difahami bahawa al-Quran dengan seluruh aspek
kemukjizatannya telah dinyatakan abadi, tidak akan hilang walau dengan
berlalunya masa. Al-Quran mengajak manusia untuk mengikut petunjuk ke arah
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Perkara-perkara ini jelas membuktikan
kewujudan mukjizat kepada para nabi dan rasul untuk menjadi tunggak kekuatan
kepada mereka untuk menyebarkan agama Allah SWT.

AKTIVITI 6.1

Mukjizat adalah satu realiti. Kemukakan beberapa bukti bagi


membenarkan kenyataan ini.

6.2 ASPEK KEMUKJIZATAN


Seterusnya, kita akan mempelajari beberapa aspek kemukjizatan.

6.2.1 Kemukjizatan dari Segi Bahasa


Al-Quran adalah mukjizat yang paling besar yang dianugerahkan kepada baginda
Rasulullah SAW kerana gaya bahasa dan nilai estetikanya yang terlalu tinggi dan
boleh menimbulkan getaran jiwa, perasaan khusyuk dan keinsafan yang tidak
terdapat pada kitab-kitab suci lain yang diturunkan Allah SWT kepada rasul-
rasul-Nya hinggakan pakar-pakar sastera Arab sendiri terpegun dan kagum
mendengarnya apatah lagi menandinginya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  83

Ayat-ayat al-Quran juga mengandungi unsur keindahan bahasa yang boleh


menarik pendengaran manusia supaya lebih berkesan kepada jiwa. Antaranya
seperti penggunaan tasbih, tamthil, isti`arah dan i`jaz. Dalam penggunaan tasbih
misalnya, al-Quran menjelaskan perkara-perkara abstrak dengan gambaran yang
dapat dilihat dan dirasa. Ia berunsurkan unsur-unsur alam tabi`i yang mana dapat
memberi kesan kepada pendengar kerana ia dapat melihat unsur-unsur itu secara
dekat, contohnya perumpamaan dalam surah al-Ankabut ayat 41.

¨βÎ)uρ ( $\F÷t/ ôNx‹sƒªB$# ÏNθç6x6Ζyèø9$# È≅sVyϑx. u™!$uŠÏ9÷ρr& «!$# Âχρߊ ⎯ÏΒ (#ρä‹sƒªB$# š⎥⎪Ï%©!$# ã≅sWtΒ

∩⊆⊇∪ šχθßϑn=ôètƒ (#θçΡ$Ÿ2 öθs9 ( ÏNθç6x6Ζyèø9$# àMøŠt7s9 ÏNθã‹ç6ø9$# š∅yδ÷ρr&

Maksudnya:
„Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain
daripada Allah SWT adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. Dan
sesungguhnya sarang yang paling lemah adalah sarang labah-labah kalau mereka
mengetahui.‰
(Surah al-Ankabut, 29:41)

Tidak dapat dinafikan ayat-ayat al-Quran tersusun dan terbentuk daripada


perkataan bahasa Arab kerana berdasarkan Sunnatullah dalam pengutusan para
utusan-Nya, Allah SWT selalunya menyesuaikan penurunan wahyu-Nya dengan
bahasa kaum masing-masing. Hal ini kerana Allah SWT telah menyatakan dalam
surah Ibrahim ayat 4.

“ωôγtƒuρ â™!$t±o„ ⎯tΒ ª!$# ‘≅ÅÒãŠsù ( öΝçλm; š⎥Îi⎫t7ãŠÏ9 ⎯ÏμÏΒöθs% Èβ$|¡Î=Î/ ωÎ) @Αθß™§‘ ⎯ÏΒ $uΖù=y™ö‘r& !$tΒuρ

ÞΟ‹Å3ysø9$# Ⓝ͓yèø9$# uθèδuρ 4 â™!$t±o„ ⎯tΒ

Maksudnya:
„Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa
kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka
Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang
peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.‰
(Surah Ibrahim, 14:4)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

Selain itu, mukjizat juga diturunkan berdasarkan kepada kepakaran masyarakat


di mana seseorang rasul itu diutuskan. Oleh itu, al-Quran telah diturunkan
sebagai mukjizat yang agung khas kepada Rasulullah SAW yang berbangsa Arab
dan berada di dunia Arab ketika itu. Ketinggian dan keindahan bahasa al-Quran
menyebabkan tiada makhluk tidak kira dalam kalangan manusia mahupun jin
yang dapat menandingi dan menulis sepertinya. Kenyataan ini ditegaskan oleh
Allah SWT dalam surah al-IsraÊ ayat 88.

⎯Ï&Î#÷WÏϑÎ/ tβθè?ù'tƒ Ÿω Èβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ È≅÷VÏϑÎ/ (#θè?ù'tƒ βr& #’n?tã ⎯Éfø9$#uρ ߧΡM}$# ÏMyèyϑtGô_$# È⎦È⌡©9 ≅è%

#ZÎγsß <Ù÷èt7Ï9 öΝåκÝÕ÷èt/ šχ%x. öθs9uρ

Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad): „Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin
berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding
dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang
sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.‰
(Surah al-IsraÊ, 17:88)

Al-Quran memiliki gaya bahasa yang khas yang tidak dapat ditiru oleh mana-mana
sasterawan Arab yang terkenal kehebatan bahasanya. Hal ini dicatat dengan jelas
dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 23 dan 24.

Νä.u™!#y‰yγä© (#θãã÷Š$#uρ ⎯Ï&Î#÷VÏiΒ ⎯ÏiΒ ;οu‘θÝ¡Î/ (#θè?ù'sù $tΡωö7tã 4’n?tã $uΖø9¨“tΡ $£ϑÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû öΝçFΖà2 βÎ)uρ

©ÉL©9$# u‘$¨Ζ9$# (#θà)¨?$$sù (#θè=yèøs? ⎯s9uρ (#θè=yèøs? öΝ©9 βÎ*sù ∩⊄⊂∪ t⎦⎫Ï%ω≈|¹ öΝçFΖä. χÎ) «!$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ

∩⊄⊆∪ t⎦⎪ÌÏ≈s3ù=Ï9 ôN£‰Ïãé& ( äοu‘$yfÅsø9$#uρ â¨$¨Ζ9$# $yδߊθè%uρ

Maksudnya:
„Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran)
kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu
surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang
kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu
orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat melakukannya, dan
sudah tentu kamu tidak dapat melakukannya, maka peliharalah diri kamu
daripada api neraka yang mana bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu-
batu (berhala), yang disediakan untuk orang-orang kafir.‰
(Surah al-Baqarah, 2:23−24)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  85

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah Yunus ayat 37 dan 38.

Ïμ÷ƒy‰tƒ t⎦÷⎫t/ “Ï%©!$# t,ƒÏ‰óÁs? ⎯Å3≈s9uρ «!$# Âχρߊ ⎯ÏΒ 3“utIøムβr& ãβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ tβ%x. $tΒuρ

(#θè?ù'sù ö≅è% ( çμ1utIøù$# tβθä9θà)tƒ ÷Πr& ∩⊂∠∪ t⎦⎫ÏΗs>≈yèø9$# Éb>§‘ ⎯ÏΒ ÏμŠÏù |=÷ƒu‘ Ÿω É=≈tGÅ3ø9$# Ÿ≅ŠÅÁøs?uρ

∩⊂∇∪ t⎦⎫Ï%ω≈|¹ ÷Λä⎢Ψä. βÎ) «!$# Èβρߊ ⎯ÏiΒ ΟçF÷èsÜtGó™$# Ç⎯tΒ (#θãã÷Š$#uρ ⎯Ï&Î#÷VÏiΒ ;οu‘θÝ¡Î/

Maksud:
„Dan bukanlah al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain
daripada Allah; tetapi al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan
Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu
hukum-hukum syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan
ragu-ragu pada al-Quran itu tentang datangnya daripada Allah, Tuhan Yang
Mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (orang-orang kafir tidak mengakui
hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: „Dialah (Muhammad)
yang mengada-adakan al-Quran menurut rekaannya‰. Katakanlah (wahai
Muhammad): „Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan
al-Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang
lain daripada Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang
benar.‰
(Surah Yunus, 10:37−38)

Ayat-ayat di atas jelas membuktikan bahawa al-Quran datangnya daripada Allah


SWT untuk Rasul pilihan-Nya bagi menjadi petunjuk dan bimbingan kepada
orang-orang yang beriman. Ayat-ayat di atas turut menjelaskan bahawa Allah
SWT sendiri yang mencipta al-Quran dan bukannya direka-reka oleh Rasulullah
SAW sendiri. Allah SWT turut memberi amaran keras kepada mereka yang cuba
mempertikaikan al-Quran dan utusan-Nya. Selain itu, dalam al-Quran juga
terdapat berbagai keistimewaan bahasanya antaranya ialah:

(a) Kelembutan al-Quran secara lafziah yang terdapat dalam susunan dan
keindahan gaya bahasanya;

(b) Keserasian al-Quran sama ada untuk cendekiawan mahupun golongan


awam dalam erti kata semua golongan dapat merasai keindahan dan
keagungan al-Quran;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

(c) Al-Quran sesuai dengan akal dan perasaan manusia keseluruhannya kerana
al-Quran mendoktrinkan manusia supaya sentiasa berfikir dan mendalami
ilmu-ilmu dalamnya supaya dapat merasai kebenaran dan keindahan
al-Quran itu sendiri;

(d) Keindahan sajian al-Quran serta susunan bahasanya, seolah-olah


merupakan suatu bingkai yang dapat memukau serta menarik perhatian
pembacanya;

(e) Keindahan dalam retorik ucapan atau ayat serta beraneka ragam bentuknya,
dalam erti kata bahawa satu makna ungkapan dalam beberapa lafaz dan
susunan yang pelbagai yang kesemuanya indah dan halus; dan

(f) Al-Quran mencakupi dan memenuhi pensyaratan antara bentuk global dan
terperinci.

6.2.2 Kemukjizatan dari Sudut Sains


Al-Quran merupakan sebuah kitab yang serba lengkap mencakupi semua disiplin
ilmu termasuk asas sains moden yang diperlukan oleh manusia dalam menjalani
kehidupan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi. Ilmu sains moden yang
baru ditemui oleh saintis kini bukanlah sesuatu yang baru kerana al-Quran telah
pun menyebut mengenainya 1400 tahun dulu. Perkara ini telah membuktikan
keagungan al-Quran itu sendiri. Dalam al-Quran, Allah SWT telah menyebut
mengenai asas-asas ilmu hayat, ilmu perubatan, metafizik, ekonomi, pertanian,
kejuruteraan, astronomi, kimia dan sebagainya.

Namun, tugas al-Quran bukanlah untuk memberi jawapan secara terperinci


kepada kita tentang masalah-masalah alam semesta dan hakikat-hakikat
kewujudan sesuatu dari segi ilmiah, tetapi al-Quran memberi petunjuk dan
panduan kepada kita tentang kehidupan. Sejarah telah membuktikan bahawa
Nabi Muhammad SAW sendiri seorang ummi, baginda lahir dalam masyarakat
Makkah yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang dunia dan alam
semesta. Ini membuktikan kitab suci al-Quran itu bukannya rekaan Nabi
Muhammad SAW sebagaimana yang didakwa oleh kaum musyrikin dan orang-
orang yang sesat.

Dalam al-Quran terdapat 750 ayat yang menyentuh tentang sains. Perbincangan
mukjizat al-Quran dari dimensi sains bertujuan untuk mendorong manusia agar
sentiasa berfikir dan menggunakan minda untuk menambahkan khazanah ilmu
pengetahuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  87

Menurut Manna` al-Qattan, mukjizat al-Quran bermaksud bahawa al-Quran telah


membangkitkan kesedaran ilmiah pada diri setiap Muslim supaya menggunakan
kreativiti akal dalam memikirkan tentang alam semesta dan menambahkan
pengetahuan. Semua metodologi saintifik yang telah mantap dan meyakinkan
pada hari ini adalah manifestasi daripada anjuran al-Quran.

Surah al-MuÊminun ayat 12 hingga 14 dan Surah al-Hajj ayat 5 memperkatakan


tentang proses kejadian manusia secara tersusun. Pernyataan ayat 5 Surah al-Hajj
adalah seperti berikut:

§ΝèO 7πxõÜœΡ ⎯ÏΒ §ΝèO 5>#tè? ⎯ÏiΒ /ä3≈oΨø)n=yz $¯ΡÎ*sù Ï]÷èt7ø9$# z⎯ÏiΒ 5=÷ƒu‘ ’Îû óΟçFΖä. βÎ) â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ

#’n<Î) â™!$t±nΣ $tΒ ÏΘ%tnö‘F{$# ’Îû ”É)çΡuρ 4 öΝä3s9 t⎦Îi⎫t7ãΨÏj9 7πs)¯=sƒèΧ Îöxîuρ 7πs)¯=sƒ’Χ 7πtóôÒ•Β ⎯ÏΒ ¢ΟèO 7πs)n=tæ ô⎯ÏΒ

4†¯ûuθtGム⎯¨Β Νà6ΖÏΒuρ ( öΝà2£‰ä©r& (#þθäóè=ö7tFÏ9 ¢ΟèO WξøÏÛ öΝä3ã_ÌøƒéΥ §ΝèO ‘wΚ|¡•Β 9≅y_r&

“ts?uρ 4 $\↔ø‹x© 8Νù=Ïæ ω÷èt/ .⎯ÏΒ zΝn=÷ètƒ Ÿξø‹x6Ï9 Ìßϑãèø9$# ÉΑsŒö‘r& #’n<Î) –Štム⎯¨Β Νà6ΖÏΒuρ

£l÷ρy— Èe≅à2 ⎯ÏΒ ôMtFt6/Ρr&uρ ôMt/u‘uρ ôN¨”tI÷δ$# u™!$yϑø9$# $yγøŠn=tæ $uΖø9t“Ρr& !#sŒÎ*sù Zοy‰ÏΒ$yδ š⇓ö‘F{$#

∩∈∪ 8kŠÎγt/

Maksudnya:
„Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur),
maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,
kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari
segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar
Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam rahim, apa yang Kami
kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan
kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada
kedewasaan, dan antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) antara kamu
yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi
sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya dan kamu lihat bumi ini kering,
kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan
suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.‰
(Surah al-Hajj, 22:5)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

Pembentukan manusia sebelum ia dilahirkan sebagai bayi terbahagi kepada


beberapa peringkat seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas iaitu bermula
dengan peringkat Sulalah, Nutfah, `Alaqah, Mudghah, Izam dan Lahm. Jadual 6.1
menerangkan peringkat-peringkat pembentukan manusia.

Jadual 6.1: Peringkat Pembentukan Manusia

Peringkat Penerangan
1. Sulalah Menurut al-Quran, manusia berasal dari sulalah yang kemudian
membentuk air mani. Kebanyakan para musafir
menterjemahkannya sebagai sari pati dan proses ini ditegaskan
juga dalam surah al-MuÊminun ayat 12.
2. Nutfah Ia didefinisikan sebagai mani. Ia nutfah disebut sebanyak 12
tempat dalam al-Quran antaranya surah al-MuÊminun ayat 13.
3. `Alaqah Dijelaskan dalam surah al-MuÊminun ayat 14. Ia merupakan
penjelasan tentang tahap terjadinya embrio pada dinding rahim.
Peringkat `alaqah berakhir pada hari ke-24 hingga 25 dari
persenyawaan. Ia bertukar kepada peringkat mudghah pada hari
ke-26 hingga 27. Semasa hari terakhir peringkat `alaqah, embrio
mula menampakkan ciri-ciri mudghah seperti satu ikatan
ketulan-ketulan daging yang baru mula keluar. Ketulan-ketulan
daging ini kelihatan seperti daging yang dikunyah.
4. Mudghah Peringkat mudghah boleh dikatakan peringkat perubahan dalam
minggu keempat di mana berlaku perkembangan otak dan saraf
tunjang serta berlakunya pembentukan telinga dan mata dan lain-
lain.
5. Izam dan Peringkat pembentukan tulang-tulang dan daging yang
Lahm membalutinya. Selain daripada ayat dari surah al-Hajj dan
al-MuÊminun, pembentukan kedua-duanya ini dapat dilihat pada
surah al-Baqarah ayat 259. Menurut fakta sains, ketul daging
seperti yang dikunyah iaitu embrio akan membentuk sistem
rangka yang kemudiannya diselimuti oleh otot-otot. Oleh itu,
perkataan lahm dalam ayat ini dapat diertikan sebagai otot-otot
iaitu dalam istilah sainsnya ia disebut sebagai tisu kenyal di
dalam badan sama ada haiwan atau manusia yang boleh
ditegangkan atau dikendurkan untuk menghasilkan gerakan.

Berdasarkan peringkat-peringkat pembentukan janin di atas, al-Quran telah


menerangkan dengan jelas peringkat-peringkat di mana ia bermula dari
persenyawaan dengan suatu cecair yang sedikit, pembentukan zigot di dalam
organ peranakan perempuan, perkembangan embrio hinggalah kepada
pembentukan organ dan terakhirnya peniupan roh. Kesemuanya dibincangkan
dalam sains moden, kecuali peniupan roh. Pandangan yang jelas tentang
reproduksi manusia hanya diperoleh pada abad ke-19 di mana pertama kalinya ia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  89

diutarakan oleh Wolf dalam tahun 1839, sedangkan al-Quran telah pun
mendahuluinya selama 14 abad.

Selain itu, terdapat banyak lagi ayat al-Quran yang memperkatakan tentang aspek
sains dalam pelbagai bidang dan sebahagiannya diperturunkan seperti berikut:

(a) Peredaran matahari dan bulan adalah secara berterusan tanpa henti
sehingga tibanya kiamat dinyatakan dalam surah Ibrahim ayat 33;

(b) Fakta tentang peredaran bumi diterangkan dalam surah al-Naml ayat 88;

(c) Penciptaan benda semuanya berpasangan diterangkan dalam surah Yasin


ayat 36 dan al-Zariyat ayat 49;

(d) Angin sebagai agen pendebungaan disebut dalam surah al-Hijr ayat 22;

(e) Peranan gunung-ganang sebagai pasak bumi dijelaskan dalam surah


Luqman ayat 10, al-AnbiyaÊ ayat 31 dan al-Nazi`at ayat 32; dan

(f) Proses penurunan hujan dijelaskan dalam surah al-Rum ayat 48.

6.2.3 Kemukjizatan dari Segi Syariat/Hukum


Antara kemukjizatan lain al-Quran adalah dari segi syariat dan hukum-hakam.
Al-Quran juga banyak membicarakan berkaitan hukum dalam menegakkan
syariat Islam. Semua perkara ini disebut dalam al-Quran kerana ia adalah untuk
kesejahteraan umat manusia. Hukum-hakam ini hanya perlu diamalkan sahaja
oleh manusia seperti mana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW ketika
mana baginda memerintah di Madinah. Syariat Islam ditegakkan dan di situlah
dapat dirasai kenikmatan hukum-hukum Allah SWT yang Maha Adil lagi
Bijaksana dalam urusan pentadbiran-Nya. Negara-negara yang mengamalkan
syariat Allah SWT menjadi makmur dan harmoni di samping mencapai kemajuan
yang seimbang antara rohani dan material. Itulah buktinya mukjizat isi
kandungan al-Quran yang membawa manusia ke arah kesejahteraan dan
keharmonian hidup.

Hukum-hakam dalam al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah SAW yang


diberikan kuasa untuk menggariskan hukum-hakam tersebut kepada manusia. Ia
merangkumi hukum-hukum yang tetap, ayat-ayat yang mujmal diterangkan,
ayat-ayat yang mutlaq ditaqyidkan, ayat-ayat yang umum telah dikhususkan,
ayat-ayat yang dinasakhkan telah diterangkan penasakhnya. Hukum-hukum
Islam telah sempurna pada masa Baginda SAW masih hidup lagi. Ia dijelaskan
menerusi firman Allah SWT dalam surah al-MaÊidah ayat 3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

$YΨƒÏŠ zΝ≈n=ó™M}$# ãΝä3s9 àMŠÅÊu‘uρ ©ÉLyϑ÷èÏΡ öΝä3ø‹n=tæ àMôϑoÿøCr&uρ öΝä3oΨƒÏŠ öΝä3s9 àMù=yϑø.r& tΠöθu‹ø9$#

Maksudnya:
„Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu.‰
(Surah al-MaÊidah, 5:3)

Selain itu, Allah SWT juga telah menegaskan dalam surah al-NisaÊ ayat 59 dengan
firman-Nya:

’Îû ÷Λä⎢ôãt“≈uΖs? βÎ*sù ( óΟä3ΖÏΒ ÍöΔF{$# ’Í<'ρé&uρ tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

ß⎯|¡ômr&uρ ×öyz y7Ï9≡sŒ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? ÷Λä⎢Ψä. βÎ) ÉΑθß™§9$#uρ «!$# ’n<Î) çνρ–Šãsù &™ó©x«

∩∈®∪ ¸ξƒÍρù's?

Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Uli al-Amr" (orang-orang yang berkuasa) dalam
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik bagi kamu, dan lebih elok pula kesudahannya.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:59)

Maksud kembali kepada Allah SWT ialah merujuk kepada al-Quran dan hadis
Rasulullah SAW seperti mana dalam sabdanya:

ْ‫ِيك ْم أَ ْم َريْن لَن‬


ُ
‫ف‬ ُ
‫ت‬
ْ َ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َّ َ ُ َ َّ َ ُ َ َ َ ُ َّ َ
‫ك‬ ‫ر‬ ‫ت‬ ‫ال‬‫ق‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫و‬ ِ ‫ه‬‫ي‬ ‫ل‬‫ع‬ ‫ا‬ ‫ل‬ ‫ص‬ ِ ‫ا‬ ‫ول‬ ‫س‬‫ر‬ ‫ن‬ ‫أ‬ ‫ه‬‫غ‬‫ل‬‫ب‬ ‫ه‬ ‫ن‬‫أ‬ ‫ِك‬ ‫ل‬‫ا‬ َ ‫َع ْن‬
‫م‬
ِ
َ َ َّ َ َ َ ْ ُ ْ َّ َ َ َ ُّ َ
ِ‫اب ا ِ َو ُس َّنة نب ِ ّيِه‬ ‫ضلوا ما تمسكتم ب ِ ِهما كِت‬ ِ ‫ت‬
Maksudnya:
„Aku telah tinggalkan kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat
selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah SWT dan sunah
Rasul-Nya.‰
(Hadis riwayat Imam Malik)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  91

Hukum dalam al-Quran juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat tidak kira
pangkat, usia dan agama. Al-Quran bersifat universal dan adil terhadap semua.
Perkara ini dijelaskan dalam surah an-Nahl ayat 90.

Ï™!$t±ósxø9$# Ç⎯tã 4‘sS÷Ζtƒuρ 4†n1öà)ø9$# “ÏŒ Ç›!$tGƒÎ)uρ Ç⎯≈|¡ômM}$#uρ ÉΑô‰yèø9$$Î/ ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *

∩®⊃∪ šχρã©.x‹s? öΝà6¯=yès9 öΝä3ÝàÏètƒ 4 Ä©øöt7ø9$#uρ Ìx6Ψßϑø9$#uρ

Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu
(dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhi-Nya.‰
(Surah an-Nahl, 16:90)

Allah SWT turut menekankan aspek amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Amanah merupakan sikap yang perlu ada pada setiap manusia untuk
menjadikannya seorang yang dihormati dan disanjung. Firman Allah SWT dalam
surah al-NisaÊ ayat 58.

(#θßϑä3øtrB βr& Ĩ$¨Ζ9$# t⎦÷⎫t/ ΟçFôϑs3ym #sŒÎ)uρ $yγÎ=÷δr& #’n<Î) ÏM≈uΖ≈tΒF{$# (#ρ–Šxσè? βr& öΝä.ããΒù'tƒ ©!$# ¨βÎ) *

∩∈∇∪ #ZÅÁt/ $Jè‹Ïÿxœ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 3 ÿ⎯ÏμÎ/ /ä3ÝàÏètƒ $−ΚÏèÏΡ ©!$# ¨βÎ) 4 ÉΑô‰yèø9$$Î/

Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan
hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-
baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa
melihat.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:58)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

Di samping itu, al-Quran juga membicarakan tentang muamalat yang berkaitan


dengan kehidupan manusia seharian. Seperti dalam urusan perniagaan Allah
SWT menegaskan bahawa riba diharamkan seperti dalam surah al-Baqarah ayat
275 dengan firman-Nya:

z⎯ÏΒ ß⎯≈sÜø‹¤±9$# çμäܬ6y‚tFtƒ ”Ï%©!$# ãΠθà)tƒ $yϑx. ωÎ) tβθãΒθà)tƒ Ÿω (#4θt/Ìh9$# tβθè=à2ù'tƒ š⎥⎪Ï%©!$#

4 (#4θt/Ìh9$# tΠ§ymuρ yìø‹t7ø9$# ª!$# ¨≅ymr&uρ 3 (#4θt/Ìh9$# ã≅÷WÏΒ ßìø‹t7ø9$# $yϑ¯ΡÎ) (#þθä9$s% öΝßγ¯Ρr'Î/ y7Ï9≡sŒ 4 Äb§yϑø9$#

yŠ$tã ï∅tΒuρ ( «!$# ’n<Î) ÿ…çνãøΒr&uρ y#n=y™ $tΒ …ã&s#sù 4‘yγtFΡ$$sù ⎯ÏμÎn/§‘ ⎯ÏiΒ ×πsàÏãöθtΒ …çνu™!%y` ⎯yϑsù

∩⊄∠∈∪ šχρà$Î#≈yz $pκÏù öΝèδ ( Í‘$¨Ζ9$# Ü=≈ysô¹r& y7Íׯ≈s9'ρé'sù

Maksudnya:
„Orang-orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan syaitan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:
"Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah SWT
telah menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang
telah sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti, maka apa
yang telah diambilnya dahulu sebelum pengharaman itu adalah menjadi haknya,
dan perkaranya terserahlah kepada Allah SWT dan sesiapa yang mengulangi lagi
perbuatan mengambil riba itu maka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.‰
(Surah al-Baqarah, 2:275)

Allah SWT telah mengharamkan riba kerana riba boleh menyebabkan kesan yang
sangat buruk kepada ekonomi dan sosial umat Islam. Mereka yang lemah akan
ditindas oleh golongan yang kaya dan akan menyebabkan berlakunya huru-hara
dalam masyarakat tersebut. Demikianlah sedikit paparan mengenai kelebihan
syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Banyak lagi ayat
yang berkaitan hukum-hakam yang menunjukkan bahawa al-Quran itu adalah
mukjizat yang Maha Agung yang merangkumi keseluruhan urusan kehidupan
manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  93

6.2.4 Kemukjizatan dari Segi Berita Ghaib


Perkara-perkara ghaib merupakan salah satu daripada perkara yang perlu
dipercayai oleh umat Islam. Salah satu mukjizat al-Quran ialah menceritakan
tentang perkara ghaib yang tidak dapat diketahui oleh manusia seperti hari
akhirat, syurga, neraka dan sebagainya. Para ulama mengklasifikasikan perkara
ghaib ini kepada dua bahagian (lihat Rajah 6.1).

Rajah 6.1: Dua klasifikasi perkara ghaib

(a) Masa Lalu


Jika anda membaca dan menghayati al-Quran, anda akan dapat lihat bahawa
al-Quran banyak menceritakan tentang peristiwa-peristiwa silam. Peristiwa-
peristiwa ini dinamakan peristiwa ghaib kerana ia tidak dapat disaksikan
semasa ayat tersebut diturunkan.

Kisah-kisah silam dalam al-Quran dapat dikategorikan kepada kisah-kisah


para nabi dan rasul seperti dalam surah al-Baqarah ayat 246 hingga 247,
surah al-An`am ayat 75 hingga 79, surah Yunus ayat 75 hingga 79, surah
Maryam ayat 16 hingga 34, surah Taha ayat 12 hingga 53 dan surah
al-AnbiyaÊ ayat 80 hingga 83. Juga kisah orang-orang soleh seperti dalam
surah al-Baqarah ayat 246 hingga 247, surah Ali-`Imran ayat 43 hingga 47,
surah al-Kahfi ayat 9 hingga 20, 60 hingga 72 serta surah Maryam ayat 16
hingga 34.

Kategori kisah berikutnya ialah kisah mereka yang mengingkari perintah


Allah SWT seperti kisah kaum `Ad dan Thamud serta Raja Firaun dan para
pengikutnya. Antaranya dapat dirujuk dalam surah-surah seperti Hud ayat
36 hingga 38, 77 hingga 83, 84 hingga 95, Taha ayat 85 hingga 98 dan lain-
lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

Diperturunkan sampel ayat yang berkaitan dengan persoalan ghaib


menyentuh peristiwa masa lalu. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran
ayat 44.

öΝßγyϑ≈n=ø%r& šχθà)ù=ムøŒÎ) óΟÎγ÷ƒt$s! |MΨä. $tΒuρ 4 y7ø‹s9Î) ÏμŠÏmθçΡ É=ø‹tóø9$# Ï™!$t7/Ρr& ô⎯ÏΒ y7Ï9≡sŒ

∩⊆⊆∪ tβθßϑÅÁtF÷‚tƒ øŒÎ) öΝÎγ÷ƒy‰s9 |MΨà2 $tΒuρ zΝtƒötΒ ã≅àõ3tƒ óΟß㕃r&

Maksudnya:
„Peristiwa yang demikian ialah sebahagian daripada berita-berita ghaib
yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), sedang engkau
tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan kalam
masing-masing (untuk mengundi) siapakah antara mereka yang akan
memelihara Maryam. dan engkau juga (Wahai Muhammad) tidak ada
bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi.‰
(Surah Ali-ÂImran, 3:44)

Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 49.

È≅ö6s% ⎯ÏΒ y7ãΒöθs% Ÿωuρ |MΡr& !$yγßϑn=÷ès? |MΖä. $tΒ ( y7ø‹s9Î) !$pκÏmθçΡ É=ø‹tóø9$# Ï™!$t7/Ρr& ô⎯ÏΒ šù=Ï?

∩⊆®∪ š⎥⎫É)−Fßϑù=Ï9 sπt6É)≈yèø9$# ¨βÎ) ( ÷É9ô¹$$sù ( #x‹≈yδ

Maksudnya:
„(Kisah Nabi Nuh) itu adalah daripada perkara-perkara yang ghaib yang
Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum
engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah.
Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia
dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.‰
(Surah Hud, 11:49)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  95

Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 102 dengan firman-Nya:

öΝèδuρ öΝèδ{øΒr& (#þθãèuΗødr& øŒÎ) öΝÍκö‰y‰s9 |MΨä. $tΒuρ ( y7ø‹s9Î) Ïμ‹ÏmθçΡ É=ø‹tóø9$# Ï™!$t6/Ρr& ô⎯ÏΒ y7Ï9≡sŒ

∩⊇⊃⊄∪ tβρãä3øÿs‡

Maksudnya:
„Yang demikian ialah daripada berita-berita yang ghaib yang Kami
wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada
bersama-sama mereka semasa mereka sekata mengambil keputusan
(hendak membuang Yusuf ke dalam perigi) dan semasa mereka
menjalankan rancangan jahat (terhadapnya) untuk membinasakannya.‰
(Surah Yusuf, 12:102)

Ayat-ayat di atas ini telah membuktikan wujudnya berita-berita ghaib yang


telah diceritakan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan dan
iktibar di samping sebagai pembakar semangat kepada Rasulullah SAW
untuk terus menyebarkan dakwah Islam walaupun akan menghadapi
pelbagai rintangan dan cabaran.

(b) Masa Akan Datang


Ciri kemukjizatan juga amat terserlah apabila al-Quran menceritakan
tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang sama
ada dekat ataupun jauh. Peristiwa-peristiwa ini dinamakan peristiwa ghaib
kerana ia tidak dapat disaksikan semasa ayat tersebut diturunkan.

Penceritaan al-Quran tentang peristiwa yang berlaku terkemudian selepas


ayat-ayat diturunkan, dapat dilihat antaranya firman Allah SWT dalam
surah al-Rum ayat 1 hingga 4 yang menyatakan kekalahan tentera Rom
kepada tentera Parsi. Begitu juga kejayaan orang-orang Islam memasuki
Kota Makkah pada tahun 6 Hijrah yang dijelaskan dalam surah al-Fath ayat
27. Al-Quran juga telah membayangkan tentang kekalahan yang akan
dialami oleh kaum musyrikin Makkah semasa mereka merobohkan dan
bertempur dengan tentera Islam di medan perang Badar menerusi surah
al-Qamar ayat 44 hingga 45 dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

Diperturunkan sampel ayat yang berkaitan dengan persoalan ghaib


menyentuh peristiwa masa akan datang. Firman Allah SWT dalam surah
al-Masad ayat 1 hingga 5:

#Y‘$tΡ 4’n?óÁu‹y™ ∩⊄∪ |=|¡Ÿ2 $tΒuρ …ã&è!$tΒ çμ÷Ψtã 4©o_øî&r !$tΒ ∩⊇∪ ¡=s?uρ 5=yγs9 ’Î1r& !#y‰tƒ ôM¬7s?

∩∈∪ ¤‰|¡¨Β ⎯ÏiΒ ×≅ö7ym $yδω‹Å_ ’Îû ∩⊆∪ É=sÜysø9$# s's!$£ϑym ∩⊂∪ …çμè?r&tøΒ$#uρ 5=oλm; |N#sŒ

Maksudnya:
„Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama
hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia
akan menderita daripada kebakaran api neraka yang marak menjulang. Dan
juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api, di lehernya sejenis
tali, daripada tali-tali yang dipintal.‰
(Surah al-Masad, 111:1−5)

Dalam ayat di atas, Allah SWT telah pun menyatakan azab kepada Abu Lahab dan
isterinya walaupun masih belum berlaku hari kiamat. Mereka merupakan antara
musyrikin yang kuat menentang dakwah Rasulullah SAW. Al-Quran telah
menceritakan perkara yang akan berlaku kepada Abu Lahab, walaupun
diturunkan 1,400 tahun yang lalu dan ini membuktikan al-Quran telah mengatasi
zaman dan pemikiran manusia.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Kemukakan tiga daripada ayat al-Quran dan jelaskan bentuk


kemukjizatan bahasa yang terdapat pada ayat tersebut.

2. Huraikan betapa al-Quran sarat dengan ciri-ciri mukjizat dari


aspek syariat, serta kemukakan contoh-contohnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN  97

AKTIVITI 6.2

Kemukakan ayat-ayat daripada al-Quran yang memperkatakan tentang


proses kejadian manusia dan huraikan ayat-ayat tersebut sehingga
menampakkan tentang betapa al-Quran mempunyai ciri kemukjizatan
dari aspek sains.

Setelah anda menjawab soalan di atas, anda dikehendaki untuk


berbincang dengan rakan-rakan anda pada sesi tutorial seterusnya.

 Mukjizat secara etimologinya berasal dari kata perbuatan `ajaza yang


bermaksud tidak berkemampuan atau sesuatu yang dapat melemahkan
musuh apabila dicabar.

 Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang kaya dengan ciri-ciri i`jaz.

 Bentuk-bentuk kemukjizatan yang terdapat pada al-Quran dalam pelbagai


aspek adalah bukti kukuh tentang hakikat al-Quran sebagai kalam
Allah SWT.

 Kemukjizatan al-Quran boleh dilihat dari aspek bahasa, sains dan syariat/
hukum.

 Al-Quran ialah kitab hidayah yang mengemukakan pelbagai asas dalam


pelbagai disiplin ilmu untuk panduan umat sejagat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

`Alaqah Metafizik
Berita ghaib Musyrikin
Izam Nutfah
Kaum `Ad Mudghah
Kaum Thamud Sulalah
Kaum Firaun Uli al-Amr
Lahm Ummul Qura

Al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa al-Baby


al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Juriah Mohd Amin. (1998). Kemukjizatan al-Quran dan Sains. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perumpamaan
al-Quran
7
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan perumpamaan al-Quran dengan jelas;
2. Menjelaskan tiga jenis perumpamaan al-Quran;
3. Menerangkan dua bahagian perumpamaan al-Quran; dan
4. Menghuraikan faedah-faedah yang diperolehi daripada perumpamaan
al-Quran.

 PENGENALAN
Bertemu kita semula dalam Topik 7. Sebelum itu, cuba anda fikir sejenak apakah
yang anda faham tentang perumpamaan al-Quran? Perumpamaan atau al-amthal
adalah salah satu medium yang sangat penting untuk menjelaskan kepada umat
manusia tentang pelbagai persoalan, antaranya ialah keimanan, syariat, akidah,
sosiobudaya, keluarga, sejarah dan sebagainya.

Pelbagai bentuk perumpamaan terdapat dalam al-Quran. Antaranya adalah


mengilustrasikan fenomena alam, karakter manusia, tingkah laku, status, amalan,
seksa, pahala dan ideologi umat manusia selama hidup di dunia.

Menerusi topik ini, kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan
perumpamaan iaitu takrif perumpamaan yang dikemukakan oleh ulama, jenis-
jenis perumpamaan serta contohnya-contohnya yang terdapat dalam al-Quran.
Selain itu, pembahagian perumpamaan dan faedah-faedah yang diperoleh
daripada perumpamaan al-Quran juga akan dibincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

7.1 DEFINISI DAN JENISNYA


Pertama sekali, kita akan membincangkan definisi dan jenis perumpamaan.

7.1.1 Definisi Perumpamaan


Perumpamaan adalah istilah bahasa Melayu dan dalam bahasa Arabnya ia disebut
sebagai al-Mathal. Perkataan amthal ( ‫ ) أﻣﺜﺎل‬merupakan kata jamak bagi perkataan
al-mathal yang bermaksud menyerupai sesuatu. Al-Zamakhsyari mengatakan
al-mathal mempunyai makna yang sama dengan al-mithl dan al-mathil
sebagaimana perkataan al-syabah, al-syibh dan al-syabih.

Menurut al-Zamakhsyari, mathal berdasarkan asal perkataannya bererti serupa


atau sebanding. Menurut beliau lagi, kata mathal digunakan pula untuk
menunjukkan erti keadaan dan kisah yang menakjubkan. Al-mathal digunakan
secara pinjaman untuk menunjukkan keadaan, sifat atau kisah. Dengan
pengertian inilah ditafsirkan kata-kata al-amthal dalam sejumlah ayat di dalam
al-Quran. Firman Allah SWT:

÷¨tótGtƒ óΟ©9 &⎦t⎤©9 ⎯ÏiΒ Ö≈pκ÷Ξr&uρ 9⎯Å™#u™ Îöxî >™!$¨Β ⎯ÏiΒ Ö≈pκ÷Ξr& !$pκÏù ( tβθà)−Gßϑø9$# y‰Ïããρ ©ÉL©9$# Ïπ¨Ψpgø:$# ã≅sW¨Β

Èe≅ä. ⎯ÏΒ $pκÏù öΝçλm;uρ ( ’y∀|Á•Β 9≅|¡tã ô⎯ÏiΒ Ö≈pκ÷Ξr&uρ t⎦⎫Î/Ì≈¤±=Ïj9 ;ο©%©! 9÷Ηs~ ô⎯ÏiΒ Ö≈pκ÷Ξr&uρ …çμßϑ÷èsÛ

yì©Üs)sù $VϑŠÏΗxq ¹™!$tΒ (#θà)ß™uρ Í‘$¨Ζ9$# ’Îû Ó$Î#≈yz uθèδ ô⎯yϑx. ( öΝÍκÍh5§‘ ⎯ÏiΒ ×οtÏøótΒuρ ÏN≡tyϑ¨V9$#

∩⊇∈∪ óΟèδu™!$yèøΒr&
Maksudnya:
„Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah
seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa
dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta
beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan
juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di
sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan daripada Tuhan mereka. Adakah
orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya
sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum
dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah
tentu tidak sama).‰
(Surah Muhammad, 47:15)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN  101

Manakala Ibn Qayyim al-Jawziyyah mendefinisikan al-amthal al-Quran


(perumpamaan al-Quran) dengan menyerupakan sesuatu dengan sesuatu yang
lain, mendekatkan sesuatu yang abstrak dengan yang tersembunyi atau
mendekatkan salah satu daripada dua yang tersembunyi dengan yang lain dan
menganggap salah satunya sebagai yang lain.

Al-Amthal (perumpamaan) juga memberi maksud kata-kata hikmat. Ia dipanggil


hikmat kerana kemampuannya memberikan gambaran kepada akal tentang
sesuatu. Walau bagaimanapun kata-kata hikmat akan hanya dikenali dengan
al-amthal sekiranya penggunaannya tersebar dan meluas.

Perumpamaan (al-amthal) yang diguna pakai dalam al-Quran sebagai salah satu
uslub balaghahnya ialah menggambarkan sesuatu yang kurang difahami dengan
suatu gambaran sama ada keadaan fenomena alam, binatang, tumbuhan dan
makhluk Allah SWT yang lain. Gambaran tersebut mempunyai persamaan antara
keduanya. Daripada gambaran dan perumpamaan itu, mesej yang ingin
disampaikan oleh Maha Pencipta akan diterima oleh hamba-hamba-Nya, jika
mereka mengamatinya dengan menggunakan akal fikiran dengan baik.

7.1.2 Jenis-jenis Perumpamaan


Mengikut pendapat para ulamaÊ, perumpamaan (al-amthal) terbahagi kepada tiga
jenis. Lihat Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Tiga jenis perumpamaan al-Quran

(a) Perumpamaan yang Jelas (al-Amthal al-Musarrahah)


Perumpamaan yang jelas (al-Amthal al-Musarrahah) ialah perumpamaan
yang disebut secara terang-terangan lafaz mathal atau menunjukkan kepada
tasybih. Perumpamaan ini juga dikenali sebagai al-Amthal al-Qiyasi.
Perumpamaan jenis ini dapat dilihat dengan banyak dalam al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

Berikut dipaparkan beberapa contoh ayat yang mengandungi


perumpamaan yang jelas:

}§ø♥Î/ 4 #I‘$xó™r& ã≅Ïϑøts† Í‘$yϑÅsø9$# È≅sVyϑx. $yδθè=Ïϑøts† öΝs9 §ΝèO sπ1u‘öθ−G9$# (#θè=Ïdϑãm t⎦⎪Ï%©!$# ã≅sVtΒ

t⎦⎫ÏΗÍ>≈©à9$# tΠöθs)ø9$# “ωöκu‰ Ÿω ª!$#uρ 4 «!$# ÏM≈tƒ$t↔Î/ (#θç/¤‹x. t⎦⎪Ï%©!$# ÏΘöθs)ø9$# ã≅sWtΒ

Maksudnya:
„Sifat-sifat Nabi Muhammad SAW itu telah pun diterangkan dalam Kitab
Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, (maka)
bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungkan dan ditugaskan
(mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka
tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah seperti keldai
yang memikul bendera kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui
kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-
ayat keterangan Allah, dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah
petunjuk kepada kaum yang zalim.‰
(Surah al-JumuÊah, 62:5)

Dalam ayat di atas Allah SWT telah menempelak kaum Yahudi dan mereka
telah diumpamakan sebagai keldai. Ayat ini menceritakan hal keadaan
orang Yahudi yang tidak beramal dengan isi kandungan kitab Taurat serta
mendustai apa yang terdapat dalam kitab Taurat tentang kenabian
Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

$yγ=Ïßuρ ÒΟÍ←!#yŠ $yγè=à2é& ( ã≈pκ÷ΞF{$# $uηÏGøtrB ⎯ÏΒ “ÌøgrB ( tβθà)−Gßϑø9$# y‰Ïããρ ©ÉL©9$# Ïπ¨Ψyfø9$# ã≅sW¨Β

â‘$¨Ψ9$# t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# _q<ø)ãã¨ρ ( (#θs)¨?$# š⎥⎪Ï%©!$# ©t<ø)ãã y7ù=Ï? 4

Maksudnya:
„Sifat syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa itu ialah
(seperti taman), air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar
tamannya, makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa
teduh. Itulah kesudahan usaha orang-orang bertakwa, sedang kesudahan
orang-orang kafir pula ialah neraka.‰
(Surah ar-RaÊd, 13:35)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN  103

Dalam ayat di atas, Allah SWT menggambarkan kenikmatan dan


kebahagiaan syurga yang luar biasa. Syurga diumpamakan sebagai sebuah
taman yang tersangat indah, dipenuhi pepohon buah yang beraneka
macam, berbagai-bagai jenis tanaman yang berbunga, dihiasi kicauan
burung yang merdu, sungai yang mengalir serta udara yang sejuk dan
nyaman.

(b) Perumpamaan yang Tersembunyi (al-Amthal al-Kaminah)


Perumpamaan yang tersembunyi membawa maksud perumpamaan yang
tidak dijelaskan dengan menggunakan lafaz mathal secara nyata, tetapi
menunjukkan makna-makna yang indah, menarik serta mengandungi
makna iÊjaz dan merujuk kepada sesuatu perumpamaan tertentu dari
perumpamaan bahasa Arab. Dengan kata lain, ia merupakan perumpamaan
berdasarkan maksud ayatnya sahaja, bukan daripada perkataannya. Para
ulama telah membuat contoh tentang al-amthal ini dengan beberapa
perumpamaan, antaranya ialah:

(i) ‫( ﺧﲑ اﻷﻣﻮر أوﺳﻄﻬﺎ‬Sebaik-baik Urusan adalah Sederhana)


Terdapat empat ayat dalam al-Quran yang membawa maksud seperti
perumpamaan ini, iaitu:

( y7Ï9≡sŒ š⎥÷⎫t/ 8β#uθtã íõ3Î/ Ÿωuρ ÖÚÍ‘$sù ω ×οts)t/ $pκ¨ΞÎ) ãΑθà)tƒ …çμ¯ΡÎ) tΑ$s%

Maksudnya:
„Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa sapi betina itu tidak terlalu
tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu⁄‰
(Surah al-Baqarah, 2:68)

$YΒ#uθs% šÏ9≡sŒ š⎥÷⎫t/ tβ%Ÿ2uρ (#ρçäIø)tƒ öΝs9uρ (#θèùÌó¡ç„ öΝs9 (#θà)xΡr& !#sŒÎ) t⎦⎪Ï%©!$#uρ

Maksudnya:
„Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila
membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil
kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul
sederhana diantara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.‰
(Surah al-Furqan, 25:67)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

$YΒθè=tΒ y‰ãèø)tFsù ÅÝó¡t6ø9$# ¨≅ä. $yγôÜÝ¡ö6s? Ÿωuρ y7É)ãΖãã 4’n<Î) »'s!θè=øótΒ x8y‰tƒ ö≅yèøgrB Ÿωuρ

#·‘θÝ¡øt¤Χ

Maksudnya:
„Dan janganlah engkau jadikan tangan kamu terbelenggu di leher
kamu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-
habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan
yang tercela dan menyesal.‰
(Surah al-IsraÊ, 17:29)

Wξ‹Î6y™ y7Ï9≡sŒ t⎦÷⎫t/ ÆtFö/$#uρ $pκÍ5 ôMÏù$sƒéB Ÿωuρ y7Ï?Ÿξ|ÁÎ/ öyγøgrB Ÿωuρ

Maksudnya:
„⁄.Dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan
gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana di antara itu.‰
(Surah al-IsraÊ, 17:110)

(ii) ‫( ﻛﻤﺎ ﺗﺪﻳﻦ ﺗﺪان‬Sebagaimana Kamu Telah Memberi Hutang Maka Kamu
Akan Dibayarnya)

⎯ÏμÎ/ t“øgä† #[™þθß™ ö≅yϑ÷ètƒ ⎯tΒ

Maksudnya:
„Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan
itu.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:123)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN  105

(iii) ‫ﻟﻴﺲ اﳋﱪ ﻛﺎﻟﻌﻴﺎن‬ (Khabar itu Tidak Sama dengan Menyaksikannya
Sendiri)

( ©É<ù=s% £⎯Í≥yϑôÜuŠÏj9 ⎯Å3≈s9uρ 4’n?t/ tΑ$s% ( ⎯ÏΒ÷σè? öΝs9uρr& tΑ$s%

Maksudnya:
Allah berfirman: „Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaan-
Ku?)‰ Nabi Ibrahim menjawab: „Bahkan (aku percaya dan yakin),
akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram
hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya).‰
(Surah al-Baqarah, 2:260)

(iv) ‫( ﻻ ﻳﻠﺪغ اﳌﺆﻣﻦ ﻣﻦ ﺟﺤﺮ واﺣﺪ ﻣﺮﺗﲔ‬Seorang Mukmin Tidak Akan Disengat
Dua Kali di Tempat yang Sama)

( ã≅ö6s% ⎯ÏΒ Ïμ‹Åzr& #’n?tã öΝä3çGΨÏΒr& !$yϑŸ2 ωÎ) Ïμø‹n=tã öΝä3ãΨtΒ#u™ ö≅yδ tΑ$s%

Maksudnya:
„Bapa mereka berkata: „(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama
kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya
melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya
dahulu⁄‰
(Surah Yusuf, 12:64)

(v) ‫ﻣﻦ ﺟﻬﻞ ﺷﻴﺌﺎ ﻋﺎداﻩ‬ (Seseorang yang Jahil tentang Sesuatu Akan
Menentangnya)

⎯ÏμÏϑù=ÏèÎ/ (#θäÜŠÏtä† óΟs9 $yϑÎ/ (#θç/¤‹x. ö≅t/

Maksudnya:
„Bahkan mereka pula terburu-buru mendustakan al-Quran yang
fahaman mereka tidak dapat meliputi segala isi pengetahuannya⁄.‰
(Surah Yunus, 10:39)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

(c) Perumpamaan yang Terlepas (al-Amthal al-Mursalah)


Perumpamaan ini bermaksud sejumlah ayat yang membawa maksud
perumpamaan dan ia tidak dijelaskan dengan lafaz tasybih, tetapi ia
dianggap sebagai perumpamaan. Perumpamaan ini tidak difahami melalui
perkataannya tetapi menerusi makna di sebalik susunan ayatnya.

Para ulama berbeza pendapat tentang ayat-ayat al-amthal al-mursalah.


Sesetengah ahli ilmu berpendapat bahawa al-amthal jenis ini dianggap
sudah terkeluar daripada kesusasteraan al-Quran. Antara contoh ayat al-
Quran yang tergolong dalam perumpamaan jenis ini ialah seperti firman
Allah SWT:

‘,ysø9$# }ÈysóÁym z⎯≈t↔ø9$#

Maksudnya:
„Sekarang ternyatalah kebenarannya (yang selama ini tersembunyi)......‰

(Surah Yusuf, 12:51)

îπxÏ©%x. «!$# Èβρߊ ⎯ÏΒ $yγs9 }§øŠs9

Maksudnya:
„Tidak ada sesiapa pun selain Allah yang dapat menahan atau
menghapuskan huru-hara hari kiamat itu.‰
(Surah al-Najm, 53:58)

Èβ$u‹ÏGøtGó¡n@ ÏμŠÏù “Ï%©!$# ãøΒF{$# z©ÅÓè%

Maksudnya:
„Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan
itu.‰
(Surah Yusuf, 12:41)

5=ƒÌs)Î/ ßxö6Á9$# }§øŠs9r&

Maksudnya:
„Bukankah waktu Subuh itu sudah dekat?‰
(Surah Hud, 11:81)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN  107

7.1.3 Bahagian-bahagian Perumpamaan


Perumpamaan juga dibahagikan kepada dua bahagian yang lain. Rujuk Rajah 7.2
untuk mengetahui dua bahagian tersebut.

Rajah 7.2: Bahagian-bahagian perumpamaan

(a) Perumpamaan Mudah (‫اﻟﺒﺴﻴﻂ‬ ‫)اﻟﺘﻤﺜﻴﻞ‬


Perumpamaan ini juga dikenali sebagai Tamthil al-Mufrad kerana
mengumpamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain hanya dengan satu
perkataan sahaja kerana apa yang diumpamakan baginya sama seperti yang
diumpamakan kepadanya dari segi makna dan maksud iaitu bersifat
tunggal atau satu.

Contohnya, mengumpamakan orang jahil dengan orang buta, orang yang


berilmu dengan orang yang melihat, orang yang mempunyai ilmu tetapi
tidak memanfaatkannya seperti seekor keldai yang membawa beban di atas
badannya tetapi tidak tahu apa kandungannya dan ilmu yang diturunkan
Allah SWT seperti hujan yang turun dari langit. Allah SWT berfirman:

4 ¸ξsWtΒ Èβ$tƒÈθtFó¡o„ ö≅yδ 4 ÆìŠÏϑ¡¡9$#uρ ÎÅÁ7t ø9$#uρ ÉdΟ|¹F{$#uρ 4‘yϑôãF{$%Ÿ2 È⎦÷⎫s)ƒÌxø9$# ã≅sWtΒ

tβρã©.x‹s? Ÿξsùr&
Maksudnya:
„Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah
seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta
mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah
kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil
peringatan dan insaf?‰
(Surah Hud, 11:24)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
108  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

Dalam ayat di atas Allah SWT mengumpamakan orang kafir seperti buta
dan pelik. Ini kerana orang buta tidak nampak, sama juga dengan orang
kafir yang tidak nampak akan kebenaran yang dibawa oleh para utusan
Allah SWT. Manakala orang yang beriman pula disamakan dengan celik
serta mendengar kerana orang-orang beriman menerima kebenaran ajaran
Allah SWT jelasnya di sini bahawa wujud perbezaan antara orang-orang
kafir dan orang-orang beriman.

(b) Perumpamaan Tersusun (‫اﳌﺮﻛﺐ‬ ‫)اﻟﺘﻤﺜﻴﻞ‬


Perumpamaan yang tersusun pula ialah perumpamaan yang didahului
dengan cara menyatakan gambaran yang banyak daripada satu-satu
perkataan, tetapi wajah syabah antara keduanya tidak diambil daripada satu
perkataan yang tertentu tetapi diambil selain daripadanya atau daripada
gambaran umum sama ada dalam bentuk yang sama atau suatu susunan
yang tidak disyaratkan ada padanya pertembungan antara perumpamaan
dan yang dijadikan perumpamaan. Firman Allah SWT:

’Îû $yγããösùuρ ×MÎ/$rO $yγè=ô¹r& Bπt7Íh‹sÛ ;οtyft±x. Zπt6ÍhŠsÛ ZπyϑÎ=x. WξsWtΒ ª!$# z>uŸÑ y#ø‹x. ts? öΝs9r&

Ĩ$¨Ψ=Ï9 tΑ$sWøΒF{$# ª!$# ÛUÎôØ„o uρ 3 $yγÎn/u‘ ÈβøŒÎ*Î/ ¤⎦⎫Ïm ¨≅ä. $yγn=à2é& þ’ÎA÷σè? ∩⊄⊆∪ Ï™!$yϑ¡¡9$#

šχρã2x‹tGtƒ óΟßγ¯=yès9
Maksudnya:
„Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai
sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh,
dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada
tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan
perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat
(mengambil pelajaran).‰
(Surah Ibrahim, 14:24−25)

Contohnya, perumpamaan mengucapkan kalimah yang baik. Maksud


kalimah yang baik dalam ayat di atas ialah kalimah Tauhid yang menyeru
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Allah SWT memberi
gambaran orang yang mengucapkan kalimah yang baik bagaikan pohon
yang baik, teguh akarnya, cabangnya menjulang ke langit dan menghasilkan
buah-buahan pada setiap masa. Perumpamaan ini menerangkan bahawa
amalan mengucapkan kalimah yang baik akan mendapat ganjaran di sisi
Allah SWT.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN  109

SEMAK KENDIRI 7.1

Kemukakan jenis-jenis perumpamaan al-Quran dan sertakan contoh-


contohnya.

7.2 FAEDAH DARI PERUMPAMAAN


Di sini kita akan mempelajari faedah-faedah perumpamaan.

7.2.1 Faedah-faedah Perumpamaan


Sesungguhnya setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku kepada kita ada
hikmah tersirat di sebaliknya. Ini kerana Allah SWT tidak menjadikan sesuatu sia-
sia di muka bumi ini, melainkan ada matlamat dan tujuannya. Demikian juga, di
sebalik pelbagai perumpamaan yang didatangkan oleh Allah SWT dalam
al-Quran terdapat matlamat dan tujuan penggunaannya, iaitu:

(a) Menjelaskan Sesuatu yang Kurang Difahami atau Tidak Diketahui


Menjelaskan sesuatu yang kurang difahami atau tidak diketahui dengan
gambaran sesuatu perumpamaan supaya perkara tersebut mudah difahami
dan mesej yang dibawa olehnya akan sampai kepada fikiran manusia. Allah
SWT menjelaskan sesuatu yang kurang difahami dengan menggambarkan
sesuatu dengan sesuatu yang lain, di mana kedua-duanya mempunyai ciri-
ciri kesamaan. Contohnya, Allah SWT menggambarkan warna kulit dan
kelembutan bidadari syurga seumpama sebutir mutiara, walaupun pada
hakikatnya perbezaan antara kedua-duanya amat ketara. Firman Allah
SWT:

∩⊄⊂∪ ÈβθãΖõ3yϑø9$# Çυä9÷σ=9$# È≅≈sVøΒr(x. ∩⊄⊄∪ ×⎦⎫Ïã î‘θãmuρ

Maksudnya:
„Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik rupa parasnya,
seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.‰
(Surah al-WaqiÊah, 56:22−23)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

(b) Memberikan Kepuasan Melalui Hujah-hujah yang Mantap


Memberi kepuasan melalui hujah-hujah yang mantap dan berkesan, ini
dapat dilihat daripada firman Allah SWT:

u™!%Ÿ2uà° ⎯ÏiΒ Νä3ãΖ≈yϑ÷ƒr& ôMs3n=tΒ $¨Β ⎯ÏiΒ Νä3©9 ≅yδ ( öΝä3Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ WξsV¨Β Νä3s9 z>uŸÑ

y7Ï9≡x‹Ÿ2 4 öΝä3|¡àΡr& öΝà6ÏGxŠÏ‚x. öΝßγtΡθèù$sƒrB Ö™!#uθy™ ÏμŠÏù óΟçFΡr'sù öΝà6≈oΨø%y—u‘ $tΒ ’Îû

šχθè=É)÷ètƒ 5Θöθs)Ï9 ÏM≈tƒFψ$# ã≅Å_ÁxçΡ

Maksudnya:
„Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan daripada
keadaan diri kamu sendiri, iaitu relakah kamu menerima sebahagian
daripada hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi kongsi-kongsi
kamu pada harta benda yang telah Kami kurniakan kepada kamu, supaya
dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama
berhak padanya sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta
benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak
berani (berbuat demikian dengan orang yang berkongsi dengan kamu yang
setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-
keterangan satu persatu bagi orang yang menggunakan akal untuk
memahaminya.‰
(Surah Ar-Rum, 30:28)

(c) Dorongan untuk Melakukan Kebaikan


Memberikan dorongan untuk melakukan kebaikan dengan
mengumpamakan sesuatu yang baik itu dengan keindahan dan kecantikan;
sebaliknya sesuatu yang buruk diumpamakan sebagai sesuatu yang tidak
disenangi oleh jiwa agar manusia menghindarinya. Seperti firman Allah SWT:

’Îû $yγããösùuρ ×MÎ/$rO $yγè=ô¹r& Bπt7Íh‹sÛ ;οtyft±x. Zπt6ÍhŠsÛ ZπyϑÎ=x. WξsWtΒ ª!$# z>uŸÑ y#ø‹x. ts? öΝs9r&

Ĩ$¨Ψ=Ï9 tΑ$sWøΒF{$# ª!$# ÛUÎôØ„o uρ 3 $yγÎn/u‘ ÈβøŒÎ*Î/ ¤⎦⎫Ïm ¨≅ä. $yγn=à2é& þ’ÎA÷σè? ∩⊄⊆∪ Ï™!$yϑ¡¡9$#

É−öθsù ⎯ÏΒ ôM¨VçGô_$# >πsVÎ6yz >οtyft±x. 7πsWÎ7yz >πyϑÎ=x. ã≅sVtΒuρ ∩⊄∈∪ šχρã2x‹tGtƒ óΟßγ¯=yès9

∩⊄∉∪ 9‘#ts% ⎯ÏΒ $yγs9 $tΒ ÇÚö‘F{$#


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN  111

Maksudnya:
„Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai
sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh,
dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada
tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan
perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mengambil
pelajaran). Dan bandingan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti
sebatang pohon yang tidak berguna, yang mudah terbongkas akar-akarnya
dari muka bumi, tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.‰
(Surah Ibrahim, 14:24−26)

(d) Keinginan untuk Mendapat Ganjaran


Melahirkan rasa keinginan yang amat sangat dengan sesuatu ganjaran yang
dijanjikan oleh Allah SWT dan berasa takut dengan amaran Allah SWT
Contohnya firman Allah SWT:

’Îû Ÿ≅Î/$uΖy™ yìö7y™ ôMtFu;/Ρr& >π¬6ym È≅sVyϑx. «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû óΟßγs9≡uθøΒr& tβθà)ÏΖムt⎦⎪Ï%©!$# ã≅sW¨Β

∩⊄∉⊇∪ íΟŠÎ=tæ ììÅ™≡uρ ª!$#uρ 3 â™!$t±o„ ⎯yϑÏ9 ß#Ïè≈ŸÒムª!$#uρ 3 7π¬6ym èπs($ÏiΒ 7's#ç7/Ψß™ Èe≅ä.

Maksudnya:
„Perumpamaan orang yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah
adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-
tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang
Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.‰
(Surah al-Baqarah, 2:261)

(e) Takut Terhadap Amaran Azab Seksaan


Melahirkan rasa takut terhadap amaran azab seksaan Allah SWT melalui
perumpamaan yang berbentuk ancaman dan peringatan. Hal ini dapat
dilihat dalam firman Allah SWT yang berbunyi:

A>#x‹yèÎ/ çν÷Åe³t6sù ( $yγ÷èyϑó¡o„ óΟ©9 βr(x. #ZÉ9õ3tGó¡ãΒ •ÅÇム§ΝèO Ïμø‹n=tã 4’n?÷Gè? «!$# ÏM≈tƒ#u™ ßìuΚó¡tƒ

8Λ⎧Ï9r&

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

Maksudnya:
„Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan
kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya),
seolah-olah dia tidak mendengarnya, oleh itu gembiralah dia dengan azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.‰
(Surah al-Jathiyah, 45:8)

(f) Menggalakkan Orang yang Mendengar Berfikir


Menggalakkan pendengar supaya berfikir, sebagaimana firman Allah SWT:

4 «!$# ÏπuŠô±yz ô⎯ÏiΒ %YæÏd‰|ÁtF•Β $Yèϱ≈yz …çμtF÷ƒr&t©9 9≅t6y_ 4’n?tã tβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ $uΖø9t“Ρr& öθs9

šχρã©3xtGtƒ óΟßγ¯=yès9 Ĩ$¨Ζ=Ï9 $pκæ5ÎôØtΡ ã≅≈sVøΒF{$# šù=Ï?uρ

Maksudnya:
„Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya
engkau melihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada
Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan
kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.‰
(Surah al-Hasyr, 59:21)

SEMAK KENDIRI 7.2

Nyatakan tiga contoh perumpamaan al-Quran yang menyentuh:

(a) Persoalan keimanan

(b) Persoalan syariat

(c) Tingkah laku manusia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN  113

 Perumpamaan atau al-amthal adalah salah satu medium yang sangat penting
untuk menjelaskan kepada umat manusia tentang pelbagai persoalan.
Antaranya ialah keimanan, syariat, akidah, sosiobudaya, keluarga, sejarah
dan sebagainya.

 Perumpamaan atau al-amthal yang dikemukakan dalam al-Quran


menampilkan gaya bahasa yang sederhana dan ringkas tetapi mengandungi
interpretasi yang cukup mendalam sehingga mampu membuka minda
orang-orang yang memahaminya.

 Perumpamaan yang dikemukakan oleh al-Quran seperti al-amthal


al-musarrahah, al-kaminah dan al-mursalah adalah sebahagian daripada
pendekatan al-Quran dalam menerangkan sesuatu perkara yang akhirnya
boleh menimbulkan kekaguman kepada Maha Pencipta.

 Jenis-jenis perumpamaan terbahagi kepada perumpamaan yang jelas,


perumpamaan yang tersembunyi dan perumpamaan yang terlepas.

 Dua bahagian perumpamaan al-Quran ialah perumpamaan mudah dan


perumpamaan tersusun.

 Antara faedah daripada penggunaan perumpamaan adalah:

ă Menjelaskan sesuatu yang kurang difahami atau tidak diketahui;

ă Memberi kepuasan melalui hujah-hujah yang mantap dan berkesan;

ă Memberikan dorongan untuk melakukan kebaikan dengan


mengumpamakan sesuatu yang baik itu dengan keindahan dan
kecantikan, sebaliknya sesuatu yang buruk diumpamakan sebagai
sesuatu yang tidak disenangi oleh jiwa agar manusia menghindarinya;

ă Melahirkan rasa keinginan yang amat sangat dengan sesuatu ganjaran


yang dijanjikan oleh Allah SWT dan berasa takut dengan amaran Allah
SWT;

ă Melahirkan rasa takut terhadap amaran azab seksaan Allah SWT melalui
perumpamaan yang berbentuk ancaman dan peringatan; dan

ă Menggalakkan pendengar supaya berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 PERUMPAMAAN AL-QURAN

Al-mathal Amthal al-Qiyasi


Al-Amthal al-Kaminah Perumpamaan Tersusun (al-Murakkab)
Al-Amthal al-Mursalah Perumpamaan Mudah (al-Basit)
Al-Amthal al-Musarrahah Tamthil al-Mufrad
Al-Syabih Wajah syabah

Al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa al-Baby


al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Khalid `Abd al-Rahman al-`Ak. (1994). Usul al-Tafsir wa Qawa`iduh. Beirut: Dar
al-NafaÊis.

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Muhammad Basyuni Fudah. (1988). Al-Murshid al-Wafi fi Ulum al-Quran. Misr:


Matba`ah al-Amanah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kisah-kisah
al-Quran
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pembahagian kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran;
2. Menerangkan hikmah pengulangan kisah al-Quran; dan
3. Menghuraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada kisah
al-Quran.

 PENGENALAN
Alhamdulillah, kita telah pun sampai di Topik 8. Semoga apa yang telah anda baca
sebelum ini memberi banyak pengajaran dan manfaat kepada anda.

Seperti yang anda semua maklum, al-Quran merupakan kitab hidayah dan
petunjuk kepada sekalian manusia dalam segenap aspek kehidupan. Terdapat
pelbagai kisah yang tercatat dalam al-Quran. Kisah-kisah yang terkandung dalam
al-Quran merupakan cerita-cerita tentang perkhabaran peristiwa terdahulu.
Apakah tujuan kisah-kisah tersebut diceritakan dengan begitu terperinci sekali? Ia
sebenarnya bertujuan memberikan hidayah dan petunjuk kepada manusia. Kisah-
kisah al-Quran mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Suatu hal
yang seharusnya kita sedari ialah kisah-kisah al-Quran bukanlah seperti kisah-
kisah lain. Sesungguhnya apa yang diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran
merupakan sebaik-baik kisah sebagai contoh dan pengajaran kepada semua umat.
Justeru dalam topik ini kita akan membincangkan beberapa topik penting tentang
kisah-kisah al-Quran dan ia menyentuh tentang pengertian dan jenis-jenis kisah
dalam al-Quran, faedah-faedahnya, hikmah berulang-ulang kisah al-Quran dan
kesan daripada kisah al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

8.1 DEFINISI DAN JENISNYA


Mari kita mulakan dengan melihat kepada definisi serta jenis ayat dahulu.

8.1.1 Definisi
Kisah dalam bahasa Arab disebut al-Qissah (kata tunggal/mufrad) atau al-Qasas
(kata jamak). Perkataan al-Qass (‫ )اﻟ ـﻘــﺺ‬bermaksud mengikuti jejak seperti yang
disebut dalam kisah Nabi Musa a.s.:

$TÁ|Ás% $yϑÏδÍ‘$rO#u™ #’n?tã #£‰s?ö‘$$sù 4 Æö7tΡ $¨Ζä. $tΒ y7Ï9≡sŒ tΑ$s%

Maksudnya:
„Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki"; Mereka pun balik semula ke
situ, dengan mengikut jejak mereka.‰
(Surah al-Kahfi, 18:64)

Iaitu mereka berdua mengikuti jejak mereka kembali ke tempat mereka datang.
Dan melalui perkataan ibu Nabi Musa a.s.:

( Ïμ‹Å_Áè% ⎯ÏμÏG÷zT{ ôMs9$s%uρ

Maksudnya:
Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: „Pergilah cari khabar beritanya‰.
(Surah al-Qasas, 28:11)

Iaitu menjejaki Musa sehingga melihat siapa yang mengambilnya. Maka


kesimpulannya perkataan al-Qasas (‫ )ﺍﻟﻘﺼﺺ‬bermaksud khabar-khabar yang
dijejaki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  117

Begitu juga dengan firman Allah SWT:

4 ‘,ysø9$# ßÈ|Ás)ø9$# uθßγs9 #x‹≈yδ ¨βÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar.‰

(Surah Ali-ÂImran, 3:62)

Dan firman Allah SWT:

3 É=≈t6ø9F{$# ’Í<'ρT[{ ×οuö9Ïã öΝÎηÅÁ|Á%s ’Îû šχ%x. ô‰s)s9

Maksud:
„Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang berakal fikiran.‰
(Surah Yusuf, 12:111)

Kesimpulannya, kisah atau al-Qasas boleh didefinisikan sebagai perkara, khabar,


hal dan keadaan. Manakala Qasas al-Quran adalah perkhabaran-perkhabaran
tentang hal keadaan umat terdahulu, kisah kenabian dan peristiwa-peristiwa yang
berlaku meliputi peristiwa yang terdahulu, sejarah umat manusia, negara dan
tempat dan menjejaki peninggalan kaum-kaum terdahulu.

8.1.2 Pembahagian Kisah-kisah al-Quran


Para pelajar sekalian, kisah-kisah dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian. Mari kita lihat pembahagiannya satu persatu.

Pertamanya ialah kisah-kisah para nabi. Kisah-kisah para nabi dalam


al-Quran meliputi dakwah dan seruan kepada kaum mereka, mukjizat yang
dikurniakan oleh Allah SWT untuk membenarkan risalah mereka, pendirian
golongan yang menentang dakwah mereka, peringkat-peringkat dakwah dan
perkembangan risalah kenabian dan juga ganjaran dan balasan yang diberikan
kepada orang-orang yang beriman dan yang mendustakan mereka.

Keduanya ialah kisah-kisah al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa


yang pelik dan individu-individu yang tidak disabitkan tentang kenabian mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

Contohnya kisah berkenaan orang-orang yang keluar melarikan diri dari


kampung halaman mereka kerana takutkan mati sedangkan mereka beribu-ribu
ramainya, kisah Talut dan Jalut, kisah dua orang anak Nabi Adam a.s., Ashab
al-Kahfi, Dzulkarnain, Qarun, Ashab al-Sabt, Maryam, Ashab al-Ukhdud, Ashab
al-Fil dan lain-lain lagi.

Seterusnya ialah bahagian ketiga iaitu kisah-kisah yang berkaitan dengan


peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Contohnya peristiwa Perang Badar dan Perang Uhud dalam surah Ali Imran,
Perang Hunayn dan Perang Tabuk dalam surah al-Tawbah, Perang al-Ahzab
dalam surah al-Ahzab, peristiwa Hijrah Nabi SAW, peristiwa Isra' dan Mikraj dan
lain-lain lagi.

8.2 FAEDAH DAN BERULANG


Jika kita mendalami ilmu al-Quran, sebenarnya terdapat banyak faedah yang
boleh kita peroleh darinya. Sekarang kita akan bersama-sama berkongsi
pengetahuan tentang faedah-faedah yang boleh diperoleh daripada kisah-kisah
dalam al-Quran.

8.2.1 Faedah-faedah dari Kisah al-Quran


Mari kita lihat faedah-faedah yang boleh dipelajari dari kisah-kisah al-Quran:

(a) Menerangkan Asas-asas Dakwah dan Asal Usul Syariat


Menerangkan asas-asas dakwah kepada Allah SWT dan menerangkan asal
usul syariat yang dibawa oleh setiap nabi. Firman Allah SWT:

O$tΡr& HωÎ) tμ≈s9Î) Iω …çμ¯Ρr& Ïμø‹s9Î) û©ÇrθçΡ ωÎ) @Αθß™§‘ ⎯ÏΒ šÎ=ö6s% ⎯ÏΒ $uΖù=y™ö‘r& !$tΒuρ

∩⊄∈∪ Èβρ߉ç7ôã$$sù

Maksudnya:
„Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang
Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku. Oleh itu, beribadatlah
kamu kepada-Ku„.
(Surah al-AnbiyaÊ, 12:25)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  119

Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT ialah Islam yang merupakan seruan
dakwah setiap para nabi sejak zaman-berzaman sehinggalah kepada
penutup sekalian nabi, iaitu Muhammad SAW. Menelusuri sejarah para
nabi, mereka semua menyeru kepada Tuhan yang satu, iaitu Allah SWT.
Maka kisah mereka dipaparkan dengan satu tujuan dan matlamat yang
sama iaitu seruan kepada agama Allah SWT.

Kisah-kisah dalam al-Quran menggambarkan bagaimana dakwah Islamiah


itu berkembang dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Ia memaparkan
manhaj yang digunakan oleh para nabi dalam berdakwah, kecekalan dan
kesabaran mereka dalam mengembangkan dakwah Islamiah. Menurut
firman Allah SWT:

uθèδ ÷βÎ) ( #·ô_r& Ïμø‹n=tã öΝä3è=t↔ó™r& Hω ≅è% 3 ÷νωtFø%$# ãΝßγ1y‰ßγÎ6sù ( ª!$# “y‰yδ t⎦⎪Ï%©!$# y7Íׯ≈s9'ρé&

∩®⊃∪ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ï9 3“tø.ÏŒ ωÎ)

Maksudnya:
„Mereka (nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh
Allah, maka turutlah olehmu (Wahai Muhammad) akan petunjuk mereka.
Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepada kamu tentang petunjuk
(al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah
peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.‰
(Surah al-AnÊam, 6:90)

Perintah Allah SWT untuk mengikuti petunjuk para nabi sebelumnya


bermaksud mencontohi mereka dalam cara dan pendekatan dakwah yang
digunakan kepada kaum mereka. Di samping itu, Allah SWT ingin
menunjukkan cabaran sepanjang zaman kepada pendakwah yang pasti
akan mereka lalui. Kisah-kisah mereka juga memberikan gambaran tentang
kewujudan kepelbagaian golongan di medan dakwah dan bagaimana para
Nabi menghadapi mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

Contohnya:

(#äτℜu™tç/ $¯ΡÎ) öΝÍηÏΒöθs)Ï9 (#θä9$s% øŒÎ) ÿ…çμyètΒ t⎦⎪Ï%©!$#uρ zΟŠÏδ≡tö/Î) þ’Îû ×πuΖ|¡ym îοuθó™é& öΝä3s9 ôMtΡ%x. ô‰s%

äοuρ≡y‰yèø9$# ãΝä3uΖ÷t/uρ $uΖoΨ÷t/ #y‰t/uρ ö/ä3Î/ $tΡöxx. «!$# Èβρߊ ⎯ÏΒ tβρ߉ç7÷ès? $£ϑÏΒuρ öΝä3ΖÏΒ

¨βtÏøótGó™V{ Ïμ‹Î/L{ tΛ⎧Ïδ≡tö/Î) tΑöθs% ωÎ) ÿ…çνy‰ômuρ «!$$Î/ (#θãΖÏΒ÷σè? 4©®Lym #´‰t/r& â™!$ŸÒøót7ø9$#uρ

y7ø‹s9Î)uρ $oΨö;tΡr& y7ø‹s9Î)uρ $uΖù=©.uθs? y7ø‹n=tã $uΖ−/§‘ ( &™ó©x« ⎯ÏΒ «!$# z⎯ÏΒ y7s9 à7Î=øΒr& !$tΒuρ y7s9

∩⊆∪ çÅÁϑ
y ø9$#

Maksudnya:
„Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Nabi Ibrahim a.s. dan pengikut-
pengikutnya ă contoh ikutan yang baik. Semasa mereka berkata kepada
kaumnya (yang kufur ingkar): „Sesungguhnya kami berlepas diri daripada
kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah; Kami
kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah
perasaan permusuhan dan kebencian antara kami dengan kamu selama-
lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata‰, tetapi janganlah
dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): „Aku akan
memohon kepada Tuhanku mengampun dosa kamu, dan Aku tidak
berkuasa menahan (azab seksa) daripada Allah sedikit jua pun daripada
menimpamu‰. (Berdoalah Wahai orang-orang yang beriman sebagaimana
Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi
kaumnya yang kafir, dengan berkata): „Wahai Tuhan kami! kepada
Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami
bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kami kembali!‰
(Surah al-Mumtahanah, 60:4)

(b) Mengukuhkan Hati Rasulullah SAW dan Hati-hati Umat Muhammad


Terhadap Agama Islam
Mengukuhkan hati Rasulullah SAW dan hati-hati umat Muhammad
terhadap agama Allah SWT dan menguatkan kesetiaan orang-orang yang
beriman dengan janji-janji pasti bahawa akan tertegaknya kebenaran dan
hancurnya kebatilan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  121

ÍνÉ‹≈yδ ’Îû x8u™!%y`uρ 4 x8yŠ#xσèù ⎯ÏμÎ/ àMÎm7sVçΡ $tΒ È≅ß™”9$# Ï™!$t6/Ρr& ô⎯ÏΒ y7ø‹n=tã Èà)¯Ρ yξä.uρ

∩⊇⊄⊃∪ t⎦⎫ÏΨÏΒ÷σßϑù=Ï9 3“tø.ÏŒuρ ×πsàÏãöθtΒuρ ‘,ysø9$#

Maksudnya:
„Dan tiap-tiap berita daripada berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan
kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hati-mu dengannya.
Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran
serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.‰
(Surah Hud, 11:120)

Berdasarkan kisah-kisah tersebut, diterangkan tentang Sunnatullah yang


berlaku terhadap umat terdahulu yang menggambarkan bahawa kebenaran
akan mengatasi kebatilan. Inilah janji Allah SWT kepada mereka yang
beriman. Kisah ini tidaklah disusun mengikut kronologi tarikh berlakunya
sesuatu peristiwa tetapi digambarkan dalam pelbagai bentuk yang tujuan
utamanya adalah untuk mengambil pengajaran daripadanya.

Wahyu Allah SWT, kalau diturunkan setiap kali berlaku sesuatu kejadian
atau peristiwa, maka ia boleh menguatkan lagi keteguhan hati dan
menunjukkan bahawa Allah SWT sangat mengambil berat terhadap
RasulNya. Oleh itu, lahirlah rasa keseronokan yang tidak terhingga dalam
jiwa Nabi Muhammad SAW.

Demikianlah bagaimana al-Quran turun kepada Rasulullah SAW untuk


meringankan beban berat yang ditanggung oleh Baginda SAW, menghiburkan
hatinya dari semasa ke semasa dan meningkatkan minatnya dengan kisah-
kisah Rasul-rasul sebelumnya. Kadang-kadang dengan nada yang tegas Allah
SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya bersabar seperti yang
dinyatakan dalam surah al-Ahqaf ayat 35 yang berbunyi:

È≅ß™”9$# z⎯ÏΒ ÏΘ÷“yèø9$# (#θä9'ρé& uy9|¹ $yϑx. ÷É9ô¹$$sù

Maksudnya:
„Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentang-mu (Wahai
Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul
„Ulil-Azmi‰ (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) daripada
dalam kalangan Rasul (yang terdahulu daripada mu).‰
(Surah al-Ahqaf, 46:35)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

Kadang-kadang Allah SWT memberitahu Nabi Muhammad bahawa


keengganan orang-orang kafir menerima seruannya itu bukanlah kerana
hendak melukai hatinya. Begitu juga pendustaan mereka terhadap dirinya
itu, bukanlah bererti mereka tidak percaya kepada kejujuran Nabi
Muhammad SAW tetapi mereka menentang kebenaran kerana ingin
mempertahankan kepentingan diri masing-masing.

(c) Membenarkan Risalah Para Nabi Sebelumnya


Membenarkan risalah para nabi sebelumnya, menghidupkan kembali
ingatan kepada mereka dan mengekalkan kesan-kesan peninggalan mereka.
Ini digambarkan dalam al-Quran sebagai isyarat yang menunjukkan
kelebihan dan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

Kisah-kisah nabi terdahulu mengingatkan Baginda SAW dan umatnya


tentang sunnah Allah SWT berserta dengan ikutan dan pengajaran yang
baik terkandung dalamnya. Sudah menjadi tabiat manusia, suatu kedukaan
itu tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kedukaan. Oleh sebab itu,
Allah SWT menyebut kisah-kisah duka yang dialami oleh Rasul-rasul
terdahulu untuk melapangkan hati Nabi Muhammad SAW.

(d) Menzahirkan Kebenaran Risalah Nabi Muhammad SAW dalam Dakwahnya


Menzahirkan kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW dalam dakwahnya
dengan apa yang dikhabarkan olehnya tentang hal keadaan orang terdahulu
sejak beberapa kurun dan generasi. Kebanyakan kisah yang disebutkan
dalam al-Quran adalah suatu perkara yang tidak diketahui oleh Nabi
Muhammad SAW dan kaumnya. Sebagai contoh kisah Adam, Nuh,
Ibrahim, Musa dan Isa a.s. tidak diketahui secara terperinci oleh Nabi
Muhammad SAW dan kaumnya melainkan diceritakan oleh Allah SWT.
Ini merupakan dalil kepada kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW dan
kebenaran wahyu Allah SWT. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT ketika
menceritakan kisah Nabi Nuh a.s.

È≅ö6s% ⎯ÏΒ y7ãΒöθs% Ÿωuρ |MΡr& !$yγßϑn=÷ès? |MΖä. $tΒ ( y7ø‹s9Î) !$pκÏmθçΡ É=ø‹tóø9$# Ï™!$t7/Ρr& ô⎯ÏΒ šù=Ï?

∩⊆®∪ š⎥⎫É)−Fßϑù=Ï9 sπt6É)≈yèø9$# ¨βÎ) ( ÷É9ô¹$$sù ( #x‹≈yδ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  123

Maksudnya:
„Itu (kisah Nabi Nuh) adalah daripada perkara-perkara yang ghaib yang
Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), yang engkau dan kaum
engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah.
Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan
kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.‰
(Surah Hud, 11:49)

Kisah-kisah al-Quran juga menjadi peringatan kepada golongan musyrikin


dan mereka yang menentang risalah kenabian. Oleh sebab itu, Allah SWT
telah memerintahkan supaya menceritakan kisah-kisah tentang mereka
yang menderhaka dan menolak kebenaran. Menurut firman Allah SWT
dalam surah al-AÊraf ayat 176:

È≅sVyϑx. …ã&é#sVyϑsù 4 çμ1uθyδ yìt7¨?$#uρ ÇÚö‘F{$# †n<Î) t$s#÷zr& ÿ…çμ¨ΖÅ3≈s9uρ $pκÍ5 çμ≈uΖ÷èsùts9 $oΨø⁄Ï© öθs9uρ

š⎥⎪Ï%©!$# ÏΘöθs)ø9$# ã≅sVtΒ y7Ï9≡©Œ 4 ]yγù=tƒ çμò2çøIs? ÷ρr& ô]yγù=tƒ Ïμø‹n=tã ö≅ÏϑøtrB βÎ) É=ù=x6ø9$#

∩⊇∠∉∪ tβρã©3xtFtƒ öΝßγ¯=yès9 }È|Ás)ø9$# ÄÈÝÁø%$$sù 4 $uΖÏG≈tƒ$t↔Î/ (#θç/¤‹x.

Maksudnya:
„Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan
(sebab mengamalkan) ayat-ayat itu tetapi ia bermati-mati cenderung kepada
dunia dan menurut hawa nafsunya. Maka bandingannya adalah seperti
anjing. Jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-
mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya
termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya
mereka berfikir.‰
(Surah al-AÊraf, 7:176)

(e) Kisah al-Quran Menjadi Hujah Terhadap Ahli Kitab


Kisah al-Quran menjadi hujah terhadap ahli kitab di atas apa yang mereka
sembunyikan tentang keterangan-keterangan dan petunjuk dan juga
sebagai cabaran terhadap mereka bagi apa yang terdapat dalam kitab
mereka sebelum berlakunya perubahan. Ia juga menjadi hujah untuk
menolak dakwaan-dakwaan mereka serta keraguan yang mereka timbulkan
terhadap agama Islam. Firman Allah SWT berbunyi:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

⎯ÏΒ ⎯ÏμÅ¡øtΡ 4’n?tã ã≅ƒÏ™ℜuó Î) tΠ§ym $tΒ ωÎ) Ÿ≅ƒÏ™ℜuó Î) û©Í_t6Ïj9 yξÏm tβ$Ÿ2 ÏΘ$yè©Ü9$# ‘≅ä.

š⎥⎫Ï%ω≈|¹ öΝçGΖä. βÎ) !$yδθè=ø?$$sù Ïπ1u‘öθ−G9$$Î/ (#θè?ù'sù ö≅è% 3 èπ1u‘öθ−G9$# tΑ¨”t∴è? βr& È≅ö6s%

Maksudnya:
„Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan
yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum
diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika ada
makanan yang diharamkan kepada kamu (Wahai Bani Israil) sebelum Kitab
Taurat diturunkan, maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah
akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar.‰
(Surah Ali-ÂImran, 3:93)

Allah SWT juga berfirman:

∩∠∉∪ šχθàÎ=Gt øƒs† ÏμŠÏù öΝèδ “Ï%©!$# usYò2r& Ÿ≅ƒÏ™ℜuó Î) û©Í_/t 4’n?tã Èà)tƒ tβ#u™öà)ø9$# #x‹≈yδ ¨βÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang
sebenar-benarnya) tentang kebanyakan (hal agama) yang mereka berselisih
padanya.‰
(Surah al-Naml, 27:76)

Oleh sebab itu, golongan Bani IsraÊil adalah antara golongan yang begitu
kerap diceritakan perihal mereka dalam al-Quran. Ia bertujuan untuk
menerangkan nikmat-nikmat Allah SWT ke atas mereka dan para Nabi
utusan Allah SWT kepada mereka dan menjelaskan perihal tabiat buruk
serta kehancuran akhlak mereka sehingga mereka diberikan amaran dan
peringatan serta azab dari Allah SWT. Kisah-kisah tersebut menjadi
pengajaran bagi golongan Bani IsraÊil yang ada sekarang, supaya tidak
berkelakuan seperti nenek moyang mereka yang terdahulu agar tidak
ditimpa musibah dan azab.

(f) Kisah al-Quran Merupakan Contoh Sastera yang Tinggi Nilainya


Kisah-kisah al-Quran merupakan salah satu daripada contoh-contoh sastera
yang tinggi nilainya yang apabila mendengarnya akan jatuh hati kepadanya
dan pengajaran yang terdapat dalamnya sangat memberikan kesan dalam
hati manusia. Firman Allah SWT:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  125

3 É=≈t6ø9F{$# ’Í<'ρT[{ ×οuö9Ïã öΝÎηÅÁ|Á%s ’Îû šχ%x. ô‰s)s9

Maksudnya:
„Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.‰
(Surah Yusuf, 12:111)

Gaya bahasa yang dibawakan oleh al-Quran dalam penceritaan kisah-kisah


tersebut merupakan gaya bahasa yang tidak pernah digunakan oleh bangsa
Arab sebelum ini. Gaya bahasa yang digunakan memberikan kesan yang
mendalam di dalam diri insan terutamanya mereka yang pakar dalam
bahasa. Ini merupakan salah satu bentuk i'jaz al-Quran yang tidak dapat
ditandingi oleh manusia.

Ia sesuai dengan kedudukan al-Quran sebagai kalam Allah SWT yang tidak
dapat ditandingi oleh manusia. Bahasa Arab yang digunakan menjadi kayu
pengukur kepada kesahihan bahasa yang digunakan seharian.

(g) Mengajak Manusia untuk Mengembara


Mengajak manusia untuk mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk
melihat kesan-kesan peninggalan umat-umat terdahulu, sama ada mereka
yang taat kepada Allah SWT dan Rasul utusan-Nya atau mereka yang
menderhaka. Antara kepentingannya adalah untuk mengajak manusia
melihat kepada akhlak umat-umat terdahulu dalam kehidupan mereka dan
mengambil pengajaran daripadanya. Apabila umat manusia mengetahui hal
ehwal keadaan mereka, sama ada yang taat atau ingkar serta balasan
terhadap perbuatan mereka tersebut, maka umat manusia sekarang mampu
untuk memperbaiki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri mereka
sendiri supaya dapat menjadi umat yang terpilih dan sebaik-baik umat.

Selain itu, usaha-usaha dan pengorbanan umat-umat terdahulu untuk


mengembangkan risalah Allah SWT dapat dilihat melalui pembukaan kota-
kota pada waktu dahulu. Tertegaknya agama Allah SWT memberikan satu
isyarat bahawa keadilan Islam itu pasti akan tersebar luas, sekalipun ia
sentiasa ada penentang.

(h) Kisah dalam al-Quran Menunjukkan Kekuatan Allah SWT


Kisah-kisah dalam al-Quran juga menunjukkan bahawa kekuatan Allah
SWT mengatasi segala kekuasaan lain. Allah SWT akan menolong mereka
yang menolong agama Allah SWT dan akan membinasakan mereka yang
menderhakai-Nya. Maka kerana itu, manusia hendaklah menginsafi
bahawa manusia tidak mempunyai apa-apa dan semuanya ialah milik Allah
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
126  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

SWT. Betapa ramai umat yang dibinasakan disebabkan mereka merasa


bangga dengan apa yang ada di tangan mereka dengan mengingkari
bahawa ia adalah milik Allah SWT.

8.2.2 Hikmah Berulang-ulang Kisah al-Quran


Al-Quran mengandungi pelbagai kisah yang berulang-ulang, tidak pada satu
tempat sahaja. Kadang kala sebuah kisah disebut berulang kali dalam al-Quran di
beberapa tempat. Ia dipaparkan dalam bentuk yang pelbagai. Pada kebiasaannya,
ada dakwaan yang mengatakan pengulangan suatu kisah atau cerita merupakan
suatu yang menjemukan tetapi perkara ini tidak terjadi dalam al-Quran.
Pengulangan sesuatu kisah dalam bentuk yang pelbagai gaya bahasanya
merupakan satu bentuk iÊjaz al-Quran dan mempunyai beberapa tujuan dan
hikmahnya. Perkara ini sama seperti pengulangan ayat-ayat al-Quran di beberapa
tempat dalam al-Quran. Sebagai contoh dalam surah al-Rahman, ayat
ّ ُ ُ َ َ َ
ّ ‫ ﻓَﺒِﺄ‬diulang beberapa kali di dalam surah ini. Tetapi manusia
ِ َ‫ﻱ ِ ﺁ ﻻ ِء َﺭ ﺑِّﻜ َﻤﺎ ﺗ َﻜ ِﺬ ﺑ‬
‫ﺎﻥ‬
tidak jemu untuk membacanya bahkan semakin tertarik hati mereka untuk
membacanya. Antara hikmah pengulangan kisah al-Quran:

(a) Menerangkan Tentang Balaghah


Menerangkan tentang balaghah atau gaya bahasa al-Quran yang tinggi.
Antara keistimewaan gaya bahasanya adalah dengan memaparkan
sesebuah kisah dengan cerita yang sama tetapi menggunakan gambaran
yang berbeza. Kisah-kisah yang berulang, diulang pada tempat yang lain
dengan gaya bahasa yang berbeza antara satu sama lain. Seseorang tidak
akan merasa jemu dengan pengulangan tersebut, bahkan mereka akan
mendapati dalam diri mereka makna-makna tertentu yang mereka tidak
dapati apabila mereka membacanya di tempat yang lain.

Kisah-kisah yang dipaparkan oleh al-Quran tentang perjuangan para rasul


yang terdahulu bersama-sama dengan kaum mereka sangat menarik
perhatian orang Arab dan mempesonakan mereka. Mereka terpegun
dengan kisah-kisah yang dipaparkan berulang kali dalam al-Quran dalam
bentuk gaya yang berlainan. Setiap kali ia diulang, makin manis dan indah
susunannya. Kalau dikaji secara mendalam, akan didapati bahawa tujuan
Allah SWT menyebut kisah itu berulang kali di tempat yang berlainan
adalah semata-mata untuk menguatkan hati Rasulullah SAW dan hati orang
mukmin seluruhnya.

َ َُ
َ‫ادك‬ ُ ّ َ ُ َ ُ ُّ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ُّ ُ َ ًّ ُ َ
‫و نقص عليك مِن أنباءِ الرس ِل ما نثبِت بِهِ فؤ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  127

Maksudnya:
„Dan tiap-tiap berita daripada berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepada-
mu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hati-mu dengannya.‰
(Surah Hud, 11:120)

(b) Mengkehendaki Makna dan Tujuan yang Satu dalam Gambaran yang
Berbeza
Kekuatan iÊjaz al-Quran, iaitu mengehendaki makna dan tujuan yang satu
dalam gambaran yang berbeza. Di samping itu, ia merupakan cabaran
kepada bangsa Arab untuk mendatangkan uslub dan gaya bahasa
seumpamanya. Inilah cabaran yang paling besar kepada mereka.

(c) Menguatkan Pengajaran Kisah-kisah dalam Diri Individu


Mengutamakan tujuan dan matlamat kisah tersebut untuk menguatkan
pengajarannya dalam diri individu. Pengulangan kisah tersebut merupakan
salah satu cara menguatkan dan menunjukkan kepada kepentingannya.
Seperti apa yang ditunjukkan dalam kisah Musa a.s. dan Firaun. Kisah ini
memaparkan contoh pertembungan antara kebenaran dan kebatilan secara
menyeluruh. Kisah ini tidak hanya disebutkan sekali, bahkan berulang-
ulang di beberapa tempat dalam al-Quran.

(d) Matlamat dan Tujuan yang Berbeza


Matlamat dan tujuan yang berbeza yang ingin difokuskan daripada kisah.
Apabila kita membaca kisah-kisah al-Quran yang berulang, ada sebahagian
kisah yang diceritakan secara terperinci di sebahagian tempat tetapi di
tempat yang lain ia diceritakan secara ringkas sahaja. Ia bertujuan supaya
para pembaca dapat mengambil iktibar dan faedah berdasarkan persoalan
yang ingin diketengahkan. Ia mungkin ada kaitan dengan ayat sebelum dan
selepas kisah tersebut agar nampak kesinambungan ayat tersebut dengan
kisah supaya isu yang ingin difokuskan tercapai.

(e) Menghiburkan Jiwa Rasullah SAW


Kisah-kisah berulang juga adalah bertujuan untuk menghiburkan jiwa
Rasullah SAW. Demikianlah turunnya ayat-ayat secara beransur-ansur
bertujuan untuk menghibur, menenang jiwa dan menjadi petunjuk
kesabaran dan teladan yang baik. Allah SWT memaparkan khabar rasul-
rasul terdahulu dan menceritakan kisah-kisah mereka berulang kali dalam
al-Quran. Kalaulah ditakdirkan Rasulullah SAW terus menerus diseksa dan
ditindas oleh musyrikin Makkah, kemudian tidak ada wahyu yang turun
untuk menghiburkan jiwanya, maka Baginda SAW akan tenggelam dalam
lautan dukacita dan putus asa tanpa tempat bergantung, kerana Baginda
SAW juga manusia biasa, mempunyai perasaan seperti manusia lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

Allah SWT menjelaskan berulang kali bahawa semua itu sudah berlaku
kepada para rasul sebelumnya. Maka bersabarlah dan sentiasalah beriltizam
sehingga kemenangan yang dijanjikan Allah SWT itu tiba. Sedarilah bahawa
jalan dakwah yang dilalui dipenuhi dengan duri-duri tajam yang
menyakitkan. Firman Allah SWT:

ãΝåκ÷J¡¡¨Β ( Νä3Î=ö6s% ⎯ÏΒ (#öθn=yz t⎦⎪Ï%©!$# ã≅sW¨Β Νä3Ï?ù'tƒ $£ϑs9uρ sπ¨Ψyfø9$# (#θè=äzô‰s? βr& óΟçFö6Å¡ym ÷Πr&

çóÇnΣ 4©tLtΒ …çμyètΒ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$#uρ ãΑθß™§9$# tΑθà)tƒ 4©®Lym (#θä9Ì“ø9ã—uρ â™!#§œØ9$#uρ â™!$y™ù't7ø9$#

∩⊄⊇⊆∪ Ò=ƒÌs% «!$# uóÇnΣ ¨βÎ) Iωr& 3 «!$#

Maksudnya:
„Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: „Bilakah datangnya
pertolongan Allah?‰ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).‰
(Surah al-Baqarah, 2:214)

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Jelaskan tiga bahagian kisah-kisah yang terdapat dalam


al-Quran.

2. Menggunakan perkataan anda sendiri, terangkan faedah-faedah


dan hikmah daripada kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  129

8.3 KESAN DARIPADA KISAH AL-QURAN


Sekarang kita akan membincangkan kesan daripada kisah al-Quran.

8.3.1 Kisah al-Quran adalah Benar


Para pelajar sekalian, kisah-kisah yang dipaparkan dalam al-Quran bukanlah
suatu khayalan. Ia diturunkan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Tidak ada suatu pun yang dikhabarkan olehNya melainkan ia suatu yang benar-
benar berlaku. Jika seseorang yang bijaksana di kalangan manusia akan berhati-
hati dan berwaspada daripada mengatakan sesuatu yang dusta dan yang boleh
menjadikannya hina di sisi manusia, maka bagaimana pula boleh bagi seseorang
yang berakal untuk menyandarkan perkataan yang dusta dan sia-sia kepada Dia
Yang Mempunyai Kemuliaan dan Kebesaran?

Kisah-kisah al-Quran bersifat waqiÊiyyah (realiti) iaitu benar-benar terjadi dan


benar-benar memberikan pengajaran kepada manusia. Kisah-kisah tersebut jika
didalami, maka kita akan mendapati bagaimana Allah SWT ingin
menggambarkan berkenaan dengan perihal golongan yang menentang Islam dan
golongan yang mendapat petunjuk. Allah SWT menggambarkan kedudukan dan
balasan bagi kedua-dua golongan tersebut dalam al-Quran sebagai pengajaran
kepada umat yang terkemudian. Kisah-kisah tersebut bukanlah sebagai hiburan
semata-mata tetapi ia adalah hiburan yang mendidik jiwa manusia.

Berikut merupakan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa apa-apa yang


diceritakan dalam al-Quran adalah benar:

ã≅ÏÜ≈t6ø9$# uθèδ ⎯ÏμÏΡρߊ ⎯ÏΒ šχθããô‰tƒ $tΒ χr&uρ ‘,ysø9$# uθèδ ©!$# χr'Î/ šÏ9≡sŒ

Maksudnya:
„Demikianlah bahawasanya Allah, Dialah sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya,
dan bahawa segala yang mereka sembah selain daripada Allah itulah yang nyata
palsunya.‰
(Surah al-Hajj, 22:62)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

4 #\ƒÉ‹tΡuρ #Zϱo0 Èd,ptø:$$Î/ y7≈oΨù=y™ö‘r& !$¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai
pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi
amaran (kepada orang-orang yang ingkar).‰
(Surah al-Fatir, 35:24)

‘,ysø9$# uθèδ É=≈tGÅ3ø9$# z⎯ÏΒ y7ø‹s9Î) !$uΖøŠym÷ρr& ü“Ï%©!$#uρ

Maksudnya:
„Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang
benar (segala-galanya).‰
(Surah al-Fatir, 35:31)

öΝä3În/§‘ ⎯ÏΒ Èd,ysø9$$Î/ ãΑθß™§9$# ãΝä.u™!$y_ ô‰s% â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

Maksudnya:
„Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul
Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu.‰
(Surah an-NisaÊ, 4:170)

Èd,ysø9$$Î/ |=≈tGÅ3ø9$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ

Maksudnya:
„Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan
membawa kebenaran.‰
(Surah al-Maidah, 5:48)

‘,ysø9$# y7Îi/¢‘ ⎯ÏΒ y7ø‹s9Î) tΑÌ“Ρé& ü“Ï%©!$#uρ

Maksudnya:
„Dan apa yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) daripada Tuhanmu
adalah benar. „
(Surah ar-RaÊd, 13:1)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  131

4 Èd,ysø9$$Î/ Νèδr't7tΡ y7ø‹n=tã Èà)tΡ ß⎯øtªΥ

Maksudnya:
„Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar.‰

(Surah al-Kahf, 18:13)

Èd,ysø9$$Î/ šχöθtãöÏùuρ 4©y›θãΒ Î*t7¯Ρ ⎯ÏΒ šø‹n=tã (#θè=÷GtΡ

Maksudnya:
„Kami bacakan kepadamu (Wahai Muhammad) sebahagian daripada kisah Nabi
Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar.‰
(Surah al-Qasas, 28:3)

8.3.2 Kesan Pendidikan daripada Kisah al-Quran


Tidak dapat dinafikan bahawa kisah yang pasti telah berlaku dan diceritakan
secara mendalam membuatkan seseorang pendengar merasainya hingga ke dalam
hati dan sampai ke jiwa sanubari insan dengan mudah. Topik pembicaraannya
sampai kepada pembaca tanpa rasa jemu walaupun berulang-ulang. Unsur-
unsurnya akan sentiasa berulang dalam akal fikiran manusia.

Allah SWT menggunakan kisah-kisah al-Quran sebagai satu bentuk tarbiah dan
pendidikan kepada manusia. Ia meliputi semua aspek tarbiah iaitu tarbiah roh,
tarbiah akal, tarbiah jasmani, tarbiah nafsu, tarbiah melalui teladan dan nasihat
dan lain-lain lagi.

Dalam pendidikan anak-anak, fitrah kanak-kanak ialah suka mendengar cerita


dan kisah-kisah yang menarik. Mereka akan lebih tertarik dan mudah untuk
mengingati jika sesuatu itu disampaikan dalam bentuk penceritaan.

Justeru itu, para murabbi perlu mengambil inisiatif dalam mendidik anak-anak
kecil ini dengan menggunakan kisah-kisah al-Quran sebagai salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kisah-kisah al-Quran terbukti sangat
berkesan dalam memberikan pengajaran dan iktibar meliputi segenap aspek
kehidupan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

Dalam memberikan pendidikan yang berkesan kepada generasi muda, kisah-


kisah al-Quran hendaklah dilihat daripada beberapa aspek antaranya:

(a) Ketaatan, mengambil contoh teladan dan pengorbanan. Ia dapat dilihat


melalui kisah pengorbanan Nabi Ismail a.s. dan ketaatan ayahnya Nabi
Ibrahim a.s.;

(b) Adab menuntut ilmu. Contohnya dalam kisah Nabi Musa a.s dan Nabi
Khidir a.s.;

(c) Sifat tamak dan bakhil yang merugikan diri. Contohnya, di dalam kisah
Ashab al-Jannah dalam surah Qaf; dan
(d) Sifat angkuh dan bongkak yang membinasakan. Contohnya dalam kisah
sahib al-Jannatayn.

Banyak lagi aspek pendidikan yang boleh diterapkan melalui kisah-kisah


al-Quran. Tetapi ia memerlukan kefahaman yang betul agar tujuan dan matlamat
yang ingin dicapai memberikan kesan yang mendalam kepada generasi yang
ingin dibentuk.

AKTIVITI 8.1

1. Kisah-kisah yang dipaparkan oleh al-Quran menjadi bukti kepada


kebenaran al-Quran. Buktikan sejauh mana benarnya kenyataan ini.

2. Nyatakan satu kisah daripada al-Quran yang benar-benar memberi


kesan kepada pembentukan jiwa anda.

3. Nyatakan kisah Nabi Musa a.s dan Firaun seperti yang disebut oleh
al-Quran dan kemukakan beberapa pengajaran yang boleh diambil
daripadanya.

 Al-Quran mengemukakan pelbagai kisah yang menyentuh umat pada zaman


lampau, kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW kisah yang
berlaku pada masa akan datang, kisah ghaybiyyat dan lain-lain. Kesemuanya
sebagai bukti kebenaran al-Quran sebagai Kalam Allah SWT.

 Kisah-kisah yang dipaparkan oleh al-Quran semuanya adalah benar dan ia


perlu dijadikan contoh dan iktibar oleh semua umat Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN  133

 Mengetahui sejarah umat dan sikap mereka terhadap para rasul adalah
penting bagi setiap Muslim, khususnya bagi para pendakwah di jalan
Allah SWT.

Al-Ukhdud Kisah sahib al-Jannatayn


Ashab Maryam
Ashab al-Fil Perang al-Ahzab
Ashab al-Kahfi Perang Badar
Ashab al-Sabt Perang Hunayn
Dzulkarnain Perang Tabuk
Kisah Ashab al-Jannah Perang Uhud
Kisah Musa a.s dan Khidir Peristiwa IsraÊ dan Mikraj
Kisah Nabi Ismail dan Ibrahim a.s Qabil dan Habil
Kisah Nabi Musa dan Firaun Qasas al-Quran
Kisah Nabi Nuh Qarun
Kisah Talut dan Jalut Ulil-Azmi

Al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa al-Baby


al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Khalid `Abd al-Rahman al-`Ak. (1994). Usul al-Tafsir wa Qawa`iduh. Beirut: Dar
al-NafaÊis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 8 KISAH-KISAH AL-QURAN

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Muhammad Basyuni Fudah. (1988). Al-Murshid al-Wafi fi Ulum al-Quran. Misr:


Matba`ah al-Amanah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tafsir dan
Perkembangannya
9
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sejarah perkembangan tafsir di zaman nabi sehingga
zaman pembukuan;
2. Menghuraikan kaedah tafsir yang digunakan oleh para ulama; dan
3. Membandingkan kaedah-kaedah tafsir dan menentukan
kesesuaiannya.

 PENGENALAN
Pertumbuhan Ilmu Tafsir al-Quran bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan
baginda Rasulullah merupakan mufasir awal yang mentafsir kitab suci
al-Quran, di mana Baginda menerangkan maksud-maksud wahyu yang
diturunkan kepadanya oleh Allah SWT. Walau bagaimanapun, para sahabat tidak
mentafsirkan al-Quran, sebaliknya mereka menyerahkan segala kemusykilan
yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran kepada Rasulullah SAW
memandangkan Baginda masih ada.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, kerja-kerja pentafsiran ayat-ayat al-Quran


diteruskan oleh para sahabat dan tabi`in. Namun pada zaman tabi`in, aktiviti ini
semakin berkembang dan munculnya tokoh-tokoh tafsir yang berkeupayaan
menghasilkan karya-karya tafsir dalam pelbagai aliran seperti aliran Tafsir bi
al-MaÊthur dan Tafsir bi al-RaÊy. Beberapa aspek inilah yang akan kita bincangkan
dalam topik ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

9.1 DEFINISI TAFSIR DAN


PERKEMBANGANNYA
Mari kita mulakan perbincangan kita dengan definisi tafsiran dan
perkembangannya.

9.1.1 Definisi Tafsir


Sekarang kita akan mulakan pembelajaran kita dengan melihat definisi tafsir.
Tafsir dari sudut literasi bermaksud menerangkan dan menjelaskan sesuatu. Oleh
itu, mentafsirkan ayat-ayat al-Quran adalah dengan menerangkan atau
menjelaskan apa-apa yang terkandung padanya dari makna-makna, rahsia dan
hukum-hakam, seperti firman Allah SWT:

∩⊂⊂∪ #·Å¡øs? z⎯|¡ômr&uρ Èd,ysø9$$Î/ y7≈oΨ÷∞Å_ ωÎ) @≅sVyϑÎ/ y7tΡθè?ù'tƒ Ÿωuρ

Maksudnya:
‰Dan mereka tidak membawa kepada-mu sesuatu yang ganjil (untuk menentang-
mu) melainkan Kami bawakan kepada-mu kebenaran dan sebaik-baiknya
penjelasan (untuk menangkis segala yang dikatakan itu).‰
(Surah al-Furqan, 25:33)

Manakala dari sudut terminologi, para ulama telah mengemukakan pelbagai


pentakrifan berhubung dengan perkataan tafsir ini. Antaranya al-Zarkasyi yang
berpendapat, tafsir adalah ilmu yang menerangkan makna al-Quran serta
mengeluarkan hukum-hakam dan hikmat-hikmatnya.

Al-Jurjani pula berpendapat tafsir adalah menjelaskan makna ayat-ayat


al-Quran, keadaannya, kisah-kisahnya dan sebab al-nuzul dengan ungkapan yang
dapat menunjukkannya secara terang dan nyata.

Sementara al-Zarqani menjelaskan tafsir sebagai ilmu yang membicarakan tentang


perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Quran berdasarkan kepada
petunjuknya mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah SWT dengan kadar
kemampuan manusia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  137

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa tafsir bermaksud


menjelaskan makna ayat-ayat al-Quran, kedudukannya, kisah dan sebab
al-nuzul, susunan ayat makki dan madani, muhkam dan mutashabih, nasikh
mansukh, khusus dan umum, halal, haram dan sebagainya dengan menggunakan
ungkapan yang menunjukkan kepadanya secara jelas dan terang.

9.1.2 Tafsir pada Zaman Nabi


Pentafsiran pada zaman ini tidak timbul sebarang masalah kerana Rasulullah
SAW sendiri yang mentafsirkan ayat-ayat suci al-Quran. Malah tidak timbul
sebarang pertikaian dalam kalangan para sahabat dan umat Islam
memandangkan setiap pentafsiran tersebut adalah bersumberkan kepada wahyu
dari Allah SWT. Jelas kepada kita di sini, pengasas kepada tafsir al-Quran adalah
Rasulullah SAW. Baginda sendiri yang merupakan pentafsir yang ulung dan
terbaik kerana pemahaman Baginda terhadap kandungan al-Quran ialah terlalu
tinggi. Malah mentafsir al-Quran merupakan satu tugas utama Rasulullah SAW
sebagaimana yang digambarkan oleh al-Quran. Tafsiran yang dikemukakan oleh
Baginda adalah bersumberkan al-Quran dan juga hadis Baginda SAW.

Menurut Ibn Kathir, cara tafsir yang terbaik ialah tafsir al-Quran dengan
al-Quran kerana sesuatu ayat yang ringkas pada sesuatu tempat mungkin ada
penjelasannya pada ayat yang lain. Jika tidak terdapat penjelasan tersebut, maka
hendaklah kembali kepada Hadis Rasulullah SAW memandangkan al-Hadith
adalah penjelasan kepada al-Quran. Imam al-Syafie pernah berkata: „Segala yang
disebut oleh Rasulullah SAW adalah berdasarkan kefahaman Baginda terhadap
al-Quran.‰

Bidang tafsir pada zaman Rasulullah SAW tidak berkembang pesat kerana hanya
Rasulullah SAW sahaja yang mempunyai autoriti sebagai pentafsir selaras dengan
tugas kerasulannya, manakala para sahabat hanya memberi perhatian kepada
pentafsiran dan pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW. Namun yang
menjadi persoalannya adakah Rasulullah SAW mentafsirkan semua ayat
al-Quran?

Para ulama telah berselisih pendapat dalam menjawab persoalan di atas. Satu
golongan berpendapat Rasulullah SAW menjelaskan semua ayat yang terdapat
dalam al-Quran termasuk makna dan lafaz. Golongan ini dipelopori oleh Ibn
Taimiyyah. Terdapat dalil yang mengatakan Rasulullah SAW menerangkan setiap
yang terdapat dalam al-Quran. Menurut firman Allah SWT:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

∩⊆⊆∪ šχρã©3
x tGtƒ öΝßγ¯=yès9uρ öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫t7çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ

Maksudnya:
‰Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran, agar kamu menerangkan kepada
umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, moga-moga mereka
memikirkan.‰
(Surah an-Nahl, 16:44)

Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menjelaskan semua yang
terdapat dalam al-Quran. Sekiranya tidak, Baginda dianggap cuai dalam
menyampaikan risalah dan sudah tentu Rasulullah SAW tidak bersifat
sedemikian.

Para sahabat ketika mempelajari sesetengah ayat al-Quran tidak melangkauinya


sehinggalah mereka tahu dan beramal dengannya. Dengan itu, mereka
mengambil masa yang lama dalam menghafalnya. Misalnya, Ibn `Umar telah
mengambil masa lapan tahun untuk menghafal surah al-Baqarah.

Oleh itu, kita boleh membuat ulasan di sini bahawa berdasarkan ayat di atas, tugas
Rasulullah SAW ialah untuk memberi penjelasan dan keterangan. Namun ia tidak
bermaksud yang Rasulullah SAW menjelaskan kesemuanya, baik perkara yang
mereka persoalkan atau tidak.

Pendapat mereka yang mengatakan para sahabat tidak menjangkau sesetengah


ayat yang mereka pelajari sehingga mereka tahu dan beramal dengannya juga.
Mereka tidak semestinya mempelajari daripada Rasulullah SAW sendiri
memandangkan al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka. Ada juga mereka
mengetahuinya melalui sahabat-sahabat lain yang lebih mendalam ilmu tentang
gaya bahasa, ungkapan kata, bidalan dan syair.

Manakala golongan yang kedua pula berpendapat Rasulullah SAW tidak


menjelaskan semua ayat al-Quran kecuali sebahagian kecil ayat sahaja. Antara
ulama yang mendukung pandangan ini ialah Imam al-Suyuti. Buktinya ialah
riwayat Aisyah katanya: „Rasulullah SAW tidak mentafsirkan al-Quran kecuali
yang dinyatakan oleh Jibril.‰

Penjelasan-penjelasan dan keterangan daripada Rasulullah SAW bagi kesemua


ayat al-Quran adalah suatu yang luar biasa dan sukar digambarkan kecuali
beberapa ayat yang tertentu sahaja. Sebagaimana Rasulullah SAW memberikan
ruang untuk semua supaya berfikir tentang al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  139

Doa Nabi Muhammad kepada Ibn `Abbas katanya:

‫ﻋ ِﻠ ّ ْﻤ ﻪ ُ ﺍﻟﺘ ﱠﺄ ْ ِﻭ ﻳْ َﻞ‬
َ ‫ﺍ َﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ ﻓَ ِﻘ ّ ْﻬ ﻪ ُ ﻓِﻰ ﺍﻟ ِﺪ ّﻳ ِْﻦ َﻭ‬
Maksudnya:
„Wahai Tuhanku, mantapkanlah beliau dalam ilmu agama dan kurniakanlah
kepadanya ilmu taÊwil.‰

Jika Rasulullah SAW menjelaskan semua makna al-Quran kepada para sahabat,
maka akan samalah pencapaian ilmu mereka dan tidak bererti lagi doa Rasulullah
SAW terhadap Ibn `Abbas tersebut.

Kita boleh mengulaskan di sini bahawa kita tidak harus berhujah dengan hadis
yang diriwayatkan daripada Aisyah kerana ia adalah hadis munkar lagi gharib.
Menurut Abu Hayyan, seandainya hadis ini sahih ia menunjukkan secara umum
tentang ayat-ayat yang memerlukan penjelasan dan keterangan di mana tidak ada
sesiapa yang mengetahui maksudnya tanpa penjelasan tersebut.

Dakwaan tentang kemampuan Rasulullah SAW menerangkan sesetengah ayat


sahaja dan tidak berupaya untuk menjelaskan semua merupakan dakwaan yang
tidak boleh diterima. Begitu juga pendapat di mana Rasulullah SAW tidak
menjelaskan tentang setengah ayat bagi memberi peluang kepada umat manusia
berfikir tentangnya merupakan dakwaan yang bertentangan dengan tugas dan
tanggungjawab Rasul seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran:

5Θöθs)Ïj9 ZπuΗ÷qu‘uρ “Y‰èδuρ ÏμŠÏù (#θàn=tG÷z$# “Ï%©!$# ÞΟçλm; t⎦Îi⎫t7çFÏ9 ωÎ) |=≈tGÅ3ø9$# y7ø‹n=tã $uΖø9t“Ρr& !$tΒuρ

∩∉⊆∪ šχθãΖÏΒ÷σãƒ

Maksudnya:
„Kami tidak menurunkan al-Quran kepada engkau melainkan supaya engkau
menerangkan kepada mereka hal-hal yang mereka perselisihkan dan sebagai
petunjuk serta rahmat bagi kaum yang beriman.‰
(Surah an-Nahl, 16:64)

Apabila kita menerima pandangan yang Rasulullah SAW tidak mentafsirkan


setiap ayat dalam al-Quran, itu bukanlah hujah untuk mengatakan yang
Rasulullah SAW hanya mentafsirkan sebilangan kecil sahaja ayat-ayat al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Setelah diamati hujah yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak, didapati
mereka agak keterlaluan dalam pandangan tentang perkara tersebut. Oleh itu,
adalah wajar kita mengambil sikap sederhana atau pertengahan di antara mereka,
iaitu Rasulullah SAW menjelaskan kebanyakan daripada makna ayat-ayat
al-Quran sebagaimana yang dapat disaksikan dalam karya-karya yang muktabar
di mana Baginda tidak menerangkan kesemua makna al-Quran.

Sehubungan itu juga, terdapat perselisihan dalam kalangan para Sahabat dalam
mentakwil sesetengah ayat al-Quran. Kalaulah Rasulullah menerangkannya,
sudah tentu perselisihan tersebut tidak akan berlaku. Ini menunjukkan yang
Rasulullah SAW tidak menerangkan kesemua ayat al-Quran.

Berhubung dengan persoalan ini, Ibn Jarir menerusi sanad Ibn `Abbas berkata
tafsir al-Quran ada empat bentuk. Empat bentuk tafsir al-Quran tersebut boleh
anda lihat di dalam Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Empat bentuk tafsir al-Quran

Dengan itu dapatlah ditegaskan bahawa Rasulullah SAW telah mentafsirkan


sebahagian besar al-Quran, dan apa yang telah diasaskan oleh Baginda Rasulullah
SAW telah diteruskan oleh para sahabat di mana mereka telah mentafsir beberapa
ayat al-Quran yang tidak diperjelaskan oleh Rasulullah SAW.

(a) Rahsia Nabi Tidak Mentafsirkan Kesemua Ayat al-Quran


Allah SWT menurunkan wahyu kepada umatnya dalam bahasa yang
mudah difahami. Lantaran itu Nabi SAW dapat menerangkan kepada umat
manusia sebahagian besar daripada isi kandungan al-Quran, khususnya
perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam atau syariat. Ia tidak berubah
walaupun berlakunya perubahan masa, tempat dan individu. Lantaran itu,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  141

Nabi SAW menerangkan semua perkara tersebut menerusi wahyu-wahyu


Allah SWT.

Manakala ayat-ayat yang berkaitan dengan kejadian alam sejagat, manusia


dan seumpamanya tidak ditafsirkan oleh Baginda Rasulullah SAW untuk
memberi ruang kepada akal fikiran manusia berfikir, meneliti dan mengkaji
sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh hasil daripada penemuan
daripada kajian-kajian tersebut. Dari sudut yang lain, keyakinan seumpama
itu dapat mematahkan dakwaan palsu yang dikemukakan oleh musuh-
musuh Islam dan puak orientalis seperti Stobart, Bell dan Rodinson yang
mengatakan al-Quran adalah syair-syair Arab yang ditulis berdasarkan
sejarah orang Yahudi atau syair-syair Arab yang bertemakan agama.

Manakala Anderson dan Watt mengatakan al-Quran ialah hasil imaginasi


Nabi Muhammad SAW, malah ramai daripada kalangan orientalis
mengatakan al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad SAW sendiri seperti
Sale dalam „Preliminary Discourse‰ yang diterbitkan pada awal tahun
1880an, Sir William Muir pada abad yang lalu, Wollaston pada 1905,
Lammens pada 1926, Champion dan Short pada tahun 1959, Glubb pada
1970 dan Rodinson di akhir tahun 1977. Namun mereka tidak
mengemukakan bukti dan dalil-dalil yang kuat bagi dakwaan tersebut.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:

É#õ3tƒ öΝs9uρr& 3 ‘,ptø:$# çμ¯Ρr& öΝßγs9 t⎦¨⎫7t oKtƒ 4©®Lym öΝÍκŦàΡr& þ’Îûuρ É−$sùFψ$# ’Îû $uΖÏF≈tƒ#u™ óΟÎγƒÎã∴y™

∩∈⊂∪ Íκy− &™ó©x« Èe≅ä. 4’n?tã …çμ¯Ρr& y7În/tÎ/

Maksudnya:
„Nanti Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami
di ufuk-ufuk (langit) dan pada diri mereka sendiri, sehingga teranglah bagi
mereka bahawa al-Quran ini sebenarnya (daripada Allah). Tidakkah cukup
bahawa Tuhan-mu menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu?‰
(Surah Fussilat, 41:53)

Nabi Muhammad tidak menjelaskan ayat-ayat yang berkaitan dengan


kejadian alam, langit dan bumi secara mendalam adalah merupakan satu
bentuk kemukjizatan al-Quran itu sendiri. Kebenaran ini dapat dirasai
apabila lahirnya golongan tertentu yang mahir dalam berbagai bidang ilmu
seperti astronomi, perubatan dan psikologi, dapat menemui kebenaran
menerusi kenyataan al-Quran semenjak 14 kurun yang lalu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
142  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Sebagai contoh, persoalan yang dikemukakan kepada Nabi Muhammad


SAW tentang kejadian hilal (anak bulan) yang pada peringkat awal nampak
terlalu kecil, seterusnya membesar dan dapat memberikan cahaya,
kemudian kembali mengecil kepada keadaan asal.

Jawapan Allah SWT adalah berdasarkan rahsia yang ada dalam ilmu-Nya,
iaitu dengan mengemukakan faedah yang diperoleh oleh umat manusia
hasil daripada kejadian tersebut, tanpa menjelaskan realiti sebenar secara
saintifik tentang kejadian tersebut walaupun ia adalah persoalan pokok.

Persoalan ini dikupas dengan menarik oleh Muhammad bin Abu Syahbah
dengan mengatakan: „Pendekatan al-Quran di sini ialah dengan
menerangkan faedah atau manfaat kejadian tersebut sebagai rahmat Allah
SWT dan meraikan akal fikiran manusia. Tidak semua masyarakat pada
masa itu bersedia menerima penjelasan tentang kejadian tersebut secara
saintifik, bahkan ia menjadi bebanan dan fitnah kepada sebahagian yang
lain. Dengan demikian persoalan itu diserahkan kepada akal fikiran
manusia mencari realiti sebenar berdasarkan ilmu pengetahuan dan kajian
yang dilakukan‰. Dari sini dapat dirasai rahsia kenapa Nabi Muhammad
tidak mengupas secara panjang lebar persoalan yang terdapat dalam ayat-
ayat tersebut.

9.1.3 Tafsir pada Zaman Sahabat


Sahabat merupakan kesinambungan perjuangan Rasulullah SAW dalam
memberikan kefahaman kepada umat Islam dan mereka rata-rata memahami
kebanyakan ayat-ayat al-Quran, memandangkan mereka mendapat pendidikan
terus daripada Rasulullah SAW. Dengan demikian mereka dapat berinteraksi
dengan al-Quran secara yang lebih baik.

Faktor yang lain ialah kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang
menyebabkan para sahabat dapat memahami al-Quran secara umum. Adapun
secara terperinci dan perkara-perkara yang tersirat, para sahabat terpaksa
berbincang dan merujuk kepada Rasulullah SAW dalam semua perkara bagi
menerangkan berbagai-bagai masalah yang timbul.

Walau bagaimanapun perlu dijelaskan bahawa jumlah pentafsiran daripada para


sahabat tidak sama, ada yang banyak dan ada yang sedikit. Khalifah al-Rashidin
kecuali Ali bin Abi Talib tidak banyak mentafsirkan ayat al-Quran disebabkan
oleh beberapa faktor, antaranya sibuk dengan urusan pemerintahan dan juga
perluasan wilayah baharu Islam. Tambahan pula mereka berada di tengah-tengah
masyarakat yang alim tentang selok-belok al-Quran yang menyebabkan para
sahabat jarang dirujuk dalam bidang pentafsiran.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  143

Manakala sumber tafsir zaman sahabat ialah al-Quran al-Karim, al-Hadith


al-Syarif, ijtihad dan istinbat dan sumber daripada Ahli Kitab.

Kemantapan tafsiran sahabat adalah bergantung kuat pada sumbernya yang jelas
dan pasti, ditambah pula dengan beberapa prinsip yang digunakan semasa
mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan ijtihad.

Prinsip-prinsip tersebut adalah:

(a) Mengetahui kedudukan bahasa Arab dan rahsianya. Ia amat penting kerana
dapat membantu memahami ayat-ayat al-Quran.

(b) Mengetahui adat dan budaya masyarakat Arab. Ia turut membantu


memahami banyak ayat al-Quran yang ada kaitan dengan adat dan budaya
hidup mereka.

(c) Mengetahui keadaan kaum Yahudi dan Nasrani yang tinggal di


semenanjung Tanah Arab semasa turunnya al-Quran turut membantu
dalam memahami ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perbuatan
mereka. Maklumat seumpama ini dapat membantu mematahkan
penyelewengan yang dilakukan oleh mereka terhadap Islam.

(d) Mengetahui asbab al-nuzul dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan
al-Quran. Al-Wahidi berkata: „Seseorang mufasir tidak mungkin dapat
mengetahui pentafsiran ayat al-Quran dengan baik, jika dia tidak
mengetahui kisah-kisah dan keterangan berhubung dengan turunnya
sesuatu ayat.‰

(e) Mempunyai daya kefahaman yang kuat dan pengetahuan yang meluas. Ini
adalah suatu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada
hamba pilihannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Oleh yang demikian, semua sumber yang datang daripada mereka dianggap
sebagai sumber asli pentafsiran selepas al-Quran dan al-hadith. Maka adalah
wajar bagi setiap pentafsir kembali kepada data-data atau maklumat pentafsiran
mereka ini apabila tidak terdapat dalam al-Quran dan al-hadith.

(a) Nilai Tafsir Sahabat


Para sahabat adalah golongan yang terbaik mentafsir al-Quran selepas
Rasulullah SAW. Realiti ini disokong oleh ulama yang muktabar seperti
Imam al-Syafie yang pernah berkata: „Mereka mengatasi kita dalam ilmu,
ijtihad, warak, kecerdikan dan dalam hal-hal yang memerlukan ilmu
pengetahuan dan pengambilan hukum‰.

Berpandukan kepada penjelasan tersebut, kita dapat menilai sejauh mana


autoriti para sahabat dalam mentafsirkan al-Quran. Ditambah pula dengan
persahabatan mereka dengan Rasulullah SAW meletakkan mereka pada
tempat yang istimewa berbanding dengan generasi selepas mereka.

Berhubung dengan tafsir para sahabat, perkara utama yang perlu diberi
perhatian ialah bentuk tafsir itu sendiri. Sekiranya para sahabat
menyandarkan tugas pentafsiran kepada Rasulullah SAW semasa
mentafsirkan mana-mana ayat al-Quran, maka pada ketika itu tidak ada
ruang bagi umat Islam untuk menolaknya, bahkan mereka perlu menerima
tafsiran tersebut secara putus.

Tetapi sekiranya tidak disandarkan kepada Rasulullah SAW, ada dua


pertimbangan yang perlu diberikan. Apakah ada ruang bagi para sahabat
untuk mengemukakan pandangan peribadi atau sebaliknya? Sekiranya
tidak ada, kemungkinan mereka memberikan pandangan peribadi seperti
mereka menjelaskan tentang Asbab al-Nuzul. Maka penjelasan tersebut
mestilah diterima, walaupun ia tidak disandarkan kepada Rasulullah SAW
kerana zahir menunjukkan mereka menerimanya daripada Baginda atau
menyaksikannya.

Namun apabila tafsiran yang diberikan terdapat ruang bagi para sahabat
memberikan pandangan peribadi atau pentafsiran yang tidak berkaitan
dengan Asbab al-Nuzul dan tidak disandarkan kepada Rasulullah SAW,
maka para ulama telah berselisih pendapat. Ada yang berpendapat tafsiran
sahabat itu merupakan ijtihad yang harus berlaku kesilapan dalam ijtihad
tersebut dan kedudukan ijtihad itu samalah dengan ijtihad yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  145

Manakala satu golongan lagi berpendapat wajib diterima tafsiran para


sahabat tersebut walaupun dalam keadaan yang kita nyatakan ini, dengan
sangkaan beliau mendengarnya daripada Rasulullah SAW. Sekiranya ia
adalah tafsiran peribadi mereka, pendapat mereka adalah lebih tepat
daripada orang lain kerana mereka lebih mengetahui tentang al-Quran. Ini
memandangkan mereka merupakan ahli bahasa, mengetahui realiti
penurunan ayat dan mendapat penghormatan bersahabat dengan
Rasulullah SAW.

Al-Zarkashy berkata dalam kitabnya al-Burhan, pentafsiran sahabat perlu


diberi perhatian. Sekiranya tafsiran dibuat dari sudut bahasa maka mereka
adalah ahli bahasa dan sekiranya tafsiran berkaitan dengan sebab-sebab
kenapa sesuatu ayat itu diturunkan, maka ia tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sementara Ibn Kathir pula berkata, „Apabila tidak terdapat tafsir dalam
al-Quran dan tidak juga dalam al-Sunah, kami merujuk kepada pendapat
para Sahabat kerana mereka lebih mengetahui tentang perkara itu daripada
apa yang mereka saksikan dari tanda-tanda dan keadaan-keadaan yang
khusus tentangnya. Juga kerana kefahaman yang sempurna, ilmu yang
sahih dan amal yang salih terutama dalam kalangan ulama dan tokoh-tokoh
mereka.‰

Jelasnya, tafsiran para sahabat mempunyai nilai yang tinggi


memandangkan mereka adalah generasi yang mendapat pendidikan terus
daripada Rasulullah SAW. Lantaran itu, pendapat atau pentafsiran mereka
khususnya tentang al-Quran kebanyakannya menepati kehendak syariat.

Secara umumnya, dapatlah ditegaskan bahawa gambaran umum tafsir


al-Quran pada zaman sahabat adalah seperti berikut:

(i) Al-Quran tidak ditafsirkan secara keseluruhan, tetapi hanya


sesetengah ayat sahaja yang ditafsirkan, iaitu ayat-ayat yang sukar
difahami. Tafsirannya itu semakin bertambah apabila jarak masa
mereka dengan zaman Rasulullah SAW semakin jauh.

(ii) Perselisihan dalam memahami makna dan tafsiran dalam kalangan


para sahabat sangat sedikit.

(iii) Para sahabat berpuas hati dengan makna al-Quran secara umum dan
tidak memberi penumpuan kepada tafsiran yang mendalam kerana
mereka mempunyai akidah yang masih utuh dan kuat.

(iv) Pentafsiran yang hanya terbatas kepada makna menurut bahasa secara
ringkas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

(v) Kesimpulan hukum tidak diberi keutamaan kerana ketiadaan mazhab


fikah pada masa itu.

(vi) Pentafsiran dalam masa ini merupakan salah satu cabang daripada
pengajian Hadis dan tidak terpisah daripadanya.

(vii) Tafsiran al-Quran tidak terdapat dalam bentuk bertulis kerana


penulisannya bermula pada kurun kedua Hijrah.

9.1.4 Tafsir pada Zaman Tabi’in


Pada zaman tabi`in, gerakan pentafsiran al-Quran berkembang dengan begitu
pesat. Kelahiran tokoh-tokoh tafsir pada zaman ini dilihat pada pusat-pusat ilmu
pengetahuan yang dipelajari mereka dan mereka yang sentiasa berdampingan
dengan para sahabat. Ekoran daripada peluasan wilayah kekuasaan Islam,
didapati para sahabat bertebaran di segenap pelosok negara Islam, dengan itu
para tabi`in mengambil kesempatan mempelajari ilmu pengetahuan daripada
mereka. Lantaran itu lahirlah madrasah tafsir masing-masing seperti di Makkah,
Madinah dan Iraq.

(a) Madrasah Tafsir di Makkah


Madrasah ini diasaskan oleh Abdullah bin `Abbas. Beliau menyampaikan
kuliah ilmunya di Masjid al-Haram. Imam al-Suyuti memetik daripada Ibnu
Taimiyyah katanya: „Manusia yang paling arif tentang pentafsiran
al-Quran adalah penduduk Makkah, kerana mereka merupakan murid Abd
Allah bin Abbas‰. Dalam kalangan mereka terdapat ramai tokoh besar yang
cemerlang pemikirannya, antaranya Mujahid, Atha bin Abi RabahÊ, lkrimah,
ÂThawus, SaÊid bin Jubayr dan lain-lain lagi. Sekarang kita akan melihat
biodata dan sejarah ringkas kehidupan beberapa tokoh besar.

(i) Mujahid bin Jabr (m. 104H)


Mujahid bin Jabr lahir pada tahun 21H pada zaman pemerintahan
Umar al-Khattab dan meninggal dunia pada tahun 104H di Makkah
ketika sedang sujud pada usia 83 tahun. Beliau terkenal dengan
gelaran `Abu al-Hujaj aI-Makhzumi. Beliau juga adalah antara ulama
yang terkenal dalam bidang ilmu tafsir. Imam al-Zahabi menilainya
sebagai „Guru kepada ulama tafsir yang hebat yang menimba tafsir
daripada Ibnu Abbas‰. Dia muridnya yang paling istimewa dan orang
yang mendapat kepercayaan untuk meriwayatkannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  147

Mujahid mempelajari tafsir al-Quran daripada gurunya yang ternama,


Ibn Abbas. Beliau membacakan ayat kepadanya, sampai difahami dan
diteliti. Dia berhenti pada setiap ayat al-Quran, dan menanyakan
maknanya kepada beliau, dan mentafsir rahsia-rahsianya. Hakikat ini
dinyatakan oleh Mujahid sendiri katanya: „Aku membaca al-Quran
kepada Ibn Abbas tiga kali. Di setiap ayat, aku berhenti untuk bertanya
kepada beliau tentang kaitan penurunan sesuatu ayat dan bagaimana
ia diturunkan‰. Pembacaan daripada Mujahid kepada gurunya itu
adalah semata-mata untuk mencari tafsirnya, mengetahui rahsia dari
inti sarinya, dan memahami hukum dan hikmah-hikmahnya. Oleh
sebab itu, Sufian al-Thauri berkata, „Jika kamu mendapatkan tafsir
daripada Mujahid, maka itu telah mencukupi bagi-mu‰. Ertinya, tafsir
itu telah cukup, tidak perlu mencari tafsir-tafsir yang lain.

Metodologi pentafsiran yang digunakan oleh Mujahid ialah dengan


memberi ruang yang luas kepada akal dalam mentafsir dan
memahami ayat-ayat al-Quran. Dalam masalah ruÊyah Allah, beliau
berpendapat manusia tidak akan dapat melihat zat Allah SWT di
akhirat; sebaliknya, manusia hanya mampu melihat ganjaran pahala
yang dikurniakan oleh Allah SWT pada hari tersebut. Oleh itu,
pendapat beliau dijadikan sandaran kuat oleh golongan Muktazilah.

(ii) ÂAta bin Abi Rabah (m. 114H)


Beliau ialah Abu Muhammad `AtaÊ bin Abi Rabah. Dilahirkan pada
tahun 27H, dan meninggal dunia tahun 114H. Menetap di Makkah dan
dilantik sebagai Mufti penduduk setempat. Beliau lebih terkenal
dalam kalangan tabi'in sebagai ulama fikah berbanding tafsir.
Periwayatannya daripada Ibnu Abbas diakui dan dipercayai.

Penilaian Imam Abu Hanifah terhadapnya adalah terlalu tinggi.


Katanya: „Aku tidak melihat orang yang lebih utama daripada `AtaÊ
bin Rabah‰. Manakala Qatadah berkata, „Yang paling alim dalam
kalangan tabi'in adalah empat orang, antaranya ÂAthaÊ bin Abi Rabah
meninggal di Makkah pada usia 87 tahun dan dimakamkan di sana.

Sementara Ibn Hibban berkata, beliau adalah daripada pemuka


tabi`in, ahli fikah, seorang yang alim, warak dan namanya terpahat
dalam catatan ashab kitab-kitab sittah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

(iii) `Ikrimah bin Abdullah (m. 107H)


Dilahirkan pada tahun 25H, dan meninggal dunia pada tahun 105H di
Madinah. Al-Sya`bi telah memberikan penilaian yang tinggi kepada
tokoh ini dengan menegaskan: „Tidak ada orang yang alim tentang
Kitab Allah SWT melebihi `Ikrimah.‰ Dia adalah bekas pembantu Ibnu
`Abbas yang telah dimerdekakan dan berguru kepada Ibnu Abbas
tentang al-Quran dan al-Hadith. Dia berkata, „Sesungguhnya aku
telah pun mentafsirkan al-Quran dan setiap sesuatu yang aku
ceritakan kepada-mu tentang al-Quran adalah daripada Ibnu Abbas. "

Catatan tentang `Ikrimah terdapat dalam kitab ÂaI AÊIamÊ adalah


seperti berikut:

„`Ikrimah bin Abdullah aI-Barbari aI-Madani, Abu Abdullah adalah


Maula kepada Ibnu Abbas dan termasuk golongan tabi'in. Beliau
adalah seorang pakar dalam bidang tafsir dan mengetahui tempat-
tempat perang. Dia telah melawati pelbagai negeri. Ada 300 lelaki
yang meriwayatkan daripadanya dan antara mereka, lebih daripada
70 orang tabi'in. Dia mengembara ke negeri barat kemudian kembali
lagi ke Madinah al-Munawwarah, sehingga ia dicari oleh Amir negeri
itu. Namun, dia menghilang diri sampai dia meninggal dunia di
Madinah. Dia dan seorang penyair ulung Kathir ÂUzzah meninggal
pada hari yang sama. Sehingga dikatakan „ÂTelah meninggal manusia
yang paling alim dan juga sasterawan yang hebatʉ.

(iv) Tawus bin Kaisan al-Yamani (m. 106H)


Lahir pada tahun 33H dan meninggal dunia pada tahun 106H. Beliau
terkenal dengan keistimewaan mentafsir al-Quran. Memiliki daya
ingatan dan hafalan yang kuat, kecerdasan, keberanian, keprihatinan
dan kebaikan. Beliau sempat berguru dengan beberapa orang sahabat
dan ramai orang yang belajar ilmu daripadanya.

Peribadi beliau adalah hebat ă sangat tekun beribadah dan warak.


Diceritakan beliau telah pergi haji ke Baitullah sebanyak 40 kali dan
doanya amat mustajab. Ibnu Abbas menilainya, „Sungguh aku
mengira bahawa Tawus termasuk ahli Syurga.‰

Kitab ÊaI- AÊIam menyebutkannya sebagai berikut:

„Tawus bin Kisan al-Yamani al-Hamdani, Abu Abd al-Rahman,


termasuk pembesar tabi'in yang amat alim dalam bidang agama,
banyak meriwayatkan hadis dan hidup sederhana, serta berani
menasihati para khalifah dan raja. Berasal dari Parsi tetapi membesar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  149

di Yaman. Meninggal dunia sewaktu menjalankan ibadah haji di


Muzdalifah, yang kebetulan Hisyam bin Abdul Mulk juga
menunaikan ibadah haji pada tahun itu, maka dia turut
menyembahyangkannya. Tawus tidak mahu mendekati para raja dan
pembesar negeri. Ibnu `Iyainah berkata: „Ada tiga orang yang
menjauhi penguasa, mereka ialah: Abu Zar, Tawus dan al-Thauri‰.

(v) Sa`id bin Jabir (m. 95H)


Tokoh ini lahir pada tahun 45H dan meninggal dunia tahun 95H. Dia
termasuk tokoh ilmuwan dan warak di kalangan ulama tabiÊin. Dia
juga terkenal lantaran mentafsirkan al-Quran. Imam Sufyan al-Thauri
berkata, „Ambillah tafsir daripada empat tokoh: SaÊid bin Jabir,
Muiahid, lkrimah, dan al-Dahhak‰. Qatadah pernah mengatakan:
„SaÊid bin Jubair adalah antara tokoh yang sangat alim dalam bidang
tafsir.‰

Dalam kitab al-AÊIam, terdapat kenyataan tentang beliau iaitu: „SaÊid


bin Jabir aI-Asadi Kufiyyi, Abu Abdullah, daripada golongan tabiÊin,
adalah orang yang tersangat alim dalam kalangan mereka.‰ Beliau
berasal dari Habsyah dan berguru kepada Ibnu Abbas dan Ibnu Umar.
Ketika Abd al-Rahman bin aI AsyÊath pergi kepada Abdul Malik bin
Marwan, SaÊid pergi ke Makkah. Khalid al-Qusyairi segera
menangkap dan mengirimkannya kepada al-Hajjaj, lalu al-Hajjaj
membunuhnya. Imam Ahmad bin Hanbal berkata: „Meskipun Hajjaj
telah membunuh SaÊid, namun semua orang di muka bumi ini tetap
memerlukan ilmunya.‰

(b) Madrasah Tafsir di Madinah


Ulama-ulama tafsir daripada kalangan tabi`in di Madinah adalah ramai.
Namun, yang paling terkenal antara mereka adalah Muhammad bin KaÊb al-
Quradhi, Abu `Aliyah al-Riyahi dan Zaid bin Aslam. Namun masih ramai
tokoh tabiÊin lain tetapi kemasyhuran tokoh-tokoh ini adalah lebih luas dan
pengaruh mereka juga lebih besar.

(i) Muhammad bin Ka'b al-Quradhi (m. 117H)


Muhammad bin Ka`b al-Quradhi, Abu Hamzah aI-Madani adalah dari
suku Aus. Menetap di Kufah dan kemudian berpindah ke Madinah.
Meriwayatkan daripada sekelompok sahabat, khususnya Ali bin Abi
Talib dan Abd Allah bin Mas'ud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Imam Bukhari menyebutkan sebab-sebab Muhammad bin KaÊb


dinamakan aI-Quradhiyyi: „Kerana bapanya termasuk orang yang
tidak muncul pada hari Quraizah kerana tertinggal. Di mana Nabi
SAW memerangi orang-orang Quraizah apabila mereka mengingkari
janji dan menipu Rasulullah SAW Maka beliau memerintahkan
supaya membunuh mereka, kecuali kaum perempuan dan kanak-
kanak‰.

Beliau adalah antara penduduk Madinah yang paling berilmu. Ketika


beliau berada di masjid, tiba-tiba bumbung masjid runtuh, lalu
menimpa beliau dan teman-temannya. Beliau meninggal di bawah
runtuhan tersebut. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 117H.
Semoga Allah SWT memberikan rahmat kepadanya.

(ii) Abu ÂAliyah al- Riyahi (m. 93H)


Nama sebenarnya ialah Rafi' bin Mahran, manakala gelarannya pula
ialah Abu al-ÂAliyah. Beliau adalah bekas pembantu seorang wanita
dari Bani Riyah yang telah dimerdekakan. Beliau juga seorang ulama
tabiÊin dari Basrah yang dipercayai. Terkenal dengan ilmu Fikah dan
Tafsir al-Quran. Dia sempat melihat Abu Bakar dan mempelajari
al-Quran dengan Ubai bin Ka'b dan tokoh-tokoh lain. Beliau juga
sempat mendengar dari Umar, Ibnu Mas'ud, Ali, Aisyah dan lain-lain.

Beliau pernah berkata, „Aku membaca al-Quran selama sepuluh tahun


setelah nabi-mu meninggal‰. Sejak dari usia muda lagi beliau suka
kepada ilmu dan rakus mencarinya, khususnya ilmu tafsir. Suatu
ketika, Ibnu Abbas mempelawa Abu al-`Aliyah duduk di atas
permaidaninya, sedangkan orang lain ada di bawahnya. Ibnu Abbas
berkata, „Demikianlah, ilmu akan menambah kemuliaan orang yang
mulia‰.

Abu Bakar bin Daud berkata „Tidak ada seorang pun yang lebih
mengetahui tentang al-Quran selepas sahabat selain daripada Abu
al-`Aliyah.‰ Dia meninggal tahun 93H.

(iii) Zaid bin Aslam (m. 130H)


Nama beliau ialah Zaid bin Aslam al-Amriyyi. Berkebolehan dalam
bidang fikah serta hadis dan berasal dari Madinah. Sempat hidup pada
zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau telah
dipilih oleh al-Walid Ibnu Yazid antara fuqahaÊ Madinah untuk
menjadi Mufti di Damsyik. Seorang tokoh ulama yang dipercayai,
beliau memiliki banyak hadis. Beliau juga mempunyai sebuah kitab
tafsir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  151

Dia mempunyai pengikut yang ramai di Masjid Nabawi. Ali bin Hasan
suka datang untuk mendengarkan ceramahnya, sehingga dia
diperkatakan oleh masyarakatnya. Semasa beliau ditanya tentang
perkara itu, dengan tegas beliau menjawab: „Sesungguhnya seseorang
lelaki hanya perlu bertandang orang yang dapat memberi kebaikan
kepadanya dalam beragama‰. Zaid bin Aslam meninggal dunia di
Madinah Munawwarah pada tahun 130H.

(c) Madrasah Tafsir di Iraq


Pengajian tafsir di Iraq telah melahirkan tokoh-tokoh ulama yang hebat, di
antaranya ialah Hasan al-Basri, Masruq bin al-AjdaÊ, Qatadah bin DuÊamah,
AthaÊ bin Abi Muslim al-Khurasani dan Murrah al-Hamzani. Biodata dan
sejarah ringkas tentang mereka adalah seperti berikut:

(i) Hasan al-Basri (m. 110H)


Nama lengkapnya ialah al-Hasan bin Yassar al-Basri. Imam penduduk
Basrah dan seorang tokoh ulama terkenal pada zamannya. Gelarannya
ialah Abu Said. Dilahirkan di Madinah al-Munawwarah dan
membesar di bawah pengawasan Ali bin Abi Talib. Dilantik menjadi
khatib oleh RabiÊ bin Ziad, seterusnya menjadi penguasa di Khurasan
pada zaman pemerintahan MuÊawiyah, kemudian menetap di Basrah.
Beliau sempat berjumpa 120 orang sahabat, dan beliau adalah orang
yang paling fasih antara penduduk Basrah, rajin beribadah dan paling
alim dalam ilmu fikah. Hasan meninggal dunia di Basrah pada bulan
Rejab tahun 110H dan dimakamkan di sana.

(ii) Masruq bin al-Ajda` (m. 63H)


Nama sebenarnya ialah Masruq bin al-AjdaÊ al-Hamdani. Beliau
adalah orang Kufah yang dipercayai. Dia termasuk salah seorang
sahabat Ibnu Mas'ud yang meriwayatkan hadis Rasulullah SAW.
Seorang yang kuat beribadah dan alim dalam ilmu fikah. Gelarannya
ialah ÂAbu AisyahÊ. Tafsir dan riwayat hadisnya amat terkenal. Ali bin
aI-Madini, guru Imam Bukhari pernah berkata: „Tidak seorang pun
daripada sahabat-sahabat Abdullah Ibnu MasÊud yang aku perhatikan
lebih hebat daripada Masruq bin al-AjdaÊ. Dia pernah solat di belakang
Sayidina Abu Bakar dan berjumpa dengan Umar dan Usman".

(iii) Qatadah bin Du`amah (m. 117H)


Gelarannya ialah Abu al-Khatab al-Suddusi al-Basriyyi. Lahir di
Basrah pada tahun 61H dan meninggal dunia pada tahun 117H pada
usia 55 tahun. Beliau merupakan seorang ahli tafsir. Beliau juga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

merupakan seorang yang mahir dalam bidang tafsir dan fikah dan
meninggal dunia pada tahun 117H dan dimakamkan di Basrah pada
usia 55 tahun.

(iv) AtaÊ al-Khurasani (m. 135H)


Imam al-Asbihani berkata AtaÊ lahir pada tahun 50 H dan meninggal
dunia pada tahun 135H. Nama lengkapnya AtaÊ bin Abi Muslim
al-Khurasani. Gelarannya ialah Abu Usman. Beliau terkenal dengan
sifat jujur dan benar. Beliau juga seorang yang rajin beribadah dan
zuhud. Terkenal dengan kepakaran dalam bidang ilmu fikah, hadis
dan tafsir. Juga terkenal dengan kezuhudan dan keberaniannya.

(v) Murrah al- Hamdhani (m. 90H)


Nama penuhnya ialah Murrah bin Sarahil aI-Hamdhani. Gelarannya
ialah Abu Ismail, namun lebih terkenal dengan gelaran Murrah
al-Tayyib dan Murrah al-Kayr. Sempat berjumpa dengan ramai
sahabat dan meriwayatkan hadis daripada Abu Bakar, Umar, Abu Zar,
Ibn MasÊud dan lain-lain lagi. Seorang tokoh yang rajin beribadah dan
memiliki sifat warak, zuhud dan baik budi pekerti.

9.1.5 Tafsir di Zaman Pembukuan


Peringkat ini bermula pada zaman atba` al-tabi`in iaitu selepas berakhirnya zaman
tabi`in dan berakhir sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun tafsiran pada
peringkat ini telah bertukar daripada bentuk lisan kepada bentuk susunan
bertulis.

Para ulama hadis merantau ke segenap pelosok negeri untuk mengumpulkan


hadis-hadis Rasulullah SAW yang mentafsirkan sesetengah ayat al-Quran.
Pelopor kepada usaha ini ialah Yazid bin Harun al-Silmi (m. 117H), Sufian bin
`Uyainah (m. 198H), Ruh bin `Ubadah al-Basri (m. 205H) dan Abd. al-Razzaq bin
Hammam (m. 211H). Mereka adalah ulama-ulama hadis, di mana semasa
mengumpul tafsiran tersebut mereka beranggapan mereka mengumpul hadis-
hadis dan bukannya mengumpul tafsir secara berasingan, malah apa yang dipetik
ketika itu semuanya bersanad.

Setelah itu lahirlah tafsir dengan bentuknya yang tersendiri dan terpisah daripada
al-hadis. Seterusnya pentafsiran setiap ayat al-Quran dibuat dan disusun
mengikut susunan mashaf. Kesemua tafsiran ini diriwayatkan daripada
Rasulullah SAW, sahabat dan tabi`in, dan sesudah itu ia dikenali sebagai Tafsir bi
al-MaÊthur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  153

Telah lahir karya-karya yang memuatkan pentafsiran keseluruhan al-Quran,


walau bagaimanapun adalah sukar untuk menentukan siapakah yang pertama
menghasilkannya. Ada pendapat mengatakan tokoh pertama ialah al-FarraÊ
(m. 207H) yang telah menghasilkan sebuah kitab „Ma`ani al-Quran‰ dan ada yang
mengatakan Sa`id bin Jubair (m. 94H/95H). Ini dengan berdasarkan satu bukti
yang menunjukkan bahawa `Abd al-Malik bin Marwan (m. 86H) telah meminta
daripada Sa`id bin Jubair supaya menulis sebuah kitab tafsir kepadanya dan Sa`id
telah melaksanakan permintaan tersebut dan berjaya menulis sebuah kitab tafsir.
Kitab tersebut telah didapati oleh `AtaÊ bin Dinar (m. 126H). Ada juga yang
berpendapat `Amr bin `Ubayd (m. 114H).

Walau bagaimanapun karya-karya terkemudian sudah berbeza dengan bentuk di


atas, di mana sanad-sanad telah dibuang. Tambahan pula orang yang terlibat
dengan pengumpulan dan penyusunan tafsir semakin ramai. Mereka tidak lagi
menyebut sumber asal tafsir dan tokohnya. Justeru hadis-hadis palsu dan unsur-
unsur israiliyyat mudah meresap masuk dan ia telah menimbulkan kecelaruan
dalam karya-karya tafsir.

Dalam perkembangan awal di peringkat ini, para mufasir mengumpulkan


pendapat mereka yang sebelumnya dan menyusun tafsiran mereka. Selepas itu,
lahirlah tokoh-tokoh yang menjadi tafsir sebagai satu disiplin ilmu yang
berasingan dengan hadis, di mana mereka mentafsirkan al-Quran secara tersusun
mengikut surah-surah dan tafsiran yang diberikan mempunyai sanadnya yang
sampai kepada sama ada Rasulullah SAW atau sahabat atau tabi`in. Namun
kadang-kadang disebut pandangan yang ditarjihkan, membuat kesimpulan,
menjelaskan hukum dan juga penjelasan tatabahasa. Pendekatan inilah yang
digunakan oleh Ibn Jarir al-Tabari dan ia disebut sebagai Tafsir bi al-MaÊthur.
Setelah itu lahir pula Tafsir bi al-RaÊyi.

Menurut al-Suyuti tafsir al-Quran berkembang hebat selepas itu dan munculnya
mufassir yang mentafsir al-Quran berdasarkan kebolehan masing-masing.
Contohnya al-Zujaj dan al-Wahidi dalam kitab „al-Basit‰ yang memberikan
penumpuan kepada masalah nahu, i`irab dan perkara yang berkaitan dengannya.
Al-Qurtubi dalam tafsirnya menekankan masalah fikah, manakala Fakhruddin
al-Razi dalam „Tafsir al-Kabir‰ menekankan kepada ilmu-ilmu falsafah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Apakah yang anda faham tentang tafsir?

2. Nyatakan beberapa perbezaan yang wujud antara tafsir pada


Zaman Nabi, sahabat dan Tabi`in.

3. Huraikan bentuk-bentuk perkembangan dalam tafsir al-Quran


pada Zaman Tabi`in.

9.2 METODE-METODE TAFSIR


Mari kita meneruskan pembelajaran kita dengan metode-metode tafsir.

9.2.1 Tafsir bi al-Ma’thur


Tafsir bi al-MaÊthur bermaksud tafsir yang berpegang kepada riwayat yang sahih
iaitu mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran atau dengan hadis kerana ia
berfungsi sebagai penerang kepada al-Quran atau dengan riwayat sahabat (athar),
memandangkan mereka adalah orang yang paling mengetahui tentang al-Quran
al-Karim, atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiÂin besar kerana mereka
biasanya menerima perkara tersebut daripada sahabat. Walau bagaimanapun, ada
dalam kalangan ulama yang tidak setuju memasukkan tafsiran tabi`in ke dalam
tafsir bi al-maÊthur.

Menurut al-Dhahabi, ahli-ahli tafsir mentafsirkan ayat al-Quran dengan al-Quran


itu sendiri, riwayat daripada sahabat-sahabat yang bersumberkan kepada
Rasulullah SAW, riwayat-riwayat sahabat dari tafsir-tafsir karangan mereka
sendiri dan juga apa yang mereka ambil daripada ahli-ahli kitab dan ijtihad.
Jelasnya ia adalah metode yang terbaik dalam mentafsirkan al-Quran.

Perkembangan ilmu Tafsir bi al-MaÊthur ini terbahagi kepada dua cara iaitu secara
lisan dan secara penulisan dan pembukuan.

(a) Secara Lisan


Cara ini juga disebut secara periwayatan, di mana para sahabat telah
menukil dan mengambil pentafsiran daripada Rasulullah SAW atau
pentafsiran sahabat daripada para sahabat atau pentafsiran tabiÂin yang
diambil daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh
dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang jalur periwayatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  155

(b) Secara Penulisan atau Pembukuan (Tadwin)


Cara kedua ini ialah hasil lanjutan daripada cara yang pertama yang mana
ia telah dicatat dan dibukukan. Pada mulanya penulisan ini dibuat dalam
kitab-kitab hadis, tetapi setelah tafsir rasmi menjadi suatu disiplin ilmu,
maka ia telah ditulis lalu lahirlah karya-karya tafsir yang secara khusus
memuatkan Tafsir bi al-MaÊthur lengkap dengan jalur sanadnya daripada
tabi tabiÂin, tabiÂin, sahabat sehinggalah sampai kepada Rasulullah SAW.

Memandangkan al-Tafsir bi al-MaÊthur mempunyai kaitan yang rapat


dengan ilmu riwayat yang merupakan sebahagian daripada ilmu sunnah
nabawiyyah, riwayat dan dirayah, maka ia memerlukan kepada beberapa
syarat, antaranya:

(i) Mempunyai pengetahuan yang cukup tentang ilmu sunnah riwayat


dan dirayah;

(ii) Benar-benar mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,


kemudian tentang kata-kata sahabat, tabiÂin dan imam-imam mujtahid;

(iii) Berkemampuan mengumpul dan menyerasikan riwayat-riwayat yang


bercanggah;

(iv) Mengetahui hakikat perselisihan tafsir dan sebab-sebabnya;

(v) Mengetahui tentang asbab al-nuzul dan ilmu nasikh mansukh, kerana
pertamanya boleh membantu dalam memahami nas dan yang kedua
ialah bagi mengetahui ayat yang muhkam dan yang mansukh;

(vi) Memetik pendapat yang sepakat sahaja dan tidak memetik pendapat
yang gharib; dan

(vii) Tidak bersandar kepada riwayat-riwayat Israiliyyat.

Oleh itu, setiap ahli tafsir perlu cermat dan berhati-hati dalam tafsiran
dengan menggunakan tafsiran yang betul. Selain itu mereka tidak boleh
gopoh dalam memberikan tafsiran dan tidak hanya dengan melihat zahir
bahasa Arab sahaja kerana al-Quran mempunyai suasananya yang
tersendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Sumber-sumber Tafsir bi al-MaÊthur


Tafsir bi al-MaÊthur adalah tafsir yang wajar diikuti, kerana dalamnya
mengandungi maklumat-maklumat yang benar dan ia merupakan jalan yang
paling selamat untuk menjaga diri daripada tergelincir ke dalam kesesatan dalam
memahami kalam ayat-ayat Allah SWT. Tafsir ini bersumberkan kepada beberapa
sumber. Seterusnya, mari kita lihat sumber-sumbernya.

(a) Tafsir al-Quran dengan al-Quran


Tafsir berbentuk ini adalah yang terbaik dan paling mulia memandangkan
tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui Kalam Allah SWT selain
daripada Allah SWT. Contohnya ialah firman Allah SWT:

∩⊆∪ É⎥⎪Ïe$!$# ÏΘöθtƒ Å7Î=≈tΒ

Maksudnya:
‰Yang memiliki hari pembalasan.‰

(Surah al-Fatihah, 1:3)

Perkataan ‫ ﻳﻮم اﻟﺪﻳﻦ‬yang bermaksud ‰Hari pembalasan‰ ditafsirkan dengan


firman Allah SWT dalam surah al-Infitar:

à7Î=ôϑs? Ÿω tΠöθtƒ ∩⊇∇∪ É⎥⎪Ïe$!$# ãΠöθtƒ $tΒ y71u‘÷Šr& !$tΒ §ΝèO ∩⊇∠∪ È⎦⎪Ïd‰9$# ãΠöθtƒ $tΒ y71u‘÷Šr& !$tΒuρ

∩⊇®∪ °! 7‹Í×tΒöθtƒ ãøΒF{$#uρ ( $\↔ø‹x© <§øuΖÏj9 Ó§øtΡ

Maksud:
„Dan sudahkah engkau ketahui apa (yang dikatakan) hari pembalasan?
Lagi, sudahkah engkau ketahui apa yang (dikatakan) hari pembalasan
?(Ialah) hari yang tidak siapa pun dapat menolong sesiapa kerana semua
urusan pada hari itu (adalah) kepunyaan Allah.‰
(Surah al-Infitar, 82:17−19)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  157

(b) Tafsir al-Quran dengan Hadis Rasulullah SAW


Para ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW adalah pentafsir al-Quran,
memandangkan Bagindalah yang menerima al-Quran, memahaminya dan
bertanggungjawab menyebarkannya kepada manusia, sebagaimana yang
ditegaskan oleh Muhammad bin Idris al-Shafi`i. Para sahabat kembali
merujuk kepada Rasulullah SAW apabila mereka menghadapi kemusykilan
dalam memahami atau menghuraikan ayat-ayat al-Quran. Contohnya,
menerangkan maksud perkataan (‫ )اﻟﻈﻠﻢ‬dalam ayat:

∩∇⊄∪ tβρ߉tGôγ•Β Νèδuρ ß⎯øΒF{$# ãΝßγs9 y7Íׯ≈s9'ρé& AΟù=ÝàÎ/ ΟßγuΖ≈yϑƒÎ) (#þθÝ¡Î6ù=tƒ óΟs9uρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$#

Maksudnya:
„Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka
dengan kezaliman, itulah orang-orang yang mendapat keimanan dan
merekalah orang-orang yang mendapat hidayah‰.
(Surah al-AnÊam, 6:82)

Menurut Ibn MasÂud, sewaktu turunnya ayat di atas para Sahabat agak
kelam kabut kerana mereka memahami maksud „al-Zulm‰ dalam ayat
tersebut adalah sama dengan kezaliman yang biasa. Lantaran itu mereka
bertanya Rasulullah SAW: Siapakah antara kami yang tidak melakukan
kezaliman? Rasulullah SAW menjawab: „Kezaliman di sini bukanlah
sebagaimana yang dimaksudkan‰. Seterusnya Baginda bersabda: „Apakah
tidak kamu mendengar apa yang diucapkan oleh hamba yang soleh seperti
yang terdapat dalam al-Quran:

íΟù=Ýàs9 x8÷Åe³9$# χÎ) ( «!$$Î/ õ8Îô³è@ Ÿω ¢©o_ç6≈tƒ …çμÝàÏètƒ uθèδuρ ⎯ÏμÏΖö/eω ß⎯≈yϑø)ä9 tΑ$s% øŒÎ)uρ

∩⊇⊂∪ ÒΟŠÏàtã

Maksudnya:
‰Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi
nasihat kepadanya: Wahai anak kesayangan-ku: Janganlah engkau
menyekutukan Allah. Sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman
yang besar‰.
(Surah Luqman, 31:13)

Oleh itu perkataan „al-zulm‰ dalam ayat di atas bermaksud syirik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

(c) Tafsir al-Quran dengan Ijtihad Sahabat


Ia termasuk dalam tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan,
memandangkan mereka pernah bertemu dengan Rasulullah SAW dan
menerima keterangan daripada sumber yang asli. Para sahabat menyaksikan
wahyu dan turunnya al-Quran, mengetahui asbab al-nuzul dan memiliki
kemampuan dalam memahami Kalam Allah SWT serta mengetahui rahsia
al-Quran melebihi kemampuan orang lain. Contohnya firman Allah SWT:

$oΨù=yèy_uρ ( $yϑßγ≈oΨø)tFxsù $Z)ø?u‘ $tFtΡ%Ÿ2 uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ¨βr& (#ÿρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# ttƒ óΟs9uρr&

∩⊂⊃∪ tβθãΖÏΒ÷σムŸξsùr& ( @c©yr >™ó©x« ¨≅ä. Ï™!$yϑø9$# z⎯ÏΒ

Maksudnya:
„Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit
dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah satu yang padu, kemudian Kami
pisahkan antara keduanya, dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu
yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?‰
(Surah al-Anbiya, 21:30)

Ibn ÂAbbas mentafsirkan „langit yang padu‰ ialah langit yang tidak ada
hujan, manakala „bumi yang padu‰ ialah bumi yang tiada tumbuhan.
Sementara „lalu Tuhan pisahkan keduanya‰ ditafsirkan sebagai turunnya
hujan dan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan.

9.2.2 Tafsir bi al-Ra’y


Tafsir bi al-raÊy terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah tafsir bi al-raÊy
al-mazmum (tafsir yang tercela) iaitu pentafsiran yang dilakukan oleh orang-
orang yang tidak berkelayakan untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran, atau
mentafsirkan dengan hawa nafsu atau dengan menyokong mazhab yang sesat.
Tafsir jenis ini berdasarkan sumber yang palsu atau meragukan dan tidak
mempunyai asas yang jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  159

Manakala yang kedua tafsir bi al-raÊy al-mamduh (tafsir yang terpuji) bermaksud
tafsir yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab,
kaedah perundangan dan asas-asas agama termasuk ilmu usul al-fiqh, `ilm
al-hadith dan sebagainya. Ia juga tidak bertentangan dengan sumber yang sahih,
akal yang sejahtera, ilmu yang pasti dan berusaha keras untuk mencari kebenaran,
membersihkan diri daripada hawa nafsu serta mengingati Allah SWT terhadap
apa yang diperkatakan.

Al-Zahabi mentakrifkan tafsir bi al-raÊy sebagai tafsir yang menurut pendapat


seorang ahli tafsir dengan membuat ijtihadnya sendiri di samping mempunyai
kemahiran dalam bahasa Arab.

Ada juga yang berpendapat bahawa ahli tafsir menerangkan makna sesuatu ayat
itu berdasarkan fahamannya yang tertentu dan mengambil pelajaran daripada
pendapatnya semata-mata.

Jelasnya ijtihad dan pendapat merupakan sumber yang penting dalam tafsir bi
al-raÊy kerana sumber-sumber maÊthur daripada Rasulullah SAW, para sahabat
dan juga tabi`in adalah terhad. Sumber-sumbernya yang sahih pula tidak
mentafsir semua ayat al-Quran, malah terdapat sumber-sumber maÊthur yang
bertaraf daif, mawdu`, mungkar dan berdasarkan data-data yang diambil
daripada Bani Israil.

Ekoran daripada itu, para mufasir khususnya selepas zaman Rasulullah SAW
sehinggalah zaman tabi`in kembali kepada ijtihad dan pendapat peribadi apabila
tidak menemui maklumat-maklumat yang asli daripada Rasulullah SAW, para
sahabat dan juga tabi`in.

Tokoh yang dianggap paling awal menggunakan kaedah ini ialah Ibn Jarir
al-Tabari (m. 310H). Walau bagaimanapun, penggunaan kaedah ini pada masa itu
hanyalah menyentuh pengambilan untuk mengesahkan dan memilih riwayat
yang sahih, atau menolak riwayat yang mungkar dan lemah. Ijtihad juga
digunakan untuk menjelaskan ayat-ayat gharib dengan syair-syair kuno
berdasarkan cara penggunaan Ibn `Abbas, juga pengambilan hukum hasil
daripada ijtihad ahli fikah yang berkembang dalam zaman sahabat dan tabi`in.

Pada zaman berikutnya, penggunaan metode ini berkembang secara meluas


dengan kebebasan memberikan pendapat dan juga ijtihad di luar lapangan yang
diharuskan, terutamanya setelah lahirnya firaq islamiyyah yang terdiri daripada
Khawarij, Syi`ah, Mu`tazilah, MurjiÊah dan sebagainya. Setiap kumpulan
mempunyai tokoh-tokoh dan pengikut sendiri yang berusaha memaparkan
kebolehan masing-masing dan dalam bidang pentafsiran mereka mentafsirkan
al-Quran selari dengan mazhab dan ideologi mereka. Akhirnya lahir tafsir

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

mazhabi, dengan pegangan utama mereka ialah pendapat-pendapat peribadi dan


ijtihad dalam memahami al-Quran.

Selain itu, perkara utama yang perlu dijauhi oleh seseorang dalam mentafsir
al-Quran dengan ijtihad adalah memberanikan diri menerangkan maksud
al-Quran sedangkan dia tidak mengetahui selok-belok bahasa dan syariat. Selain
itu hendaklah dijauhkan daripada mentafsirkan al-Quran berdasarkan kepada
keinginan mazhab-mazhab yang salah dan memperkatakan sesuatu yang hanya
diketahui oleh Allah SWT atau menetapkan dengan pasti itulah yang dikehendaki
oleh Allah SWT tanpa mengemukakan dalil.

Kedudukan Tafsir bi al-RaÊy


Para ulama telah berselisih pendapat tentang persoalan ini. Satu golongan
berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad.
Bagi mereka, al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber maÊthur sahaja.
Sementara golongan yang lain pula berpendapat harus mentafsir al-Quran dengan
pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengetepikan sumber-sumber terdahulu
yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihan terakhir setelah sumber-
sumber asli tidak dapat diperoleh.

(a) Golongan Penentang


Golongan yang menentang dasar ini menggunakan hujah akli dan naqli
dalam menegakkan pendapat mereka. Dari aspek akli, mereka berpendapat
mentafsir al-Quran dengan pendapat atau ijtihad bererti menyatakan
sesuatu terhadap Allah SWT tanpa ilmu pengetahuan dan ini tidak
dibenarkan sama sekali oleh Islam. Seseorang mufasir yang mentafsir
al-Quran dengan ijtihad tidak dapat meyakini orang lain bahawa ijtihad itu
adalah benar. Mungkin ada mufasir yang hanya menyangka yang ijtihadnya
betul menurut sangkaannya sahaja sedangkan perkara ini tidak dibenarkan.
Dalilnya ialah:

4 íΟù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ y7s9 }§øŠ9s $tΒ ß#ø)s? Ÿωuρ

Maksudnya:
„Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya.‰
(Surah al-IsraÊ, 17:36)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  161

Dan firman Allah SWT:

βr&uρ Èd,y⇔ø9$# ÎötóÎ/ z©øöt7ø9$#uρ zΝøOM}$#uρ z⎯sÜt/ $tΒuρ $pκ÷]ÏΒ tyγsß $tΒ |·Ïm≡uθxø9$# }‘În/u‘ tΠ§ym $yϑ¯ΡÎ) ö≅è%

∩⊂⊂∪ tβθçΗ>s ÷ès? Ÿω $tΒ «!$# ’n?tã (#θä9θà)s? βr&uρ $YΖ≈sÜù=ß™ ⎯ÏμÎ/ öΑÍi”t∴ムóΟs9 $tΒ «!$$Î/ (#θä.Îô³è@

Maksudnya:
„Katakanlah: Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik
yang nampak mahupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa, melanggar
hak manusia tanpa alasan yang benar, kamu mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan kamu
mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui.‰
(Surah al-A`raf, 7:33)

Mereka juga menggunakan dalil naqli yang melarang umat Islam


mentafsirkan al-Quran dengan ijtihad, seperti firman Allah SWT:

∩⊆⊆∪ šχρã©3xtGtƒ öΝßγ¯=yès9uρ öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫t7çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ

Maksud:
„Dan Kami turunkan kepada-mu (wahai Muhammad) al-Quran yang
memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia
akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, semoga mereka dapat
berfikir.‰
(Surah an-Nahl, 16:44)

Arahan dalam ayat di atas ditujukan kepada Rasulullah SAW dan tidak
kepada orang lain. Oleh itu, hak untuk menerangkan ayat-ayat al-Quran
adalah terbatas kepada Baginda sahaja, manakala orang lain hanya berhak
menyebarkan penerangan yang ternyata benar daripada Baginda Rasulullah
SAW. Alasan ini tidak dapat diterima memandangkan Rasulullah SAW
sudah wafat, sedangkan tidak semua ayat dalam al-Quran telah
diperjelaskan oleh Baginda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Golongan ini juga berdalilkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh al-Tirmidhi daripada Ibn `Abbas:
ْ ْ َ َْ ََ َ َ َ َ َّ َ َ َ ُ َّ
‫ ف َم ْن كذ َب َّ ُم َت َع ّ ِم ًدا فل َيت َب َّوأ َمق َع َدهُ م َِن‬،‫الدِيث ع ِّن إ ِ َما عل ِْم ُت ْم‬ ‫اتقوا‬
َّ َ ُ َ َ ْ َ ْ َّ َ َ َ ْ َ ْ َ ُ
ْ ‫الق‬ َ َ ْ َ َ َّ
‫آن بِرأيِهِ فليتبوأ مقعده مِن الار‬ ِ ‫ر‬ ‫ف‬ِ ‫ ومن ق‬،ِ‫الار‬
‫ال‬
Maksudnya:
„Berwaspadalah daripada bercakap tentangku kecuali apa yang kamu
ketahui. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka
sediakanlah tempatnya di dalam neraka dan sesiapa yang berkata tentang
al-Quran dengan pandangannya sendiri, maka sediakanlah tempatnya di
dalam neraka.‰

Dan sabda Rasulullah SAW:


َ َ ْ َ ْ ََ َ َ ََ ْ ْ ُ َ َ ْ َ
‫آن ب ِ َرأيِهِ فأصاب فقد أخطأ‬
ِ ‫من قال ِف القر‬
Maksudnya:
„Sesiapa yang berkata tentang al-Quran dengan pendapatnya sendiri lalu ia
betul, sesungguhnya ia adalah salah.‰

Larangan yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW adalah kepada


mereka yang menggunakan pandangan sendiri dalam perkara yang musykil
dan mutasyabihat dalam al-Quran. Pandangan yang dikemukakan adalah
bersifat peribadi tanpa diasaskan kepada bukti yang kukuh, tetapi hanya
disandarkan kepada zahir bahasa Arab.

Selain itu pendapat salaf al-salih juga dijadikan sandaran dalam menolak
pentafsiran dengan menggunakan ijtihad seperti kenyataan Abu Bakar
al-Siddiq yang pernah menegaskan: ‰Mana bumi untukku dan mana langit
yang sanggup melindungi-ku sekiranya aku memperkatakan tentang kitab
Allah SWT perkara yang aku tidak ketahui?‰.

Begitu juga riwayat daripada Sa`id bin al-Musayyab yang disampaikan oleh
Yazid bin Abi Yazid mengatakan: „Kami bertanya kepada Sa`id bin
Musayyab tentang halal dan haram kerana beliau adalah orang yang lebih
arif, tetapi apabila kami bertanyakan tentang tafsir ayat-ayat al-Quran dia
pun mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengarnya‰. Begitu juga
riwayat daripada Masruq mengatakan: ‰Berhati-hatilah dengan tafsir,
sesungguhnya ia diriwayatkan daripada Allah SWT.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  163

(b) Golongan Pembenar


Para ulama daripada kelompok ini berpendapat harus mentafsir al-Quran
dengan ijtihad, mereka mengemukakan hujah akli dan naqli bagi
menegakkan pendapat tersebut, antaranya:

(i) Pertama: Al-Quran sendiri menyuruh umat manusia supaya mengkaji


dan meneliti ayat-ayat Allah SWT, dalilnya ialah:

∩⊄⊆∪ !$yγä9$xø%r& A>θè=è% 4’n?tã ôΘr& šχ#u™öà)ø9$# tβρã−/y‰tGtƒ Ÿξsùr&

Maksudnya:
‰Maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta
memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci
penutup (yang menghalang mereka daripada menerima ajaran
al-Quran)?‰
(Surah Muhammad, 47:24)

Pengkajian terhadap ayat-ayat al-Quran tidak berlaku melainkan


dengan penelitian yang berasaskan kepada pemahaman, kekuatan
berfikir dan penggunaan ijtihad. Ini menunjukkan bahawa al-Quran
sendiri yang menyuruh supaya melakukan pentafsiran dengan ijtihad.
Sekiranya pentafsiran al-Quran dengan pendapat dan ijtihad tidak
diharuskan, nescaya terhalanglah ijtihad. Dengan demikian,
tergendalalah urusan umat seluruhnya, seterusnya menafikan fungsi
al-Quran sebagai penyuluh umat.

(ii) Kedua: Wujudnya perselisihan pendapat dalam kalangan Sahabat dan


tabi`in dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Ini menunjukkan
bahawa pendapat-pendapat tersebut adalah datangnya daripada
mereka dan bukannya daripada Rasulullah SAW. Oleh itu bagaimana
para Sahabat boleh bertindak sedemikian sekiranya ijtihad dan
mengeluarkan pendapat tidak dibenarkan oleh syarak? Ini sudah pasti
menunjukkan bahawa ia tidak dilarang oleh syarak.

(iii) Ketiga: Doa Rasulullah SAW untuk Ibn `Abbas.

َ ْ َّ ُ ْ ّ َ َ ّ ‫اللَّ ُه َّم َف ّق ِ ْه ُه ف‬
‫ِين وع ل ِم ه ال أ و ِيل‬
ِ ‫ال‬ ِ
Maksudnya:
‰Ya Allah, berilah kepadanya keluasan kefahaman dalam ilmu agama
dan ajarlah takwil kepadanya.‰
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
164  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

Daripada hadis ini, dapat dibuat kesimpulan, seandainya takwil atau


tafsir itu hanya terbatas kepada apa yang didengar sahaja, tentulah
tidak berfaedah dikhususkan takwil kepada Ibn `Abbas. Jadi yang
dikehendaki dengan takwil di sini adalah tafsir dengan menggunakan
ijtihad.

(iv) Mereka juga berdasarkan kepada athar yang didapati daripada


al-salaf yang menunjukkan ada keharusan dalam memberikan
pendapat sendiri, berijtihad dan beramal dengannya. Contohnya, Ali
bin Abi Talib pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya yang lain:
„Adakah Rasulullah SAW mengurniakan sesuatu secara khusus
kepada kamu?‰ Mereka menjawab: „Tidak ada di sisi kami melainkan
apa yang ada pada mashaf ini (al-Quran), juga kefahaman yang
dikurniakan kepada seseorang dalam kitabnya‰. Kenyataan ini
menggambarkan bahawa tafsiran dengan pendapat dan juga ijtihad
diharuskan oleh agama.

Namun, para mufasir yang menggunakan ijtihad haruslah berhati-hati


dalam menggunakan segala ilmu yang dimiliki untuk mentafsirkan
al-Quran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Antara
langkah yang perlu diikuti ialah:

(v) Seseorang mufasir hendaklah mencari makna al-Quran daripada


al-Quran itu sendiri. Jika dia tidak menemuinya dalam al-Quran
hendaklah dia mencarinya dalam hadis dan jika tidak ketemui juga
haruslah mencari pendapat Sahabat yang adil. Ini kerana para Sahabat
lebih mengetahui tentang suasana turunnya sesuatu ayat dan sebab
penurunannya. Namun, sebaik-baik metode yang hendak digunakan
dalam mentafsirkan al-Quran hendaklah berdasarkan penjelasan atau
pentafsiran daripada Nabi Muhammad SAW sendiri.

(vi) Jika mufasir tidak menemui makna yang dimaksudkan dalam


al-Quran, dalam hadis atau daripada pendapat-pendapat sahabat,
maka mereka boleh menggunakan pedoman-pedoman yang telah
diisyaratkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  165

9.2.3 Tokoh-tokoh Tafsir


Pelbagai karya tafsir dihasilkan oleh para ulama bermula dari zaman tabi`in
sehingga ke hari ini. Karya tafsir yang dihasilkan diolah berdasarkan minhaj
tertentu yang selari dengan aliran dan keupayaan intelektual masing-masing.
Kepelbagaian inilah yang mewarnai karya-karya yang berkaitan dengan tafsir.

Tokoh-tokoh tafsir yang memberi keutamaan kepada pendekatan al-MaÊthur


dalam karya-karya mereka didahului oleh ialah Ibn Jarir al-Tabari (m. 310H)
menerusi karyanya JamiÊ al-Bayan Âan TaÊwil Ay al-Quran, al-Imam al-Baghawi,
(m. 516H) karyanya MaÊalim aI-Tanzil, Ibn aI-Jawzi (m. 597H) karangannya Zad
al-Masir fi ÂJim al-Ta fsir, Ibn Kathir (m. 774H) kitabnya Tafsir aI-QurÊan al-ÊAzim,
al-Mawardi (m. 450H) kitabnya al-Nukat wa al-Uyun, al-Suyuti (m. 911H),
karyanya al-Durr al-Manthur fi al-Ta fsir al-MaÊthur dan lain-lain.

Manakala tokoh-tokoh tafsir yang menekankan pendekatan aI-RaÊy ialah


karangan Fakhr al-Razi (m. 606H) menghasilkan Mafatih al-Ghayb, aI-Khazin
(m. 725H) dengan karangan, Lubab al-TaÊwil fi Ma`ani al-Tanzil, al-BiqaÊie
(m. 885H) menghasilkan Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayat wa al-Suwar,
al-Baidawi (m. 791H) menghasilkan karya Anwar al-Tanzil Asrar al-TaÊwil,
al-Nasafi (m. 701H), dengan karyanya Madarik al-Tanzil wa HaqaÊiq aI-TaÊwil,
al-Nisaburi (m. 728H) dengan karya Gharaib al-Quran wa RaghaÊib al-Furqan dan
lain-lain.

Tokoh tafsir yang menghasilkan karya tafsir dengan memberikan penekanan


kepada persoalan nahu, tatabahasa Arab dan I`jaz al-Quran ialah aI-Zamakhsyari
(m. 538H) menerusi karyanya aI-Kasysyaf, Abu Hayyan (m. 745H) dengan
karyanya al-Bahr al-Muhit, Abu al-Sa`ud (m. 982H) karyanya Irsyad al-`Aql
al-Salim ila Mazaya al-Kitab al-Karim, al-Alusi (m. 1270H) dengan karya Ruh
al-Ma`ani fi Tafsir al-Quran al-`Azim wa al-Sab` al-Mathani, Sayyid Qutb
(m. 1386H) karyanya Fi Zilal al-Quran, Ibn al-`Asyur karyanya Tafsir al-Tahrir wa
al-Tanwir dan lain-lain.

Manakala karya-karya tafsir yang menyentuh persoalan ayat-ayat hukum


dihasilkan oleh tokoh-tokoh berikut: al-Qurtubi (m. 671H) menerusi karya
al-Jami` li Ahkam al-Quran, Ibn al-`Arabi dengan karya Ahkam al-Quran,
al-Jassas (m. 370H) karyanya Ahkam al-Quran, Muhammad Idris al-Syafi`i
(m. 204H) dengan karya Ahkam al-Quran, Muhammad `Ali al-Sayis dengan karya
Tafsir Ayat al-Ahkam dan lain-lain yang kesemuanya merupakan khazanah tafsir
yang amat bernilai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Jelaskan pengertian tafsir bi al-maÊthur dan terangkan sumber-


sumbernya?

2. Jelaskan bagaimana sumber-sumber al-maÊthur mentafsir


al-Quran serta kemukakan contoh-contohnya.

3. Para ulama berselisih pendapat dalam mentafsir al-Quran dengan


menggunakan akal. Huraikan persoalan tersebut dengan
mengemukakan hujah-hujah yang menyakinkan.

4. Butirkan tokoh-tokoh ulama yang menghasilkan karya dalam


bidang tafsir dan namakan karya-karya tersebut.

5. Apakah yang anda tahu tentang Madrasah tafsir di Makkah,


Madinah dan Iraq? Jelaskan.

6. Metode Tafsir bi al-RaÊy mempunyai beberapa keistimewaan dan


kelemahan. Bincang persoalan ini berdasarkan keilmuan dan
kefahaman anda.

 Nabi Muhammad SAW adalah pentafsir al-Quran dan Baginda telah


meletakkan asas dan kaedah dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran.

 Metode al-Tafsir bi al-Ma'thur adalah yang terbaik dalam mentafsir ayat-ayat


al-Quran.

 Metode al-Tafsir bi al-Ra'y wajar digunakan dengan cermat bagi memahami


kandungan al-Quran dan merungkai permasalahan semasa umat manusia.

 Menguasai disiplin ilmu al-Quran dan pelbagai disiplin ilmu lain adalah satu
keperluan untuk berinteraksi dengan Kalam Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 TAFSIR DAN PERKEMBANGANNYA  167

Akli dan naqli Syi`ah


Athar Sahabat Tabi`in
Firaq Islamiyyah Tadwin
I`jaz al-Quran Tafsir bi al-RaÊy al-Mamduh
Khawarij Tafsir bi al-RaÊy al-Madhmum
MurjiÊah Tafsir bi al-MaÊthur
Mutasyabihat Tafsir bi al-RaÊy
Mu`tazilah Tafsir mazhabi
Riwayat IsraÊiliyyat Takwil
Salaf al-salih

Al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa al-Baby


al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Manna` al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sejarah
al-Quran
10
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sejarah pengumpulan dan penulisan al-Quran di zaman
Nabi SAW;
2. Membezakan bentuk penulisan al-Quran di zaman Abu Bakar
al-Siddiq dan Uthman bin `Affan;
3. Menerangkan fakta-fakta berkenaan pembukuan al-Quran di zaman
Uthman bin `Affan; dan
4. Menyebut susunan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran secara tauqifi
seperti yang disepakati oleh para ulama.

 PENGENALAN
Kita sekarang telah sampai ke topik yang terakhir. Usaha pengumpulan al-Quran
yang dilakukan oleh tokoh sahabat mendatangkan rahmat besar kepada umat
Islam. Mereka mengambil dan mengumpulkan wahyu-wahyu yang diturunkan
oleh Allah SWT. melalui perantaraan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad
SAW melalui hafalan dan catatan. Menerusi pendekatan inilah al-Quran dapat
dipertahankan daripada penyelewengan dan kekal keasliannya sehingga ke hari
ini. Aspek-aspek inilah yang kita akan bincangkan dalam topik ini dengan
memberi tumpuan kepada pengumpulan al-Quran pada zaman Nabi Muhammad
SAW sehinggalah zaman Uthman bin `Affan, kedudukan ayat-ayat dan surah-
surah al-Quran berdasarkan pandangan para ulama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  169

10.1 PENGUMPULAN AL-QURAN


Pengumpulan al-Quran adalah merujuk kepada tindakan atau usaha mengumpul,
menyalin dan membukukannya di dalam satu mashaf. Perkataan Jam`al-Quran
membawa dua makna iaitu menghafaz dan mengingati ayat-ayat al-Quran dan ia
disebut dengan jelas oleh Allah SWT dalam al-Quran menerusi firman-Nya:

∩⊇®∪ …çμtΡ$uŠt/ $uΖøŠn=tã ¨βÎ) §ΝèO ∩⊇∇∪ …çμtΡ#u™öè% ôìÎ7¨?$$sù çμ≈tΡù&ts% #sŒÎ*sù ∩⊇∠∪ …çμtΡ#u™öè%uρ …çμyè÷Ηsd $uΖøŠn=tã ¨βÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam
dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami
telah menyempurnakan bacaannya, maka bacalah menurut bacaannya itu;
kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan
kandungannya.‰
(Surah al-Qiyamah, 75:17ă19)

Manakala Jam`al-Quran dengan maksud yang kedua adalah merujuk kepada


aktiviti mengumpulkan al-Quran dengan tersusun ayat-ayat dan surah-surah
mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dengan demikian,
al-Quran terus kekal sehingga ke hari ini dan berkekalan sehingga ke hari kiamat
tanpa perubahan seperti yang dijamin oleh Allah SWT.

Usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan
para sahabat amat bererti kepada kehidupan umat sejagat. Dasar pengumpulan
al-Quran pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar al-Siddiq dan zaman Saidina
Uthman adalah berpandukan kaedah hafalan dan tulisan, dengan tujuan untuk
menjamin keaslian al-Quran sebagai Kalam Allah SWT yang bebas daripada
sebarang penyelewengan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

10.1.1 Pengumpulan al-Quran pada Zaman


Rasulullah SAW
Pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW
adalah berlaku dalam dua bentuk. Pertama pengumpulan al-Quran dalam bentuk
hafazan dan kedua pengumpulan al-Quran dalam bentuk tulisan. Sekarang kita
akan melihat kedua-dua bentuk tersebut dengan lebih terperinci.

(a) Pengumpulan al-Quran dalam Bentuk Hafazan


Pengumpulan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW dalam bentuk hafazan
merupakan pendekatan awal yang dilakukan oleh nabi dan para sahabat.
Individu yang pertama sekali mendapat penghormatan melakukan kerja-
kerja mengumpul al-Quran dengan makna menghafaz dan mengingatinya
adalah Rasulullah SAW sendiri sebelum kerja itu dilakukan oleh orang lain.
Justeru itu, Rasulullah SAW adalah orang pertama yang menghafaz dan
mengingati al-Quran kerana bagindalah orang pertama yang menerima
wahyu tersebut.

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menghafal wahyu-wahyu


yang diturunkan. Pernah baginda ditegur lantaran mengemukakan bacaan
yang kurang wajar dan ia dicatat oleh Allah SWT. Menerusi firmanNya
dalam Surah al-Qiyamah ayat 17 hingga 19.

Bilangan sahabat yang menghafaz al-Quran pada zaman Rasulullah SAW


adalah ramai. Keadaan ini didorong oleh minat dan tumpuan mereka yang
tinggi kepada al-Quran sehingga menguasai segenap jiwa raga. Di samping
membaca dan mendengar al-Quran tadi, mereka juga sering mengulang kaji
bacaan al-Quran beramai-ramai dan menghafaznya supaya senang mereka
membacanya dalam solat fardu sama ada waktu malam atau siang, sama
ada perlahan atau kuat, mahupun di dalam hati.

Diriwayatkan daripada al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa


al-AshÊari berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
ُ ْ َ َ ْ َّ َ ُ ُ ْ َ َ ْ ُ َ ّ َ َْ َُْ َ َ ْ َ ُ ََْ ّ
‫ وأعرِف‬،‫إ ِ ِن لعرِف أصوات رفقةِ الشعرِي ِي بِالقرآ ِن حِي يدخلون بِاللي ِل‬
ََُ َ ْ ُ َ ََ ََ َْ ُ ُْ ْ ْ َّ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ ْ َُ َ َ
‫ ن كنت لم أر منازِلهم حِي نزلوا‬،‫منازِلهم مِن أصواتِهِم بِالقرآ ِن بِاللي ِل‬
َ َّ
ِ‫بِالهار‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  171

Maksudnya:
„Sesungguhnya aku mengenali suara kawan-kawan al-AshÊari pada waktu
malam apabila mereka masuk dan aku dapat mengetahui di mana letak
rumah mereka pada waktu malam sekalipun aku tidak melihat pada waktu
siang kediaman mereka itu‰.

Disebabkan kesungguhan mereka, Rasulullah SAW sendiri membantu


mereka mengulang kaji dan memberikan perangsang dan dorongan untuk
berbuat demikian. Bahkan satu penghormatan apabila Rasulullah SAW
memilih salah seorang daripada mereka untuk mengajar saudara-
saudaranya yang lain. Oleh sebab itu, apabila ada seorang yang baru datang
berhijrah ke Madinah, lantas Baginda menyerahkannya kepada seorang
sahabat untuk mengajar al-Quran.

Pernah suatu masa kedengaran suara riuh rendah para sahabat membaca
al-Quran di Masjid al-Nabawi sehingga Baginda memerintahkan mereka
supaya memperlahankan sedikit suara agar tidak tersalah baca dan
mengganggu orang lain. Antara mereka yang terbaik bacaannya telah
dihantar oleh Baginda menjadi pengajar al-Quran di kawasan-kawasan
pedalaman. Mereka termasuklah Mus`ab bin Umayr, Ibn Makhtum dan
Mu`az bin Jabal.

Bilangan para sahabat yang berkesempatan menghafaz al-Quran pada


zaman Rasulullah SAW telah mencapai angka yang tinggi. Mengikut
pendapat al-Qurtubi, bilangan para sahabat yang menghafaz al-Quran yang
mati syahid dalam peperangan Bi'r al-Ma'unah sahaja mencapai 70 orang.
Tetapi al-Bukhari dalam sahihnya telah menyebutkan beberapa riwayat
yang kalau difahami dan dikumpulkan kesemua riwayat tersebut seolah-
olah menjelaskan bahawa bilangan para sahabat yang menghafaz al-Quran
hanyalah tujuh orang. Nama ketujuh-tujuh sahabat itu dikumpulkan
melalui tiga riwayat yang berasingan.

Walau bagaimanapun para ulama telah menetapkan bahawa bukanlah


maksud riwayat-riwayat tersebut membataskan bilangan para penghafaz
kepada mereka sahaja. Riwayat ini juga tidak pula menafikan bahawa
wujudnya penghafaz-penghafaz lain selain yang disebut itu.

Al-Mawardi ketika membuat ulasan terhadap riwayat-riwayat itu berkata:


Bagaimana dapat ditentukan bahawa empat orang itu sahaja yang dapat
melengkapkan al-Quran sepenuhnya. Sedangkan para sahabat ramai
bertaburan di merata-rata tempat dan negeri pada zaman itu. Katakanlah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

hanya empat orang telah melengkapi al-Quran sepenuhnya, tetapi ini tidak
pula menafikan penglibatan beratus-ratus orang sahabat lain yang
menghafaz al-Quran.

Abu ÂUbayd dalam kitab al-Qiraat menyebutkan nama-nama qari daripada


kalangan sahabat. Daripada kalangan Muhajirin adalah empat orang
khalifah, Talhah, SaÊad, Ibn MasÊud, Huzayfah, Salim, Abu Hurayrah, Abd
Allah bin Samit, Abd Allah Ibn Abbas, Abd Allah bin Amru bin al-As, Abd
Allah bin Umar dan Abd Allah bin Zubayr, ÂAishah dan Ummu Salamah.
Daripada kalangan Ansar pula: ÂUbbadah bin al-Samit, Mu'az yang diberi
gelaran Abu Hulaymah, MajmaÊ bin Jariah, Fudalah bin Ubayd dan
Musamah bin Makhlad. Beliau juga menjelaskan bahawa sesetengah
daripada mereka itu menyempurnakan pengumpulan mereka selepas Nabi
Muhammad SAW wafat.

Al-Hafiz al-Dhahabi dalam kitabnya Tabaqat al-QurraÊ menjelaskan bahawa


bilangan penghafaz tadi hanyalah mereka yang sempat mengulang kaji
bacaan mereka di hadapan Rasulullah SAW dan yang sah sampai sanadnya
kepada kita. Tetapi mereka yang telah menghafaz al-Quran yang tidak
sampai sanad mereka kepada kita adalah terlalu ramai.

Oleh itu, dapatlah kita fahami daripada perbincangan di atas bahawa


peringkat pertama pengumpulan al-Quran berlaku pada zaman Rasulullah
SAW lagi di mana ia berpandukan kepada hafalan. Ibn al-Juzari
menegaskan bahawa salah satu keistimewaan yang telah dikurniakan oleh
Allah SWT. terhadap umat Islam adalah kerja menyalin al-Quran
berdasarkan hafalan dan tidak berdasarkan mashaf atau kitab.

(b) Pengumpulan al-Quran di dalam Bentuk Tulisan


Seterusnya kita lihat pula bentuk pengumpulan al-Quran yang kedua iaitu
pengumpulan al-Quran dalam bentuk tulisan. Pengumpulan al-Quran
dalam bentuk tulisan pula dapat dilihat apabila turunnya wahyu kepada
Nabi Muhammad SAW, baginda akan memanggil beberapa orang penulis
untuk mencatatkan segala butir tentang wahyu tersebut. Antara mereka
adalah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin `Affan, Ali
bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Sufian, Zaid bin Thabit, Ubay bin Ka'b,
Khalid bin al-Walid dan Thabit bin Qays.

Baginda memerintahkan mereka agar hanya menuliskan wahyu yang


Baginda perintahkan menulis dan melarang mereka menulis sesuatu yang
tidak diperintahkan menulisnya. Ini kerana baginda bimbang akan terjadi
sebarang percampuran ayat-ayat al-Quran dengan bukan al-Quran. Itulah
keprihatinan baginda terhadap al-Quran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  173

Sabda Baginda yang bermaksud: Adalah Rasulullah SAW apabila


dibentangkan ke atasnya suatu surah al-Quran lalu Baginda meminta para
penulis wahyu menulisnya. Maka Baginda bersabda: Tulislah surah ini pada
tempat yang disebutkan padanya begini dan begini.

Begitu juga Baginda pernah bersabda supaya menulis wahyu mengikut


arahannya dan menyuruh supaya memadam apa yang bukan al-Quran. Ini
adalah kerana pendustaan terhadapnya akan menerima balasan neraka di
akhirat. Sabda Nabi Muhammad SAW:

َ َ ُ ْ َ ْ ُْ َْ َ ّ َ َ َ َ ْ َ َ ّ َ ُُ ْ َ َ
،‫ َو َح َر َج‬،‫ َو َح ّدِثوا ع ِّن‬،‫آن فل َي ْم ُح ُه‬ ِ ‫ ومن كتب ع ِن غي القر‬،‫تكتبوا ع ِن‬
َّ َ ُ َ َ ْ َ ْ َّ َ َ َ ْ َ ً ّ َ َ ُ َّ َ َ َ َ َ ْ َ َ
ِ‫ومن كذب متع ِمدا فليتبوأ مقعده مِن الار‬
Maksudnya:
„Janganlah menulis daripada-ku selain daripada al-Quran, barang siapa
menulisnya maka hendaklah dipadamkan, ceritakan daripadaku tidak
mengapa, barang siapa melakukan pembohongan terhadapku dengan
sengaja, maka siaplah tempatnya dalam neraka.‰

Sehubungan dengan itu Nabi Muhammad SAW memerintahkan mereka


supaya menulis setiap ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya supaya ia
sama dan selaras dengan apa yang dihafaz. Zaid bin Thabit menyatakan:
„Semasa kami berada bersama-sama Rasulullah SAW kami menulis dan
menyusun al-Quran di atas kepingan kulit, daun atau kertas.‰

Riwayat di atas membayangkan kepada kita dengan jelas bagaimana bentuk


alat-alat tulisan yang terdapat pada zaman Nabi Muhammad SAW untuk
menulis wahyu. Penulis-penulis wahyu pada zaman Rasulullah SAW
menulis ayat-ayat al-Quran pada pelbagai benda seperti kepingan batu,
pelepah tamar, tulang-tulang unta atau biri-biri yang telah kering, keping-
keping kayu, kulit-kulit dan sebagainya.

Meskipun begitu, Rasulullah SAW tidak pula mengumpulkan seluruh ayat


al-Quran tersebut di dalam satu mashaf. Bahkan ayat-ayat itu bercampur
aduk dan berselerak di sana sini. Keadaan sedemikian terjadi kerana para
pembaca dan penghafaz al-Quran pada masa itu adalah ramai. Tambahan
pula Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan
tertunggu-tunggu kemungkinan turunnya wahyu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

Justeru, al-Quran pada zaman Rasulullah SAW tidak dikumpulkan


keseluruhannya dalam satu mashaf. Namun begitu, para sahabat telah
menghafaz keseluruhannya mengikut sebagaimana yang ditunjukkan
kepada mereka oleh Rasulullah SAW dan diterangkan tempat letak segala
ayat dan surah seperti yang diarahkan oleh Allah SWT. Al-Zarkashi berkata:
„Adapun sebab mengapa al-Quran tidak ditulis pada zaman Rasulullah
SAW dalam satu mashaf kerana takut terjadi perubahan terhadapnya. Oleh
sebab itu, penulisannya dilakukan agak terlewat setelah selesai turunnya
wahyu dengan wafatnya Rasulullah SAW.‰

Setelah ditulis, maka semua tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah SAW.
Catatan al-Quran yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad SAW inilah
yang menjadi rujukan utama oleh Zaid bin Thabit setelah beliau ditugaskan
supaya mengumpul al-Quran oleh Khalifah Abu Bakar dan pembukuannya
pada zaman khalifah Uthman bin `Affan.

10.1.2 Pengumpulan al-Quran pada Zaman Abu


Bakar Al-Siddiq
Saidina Abu Bakar r.a. memberi tugas pengumpulan al-Quran kepada Zaid bin
Thabit. Pada zaman Rasulullah SAW, al-Quran telah pun lengkap ditulis, tetapi
masih tidak tersusun dalam satu mashaf. Ayat-ayat dan surah-surahnya bercerai
dan tidak terkumpul. Abu Abdullah al-Muhasabi dalam kitab Fahm al-Sunan
menerangkan:

„Penulisan al-Quran bukanlah merupakan perkara baharu, kerana kerja itu telah
dilakukan pada zaman Rasulullah SAW atas perintah Baginda sendiri, yang
ditulis di kulit, tulang dan pelepah tamar, lalu Sayyidina Abu Bakar menyalin
semula dan mengumpulkan naskhah-naskhah yang berselerak itu di satu tempat
yang mengikut susunannya. Jadi seolah-olah segala kertas yang terdapat di rumah
Rasulullah SAW yang di dalamnya mengandungi ayat-ayat al-Quran berselerak
di sana sini itu dikumpulkan dan diikatkan dengan benang supaya tidak akan
hilang sesuatu daripadanya.‰

Kerja Saidina Abu Bakar mengumpulkan al-Quran itu dilakukan selepas


berlakunya peperangan Yamamah pada tahun 12H di antara orang Islam dengan
golongan murtad pengikut Musailamah al-Kazzab. Dalam peperangan tersebut,
lebih kurang 70 orang sahabat penghafal al-Quran telah gugur syahid. Perkara ini
amat mendukacitakan Saidina Umar al-Khattab. Lantas beliau menemui Saidina
Abu Bakar dan mencadangkan supaya al-Quran dikumpulkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  175

Al-Bukhari di dalam kitabnya menyebut bahawa Zaid bin Thabit berkata: „Saidina
Abu Bakar telah meminta saya menemuinya dan beliau menyatakan betapa ramai
orang Islam telah terkorban syahid dalam peperangan Yamamah. Ketika itu,
Saidina Umar ada bersamanya. Lalu Abu Bakar mengatakan Umar telah datang
menemui saya lalu berkata: peperangan Yamamah telah mengorbankan ramai
penghafaz al-Quran. Saya bimbang akan ramai lagi golongan mereka itu yang
menghafaz al-Quran gugur dan hilang. Pada pendapat saya ada baiknya kalau
engkau keluarkan perintah supaya dikumpulkan al-Quran itu. Kata Abu Bakar
kepada Umar: Bagaimana kita hendak melakukan sesuatu yang tidak dilakukan
oleh Rasulullah SAW? Jawab Umar: Demi Allah, usaha ini adalah satu perkara
yang sangat baik. Selepas itu, Saidina Umar sentiasa datang menemui saya dan
mengulangi cadangannya sehingga akhirnya Allah telah membuka hati saya
untuk menerimanya dan berpendapat seperti pendapat Umar. Zaid berkata:
Saidina Abu Bakar menyebut: Sesungguhnya engkau (Zaid) seorang pemuda
yang bijak. Kami menaruh kepercayaan penuh kepada kamu dan engkau juga
pernah menulis wahyu kepada Rasulullah SAW maka saya harap dapat kiranya
engkau mencari ayat al-Quran dan mengumpulkannya. Demi Allah, kalau tuan
menyuruh saya memindahkan salah sebuah bukit itu lebih ringan daripada
permintaan kamu supaya mengumpulkan al-Quran. Kata Zaid: Bagaimana
hendak tuan lakukan suatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW? Jawab
Abu Bakar: Demi Allah itu adalah usaha yang sangat baik. Selepas itu Abu Bakar
sentiasa mengulangi permintaannya sehingga akhirnya Allah telah memberikan
hidayah kepada-ku sebagaimana yang terjadi pada Abu Bakar dan Umar. Lalu
saya pun mulalah bekerja mendapatkan semua ayat al-Quran dan
mengumpulkannya satu persatu dari pelepah tamar dan ketul-ketul batu serta
hafalan-hafalan para sahabat. Saya menemui akhir surah at-Taubah ada bersama
Abu Khuzaimah al-Ansari. Ayat ini saya tidak ketemui pada orang lain, hanya
pada beliau seorang sahaja, iaitu ayat:

Νà6ø‹n=tæ ëȃÌym óΟšGÏΨtã $tΒ Ïμø‹n=tã ͕tã öΝà6Å¡àΡr& ô⎯ÏiΒ Ñ^θß™u‘ öΝà2u™!%y` ô‰s)s9

Ïμø‹n=tã ( uθèδ ωÎ) tμ≈s9Î) Iω ª!$# š_É<ó¡ym ö≅à)sù (#öθ©9uθs? βÎ*sù ∩⊇⊄∇∪ ÒΟŠÏm§‘ Ô∃ρâ™u‘ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$$Î/

∩⊇⊄®∪ ÉΟŠÏàyèø9$# ĸöyèø9$# >u‘ uθèδuρ ( àMù=2uθs?

Kemudian naskhah al-Quran yang dikumpulkan itu disimpan di rumah Abu


Bakar al-Siddiq sehinggalah beliau meninggal. Kemudian berpindah tangan ke
Saidina Umar sehingga meninggal dunia. Selepas itu disimpan pula oleh anaknya
Hafsah binti Umar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

Kenyataan di atas menggambarkan bahawa Saidina Abu Bakar telah berjaya


menyiapkan pengumpulan al-Quran dalam masa lebih kurang satu tahun.
Perintah beliau kepada Zaid supaya bahan untuk menjalankan kerja itu
dikeluarkan sebaik sahaja tamat peperangan Yamamah dan siap sebelum beliau
wafat. Tempoh antara peperangan Yamamah dengan kewafatan Saidina Abu
Bakar lebih kurang satu tahun. Apabila difikirkan bagaimana rumitnya usaha
mengumpulkan al-Quran dijalankan dengan menyalinnya kembali dari kepingan
daun, batu, pelepah tamar, kayu dan dapat disiapkan dalam masa yang begitu
singkat.

Tidak dapat tidak, kita terpaksa mengakui keazaman dan kegigihan yang sangat
tinggi yang ada di dalam diri para sahabat yang telah mencurahkan segenap jiwa
raga untuk keredaan Allah SWT. Saidina Abu Bakar namanya tercatat sebagai
orang pertama yang mengumpulkan al-Quran dalam satu mashaf, Saidina Umar
sebagai orang pertama yang melahirkan buah fikiran tersebut. Manakala Zaid
sebagai orang yang menjalankan dan menyempurnakan buah fikiran tersebut.

10.1.3 Pengumpulan al-Quran pada Zaman Saidina


Uthman r.a.
Pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, Zaid bin Thabit telah berjaya mengumpul
al-Quran, tetapi ia tidak disusun dalam satu mushaf, bahkan beliau hanya
mengumpul ayat tersebut semata-mata.

Para sahabat pula masing-masing mempunyai mashaf yang mempunyai susunan


yang berlainan antara satu sama lain menyebabkan timbul lagi masalah di
kalangan umat Islam. Masalahnya adalah perbezaan cara bacaan dan susunan
bacaan umat Islam kerana mereka mempelajarinya daripada pelbagai sahabat.
Masing-masing berpegang dan bertelagah dan mengatakan bahawa susunan dan
cara bacaan mereka lebih baik dan benar berbanding dengan cara bacaan yang
lain. Perkara itu semakin hangat terutama di kawasan Kufah dan Syam yang ramai
sahabat yang mengembangkan ilmu dan pengaruh mereka.

Penduduk Syam misalnya telah membaca dengan cara bacaan Ubay bin Ka`b,
penduduk Kufah pula membaca dengan cara bacaan Abdullah bin Mas`ud,
sementara selain daripada mereka membaca dengan cara bacaan Abu Musa
al-Asy`ari. Perselisihan hal tersebut hingga sampai kepada peringkat kafir-
mengkafir antara satu sama lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  177

Al-Bukhari di dalam sahihnya telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik


tentang pengaduan Huzayfah bin al-Yaman kepada Saidina Uthman r.a.
berhubung masalah ini:

Huzayfah bin al-Yaman telah menemui Saidina Uthman. Dia telah bersama-sama
orang Sham dan Iraq berperang untuk membuka negeri Armenia dan Azarbaijan.
Pada masa itu, beliau telah terperanjat dengan pertelingkahan yang berlaku
antara orang Syam dan orang Iraq tentang bacaan al-Quran. Apabila sampai ke
Madinah, beliau menyuarakan perkara tersebut kepada Saidina Uthman. Dia
berkata: Wahai Amir al-Mukminin, selamatkanlah mereka itu sebelum
pertelingkahan tentang al-Quran merebak, seperti yang telah terjadi kepada kaum
Yahudi dan Nasrani. Lantas Saidina Uthman dengan segera menghantar utusan
kepada Hafsah lalu berkata: Harap puan dapat hantarkan kepada kami naskhah
al-Quran yang tersimpan pada puan untuk kami salin menjadi beberapa naskhah
mashaf. Kemudian akan kami kembalikan semula kepada puan. Hafsah pun
menghantar naskhah al-Quran itu kepada Uthman. Saidina Uthman dengan
segera memerintahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubayr, Said bin al-ÂAs dan
Abdul-Rahman bin al-Harith bin Hisyam supaya menyalin kembali naskhah
al-Quran itu ke dalam beberapa naskhah yang lain. Mereka pun terus
melaksanakan perintah tersebut. Di samping itu, Saidina Uthman berpesan
kepada ketiga-tiga pemuda Quraish dengan katanya: Kalau timbul
pertelingkahan antara kamu bertiga dengan Zaid bin Thabit tentang sesuatu
tentang al-Quran, hendaklah kamu tulis perkara itu dengan lahjah Quraish kerana
sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan lidah Quraish. Lalu mereka pun
melaksanakan perintah itu. Apabila selesai menyalin naskhah asal, maka naskhah
itu dikembalikan semula kepada Hafsah. Kemudian, naskhah-naskhah yang
disalin itu dihantar ke seluruh negara, satu naskhah pada setiap tempat. Segala
tulisan al-Quran lain sama ada di kulit-kulit, pelepah tamar dan sebagainya atau
dalam bentuk mashaf, diperintah oleh Saidina Uthman untuk dibakarnya.

Berdasarkan riwayat di atas, kita dapat mengetahui bahawa:

(a) Pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan orang Islam tentang cara bacaan
al-Quran merupakan pendorong utama bagi Saidina Uthman bin `Affan
untuk memerintahkan ahli jawatankuasa pembukuan supaya menyalin
semula mashaf yang telah dikumpulkan pada zaman Abu Bakar al-Siddiq.

(b) Mereka mula menjalankan kerja penyalinan pada tahun 25H. Mereka
dikehendaki memastikan bahawa mashaf yang ditulis semula itu adalah
benar-benar diyakini sebagai ayat al-Quran. Ayat yang ditulis adalah
semuanya hanya dibaca ketika pembentangan terakhir Nabi Muhammad
SAW dengan Jibril sahaja selain memastikan meninggalkan ayat-ayat yang
telah dinasakhkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

(c) Kumpulan tersebut telah menggunakan mashaf yang berada dalam


simpanan Hafsah sebagai sumber utama dalam kerja mereka menyalin dan
menulis mushaf-mushaf tersebut.

(d) Al-Quran diturunkan dengan lahjah Quraish iaitu bahasa yang mesti
diutamakan untuk menulis ayat-ayat al-Quran. Sekiranya berlaku
pertelingkahan antara tiga orang pemuda Quraish dengan Zaid, maka
diutamakan lahjah Quraish. Ia tidak bertentangan dengan konsep yang
mengatakan bahawa al-Quran ditulis dengan cara menghimpunkan
ketujuh-tujuh huruf yang dengannya diturunkan al-Quran, kerana tulisan
yang digunakan itu, tanpa titik, baris dan tanda.

(e) Sejumlah enam naskhah telah disalin dari naskhah asal dan kesemuanya
telah dihantar tiap-tiap satu ke wilayah-wilayah seperti Syam, Kufah,
Basrah, Makkah, Bahrain dan Yaman. Tujuannya adalah untuk mengatasi
masalah pertelingkahan yang timbul ekoran daripada perbezaan cara
bacaan. Seterusnya Khalifah memerintahkan semua naskhah al-Quran yang
lain dibakar.

Masalah perselisihan cara membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam


turut dibincangkan oleh Ibn Jarir al-Tabari melalui riwayat Abu Qalabah
yang menyatakan pada masa pemerintahan Saidina Uthman, terdapat
seorang guru yang mengajar mengikut bacaan yang lain. Maka kadangkala
terjadi pertemuan dua orang murid daripada guru yang berlainan. Lalu
kedua-duanya bertengkar tentang bacaan masing-masing yang akhirnya
melibatkan guru-guru mereka. Sehinggakan mereka itu kafir-mengkafir
antara satu sama lain.

Kejadian itu sampai ke pengetahuan Saidina Uthman, lalu beliau


mengatakan „Sedangkan kamu sekalian yang berada dekat dengan-ku
bercakaran dan salah menyalahi antara satu sama lain, apatah lagi mereka
yang tinggal jauh daripada aku. Sudah tentu perbalahan mereka lebih
dahsyat daripada kamu. Maka wahai sekalian sahabat Nabi Muhammad
SAW, berhimpunlah kamu dan tulislah al-Quran untuk menjadi pedoman
ikutan sekalian manusia.‰

Faktor lain yang menyebabkan perbezaan ini ialah wujudnya beberapa


mushaf selain mashaf Hafsah yang masyhur dan tersebar luas dalam
kalangan masyarakat ketika itu. Kemunculan mashaf-mashaf ini berlaku
sepanjang masa bermula dari wafatnya Rasulullah SAW sehingga ke zaman
Saidina Uthman yang memerintahkan umat Islam menggunakan mashaf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  179

yang satu. Mashaf-mashaf tersebut telah banyak mempengaruhi bacaan


orang ramai. Antara yang masyhur adalah mashaf Ibn Ka'b dan mashaf
Abdullah bin Mas'ud.

Abu Abdullah al-Muhasibi menerangkan: Naskhah-naskhah mashaf yang


menjadi sumber penulisan al-Quran ada pada tangan Abu Bakar al-Siddiq
untuk dijadikan pedoman tempat rujukan yang sentiasa dalam jagaannya
sepanjang hayatnya. Begitu juga halnya pada zaman pemerintahan Saidina
Umar yang kemudiannya naskhah itu diserahkan kepada Hafsah. Apabila
keadaan pada zaman pemerintahan Uthman memerlukan bacaan al-Quran
orang ramai disatukan kepada satu bacaan yang tunggal maka pemilihan
telah jatuh kepada naskhah tadi untuk dijadikan pedoman dan rujukan bagi
usaha menyalin al-Quran kepada beberapa mashaf.

AKTIVITI 10.1

1. Bandingkan kaedah pengumpulan dan penulisan al-Quran di


zaman Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar al-Siddiq.

2. Terangkan dengan terperinci punca-punca yang menyebabkan


berlakunya pembukuan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman
bin `Affan.

10.2 AYAT, SURAH DAN SUSUNAN


AL-QURAN
Di sini, kita akan membincangkan ayat, surah dan susunan al-Quran.

10.2.1 Definisi Ayat


Sebelum kita mempelajari subtopik ini dengan lebih lanjut, mari kita lihat dahulu
definisi bagi ayat. Para pelajar sekalian, dari segi literasi ayat mempunyai
beberapa maksud iaitu al-`Ibrah yang bermaksud tanda, al-Jama`ah yang
bermaksud kumpulannya, al-Mu`jizat bermaksud mukjizat, al-Amr al-`Ajib
bermaksud perkara pelik dan al-Dalil bermaksud dalil.

Makna ayat dari segi bahasa ini mempunyai kaitan dan signifikasi yang cukup
menarik di antara makna-makna tersebut dengan al-Quran al-Karim. Ini dapat
dilihat apabila al-ayat bermaksud al-`alamah atau tanda yang membawa maksud
satu tanda potongan-potongan perkataan Kalam Allah SWT. Al-Jamaah atau
kumpulan adalah menggambarkan kumpulan huruf-huruf yang bergabung
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
180  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

menjadi satu ayat. Al-Ibrah di mana ayat al-Quran menjadi pengajaran kepada
orang yang menelitinya. Al-Mu`jizat, pasti al-Quran menjadi mukjizat kepada
nabi dan rasul bagi membenarkan risalah yang dibawanya. Manakala al-Dalil
adalah sesuatu yang amat rapat dengan al-Quran yang pasti menjadi dalil atas
kebenaran perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Menurut istilah ahli tafsir, ayat membawa maksud „beberapa jumlah atau
susunan perkataan yang mempunyai awal dan akhir yang dikira sebahagian
daripada surah‰.

10.2.2 Definisi Surah


Sekarang kita lihat pula makna atau definisi bagi surah. Surah membawa maksud
„kedudukan atau tempat yang tinggi‰. Memandangkan al-Quran itu diturunkan
dari tempat yang tinggi, maka surah-surah al-Quran itu dinamakan dengan surah.

10.2.3 Nama-nama Surah


Dalam al-Quran, terdapat pelbagai surah yang dipadankan dengan pelbagai nama
dan penamaannya adalah berdasarkan tauqifi daripada Nabi Muhammad SAW
Buktinya adalah hadis Baginda SAW yang menyebut nama-nama surah tertentu
seperti:

َّ َّ َ َ ُ ْ َ ْ َ ُ َّ َ ْ َ َ ْ ‫َم ْن َحفِ َظ َع‬


‫ات مِن أو ِل سورة ِ الكه ِف ع ِصم مِن الجا ِل‬
ٍ ‫ش آي‬
Maksudnya:
„Barang siapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada surah al-Kahfi, maka ia
akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.‰

Para ulama berbeza pendapat tentang bilangan surah dalam al-Quran. Al-Imam
al-Zarkasyi mengatakan 114 surah. Mujahid mengatakan 113 dengan
menganggap al-Anfal dan at-Taubah sebagai satu surah kerana tidak ada
Basmalah. Mengikut pandangan Ibn Mas`ud ialah 112 surah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  181

Sekiranya kita tinjau dari segi panjang dan pendek, ia dibahagikan kepada empat
bahagian (rujuk Rajah 10.1).

Rajah 10.1: Empat bahagian surah

Di bawah ini kita akan melihat secara lebih terperinci tentang setiap bahagian
surah yang dinyatakan dalam Rajah 10.1 di atas.

(a) Al-Sab`u al-Tiwal iaitu tujuh surah panjang iaitu Surah al-Baqarah,
Ali-`Imran, al-NisaÊ, al-MaÊidah, al-An`am dan al-A`raf. Ulama berselisih
pendapat tentang surah ketujuh. Ada yang mengatakan Surah al-Anfal dan
al-BaraÊah atau al-Taubah adalah satu surah kerana tidak ada basmalah
pada permulaannya. Ada pula yang mengatakan surah panjang adalah
Surah Yunus.

(b) Al-MiÊun iaitu surah yang mempunyai hampir atau lebih daripada seratus
ayat seperti Surah Hud, Surah Yusuf dan lain-lain.

(c) Al-Mathani iaitu surah yang kurang sedikit daripada seratus ayat seperti
Surah al-Anfal, Surah al-Hijr dan lain-lain.

(d) Al-Mufassal iaitu surah-surah pendek seperti Surah al-Dhuha, al-Ikhlas dan
lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

Imam al-Zarqani menambah bahawa al-Mufassal ada tiga bahagian iaitu:

(a) Tiwal ă Tiwal bermula daripada al-Hujurat hingga al-Buruj;


(b) Awsat ă Awsat pula bermula daripada al-Tariq hingga al-Bayyinah; dan
(c) Qasr ă Qasr pula bermula daripada al-Zalzalah hingga akhir al-Quran.

10.2.4 Susunan Ayat dan Surah


Al-Quran terdiri daripada ayat-ayat dan surah-surah yang mana sebahagian
daripadanya lebih panjang daripada yang lain. Susunan ayat-ayat di dalam
al-Quran adalah merupakan tauqifi daripada Rasulullah SAW.

Penyusunan ayat al-Quran secara tauqifi bermaksud menyusun semua surah dan
ayat al-Quran mengikut petunjuk dan arahan daripada Nabi Muhammad SAW
dan ini disepakati oleh semua ulama. Oleh yang demikian, segala ayat dan surah
dalam al-Quran tidak boleh diubah atau disongsangkan kedudukannya. Hal ini
dapat dibuktikan menerusi riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari daripada
Ibn Zubayr berkata:

ً َ ْ َ َ ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َّ َ َ ُ َ َّ َ َ َّ َ ْ َ َ ْ ُ ُ ْ ُ ْ َ ُّ ُ ْ َ َ
{‫ ل ِعثمان ب ِن عفان }والِين يتوفون مِنكم ويذرون أزواجا‬:‫ي قلت‬ ِ ‫ ابن الزب‬:‫قال‬
َ‫ »يا‬:‫ك ُت ُب َها؟ أَ ْو تَ َد ُع َها؟ قَ َال‬
ْ َ َ َ ْ ُ َُ ْ َ َ َْ َ َ
‫ فل ِم ت‬،‫ قد ن َسخت َها الية الخرى‬:‫[ قال‬234 :‫]القرة‬
َ
َ َ ْ ُْ ً ْ َ ُّ َ ُ َ َ َْ
ِ‫ابن أ ِخ أغ ِي شيئا مِنه مِن مكنِه‬
Maksudnya:
„Aku telah berkata kepada Uthman bahawa ayat (‫ﺝ‬ ً ‫) َﻭﺍﻟﱠﺬِﻳﻦَ ﻳُﺘ ََﻮﻓﱠ ْﻮﻥَ ِﻣ ْﻨ ُﻜ ْﻢ َﻭﻳَﺬَ ُﺭﻭﻥَ ﺃ َ ْﺯ َﻭﺍ‬
telah dimansukhkan oleh ayat yang lain. Akan tetapi mengapa engkau tuliskan
juga ayat itu atau membiarkannya? (Maksudnya: Mengapa engkau mengekalkan
tulisannya atau membiarkannya tertulis, sedangkan engkau mengetahui bahawa
ayat itu telah dimansukhkan?) Jawab Saidina Uthman: Wahai anak saudaraku,
aku tidak berani mengubah walau sedikit pun segala ayat dari tempat asalnya.‰

Di sini kita dapati Saidina Uthman tidak berani mengubah kedudukan suatu ayat
sekalipun telah dimansukhkan kerana beliau sedar bahawa tiada siapa yang
berhak meminda atau mengubah susunan ayat-ayat al-Quran, setelah ayat itu
diamanahkan oleh Jibrail kepada Rasulullah SAW dalam keadaan itu. Kemudian
Rasulullah SAW pula memerintahkan para penulis wahyu supaya mengikut
susunan itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  183

Ahmad mengeluarkan satu riwayat daripada Uthman bin Abi al-'As:

ُ‫ َجال ِسا ً إذْ َش َخ َص ب َب َصه ِ ُث َّم َص َّو َب ُه َح َّت َك َد أَ ْن يُلْزقَه‬-‫ﷺ‬- ِ َّ ‫ت عِنْ َد َر ُسول ا‬ ُ ْ‫ُكن‬
ِ ِ ِ ِ ِ
َ‫الس َ ُم فَأَ َم َرن أَ ْن أَ َضع‬
َّ ِ‫يل َعلَيْه‬ ُ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ ُ َ َ ْ َ
ِ ‫ب‬
ِ ‫ج‬ ِ ‫ان‬
ِ ‫صه ِ فقال » أت‬ ِ ‫ ثم شخص بِب‬- ‫ قال‬- ‫بِالر ِض‬
َ ْ ْ َ ْ ُ ُ ْ َ َ َّ َّ َ ُّ َ ْ ْ َ َ َ
‫ان يتاءِ ذِى‬ َ
ِ ‫الحس‬
َ
ِ ‫ضعِ مِن ه ِذه ِ السورة ِ )إِن ا يأمر بِالعد ِل و‬ ِ ‫ه ِذه ِ اليَة ب ِ َهذا ال َم ْو‬
َ َّ َ َ ُ َّ َ ُ ُ ْ َْ َ َ ْ ُْ َ َ ْ َْ َ َ ْ َ َ َ ْ ُْ
(‫غ يَ ِعظك ْم ل َعلك ْم تذك ُرون‬ ِ ‫القرب وينه ع ِن الفحشاءِ والمنك ِر وال‬
Maksudnya:
„Pada suatu hari sedang aku duduk berhampiran dengan Rasulullah SAW, tiba-
tiba Baginda mengangkat pandangannya ke atas dan menumpukannya ke suatu
arah tanpa berkelip, kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jibril telah datang
kepada-ku memerintahkan supaya meletakkan ayat ‫َﺎء‬ ِ ‫ﺎﻥ َﻭﺇِﻳﺘ‬
ِ ‫ﺴ‬ ِ ْ ‫ﻪﻠﻟﺍﺍَ ﻳَﺄ ْ ُﻣ ُﺮ ِﺑ ْﺎﻟﻌَ ْﺪ ِﻝ َﻭ‬
َ ْ‫ﺍﻹﺣ‬ ‫) ِﺇ ﱠﻥ ﱠ‬
(‫ ﺫِﻱ ْﺍﻟﻘُ ْﺮﺑَﻰ‬sehingga ke akhir ayat di tempat ini dan dalam surah ini.‰

Dalam kitab-kitab hadis, terdapat banyak riwayat yang menggambarkan


Rasulullah SAW merencanakan ayat-ayat al-Quran kepada para penulis wahyu
dan mengarahkan mereka supaya menyusun ayat-ayat itu mengikut susunan
yang telah ditentukan.

Selain itu, telah sabit riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW
telah membaca beberapa surah al-Quran dalam solat dan khutbah Jumaat
mengikut susunan ayat-ayatnya yang telah ditetapkan dan disaksikan oleh para
sahabat. Riwayat ini jelas menunjukkan bahawa tertib atau susunan ayat-ayat
al-Quran adalah mengikut petunjuk dan arahan Nabi Muhammad SAW Tidak
pernah berlaku para sahabat menyusun ayat al-Quran mengikut susunan yang
menyalahi bacaan Rasulullah SAW. Oleh itu, susunan al-Quran secara tauqifi ini
telah mencapai darjat tawatur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

10.2.5 Penyusunan Surah Secara Tauqifi


Apakah yang dimaksudkan dengan penyusunan surah secara tauqifi?
Penyusunan surah secara tauqifi bermaksud mengikut petunjuk dan arahan
daripada Rasulullah SAW. Susunannya telah pun diketahui pada zaman
Rasulullah SAW masih hidup lagi yang meliputi keseluruhan surah al-Quran.
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa susunan itu dilakukan dengan cara
lain. Oleh itu, terbatallah pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah surah
disusun secara ijtihad dan setengahnya pula secara tauqifi.

Ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat ketika menyusun mashaf untuk
kegunaan mereka sendiri itu adalah merupakan ikhtiar mereka secara peribadi
dan mereka tidak pula mewajibkan orang lain untuk mengikut susunan mereka.
Mereka juga tidak mendakwa bahawa sesiapa yang menyalahi susunan mereka
hukumnya haram. Lagipun mashaf itu mereka tulis hanya untuk kegunaan
mereka sendiri, tidak untuk orang ramai. Mereka juga menggunakan mashaf itu
secara peribadi sehinggalah kemudian umat Islam seluruhnya telah bersetuju
menerima susunan mashaf Uthman. Lalu mereka juga turut menerima mashaf
Uthman dan meninggalkan mashaf peribadi masing-masing.

Kalaulah para sahabat mempercayai masalah susunan surah itu bukan tauqifi,
tetapi taufiqi (ijtihad dan ikhtiar) nescaya mereka akan terus berpegang dengan
susunan surah sebagaimana yang terdapat di dalam mashaf mereka dan tidak
menerima susunan mashaf Uthman.

Kesimpulannya, benarlah Allah SWT yang telah menurunkan al-Quran dan


Dialah yang memeliharanya. Sehingga sekarang ini, al-Quran tetap terpelihara
dan tidak mungkin dapat dilakukan sebarang pengkhianatan terhadap al-Quran
seperti yang ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya:

∩®∪ tβθÝàÏ≈ptm: …çμs9 $¯ΡÎ)uρ tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang
memeliharanya‰.
(Surah al-Hijr, 15:9)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN  185

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Perincikan pembahagian surah-surah al-Quran dan kemukakan


contoh-contohnya.

2. Terangkan beberapa bukti yang mampu menunjukkan bahawa


penyusunan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran adalah secara
tauqifi daripada Nabi Muhammad SAW.
3. Kemukakan ayat-ayat daripada al-Quran yang memperkatakan
tentang proses kejadian manusia dan huraikan ayat-ayat tersebut
sehingga menampakkan tentang betapa al-Quran mempunyai ciri
kemukjizatan dari aspek sains.

 Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang terjamin daripada sebarang


penyelewengan. Ia dihafal oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta
dicatat, dikumpul dan akhirnya dibukukan pada zaman Uthman bin `Affan.

 Syahidnya para penghafaz al-Quran daripada kalangan sahabat dalam


peperangan al-Yamamah membawa kepada cadangan untuk mengumpulkan
al-Quran.

 Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubayr, Sa`id bin al-'As dan Abdul-Rahman bin
al-Harith bin Hisyam adalah tokoh-tokoh terbilang yang menyumbang jasa
dalam pengumpulan dan pembukuan al-Quran.

 Mushaf al-Imam yang dibukukan pada zaman Khalifah `Uthman bin Affan
dapat menyelamatkan umat Islam daripada polemik perpecahan dan
permusuhan.

 Penyusunan ayat-ayat dan surah-surah al-Quran adalah berdasarkan


ketentuan (tauqifi) daripada Nabi Muhammad SAW dan bukannya daripada
ijtihad sahabat. Justeru keasliannya kekal sehingga ke hari kiamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 10 SEJARAH AL-QURAN

Al-ayat Al-Sab`u al-Tiwal


Al-`alamah Awsat
Al-dalil Ijtihad
Al-Ibrah Mushaf al-Imam
Al-jama`ah Qasr
Al-Mathani Taufiqi
Al-MiÊun Tauqifi
Al-Mufassal Tiwal
Al-Mukjizat

Al-Zarkasyi. (1998). Al-Burhan fi Ulum al-Quran. Kaherah: Mustafa al-Baby


al-Halabi.

Jalal al-Din al-Suyuti. (1990). Al-Itqan fi `Ulum al-Quran. Kaherah: Dar


al-Risalah.

Juriah Mohd Amin. (1998). Kemukjizatan al-Quran dan Sains. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.

Manna al-Qattan. (2000). Mabahith fi `Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Kutub


al-`Ilmiyyah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like