You are on page 1of 50

TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TAHFIZ MARSAH TENTANG ADAB-ADAB SUNNAH

SEBAGAI IMAM SEBELUM SOLAT BERJEMAAH

MOHD LUQMANULHAKIM BIN MOHD FAUZI

KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA


SYARAT MEMPEROLEHI DIPLOMA TAHFIZ WAL QIRAAT

KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)

2020
PENGAKUAN

Saya Mohd Luqmanulhakim Bin Mohd Fauzi akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.

Tandatangan Pelajar Diselia oleh,

Tarikh: Ustazah Siti Intan Dahlia Binti


Mohammad Harun,

Pensyarah Kolej Pengajian Islam


Johor (MARSAH)

i
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga
saya menyempurnakan tugasan bagi kertas projek ini yang merupakan syarat kelayakan
bagi pelajar kursus Tahfiz Wal Qiraat untuk memperolehi diploma. Selawat dan salam buat
junjungan besar, Nabi Muhammad yang menjadi contoh teladan yang terbaik dari segala
aspek kepada umat Islam sejagat. Jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang
banyak berkorban harta bagi pembelajaran saya dan pada masa yang sama tidak putus
memberikan semangat kepada saya dalam menuntut ilmu amnya dan menyiapkan kertas
projek ini khasnya.

Sekalung penghargaan juga saya hadiahkan buat panel penyelia bagi kertas
projek saya iaitu Puan Siti Intan Dahlia Binti Mohammad Harun dalam menyelia dan
membimbing kajian saya sejak dari awal sehingga selesai. Tunjuk ajar beliau amat
membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Tidak ketinggalan rakan seperjuangan saya yang memberi sokongan moral dan mental
kepada saya dalam menyelesaikan kertas projek ini. Turut diingati kepada mereka yang
terlibat mahupun secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kertas projek ini.

Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Justeru, saya ingin memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan yang
terdapat di dalam kajian ini.

ii
ABSTRAK

Adab-adab sebelum solat merujuk kepada tatatertib atau perbuatan-perbuatan yang


sunnah dilakukan ketika sebelum melakukan solat. Satu kajian tinjauan dilakukan
bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap adab-adab sunnah
sebagai imam sebelum solat berjemaah. Kajian ini melibatkan seramai 17 orang
responden yang dipilih secara khusus dalam kalangan pelajar aliran Tahfiz Kolej
Pengajian Islam Johor (MARSAH). Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik
bantuan elektronik (atau dikenali sebagai Google Form) dan dianalisis menggunakan
perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS) dalam menghasilkan huraian
deskriptif bagi melihat frekuensi dan min. Hasil analisis mendapati bahawa tahap
pengetahuan pelajar mengenai adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat
berjemaah adalah pada tahap yang tinggi. Dicadangkan agar pihak berwajib
melipatgandakan usaha atau inisiatif dengan mengadakan kelas atau program
pemantapan ilmu kepada pelajar khususnya berkait rapat dengan peranan imam dalam
solat berjemaah supaya pelajar pada masa akan datang lebih berkredibiliti dan lebih
bersedia sebagai imam di mana-mana masjid atau surau.

iii
KANDUNGAN

PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
KANDUNGAN iv
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN vi
....

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN 1


1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN 2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 3
1.4 PERSOALAN KAJIAN 3
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 3
1.6 SKOP DAN LIMITASI KAJIAN 3
1.7 DEFINISI TAJUK 4

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN 6
2.2 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TAHFIZ DI JOHOR. 6
2.2.1 Sejarah Awal Institusi Tahfiz Di Johor 6
2.2.2 Perkembangan Institusi Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) 7
2.3 TEORI 8
2.3.1 Definisi Adab 8
2.3.2 Definisi Sunnah 9
2.3.3 Perkaitan Antara Adab Dan Sunnah 11
2.3.4 Definisi imam 11
2.3.5 Ciri-Ciri Orang Yang Layak Menjadi Imam Solat 11
2.4 ADAB SUNNAH SEBELUM SOLAT BERJEMAAH SEBAGAI IMAM 14
2.4.1 Memelihara kesucian diri 15
2.4.2 Bersiwak (menggosok gigi) 16
2.4.3 Datang ke masjid setelah azan dilaungkan 17

iv
2.4.4 Berjalan ke masjid dengan penuh ketenangan 18
2.4.5 Membaca doa ketika berjalan ke masjid 19
2.4.6 Mengarahkan supaya iqamat dilaungkan apabila jemaah telah ramai 19
2.4.7 Menyuruh makmum supaya menyempurnakan saf solat 20
2.4.8 Mengingatkan makmum supaya membetulkan saf 22
2.4.9 Menghadap sutrah 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN 25
3.2 REKA BENTUK KAJIAN 25
3.3 LOKASI DAN SAMPEL KAJIAN 26
3.4 INSTRUMEN KAJIAN 27
3.5 PROSEDUR KAJIAN 28
3.6 PENGANALISAN DATA 29

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN
4.2 DAPATAN KAJIAN 31
4.2.1 Data Demografi Responden 31
4.2.2 Dapatan objektif kajian 1 34
4.2.3 Dapatan objektif kajian 2 36

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 RUMUSAN 38
5.2 CADANGAN 39
5.2.1 Cadangan untuk penambahbaikan kajian 39

BIBLIOGRAFI 41

v
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

SWT Subhanahu wa ta’ala

SAW Sollahu a’laihi wasalam

r.a. Radiallahu ‘anhu

k.w. Karamallhu wajhah

no. Nombor

vi
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Di Malaysia, amalan solat berjemaah masih lagi subur di segenap tempat tidak
kira di Kawasan bandar atau pinggir bandar. Namun begitu, ada juga sesetengah jemaah
yang masih belum memahami sepenuhnya tentang adab-adab dan permasalahan
mengenai solat berjemaah1.
Permasalahan tentang solat sering melingkari masyarakat umum. Rata-rata kuliah
agama, tazkirah, ceramah, dan sebagainya, tidak dapat tidak, permasalahan solat paling
banyak dibincangkan, baik kuliah bertalaqqi kitab atau ceramah umum. Namun begitu, ada
juga segelintir masyarakat yang memandang enteng permasalahan ini. Oleh sebab terlalu
kerap dibincangkan, mereka sudah lali dan tidak lagi mengambil endah kepentingan solat.
Bagi mereka, persoalan bangsa dan negara lebih patut dititikberatkan. Inilah salah anggap
sebahagian masyarakat yang tidak menilai kepentingan solat dari sudut pandang yang
tepat.
Dalam mengimpikan sebuah negara yang bertamadun tinggi perlu bermula
dengan sebuah keluarga yang berjaya. Manakala kejayaan sebuah keluarga hanya dapat
diukur dari sudut pelaksanaan solat. Ini disebabkan pelaksanaan solat khasnya solat
berjemaah menghimpunkan iman iaitu ketua jemaah dan makmum. Semua pergerakan
imam mestilah diikuti makmum selagi imam tidak melakukan kesalahan dalam solat.
Sebagaimana hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a.:

‫ل ختتلفوا عليها‬
‫إمنا جعل اإلمام ليؤمت به ف ا‬

1Kata aluan bekas Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin bin Hj. Ahmad. Indahnya
Solat Berjemaah. Ustaz Mohd Haidzir Hussin (2016).

1
Maksudnya: “Sesungguhnya adanya imam adalah untuk diikuti, maka janganlah
kalian menyelisihnya”.2

Konsep inilah yang diterapkan oleh nabi SAW dalam kalangan para sahabat
sewaktu tiba di Madinah dengan membina masjid Quba’ yang menjadi masjid pertama
dalam Islam sebagai batu asas dalam pembentukan sebuah negara yang Berjaya.
Ketaatan makmum terhadap arahan imam dalam pelaksanaan solat dapat direalisasikan
dalam pembentukan sesebuah negara yang berjaya dan disegani3.

Sebagai pelajar yang mendalami bidang agama dalam akademik khasnya dalam
bidang hafalan Quran ataupun Tahfiz, sering dijadikan sebagai imam-imam rasmi di masjid
dan surau secara umumnya. Secara khususnya, sebagai pelajar Tahfiz Kolej Pengajian
Islam Johor (MARSAH), kerajaan johor akan melantik para pelajar ini sebagai imam di
masjid atau surau setelah menamatkan pengajian.4Sebagai imam yang dilantik secara
rasmi di masjid dan surau, perlu untuk bersedia dengan ilmu dan pengetahuan yang
berkait rapat dengan peranan imam dalam mengelola atau mengepalai solat berjemaah.

Daripada permasalahan yang telah dinyatakan di atas, menarik minat pengkaji


untuk mengangkat satu tajuk kajian yang menyentuh satu skop kecil dalam peranan imam
iaitu tahap pengetahuan pelajar tahfiz Kolej Pengajian Islam Johor MARSAH tentang
adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah.

1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Secara amnya ramai yang tahu akan adab-adab selepas solat. Akan tetapi tidak
ramai yang tahu akan adab-adab sunnah sebelum solat sebagai imam. Oleh itu kajian
perlu dilakukan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tahfiz MARSAH tentang
adab-adab sunnah sebelum solat. Hal ini penting kerana pada masa hadapan mereka
akan menjadi imam-imam di masjid atau surau.

2 Hadis Riwayat al-Bukhari (805) dan Muslim (411).


3 Kata aluan bekas AJK Fatwa Terengganu dan Pakar Syariah JAKIM, Dato’ Paduka Syeikh Muhamad
Baderudin bin Hj. Ahmad , Indahnya Solat Berjemaah, Ustaz Mohd Haidzir Hussin (2016).
4 Johor Lantik Pelajar Tahfiz Marsah Jadi Imam. Mohamad Norzaharuddin Kasimon. Artikel laman sesawang

Sinar Harian (2 Februari 2019).


.

2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tentang adab-adab sunnah


sebagai imam sebelum solat berjemaah.
ii. Mengenal pasti tahap pengamalan pelajar tentang adab-adab sunnah
sebagai imam sebelum solat berjemaah.
iii. Menyenaraikan dalil dan nas daripada hadis tentang adab-adab sunnah
sebagai imam sebelum solat berjemaah.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap pengetahuan pelajar tentang adab-adab sunnah sebagai


imam sebelum solat berjemaah?

ii. Apakah tahap pengamalan pelajar tentang adab-adab sunnah sebagai


imam sebelum solat berjemaah?

iii. Apakah dalil dan nas daripada hadis tentang adab-adab sunnah sebagai
imam sebelum solat berjemaah?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dikhususkan ke atas pelajar tahfiz MARSAH kerana pada masa akan
datang mereka bakal menjadi imam-imam di surau atau masjid. Oleh itu, bagi
memantapkan ilmu sebagai persediaan adalah sangat penting untuk mereka arif akan
perkara yang berkaitan dengan solat, dalam hal ini adab-adab sebelum solat.

1.6 SKOP DAN LIMITASI KAJIAN

3
Berdasarkan tajuk yang telah dipilih iaitu: “Tahap pengetahuan pelajar tahfiz
MARSAH tentang adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah”, maka
perbahasan hanya akan diskopkan kepada tajuk semata-mata iaitu meninjau tahap
pengetahuan pelajar tentang adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah.
Manakala, limitasi kajian ini ialah responden daripada kalangan pelajar lelaki yang
mengambil kursus Tahfiz Wal Qiraat di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) tahun
2018/2021.

1.7 DEFINISI TAJUK

Istilah-istilah berikut di nukil daripada Kamus Dewan Edisi Keempat5.

a. Mengenal pasti : Mengetahui serta menentukan, mengetahui


sehingga dapat menyatakan dengan pasti.

b. Tahap : peringkat, tingkat.

c. Pengetahuan : Ilmu, keadaan mengetahui.

d. Pelajar : Orang yang sedang belajar.

e. Tahfiz : Menghafal Al-Quran.

f. MARSAH : Markaz al-Dirasat al-Islamiah wa al-‘Arabiah bi


Wilayati Johor atau Kolej Pengajian Islam Johor6
g. Adab : Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu
situasi tertentu.

h. Sunnah : Perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh


rasulullah yang menjadi ikutan kepada umat
Islam dan mendapat pahala.

5 Kamus Dewan Edisi Keempat, (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
6 Laman sesawang portal.marsah.edu.my. Artikel Sejarah Penubuhan.

4
i. Imam : Orang yang mengetuai sembahyang berjemaah.

j. Solat : Sembahyang dalam agama Islam.

k. Berjemaah : Beramai-ramai; bersama-sama

5
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan kajian yang berkait rapat dengan
tajuk kertas projek dan juga penjelasan kerangka teori yang menjadi asas kepada kajian
yang akan dijalankan. Di samping itu, bagi mencapai objektif kajian yang ketiga (rujuk
objektif kajian), pengkaji akan menyenaraikan dalil dan nas daripada hadis tentang adab-
adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah.

Oleh itu, pengkaji membahagikan bab ini kepada sejarah dan perkembangan
pendidikan tahfiz, definisi adab, definisi sunnah, perkaitan antara adab dan sunnah,
definisi imam, ciri-ciri orang yang layak menjadi imam dan adab-adab sunnah sebagai
imam sebelum solat berjemaah.

2.2 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TAHFIZ DI JOHOR.

2.2.1 Sejarah Awal Institusi Tahfiz Di Johor.

Pada tahun 1966, pendidikan tahfiz di Malaysia telah diangkat secara


rasmi oleh kerajaan persekutuan dengan menubuhkan Kelas Pengajian
Menghafaz al-Quran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara Kuala Lumpur. Ia telah
dinaiktaraf menjadi Maahad Tahfiz wal Qiraat pada tahun 1972 seterusnya
menjadi Darul Quran pada tahun 1998 sehingga sekarang.7 Perkembangan ini
diikuti oleh kerajaan negeri Johor pada tahun 1996 dengan menubuhkan maahad
tahfiz yang diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Johor.8 9

7 Afaf Abdul Ghafor Hameed. Dr., Adel M. Abdulaziz. Dr., Mohamed Abdullahi Nur.Dr., Muhammad Mustaqim
Mohd Zarif (2003) Isu Semasa Pengajian: Quran Dan Sunnah. Siri 1, Sidang Editorial, KUIM: Fakulti
Pengajian Quran dan Sunnah.
8 Solahuddin Ismail. (2018). Sejarah Perkembangan Dan Status Terkini Pengajian Tahfiz Di Malaysia. Laman

sesawang researchgate.net.
9 Tn. Hj. Dr. Nordin Bin Ahmad (2018). Perkembangan Pendidikan Tahfiz : Darul Quran Perintis Dinamik.

Terbitan Darul Quran Jakim. Kuala Kubu Baharu, Selangor.

6
2.2.2 Perkembangan Institusi Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Pada tahun 1997, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri Johor
pada ketika itu telah mengetuai rombongan kerajaan negeri untuk memeterai
Perjanjian Persefahaman dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif dan seterusnya
menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi bagi melaksanakan program kuliah
berkembar dengan Fakulti Al-Dirasat Al-Islamiah Wal ‘Arabiah pada tahun 11
November 1997 dengan nama Pusat Pengajian Islam dengan Bahasa Arab
(MARSAH) atau “Markaz al-Dirasat al-Islamiah wa al-‘Arabiah bi Wilayati Johor”.
Nama ini telah melalui beberapa pertukaran yang akhirnya melihat kepada
pendaftaran institusi ini di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan
menggunakan nama “Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)”. 10

Bagi mengembangkan pengajiannya, MARSAH telah mengadakan


perjanjian persefahaman dengan Darul Quran pada 22 Mei 2008. 11 Langkah
kerjasama awal dengan Darul Quran telah mula dijalinkan sejak tahun 1986.
Seterusnya, MARSAH mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) dalam kesemua kursus-kursus yang dijalankan pada tahun 2011. 12

Dalam pada itu, baru-baru ini kerajaan Johor telah melantik pelajar tahfiz
lepasan MARSAH sebagai imam di masjid kariah yang terpilih di seluruh negeri ini
pada penghujung tahun 2019. Exco Hal Agama Islam dan Pendidikan,
Aminolhuda Hassan berkata, pada peringkat awal seramai 50 pelajar tahfiz yang
akan menamatkan pengajian mereka di MARSAH pada tahun ini akan
ditempatkan di setiap daerah sebagai imam muda.

Masjid kariah tersebut akan menerima sekurang-kurangnya lima imam


muda yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan boleh membantu mengimarahkan
lagi masjid dengan program kerohanian seperti kelas agama, mengaji dan bacaan
kitab. 13

10 Laman sesawang portal.marsah.edu.my. Artikel Sejarah Penubuhan.


11 Ibid.
12 Ibid.
13 Johor Lantik Pelajar Tahfiz Marsah Jadi Imam. Mohamad Norzaharuddin Kasimon. Artikel laman

sesawang Sinar Harian (2 Februari 2019).

7
2.3 TEORI

2.3.1 Definisi Adab.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat dua maksud adab yakni
tingkah laku serta tutur kata yang sopan, budi bahasa, budi pekerti yang halus,
kesopanan. Manakala maksud yang kedua ialah cara seseorang berkelakuan
dalam sesuatu situasi tertentu termasuk budi bahasa dan tingkah laku sopan. 14
Adab adalah menjaga batas antara berlebihan atau tidak serta mengetahui
bahaya jika diingkar. Keberhasilan seseorang biasanya ditentukan oleh adab yang
dimiliki. 15

Selain itu, adab menurut Rasulullah SAW adalah pendidikan tentang


kebajikan yang merupakan sebahagian daripada keimanan16. Nilai ketaatan
kepada Allah SWT dan cinta kepada Rasulullah membawa kepada pendidikan
moral. Oleh itu, seseorang yang tidak peduli akan pendidikan moral akan tidak
mampu mencapai darjat orang yang soleh17.

Islam amat menekankan pendidikan adab di kalangan umat manusia


kerana dengan adab, seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi
akhlak dan keperibadian diri. Islam menetapkan pelbagai adab seperti adab
berguru, adab menjaga orang sakit, adab menziarah jenazah dan adab-adab
dalam pergaulan seharian.18

Dengan setiap perbuatan yang berlandaskan adab dan akhlak yang baik
maka seseorang itu dapat meraih kecintaan Allah SWT.19 Adab atau kesopanan di
hadapan Allah juga telah diperintahkan secara langsung. Hal ni seperti perintah
berpakaian yang baik dan sopan ketika solat di dalam surah Al-A’raf ayat 31:

14 Kamus Dewan Edisi Keempat, (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
15 Abdullah bin Muhammad Ansari al-Harawi (2007) Manazil al-Sairin. Terbitan Dar al-Hawra’. Beirut,
Lubnan.
16 M. Abdul Mujieb, Syafi’ah, H. Ahmad Ismail M. (2009). Ensiklopedia Tasawuf Imam Al Ghazali. Terbitan

Hikmah. Jakarta Selatan.


17 Memahami Makna Adab. Agung Sasongko. Artikel laman sesawang republika.co.id (Isnin 04 Feb 2019)
18 Adab Dalam Kehidupan. Nik Hasnah Ismail. Artikel laman sesawang ikimfm.my (17 Januari 2018).
19 Ibid.

8
َ ْ َ ۡ َ ْ ُُ َ ۡ َ ‫يند ُ ل‬ ُ َ َ ْ ُ ُ َ َ َ ٓ َ َٰ َ
َ ‫ك ۡم ع‬
‫ٱۡشبُوا َوَل‬‫ج ٖد وُكوا و‬
‫ك مس ي‬‫ي‬ ‫۞يب يِن ءادم خذوا زيينت‬

ُّ ‫ت ُ ۡۡس ُف ْۚ ٓوا ْ إنَّ ُهۥ ََل ُُي‬


َ ‫يب ٱل ۡ ُم ۡۡسف‬
٣١‫يي‬ ‫ي‬ ‫ي ي‬

Terjemahannya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang


indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan
sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau;
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.20

2.3.2 Definisi Sunnah.

i. Dari sudut bahasa:


Sunnah atau as-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud jalan, kelakuan,
tabiat, keadaan masa hidup, rupa, ketetapan dan kebiasaan.21 Selain daripada itu,
sunnah dari sudut bahasa juga bermaksud disandarkan kepada sesuatu yang baik
dan yang buruk.22 Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah dalam hadith riwayat
Muslim dengan sanadnya hingga kepada Jabir Ibn 'Abdillah :

‫ َوَلا‬،‫ب لَها همثلا أَج هار َم ان َع هم َلا هِبَا‬


‫ كته َا‬،‫ فَع هم َلا هِبَاا بَع َده‬،ً‫اإلس َلهام سنَّاةً َح َسنَة‬
‫ف ه‬ ‫َم ان َس َّنا ه ا‬

‫ كته َا‬،‫ام َال هِبَا بَع َده‬


‫ب َعلَي هها‬ ‫ فَع ه‬،‫اإلس َلهام سنَّاةً سيهئَةًا‬
َ ‫ف ه‬ ‫ َوَمنا َس َّان ه ا‬،ٌ‫يَن قصا همنا أجاوهرههما َشيء‬
‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬
ٌ‫ َوَال يَن قصا منا أَوَزا هرهما َشي اء‬،‫مثلا هوازهار َمنا َعم َال ِبَا‬

Maksudnya: "Barang siapa yang memulakan dalam Islam dengan amalan


sunnah yang baik, maka diamalkan dengannya selepasnya maka ditulis baginya
pahala sebagaimana pahala orang yang melaksanakan sunnah tersebut dengan
tidak dikurangkan dari pahala mereka walau sedikit pun. Dan barang siapa yang
menunjukkan dalam Islam dengan amalan sunnah yang buruk maka lalu
diamalkan dengannya selepasnya maka ditulis ke atasnya dengan balasan dosa

20 Syeikh Abdullah Bin Muhammad Basmeih. (1972).Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-
Quran. Terbitan Darulfikir Kuala Lumpur.
21 Imam Majd al-Din al-Mubarak Ibn al-Athir. (2011). al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa'l Athar. Terbitan Dar

al-Ma'rifah. Beirut, Lubnan.


22 Ibn Manẓūr. (2005). Lisān al-'Arab. Terbitan Dar Sadir. Beirut, Lubnan.

9
sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan dari
dosa-dosa mereka sedikit pun".23

ii. Dari sudut istilah:


Dari sudut istilah pula ia mempunyai definisi yang khusus sesuai bidang
disiplin ilmu yang tertentu. Namun secara umumnya definisi sunnah itu dapat
dilihat dari tiga disiplin ilmu iaitu dalam bidang ilmu usul, ilmu hadith dan ilmu
fiqh.24

Dari sudut ilmu usul, para ulama’ ahli usul seperti imam asy-Syafi’i,
mendefinisikan al-Sunnah sebagai segala sesuatu yang ditetapkan oleh Rasul
serta tiada mempunyai sebarang ketentuan dalam al-Quran.25

Dalam bidang ilmu hadith pula, golongan ahli hadis melihat istilah al-
Sunnah sebagai apa yang dikesan dari Nabi samada dari perkataan, perbuatan,
persetujuan atau sifat kejadian baginda atau akhlak baginda ataupun yang
berkaitan sejarah beliau, samada sebelum dibangkitkan sebagai Rasul ataupun
selepas kebangkitan.26

Oleh yang demikian, ahli hadith dan ahli usul bersepakat mengatakan
bahawa sunnah adalah setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
sama ada ia berbentuk percakapan, perbuatan ataupun persetujuan daripada
Rasulullah.27

Sementara itu pula dari sudut disiplin ilmu fiqh, golongan fuqaha (ahli fiqh)
mentakrifkan al-Sunnah sebagai perkara yang telah pasti datangnya dari
Rasulullah dan yang bukan merupakan sesuatu yang wajib.28 Ulama fiqh dalam
skop perbincangan perbuatan manusia sebagai hamba Allah SWT, menakrifkan
sunnah sebagai sesuatu yang pasti dituntut (melakukan atau meninggalkannya)
melalui dalil syar’i tetapi tidak sampai kepada perintah fardu ataupun wajib. Diberi

23 (Sahih Muslim bersama Syarah al-Nawawi: juzuk 16,ms. 16, no. 1017)
24 Aminudin Basir @ Ahmad. Mohd Radzi Othman & Nik Yusri Musa. (2006). Konsep Al-Sunnah Menurut
Ahli Hadith. Laman sesawang ukm.my.
25 Dr.Muhammad Amar Adly. (2010). Terjemahan Kitab Ar-Risalah Imam Syafii. Terbitan Jasmin Enterprise.

Selangor.
26 Al-Qasimiy. Syeikh Jamaluddin. (1994). Qawaid al-Tahdith min Funun Mustalah al-Hadith. Terbitan Darun

Nafais. Beirut, Lubnan.


27 Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. (1 Jun 2020). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-503:

Pembahagian Perbuatan Nabi SAW. Laman sesawang muftiwp.gov.my.


28 Muhammad bin Ali bin Muhammad al Syaukani. (2000). Irsyadul Fuhul ila Tahqiqil Haq min Ilmil Ushul.

Terbitan Darul Fadhilah. Riyadh.

10
pahala dan tidak berdosa meninggalkannya yang juga disebut mandub atau
mustahab.29

2.3.3 Perkaitan Antara Adab Dan Sunnah

Setelah terma adab dan sunnah diperincikan oleh kajian yang lepas,
pengkaji mendefinisikan adab-adab sunnah sebagai satu cara mengikut
Rasulullah berdasarkan dalil hadith terhadap sesuatu perbuatan.

2.3.4 Definisi imam.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud imam ada dua iaitu orang
yang mengetuai sembahyang berjemaah atau pemimpin, penganjur, ketua.30
Dalam konteks ini pengkaji mengambil maksud imam yang pertama.

2.3.5 Ciri-Ciri Orang Yang Layak Menjadi Imam Solat.

Berikut merupakan susunan orang yang layak menjadi imam31:

i. Yang paling faqih (yakni yang paling mengetahui dan memahami)


hukum-hakam syariah Islam, terutamanya perkara yang berkaitan solat
seperti sah dan batalnya solat dan lain-lain.

ii. Yang paling baik bacaan al-Quran.

iii. Yang paling warak (iaitu mereka yang menjauhi syubhah).

iv. Yang paling awal berhijrah ke kerajaan Islam Madinah dan anak
cucunya atau menunaikan haji.32

v. Yang paling awal memeluk Islam.

29 Dato' Hj. Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak. (Jumaat, 27 Julai 2018). Bezakan Antara
Sunnah Dan Sunat. Laman sesawang bharian.com.my.
30 Kamus Dewan Edisi Keempat, (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
31
32 Imam Ahmed Ibn Naqib Al-Masri. (1982). Umdah al-Salik. Terbitan Dar al-Mustafa. Syria.

11
vi. Yang paling tua umurnya.33

vii. Yang mulia nasabnya atau keturunan mengikut turutan bermula


daripada bani Hashim, bani Muthalib, kemudian diikuti Quraisy,
kemudian bangsa Arab, diutamakan anak orang yang soleh dan
alim daripada yang disebutkan dari nasab.

viii. Yang paling baik keperibadian.

ix. Yang paling bersih tubuh badan dan pakaian.

x. Yang lebih bijaksana atau pandai.34

xi. Yang paling lunak suara.

xii. Yang paling baik penampilan.

xiii. Jika semua di atas sama, maka hendaklah dilakukan undi bagi
memilih siapa yang paling layak.35

Ketahuilah, ciri-ciri yang disebutkan di atas ialah untuk memilih


siapa yang lebih layak menjadi imam, jika36:

i. Di suatu tempat belum ada imam yang rasmi.

ii. Dalam jemaah semasa suatu perjalanan atau perhimpunan.

33 Ustaz Mohd Haidzir Hussin. (2016) Indahnya Solat Berjemaah, Terbitan Telaga Biru. Kuala Lumpur.
34 Ibid.
35 Ibid.
36 Ibid.

12
Jika sesebuah masjid atau tempat sudah mempunyai seorang imam yang
dibayar gaji atas tugasannya, maka dia lebih layak menjadi imam solat walaupun
pada ketika itu terdapat orang lain yang lebih alim seperti pengajar agama, ustaz
yang mengajar kelas orang dewasa atau kelas fardu ain dan sebagainya.37

Hal ini berdasarkan tiga dalil daripada hadith yang menyusun tertib kelayakan
imam solat berjemaah:-

i. Hadith riwayat Ahmad dengan sanadnya hingga kepada Abu Sa’id al-
Khudri.

‫ إهذَا َكانوا‬:‫َو َسلَّم‬ ‫اّللا َعلَي هها‬


َّ ‫صلَّى‬ ‫ول َّاه‬ ‫َعنا أهَبا َسعه ا‬
‫يد اْل اد هر ها‬
َ ‫اّلل‬ ‫ال َرس ا‬
‫قَ َا‬: ‫ال‬
‫ قَ َا‬، ‫ي‬

‫َحقُّهما هِب هإل َم َاام أَق َرؤهما‬


َ ‫ َوأ‬، ‫َحدهما‬
َ ‫ثََلثَاةً فَليَ ؤَّمهما أ‬

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a beliau telah


berkata, “Rasulullah telah bersabda, ‘Jika ada tiga orang, maka salah
seorang dalam kalangan mereka hendaklah menjadi imam, dan orang
yang paling berhak menjadi imam ialah orang yang paling mahir bacaan
al-Quran dalam kalangan mereka.’ ”38

ii. Hadith riwayat Muslim dengan sanadnya hingga kepada Abu


Mas’ud al-Anshori.

‫ت قهَراءَُت ام َس َواءاً فَليَ ؤَّمهما‬


‫اّلله َوأَق َدمه ام قهَراءَاةً فَإه ان َكانَ ا‬ ‫ي ؤُّما ال َقوَما أَق رؤه ام لهكهتَ ه‬
‫ابا َّا‬ َ َ

َّ ‫ف الهاجَرةها َس َو ااءً فَليَ ؤَّمهما أَك ََبهما هسنًّا َو الَ تَؤَّم َّان‬
‫الرج َال هفا‬ ‫أَق َدمهما ههجَراةً فَإه ان َكانوا ه ا‬

.‫ك أَوا ِبههذنههاه‬ ‫ف سلطَانههاه َو الَ ََتلهسا َعلَى تَك هرَمتههاه ه ا‬


‫ف بَيتههاه اإه الَّ أ ا‬
‫َن ََيذَ َان لَ َا‬ ‫أَاهلههاه َو الَ ه ا‬

Maksudnya: “Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang


yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setaraf dalam
bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun

37 Ustaz Mohd Haidzir Hussin. (2016) Indahnya Solat Berjemaah, Terbitan Telaga Biru. Kuala Lumpur..
38 Riwayat Muslim: Kitab Masjid-masjid no. 289-291 dan Ahmad no. 3, 24.

13
sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga
mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.”39

iii. Hadith Riwayat al-Baihaqi dengan sanadnya hingga kepada Abu Zaid al-
Anshori

‫اّلل َعلَي هاه َو َسلَّ َما‬


‫صلَّى َّا‬ ‫ َع هنا النه ها‬، ‫ب‬
َ ‫َّب‬ ‫صا هر ها‬
‫ي َوه َاو َعمرو بنا أَخطَ َا‬ ‫َعنا أه ا‬
َ ‫َب َزي اد اْلَن‬
‫ف ال هقراءاةه‬‫ه‬ ‫ه‬ ‫امهما أَق َرؤهما لهكهتَ ها‬
‫اب َّاه‬ َّ‫إهذَاا َكانوا ثََلثَاةً فَليَ ؤ‬: ‫ال‬
َ َ ‫ فَإ ان َكانوا ا‬، ‫اّلل َعَّاز َو َج َّال‬ ‫قَ َا‬
‫ف ه‬
‫الس هان َس َو ااءً فَأَح َسن هما َوج ًها‬ ‫ فَإه ان َكانوا ه ا‬، ‫َس َو ااءً فَأَك َاَبهما هسنًّا‬

Maksudnya: Daripada Abu Zaid al-Anshori, dia ialah ‘Amru bin Akhtab
r.a., daripada Nabi SAW yang bersabda, “Apabila ada tiga orang, maka
hendaklah orang yang paling mahir bacaan kitab Allah menjadi imam
kepada mereka. Jika mereka sama pada kemahiran bacaan itu, maka
seterusnya ialah orang yang paling tua, dan jika mereka sama pada umur,
maka seterusnya ialah orang yang paling cantik wajahnya.”40

Setelah perkara yang telah dinyatakan, bagi memperkasa graduan tahfiz


MARSAH yang bakal menjadi imam di masjid atau surau, mereka sangat wajar
memantapkan ilmu yang berkait rapat dengan solat. Hal ini kerana, pada solat
juga terdapat adab-adab sunnah yang tertentu sama sebelum solat, semasa
ataupun selepas solat. Pada kali ini, pengkaji akan mengkhususkan kepada adab-
adab sunnah sebelum solat sebagai imam sebelum solat berjemaah.

2.4 ADAB SUNNAH SEBELUM SOLAT BERJEMAAH SEBAGAI IMAM.

39 Riwayat Muslim: Kitab-kitab Masjid no. 290.


40 Riwayat Muslim no. 4933.

14
Terdapat 9 adab sunnah sebelum solat berjemaah sebagai imam yang dinukil
daripada buku Indahnya Solat Berjemaah.41 Ini juga akan digunakan sebagai item
dalam instrumen soal selidik yang akan diterangkan dalam bab yang seterusnya.

2.4.1 Memelihara kesucian diri.

Imam hendaklah memperelokkan kesucian dirinya daripada hadas kecil


atau hadas besar, begitu juga daripada najis. Perkara-perkara berikut termasuk
dalam perbuatan memperelok kesucian diri daripada hadas kecil iaitu:-

a. Melakukan sunat-sunat wuduk seperti:


i. Membaca basmalah.
ii. Membasuh kedua tangan hingga pergelangannya dan menyelati
jari.
iii. Berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung.
iv. Meratakan air ke seluruh kepala dengan mengusapnya.
v. Menyapu kedua telinga pada bahagian luar dan dalam.
vi. Menyelati janggut yang tebal dan jari-jari tangan dan kaki,
vii. Mendahulukan anggota yang kanan kecuali muka dan kepala.
viii. Mengulang basahan sebanyak tiga kali berturut-turut.
ix. Menghadap kiblat ketika berwuduk dan ketika membaca doa
selepas berwuduk.

b. Keluar daripada perselisihan pendapat para ulama dengan melakukan


perkara-perkara berikut:
i. Berturut-turut pada rukun wuduk
ii. Menggosok atau menyental anggota wuduk Ketika
membasuhnya.
iii. Menyapu seluruh kepala.
iv. Membasuh tangan hingga pergelangannya pada permulaan
wuduk.

41 Ustaz Mohd Haidzir Hussin. (2016) Indahnya Solat Berjemaah, Terbitan Telaga Biru. Kuala Lumpur.

15
Manakala melakukan perkara-perkara sunat mandi wajib dan sebagainya
termasuk dalam perbuatan memperelok bersuci daripada hadas besar.

2.4.2 Bersiwak (menggosok gigi).

Disunatkan sebelum solat kerana dapat membersihkan mulut dan


mendatangkan. Keredaan Allah SWT. Beriku merupakan hadis yang menjadi dalil
kepada pensyariatannya sebelum solat:

i. Hadis 1:

‫الا «لَو الَ أَنا أَش َّقا‬


َ َ‫ ق‬-‫للا عليه وسلم‬
‫صلى ا‬- ‫َّبا‬ ‫َعنا أه ا‬
‫َب هَري َراةَ َع ان النه ه‬

‫اك هعن َدا‬ ‫ َْلَمرُت ام هِب ه‬- ‫ت‬


‫لس َو ها‬ َ ‫ف َح هد ها‬
‫يث زَه اي َعلَى أ َّم ه ا‬ ‫َعلَى المؤهمنه َا‬
‫ َوه ا‬- ‫ي‬

َ ‫ك هال‬
‫صلَاة‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda, “Kalaulah tidak kerana aku membebankan ke atas orang-orang
beriman – dan dalam hadis riwayat Zuhair: ‘ke atas umatku’ – nescaya
aku perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali sebelum solat.”42

ii. Hadis 2:

‫ني أل ََم ْرُُتُْم‬‫يي‬ َ َ‫ يَْرفَعُهُ ق‬،َ‫َع ْن أيَِب ُهَريْ َرة‬


ُ ‫ " لَ ْوالَ أَ ْن أ‬:‫ال‬
َ ‫ َعلَى الْ ُم ْؤمن‬،‫َش َّق‬
" ٍ‫صالَة‬ ‫ي ي ي ي ي ي‬
. َ ‫بيتَأْخ يري الْع َشاء َويِبلس َواك عْن َد ُك يل‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. yang menyandarkannya kepada
Rasulullah SAW, Baginda bersabda, “Kalaulah tidak kerana aku
membebankan ke atas orang-orang beriman nescaya aku perintahkan

42 Riwayat Muslim: Kitab Bersuci no. 42.

16
mereka supaya melewatkan solat fardu isyak dan bersiwak setiap kali
sebelum solat.”43

2.4.3 Datang ke masjid setelah azan dilaungkan

Seelok-eloknya, imam datang ke masjid sejurus sebelum iqamat untuk


menunaikan. Ini khusus kepada imam yang tinggal di sebelah atau berhampiran
masjid. Dalil bagi perkara ini ialah hadis berikut:-

‫إه َذا أقهيم ه‬: ‫اّلله صلى للا عليه وسلم‬


‫تا‬ ‫ال َرسولا َّا‬ ‫ قَ َا‬،‫ َعنا أَبه هيه‬،َ‫َب قَتَ َادة‬
‫قَ َا‬: ‫ال‬ ‫َعنا أه ا‬
َ
‫ت تَ َروه ا‬
.‫ن َخَرجتا‬ ‫لَ تَقوموا َح َّا‬
‫الصلَةا فَ ا‬
َّ
Maksudnya: Daripada Abu Qatadah daripada bapanya beliau berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila iqamat untuk solat telah dilaungkan, maka
janganlah kamu bangun sehingga kamu melihat aku keluar (dari rumahku dan
masuk ke dalam masjid).”44
Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW yang merupakan imam
kepada orang ramai datang ke masjid setelah azan dilaungkan, bukan
sebelumnya. Selain itu, terdapat hadis lain yang boleh membantu kefahaman
terhadap perkara ini:

:‫الصالَةي‬ ٍ ‫عن َزي يد ب ين ََثبي‬


َ ْ‫ فَيإ َّن أَف‬... : ‫ قال رس صلى هللا عليه وسلم‬:‫ قال‬،‫ت‬
َّ ‫ض َل‬ ْ ْ َْ

َّ َّ‫صالَةُ الْ َم ْريء يِف بَْيتي يه إيال‬


.َ‫الصالَةَ الْ َمكْتُوبَة‬ َ

43 Riwayat Abu Daud: Kitab Bersuci no. 25.


44 Riwayat at-Tirmizi: Kitab Jumaat no. 62 dan an-Nasa’I: Kitab Azan no.42.

17
Maksudnya: Daripada Zaid bin Tsabit, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda,
‘ . . . maka, seutama-utama solat ialah solat seseorang di rumahnya kecuali solat
fardu. ’ ”45
Hadis ini pula menyatakan bahawa solat-solat sunat yang dikerjakan di
rumah adalah paling utama, bukannya solat fardu. Sebagaimana yang kita
ketahui, Rasulullah SAW tidak akan menyuruh umatnya melakukan sesuatu
melainkan Baginda telah melaksanakannya terlebih dahulu. Oleh itu, kita
membuat kesimpulan bahawa Rasulullah SAW telah menunaikan solat sunat
qabliyyah di rumahnya sebelum pergi ke masjid.

2.4.4 Berjalan ke masjid dengan penuh ketenangan

Perkara ini berdasarkan hadis:

‫إه َذا‬: ‫ال‬ ‫ َعنا اَلنه ها‬- ‫للا عنه‬


‫قَ َا‬- ‫ صلى للا عليه وسلم‬- ‫َّب‬ ‫َو َعنا أه ا‬
‫ رضى ا‬- َ‫َب هَري َراة‬

‫فَ َما‬, ‫وَلا تس هرعواا‬, ‫لس ه‬ ‫ل اَ َّ ه‬


‫َهَسعت ام اَ هإلقَ َامةاَ فَامشوا إه َا‬
َ ‫ار‬
‫اكينَاة َوال َوقَ ا‬َّ َ‫و َعلَيك ام ا‬,
َ ‫لص َلاة‬

.‫وَما فَاتَكما فَأهَِتُّوا‬,َ ‫أَد َركتما فَ َصلُّوا‬


Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Apabila engkau mendengar iqamat, maka berjalanlah ke arah solat (tempatnya).
Tetaplah kamu dengan ketenangan, tidak bergopoh-gapah, dan janganlah
tergesa-gesa. Mana-mana bahagian yang kamu dapati (bersama imam), maka
solatlah (mengikutinya), dan mana-mana yang terluput daripadamu, maka
sempurnakanlah."
Menerusi hadis ini, seseorang yang mendengar iqamat dikehendaki
berjalan ke masjid dengan tenang. Tambahan pula bagi seorang imam yang
menjadi contoh kepada jemaahnya, dia lebih dituntun untuk melakukannya.

45 Riwayat al-Bukhari: Kitab Azan no. 81, Muslim: Kitab Solat Orang-Orang Musafir no. 213, Abu Daud, at-
Tirmizi, an-Nasa’I, Malik dan Ahmad.

18
2.4.5 Membaca doa ketika berjalan ke masjid

Membaca doa Ketika berjalan ke masjid. Antara doanya adalah seperti Rasulullah
SAW, yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Azkar (terjemahan
jawi, hlm. 77).46 Beliau juga mengatakan bahawa disunatkan kepada seseorang
untuk melakukan tambahan pada doa keluar rumah apabila menuju ke masjid,
iaitu:

‫ واج َع ال ه ا‬،‫ واج َعلا هفا ََسعهي نوراًا‬،‫ َوف له َس هانا نوراًا‬،‫الله َّام اج َع لا هفا قَلب ي نوراًا‬
‫ف‬

،ً‫ واج َع ال همنا فَوقهي نورا‬،ً‫ َومن أَماَهمي نورا‬،ً‫ واج َع ال همنا َخلف هيا نورا‬،‫ي ناوراًا‬
‫ص هر ها‬
َ َ‫ب‬

ً‫ أللَّه َّام أَع هط هنا نوراا‬،ً‫ت نورا‬


‫َوهمنا ََت ه ا‬
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya pada lidahku,
jadikanlah cahaya pada dalam pendengaranku, jadikanlah cahaya pada
pandanganku, jadikanlah cahaya di belakangku, cahaya di hadapanku, jadikanlah
cahaya di atasku dan cahaya di bawahku. Ya Allah berikanlah kepadaku
cahaya.47

2.4.6 Mengarahkan supaya iqamat dilaungkan apabila jemaah telah ramai

Arahan ini diberikan kepada muazin untuk melakukannya. Tetapi,


sekiranya jemaah masih sedikit atau imam mengetahui terdapat beberapa orang
bersiap dan berwuduk , maka imam digalakkan untuk menunggu lagi.

Perlu diketahui bahawa tanggungjawab menentukan waktu iqamat


dilaungkan itu adalah tanggungjawab imam, bukannya muazin. Muazin hanya
bertanggungjawab dalam memastikan azan dilaungkan tepat pada waktunya. Dia

46 Abu Zakaria, Yahya bin Syaraf an-Nawawi. (1999). Al-Azkar. Terbitan Pustaka Nasional Private Limited.
Singapura.
47 Riwayat al-Bukhari: Kitab Doa-doa no. 9 dan Muslim: Kitab Solat Orang-Orang Musafir no. 181.

19
juga tidak boleh melakukan iqamat melainkan setelah mendapat isyarat daripada
imam berdasarkan pada hadis:

‫ صلى للا عليه وسلم‬- ‫ّلله‬


‫ال َرسولا اَ َّا‬
‫قَ َا‬: ‫الا‬
َ َ‫ ق‬- ‫للا عنه‬ ‫َو َعنا أه ا‬
‫ رض اى ا‬- َ‫َب هَري َراة‬

‫ك هِب هإلقَ َام هةا‬ ‫ اَلم َؤهذنا أَملَ ا ه ه‬-


‫و ه‬, ‫ان‬
‫اإل َماما أَملَ ا‬ َ ‫ك ِبْلَ َذ ا‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, “Rasulullah SAW
bersabda, ‘Muazin itu bertanggungjawab menentukan masuk waktu azan
sedangkan imam bertanggungjawab menentukan waktu iqamat.’ “48

2.4.7 Menyuruh makmum supaya menyempurnakan saf solat

Caranya ialah berpaling ke arah makmum sebelum mengangkat takbiratul


ihram dan menyuruh mereka mengambil perhatian mengenai beberapa perkara
seperti berikut:
i. Meluruskan saf solat.

ii. Merapatkan bahu dengan bahu.


iii. Menyeimbangkan panjang kanan dan kiri saf terutamanya pada saf
terakhir.
iv. Memenuhkan saf hadapan terlebih dahulu sebelum membina saf di
belakang.

Hal ini berdasarkan dalil:

i. Hadis 1:

48Riwayat Ibnu Addi dan beliau mendaifkannya, manakala riwayat al-Baihaqi daripada Ali k.w. daripada kata-
katanya.

20
‫اَّللي صلى هللا عليه‬ ‫ال أُقييم ي‬
َّ ‫ول‬ُ ‫الصالَةُ فَأَقْ بَ َل َعلَْي نَا َر ُس‬
َّ ‫ت‬ َ َ َ‫ ق‬،‫س‬ ٌ َ‫عن أَن‬
‫ فَيإيّن أ ََرا ُك ْم يم ْن َوَر ياء‬،‫اصوا‬
ُّ ‫ص ُفوفَ ُك ْم َوتَ َر‬
ُ ‫يموا‬
‫ي‬ َ ‫وسلم بيَو ْج يه يه فَ َق‬
ُ ‫ال " أَق‬
." ‫ظَ ْه يري‬
Maksudnya: Daripada Anas r.a. beliau berkata, “Iqamat telah dilaungkan
iaitu Rasulullah SAW menghadapkan wajahnya kepada kami lalu
bersabda, ‘Samakan dan rapatkan saf-saf kamu. Sesungguhnya aku
melihat kamu semua dari belakangku.’ ”49

ii. Hadis 2:

‫اَّللي صلى هللا عليه وسلم " َو يسطُوا ا يإل َم َام‬


َّ ‫ول‬ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫ ق‬:‫ال‬
َ َ‫ ق‬،َ‫عن أَبُو ُهَريْ َرة‬

ْ ‫َو ُس ُّدوا‬
. " ‫اْلَلَ َل‬
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, “Rasulullah SAW
bersabda, ‘Hendaklah kamu semua meletakkan imam di tengah-tengah
dan rapatkanlah ruang-ruang kosong.’ ”50

iii. Hadis 3:

‫ال " َما يِل‬


َ ‫آَن َحلَ ًقا فَ َق‬ َ َ‫ ق‬،َ‫َع ْن َجابي ير بْ ين ََسَُرة‬
َ ‫ ُُثَّ َخَر َج َعلَْي نَا فَ َر‬... :‫ال‬
‫ي‬
‫ف‬
ُّ ‫ص‬ ُ َ‫ال " أَالَ ت‬
ُ َ‫صفُّو َن َك َما ت‬ َ ‫ال ُُثَّ َخَر َج َعلَْي نَا فَ َق‬ َ ‫أ ََرا ُك ْم ع يز‬
َ َ‫ ق‬. " ‫ين‬

‫ف الْ َمالَئي َكةُ يعْن َد‬


ُّ ‫ص‬ ‫ول َّي‬َ ‫ فَ ُق ْلنَا ََي َر ُس‬. " ‫الْ َمالَئي َكةُ يعْن َد َريّبَا‬
ُ َ‫ف ت‬
َ ‫اَّلل َوَكْي‬
‫الص ي‬
."‫ف‬ َّ ‫اصو َن يِف‬
ُّ ‫وف األ َُوَل َويََََت‬
َ ‫الص ُف‬ َ َ‫َريّبَا ق‬
ُّ ‫ال " يُتي ُّمو َن‬
Maksudnya: Daripada Jabir bin Samurah r.a. beliau berkata, “ ...
kemudian Baginda SAW datang berjumpa dengan kami lalu bersabda,
‘Tidak bolehkah kamu membuat saf seperti mana para malaikat berbaris

49 Riwayat al-Bukhari: Kitab Azan no.72 dengan lafaznya dan Muslim dengan maknanya.
50 Riwayat Abu Daud: Kitab Solat no.98.

21
di sisi Tuhannya?’ Kamu pun bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanakah
cara para malaikat berbaris di sisi Tuhannya?’ Baginda bersabda, ‘Mereka
menyempurnakan barisan-barisan atau saf-saf pertama, dan merapatkan
kedudukan di dalam saf.’ ”51

2.4.8 Mengingatkan makmum supaya membetulkan saf

Imam disunatkan mengingatkan para jemaah dengan ucapan yang diriwayatkan


daripada Rasulullah SAW, antaranya ialah:

i. Ucapan 1:

‫استَ ووا؛ رمحكم هللا‬


Maksudnya: “Samakan (saf kamu), semoga Allah mengasihi kamu.”

ii. Ucapan 2:
‫الصلَاةه‬
َّ ‫ف همنا ِتام‬
‫َس ُّووا صفوفَكما فَهإ َّان تَس هويَاةَ الص ها‬
Atau

‫الصلَةها‬ ‫الصف ها‬


َّ ‫وف همنا إهقَ َام هاة‬ ُّ َ‫َس ُّووا صفوفَكما فَهإ َّان تَس هويَاة‬

Maksudnya: “Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya menyamakan


saf/saf-saf solat itu sebahagian daripada kesempurnaan/mendirikan
solat.”

Hal ini berdasarkan hadis:

i. Hadis 1:

‫اّلله صلى للا عليه وسلم ََي َسحا َمنَاكهبَ نَا‬


‫ال َكا َان َرسولا َّا‬ ‫َعنا أه ا‬
‫ قَ َا‬،‫َب َمسعود‬

‫استَ وواا َو الَ َختتَلهفاوا فَتَختَله َا‬: ‫ول‬


‫ف ق لوبكما‬ ‫الصلَاةه َويَق ا‬
َّ ‫ف‬‫ها‬
51 Riwayat Muslim: Kitab Solat no. 119.

22
Maksudnya: Daripada Abu Mas’ud r.a. beliau berkata, “Rasulullah SAW
(pernah) menyapu bau-bahu kami semasa (hendak) solat, dan Baginda
bersabda, ‘Samakanlah oleh kamu semua saf) dan janganlah berselisih
(tidak sama di antara kamu semua), maka (akan menyebabkan) hati-hati
kami semua tidak sependapat.’ ”52

ii. Hadis 2:

‫ َس ُّوواا صفوفَكما فَهإ َّنا‬: ‫الا‬ ‫ َع هان النه ها‬،‫َعنا أَنَس‬


َ َ‫َّب صلى للا عليه وسلم ق‬

. ‫الصلَاةه‬
َّ ‫ف همنا ِتام‬
‫تَس هويَاةَ الص ها‬
Maksudnya: Daripada Anas r.a. beliau berkata, “Rasulullah SAW
bersabda, ‘Samakanlah saf-saf solat kamu, sesungguhnya meluruskan
saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat.’ ”53

iii. Hadis 3:

‫الصف ها‬
‫وف همنا إهقَ َام هةا‬ ‫ َس ُّوواا صفوفَاكاما فَهإ َّان تَ ا‬:‫اية ليلبُخاري‬
ُّ َ‫س هويَاة‬ ٍ ‫يوِف رو‬

‫الصلَاةه‬
َّ
Maksudnya: dalam suatu riwayat oleh Imam al-Bukhari, “‘Samakanlah saf-
saf solat kamu, sesungguhnya meluruskan saf-saf itu adalah sebahagian
daripada mendirikan solat.”54

2.4.9 Menghadap sutrah

Disunatkan kepada orang yang menunaikan solat untuk menghadap


sutrah seperti dinding, mihrab, tiang atau sesuatu yang berukuran tidak kurang
daripada dua pertiga (2/3) hasta, manakala jarak di antara sutrah dengan tumit
pula tidak melebihi tiga hasta. Dalil bagi perkara ini ialah hadis berikut:

52 Riwayat Muslim: Kitab Solat no. 122.


53 Riwayat al-Bukhari: Kitab Azan no.74, Muslim: Kitab Solat 124, Abu Daud: Kitab Solat 93, ad-Darimi: Kitab
Solat 48 dan Ahmad 2/234
54 Ibid.

23
‫ إه َذا‬: ‫اّلله صلى للا عليه وسلم‬
‫ال َرسولا َّا‬ ‫ قَ َا‬،‫ َعنا أَبه هيه‬،َ‫وسى ب هان طَل َحة‬
‫قَ َا‬: ‫ال‬ َ ‫َعنا م‬
‫ال َمنا َمَّار َوَر ااءَ ذَله َا‬
‫ك‬ ‫ص هال َو الَ ي بَ ها‬ َّ ‫اديهاه همث َال مؤ هخَراةه‬
َ ‫الرح هال فَلي‬ َ َ‫ي ي‬
‫َحدكما بَ َا‬
َ ‫ض َاع أ‬
َ ‫َو‬
Maksudnya: Daripada Musa bin Talhah daripada bapanya beliau berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, ‘Jika salah seorang dalam kalangan kamu
meletakkan (sesuatu) seperti pelana kuda, maka solatlah dan jangan
menghiraukan sesiapa yang melintas di belakangnya.’ ”55

Semasa menghuraikan hadis ini dalam kitabnya, Syarah Shahih Muslim56,


Imam an-Nawawi menyebutkan maksud “ ‫ ” الاؤ هخَرةاه‬ialah kayu yang berada di

bahagian belakang pelana. Hadis ini menjadi dalil kepada hukum sunat bagi
seseorang untuk meletakkan sutrah (penghadang) di hadapannya.

Begitu juga hadis ini menunjukkan sekurang-kurangnya sutrah itu setinggi


bahagian belakang pelana binatang tunggangan iaitu kira-kira sama panjang
dengan tulang lengan atau lebih kurang dua pertiga hasta. Sutrah juga terhasil
dengan apa jua objek yang diletakkan di hadapan seseorang yang menunaikan
solat.

55 Riwayat Muslim: Kitab Solat no. 241, Abu Daud: Kitab Solat no. 101 dan at-Tirmizi: Kitab Solat no. 133.
56 Imam an-Nawawi. (2012) Syarah Shahih Muslim. Terbitan Darus Sunnah. Jakarta.

24
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam


melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian dijalankan,
data-data diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat. Perkara-perkara
yang disentuh dalam bab ini antaranya reka bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian,
instrumen kajian, prosedur kajian dan penganalisan data

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi
mengenal pasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan tahap
pengetahuan tentang adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah. Kajian
ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan termasuk dalam kajian
yang diklasifikasikan oleh Mohd Majid Konting (2000)57 merupakan salah satu jenis kajian
dalam penyelidikan deskriptif. Menurut Creswell (2005)58 reka bentuk kajian tinjauan
adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji
menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi.

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi tujuan mengkaji latar belakang
responden dan mengenal pasti tahap pengetahuan serta tahap pengamalan pelajar
tentang adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah. Berikut merupakan
gambar rajah bagi reka bentuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji :

57 Mohd Majid Konting 1998. “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
58 John W. Creswell 2005. “Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and

Qualitative Research”. University of Michigan. Merrill.

25
INSTRUMEN
KAJIAN

SOAL SELIDIK

BENTUK
TERBUKA

BAHAGAIN A BAHAGIAN B BAHAGIAN C


LATARBELAKANG TAHAP TAHAP
RESPONDEN PENGETAHUAN PENGAMALAN

Rajah 3.1: Reka bentuk kajian

3.3 LOKASI DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam Johor
(atau dikenali sebagai MARSAH) Jalan Heman, Kg Aman, 80350 Larkin Jaya, Johor
Bahru, Johor. Kolej ini merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang
berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dan bernaung di
bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Kolej ini terletak kira-kira 10 kilometer
dari Bandaraya Johor Bahru dan terletak di bekas kampus UITM cawangan Larkin di
Kampung Aman.

Jabatan Tahfiz adalah salah satu jabatan di bawah di Sekolah Pengajian Islam,
MARSAH. Jabatan Bahasa Arab ini menawarkan kursus-kursus umum universiti dan kini
sedang merangka untuk menawarkan program Ijazah Tahfiz Wal Qiraat dengan Kepujian.
Jabatan ini terdiri daripada 13 orang pengajar dan 3 daripadanya sedang menyambung
pengajian mereka di peringkat sarjana dan kedoktoran di dalam negara. Kursus hafazan
dan qiraat yang ditawarkan oleh jabatan ini ialah KTD 2103 (Hifz Al-Quran I), KTD 2253
(Hifz Al-Quran II), KTD 2303 (Hifz Al-Quran III), KTD 2453 (Hifz Al-Quran IV), KTD 2503
(Hifz Al-Quran V), KTD 2653 (Hifz Al-Quran VI), KTD 2263 (Qiraat Ilmi I), KTD 2313
(Qiraat Ilmi II), KTD 2463 (Qiraat Ilmi III), KTD 2323 (Qiraat Amali I) dan KTD 2523 (Qiraat
Amali II). Para pelajar yang mengikuti kursus ini terdiri daripada lelaki dan perempuan
yang datang dari seluruh Malaysia dan daripada kalangan mereka ada yang belum mula

26
menghafal Quran dan ada yang telah pun menghabis hafalan di madrasah sebelum
melanjutkan pelajaran ke MARSAH.

Pengkaji memilih MARSAH sebagai lokasi kajian atas sebab berikut :

i. Kolej tersebut melahirkan para pelajar berkelayakan diploma yang menghafal al-
Quran.
ii. Kerajaan Johor bakal melantik para pelajar lepasan aliran diploma tahfiz sebagai
imam di masjid dan surau seluruh negeri.
Responden kajian pula terdiri daripada semua pelajar lelaki aliran diploma Tahfiz
Wal Qiraat tahun 2018/2021 Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Daerah Larkin, Johor
Darul Takzim yang akan dilantik sebagai imam di masjid dan surau oleh Majlis Agama
Islam Negeri Johor (MAINJ). Mereka terdiri daripada daripada 17 orang pelajar tahun
2018/2021 dari dua buah kelas.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini akan menggunakan satu set soal selidik berbentuk terbuka sebagai
instrumen kajian (Lampiran 1). Satu set soal selidik yang terdiri daripada 22 item telah
dikemukakan kepada responden untuk dilengkapkan. Item yang digunakan dalam soal
selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

1. Bahagian A - mengandungi soal umur dan minat responden untuk menjadi imam
2. Bahagian B - mengandungi soal tahap pengetahuan tentang adab-adab sunnah
sebagai imam sebelum solat berjemaah
3. Bahagian C - mengandungi soal tahap pengamalan pelajar berkenaan adab-adab
sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah.
Soal selidik ini dibina bagi meninjau tahap tahap pengetahuan serta tahap
pengamalan pelajar tentang adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah.
Responden diberi tempoh 45 minit untuk menjawab soal selidik dan mereka mempunyai
masa yang mencukupi untuk melengkapkan borang soal selidik tersebut.

Set soalan dalam soal selidik ini terdiri dari empat item aneka pilihan dan
selebihnya digubal dengan menggunakan ‘Skala Likert’ sebagai pilihan jawapan
responden. Untuk skala likert, para responden hanya perlu menyatakan darjat persetujuan

27
mereka dengan menandakan nombor pilihan mereka berdasarkan arahan dan keterangan
skala yang dinyatakan pada awal set soal selidik.

Item-item soalan dalam bahagian tahap pengetahuan menggunakan format skor 5


skala likert, dimana skala 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 =
Setuju, 5 = Sangat Setuju digunakan untuk mengukur darjah persetujuan responden
terhadap setiap item yang terdapat dalam instrumen tahap pengetahuan tentang adab-
adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah. Bagi item-item soalan dalam
bahagian tahap pengamalan pula menggunakan format skor 5 skala likert, dimana skala 1
= Tidak pernah, 2 = Pernah sekali, 3 = Kadang-kadang, 4 = Selalu buat tapi pernah
tinggal, 5 = Sentiasa dan tidak pernah tinggal. Penggunaan skala likert ini memudahkan
responden memberikan respons mereka.

Soal selidik juga memudahkan pengkaji merekodkan data dan seterusnya


menganalisis data tersebut. Sebelum soal selidik dijalankan ke atas responden sebenar,
soal selidik tersebut telah diserahkan kepada penyelia terlebih dahulu untuk semakan.

3.5 PROSEDUR KAJIAN

Sebelum kajian dapat dijalankan, beberapa langkah awal perlu diambil antaranya
ialah mendapatkan surat sokongan dan kebenaran daripada pihak fakulti dan Dekan
fakulti. Oleh kerana pengkaji melakukan kajian ke atas para pelajar dalam kolej yang sama
dengan pengkaji, maka surat sokongan tidak diperlukan. Seterusnya, pengkaji berbincang
dengan penyelia bagi mendapat cadangan serta bantuan kerana kajian dijalankan pada
jarak jauh menggunakan khidmat atas talian sahaja melalui bantuan ”Google Form”.
Langkah seterusnya ialah memberi taklimat kepada pelajar yang terlibat tentang
pelaksanaan kajian secara atas talian melalui aplikasi ”Whatsapp”, responden juga diminta
menjawab soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji. Secara ringkasnya prosedur
pengumpulan data ialah seperti berikut:

28
Memohon kebenaran daripada
Ketua Jabatan Tahfiz

Mengadakan perbincangan
dengan penyelia kertas projek

Memilih responden, memberi


taklimat secara atas talian

Mengedar dan mengumpul soal


selidik atas talian (Goggle Form)

Proses memasukkan dan


menganalisis data

Dapatan kajian

Rajah 3.2: Prosedur kajian

3.6 PENGANALISAN DATA

Kumpulan data ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian statistik Statistic
Package for the Social Science (SPSS) versi 27.0 bagi huraian dalam bentuk frekuensi
serta min. Menurut Mohd Majid (1998)59, statistik deskriptif merupakan organisasi dan
ringkasan data yang diperolehi daripada pemprosesan data. Operasinya boleh dalam
bentuk jadual, ilustrasi dalam bentuk rajah atau graf tentang data atau maklumat.
Manakala interpretasi skor min bagi kajian ini menggunakan sumber dari Dr. Jamil Ahmad
(2002)60, pemeringkatan skala skor min seperti dalam jadual 3.1 di bawah.

59 Mohd Majid Konting 1998. “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
60 Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan Di Kalangan Guru Di Sekolah, Satu Penilaian

Tesis. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (Fakulti Pendidikan).

29
Skor Min Interpretasi Skor Min

(Kurang setuju/kurang membantu/kurang


mahir/kurang memenuhi/ tidak
1.00 hingga 2.33 Rendah
pasti/kadang-kadang/tiada/sebahagian
kecil)

(Setuju/membantu/mahir/memenuhi/
2.34 hingga 3.66 Sederhana
separuh)

(Sangat setuju/sangat membantu/sangat


3.67 hingga 5.00 Tinggi mahir/sangat memenuhi/ sangat
selalu/semua/sebahagian besar)

Jadual 3.1 : Skala Skor Min dan Interpretasi

30
BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini membentangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen
soal selidik yang dijalankan ke atas kumpulan responden yang disasarkan. Dapatan kajian
ini dianalisis dengan huraian deskriptif bagi melihat frekuensi serta min bagi setiap
bahagian dalam instrumen untuk mencapai keputusan terhadap objektif kajian yang
digariskan. Dapatan kajian ini juga dibentangkan dengan mudah dan jelas serta
dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan pemahaman serta
penghuraian yang lebih berkesan. Penyelidik menghuraikan analisis terhadap data serta
maklumat yang diperolehi melalui bentuk item instrumen yang digunakan dalam kajian ini
mengikut susunan objektif kajian seperti mana yang ditetapkan dalam bab terdahulu.
Berikut adalah bentuk item instrumen yang digunakan dalam kajian ini bagi menjawab
soalan kajian yang dikemukakan.

4.2 DAPATAN KAJIAN

Seterusnya penyelidik membentangkan dapatan kajian dengan merumuskan data


serta maklumat yang diperolehi dari kajian yang dijalankan bagi mencapai sasaran yang
ditetapkan dalam objektif kajian. Dapatan kajian dapat dibahagikan kepada tiga iaitu;-

1. Data demografi responden yang didapati daripada soal selidik bahagian A


2. Dapatan objektif kajian 1
3. Dapatan objektif kajian 2

4.2.1 Data Demografi Responden

a. Rajah berikut menunjukkan peratus bilangan responden yang di soal


selidik mengikut kelas:

31
Rajah 4.1: Peratus bilangan responden mengikut kelas

Rajah 1 menunjukkan peratus kelas bagi 17 responden yang di soal selidik di


lokasi kajian. Berdasarkan rajah 1, bilangan pelajar kelas 2 lebih banyak daripada bilangan
pelajar kelas 1 yang menuntut diploma di MARSAH pada tahun 2018/2021. Bilangan
pelajar kelas 2 sebanyak 10 orang bersamaan 58.8 peratus manakala bilangan pelajar
kelas 1 ialah sebanyak 7 orang bersamaan 41.2 peratus. Hal ini dapat dilihat bahawa
bilangan pelajar kelas kebanyakan daripadanya menduduki kelas 2 berbanding kelas 1.
Hal ini disebabkan penyusunan ditentukan sendiri oleh bahagian pengurusan pelajar
MARSAH.

b. Rajah berikut menunjukkan bilangan responden yang disoal selidik


mengikut umur:

Rajah 4.2: Bilangan responden mengikut umur

Rajah 2 menunjukkan bilangan umur bagi 17 responden daripada kedua-dua


kelas. Berdasarkan rajah 2, bilangan umur responden yang berumur 20 tahun adalah
yang paling tinggi iaitu seramai 12 orang. Hal ini kerana mereka mendaftar belajar di
MARSAH pada umur 18 ketika tahun 2018.

32
Golongan pelajar yang berumur 19 dan 21 tahun adalah kedua tertinggi dari
kalang pelajar lelaki aliran diploma Tahfiz Wal Qiraat tahun 2018/2021 iaitu seramai 4
orang. Manakala bagi pelajar yang berumur 27 tahun ialah hanya 1 orang.

c. Rajah berikut menunjukkan peratus bilangan responden yang pernah


dan tidak pernah menjadi imam secara rasmi di mana-mana masjid atau
surau:

Rajah 4.3: Bilangan peratus responden yang pernah dan


tidak pernah menjadi imam rasmi

Rajah 4.3 menunjukan peratus bilangan yang pernah dan tidak pernah menjadi
imam bagi 17 responden yang di soal selidik di lokasi kajian. Berdasarkan rajah 4.3,
bilangan peratus yang paling banyak ialah pernah menjadi imam berbanding tidak
pernah.
Bilangan pelajar yang pernah menjadi imam secara rasmi ialah seramai 9 orang
iaitu 52.9 peratus. Bagi responden yang tidak pernah menjadi imam ialah seramai 8
orang bersamaan dengan 47.1 peratus.
Pengkaji mendapati bahawa ramai daripada para pelajar yakni lebih dari separuh
yang menjadi imam ketika sedang menuntut di kolej. Para pelajar yang proaktif akan
memilih sedemikian kerana ianya merupakan sebahagian daripada latihan untuk menjadi
imam pada akan datang yakni setelah tamat pengajian di kolej.

d. Rajah berikut menunjukkan peratus bilangan responden yang berhajat


untuk menjadi imam di mana-mana masjid atau surau pada masa akan
datang:

33
Rajah 4.4: Peratus bilangan responden yang ingin menjadi imam

Rajah 4.4 menunjukan peratus bilangan yang ingin menjadi imam pada masa
akan datang bagi 17 responden yang di soal selidik di lokasi kajian. Berdasarkan rajah
4.4, majoritinya ingin menjadi imam pada masa akan datang berbanding tidak ingin.
Bilangan pelajar yang ingin menjadi imam ialah seramai 15 orang iaitu 88.2
peratus. Bagi responden yang tidak ingin menjadi imam ialah hanya seramai 2 orang
bersamaan dengan 11.8 peratus.
Pengkaji mendapati bahawa ramai daripada kalangan pelajar yang ingin menjadi
imam kerana sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar lepasan aliran diploma
tahfiz yang juga merupakan paling sesuai menjadi imam.

4.2.2 Dapatan objektif kajian 1:

“Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tentang adab-adab sunnah sebagai imam
sebelum solat berjemaah.”
Objektif kajian yang pertama adalah berkenaan pengetahuan pelajar adab-adab
sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah. Input terhadap objektif ini dicerakinkan
dari data kuantitatif soal selidik pada bahagian B yang mengandungi 9 item.

Jadual 4.1: Analisis frekuensi dan min tentang tahap pengetahuan


Frekuensi Skala Likert
Item Soalan Min
1 2 3 4 5
Memelihara kesucian diri daripada hadas kecil
1. 0 0 0 4 13 4.76
dan besar
2. Bersiwak 0 0 3 2 12 4.53
Imam datang ke masjid setelah azan dilaungkan
3. 1 1 6 4 5 3.65
sebelum iqamat
34
Berjalan menuju masjid dengan penuh
4. 2 4 4 4 3 3.12
ketenangan walaupun setelah iqamat dilaungkan

5. Membaca doa ketika menuju ke masjid 0 0 3 1 13 4.59

Imam mengarahkan supaya iqamat dilaungkan


6. 0 0 3 4 10 4.41
ketika jemaah telah ramai

Imam menyuruh makmum supaya


7. 0 0 2 2 13 4.65
menyempurnakan saf solat

Imam mengingatkan makmum supaya


8. 0 0 2 4 11 4.53
membetulkan saf
9. Imam menghadap sutrah 0 0 3 4 10 4.41

Carta histogram 4.1 di bawah ini memaparkan rumusan nilai min bagi item
pengetahuan adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah ini, secara
keseluruhannya menunjukkan interpretasi skor minnya ialah “tinggi” iaitu di antara skala
min 3.67 hingga 5.00 sebagaimana merujuk kepada sumber Dr. Jamil Ahmad (2002).
Manakala skor pada item “imam datang ke masjid setelah azan dilaungkan
sebelum iqamat” dan “berjalan menuju masjid dengan penuh ketenangan walaupun
setelah iqamat dilaungkan” menunjukkan interpretasi skor min yang “sederhana” iaitu di
antara skala min 2.34 hingga 3.66.
Ini menjelaskan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa mereka sudah arif
akan hampir keseluruhan item adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat
berjemaah. Akan tetapi responden kurang arif tentang berjalan menuju masjid perlu
dengan penuh ketenangan walaupun setelah iqamat dilaungkan dan waktu imam datang
ke masjid ialah setelah azan dilaungkan sebelum iqamat.

Histogram 4.1 : Min Item Pengetahuan Adab-Adab


Sunnah Sebagai Imam Sebelum Solat Berjemaah

6 4.76 4.53 4.59 4.41 4.65 4.53 4.41


3.65
4 3.12

0 min
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

35
4.2.3 Dapatan objektif kajian 2:

“Mengenal pasti tahap pengamalan pelajar tentang adab-adab sunnah sebagai imam
sebelum solat berjemaah.”
Objektif kajian yang kedua adalah berkenaan pengamalan pelajar adab-adab
sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah. Input terhadap objektif ini dicerakinkan
dari data kuantitatif soal selidik pada bahagian C yang mengandungi 9 item.

Frekuensi Skala Likert


Item Soalan Min
1 2 3 4 5
Memelihara kesucian diri daripada hadas kecil
1. 0 0 0 2 15 4.88
dan besar
2. Bersiwak 1 1 7 1 7 3.71
Imam datang ke masjid setelah azan dilaungkan
3. 0 2 3 5 7 4
sebelum iqamat

Berjalan menuju masjid dengan penuh


4. 2 4 3 4 4 3.24
ketenangan walaupun setelah iqamat dilaungkan

5. Membaca doa ketika menuju ke masjid 0 2 4 6 5 3.82


Imam mengarahkan supaya iqamat dilaungkan
6. 1 1 2 6 7 4
ketika jemaah telah ramai
Imam menyuruh makmum supaya
7. 0 0 2 2 13 4.65
menyempurnakan saf solat
Imam mengingatkan makmum supaya
8. 0 0 0 5 12 4.71
membetulkan saf
9. Imam menghadap sutrah 0 0 4 5 8 4.24
Jadual 4.2: Analisis frekuensi dan min tentang tahap pengamalan

Carta histogram 4.2 di bawah ini memaparkan rumusan nilai min bagi item
pengalaman adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah ini, secara
keseluruhannya menunjukkan interpretasi skor minnya ialah “tinggi” iaitu di antara skala
min 3.67 hingga 5.00 sebagaimana merujuk kepada sumber Dr. Jamil Ahmad (2002).
Hanya skor pada item “berjalan menuju masjid dengan penuh ketenangan walaupun
setelah iqamat dilaungkan” menunjukkan interpretasi skor min yang “sederhana” iaitu
3.24.
Ini menjelaskan bahawa majoriti responden mengamalkan hampir keseluruhan
item adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah. Akan tetapi responden
kurang mengamalkan berjalan menuju masjid perlu dengan penuh ketenangan oleh

36
kerana kurang arif tentang perkara tersebut. Hal ini terjadi kerana ramai di kalangan
pelajar yang berada dalam keadaan segera berbanding tenang ketika berjalan menuju
masjid walaupun setelah iqamat dilaungkan.

Histogram 4.2: Min Item Pengamalan Adab-Adab


Sunnah Sebagai Imam Sebelum Solat Berjemaah

4.88
5 4.65 4.71
4.24
4 3.82 4
3.71
4
3.24
3

0
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

37
BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 RUMUSAN

Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan adab-adab sunnah


sebagai imam sebelum solat berjemaah. Kajian ini dilakukan di Kolej Pengajian Islam
Johor (MARSAH) yang melibatkan 17 orang responden yang merupakan pelajar aliran
Tahfiz tahun 2018/2021. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai kesediaan para
pelajar yang akan menjadi imam di masjid atau surau setelah tamat pengajian.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai tahap
pengetahuan yang baik terhadap adab-adab sunnah sebagai imam sebelum solat
berjemaah. Hal ini dapat dibuktikan sebagaimana analisis yang telah dijalankan seperti
dihuraikan dalam Bab 4. Hal ini terjadi kerana sikap proaktif dan mengambil perhatian
akan ilmu tentang sunnah atau adab sebelum solat. Kesediaan telah wujud dalam
kalangan pelajar ini menyebabkan mereka arif tentang perkara yang berkait dengan adab-
adab sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah.

Seperti yang kita ketahui, ilmu tentang adab-adab sunnah sebagai imam sebelum
solat berjemaah perlu dipelajari sebagai persediaan menjadi imam setelah tamat
pengajian. Ilmu ini boleh dipelajari melalui kelas-kelas yang membincangkan persoalan
sekitar solat berjemaah atau boleh didapati pada kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i yang
masyhur. Oleh yang demikian, para pelajar perlu prihatin agar ilmu pengetahuan ini dapat
dikecapi dan difahami sebelum menjadi imam secara rasmi di mana-mana masjid atau
surau pada masa akan datang.

Seterusnya, melalui kajian ini juga, dapat kita katakan bahawa pelajar mempunyai
tahap pengamalan yang baik sebagai persediaan menjadi imam. Keputusan kajian ini
menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang sangat baik dan
amalan baik. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir responden masih lagi berada di
tahap sederhana dan lemah dalam sesetengah amalan.

38
Sehubungan dengan itu, pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam
membantu para pelajar dalam melakukan amalan yang betul. Pengetahuan yang dimiliki
oleh pelajar dapat memberi panduan dan keyakinan kepada mereka dalam menjadi imam
yang arif akan soal yang berkait dengan peranan imam ketika solat berjemaah.

5.2 CADANGAN

Dalam bab ini, pengkaji ingin mengutarakan beberapa cadangan bagi


penambahbaikan kajian serta implikasi kepada hasil kajian yang diperolehi.

5.2.1 Cadangan untuk penambahbaikan kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi syarat diploma selain daripada
untuk memberi pendedahan kepada pengkaji mengenai tahap pengetahuan adab-adab
sunnah sebagai imam sebelum solat berjemaah. Walaupun kajian itu terdapat kelemahan,
ia telah membuka minda pengkaji tentang teknik melakukan kajian yang betul. Oleh itu,
pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kajian yang
akan dilakukan di masa akan datang.

i. Melakukan kajian yang lebih terperinci iaitu melibatkan responden yang lebih
ramai menggunakan persampelan yang lebih relevan dengan kajian yang
dilakukan supaya maklumat yang diperoleh lebih tepat.

ii. Dalam mendapat keputusan kajian yang tepat, elakkan penggunaan jawapan
berbentuk dikotomi iaitu ya dan tidak. Skala dikotomi tidak dapat
menggambarkan pengetahuan dan amalan responden dengan tepat.

iii. Pengkaji mencadangkan agar pihak berwajib melipatgandakan usaha atau


inisiatif dengan mengadakan kelas atau program pemantapan ilmu kepada
pelajar khususnya berkait rapat dengan peranan imam dalam solat

39
berjemaah supaya pelajar pada masa akan datang lebih berkredibiliti dan
lebih bersedia sebagai imam di mana-mana masjid atau surau.

40
BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Muhammad Ansari al-Harawi. 2007. Manazil al-Sairin. Beirut. Dar al-Hawra’.

Abu Zakaria, Yahya bin Syaraf an-Nawawi. 1999. Al-Azkar. Singapura. Pustaka Nasional
Private Limited.

Afaf Abdul Ghafor Hameed. Dr., Adel M. Abdulaziz. Dr., Mohamed Abdullahi Nur.Dr.,
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. 2003. Isu Semasa Pengajian: Quran Dan
Sunnah. Siri 1, Sidang Editorial, KUIM: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Agung Sasongko. 2019. Memahami Makna Adab. https://republika.co.id/berita/dunia-


islam/islam-nusantara/19/02/04/pme58r313-memahami-makna-adab [8 Ogos
2020]

Al-Qasimiy. Syeikh Jamaluddin.1994. Qawaid al-Tahdith min Funun Mustalah al-Hadith.


Beirut, Lubnan. Darun Nafais.

Aminudin Basir @ Ahmad. Mohd Radzi Othman & Nik Yusri Musa. 2006. Konsep Al-
Sunnah Menurut Ahli Hadith.
http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_07_2006/aminudin_et.al_2006.pdf [6 Jun
2020]

Ibn Manẓūr. 2005. Lisān al-'Arab. Beirut, Lubnan. Dar Sadir.

Imam Ahmed Ibn Naqib Al-Masri. 1982. Umdah al-Salik. Syria. Dar al-Mustafa.

Imam an-Nawawi. 2012. Syarah Shahih Muslim. Jakarta. Darus Sunnah.

Imam Majd al-Din al-Mubarak Ibn al-Athir. 2011. al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa'l Athar.
Beirut, Lubnan. Dar al-Ma'rifah.

41
Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan Di Kalangan Guru Di Sekolah, Satu
Penilaian Tesis. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (Fakulti Pendidikan).

John W. Creswell 2005. “Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research”. University of Michigan. Merrill.

Kamus Dewan. 2010. Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

M. Abdul Mujieb, Syafi’ah, H. Ahmad Ismail M.2009. Ensiklopedia Tasawuf Imam Al


Ghazali. Jakarta Selatan. Hikmah

M. Muhsin Khan. Sahih al-Bukhari. https://sunnah.com/bukhari [10 Oktober 2020]

Mohamad Norzaharuddin Kasimon. 2019. Johor Lantik Pelajar Tahfiz Marsah Jadi Imam.
https://www.sinarharian.com.my/article/11073/EDISI/Johor/Johor-lantik-pelajar-
tahfiz-Marsah-jadi-imam [6 Jun 2020]

Mohd Haidzir Hussin. 2016. Indahnya Solat Berjemaah. Kuala Lumpur. Telaga Biru.

Mohd Majid Konting 1998. “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Muhammad bin Ali bin Muhammad al Syaukani. (2000). Irsyadul Fuhul ila Tahqiqil Haq min
Ilmil Ushul. Riyadh. Darul Fadhilah.

Muhammad Amar Adly. 2010. Terjemahan Kitab Ar-Risalah Imam Syafii. Selangor. Jasmin
Enterprise.

Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. 2020. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-503:
Pembahagian Perbuatan Nabi SAW. https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-
hadith/4530-irsyad-al-hadith-siri-ke-503-pembahagian-perbuatan-nabi-saw [8
Ogos 2020]

42
Nik Hasnah Ismail. 2018. Adab Dalam Kehidupan. https://ikimfm.my/adab-dalam-
kehidupan [6 Jun 2020]

Nordin Bin Ahmad .2018. Perkembangan Pendidikan Tahfiz : Darul Quran Perintis
Dinamik. Kuala Kubu Baharu, Selangor. Darul Quran Jakim.

Sejarah Penubuhan. http://portal.marsah.edu.my/sejarah-penubuhan [11 Julai 2020]

Solahuddin Ismail. 2018. Sejarah Perkembangan Dan Status Terkini Pengajian Tahfiz Di
Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/328730283_SEJARAH_PERKEMBANG
AN_DAN_STATUS_TERKINI_PENGAJIAN_TAHFIZ_DI_MALAYSIA [8 Ogos
2020]

Syeikh Abdullah Bin Muhammad Basmeih. 1972. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada
Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur. Darulfikir.

Zamri Bin Hashim. 2018. Bezakan Antara Sunnah Dan Sunat.


https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/07/454394/bezakan-antara-
sunnah-dan-sunat [8 Ogos 2020]

43

You might also like