You are on page 1of 57

ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2016

KOD KURSUS : EPP 422

NAMA KURSUS : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : NORLIA BINTI BUANG

NO. MATRIK : E30209130011

NAMA FASILITATOR
: DR. ZAINAL ABIDIN BIN HJ. MASLEH
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN : AeU KUCHING, SARAWAK.


ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

KANDUNGAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN i
TAJUK ii
ABSTRAK iii-iv

Bab 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Penyataan Masalah Kajian 9
1.2 Soalan Penyelidikan atau Kajian 10
1.3 Objektif Penyelidikan atau Kajian 10
1.4 Signifikan Penyelidikan atau Kajian 11
1.5 Limitasi Penyelidikan atau Kajian 12
1.6 Rumusan 13

Bab 2 TINJAUAN LITERATUR


2.0 Pengenalan 15

2.1 Literatur Berkaitan 15

2.2 Kajian-kajian Lepas 16

2.2.1 Kajian-kajian Luar Negara 16

2.2.2 Kajian-kajian Tempatan 18

2.3 Rumusan 21

Bab 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN


3.0 Pengenalan 22

3.1 Latar Belakang Penyelidikan atau Kajian 22

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan atau Kajian 23

3.3 Sampel Penyelidikan atau Kajian 23

3.4 Instrumen penyelidikan atau Kajian 23

3.4.1 Ujian Diagnostik 24

3.4.2 Soal Selidik 24

3.4.3 Pemerhatian 24
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

3.5 Prosedur Pengumpulan Data 25


3.6 Analisis Data 25
3.7 Rumusan 26

Bab 4 ANALISIS DATA


4.0 Pengenalan 28
4.1 Profil Sampel Penyelidikan atau kajian 28
4.2 Dapatan Penyelidikan atau Kajian 29
4.3.1 Analisis Ujian Diagnostik murid Pemulihan 29
4.3.2 Dapatan Hasil Soal Selidik 33
4.3.3 Analisis Data Pemerhatian 35
4.4 Rumusan 37

Bab 5 PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan 39

5.1 Pelaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah 41

5.2 Rumusan 43

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 44

5.4 Penutup 45

Rujukan 47
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala kebesaran dan kasih sayang Allah yang
telah mengurniakan segala nikmat dan kekuasaannya kepada hambaNya sehingga ada peluang,
ruang dan kesempatan serta kekuatan kepada diri saya untuk menyiapkan penulisan tugasan kursus
untuk ERC 431 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1 bagi melengkapkan Kursus
Semester Mei 2016 di bawah Program PGSR (Sarjana Muda Pendidikan) ambilan Oktober 2013
KOHOT 4.
Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada:

Pensyarah saya, Dr. Zainal Abidin Bin Hj. Masleh, yang banyak mendorong, membantu dan
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Segala jasa baik tuan amatlah dihargai dan
mudahan Allah membalas segala jasa baik serta ilmu yang telah dikongsikan.

Juga jutaan terima kasih kepada semua pentadbir, rakan-rakan guru dan staf Sekolah Kebaangsaan
Sri Aman, Sri Aman dan juga kepada semua sahabat sekuliah yang banyak membantu saya secara
langsung dan tidak langsung dalam memberikan pendapat, buah fikiran dan sokongan yang tidak
putus-putus.

Akhir sekali kepada suami dan anak-anak serta semua ahli keluarga yang amat menyayangi dan
memahami cita-cita dan perjuangan saya.

Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kita semua. Amin.


Terima kasih..
Norlia Buang

NORLIA BINTI BUANG


E30209130011
PGSR
KOHOT4C
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

PENGGUNAAN KAEDAH FONIK BAGI MEMBANTU KEMAHIRAN

MEMBACA BAHASA MELAYU MURID DISLEKSIA TAHAP SATU

SEKOLAH RENDAH

NORLIA BINTI BUANG

E30209130011

PGSR
KOHOT4C
AeU KUCHING

2016
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti implikasi murid disleksia yang mengalami
masalah menguasai kemahiran membaca yang belajar di dalam aliran perdana bersama murid-murid
normal. Disleksia dalam aspek bacaan memang wujud tetapi ramai guru bahasa yang tidak
menyedari hal ini kerana kekurangan pengetahuan. Oleh itu, murid-murid disleksia dimasukkan ke
dalam kelas biasa dan terpaksa bersaing dengan murid-murid yang normal dalam semua aspek
pembelajaran bahasa. Akibatnya, murid-murid disleksia mendapat markah. yang lebih rendah
daripada murid-murid normal dan mereka dianggap sebagai murid-murid lembab. Faktor ini
mendorong pengkaji membuat penyelidikan tentang disleksia di kalangan murid LINUS. Oleh sebab
skop disleksia terlalu luas, maka pengkaji hanya memilih satu aspek, iaitu bacaan dengan harapan
dapat mengembangkan ilmu pengetahuan yang baru dalam pembelajaran bahasa murid-murid
disleksia. Pengkaji menjalankan kajian di salah sebuah sekolah rendah di bahagian Sri Aman,
Sarawak. Sampel kajian terdiri daripada dua murid Melayu tahap satu yang dalam kategori murid
LINUS setelah mendapat pendidikan selama tiga tahun. Kaedah kajian yang digunakan terdiri
daripada ujian diagnostik, soal selidik dan pemerhatian. Dapatan kajian daripada aspek bacaan
Bahasa Melayu murid-murid Melayu tahap satu menunjukkan memang terdapat murid yang
mengalami disleksia dalam kelas biasa. Selepas pengkaji membuat ujian diagnostik, murid disleksia
ini boleh dikategorikan sebagai disleksia visual atau disleksia auditori. Konsep pembelajaran bahasa
murid disleksia visual didapati berlainan dengan konsep pembelajaran murid disleksia auditori.
Murid disleksia visual tidak dapat belajar melalui gambaran pandang kerana mereka sukar untuk
mengekalkan imej sesuatu perkataan yang lengkap. Mereka perlu diberikan pendekatan yang
berbentuk fonetik dalam pengajaran bacaan. Murid disleksia auditori mengalami masalah dalam
pengamatan pendengaran. Oleh itu, mereka lemah dari segi tanggapan dan ingatan. Mereka tidak
dapat menguasai kemahiran yang diperlukan untuk latihan analisis fonetik dengan
mendiskriminasikan bunyi huruf dengan perkataan yang sarna. Mereka perlu diberikan pendekatan
bentuk visual dalam pengajaran bacaan. Pengkaji juga telah mengenal pasti pendekatan dan aktiviti
yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan murid disleksia. Murid
disleksia visual sesuai diberikan latihan mengenal perkataan, meneliti pemerincian, mengenal
orientasi abjad, gambaran urutan abjad dalam perkataan, dan mempercepatkan kadar diskriminasi
perkataan. Murid disleksia auditori sesuai diberikan latihan kesejajaran auditori-visual, pilihan
perkataan yang bermakna, kaitan simbol bertulis dengan pengalaman, pengenalan frasa dan ayat
yang asas, dan cerita berasaskan pengalaman bahasa.
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

BAB 1
1.0. Pengenalan

Pendidikan literasi Bahasa Melayu semakin dipandang sebagai satu mata pelajaran
yang amat penting di sekolah, selaras dengan strategi kerajaan dalam bidang Keberhasilan
Utama Nasional (NKRA) adalah untuk melahirkan generasi yang celik huruf dan maju ke
hadapan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dalam memberi
pendidikan literasi sejak dari peringkat awal kanak-kanak. Keupayaan manusia dalam
menuntut ilmu bakal mengubah corak kehidupan masyarakat (Mahzan Arshad, 2008).
Kesinambungan daripada lonjakan paradigma terhadap penguasaan keupayaan membaca
dalam Bahasa Melayu dapat membuka jalan dan peluang yang lebih luas kepada anak bangsa
dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di peringkat sekolah. Justeru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil insiatif bijak dalam memartabatkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memastikan semua murid di Malaysia
mendapat pendedahan awal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis sejak dari
peringkat awal kanak-kanak lagi. Bermula dari Tahun 2010, bidang Keberhasilan Utama
Nasional (NKRA) telah menetapkan sasaran semua murid berkeupayaan untuk menguasai aras
literasi dan numerasi kecuali berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah sebelum berakhir tahun 2012. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan
untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi
dan numerasi.

Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan satu program
pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Ia telah memberi
peluang yang lebih luas kepada murid-murid di sekolah rendah yang agak ketinggalan dalam
penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. LINUS yang bermaksud Literacy and
Numeracy Screening merupakan satu program pemulihan yang direkabentuk untuk
memastikan murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi dapat mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada tiga tahun
awal persekolahan. Kajian ini hanya menumpukan kepada kemahiran asas literasi iaitu
keupayaan untuk membaca dan memahami perkataan, ayat mudah dan sukar dalam Bahasa
Melayu dan dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi
harian. Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan memulihkan
kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang tidak berupaya membaca ini

1
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

tidak ketinggalan dalam menguasai pembelajaran secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal
Dirin, Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17
pada 19 Oktober 2011, terdapat beberapa faktor biasa yang menyebabkan murid ketinggalan
dalam pembelajaran ialah latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geografi,
sikap dan aspirasi. Oleh itu, guru sebagai penggerak utama program ini harus mempunyai
sikap dan aspirasi yang cemerlang, bersemangat dan kredibiliti yang tinggi sepanjang
pengajarandan pembelajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru dan
Modul Murid. Di antara prinsip-prinsip modul pengajaran dalam LINUS adalah ansur maju,
didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah, latihan interaktif dan belajar
sambil bermain. Manakala senarai kemahiran literasi yang perlu dikuasai oleh murid ialah
membaca dan menulis huruf, membaca suku kata, membina dan menulis suku kata, membaca
perkataan, membaca dan menulis perkataan, membaca rangkai kata, membina dan menulis
rangkai kata, membaca ayat, membina dan menulis ayat tunggal.Selain daripada itu, proses
pengajaran dan pembelajaran bukanlah hanya menumpukan kepada kemahiran atau teknik
bacaan semata-mata. Murid harus melalui pembelajaran yang lebih kukuh dalam keupayaan
membaca (Mahzan Arshad, 2008). Oleh itu, demi merealisasikan matlamat, pelbagai aspek
untuk memahami senario pembelajaran bacaan dalam Bahasa Melayu harus dititikberatkan
agar kanak-kanak yang lahir dari produk sistem pendidikan Malaysia merupakan kanak-kanak
yang celik bahasa dan seterusnya menguasai ilmu lain secara optimum dan penuh kejayaan.
Keupayaan murid dalam proses pembelajaran melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) hendaklah dititikberatkan agar kemahiran yang dikuasai oleh murid memberi impak
yang besar kepada masa depan murid dalam menguasai ilmu pengetahuan secara keseluruhan.
Kepentingan untuk melihat akan keupayaan murid dalam mewujudkan sesebuah kurikulum
pendidikan literasi Bahasa Melayu adalah perlu diberi keutamaan (Mahzan Arshad, 2008).

Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai


peranan yang besar. Menurut Roselan Baki (2003), kemahiran berbahasa merupakan
kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat
tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Menurut
Yahya Othman (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi
pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat
menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk

2
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

belajar. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah
serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran.
Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadi pemangkin serta
dorongan bagi guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid bermasalah dalam
pembelajaran. Hal ini dapat diperoleh melalui matlamat Misi Nasional dalam tempoh 2013-
2025, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang dibangunkan
dengan tiga objektif khusus, iaitu:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi
tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta
mengoptimumkan kecekapan sistem;
2. Mweujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan
secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang; dan
3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan
tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Pengajaran merupakan profesion yang memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan


dalam pengetahuan psikologi kerana kerjaya sebagai guru berhubungkait rapat dengan
manusia. Keupayaan yang berbeza dalam kalangan kanak-kanak menuntut guru-guru
mendidik dan memotivasikan diri dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran
dan cuba untuk memahami pelbagai sifat murid yang lemah dan cemerlang. Kepelbagaian
minat dan latar belakang murid akan memberi penanda aras kepada guru untuk mengenal pasti
keperluan dan keupayaan murid khasnya dalam menguasai kemahiran membaca. Oleh kerana
itu, adalah sangat penting agar guru dapat mengenal pasti pada peringkat awal dan mengambil
langkah terbaik memperbaiki ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid ini. Guru harus
peka dalam mengenal pasti murid yang berada dalam kategori pendidikan khas. Ini bermakna
murid dalam golongan ini berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan dan pembelajaran
seperti disleksia, hiperaktif dan sebagainya yang menghalang mereka untuk menumpukan
perhatian atau lebih kritikal lagi mereka memang tidak berupaya mempelajari bacaan.
Pelbagai tanggungjawab yang sangat berat harus dipikul oleh guru dalam melaksanakan
program LINUS dan ini amat memberi tekanan dan boleh menjejaskan prestasi kerja dan
menurunkan motivasi diri jika tidak dapat mengawal emosi dan tekanan.

3
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Justeru itu, sebagai guru literasi Bahasa Melayu, tanggungjawab yang digalas sangat besar
dalam memastikan murid yang dilahirkan ini berjaya menjadi insan yang berguna apabila
mereka sudah dewasa kelak. Kajian yang dilaksanakan amat berkait rapat dengan peranan
guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk memastikan
murid menguasai kemahiran asas literasi kerana hasil dapatan di dalam The Star halaman 17
pada 19 Oktober 2011 telah menunjukkan seramai 3,916 murid yang bermasalah pembelajaran
dalam Tahun 2 bagi Tahun 2011. Senario ini menggambarkan betapa hebatnya cabaran yang
terpaksa dihadapi oleh guru dalam merealisasikan serta memastikan matlamat program LINUS
yang dilaksanakan oleh mereka tercapai dengan jayanya. Namun kita juga harus sedar guru
bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid LINUS semata-mata. Mereka
juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan murid di aliran perdana turut diberi
perhatian dan tidak terabai kerana mereka juga memerlukan bimbingan oleh guru yang sesuai,
kreatif, berpengalaman dan mempunyai kegigihan yang tinggi. Di samping itu, guru juga
terpaksa menerima bebanan tugas sampingan di sekolah. Jika dilihat guru LINUS di dalam
kelas biasa agak sukar kerana mereka harus menyediakan dua rancangan pengajaran dan
memastikan murid LINUS diajar mengikut tahap penguasaan masing-masing. Ini kerana
murid di dalam kelas LINUS biasa mempunyai tahap keupayaan membaca dan menulis yang
berbeza-beza berbanding di kelas pemulihan di mana muridnya dalam kalangan murid yang
agak lemah dan pengajaran yang dirancang agak mudah untuk dilaksanakan. Di samping itu
juga, bilangan murid di kelas pemulihan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan
murid dikelas LINUS biasa; ini memudahkan guru memberi tumpuan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Suasana di kelas pemulihan juga dilihat lebih kondusif dan selesa bagi murid
untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran bahasa. Kemudahan bahan bantuan
mengajar yang mudah diperoleh serta banyak disediakan di bilik pemulihan juga turut
membantu guru pemulihan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
cemerlang. Oleh hal yang demikian dapat dinyatakan di sini bahawa sememangnya terdapat
perbezaan yang ketara dari pengajaran dan pembelajaran guru LINUS biasa dan guru
pemulihan.

Cabaran yang lebih berat dan tekanan yang lebih hebat dirasakan oleh guru LINUS
biasa berbanding guru pemulihan kerana terpaksa menyediakan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih pelbagai, terkawal dan menepati tahap keupayaan setiap murid yang berbeza
potensinya. Namun tidak dinafikan guru pemulihan harus mengajar murid yang jauh lebih
lemah berbanding dengan guru LINUS biasa. Justeru itu, murid di kelas pemulihan

4
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

memerlukan lebih perhatian dan bimbingan untuk memastikan mereka dapat menguasai
kemahiran literasi seiring dengan murid yang lain. Kesinambungan dengan itu, untuk
memastikan matlamat program LINUS ini tercapai, guru harus menanamkan prinsip seperti
guru yang baik adalah guru yang boleh membawa perbezaan, perubahan yang ketara kepada
seseorang tidak kira di tahap mana dan kepada siapa yang diberi pengajaran dan didikan. Guru
memainkan peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi orang-orang yang berjaya,
memberi tunjuk ajar dan kesan dalam kehidupan orang lain. Guru harus mempunyai daya
usaha yang tinggi dalam profesion pendidikan dan sentiasa meningkatkan kemampuan dan
kelebihan yang ada. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif yang
baik dengan berusaha memberi keutamaan dan perhatian kepada guru LINUS dengan memberi
latihan dalam perkhidmatan kepada guru yang berkualiti. Penerapan nilai-nilai
profesionalisme yang tinggi adalah penting untuk melahirkan guru yang terbaik.

Pada masa kini masih terdapat banyak masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
kanak-kanak yang menghidapi penyakit Autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder,
Sindrom Down serta masalah pembelajaran yang spesifik seperti Disleksia, Disgraphia dan
Discalculia. Masalah pembelajaran kanak-kanak ini menjadi satu cabaran yang agak sukar
diatasi dalam profession keguruan. Kemahiran-kemahiran asas membaca,menulis dan
mengira adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu murid bagi membolehkan mereka
mendapat kebaikan daripada setiap komponen dalam kurikulum pembelajaran di sekolah yang
disediakan untuk mereka. Jika kemahiran asas ini masih belum berkembang sepenuhnya
dalam diri murid, satu bentuk program pemulihan amat perlu dijalankan untuk membantu
setiap murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidkan Malaysia menerusi Jabatan Pendidkan


Khas telah melaksanakan program-program yang berkesan untuk mengatasi masalah
pembelajaran dalam sistem persekolahan. Contohnya pihak Kementerian Pendidikan telah
mewujudkan program KIA2M iaitu Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis untuk
membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Kini wujud satu lagi
program LINUS yang mempunyai objektif yang sama dengan KIA2M.

Di samping itu juga, penglibatan pihak media massa juga memainkan peranan yang
penting untuk menyebarkan perkara ini sebagai fokus utama telah menarik perhatian pelbagai
pihak. Pelbagai program, seminar, bengkel, pendekatan,kaedah dan penggunaan peralatan

5
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

berteknologi canggih telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membantu kanak-kanak
bermasalah dalam pembejaran. Selain itu, sokongan yang padu pula perlu diberikan oleh
pihak swasta untuk menangani masalah pembelajaran kanak-kanak di negara ini.

Masalah murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M di sekolah telah


menyumbang kegagalan pencapaian akademik kepada sekolah. Perkara ini telah menjadi isu
yang hangat dan diperdebatkan di parlimen berkaitan masih terdapat murid-murid yang buta
huruf di sekolah rendah serta berlarutan di peringkat sekolah menengah. Jika murid-murid
tidak pandai membaca sukar untuk mereka menimba ilmu pengetahuan dan mencungkil
maklumat daripada bahan bercetak dan media massa.

Pada tahun1993 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada disleksia yang


dianjurkan oleh Rotary Club Gombak iaitu masalah kanak-kanak yang mengalami disleksia
telah diperkenalkan kepada masyarakat umum. Selain itu, statistik Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 2001 menerusi Unit Bahagian Sekolah telah menunjukkan seramai
115,377 orang murid sekolah rendah di seluruh Malaysia menghadapi masalah pembelajaran
dan tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M. Kajian daripada penyelidik Universiti Putra
Malaysia pada tahun 1993 mendapati 12.6 peratus daripada 20,000 orang murid yang belajar
dalam Tahun 1 hingga 3 di sekolah biasa menghadapi masalah pembelajaran. (Amin Salleh,
Mahiran Abu Amin & Faridah Abu Hassan, 2002). Jumlah ini akan meningkat jika tidak ada
kesedaran di kalangan masyarakat terutama ibu bapa yang tidak memberi kerjasama
membantu kerajaan dan menggalakkan segala usaha ke arah memberi ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang menerusi konsep pendidikan untuk semua.

Justeru, masalah murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah


rendah dan sekolah menengah kini mula mendapat perhatian serius oleh para pendidik dan ibu
bapa. Pelbagai faktor yang dikenalpasti menyebabkan murid-murid ini ketinggalan dalam
pelajaran mereka dan kaedah yang terbaik untuk membantu murid-murid masalah
pembelajaran ini telah dibincangkan dalam seminar, forum dan persidangan pendidikan. Hasil
perbincangan ini menyarankan agar tindakan pemulihan yang efektif perlu diwujudkan untuk
mengatasi masalah murid-murid disleksia yang bermasalah dalam pembelajaran agar bakat
dan keupayaan mereka dapat diperkembangkan serta dipertingkatkan.

6
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Perkataan 'dyslexia' berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna


kesukaran menggunakan leksikon atau perkataan (Newton & Thomson, 197 4: 6). Seterusnya,
pada tahun 1979 (Newton et a1.,) telah memperluaskan lagi definisi 'dyslexia' sebagai
kecelaruan berbahasa di kalangan murid yang telah mengalami pembelajaran dalam kelas
biasa tetapi gagal untuk memperoleh kemahiran membaca, menulis, atau mengeja separa
dengan kebolehan intelektual yang ada pada mereka (Newton, et aI., 1979 : 3).

Kedua-dua definisi tentang disleksia yang dianggap sudah ketinggalan zaman. Maka
Pertubuhan Disleksia Antarabangsa (International Dyslexia Association, 2003) telah mengorak
langkah mencari definisi yang paling tepat untuk perkataan 'dyslexia'. Mengikut pertubuhan
tersebut, 'dys' membawa maksud 'kesukaran' dan 'lexia' bermaksud 'perkataan'. Disleksia
merupakan kecelaruan yang dialami oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Disleksia
merupakan sejenis ketidakupayaan yang khusus dalam mempelajari kemahiran membaca.
Kanak-kanak disleksia belajar mengikut tahap dan rentaknya yang tersendiri, dan lazimnya
mahir dalam satu atau dua bidang. Sebilangan daripadanya mengalami kesukaran penumpuan,
persepsi, daya ingatan, kemahiran lisan, taakulan abstrak, kordinasi tangan-mata, penyesuaian
sosial (rendah diri adalah ciri sifat yang biasa dilihat) gred, dan pencapaian yang rendah.
Seringkali, kanak-kanak disleksia dianggap pemalas, suka memberontak, tidak bermotivasi,
dan mempunyai daya kecerdasan yang rendah. Anggapan ini salah dan tanpa memahami kesan
disleksia ke atas kehidupan seseorang membawa kepada penolakan, pengasingan, inferioriti
kompleks, dan rendah diri.

Di Malaysia, (New Straits Times, 2000 bertarikh 28 Disember : 30) perkataan


'disleksia' merujuk kepada masalah yang berkaitan dengan kemahiran membaca, menulis, dan
mengeja. Contoh yang diberi ialah ketidakupayaan dalam membezakan huruf ' B ' dengan
angka ' 8 ' , atau menulis huruf dengan cara terbalik. Sesiapa yang mempunyai ciri sedemikian
dikatakan menghidap disleksia. Dari sudut neurolinguistik pula, (Doyle, 1 996) mengatakan
otak manusia terbina daripada kira-kira sepuluh billion sel yang dipanggil 'neuron' . Setiap
neuron menggunakan reaksi biokimia untuk menerima, memproses, dan menghantar
maklumat. Apabila kumpulan neuron yang tertentu tidak berfungsi dengan betul, seseorang
akan berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti fitur-fitur bahasa. Keadaan inilah yang
disebut ' disleksia' . Di sekolah, murid yang mengalami disleksia seringkali mempunyai
kemahiran membaca yang rendah, berkecenderungan untuk membaca dan menulis perkataan
serta huruf-huruf dalam susunan yang terbalik, dan menyongsangkan perkataan serta huruf-

7
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

huruf sewaktu bertutur. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memadankan bunyi dengan
simbol. Seringkali mereka menggugurkan suku kata-suku kata tertentu dalam perkataan yang
mempunyai ban yak suku kata. Mereka dikatakan mempunyai pemahaman yang rendah dalam
kemahiran lisan, bacaan senyap, dan tulisan pula buruk. Setakat ini belum ada statistik tentang
penduduk dunia yang mengalamidisleksia. Penyelidik telah berusaha untuk mencari statistik
penderita disleksia di Malaysia tetapi belum diusahakan oleh mana-mana pihak. Kajian di
beberapa buah negara menunjukkan lima hingga sepuluh peratus penduduk menghidap
disleksia. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa disleksia diwarisi daripada keturunan.
Didapati kaum lelaki Iebih banyak yang menghidap disleksia berbanding dengan kaum
perempuan (Doyle, 1996).

Murid-murid yang menghidap disleksia seringkali merasa ketinggalan dalam kelas


kerana masyarakat sering mengaitkan kelancaran membaca dan menulis dengan kepintaran
seseorang murid. Murid-murid disleksia yang mempunyai masalah membaca dan menulis
dianggap murid-murid yang lemah tanpa mengambil kirafaktor bahawa murid-murid tersebut
mempunyai kecerdasan otak yang tinggi. Oleh sebab murid-murid disleksia berfikir dalam
bentuk imej, bukan huruf atau angka, maka mereka menghadapi masalah untuk menyesuaikan
cara pembelajaran mereka dengan sistem pembelajaran yang sedia ada. Beberapa personaliti
yang terkenal seperti Albert Einstein, Henry Ford, Alexander Graham Bell, Walt Disney,
Cher,Whoopi Goldberg, General George Patton, Robin Williams' dan Leonardo da Vinci pada
asalnya merupakan individu disleksia. Contoh beberapa personaliti yang dikemukakan ini
menunjukkan bahawa individu disleksia mempunyai kelebihan dalam 1 atau 2 bidang yang
tertentu seperti yang disyorkan oleh International Dyslexia Association, 2003). Terdapat
perbezaan antara murid-murid disleksia dengan murid-murid lembab seperti yang diutara oleh
Benton & Pearls, (1978 : 3)

Sikap keprihatinan dan kepekaan guru dalam mengenalpasti murid-murid disleksia


terutamanya mereka di sekolah rendah adalah sangat penting untuk mengelakkan kanak-kanak
disleksia ini ketinggalan dalam pembelajaran dengan kawan-kwan yang normal. Pengajaran
pemulihan perlu diberi perhatian yang khusus dalam proses pengajaran di sekolah untuk
membantu golongan yang bermasalah dalam pembelajaran ini. Guru-guru pemulihan mesti
melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan tentang ciri-ciri murid disleksia sebelum
dapat membantu golongan murid bermasalah ini meningkatkan pembelajaran mereka terutama
dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Adalah diharapkan

8
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

agar kajian ini dapat menjadi garisa panduan dan rujukan kepada para guru dalam mengatasi
masalah disleksia di sekolah masing-masing.
Menurut Rajmah Hassan (2004) dan Norlaila Hamima,(2007) menyatakan bahawa
ramai pendidik menyatakan tulisan murid disleksia adalah pelbagai seperti;

i. Kekeliruan atau kesukaran membezakan di antara huruf-huruf.


ii. Fenomena ‘mirror printis’ iaitu kelihatan terbalik pada perkataan atau ayat.
iii. Huruf-huruf yang ditulis tidak konsisten dari segi saiz.
iv. Tulisan yang cakar ayam.
v. Tiada ruang pemisah di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.

Menurut Chow (1992), pula masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu
seperti:
i. kesukaran berbahasa
ii. ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
iii. tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
iv tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari
papan hitam atau buku).
v. mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian kepada
tulisan, dan
vi. daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan mengenal pasti sejauh mana masalah
kemahiran bacaan murid disleksia ini berlaku di kalangan murid-murid sekolah rendah.
Selain itu, kajian mengenai implikasi disleksia amat perlu dijalankan kerana semakin banyak
murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Di samping itu, diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan panduan untuk guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan guru-guru pemulihan terutamanya di peringkat
sekolah rendah.

9
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

1.1 Pernyataan Masalah Penyelidikan atau Kajian


Disleksia boleh dianggap masalah pembelajaran yang berterusan dan kekal sepanjang
hayat bagi seseorang individu. Menurut Dr. Valmorez (2007) ianya boleh di atasi melalui
pengalaman serta pendidikan yang baik. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalankan
ialah untuk;

i. Mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah disleksia dalam


pembelajaran Bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti kesilapan dan kekeliruan yang sering dihadapi oleh murid-
murid disleksia dalam aspek lisan, membaca, mengeja dan menulis.
iii. Menentukan kaedah dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk membantu murid-murid disleksia.

1.2 Soalan Penyelidikan atau Kajian


Persoalan-persoalan berikut akan dijawab melalui kajian ini nanti.

1.2.1 Apakah masalah yang dihadapi oleh murid-murid disleksia terhadap


pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia?
1.2.2 Apakah bentuk kesilapan dan kekeliruan yang kerap terjadi kepada murid-
murid yang menghadapi disleksia dalam aspek lisan, membaca dan mengeja.
1.2.3 Apakah kaedah dan pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi murid-murid disleksia?

1.3 Objektif Penyelidikan atau Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif seperti berikut;


i. Mengenal pasti implikasi masalah disleksia yang menjadi penghalang dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
ii. Mengenal pasti kesilapan dan kekeliruan yang kerap terjadi kepada murid-
murid yang menghadapi disleksia dalam aspek lisan, membaca dan mengeja.
iii. Menentukan kaedah dan pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses
pengajaran bagi murid-murid disleksia.

10
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

1.4 Signifikan Penyelidikan atau Kajian

Diharapkan agar kajian ini nanti akan memberi panduan, pengetahuan dan gambaran
kepada guru-guru yang mengajar di aliran perdana dan kelas pemulihan khas mengenai
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid disleksia yang akan digunakan di
sekolah rendah. Justeru, guru-guru yang menjalankan pemulihan akan lebih memahami
dengan lebih terperinci lagi mengenai bentuk kesilapan dan kekeliruan yang kerap dilakukan
oleh murid-murid disleksia semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia di dalam kelas pemulihan mahupun kelas aliran perdana. Selain itu, guru-
guru juga akan merancang strategi dan mengambil tindakan susulan contohnya mengadakan
program bimbingan, menentukan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih baik dan efektif.

Kajian ini juga amat berguna kepada pihak sekolah dan pihak pentadbir untuk memberi
sokongan padu dan kerjasama kepada guru pemulihan bagi mengatasi murid-murid yang
menghadapi masalah disleksia. Setelah pihak sekolah mengetahui kesan-kesan yang dihadapi
oleh murid-murid bermasalah dalam pembelajaran ini, mereka akan lebih prihatin, peka dan
sentiasa memberi galakan serta motivasi dan menyediakan prasarana yang sesuai dengan
dibantu oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Selain itu, pihak sekolah dan PIBG mesti
bekerjasama dan berganding bahu untuk mengatasi murid-murid yang menghadapi masalah
disleksia yang semakin bertambah di sekolah-sekolah di negara kita.

Kajian ini juga dapat memberi kebaikan kepada pihak Bahagian Pendidikan Guru agar
dapat merancang tindakan susulan yang lebih relevan serta menganjurkan kursus yang
berkaitan yang menekankan kepada aspek strategi, pendekatan, teknik dan kaedah yang paling
efektif untuk menangani dan memperbetulkan bentuk kesilapan dan kekeliruan murid-murid
disleksia serta dapat menggubal kurikulum latihan yang sesuai dengan perkembangan semasa
pendidikan untuk guru-guru pemulihan.

Selain itu, hasil kajian ini juga dapat memberi gambaran yang jelas kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia tentang implikasi yang timbul disebabkan masalah
disleksia di kalangan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pihak Kementerian Pendidikan alaysia untuk membasmi masalah disleksia dari terus
menjadi punca utama murid-murid buta huruf contahnya wujud KIA2M iaitu Kelas Intervensi

11
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Awal Membaca dan Menulis dan Program LINUS iaitu Program Literasi dan Numerasi.
Diharapkan melalui kajian ini, pihak Kementeri Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk
melakukan kajian susulan melalui jabatan untuk mengatasi masalah pembelajaran bagi murid-
murid disleksia.

1.5 Limitasi Penyelidikan atau Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan Sri
Aman. Sekolah ini terletak di pinggir bandar Bahagian Sri Aman dalam kategori sekolah
rendah luar bandar. Sekolah ini mempunyai sebuah kelas pemulihan yang sederhana
besarnya. Bilik kelas pemuihan ini masih kekurangan dari segi fizikal kelas dan peralatan
yang digunakan untuk mengendalikan pemulihan di dalam kelas. Kekangan masa yang
dihadapi dan bebanan tugas mengajar murid-murid tahun 6 menyebabkan kesempitan masa
masa untuk menjalankan kajian secara terperinci. Masalah untuk berjumpa dengan ibu bapa
murid juga sukar dijalankan kerana ibu bapa murid bekerja jauh dari kawasan sekolah.
Pengkaji terpaksa mencari masa yang terluang dan sesuai contohnya hari cuti hujung minggu
untuk berjumpa dengan ibu bapa atau penjaga murid yang bermasalah pembelajaran ini.
Oleh sebab sekolah ini terletak di kawasan yang berhampiran dengan kawasan
kampong dan perumahan, tidak terlalu sukar bagi pengkaji untuk mencari bahan dan
maklumat untuk menjalankan kajian ini.

12
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

1.6 Rumusan

Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak yang sukar


untuk mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bertutur dengan baik. Masalah
disleksia yang dikenal pasti bagi murid-murid sekolah rendah adalah masalah menguasai
kemahiran membaca dengan baik. Ketidakbolehan membaca ini menghalang kebolehan
murid-murid untuk mendapatkan maklumat daripada bahan rujukan-rujukan yang berkaitan
contohnya media massa dan teknologi maklumat. Murid-murid ini sukar untuk menguasai
kemahiran yang diajar di dalam kelas perdana. Guru-guru perlu memikirkan kaedah dan
pendekatan yang sesuai untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran ini untuk
maju seperti murid-murid di aliran perdana. Perkara ini juga akan menjadikan murid-murid
masalah pembelajaran ini merasa tidak ada keyakinan diri dan rendah diri. Justeru, melalui
kajian ini nanti, diharapkan para guru dapat menambahkan pengetahuan mengenai masalah
disleksia di kalangan murid-murid yang diajar. Selain itu, para guru dapat membantu murid-
murid masalah pembelajaran ini pada peringkat awal untuk mengatasi kesukaran menguasai
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

13
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

BAB 2

TINJAUAN HASIL PENULISAN YANG BERKAITAN

2.0 Pengenalan

Kajian-kajian mengenai implikasi disleksia dalam kalangan murid sekolah rendah


adalah untuk mengenalpasti masalah disleksia terhadap pembelajaran. Selain itu, tujuannya
adalah untuk mengesan masalah dan kesilapan yang dihadapi oleh murid dari peringkat akar
umbi lagi supaya masalah disleksia sekurang-kurangnya dapat dikurangkan di kalangan
masyarakat Malaysia.

Terdapat empat puluh peratus (40%) daripada murid di sekolah adalah murid
dikategorikan disleksia di Amerika Syarikat menurut laporan Coleman (1968). Berdasarkan
asas kajian antarabangsa ini telah menjadi panduan bagi penyelidik-penyelidik tempatan untuk
terus menerokai dan mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi kanak-kanak
disleksia di negara Malaysia.

Oleh itu, tinjauan, pandangan, pendapat dan hasil kajian berkaitan dengan masalah
disleksia kebanyakan maklumat didapati dari buku, jurnal, internet dan hasil penyelidikan
sama ada di dalam negara atau di luar negara. Semua maklumat tinjauan literatur yang
diperolehi merupakan sebagai bahan bukti untuk membuat perbandingan serta
memperkukuhkan lagi hasil dapatan daripada kajian sebenar yang akan dijalankan nanti.

2.1 Literatur Berkaitan

Payne dan Turner (1999) menyatakan bahawa disleksia adalah suatu permasalahan
pembelajaran yang spesifik atau khusus. Namun begitu, hakikat yang harus diterima oleh
muid-murid yang menghadapi masalah disleksia pada masa kini adalah penempatan mereka
dalam kelompok murid pemulihan dan tidak dalam kelompoknya yang khusus dan tersendiri.

14
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Spafford dan Grosser (1996), menyatakan bahawa menggunakan teori kepincangan


untuk mentakrifkan masalah disleksia di kalangan kanak-kanak iaitu:”….an ability to read
which is inappropriate to the individual’s level of general intelligence”. Ini menggambarkan
ketidakbolehan membaca adalah tidak selaras dengan aras kecerdasan umum seseorang
individu.Ini menunjukkan bahawa disleksia adalah masalah spesifik iaitu berada di antara
terencat akal dan kanak-kanak normal.

Menurut Miles dan Miles (1999) fungsi otak seseorang baik tetapi kewujudan “a
complete text-blindness” walaupun kuasa penglihatan, intelek dan pertuturan tidak rosak. Bagi
beliau, pesakit yang mengalami word deafness pada masa yang sama mempunyai kebolehan
melahirkan atau berkata-kata dalam perkataan, tetapi banyak menggunakan perkataan yang
salah makna. Mereka boleh menyalin sesuatu perkataan dengan betul dan tepat tetapi tidak
memahami perkataan yang dibaca sehinggalah dipertuturkan oleh orang lain.

Di samping itu, teori perbezaan (Discrepency) menyatakan bahawa “terdapat murid-


murid yang mempunyai kepintaran yang normal tetapi gagal mencapai prestasi yang
memuaskan dalam pembelajaran mereka”. Menurut Hammond dan Hughes (1996) terdapat
perbezaan yang ketara antara pencapaian murid bermasalah belajar spesifik dalam bidang-
bidang tertentu jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang lain.

2.2 Kajian-Kajian Lepas

2.2.1 Kajian-kajian Luar Negara

Menurut Brennan (1974), berasaskan dapatan-dapatan kajian di United Kingdom,


secara purata lebih kurang 13 peratus daripada murid-murid sekolah menghadapi masalah
pembelajaran disleksia dan memerlukan pengajaran pemulihan. Dari segi murid lambat yang
terdapat di sekolah, anggaran purata 13 peratus ini membawa implikasi besar. Ini bermakna
bagi setiap lapan murid terdapat seorang murid disleksia, dan bagi sebuah kelas 48 orang
murid ada enam yang memerlukan pemulihan. Kesimpulan dari kajian ini, sebuah sekolah
rendah yang mempunyai 800 orang murid, 100 daripada mereka adalah murid disleksia. Ini
bererti kita tidak boleh lari dari kenyataan di mana tiap-tiap kelas sekurang-kurangnya seorang
murid yang dikategorikan sebagai pelajar disleksia.

15
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Smith (2004), dalam kajiannya telah meneliti secara purata adalah dianggarkan 1
dalam setiap 20 kanak-kanak dikenalpasti sebagai bermasalah pembelajaran disleksia.
Ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami,
mengingat atau menyampaikan maklumat. Kesimpulan daripada kajian ini , implikasi disleksia
terhadap kesan utama masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar dalam pembelajaran :

a. Kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan.


b. Menulis huruf yang berlainan huruf.
c. Terdapat ruang antara huruf.
d. Kelemahan dalam ejaan (meninggalkan atau menambahkan huruf).
e. Kesukaran mengaitkan gambar dengan perkataan.
f. Tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
g. Organisasi perenggan yang tidak teratur.
h. Penjanaan idea yang tidak matang.
i. Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Alat “senarai semak” yang diajukan oleh Payne dan Turner (1999) digunakan khusus
bagi murid-murid yang berumur 7 hingga 11 tahun yang mengandungi tiga elemen untuk
mendapatkan maklumat terperinci mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan
disleksia. Hammound dan Hughes (1996) menyarankan supaya senarai semak digunakan
untuk mendapatkan bukti kelemahan murid, jika tahap pencapaian murid tersebut ketinggalan
sebanyak dua (2) tahun di belakang rakan sebaya. Penggunaan alat senarai semak ini
memudahkan guru-guru yang terlibat mengambil tindakan susulan untuk mengatasi pola
kesilapan atau kekeliruan yang menjadi elemen utama kegagalan kanak-kanak dalam
pembelajaran.

Torgensen dan Wagner (1998), masalah pembacaan yang paling ketara ialah kesukaran
pelajar mendekod perkataan dan kurang kesedaran fonologi iaitu kekurangan kefahaman
terhadap peraturan yang mengawal kesamaan antara bunyi sebenar dan huruf-huruf tertentu
yang membina perkataan. Mereka membuat kesimpulan bahawa masalah disleksia berlaku
kerana murid gagal mengaitkan bunyi dengan huruf. Di samping itu, pelajar akan
menghabiskan masa mengenal pasti perkataan dan oleh itu tidak dapat membaca dengan fasih
dan lancar, dan maksud bahan yang dibaca akan menjadi kabur.

16
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Menurut kajian, masalah membaca merupa18kan salah satu masalah utama bagi kanak-
kanak bermasalah pembelajaran. Lebih kurang 80% daripada pelajar bermasalah pembelajaran
menghadapi masalah membaca ( Lerner, 2000; Lynmoat, 1997 ). Mengikut kajian yang
paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenalpasti perkataan
kurang dan kesukaran membaca secara lisan. Kegagalan ini telah menyumbang kepada
pengurangan harga-diri (self-esteem) dan keyakianan diri (self-eficacy). Rumusan dari kajian
ini ramai di antara pelajar-pelajar gagal di sekolah akibat daripada kemahiran asas yang tidak
dikuasai.

2.2.2 Kajian-kajian Tempatan

Para penyelidik di negara kita tidak ketinggalan untuk menjalankan kajian bagi
meneliti masalah pembelajaran yang dikaitkan dengan disleksia seperti negara luar juga.
Beberapa penyelidikan tempatan yang menjalankan kajian disleksia seperti di bawah:

Abdullah Moh. Noor melalui kajian keciciran (1973), di Malaysia mendapati antara
1967 – 1970 terdapat 15 % murid yang tidak dapat membaca. Lebih kurang 190,000 murid di
sekolah rendah tidak boleh membaca dari jumlah 1.9 juta (Sunday Times, 19 . 11. 1978 ). Dari
kajian ini dilaporkan bahawa terdapat 42.4 % murid-murid darjah lima yang buta huruf di
sekolah-sekolah rendah di Pulau Pinang. Oleh itu, rumusnya daripada kajian ini bahawa buta
huruf di kalangan murid-murid merupakan faktor utama yang mempengaruhi masalah
pembelajaran iaitu masalah disleksia.

Menurut Coralie Leong (1998), kanak-kanak disleksia memerlukan arahan yang


berulang, supaya mereka tidak ketinggalan dalam mengikut pelajaran dan arahan. Murid-
murid disleksia visual memerlukan tulisan dan lakaran yang dibuat oleh guru mereka terang
dan jelas kerana murid-murid ini menghadapi masalah penglihatan. Sungguhpun pemerosesan
maklumat murid-murid ini bermasalah, tetapi ingatan jangka pendek mereka tetap boleh
mengingat dan boleh dilatih untuk memberikan tumpuan.

Menurut Robiah bte Kulop Hamzah (1988), mendapati kira-kira satu pertiga (⅓) murid
bermasalah pembelajaran iaitu murid lambat yang berpunca daripada disleksia dalam kelas
pemulihan. Ini akan menjejaskan keberkesanan pengajaran. Masalah murid lambat tiada minat,

17
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

tiada kemajuan dan tidak menyelesaikan kerja rumah nampaknya serius kerana tinggi peratus
guru khas yang mengalami iaitu lebih daripada lima puluh peratus (50%)

Di samping itu, kajian beliau mendapati kerja rumah tidak disiapkan oleh murid lambat,
dan kerap kali bahan kerja rumah hilang semasa di rumah. Tambahan pula, murid lambat
kerap kekurangan alat tulis seperti pensil, pensil warna, getah pemadam, pembaris dan lain-
lain. Kadang kala terdapat murid lambat yang kelihatan letih dan tidak bermaya dalam
pembelajaran. Kesimpulan dari kajian ini, masalah pembelajaran berlaku akibat daripada sikap
murid-murid sendiri yang lebih kepada yang berbentuk negatif.

Zalizan Mohd Jelas (1979), menyatakan bahawa belum ada perangkaan rasmi yang
menerangkan bilangan murid yang tidak boleh membaca selepas tiga tahun atau enam tahun
belajar di sesebuah sekolah tetapi mengikut kajian yang dijalankan ke atas 2,636 buah sekolah
oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran dalam tahun-tahun 1967 – 1990,
terdapat 15% daipada murid-murid adalah murid lembam dan ini tidak termasuk mereka yang
lembam disebabkan faktor-faktor sosial, ekonomi, kebudayaan, emosi dan lain-lain lagi.
Dengan itu,” murid-murid yang gagal dengan buruknya di dalam kebanyakan ujian-ujian
sekolah” (Kertas Kerja Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran 1974).

Beliau mengatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kurikulum


Jabatan Pelajaran Negeri Terngganu, seramai 3,471 orang daripada 50,118 murid darjah tiga
hingga enam masih buta huruf. Mereka tidak boleh membaca langsung. Seramai 113 daripada
39,000 murid tingkatan satu hingga tingkatan tiga juga tidak boleh membaca. Kesimpulalan
daripada kajian ini bahawa murid-murid yang buta huruf secara tidak langsung adalah tidak
boleh membaca yang menyebabkan mereka bermasalah dalam pembelajaran.

Kajian Musa Abd Wahab (2002) telah merumuskan bahawa hasil kajian yang
dijalankan terhadap 153 orang murid pemulihan di Zon Pudu Wilayah Persekutuan mendapati
36.3% daripadanya mempunyai masalah disleksia pada tahap yang serius. Sementara individu
murid yang mengalami masalah disleksia pada tahap yang sederhana dan ringan pula adalah
30.2% dan 33.5%. Kajian ini hanya memberi tumpuan khusus terhadap masalah 3M dalam
kalangan murid pemulihan.
Koh Boh Boon (1988), menyatakan bahawa menegaskan murid-murid yang lambat
membaca memerlukan perhatian individu, maka adalah amat penting bilangan murid pada

18
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

satu-satu sesi pemulihan tidak terlalu besar. Dapatan awal kajian beliau (kajian Peruntukan F,
Universiti Malaya, 1988) menunjukkan bahawa hampir 30 peratus guru khas pemulihan
mempunyai sesi yang melebihi 10 orang murid lambat, adalah terlalu besar. Bilangan murid
lambat dalam satu sesi pemulihan tidak lebih daripada lapan orang bagi menggalakkan
interaksi aktif dan pemerhatian berpusat. Mudahnya untuk menjadikan pengajaran seseorang
guru lebih efektif dan berkesan, bilangan murid yang terlibat jangan terlalu ramai.

Menurut Sofiah Ali dan Zabidi Husin (2000) dari segi fizikal, murid-murid yang
mengalami masalah disleksia tidak mempunyai sebarang kecacatan anggota dan tahap
kecerdasan mereka juga adalah normal. Mereka boleh berbual dan bergaul seperti murid lain.
Ini menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil bagi membantu kanak-kanak tersebut dalam
pelajaran. Akibatnya, murid-murid ini berkemungkinan besar disalah labelkan sebagai sama
ada murid pemulihan atau bermasalah pembelajaran yang umum sahaja.

19
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

2.3 Rumusan

Berdasarkan penyelidikan dan perspektif yang dilakukan oleh para penyelidik sama
ada di luar mahupun di dalam negara berkaitan kanak-kanak disleksia menjelaskan kepada kita
bahawa masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan lagi. Masalah disleksia
adalah ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran. Masalah ini
disebabkan kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang selalunya
menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Oleh itu dapatlah
dirumuskan di sini bahawa masalah kanak-kanak disleksia adalah dalam bentuk bahasa,
membaca, menulis dan mengeja.

Jelaslah bahawa masalah disleksia menjadi penghalang kepada kanak-kanak


disebabkan tahap serta cara seseorang belajar adalah berbeza memandang kemampuan otak,
konsepsi dan pengamatan setiap individu juga tidak sama. Kajian ini amat penting kepada para
guru untuk menambahkan pengetahuan dan pemahaman tentang konsep disleksia. Selain itu,
para guru juga dapat membantu meningkatkan penguasaan mereka untuk menguasai
kemahiran asas 3M. Memang sudah terbukti murid-murid disleksia menghadapi masalah
dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Disleksia bukan satu kecacatan
dan tiada ubat untuk mengubatinya tetapi dengan strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai
membolehkan guru-guru membantu murid menjalankan proses pembelajaran dengan baik.
Keistimewaan murid disleksia perlu diterokai semua pihak yang terlibat.

20
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan
Dalam bab ini akan diperincikan tentang reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen
kajian, prosedur pengumpulan dan menganalisis data. Ujian Diagnostik akan diberi dahulu
kepada pelajar dan kemudian diikuti dengan borang soal selidik. Borang soal selidik pula
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Maklumat Murid, Minat Murid dan
pandangan murid terhadap Bahasa Malaysia. Manakala pemerhatian akan dilakukan dari
semasa ke semasa untuk memerhatikan setiap gerak-geri murid. Ujian akan dikendalikan oleh
guru pemulihan dan pengkaji hanya akan mengumpul maklumat yang diperolehi dan
seterusnya menganalisis data.

3.1 Latar Belakang Penyelidikan atau Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di bahagian Sri Aman, Sarawak.
Sekolah ini dipilih memandangkan ia merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-
kira 10 kilometer dari pekan Sri Aman. Sekolah ini mempunyai sebuah kelas pemulihan.
Murid-murid yang menuntut di sini terdiri daripada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan
perumahan dan beberapa buah kampung yang berdekatan dengan sekolah. Murid-murid di
sini merupakan anak-anak penjawat awam dan bekerja sendiri yang berketurunan Melayu,
Iban dan lain-lain.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1990. Jumlah guru yang mengajar di sini
seramai 38 orang termasuk tiga guru pemulihan dan dua orang guru pra sekolah. Enrolmen
muridnya pula seramai 373 orang. Sekolah ini dalam kategori sekolah luar bandar dan murid-
muridnya adalah murid harian.

Kelas yang menjadi tumpuan pengkaji adalah kelas Tahun Tiga. Seorang murid lelaki
dan seorang murid perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran. Murid ini masih tidak
lancar membaca dan tidak memahami isi teks yang dibaca walaupun mendapat bimbingan
daripada guru. Murid-murid ini mempunyai adik beradik. Ayah mereka bekerja sendiri

21
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

manakala ibu adalah merupakan surirumah. Kehidupan murid-murid ini sederhana sahaja.
Kedua-dua murid ini amat aktif tetapi tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar dalam
semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Seni Visual.

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan atau Kajian

Reka bentuk kajian yang dipilih adalah kajian kes. Tumpuan kajian ini adalah masalah
pembacaan murid disleksia terhadap proses pembelajaran Bahasa Malaysia, maka bentuk
kajian lapangan telah dipilih. Data-data telah diperolehi melalui ujian diagnostik, soal jawab
dan pemerhatian kepada masalah yang dikaji.

Ujian diagnostik telah digunakan untuk mengesan kelemahan murid dalam dua bidang
utama Bahasa Malaysia iaitu mengeja dan membaca.. Melalui ujian ini kelemahan dan
kekerapan melakukan kesalahan dalam bidang yang dinilai dapat diketahui dan diberi tindakan
susulan manakala aspek pemerhatian lebih memberi tumpuan kepada aspek sosial, sikap,
tingkah laku, amalan dan gaya dalam pembelajaran.

3.3 Sampel Penyelidikan atau Kajian

Sampel kajian adalah terdiri dari dua orang murid LINUS Tahun 3. Pemilihan sampel
kajian dilakukan dengan mudah iaitu murid LINUS berpeluang menjadi sampel kajian.
Responden kajian adalah dua orang murid LINUS, guru pemulihan, guru kelas dan guru mata
pelajaran.

3.4 Instrumen Penyelidikan atau Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga bentuk instrumen yang sesuai
berdasarkan sampel kajian dan latar belakang kajian seperti berikut;

3.4.1 Ujian Diagnostik


3.4.2 Soal Jawab
3.4.3 Borang Pemerhatian

22
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

3.4.1 Ujian Diagnostik

Sebagai langkah yang paling awal untuk mengenalpasti murid disleksia, ujian
diagnostik dijalankan untuk mengesan kesulitan-kesulitan yang dialami oleh murid.
Berdasarkan keputusan ujian diagnostik, guru dapat menilai tahap masalah murid. Di samping
itu, ujian diagnostik ini dapat membantu guru merancangkan aktiviti-aktiviti bimbingan bagi
setiap murid yang memerlukan pemulihan.

Ujian diagnostik ini mengandungi beberapa item yang meliputi kemahiran asas
Bahasa Malaysia iaitu lisan dan bacaan..Dalam aspek lisan, 10 soalan telah dikemukakan
meliputi pengetahuan sedia ada murid dan komunikasi harian yang lazim digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Dari segi kemahiran bacaan pula, 20
item telah disoal merangkumi masalah diskriminasi abjad dan digraf, sebutan vokal, sebutan
suku kata terbuka dan tertutup.

3.4.2 Soal Jawab

Borang soal jawab digunakan untuk mendapat data tentang minat terhadap subjek
Bahasa Malaysia, pola kesilapan, tingkah laku dan gaya pembelajaran murid. Memandangkan
sampel kajian mengalami masalah membaca mungkin guru membacakan setiap pernyataan
dan murid hanyalah menjawab sahaja.

3.4.3 Pemerhatian

Borang pemerhatian telah dikendalikan oleh guru pemulihan dengan menggunakan


skala Likert. Borang pemerhatian digunakan untuk mengkaji sikap, kelakuan dan motivasi
murid semasa proses pengajaran pembelajaran Bahasa Malaysia. Penilaian ini dilakukan
secara berterusan dan guru menandakan mengikut skala likert yang telah ditetapkan
berdasarkan gerak-geri perlakuan murid.

23
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

3.5 Analisis Data

Semua data yang diperolehi telah dikaji dan dianalisis berdasarkan kepada objektif
kajian dengan menggunakan kaedah statistik dan kaedah kuantitatif. Peratus kekerapan dan
min akan digunakan dalam penganalisian data daripada kajian nanti.Semua data akan
dikumpulkan dan dilaporkan secara deskriptif sokongan bagi menguatkan bukti implikasi
disleksia terhadap pembelajaran subjek Bahasa Malaysia di kalangan murid pemulihan.
Data yang dikumpul dalam bentuk deskriptif seperti jadual 1 di bawah;

Bil Objektif kajian Alatan kajian Cara analisis data

Peratusan
1. Mengenal pasti implikasi masalah kekerapan
disleksia terhadap proses Ujian Diagnostik
pembelajaran dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia yang menjadi
penghalang.

2. Mengenal pasti dan meneliti kesilapan Peratusan


dan kekeliruan yang selalu berlaku Soal Selidik kekerapan
dalam aspek lisan, membaca, mengeja
dan menulis kanak-kanak disleksia.

3. Menentukan pendekatan, pengajaran


dan pembelajaran yang sesuai bagi Pemerhatian
mengatasi masalah kanak-kanak
disleksia.

Jadual 1 : Analisis Data

24
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

3.6 Rumusan

Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian kuantitatif dengan sampel kajian terdiri dari
murid pemulihan yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen kajian yang akan digunakan
ialah ujian diagnostik, soal selidik dan pemerhatian seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Semua data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah statistik yang melibatkan
min, kekerapan dan peratus.

Secara keseluruhannya, pengkaji berharap hasil daripada dapatan kajian ini nanti akan
dapat digunakan untuk membuat perbandingan, perbezaan serta untuk memperkukuhkan lagi
bukti-bukti terhadap instrumen kajian yang akan digunakan nanti. Di samping itu, hasil kajian
ini nanti dapatlah dijadikan garis panduan untuk guru merancang jenis aktiviti pemulihan yang
sesuai dengan masalah murid dan mengubah pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran guru
itu sendiri.

Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan


ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih
muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas
diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira.Kanak-kanak disleksia sering ditemui mempunyai masalah dalam bacaan dan
akibatnya akan ditempatkan bagi mengikuti pendidikan di Kelas Pemulihan Khas atau
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan
menguasai kemahiran membaca oleh seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan
yang mencukupi.

Pada masa ini kanak-kanak disleksia tidak mendapat perhatian yang khusus dalam
pendidikan normal dan perdidikan khas. Kanak-kanak disleksia kerap kali ditempatkan
bersama kanak-kanak di kelas Pemulihan Khas. Mereka juga ditempatkan dalam Kelas
Bermasalah Pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia ini dapat dikesan melalui 8 ciri
iaitu kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan,
lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya,
kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaran dalam kelas
tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu
Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ

25
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

seseorang. Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat. Lazimnya kanak-kanak
disleksia diajar seperti kanak-kanak biasa. Apabila mereka tidak dapat mengikut rentak akan
dicap sebagai negatif. Murid ini turut menyuarakan agar guru memastikan tulisan mereka
terang dan jelas.

Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia


ini sangat penting.  Murid disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran. Mereka
biasanya kehilangan asas dan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu,
cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam berlisan. Individu yang menghadapi masalah
disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja.
Program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk murid-murid ini. Pelbagai alternatif
pengajaran yang perlu dititikberatkan oleh guru, melibatkan penggunaan pelbagai deria dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Kajian-kajian sebegini adalah perlu diteruskan terutama untuk mengenalpasti tahap


atau peratusan bilangan kanak-kanak yang mempunyai simptom disleksia di peringkat sekolah
rendah. Pengesanan simptom juga sepatutnya dilakukan secara menyeluruh ke atas keupayaan
kanak-kanak melibatkan semua deria utama dan pergerakan walaupun disleksia sering kali
menjuruskan perhatian kita kepada kecelaruan kanak-kanak dalam pembacaan
ke atas tulisan bercetak. Melalui pengesanan awal ini akan membina kesediaan pengajaran
yang lebih terancang dan berkesan di tahap awal pendidikan oleh guru-guru yang terlibat
secara langsung dengan mereka. Impak dari keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
tersebut akan meminimumkan masalah di kalangan kanak-kanak yang mempunyai simptom
disleksia ini.

26
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

METODOLOGI KAJIAN

Mengenalpasti murid
Sekolah Kajian

Mengenalpasti murid
( Murid LINUS Tahun 3)

Menjalankan kaedah trigulasi


untuk mengenalpasti murid yang
bermasalah melalui;

1. Ujian Diagnostik
2. Soal Selidik
3. pemerhatian

Menjalan ujian Diagnostik

Membuat Soal Selidik

Membuat Pemerhatian
Semasa Proses P&P

Membuat Analisis data

1. Ujian Diagnostik
2. Soal Selidik
3. Pemerhatian

Mentafsir Data

Membuat Cadangan
Kaedah P&P

Membuat Cadangan
Kajian Lanjutan

Membuat Rumusan

Rajah 1 : Carta Aliran Tindakan Yang Dijalankan

27
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang penganalisisan dan pentafsiran data yang telah

dikumpul oleh pengkaji daripada ujian diagnostik, soal selidik dan permerhatian yang

diedarkan kepada murid pemulihan dan guru. Kesemua penganalisisan data dalam kajian ini

dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu mendapat kekerapan, peratusan dan min

skor.

Penganalisisan secara kuantitatif telah digunakan iaitu berdasarkan jawapan yang

diberikan oleh sampel kajian ke atas instrumen seperti kertas ujian diagnostik, soal selidik dan

pemerhatian yang diedarkan oleh pengkaji. Penganalisisan secara begini melibatkan pengiraan

secara saintifik dan akan diberikan peratus kepada setiap jawapan bagi setiap item. Peratusan

yang telah dikumpul akan diberi julat perbezaan mengikut item dan sebagai data pemasalahan

atau kekuatan kajian berdasarkan bahagian-bahagian yang dikaji dan dihuraikan oleh pengkaji.

4.2 Profil Sampel Kajian

Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 3 orang murid kelas pemulihan dari salah

sebuah sekolah rendah di Bahagian Sri Aman. Kesemua sampel kajian adalah lelaki.

Memandangkan sekolah ini adalah sekolah harian maka ke tiga-tiga sampel kajian

berulangalik ke sekolah. Semua sampel kajian berbangsa Melayu dan tinggal berdekatan

dengan sekolah. Salah seorang daripada bapa sampel bekerja sebagai buruh kasar. Dua orang

lagi bekerja dengan agensi kerajaan. Latar belakang responden secara terperinci ditunjukkan

pada Jadual 2.

28
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Jadual 2 :
Latar Belakang Sampel Kajian

Butiran kekerapan Peratus

Jantina lelaki 100%

Umur 9 tahun 100%

Bangsa Melayu 100%

Status Sampel Harian 100%

Pekerjaan Ibu Suri rumah 1 33.3%

Bekerja 2 66.6%

Pekerjaan Bapa Buruh 1 33.3%

Kerajaan 2 66.6%

4.3 Dapatan Kajian

4.3.1 Analisis Ujian Diagnostik Murid Pemulihan

Jika dirujuk daripada data ujian diagnostik yang telah dijalankan didapati keputusan

keseluruhan sangat tidak memuaskan. Ketiga-tiga sampel kajian ini mendapat tahap tidak

menguasai. Ini dapat dinilai daripada skor yang diperoleh. Skor yang tertinggi ialah 26%

manakala skor yang terendah ialah 20 %. Dapatan ujian ini memberi gambaran tentang

masalah disleksia memang berlaku di kalangan murid-murid pemulihan. Ini membolehkan

penguji mengetahui kelemahan yang dihadapi, mengulas kesalahan serta membentuk satu

hipotesis berhubung dengan masalah sampel kajian. Dapatan ujian ini pula membantu

pengkaji mengenal dan mengesan secara khusus kesulitan yang dihadapi oleh sampel kajian di

kelas pemulihan sama ada ringan atau kompleks. Ini adalah berdasarkan pada peratus

pencapaian sebenar sampel kajiandalam ujian diagnostik yang diterangkan dalam Jadual 3.

29
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Jadual 3:
Data Skor Keseluruhan

Kumpulan Huruf Sukukata Sukukata Jumlah Peratusan


Terbuka Tertutup Betul
Sasaran (10 soalan) (20 soalan) (20 soalan) %
Sampel 1 6 5 2 13 26%
Sampel 2 5 6 2 13 26%
Sampel 3 4 4 2 10 20%

Skor Min 5.7 5.0 2.0

Rajah 2 : Markah Ujian Diagnostik

Tiga aspek utama yang diberi penekanan untuk mengesan masalah disleksia ialah

aspek lisan, bacaan dan tulisan. Dalam ujian terbut sampel kajian menyatakan huruf secara

lisan dan tulisan, seperti mana ujian sukukata terbuka dan tertutup. Walau pun sampel kajian

menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran guru, tetapi kerencatan

dan kelemahan mental yang menghalang mereka untuk mempelajarinya dengan lebih jauh.

Dapatan kajian mendapati sampel kajian yang mengalami masalah dalam mengecam huruf

30
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

sepenuhnya, terutama huruf B, D, P, Q dan H. Ini dapat diperhatikan pada skor min aspek

huruf hanya 5.7. Masalah ini berterusan pada ujian sukukata terbuka daripada 20 soalan yang

diajukan secara lisan , bacaan dan tulisan, skor min yang diperolehi hanyalah 5.0 sahaja.

Dalam ujian sukukata tertutup pula daripada 20 soalan yang dikemukakan, skor min yang

diperolehi ialah 2.0. Sampel kajian bermasalah dalam mengecam perkataan yang mempunyai

sukukata tertutup. Berdasarkan perbandingan skor min dalam tiga aspek yang dinilai, sampel

kajian tidaklah menhadapi masalah yang besar dalam mengenal huruf. Tetapi bermasalah dua

kemahiran seterusnya iaitu mengenal sukukata terbuka dan sukukata tertutup.

Dapatan dari hasil ujian yang dijalankan, sampel kajian didapati masih tidak dapat

mengenal huruf secara total. Sampel kajian masih keliru dengan beberapa huruf seperti;

 B dan D

 P dan Q

 S dan H

Dalam mengecam sukukata terbuka , sampel kajian bermasalah dalam membatangkan

beberapa sukukata KV+KV dan KV+KV+KV seperti;

 “sudu” disebut “ subu”

 “bubu” disebut “ budu”

 “qari” disebut “pari”

 “perahu” disebut “lahu”

 “kelasi” disebut “kasi”

 “kerusi” disebut “kursi”

31
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Dalam mengecam sukukata tertutup pula , sampel kajian bermasalah dalam

membatangkan beberapa sukukata KV+VK dan KV+KVK seperti;

 “sauh” disebut “sahu”

 “naik” disebut “nek”

 “buah” disebut “bauh”

 “kakak” disebut “kak”

 “gemuk” disebut “jemu”

Sampel kajian dikenal pasti mempunyai masalah dalam menguasai aspek bacaan, iaitu

kelemahan menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat-yat yang mengandungi

perkataan yang mempunyai gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup. Akibatnya mereka

tidak faham makna perkataan yang dibaca yang menyebabkan kelemahan membina struktur

ayat walaupun ayat tunggal. Ini mengundang masalah untuk menyusun perkataan menjadi ayat

yang lengkap seperti berikut:-

 “ Bapa suka baca buku” dibaca “ Baba cuka baca bubu”

 “ Kakak siram pokok bunga” dibaca “ kaka ciyam koko buga”

Rumusnya kesan daripada tidak mengenal huruf dan membatang sukukata mudah

menyebabkan sampel kajian yang bermasalah disleksia menghadapi kesukaran untuk

mempelajari sesuatu walaupun nampak mudah. Implikasinya mereka merasa rendah diri dan

kurang keyakinan untuk menghadapi pelajaran seterusnya.

32
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

4.3.2 Dapatan Hasil Soal selidik.

Soal selidik telah dijalankan tiga hari selepas sampel kajian menjalani ujian diagnostik

ketiga-tiga sampel kajian. Oleh kerana kesemua sampel kajian tidak boleh membaca maka

pengkaji membaca item-item soal selidik kepada mereka. Soal selidik ini dijalankan secara

individu. Pengkaji berbuat demikian supaya sampel kajian lebih jujur dalam menjawab item

soal selidik tanpa dipengaruhi oleh sampel kajian yang lain. Berdasarkan hasil analisis borang

soal selidik, di dapati kesemua sampel kajian tidak mengenal huruf seca total sama ada huruf

kecil atau pun besar.

Mereka menunjukkan suka kaedah lisan. Dua daripada tiga sampel kajian keliru dengan huruf

B dan D, seorang keliru dengan huruf N dan U, kesemua keliru dengan huruf M dan W.

Sampel kajian tiada masalah kanan atau kiri. Ketiga-tiga sampel kajian tidak boleh membaca

dan hanya meneka perkataan dengan melihat gambar.

Jadual 4 dan rajah 2, menunjukkan hasil soal selidik yang telah dijalankan.

Jadual 4:
Analisis Soal Selidik

Item Pernyataan STS ST S SS

1 Saya sudah kenal abjab ( A- Z) 3

2 Saya kenal semua huruf besar ( A- Z) 3

3 Saya kenal semua huruf kecil ( a – z) 3

4 Saya suka lisan daripada penulisan 3

5 Saya keliru huruf ‘b’ dan ‘d’ 1 2

33
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

6 Saya keliru huruf ‘n’ dan ‘u’ 2 1

7 Saya keliru huruf ‘m’ dan ‘w’ 3

8 Saya kecelaruan dengan manakah ‘kanan’dan 3


manakah ‘kiri’

9 Saya lemah dalam bacaan 3

10 Saya cuba meneka maksud perkataan dengan 3


melihat gambar

STS = sangat tidak setuju TS = tidak setuju S = setuju

SS = sangat setuju

34
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Rajah 3 : Graf Respon Sampel Kajian Soal Selidik.

Berdasarkan daripada jadual 4 dan rajah 2 di atas dapatlah dirumuskan bahawa

sempel kajian mengalami masalah pembelajaran sedangkan mereka semua sudah berada di

Tahun 3. Ini menunjukkan mereka ini mengalami masalah deleksia. Sampel kajian belum

menguasai sepenuhnya huruf daripada A hingga Z, dan secara tidak langsung masalah

mengakibatkan mereka tidak boleh membaca.

4.3.3 Analisis Data Pemerhatian

35
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Selain daripada ujian diagnostik dan soal selidik, pengkaji juga telah membuat

pemerhatian dalam masa pengajaran dan pembelajaran pengkaji sendiri mahu pun masa guru-

guru lain. Pemerhatian ini adalah salah satu cara untuk melihat tingkah laku dan sikap sampel

kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Berdasarkan permerhatian yang dijalankan , pengkaji dapat menilai bahawa sampel kajian ini

kesemuanya sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas,ini

dapat dibuktikan oleh jadual 5 dan rajah 3. Sampel kajian juga banyak bercakap dan

menyampuk ketika guru menjalankan pengajarannya iaitu sebanyak 66.67% ( 2 daripada 3

orang ), hanya seorang sahaj yang agak pendiam. Sampel kajian juga kerap tidak membawa

alat tulis ke sekolah dan kerap sekali tidak menghantar tugasan yang diberikan sebagai kerja

rumah atau yang dilakukan di dalam kelas. Satu perkara yang nyata ialah kesemua sampel

kajian kerap keluar dari kelas pertukaran masa guru-guru. Walaupun begitu, sampel kajian

tidak menunjukkan perlakuan yang aneh seperti menggigit jari dan boleh memegang pensel

dengan betul. Mereka juga jarang berpakaian kemas. Ini dibuktikan menerusi jadual 5 dan

rajah 3 di bawah.

Jadual 5:
Analisis Data Pemerhatian

Pernyataan Kerap Jarang Tidak


pernah
Item

1 Sukar memberi tumpuan 3

36
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

2 Tidak boleh duduk diam 3

3 Kerap berjalan dalam kelas 3

4 Terlalu banyak bercakap 1 2

5 Mencelah ketika guru bercakap 1 2

6 Mengikut arahan guru 1 2

7 Tidak membawa alatan ke sekolah 3


mengikut jadual waktu sekolah

8 Tidak menghantar tugasan sekolah pada masa yang 3


ditetapkan

9 Kekerapan keluar semasa P & P 3

10 Kekerapan mengigit jari semasa P&P 1 2

11 Memegang pensel secara ganjil 1 2

12 Pakaian sentiasa kemas 3

37
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Rajah 4 : Peratusan Data Pemerhatian

Berdasarkan jadual 5 dan rajah 3 di atas, menunjukkan sampel kajian yang mengalami

masalah disleksia ini sukar untuk menumpukan perhatian yang lama terhadap sesuatu

pengajaran guru. Tumpuan mereka kerap terganggu oleh sesuatu yang boleh menarik

perhatian mereka, seperti bunyi-bunyian di luar kelas, berjalan-jalan di dalam kelas dan jarang

duduk diam di kerusi mereka sendiri. Oleh kerana mereka ini sukar menumpukan perhatian

terhadap pengajaran guru mengakibatkan mereka sering keluar kelas terutama semasa

pertukaran masa di antara guru.

4.4 Rumusan

Berdasarkan data-data yang dikumpul, banyak faktor yang menyebabkan murid-murid

disleksia ini mengalami masalah pembelajaran. Mereka lebih suka berlajar secara lisan

daripada membaca dan menulis. Faktor belum menguasai huruf A sehingga Z secara total,

menyebabkan mereka belum menguasai sukukata terbuka dan tertutup. Data jelas

menunjukkan kesemua sampel kajian lebih cenderung kepada lisan untuk kaedah

pembelajaran. Keadaan ini mempengaruhi kelemahan sampel kajian untuk menguasai aspek

bacaan dan tulisan.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sampel kajian mengalami masalah untuk

memberi tumpuan kepada proses pengajaran guru. Sampel kajian tidak boleh duduk diam dan

kerap berjalan-jalan semasa proses pengajaran guru. Keadaan ini menampakkan sampel kajian

tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru.

Oleh yang demikian satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar dapat

menarik perhatian dan minat murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran perlu

38
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

diketengahkan. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan ‘Multi-sensory’ perlu

dipraktikkan . Terdapat kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan

pendekatan yang sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini menggabungkan

beberapa deria, iaitu auditori, visual, oral dan kinestetik. Bagi menjalankan kaedah ini,

gabungan kesemua deria dijalankan serentak. Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada

kayu di mana murid boleh mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf, melihat,

menyebut kembali, dan menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari. Selain daripada itu

juga murid-murid boleh menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang

sebagai wadahnya. Melalui cara tersebut murid akan dapat mendengar huruf yang disebut

guru, melihat huruf yang ditulis di papan tulis, mengulang kembali bunyi huruf yang disebut

dan menulis semula huruf di atas pasir.

BAB 5

PERBINCANGAN

5.0 Pengenalan

Perkembangan ilmu pengetahuan yang semakin pesat dan maju menghasilkan inovasi

dalam pelbagai bidang. Peningkatan kualiti dalam pendidikan pada masa kini menjadi

perhatian. Kualiti pendidikan tidak meningkat tanpa adanya inovasi pendidikan. Perubahan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui inovasi-inovasi pendidikan

untuk meningkatkan mutu profesional guru.

Inovasi berasal dari kata latin, innovation yang berarti pembaruan dan perubahan. Kata

kerjanya inovo yang ertinya memperbaharui dan mengubah. Inovasi adalah suatu perubahan

39
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

yang baru yang menuju ke arah pembaikan; yang lain atau berbeza dari yang ada sebelumnya,

yang dilakukan dengan sengaja dan telah dirancang. Istilah perubahan dan pembaharuan ada

perbezaan dan persamaannya. Perbezaannya, kalau pada pembaruan ada unsur yang telah

dilakukan sementara persamaannya ialah sama-sama memiliki unsur yang baru atau lain dari

sebelumnya. Pembaruan pendidikan itu sendiri adalah perubahan yang baru dan kualitatif

berbeza dari hal (yang sebelumnya) serta sengaja diusahakan untuk meningkatkan kemampuan

untuk mencapai tujuan tertentu dalam pendidikan. Untuk mengetahui dengan jelas perbezaan

antara inovasi dengan perubahan, definisi yang diungkapkan oleh Nichols (1983:4). “Change

refers to ” continuous reapraisal and improvement of existing practice which can be regarded

as part of the normal activity ….. while innovation refers to …. Idea, subject or practice as

new by an individual or individuals, which is intended to bring about improvement in relation

to desired objectives, which is fundamental in nature and which is planned and deliberate.”

Nichols menekankan perbezaan antara perubahan (change) dan inovasi (innovation)

sebagaimana dikatakannya di atas, bahawa perubahan dilaksanakan berdasarkan penilaian,

penafsiran dan pelaksanaan dalam pendidikan.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di

anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap

baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Manakala Glosari Teknologi

Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh

mempertingkatkan sesuatu amalan. Menurut Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya

pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud

pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun

dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau

memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau

bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Oldham dan Cuming

40
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

(1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau

proses. Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan

penggunaan idea baru kepada sesebuah organisasi.

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh

diterangkan sebagai penghasilan baru yangberbentuk maujud dan mujarad berdasarkan proses

penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang sedia ada dan terjelma sebagai sesuatu

yang unik, memudahkan dan bernilai.

Bagi membantu sampel kajian yang menghidap dislekisa membaca, dicadangkan satu

program pendidikan inklusif yang bersesuaian untuk mereka. Pendidikan inklusif ini

dijalankan selama dua bulan untuk melihat perkembangan penguasaannya dalam bacaan.

Manakala untuk menjalankan program pendidikan inklusif separa ini sampel kajian diletakkan

bersama murid-murid aliran perdana. Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepadanya

menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di

sekolah bersama-sama pelajar normal. Selain itu sampel kajian akan terangsang jika berada

dalam kelompok pelajar normal yang mungkin sudah menguasai kemahiran membaca.

Tumpuan khusus diberikan kepada sampel kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran

guru. Guru PPKI berperanan membantu guru aliran perdana dalam pengajaran tersebut.

5.1 Perlaksanaan Inovasi Dalam Bilik Darjah

Perisian inovasi ini memerlukan bilik darjah atau makmal komputer yang lengkap

dengan komputer. Sekiranya bilangan komputer terhad, ia masih boleh digunakan. Keperluan

asas peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan pembesar suara diperlukan. Untuk

41
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

pengetahuan, perisian inovasi ini hanya menggunakan perisian Microsoft PowerPoint dan

tidak memerlukan proses install yang kadang-kala merumitkan. Perisian ini hanya

memerlukan guru copy and paste dalam komputer. Perisian yang tidak memerlukan proses

install boleh menjimatkan masa dalam kelas.

Perisian ini memanipulasi fungsi hyperlink, command button, text box dan animation

untuk menghasilkan slide yang interaktif dan mewujudkan hubungan dua hala dengan

pengguna. Bahan audio dan video diselitkan dalam PowerPoint untuk meransang minat dan

deria murid. Semasa digunakan dalam bilik darjah, guru boleh membahagikan murid kepada

kumpulan atau individu. Dalam perisian PowerPoint ini, terdapat unsur multimedia seperti

gambar, video, audio dan animasi. Terdapat juga butang-butang akses (button) untuk

memudahkan murid meneroka perisian ini. Setiap fakta dan maklumat isi pelajaran yang perlu

diingat murid, disusun secara tersembunyi supaya murid mencari sendiri. Kaedah ini bertujuan

agar murid mudah menghafal dan faham perkara yang dipelajari.

Jika dilihat sebelum ini, semasa guru menggunakan PowerPoint dalam kelas, murid

menunjukkan reaksi teruja. Namun, murid jarang diberi peluang untuk mencuba sendiri

PowerPoint tersebut. Justeru, dengan adanya perisian ini, ia dapat memberi peluang murid

merasai sendiri pengalaman belajar yang menyeronokkan. Murid dibiarkan bermain, mencuba,

menjawab dan meneroka sendiri perisian inovasi ini.

Kemudian, perisian ini membahagikan isi pelajaran mengikut tajuk dan kemahiran.

Ianya dibuat berdasarkan huraian sukatan pelajaran terkini. Murid akan mempelajari setiap

tajuk dengan teratur seperti yang dirancang oleh guru mengikut tahap dan kemampuan murid.

Di sini guru boleh memantau terus perkembangan murid. Memandangkan perisian ini hanya

menggunakan PowerPoint dan boleh diubah bila-bila masa, guru boleh menambah atau

42
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

mengubah kemahiran yang lebih sesuai dengan murid sekiranya murid gagal atau tidak dapat

menguasai kemahiran yang diuji.

Perisian inovasi ini memerlukan murid meneroka sendiri pengetahuan, maka ianya

dapat membantu murid yang pasif dan pemalu dalam kelas untuk belajar dengan lebih

berkesan. Seterusnya motivasi murid juga semakin bertambah baik. Hal ini menepati matlamat

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selalunya, apabila dalam kelas

murid kurang berkeyakinan untuk mencuba sesuatu perkara. Dengan adanya inovasi ICT ini,

ianya dapat membantu murid mencuba dan melakukan perkara yang sukar dilakukan semasa

proses pengajaran guru biasa. Hal ini memupuk nilai yakin diri dan keberanian murid semasa

proses pembelajaran.

Semasa ia dilaksanakan dalam bilik darjah guru boleh memasukkan sedikit pengisian

tentang kemahiran asas menggunakan komputer seperti belajar menaip, menggunakan tetikus

dan sebagainya. Walaupun kemahiran ini nampak remeh, namun ianya tetap memberi kesan

kepada murid dalam membiasakan diri mereka dengan komputer.

5.2 Rumusan

Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi,

perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran

yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi,

kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan

juga komunikasi terbuka.

Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan

dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas daripada

sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan

potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya

43
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya supaya

bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja. Selain itu, teknologi dalam pengurusan

organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi.

Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih

efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi

maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi

pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif.

Di samping itu juga penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan

lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang

positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah.

Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost

effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur

pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi

teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi

meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan

jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah, terutama antara

sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih terdedah

dengan kemudahan ini.

Justeru teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam

dunia pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi

maklumat dalam dunia pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan

ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat dapat menangani

dan membantu inovasi sesebuah organisasi. Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat

inovasi dalam sesebuah organisasi.

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

44
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif bagi

meninjau masalah disleksia terhadap pembelajaran di kalangan murid pemulihan. Kajian ini

merupakan kajian berasaskan sekolah dan dilakukan pada sampel kajian yang berskala kecil

sahaja.

Penggunaan keadah atau pendekatan yang pelbagai dengan memperkenalkan pelbagai

aktiviti yang boleh menarik minat dan memotivasikan murid dan sebagainya adalah satu corak

pembelajaran yang baik dan berkesan disampaikan kepada murid-murid disleksia yang serba

kekurangan dan mengalami kesukaran dalam bidang pelajaran.

Sekolah yang menjadi kajian merupakan salah satu sekolah rendah di bahagian Sri

Aman. Maka dapatan hanya dapat digeneralisasikan pada sekolah tersebut sahaja.

Dicadangkan kajian lanjutan dapat dilakukan di tempat lain terutamanya di sekolah rendah

yang melibatkan lebih banyak lagi sekolah yang terlibat dalam kelas pemulihan supaya

hasilnya lebih sahih dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kebolehan atau tahap

pencapaian sampel yang digunakan perlulah dari kelas pemulihan di pelbagai sekolah rendah

agar hasil kajian dapat dikaji dalam lingkungan yang lebih meluas.

Kajian ini juga boleh dijalankan merangkumi pelbagai kemahiran dalam pembelajaran

untuk sukatan pelajaran sekolah rendah. Dengan ini, secara tidak langsung dapat

memperbanyakkan bahan kajian yang berkaitan dan seterusnya meningkatkan kesahan

dapatan kajian-kajian tentang masalah disleksia.

Bagi mengatasi masalah disleksia di kalangan murid pemulihan, dicadangkan supaya

perhatian yang lebih diberi kepada perlaksanaan kurikulum khusus ini kerana ada responden

yang dikesan hanya mengalami masalah disleksia yang ringan dan menjadi tanggungjawab

pengkaji untuk memberi perhatian terhadap kepincangan ini.

45
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

5.4 Penutup

Kesimpulanya, tidak semua pelajar yang mengalami masalah membaca menghadapi

masalah disleksia. Keupayaan untuk belajar adalah sangat penting dalam kehidupan manusia.

Namun begitu, keupayaan untuk belajar bagi setiap individu dengan individu lain adalah

berbeza. Ini kerana disebabkan tahap dan cara seseorang tersebut belajar adalah berbeza

memandangkan kemampuan otak, konsepsi dan pengamatan setiap individu juga tidak sama.

Keadaan ini menyebabkan segolongan invidu menghadapi kesukaran tertentu dalam

pembelajaran.

Kanak-kanak disleksia adalah kanak-kanak yang mengahadapi kesukaran dalam

membaca, menulis da mengeja, tetapi ramai yang tidak menyedari hal ini dan yang menjadi

mangsa ialah kanak-kanak itu sendiri yang dilabelkan sebagai malas, bodoh dan lembab. Hal

ini dapat dikesan melalui Ujian Diagnostik yang telah dijalankan di mana pencapaian prestasi

murid-murid pemulihan adalah tidak sama.

Selain itu, terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada masalah membaca

seperti lembam, hiperaktif, terencat akal dan sebagainya, di samping faktor-faktor persekitaran

seperti sosiobudaya, ekonomi, dan keadaan semasa. Kaedah ujian diagnostik yang sesuai perlu

bagi mengesan dan mengenal pasti kelemahan murid-murid disleksia ini. Hampir semua

sekolah mempunyai kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri disleksia. Yang membezakan

adalah tahap disleksia mereka sama ada ringan, sederhana ataupun teruk. Intervensi awal perlu

diberi kepada kanak-kanak disleksia bagi mengawal kesukaran-kesukarn yang dialami.

46
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

RUJUKAN

Brennam, W.K. (1974). Shapping The Education of Slow Learners. London :


Routledge & Kegan Paul.

Chua, T.T. & Koh, B.B. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas.
Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Coralie, L. (2000). Mengesan disleksia. Utusan Malaysia.

Damanpour, F.(1991),” Organizational inovation: a meta-analysis of effects of


determinants and moderators”, Academy of Management Journal, Vol. 34 (3), pp.
555-90.

Doyle, B.J. (1996) Disability Discrimination: The New Law. London: Jordans

Haigh, G. (1977). Teaching Slow Learners, London: Temple Smith.

47
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Ibrahim Saad ( 1982). Isu Pendidikan di Malaysia.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1984). Buku Panduan Program Pemulihan Khas


(untuk Tahap 1). Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Buku panduan pelaksanaan program


pemulihan khas (masalah menguasai 3M). Jabatan Pendidikan Khas:
Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon (1981). Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Utusan Publications.

Koh Boh Boon (1988). Peranan dan Tugas Guru Khas Pemulihan di Sekolah
Rendah (Kajian Peruntukan F). Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Leong, C. (1998). Dyslexia: Petanda dan gejala. Bulletin Persatuan Kesukaran


Pembelajaran Spesifik Wilayah Persekutuan. Bil.1/98 Mac. 1998: Institute
Paediatric, Hospital Kuala Lumpur.

Mahzan Arshad(2008) Pendidikan literasi Bahasa Melayu : strategi perancangan


dan perlaksanaan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn.
Bhd.

Mohd Zabid Omar (2004). Masalah Disleksia di Sekolah. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Nicholls, R. (1983) Managing Educational Innovation. London. George Allen


and Unwin.

Olham, G.R., & A. Cummings (1996), ‘Employee Creativity: Personal and


Contextual Factors at Work’, The Academy of Management Journal, Vol. 39
(3), 607-634.

Payne, T. & Turner, E. (1999). Dyslexia: A parents and teachers guide (3th ed). U.K
Multilingual Matters Ltd.

Robiah bte Kulop Hamzah (1988). Fungsi dan Masalah Guru Khas Pemulihan di
Dua Buah Sekolah Rendah di Selangor (Disertasi Sarjana Pendidikan).
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

48
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

Rongers, E.M. (1995). Diffusion of innovations, 4th ed., NY: Free Press.

Roselan Baki(2003)Kaedah pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu.


Shah Alam :Karisma Publications,

Spencer, W.R. (1994). Innovation: the communication of change in ideas,


Practices and products, London: Chapman & Hall.

Syed Abu Bakir Akil (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Yahya Othman(2004) Mengajar membaca: teori dan aplikasi. Bentong, Pahang :


PTS Publications & Distributors.

Zaltman, G., R. Duncan & J. Holbek (1973), Innovations and Organizations,


New York: Wiley.

49
ERC 4311 : PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 1

PENGGUNAAN KAEDAH FONIK BAGI MEMBANTU KEMAHIRAN

MEMBACA BAHASA MELAYU MURID DISLEKSIA TAHAP SATU

SEKOLAH RENDAH

NORLIA BINTI BUANG

E30209130011

PGSR
KOHOT4C
AeU KUCHING

2016

You might also like