You are on page 1of 147

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HDPS4503
Muzik dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


HDPS4503
MUZIK DALAM
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
Mohd Azam Sulong
Dr Mohd Nizam Nasrifan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Assoc Prof Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Mohd Azam Sulong


Dr Mohd Nizam Nasrifan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penyederhana: Prof Madya Mohd Ramli Buyong Kahar


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2014


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2014, HDPS4503
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open
Copyright Open University
University Malaysia
Malaysia (OUM)
(OUM)
Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xiv

Topik 1 Asas Muzik I 1


1.1 Not-not dalam Klef Trebel dan Bes 1
1.2 Irama dan Elemen Masa 6
1.3 Skel 12
Rumusan 17
Kata Kunci 17
Rujukan 18

Topik 2 Asas Muzik II 19


2.1 Harmoni Asas 19
2.2 Kord Asas 22
2.2.1 Konsep dan Fungsi Kord 22
2.2.2 Kord Asas dalam Major 22
2.2.3 Kord Asas dalam Minor Harmonik 24
2.3 Istilah dan Isyarat 25
2.3.1 Tempo 25
2.3.2 Ekspresi 27
2.3.3 Dinamik 28
Rumusan 31
Kata Kunci 31
Rujukan 31

Topik 3 Nyanyian 33
3.1 Fungsi, Jenis dan Ciri-ciri Lagu 34
3.1.1 Fungsi Lagu 34
3.1.2 Jenis Lagu 35
3.1.3 Ciri-ciri Lagu 35
3.2 Teknik dan Kaedah 38
3.2.1 Sebaris Sebaris atau Frasa Demi Frasa 39
3.2.2 Lirik Bergambar 39
3.2.3 Hafalan 40
3.3 Jenis Nyanyian 41
Rumusan 52
Kata Kunci 53
Rujukan 54

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 4 Asas Permainan Alat Perkusi 55


4.1 Pengenalan Peralatan Perkusi 56
4.1.1 Alat Perkusi Berpic 56
4.1.2 Alat Perkusi Tidak Berpic 57
4.2 Penerokaan Bunyi 59
4.2.1 Bunyi Lanjut 60
4.2.2 Bunyi Bergetar (Trill) 61
4.2.3 Bunyi Detik 61
4.3 Aplikasi Alat Perkusi 62
4.3.1 Pemilihan Alat Perkusi 63
4.3.2 Membina Skor Mudah 63
4.3.3 Aktiviti Alat Perkusi dalam Kelas Prasekolah 68
Rumusan 69
Kata Kunci 70
Rujukan 70

Topik 5 Permainan Melodian 72


5.1 Apa itu Melodian? 73
5.1.1 Cara Meniup Melodian 74
5.1.2 Penjagaan Melodian 75
5.2 Asas Tiupan dan Penjarian Melodian 76
5.3 Cara Bermain 79
5.3.1 Latihan Permainan Solo 81
5.3.2 Latihan Permainan Lagu Solo Menggunakan
Sebelah Tangan 82
5.3.3 Latihan Permainan Duet 84
5.3.4 Latihan Permainan Ensembel 85
5.3.5 Tips untuk Menghasilkan Bunyi yang Baik
semasa Memainkan Melodian 86
Rumusan 87
Kata Kunci 87
Rujukan 88

Topik 6 Permainan Rekoder 89


6.1 Jenis Rekoder 90
6.2 Bahagian Rekoder 91
6.3 Penjarian Rekoder 91
6.4 Teknik Permainan Rekoder 102
6.4.1 Postur, Teknik Tiupan dan Pernafasan yang Betul 102
6.4.2 Pernafasan yang Betul 103
6.4.3 Teknik Penglidahan yang Betul 104
6.4.4 Teknik Artikulasi dan Produksi Ton yang Baik 104

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Rumusan 106
Kata Kunci 107
Rujukan 107

Topik 7 Gerakan dan Apresiasi Muzik 108


7.1 Pergerakan Fizikal dan Perkembangan Kanak-kanak 109
7.1.1 Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Usia 111
7.2 Perkembangan Motor 114
7.2.1 Motor Kasar 115
7.2.2 Motor Halus 118
7.2.3 Muzik dan Perkembangan Motor 119
7.3 Gerakan dan Lirik Lagu 122
7.3.1 Analisis Tema Lagu 123
Rumusan 128
Kata Kunci 129
Rujukan 129

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HDPS4503 Muzik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah salah satu
kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam
tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Diploma
dalam Pendidikan Awal Kanan-kanak. Modul ini bertujuan untuk
memaklumkan bertujuan meningkatkan daya penghayatan muzik pelajar.
Penekanan diberikan terhadap asas memahami seni muzik dengan kajian
terperinci terhadap elemen muzik yang meliputi aspek irama, melodi, harmoni,
teksur, eksperasi dan stail. Pelajar akan juga didedahkan untuk mengendalikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ensembel instrumental khususnya
melibatkan ensembel melodian, rekorder dan perkusi. Pengetahuan tentang
pergerakan fizikal, perkembangan motor, gerakan dan lirik lagu dan gerakan
dan aktiviti juga turut dibincangkan

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dengan tepat konsep bahasa muzik asas seperti not dalam klef
Trebel dan Bes di garisan dan ruangan, irama dan elemen masa, skel major
dan harmonik minor, harmoni, kod asas, istilah dan isyarat tempo, dinamik
dan ekspresi;
2. Menjelaskan elemen utama dalam nyanyian lagu kanak-kanak, ciri dan
jenis lagu termasuk teknik dan kaedah nyanyian;
3. Menyatakan konsep pergerakan fizikal, perkembangan motor, serta
mencipta gerakan yang sesuai berasaskan lirik lagu kanak-kanak;
4. Melakukan penerokaan bunyi hasil dari pemilihan bahan yang sesuai dan
menghasilkan skor mudah bagi aktiviti muzikal yang dirancang; dan
5. Mengaplikasikan teknik tiupan dan penjarian, melodi asas dan latihan lagu
dan melodi bagi permainan alat melodian, rekorder dan perkusi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada tujuh topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah
seperti yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memperkenalkan bahasa muzik asas seperti not dalam klef Trebel dan
Bes di garisan dan ruangan, irama dan elemen masa, skel major dan harmonik
minor.

Topik 2 memberi pendedahan lanjutan asas muzik untuk harmoni, kod


asas,istilah dan isyarat tempo, dinamik dan ekspresi.

Topik 3 membincangkan mengenai nyanyian lagu kanak-kanak, ciri lagu, jenis


lagu termasuk lirik, melodi, nada dan tempo. Juga menyentuh tentang teknik
dan kaedah nyanyian. Jenis lagu semasa, kanak-kanak, patriotik dan rakyat.

Topik 4 membincangkan mengenai permainan alat perkusi asas berpic dan tidak
berpic. Penerokaan bunyi dan aplikasi pemilihan dan perimbangan alat,
membuat skor mudah dan aktiviti perkusi.

Topik 5 memperkenalkan permainan alat melodian. Tiupan penjarian dan


penjagaan. Latihan skala, melodi kanak-kanak, bermain secara solo, berpasangan
dan ensambel.

Topik 6 menerangkan tentang alat rekoder, jenis rekoder, teknik tiupan dan
penjarian, melodi asas dan latihan lagu dan melodi.

Topik 7 membincangkan asas pergerakan dan apresiasi muzik iaitu pergerakan


fizikal, perkembangan motor, gerakan dan lirik lagu serta gerakan dan aktiviti.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan


kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Adler, S. (2002). How to write percussion. New York, NY: SZ Solomon.
Essa, E. L. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar
Learning.
Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir
with a short history of choral music. Tennessee, TN: Lightning Source.
Kamien, R. (2006). Music an appreciation. New York, NY: McGraw-Hill.
Kementerian Pendidikan (2002). Huraian sukatan pelajaran
Malaysia.
pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khairul Bariah, Yusri & Zaharah Manaf. (2009). Pengajaran muzik 1. Ed.ke-7.
Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.
Mastor Jarkaseh. (2007). Asas pendidikan muzik 1. Sabak Bernam, Malaysia:
Tabuh Emas.
Mayesky, M. (2002). Creative activities for young children (7th Ed.). New York,
NY: Thomson Delmar Learning.
Mohd Azam Sulong & Mastor Jarkaseh. (2009). Asas pendidikan muzik 2. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Mohd Azam Sulong & Mastor Jarkaseh. (2011). Asas pendidikan muzik 3. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Raja Azuan Nahar & Mohd Azam sulung. (2010). Pembelajaran dan pengajaran
koir. Ed.ke-10. Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada
30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,

Copyright © Open
Copyright Open University
University Malaysia
Malaysia (OUM)
(OUM)
xiv  PANDUAN KURSUS

SpringerLink, Books247, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary


Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Asas Muzik I
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti not klef treble dan bes pada garis dan ruang;
2. Menyatakan nilai not dan tanda rehat serta tanda masa; dan
3. Menghuraikan konsep skel major dan harmonik minor.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa setiap baluk dalam muzik mempunyai lima garisan dan
empat ruang. Ia seperti sebelah tangan anda yang mempunyai lima jari dan di
antara jari itu mempunyai empat ruang. Dalam menghasilkan nota muzik, baluk
digunakan. Baluk terdiri daripada lima garisan selari. Setiap garisan dan
ruangan antara garisan mewakili pic tertentu mengikut urutan.

AKTIVITI 1.1
Mengapa klef trebel juga dipanggil klef G dan klef bes dipanggil klef F.
Bincangkan dengan tutor anda.

1.1 NOT-NOT DALAM KLEF TREBEL DAN BES


Setiap not mempunyai nilai sama ada pendek atau panjang bunyinya. Barangkali
anda fahami panjang bunyi setiap detik. Ia dikenali sebagai not krocet. Satu not
krocet mempunyai nilai satu detik. Begitu juga jika tanda rehat krocet memberi
makna satu detik itu tidak mempunyai bunyi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

(a) Garis dan Ruang


Setiap baluk dalam penulisan nota muzik mempunyai lima garisan dan
empat ruang. Ia dapat dilihat seperti Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Baluk

Jika anda dapat bandingkan antara not di garisan dan not di ruang pada
mata kibod atau piano, anda akan dapat memainkan setiap not tersebut
dengan tepat (lihat Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Not muzik dalam baluk dan kedudukannya pada mata kibod

(b) Klef Trebel dan Bes


Not muzik ditentukan oleh klef. Mastor Jarkaseh (2007) menyatakan klef
trebel digunakan untuk menempatkan pic sederhana dan tinggi. Skor alat
muzik yang menggunakan klef ini termasuklah flut, trumpet, rekoder,
glokenspil dan klarinet.

Klef trebel juga dikenali dengan klef G kerana klef ini dihasilkan bermula
dari garisan kedua, iaitu pic G (lihat Rajah 1.3).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  3

Rajah 1.3: Kedudukan klef trebel dalam baluk

Bes adalah istilah yang digunakan bagi pic aras rendah dalam muzik. Suara
bes dalam ensembel koir adalah suara paling rendah. Ia dinyanyikan oleh
lelaki dewasa kerana alat vokal mereka sesuai untuk menghasilkan pic
rendah dengan baik. Gitar bes adalah gitar yang menghasilkan bunyi pic
yang rendah. Sebab itu gitar bes mempunyai tali yang lebih tebal kerana
ianya sesuai menghasilkan pic yang rendah.

Klef bes pula dikenali dengan klef F kerana dihasilkan bermula pada
garisan kedua di atas iaitu pic F.

(c) Not di Garisan


Not di garisan berbeza pada setiap klef. Not di garisan pada klef trebel
tidak sama dengan klef bes. Sebagai contoh not di garisan pada kleftrebel
ditunjukkan dalam baluk di bawah ini.

Ia berbeza sama sekali dengan not di garisan pada klef bes seperti yang
ditunjukkan dalam baluk di bawah ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

(d) Not di Ruang


Not di ruang berbeza pada setiap klef. Not di ruang pada klef trebel tidak
sama dengan klef bes. Sebagai contoh not di ruang pada klef trebel
ditunjukkan dalam baluk di bawah ini.

Ia berbeza sama sekali dengan not di ruang pada klef bes seperti yang
ditunjukkan dalam baluk di bawah ini.

(e) C Tengah
Tahukah anda mengapa C tengah berada antara baluk klef trebel dan bes.
Sila anda rujuk not di bawah ini dan kedudukan C tengah di antara dua
baluk tersebut.

(f) Tanda Kromat


Selain not biasa yang terdapat di garisan ataupun di ruang, terdapat not
yang mempunyai tanda kromat. Tanda kromat ialah Syap (#) dan flet (b)
iaitu pic yang dinaikkan atau diturunkan setengah ton atau semiton dari
asal. Oleh itu, pic tersebut bukan lagi pic asal seperti C, D, E, F, G, A dan B.
Satu tanda kromat adalah tanda neutral (J) yang bermaksud dimainkan ke
pic atau not asal.

(g) Tanda Kromat Syap (#)


Anda masih ingatkah apa yang dimaksudkan dengan tanda kromat syap
(#)? Tanda ini memberi maksud pic atau not tersebut perlu dinaikkan satu
semiton atau setengah ton lebih tinggi daripada not asal. Sebagai contoh,
not F mempunyai tanda # di depannya, maka not tersebut adalah F#.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  5

(h) Tanda Kromat Flet (b)


Anda masih ingatkah apa yang dimaksudkan dengan tanda kromat flet (b)?
Tanda ini memberi maksud pic atau not tersebut perlu diturunkan satu
semiton atau setengah ton lebih rendah daripada not asal. Sebagai contoh
not E mempunyai tanda b di depannya, maka not tersebut adalah Eb.

(i) Tanda Kromat Neutral (J)


Anda pernah dengar tanda kromat neutral (J). Tanda ini memberi maksud
pic atau not tersebut perlu dimainkan kepada not asal. Sebagai contoh
dalam satu bar mempunyai dua not Eb dan E neutral atau not E neutral
pada tanda nada yang mempunyai Eb seperti yang ditunjukkan dalam
keratan skor di bawah ini. Oleh itu not tersebut perlu dimainkan pada not
E asal.

Keratan skor menunjukkan tanda kromat neutral tanpa tanda nada

Keratan skor menunjukkan tanda neutral kromat dengan tanda nada

AKTIVITI 1.2

Namakan not yang terdapat di garisan dan not di ruang baluk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

1.2 IRAMA DAN ELEMEN MASA


Menurut Mastor Jarkaseh (2007), elemen irama dan elemen masa sangat
berkaitan rapat dengan detik muzik. Detik muzik akan sentiasa wujud selagi
sesebuah lagu belum tamat. Detik muzik dapat anda rasai semasa anda
menghayati muzik. Detik muzik boleh diibaratkan seperti nadi yang berdenyut
pada setiap manusia yang hidup. Adakalanya nadi kita berdetik laju. Anda boleh
merasai detik muzik dengan cara menepuk tangan sambil mendengar lagu yang
anda dengar.

Ada masanya dalam sesebuah lagu, ada alat muzik yang berhenti bermain tetapi
ada alat muzik bermain dalam detik yang sama, oleh itu alat muzik yang
berhenti itu kita boleh katakan ketika itu ianya berehat dalam detik tertentu.
Kelajuan detik muzik ini juga dipanggil tempo. Kelajuan detik muzik ini
mungkin berbeza antara sesebuah lagu. Dalam kebiasaannya tempo dalam
sesebuah lagu adalah sekata tetapi ada juga sesetengah lagu mempunyai banyak
tempo.

Ada sesetengah komposer menghasilkan sesebuah komposisi yang mempunyai


banyak perubahan tempo lagu. Ada yang dipanggil ansur cepat dan ada juga
dipanggil ansur lambat. Irama adalah elemen asas dalam konsep muzik,
penggunaan not dan tanda rehat dalam sebuah lagu. Corak atau pola irama
ialah kedudukan dan susunan iramanya di dalam sesuatu gubahan muzik yang
berkaitan dengan elemen irama. Terdapat faktor berkaitan seperti detik, tekanan,
tempo masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan
bunyi. Gabungan not dan tanda rehat yang tersusun menghasilkan pola irama
atau corak irama tertentu dalam kelajuan yang telah ditetapkan.

(a) Nilai Not dan Tanda Rehat


Nilai not dalam muzik mempunyai nilai panjang pendek bunyi. Setiap not
diwakilkan dengan lambang tertentu sama ada lambang untuk bunyi
ataupun senyap dalam detik tertentu. Satu not mewakili satu bunyi atau
senyap. Sejak dulu lagi manusia telah mencipta lambang bagi
menunjukkan bunyi ataupun senyap supaya lambang ini boleh dikongsi
dan difahami oleh orang lain.

Sebagai contoh, lambang atau notasi muzik yang telah lama digunakan
oleh orang yang mempelajari muzik adalah seperti Rajah 1.4 (a) dan (b).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  7

Rajah 1.4 (a):Lambang dan notasi muzik lama

Rajah 1.4 (b): Lambang dan notasi muzik lama

Semibrif adalah not yang mempunyai nilai asas sebanyak empat detik.
Semibrif yang dibahagi dua akan menjadi not minim. Not minim yang
dibahagi dua menjadi not krocet. Not krocet yang dibahagi dua akan jadi
not kuaver. Not kuaver yang dibahagi dua menjadi not semikuaver. Not
semibrif dipanggil whole note atau not penuh. Not minim dipanggil half
note manakala not krovet dipanggil quarter note ataupun not perempat.
Jadual 1.1 menunjukkan carta not dan tanda rehat serta nama setiap nota
bagi United Kingdom dan Amerika.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

Jadual 1.1: Carta Not dan Tanda Rehat bagi United Kingdom dan Amerika

(b) Tanda Masa dan Meter


Dalam sesebuah skor lagu terdapat not dan juga tanda rehat. Not dan tanda
rehat ini ditulis mengikut kiraan yang tertentu yang dipanggil meter.
Terdapat berbagai jenis meter seperti meter duaan, tigaan, empatan dan
lain-lain lagi. Sebagai contoh dalam meter 2-an, kaedah pengiraan dalam
detik adalah seperti berikut:

1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 ..... dan seterusnya

Kiraan meter 3-an pula adalah seperti berikut:

1 2 3 1 2 3 1 2 3 ..... dan seterusnya

Kiraan meter 4-an pula adalah seperti berikut:

1 2 3 4 1 2 3 4 ..... dan seterusnya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  9

Kebiasaannya detik pertama dibunyikan lebih kuat dari lain-lain detik


untuk menimbul mood yang tertentu. Ianya dipanggil accent atau tekanan.

Tanda masa merupakan satu simbol yang menggambarkan kiraan semasa


menyanyi atau bermain alat muzik dalam setiap bar. Ia digunakan untuk
mengawal kelajuan sesebuah lagu yang dimainkan. Tanda masa ialah
penunjuk jenis dan bilangan not dalam sesebuah bar. Ianya ditulis dua
nombor secara menegak (nombor atas dan bawah) yang menunjukkan
meter dan jenis not yang menerima kiraan satu detik. Nombor di atas
menunjukkan meter manakala nombor di bawah menunjukkan jenis not.
Contohnya dalam baluk di bawah ini.

Tanda masa ditulis selepas tanda klef berada di awal dalam bar pertama
sesebuah skor lagu. Rajah 1.5 menunjukkan jenis tanda masa yang selalu
digunakan dalam skor lagu.

Rajah 1.5: Jenis tanda masa

(c) Corak Irama


Mari kita belajar menyebut pola irama bersama-sama. Menerusi carta pola
irama di Jadual 1.2, anda akan belajar mengira irama yang dipanggil Italian
Count.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

Jadual 1.2: Irama ItalianCount

Simbol Notasi Nama Irama Nama Notasi

ta Quarter

ta-ti Eighth

--- Rehat Quarter

tika-tika Sixteenth

too Half

ti-tika Eighth + Sixteenth

tika-ti Sixteenth + Eighth

tum-ti Quarter bertitik + Eighth

syn-co-pa Eighth + Sixteenth + Eighth

tim-ka Eighth bertitik + Sixteenth

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  11

AKTIVITI 1.2

1. Anda kaji keratan skor lagu di bawah ini. Anda boleh lihat corak
irama yang berulang-ulang. Cuba anda tepuk corak irama ini.

2. Latihan corak irama. Cuba anda menyebut corak irama


dalam sebutan Italian Count seperti dalam jadual muka surat
di sebelah.

3. Cari pasangan anda, salah seorang dari kamu hendaklah


menepuk detik dan seorang lagi menepuk corak irama yang
diberikan. Selepas itu tukar peranan kamu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

(d) Not Bertitik


Not bertitik di sebelah kanan dalam skor lagu memberi maksud tambahan
1/2 nilai kepada not berkenaan iaitu not sebelumnya. Not minim bertitik
bermaksud 2 + 1 detik, iaitu 3 detik. Not krocet bertitik pula bermaksud 1
detik + 1/2 detik, iaitu sama nilai dengan satu setengah detik (lihat Rajah
1.6).

Rajah 1.6: Not bertitik

Cuba anda perhatikan keratan skor di bawah ini. Not ditandakan itu
adalah not bertitik.

1.3 SKEL
Di dalam subtopik ini, kita akan mempelajari tentang skel. Kita akan mulakan
dengan konsep skel, skel major dan diakhiri dengan skel harmonik minor.

(a) Konsep Skel


Skel atau tangga nada ialah suatu susunan not dengan pic tertentu. Skel
digunakan bagi memudahkan penerangan dan latihan persediaan
memainkan skor muzik. Terdapat beberapa jenis skel asas dalam muzik
iaitu major dan minor.

Terdapat tiga jenis skel minor iaitu minor neutral, minor harmonik dan
minor melodik. Konsep skel diatonik mempunyai sebanyak lapan not di
mana not pertama dan not kelapan adalah sama. Not pertama hingga not
kelapan dipanggil satu oktaf. Satu oktaf merupakan satu skel lengkap. Skel
mestilah disusun secara menaik atau menurun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  13

(b) Skel Major


Dalam skel major, not ketiga hingga not keempat dan not ketujuh hingga
not kelapan mempunyai jeda semiton manakala yang lain-lain adalah satu
ton.

Jarak antara not ke not dalam skel major menaik adalah seperti berikut:
Jarak not 1 ke not 2 adalah satu ton
Jarak not 2 ke not 3 adalah satu ton
Jarak not 3 ke not 4 adalah setengah ton
Jarak not 4 ke not 5 adalah satu ton
Jarak not 5 ke not 6 adalah satu ton
Jarak not 6 ke not 7 adalah satu ton
Jarak not 7 ke not 8 adalah setengah ton

Jarak antara not ke not dalam skel major menurun adalah seperti berikut:
Jarak not 1 ke not 2 adalah setengah ton
Jarak not 2 ke not 3 adalah satu ton
Jarak not 3 ke not 4 adalah satu ton
Jarak not 4 ke not 5 adalah satu ton
Jarak not 5 ke not 6 adalah setengah ton
Jarak not 6 ke not 7 adalah satu ton
Jarak not 7 ke not 8 adalah satu ton

Berikut adalah skel major menaik:

Berikut adalah skel major menurun:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

Contoh lagu yang menggunakan tanda nada major:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  15

(c) Skel Harmonik Minor


Dalam skel A minor harmonik, not ketujuh dinaikkan sebanyak satu
semiton. Not ketujuh asal dalam skel A minor harmonik ialah G syap.
Tanda kromat syap digunakan untuk menaikkan pic G sebanyak satu
semiton. Minor Harmonik mempunyai semiton pada not ke 2-3, 5-6 dan
7-8.

Jarak antara not ke not dalam skel harmonik minor menaik adalah seperti
berikut:
Jarak not 1 ke not 2 adalah satu ton
Jarak not 2 ke not 3 adalah setengah ton
Jarak not 3 ke not 4 adalah satu ton
Jarak not 4 ke not 5 adalah satu ton
Jarak not 5 ke not 6 adalah setengah ton
Jarak not 6 ke not 7 adalah satu ton
Jarak not 7 ke not 8 adalah setengah ton

Jarak antara not ke not dalam skel harmonik minor menurun adalah seperti
berikut:
Jarak not 1 ke not 2 adalah setengah ton
Jarak not 2 ke not 3 adalah satu ton
Jarak not 3 ke not 4 adalah setengah ton
Jarak not 4 ke not 5 adalah satu ton
Jarak not 5 ke not 6 adalah satu ton
Jarak not 6 ke not 7 adalah setengah ton
Jarak not 7 ke not 8 adalah satu ton

Berikut adalah skel A harmonik minor menaik.

Skel A harmonik minor menurun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

Contoh skor lagu dalam tanda nada minor:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 ASAS MUZIK I  17

AKTIVITI 1.5
Cuba anda nyanyikan skala C Major menaik

 Nilai not dalam muzik mempunyai nilai panjang pendek bunyi.

 Minor Harmonik mempunyai semiton pada not ke 2-3, 5-6 dan 7-8 .

 Dalam skel major, not ketiga ke not keempat dan not ketujuh ke not kelapan
mempunyai jeda semiton manakala yang lain-lain adalah satu ton.

 Dalam visual not bertitik di sebelah kanan dalam skor lagu adalah memberi
maksud tambahan 1/2 nilai kepada not berkenaan iaitu not sebelumnya.

 Not muzik ditentukan oleh klef.

 Ada beberapa klef yang digunakan dalam muzik. Antaranya adalah klef
treble dan klef bes.

 Klef trebel dikenali sebagai klef G.

 Klef bes dikenali sebagai klef F.

Corak irama Not di garisan


Klef bes Not di ruang
Klef trebel Skel major harmonik menaik dan menurun
Meter Skel minor harmonik menaik dan menurun
Not bertitik Tanda masa

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 ASAS MUZIK I

Essa, E. L. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar


Learning.
Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir
with a short history of choral music. Tennessee, TN: LightningSource.
Kamien, R. (2006). Music an appreciation. New York, NY: McGraw-Hill.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran
pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khairul Bariah, Yusri, & Zaharah Manaf. (2009). Pengajaran Muzik 1. Ed.ke-7.
Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.
Mastor Jarkaseh. (2007). Asas pendidikan muzik 1. Sabak Bernam, Malaysia:
Tabuh Emas.
Mayesky, M. (2002). Creative activities for young children (7th ed.). New York,
NY: ThomsonDelmarLearning.
Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2009). Asas pendidikan muzik 2. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2011). Asas pendidikan muzik 3. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Raja Azuan Nahar, & Mohd Azam sulung. (2010). Pembelajaran dan pengajaran
koir. Ed.ke-10. Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Asas Muzik II
2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep harmoni asas, triad dan kedudukan perdu;
2. Menjelaskan kord asas dalam nada major, fungsi kord dan kord asas
dalam nada syap dan flet; dan
3. Menyatakan istilah dan isyarat tempo, dinamik dan ekspresi.

 PENGENALAN
Perkataan harmoni adalah berasal dari perkataan Greek, iaitu harmonia yang
bermaksud penerimaan atau persetujuan antara dua pihak. Secara umumnya
harmoni bermaksud sesuatu yang dapat diterima secara logik oleh kebanyakan
orang. Dalam muzik, harmoni ialah adunan dua atau lebih pic yang dibunyikan
secara bersama dan menghasilkan bunyi yang secara asasnya boleh diterima.

SEMAK KENDIRI 2.1

Cuba anda jelas apakah konsep harmoni dalam muzik?

2.1 HARMONI ASAS


Setiap not mempunyai nilai sama ada pendek atau panjang bunyinya. Barangkali
anda fahami panjang bunyi setiap detik. Ia dikenali sebagai not krocet. Satu not
krocet mempunyai nilai satu detik. Begitu juga jika tanda rehat krocet memberi
makna satu detik itu tidak mempunyai bunyi. Muzik adalah seni daripada
gabungan bunyi yang pelbagai. Ada bunyi pic rendah dan ada pic yang tinggi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 ASAS MUZIK II

Ada bunyi panjang dan ada bunyi yang pendek. Ada kalanya hanya satu bunyi
kedengaran dalam satu masa. Ada kalanya pula banyak bunyi kedengaran
dalam satu masa. Sebuah lagu hari ini biasanya mempunyai banyak bunyi
kedengaran dalam satu masa.

(a) Konsep Harmoni


Harmoni dalam muzik terhasil apabila beberapa jenis bunyi yang
bersefahaman, iaitu mengikut peraturan asas muzik dimainkan dalam satu
masa. Tempo dan nada yang sama adalah peraturan paling asas untuk
menghasilkan muzik yang harmoni. Harmoni ialah gabungan beberapa
suara yang dibunyikan serentak.

Tekstur adalah bilangan jenis bunyi atau suara. Selalunya perkataan tebal
atau nipis digunakan sebagai asas menjelaskan tekstur. Muzik yang
mempunyai banyak jenis alat muzik dikatakan mempunyai tekstur yang
tebal. Nyanyian solo yang hanya diiringi piano dikatakan mempunyai
tekstur yang nipis. Tekstur selalunya dikaitkan dengan harmoni. Harmoni
terhasil daripada tekstur bunyi yang indah didengar.

(b) Tonik Triad


Secara teori, triad adalah sekumpulan tiga pic yang diambil mengikut
susunan not 1 ă 3 ă 5 tertentu daripada satu skel muzik. Fungsi triad adalah
sebagai asas bagi mengharmonikan melodi lagu.

Secara praktiknya, triad disebut sebagai kord. Kord boleh dimainkan


menggunakan alat muzik yang dapat memainkan lebih dari satu pic dalam
satu masa seperti gitar,piano dan kibod.

Triad mengandungi tiga not, dikenali dengan root atau perdu sebagai asas,
kemudian ditambah not ketiga dan kelima (lihat Rajah 2.1).

Rajah 2.1: Triad

Kedudukan Perdu (Root)


Not perdu atau root akan menentukan nama atau huruf triad. Contoh, jika
root adalah tonik, maka triad tersebut dinamakan triad tonik. Jika root ialah
dominan, maka triad akan dinamakan triad dominan. Contoh berikut
adalah triad dalam nada G minor papan kibod.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS MUZIK II  21

Berikut adalah triad G minor perdu atau root dalam baluk.

Cuba anda lihat skor lagu berikut iaitu kord yang dimainkan semua dalam
kedudukan perdu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 ASAS MUZIK II

AKTIVITI 2.1
Dapatkan sebuah skor lagu rakyat yang mempunyai 16 bar. Anda
dikehendaki mengiringi lagu tersebut dengan kord asas dalam
kedudukan perdu.

2.2 KORD ASAS


Di dalam subtopik ini, kita akan mempelajari tentang konsep dan fungsi kord.
Seterusnya, kita akan mengupas kord asas dalam major dan kord asas dalam
minor harmonik.

2.2.1 Konsep dan Fungsi Kord


Penggunaan kord dalam sesebuah lagu adalah bertujuan memberi kesan
harmoni kepada melodi. Sesebuah melodi adalah berasaskan skel tertentu sama
ada skel major atau skel minor. Oleh yang demikian, kord yang akan digunakan
juga haruslah daripada skel yang sama.

Konsep penggunaan dan pergerakan kord dalam nada minor adalah sama
dengan melodi bernada major. Penggunaan kord asas juga sama, yang berbeza
adalah kualiti kord i dan iv. Dalam nada minor, kord i dan iv adalah bersifat
minor tetapi dalam tangga nada major, kord I dan V adalah dalam kualiti major.

Dalam menentukan kord sesuai yang boleh digunakan dalam sesebuah melodi,
anda boleh mengenal pasti perkara berikut:
(a) Nada lagu terlebih dahulu;
(b) Tentukan jenis pergerakan kord yang hendak digunakan berdasarkan
kepada melodi lagu tersebut; dan
(c) Tentukan kaden yang sesuai untuk digunakan pada akhir frasa melodi
tersebut.

2.2.2 Kord Asas dalam Major


Kord asas dalam major adalah kord I, IV dan V. Semua kord ini mempunyai
kualiti major. Cuba anda perhatikan dalam skor berikut. Skor ini menunjukkan
kord asas dalam skala major. Kord asas adalah kord I, IV dan V. Sebagai contoh
dalam tangga nada C Major, kord I adalah C Major, kord IV adalah F Major dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS MUZIK II  23

kord V adalah G Major. Jadual 2.1 menunjukkan nombor kord major beserta
dengan interval.

Jadual 2.1: Kualiti Kord dalam Baluk

Nama Kord Interval


Kord No.
Kualiti (semiton)
I Major 4+3
IV Major 4+3
V Major 4+3

Lain-lain kord ditunjukkan dalam skor berikut.

Kualiti kord atau triad jika anda lihat dalam baluk tersebut adalah seperti dalam
Jadual 2.2:

Jadual 2.2: Kualiti Kord dalam Baluk

Nama Kord Interval


Kord No.
Kualiti (semiton)
I Major 4+3
ii Minor 3+4
iii Minor 3+4
IV Major 4+3
V Major 4+3
vi Minor 3+4
vii Diminish 3+3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 ASAS MUZIK II

2.2.3 Kord Asas dalam Minor Harmonik


Kord asas dalam minor harmonik sama juga dengan major. Cuma berbeza dari
segi kualiti. Kord asas dalam minor adalah kord i adalah minor, kord iv adalah
minor dan kord V adalah major. Sebagai contoh dalam tangga nada A minor,
kord I adalah A minor, kord iv adalah D minor dan kord V adalah E Major.

Kord asas dalam minor harmonik ditunjukkan dalam skor dan Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Kualiti Kord dalam Baluk

Nama Kord Interval


Kord No.
Kualiti (semiton)
i Minor 3+4
iv Minor 3+4
V Major 4+3

Secara keseluruhannya kualiti kord dalam minor harmonik adalah seperti yang
ditunjukkan dalam skor dan Jadual 2.4.

Jadual 2.4: Kualiti Kord dalam Baluk

Nama Kord Interval


Kord No.
Kualiti (semiton)
i Minor 3+4
ii Dimished 3+3
III Major 4+3
iv Minor 3+4
V Major 4+3
VI Major 4+3
vii Diminished 3+3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS MUZIK II  25

2.3 ISTILAH DAN ISYARAT


Subtopik ini akan membincangkan beberapa istilah dan syarat yang terdapat
dalam muzik. Antaranya ialah tempo, ekspresi dan dinamik.

2.3.1 Tempo
Tempo adalah istilah yang menunjukkan kelajuan detik. Tempo yang cepat
mempunyai detik yang cepat. Tempo lambat pula mempunyai detik yang
lambat. Panjang atau pendeknya sesuatu bunyi diukur menggunakan detik.
Lambang yang menunjukkan panjang atau pendeknya bunyi itu dapat dikenali
dengan merujuk kepada bentuk not. Muzik yang cepat dikaitkan dengan
perasaan bersemangat, gembira dan bertenaga. Tempo yang lambat pula sering
dikaitkan dengan perasaan sedih, muram dan tenang.

Berikut beberapa istilah berkaitan tempo:

Grave : Tempo sangat lambat.


Lento @ Largo : Tempo lambat.
Larghetto : Tempo cepat sedikit daripada largo.
Adagio : Sederhana lambat.
Andante : Tempo detik seperti orang berjalan.
Andantino : Tempo cepat sedikit daripada tempo andante.
Allegretto : Tempo lambat sedikit daripada tempo allegro.
Allegro : Tempo cepat.
Vivace : Riang.
Presto : Tempo sangat cepat.

Di dalam skor lagu, penanda tempo diletakkan paling atas sebelah kiri. Ada
sesetengah komposer hanya meletakkan dengan terminologi seperti andante,
presto dan sebagainya. Ada sesetengah komposer hanya menulis krocet= 120 per
minit seperti yang boleh lihat dalam keratan skor lagu berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 ASAS MUZIK II

Penanda tempo yang menggunakan terminologi atau istilah muzik boleh anda
lihat seperti keratan skor berikut.

AKTIVITI 2.2
Cuba anda buat latihan nyanyian menggunakan multi-tempo dalam satu
lagu berikut. Lagu ini mempunyai empat tempo yang berbeza. Mohon
bantuan rakan anda untuk menepuk detik lagu ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS MUZIK II  27

2.3.2 Ekspresi
Ekspresi merupakan ciri muzikal yang sangat mempengaruhi sesuatu
persembahan muzik sama ada dalam bentuk nyanyian mahupun instrumental.
Ciri muzikal tersebut adalah dinamik, istilah dan tanda isyarat. Hasil dari aktiviti
bermuzik mengikut ciri-ciri ekspresi akan menghasilkan sebuah karya yang
hebat dan hidup. Ia boleh diinterpretasikan dengan cara tersendiri oleh guru
muzik.

Rajah 2.2: Skor lagu yang mengandungi tanda ekspresi crescendo dan decrescendo

Terminologi atau istilah muzik seperti crescendo dan decrescendo merupakan


antara tanda-tanda ekspresi yang sering dipraktikkan dalam persembahan
muzik. Pengaplikasian tanda ekspresi ini mampu menghasilkan satu
persembahan yang menarik, ada jiwa dan ada komunikasi dua hala antara
pemuzik dan penonton.

(a) Crescendo
Crescendo adalah bunyi dari lembut kepada kuat secara beransur-ansur
(lihat Rajah 2.2). Sebagai contoh semasa anda menyanyi, suara terhasil
secara lembut dan perlahan-lahan menambah kekuatan fokus dan tekanan
udara sehingga bertambah kuat secara beransur-ansur.

(b) Decrescendo
Decrescendo adalah bunyi dari kuat atau keras kepada lembut secara
beransur-ansur (lihat Rajah 2.2). Sebagai contoh semasa anda menyanyi,
suara terhasil secara keras atau kuat dan perlahan-lahan mengurangkan
bunyi fokus dan tekanan udara sehingga lembut secara beransur-ansur.
Pada ketika ini, pertahankan resonansi rongga yang terbuka dan stabil.
Hindari perlakuan anda untuk menjadi relaks pada saat tekanan udara
menurun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 ASAS MUZIK II

2.3.3 Dinamik
Dinamik adalah kadar kekuatan sesuatu bunyi dalam permainan muzik.
Kekuatan sesuatu bunyi adalah berkaitan dengan amplitud getaran yang
menghasilkan bunyi. Semakin kuat anda memetik tali gitar, semakin kuat
bunyi dihasilkan. Apabila alat muzik dimainkan lebih kuat atau lebih lembut
atau apabila bilangan alat muzik dimainkan secara serentak, dinamik berubah.
Perubahan aras kekuatan bunyi ini boleh secara serta merta atau secara
berperingkat. Perubahan kekuatan secara berperingkat pada kebiasaannya
membangkitkan perasaan gembira. Perubahan semakin lembut pula membawa
perasaan tenang.

Ada sesetengah muzik dimainkan dengan kuat dan ada juga muzik dimainkan
dengan perlahan. Dalam muzik istilah perlahan tidak digunakan kerana ia boleh
mengelirukan sama ada dinamik atau pun tempo. Bunyi yang perlahan disebut
sebagai bunyi lembut. Dengan kata lain, dinamik adalah perkara yang berkaitan
dengan bunyi kuat atau lembut dalam permainan muzik. Aras dinamik ini
dinyatakan dalam sesebuah skor lagu menggunakan simbol yang tertentu.

Antaranya adalah seperti berikut:


p piano yang bermaksud lembut.
f forte yang bermaksud kuat.
ppp pianississimo bermaksud sangat lembut.
pp pianissimo bermaksud sangat lembut.
mp mezzopiano bermaksud sederhana lembut.
mf mezzoforte bermaksud sederhana kuat.
ff portissimo bermaksud sangat kuat.
fff portississimo bermaksud sangat kuat.
sfz sforzando bermaksud kuat, kemudian (secara tiba-tiba) diikuti
lembut.

Tanda aras dinamik diletakkan dalam skor lagu pada not tertentu mengikut
kehendak sesebuah lagu oleh penggubahnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS MUZIK II  29

Cuba anda menyebut u..... o....... u...... o...... secara panjang-panjang. Mula-mula
lakukan dengan suara yang lembut dan perlahan-lahan semakin kuat seperti
uuuuu.... ooooo..... uuuuuuu...... ooooooo....

Untuk menyatakan suara lembut atau kuat, anda boleh menggunakan tanda
dinamik. Tanda dinamik dituliskan pada bahagian skor lagu seperti dalam
keratan skor di atas.

Berdasarkan skor berikut, anda boleh mengisi tanda dinamik. Cuba anda buat
latihan terhadap lagu Lenggang Kangkung dengan tanda dinamik yang anda
ciptakan dengan sebaik mungkin.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 ASAS MUZIK II

AKTIVITI 2.3

Cuba anda buat latihan tanda dinamik dalam lagu yang terdapat dalam
skor berikut. Cuba perhatikan tanda ff, f, mf, p dan pp.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 ASAS MUZIK II  31

 Triad adalah tiga not atau pic yang dimainkan serentak. Not tersebut adalah
not pertama, not ketiga dan not kelima.

 Dinamik adalah kadar kekuatan sesuatu bunyi dalam permainan muzik.


Kekuatan sesuatu bunyi adalah berkaitan dengan amplitud getaran yang
menghasilkan bunyi.

 Ekspresi merupakan ciri muzikal yang sangat mempengaruhi sesuatu


persembahan muzik sama ada dalam bentuk nyanyian mahupun
instrumental.

 Tempo adalah istilah yang menunjukkan kelajuan detik.

 Kord asas dalam major adalah I, IV dan V. Kord I berkualiti major, kord IV
berkualiti major dan kord V berkualiti major.

 Kord asas dalam minor harmonik pula adalah i, iv dan V. Kord i berkualiti
minor, kord iv berkualiti minror dan kord V berkualiti major.

Dinamik Kord asas dalam minor


Ekspresi Tangga nada major
Harmoni Tangga nada minor
Kord Triad
Kord asas dalam major Tonik/Root/Perdu

Abdul Fatah Karim. (1999). Panduan harmoni asas dalam muzik. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.
Benward, B., & Kolosick, T. (2009). Ear training (7th ed.). NewYork, NY:
McGraw-Hill.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 ASAS MUZIK II

Cleland, K. D., & Dobrea-Grindahl, M. (2010). Developing musicianship through


aural skills: A holistic approach to sight-singing and ear training. New
York, NY: Routledge.
Essa, E. L. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar
Learning.
Ghezzo, M. A., & Powell, M. (2005). Solfege, ear training, rhythm, dictation, and
music theory: A comprehensive course. Alabama, AL: University Alabama
Press.
Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir
with a short history of choral music. Tennessee, TN: Lightning Source.
Kamien, R. (2006). Music an appreciation. New York, Malaysia: McGraw-Hill.
Kementerian Pendidikan (2002). Huraian sukatan pelajaran
Malaysia.
pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khairul Bariah, Yusri, & Zaharah Manaf. (2009). Pengajaran muzik 1. Ed.ke-7.
Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.
Mastor Jarkaseh. (2007). Asas pendidikan muzik 1. Sabak Bernam, Malaysia:
Tabuh Emas.
Mayesky, M. (2002). Creative activities for young children (7th ed.). New York,
NY: Thomson Delmar Learning.
Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2009). Asas pendidikan muzik 2. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2011). Asas pendidikan muzik 3. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Raja Azuan Nahar, & Mohd Azam Sulong. (2010). Pembelajaran dan pengajaran
koir. Ed.ke-10. Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Nyanyian
3
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep harmoni asas, triad dan kedudukan perdu;
2. Menjelaskan kord asas dalam nada major, fungsi kord dan kord asas
dalam nada syap dan flet; dan
3. Menyatakan istilah dan isyarat tempo, dinamik dan ekspresi.

 PENGENALAN
Aktiviti nyanyian di peringkat sekolah dan prasekolah adalah dirancang dan
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang
seimbang daripada segi jasmani, rohani, intelek dan emosi selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui aktiviti ini akan
melahirkan murid yang berkemahiran, berpengetahuan dan berkeyakinan tinggi
dalam usaha mencapai objektif yang diimpikan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

Aktiviti nyanyian dalam kelas prasekolah sangat menyeronokkan. Melalui


aktiviti ini guru dapat mencungkil bakat dan potensi murid. Murid anda boleh
didedahkan dengan bermacam-macam jenis nyanyian seperti menyanyi
berdasarkan mood, menyanyi sambil membuat pergerakan dan menyanyi sambil
membuat gaya haiwan.

Secara umumnya aktiviti nyanyian dijalankan di dalam kelas adalah untuk


mempertingkatkan bakat dan minat murid dalam muzik, menjana kemahiran
insaniah, kemahiran mengaplikasikan teknik nyanyian dengan betul, melatih
murid untuk menyanyi dalam mood yang betul sama ada gembira, sedih,
bersemangat dan menyanyi mengikut aras dinamik dan ekspresif yang tepat.
Aktiviti nyanyian boleh dijalankan dengan cara membuat ÂhummingÊ mengikut
melodi lagu dengan iringan muzik ataupun tanpa muzik.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
34  TOPIK 3 NYANYIAN

AKTIVITI 3.1

Buat koleksi lagu kanak-kanak yang boleh anda peroleh dari dalam talian.

3.1 FUNGSI, JENIS DAN CIRI-CIRI LAGU


Menyanyi ialah satu kegiatan yang amat menyenangkan. Murid anda pastinya
menyanyi di mana-mana saja sama ada di kelas mahupun semasa bermain
dengan kawan-kawan sama ada lagu kanak-kanak, lagu rakyat, lagu kebangsaan
dan juga lagu pop semasa. Ya, mereka menyanyi dengan perasaan yang gembira
walaupun ia tidak menepati daripada segi kualiti. Oleh itu, sebagai guru, kita
boleh membantu murid menyanyi dengan baik. Anda boleh membimbing murid
agar menyanyi dengan nada yang tepat, irama yang betul, tempo yang tetap dan
pengucapan yang baik. Pengucapan yang baik juga dipanggil artikulasi. Ia boleh
dikatakan sebagai menyanyi dengan nada yang jelas.

3.1.1 Fungsi Lagu


Lagu mempunyai banyak fungsinya. Roiyan Kurniawan (2013) telah
menyenaraikan tiga fungsi utama lagu sebagai media dalam kehidupan kita
seharian iaitu:

(a) Sebagai Media Pendidikan


Dalam proses belajar, muzik sangat berperanan dalam pembentukan
berfikir secara kreatif. Sebagai media pendidikan lagu yang dipilih harus
dapat memberi panduan, penghayatan jiwa dan budi pekerti yang bersifat
luhur. Sebagai contoh kita mengharapkan murid dapat diserapkan dengan
nilai murni. Nilai tersebut antara lainnya ialah mengakui keagungan
Tuhan, menghormati orang tua, cintakan tanah air dan berperilaku baik. Ia
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

(b) Sebagai Media Hiburan


Dalam media hiburan, lagu mempunyai ruang yang paling luas untuk
disiarkan kepada pendengar. Pelbagai genre muzik menjadi pilihan
termasuk lagu tradisional, lagu bersifat sinkretik, lagu rakyat, lagu pop
semasa, lagu patriotik, lagu kempen, lagu korporat dan lagu iklan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  35

(c) Sebagai Media Apresiasi


Menurut Roiyan Kurniawan (2013), lagu ialah satu bentuk santapan jiwa
yang perlu dinikmati dan dihayati kerana mempunyai unsur keindahannya
yang tersendiri. Sedap atau tidak ialah persoalan dan pilihan peribadi
peminatnya. Ada orang suka lagu balada dan ada orang suka lagu
tradisional.

3.1.2 Jenis Lagu


Pelbagai jenis lagu yang boleh didengari melalui media massa termasuklah
radio, televisyen dan Internet. Ketika belum ada teknologi penyiaran, lagu
disampaikan secara turun-temurun menerusi verbal dan hafalan. Terdapat
beberapa jenis lagu, antaranya seperti dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Jenis lagu

3.1.3 Ciri-ciri Lagu


Setiap jenis lagu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Berikut ialah ciri-ciri lagu
kanak-kanak, lagu kebangsaan atau patriotik, lagu rakyat dan lagu pop semasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 NYANYIAN

(a) Lagu Kanak-kanak


Lagu kanak-kanak ialah lagu yang diciptakan untuk mendidik. Lagunya
sederhana, frasanya tidak terlalu panjang dan mudah dihafal. Antara ciri-
ciri lagu kanak-kanak adalah seperti berikut:
(i) Memiliki bentuk yang sederhana dari segi renj dan kebiasaannya lagu
kanak-kanak tidak lebih dari satu oktaf;
(ii) Tema lagu disesuaikan dengan jiwa kanak-kanak yang tidak mengerti
bahasa figuratif;
(iii) Bahasa yang digunakan sederhana sehingga mudah dimengerti dan
difahami oleh kanak-kanak;
(iv) Lompatan nada tidak terlalu jauh; dan
(v) Isi lagu bersifat mendidik ke arah positif.

(b) Lagu Kebangsaan atau Patriotik


Lagu kebangsaan dan patriotik adalah bersifat patriotisme. Ia boleh
didefinisikan sebagai lagu mengenai kebanggaan dan cinta terhadap sesebuah
negara. Secara konvensionalnya, lagu patriotik mempunai rentak marching. Ia
menimbulkan mood yang bersemangat. Lagu patriotik juga dikenali sebagai
lagu perjuangan. Sebagai contoh, di masa negara dijajah, lagu bentuk ini
dinyanyikan bagi tujuan membangkitkan semangat perjuangan dan patriotik
melawan penjajah atau musuh negara.
(i) Lirik mendalam, bersemangat dan berunsurkan kecintaan kepada
negara;
(ii) Rentak yang bersemangat, biasanya berentak march;
(iii) Ada juga yang berentak perlahan tetapi muzik, melodi dan liriknya
yang menusuk kalbu;
(iv) Dinyanyikan dalam bentuk koir ataupun solo;
(v) Mempunyai bentuk yang pelbagai;
(vi) Julat suara yang agak luas;
(vii) Menggunakan skel diatonik sama ada minor atau major; dan
(viii) Digubah dalam bentuk orkestra.

(c) Lagu Rakyat


Lagu rakyat mempunyai melodi yang sangat menarik. Lagu rakyat
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Antara ciri-ciri lagu rakyat adalah
seperti berikut:
(i) Mencerminkan kehidupan dan budaya sesebuah masyarakat;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  37

(ii) Diajar secara lisan;


(iii) Tidak pasti pencipta lagu;
(iv) Bentuknya mudah, iaitu binari dan strofik;
(v) Setiap frasa lagu pendek;
(vi) Mempunyai melodi dan corak irama yang mudah dan berulang-
ulang;
(vii) Julat suara yang kecil;
(viii) Menggunakan skel yang mudah seperti pentatonik; dan
(ix) Seni kata menggunakan bahasa ibunda dan berulang-ulang

(d) Lagu Pop Semasa


Lagu pop mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada kanak-kanak.
Menurut Roiyan (2013), lagu pop ialah lagu yang sedang digemari atau
diminati oleh masyarakat pada saat tertentu atau dalam jangka masa waktu
tertentu. Antara ciri-ciri lagu pop semasa ialah:
(i) Sering kali disiarkan melalui media massa seperti radio, televisyen,
nada dering telefon, persembahan pentas dan Internet;
(ii) Disampaikan oleh ikon atau penyanyi kegemaran ramai yang
kebiasaannya terdiri anak-anak muda yang mempunyai karisma,
gaya berpakaian dan mengikut trend barat;
(iii) Lagu dalam bentuk balada dan rancak;
(iv) Melodi atau motifnya yang mudah diingat kerana ia lebih
menumpukan elemen pengulangan;
(v) Liriknya yang mudah dihafal dan dinyanyikan. Inti patinya tentang
cinta dan kehidupan anak-anak remaja;
(vi) Menggunakan alat muzik moden sebagai muzik iringan;
(vii) Diperniagakan melalui promosi dan kaedah pemasaran yang terkini;
(viii) Lagu pop semasa ialah lagu yang bertujuan untuk menghibur
pendengar dengan liriknya;
(ix) Tidak mempunyai bentuk yang tetap. Sering berubah mengikut arus
dan trend semasa;
(x) Bersifat sementara dan akan digantikan dengan lagu lain;
(xi) Mudah terkenal dan tenggelam; dan
(xii) Mengutamakan teknik penyajian dan kebebasan dalam menggunakan
ritma dan frasa.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
38  TOPIK 3 NYANYIAN

3.2 TEKNIK DAN KAEDAH


Sebelum menyanyi, beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti postur,
pernafasan, sebutan dan ton. Dalam nyanyian, tubuh badan kita berfungsi
sebagai alat muzik. Oleh itu, postur merupakan salah satu perkara utama dalam
pengeluaran suara yang betul dan ia mempengaruhi penguasaan vokal
seseorang penyanyi. Teknik vokal merangkumi cara pernafasan, mutu
pengeluaran dan keseluruhan nyanyian seseorang.

Terdapat dua cara postur semasa menyanyi, iaitu berdiri dan duduk. Secara
ringkasnya postur semasa menyanyi secara berdiri adalah seperti berikut:
(a) Hendaklah berdiri tegak;
(b) Kaki renggang sedikit;
(c) Imbangkan badan di kedua kaki dan keseluruhan anggota haruslah dalam
keadaan selesa;
(d) Letakkan tangan anda di sisi badan;
(e) Dada hendaklah ke hadapan dengan bahu ke belakang;
(f) Elakkan mengangkat bahu semasa menyanyi; dan
(g) Kepala pula hendaklah ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan.

Jika menyanyi secara duduk pula perlulah mematuhi cara-cara ini:


(a) Duduk tegak dengan kaki diregangkan;
(b) Pastikan kedua tapak kaki di atas lantai dalam keadaan selesa;
(c) Letakkan tangan anda di atas paha;
(d) Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi yang anda duduk;
(e) Jangan amal bersandar di kerusi semasa menyanyi;
(f) Dada hendaklah ke hadapan dengan bahu ke belakang;
(g) Elakkan dari mengangkat bahu semasa menarik nafas; dan
(h) Kepala hendaklah ditegakkan dan pandang lurus ke depan.

Pernafasan perlu dikawal dengan baik semasa menyanyi. Ia merupakan asas


kepada nyanyian yang baik. Semasa menyanyi, mulut dan kerongkong perlulah
dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak supaya dapat
menghasilkan ton yang lebih bertenaga dan lawas. Dalam nyanyian juga perlu
menghasilkan sebutan bunyi vokal dan konsonan yang jelas supaya ton yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  39

terhasil bertenaga, intensiti, berdinamik dan mampu menghasilkan mengikut


harkat (panjang dan pendek) yang tepat.

Untuk mengajar nyanyian dalam kelas prasekolah, anda boleh menggunakan


kaedah dan teknik berikut:
(a) Sebaris sebaris;
(b) Lirik bergambar atau ikon; dan
(c) Hafalan.

3.2.1 Sebaris Sebaris atau Frasa Demi Frasa


Menurut Khairul Bariah, et al. (2009), guru boleh menggunakan beberapa kaedah
dalam mengajar nyanyian kepada murid. Kaedah mengajar frasa demi frasa
merupakan dua kaedah yang paling disukai oleh murid. Dalam kaedah frasa
demi frasa pula, guru boleh mengambil langkah seperti yang disarankan, iaitu:
(a) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan;
(b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara ÂhummingÊ baris demi
baris;
(c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara
ÂhummingÊ;
(d) Mengajar murid membaca seni kata lagu;
(e) Membimbing murid menyanyi dengan seni kata lagu sebaris demi sebaris
dan berulang-ulang;
(f) Guru dan murid menyanyi lagu secara keseluruhan bersama- sama; dan
(g) Menyuruh murid menyanyi sendiri dengan iringan muzik dan tanpa
iringan muzik.

3.2.2 Lirik Bergambar


Menurut Christine Tan dan Janet Tan (2010) guru perlu menyanyi dengan kanak-
kanak secara individu yang menggabungkan rangsangan visual atau auditori
dengan sentuhan fizikal secara langsung. Oleh itu seseorang guru seharusnya
menggunakan bahan bergambar untuk mengajar murid menyanyi supaya murid
memahami apa yang anda ajar. Maksud di sini adalah inti pati lirik yang mereka
nyanyikan bersama guru dalam permainan jari atau permainan yang melibatkan
ungkapan muka. Guru boleh mengajar lagu yang lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar seperti boneka atau gambar yang relevan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 NYANYIAN

dan sesuai kepada murid yang berusia tiga hingga lima tahun. Lirik dengan
gambar juga boleh digunakan terutama untuk murid yang sudah tahu membaca
yang boleh anda temui pada peringkat umur enam tahun.

Sebagai contoh guru memilih lagu Ikan Kekek untuk diajar dalam kelas, guru
boleh mempamerkan beberapa keping gambar ikan kepada murid (lihat Rajah
3.2). Guru bersoal jawab dan bercerita dengan murid tentang pengetahuan sedia
ada mereka, minta mereka untuk berkongsi pengalaman mereka berkaitan ikan.

Rajah 3.2: Contoh gambar ikan


Sumber: http://kuyahejo.files.wordpress.com/2010/01/arwana-merah.jpg
http://imagizer.imageshack.us/a/img196/6905/mmj8.jpg
http://seribuinfo.files.wordpress.com/2013/08/ikan-cupang-2.jpg

Dan seterusnya guru memperkenalkan lagu Ikan Kekek. Semasa nyanyian di


bahagian lirik lagu yang menyebut „ikan‰ guru boleh mempamerkan gambar
ikan (lihat Rajah 3.2).

3.2.3 Hafalan
Antara langkah yang boleh anda ambil dalam mengajar lagu secara hafalan
adalah seperti berikut:
(a) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya;
(b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa
iringan muzik;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  41

(c) Membimbing murid menghafal lagu baris demi baris dengan sebutan yang
betul berulang kali sehingga tamat lagu itu;
(d) Guru membimbing murid menyanyi keseluruhan lagu secara ÂhummingÊ
atau sebutan vokal a, e, i, o, u secara berulang-ulang; dan
(e) Pelajar menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

AKTIVITI 3.1

Jelaskan ciri-ciri lagu rakyat. Berikan contoh lagu rakyat yang anda tahu.

3.3 JENIS NYANYIAN

Anda boleh memilih lagu yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran dan
pembelajaran prasekolah. Antara lagu tersebut adalah:
(a) Lagu kanak-kanak;
(b) Lagu kebangsaan atau patriotik;
(c) Lagu rakyat; dan
(d) Lagu semasa.

Setiap lagu dari kategori yang disebutkan mempunyai kekuatan dan menarik
minat murid untuk mempraktikkan sama ada secara langsung atau tidak.

(a) Lagu Kanak-kanak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 NYANYIAN

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  43

(b) Lagu Kebangsaan atau Patriotik


Lagu kebangsaan atau patriotik adalah bersifat patriotisme. Ia boleh
didefinisikan sebagai lagu mengenai kebanggaan dan cinta terhadap
sesebuah negara.

Lagu kebangsaan negara Malaysia ialah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 NYANYIAN

Contoh lagu yang dikategorikan sebagai lagu patriotik ialah:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  45

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 NYANYIAN

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  47

(c) Lagu Rakyat


Lagu rakyat mempunyai melodi yang sangat menarik.

Contoh lagu rakyat tempatan ialah:

Aktiviti yang boleh dijalankan melalui lagu tersebut adalah:


 Menyanyi sambil bertepuk tangan;
 Menyanyi sambil membuat pergerakan seperti ikan melalui tangan dan
tubuh badan; dan
 Menyanyi sambil ÂhummingÊ tanpa menyebut seni kata lagu.

Contoh lagu rakyat luar negara ialah:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 NYANYIAN

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  49

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 NYANYIAN

(d) Lagu Semasa


Lagu semasa juga dikenali sebagai lagu pop. Ia disampaikan oleh ikon yang
terkenal pada masa itu. Ikon ini mempunyai peminat yang tersendiri
daripada golongan kanak-kanak dan remaja. Lagu semasa ini sangat
popular. Ia dimainkan di media masa umum seperti radio dan televisyen.
Contoh lagu semasa ialah:

Contoh lagu pop semasa yang dikenali ramai iaitu Isabella nyanyian
kumpulan Search pada sekitar 1990an dan masih dimainkan sampai kini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  51

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 NYANYIAN

AKTIVITI 3.2

Bincangkan empat kategori lagu yang telah anda pelajari dari modul ini.

 Terdapat beberapa fungsi lagu iaitu media pendidikan, media hiburan dan
media apresiasi.

 Jenis lagu boleh dibahagikan kepada empat iaitu lagu kanak-kanak, lagu
patriotik, lagu rakyat dan lagu pop semasa.

 Lagu patriotik mempunyai lirik yang mendalam, bersemangat dan


berunsurkan kecintaan kepada negara.

 Lagu ini boleh dinyanyikan dalam bentuk koir mahupun solo dan
mempunyai bentuk yang pelbagai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 NYANYIAN  53

 Julat suara yang digunakan dalam lagu ini agak luas dan menggunakan skel
diatonik sama ada minor atau major.

 Lagu rakyat mencerminkan kehidupan dan budaya sesebuah masyarakat.

 Ia diajar secara lisan dan seni kata menggunakan bahasa ibunda yang
berulang-ulang dengan setiap frasa lagunya adalah pendek.

 Bentuk lagu ini adalah mudah iaitu binari dan strofik, mempunyai julat suara
yang kecil dan menggunakan skel yang mudah seperti pentonik.

 Lagu pop semasa sering kali disiarkan melalui media massa seperti radio,
televisyen, nada dering telefon, persembahan pentas dan Internet.

 Lagu ini disampaikan oleh ikon atau penyanyi kegemaran ramai.

 Lagu pop semasa biasanya dalam bentuk balada dan rancak. Ia mempunyai
melodi dan motif yang mudah diingati kerana terdapat elemen pengulangan,
cinta dan kehidupan anak remaja.

 Lagu jenis ini menggunakan alat muzik moden sebagai muzik iringan dan
sering berubah mengikut arus dan trend. Oleh yang demikian, lagu ini
mudah terkenal dan tenggelam.

 Lagu kanak-kanak memiliki bentuk yang sederhana dari segi renj dan tidak
melebihi satu oktaf.

 Lagu ini menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan
mendidik kanak-kanak ke arah positif.

Lagu kanak-kanak Lirik bergambar


Lagu patriotik Nyanyian baris demi baris
Lagu pop semasa Nyanyian hafalan
Lagu rakyat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 NYANYIAN

Essa, E. L. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar


Learning.

Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir


with a short history of choral music. Tennessee, TN: Lightning Source.

Kamien, R. (2006). Music an appreciation. New York, NY: McGraw-Hill.

Khairul Bariah, Yusri, & Zaharah Manaf. (2009). Pengajaran muzik 1. Ed.ke-7.
Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.

Mayesky, M. (2002). Creative activities for young children (7th ed.). New York,
NY: Thomson Delmar Learning.

Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2009). Asas pendidikan muzik 2. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.

Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2011). Asas pendidikan muzik 3. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.

Raja Azuan Nahar, & Mohd Azam Sulong. (2010). Pembelajaran dan Pengajaran
Koir. Ed.ke-10. Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.

Roiyan Kurniawan. (2013). Musik Nusantara: Jenis-jenis dan ciri-cirinya. Dicapai


dari http://roiyanali98.wordpress.com/2013/08/09/musik

Tan, C., & Tan, J. (2010). Music in early childhood education. Kuala Lumpur,
Malaysia: Open University Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Asas
4 Permainan
Alat Perkusi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan alat perkusi berpic dan tidak berpic;
2. Menjelaskan penerokaan bunyi iaitu bunyi lanjut, bunyi bergetar
dan detik; dan
3. Menghuraikan pengaplikasian pemilihan alat, pembinaan skor
perkusi mudah dan aktiviti permainan alat perkusi.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa kanak-kanak sangat gemar bermain alat muzik dengan
mengetuk-ngetuk? Oleh itu, mereka boleh memainkan alat perkusi sebagai alat
yang boleh menarik perhatian mereka di dalam kelas sama ada alat perkusi
berpic atau alat perkusi tidak berpic.

Alat perkusi boleh didefinisikan sebagai alat muzik yang dihasilkan dengan
cara diketuk, dipalu, digoncang, digores dan sebagainya yang bukan
konvensional bagi menghasilkan bunyi dalam pelbagai warna ton.

Alat perkusi yang dibekalkan di sekolah dan peringkat prasekolah terdiri


daripada tidak berpic seperti dram, tamborin, kastenet, kerincing, simbal tangan,
marakas, loceng dan kayu tik-tok.

AKTIVITI 4.1
Cuba anda senaraikan alat perkusi berpic dan alat perkusi tak berpic.
Apakah perbezaan antara kedua-dua kategori ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

4.1 PENGENALAN PERALATAN PERKUSI


Alat perkusi boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu alat perkusi berpic dan
alat perkusi tidak berpic.

4.1.1 Alat Perkusi Berpic


Alat perkusi berpic mempunyai banyak pic. Alat perkusi jenis ini boleh
dimainkan sekurang-kurangnya dua not di dalam pic yang tepat dan standard.
Alat perkusi berpic boleh memainkan lagu (lihat Rajah 4.1). Ada sesetengahnya
mempunyai satu oktaf lengkap atau lebih sama ada diatonik ataupun kromatik.
Ada sesetengah alat perkusi berpic ini hanya mempunyai lima pic sahaja seperti
gamelan pentatonik. Alat muzik mengikut kaedah Carl Off pula boleh dilaraskan
dan boleh diubah-ubah. Alat perkusi yang dicadangkan oleh tokoh pendidik ini
sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik prasekolah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  57

Rajah 4.1: Alat perkusi berpic

4.1.2 Alat Perkusi Tidak Berpic


Alat perkusi tidak berpic tidak boleh memainkan melodi (lihat Rajah 4.2). Walau
bagaimanapun ia mempunyai satu atau lebih timbre bergantung kepada cara
memukul, pemukul dan bahagian yang dipukul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

Rajah 4.2: Alat perkusi tidak berpic

Secara umumnya alat perkusi dimainkan dengan cara mengetuk, memalu atau
memukul. Antara alat perkusi yang dimainkan dengan cara memukul, memalu
atau mengetuk ialah dram, simbal, bonggo, congga, loceng, kompang, snare
dram, kayu tik tok, kertuk kayu, claves, kenong, marimba, timpani, glokenspeil,
tamborin, kerincing dan lain-lain lagi. Ada juga alat perkusi tidak berpic yang
dimainkan dengan cara digoncang atau digoyang seperti marakas, shaker,
cabasa, tamborin, loceng dan sebagainya.

Alat perkusi yang dimainkan dengan cara digesel atau digores adalah guiro dan
simbal tangan. Setiap alat perkusi khasnya yang tidak berpic mempunyai berbagai
bentuk dan saiznya. Alat perkusi tidak berpic yang bentuk dan saiz yang
berbeza menghasilkan bunyi ton yang tidak sama. Ada yang menghasilkan
bunyi yang tinggi dan ada yang rendah tonnya. Cuba anda memukul kompang
pada bahagian yang berbeza, ia mengeluarkan bunyi yang berbeza.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  59

Untuk bermain alat perkusi, ia memerlukan kayu pemukul khas, umpamanya di


dalam permainan timpani, ianya memerlukan kayu pemukul yang khas untuk
timpani supaya kulit timpani tidak mudah rosak dan menghasilkan ton yang
betul. Begitu juga kayu pemukul untuk dram bes. Ia menggunakan pemukul
yang lembut tetapi padu untuk menghasilkan bunyi yang tepat, menarik dan
kuat.

Rajah 4.3 menunjukkan jenis kayu pemukul yang sering diguna pakai oleh
pemain perkusi selain daripada kedua-dua tangan atau kaki.

Rajah 4.3: Kayu pemukul alat muzik

AKTIVITI 4.2
Nyatakan alat perkusi yang boleh dihasilkan dari bahan terbuang.
Jelaskan karakter alat yang anda nyatakan tadi.

4.2 PENEROKAAN BUNYI


Dalam membuat penerokaan bunyi menggunakan alat perkusi, anda perlu tahu
konsep bunyi. Bunyi muzik yang paling ringkas terdiri daripada kombinasi
beberapa bunyi panjang dan bunyi pendek. Ini merupakan asas kepada konsep
irama. Dalam alat perkusi ada yang boleh menghasilkan bunyi lanjut (sustain),
ada yang boleh menghasilkan bunyi tidak lanjut. Anda perlu tahu karakter setiap
bunyi alat perkusi sama ada alat perkusi berpic atau tidak berpic. Jika anda
memahami setiap karakter alat perkusi, anda mampu menghasilkan gubahan
muzik yang baik dan berkesan. Bunyi yang terhasil dari jenis yang dipalu atau
diketuk akan dipengaruhi beberapa perkara iaitu:
(a) Bahan pembuatan alat perkusi;
(b) Cara paluan atau ketukan;
(c) Jenis pemukul; dan
(d) Tempat yang dipalu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

4.2.1 Bunyi Lanjut


Alat perkusi mempunyai pelbagai karakter. Oleh itu anda sebagai guru perlu
tahu karakter alat perkusi tersebut kerana ia menghasilkan bunyi yang berbagai-
bagai. Ada yang bunyi lanjut, ada yang tiada gema dan sebagainya. Untuk alat
muzik yang karakter bunyinya lanjut, permainan alat ini berbeza dengan
permainan alat perkusi yang bunyinya seakan mati.

Sebagai contoh alat perkusi di bawah mempunyai bunyi lanjut yang panjang dan
ansur lembut. Sekali anda memukulnya, bunyinya lanjut lebih dari satu bar.
Biasanya seseorang penggubah lagu meletakkan bunyi ini di pengakhiran lagu
atau pengakhiran frasa lagu.

Rajah 4.4: Simbal besar

Alat perkusi yang mempunyai karakter bunyi lanjut atau berdegung ini boleh
diberhentikan dengan cara memegang atau menyentuh pada permukaan seperti
simbal (lihat Rajah 4.4), timpani dan alat-alat muzik gamelan. Contohnya, untuk
alat muzik gamelan saron peking, anda perlu mematikan not selepas anda
memukul not yang lain supaya bunyinya tidak lanjut sehingga mengganggu
bunyi yang baru diketuk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  61

4.2.2 Bunyi Bergetar (Trill)


Bagi alat muzik yang bunyinya tiada gema (non-sustain) seperti marimba, teknik
bermain bunyi bergetar amatlah perlu supaya bunyinya boleh dipanjangkan.

Contoh not bunyi bergetar dalam baluk.

Skor lagu Kopi Susu mengandungi melodi yang dimainkan dengan alat perkusi
yang tiada bunyi lanjut seperti marimba. Not yang panjang seperti minim
bertitik dan semibrif perlu menggunakan teknik permainan bunyi bergetar
supaya bunyinya dapat dipanjangkan. Sila rujuk pada skor berikut.

4.2.3 Bunyi Detik


Ukuran panjang atau pendek bunyi dikira dalam unit detik. Detik muzik
berfungsi seperti denyutan jantung kepada manusia. Alat perkusi yang boleh
memainkan detik ialah tamborin, cowbell, ride, hi-hat tertutup, kastenet, claves
dan sebagainya. Sebagai contoh keratan skor berikut menunjukkan alat perkusi
kastenet memainkan detik dalam tanda masa 4/4 tanpa tekanan (accent)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

Bunyi detik pada alat perkusi kastenet dengan tekanan pada pukulan (beat)
pertama dan ketiga.

Cuba anda sebut detik 1, 2, 3, 4 sambil tepuk tangan detik dalam keratan skor
berikut. Aplikasikan tanda dinamik tanpa tekanan pada detik pertama dan
ketiga.

AKTIVITI 4.3
Senaraikan alat perkusi yang mempunyai karakter bunyi lanjut dan
bunyi yang pendek .

Sebagai contoh, sila lihat dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Nama Alat Perkusi dan Sifat Bunyinya

Nama Alat Perkusi Sifat Bunyi


Tamborin Detik, lanjut atau bergetar:
Bergantung kepada teknik
permainan
Kastenet Detik
Simbal Lanjut
Timpani Lanjut
Marimba Bergetar

4.3 APLIKASI ALAT PERKUSI


Di dalam subtopik ini, kita akan mempelajari tentang pemilihan alat perkusi dan
cara membina skor muzik yang mudah. Akhir sekali, kita akan membincangkan
beberapa aktiviti alat perkusi yang sesuai diajar dalam kelas prasekolah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  63

4.3.1 Pemilihan Alat Perkusi


Dalam membuat pemilihan alat perkusi dalam sesebuah ensembel, kita perlu
mengambil kira tentang kekuatan bunyi dan warna ton. Ini perlu untuk
menghasilkan bunyi yang harmoni dan seimbang. Keseimbangan perlu dalam
permainan perkusi dan ia sangat penting supaya tidak mendominasi alat muzik
lain kerana alat perkusi hanya digunakan sebagai alat iringan.

4.3.2 Membina Skor Mudah


Dalam notasi alat muzik, not melambangkan nilai panjang sesuatu bunyi
manakala tanda rehat mewakili senyapan. Kedua-duanya dikira berdasarkan
unit detik. Oleh itu dalam membuat gubahan, anda perlu tahu penggunaan not
sama ada perlu menggunakan bunyi getar atau sebalik. Untuk menghasilkan
skor alat perkusi, anda perlu mengambil kira beberapa perkara. Antaranya ialah:
(a) Rentak yang sesuai mengiringi lagu yang dipilih;
(b) Pemilihan alat perkusi tidak berpic yang sesuai digunakan untuk lagu yang
dipilih; dan
(c) Tekanan atau accent pada detik yang sesuai.

Rentak muzik tempatan yang boleh anda fikirkan untuk digunakan dalam
mencipta notasi perkusi ialah rentak Masri, Inang, Zapin, Joget dan Asli. Berikut
ialah contoh skor muzik bagi setiap rentak yang diperkatakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

Contoh lagu yang menggunakan rentak Inang ialah:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  65

Contoh lagu yang menggunakan rentak Joget ialah:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

SEMAK KENDIRI 4.1


Tuliskan semula notasi bagi rentak berikut:
(a) Rentak Joget;
(b) Rentak Inang;
(c) Rentak Asli;
(d) Rentak Masri; dan
(e) Rentak Zapin

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  67

AKTIVITI 4.4

Berdasarkan keratan skor lagu berikut, cuba anda ciptakan rentak


mengikut kesesuaian alat perkusi yang diberikan untuk mengiringi
lagu tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

4.3.3 Aktiviti Alat Perkusi dalam Kelas Prasekolah


Untuk peringkat kanak-kanak prasekolah, aktiviti permainan alat perkusi boleh
dijalankan mengikut konsep penerokaan bunyi. Bukan semua alat perkusi sesuai
digunakan oleh kanak-kanak kerana anda sebagai guru perlu memikirkan
tentang saiz alat perkusi tersebut. Antara alat perkusi yang boleh digunakan
dalam aktiviti kelas mereka ialah tamborin, marakas, kayu tik tok, kastenet dan
dram bes bersaiz kecil.

Anda juga boleh menggalakkan kanak-kanak untuk menghasilkan alat perkusi


daripada barang terpakai seperti botol mineral yang diperbuat daripada plastik
yang diletakkan kacang hijau. Fungsinya sama dengan marakas.

Selain daripada aktiviti penerokaan, anda boleh membuat aktiviti bermain alat
perkusi untuk mengiringi nyanyian dengan cara memainkan detik lagu.

Dalam aktiviti pergerakan kreatif, anda boleh menggunakan tamborin untuk


membuat gerakan seperti bergerak dalam bulatan, gerakan bebas dan
sebagainya. Kanak-kanak dapat membuat penerokaan bunyi pada setiap alat
perkusi dengan membunyikan alat perkusi secara sebenar dan konvensional.
Murid boleh mencuba pelbagai cara tersendiri untuk membunyikan alat tersebut
secara kreatif. Ia bukan setakat diketuk atau dipalu tetapi mungkin digosok.
Kanak-kanak prasekolah boleh diberi peluang untuk membuat eksperimen
dengan bunyi daripada alat perkusi dan membuat improvisasi muzik dengan
alat perkusi. Hasil penerokaan membunyikan pelbagai alat perkusi murid boleh
dimanfaat dan dijadikan sebagai bahan kesan bunyi (lihat Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Alat muzik daripada bahan terbuang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  69

AKTIVITI 4.5
Bincangkan perkara yang perlu diambil kira dalam menyediakan skor
lagu untuk alat perkusi.

 Alat perkusi merupakan alat muzik yang tertua dicipta oleh manusia. Oleh
sebab itu, terdapat pelbagai jenis dan bentuk alat perkusi yang telah dicipta
di sepanjang peradaban manusia.

 Alat perkusi boleh didefinisikan sebagai alat muzik yang dihasilkan


dengan cara diketuk, dipalu, digoncang, digores dan sebagainya yang bukan
konvensional bagi menghasilkan bunyi dalam pelbagai warna ton.

 Alat perkusi yang dibekalkan di sekolah pada peringkat prasekolah terdiri


dari tidak berpic seperti dram, tamborin, kastenet, kerincing, simbal tangan,
marakas, loceng dan kayu tik-tok.

 Alat perkusi boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu alat perkusi berpic
dan alat perkusi tidak berpic.

 Perkara yang perlu difikirkan dalam menyediakan skor alat perkusi ialah:
 Rentak yang sesuai mengiringi lagu yang dipilih;
 Pemilihan alat perkusi tidak berpic yang sesuai digunakan untuk lagu
yang dipilih; dan
 Tekanan atau accent pada detik yang sesuai.

 Bunyi yang terhasil dari jenis alat perkusi yang dipalu atau diketuk akan
dipengaruhi beberapa perkara iaitu:
 Bahan pembuatan alat perkusi;
 Cara paluan atau ketukan;
 Jenis pemukul; dan
 Tempat yang dipalu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI

Alat perkusi berpic Rentak Asli


Alat perkusi tidak berpic Rentak Inang
Bunyi bergetar (trill) Rentak Joget
Bunyi detik Rentak Masri
Bunyi lanjut (sustain) Rentak Zapin

Adler, S. (2002). How to write percussion. (2004). New York, NY: SZ Solomon.
Cirone, A. J., Grover, N., & Whaley, G. (2006). The art of percussion playing
Galesville, WI: Meredith Music Publications.
Essa, E. L. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar
Learning.
Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir
with a short history of choral music. Tennessee, TN: Lightning Source.
Kamien, R. (2006). Music an appreciation. New York, NY: McGraw-Hill.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran
pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khairul Bariah, Yusri, & Zaharah Manaf. (2009). Pengajaran muzik 1. Ed.ke-7.
Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.
Mastor Jarkaseh. (2007). Asas pendidikan muzik 1. Sabak Bernam, Malaysia:
Tabuh Emas.
Matusky, P., & Tan S. B. (1997). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan
sinkretik. Penang, Malaysia: The Asian Centre.
Mayesky, M. (2002). Creative activities for young children (7th ed.). New York,
NY: Thomson Delmar Learning.
Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2009). Asas pendidikan muzik 2. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 ASAS PERMAINAN ALAT PERKUSI  71

Mohd Azam Sulong & Mastor Jarkaseh. (2011). Asas pendidikan muzik 3. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Raja Azuan Nahar & Mohd Azam sulung. (2010). Pembelajaran dan pengajaran
koir. Ed.ke-10. Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Permainan
5 Melodian
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan alat muzik melodian;
2. Menghuraikan alat muzik melodian iaitu cara tiupan dan
penjagaannya;
3. Menunjukkan asas penjarian iaitu latihan permainan melodi solo,
duet dan ensembel.

 PENGENALAN
Melodian juga dikenali sebagai pianika. Alat muzik tiupan ini menggunakan
kibod sebagai butang untuk menghasilkan pic. Tahukah anda berapa oktafkah
yang terdapat dalam sesebuah melodian? Anda boleh teruskan meneroka modul
ini dan pasti ada jawapannya. Melodian mudah dan senang dibawa ke mana
sahaja termasuk ke kelas dan ke luar kelas. Ia ringan dan mudah dikendalikan
sama ada oleh guru ataupun pelajar.

Antara kelebihan menggunakan melodian dalam kelas adalah seperti berikut:


(a) Melodian boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar untuk mengiringi
nyanyian kanak-kanak;
(b) Permainan melodian perlu menitikberatkan disiplin yang tinggi seperti
postur dan teknik kerana postur dan teknik yang betul akan menghasilkan
ton kualiti yang baik;
(c) Melodian juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk
(d) mengajar perihal konsep dalam muzik seperti pic (tinggi dan rendah),
dinamik (kuat dan lembut), jenis not (panjang dan pendek) dan tempo
(cepat dan lambat); dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  73

(e) Anda boleh gunakan melodian sebagai alat bantu mengajar untuk
menjalankan aktiviti muzik seperti menyanyi, bergerak, mendengar dan
sebagai permainan alat perkusi.

AKTIVITI 5.1

Berapa oktafkah yang terdapat dalam sesebuah melodian?

5.1 APA ITU MELODIAN?


Melodian merupakan satu alat muzik tiupan yang menggunakan papan nada
untuk menghasilkan bunyi. Konsep melodian samalah seperti sebuah piano atau
kibod. Ia seperti gabungan alat muzik akordian dan harmonika. Ia hanya
mempunyai tiga oktaf sahaja. Jika piano berbunyi akibat pantulan kepada tali
yang terdapat di dalamnya dan kibod pula berbunyi secara tindak balas
eletronik, melodian berbunyi akibat tindak balas hembusan angin yang
dihembus dari mulut pemain menggunakan saluran udara ke sistem papan
nada. Papan nada melodian sama seperti papan nada piano dan kibod. Papan
nada melodian lebih ringan jika dibandingkan dengan papan nada piano. Ia
dihasilkan ringan supaya ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang jari
jemarinya masih tidak kuat.

Papan nada melodian dimainkan menggunakan tangan kanan, manakala tangan


kiri memegang tubuh melodian. Terdapat beberapa jenis melodian. Antaranya
adalah soprano melodian, alto melodian, tenor melodian, bes melodian dan
accordina. Acoordina diperbuat daripada logam.

Melodian dikategorikan sebagai alat muzik ÂwoodwindÊ. Ia mula dicpita sekitar


tahun 1950an di German. Syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan
melodian adalah Hohner. Sekolah di Malaysia banyak dibekalkan melodian
sekitar tahun akhir 1980an daripada jenis Suzuki.

Renj yang terdapat dalam melodian berikut ialah not F3 hingga not F6 iaitu
sebanyak tiga oktaf seperti yang terdapat pada Rajah 5.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

Rajah 5.1: Melodian yang mempunyai renj antara not F3 hingga not F6

Melodian berikut pula mempunyai renj antara not B3 hingga not C6 (lihat
Rajah 5.2).

Rajah 5.2: Melodian yang mempunyai renj antara not B3 hingga not C6

5.1.1 Cara Meniup Melodian


Melodian dimainkan dengan cara meniup menggunakan sama ada saluran
plastik yang fleksibel seperti dalam Rajah 5.3.

Rajah 5.3: Saluran plastik fleksibel

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  75

Jika anda meniup menggunakan saluran plastik seperti yang ditunjukkan


sebelum ini, anda boleh secara bebas berada sama ada dalam posisi melodian
bebas seperti yang ditunjukkan sebelum ini, mendatar dan sebagainya. Jika anda
menggunakan ÂmouthpieceÊ seperti dalam Rajah 5.4, anda hanya boleh meniup
dalam satu posisi melodian sahaja iaitu melodian ke bawah.

Rajah 5.4: ÂMouthpieceÊ melodian

5.1.2 Penjagaan Melodian


Melodian perlu djaga seperti alat muzik yang lain. Ia tidak boleh dibiarkan
begitu saja setelah digunakan. Anda sudah maklum bahawa melodian
dimainkan dengan cara meniup. Apabila ditiup, angin yang dihembus ke dalam
saluran plastik tersebut juga terkandung wap air yang lama kelamaan
mengumpul banyak air. Oleh itu setiap kali bermain, anda hendaklah mencuci
salur tiup dan mengeringkannya sebelum disimpan dalam bekas atau beg.
Dalam badan melodian juga mempunyai air. Air boleh dikeluarkan dari badan
melodian dengan menekan satu butang yang disediakan untuk mengeluarkan
air. Pastikan anda telah mengelap kering badan melodian sebelum disimpan.
Jika anda tidak membersihkan kesemua komponen yang diterangkan tadi, ia
akan menyebabkan melodian berbau.

Alat penyalur udara ke badan melodian itu boleh ditanggalkan seperti pada
Rajah 5.4. Anda boleh mencuci menggunakan sabun dan air suam. Jangan
sesekali basuh atau merendamkan badan melodian ke dalam air. Anda boleh
sekadar mengelap luar badan melodian dengan kain lembab. Merendam badan
melodian ke dalam air boleh menyebabkan mekanisme di dalamnya rosak.

Gunakan pembersih paip untuk mencuci semua kotoran, habuk, air liur atau
serpihan lain dari bahagian dalam melodian anda. Berhati-hati apabila mencuci
melodian supaya kita tidak merosakkan sistem dalaman dan bunyi melodian
tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

Penggunaan beg dan bekas khas juga boleh menghindarkan dari habuk dan
haba. Selain daripada itu, penggunaan beg dan bekas khas ini juga menghindar
kompenan dan badan melodian daripada sebarang hentakan (lihat Rajah 5.5).

Rajah 5.5: Beg dan bekas khas untuk menyimpan melodian

5.2 ASAS TIUPAN DAN PENJARIAN


MELODIAN
Terdapat dua konsep utama yang perlu anda ingat semasa bermain
melodian iaitu:
(a) Kawalan nafas; dan
(b) Teknik.

Kawalan nafas dan teknik permainan melodian diperlukan untuk mendapat


bunyi yang baik dan konsisten. Akan tetapi dalam topik ini, kita akan lebih
memfokuskan tentang teknik.

Salah satu teknik yang digunakan dalam permainan alat tiupan termasuk
melodian adalah tonguing. Tonguing adalah satu teknik tiupan untuk
menghasilkan „tu... tu.... tu....‰ secara konsisten.

Rajah 5.6: Papan nada melodian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  77

Papan nada melodian mempunyai kunci putih dan kekunci hitam seperti yang
terdapat pada Rajah 5.6. Kekunci hitam disusun dalam kumpulan dua dan
kumpulan tiga. Kumpulan dua melibatkan not C# atau Db dan D3 atau Eb
manakala kumpulan tiga melibatkan not F# atau Gb, G3 atau Ab dan A# atau Bb.
Rajah 5.7 pula menunjukkan kedudukan nada dan not dalam baluk.

Rajah 5.7: Kedudukan papan nada dan not dalam baluk

Ketika bermain melodian sambil duduk, kita boleh menggunakan kedua-dua


belah tangan. Jika anda berdiri, anda hanya menggunakan tangan sebelah kanan
untuk memicit papan nada dan tangan sebelah kiri pula memegang badan
melodian.

Rajah 5.8: Nombor penjarian bagi kedua-dua tangan

Untuk bermain melodian, anda akan diberi nombor bagi setiap jari yang anda
gunakan mengikut not muzik seperti yang terdapat pada Rajah 5.8. Tangan
kanan biasanya memainkan melodi. Tetapi ada masanya, kita memainkan kord
di bawah melodi dan kadang-kadang kita memainkan kord penuh. Bagi
penjarian menggunakan tangan sebelah kanan, anda perlu tahu bahawa setiap
jari diberikan nombor seperti di Rajah 5.9. Rajah 5.10 pula menunjukkan cara
menekan papan nada menggunakan tangan kanan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

Rajah 5.9: Nombor penjarian bagi tangan sebelah kanan

Rajah 5.10: Cara menekan papan nada menggunakan tangan kanan

Tangan kiri digunakan semasa anda bermain melodian dalam posisi duduk di
mana melodian anda diletakkan di atas meja. Tangan kiri biasa memainkan kord.
Adakalanya ia menggunakan not yang rendah. Bagi penjarian menggunakan
tangan sebelah kiri pula, anda perlu tahu bahawa setiap jari diberikan nombor
seperti di Rajah 5.11.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  79

Rajah 5.11: Nombor penjarian bagi tangan sebelah kiri

Keupayaan untuk bermain melodi dan kord pada melodian boleh membantu
guru muzik prasekolah dalam pelbagai cara, seperti:
(a) Membunyikan nada lagu dan memulakan pic lagu;
(b) Memperkenalkan melodi sesebuah lagu yang akan diajar dan dinyanyikan
oleh murid dalam kelas;
(c) Menjadikan alat iringan untuk lagu;
(d) Memainkan corak irama dan melodi untuk kanak-kanak dan seterusnya
murid dapat meniru bunyi tersebut;
(e) Memainkan lagu pendek untuk aktiviti pergerakan kreatif; dan
(f) Memainkan muzik yang sesuai untuk kanak-kanak menyanyi, bergerak,
mendengar atau mengiringi lakonan ataupun deklamasi murid.

5.3 CARA BERMAIN


Anda boleh bermain melodian dengan cara duduk ataupun berdiri. Jika berdiri,
anda dikehendaki memegang badan melodian dengan tangan kiri dan tangan
sebelah kanan menekan papan nada melodian (lihat Rajah 5.12).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

Rajah 5.12: Bermain melodian sambil berdiri

Anda juga boleh bermain melodian sambil duduk. Jika anda bermain melodian
sambil duduk, anda boleh menggunakan kedua-dua tangan, tangan sebelah kiri
memainkan not rendah ataupun boleh juga memainkan kord iringan dan tangan
sebelah kanan pula memainkan melodi. Untuk bermain melodian menggunakan
kedua-dua belah tangan, anda perlu meletakkan melodian di atas meja seperti
yang terdapat pada Rajah 5.13.

Rajah 5.13: Bermain melodian sambil duduk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  81

Sebelum anda bermain melodian, anda perlu membuat latihan. Antara latihan
tersebut adalah:
(a) Tepuk irama lagu tersebut;
(b) Tepuk irama dengan menyebut not yang ada dalam skor lagu;
(c) Tepuk detik atau boleh juga menepuk rentak sambil menyebut solfa lagu
tersebut;
(d) Menekan kibod pada melodian tanpa meniup;
(e) Seterusnya, meniup dan bermain lagu yang diberikan secara frasa demi
frasa, rangkap demi rangkap dan keseluruhan lagu;
(f) Jika perlu, ulang beberapa kali bahagian yang lemah; dan
(g) Bermain dengan tempo yang tetap.

5.3.1 Latihan Permainan Solo


Sebelum anda memainkan lagu menggunakan melodian, anda dikehendaki
membuat latihan dahulu. Anda boleh membuat latihan permainan dalam skala
major ataupun minor harmonik menaik, menaik dan menurun dan triad. Sila
gunakan penjarian yang betul seperti yang tertulis dalam skor latihan berikut.

Latihan 1 ă skala major menaik

Latihan 2 ă skala major menaik dan menurun

Latihan 3 ă triad dalam major

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

Latihan 4 ă skala minor harmonik menaik

Latihan 5 ă skala minor harmonik menaik dan menurun

Latihan 6 ă triad dalam minor harmonik

5.3.2 Latihan Permainan Lagu Solo Menggunakan


Sebelah Tangan
Menerusi skor berikut, anda boleh memainkan melodi lagu ini menggunakan
melodian. Ia hanya menggunakan sebelah tangan seperti yang terdapat pada
Rajah 5.14.

Latihan 1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  83

Latihan 2

Latihan 3

Rajah 5.14: Melodian dimainkan secara solo

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

5.3.3 Latihan Permainan Duet


Latihan seterusnya adalah latihan permainan melodian secara duet iaitu dua
pemain melodian bermain dalam lapisan suara melodian yang berbeza (rujuk
Rajah 5.15).

Rajah 5.15: Melodian dimainkan secara duet

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  85

5.3.4 Latihan Permainan Ensembel


Dalam latihan permainan melodian secara ensembel, anda boleh memainkan
secara unison, dua lapisan dan juga tiga lapisan suara. Latihan permainan
ensembel boleh dilakukan secara berdiri mahupun duduk (lihat Rajah 5.16 dan
5.17). Berikut adalah skor lagu yang boleh anda latih murid anda untuk
memainkan melodian secara ensembel dalam tiga lapisan suara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

Rajah 5.16: Ensembel melodian yang dimainkan secara berdiri

Rajah 5.17: Ensembel melodian yang dimainkan secara duduk

5.3.5 Tips untuk Menghasilkan Bunyi yang Baik


semasa Memainkan Melodian
Untuk menghasilkan bunyi yang licin, anda perlu meniup secara lembut.
Hindarkan daripada meniup atau menerjah udara secara paksa. Untuk
menghasilkan bunyi yang berat, anda digalakkan menggunakan hembusan
udara secara keras atau lembut bergantung kepada bunyi yang anda inginkan.
Untuk membunyikan bunyi tremolo iaitu bunyi yang bergetaran, anda perlu
menyesuaikan corak pernafasan dan menukar kekuatan tiupan sama ada kuat
atau perlahan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN  87

Dalam penghasilan bunyi yang putus-putus atau staccato dan not yang pendek,
anda boleh menggunakan teknik perlidahan semasa anda meniup melodian.
Jangan sesekali meniup secara paksa atau menjerit kerana udara yang terhasil
dengan hembusan yang kuat akan menghasilkan ton yang pecah dan rosak.
Hembusan angin yang kuat akan menyebabkan melodian akan rosak.

AKTIVITI 5.2

Apakah yang dimaksudkan bermain melodian ensembel secara unison?

 Melodian boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar untuk mengiringi


nyanyian kanak-kanak.

 Dalam permainan melodian, kita perlu menitikberatkan postur dan teknik


kerana postur dan teknik yang betul akan menghasilkan ton kualiti yang
baik.

 Melodian juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk mengajar
perihal konsep dalam muzik seperti pic (tinggi dan rendah), dinamik (kuat
dan lembut), jenis not (panjang dan pendek) dan tempo (cepat dan lambat).

 Anda boleh gunakan melodian sebagai alat bantu mengajar untuk


menjalankan aktiviti muzik seperti menyanyi, bergerak, mendengar dan
permainan alat perkusi.

Alat bantu mengajar Mouthpiece


Duet Saluran plastik fleksibel
Ensembel Solo
Melodian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 PERMAINAN MELODIAN

Essa, E. L. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar


Learning.
Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir
with a short history of choral music. Tennessee, TN: Lightning Source.
Kamien, R. (2006). Music an appreciation. New York, NY: McGraw-Hill.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran
pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur, Malaysia: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khairul Bariah, Yusri, & Zaharah Manaf. (2009). Pengajaran muzik 1. Ed.ke-7.
Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.
Mastor Jarkaseh. (2007). Asas pendidikan muzik 1. Sabak Bernam, Malaysia:
Tabuh Emas.
Mayesky, M. (2002). Creative activities for young children (7th ed.). New York,
NY: Thomson Delmar Learning.
Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2009). Asas pendidikan muzik 2. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Mohd Azam Sulung, & Mastor Jarkaseh. (2011). Asas pendidikan muzik 3. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.
Raja Azuan Nahar, & Mohd Azam Sulong. (2010). Pembelajaran dan Pengajaran
koir. Ed.ke-10. Kuala Lumpur, Malaysia: Open University Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Permainan
6 Rekoder
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti latar belakang keluarga alat rekoder;
2. Mendemonstrasikan cara memegang dan memainkan rekoder
dengan teknik yang betul;
3. Meniup not dengan penjarian yang betul; dan
4. Memainkan skel major dan minor dengan lancar.

 PENGENALAN
Alat muzik rekoder dicipta pada abad ke-15 di Eropah. Rekoder pada zaman itu
dibuat daripada kayu, gading, ebony dan bahan yang lain. Rekoder selalu
digunakan sebagai alat iringan untuk nyanyian dan muzik latar untuk drama.
Rekoder juga digunakan untuk membunyikan kicauan burung.

Rekoder merupakan alat tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid dalam
pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah. Penggunaan rekoder soprano
dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan untuk
memberi pengalaman muzikal secara Âhands-onÊ bagi pelajar mengembangkan
kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman muzikal. Matlamat utama
permainan rekoder diperkenalkan dalam pelajaran muzik di bilik darjah ialah
untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara
solo dan juga secara ensembel.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

6.1 JENIS REKODER


Terdapat pelbagai jenis rekoder seperti dalam Rajah 6.1 iaitu:
(a) Rekoder Soprano;
(b) Rekoder Alto;
(c) Rekoder Tenor;
(d) Rekoder Bass; dan
(e) Rekoder Great Bass (Contra Bass).

Rajah 6.1: Contoh jenis rekorder

Rekoder yang umum digunakan dalam proses belajar di sekolah adalah rekoder
soprano (Descant). Seterusnya, muridakan diperkenalkan kepada latar belakang
rekoder sepertijenis rekoder, renj dan sistem penjarian. Di samping itu, murid
akan didedahkan secara terperinci kepada sistem penjarian Jerman yang diguna
pakai dalam pelajaran rekoder sekolah di Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  91

6.2 BAHAGIAN REKODER


Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat
muzik ini mengandungi bahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang
dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang; enam di hadapan
dan satu di belakang. Silinder yang terakhir mengandungi dua lubang
berkembar di hadapan. Kadang-kala silinder ketiga ini bercantum bersama
silinder kedua.

Bahagian yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian kepala
rekoder yang mengandungi peniup atau pemipit seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 6.2.
(a) Bahagian A dipanggil fipple;
(b) Bahagian B adalah laluan angin; dan
(c) Bahagian C digelar labium atau ramp, iaitu bahagian yang mengeluarkan
(d) bunyi siulan.

Rajah 6.2: Bahagian rekoder

AKTIVITI 6.1

Jelaskan ciri-ciri lagu rakyat. Berikan contoh lagu rakyat yang anda tahu.

6.3 PENJARIAN REKODER


Ada beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam kedudukan penjarian
rekoder, iaitu:

(a) Tangan kiri memegang bahagian atas dengan posisi jari:


(i) Ibu jari menutup lubang Oktaf;
(ii) Jari telunjuk menutup lubang 1;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

(iii) Jari tengah menutup lubang 2; dan


(iv) Jari manis menutup lubang 3.

(b) Tangan kanan memegang rekoder bahagian bawah, dengan posisi jari:
(i) Jari telunjuk menutup lubang 1;
(ii) Jari tengah menutup lubang 2;
(iii) Jari manis menutup lubang 3; dan
(iv) Jari kelingking menutup lubang 4.

Cuba anda perhatikan Rajah 6.3 yang menunjukkan bahagian rekoder dan
kedudukan tangan serta jari pada permainan rekoder.

Rajah 6.3: Bahagian rekoder dan kedudukan serta jari pada rekoder

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  93

Untuk menghasilkan nada tinggi, lubang oktaf yang ditutup dengan ibu jari
tangan kiri, dibuka ó hingga seperti pada Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Lubang oktaf ditutup penuh atau separuh dengan ibu jari kiri

Seterusnya pembelajaran akan diteruskan dengan memainkan melodi dalam


beberapa nada untuk mengukuhkan kefahaman anda tentang permainan
rekoder iaitu nada:
(a) A minor (harmonik); dan
(b) C major.

Seterusnya topik ini akan lebih berfokuskan kepada permainan rekoder secara
lebih spesifik dengan memaparkan teknik penjarian mengikut not, latihan skel
dan latihan melodi.

Penjarian dan latihan untuk permainan alat rekoder dalam topik ini adalah
berasaskan rekoder soprano atau deskan dan rekoder tenor. Untuk makluman,
penjarian untuk rekoder soprano dan tenor adalah sama. Yang membezakan
kedua-dua alat ini adalah dari segi saiz dan renj bunyinya. Saiz rekoder soprano
adalah lebih kecil dan renj picnya yang lebih tinggi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

Saiz rekoder tenor lebih besar daripada rekoder soprano dan renj picnya lebih
rendah.

(a) Skel C Major dan A Minor


Not yang terlibat dalam skel C major juga terdapat dalam skel A minor
(natural).

(b) Skel A Minor


Skel minor terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Skel A Minor (Natural)

(ii) Skel A Minor Harmonik


Skel A minor harmonik dimainkan dengan menaikkan not yang ke-7
iaitu not G sebanyak satu semiton. Oleh itu, dalam skel A minor
(harmonik) terdapat satu not syap iaitu G# seperti yang ditunjukkan
dalam skor berikut.

Sekarang, kita akan pelajari skel A minor dan memainkan penjarian skel A
minor dan skel A minor harmonik dengan menggunakan rekoder.

Penjarian Skel A Minor


Adalah lebih mudah sewaktu permainan secara ensembel sekiranya murid
menghafal penjarian untuk semua not dalam skel A minor harmonik bagi
membolehkan mereka memainkan skel dan seterusnya melodi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  95

Rajah 6.5 menunjukkan penjarian dalam memainkan skel A minor secara betul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

Rajah 6.5: Penjarian dalam skel A minor

Rajah 6.6 menunjukkan penjarian tambahan untuk not rendah skel A


minor.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  97

Rajah 6.6: Penjarian tambahan not rendah skel A minor

Untuk menghasilkan nada tinggi, lubang oktaf yang ditutup dengan ibu
jari tangan kiri, dibuka ó hingga õ (lihat Rajah 6.4 yang ditunjukkan
sebelum ini).

Penjarian Skel A Minor (Harmonik)


Adalah lebih mudah sewaktu permainan secara ensembel sekiranya murid
menghafal penjarian untuk semua not dalam skel A minor harmonik bagi
membolehkan mereka memainkan skel dan seterusnya melodi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

Rajah 6.7 menunjukkan penjarian dalam memainkan skel A minor


harmonik secara betul.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  99

Rajah 6.7: Penjarian dalam skel A minor harmonik

Rajah 6.8 menunjukkan penjarian tambahan untuk not rendah skel A minor
harmonik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

Rajah 6.8: Penjarian tambahan not rendah skel A minor harmonik

Untuk menghasilkan nada tinggi, lubang oktaf yang ditutup dengan ibu
jari tangan kiri, dibuka ó hingga õ (lihat Rajah 6.4 yang ditunjukkan
sebelum ini).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  101

(c) Skel C Major


Sebagai makluman, not yang terlibat dalam skel C Major adalah sama
dengan not yang terdapat dalam skel A minor (natural).

AKTIVITI 6.2

1. Sekarang, mari kita mainkan penjarian C , D dan E dengan


menggunakan rekoder.
(a)

(b)

2. Sekarang, mari kita mainkan penjarian F , G dan A dengan


menggunakan rekoder.
(a)

(b)

3. Sekarang, mari kita mainkan penjarian tanda nada C major


dengan menggunakan rekoder.
(a) Tangga nada menaik

(b) Tangga nada menurun

(c) Tangga nada menurun dan menaik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

Setelah memperkenalkan penjarian dalam nada A minor harmonik, anda perlu


berlatih memainkan skel berkenaan secara menaik dan menurun sehingga lancar.
Latihan memainkan skel ini adalah penting sebagai asas supaya mereka dapat
memainkan melodi dalam nada ini dengan baik jika bermain dalam ensembel.

6.4 TEKNIK PERMAINAN REKODER


Teknik permainan yang baik dalam permainan rekoder perlu diberi perhatian
supaya tidak menjejaskan kualiti persembahan. Pastikan rekoder dimainkan
dengan betul seperti dalam subtopik berikut:

6.4.1 Postur, Teknik Tiupan dan Pernafasan yang


Betul
Perkara asas yang perlu diberi perhatian ialah postur yang betul semasa meniup
rekoder. Untuk tujuan ini, langkah-langkah seperti berikut perlu dilaksanakan:
(a) Badan perlu dalam keadaan tegak dan selesa, tidak kira dalam keadaan
duduk (lihat Rajah 6.9a) atau berdiri (lihat Rajah 6.9b).
(b) Rekoder perlu dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan;
(c) Tangan perlu direnggangkan sedikit supaya tidak mengganggu
pernafasan;
(d) Pemain hendaklah memegang rekoder dengan cara meletakkan jari tangan
kiri di bahagian atas rekoder dan jari tangan kanan di bahagian bawah
rekoder (lihat Rajah 6.10); dan
(e) Imbangan rekoder adalah terletak pada bahagian bibir bawah dan pada ibu
jari tangan kanan pemain.

Rajah 6.9a: Postur badan ketika meniup rekoder dalam keadaan duduk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  103

Rajah 6.9b: Postur badan ketika meniup rekoder dalam keadaan berdiri.

Rajah 6.10: Cara memegang rekoder pandangan dari depan dan dari belakang

6.4.2 Pernafasan yang Betul


Rekoder menghasilkan bunyi melalui tiupan dan dengan itu melibatkan
pernafasan. Oleh itu, aspek pernafasan juga merupakan faktor yang sangat
penting untuk diambil kira dalam permainan rekoder. Teknik pernafasan yang
betul dan baik akan membantu menghasilkan ton yang baik pada rekoder.
Untuk tujuan ini, latihan seperti berikut perlu dilaksanakan:
(a) Untuk menghasilkan not yang rendah, tekanan udara daripada ruang
diafragma perlu dilepaskan secara perlahan dan terkawal;
(b) Untuk menghasilkan not tinggi, pemain hendaklah menggunakan lebih
tekanan udara daripada ruang diafragma dan dilepaskan secara laju; dan
(c) Pemain hendaklah menggunakan satu pernafasan untuk satu frasa lagu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

6.4.3 Teknik Penglidahan yang Betul


Teknik penglidahan yang betul ialah perkara yang penting dalam menghasilkan
ton yang baik. Untuk tujuan ini, laksanakan latihan seperti berikut:
(a) Sewaktu meniup not berpic rendah dalam rekoder alto seperti not F, G dan
A, hendaklah meniup seperti membunyikan 'lu';
(b) Sewaktu meniup not berpic tengah dalam rekoder alto seperti not B dan C,
hendaklah meniup seperti membunyikan 'du';
(c) Sewaktu meniup not berpic tinggi dalam rekoder alto seperti not D, E dan
F, hendaklah meniup seperti membunyikan 'tu';
(d) Untuk melakukan teknik doubletonguing, hendaklah meniup seperti
membunyikan 'du-ku'; dan
(e) Untuk memainkan not staccato, hendaklah meniup seperti
membunyikan 'tut' untuk menghasilkan not yang pendek.

6.4.4 Teknik Artikulasi dan Produksi Ton yang Baik


Melalui pembelajaran rekoder, anda dapat lebih memahami peranan dan
kepentingan pelbagai elemen muzik, khususnya tekstur dan harmoni. Oleh itu,
semasa pembelajaran rekoder, anda boleh meningkatkan kefahaman tentang
elemen muzik ini dan tidak sekadar memberi tumpuan kepada aspek kemahiran
bermain rekoder sahaja. Selain daripada memberi pengalaman bermain alat
muzik, kefahaman murid tentang konsep muzik dan bahasa muzik dapat
diperkembangkan melalui pembelajaran rekoder ini.

AKTIVITI 6.3

1. Sekarang, mari kita mainkan penjarian G , A dan B dengan


menggunakan rekoder.
(a)

(b)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  105

2. Sekarang, mari kita berlatih melodi asas lagu Can Mali Can dengan
menggunakan rekoder.

3. Sekarang, mari kita berlatih melodi asas lagu Ulik Mayang dengan
menggunakan rekoder.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 PERMAINAN REKODER

4. Sekarang, mari kita berlatih melodi asas lagu Anak Ayam dengan
menggunakan rekoder.

AKTIVITI 6.4

Untuk rujukan yang lebih lanjut tentang alat muzik tiupan selain
daripada rekorder, tonton video di dalam laman web yang tertera
berikut.

http://youtube.be/RAyPIc NOhu

 Terdapat pelbagai jenis rekoder, antaranya ialah rekoder Soprano, rekoder


Alto, rekoder Tenor, rekoder Bass dan rekoder Great Bass (Contra Bass).

 Rekorder yang umum digunakan dalam proses belajar di sekolah adalah


rekoder soprano (Descant).

 Untuk menghasilkan tiupan rekoder yang baik, murid perlulah berada dalam
postur duduk atau berdiri yang selesa dan mengamalkan teknik pernafasan,
penglidahan, artikulasi dan produksi ton yang betul. Rekoder mengandungi
bahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang dipasangkan ke laras
silinder yang mengandungi tujuh lubang; enam di hadapan dan satu di
belakang.

 Tiga bahagian yang terdapat dalam rekorder dikenali sebagai fipple, laluan
angin dan labium atau ramp.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PERMAINAN REKODER  107

Ensembel rekoder Pernafasan


Penjarian Postur
Penglidahan

Alfred Publishing Staff. (2008). Suzuki recorder school (Vol. 3). Los Angeles, CA:
Alfred Publishing.
Benward, B., & Kolosick, T. (2009). Ear training (7th Ed.). NewYork, NY:
McGraw-Hill.
Cleland, K. D. (2010). Developing musicianship through aural skills: A holistic
approach to sight-singing and ear training. New York, NY: Routledge.
Ghezzo, M. A., & Powell, M. (2005). Solfege, ear training, rhythm, dictation, and
music theory: a comprehensive course. Alabama, AL: University Alabama
Press.
Krueger, C. (2006). Progressive sight-singing. New York, NY: Oxford University
Press.
Kulbach, J. E., & Nitka, A. (1992). The recorder guide: An instruction method for
soprano and alto recorder. New York, NY: Oak Record.
Mastor Jarkaseh. (2007). Asas pendidikan muzik 1. Sabak Bernam, Malaysia:
Tabuh Emas.
Mastor Jarkaseh, & Azam Sulung. (2007). Asas pendidikan muzik 2. Sabak
Bernam, Malaysia: Tabuh Emas.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Gerakan dan
7 Apresiasi
Muzik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menilai kesinambungan pergerakan fizikal dan perkembangan
kanak-kanak;
2. Membandingkan aktiviti muzikal yang melibatkan perkembangan
motor kasar dan motor halus; dan
3. Mengesyorkan aktiviti pergerakan yang bersesuaian dengan tema
dan lirik lagu.

 PENGENALAN
Aktiviti muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar
menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Pergerakan
merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan
yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan
mereka, imaginasi dan menginterpretasi muzik melalui pergerakan fizikal yang
bersifat ÂnonverbalÊ. Oleh itu respon terhadap muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana
dalam dunia kanak-kanak, muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana
sifat semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak. Anda boleh melihat
maklumat lanjut dalam buku "Music and Movement" pada Rajah 7.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  109

Rajah 7.1: Kulit buku yang bertajuk ÂMusic and MovementÊ

7.1 PERGERAKAN FIZIKAL DAN


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perkembangan dan pergerakan fizikal merujuk kepada tumbesaran saiz badan
dan organ fungsi sistem fizikal dan koordinasi kemahiran motor yang halus dan
kasar. Seseorang individu membesar dari saiz bayi hingga ke saiz dewasa seperti
Rajah 7.2 sebelum mengecut kembali apabila badan mula melalui proses penuaan.
Merujuk Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-
kanak, perkembangan fizikal adalah proses perkembangan kemahiran psikomotor
dalam diri individu.

Kemahiran tersebut biasanya memerlukan penggunaan anggota badan, misalnya


seorang kanak-kanak yang bermula dengan kemahiran mengenal huruf, menulis
dan kemudian membaca. Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan
keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau
pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapa. Biasanya berat
badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama
ada kanak-kanak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau
tidak. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan
kesihatan kanak-kanak itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

Rajah 7.2: Pertumbuhan manusia

Secara umumnya, perkembangan kanak-kanak meliputi empat asas utama, iaitu


perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi. Perkara ini perlu difahami
oleh setiap individu khususnya yang terlibat dalam pengendalian pengajaran dan
pembelajaran muzik agar berupaya menyediakan bahan dan kandungan pengajaran
muzik yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

(a) Perkembangan Fizikal


Ia adalah perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz, iaitu
kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi
anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot kasar dalam aktiviti
muzik seperti merangkak, memanjat, berjalan, berlari dan bermain alat.
Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf
seperti boleh memainkan alat muzik dengan teknik yang betul.

(b) Perkembangan Bahasa


Ia merupakan perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian
kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai
tindak balas kepada stimulasi. Kanak-kanak akan belajar menyebut apa
sahaja yang didengarkannya sama ada melalui lagu, percakapan ibu bapa,
bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan
mendengar radio (lihat Rajah 7.3).

Rajah 7.3: Kanak-kanak menyebut berdasarkan apa yang dia dengari

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  111

(c) Perkembangan Kognitif


Keupayaan kanak-kanak ialah mengumpul maklumat dan menyelesaikan
masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap
usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah
perlu. Kanak-kanak akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul
setelah melakukan pengumpulan maklumat.

(d) Perkembangan Sosio Emosi


Kanak-kanak mampu bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan
melalui aktiviti muzikal (lihat Rajah 7.4). Apabila kanak-kanak semakin
membesar, pastinya perkembangan emosi mereka berbeza-beza seperti
gembira dan marah. Melalui aktiviti muzik, asuh kanak-kanak dengan
mendengar perasaan yang diluahkan misalnya melalui nyanyian dan
bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Minta mereka memberitahu
masalah yang dihadapi dan berikan dorongan atau pujian sekiranya
mereka boleh menguasai emosinya.

Rajah 7.4: Kanak-kanak bergaul, beinteraksi dan meluahkan perasan melalui aktiviti
muzikal

7.1.1 Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Usia


Terdapat tiga peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut usia. Peringkat
pertama ialah ketika lapan bulan hingga dua tahun, peringkat kedua ialah ketika
dua hingga empat tahun dan peringkat ketiga ialah ketika empat hingga enam
tahun.

(a) Lapan Bulan hingga Dua Tahun


Pada usia lapan bulan, bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil
meniarap, pergerakan meniarap akan berubah-ubah mengikut kemahuan
bayi. Bayi akan bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Bayi juga akan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

menendang-nendang dengan kuat. Pada usia ini juga bayi akan


menghulurkan tangan meminta supaya mereka diangkat oleh orang
dewasa di sekeliling mereka. Pada akhir tempoh ini, bayi akan berusaha
untuk bangun dan duduk seterusnya bayi akan bangun dan duduk sendiri
tanpa bantuan. Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak ke
hadapan dan ke belakang. Bayi akan cuba untuk merangkak dan keperluan
untuk bergerak menjadi memuncak bila mana pada usia ini kanak-kanak
sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi
mereka seperti Rajah 7.5.

Rajah 7.5: Bayi merangkak untuk meneroka kawasan sekeliling

Pada usia mencecah satu tahun, bayi kemudiannya akan mengimbangi


badan dan duduk tanpa bantuan. Seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri.
Bayi akan mencari sokongan dari orang dewasa atau perabot di
sekelilingnya untuk membantu mereka bertatih. Seterusnya bayi akan cuba
berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa. Perkembangan
seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Bayi
akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini.

Pada usia menghampiri dua tahun, kanak-kanak akan cuba


bereksperimentasi dan bermain peralatan permainan khususnya
permainan yang berkaitan dengan muzik. Kanak-kanak telah mula
mengenal bunyi dan waktu ini adalah sangat sesuai untuk mula
memperkembangkan potensi muzikal kanak-kanak seperti Rajah 7.6.
Seterusnya, kanak-kanak juga akan mampu untuk menolak dan menarik
permainan beroda. Pada akhir tahap ini juga, kanak-kanak akan mampu
menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan ibu bapa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  113

Rajah 7.6: Potensi muzikal kanak-kanak boleh diperkembangkan ketika


menghampiri usia dua tahun

(b) Dua Tahun hingga Empat Tahun


Kanak-kanak sudah mampu berlari dengan selamat. Daya keseimbangan
mereka menjadi lebih baik. Kini kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki
dan menuruni tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak dengan sempurnanya
dapat mengayuh basikal roda tiga. Kanak-kanak juga boleh berdiri di atas
hujung jari kaki. Kanak-kanak pada usia ini boleh melompat, meloncat-
loncat, melontar dan menyepak bola. Pada waktu ini juga kanak-kanak
akan menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama muzik
yang mereka gemari seperti Rajah 7.7.

Rajah 7.7: Kanak-kanak menggerakkan badan apabila mendengar irama


muzik yang digemari

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

(c) 4 Tahun hingga 6 Tahun


Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas pada usia ini. Mereka sudah
mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan pergerakan
muzikal mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah
lebih kompleks. Kanak-kanak akan mampu bermain alat muzik khususnya
alat perkusi dengan tempo baik (lihat Rajah 7.8). Mereka juga mempunyai
daya imbangan badan yang tinggi. Koordinasi mata dan tangan
membolehkan mereka memukul alat perkusi dengan menggunakan
pemukul.

Rajah 7.8: Kanak-kanak yang berusia antara empat hingga enam tahun mampu
bermain alat perkusi dengan baik

7.2 PERKEMBANGAN MOTOR


Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang diperlukan bagi
membentuk cara mereka melakukan gerakan. Perkembangan kanak-kanak ialah
kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan
mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Perkembangan motor juga
dipengaruhi oleh latihan, jangkaan ibu bapa, peniruan, faktor genetik,
perkembangan otak dan etnik keturunan. Pada usia tiga hingga lapan tahun
merupakan tempoh yang sangat penting bagi perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak belajar berinteraksi dengan ibu bapa, keluarga dan rakan sebaya.
Kanak-kanak akan belajar berdasarkan pemerhatian mereka terhadap cara dan
tingkah laku individu di sekeliling mereka berinteraksi. Cara didikan dan asuhan
akan memperkayakan pengalaman kanak-kanak dan membantu
mempertingkatkan kepintaran kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  115

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak


membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi
pembelajaran seorang kanak-kanak. Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-
kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor
yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan
kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak
banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan
peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak .

Kanak-kanak mengalami peningkatan dalam pergerakan motor kasar dan motor


halus yang amat hebat semasa berada di prasekolah. Peningkatan dan
penambahbaikan dalam kemahiran motor kasar dan motor halus ini adalah
dipengaruhi oleh perkembangan otak, perimbangan (sense of balance) yang
lebih baik dan peningkatan dalam koordinasi mata dan tangan.

7.2.1 Motor Kasar


Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur tiga tahun perlu
diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka.
Aktiviti yang melibatkan muzik dan gerakan misalnya akan dapat
menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh
badan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri
kanak-kanak. Aktiviti muzikal yang dijalankan perlulah menggabungkan gerak
kerja psikomotor seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak yang
merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ini
seperti Rajah 7.9 (Doherty dan Brennan, 2008).

Rajah 7.9: Motor kasar kanak-kanak boleh dikembangkan melalui aktiviti muzikal

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

Permainan alat perkusi ringan akan mengukuhkan kemahiran motor kasar pada
tangan yang mana melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan
memegang dengan stabil seperti Rajah 7.10. Kanak-kanak juga akan cuba untuk
memijak secara tetap sewaktu menari sambil bermain alat. Aktiviti ini akan
menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba
menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk
mengekspresikan perasaan mereka terhadap muzik yang dimainkan. Melalui
aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka
untuk mengawal keseimbangan badan.

Rajah 7.10: Alat perkusi yang ringan

Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan lokomotor)
juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak
dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan
mengembangkan penggunaan motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan
kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini.

Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi peluang


kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang perlu
melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza dengan
keadaan kedudukan badan mereka seperti Rajah 7.11. Selain itu tahap kesukaran
aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak
itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut
mencabar dan berbeza sedikit daripada kemahiran yang telah mereka peroleh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  117

Rajah 7.11: Kanak-kanak melakukan gerakan motor yang berbeza dengan kedudukan
badan mereka

Terdapat beberapa cadangan aktiviti bukan muzikal untuk meningkatkan


kemahiran motor kasar kanak-kanak. Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan
pergerakan kaki dan tangan sepenuhnya. Aktiviti fizikal yang boleh dijalankan
bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pergerakan motor kasar
mereka adalah:
(a) Berjalan: Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih
kreatif seperti berjalan ke hadapan, berjalan ke belakang, berjalan dalam
bulatan, berjalan ke tepi, berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju,
berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan;
(b) Berlari: Kanak-kanak suka berlari dan bergerak cergas dalam kebanyakan
masa. Aktiviti berlari haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan
lapang. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kanak-kanak semasa
aktiviti berlari. Antara acara berlari adalah berlari dengan perlahan, berlari
berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti dan
berlari;
(c) Skipping: Antara cara skipping ialah skipping menggunakan tali, skipping
secara sendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan;
(d) Galloping: Berlari seperti kuda;
(e) Membaling dan menyambut bola: Antaranya ialah menggolekkan bola,
menahan bola yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-
gilir dalam kumpulan, permainan bola dan monyet; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

(f) Mengimbangkan badan: Berjalan meniti sekeping papan yang diletakkan di


atas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan di atas tanah, membawa bola
di atas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di atas kepala.

7.2.2 Motor Halus


Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak tentang anggota
badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat dengan apa yang
mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kemahiran motor halus melibatkan
pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal
penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki seperti Rajah 7.12.
Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan
gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek
juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut. Aktiviti
termasuk manipulasi mimik muka juga melibatkan penggunaan motor halus.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  119

Rajah 7.12: Contoh aktiviti motor halus

AKTIVITI 7.1

Senaraikan aktiviti pergerakan motor halus yang berbentuk muzikal.

7.2.3 Muzik dan Perkembangan Motor


Muzik merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi perkembangan
diri kanak-kanak. Menurut ahli psikologi terkenal, Howard Garner (1983),
kecerdasan muzikal adalah sama penting seperti kecerdasan linguistik,
kecerdasan matematik, kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal dan
kecerdasan intrapersonal.

Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana


melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan
mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Semakin meningkatnya
usia kanak-kanak, semakin banyak perkataan yang diketahuinya. Ibu bapa,
keluarga dan guru digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika
berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi
perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.
Untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak, ibu bapa digalakkan
berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan
bahasa dan minda. Aktiviti tersebut hendaklah dijalankan dalam suasana yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

menyeronokkan kanak-kanak. Kekerapan bertutur dalam sesuatu atau lebih


bahasa akan dapat menajamkan kemahiran berfikir kanak-kanak. Justeru,
melalui muzik, ibu bapa dan guru boleh membantu pertuturan kanak-kanak dan
memperkayakan perbendaharaan kata mereka. Kanak-kanak pasti teruja untuk
menggunakan ayat atau perkataan dari bait-bait lagu yang dinyanyikan bersama
rakan sebaya seperti Rajah 7.13.

Rajah 7.13: Kanak-kanak teruja menyanyi dengan rakan sebaya

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,


pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan
ensembel vokal diadakan bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak dalam
aspek keseimbangan (balance). Amalan nilai murni yang berkaitan dengan
disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan
nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur
budaya tanah air masyarakat Malaysia. Antara lain, konsep muzik yang
ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

Irama adalah perkara asas dalam kehidupan manusia. Dalam kehidupan kanak-
kanak, irama muzik memainkan peranan untuk perkembangan motor kanak-
kanak sejak dilahirkan seperti Rajah 7.14. Selain daripada itu, irama dapat dilihat
melalui pergerakan dan pengucapan kanak-kanak. Kedua-dua perbuatan ini
mempunyai peranan masing-masing dalam perkembangan kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  121

Rajah 7.14: Irama muzik memainkan peranan dalam perkembangan motor kanak-kanak

Menurut Campbell et al. (2004), pengalaman berirama terawal yang dialami oleh
manusia adalah semasa sebelum dilahirkan iaitu dengupan jantung si ibu. Pada
peringkat awal bayi, iaitu berumur kurang daripada satu tahun, kanak-kanak
mula menambah suara berirama yang berada di persekitaran ke dalam
kehidupannya. Contohnya pergerakan bergoyang dan kata-kata manja yang
dihasilkan oleh kedua ibu bapanya serta perbualan yang berada di sekeliling
mereka.Pada usia satu tahun, kanak-kanak bertindak balas secara berirama
kepada muzik apabila mereka bergerak, bergoyang dan melompat. Selain itu,
mereka mengeluarkan bunyi percakapan yang kurang jelas butirnya dalam
bentuk irama yang tidak sekata. Kanak-kanak yang mula bertatih ini juga
menunjukkan persepsi mereka tentang irama.

Aktiviti muzikal berkait rapat dengan perkembangan motor kanak-kanak. Motor


kasar yang terlibat adalah tindakan muzikal yang melibatkan pergerakan yang
besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian
badan. Contohnya kanak-kanak menari mengikut alunan muzik. Pergerakan ini
melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh
itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor
kasar dan motor halus. Muzik memainkan peranan penting untuk
perkembangan kanak-kanak. Keterangan ini dapat dilihat melalui beberapa
keadaan. Contohnya, seorang ibu akan mendodoikan anaknya untuk tidur,
menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan sesuatu cerita
dan aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari oleh kanak-kanak sama ada di
rumah atau sekolah. Bayi dan kanak-kanak akan memperolehi perkembangan
yang sihat melalui rangsangan stimulasi ini. Kepelbagaian jenis muzik berguna

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan
perbahasan.

Sebenarnya, kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran pendidikan


muzik bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas atau mempunyai tahap
kecerdasan yang rendah ataupun berlaku akibat daripada perbezaan budaya,
status sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran tetapi
berkemungkinan ada masalah khusus di dalam otak kanak-kanak seperti ini. Ia
boleh menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap
sesuatu maklumat. Sesetengah kanak-kanak pula mungkin mempunyai masalah
kemahiran motor seperti otot jari yang lemah yang akan menjejaskan aktiviti
muzikal mereka.

7.3 GERAKAN DAN LIRIK LAGU


Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu
yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan
salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati.
Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan
bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia
dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar
penyanyi. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek
postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara.

Gerakan dan lirik lagu adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada
kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama
atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu
kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula
jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya dalam pelbagai cara yang
disenaraikan seperti berikut. Ia kebiasaannya dicipta bagi memenuhi lirik
tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya lirik yang bertemakan
haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka.
Kategori lagu kanak-kanak adalah seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu
rakyat, lagu permainan, lagu unsur nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  123

Contoh gerakan yang dilakukan berasaskan lirik lagu adalah seperti berikut:

Aktiviti ini juga dikenali sebagai nyanyian dengan beraksi. Ia adalah aktiviti
nyanyian yang diikuti dengan pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang
dinyanyikan. Aksi ini membantu kanak-kanak untuk mengingati lirik lagu
secara senang. Ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan mereka secara lebih aktif.

7.3.1 Analisis Tema Lagu


Nyanyian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan
dengan nyanyian bertema sama ada tanpa muzik atau nyanyian dengan iringan
muzik. Unsur tema lagu nyanyian kanak-kanak adalah mudah difahami,
tradisional, jenaka dan berpendidikan. Perkataan muzik tema merupakan sebuah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

komposisi muzik yang ditulis khas buat suatu kumpulan sasaran. Jika lagunya
diiringi oleh lirik, maka disesuaikan kata-katanya dengan tema yang dipilih.
Namun begitu dalam konteks pendidikan kanak-kanak, pemilihan lagu yang
baik banyak bergantung kepada aspek usia, minat serta kebolehan murid.

Antara garis panduan yang perlu diikuti semasa memilih lagu ialah:
(a) Lagu sesuai dengan renj suara;
(b) Nadanya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah;
(c) Irama yang mudah dan menarik;
(d) Seni kata yang sesuai dengan tahap umur mereka;
(e) Berkaitan dengan sesuatu perayaan atau peristiwa;
(f) Mempunyai perkaitan tentang kehidupan harian mereka;
(g) Seni kata yang berulang-ulang;
(h) Iramanya mudah, menarik dan berulang-ulang;
(i) Melodinya menarik; dan
(j) Mood lagu riang dan pelbagai.

Tema lagu kanak-kanak biasanya diciptakan dalam pelbagai genre lagu seperti
seperti Rajah 7.15:

Rajah 7.15: Tema lagu kanak-kanak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  125

AKTIVITI 7.2

Nyanyikan ketiga-tiga lagu berikut sambil melakukan gerakan yang


bersesuaian dengan lirik lagu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu ÂRow Row Your BoatÊ
atau dalam bahasa Melayu ialah ÂDayung Dayung SampanÊ sambil membuat aksi
mendayung sampan secara berpasangan.

Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki


pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti
mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu dengan iringan muzik seperti Rajah 7.16. Sepanjang aktiviti
tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang
beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui
aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan baru dan secara langsung
kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

Rajah 7.16: Kanak-kanak membuat pergerakan mendayung sampan mengikut lirik lagu
ÊRow Row Your BoatÊ atau ÂDayung Dayung SampanÊ

Gerakan dan aktiviti lagu adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic,
memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini
menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respons secara spontan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini berlaku apabila ia
dikendalikan dengan baik dan memainkan peranan yang efektif dalam proses
perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik
yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif,
murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi
murid Tahap Satu khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja
membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu
mereka memahami konsep muzik yang abstrak.

Pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui


muzik. Jika diperhatikan, walaupun kadangkala kanak-kanak tidak boleh
bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  127

berlari mengikut rentak. Melalui satu pertunjukan pergerakan kreatif yang


dipersembahkan kepada kanak-kanak, kita dapat mengenal pasti bahawa kanak-
kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik
dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.

Suatu contoh dalam sebuah cerita, apabila watak seperti nenek kebayan atau
penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika
muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu
menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka
mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik
yang rancak. Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas
menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan
membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula
mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan
gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah
dipersembahkan telah dapat memberi banyak perangsang dan peluang kepada
kanak-kanak di dalam melahir dan mengekspresikan emosi mereka kerana
melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah
memudahkan guru prasekolah untuk mengenal pasti seterusnya membimbing
setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.

Tarian juga merupakan salah satu aspek yang berkaitan dengan gerakan dan
aktiviti lagu atau muzik. Pergerakan dilakukan melalui gerak tubuh mengikut
irama. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan
nilai terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang
semulajadi. Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan
pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah
menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri
yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk
pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Seni tari sebagai gerakan
berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri
berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli seperti
Rajah 7.17 atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur moden. Tarian
merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk
mengungkapkan idea, perasaan dan pengalaman mereka kepada orang lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

Rajah 7.17: Tarian asli

AKTIVITI 7.2
Jelaskan perancangan awal yang perlu dilakukan untuk menghasilkan
sesebuah aktiviti itu menarik dan tidak membosankan.

 Perkembangan fizikal adalah proses perkembangan kemahiran psikomotor


dalam diri individu.

 Terdapat empat jenis pergerakan, iaitu:


 Pergerakan fizikal;
 Pergerakan bahasa;
 Pergerakan kognitif; dan
 Pergerakan sosio emosi.

 Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk


tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi.

 Gerakan dan lirik lagu adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi
kanak-kanak.

 Perkembangan motor didefinisikan sebagai proses yang diperlukan bagi


membentuk cara mereka melakukan gerakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK  129

 Muzik merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi


perkembangan diri kanak-kanak.

 Menurut Howard Garner (1983), kecerdasan muzik adalah sama penting


seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan matematik, kecerdasan kinestetik,
kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal.

Motor halus ÂNonverbalÊ


Motor kasar Pergerakan kreatif
Muzik dan pergerakan

Campbell, J. L. (2004). Institutional change and globalization. Princeton, NJ:


Princeton University Press.
Campbell, S., MacNaughton, G., Page, J., & S. Rolfe. (2004). Social contexts of
early education, and reconceptualizing play. Greenwich, CT: JAI.
Davies, M. A. (2000). Learning: The beat goes on. Childhood Education, 76(3),
148-153.
Doherty, J., & Brennan, P. (2008). Physical education and development 3-11: A
guide for teachers. London, England: Routledge.
Florendo, A. O. (1998). Opening childrenÊs eyes through art. Momentum, 29(4),
13-15.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New
York, NY: Basic Books.
Haliza Hamzah, & Samuel, J. N. (2008). Perkembangan kanak-kanak. Kuala
Lumpur, Malaysia: Kumpulan Budiman.
Huttenlocher, P. R. (1990). Morphometric study of human cerebral cortex
development. Neuropsychologia 28(6), 517-27.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 GERAKAN DAN APRESIASI MUZIK

Huttenlocher, P. R. (1994). Synaptogenesis, synapse elimination and neural


plasticity in human cerebral cortex. Dalam Nelson, C. A. (pnyt.). Threats to
optimal development: The Minnesota Symposium on Child Psychology, jil.
27, 35-54. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Piaget, J. (1952). The origins of intelligence in children. New York, NY: W. W.
Norton and Company.
Piaget, J. (1962). Play, dreams and imitation. New York, NY: W.W. Norton and
Company.
Prim, M. F. (1995). Tradition and change in childrenÊs games: Its implication in
music education. Bulletin of the Council for Research in Music Education,
127, 149-154.
Siegel, D. J., & Bryson, T. P. (2012). The whole-brain child: 12 revolutionary
strategies to nurture your child's developing mind. New York, NY: Bantam
Books.
Tansley, A. E. (1967). Management of children with reading difficulties: A
multidisciplinary approach. Learn Disable, 13, 435-439.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like