You are on page 1of 240

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBML2103
Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


HBML2103
MORFOLOGI
DAN SINTAKSIS
BAHASA MELAYU
Dr Ali Mahmood
Mashudi Bahari
Dr Seman Salleh
Munsyi Zainal Abidin Kasim

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Ali Mahmood


Mashudi Bahari
IBMM

Dr Seman Salleh
IPBA

Munsyi Zainal Abidin Kasim

Penyederhana: Lt Kol (B) Hamid Awang


Open University Malaysia

Dr Adenan Ayob
Mohd Ra'in Shaari
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2007


Edisi Kedua, Ogos 2012
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2012, HBML2103
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xii

Topik 1 Morfologi 1
1.1 Definisi Morfologi 2
1.1.1 Morfem 3
1.2 Imbuhan 4
1.3 Bentuk Perkataan 7
1.4 Golongan Kata 13
Rumusan 17
Kata Kunci 17
Rujukan 18

Topik 2 Kata Nama dan Kata Kerja 19


2.1 Konsep Kata 20
2.2 Definisi Kata Nama 20
2.3 Golongan Kata Nama 21
2.4 Pembentukan Kata Nama 25
2.5 Golongan Kata Kerja 25
2.6 Pembentukan Kata Kerja 30
Rumusan 30
Kata Kunci 31
Rujukan 31

Topik 3 Kata Adjektif, Kata Tugas dan Kata Pinjaman 33


3.1 Kata Adjektif 34
3.1.1 Jenis Kata Adjektif 34
3.1.2 Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan 35
3.1.3 Kata Adjektif Warna 36
3.1.4 Kata Adjektif Ukuran 36
3.1.5 Kata Adjektif Bentuk 36
3.1.6 Kata Adjektif Waktu 37
3.1.7 Kata Adjektif Jarak 37
3.1.8 Kata Adjektif Cara 37
3.1.9 Kata Adjektif Perasaan 38
3.1.10 Kata Adjektif Pancaindera 38
3.1.11 Petua Penggunaan Kata Adjektif 40

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

3.2 Kata Tugas 40


3.2.1 Rumus Golongan Kata Tugas 50
3.3 Pembentukan Kata Sanskrit 52
3.4 Pembentukan Kata Arab-Parsi 55
3.5 Pembentukan Kata Yunani-Latin-Inggeris 56
Rumusan 60
Kata Kunci 60
Rujukan 61

Topik 4 Bidang Sintaksis 62


4.1 Konsep Asas Ayat 62
4.2 Pembahagian Subjek dan Predikat 69
4.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan 70
4.4 Ragam Ayat 70
4.5 Jenis Ayat 75
4.6 Frasa Nama 77
4.7 Binaan Frasa Nama 78
4.8 Susunan Konstituen Frasa Nama 80
Rumusan 81
Kata Kunci 81
Rujukan 82

Topik 5 Frasa Kerja dan Frasa Adjektif 83


5.1 Frasa 84
5.1.1 Definisi dan Konsep Frasa 84
5.2 Binaan dan Fungsi Frasa Kerja dalam Ayat 85
5.3 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek 87
5.4 Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap 87
5.5 Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap 88
5.6 Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai Penerang 89
5.7 Binaan Frasa Kerja dengan Objek 90
5.8 Frasa Kerja dengan Satu Objek 91
5.9 Frasa Kerja dengan Dua Objek 91
5.10 Frasa Kerja dengan Kata Bantu 93
5.10.1 Kata Bantu Aspek 94
5.10.2 Kata Bantu Ragam 95
5.11 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen 96
5.12 Binaan dan Unsur Pengisi Frasa Adjektif 98
5.13 Binaan dengan Satu Perkataan 98
5.14 Binaan dengan Dua Perkataan 99
5.15 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat 99
5.16 Frasa Adjektif sebagai Keterangan 100
5.17 Kata Adjektif sebagai Penerang Kata Nama 100

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

5.18 Unsur Keterangan dalam Frasa Adjektif 100


5.19 Frasa Adjektif dalam Ayat Komplemen 101
Rumusan 103
Kata Kunci 103
Rujukan 104

Topik 6 Aplikasi Frasa Sendi Nama dalam Ayat 105


6.1 Frasa Sendi Nama 106
6.2 Binaan dan Fungsi Frasa Sendi Nama dalam Ayat 106
6.3 Kata Sendi Nama + Frasa Nama 107
6.4 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama 108
6.5 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama +
(Keterangan) 109
6.6 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat 110
6.7 Predikat Frasa Sendi Nama 111
6.8 Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan 111
6.8.1 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Kerja 111
6.8.2 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Adjektif 112
6.8.3 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Nama 112
6.9 Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum 113
6.10 Rumus dalam Frasa Sendi Nama 115
6.11 Ayat dan Jenis-jenisnya 117
6.12 Klausa 118
6.13 Frasa 118
6.14 Perkataan 119
6.15 Ayat Tunggal 120
6.15.1 Ayat Penyata 120
6.15.2 Ayat Tanya 121
6.16 Ayat Perintah 121
6.17 Ayat Seruan 122
6.18 Ayat Aktif 122
6.19 Ayat Pasif 123
Rumusan 124
Kata Kunci 124
Rujukan 125

Topik 7 Ragam Ayat 126


7.1 Definisi Ragam Ayat 127
7.2 Definisi Ayat 127
7.3 Konsep Ragam Ayat 130
7.4 Jenis-jenis Ayat 134
7.5 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan 139
7.6 Pola-pola Ayat Dasar 144

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Rumusan 145
Kata Kunci 147
Rujukan 147

Topik 8 Ayat Tunggal 148


8.1 Definisi Ayat Tunggal 149
8.1.1 Konsep Ayat Tunggal 150
8.2 Binaan Ayat Tunggal 150
8.3 Binaan Subjek dalam Ayat Tunggal 151
8.4 Binaan Predikat Ayat Tunggal 156
8.5 Susunan Konstituen Ayat Tunggal 169
Rumusan 174
Kata Kunci 175
Rujukan 176

Topik 9 Ayat Majmuk 177


9.1 Definisi Ayat Majmuk 178
9.2 Konsep Ayat Majmuk 179
9.2.1 Pembentukan Ayat Majmuk 179
9.3 Ayat Majmuk Gabungan 182
9.4 Ayat Majmuk Pancangan 186
9.5 Ayat Majmuk Campuran 197
9.6 Ayat Majmuk Pasif 197
Rumusan 198
Kata Kunci 198
Rujukan 199

Topik 10 Proses Penerbitan Ayat 200


10.1 Konsep Penerbitan Ayat 200
10.2 Definisi Kata Nama 201
Rumusan 224
Kata Kunci 224
Rujukan 224

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu adalah salah satu kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam
tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengajaran dalam bidang Bahasa Melayu dengan Kepujian.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran


Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian
dalam perbincangan awal 3

Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan konsep morfologi dan pembentukan ayat;

2. Menjelaskan pembentukan Kata Nama dan pembentukan Kata Baharu;

3. Menyatakan pembinaan dan fungsi Frasa Sendi Nama;

4. Mengklasifikasikan pola-pola ayat dasar; dan

5. Mengaplikasikan konsep penggunaan ayat mengikut hukum dan pola


penerbitan ayat.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan ke atas definisi morfologi dan pembentukan


perkataan.

Topik 2 memperkenalkan konsep, golongan dan pembentukan kata nama dan


kata kerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

Topik 3 membincangkan penggunaan kata adjektif, kata tugas dan pembentukan


kata baharu.

Topik 4 menerangkan pembahagian subjek dan predikat serta penyusunan


konstituen kata nama.

Topik 5 menghuraikan aplikasi frasa kerja dan frasa adjektif dalam pembentukan
ayat.

Topik 6 membincangkan pembinaan dan fungsi frasa sendi nama dalam ayat
secara umum.

Topik 7 membincangkan konsep ayat serta pola-pola dalam ayat dasar.

Topik 8 membincangkan penggunaan dan susunan konstituen ayat tunggal.

Topik 9 mengelaskan penggunaan ayat majmuk dalam pembinaan ayat.

Topik 10 membuat penilaian terhadap penggunaan keseluruhan proses pola


penerbitan ayat.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan
sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
xii  PANDUAN KURSUS

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topic, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Rujuk myVLE.

RUJUKAN
Rujukan disenaraikan di akhir setiap topik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Morfologi
1
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi-definisi morfologi;
2. Menerangkan maksud dan jenis-jenis imbuhan;
3. Mengenal pasti proses yang terlibat dalam pembentukan kata;
4. Menghuraikan perbezaan antara jenis-jenis perkataan;
5. Membincangkan bentuk-bentuk perkataan; dan
6. Menerangkan pembahagian golongan kata yang diberikan oleh
tokoh-tokoh bahasa.

 PENGENALAN
Sebelum ini, melalui modul HBML1203 anda telah pun mempelajari aspek
fonetik dan fonologi dalam bahasa Melayu. Aspek fonologi ialah bidang yang
mengkaji aspek bunyi atau penyebutan. Manakala dalam modul ini, anda akan
mempelajari pula aspek morfologi dan sintaksis, iaitu bidang yang berkaitan
dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.

Dalam modul ini, anda akan mempelajari aspek morfologi dan sintaksis, iaitu
bidang yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.

Dalam Topik 1 ini, anda akan mempelajari beberapa definisi morfologi yang
dikemukakan oleh beberapa orang tokoh bahasa. Seterusnya akan dibincangkan
beberapa proses pembentukan kata yang melibatkan pengimbuhan, perkataan
dan bentuk perkataan. Akhirnya, anda akan mempelajari golongan kata yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa untuk melihat perbezaan dan
persamaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 MORFOLOGI

1.1 DEFINISI MORFOLOGI

AKTIVITI 1.1

1. Pernahkah anda mendengar perkataan morfologi? Apakah yang


anda tahu tentang morfologi?

2. Cuba berikan definisi morfologi mengikut pengetahuan anda.

Jadual 1.1 menyatakan beberapa definisi morfologi oleh beberapa sumber.

Jadual 1.1: Definisi-definisi Morfologi

Penerangan Sumber Tahun


Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji: Nik Safiah Karim 1996

 Struktur;
 Bentuk; dan
 Penggolongan kata.

Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata Kamus Dewan Edisi 2005
dalam sesuatu bahasa, termasuk: Keempat

 Infleksi (pengimbuhan);
 Terbitan; dan
 Pemajmukan.

 Morfologi ialah satu bidang dalam kajian Raminah Hj. Sabran 1985
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan dan Rahim Syam
cara-cara pembentukannya.

 Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau Marzukhi Nyak 1993


bentuk-bentuk kata. Abdullah dan Samsu
Yaacob
 Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau
mempelajari selok-belok struktur kata serta
pengaruh perubahan-perubahan struktur kata
terhadap golongan dan pengertian kata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  3

Rajah 1.1 menyatakan huraian morfologi oleh Marzukhi Nyak Abdullah (1993).

Rajah 1.1: Huraian tentang morfologi menurut Marzukhi (1993)

AKTIVITI 1.2

1. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara definisi morfologi yang


dikemukakan tadi.

2. Daripada definisi tersebut, gubal satu definisi umum yang


menerangkan morfologi dengan lengkap.

1.1.1 Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan dan berfungsi gramatis.
Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang
lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika
dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan
kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh
terdiri daripada beberapa morfem.

Morfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat (rujuk
Jadual 1.2).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 MORFOLOGI

Jadual 1.2: Dua Jenis Morfem

Jenis-jenis Morfem Penerangan


Morfem Bebas  Boleh berdiri sendiri. Contohnya minum, cuti, sekolah dan
periksa.
 Mempunyai makna sendiri.

Morfem Terikat/  Bentuk imbuhan seperti mem-⁄, per-⁄, ⁄-kan dan ber-⁄
Imbuhan
 Tidak mempunyai makna tetapi terdapat fungsi tatabahasa
atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan
seterusnya makna ayat.

1.2 IMBUHAN
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), proses pembentukan kata dalam
sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan
sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan.

Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-


bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis (sila rujuk Rajah 1.2) iaitu awalan,
akhiran, sisipan dan apitan.

Rajah 1.2: Jenis-jenis imbuhan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  5

Mari kita lihat jenis-jenis tersebut satu persatu.

(a) Awalan
Imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh:
berlari, terkejut, membaca dan lain-lain.

(b) Akhiran
Imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Contoh: jahitan, seniman,
angkasawan dan lain-lain.

(c) Apitan
Imbuhan yang hadir serentak. Contoh: pelajaran, perniagaan, melalui dan
lain-lain.

(d) Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Contoh: telunjuk, gerigi,
gemilang dan lain-lain.

Jadual 1.3 menyatakan beberapa contoh imbuhan.

Jadual 1.3: Contoh-contoh Imbuhan


Awalan Akhiran Sisipan Apitan
di- -an -el- per-...-an
per- -kan -er- ke-...-an
ter- -man -em- me-...-kan
ber- -wati -in- di-...-kan
men- -i - ber-...-an

AKTIVITI 1.3

Cuba anda senaraikan imbuhan-imbuhan lain mengikut pembahagian


berikut:

 Awalan Kata  Akhiran  Sisipan Kata  Apitan Kata


Nama Kata Nama Nama Nama

 Awalan Kata  Akhiran  Sisipan Kata  Apitan Kata


Kerja Kata Kerja Adjektif Kerja

 Awalan Kata  Apitan Kata


Adjektif Adjektif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 MORFOLOGI

Selain imbuhan asli dalam bahasa Melayu, terdapat juga sistem imbuhan asing
yang telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata
pinjaman, terutamanya yang berkaitan dengan keperluan peristilahan.

Imbuhan asing dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan bahasa asal


imbuhan-imbuhan tersebut iaitu (sila rujuk Rajah 1.3):

(a) Imbuhan Sanskrit;


(b) Imbuhan Arab-Parsi; dan
(c) Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris.

Rajah 1.3: Imbuhan asing

Bentuk-bentuk awalan lain yang terserap ke dalam bahasa Melayu bukan sebagai
imbuhan tetapi sebagai sebahagian daripada kata pinjaman dan berpotensi
menjadi awalan dalam pembentukan kata bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  7

AKTIVITI 1.4

Daripada bentuk-bentuk awalan dalam jadual berikut, berikan contoh-


contoh perkataannya.

Anda dikehendaki berbincang dengan rakan-rakan anda.

hetero- heksa- hidro- homo-


hiper- infra- inter- intra-
iso- kilo- makro- meta-
mikro- mili- tele- multi-
neo- neuro- orto- oksi-
paleo- para- penta- peri-
petro- feno- foto- fito-
pleo- super-

1.3 BENTUK PERKATAAN


Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), definisi perkataan adalah:

 Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada
satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.

 Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis, seperti yang dinyatakan di


dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Jenis-jenis perkataan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 MORFOLOGI

Sekarang, mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lanjut.

(a) Kata Tunggal


Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang
lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu
suku kata. Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

(i) Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri. Contohnya:

 Kamu.

 Sudah?

 Ini?

(ii) Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-
kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contohnya:

 di mana?

 ke Kuala Lumpur.

 dari Terengganu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  9

Rajah 1.5 menyatakan bentuk-bentuk Kata Tunggal.

Rajah 1.5: Bentuk-bentuk kata tunggal

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan


huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang
wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

(b) Kata Terbitan


Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang
mendapat atau menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau
sisipan.

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata terbitan ialah bentuk perkataan yang
dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Jadual 1.4 menyatakan contoh-contoh kata terbitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 MORFOLOGI

Jadual 1.4: Beberapa Contoh Kata Terbitan

Imbuhan Perkataan Kata Terbitan


di- + makan = dimakan
ber- + temu = bertemu
-an + tekan = tekanan
-kan + pamer = pamerkan
-em- + guruh = gemuruh
per-⁄-an + gaduh = pergaduhan

Rajah 1.6 menyatakan bentuk-bentuk kata terbitan serta contohnya.

Rajah 1.6: Bentuk-bentuk kata terbitan

AKTIVITI 1.5

Dengan merujuk Tatabahasa Dewan atau buku-buku tatabahasa yang


lain, senaraikan contoh-contoh kata tunggal dan kata terbitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  11

(c) Kata Majmuk


Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu.

(i) Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
(ii) Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Rajah 1.7 menjelaskan pengelompokan kata majmuk serta contohnya.

Rajah 1.7: Pengelompokan kata majmuk

AKTIVITI 1.6

Aplikasikan kata-kata majmuk dalam satu perenggan yang panjangnya


kira-kira 150 patah perkataan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 MORFOLOGI

(d) Kata Ganda


(i) Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar.

(ii) Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8, tiga jenis penggandaan
adalah:

 Penggandaan penuh;
 Penggandaan separa; dan
 Penggandaan berentak.

Rajah 1.8: Jenis-jenis penggandaan

Jadual 1.5 menyatakan contoh-contoh penggandaan.

Jadual 1.5: Beberapa Contoh Penggandaan

Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Berentak


Buku-buku Lelaki Cerai-berai
Murid-murid Lelangit Hingar-bingar
Pegawai-pegawai Mencari-cari Bukit-bukau
Guru-guru Tolong-menolong Mandi-manda
Sekolah-sekolah Kasih-mengasihi Anak-pinak

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  13

1.4 GOLONGAN KATA


Nik Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu
bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa
kriteria, antaranya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem,
kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

Ahli bahasa telah membuat pembahagian mengikut pemahaman masing-masing


sebagaimana yang dijelaskan dalam Rajah 1.9 hingga Rajah 1.14.

(a) Golongan Kata Mengikut Marsden


Rajah 1.9 menyatakan golongan kata mengikut Marsden (1812).

Rajah 1.9: Golongan kata mengikut Marsden (1812)

(b) Golongan Kata Menurut Winstedt


Rajah 1.10 menyatakan dua kategori kata menurut Winstedt (1927), serta
contohnya.

Rajah 1.10: Kategori kata mengikut Winstedt (1927)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 MORFOLOGI

Manakala Rajah 1.11 pula menyatakan golongan kata menurut Winstedt


(1927), serta contohnya.

Rajah 1.11: Golongan kata menurut Winstedt (1927)

(c) Golongan Kata Mengikut Asmah


Rajah 1.12 menyatakan golongan kata menurut Asmah (1968), serta
contohnya.

Rajah 1.12: Golongan kata mengikut Asmah (1968)

(d) Golongan Kata Mengikut Abdullah Hassan (1983)


Rajah 1.13 menyatakan golongan kata mengikut Abdullah Hassan (1983),
serta contohnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  15

Rajah 1.13: Golongan kata menurut Abdullah Hassan (1983)

(e) Golongan Kata Mengikut Tatabahasa Dewan (1996)


Rajah 1.14 menyatakan golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan (1996),
serta contohnya.

Rajah 1.14: Golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan (1996)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 MORFOLOGI

(f) Golongan Kata Menurut Asraf (2007)


Asraf telah membahagikan kata kepada golongan yang berikut:

(i) Kata nama;


(ii) Kata sendi;
(iii) Kata adjektif;
(iv) Kata kerja;
(v) Kata keterangan;
(vi) Kata hubung;
(vii) Kata seru; dan
(viii) Kata sandang.

 Kata sandang ialah kata penyerta yang bertugas untuk


membendakan dan membezakan kata atau frasa yang disertainya.

 Kata sandang dikenal juga sebagai kata penyerta merupakan


partikel yang tidak mempunyai erti serta tidak dapat berdiri
sendiri.

 Contoh: nya, sang, si, yang.

Kelas kata yang utama terdiri daripada:

 Kata Nama;
 Kata Adjektif;
 Kata Kerja; dan
 Kata Tugas.

AKTIVITI 1.7

Daripada pembahagian kata di atas, cuba anda bincangkan perbezaan


dan persamaan yang terdapat pada pembahagian tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 MORFOLOGI  17

 Morfologi ialah bidang yang mengkaji pembentukan kata.

 Golongan kata ialah pembahagian kata mengikut golongan tertentu.

 Imbuhan dibahagikan kepada awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

 Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata.

 Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata.

 Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir kata.

 Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-tengah kata.

 Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata
tugas.

 Kata tunggal ialah kata yang tanpa imbuhan.

 Kata terbitan ialah kata yang diberikan imbuhan.

 Tiga bentuk kata ganda ialah penggandaan penuh, separa dan berentak.

Akhiran Kata majmuk


Apitan Kata nama
Awalan Kata terbitan
Golongan kata Kata tugas
Imbuhan Kata tunggal
Kata adjektif Morfologi
Kata ganda Sisipan
Kata kerja

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 MORFOLOGI

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu morfologi dan sintaksis.


Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu kertas satu
STPM. Kajang: Masa Enterprise.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(1996). Tatabahasa Dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Portal Pendidikan Utusan. (2011). Tutor. Dicapai pada Oktober 29, 2009, daripada
http://www.tutor.com.my/tutor.

Sidang Pengarang. (1989). Teman setia anda bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (1965). Pelita bahasa Melayu penggal 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (2000). Pelita bahasa Melayu penggal 1-111. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kata Nama
2 dan Kata
Kerja
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep kata;
2. Mendefinisikan kata nama;
3. Menerangkan kata nama mengikut golongan tertentu;
4. Menerangkan pembentukan kata nama;
5. Membincangkan golongan kata kerja; dan
6. Menjelaskan pembentukan kata kerja.

 PENGENALAN
Dalam Topik 1, anda telah mempelajari makna morfologi dan beberapa aspek
morfologi termasuklah imbuhan, perkataan, bentuk perkataan dan golongan
kata. Pada awalnya telah dijelaskan bahawa kata dalam bahasa Melayu
dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif
dan kata tugas.

Lanjutan daripada Topik 1, dalam Topik 2 ini pula anda akan mempelajari
golongan kata nama dan golongan kata kerja. Golongan kata nama dibahagikan
kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
Kata kerja pula dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan
kata kerja tak transitif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

2.1 KONSEP KATA


Kata ialah unit ujaran yang bebas dan bermakna. Kupasan konsep kata
dipaparkan dalam Rajah 2.1 berikut:

Rajah 2.1: Konsep kata

2.2 DEFINISI KATA NAMA

Jadual 2.1 menjelaskan definisi kata nama oleh beberapa sumber.

Jadual 2.1: Definisi Kata Nama dan Sumbernya

Definisi Sumber
 Memberikan definisi nama sebagai semua perkataan yang ZaÊba
menyebut benda atau orang dan sebagainya. (1965)

 Definisi tersebut diperluas dengan meliputi apa-apa yang terlintas


dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti
akal, fikiran, kekuatan dan sebagainya.

 Mendefinisikan kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama Abdullah Hassan
benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. (2003)

 Menyatakan kata nama sebagai kata yang terletak selepas bilangan Lutfi Abas
atau penjodoh bilangan. (1971)

 Kata nama ialah kata yang merujuk khusus kepada sesuatu nama
orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa
dan pangkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA  21

2.3 GOLONGAN KATA NAMA


Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata
nama am dan kata ganti nama (sila rujuk Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Golongan kata nama

Sekarang, mari kita bincang golongan-golongan tersebut dengan lanjut.

(a) Kata Nama Khas


Nik Safiah Karim et.al (1996) menyatakan kata nama khas ialah kata yang
digunakan untuk rujukan khusus kepada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat
dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis
dengan huruf besar. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu
nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup pula
dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia. Sila rujuk
Rajah 2.3 untuk penerangan lebih lanjut.

Rajah 2.3: Kata nama khas

Jadual 2.2 menyatakan contoh-contoh kata nama khas hidup (manusia),


kata nama khas hidup (bukan manusia) dan kata nama khas tidak hidup.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

Jadual 2.2: Contoh-contoh Kata Nama Khas Hidup (Manusia),


Kata Nama Khas Hidup (Bukan Manusia) dan Kata Nama Khas Tidak Hidup

Nama Khas Hidup Nama Khas Hidup Bukan


Nama Khas Tidak Hidup
Manusia Manusia
Muhd Syamil Sang Belang Proton Wira
Tan Sri Lee Lam Thye Si Comel Open University Malaysia
Pendeta ZaÊba Hevea Brasilia (pokok Toyota
getah)
Prof Dr Nik Safiah Vanda Diana (orkid) Melayu
Krishnan Ananas Comosus (nenas) Pondok Kencana

AKTIVITI 2.1

Bina lima ayat, masing-masing yang mengandungi kata nama khas hidup
manusia dan bukan manusia.

(b) Kata Nama Am


Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep
yang umum sifatnya (sila rujuk Rajah 2.4). Kata nama am boleh
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna
perkataannya, iaitu:

(i) Hidup atau tidak hidup;


(ii) Manusia atau bukan manusia;
(iii) Institusi atau bukan institusi;
(iv) Konkrit atau abstrak; dan
(v) Berbilang atau tak berbilang.

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk:

 Sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup
seperti tumbuh-tumbuhan.

 Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan
sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA  23

Rajah 2.4: Kata nama am

(c) Kata Ganti Nama


Asraf (2007) memberikan definisi kata ganti nama sebagai kata yang
mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Asraf membahagikan
kata ganti nama kepada lima, iaitu:

(i) Kata ganti diri;


(ii) Kata ganti tanya;
(iii) Kata ganti tempat;
(iv) Kata ganti tunjuk; dan
(v) Kata ganti tak tentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

Menurut Nik Safiah et.al (1996) menyebut kata ganti nama sebagai
perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata
ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu:

 Kata ganti nama diri; dan

 Kata ganti nama tunjuk.

Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama
diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri
orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama,
kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama dijelaskan dalam Rajah
2.5 yang berikut.

Rajah 2.5: Kata ganti nama

AKTIVITI 2.2

Pembentukan kata nama dilihat dari segi pembentukan dan unsur-unsur


yang ada dalamnya. Kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk,
iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata nama majmuk dan kata
nama ganda.

Berdasarkan kenyataan di atas, cuba anda jelaskan bentuk-bentuk


tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA  25

2.4 PEMBENTUKAN KATA NAMA


Daripada aktiviti yang dijalankan di dalam Aktiviti 2.2, anda telah mengenal
pasti empat bentuk kata nama, iaitu:

(a) Kata nama tunggal;


(b) Kata nama terbitan;
(c) Kata nama majmuk; dan
(d) Kata nama ganda.

AKTIVITI 2.3

Dengan menggunakan contoh perkataan yang sesuai, cuba anda bina


beberapa ayat mengikut golongan kata nama yang disenaraikan di atas.

2.5 GOLONGAN KATA KERJA


Subtopik ini akan membincangkan golongan kata kerja dengan lebih lanjut.
Melalui subtopik ini, anda akan mempelajari maksud kata kerja, dua kumpulan
kata kerja; kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif serta dua subgolongan
kata kerja tak transitif; kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak
transitif berpelengkap (sila rujuk Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Kata kerja

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

Mari kita bincang kata kerja dengan lanjut sekarang.

(a) Kata Kerja


Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi
frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai
beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen,
dan keterangan (Nik Safiah Karim et.al, 1996). ZaÊba (1965) menamakan
kata kerja sebagai perbuatan. ZaÊba menyatakan bahawa jika kita menyebut
pasal membuat atau mengerjakan sesuatu perbuatan terpaksalah memakai
perkataan yang dinamakan „perbuatan‰, kerana sebutan menyatakan
perbuatan.

Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan, iaitu (sila rujuk Rajah 2.7):

(i) Kata kerja tak transitif; dan


(ii) Kata kerja transitif.

Rajah 2.7: Dua kumpulan kata kerja

Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

(i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap; dan


(ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap.

(b) Kata Kerja Tak Transitif


Abdullah Hassan (2003) menyatakan bahawa kata kerja tak transitif ialah
perbuatan itu dilakukan untuk diri sendiri sahaja dan oleh yang demikian,
tidak terkena kepada benda atau orang lain. Pendeta ZaÊba menamakannya
perbuatan tak melampau.

(c) Kata Kerja Transitif


Abdullah Hassan (2003) menjelaskan bahawa kata kerja transitif ialah
perbuatan itu terkena kepada orang lain atau pun benda lain. Pendeta
ZaÊba menamakannya perbuatan melampau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA  27

Nik Safiah Karim et.al (1996) menyatakan bahawa kata kerja transitif ialah
kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk
melengkapkan maksudnya.

Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(i) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif; dan
(ii) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif.

Kedua-dua kata kerja tersebut disebut sebagai kata kerja transitif aktif dan
kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang
menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran ăkan atau ăi.

Contoh kata kerja transitif aktif adalah seperti berikut:

 Syukur Adan menendang bola itu.


 Adik sedang melukis gambar kucing.
 Halim Zainal mencuci pakaian sekolah.
 Murid-murid menyertai rombongan itu.
 Tengku Qayyum membaca buku cerita.

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi
atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Contoh kata kerja transitif pasif adalah seperti berikut:

 Bola itu ditendang oleh Firdaus Azizul.


 Gambar kucing itu sedang dilukis oleh adik.
 Pakaian sekolah dicuci oleh kakak.
 Rombongan itu disertai oleh murid-murid.
 Buku cerita itu dibaca oleh anak Pak Alif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

(d) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap


Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri
sendiri tanpa objek atau penyambut.

Contohnya:

 Belajar;
 Berdiri;
 Bermain;
 Duduk;
 Kembali;
 Makan;
 Menyanyi;
 Pergi;
 Pulang; dan
 Tidur.

Kata kerja tak transitif juga boleh diikuti oleh unsur keterangan yang
berfungsi memberikan maklumat tambahan.

Contohnya:

 Adik Zaquan berdiri di situ.


 Aidil dan Kunalan telah pergi ke sekolah.
 Farizal Marlias pulang dari sekolah.
 Shahurain menyanyi di hadapan cermin.
 Shakir duduk di tangga.
 Kanak-kanak sedang bermain air di taman air.

(e) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap


Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah:

(i) Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan
maksud ayat.

(ii) Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA  29

(iii) Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Unsur-


unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada beberapa jenis, iaitu
(sila rujuk Rajah 2.8):

 Kata adjektif;
 Frasa sendi nama; dan
 Kata nama.

Rajah 2.8: Kata kerja tak transitif berpelengkap

AKTIVITI 2.4

Daripada contoh-contoh kata kerja transitif yang disenaraikan di bawah


(Tatabahasa Dewan,1996), cuba anda bina ayat aktif dan ayat pasif.

 Memukul gendang  Memendekkan perjalanan


 Membuka pintu  Menjaga keamanan
 Menaiki bas  Mencipta lagu
 Meragut beg  Menternak ikan keli
 Menjalankan tugas  Merujuk surat tuan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

2.6 PEMBENTUKAN KATA KERJA


Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk, iaitu;

(a) Kata kerja tunggal;


(b) Kata kerja terbitan;
(c) Kata kerja majmuk; dan
(d) Kata kerja ganda.

AKTIVITI 2.5

Cari satu petikan akhbar dalam Bahasa Melayu dan lakukan yang berikut:

(a) Kenal pasti bentuk kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.

(b) Bina ayat lain dengan menggunakan kata kerja.

Bincangkan jawapan anda dengan rakan-rakan anda.

 Kata nama digunakan bagi nama orang, nama benda, nama tempat dan nama
perkara.

 Kata nama khas merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda,
perbadanan atau institusi, undang-undang, bahasa, pangkat dan sebagainya.

 Kata nama khas dibahagikan kepada nama khas manusia dan nama khas
bukan manusia.

 Kata nama am merujuk kepada benda, perkara atau konsep secara umum.

 Kata nama am dibahagikan kepada lima kumpulan kecil berdasarkan ciri


makna perkataan.

 Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama.

 Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA  31

 Kata kerja ialah kata yang menjadi inti binaan frasa kerja.

 Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan.

 Kata kerja dibahagikan kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

 Kata kerja tak transitif terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

 Kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan.

 Kata kerja terdiri daripada empat bentuk.

Kata kerja Kata kerja transitif aktif


Kata kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja transitif pasif
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap Kata nama
Kata kerja transitif Kata nama am
Kata kerja tak transitif Kata nama khas

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu: Morfologi dan sintaksis.


Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu kertas satu
STPM. Kajang: Masa Enterprise.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 KATA NAMA DAN KATA KERJA

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(1996). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Portal Pendidikan Utusan. (2011). Tutor. Dicapai pada Oktober 29, 2009,
daripada http://www.tutor.com.my/tutor.

Sidang Pengarang. (1989). Teman setia anda bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (1965). Pelita bahasa Melayu penggal 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (2000). Pelita bahasa Melayu penggal 1-111.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kata Adjektif,
3 Kata Tugas
dan Kata
Pinjaman
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan jenis kata adjektif dan kata tugas;
2. Mengaplikasikan kata adjektif dan kata tugas dalam petikan yang
diberikan; dan
3. Menghuraikan pembentukan kata pinjaman daripada pelbagai
bahasa sumber yang dipilih.

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari golongan kata Kata Nama dan Kata Kerja dalam Topik
2. Perbincangan lanjut akan dikemukakan tentang golongan kata dalam topik ini,
iaitu Kata Adjektif, Kata Tugas dan Pembentukan Perkataan Baharu.

Bawah tajuk Kata Adjektif, kita akan berbincang tentang jenis kata adjektif dan
bawah tajuk kata tugas pula, akan dipaparkan perbincangan tentang kata
hubung gabungan, kata hubung pancangan, kata praklausa dan kata prafrasa.
Pembentukan perkataan baharu juga akan diterangkan. Ia akan dilihat dari segi
pembentukan perkataan baharu berasaskan bahasa Sanskrit, bahasa Arab-Farsi
dan bahasa Yunani-Latin-Inggeris.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

3.1 KATA ADJEKTIF


Subtopik ini akan menjelaskan kata adjektif dengan lebih lanjut.

3.1.1 Jenis Kata Adjektif


Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi unsur
inti dalam frasa adjektif seperti „manis‰ sekali, sudah „lama‰ sungguh, dan
masih „lebat‰ lagi.

Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu
nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan
didahului oleh kata penguat seperti „amat‰, „sangat‰, „sungguh‰, „sekali‰,
„paling‰, „agak‰ dan „benar‰. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu
sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan, sama ada imbuhan awalan,
apitan atau sisipan.

Anda dapat mengenal kata adjektif berdasarkan petunjuk berikut (Ideal, UPM):

(a) Kata adjektif disertai dengan kata penguat seperti „hebat‰, „amat‰,
„paling‰ cantik, laju „betul‰, „agak‰ yakin, „sangat‰ tajam, „amat‰ gemuk,
halus „sekali‰ dan lain-lain.

(b) Kata adjektif sering kali disertai dengan imbuhan „ter‰ yang bermaksud
paling dan „se‰ yang bermaksud sama seperti terhebat (paling hebat),
termanis (paling manis), terkasar (paling kasar), seindah (sama indah),
seharum (sama harum), seberani (sama berani) dan lain-lain.

(c) Kata adjektif digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara.
Penggunaannya selepas nama benda atau sesuatu perkara adalah seperti
berikut: tenunannya halus, ukirannya cantik, caranya menakjubkan,
fikirannya tajam dan lain-lain.

(d) Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi „tidak‰. Contoh
penggunaannya adalah seperti berikut: tidak putih, tidak lancar, tidak
canggih dan lain-lain.

(e) Kata adjektif dapat diulang dengan awalan „se‰ dan akhiran „nya‰. Contoh
penggunaannya adalah seperti berikut: sedalam-dalamnya, setinggi-
tingginya, semaju-majunya dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  35

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood (2004), kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:

(i) Kata adjektif bentuk;


(ii) Kata adjektif cara;
(iii) Kata adjektif jarak;
(iv) Kata adjektif pancaindera;
(v) Kata adjektif perasaan;
(vi) Kata adjektif sifatan atau keadaan;
(vii) Kata adjektif ukuran;
(viii) Kata adjektif waktu; dan
(ix) Kata adjektif warna.

AKTIVITI 3.1

Daripada kenyataan oleh Nik Safiah Karim et. al, cuba anda telitikan
petikan di bawah dan kenal pasti kata adjektif yang terkandung di
dalamnya. Dapatkah anda tentukan jenis kata adjektif yang hadir dalam
petikan yang anda akan baca nanti?

„Saya faham. Tapi, mungkin awak yang keliru. Saya cuba


mewujudkan persahabatan, tapi belum apa-apa, awak dah mula nak
meruntuhkannya. Jangan prejudis sangat pada situasi yang sebegini.
Saya cuma hendak berkenalan. Dan kalau itu merupakan sesuatu
yang melanggar etika hidup awak, saya minta maaf.‰ Nadia
langsung terdiam.
(Elby Wahida, 1995)

3.1.2 Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan


Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah kata yang memberikan pengertian
sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Kata adjektif jenis ini dapat
dilihat dalam empat keadaan iaitu (Ideal, UPM):

(a) Keadaan sifat atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat seperti
menakjubkan, canggih dan mempesonakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

(b) Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda, orang⁄) seperti cantik, mulia
dan bersedia.

(c) Tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda.

(d) Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat atau watak seperti pemurah,
pemarah, penyayang, pelupa dan ramah.

Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

budiman ganas berakal cermat


letih kasar canggih cemas

3.1.3 Kata Adjektif Warna


Kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian
warna sebagai unsur keterangan. Contohnya:

putih jingga
biru merah

3.1.4 Kata Adjektif Ukuran


Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan. Contohnya:

pendek tebal kerdil tinggi


nipis panjang renek besar

3.1.5 Kata Adjektif Bentuk


Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk
sebagai unsur keterangan. Contohnya:

bulat bengkok lonjong bujur leper


lurus lekuk kempis gelembung bundar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  37

3.1.6 Kata Adjektif Waktu


Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang mempunyai pengertian konsep
masa sebagai unsur keterangan. Contohnya:

baharu awal lambat segera suntuk


silam lama cepat lampau lewat

3.1.7 Kata Adjektif Jarak


Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep ruang
antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata adjektif. Contohnya:

jauh hampir
dekat nyaris

AKTIVITI 3.2

Setakat ini, anda telah didedahkan dengan enam jenis kata adjektif iaitu
kata adjektif sifatan atau keadaan, warna, ukuran, bentuk, waktu dan
jarak. Bagi setiap jenis kata adjektif, sila bina 10 ayat dan bincangkan
dengan tutor anda bagi memastikan sama ada ayat anda itu tepat
ataupun sebaliknya.

3.1.8 Kata Adjektif Cara


Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep keadaan
kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya:

cepat deras
laju lambat
perlahan lincah
gopoh jelas
sering selalu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

3.1.9 Kata Adjektif Perasaan


Kata adjektif perasaan ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep
perasaan, sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama.
Contohnya:

rindu benci segan suka gembira


berahi ragu kasih sayang sedih

Contoh penggunaannya dalam ayat:

 Dia amat rindu akan emaknya.

 Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.

 Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu.

 Pemuda itu rindu sangat akan gadis pingitan itu.

3.1.10 Kata Adjektif Pancaindera


Kata adjektif pancaindera ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep
rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai
penerang kata nama. Contohnya seperti dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Kata Adjektif Pancaindera

Kata Adjektif
Penerang Kata
Pancaindera
Rasa Sedap, manis, lazat, masam, kelat, pahit, masin, tawar, lemak,
payau
Pandang Cantik, molek, hodoh, lawa, buruk, tampan, comel, segak
Dengar Bising, merdu, nyaring, lunak, mersik, serak, garau
Bau Harum, wangi, busuk, hapak, tengik, semerbak, hanyir, hancing
Sentuh Halus, licin, kasar, keras, kesat, lembap, lembut
Gabungan Bersih (sentuh + pandang + bau), selesa (sentuh + pandang),
tenteram (dengar + pandang)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  39

AKTIVITI 3.3

Baca petikan berikut dan tentukan jenis kata adjektif yang digunakan
dalam petikan yang berkenaan.

‰Bagaimana? Seronok?‰

Aku tidak menjawab. Seman tidak bertanya lagi.

‰Man, apa yang kau tahu tentang diriku di sini?‰ tanyaku sambil
menanggalkan baju untuk bersalin pakaian tidur.

‰Terlalu banyak untuk saya katakan. Tentu cikgu ingin satu-satu


pandangan bagi satu-satu perkara yang khusus sahaja.‰

‰Emm, ya, apa yang kau tahu mengenai aku dan Salwa?‰

‰Dengan Salwa sahaja?‰

‰Hmm,‰ aku berasa bertambah minat. ‰Ada orang lain?‰

‰Masita.‰

Aku betul-betul terperanjat. Perhubungan yang selama ini aku


rahsiakan telah diketahui. Siapa yang memberitahunya? Atau dia
sendiri pernah ternampak aku dan Masita?

‰Masita?‰ aku terkejut sekali atas pengetahuannya.

‰Ya. Masita dan Salwa. Bukankah mereka masing-masing mempunyai


perhubungan dengan cikgu?‰

Aku duduk di sisinya. Berminat dengan seribu kecurigaan.

(Abdul Talib Mohd Hassan, 1995: 264-265)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

3.1.11 Petua Penggunaan Kata Adjektif


Berikut dijelaskan petua penggunaan kata adjektif .

(a) Kata adjektif dikenali jika kata tersebut didahului atau diikuti kata penguat
seperti ‰amat‰, „sangat‰, „sungguh‰, „sekali‰, „paling‰, „agak‰ dan
„benar‰.

(b) Kata adjektif menerangkan „keadaan atau sifat sesuatu nama‰ atau „frasa
nama‰.

(c) Kata adjektif perasaan harus diikuti kata sendi nama seperti „akan‰,
„dengan‰, „terhadap‰ dan sebagainya.

Contohnya:
(i) Saya sangat ‰segan dengan‰ anda.
(ii) Siti amat ‰rindu akan‰ kekasihnya di Sabah.
(iii) Orang kaya berkenaan amat ‰malu untuk‰ meminta pertolongan
mereka.

3.2 KATA TUGAS


Tajuk kedua yang anda akan pelajari dalam Topik 3 ini ialah Kata Tugas. Kata
tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi
sebagai kata praklausa, prafrasa atau sebagai kata pascakata. Jadual 3.2 yang
berikut boleh membantu anda memahami Kata Tugas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  41

Jadual 3.2: Kata Tugas


Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

Kata Hubung Gabungan

(a) Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.

 Gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu,  Aminah mengemas rumah dan ibunya
malahan, sambil, kemudian membasuh kain.

 Mereka mungkin pergi ke Johor atau


ke Perak.

 Sampah itu dipungutnya kemudian


dicampakkannya ke dalam tong
sampah.

Kata Hubung Pancangan

(a) Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa
induk.

 Relatif yang  Budaya hidup yang bertoleransi dapat


menjamin kesejahteraan.

 Mereka beramai-ramai pergi ke


sekolah yang menawarkan kursus
komputer.

 Komplemen bahawa  Guru itu menyatakan bahawa


muridnya sangat rajin.

 Semua pihak harus menyedari bahawa


perkara yang dihadapi adalah amat
mencabar.

 Keterangan kerana, agar, meskipun,  Pertandingan badminton akan


sekiranya, semoga, supaya, ditangguhkan sekiranya tiada
kalau, andai kata, sambutan.
kendatipun, hingga, jika,
semasa, sementara, setelah,  Dia membaca terlalu banyak hingga
sewaktu, ketika, untuk, terlupa untuk makan.
tatkala, walaupun,
sungguhpun, apabila  Sementara menanti padi masak, petani
itu menanam jagung.

 Kalau musuh menyerang, kami akan


melawan.

 Sewaktu diumumkan berita penting


itu kami tiada di sini.

 Orang tua itu berdoa semoga


keluarganya sentiasa sihat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

Kata Praklausa

(a) Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru,
kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

(b) Tugasnya adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang
pangkal kepada klausa.

 Kata seru aduh, amboi, cis, oh, celaka,  Syabas, awak telah berjaya!
eh, wah, syabas, aduhai,
wahai  Aduhai, awak datang lambat sangat!

 Kata tanya berapa, bila, bagaimana,  Harga barang itu berapa?


mengapa, apa, siapa, mana
 Mengapakah dia menangis semalam?

 Kesihatannya sekarang bagaimana?

 Berapa tahunkah dia belajar di luar


negeri?

 Manakah baju baharu saya?

 Siapakah yang datang semalam?

 Kata perintah jangan, usah, sila, jemput,  Jangan buang sampah di sini.
minta, tolong, harap, sila,
jangan  Janganlah bersusah hati.

 Harap saudara dapat datang petang


ini.

 Silalah masuk.

 Kata pembenar ya, benar, betul, benar  Ya, itulah orangnya.

 Betul, tanyalah dia untuk


mendapatkan kepastian.

 Benar, itulah cikgu baru di sekolah


kita.

 Kata pangkal hatta, maka, syahadan,  Hatta istana itu pun siaplah.
ayat adapun, alkisah, kalakian,
sebermula, sekali peristiwa,  Kalakian berlakulah permusuhan
arakian antara kedua-dua kerajaan itu.

 Maka baginda pun bertitah kepada


Bendahara Paduka Raja.

 Sebermula berburulah baginda


bersama-sama hulubalangnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  43

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

Kata Prakfrasa

(a) Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja,
ataupun frasa adjektif.

(b) Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu,
menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan
membilang.

 Kata bantu (i) Bantu Aspek:  Pekerja itu telah pulang.


telah, baru, pernah,
sedang, masih, akan,  Murid-murid itu baru tiba.
belum
 Mereka pernah ke utara Malaysia.

 Mereka sedang menyiapkan


pengaturcaraan komputer.

 Semua pihak sedang sibuk


menyiapkan kerja.

 Adik masih membersihkan meja.

 Semua kenderaan akan diperiksa


esok.

 Pembesaran tasik masih belum dapat


dimulakan lagi.

(ii) Bantu Ragam:  Cikgu Ramli bersungguh-sungguh


hendak, mahu, harus, hendak mengadakan kelas tambahan.
mesti, boleh, dapat
 Ramai graduan yang mahu bekerja
sendiri.

 Halaman di hadapan rumah harus


dibesarkan lagi.

 Keputusan mesti diumumkan pada


hari ini juga.

 Semua pihak boleh memberikan


pendapat mereka.

 Atuk dapat mengerjakan fardhu haji


pada tahun ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat


 Kata penguat (i) Penguat hadapan:  Bangau itu terlalu kurus.
terlalu, paling, agak
 Cadangan yang dikemukakannya
 Kata penguat paling menarik.
hadapan ialah
perkataan yang  Pendapatnya agak bernas.
letaknya di hadapan
kata adjektif.

(ii) Penguat belakang:  Lukisan di dinding itu cantik sekali.


sekali, benar, nian
 Lambat benar bas itu tiba.
 Kata penguat
belakang ialah  Dia keluar sebentar nian.
perkataan yang
letaknya di belakang
kata adjektif.

(iii) Penguat bebas:  Pakaian pasukan itu amat kemas.


amat, sangat, sungguh
 Pakaian pasukan itu kemas amat.
 Kata penguat bebas
ialah perkataan yang  Hari sangat panas.
letaknya bebas, sama  Hari panas sangat.
ada di hadapan atau
di belakang kata  Angin sungguh nyaman.
adjektif.
 Angin nyaman sungguh.

 Kata penegas (i) Penegas frasa  Siapakah majikan kamu itu?


predikat:
Kata penegas -kah, -tah, -lah.  Apatah daya kita.
memberi
penekanan pada  Hanya berlaku  Orang itulah bapanya.
bahagian apabila frasa
tertentu dalam predikat atau
ayat. bahagian yang
ditegaskan
mengalami proses
pendepanan.

(ii) Penegas frasa subjek  Kami juga ingin ke bandar.


atau frasa predikat:
juga, pun, jua, hanya,  Kami ingin juga ke pekan.
lagi, hanya, memang
 Hujan hanya turun pada musim
 Bersifat bebas dari dingin.
segi kehadirannya  Hujan turun hanya pada musim
dalam ayat dingin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  45

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

 Kata nafi (i) Menjadi unsur nafi frasa  Itu bukan mereka.
nama dan frasa sendi
Kata nafi ialah nama: bukan  Roti bukan diperbuat daripada besi.
perkataan yang
menjadi unsur (ii) Menjadi unsur nafi  Dia tidak berlari.
nafi frasa frasa kerja dan frasa
predikat, iaitu adjektif: tidak  Rumah lama itu tidak besar sangat.
frasa nama, frasa
kerja, frasa (iii) Menjadi unsur nafi frasa  Dia bukan hendak belajar tetapi
adjektif, dan kerja dan frasa adjektif hendak bermain sahaja.
frasa sendi nama. jika kedua-dua frasa
mendukung maksud  Pak Ali bukan kaya sangat tetapi
pertentangan pemurah orangnya.
maklumat: bukan

 Kata pemeri (i) Hadir di hadapan  Yang dapat dilihat ialah usaha dan
frasa nama: ialah kerajinannya.
Kata pemeri
ialah unsur yang  Kereta api laju ke KLIA ialah jenis
menjadi pemeri pengangkutan yang dapat
hal atau menjimatkan masa.
perangkai antara
subjek dengan (ii) Hadir di hadapan  Kenyataan itu adalah tidak benar.
frasa utama frasa adjektif dan
dalam predikat. frasa sendi nama:  Kejadian yang berlaku itu adalah
adalah disengajakan bagi mengelakkan salah
faham.

 Kata sendi nama (i) Menunjukkan tempat:  Tempat: Pengembara itu sesat di
di dalam hutan.
Kata sendi nama
ialah perkataan (ii) Menunjukkan: tempat,  Tempat: Mereka akan ke Kuantan
yang letaknya di arah dituju, waktu atau esok.
hadapan frasa masa: ke
nama.  Arah: Mereka menuju ke selatan.

 Waktu atau masa: Ali menunggu


hingga ke petang.

(iii) Menyatakan tempat  Tempat atau arah: Angin bertiup dari


atau arah,waktu atau arah selatan.
masa: dari
 Waktu atau masa: Tempoh
pembayaran bermula dari esok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

(iv) Menyatakan punca  Punca: Dia menerima surat daripada


bagi manusia, haiwan, kakak.
benda, unsur mujarad,
sumber, asal kejadian,  Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu
perbezaan, dan diperbuat daripada logam.
perbandingan:
daripada  Perbezaan atau perbandingan: Kami
tiba lewat daripada mereka.

(v) Menyatakan sasaran  Sasaran: Sila kembalikan borang itu


yang merujuk manusia, kepada kerani.
haiwan, unsur
mujarad, menyatakan  Pecahan: Peserta dibahagikan kepada
pecahan dan dua kumpulan.
menyatakan perubahan
keadaan: kepada  Perubahan keadaan: Keadaan berubah
kepada yang lebih baik.

(vi) Menunjukkan  Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh


keterangan waktu dan pagi.
tempat: pada
 Tempat: Tuliskan nama anda pada
kertas ini.

(vii) Menunjukkan  Kegunaan untuk sesuatu: Rumah


kegunaan untuk untuk pekerja sedang dibaiki.
sesuatu: untuk, bagi
 Rumah bagi pekerja sedang dibaiki.

(viii) Menyatakan maksud  Bahagian yang ditentukan atau


bahagian yang diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.
ditentukan atau
diperuntukkan: untuk

(ix) Bertugas membawa  Tujuan: Kita mesti bersatu demi


makna tujuan: demi keadilan negara.

(x) Membawa maksud  Rujukan: Mereka berbincang tentang


rujukan: tentang masalah negara.

(xi) Membawa maksud  Perbandingan: Hatinya keras {seperti,


perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana} batu.
bagai, umpama,
laksana

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  47

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

(xii) Membawa maksud  Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan


bersama-sama, cara ibu.
sesuatu dilakukan,
memakai atau  Cara sesuatu dilakukan: Dia
menggunakan, memulakan majlis dengan doa.
menyatakan
perbandingan yang  Memakai atau menggunakan: Ani
serupa: dengan melukis potret itu dengan cat air.

 Menyatakan perbandingan: Dia


sentiasa sependapat dengan ketuanya.

(xiii) Membawa maksud  Penanda waktu atau masa: Kami


penanda waktu atau tinggal di kampung {sejak, semenjak}
masa: sejak, semenjak dua tahun yang lalu.

(xiv) Membawa maksud  Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan


rujukan: terhadap terhadap binatang.

(xv) Mendahului kata  Mendahului kata adjektif yang bersifat


adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan
emotif: akan anaknya.

(xvi) Membawa maksud  Hubungan pembuat dalam ayat pasif:


hubungan pembuat Kuih itu dibeli olehnya.
dalam ayat pasif,
hubungan yang  Hubungan yang membawa maksud
membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah
sebab: oleh oleh (sebab) kekurangan latihan.

(xvii) Membawa maksud  Perihal peringkat dan had masa:


perihal peringkat dan Anaknya belajar {hingga, sampai}
had masa, waktu, atau peringkat universiti.
tempat: hingga, sampai

(xviii) Membawa pengertian  Lingkungan yang tidak mempunyai


lingkungan yang tidak ruang atau jarak: Kita harus bertutur
mempunyai ruang atau dalam bahasa kebangsaan kita.
jarak: dalam, antara
 Tidak ada perbezaan besar antara
pendapatnya dengan pendapat saya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

Jenis Kata Tugas Kata Tugas Ayat

 Kata arah (i) atas, antara, bawah,  Buku itu ada di atas meja.
tepi, belakang, tengah,
dalam, luar, sisi,  Dia duduk di antara Ramli dan
penjuru, sudut, segi, Salmah.
selatan, samping, timur,
barat, hadapan, utara  Mereka bersembunyi di bawah rumah.

 Petani itu berjalan di tepi danau.

 Kami mendirikan khemah di belakang


rumah.

 Kata bilangan (i) Menunjukkan bilangan  Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan
tentu: satu, dua, sampai.
sepuluh, sejuta

(ii) Menunjukkan bilangan  Bilangan tak tentu: Segala persiapan


tak tentu: segala, telah dibuat.
semua, para, beberapa,
sekalian, seluruh,
banyak, sedikit

Kata Pascakata

(a) -nya yang hadir selepas perkataan.

(b) Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

 Kata penekan Memberi penegasan kepada  Lapisan ozon sesungguhnya semakin


kata yang bergabung menipis.
dengannya: -nya

 Kata pembenda Menjadikan sesuatu  Lajunya ialah 100 km sejam.


perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai
kata nama: Kata + -nya;
lajunya, sakitnya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  49

AKTIVITI 3.4

Baca petikan di bawah dan tentukan jenis kata tugas yang terdapat
dalamnya.

‰Ada apa Abang Kamal?‰ tanya Amar. Amar merenung muka Abang
Kamal, menunggu jawapan. Muka Abang Kamal merah padam. Amar
tenang.

‰Kau ni, baru bekerja di sini dah nak tunjuk lagak. Apa yang engkau
beritahu Encik Mansor tentang aku? Apa?‰ bentak Abang Kamal.
Jailani menggulung lengan baju. Kain apron ditanggalkannya, begitu
juga dengan penutup habuk. Dada Nadia bergemuruh.

‰Tunjuk lagak macam mana Abang Kamal,‰ tenang jawab Amar. Dia
kemudiannya berpeluk tubuh.

‰Kau jangan pura-pura tak tahu. Berlagak. Mentang-mentang


berkawan dengan anak Encik Mansor, dah nak tunjuk hero. Apa yang
kau cakapkan pada Wahab, Hamidon, dan Yahaya? Apa? Cakap!‰
bentak Abang Kamal lagi. Amar menyeluk kocek.

‰Abang Kamal, apa yang Abang Kamal cakapkan ni?‰ sampuk Nadia.
Dia berdiri di samping Amar. Jalil dan Rahmat berpandangan.

‰Cik Nadia jangan masuk campur. Ini hal antara saya dengan Amar.‰
Abang Kamal memberi amaran. Nadia tersentak.

‰Cakap, apa yang engkau katakan?‰ ulang Abang Kamal lagi.


Suaranya semakin keras.

‰Saya cuma pujuk mereka supaya jangan berhenti kerja walaupun gaji
tak dapat dinaikkan. Cuba Abang Kamal fikir, macam mana syarikat
nak naikkan gaji kalau prestasi kerja kita semakin merosot. Barang-
barang yang ditempah, tak dapat nak disiapkan dalam masa yang
ditetapkan. Sebabnya, pekerja kita sering tak datang kerja,‰ ujar Amar
lambat-lambat.

(Elby Wahida, 1995: 76-77)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

Setakat ini, anda telah berjaya mempelajari enam tajuk dalam Topik 3 ini. Jika
berasa letih, berehatlah, minum-minum sambil makan seketika. Regangkan
badan dan tangan, bertenang, tolong lakukan kerja rumah atau bersantai sambil
menonton TV.

Mari kita mulakan perbincangan tentang pembentukan perkataan baharu


menerusi pengimbuhan. Sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk
menampung kemasukan bentuk kata pinjaman terutama yang dihubungkan
dengan keperluan peristilahan (Nik Safiah Karim et. al, 2004: 285). Dari semasa
ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu,
iaitu dengan cara meminjam unsur imbuhan bahasa asing, sama ada imbuhan
asing itu diterima secara sepenuhnya ataupun diubahsuaikan mengikut sistem
tatabahasa bahasa Melayu.

3.2.1 Rumus Golongan Kata Tugas


Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu.
Jadual 3.4 berikut menjelaskan fungsi kata tugas.

Jadual 3.4: Fungsi Kata Tugas

Contoh Subgolongan Fungsi


 dan, atau, tetapi, serta  Gabungan Menghubungkan ayat atau
klausa
 kerana, ketika, kalau  Hubungan

 aduh, amboi, wah syabas, oh, Kata seru Menunjukkan seruan


cis

 mengapa, bila, berapa, Kata tanya Menyoal atau bertanya


bagaimana

 jangan, usah, Kata perintah  Menimbulkan


 sila, jemput  Larangan  Tindakan balas
 tolong, minta, harap  Silaan
 Permintaan

 ya, benar, betul Kata pembenar Membenarkan sesuatu

 maka, hatta, adapun, Kata pangkal ayat Menandakan


syahdan kesinambungan ayat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  51

Contoh Subgolongan Fungsi


 telah, sudah, pernah, masih, Kata bantu Membantu frasa-frasa kerja,
sedang, tengah, akan belum adjektif, sendi nama
 hendak, mahu ingin, harus,
mesti, boleh, dapat

 amat, sangat, sekali, terlalu, Kata penguat Menguatkan maksud suatu


paling, sungguh, benar, nian adjektif

 -kah, -tah, -lah, juga, pun, Kata penegas Menegaskan bahagian-


hanya, memang, lagi bahagian tertentu dalam
ayat

 bukan Kata nafi Menafikan sesuatu


 tidak

 ialah Kata pemeri Memerihalkan atau


merangkaikan subjek
 adalah dengan predikat.

 di, ke, daripada, antara, Kata sendi nama Pelbagai tugas bagi kata
untuk, bagi, akan, terhadap, atau frasa nama
oleh, seperti, umpama, bagai

 atas, bawah, sisi, depan, Kata arah Menunjukkan arah atau


belakang, hadapan, dalam hala
luar, samping, timur, barat

 satu, dua, sepuluh, seratus, Kata bilangan Menerangkan bilangan atau


sejuta jumlah
 banyak, sedikit, beberapa,
semua, para
 sekalian, segala, seluruh
 sesetengah, separuh, dua
pertiga, sepertiga
 kedua-dua, bertahun,
berbakul-bakul, beratus-ratus
-nya Kata penekan Memberikan penegasan
bagi kata yang digandingi
-nya Kata pembeda Menjadikan kata bukan
nama sebagai kata nama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

3.3 PEMBENTUKAN KATA SANSKRIT


Jadual 3.5 berikut menjelaskan pembentukan perkataan baharu Sanskrit.

Jadual 3.5: Pembentukan Perkataan Baharu Sanskrit

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Awalan maha- maha + rani maharani
 Melahirkan bentuk kata maha + dewa mahadewa
adjektif dan kata nama,
maha + guru mahaguru
membawa pengertian paling
atau tahap terbesar, tertinggi maha + siswa mahasiswa
dan teragung.
maha + raja maharaja
maha + meru mahameru
 maha + kata adjektif dieja maha + mulia maha mulia
berasingan
maha + besar maha besar
maha + agung maha agung

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Awalan tata- tata + tertib tatatertib
 Digunakan khusus untuk tata + susila tatasusila
menerbitkan kata nama yang
tata + bahasa tatabahasa
membawa pengertian susunan
atau peraturan tata + cara tatacara
tata + nama tatanama
tata + hukum tatahukum
tata + negara tatanegara
tata + buku tatabuku
tata + dunia tatadunia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  53

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Awalan pra- pra + kata prakata
 Menerbitkan kata nama untuk pra + syarat prasyarat
membawa pengertian sebelum
pra + sejarah prasejarah
atau syarat kepada sesuatu
yang mengikutinya. pra + siswazah prasiswazah
pra + sangka prasangka
pra + wacana prawacana
pra + universiti prauniversiti
pra + sarana prasarana
pra + matang pramatang

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Awalan swa- swa + daya swadaya
 Menerbitkan kata nama yang swa + asta swaasta
memberikan makna sendiri.
swa + sambada swasambada
swa + tantra swatantra
swa + tenaga swatenaga
swa + layan swalayan

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Awalan tuna- tuna + anggota tunaanggota
 Menerbitkan kata nama yang tuna + netra tunanetra
memberikan makna tiada atau
tuna + karna tunakarna
tidak mempunyai.
tuna + karya tunakarya
tuna + wisma tunawisma
tuna + susila tunasusila

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Awalan eka-, dwi-, tri-, panca- eka + bahasa ekabahasa
 Menerbitkan kata nama untuk eka + matra ekamatra
membawa pengertian
eka + nada ekanada
bilangan, iaitu eka „satu‰„ dwi
„dua‰, tri „tiga‰, dan panca dwi + fungsi dwifungsi
„lima‰.
dwi + bahasa dwibahasa
tri + bulan tribulan
tri + windu triwindu
panca + indera pancaindera
panca + sila pancasila

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Akhiran ăwan, -man seni + man seniman
 Menerbitkan kata nama untuk budi + man budiman
membawa pengertian pelaku
cendekia + wan cendekiawan
sesuatu perbuatan, pekerjaan
atau tugas, atau pemilik harta + wan hartawan
sesuatu sifat atau kepunyaan.
karya + wan karyawan
sukarela + wan sukarelawan
budaya + wan budayawan

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Akhiran ăwati, -nita seni + wati seniwati
 Menimbulkan kategori jantina, angkasa + wati angkasawati
iaitu -man dan -wan bagi
biduan + nita biduanita
lelaki, dan -wati dan -nita bagi
wanita. karyawan + nita karyawanita

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  55

3.4 PEMBENTUKAN KATA ARAB-PARSI


Jadual 3.6 menjelaskan pembentukan bahasa Arab-Parsi.

Jadual 3.6: Pembentukan Bahasa Arab-Parsi

Imbuhan Imbuhan + Kata Perkataan Baharu


Awalan bi- bi + lazim bilazim
 Bererti tidak bi + adab biadab
Akhiran ăwi, -i sejarah + wi sejarahwi
 Membentuk kata adjektif, iaitu dunia + wi duniawi
mencirikan sifat yang
abad + i abadi
terkandung dalam kata dasar.
manusia + wi manusiawi
Akhiran ăiah alam + iah alamiah
 Membentuk kata adjektif yang lahir + iah lahiriah
membawa makna sifat atau ciri
ilmu + iah ilmiah
yang terkandung dalam kata
dasar. batin + iah batiniah
Akhiran ăin, -at, -ah hadir + in hadirin
 Menunjukkan nama lelaki dan munafik + in munafikin
perempuan.
hadir + at hadirat
munafik + at munafikat
salih + ah salihah
qari + ah qariah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

3.5 PEMBENTUKAN KATA YUNANI-LATIN-


INGGERIS
Jadual 3.7 berikut menjelaskan pembentukan perkataan baharu Yunani-Latin-
Inggeris.

Jadual 3.7: Pembentukan Perkataan Baharu Yunani-Latin-Inggeris

Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu


Awalan
pro- probarat promajikan
 Menunjukkan tanda bersetuju, prokerajaan propembangkang
memihak, atau menyebelahi
prokomunis
sesuatu pihak.
anti- antijirim antipenjajah
 Menunjukkan tanda melawan, antikemajuan antisosial
membantah, menentang, atau
antikerajaan antibiotik
tidak bersetuju dengan sesuatu
pihak.
poli- policakera polisemi
 Memberikan pengertian polifasa poliklinik
banyak
poliarca polinomial
auto- autocarta autograf
 Memberikan pengertian secara automatik automorf
bersendirian.
autonomi autoglutinasi
sub- sub bidang subkategori
 Memberikan pengertian substandard subgolongan
sebahagian daripada
subkelas subsistem
keseluruhan.
supra- supranasional suprasegemen
 Memberikan pengertian suprakelas supragolongan
melebihi, mengatasi atau
suprakategori suprasistem
merentasi.
hetero- heterograf heterosiklik
heteroion heterogamet
heterosel heterografi
heksa- heksahedron heksapod
heksatetrahedron heksagon
heksabes

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  57

Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu


hidro- hidrograf hidrometri
hidrologi hidrofoil
hidrolisis hidrodinamik
homo- homopolimer homogenesis
homodon homogen
homogami homotopi
hiper- hiperboloid hipersonik
hipergeometri hiperopia
hiperparasit hiperbola
infra- infraorbit infragenus
infrastruktur infrasonik
inframerah infraspesis
inter- interdental intervokal
interkom interneuron
intermaksila intersegmen
intra- intrablok intravena
intrasel intramolekul
intrajabatan intrakelenjar
iso- isobar isoglos
isobutanol isomorf
isogamet isohyet
kilo- kilogram kilokitar
kilometer kilokalori
kilowatt kilovolt
makro- makromolekul makronukleus
makrolinguistik makroiklim
makrogamon makrofibril
meta- metabrankia metabahasa
metakarpus metasejarah
metamatematik metapusat
mikro- mikrokitar mikrosel
mikrohablur mikrokimia
mikrobiologi mikroekonomi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu


mili- milimeter miligram
miliampere mililiter
milibar milicurie
tele- televisyen telegraf
telefon telefoto
telegram telekomunikasi
multi- multisel multimod
multibutiran multinukleus
multiaras multikolinear
neo- neomagma neomisin
neogen neotip
neolitik neonatal
neuro- neurohormon neuroendokrin
neurorembesan neurootot
neuroderia neurokranium
orto- ortogenus ortonormal
ortorombus ortoklas
ortografi ortokubah
oksi- oksifera oksiketon
oksiklorida oksiasid
oksitosin oksitropik
paleo- paleogen paleozoik
paleobiologi paleotanih
paleolitik paleogeografi
para- parapadat paraboloid
paratiriod paragenesis
paratip paralinguistik
peri- perikarp periklas
perikardium peridot
perimedula perinatal
petro- petrokimia petrologi
petrogenesis petrofabrik
petrografi petrosektomi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  59

Imbuhan Kata Baharu Kata Baharu


feno- fenobarniton fenotiazina
fenosalinan fenokrist
fenotip fenomena
foto- fotoreseptor fotosintesis
fotometri fotokimia
fotoelektrik fotogalvanometer
fito- fitokrom fitogeografi
fitohormon fitobenton
fitoiklim fitotoksin
pleo- pleokroisma pleoeksia
pleomorf pleomorfi
pleoarus pleokromatisme
super- superlarut superstruktur
superfostat superset
supertepuan supersonik
Akhiran
-isme sosialisme nasionalisme
kolonialisme realisme
kapitalisme idealisme
-ik fonemik linguistik
fonetik siklik
lojistik saintifik
-si klasifikasi polarisasi
revolusi nasalisasi
sensasi potensi
-al klinikal kritikal
praktikal siklikal
leksikal eksperimental
-is ekonomis magis
praktis kritis
sistematis simbiosis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN

AKTIVITI 3.5

Banyak yang telah anda pelajari tentang pembentukan perkataan baharu


menerusi proses pengimbuhan dan pembentukan perkataan baharu
Yunani-Latin-Inggeris. Sila buat nota ringkas tentang pembentukan
perkataan baharu yang baru dipelajari dan gunakannya dalam
pembinaan ayat.

 Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi
unsur inti dalam frasa adjektif.

 Kata adjektif boleh dikenal pasti dengan beberapa penggunaan seperti


seringkali disertakan dengan imbuhan „ter‰, digunakan selepas kata nama
benda atau perkara dan lain-lain.

 Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.

 Pembentukan perkataan baharu terbentuk melalui pengimbuhan asing yang


telah dipinjamkan untuk menampung kemasukan bentuk kata pinjaman
utama.

Kata adjektif Kata pascakata


Kata hubung gabungan Kata prakfrasa
Kata hubung pancangan Kata praklausa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 KATA ADJEKTIF, KATA TUGAS DAN KATA PINJAMAN  61

Abdul Talib Mohd Hassan. (1995). Saga. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling


Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Alias Mohammad Yatim. (1992). Fonetik dan fonologi: Suatu tinjauan. Petaling
Jaya: Sarlis Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar. (1977). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Elby Wahida. (1995). Ceria kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laman Web dan Portal Universiti Putra Malaysia. (2012). Dicapai pada Julai 3,
2012, daripada http://www.upm.edu.my/.

Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu fonetik dan linguistik. Petaling Jaya:
Agensi Penerbitan Nusantara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Bidang
4 Sintaksis
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan konsep asas bagi ayat;
2. Menghuraikan pembahagian subjek dan predikat;
3. Menjelaskan maksud ayat dasar dan ayat terbitan;
4. Menerangkan ragam dan jenis ayat; dan
5. Menerangkan pengenalan, binaan dan susunan konstituen frasa
nama.

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari kata adjektif, kata tugas dan pembentukan perkataan
baharu dalam Topik 3. Dalam topik ini pula, anda akan mempelajari pengenalan
bidang sintaksis dan frasa nama. Anda akan melihat binaan subjek dan predikat,
ayat dasar dan ayat terbitan, ragam dan jenis ayat, pengenalan, binaan dan
konstituen frasa nama.

Anda akan dilatih untuk melihat kehadiran unsur sintaksis dan unsur frasa nama
melalui petikan, perbincangan dengan tutor dan kajian lanjut anda sendiri.

4.1 KONSEP ASAS AYAT


Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi
juga hukum yang menentukan cara perkataan disusun dalam ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  63

Sebelum anda melihat bidang sintaksis, sila teliti konsep asas bagi ayat seperti
yang dinyatakan di dalam Jadual 4.1 berikut.

Jadual 4.1: Konsep Asas bagi Ayat

Konsep Asas Ayat Penerangan


Ayat  Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap (Nik Safiah
Karim, 1993:414).

 Diucapkan dengan didahului oleh kesenyapan dan diakhiri


dengan kesenyapan.

Urutan Kata  Letak kata yang satu dengan kata yang lain dalam suatu binaan
atau konstruksi sintaksis (Abdul Chear, 1994).

Fungsi Sintaksis  Kedudukan kata dalam binaan sintaksis iaitu frasa dan ayat
(Hashim Musa, 1993).

 Hubungan kata atau kumpulan kata dengan kata atau kumpulan


kata yang lain yang terdapat dalam binaan atau urutan kata atau
frasa dalam ayat (Ramli Saleh et al., 1997).

Subjek  Tentang apa-apa yang diperkatakan (Zaba, 1965).

 Konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa nama yang


menjadi judul atau fokus bagi unsur yang diterangkan
(Tatabahasa Dewan, 1993).

 Bahagian yang diceritakan oleh predikat terdiri daripada FN


(Asmah Hj Omar).

Predikat  Bahagian yang menerangkan subjek (Nik Safiah Karim et al.,


1993).

 Fikiran yang khusus menyatakan sesuatu tentang subjek (Zaba,


1965).

 Konstituen yang menerangkan subjek terdiri daripada FN, FK,


FA dan FSN (Tatabahasa Dewan, 1993).

Objek  Frasa nama yang berada di belakang predikat yang berupa kata
kerja transitif.

 Berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi ayat


pasif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

Konsep Asas Ayat Penerangan


Pelengkap  Unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak
transitif (Tatabahasa Dewan, 1993).

 Terdiri daripada FN, FA dan FSN.

Keterangan  Berfungsi meluaskan atau membatasi makna subjek atau


predikat.

Frasa  Rangkai kata (Zaba, 1965).

 Sekumpulan perkataan (Abdullah Hassan, 2002).

 Unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi


sekurang-kurangnya satu perkataan atau dua perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih
(Nik Safiah Karim et al., 1993).

Frasa Endosentrik  Binaan yang terdiri daripada deretan perkataan yang salah satu
daripadanya dianggap yang paling penting dan tidak boleh
digugurkan.

Frasa Eksosentrik  Binaan yang terdiri daripada dua unsur yang kedua-duanya
tidak boleh digugurkan atau diperkecil binaannya.

Ciri-ciri Frasa  Berpotensi untuk diperluas.

 Dapat disisipi.

 Tidak terdapat subjek dan predikat.

 Menjadi unsur kepada klausa atau frasa itu sendiri.

 Tidak boleh dipisahkan daripada kesatuannya.

 Pengucapannya tidak selesai.

Frasa Nama  Perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama
terbitan atau kata ganti nama (Nik Safiah Karim et al., 1993).

Binaan Frasa Nama  Inti + Penerang (D) (M)

 Penerang + Inti (M) (D)

 Inti + Inti

Frasa Kerja  Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah kata kerja (Nik Safiah Karim et al., 1993).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  65

Konsep Asas Ayat Penerangan


Jenis Kata Kerja  Kata Kerja Transitif (KKTr)
Tidak dapat menjadi frasa kerja kerana tidak dapat berdiri sendiri
dalam ayat memerlukan objek.

 Kata Kerja Tak Transitif (KKTTr)


Boleh menjadi frasa kerja apabila bertugas sebagai predikat
dalam ayat terdapat tiga jenis KKTTr iaitu KKTTr tanpa
pelengkap, KKTTr berpelengkap dan KKTTr berpenerang.

Perbezaan Objek  Wujud dalam bentuk FN dan wujud dalam bentuk FN, FK, FA
dan Pelengkap ă dan FSN.
Objek Pelengkap
 Menjadi subjek apabila dipasifkan. Tidak dapat menjadi subjek
apabila dipasifkan.

 Berada langsung di belakang KKTr. Berada langsung di belakang


KKTTr dan objek (jika ada unsur objek).

Frasa Adjektif  Susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai
intinya (Nik Safiah Karim et al., 1993).

Unsur Pengisi Frasa  Kata Penguat


Adjektif
(a) Hadapan ă agak, terlalu, paling, sangat;
(b) Belakang ă benar, sekali, nian; dan
(c) Bebas ă sangat, amat, sungguh.

 Kata Bantu (KB)


(a) KB aspek ă sudah, masih, belum; dan
(b) KB ragam ă harus, mungkin.

Frasa Sendi Nama  Perkataan utamanya terdiri daripada kata sendi nama dan diikuti
oleh frasa yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama (Nik
Safiah Karim et al., 1993).

Bentuk Kata Sendi  Kata sendi nama dasar ă ke kedai, dari rumah
Nama
 Kata sendi nama gabungan

(a) Gabungan kata sendi nama dasar ă dari + pada = daripada,


ke + pada = kepada.

(b) Gabungan kata sendi nama berpasangan ă dari rumah ke


sekolah, dari dulu hingga kini.

 Kata sendi nama yang berasal daripada kata lain ă menurut,


selain, melalui

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

Konsep Asas Ayat Penerangan


Ayat Dasar  Dikenali juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk
daripada unsur-unsur utama yang wajib, tidak mengandungi
unsur keterangan di dalamnya (Arbak Othman, 1985).

 Ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek


atau pada frasa predikat (Nik Safiah Karim et al., 1993).

Pola Ayat Dasar  FN + FN


 FN + FK
 FN + FA
 FN + FSN

Ciri-ciri Ayat Dasar  Terdapat satu klausa.


 Berpola subjek-predikat (susunan biasa).
 Ayat penyata.
 Ayat aktif.
 Berpotensi untuk diperluas.
 Tidak mengandungi kata hubung.

Ayat Tunggal  Ayat yang mengandungi satu klausa.

 Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat.

 Terdapat unsur wajib (subjek, predikat, objek dan pelengkap)


atau boleh mengandungi unsur pilihan (keterangan, kata pemeri
dan kata nafi).

Klausa  Unit di frasa dan di bawah ayat (Asmah Hj Omar, 1982).

 Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan


predikat. serta menjadi konstituen kepada ayat (Tatabahasa
Dewan, 1993).

Jenis Klausa  Klausa bebas


Boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap
apabila diucapkan dengan intonasi sempurna (Tatabahasa
Dewan, 1993).

 Klausa tak bebas


Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan klausa
lain untuk melengkapkannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  67

Konsep Asas Ayat Penerangan


Ciri-ciri Klausa  Belum memiliki intonasi atau tanda baca tertentu.

 Merupakan unsur pembentuk ayat.

 Mengandungi predikat.

 Menjadi konstituen frasa dalam ayat majmuk.

Susunan Biasa  Unsur subjek mendahului predikat (S+P).

Susunan Songsang  Unsur predikat mendahului subjek (P+S) dan dikenali sebagai
ayat terbalik.

 Digunakan untuk penegasan atau penekanan sesuatu ayat.

Ayat Aktif  Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul atau yang diterangkan (Nik Safiah Karim et al.,
1993).

Jenis Ayat Aktif  Ayat aktif transitif ă ayat yang terdapat kata kerja transitif (Arbak
Othman, 1981).

 Ayat aktif tak transitif ă ayat yang mengandungi kata kerja tak
transitif (Nik Safiah Karim et al., 1993).

Ayat Pasif  Ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang
menggunakan kata kerja berawalan ke-⁄-an atau perkataan kena
sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif (Arbak
Othman, (1981).

Ayat Penyata  Ayat yang menyatakan sesuatu.

 Dikenali sebagai ayat berita atau ayat pertanyaan.

Ayat Tanya  Ayat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atau


memperoleh jawapan.

 Terdiri daripada ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup.

Ayat Perintah  Digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan,


keinginan, harapan atau larangan.

 Terdiri daripada ayat suruhan, ayat silaan, ayat ajakan, ayat


larangan dan ayat permintaan.

Ayat Seruan  Ayat yang mengandungi tanda seruan (!) pada akhir ayat seperi
cis, aduhai, eh, amboi, aduh, nah, wah dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

Konsep Asas Ayat Penerangan


Jenis-jenis Ayat Lain  Ayat positif ă ayat yang mengungkapkan sesuatu maklumat
dalam bentuk positif.

 Ayat nafi ă ayat yang berfungsi menyangkal atau mengingkari


sesuatu.

 Ayat minimal ă ayat yang tidak terbatas, dengan menggunakan


ayat yang lengkap atau ayat tidak lengkap.

 Ayat penegas ă menegaskan predikat sesuatu ayat dengan kata


ada, adalah dan ialah (Asraf, 1996).

Ayat Majmuk  Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal (Nik Safiah
Karim et al., 1993).

 Ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih yang saling


berhubungan.

Ayat Majmuk  Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa bebas yang
Gabungan digabungkan menjadi satu ayat.

Ayat Majmuk  Ayat yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat
Pancangan induk atau ayat utama (Nik Safiah Karim et al., 1993).

Jenis Ayat Majmuk  AMP Relatif - yang


Pancangan
 AMP Komplemen - bahawa, untuk

 AMP Keterangan

Ayat Majmuk  Ayat yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis.
Campuran

SEMAK KENDIRI 4.1

Senaraikan empat konsep asas ayat serta penerangannya mengikut


Jadual 4.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  69

4.2 PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT


Dalam kebanyakan bahasa termasuklah bahasa Melayu, subjek setiap ayat
hanyalah terdiri daripada frasa nama. Jadual 4.2 menjelaskan maksud subjek dan
predikat.

Jadual 4.2: Maksud Subjek dan Predikat

Subjek/Predikat Maksud
Subjek Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi
unsur yang menerangkan subjek.

Contoh pembahagian subjek dan predikat:

Subjek Predikat
Ali guru sementara di sekolah itu.
Adik bongsuku sedang tidur di serambi rumah.
Pegawai kanan amat rajin dan cekap pula.
pejabat itu
Rumah di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan.
kediamannya

Ayat yang di atas boleh disongsangkan dengan mengekalkan struktur binaan


subjek dan predikatnya. Ayat songsang: predikat mendahului subjek.

Subjek Predikat
Guru sementara di sekolah itu Ali.
Sedang tidur di serambi rumah itu adik bongsuku.
Amat rajin dan cekap pula pegawai kanan pejabat
itu.
Di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan rumah kediamannya.

SEMAK KENDIRI 4.2

Nyatakan maksud subjek dan predikat serta berikan beberapa contoh


ayat yang bersesuaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

4.3 AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN


Berikut dinyatakan penjelasan ayat dasar dan ayat terbitan dengan lebih lanjut.

(a) Ayat Dasar


Pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua
ayat. Rujuk Jadual 4.3 untuk contoh pola ayat dasar.

Jadual 4.3: Pola Ayat Dasar

Pola Ayat Dasar Subjek Predikat


Pola 1 Frasa Nama Frasa Nama
Ali guru
Pola 2 Frasa Nama Frasa Kerja
Adikku sedang tidur
Pola 3 Frasa Nama Frasa Adjektif
Pegawai itu amat rajin
Pola 4 Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Rumahnya di Kampung Malaysia Raya

(b) Ayat Terbitan


Ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks yang diterbitkan daripada
ayat dasar.

(c) Pembentukan Ayat Terbitan


Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan
ataupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu
ayat dasar.

4.4 RAGAM AYAT


Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

(a) Ayat Aktif


Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  71

(i) Ayat Aktif Transitif


Ayat aktif transitif diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Jadual
4.4 menyatakan contoh-contoh ayat aktif transitif.

Jadual 4.4: Contoh Kata Kerja Transitif dan Objek

Predikat
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
Guru Besar memanggil saya.
Mereka membaiki jalan itu.
Dia membeli buah durian.
Ibu bapa harus mengawasi anak mereka.
Banjir melanda Kuala Lumpur.
Lokman mengarang novel itu.
Air hujan membasahi bajunya.
Penyalahangunaan mengancam keselamatan negara.
dadah
Yang Amat Berhormat merasmikan pameran itu.
Perdana Menteri
Novel itu mendapat sambutan hangat.

Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja
yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat
dan objek sipi.

Contohnya dapat dilihat melalui Jadual 4.5 yang berikut.

Jadual 4.5: Contoh Kata Kerja Aktif Transitif dan Objek Tepat serta Objek Sipi

Predikat
Subjek Kata Kerja Aktif
Objek Tepat Objek Sipi
Transitif
Anaknya membawakan saya secawan kopi.
Abang membelikan ibu sebuah rumah.
Halimah menghadiahi anaknya sebuah basikal.
Kakak menjahitkan adik sehelai baju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

(ii) Ayat Aktif Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak
transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua iaitu:

 Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.

 Ayat aktif transitif dengan keterangan yang tidak boleh


digugurkan.

Jadual 4.6 menyatakan contoh ayat aktif tak transitif dengan


keterangan yang boleh digugurkan.

Jadual 4.6: Contoh Ayat Aktif Tak Transitif Sebelum


dan Selepas Keterangan Digugurkan

Ayat Aktif Tak Transitif (Sebelum Ayat Aktif Tak Transitif (Selepas
Keterangan Digugurkan) Keterangan Digugurkan)
Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. Kanak-kanak sedang mandi.
Beberapa orang pengunjung masih bersiar- Beberapa orang pengunjung masih bersiar-
siar pada waktu senja. siar.
Suara azan sedang mengalun di angkasa Suara azan sedang mengalun.
raya.
Pokok itu membesar dengan cepatnya. Pokok itu membesar.
Setengah-setengah belia berniaga di pasar Setengah-setengah belia berniaga.
malam.

Jadual 4.7 menyatakan contoh ayat aktif tak transitif dengan


keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Jadual 4.7: Contoh Ayat Aktif Tak Transitif dengan


Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan

Dia berada di Kuala Lumpur. x


Dia berada.
Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan. x
Kebanyakan penganggur tinggal.
Bas itu menuju ke utara. x
Bas itu menuju.
Pengembara itu berselimutkan embun. x
Pengembara itu berselimutkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  73

Anda baru sahaja mempelajari ragam ayat aktif. Ingat, ayat aktif terdiri
daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Sekarang, kita lihat ayat pasif pula.

(b) Ayat Pasif


Mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata
kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan.

Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:

(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

(ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama
diri kedua; dan

(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Jadual 4.8 menjelaskan contoh ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.

Jadual 4.8: Contoh Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Oleh + Frasa
Subjek Kata Kerja Pasif Keterangan
Nama
Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
Sampah-sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.
Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian
bawahnya.
Istana itu terbina oleh rakyat dalam masa
setahun.

Jadual 4.9 menjelaskan contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kata ganti nama diri kedua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

Jadual 4.9: Contoh Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Frasa Kerja Pasif dengan


Subjek Ganti Nama Diri Pertama/ Keterangan
Kedua
Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
Makanan itu belum aku rasai lagi.
Makanan itu belum kurasai lagi.
Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
Hutang itu akan kau jelaskan sepenuhnya.
Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga kini.
Persetujuannya harus anda sampaikan dengan segera.
Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.
Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.

Manakala Jadual 4.10 pula menyatakan contoh ayat pasif dengan perkataan
„kena‰ yang hadir sebelum kata kerja.

Jadual 4.10: Contoh Ayat Pasif dengan Perkataan Hadir Sebelum Kata Kerja

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama


Pencuri itu kena tangkap oleh polis
Dia kena tipu oleh pemuda itu.
Mereka kena hasut oleh anasir luar.
Perajurit itu kena tembak oleh pengganas.
Budak-budak itu kena kejar oleh anjing.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Dengan ringkas, jelaskan perbezaan di antara ayat aktif dan ayat


pasif serta berikan contoh ayat sekali.

2. Nyatakan maksud ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif
dengan contoh ayat sekali.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  75

4.5 JENIS AYAT


Jenis ayat dapat dibahagikan kepada tiga seperti dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Tiga jenis ayat

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lanjut.

(a) Ayat Penyata


Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan. Ayat penyata
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu
hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh ayat penyata adalah seperti yang berikut:

(i) Nadia doktor.


(ii) Dia wartawan.
(iii) Abdullah sedang menghabiskan tugasnya.
(iv) Penjual ikan itu sentiasa tersenyum.
(v) Cempaka itu wangi.
(vi) Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.

(b) Ayat Tanya


Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu
hal.

Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu:

(i) Ayat tanya tanpa kata tanya; dan


(ii) Ayat tanya dengan kata tanya.

Contoh ayat tanya seperti dalam Jadual 4.11.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

Jadual 4.11: Contoh Ayat Tanya

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya Ayat Tanya dengan Kata Tanya
Encik Zukifli pengurusnya? Benda itu apa?
Dia menangis? Siapa gurunya?
Dia menangiskah? Adik awak yang mana?
Kakak sedang mengarang? Mengapa dia menangis?
Kakak sedang mengarangkah? Bagaimana membuatnya?
Mereka berada di Cardiff?
Mereka berada di Cardiffkah?

(c) Ayat Perintah


Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan.

Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

(i) Ayat suruhan;


(ii) Ayat larangan;
(iii) Ayat silaan; dan
(iv) Ayat permintaan.

Jadual 4.12 menjelaskan contoh-contoh ayat perintah dan ayat larangan.

Jadual 4.12: Contoh Ayat Suruhan dan Ayat Larangan

Ayat Suruhan Ayat Larangan


Keluar dari bilik ini! Jangan ambil harta orang.
Keluarlah dari bilik ini! Usah kau pedulikan dia.
Tengok barang-barang ini. Janganlah menangis.
Tengoklah barang-barang ini. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
Makan kuih ini dahulu. Kamu jangan beritahu dia.
Makanlah kuih ini dahulu. Tak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
Pujuk budak itu.
Pujuklah budak itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  77

Selain daripada ayat suruhan dan ayat larangan, dua lagi jenis ayat
perintah ialah ayat silaan dan ayat permintaan. Contoh penggunaan kedua-
dua jenis ayat perintah adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual
4.13.

Jadual 4.13: Contoh Ayat Silaan dan Ayat Permintaan

Ayat Silaan Ayat Permintaan


Sila datang ke rumah saya. Minta tuan-tuan melunaskan yuran
persatuan.
Jemput naik.
Tolong tutup pintu depan itu.
Jemput masuk.
Tolong selesaikan tugasan sebelum hari
Silalah datang ke rumah saya.
Khamis.
Silalah masuk.

SEMAK KENDIRI 4.4

Jelaskan jenis-jenis ayat berserta contoh ayat yang sesuai.

4.6 FRASA NAMA


Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat.

Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata
nama sebagai unsur intinya. Jadual 4.14 dan Jadual 4.15 menyatakan dua jenis
struktur frasa nama.

Jadual 4.14: Struktur Satu Frasa Nama

Frasa Nama
Predikat
Inti Penerang
Askar Melayu Diraja berbaris di padang.
Guru sekolah agama itu guru saya.
Berlagak ke sana ke mari menjadi tabiatnya.
Perbuatan tidak bersungguh-sungguh akan menjejaskan ekonomi negara.
Pekerja yang rajin itu selalu mendapat pujian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

Jadual 4.15: Struktur Dua Frasa Nama

Frasa Nama
Predikat
Inti Inti
Keluar Masuk untuk pelajar sahaja.
Ibu Bapa tidak perlu datang.
Pemuda Pemudi boleh ikut serta.

4.7 BINAAN FRASA NAMA


Binaan frasa adalah seperti yang yang dijelaskan di dalam Jadual 4.16 berikut.

Jadual 4.16: Binaan Frasa Nama

Binaan Frasa
Penerang Inti Penerang
Nama
Inti + penerang Penerang nama askar British
nama keturunan Bahasa Melayu
Suku bangsa Kadazan
Penerang nama jenis harimau bintang
Kelapa sawit
pokok getah
Penerang nama penyendal pintu
penyambut penjaga stor
pam air
Penerang nama alat pemadam
kegunaan sabun pencuci
kayu pengukur
Penerang nama kelamin ayam jantan
lembu betina
budak perempuan
Penerang nama tempat penduduk bandar
anak Johor
tepi pantai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  79

Binaan Frasa
Penerang Inti Penerang
Nama
Penerang nama arah kawasan barat
jalan tengah
pintu hadapan
Penerang nama anggota jam tangan
badan barah jantung
Penerang nama tenaga kipas elektrik
penggerak perahu layar
Penerang nama hal atau lesen perniagaan
perkara bilik persidangan
Penerang nama milik pekerjaan mereka
mata harimau
Penerang nama khas bandar Ipoh
Terusan Suez
Penerang nama Tan Sri Hamid
panggilan atau gelaran Doktor Iqbal
Inti + penerang Penerang penentu Bilangan + penjodoh Inti
bukan nama (Penentu hadapan) bilangan
lima orang askar
sepuluh buah bangunan
Penerang penentu orang itu
(Penentu belakang) calon ini
Penerang kata kerja atau mesin jahit
akar kata kerja meja makan
wad bersalin
Penerang kata adjektif anak muda
minyak wangi
Penerang frasa sendi Rumah di bandar
nama wang pada saya
Penerang bilangan Tempat pertama
ordinal. tingkat kesepuluh
Inti + Inti Inti + inti dengan tubuh badan
maksud sama erti hutan rimba
Inti + inti dengan kerusi meja
maksud lawan erti saudara saudari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

4.8 SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA


Susunan konstituen frasa nama adalah seperti dalam Jadual 4.17.

(a) Peraturan D-M (Hukum D-M);


(b) Kekecualian Hukum D-M;
(c) Bilangan dan Panggilan; dan
(d) Penerang.

Jadual 4.17: Susunan Konstituen

Susunan Konstituen Frasa Nama


Peraturan D-M Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang)
orang lelaki
kelapa sawit
Kekecualian D-M Penerang (M) Yang Diterangkan (D)
Perdana Menteri
Timbalan Menteri
ibu pejabat
Bilangan dan Panggilan Penjodoh
Bilangan Inti
Bilangan
dua orang calon
segelintir - penduduk
Panggilan/Gelaran Inti
Puan Rokiah
Si Belang
Penerang Inti Penerang Adjektif
kereta baharu
pegawai tinggi
Inti Inti Penerang
pakaian kain kapas
bangunan pencakar langit
guru sekolah menengah
buku kulit nipis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS  81

SEMAK KENDIRI 4.5

1. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa nama? Jelaskan.

2. Senaraikan keempat-empat susunan konstituen frasa nama serta


berikan contoh ayat yang sesuai untuk setiap satu.

 Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat.

 Subjek merupakan konstituen yang terdiri dari satu perkataan atau beberapa
perkataan yang menjadi judul atau undur yang diterangkan.

 Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan
menjadi unsur yang menerangkan subjek.

 Ayat dasar merupakan pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan
atau terbitan semua ayat.

 Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

 Ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

 Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan berfungsi sebagai satu konstituen dalam
binaan ayat.

Ayat Ayat terbitan


Ayat aktif Predikat
Ayat dasar Sintaksis
Ayat pasif Subjek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 BIDANG SINTAKSIS

Abdullah Hassan. (1985). Penerbitan kata dalam bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (pnyt.). (1989). Mengajar bahasa Malaysia jilid 1: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek bahasa dan pengajaran. Kuala Lumpur:


Sarjana Enterprise.

Nik Safiah Karim., Farid M. Onn., Hashim Hj. Musa., & Abdul Hamid Mahmood.
(2004). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zulkifly Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh


penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Frasa Kerja
5 dan Frasa
Adjektif
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan binaan dan fungsi frasa kerja dalam ayat;
2. Menerangkan frasa kerja yang tidak mempunyai objek;
3. Menghuraikan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap, dengan
pelengkap serta dengan kata nama sebagai penerang;
4. Mengenal pasti frasa kerja yang mempunyai satu dan dua objek;
5. Menjelaskan frasa kerja dengan kata bantu dan ayat komplemen;
6. Mengenal pasti binaan dan unsur pengisi frasa adjektif dengan satu
dan dua perkataan serta susunan frasa adjektif dalam ayat; dan
7. Membincangkan frasa adjektif dalam darjah perbandingan.

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari frasa nama dalam Topik 4. Dalam topik ini pula, anda
akan mempelajari frasa kerja dan frasa adjektif. Anda akan mengkaji binaan dan
fungsi frasa kerja dan adjektif, kata kerja tak transitif tanpa berpelengkap,
berpelengkap, frasa adjektif berbinaan satu dan dua perkataan, frasa adjektif
dengan kata penguat, kata bantu dan dalam darjah perbandingan.

Anda akan dilatih untuk mengkaji aspek-aspek di atas dalam petikan,


perbincangan dengan tutor dan kajian lanjut anda sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi
juga hukum yang menentukan cara perkataan disusun dalam ayat.

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih
dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja
tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir
bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, sedangkan kata
kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Walaupun anda telah menerima pendedahan awal tentang frasa nama dalam
topik sebelum ini, anda wajar memahami:

(a) Apakah frasa; dan

(b) Apakah definisi dan konsep frasa untuk memperteguh fahaman tentang
binaannya.

5.1 FRASA
Dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa, frasa menduduki setingkat lebih tinggi
daripada kata dan setingkat lebih rendah daripada klausa. Daripada fungsinya,
frasa ialah satu unsur daripada ayat.

5.1.1 Definisi dan Konsep Frasa


Takrif dan konsep frasa ada pelbagai, bergantung kepada teori yang dijadikan
dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa.
Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Hal ini demikian kerana
frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat.
Terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri tentang frasa. Oleh itu,
anda akan menyelusuri definisi dan tafsiran frasa menurut sarjana Melayu
khususnya dan sarjana Barat amnya.

Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu ZaÊba (1965),
yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini
berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan aspek semantik. Ini juga
pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Menurut Bloomfield (1964), frasa
ialah suatu binaan yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang
berfungsi sebagai satu kesatuan. Tanpa pindaan definisi ini nampak kurang
sempurna apabila digunakan untuk menganalisis frasa dengan kaedah
transformasi. Menurut tatabahasa transformasi generatif (TTG), frasa mungkin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  85

juga terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu
kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Justeru, jelas bahawa satu kata major
sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa. Sebenarnya aliran tranformasi
generatif tidak mengenal adanya kata atau morfem. Nahu dalam tranformasi
generatif hanya mengenal dua kategori utama, iaitu frasa dan ayat.

SEMAK KENDIRI 5.1

Nyatakan dengan ringkas definisi dan konsep frasa.

5.2 BINAAN DAN FUNGSI FRASA KERJA


DALAM AYAT
Binaan frasa kerja dalam bahasa Melayu sama dengan kebanyakan bahasa di
dunia. Binaan frasa kerja mengikut peraturan biasa boleh menduduki bahagian
predikat ayat. Contoh frasa kerja dalam ayat adalah seperti binaan yang berikut:

Rujuk Jadual 5.1 untuk contoh ayat binaan frasa kerja dalam pembahagian subjek
dan predikat.

Jadual 5.1: Contoh Ayat Binaan Frasa Kerja dalam Pembahagian Subjek dan Predikat

Subjek Frasa Kerja


Ali berjalan.
Adik bongsuku sedang tidur.
Pegawai kanan itu mempengerusikan mesyuarat.
Gembala itu menghalau binatang ternakannya.

Jelas bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua
jenis, iaitu:

(a) Frasa Kerja yang Tidak Mengandungi Objek


Kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek
untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata
kerja tak transitif. Antara ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa objek
adalah seperti yang berikut:

(i) Ali berjalan.


(ii) Adik bongsuku sedang tidur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

(b) Frasa Kerja yang Mengandungi Objek


Dalam ayat yang berikut pula frasa kerjanya mengandungi objek untuk
melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata
kerja transitif. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian
keterangan. Sila teliti ayat-ayat yang berikut:

(i) Pegawai kanan ini mempengerusikan mesyuarat.


(ii) Gembala itu menghalau binatang ternakannya.

Di sini, „mesyuarat‰ dalam ayat 1 dan „binatang ternakannya‰ dalam ayat 2


ialah objek yang menjadi „penyambut‰ bagi kata kerja „mempengerusikan‰
(mesyuarat) dan „menghalau‰ (binatang ternakannya).

Seterusnya, objek boleh dikembangkan dengan keterangan. Sila teliti ayat-


ayat yang berikut:

(i) Pegawai kanan itu mempengerusikan mesyuarat mingguan.


(ii) Gembala itu menghalau binatang ternakannya ke padang rumput.

Di sini, „mingguan‰ dalam ayat 1 menjadi keterangan kepada „mesyuarat‰


dan „ke padang rumput‰ dalam ayat 2 menjadi keterangan kepada
„ternakannya‰.

Dalam usaha menambah kefahaman anda tentang frasa kerja dengan objek,
sila teliti ayat-ayat yang dicatat dalam Jadual 5.2 berikut.

Jadual 5.2: Contoh Ayat Frasa Kerja dengan Objek

Kerja
Subjek
Kata Kerja Objek Keterangan
Mereka minum air suam. -
Afendi melaksanakan tugasnya dengan baik.
Petinju itu menumbuk muka lawannya hingga lebam.

Dalam ayat-ayat di atas, kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi
penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Dalam frasa kerja tanpa objek,
unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja
dengan objek.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  87

SEMAK KENDIRI 5.2

Nyatakan perbezaan frasa kerja yang tidak mengandungi objek dengan


frasa kerja yang mengandungi objek serta berikan beberapa contoh ayat
yang bersesuaian.

5.3 BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK


Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada
satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang juga disebut kata kerja tak transitif.
Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak memerlukan objek
sebagai penyambut. Oleh yang demikian, ayat ini tidak boleh ditukarkan
menjadi ayat pasif. Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka ayat itu
bukan ayat aktif transitif. Dengan kata lain, ayat ini juga dikatakan tidak
berobjek. Ada tiga jenis kata kerja tak transitif, iaitu seperti yang berikut:

(a) Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap;
(b) Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya; dan
(c) Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

5.4 KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA


PELENGKAP
Kategori ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya:

(a) Semua penonton ketawa.


(b) Pokok bunga kertas tumbang.
(c) Kanak-kanak itu menari.
(d) Dia terlena.
(e) Seluruh rakyat berdukacita.

Semua ayat di atas tidak memerlukan pelengkap bagi membentuk ayat yang
baku (sempurna).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

5.5 KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN


PELENGKAP
Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap ialah kata kerja yang tidak
mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.
Antara golongan ayat yang dapat diteliti adalah seperti yang berikut:

(a) Kata Adjektif sebagai Pelengkap


Kata adjektif sebagai pelengkap menjadi keterangan kepada kata kerja tak
transitif. Unsur-unsur ini bukan objek kerana ayat-ayat bagi binaan ini
tidak boleh dipasifkan. Sila teliti ayat 1, 2, 3 dan 4 dalam Jadual 5.3:

Jadual 5.3: Contoh Ayat Kata Adjektif sebagai Pelengkap

Subjek Predikat Keterangan


1. Situasinya menjadi genting.
2. Kesihatan ibunya beransur pulih.
3. Mereka tidak berbuat jahat.
4. Badannya menjadi lemah.

Kata genting, beransur pulih, jahat, dan lemah menjadi keterangan bagi
ayat 1, 2, 3 dan 4.

(b) Frasa Sendi Nama sebagai Pelengkap


Seperti kata adjektif sebagai pelengkap, frasa sendi juga boleh berada
selepas frasa kerja tak transitif. Fungsinya juga sama dengan kata adjektif
sebagai pelengkap. Sila teliti ayat-ayat dalam Jadual 5.4 yang berikut:

Jadual 5.4: Contoh Ayat Frasa Sendi Nama sebagai Pelengkap

Subjek Predikat Keterangan


1. Mereka berada di Putrajaya.
2. Saya bermastautin di Selangor.
3. Pendatang itu menetap di Sepang.
4. Murid-murid bergerak ke kantin.

Frasa sendi di Putrajaya, di Selangor, di Sepang dan ke kantin menjadi


keterangan bagi ayat dalam rajah di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  89

(c) Kata Nama sebagai Pelengkap


Dalam binaan ayat kata kerja transitif lazimnya kata nama berfungsi
sebagai objek. Namun, dalam ayat kata kerja tak transitif, kata nama dapat
menjadi pelengkap. Sila teliti ayat-ayat dalam Jadual 5.5 yang berikut:

Jadual 5.5: Contoh Ayat Kata Nama sebagai Pelengkap


Subjek Predikat Keterangan
1. Pengemis itu bertilamkan rumput kering.
2. Pak Kaduk Berbajukan kertas.
3. Pengembara itu berselimutkan hujan.
4. Bunga pahar berbatangkan tembaga.

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Dengan ringkas, jelaskan maksud binaan frasa kerja tanpa objek.

2. Nyatakan perbezaan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap


dengan kata kerja tak transitif dengan pelengkap serta berikan
beberapa contoh ayat sekali.

5.6 KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN


KATA NAMA SEBAGAI PENERANG
Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan
bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa
merosakkan kesempurnaan makna kata kerja berkenaan. Sila teliti ayat-ayat
dalam Jadual 5.6 berikut.

Jadual 5.6: Contoh Ayat Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai Pelengkap
Frasa Kerja
Subjek
Kata Kerja Penerang
1. Pemuda itu berseluar jean.
2. Mereka berkebun sayur.
3. Abang iparnya berkedai barangan antik.
4. Orang tua itu berbaju Melayu.

Kata nama jean, sayur, barangan antik dan Melayu menjadi penerang bagi kata
kerja berseluar, berkebun, berkedai dan berbaju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

5.7 BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK


Frasa kerja yang mengadungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh
kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu
sebagai objek atau penyambutnya. Ayat yang terbina begini boleh dipasifkan.
Sila teliti ayat-ayat berikut seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.7.

Jadual 5.7: Contoh Ayat Binaan Frasa Kerja dengan Objek

Subjek Frasa Kerja Transitif Penyambut


1. Mereka makan nasi ayam
2. Nelayan menangkap ikan dengan pukat.
3. Dia menjalankan tugas dengan berhati-hati.
4. Pelajar itu membuat eksperimen kandungan air.

Bagi contoh ayat-ayat di dalam Jadual 5.7, nasi ayam, ikan, tugas dan eksperimen
adalah penyambut, manakala dengan pukat, dengan berhati-hati dan kandungan
air adalah keterangan. Ayat-ayat di atas boleh dipasifkan seperti binaan ayat-
ayat yang berikut:

(a) Nasi ayam dimakan oleh mereka.


(b) Ikan ditangkap dengan pukat oleh nelayan.
(c) Tugas dijalankannya dengan berhati-hati.
(d) Eksperimen kandungan air dibuat oleh pelajar itu.

Rangkai kata yang bercetak condong dalam contoh ayat-ayat di atas menjadi
subjek atau unsur-unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan.

Bagus, anda telah memahami beberapa binaan frasa kerja. Sekarang, kita akan
terus berbincang tentang frasa-frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai
objek. Ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) Frasa kerja yang mengandungi satu objek; dan


(b) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  91

5.8 FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK


Frasa kerja yang mengandungi satu objek adalah seperti yang terdapat dalam
ayat-ayat berikut:

(a) Saya membalas senyumannya.


(b) Dia tidak mensia-siakan tunangannya.
(c) Ubat itu dapat menyihatkan badan.
(d) Sebatang kayu melintangi sungai.

Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna
adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang
mengikutinya boleh digugurkan. Sila teliti ayat-ayat yang berikut:

(a) Cerita itu sungguh menyeramkan (kami).


(b) Peristiwa itu sangat menyedihkan (saya).
(c) Pencapaiannya amat menakjubkan (semua anggota keluarga).
(d) Kelakuan pelakon itu sangat menggembirakan (penonton).

5.9 FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK


Frasa kerja yang terbentuk menjadi kata kerja transitif sebagai intinya
mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek
ini mempunyai fungsi objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang
menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja sementara objek sipi ialah
objek yang tidak jadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Sila teliti
ayat-ayat yang berikut:

1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.


2. Ayah membeli buku untuk anaknya.

Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat-ayat berikut:

1. Ahmad menghadiahi Ali buku.


2. Ayah membelikan anaknya buku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

Dalam ayat 1, objeknya ialah frasa nama Ali dan buku. Objek dan frasa nama
bagi ayat 2 ialah anaknya dan buku. Dalam ayat 1, objek tepat ialah Ali dan objek
sipi ialah buku. Dalam ayat 2 pula, anaknya ialah objek tepat dan buku ialah
objek sipi. Apabila ayat-ayat 1 dan 2 dipasifkan, hanya frasa nama yang menjadi
objek tepat akan mengalami penjudulan, iaitu menjadi subjek atau unsur yang
diterangkan. Telitilah ayat-ayat yang berikut:

1. Ali dihadiahi buku oleh Ahmad.


2. Anaknya dibelikan buku oleh ayah.

Sekiranya ayat-ayat pasif berikut dijudulkan objek sipi, tidak dianggap gramatis.
Fikirkan binaan ayat yang berikut:

1. Buku dihadiahi Ali oleh Ahmad.


2. Buku dibelikan anaknya oleh ayah.

Yang berikut ialah contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek.
Bentuk frasa yang dicetak condong ialah objek tepat:

1. Dia mencarikan kakaknya buah delima.


2. Tuhan mengurniai makhluknya seribu satu macam rahmat.
3. Ibu memasakkan tetamu makanan yang istimewa.
4. Kakaknya menghidangi kami minuman.

Apabila ayat-ayat di atas diubah susunannya, iaitu objek tepat asal diletakkan di
bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata hubung untuk atau kepada,
ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi satu objek sahaja. Contohnya:

1. Dia mencarikan delima untuk kakaknya.


2. Tuhan mengurniakan seribu satu macam rahmat kepada makhluknya.
3. Ibu memasakkan makanan yang istimewa untuk tetamu.
4. Kakaknya menghidangkan minuman untuk kami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  93

Ada juga frasa kerja yang seolah-olah mengandungi dua objek seperti dalam
ayat-ayat yang berikut:

1. Pembesar negara menamai tempat itu Tanjung Aru.


2. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya.
3. Dia menganggap saya musuhnya.
4. Saya menamai kucing itu Si Tompok.

Contoh ayat-ayat di atas mengandungi hanya satu objek, iaitu frasa nama yang
mengikuti secara langsung kata kerja. Manakala Tanjung Aru, anak angkatnya,
musuhnya dan Si Tompok hanya berfungsi sebagai pelengkap kepada objek kata
kerja dan tidak boleh dijadikan objek tepat seperti dalam contoh yang berikut:

1. Pembesar negara menamakan Tanjung Aru untuk tempat itu.


2. Dia menjadikan anak angkatnya bagi budak itu.
3. Dia menganggap musuhnya kepada saya.
4. Saya menamakan Si Tompok untuk kucing itu.

Kesemua ayat di atas tidak baku.

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Jelaskan maksud binaan frasa kerja dengan objek.

2. Nyatakan perbezaan frasa kerja dengan satu objek dengan frasa


kerja dengan dua objek serta berikan beberapa contoh ayat.

5.10 FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU


Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata
penguat. Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna, iaitu
mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu.

(a) Kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja; dan
(b) Kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

5.10.1 Kata Bantu Aspek


Kata bantu ini akan ditunjukkan berdasarkan Jadual 5.8 berikut:

Jadual 5.8: Contoh Ayat Kata Bantu Aspek

Kata Bantu Aspek


Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum Dilakukan
sudah sedang belum
telah masih akan
pernah

Untuk memudahkan anda memahami kehadiran kata bantu ini, sila teliti
penggunaannya dalam ayat-ayat yang berikut:

(a) Mereka sudah menonton video tentang peperangan.


(b) Siam telah melanggar Melaka pada zaman silam.
(c) Dia pernah membaca majalah Asuh.
(d) Kucing itu sedang menyusukan anaknya.
(e) Dia masih tidur lagi.
(f) Aishah belum pergi ke sekolah.
(g) Murid itu akan menulis surat kepada bapa saudaranya.

Dalam bahasa Melayu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir berderetan, seperti
dalam contoh-contoh yang di bawah ini.

Belum + pernah
Masih + belum
Masih + sedang
Sudah + pernah
Telah + pernah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  95

Walau bagaimanapun, ada kata-kata bantu yang tidak boleh hadir bersama-
sama. Contohnya:

*akan + belum
*akan + sedang
*belum + akan
*sedang + akan
*sedang + belum
*sedang + masih

5.10.2 Kata Bantu Ragam


Perhatikan penggunaan dalam ayat-ayat yang berikut yang menerangkan ragam
sesuatu perbuatan dilakukan misalnya seseorang itu mesti, hendak atau
berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan.

(a) Encik Hafidz hendak mengembara ke Turkistan.


(b) Mereka harus menyiapkan kerja yang ditugasi oleh majikan.
(c) Awak mesti berehat seketika.
(d) Kucing itu dapat memanjat dinding rumah papan.
(e) Kami hendak pulang segera.

Kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama-sama kata bantu ragam
secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya. Perhatikan ayat-
ayat berikut:

Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

 Ahmad hendak ke bandar.

 Dia belum mandi.

 Aminah akan dapat menjawab soalan itu.

 Musa masih belum dapat tidur.

 Encik Asmuni masih belum boleh membincangkan hal itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek

 Mereka mesti bercuti di sini lagi.

 Mariam masih belum tidur.

 Bapa mesti berehat.

 Datuk Penggawa harus menyempurnakan perasmian tapak perniagaan di


kawasan itu.

 Polis mesti menangkap perompak itu.

5.11 FRASA KERJA DENGAN AYAT


KOMPLEMEN
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat
komplemen. Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.

Contohnya seperti pembahagian yang berikut:

(a) Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen


(i) Pemuda itu menafikan bahawa barangannya telah hilang.
(ii) Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.
(iii) Berita itu menyebut bahawa semua penumpang sihat sejahtera.

(b) Frasa Kerja Tak Transitif dengan Ayat Komplemen


(i) Pak Leman percaya bahawa sahabat anaknya pemuda yang baik.
(ii) Penduduk kampung itu tahu bahawa imam kampung mereka
seorang yang alim.
(iii) Emak Azman faham bahawa sumbangan PIBG adalah untuk
memajukan sekolah.

Syabas! Anda telah mengikuti penerangan frasa kerja dengan baik. Sebagai
kesimpulannya, frasa kerja sama juga seperti frasa nama, iaitu binaan yang
kompleks. Untuk memudahkan anda memahaminya, frasa kerja boleh
mengandungi binaan-binaan yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  97

(a) Frasa Adjektif


Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya.

Contoh ayat sebagai penjelasan daripada takrifan FA:

(i) Sepupunya sangat pandai.


(ii) Markah matematiknya tinggi.
(iii) Pendatang itu baik hati.

Sila teliti binaan dan fungsi FA dalam Jadual 5.9:

Jadual 5.9: Contoh Ayat Binaan dan Fungsi FA

Subjek Predikat
Guru Besar bijaksana.
Mereka sungguh baik hati.
Dia pandai.
Ibu bapa ceria.
Banjir sangat dahsyat.
Lokman rajin.
Air hujan lebat.
Penyalahangunaan dadah berbahaya.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat teliti.

SEMAK KENDIRI 5.5

1. Jelaskan maksud frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata
bantu ragam serta berikan contoh ayat yang bersesuaian.

2. Apakah maksud frasa kerja dengan ayat komplemen? Jelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

5.12 BINAAN DAN UNSUR PENGISI FRASA


ADJEKTIF
Sebagaimana kenyataan di atas, FA boleh terdiri daripada satu kata atau deretan
kata yang mengandungi kata adjektif, dengan kata bantu dan kata penguat sama
ada di hadapan atau di belakang. Sila teliti Jadual 5.10 dan contoh pengisian
yang dimaksudkan.

Jadual 5.10: Contoh Pengisian Frasa Adjektif

Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat


- sangat pandai -
- terlalu nakal -
Sudah - besar -
Belum - tua -
- - malas benar
- - jahat betul
- - baik amat
Masih - kecil amat
- - cantik sekali
- amat ganas -

5.13 BINAAN DENGAN SATU PERKATAAN


Dalam usaha memahami konsep ini, sila teliti ayat-ayat berikut:

(a) Pelayan kedai Pak Amrin rajin.


(b) Kawan-kawan Ahmad bijak.
(c) Mukanya pucat.
(d) Hidup seniman jalanan daif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  99

5.14 BINAAN DENGAN DUA PERKATAAN


Seperti pemahaman konsep yang di atas, teliti pula bentuk ayat yang berikut
untuk memahami konsep binaan dengan dua perkataan.

(a) Hidupnya riang gembira.


(b) Mukanya pucat lesi.
(c) Dia bekerja dengan penat lelah untuk mencari rezeki.
(d) Badannya kurus kering.

5.15 SUSUNAN FRASA ADJEKTIF DALAM


AYAT
Ada tiga kedudukan yang lazim FA dalam ayat:

(a) Selepas subjek sebagai predikat;


(b) Selepas FK sebagai keterangan; dan
(c) Selepas FN sebagai penerang.

Untuk memahami fakta yang pertama, sila teliti binaan ayat yang mengandungi
FA dalam Jadual 5.11 berikut:

Jadual 5.11: Contoh Ayat Frasa sebagai Predikat

Subjek Predikat Catatan


Rumah Ali sangat sederhana FN + FA (FA sebagai predikat)
Sangat sederhana rumah Ali Songsang
Badannya letih lesu Binaan biasa
Anak Ali masih kecil Binaan biasa

SEMAK KENDIRI 5.6

1. Dengan ringkas, jelaskan maksud binaan dan unsur pengisi frasa


adjektif.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan binaan dengan satu atau dua


perkataan? Jelaskan.

3. Berikan dua contoh ayat dengan sususan FA dalam ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

5.16 FRASA ADJEKTIF SEBAGAI KETERANGAN


Sila teliti ayat-ayat yang dicatat dalam Jadual 5.12 berikut:

Jadual 5.12: Contoh Ayat Frasa Adjektif Sebagai Keterangan


Predikat
Subjek Keterangan
Frasa Kerja
(Frasa Adjektif)
Dia berlari sangat laju
Mereka pulang segera
Kanak-kanak itu tidur sungguh nyenyak
Burung bangau terbang rendah

5.17 KATA ADJEKTIF SEBAGAI PENERANG


KATA NAMA
Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada
kata nama. Sila teliti contoh dalam Jadual 5.13 yang berikut.

Jadual 5.13: Contoh Ayat Kata Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
Frasa Nama
Kata Nama Kata Adjektif
Pelajar lama
Warna merah
Bulan terang
Bangunan tinggi

5.18 UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA


ADJEKTIF
Dalam frasa adjektif, unsur keterangan boleh hadir sesudah kata adjektif. Teliti
ayat yang berikut:

(a) Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya.


(b) Rumah kita harus bersih demi kesihatan hidup kita.
(c) Keadaannya selalu lemah pada bulan Ramadan.
(d) Sendi lututnya lemah dengan tiba-tiba.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  101

AKTIVITI 5.1

Sebagai pengukuhannya, anda dikehendaki mencari sumber yang dapat


menunjukkan bahawa dari segi keterangan, kata adjektif boleh diletakkan
ke dalam beberapa golongan, iaitu keterangan cara, keterangan
bandingan, keterangan hal atau keadaan, keterangan tujuan, keterangan
kekerapan, keterangan terhadap, keterangan musabab, keterangan waktu
dan keterangan tempat. Sediakan empat contoh ayat bagai setiap
golongan. Selamat mencuba!

5.19 FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT


KOMPLEMEN
Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen, menjadikan
ayat yang terhasil itu ayat majmuk. Teliti ayat-ayat berikut untuk pemahaman
anda.

 Para peserta sedar bahawa persiapan mereka tidak memadai.

 Rahmat yakin bahawa anaknya telah mencapai kecemerlangan.

 Dia amat insaf bahawa dia perlu membaiki pencapaiannya.

 Mereka amat sedar bahawa tugas mereka amat penting.

Dua jenis frasa adjektif adalah:

(a) Aktif Transitif


Abdullah Hassan (2003) menjelaskan bahawa kata kerja transitif ialah
perbuatan itu terkena kepada orang lain atau pun benda lain. Pendeta
ZaÊba menamakannya perbuatan melampau.

Nik Safiah Karim et.al (1996) pula menyatakan bahawa kata kerja transitif
ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama
untuk melengkapkan maksudnya.

(b) Aktif Tak Transitif


Abdullah Hassan (2003) menyatakan bahawa kata kerja tak transitif ialah
perbuatan itu dilakukan untuk diri sendiri sahaja dan oleh yang demikian,
tidak terkena kepada benda atau orang lain. Pendeta ZaÊba menamakannya
perbuatan tak melampau.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
(ii) Ayat aktif transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Berikut dinyatakan beberapa contoh ayat aktif tak transitif dengan


keterangan yang boleh digugurkan.

Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.


Kanak-kanak sedang mandi.
Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.
Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar.
Suara azan sedang mengalun di angkasa raya.
Suara azan sedang mengalun.
Pokok itu membesar dengan cepatnya.
Pokok itu membesar.
Setengah-setengah belia berniaga di pasar malam.
Setengah-setengah belia berniaga.

SEMAK KENDIRI 5.7

1. Jelaskan maksud frasa adjektif sebagai keterangan.

2. Berikan dua contoh kata adjektif sebagai penerang kata nama.

3. Jelaskan maksud unsur keterangan dalam frasa adjektif.

4. Nyatakan perbezaan ayat aktif transitif dengan ayat aktif tak


transitif serta berikan contoh ayat yang bersesuaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF  103

 Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak memerlukan objek
sebagai penyambut.

 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap tidak memerlukan apa-apa unsur
sebagai pelengkap.

 Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk
oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata
kerja itu sebagai objek atau penyambut.

 Kata bantu yang digunakan dalam frasa kerja membantu menerangkan kata
kerja dari sudut kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

 Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen,


menjadikan ayat yang terhasil itu ayat majmuk.

Aktif tak transitif Kata bantu ragam


Aktif transitif Kata kerja
Ayat komplemen Keterangan
Frasa kerja Penerang
Kata adjektif Predikat
Kata bantu aspek Subjek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 FRASA KERJA DAN FRASA ADJEKTIF

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu: Morfologi dan sintaksis.


Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu kertas satu
STPM. Kajang: Masa Enterprise.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(1996). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Portal Pendidikan Utusan. (2011). Tutor. Dicapai pada Oktober 29, 2009,
daripada http://www.tutor.com.my/tutor.

Sidang Pengarang. (1989). Teman setia anda bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (1965). Pelita bahasa Melayu penggal 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (2000). Pelita bahasa Melayu penggal 1-111.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Aplikasi Frasa
6 Sendi Nama
dalam Ayat
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan binaan dan fungsi frasa sendi nama;
2. Menerangkan kata sendi nama + frasa nama;
3. Menjelaskan kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama;
4. Menerangkan kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama
(keterangan);
5. Mengenal pasti cara pembentukan ayat dan jenis-jenisnya;
6. Mengenal pasti ayat aktif dan ayat pasif; dan
7. Menganalisis ayat menerusi kaedah transformasi generatif.

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari frasa kerja dalam Topik 5. Dalam topik ini, anda akan
mempelajari frasa sendi nama dan ayat. Anda akan mengkaji binaan dan fungsi
frasa sendi nama, mengenali kata sendi nama + frasa nama, kata sendi nama +
kata nama arah + frasa nama, mengenali kata sendi nama + kata nama arah +
frasa nama (keterangan). Di samping itu, anda akan memahami ayat dan
pembentukannya, ayat aktif, ayat pasif dan penganalisisan ayat menerusi kaedah
transformasi generatif. Anda akan dilatih untuk mengkaji aspek-aspek di atas
dalam petikan, perbincangan dengan tutor serta kajian lanjutan anda sendiri.

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum yang
menentukan cara perkataan disusun dalam ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Frasa sendi nama ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata
sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa
nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu
termasuklah di, ke, dari, daripada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh,
dengan, tentang, sampai dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga (sebagai
pilihan) didahului kata bantu.

6.1 FRASA SENDI NAMA


Frasa sendi nama (FSN) wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh
kata arah sebelum frasa nama. Frasa sendi nama boleh didahului kata bantu.
Oleh sebab sifatnya eksosentrik, maka frasa ini hanya wujud bersama frasa
nama. Sila teliti penggunaan FSN dalam Jadual 6.1 berikut:

Jadual 6.1: Penggunaan Frasa Sendi Nama

Predikat
Frasa Sendi Nama
Subjek
Kata Sendi
Kata Bantu Kata Arah Frasa Nama
Nama
Nadzmi dari arah selatan Seremban
Rombongan Akan Menara Alor
ke
sekolah Setar
Kedai Pak
di depan surau
Safee

6.2 BINAAN DAN FUNGSI FRASA SENDI


NAMA DALAM AYAT
Binaan frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan kata sendi nama +
frasa nama; kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama; kata sendi nama +
(kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan). Kita teliti penerangan ini dan
fahami contoh-contoh yang diberikan.

SEMAK KENDIRI 6.1

Nyatakan maksud frasa sendi nama serta jelaskan binaan dan fungsi
frasa sendi nama dalam ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  107

6.3 KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA


Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa
nama. Contohnya seperti dalam Jadual 6.2 berikut.

Jadual 6.2: Contoh Frasa Sendi Nama

Frasa Sendi Nama


Kata Sendi Nama Frasa Nama
di jambatan
dari sekolah menengah
ke Kota Bharu
daripada kapas
kepada ibu Halimah
pada waktu itu
untuk pelajar-pelajar baharu
dengan kebijaksanaannya
sejak zaman dahulu
tentang negara maju
sampai zohor
bagi kanak-kanak terencat akal

Sila teliti penggunaan kata sendi nama dan frasa nama dalam ayat-ayat yang
berikut:

(a) Dia berdiri di jambatan.


(b) Ahmad berasal dari Tanjong Malim.
(c) Afendi memandu kereta dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
(d) Benang diperbuat daripada kapas.
(e) Agus mengutus surat kepada ibu Halimah.
(f) Saya berada di atas pentas pada waktu itu.
(g) Baju Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia dikhaskan untuk pelajar-
pelajar baharu.
(h) Dia menyelesaikan masalah itu dengan kebijaksanaan mindanya.
(i) Pelaut itu mengusaha tangkapan ikan pinggir pantai sejak zaman dahulu.
(j) Perdana Menteri berbicara tentang negara maju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

(k) Dari pagi hingga/sampai zohor, barulah dia dapat menyelesaikan masalah
yang berat itu.
(l) Dia mendemakan sebahagian hartanya untuk kanak-kanak terencat akal.

6.4 KATA SENDI NAMA + (KATA NAMA


ARAH) + FRASA NAMA
Kata sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama yang didahului unsur kata nama arah. Walau bagaimanapun, frasa sendi
nama boleh juga wujud tanpa kata nama arah.

Jelas bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua
jenis iaitu: kata sendi nama + (kata nama arah) + Frasa Nama.

Sila teliti dan fahami kata sendi nama + (Kata nama arah) + Frasa Nama dalam
ayat berikut:

(a) Pak Akob menanam keladi di belakang rumahnya.


(b) Pemuda itu pengsan di rumah.
(c) Penjenayah yang ganas itu berjalan ke bilik gelap.
(d) Penyiasat kes jenayah itu berlari ke bilik gelap untuk menyiasat kes yang
berat itu.
(e) Kata-kata itu lahir dari dalam hatinya.
(f) Dia berkata-kata dari hatinya yang ikhlas.
(g) Pencuri itu memecahkan pintu rumah mangsanya dengan belakang
parang.
(h) Ahmadun menebang pokok dengan parang.
(i) Tempat duduk di balai menunggu adalah tempat orang kenamaan.
(j) Perbelanjaan itu dikhaskan untuk negeri yang cepat membuat
permohonan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  109

6.5 KATA SENDI NAMA + (KATA NAMA


ARAH) + FRASA NAMA +
(KETERANGAN)
Jadual 6.3 menjelaskan contoh kata sendi nama dengan kata nama arah, frasa
nama dan keterangan.

Jadual 6.3: Contoh Kata Sendi Nama dengan


Kata Nama Arah, Frasa Nama dan Keterangan

Frasa Sendi Nama


Kata Sendi Frasa Nama
Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan
ke utara negeri Belanda pada tahun ini
ke utara negeri Belanda -
ke - negeri Belanda pada tahun ini
ke - negeri Belanda -
dari selatan Melaka dengan ibunya
dari selatan Melaka -
dari - Melaka dengan bapanya
dari - Melaka -
di atas pangkuan ibunya setiap waktu
di atas pangkuan ibunya -
di - pangkuan ibunya setiap waktu
di - pangkuan ibunya setiap waktu

Sila teliti dan fahami kata sendi nama + (Kata nama arah) + Frasa Nama +
keterangan, dalam ayat berikut:

(a) Malik ke utara negeri Jepun pada tahun ini.


(b) Pemuda itu merantau ke selatan Melaka dengan bapanya.
(c) Kanak-kanak itu di pangkuan ibunya setiap waktu.
(d) Gadis manis itu berlari dengan tergesa-gesa ke dalam biliknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Ayat (a) hingga (d) boleh ditransformasikan dalam bentuk songsang apabila
unsur keterangan dalam ayat (i) hingga (iv) ditukarkan tempatnya di hadapan
ayat.

(i) Pada tahun ini, Malik ke utara negeri Jepun.


(ii) Dengan bapanya, Kudus merantau ke selatan Melaka.
(iii) Setiap waktu, kanak-kanak itu di pangkuan ibunya.
(iv) Dengan tergesa-gesa gadis manis itu berlari ke dalam biliknya.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Jelaskan maksud kata sendi nama dengan frasa nama serta berikan
dua contoh ayat yang bersesuaian.

2. Apakah maksud kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa


nama? Nyatakan serta berikan dua contoh ayat yang bersesuaian.

3. Terangkan penggunaan kata sendi nama + (kata nama arah) +


frasa nama + (keterangan). Berikan dua contoh ayat yang
bersesuaian.

6.6 KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA


DALAM AYAT
Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa
Melayu. Sila teliti ayat yang dibina dalam Jadual 6.4 yang berikut.

Jadual 6.4: Contoh Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat

Subjek Predikat
Ahmad ke Terengganu
Arjuna di dalam biliknya
Lim Ah Kiang dari Sarawak
Ramugam ke Selatan Thailand

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  111

6.7 PREDIKAT FRASA SENDI NAMA


Predikat frasa sendi nama ialah kedudukan atau konstituen yang hadir selepas
subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Sila teliti ayat yang
berikut:

(a) Mereka ke sawah (padi) setiap pagi.


(b) Hadiah itu untuknya.
(c) Surat itu daripada ibunya.
(d) Kain itu daripada benang sutera.
(e) Blok asrama itu untuk pelajar-pelajar lelaki sahaja.
(f) Rumahnya di bandar.
(g) Biasiswa itu bagi anak-anak yatim.
(h) Orang itu dari Turkistan.
(i) Bapanya daripada keluarga yang berada.
(j) Kapas berasal daripada benang.

Bahagian yang bercetak condong dalam ayat di atas berfungsi sebagai predikat
ayat.

6.8 FRASA SENDI NAMA SEBAGAI


KETERANGAN
Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa nama.

6.8.1 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Kerja


Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung
beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal,
penyertaan dan alat. Telitilah ayat berikut supaya anda dapat memahami
kenyataan yang diberikan ini.

(a) Kereta api bertolak pada pukul empat. (masa)


(b) Dia berbicara tentang perkara itu. (hal)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
112  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

(c) Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat)


(d) Saya datang dengan adik. (penyertaan)
(e) Bapanya memukul ular itu dengan kayu. (alat)
(f) Pembahas itu berpidato seperti murai. (bandingan)
(g) Kita harus berusaha demi keutuhan kita. (tujuan)

6.8.2 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Adjektif


Frasa jenis ini dapat antara lain mendukung makna-makna keterangan
bandingan, hal, masa dan tujuan. Telitilah ayat yang berikut supaya anda dapat
memahami kenyataan yang diberikan ini.

(a) Budak itu kurus seperti galah. (bandingan)


(b) Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal)
(c) Rumah itu cantik seperti istana kayangan. (bandingan)
(d) Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal)
(e) Mereka bingung pada mulanya. (masa)
(f) Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian hasil pengeluaran. (tujuan)
(g) Bayi itu selalu lapar pada waktu malam. (masa)
(h) Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita. (tujuan)

6.8.3 Frasa Sendi Nama Keterangan Frasa Nama


Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagai frasa nama dapat, antara
lain, mendukung makna, keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal dan
tujuan. Telitilah ayat yang berikut supaya anda dapat memahami kenyataan
yang diberikan ini.

(a) Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar. (tempat)


(b) Kampung Pandan ialah kampung di pinggir Kuala Lumpur. (tempat)
(c) Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya. (tempat)
(d) Panggilan telefon untuk ayah datang dari Sepanyol. (tujuan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  113

(e) Sumber bekalan air penduduk Singapura adalah dari Johor. (sumber)
(f) Lukisan oleh Leman telah memenangi hadiah pertama. (pembuat)

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Jelaskan maksud predikat frasa sendi nama berserta contoh ayat


yang bersesuaian.

2. Senaraikan tiga unsur frasa sendi nama sebagai keterangan dan


berikan contoh-contoh ayat yang bersesuaian.

6.9 PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA


SECARA UMUM
Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama
yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk separa dengan menggunakan
kata hubung seperti dan, atau, tetapi. Kecuali dalam penggabungan frasa sendi
nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan
sebelum kata sendi nama pertama. Telitilah ayat yang berikut supaya anda dapat
memahami kenyataan yang diberikan ini.

(a) Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota Melaka.
(b) Cahaya itu menuju ke kiri atau ke kanan bangunan?
(c) Hadiah itu untuk ayah dan untuk ibu.
(d) Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi di atas bangunan.
(e) Dia makan dengan Ali atau dengan Ahmad?
(f) Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara.
(g) Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.
(h) Bungkusan ini dikirimkan oleh abang atau oleh kakak?
(i) Ali bukan ke London tetapi ke Luxemburg.
(j) Kerusi diperbuat daripada kayu dan daripada rotan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan atau kata sendi
nama pada unsur kedua, secara pilihan, yang kedua tidak boleh digugurkan
kalau kata sendi nama dalam bentuk setara, iaitu ke. Teliti ayat yang berikut
supaya anda dapat memahami kenyataan yang diberikan ini.

(a) Serangan itu datang dari dalam dan luar kota Melaka.
(b) Cahaya itu menuju ke kiri atau ke kanan bangunan?
(c) Hadiah itu untuk ayah dan ibu.
(d) Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi atas bangunan.
(e) Dia makan dengan Ali atau Ahmad.
(f) Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi negara.
(g) Tanda harga ada di dalam dan luar kotak.
(h) Bungkusan ini diukir oleh ibu atau bapa.
(i) Ali bukan ke London tetapi Luxembourg.
(j) Kerusi diperbuat daripada kayu dan rotan.

Walau bagaimanapun, kata sendi nama pada kedudukan unsur yang kedua
tidak boleh digugurkan dalam frasa sendi nama setara yang tidak menggunakan
kata hubung. Hal ini (pengguguran) jika dilakukan, ayat akan menjadi tidak
gramatis. Teliti ayat yang berikut supaya anda dapat memahami kenyataan yang
diberikan ini.

(a) Dia berjalan ke hulu ke hilir.


(b) Dia berjalan ke hulu hilir. (tidak gramatis)
(c) Keluarga yang tinggal di hilir sungai berpindah dari bandar ke desa.
(d) Keluarga yang tinggal di hilir sungai berpindah dari bandar desa. (tidak
gramatis)
(e) Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif kepada bentuk pasif.
(f) Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif bentuk pasif. (tidak gramatis).

Binaan frasa sendi yang mengandungi frasa nama dengan bentuk se-
mempunyai peraturan seperti yang berikut, iaitu bentuk se- tidak boleh
digugurkan pada sendi nama yang kedua. Atas sifat keseimbangan, kedua-dua
bentuk se hendaklah dikekalkan supaya ayat menjadi gramatis. Telitikan ayat
yang berikut supaya anda dapat memahami kenyataan yang diberikan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  115

(a) Perkara itu akan diteliti dari semasa ke semasa. (gramatis)


(b) Perkara itu akan diteliti dari semasa ke masa. (tidak gramatis)
(c) Perkara itu akan diteliti dari masa ke masa. (gramatis)
(d) Perkara itu akan diteliti dari masa ke semasa. (tidak gramatis).

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama,
namun tiap-tiap satu mempunyai tugas serta fungsi yang berbeza, dan
penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang rapi.

SEMAK KENDIRI 6.4

Dengan ringkas, jelaskan maksud penggunaan kata sendi nama secara


umum.

6.10 RUMUS DALAM FRASA SENDI NAMA


Sebagai kesimpulannya, frasa sendi nama ialah satu binaan yang boleh dibentuk
daripada beberapa unsur, sebagaimana yang berikut:

Kata bantu + Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + ayat
komplemen). Pecahan daripada bentuk di atas adalah seperti yang berikut:

(a) Kata bantu + kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + ayat
komplemen.

(b) Kata bantu + kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + keterangan.

Dalam binaan di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah
wajib manakala kehadiran unsur-unsur kata nama arah, ayat komplemen dan
keterangan ialah secara pilihan. Jadual 6.5 memberikan contoh-contoh yang
mengandungi pelbagai jenis frasa sendi nama tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Jadual 6.5: Contoh Ayat dengan Pelbagai Jenis Frasa Sendi Nama

Frasa Sendi Nama


Frasa Nama
Kata Sendi Ayat
Kata Bantu Kata Nama
Nama Frasa Nama Komplemen
Arah
akan ke dalam hutan untuk
memburu
penjahat-
penjahat itu
ke dalam hutan untuk
memburu
penjahat-
penjahat itu
ke - hutan -
ke - hutan untuk
menziarahi
keluarganya
ke - hutan -
akan ke - Kuala Ibai -
ke - Kuala -
Terengganu
masih di tepi tasik setiap petang
di tepi tasik -
di - tasik setiap petang
di - tasik -
masih dari tengah rumah dengan tergesa-
gesa
dari tengah rumah dengan tergesa-
gesa
dari - rumah -
dari - rumah -

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  117

6.11 AYAT DAN JENIS-JENISNYA


Ayat ialah inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk
daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya
dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang
sempurna. Telitilah Jadual 6.6 untuk memahami konsep ayat dan unsur-unsur
yang lain.

Jadual 6.6: Konsep Ayat dan Unsur-unsur Lain

Ayat Anak orang itu sedang makan.


Klausa Anak orang itu sedang makan.
Frasa Anak orang itu sedang tidur
Perkataan anak orang itu sedang makan

Dalam apa-apa bahasa, ayat tidak terhad banyaknya. Namun, setelah


diklasifikasikan, ayat tergolong kepada dua bahagian, iaitu ayat dasar dan ayat
terbitan. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat terbitan yang juga
dikenali sebagai ayat transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan
ayat melalui proses peluasan, penggantian, pengguguran atau penyusunan
semua unsur-unsur atau konstituennya. Ada juga pakar bahasa yang
menyatakan bahawa binaan ayat mengandungi ayat inti atau dasar dan ayat
majmuk. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan
tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu predikat. Sila teliti bentuk ayat
tunggal yang berikut:

(a) Aman jurutera.


(b) Anak itu dahaga.
(c) Mereka berhimpun di kawasan lapang.
(d) Cucu orang itu sedang memanjat pokok.

Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa, seperti dalam
contoh yang berikut:

(a) Aman jurutera tetapi adiknya peguam.


(b) Anak itu menangis kerana belum makan.
(c) Selendang itu untuk ibu manakala songket itu untuk ayah dan baju ini
untuk adik.
(d) Mereka berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

Anda telah memahami binaan ayat secara sepintas lalu. Untuk memahami
struktur ayat dengan lebih lanjut marilah kita memahami klausa, frasa dan
perkataan.

6.12 KLAUSA
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua
jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri
sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan
intonasi yang sempurna. Sila teliti contoh yang berikut:

(a) Kamu pandai.


(b) Saya yang hadir.
(c) Mereka mogok.

Dalam (1), klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai,
dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa
tersebut akan menjadi ayat yang gramatis.

Kita sudah pun memahami klausa bebas. Bagaimana pula dengan klausa tak
bebas? Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Klausa tak
bebas hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas.
Sila teliti yang berikut:

Kamu pandai kerana kamu rajin belajar


Klausa bebas klausa tak bebas
Klausa utama

6.13 FRASA
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Tahukah anda bahawa
binaan frasa tidak sama dengan klausa? Ini kerana binaan frasa tidak
mengandungi subjek dan predikat. Namun, dalam susunan tatabahasa, frasa
boleh menjadi konsituten kepada klausa. Teliti perkataan yang bercetak
condong, iaitu frasa kepada binaan ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  119

(a) Burung kedidi di pinggir paya.


(b) Anak kecil itu sedang tidur.
(c) Polis memburu penjenayah di pergunungan Titiwangsa.

Anda telah memahami bahawa kemungkinan satu perkataan berpotensi untuk


diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

6.14 PERKATAAN
Jikalau konstituen klausa itu frasa, maka konstituen frasa ialah perkataan.
Perkataan boleh ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang membawa
maksud bahawa kata boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi
atau dipisahkan kepada bentuk tatatabahasa yang lebih kecil lagi.

Kita telahpun mengenali binaan klausa, frasa dan perkataan. Kini, mari kita
pelajari ayat dasar bahasa Melayu. Ayat dasar atau inti ialah binaan ayat yang
paling dasar atau asas. Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar,
iaitu Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN): Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK);
Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA); Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama
(FSn). Telitilah contoh berikut untuk memperkukuh fahaman anda (rujuk Jadual
6.7).

Jadual 6.7: Contoh Ayat dengan Empat Jenis Pola Perkataan

Pola Subjek Predikat


1 Frasa Nama Frasa Nama
Encik Afandi guru serba boleh.
2 Frasa Nama Frasa Kerja
Padi sedang menguning.
3 Frasa Nama Frasa Adjektif
Kanak-kanak normal tidak nakal.
4 Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Pejabat Syarikatnya di Putrajaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

6.15 AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ahli tatabahasa
BM berpendapat bahawa ayat tunggal juga ayat terbitan. Selain itu, ahli
tatabahasa BM yang lain juga berpendapat bahawa ayat tunggal ialah ayat yang
diperluas daripada ayat dasar dan mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Untuk memahami kenyataan ini, telitilah ayat yang diperkembang daripada pola
ayat dasar di atas:

1a. Encik Afandi guru serba boleh di sekolah kami.


2a. Padi yang ditanam empat bulan yang lalu mulai menguning.
3a. Kanak-kanak normal biasanya tidak nakal.
4a. Pejabatnya yang indah di Putrajaya.

Ayat 1a dan 2a, subjek dan predikat mengalami perluasan. Predikat Ayat 3a juga
mengalami perluasan. Subjek ayat 4a mengalami perluasan, iaitu di bahagian
subjek yang indah.

Bagus, anda telah memahami struktur ayat tunggal dan perluasannya. Sekarang
kita akan mempelajari jenis-jenis ayat pula. Jenis ayat yang kita pelajari ialah ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

6.15.1 Ayat Penyata


Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
penyataan atau keterangan tentang sesuatu hal. Telitilah ayat-ayat yang berikut
untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.

(a) Jamaliah eksekutif.


(b) Musa pegawai bomba.
(c) Pokok di hadapan sekolah itu rendang.
(d) Kucing itu sedang tidur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  121

6.15.2 Ayat Tanya


Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.
Ayat ini ditandai dengan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat
tanya boleh digolongkan kepada ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya
tanpa kata tanya. Telitilah ayat-ayat yang berikut untuk memahami maksud
penyataan yang berkenaan.

(a) Benda itu apa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)
(b) Gurunya siapa? (ayat tanya dengan kata ganti nama tanya)
(c) Apa benda itu? (pendepanan kata ganti nama tanya)
(d) Siapa gurunya? (pendepanan kata ganti nama tanya)
(e) Apakah benda itu? (penambahan partikel kah)
(f) Siapakah gurunya? (penambahan partikel kah)

Ayat tanya juga boleh terdiri dairpada kata tanya apa, siapa, berapa, mengapa,
bagaimana dengan frasa sendi nama tanya seperti di mana , dari mana, ke mana,
sejak bila, sampai bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya.

6.16 AYAT PERINTAH


Ayat perintah terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat
permintaan. Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan
yang berkenaan.

(a) Keluar dari bilik ini! (ayat suruhan)


(b) Ambil wang ini. (ayat suruhan)
(c) Jangan ambil harta orang. (ayat larangan)
(d) Usah kau pedulikan budak itu. (ayat larangan)
(e) Sila datang ke rumah saya. (ayat silaan)
(f) Jemput naik. (ayat silaan)
(g) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. (ayat permintaan)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

6.17 AYAT SERUAN


Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan, perasaan, seperti takut, marah,
takjub, geram, sakit dan sebagainya. Contoh kata seru adalah seperti oh, amboi,
wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Tanda (!) biasanya digunakan dalam
tulisan. Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang
berkenaan.

(a) Oh, Tuhanku!


(b) Amboi, garangnya!
(c) Wah, besarnya kereta abang!
(d) Cis, terimalah tikamanku ini!
(e) Eh, Aminah rupanya yang datang!
(f) Nah, ambillah beg ini!
(g) Syabas, engkau telah menang!

6.18 AYAT AKTIF


Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu aktif transitif, aktif tak transitif.
Telitilah ayat-ayat yang berikut untuk memahami maksud penyataan yang
berkenaan.

(a) Guru besar memanggil saya. (aktif transitif kerana ada objek sebagai
penyambut)
(b) Dia membeli buah langsat. (aktif transitif kerana ada objek)
(c) Banjir melanda pekan kecil itu. (aktif transitif kerana ada objek)

Ayat aktif tak transitif mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi
pelengkap. Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang
berkenaan.

(a) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. (Aktif tak transitif)


(b) Pokok itu membesar dengan cepat. (Aktif tak transitif)
(c) Mereka berkebun di kampung. (Aktif tak transitif)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  123

Ada juga ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.

(a) Dia berada di Ulu Tiram, Johor.


(b) Bas itu menuju ke utara tanah air.
(c) Kebanyakan orang yang berdemontrasi menuntut keadilan.

Keterangan tempat di Ulu Tiram, ke utara tanah air dan menuntut keadilan ialah
keterangan yang tidak boleh digugurkan dalam ayat aktif tak transitif dengan
keterangan. Jika digugurkan, ayat berkenaan tidak gramatis.

6.19 AYAT PASIF


Ayat pasif dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pasif
dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama pertama
dan kedua dan pasif dengan perkataaan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Telitilah ayat-ayat berikut untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.

(a) Kerja itu telah saya selesaikan semalam.


(b) Makanan itu belum aku rasai lagi.
(c) Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuh tenaga.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena pula ialah ayat pasif yang tidak
menerima awalan. Binaan (oleh) + boleh secara pilihan digugurkan seperti
contoh-contoh yang berikut:

(a) Pencuri itu kena tangkap (oleh polis)


(b) Dia kena tipu (oleh orang yang tidak dikenalinya)
(c) Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)

Bagi ayat 1, 2 dan 3, jika kata pasif kena digantikan dengan imbuhan pasif di
juga dapat diterima sebagai ayat pasif dan kata hubung oleh boleh digunakan.
Ayat pasif yang terbentuk bagi jenis ini dianggap gramatis. Telitilah ayat-ayat
yang berikut untuk memahami maksud penyataan yang berkenaan.

1. Pencuri ini ditangkap oleh polis.


2. Dia ditipu oleh orang yang tidak dikenalinya.

3. Perajurit itu ditembak oleh pengganas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

SEMAK KENDIRI 6.5

1. Dengan ringkas, senaraikan dan jelaskan ayat dan jenis-jenisnya.

2. Berikan contoh untuk setiap satu untuk perbandingan.

 Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu
frasa nama.

 Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa nama.

 Ayat tergolong kepada dua bahagian iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

 Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.

 Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa terikat.

 Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan uang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan atau pun satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.

Ayat dasar Klausa


Ayat terbitan Konstituen
Frasa Perkataan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 APLIKASI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT  125

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu: Morfologi dan sintaksis.


Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Asraf. (2007). Petunjuk tatabahasa bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah & Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu kertas satu
STPM. Kajang: Masa Enterprise.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(1996). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Portal Pendidikan Utusan. (2011). Tutor. Dicapai pada Oktober 29, 2009,
daripada http://www.tutor.com.my/tutor.

Sidang Pengarang. (1989). Teman setia anda bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (1965). Pelita bahasa Melayu penggal 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal ÂAbidin Ahmad (ZaÊba). (2000). Pelita bahasa Melayu penggal 1-111.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Ragam Ayat
7
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ragam ayat;
2. Menghuraikan konsep ragam ayat;
3. Menjelaskan jenis-jenis ayat;
4. Membezakan ayat dasar dengan ayat terbitan; dan
5. Menyusun pola-pola ayat dasar.

 PENGENALAN
Anda telah pun diperkenalkan dengan konsep ayat dalam Topik 6. Dalam topik
ini, anda akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang ayat. Ayat boleh
dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk dan pola.

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Jenis ayat terdiri daripada
ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Bentuk ayat pula terdiri
daripada ayat dasar dan ayat terbitan. Manakala pola ayat pula terdiri daripada
frasa nama dan frasa nama, frasa nama dan frasa kerja, frasa nama dan frasa
adjektif, serta frasa nama dan frasa sendi.

Ayat dasar atau ayat tunggal akan dibincangkan lebih lanjut dalam Topik 8.

AKTIVITI 7.1

Senaraikan ciri-ciri yang terkandung dalam konsep ayat dengan cara


mengimbas topik yang lepas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  127

7.1 DEFINISI RAGAM AYAT


Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata,
tanya, seruan dan perintah. Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja,
kedudukan objek, subjek, predikat dan struktur ayat.

Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang
diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan tak transitif.

Contoh:

(a) Rashid sedang membaca buku. (aktif transitif)


(b) Mereka sedang berbual-bual di anjung rumah. (aktif tak transitif)

Dalam ayat (a), Rashid merupakan subjek yang diutamakan, kata kerja membaca
diikuti oleh buku yang menjadi objek atau penyambut. Manakala dalam ayat (b)
pula, mereka diutamakan dan tidak ada objek. Di anjung rumah hanyalah frasa
keterangan tempat dan bukan objek.

Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsur
yang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat
aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.

Contoh:

(a) Buku itu Kunalan baca.


(b) Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Saloma.

Dalam ayat (a), buku itu ialah subjek dan Kunalan baca ialah predikat. Manakala
dalam ayat (b) pula, panggilan telefon ialah subjek, dan telah dijawab oleh Puan
Saloma ialah predikat.

7.2 DEFINISI AYAT


Binaan frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan kata sendi nama +
frasa nama; kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama; kata sendi nama +
(kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan). Kita teliti penerangan ini dan
fahami contoh-contoh yang diberikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.2

Antara berikut, tunjukkan ketepatan konsep ayat. Semak jawapan anda


berdasarkan apa-apa yang anda tulis dalam Aktiviti 7.1.

(a) Baik
(b) Sihat.
(c) Dia baik?
(d) Jika hari hujan,
(e) Terkejut beruk, dia.
(f) Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung,
hujan turun dengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.
(g) Tuan sungguh bijak bestari,
Apabila datang majlis berseri,
Memang ditunggu dinanti-nanti,
Mendengar lafaz pemacu nadi.

Rujukan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Kelima menunjukkan bahawa ayat


sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap.

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Selain itu,
ayat mengandungi intonasi yang sempurna.

Berdasarkan nota penting di sebelah, mari kita teliti kandungan Aktiviti 7.2 dari
(a) hingga (g).

(a) Baik
Merupakan satu kata sahaja kerana ia tidak mempunyai makna yang
lengkap. Walaupun bermula dengan huruf besar „B‰, ia tidak berakhir
dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyai
intonasi yang sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  129

(b) Sihat
Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „S‰ dan
berakhir dengan noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai intonasi yang
sempurna. Ia juga mempunyai makna yang lengkap apabila berada dalam
konteks. Misalnya, ayat ini menjawab soalan „Apa khabar?‰ dengan
jawapan „Saya sihat.‰ Dalam konteks ini, subjeknya digugurkan. Dalam
perkataan lain, dia menyatakan bahawa dirinya sihat.

(c) Dia baik?


Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „D‰ dan
berakhir dengan tanda tanya (?). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai intonasi yang
sempurna. Ia juga mempunyai makna yang lengkap iaitu menanyakan
sama ada „dia‰ baik atau sebaliknya.

(d) Jika hari hujan,


Merupakan satu klausa kerana bermula dengan huruf besar „K‰ tetapi
berakhir dengan tanda koma (,). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyai
makna yang lengkap. Ia tergantung. Ada sesuatu lagi yang hendak
disampaikan. Ia juga tidak mempunyai intonasi yang sempurna.

(e) Terkejut beruk, dia.


Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „T‰ dan
berakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang
lengkap walaupun susunannya disongsangkan. Ia juga mempunyai
intonasi yang sempurna. Ia dikenali sebagai ayat songsang.

(f) Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung, hujan turun
dengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.
Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar „S‰ dan
berakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan
kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang
lengkap walaupun ia panjang dan banyak maklumat yang disampaikan. Ia
juga mempunyai intonasi yang sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 RAGAM AYAT

(g) Tuan sungguh bijak bestari,


Apabila datang majlis berseri,
Memang ditunggu dinanti-nanti,
Mendengar lafaz pemacu nadi.
Merupakan kata-kata berangkap atau kata-kata berirama kerana ia ditulis
berangkap-rangkap dan berirama. Ia bermula dengan kesenyapan dan
berakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang lengkap. Ia juga
mempunyai intonasi yang sempurna, tetapi ia banyak melanggar peraturan
sebagai ayat dari segi struktur.

SEMAK KENDIRI 7.1

Bagaimanakah dengan jawapan anda tadi? Adakah anda berpuas hati?


Sila berikan penjelasan kepada murid-murid anda.

7.3 KONSEP RAGAM AYAT


Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua ragam, iaitu;

(a) Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul.

(b) Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa
nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.

Contoh:

(i) Adik membaca buku.


(ii) Buku dibaca oleh adik.

Ayat (i) ialah ayat aktif.

Ayat (ii) ialah ayat pasif.

Ayat aktif ditandai oleh imbuhan „meN-„.

Ayat pasif ditandai oleh imbuhan „di-„ dan diikuti oleh perkataan „oleh‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  131

(a) Ayat Aktif


Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri
daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh
frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur
penyambutnya. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu
ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat
aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Untuk memahami ragam ayat aktif transitif dan tak transitif, cuba anda
perhatikan contoh-contoh berikut:

(i) Ayat Aktif Transitif

Predikat
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
1. Ribut melanda kampung kami
2. Ahmad mengarang buku cerita
3. Pengarah merasmikan seminar itu

(ii) Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan

Predikat
Subjek Keterangan yang
Kata Kerja Tak Transitif
Boleh Digugurkan
1. Budak itu sedang mandi di sungai itu
2. Aminah menangis sepanjang hari
3. Nenek tidur di bilik adik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 RAGAM AYAT

(iii) Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak Boleh
Digugurkan

Predikat

Subjek Keterangan yang


Kata Kerja Tak Transitif Tidak Boleh
Digugurkan
1. Dia berada di Kuala Lumpur
2. Bas itu menuju ke Kota Bharu
3. Penyakitnya beransur sembuh

(b) Ayat Pasif


Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang
mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu
digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;


(ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Untuk memahami ragam ayat pasif tersebut, cuba anda perhatikan contoh-
contoh berikut:

(i) Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Oleh + Frasa
Subjek Kata Kerja Pasif Keterangan
Nama
1. Buku itu sudah diambil oleh Abu pagi tadi
2. Kucing terlanggar oleh basikal di kakinya
3. Sampah sarap dipungut oleh pekerja setiap hari

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  133

(ii) Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Frasa Kerja Pasif


dengan Ganti Nama
Subjek Keterangan
Diri Pertama atau
Kedua
1. Tugasan itu sudah aku siapkan awal-awal lagi
2. Hutang itu akan kami jelaskan segera
3. Masakan itu belum engkau makan lagi
4. Perkara tersebut harus awak putuskan segera

(iii) Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata Kerja

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama


1. Penagih itu kena tangkap oleh polis
2. Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam
3. Budak itu kena kejar oleh orang jahat
4. Harimau itu kena tembak oleh pemburu

AKTIVITI 7.3

Nyatakan perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif. Bagi setiap jenis,
berikan tiga contoh yang berkaitan.

Perbezaan Ayat Aktif dan Pasif


Ayat aktif: Ayat pasif:
Contoh ayat aktif: Contoh ayat pasif:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.4

1. Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan menggunakan


kata ganti nama diri orang ketiga?

2. Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan penggunaan kata


ganti nama diri orang pertama dan kedua berasaskan kependekan?

7.4 JENIS-JENIS AYAT


Dalam memahami tajuk ini, anda diminta menjawab soalan-soalan berikut.
Seandainya anda tidak pasti atau dapat menjawabnya, sila ikuti keterangan-
keterangan selanjutnya.

(a) Nyatakan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu.


(b) Bagaimanakah anda dapat membezakan jenis-jenis ayat tersebut?

Bagaimana?

Boleh anda menjawabnya?

Jika anda tidak pasti ikuti penerangan berikut:

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis, berdasarkan lagu bahasa dan
tujuannya, iaitu:

(a) Ayat Penyata;


(b) Ayat Tanya;
(c) Ayat Perintah; dan
(d) Ayat Seruan.

Mari kita bincang jenis-jenis ayat tersebut dengan lebih mendalam.

(a) Ayat Penyata


Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi
keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat
berita atau ayat keterangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  135

Sila anda perhatikan contoh-contoh berikut:

 Saya mempunyai sebuah komputer.


 Dia sudah pandai menghantar e-mel.
 Mereka sedang menyiapkan tugasan.
 Dia pandai mengambil hati.
 Ahmad impikan seorang isteri yang solehah.

Dapatkah anda mengesan ciri-ciri ayat penyata berdasarkan contoh-contoh


yang di atas?

Ciri-cirinya ialah, ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau


perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Ia
diakhiri dengan tanda noktah „.‰.

(b) Ayat Tanya


Sekarang, mari kita tinjau ayat tanya. Ini ialah ayat yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan
perkataan tertentu. Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu
ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.

Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara
meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya
ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertai
partikel tanya -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau
judul ayat.

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata
tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa, dan
sebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat
tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi
nama tanya.

Ayat tanya dengan kata gantinama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang
kata gantinama tanya seperti apa, siapa dan mana. Ayat tanya dengan frasa
sendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasa
sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai
bila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 RAGAM AYAT

Untuk memahami jenis-jenis ayat tanya tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh berikut:

Contoh Ayat Jenis Ayat Tanya


1. Awak sudah mandi? Ayat tanya tanpa kata tanya
2. Mereka pergi ke sekolah?
3. Dia guru cemerlang?
4. Awak sudah mandikah? Ayat tanya dengan kata partikel
tanya ăkah
5. Mereka pergi ke sekolahkah?
6. Dia guru cemerlangkah?
7. Siapa guru awak? Ayat tanya dengan kata tanya
8. Mana satu pilihan awak?
9. Apa kursus yang awak hadiri?
10. Dia mengajar di mana? Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya
11. Awak hendak membujang sampai
bila?
12. Kamu menyelesaikan masalah itu
bagaimana?

Untuk makluman anda, ayat-ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan
yang dikehendaki. Kalau memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, ayat
tanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya, jawapan
yang memerlukan huraian dikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.

Cuba anda kenal pasti ayat-ayat berikut.

Manakah ayat tanya tertutup dan manakah ayat tanya terbuka?

(i) Ke pasarkah mereka?


Ya, mereka ke pasar.

(ii) Siapa gurunya?


Gurunya Amirul Hafiz.

(iii) Pasukan rumah birukah menjadi johan olahraga kelmarin?


Tidak, pasukan rumah kuning yang menjadi johan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  137

(iv) Bilakah dia akan berangkat?


Dia akan berangkat esok.

(c) Ayat Perintah


Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan
sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan
menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau,
dan sebagainya yang digugurkan.

Ayat perintah dibahagikan kepada empat jenis seperti dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Empat Jenis Ayat Perintah

Jenis-jenis Penerangan
Ayat suruhan Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Dalam ayat ini, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau dan selainnya digugurkan.
Ayat larangan Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah
sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

Ayat silaan Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum
kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.
Lazimnya, kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

Ayat permintaan Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong
dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Untuk memahami jenis-jenis ayat perintah tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh berikut:

Contoh Ayat Jenis Ayat Perintah


 Awak siapkan kerja itu sekarang. Ayat suruhan

 Makanlah kuih muih ini dahulu.


 Usah bertanya ke mana aku pergi. Ayat larangan

 Jangan ambil wang orang.


 Sila datang ke rumah saya petang ini. Ayat silaan

 Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami.


 Minta tuan-tuan jelas yuran pengajian. Ayat permintaan
 Tolong hantarkan tugasan itu sebelum hari Isnin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 RAGAM AYAT

Tahukah anda bahawa ayat silaan tidak boleh membawa pengertian


negatif? Contohnya seperti berikut:

Tolong jangan bising.


Sila jangan merokok.

(d) Ayat Seruan


Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti
takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini
digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak
pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.

Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas
dan sebagainya.

Untuk memahami ayat seruan tersebut, cuba anda perhatikan contoh-


contoh berikut:

Contoh Ayat
1. Ayah!

2. Oh, Tuhanku!

3. Wah, cantiknya kereta itu!


4. Nah, ambillah sumbangan ini!

SEMAK KENDIRI 7.2

Nyatakan empat jenis ayat dalam bahasa Melayu dan berikan dua
contoh setiap jenis ayat tersebut.

Jenis Ayat Contoh


(i) (a)
(b)
(ii) (a)
(b)
(iii) (a)
(b)
(iv) (a)
(b)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  139

7.5 AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN


Berikut adalah penjelasan mengenai ayat dasar dan ayat terbitan dengan lebih
lanjut.

(a) Konsep Ayat Dasar


Apakah „ayat dasar‰?

Ayat dasar ialah „ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa‰.

Contoh:
(i) Dia guru.
(ii) Adik sedang belajar.
(iii) Emak ke pasar.
(iv) Abang bijak.

(b) Konsep Ayat Terbitan


Apakah „ayat terbitan‰?

Ayat terbitan ialah „ayat yang terbit atau terbentuk daripada ayat dasar‰.

Ayat terbitan ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis.


Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang
berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu
unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu, ayat terbitan ini
terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,
penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Mari kita sama-sama meneliti proses transformasi ini.

(i) Proses Transformasi yang Melibatkan Pengguguran


Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke
atas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsur
tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat struktur
permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 RAGAM AYAT

Contoh:
(i) „Pergi dari sini!‰
(ii) „Adik saya cerdik tetapi pemalu.‰
(iii) „Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.‰
(iv) „Yang biru itu pilihan saya.‰
(v) „Bersenam boleh menyihatkan badan.‰

Jika kita teliti contoh-contoh di atas, kita boleh kategorikannya


kepada empat jenis pengguguran. Dalam bahasa Melayu terdapat
empat jenis pengguguran:

(i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek;


(ii) Pengguguran frasa predikat;
(iii) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif; dan
(iv) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa
nama.

Untuk memahami jenis-jenis pengguguran tersebut, cuba anda


perhatikan contoh-contoh ayat berikut:

Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek


(i) Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah.

Contoh:

 Kamu keluar! Keluar!

 Awak semua pergi dari sini! Pergi dari sini!

(ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Contoh:

 Dia sangat pandai + Dia rajin belajar


Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
Dia sangat pandai kerana rajin belajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  141

 Adik saya cerdik + Adik saya pemalu


Adik saya cerdik tetapi pemalu.

Pengguguran Frasa Predikat


Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh
digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa
dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang
serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.

Contohnya:

Frasa Predikat Contoh Ayat


Frasa kerja yang Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang.
serupa
Adik Ali belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahang.

Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

Frasa nama Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.
yang serupa
Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah.
Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.

Frasa adjektif Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.
yang serupa
Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin.
Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

Frasa sendi Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.


nama yang
serupa Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.

Dia dan isterinya masih di kampung.

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif


Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan
ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang
serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.

Contoh:

 Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.


Kereta yang kuning itu pilihan saya.
Yang kuning itu pilihan saya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 RAGAM AYAT

 Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.


Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa


Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) +
penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa
nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan
daripada kelas kata nama.

Contoh:

 Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.


Bersenam boleh menyihatkan badan.

 Tabiat merokok membahayakan kesihatan.


Merokok membahayakan kesihatan.

(ii) Proses Transformasi yang Melibatkan Penyusunan Semula


Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal
diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat
gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan
mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada
kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada
ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses penyusunan semula
ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:

 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek;

 Penyusunan semula frasa nama sebagai objek; dan

 Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  143

Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba anda


perhatikan contoh-contoh ayat berikut:

Ayat Asal Penyusunan Semula


Adik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik.
(Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita rahmat. Allah mengurniakan rahmat kepada kita.


(Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke kedai. Ke kedai orang itu pergi.


(Ayat songsang )

(iii) Proses Transformasi yang Melibatkan Peluasan


Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur
dalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayat
dalam bahasa Melayu, iaitu:

 Peluasan frasa nama sebagai subjek;

 Peluasan frasa predikat;

 Peluasan dengan kata hubung; dan

 Peluasan melalui proses komplementasi.

Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda perhatikan


contoh-contoh ayat berikut:

Ayat Asal Peluasan


Budak itu adik saya. Budak yang membaca buku itu adik saya.
Budak itu membaca buku. (Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik budak itu. Osman mengusik budak yang menangis itu.
Budak itu menangis. (Frasa predikat )

Ayah tidak pergi kerja. Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut.
Ayah sakit perut. (Kata hubung )

Mereka melaporkan. Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak


Guru kelas tidak hadir. hadir. (Proses komplementasi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 RAGAM AYAT

AKTIVITI 7.5

1. Jelaskan maksud proses penerbitan ayat.

2. Nyatakan tiga proses penerbitan ayat dan berikan tiga contoh setiap
jenisnya.

7.6 POLA-POLA AYAT DASAR


Sekarang, mari kita beralih kepada tajuk yang lebih kompleks. Kita akan
memulakan perbincangan tentang pola-pola ayat dasar bahasa Melayu. Sebelum
itu, cuba anda jawab soalan-soalan yang berikut:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola ayat dasar?


(b) Berapa jenis pola ayat dasar bahasa Melayu?

Cuba anda fikir-fikirkan.

Untuk mendapat jawapan kepada soalan-soalan tersebut, sila ikuti perbincangan


yang seterusnya.

(a) Definisi Pola Ayat Dasar


Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

(b) Jenis-jenis Ayat Dasar


Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 7.2.

Jadual 7.2: Empat Jenis Pola Ayat Dasar

Pola Jenis Pola Subjek Predikat


1 FN + FN Encik Shari ejen insuran
2 FN + FK Dia menjerit kesakitan
3 FN + FA Budak itu sangat nakal
4 FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  145

Daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat lain yang lebih
kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau
panjang, ayat aktif atau ayat pasif, dan sebagainya.

AKTIVITI 7.6

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah.

Ayat Jenis Pola


Encik Bongsu guru silat.
Kucing itu comel sekali.
Ayah berangkat ke Tanah Suci.
Pak Amid melayari Internet.
Papan kekunci sangat canggih.
E-mel itu dari India.

 Kita telah mempelajari tentang ragam ayat, jenis ayat, ayat dasar, ayat
terbitan dan pola ayat dasar.

 Terdapat dua jenis ragam ayat iaitu:


(a) Ayat aktif; dan
(b) Ayat pasif.

 Ayat aktif pula terbahagi kepada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif.

 Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:


(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
(c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 RAGAM AYAT

 Empat jenis ayat dalam bahasa Melayu adalah:


(a) Ayat Penyata;
(b) Ayat Tanya;
(c) Ayat Perintah; dan
(d) Ayat Seruan.

 Ayat tanya terbahagi kepada lima jenis iaitu:


(a) Tanpa kata tanya;
(b) Dengan kata tanya;
(c) Dengan kata ganti nama tanya;
(d) Terbuka; dan
(e) Tertutup.

 Ayat perintah terbahagi kepada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan
ayat permintaan.

 Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

 Ayat terbitan melibatkan proses tranformasi yang mengakibatkan


pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

 Empat jenis pola ayat dasar adalah:


(a) FN + FN;
(b) FN + FK;
(c) FN + FA; dan
(d) FN + FS.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM AYAT  147

Ayat aktif Ayat perintah


Ayat aktif transitif Ayat seruan
Ayat ayat aktif tak transitif Ayat tanya
Ayat dasar Ayat terbitan
Ayat pasif Pola ayat dasar
Ayat penyata Ragam ayat

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safiah, Nik, et.al (1997). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Ayat
8 Tunggal
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi ayat tunggal;
2. Menjelaskan konsep binaan ayat tunggal;
3. Menghuraikan unsur-unsur dalam pembinaan subjek ayat tunggal;
4. Menjelaskan analisis binaan predikat ayat tunggal; dan
5. Menerangkan binaan konstituen dalam ayat tunggal.

 PENGENALAN
Setelah anda memahami ragam ayat, jenis ayat, ayat dasar dan ayat terbitan,
serta pola-pola ayat dasar, ayat tunggal wajar diselami secara lanjut.

Dalam topik ini, anda dapat meneliti definisi ayat tunggal, mengenal pasti cara
ayat tunggal dibina, unsur-unsur yang membina subjek ayat tunggal dan
predikat ayat tunggal dan akhir sekali cara ayat tunggal disusun.

Apakah faedahnya meneliti ayat tunggal? Anda wajar menelusurinya.

AKTIVITI 8.1

Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda faham dengan
konsep ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  149

8.1 DEFINISI AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Dari segi
binaan ia menyamai binaan ayat dasar iaitu subjek mendahului predikat.

Contoh:
(i) Dia guru.
(ii) Guru itu mengajar di Seremban.
(iii) Ahmad pemurah orangnya.
(iv) Emak ke pasar.

Ayat-ayat di atas ialah ayat tunggal. Ia juga merupakan ayat dasar. Ia terdiri
daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Walau bagaimanapun, ada juga ayat tunggal, iaitu predikat mendahului subjek
seperti dalam ayat songsang.

Contoh:
(a) Guru dia.
(b) Mengajar di Seremban guru itu.

Kedua-dua ayat di atas ialah ayat tunggal. Ia bukan ayat dasar. Ia juga
merupakan ayat songsang.

Semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata tetapi ayat tunggal boleh terdiri
daripada ayat-ayat lain.

AKTIVITI 8.2

Cuba anda buat perbandingan antara ayat tunggal, ayat dasar dan ayat
songsang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

8.1.1 Konsep Ayat Tunggal


Ayat tunggal ialah ayat yang terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat
tunggal tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
Ayat dasar merupakan ayat tunggal atau jenis ayat penyata dalam ragam ayat
aktif. Ayat tunggal juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

8.2 BINAAN AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan
predikat. Predikat ialah bahagian ayat yang diterangkan dan subjek ialah
bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Contoh:
(a) Dia murid sekolah rendah.
(b) Orang tua itu mahir berbahasa Arab.
(c) Guru besar menjelaskan tentang pencapaian sekolah.
(d) Pasukan nasyid sekolah ke pertandingan akhir.

„Dia‰, „Orang tua itu‰, „Guru besar‰, dan „Pasukan nasyid sekolah‰,
merupakan subjek ayat tunggal.

Manakala, „murid sekolah rendah‰, „mahir berbahasa Arab‰, „menjelaskan


tentang pencapaian sekolah‰, dan „ke pertandingan akhir‰ merupakan predikat
ayat tunggal.

„Dia‰ diterangkan oleh predikatnya, „murid sekolah rendah‰. „Orang tua itu‰
diterangkan oleh predikatnya „mahir berbahasa Arab‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  151

AKTIVITI 8.3

Cuba teliti contoh-contoh dalam jadual di bawah.

Apakah unsur-unsur yang menerangkannya?

Subjek Predikat
1. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Malaysia.
2. Dia rajin berbincang.
3. Melukis menjadi kegemarannya.
4. Sabar sifat terpuji.
5. Pasukan bola sepak bermain bersungguh-sungguh.
kebangsaan

8.3 BINAAN SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL


Bagaimanakah subjek dan predikat ayat-ayat tunggal dibina?

Binaan subjek dalam ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama yang
terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut:

 Kata nama;

 Kata ganti nama;

 Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama; dan

 Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.

Sekarang, mari kita bincang unsur-unsur tersebut dengan lebih lanjut.

(a) Subjek Kata Nama


Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:

(i) Kata Nama Am;


(ii) Kata Nama Khas; dan
(iii) Kata Nama Terbitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

Dalam memahami bentuk binaan subjek kata nama ayat tunggal, cuba anda
perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek (Nama Am) Predikat


1. Sekolah telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah
itu.
2. Padang bola sepak telah dibaik pulih pada bulan Mei.

3. Anak kucing belang menyorok di bawah meja.


itu
4. Pasukan rumah biru menjuarai kejohanan olahraga tahun ini.
5. Hujan renyai-renyai turun semasa perasmian Konsert Perdana itu.
Subjek (Nama Khas) Predikat
1. Amelina berjaya cemerlang dalam peperiksaan SPM.
2. Perdana Menteri telah berumahtangga lagi.
3. Lagu Aduh Saliha mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.

AKTIVITI 8.4

Sebagai ujian terhadap kefahaman anda, lengkapkan jadual di bawah


dengan membina ayat-ayat lain menerusi perbincangan dengan rakan-
rakan anda.

Subjek (Nama Am) Predikat


1.
2.
3.
4.
5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  153

Subjek (Nama Khas) Predikat


1.
2.
3.
4.
5.
Subjek (Nama Terbitan) Predikat
1.
2.
3.
4.
5.

(b) Subjek Kata Ganti Nama


Kata ganti nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk
daripada:

(i) Kata Ganti Nama Orang; dan


(ii) Kata Ganti Nama Tunjuk.

Untuk memahami bentuk binaan subjek kata ganti nama ayat tunggal, cuba
anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek
Predikat
(Ganti Nama Orang)
Saya bangga dengan pencapaian saudara.
Dia menyelinap lari di tengah-tengah orang ramai itu.
Mereka bertandang ke rumah orang tua mereka selama seminggu.
Kamu diminati ramai.
Kami bersetuju dengan pendapat saudari.
Subjek
Predikat
(Ganti Nama Tunjuk)
Ini merupakan kemahuan mereka.
Itu satu mercu tanda Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

AKTIVITI 8.5

Sebagai ujian terhadap kefahaman anda, lengkapkan jadual di bawah


dengan membina ayat-ayat lain menerusi penggunaan kata ganti nama
diri orang yang tertera sebagai subjek.

Subjek
Predikat
(Ganti Nama Orang)
1. Kita
2. Beliau
3. Saudara
4. Tuan hamba
5. Baginda

(c) Subjek Kata Kerja yang Berfungsi sebagai Kata Nama


Ada kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek.
Dalam perkataan lain, subjek kata kerja ini berfungsi sebagai kata nama.

Untuk memahami bentuk binaan subjek kata kerja ayat tunggal yang
berfungsi sebagai kata nama, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek (Kata Kerja) Predikat


1. Melukis menjadi kegemarannya.
2. Berkarya dilakukannya sewaktu senggang.
3. Mereka cipta menyihatkan minda.
4. Membaca buku amalan yang berfaedah.
5. Membazir amalan syaitan.
6. Bercucuk tanam sumber ekonomi kampung itu.
7. Mencari gali minyak ialah profesion ayahnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  155

AKTIVITI 8.6

Adakah anda sudah faham? Lengkapkan jadual di bawah. Bina ayat-ayat


yang menggunakan kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama sebagai
subjek.

Subjek
Predikat
(Kata Kerja)
1.
2.
3.
4.
5.

(d) Subjek Kata Adjektif yang Berfungsi sebagai Kata Nama


Ada kata adjektif yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai
subjek. Dalam perkataan lain subjek kata adjektif ini berfungsi sebagai kata
nama.

Dalam memahami bentuk binaan subjek kata adjektif ayat tunggal yang
berfungsi sebagai kata nama, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek (Kata Adjektif) Predikat


1. Biru merupakan lambang persahabatan.
2. Manis boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh.
3. Boros amalan syaitan.
4. Pemurah ialah sifat insan mulia.
5. Miskin bukan penghalang untuk beramal soleh.
6. Merah saga ialah warna kegemarannya.
7. Pendirian lemah menyebabkan anak buahnya mengada-ngada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

AKTIVITI 8.7

Uji kefahaman anda. Lengkapkan jadual di bawah. Bina ayat-ayat yang


menggunakan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama sebagai
subjek.

Subjek
Predikat
(Kata Adjektif)
1.
2.
3.
4.
5.

8.4 BINAAN PREDIKAT AYAT TUNGGAL


Berikut wajar ditinjau pula binaan predikat dalam ayat tunggal. Predikat ayat
tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama berikut:

 Frasa nama;

 Frasa kerja;

 Frasa adjektif; dan

 Frasa sendi nama.

Dalam memahami bentuk binaan predikat frasa nama ayat tunggal, cuba anda
perhatikan contoh-contoh berikut.

(a) Predikat Frasa nama


Binaan predikat frasa nama sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi
sebagai subjek dalam sesuatu ayat, iaitu terbina daripada:

(i) Kata nama am;


(ii) Kata nama khas; dan
(iii) Kata nama terbitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  157

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa nama ayat tunggal, cuba
anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek Predikat (Frasa Nama Am)


Saya murid.
Beliau guru.
Binatang itu orang utan.
Kakak Aminah guru besar sekolah kebangsaan.
Itu pasar malam.
Subjek Predikat (Frasa Nama Khas)
Itu Menara Kuala lumpur.
Ayah Amin Pengarah Pelajaran Sabah.
Buaya ganas di Sarawak ialah Bujang Senang.
Pulau tarikan pelancong ialah Pulau Tioman.
Jaguh dunia squash ialah Nicol David.
Subjek Predikat (Frasa Nama Terbitan)
Anugerah itu suatu penghormatan negara.
Perbuatan menagih dadah ialah kebencian rakyat.
Menafikan hak kanak-kanak suatu penganiayaan kepada kanak-kanak.
Peristiwa itu pengajaran kepada sekolah itu.
Sakit gigi hanya alasan David.

AKTIVITI 8.4

Anda pasti sudah memahaminya? Lengkapkan jadual di bawah. Bina


ayat-ayat yang menggunakan frasa nama sebagai predikat.

Subjek Predikat (Frasa Nama Am)


1.
2.
3.
4.
5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

Subjek Predikat (Frasa Nama Khas)


1.
2.
3.
4.
5.
Subjek Predikat (Frasa Nama Terbitan)
1.
2.
3.
4.
5.

(b) Predikat Frasa Kerja


Frasa kerja yang menjadi predikat sesuatu ayat terbina daripada unsur-
unsur yang berikut:

(i) Kata Kerja Asal


Kata kerja asal terdiri daripada dua jenis, iaitu:

 Kata kerja asal tidak berimbuhan; dan

 Kata kerja asal berimbuhan.

Kata kerja asal tidak berimbuhan boleh terdiri daripada:

 Kata kerja tak transitif; dan

 Kata kerja transitif.

Contoh kata kerja tak transitif banyak bilangannya, manakala contoh


kata kerja transitif terhad bilangannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  159

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa kerja (kata kerja asal
tidak berimbuhan) ayat tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh
berikut:

Predikat (Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan)


Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Adik kecil tidur.
Para penonton ketawa.
Kakak mandi di kolam renang.
Burung helang terbang tinggi di awan.
Murid-murid pergi dengan bas sekolah.
Predikat (Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan)
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
Emak makan roti

Manakala kata kerja asal berimbuhan juga terdiri daripada:

 Kata kerja tak transitif; dan

 Kata kerja transitif.

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa kerja (kata kerja asal
berimbuhan) ayat tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh
berikut:

Predikat (Kata Kerja Asal Berimbuhan)


Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Para tetamu sedang bersuka ria di ruang tamu.
Pesakit itu berehat di bilik.
Semua pegawai unit telah bertolak ke tempat mesyuarat.
Pengawal keselamatan tertidur.
Ayam tambatannya terjatuh.
Predikat (Kata Kerja Asal Berimbuhan)
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
Ayah mengarang buku cerita.
Emak menjahit baju kurung.
Anak muridnya mendengar nasihat guru besar.
Anak kucing itu memanjat pokok.
Pekerja itu memikul beban.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

AKTIVITI 8.9

Anda pasti sudah memahaminya? Lengkapkan jadual yang berikut. Bina


ayat-ayat yang menggunakan frasa kerja (kata kerja asal) sebagai
predikatnya.

Predikat (Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan)


Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
1.
2.
3.
4.
5.
Predikat (Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan)
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
1.
2.

Predikat (Kata Kerja Asal Berimbuhan)


Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Kata Kerja Tak Transitif
1.
2.
3.
4.
5.
Predikat (Kata Kerja Asal Berimbuhan)
Subjek
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Transitif
1.
2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  161

(ii) Kata Kerja Terbitan


Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang berasal daripada golongan
kata lain seperti kata nama atau kata adjektif. Kata-kata ini apabila
menerima imbuhan „me-...-kan‰, „me-...-i‰, atau „memper-...‰ akan
menjadi kata kerja terbitan. Kata kerja tersebut ialah kata kerja
transitif. Kehadirannya dalam ayat memerlukan objek.

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa kerja (kata kerja


terbitan) ayat tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Predikat (Kata Kerja Terbitan )


Subjek
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Transitif
Semua ibu bapa menyekolahkan anak-anak.
Usaha gigih semua pihak membuahkan kejayaan cemerlang.
Abang menaiki basikal ke sekolah.
Beliau telah memperluaskan pengaruhnya.
Ayah menaikkan basikal ke atas lori.

(iii) Kata Bantu


Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir
sebelum kata kerja. Dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu ialah:

 Kata Bantu Aspek


Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan sesuatu
perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah
dilakukan.

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa kerja (kata bantu


aspek) ayat tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Predikat (Frasa Kerja + Kata Bantu Aspek)


Subjek
Kata Bantu Aspek Kata Bantu Aspek
Cikgu akan menerangkannya esok.
Pengganti guru Matematik belum sampai lagi.
Mereka sedang menyiapkan kertas kerja
itu.
Cikgu Murni masih belum berpunya lagi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

 Kata Bantu Ragam


Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa kerja (kata bantu


ragam) ayat tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Predikat (Frasa Kerja + Kata Bantu Ragam)


Subjek
Kata Bantu Ragam Kata Bantu Ragam
Emak hendak memasak nasi.
Adik mahu belajar bahasa Arab.
Mereka harus berusaha bersungguh-
sungguh.
Pasukan bahas sekolah mesti menumpukan kepada
latihan.
Guru besar boleh membatalkan jadual itu.
Orang tua itu dapat mengemukakan hujahnya.

Dalam bahasa Melayu kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih
daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja.

Mari kita sama-sama telitikan contoh ayat berikut:

Predikat (Frasa Kerja + Kata Bantu Ragam)


Subjek
Kata Bantu Kata Bantu Kata Bantu Frasa Kerja
Kanak-kanak belum hendak main lagi.
itu
Kawan- harus sudah menunggunya.
kawannya
Tetamu Ahmad belum boleh pergi lagi.
Program itu masih belum dapat dilaksanakan
lagi.
Permohonannya masih boleh dipertimbangkan.

(iv) Unsur-unsur Keterangan


Frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif dan tak transitif
boleh menerima frasa keterangan. Frasa keterangan ini menerangkan
lebih lanjut lagi tentang kata kerja. Frasa keterangan ini terbentuk
daripada frasa sendi nama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  163

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa kerja dengan unsur-


unsur keterangan ayat tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh
berikut:

Predikat (Frasa Kerja + Unsur Keterangan)


Subjek
Kata Kerja Kata Kerja
Cikgu berlari dengan cepat.
Mereka bertindak untuk kepentingan
organisasi.
Semua staf bercerita tentang perkara itu.
Pelajar baru itu berlagak seperti orang kaya.
Budak-budak nakal itu berpeleseran di pasaraya.

AKTIVITI 8.10

Mari kita cuba kefahaman kita dengan melengkapkan jadual yang


berikut. Jadual tersebut memerlukan kita membina ayat-ayat yang
menggunakan frasa kerja sebagai predikatnya.

(A)
Predikat (Kata Kerja Terbitan)
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
1.
2.
3.
4.
5.

(B)
Predikat (Frasa Kerja + Kata Bantu Aspek)
Subjek
Kata Bantu Aspek Frasa Kerja
1.
2.
3.
4.
5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

(C)
Predikat (Frasa Kerja + Kata Bantu Ragam)
Subjek
Kata Bantu Ragam Frasa Kerja
1.
2.
3.
4.
5.

(D)
Predikat (Frasa Kerja + Kata Bantu Ragam)
Subjek
Kata Bantu Kata Bantu Kata Bantu Frasa kerja
1.
2.
3.
4.
5.

(E)
Predikat (Frasa Kerja + Unsur Keterangan)
Subjek
Kata Kerja Frasa Sendi Nama
1.
2.
3.
4.
5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  165

(c) Predikat Frasa Adjektif


Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat dalam sesuatu ayat
terbina daripada:

(i) Kata Adjektif Selapis


Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa adjektif selapis ayat
tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek Predikat (Frasa Adjektif Selapis)


Bajunya biru.
Masakan kakak lazat.
Adiknya bijak.
Perbelanjaannya berhemah.

Kata-kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata penguat.

Contohnya:

Predikat (Frasa Adjektif Selapis)


Subjek
Kata Penguat Kata Adjektif
Rumahnya terlalu besar.
Masakan kakak sangat lazat.
Adiknya sungguh bijak.

Kata penguat boleh juga hadir selepas kata adjektif.

Contohnya:

Predikat (Frasa Adjektif Selapis)


Subjek
Kata Adjektif Kata Penguat
Guru disiplin itu garang sungguh.
Tuan rumah itu baik benar.
Barang-barang itu murah sekali.
Pekerjaannya cermat sungguh.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

Semua kata adjektif dalam bahasa Melayu boleh:

 Hadir bersama-sama kata bandingan „lebih‰ dan „paling‰; dan

 Menerima imbuhan „ter-„ yang membawa maksud paling.

Contohnya:

Predikat (Frasa Adjektif Selapis)


Subjek
Kata Bandingan Frasa Adjektif
Adiknya lebih tinggi daripada abangnya.
Amir paling pandai di kelasnya.
Pasukan A lebih kuat daripada pasukan B.
Wanita itu paling kaya di kampungnya.
Frasa Adjektif Berimbuhan „ter-„
Kerja kursus inilah ternipis saya terima.
Ini karya terbaik pada tahun ini.

(ii) Kata Adjektif Ganda


Kata adjektif boleh juga digandakan untuk bermaksud banyak dan
pelbagai bentuk dan sifat.

Apabila menggunakan kata adjektif berganda, subjek jamaknya tidak


perlu digandakan.

Untuk memahami bentuk binaan predikat frasa adjektif ganda ayat


tunggal, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek Predikat (Frasa Adjektif Ganda)


Bangunan di bandaraya tinggi-tinggi.
Murid sekolah itu bijak-bijak.
Cikgu sekolahnya cekap-cekap belaka.
Pakaiannya mahal-mahal belaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  167

AKTIVITI 8.11

Mari cuba kefahaman dengan melengkapkan jadual yang berikut. Jadual


tersebut memerlukan anda membina ayat-ayat yang menggunakan frasa
adjektif sebagai predikatnya.

(A)
Subjek Predikat (Frasa Adjektif Selapis)
1.
2.
3.
4.

(B)
Predikat (Frasa Adjektif Selapis)
Subjek
Kata Penguat Kata Adjektif
1.
2.
3.
4.

(C)
Predikat (Frasa Adjektif Selapis)
Subjek
Kata Adjektif Kata Penguat
1.
2.
3.
4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

(D)
Predikat (Frasa Adjektif Selapis)
Subjek
Kata Bandingan Kata Penguat
1.
2.
3.
4.

(E)
Subjek Predikat (Frasa Adjektif Ganda)
1.
2.
3.
4.

(d) Predikat Frasa Sendi Nama


Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama
yang diikuti oleh frasa nama.

Dalam memahami bentuk binaan predikat frasa sendi nama ayat tunggal,
cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek Predikat (Frasa Sendi Nama)


Emak di rumah.
Abang dari kampung.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  169

AKTIVITI 8.12

Uji kefahaman anda. Lengkapkan jadual di bawah. Bina ayat-ayat yang


menggunakan frasa sendi nama sebagai predikatnya.

Subjek Predikat (Frasa Sendi Nama)


1.
2.
3.
4.
5.

8.5 SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal
mempunyai dua bentuk susunan iaitu:

 Susunan biasa; dan

 Susunan songsang.

(a) Susunan Biasa


Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya
adalah di hadapan konstituen predikat.

Untuk memahami susunan konstituen ayat tunggal (susunan biasa), cuba


anda perhatikan contoh-contoh berikut:

Subjek Predikat
Dr Amir telah mempengerusikan mesyuarat itu.
Cikgu Norizan guru besar Sekolah Kebangsaaan Seri Nilam.
Gunung Kinabalu paling tinggi di Asia Tenggara.
Pasukan ragbi ke pertandingan akhir esok.
Banyak murid tidak dapat menjawab soalan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

Jika hendak memberikan penegasan pada bahagian-bahagian tertentu ayat:

(i) Kata Penegas Digunakan


Berikut adalah contoh-contoh ayat dengan penggunaan kata penegas:

 Dialah bapa saya.

 Datangkah adik kamu kelmarin?

 Apatah daya kita.

 Mereka pun tak hadir juga.

 Sepanjang hari dia berehat sahaja.

 Pencuri itu tidak akan datang lagi.

(ii) Kedudukan Susunan Diubah


Berikut adalah contoh-contoh ayat dengan kedudukan susunan
diubah:

 Bapa saya dia.

 Ke pasar emak saya.

 Menangkap burung kucing itu.

(b) Susunan Songsang


Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh juga wujud dalam susunan
songsang. Susunan songsang ini wujud melalui proses pendepanan atau
penjudulan. Predikat yang biasanya berada selepas subjek dikedepankan
sebelum subjek. Dalam perkataan lain, subjek selepas predikat. Unsur yang
dikedepan itulah yang hendak diberikan penegasan.

Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan predikat ini berlaku seperti


berikut:

(i) Pendepanan Seluruh Predikat


Contohnya:

 Baik sungguh perangainya.


 Berjaya juga akhirnya pendaki itu.
 Sangat rajin orang itu.
 Sudah mati agaknya kucing itu.
 Manis sekali teh susu itu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  171

(ii) Pendepanan Sebahagian daripada Predikat


Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses
pendepanan secara berasingan, iaitu:

 Pendepanan frasa kerja;

 Pendepanan frasa adjektif; dan

 Pendepanan frasa sendi nama.

Pendepanan frasa kerja boleh berlaku dalam tiga situasi sahaja, iaitu:

 Pendepanan kata kerja sahaja;

 Pendepanan kata kerja dengan objek; dan

 Pendepanan kata bantu dengan kata kerja.

Contoh pendepanan frasa kerja dalam tiga situasi:

Subjek Predikat Catatan


Adik tidur atas kerusi.
Tidur adik atas kerusi. Pendepanan k. kerja
Murid-murid ketawa di luar kelas.
Ketawa murid-murid di luar kelas Pendepanan k. kerja
Kakak mandi di kolam renang.
Mandi kakak di kolam renang. Pendepanan k. kerja
Orang gajinya bekerja setiap hari Rabu.
Bekerja orang gajinya setiap hari Pendepanan k. kerja
Rabu.
Pekerja itu memikul gandum setiap
hari.
Memikul gandum pekerja itu setiap hari. Pendepanan k. kerja
dengan objek
Anak Pak Mat memanjat pohon jambu
kelmarin.
Memanjat pohon jambu anak Pak Mat kelmarin. Pendepanan k. kerja
dengan objek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

Subjek Predikat Catatan


Anaknya menulis surat untuk ibu.
Menulis surat anaknya untuk ibu. Pendepanan k. kerja
dengan objek
Petani itu membajak sawah setiap
pagi.
Membajak sawah petani itu setiap pagi. Pendepanan k. kerja
dengan objek
Kanak-kanak itu masih bermain di jalan
raya.
Masih bermain kanak-kanak itu di jalan Pendepanan k. bantu
raya. dengan k. kerja
Pelancong itu pernah datang ke Kuala
Lumpur.
Pernah datang pelancong itu ke Kuala Pendepanan k. bantu
Lumpur. dengan k. kerja
Guru baru itu belum sampai ke sekolah
lagi.
Belum sampai guru baru itu ke sekolah Pendepanan k. bantu
lagi. dengan k. kerja
Ibu bapanya akan berangkat ke Mekah
esok.
Akan berangkat ibu bapanya ke Mekah Pendepanan k. bantu
esok. dengan k. kerja

Pendepanan frasa adjektif boleh berlaku dalam dua situasi sahaja,


iaitu:

 Pendepanan kata adjektif sahaja; dan

 Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif.

Berikut adalah contoh pendepanan frasa adjektif dalam dua situasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  173

Subjek Predikat Catatan


Emaknya tersenyum sepanjang masa.
Tersenyum emaknya sepanjang masa. Pendepanan k. adjektif
Orang tua itu sihat pada petang kelmarin.
Sihat orang tua itu pada petang Pendepanan k. adjektif
kelmarin.
Pasukannya menang dalam
pertandingan itu.
Menang pasukannya dalam Pendepanan k. adjektif
pertandingan itu.
Ikan duyung terdampar di Pantai
Cenang.
Terdampar ikan duyung di Pantai Pendepanan k. adjektif
Cenang.
Anak burung itu masih lemah pada pagi tu.
Masih lemah anak burung itu pada pagi Pendepanan k. bantu
itu. dengan k. adjektif
Adik sedang sakit kuat di
hospital.
Sedang sakit kuat adik di hospital. Pendepanan k. bantu
dengan k. adjektif
Abang belum sihat betul lagi.
Belum sihat betul abang lagi. Pendepanan k. bantu
dengan k. adjektif
Persatuannya telah berjaya dalam
pertandingan itu.
Telah berjaya persatuannya dalam Pendepanan k. bantu
pertandingan itu. dengan k. adjektif

Frasa sendi nama boleh berfungsi sebagai:

 Predikat dalam ayat; atau

 Unsur keterangan dalam predikat.

Berikut adalah contoh pendepanan frasa sendi nama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

Subjek Predikat Catatan


Cenderamata itu untuk ibu sebenarnya.
Untuk ibu cenderamata itu Frasa sendi nama sebagai
sebenarnya. predikat
Surat itu pada Kamal kelmarin.
Pada Kamal surat itu kelmarin. Frasa sendi nama sebagai
predikat
Pengurus itu di Hong Kong pagi ini.
Di Hong Kong pengurus itu pagi ini. Frasa sendi nama sebagai
predikat
Guru besar bermesyuarat di Pejabat
Pelajaran.
Di Pejabat Pelajaran guru besar bermesyuarat. Frasa SN sebagai
keterangan
Kantin disediakan untuk murid.
Untuk murid kantin disediakan. Frasa SN sebagai
keterangan
Ceramah diadakan pada malam
Minggu.
Pada malam Minggu ceramah diadakan. Frasa SN sebagai
keterangan

 Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang
mempunyai:
(a) Satu konstituen subjek; dan
(b) Satu konstituen predikat.

 Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu:
(a) Subjek; dan
(b) Predikat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 AYAT TUNGGAL  175

 Binaan subjek dalam ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama yang
terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut:
(a) Frasa nama (nama am, nama khas, nama terbitan).
(b) Frasa ganti nama (ganti mana orang, ganti nama tunjuk).
(c) Frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.
(d) Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama.

 Predikat ayat tunggal dibina daripada unsur-unsur utama yang berikut:


(a) Frasa nama;
(b) Frasa kerja;
(c) Frasa adjektif; dan
(d) Frasa sendi nama.

 Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu:

(a) Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen


subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.

(b) Susunan songsang ini wujud melalui proses pendepanan atau


penjudulan. Predikat yang biasanya berada selepas subjek
dikedepankan sebelum subjek.

Ayat susunan biasa Frasa ganti nama


Ayat susunan songsang Frasa kerja
Ayat tunggal Frasa nama
Bentuk susunan ayat Frasa sendi nama
Binaan predikat Konstituen predikat
Binaan subjek Konstituen subjek
Frasa adjektif Proses pendepanan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 AYAT TUNGGAL

Nik Safiah Karim., Farid M. Onn., Hashim Hj. Musa., & Abdul Hamid
Mahmood. (1996). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Ayat
9 Majmuk
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menyatakan definisi ayat majmuk;
2. Menerangkan konsep ayat majmuk;
3. Menyatakan jenis-jenis ayat majmuk;
4. Membeza dan memberikan kelas ayat majmuk;
5. Membina ayat majmuk dalam sesuatu ayat yang dibincangkan; dan
6. Mengaplikasikan pengetahuan ayat majmuk dalam komunikasi lisan
dan tulisan.

 PENGENALAN
Secara umumnya, apabila anda bercakap atau berkomunikasi dan berinteraksi,
anda akan menggunakan ayat-ayat. Ada ayat yang panjang, pendek, berulang-
ulang atau disambung-sambung.

Seperti pelajaran terdahulu, ayat yang lengkap terbentuk daripada subjek dan
predikat. Satu subjek (benda) dan satu predikat (cerita), membentuk satu ayat
tunggal.

Contohnya:
(a) Ayah membasuh kereta.
(b) Ibu menjahit baju.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

Dua atau lebih ayat tunggal bergabung akan membentuk ayat berlapis atau ayat
majmuk.

Contohnya:
Ayah membasuh kereta, manakala ibu menjahit baju.

AKTIVITI 9.1

Mungkinkah anda menggunakan ayat yang agak panjang ketika berbual-


bual atau menulis karangan? Dalam perbualan atau penulisan anda, jika
ditranskripsikan ayat tersebut, anda akan dapat menganalisis sebahagian
ayat tersebut dijeniskan sebagai ayat majmuk. Fahamilah konsep ayat
majmuk di bawah.

Huraikan definisi ayat majmuk dalam perkataan anda sendiri.

9.1 DEFINISI AYAT MAJMUK


Secara amnya, terdapat empat definisi ayat majmuk seperti dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Beberapa Definisi Ayat Majmuk

Definisi Sumber
 Ayat majmuk sebagai ayat yang terbentuk daripada gabungan Tatabahasa
dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai Dewan Edisi
ayat berlapis. Kelima

 Memberikan makna yang majmuk sebagai ayat yang terdiri Abdullah


daripada dua atau lebih ayat. Hassan (1993)

 Mentakrifkan ayat majmuk sebagai ayat yang terdiri daripada Nik Safiah
dua ayat tunggal atau lebih, iaitu mempunyai dua subjek atau Karim (1988)
lebih dua predikat.

 Menggunakan istilah ayat berlapis untuk merujuk ayat majmuk. Arbak Othman
Menurut beliau, ayat berlapis adalah ayat gabungan dua atau (1989)
lebih ayat selapis dengan cara menggunakan kata sendi.

 Kata sendi yang digunakan adalah kata sendi penambah seperti


dan, atau, serta, lalu, sama ada ... atau dan tetap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  179

9.2 KONSEP AYAT MAJMUK


Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang
digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu.
Umumnya, salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata
hubung kerana terdapat klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung
pada awal salah satu klausa atau ayat.

Nik Safiah Karim (2004) dan Abdullah Hassan (1993) mentakrifkan ayat majmuk
dalam konteks yang sama. Perbezaannya adalah penggunaan istilah atau unsur
yang membina ayat majmuk. Abdullah Hassan (1993) menggunakan konsep
klausa utama dan klausa kecil dalam mendefinisikan ayat majmuk. Manakala
Nik Safiah Karim (2004) menggunakan istilah ayat utama dan ayat kecil.
Walaupun berbeza dari segi pengistilahan unsur dalam definisi ayat majmuk,
namun ia mendokong maksud dan fungsi yang sama.

9.2.1 Pembentukan Ayat Majmuk


Mari kita menganalisa pembentukan ayat majmuk di bawah. Ayat-ayat yang
digabung menggunakan kata penghubung tertentu membentuk kelompok ayat
yang besar.

Analisis 1
Ayat tunggal 1 : Saya belajar bersungguh-sungguh.
Ayat tunggal 2 : Saya berjaya melanjutkan pengajian di menara gading.
Ayat majmuk : Saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya melanjutkan
pengajian di menara gading.
Analisa * Penggunaan kata hubung dan membentuk ayat majmuk
daripada dua ayat tunggal.

Analisis 2
Ayat tunggal 1 : Saya memohon doa ke hadrat Allah.
Ayat tunggal 2 : Saya memohon kesejahteraan dan murah rezeki.
Ayat majmuk : Saya memohon doa ke hadrat Allah untuk kesejahteraan dan
murah rezeki.
Analisis * Penggunaan kata hubung untuk membentuk ayat majmuk
daripada dua ayat tunggal.

Kata hubung yang digunakan dalam membentuk ayat majmuk daripada ayat
tunggal ialah sambil, walaupun, yang, bahawa, dan, kerana, supaya, atau,
sambil, padahal, walhal dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh ayat di dalam
Jadual 9.2.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
180  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

Jadual 9.2: Contoh Ayat Majmuk dengan Kata Hubung

Pembentukan Ayat Majmuk


Bil. Ayat 1 Kata Hubung Ayat 2
1. Abang membaca akhbar tetapi kakak mengemas bilik tidur.
2. Encik suka oren atau encik suka anggur?
3. Dia berjabat tangan sambil dia memberi salam.
4. Hakim menolak rayuan walaupun pembela mengemukakan hujah
yang relevan.
5. Kambing di bawa ke kemudian kambing dibiarkan meragut
padang ragut rumput.

Bolehkah anda menganalisa ayat-ayat di atas? Silakan.

Tahukah anda bahawa kata hubung bertugas sebagai penyambung ayat? Ya,
kalau dua ayat tunggal disambung menjadi satu ayat, maka ayat tersebut
dinamakan ayat majmuk. Kata hubung terbahagi kepada dua:

(a) Kata hubung gabungan; dan


(b) Kata hubung pancangan.

Telitikan
Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih
yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbina daripada kata hubung gabungan
dinamakan ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan adalah
seperti berikut:

(a) Dan;
(b) Atau;
(c) Manakala;
(d) Tetapi;
(e) Serta;
(f) Malahan;
(g) Sambil; dan
(h) Kemudian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  181

Kata hubung pancangan ialah kata yang menghubungkan klausa tak setara atau
klausa pancangan pada klausa utama. Kata hubung pancangan terbahagi kepada
tiga iaitu:

(a) Kata Hubung Pancangan Relatif


Kata hubung relatif ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan
klausa utama dengan klausa kecil yang lain.

Contoh kata hubung relatif ialah yang.

Contoh ayat:

 Wakil rakyat berjiwa rakyatlah yang disayangi para pengundi.

(b) Kata Hubung Pancangan Komplemen


Kata hubung komplemen digunakan untuk menghubungkan satu klausa
yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.

Contoh kata komplemen ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

 Khatib mengingatkan para jemaah bahawa segala amalan di dunia


adalah bekalan kehidupan di akhirat.

 Agak sukar untuk memujuk penagih tegar kembali kepada kehidupan


biasa.

(c) Kata Hubung Pancangan Keterangan


Kata hubung keterangan digunakan untuk menghubungkan klausa yang
menjadi keterangan pada satu klausa utama.

Contoh kata keterangan ialah agar, andai kata,tatkala, kerana, sekiranya,


hingga, sementara, sungguhpun, sewaktu, supaya, apabila dan untuk.

Contoh ayat:

 Deria penglihatan dan pendengarannya masih normal sungguhpun


usianya menjangkau 80-an.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

Setelah kita memahami dan meneliti pembentukan ayat majmuk, ayat majmuk
dapat dijeniskan kepada empat, iaitu:

(i) Ayat majmuk gabungan;


(ii) Ayat majmuk pancangan;
(iii) Ayat majmuk campuran; dan
(iv) Ayat majmuk pasif.

Kesimpulannya, ayat majmuk terbina daripada beberapa ayat tunggal atau


sekumpulan ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan.

AKTIVITI 9.2

1. Semasa anda membaca akhbar berbahasa Melayu, cuba dalam


seketika, cari beberapa ayat majmuk dalam petikan tersebut.

Tulis dalam buku catatan anda.

2. Nyatakan jenis-jenis ayat majmuk yang anda peroleh daripada


bacaan tersebut.

9.3 AYAT MAJMUK GABUNGAN


Berikut adalah penjelasan ayat majmuk gabungan.

(a) Konsep Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau
lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan
menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi dan sebagainya.
Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat
tersebut disusun berturut-turut.

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim, et. al,
2002), ayat-ayat ini juga boleh disambungkan tanpa kata hubung. Apabila
ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai
deretan penyataan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  183

Contoh ayat:

 Guru berucap di dewan besar, memerhatikan tingkah laku pelajar.

 Peserta senam robik melompat-lompat, girang, berpeluh-peluh.

Catatan:
Sila perhatikan tanda koma (,) yang ditebalkan dalam kedua-dua ayat di
atas. Fungsi tanda koma sebagai penghubung atau penyambung ayat.
Diharap anda semakin memahami konsep ayat majmuk gabungan.

(b) Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan


Dipermudahkan untuk anda memahami, sila perhatikan Rajah 9.1.

Rajah 9.1: Ayat majmuk gabungan

Dalam Rajah 9.2, diperlihatkan bahawa ayat majmuk gabungan (Ayat 1)


merangkumi gabungan Ayat 2 dengan Ayat 3, dihubung dengan kata
hubung.

Rajah 9.2: Ayat majmuk gabungan ayat 1 merangkumi


ayat 2 dan ayat 3 dengan kata hubung

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

Contoh ayat majmuk gabungan.

(i) Gadis itu menyanyi sambil menari.


(ii) Adik bangun pagi lalu ke bilik air.
(iii) Mangsa kebakaran meraung-raung serta menjerit-jerit ketakutan.
(iv) Unit beruniform pengakap dan bulan sabit menyertai perhimpunan
bulan merdeka.
(v) Ayah suka melawat gerai buku tetapi ibu suka ke gerai jualan
pakaian.

(c) Jenis Ayat Majmuk Gabungan


Nik Safiah Karim et. al (2002) menjeniskan ayat majmuk gabungan kepada
dua iaitu:

(i) Gabungan yang susunan faktanya berurutan dengan menggunakan


kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta, dan sambil.

Contoh ayat:

 Lagu-lagu tahun 60-an dinyanyikan oleh artis lama sambil


penonton bertepuk tangan.

 Tetamu itu dijemput masuk, kemudian dijemput duduk, lalu


dihidangkan air dan mereka terus berbual-bual.

(ii) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta


dalam ayat-ayat yang digabungkan dengan menggunakan kata
hubung gabungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan melainkan.

Contoh ayat:

 Ramai pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, padahal


peraturan tidak membenarkan pelajar berbuat demikian.

 Semua mangsa banjir bergegas ke pusat penempatan banjir,


melainkan beberapa orang yang masih tidak berbuat demikian.

Perkaitan antara ayat-ayat dalam ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan
seperti yang dinyatakan di dalam Rajah 9.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  185

Rajah 9.3: Perkaitan antara ayat-ayat dalam ayat majmuk

Secara teorinya, anda akan melihat gabungan Ayat 1 dan Ayat 2 menjadi
Ayat 3. Dengan mengambil contoh ayat Ayah minum kopi dan ibu makan
kuih karipap. Hal ini dapat dipanjangkan lagi dengan meneliti Rajah 9.4
yang berikut.

Rajah 9.4: Gabungan ayat 1 dan ayat 2 menjadi ayat 3 dengan kata hubung

Cuba anda bina satu ayat majmuk dan analisakan ayat tersebut dengan
berpandukan Rajah 9.4.

AKTIVITI 9.3

Anda dikehendaki membaca sebuah novel bahasa Melayu.

(a) Analisiskan ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam novel


tersebut.

(b) Kenal pasti dialog yang menggunakan ayat majmuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

9.4 AYAT MAJMUK PANCANGAN


Berikut adalah penjelasan ayat majmuk pancangan.

(a) Konsep Ayat Majmuk Pancangan


Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk
dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat
induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu (Nik Safiah Karim
et. al., 2002). Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat majmuk
pancangan mengikut cara pembentukan serta jenis ayat yang
dipancangkan. Ayat-ayat tersebut ialah:

(i) Ayat Relatif


Ayat relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti
dalam contoh-contoh berikut:

1. Adik memakai baju yang berwarna kuning.


2. Budak yang sedang menari itu anak saudara saya.
3. Alia memakai baju yang dijahit oleh ibunya.
4. Abang saya suka menonton filem yang seram.
5. Bas yang dinaiki oleh para pelancong itu terbabas ke dalam
gaung.

Dalam ayat (1) di atas, sebenarnya terdapat dua ayat, iaitu:

1. (a) Adik memakai baju.


(b) Baju itu berwarna kuning.

Dalam contoh di atas, ayat Baju itu berwarna kuning


dipancangkan kepada ayat induk Adik memakai baju.
Perkataan baju yang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan
dan digantikan dengan kata relatif yang, maka terbentuklah
ayat majmuk pancangan. Seterusnya ayat (ii) terdiri daripada
dua ayat iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  187

2. (a) Budak itu anak saudara saya.


(b) Budak itu sedang menari.

Ayat Budak itu sedang menari dipancangkan ke dalam ayat


Budak itu anak saudara saya. Sama seperti dalam contoh ayat 1,
frasa budak itu yang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan
dan diganti dengan kata relatif yang. Secara kasar, proses
pembentukan kedua-dua ayat majmuk yang dihuraikan di atas
mengalami tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut:

Ayat (1) : Adik memakai baju yang berwarna kuning.


Pertama : Adik memakai baju + Baju itu berwarna kuning.
Kedua : Adik memakai baju + baju itu berwarna kuning.
Ketiga : Adik memakai baju yang berwarna kuning.

Ayat (2) : Budak yang sedang menari itu anak saudara


saya.
Pertama : Budak itu anak saudara saya + Budak itu sedang
menari.
Kedua : Budak itu + budak itu sedang menari + anak
saudara saya.
Ketiga : Budak yang sedang menari itu anak saudara
saya.

(ii) Ayat Komplemen

Telitikan ayat-ayat yang berikut:


1. Lukisan yang cantik itu telah hilang.
2. Dia memberitahu bahawa lukisan itu cantik.

Ayat (1) di atas merupakan ayat relatif yang asalnya daripada ayat-
ayat:

1. (a) Lukisan itu telah hilang.


(b) Lukisan itu cantik.

Frasa lukisan itu yang diulang dalam kedua-dua ayat (a) dan (b)
digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang. Dalam ayat
(2), frasa bahawa lukisan itu cantik merupakan objek kepada
kata kerja transitif memberitahu. Dalam ayat berkenaan,
subjeknya terdiri daripada dia, manakala kata kerja transitif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

ialah memberitahu dan ayat bahawa lukisan itu cantik, seolah-


olah menjadi objek kepada kata kerja transitif tersebut. Hal ini
dapat diperjelaskan melalui Rajah 9.5 berikut.

Rajah 9.5: Ayat komplemen gabungan ayat 1 dan ayat 2

Lihat pula contoh ayat yang berikut:

1. Dia memberitahu sesuatu. (Ayat induk)


2. Lukisan itu cantik. (Ayat komplemen)

Dalam contoh di atas, ayat (2) telah dipancangkan ke dalam ayat


(1.) sebagai pelengkap kata kerja dalam ayat berkenaan.
Hubungan sedemikian dinamai hubungan komplemen dan
berbeza daripada hubungan ayat relatif. Dalam ayat Dia
memberitahu bahawa lukisan itu cantik, ayat induknya ialah
Dia memberitahu sesuatu, manakala ayat komplemennya ialah
Lukisan itu cantik.

Menurut Nik Safiah et. al. (2002), pembentukan ayat-ayat


komplemen biasanya disertai beberapa perkataan tertentu yang
digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan
hubungan berkenaan. Terdapat dua kata komplemen dalam
bahasa Melayu, iaitu bahawa dan untuk. Lihat contoh-contoh
yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  189

1. Dia menyatakan bahawa Arifin tidak ke sekolah.


2. Bahawa Kampung Bendahara dilanda banjir adalah tidak
benar.
3. Untuk Pak Udin menyatakannya amat sukar.
4. Tidak mustahil untuk dia mencapai kemahuannya.
5. Orang ramai menyedari bahawa peristiwa itu benar-benar
terjadi.

Perkataan yang ada kalanya digunakan sebagai kata komplemen


dalam ayat-ayat yang berikut:

1. Dia menyedari yang penjahat itu telah melarikan diri.


2. Orang ramai menyedari yang peristiwa itu benar-benar
terjadi.

Walau bagaimanapun, ayat-ayat di atas tidak boleh diterima


sebagai bahasa persuratan. Setiap ayat di atas terdiri daripada
dua ayat, iaitu satu ayat induk dan satu ayat komplemen yang
dipancangkan, seperti dalam contoh-contoh yang berikut:

Ayat (1) : Dia menyedari bahawa penjahat itu telah melarikan


diri.
(i) Dia menyedari (sesuatu).
(ii) Penjahat itu telah melarikan diri.
Kata komplemen: bahawa

Ayat (2) : Bahawa Kampung Bendahara dilandai banjir adalah


tidak benar.
(i) Sesuatu itu adalah tidak benar.
(ii) Kampung Bendahara dilandai banjir.
(iii) Kata komplemen: bahawa

Ayat (3) : Untuk Pak Udin menyatakannya amat sukar.


(i) Pak Udin menyatakannya.
(ii) Perkara itu amat sukar.
(iii) Kata komplemen: untuk.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

Ayat (4) : Tidak mustahil untuk dia mencapai kemahuannya.


(i) Perkara itu tidak mustahil.
(ii) Dia mencapai kemahuannya.
(iii) Kata komplemen: untuk.

Ayat (5) : Orang ramai menyedari bahawa peristiwa itu benar-


benar terjadi.
(i) Orang ramai menyedari (sesuatu).
(ii) Peristiwa itu benar-benar terjadi.
(iii) Kata komplemen: bahawa.

Ayat komplemen telah menggantikan fungsi FN sebagai subjek


dalam ayat (2) dan (3). Pengguguran kata komplemen bahawa
dibenarkan bagi ayat-ayat yang mengandungi kata hubung
komplemen tersebut seperti dalam ayat (2) kerana pengguguran
itu tidak menjejaskan makna. Akan tetapi, pada kedudukan FN,
pengguguran kata komplemen untuk tidak dibenarkan. Lihat
contoh-contoh berikut:

Ayat (2) : Bahawa Kampung Bendahara dilandai banjir adalah


tidak benar.
(i) Kampung Bendahari dilandai banjir adalah tidak benar.

Ayat (3) : Untuk Pak Udin menyatakannya amat sukar.


* Pak Udin menyatakannya amat sukar.

Jenis-jenis Ayat Komplemen:


Secara umum, terdapat tiga jenis ayat komplemen (Nik Safiah
Karim et. al., 2002), iaitu:

 Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek


Dalam sesuatu ayat, FN secara umum boleh menduduki
empat tempat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan
objek sipi. Walau bagaimanapun, ayat komplemen frasa
nama hanya boleh menduduki tempat subjek, iaitu sebagai
ayat komplemen frasa nama dan tempat objek tepat, iaitu
sebagai ayat komplemen frasa nama objek tepat, seperti
dalam contoh-contoh berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  191

Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek

 Bahawa Mamat mencintai Aini memanglah jelas.


 Sesungguhnya tidak mustahil untuk pihak berkuasa
membanteras kegiatan rasuah.
 Memang mudah untuk Tok Penghulu mendapat
kepercayaan anak buahnya.
 Amat tidak logik bahawa masalah sekecil itu tidak dapat
diselesaikannya.
 Keputusan bahawa kakitangan awam akan menerima
bonus dua bulan gaji adalah muktamad.

Perhatikan bahawa susunan binaan ayat-ayat (2) dan (4) di


atas adalah berbeza yang mana bahagian-bahagian yang
dicondongkan tetap merupakan bahagian subjek ayat
disebabkan ayat-ayat berkenaan merupakan ayat songsang.

Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat


Seperti mana yang anda ketahui, objek dalam sesuatu ayat
boleh berbentuk objek tepat kata kerja transitif atau objek
sipi. Walau bagaimanapun, dalam ayat komplemen, hanya
objek tepat sahaja yang boleh wujud. Cuba lihat contoh ayat-
ayat yang berikut:

 Budak itu menafikan bahawa dia mencuri barang di


pasar raya itu.
 Laporan berita itu mengesahkan bahawa semua mangsa
banjir mendapat bantuan.
 Kerajaan mengharapkan bahawa pelaksanaan projek itu
akan memanfaatkan rakyat jelata.
 Berita itu menyebut bahawa umur persaraan kakitangan
awam akan dipanjangkan.
 Yang dituduh tidak mengakui bahawa dia melakukan
pecah amanah itu.

Dalam contoh-contoh di atas, ayat komplemen berfungsi


sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

 Ayat Komplemen Frasa Kerja


Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak
transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama tetapi oleh
keterangan-keterangan lain yang bertujuan melengkapkan
frasa tersebut (Nik Safiah Karim et. al., 2002). Perhatikan
ayat-ayat yang berikut:

 Ahli-ahli mesyuarat bersependapat bahawa pelaksanaan


program itu wajar diteruskan
 Orang ramai seia sekata bahawa projek pembangunan
itu akan menguntungkan semua pihak.
 Tok Wan berpendirian bahawa tanah pusaka itu harus
diusahakan.
 Kenyataan itu bermaksud bahawa wakil rakyat
berkenaan akan mengetengahkan perkara itu kepada
pihak yang berkenaan.
 Ibu tua itu berharap bahawa anaknya terselamat dalam
nahas kapal terbang itu.

Sekali imbas, ayat-ayat di atas kelihatan seolah-olah ayat


komplemen frasa nama objek, tetapi sebenarnya tidak. Hal
ini kerana ayat-ayat itu tidak boleh menerima proses pasif,
iaitu satu syarat bagi menentukan status frasa nama objek.

 Ayat Komplemen Frasa Adjektif


Frasa adjektif boleh menduduki bahagian predikat dalam
sesuatu ayat. Demikian halnya dengan ayat komplemen
yang boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu
yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam
ayat induk. Namun, bilangan ayat jenis ini agak terhad
dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh:

 Puan Umi Kalsom yakin bahawa anaknya akan lulus


dengan cemerlang.
 Sharifah sedar bahawa dia telah melukai hati ibunya.

 Dia percaya bahawa abangnya tidak terlibat dalam kes


salah laku itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  193

 Pelajar itu insaf bahawa dia harus meningkatkan


usahanya.
 Orang ramai yakin bahawa ada hikmah di sebalik
musibah itu.

(iii) Ayat Keterangan


Ayat majmuk yang ketiga ialah ayat keterangan. Ayat majmuk
keterangan, menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002), terdiri
daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang
berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Telitikan contoh-
contoh di bawah:

 Dia merupakan ketua pelajar ketika saya di bangku sekolah


dahulu.
 Kehidupan rakyat jelata amat daif semasa pendudukan Jepun
dahulu.
 Dia gagal dalam peperiksaan kerana dia tidak berusaha.

 Penjenayah itu tiada dalam bilik itu sewaktu pihak polis membuat
serbuan.
 Anak kecil itu menangis oleh sebab dia kesejukan.

Terdapat dua ciri dalam contoh ayat-ayat majmuk di atas, iaitu yang
pertama, adanya ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang
tidak dapat berdiri sendiri, manakala yang kedua, adanya kata-kata
hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil (contoh:
ketika, semasa, kerana, sewaktu). Ayat-ayat kecil itu disebut ayat
keterangan. Hubungan antara ayat-ayat itu digambarkan seperti yang
berikut:

Ayat Induk + Kata Hubung + Ayat Keterangan


Kedudukan ayat keterangan adalah tidak tetap dan boleh hadir sama
ada di belakang atau di hadapan ayat induk, yang mana contoh-
contoh ayat di atas boleh juga berbentuk seperti berikut:

 Semasa saya di bangku sekolah dahulu, dia merupakan ketua


pelajar.

 Semasa pendudukan Jepun dahulu, kehidupan rakyat jelata amat


daif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

 Sebab dia tidak berusaha, dia gagal dalam peperiksaan.


 Sewaktu polis membuat serbuan, penjenayah itu tiada dalam bilik
itu.

 Oleh sebab dia kesejukan, anak kecil itu menangis.

Jenis-jenis Ayat Keterangan


Sesuai dengan namanya, ayat keterangan berfungsi memberikan
huraian lanjut tentang kata kerja dalam ayat induk. Terdapat pelbagai
keterangan yang disampaikan oleh ayat-ayat kecil jenis ini. Jenis
keterangan bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan di
samping maksud yang terkandung di dalamnya, seperti dalam
contoh-contoh yang ditunjukkan dalam Jadual 9.3.

Jadual 9.3: Jenis-jenis Ayat Keterangan


Jenis-jenis Ayat
Penerangan Contoh-contoh Ayat
Keterangan

Keterangan  Keterangan musabab merupakan  Oleh sebab hari hujan,


Musabab unsur yang menerangkan sebab- perlawanan bola sepak itu
sebab sesuatu kejadian atau terpaksa ditunda ke hari lain.
perbuatan berlaku.
 Saya tidak dapat menyiapkan
 Antara contoh kata hubung tugasan itu kerana komputer saya
keterangan musabab ialah rosak.
kerana, lantaran dan oleh sebab.
 Penduduk-penduduk kampung
kesedihan lantaran banjir
merosakkan semua harta benda
mereka.

 Oleh sebab mereka ponteng


kuliah, siswa-siswi itu tidak
dibenarkan menduduki
peperiksaan.

 Eisya jarang makan di kantin


kerana keluarganya miskin.

Keterangan  Keterangan akibat menerangkan  Dia belajar terlalu lama sehingga


Akibat kesan atau hasil sesuatu menyebabkan dia terlupa akan
perbuatan. Kata hubung janjinya.
keterangan akibat ialah hingga
dan sehingga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  195

Jenis-jenis Ayat
Penerangan Contoh-contoh Ayat
Keterangan

Keterangan Syarat  Keterangan syarat merupakan  Sekiranya dia lulus peperiksaan


unsur yang menerangkan dengan cemerlang, ayahnya akan
sesuatu tuntutan yang perlu menghadiahinya sebuah basikal.
dipenuhi.
 Andai kata terdapat bantahan
 Kata hubung keterangan syarat daripada para perwakilan,
ialah sekiranya, andai kata, pelaksanaan projek itu akan
jikalau, jika dan kalau. dibatalkan.

 Saya akan mengikuti rombongan


ke Beijing jikalau ibu saya
mengizinkan.

Keterangan  Keterangan waktu merupakan  Dia segera melaporkan diri di ibu


Waktu unsur yang menerangkan masa pejabat setelah mendapat arahan
sesuatu perbuatan atau kejadian. untuk berbuat demikian.

 Kata hubung keterangan waktu  Dia tidak pernah pulang ke


ialah sejak, semenjak, setelah, kampung semenjak peristiwa itu.
sewaktu, sementara, tatkala dan
ketika.  Tatkala hari hampir senja, mereka
masih bermain di padang.

 Orang ramai berkumpul di luar


dewan itu sejak awal pagi tadi.

 Ketika ayahnya masih hidup,


Emira selalu bercuti ke luar
negara.

Keterangan  Keterangan pertentangan  Sungguhpun dia kurang


Pertentangan merupakan unsur yang berkemampuan, dia tetap
menerangkan sesuatu perbuatan menghulurkan bantuan kepada
atau kejadian yang berlawanan mangsa-mangsa kebakaran itu.
atau bertentangan.
 Puan Mariam sudah ligat ke
 Kata hubung keterangan pusat beli-belah walaupun dia
pertentangan ialah walaupun, masih dalam pantang.
meskipun, kendatipun, biarpun,
walau bagaimanapun, namun,  Dia meneruskan lariannya
sekalipun dan sedangkan. sekalipun badannya amat letih.

 Meskipun Khusairy anak orang


kaya, dia tidak pernah berlagak
sombong.

 Sekalipun nenek sudah tua,


badannya masih cergas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

Jenis-jenis Ayat
Penerangan Contoh-contoh Ayat
Keterangan

Keterangan  Keterangan harapan merupakan  Kita harus berwaspada agar tidak


Harapan unsur yang menerangkan ditipu oleh pihak yang tidak
sesuatu perbuatan atau kejadian bertanggungjawab.
yang diingini.
 Dia berdoa semoga Allah
 Kata hubung keterangan harapan memberikannya kekuatan untuk
ialah supaya, agar, semoga, meneruskan perjuangan.
moga-moga dan kalau-kalau.

Keterangan Cara  Keterangan harapan merupakan  Dia pergi ke sekolah dengan


unsur yang menerangkan gaya menaiki kereta ibu saudaranya.
atau kaedah sesuatu perbuatan
atau kejadian berlaku.

 Kata hubung keterangan cara


ialah dengan.

Keterangan  Keterangan tujuan merupakan  Dia berusaha bersungguh-


Tujuan unsur yang menerangkan sungguh demi tanah air yang
maksud bagi sesuatu perbuatan tercinta.
atau kejadian.

 Kata hubung keterangan tujuan


ialah untuk, demi dan bagi.

Keterangan  Keterangan perbandingan  Wajahnya seakan-akan wajah


Perbandingan merupakan unsur yang arwah ibunya.
menerangkan kejadian yang
menjadi persamaan.

 Kata hubung keterangan


perbandingan ialah seperti,
macam, seolah-olah, seakan-
akan, ibarat, bagaikan dan bak.

AKTIVITI 9.4

Cuba anda tonton siaran berita jam 8.00 malam ini.

Kenal pasti jenis ayat majmuk yang anda dengar berdasarkan berita yang
anda tonton itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  197

9.5 AYAT MAJMUK CAMPURAN


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk
atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk (Nik Safiah Karim et. al., 2002).
Nik Safiah Karim dan rakan-rakan menambah bahawa ayat majmuk campuran
biasanya panjang.

Misalnya:

 Sofea sedang mengulang kaji pelajarannya, tetapi kawan-kawannya yang


letih telah lama dibuai mimpi.

Dalam contoh di atas, terdapat ayat majmuk gabungan yang disambung dengan
kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Sofea sedang mengulang kaji
pelajarannya, manakala ayat yang kedua ialah Kawan-kawannya yang letih telah
lama dibuai mimpi. Ayat kedua ini merupakan ayat majmuk kerana terdapat
ayat relatif, iaitu yang letih dipancangkan ke dalam.

9.6 AYAT MAJMUK PASIF


Amnya, ayat majmuk pasif terdiri daripada keseluruhan gabungan ayat majmuk
seperti berikut:
(a) Ayat majmuk gabungan;
(b) Ayat majmuk relatif;
(c) Ayat majmuk komplemen; dan
(d) Ayat majmuk keterangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 AYAT MAJMUK

 Ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih
ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai ayat berlapis.

 Terdapat empat jenis ayat majmuk iaitu gabungan, pancangan, campuran


dan pasif.

 Ayat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal
yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata
penghubung.

 Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk
dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat
induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

 Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu
jenis ayat, campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk.

 Ayat majmuk pasif terdiri gabungan daripada keseluruhan ayat majmuk.

Ayat keterangan Ayat majmuk gabungan


Ayat komplemen Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk Ayat majmuk pasif
Ayat majmuk campuran Ayat relatif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 AYAT MAJMUK  199

Abdul Hamid Mahmood. (1993). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Media Printext (M) Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1985). Penerbitan kata dalam bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (pnyt.). (1989). Mengajar bahasa Malaysia jilid 1: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Corder, P. (1973). Introducing applied linguistics. Middlesex: Penguin Education.


Dengan Terapan kepada Bahasa Malaysia. Dalam Azman Wan Chik
(pnyt.). Mengajar bahasa malaysia jilid 1: perkaedahan: 13-14. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek bahasa dan pengajaran. Kuala Lumpur:


Sarjana Enterprise.

Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.

Zulkifly Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh


penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Proses
10 Penerbitan
Ayat
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan keseluruhan proses penerbitan ayat;
2. Menganalisis secara empirikal proses yang terlibat dalam penerbitan
ayat;
3. Mentafsirkan secara saintifik tentang pola penerbitan ayat; dan
4. Menilai penggunaan ayat dengan berpandukan hukum dan pola
penerbitan ayat.

 PENGENALAN
Anda telah mempelajari ayat majmuk dalam Topik 9. Topik ini pula berkaitan
dengan Topik 9. Topik ini membincangkan proses yang berlaku dalam
pengembangan ayat supaya menjadi ayat majmuk. Anda akan turut dipaparkan
proses penerbitan ayat yang membabitkan proses pengguguran, penyusunan
semula dan perluasan.

10.1 KONSEP PENERBITAN AYAT


Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai
ayat dasar. Senario ini wujud pada peringkat struktur dalaman, selain dalam
bentuk yang serupa. Dua proses utama dalam konsep penerbitan ayat adalah
proses gramatis dan proses transformasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  201

Jadual 10.1: Proses-proses dalam Konsep Penerbitan Ayat

Proses-proses Penerangan
Proses gramatis  Melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang
berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur
dalam ayat atau frasa.
Proses transformasi  Mengakibatkan pengguguran, penyusunan dan perluasan.

(a) Proses Transformasi Ayat


Secara mudahnya bermaksud proses penerbitan ayat. Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Kelima, proses ini berperanan untuk mengubah aturan dan
struktur ayat serta memperluas unsur dalam ayat menerusi pengguguran,
penyusunan semula dan peluasan. Dalam kata lain, proses transformasi
ayat atau proses penerbitan ayat ialah proses mengubah ayat asal menjadi
ayat baharu yang dilakukan dengan cara menggugur, menyusun semula
dan menambahkan unsur kata tertentu dalam ayat asal. Ayat yang
mengalami proses tersebut dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat
transformasi.

(b) Proses Penerbitan Ayat


Susunan dan bentuk perkataan dalam ayat asal diubah. Semasa proses
penyusunan semula, berlaku perubahan dan pengguguran perkataan
tertentu serta penggantian dan penambahan perkataan lain. Walaupun
demikian, makna ayat yang terlibat tidak berubah.

AKTIVITI 10.1

1. Apakah peranan-peranan proses transformasi ayat?

2. Apakah yang berlaku terhadap susunan dan bentuk perkataan


dalam proses penerbitan ayat?

10.2 DEFINISI KATA NAMA


Menurut Chomsky (1956), penutur jati sesuatu bahasa mempunyai kebolehan
semula jadi untuk menghasilkan bilangan ayat yang tidak terhad. Sehubungan
itu, Chomsky memperkenalkan konsep kemampuan bahasa (linguistic
competence) dan perlakuan bahasa (linguistic performance). Kemampuan bahasa
merujuk kepada kebolehan generatif yang ada pada seseorang penutur jati

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

sesuatu bahasa dari segi penggunaan atau perlakuan bahasa, iaitu keupayaan
untuk mengujarkan bilangan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Dalam konteks
ini, konsep kemampuan dan perlakuan bahasa membahagikan ayat kepada dua
bahagian, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Kedua-dua peringkat
struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa, iaitu rumus
struktur frasa; penerbitan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman dan rumus
transformasi; penukaran pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada
wujudnya struktur permukaan.

Walau bagaimanapun, Nik Safiah Karim (1988), dalam perbincangannya tentang


teori transformasi-generatif telah merumuskan bahawa analisis struktur ayat
berdasarkan teori transformasi-generatif dilakukan menerusi empat sistem
rumus, iaitu rumus struktur frasa, rumus interpretasi semantik, rumus
transformasi dan rumus interpretasi fonologi. Model sistem rumus tersebut
dipaparkan dalam Rajah 10.1.

Daripada rajah tersebut, rumus struktur frasa wujud apabila diaplikasikan


menerusi penghasilan struktur-struktur dalaman. Seterusnya, rumus interpretasi
semantik akan memberikan makna (interpretasi semantik) kepada struktur
dalaman. Dalam peringkat seterusnya, rumus transformasi akan menukarkan
struktur dalaman kepada struktur permukaan. Akhir sekali, rumus interpretasi
fonologi menginterpretasikan struktur permukaan, iaitu menunjukkan cara-cara
penyebutan.

Rajah 10.1: Model sistem rumus analisis struktur ayat berdasarkan transformasi-generatif
Sumber: Nik Safiah Karim (1988)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  203

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002), rumus struktur frasa dalam
bahasa Melayu secara ringkasnya boleh mengandungi unsur-unsur berikut:

(a) A  S+P

(b) S  FN

FN
(c) P  FK
FA
FS

(d) FN  (Bil) + (Penj Bil) + Gel + KNInt + <KNInt +


<KNInt> +
(Pen) + (Pent)

KKtr + Obj
AKomp
(e) FK  (KB) + KKttr + Pel + (Ket)
AKomp

(f) FA  (KB) + (Kpeng) + Adj + (Ket) + (AKomp)

(g) FS  (KB) + SN + (KNArah) + FN + (AKomp)


(Ket)

Akomp ă Ayat Komplemen KNArah ă Kata Nama Arah


Bil ă Bilangan KNInt ă Kata Nama Inti
FA ă Frasa Adjektif Kpeng ă Kata Penguat
FN ă Frasa Nama Ket ă Keterangan
FK ă Frasa Kerja Obj ă Objek
FS ă Frasa Sendi Nama P ă Predikat
Gel ă Gelaran Pel ă Pelengkap
KB ă Kata Bantu Pen ă Penerang
KK ă Kata Kerja Penj Bil ă Penjodoh Bilangan
KKtr ă Kata Kerja Transitif Pent ă Penentu
KKttr ă Kata Kerja Tak Transitif S ă Subjek
KN ă Kata Nama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh menerbitkan pelbagai jenis rajah


pohon, iaitu seperti berikut:

(i)

(ii)

Rajah pohon seterusnya mengalami proses penyisipan leksikon untuk


menjadikannya seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  205

Bentuk di atas merupakan struktur „dalaman‰ kerana tidak menyerupai bentuk


ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. Struktur
dalaman diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti di atas. Ini kemudiannya
akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi.
Rumus transformasi berkuasa menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata
dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.

Konsep Ayat Terbitan


Sesuai dengan namanya, ayat terbitan terbit atau berpunca daripada ayat lain.
Penerbitan di sini bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses
gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi
mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat
atau frasa. Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui
proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula
atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Proses Pengguguran
Transformasi yang melibatkan proses pengguguran berkait dengan
penghilangan unsur-unsur tertentu dalam binaan ayat daripada struktur
dalaman. Disebabkan pengguguran ini, unsur-unsur tersebut tidak lagi wujud
dalam ayat yang diterbitkan pada peringkat permulaan. Secara umum, terdapat
tiga jenis pengguguran, iaitu:

 Pengguguran frasa nama sebagai subjek;

 Pengguguran frasa kerja; dan

 Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

Mari kita lihat jenis-jenis tersebut satu persatu.

(a) Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek


Proses pengguguran frasa nama sebagai subjek melibatkan dua jenis
pengguguran iaitu pengguguran subjek ganti nama diri kedua dalam ayat
perintah dan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contoh
pengguguran subjek ganti nama diri kedua dalam ayat perintah adalah
seperti berikut:

(i) Kamu pergi  Pergi!

(ii) Kamu tunggu di sini  Tunggu di sini.

(iii) Awak jangan ganggu dia  Jangan ganggu dia!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

Proses pengguguran di atas dapat digambarkan dalam bentuk rajah pohon


seperti berikut:

1.

2.

3.

Proses pengguguran juga berlaku pada subjek yang serupa dalam ayat
majmuk. Contoh:

1. Mastura lulus dalam peperiksaan. Mastura tekun belajar.

 Mastura lulus dalam peperiksaan kerana Mastura tekun belajar.

 Mastura lulus dalam peperiksaan kerana tekun belajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  207

2. Mereka ke Pulau Redang. Mereka ke Pulau Sipadan.

 Mereka ke Pulau Redang dan mereka ke Pulau Sipadan.

 Mereka ke Pulau Redang dan Pulau Sipadan.

Contoh rajah pohon bagi ayat (1) di atas ialah:

4. (a)

4. (b)

(b) Pengguguran Frasa Predikat


Proses transformasi ayat seumpama ini melibatkan dua bentuk
pengguguran, iaitu:

(i) Pengguguran Keseluruhan Frasa Predikat


Dalam pengguguran jenis ini, keseluruhan frasa predikat yang sama
atau yang serupa digugurkan, sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif atau frasa sendi nama. Lihat contoh yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

 Pengguguran Frasa Nama yang Serupa


Contoh:

5. (a) Piza makanan kegemaran Elis.


(b) Laksa makanan kegemaran Elis.

 Piza makanan kegemaran Elis dan laksa makanan


kegemaran Elis.
 Piza dan laksa makanan kegemaran Elis.

Cuba lihat transformasi ayat-ayat di atas dalam bentuk rajah


pohon di bawah:

5. (c)

5. (d)

 Pengguguran Frasa Kerja yang Serupa


Contoh ayat bagi pengguguran frasa kerja yang serupa adalah
seperti yang berikut:

6. (a) Nazilatul belajar di perpustakaan.


(b) Zaidi belajar di perpustakaan.
 Nazilatul belajar di perpustakaan dan Zaidi belajar di
perpustakaan.
 Nazilatul dan Zaidi belajar di perpustakaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  209

Lihat rajah pohon yang dapat menjelaskan proses penerbitan ayat


di atas:

6. (c)

6. (d)

 Pengguguran Frasa Adjektif yang Serupa


Contoh ayat yang menunjukkan pengguguran frasa adjektif yang
serupa adalah seperti berikut:

7. (a) Bunga melur harum baunya.


(b) Bunga kemboja harum baunya.

 Bunga melur harum baunya dan bunga kemboja


harum baunya.

 Bunga melur dan bunga kemboja harum baunya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

Berikut dijelaskan transformasi ayat-ayat di atas dalam bentuk


rajah pohon:

7. (c)

7. (d)

 Pengguguran Frasa Sendi Nama yang Serupa


Contoh ayat:

8. (a) Adik saya masih di sekolah.


(b) Adik Zafri masih di sekolah.

 Adik saya masih di sekolah dan adik Zafri masih di


sekolah.

 Adik saya dan adik Zafri masih di sekolah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  211

Lihat transformasi ayat di atas dalam rajah pohon yang berikut:

8. (c)

8. (d)

(ii) Pengguguran Bahagian-bahagian Tertentu dalam Frasa Predikat


Selain pengguguran keseluruhan frasa predikat, terdapat juga proses
pengguguran hanya beberapa bahagian tertentu dalam frasa predikat
seperti:

(i) Pengguguran oleh + frasa nama dalam ayat pasif.


(ii) Pengguguran kata bantu yang serupa.
(iii) Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.
(iv) Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang
berfungsi sebagai adjektif.

Mari kita bincang proses pengguguran beberapa bahagian tersebut


dengan lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

 Pengguguran Oleh + Frasa Nama dalam Ayat Pasif


Contoh pengguguran sedemikian ialah:

9. (a) Bangunan itu telah disita oleh pihak penguatkuasa.

 Bangunan itu telah disita.

Dalam bentuk rajah pohon, ayat di atas dapat dijelaskan seperti


yang berikut:

9. (a)

9. (b)

 Pengguguran Kata Bantu yang Serupa


Pengguguran jenis ini melibatkan pengguguran subjek yang
serupa seperti dalam contoh ayat di bawah.

10. (a) Ili-Mastura boleh mengarang. Ili-Mastura boleh bersajak.

 Ili-Mastura boleh mengarang dan Ili-Mastura boleh


bersajak.

 Ili-Mastura boleh mengarang dan bersajak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  213

Bentuk rajah pohon bagi transformasi pengguguran kata bantu


yang serupa adalah seperti di bawah:

10. (a)

10. (b)

 Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek yang Serupa


Pengguguran seumpama ini turut menggugurkan bahagian
subjek dalam ayat seperti dalam contoh yang berikut:

11. (a) Kakak membelai adik. Kakak mencium adik.


(b) Kakak membelai dan kakak mencium adik.

 Kakak membelai dan mencium adik.

Contoh rajah pohon bagi penerbitan ayat di atas:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

11. (a)

11. (b)

 Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang


Berfungsi sebagai Kata Adjektif
Contoh ayat bagi pengguguran jenis ini ialah:

12. (a) Persembahan pelawak itu sungguh menghiburkan


penonton.

 Persembahan pelawak itu sungguh menghiburkan.

Gambaran rajah pohon bagi penerbitan ayat di atas adalah seperti


berikut:

12. (a)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  215

12. (b)

Proses Penyusunan Semula


Proses penyusunan semula dalam penerbitan ayat melibatkan pergerakan
unsur-unsur daripada satu tempat dalam satu struktur ayat kepada tempat
yang lain dalam struktur yang lain. Proses sedemikian menghasilkan ayat
pasif (Abdul Hamid Mahmood, 1992). Dalam proses penyusunan semula,
berlaku perubahan atau pengguguran perkataan tertentu, penggantian atau
penambahan perkataan lain. Terdapat tiga bentuk penyusunan semula
dalam proses penerbitan ayat, iaitu:

 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek;

 Penyusunan semula frasa nama sebagai objek; dan

 Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Sekarang, mari kita lihat bentuk-bentuk tersebut satu persatu.

(i) Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek


Proses penerbitan ayat dalam bentuk penyusunan semula frasa nama
sebagai subjek melibatkan perubahan atau transformasi ayat aktif
kepada ayat pasif. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
dalam ayat pasif melibatkan frasa nama ganti nama diri pertama dan
kedua. Lihat contoh yang berikut:

13. (a) Saya masukkan tasbih.


(b) Tasbih saya masukkan.

Rajah pohon di bawah dapat memperjelas proses penyusunan semula


frasa nama tasbih yang berfungsi sebagai predikat untuk dijadikan
subjek.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

13. (a)

13. (b)

(ii) Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek


Penyusunan bentuk berlaku pada ayat yang mempunyai objek tepat
dan objek sipi. Proses sebegini, menurut Arbak Othman (1980),
merupakan rumus yang terikat dan bergantung kepada jenis kata
kerja dalam ayat itu. Arbak memberikan contoh kata kerja seperti
memberi, mengirim, meminjam dan menaikkan boleh dibenarkan
oleh rumus penyusunan semula frasa nama sebagai objek tetapi kata
kerja yang lain seperti memindahkan, menyiarkan, meluaskan dan
sebagainya tidak memungkinkan rumus transformasi sebegini.
Rumus ini melibatkan penubuhan objek langsung yang baharu
dengan cara menggerakkan frasa nama daripada kedudukan objek
tak langsung. Contoh:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  217

13. (a)

Dalam ayat di atas, frasa nama murid itu yang berfungsi sebagai
objek sipi disusun semula menjadi objek tepat, seperti dalam contoh
di bawah:

13. (b)

Arbak Othman (1980) menyatakan bahawa rumus penyusunan


semula frasa nama sebagai objek ada kalanya menambahkan imbuhan
akhiran ăkan pada sesetengah kata kerja, seperti mana halnya dalam
ayat (13)(a) yang ditransformasikan untuk menerbitkan ayat (13)(b).

(iii) Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang


Bentuk penyusunan semula melalui ayat songsang melibatkan ayat
yang mempunyai keterangan tempat, masa, syarat, sebab dan
sebagainya. Dalam konteks ini, ayat-ayat yang sedia ada
disongsangkan melalui penyusunan semula. Misalnya, ayat (14)(a)
disusun semula melalui ayat songsang untuk menerbitkan ayat (14)(b)
dengan frasa kerja menduduki bahagian hadapan ayat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

14. (a)

14. (b)

Perhatikan bahawa ayat (14) (a) di atas merupakan ayat dasar,


manakala ayat (14) (b) ialah ayat songsang yang memberi penekanan
kepada kata kerja berkejar-kejaran. Walau bagaimanapun, sekiranya
kata keterangan yang hendak ditekankan, maka ayat (14) (a) akan
ditransformasikan menjadi ayat (14) (c) seperti contoh di bawah.

14. (c)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  219

Proses Peluasan
Secara umum, terdapat empat bentuk proses peluasan (Alias Muhammad
Yatim, 1998), iaitu:

 Peluasan frasa nama sebagai subjek;

 Peluasan frasa predikat;

 Peluasan kata hubung; dan

 Peluasan melalui proses komplementasi.

Mari kita bincang bentuk-bentuk proses peluasan tersebut dengan lebih


mendalam.

(i) Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek


Ayat bahasa Melayu yang mengandungi urutan Frasa Nama + Ayat
boleh tertakluk kepada satu frasa nama dan jika ayat menguasai satu
frasa nama yang sama dengan frasa nama dalam urutan Frasa Nama
+ Objek, maka frasa nama yang dikuasai itu akhirnya menjadi kata
relatif yang. Untuk memudahkan pemahaman, sila lihat contoh di
bawah:

15.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

Bagi ayat yang tidak sama fungsinya, maka ayat itu perlulah
dipasifkan terlebih dahulu. Contoh:

16. (a) Kereta itu berwarna hitam.


(b) Encik Zaki membeli kereta itu.

 Kereta yang dibeli oleh Encik Zaki berwarna hitam.

(ii) Peluasan Frasa Predikat


Contoh ayat yang menunjukkan proses peluasan frasa predikat
adalah seperti di bawah:

17. (a) Hafsah membeli baju itu.


(b) Baju itu cantik.

 Hafsah membeli baju yang cantik itu.

Proses penerbitan ayat di atas melalui proses peluasan frasa predikat


dapat digambarkan melalui rajah pohon di bawah:

17. (a)

17. (b)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  221

(iii) Peluasan Kata Hubung


Ayat-ayat juga boleh diterbitkan melalui proses peluasan kata
hubung dengan cara menggabungkan dua ayat atau lebih dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan lain-lain.
Perhatikan contoh yang berikut:

18.

Ada kalanya, ayat majmuk dibentuk dengan frasa yang digabungkan


untuk membentuk satu frasa nama majmuk seperti dalam contoh di
bawah:

19.

(iv) Peluasan Menerusi Proses Komplementasi


Ayat yang diterbitkan melalui proses peluasan seumpama ini
melibatkan perubahan fungsi, iaitu daripada ayat menjadi frasa nama.
Hal ini berlaku dengan memancangkan ayat berkenaan kepada ayat
lain. Cara mudah untuk mengenali ayat jenis ini adalah daripada
kewujudan kata bahawa. Proses peluasan menerusi proses
komplementasi melibatkan tiga keadaan, iaitu:

 Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat;

 Ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek sipi; dan

 Transformasi komplementasi terhadap frasa kerja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

Sekarang, mari kita bincang proses komplementasi berikut satu


persatu.

 Ayat yang Dipancangkan Berfungsi sebagai Objek Tepat


Contoh ayat yang dipancangkan berfungsi sebagai objek tepat
ialah:

20. (a) Asmawi menyatakan ...


(b) Mazlina pergi ke kedai

 Asmawi menyatakan bahawa Mazlina pergi ke


kedai.

Gambaran proses peluasan ayat di atas dalam bentuk rajah pohon


adalah seperti di bawah:

20.

 Ayat yang Dipancangkan Berfungsi sebagai Objek Sipi


Contoh ayat yang dipancangkan untuk berfungsi sebagai objek
sipi adalah seperti berikut:

21. (a) Rohana memberitahu ⁄

(b) Rambut Sarah panjang.

(c) Rohana memberitahu bahawa Rambut Sarah panjang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  223

Objek Objek
Tepat Sipi
Rohana memberitahu bahawa Rambut Sarah panjang.

Daripada contoh di atas, bahawa yang merupakan kata


pancangan komplemen berfungsi sebagai keterangan bagi objek
tepat (Rambut) dan objek sipi (Sarah). Perlu diingat bahawa objek
tepat dan objek sipi mestilah dalam golongan kata nama.

 Transformasi Komplementasi terhadap Frasa Kerja


Contoh ayat yang menunjukkan transformasi komplementasi
terhadap frasa kerja adalah seperti berikut:

22. (a) Murid itu berdiri.

(b) Murid itu mengambil buku.

(c) Murid itu berdiri mengambil buku.

Frasa Murid itu dalam klausa kedua bagi ayat b telah digugurkan.

Ayat (a)

Dikekalkan
Murid itu berdiri.

Ayat (b)

Digugurkan Dikekalkan
Murid itu mengambil buku.

Ayat (c)

Ayat yang Menunjukkan Transformasi


Komplementasi terhadap Frasa Kerja
Murid itu berdiri mengambil buku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT

 Rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah


unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.

 Terdapat tiga jenis pengguguran iaitu pengguguran frasa nama sebagai


subjek, pengguguran frasa kerja dan pengguguran frasa nama yang
mendahului frasa elektif.

 Proses penyusunan semula dalam penerbitan ayat melibatkan pergerakan


unsur-unsur daripada satu tempat dalam satu struktur ayat kepada tempat
yang lain dalam struktur yang lain.

 Terdapat tiga bentuk penyusunan semula dalam proses penerbitan ayat iaitu
penyusunan semula frasa nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa
nama sebagai objek dan penyusunan semula frasa nama melalui ayat
songsang.

Ayat Konsep
Ayat terbitan Penguguran
Frasa Predikat

Abdul Hamid Mahmood (1993). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Media Printext (M) Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1985). Penerbitan kata dalam bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Chik (pnyt.). (1989). Mengajar bahasa Malaysia jilid 1: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 PROSES PENERBITAN AYAT  225

Corder, P. (1973). Introducing applied linguistics. Middlesex: Penguin dengan


terapan kepada Bahasa Malaysia. Dalam Azman Wan Chik (pnyt.).
Mengajar bahasa malaysia jilid 1: perkaedahan: 13-14. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek bahasa dan pengajaran. Kuala Lumpur:


Sarjana Enterprise.

Nik Safiah Karim et. al. (2004). Tatabahasa Ddewan edisi baharu. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.

Zulkifly Hamid. (1996). Bahasa (konsep, fungsi dan penguasaannya oleh


penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like