You are on page 1of 6

(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

M1b1j Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Tajuk 2  Konsep
 Objektif
 Proses dan Bentuk

Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang
serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan
pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan
perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau
bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau
bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi
bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi
dengan alam sekelilingnya, menguasai bahasa – memperoleh, mempelajari,
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada
orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba
dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya
yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting
pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-
kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar
yang baik mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perlu?


Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan
memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid
perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam
perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses
pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);


untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat
(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan
apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).

Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara
proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa
dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian
oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat
peringkat proses mendengar:

(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;


(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan
terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian
pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna
berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan
mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi


bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan
sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang


pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya
secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran
bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses
yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya
dapat dilakukan.

Objektif mengajar kemahiran mendengar


Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau
propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama
orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:


Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling
asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.
Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,
dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir
apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih


berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini
tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal
pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh
dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?


Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara
lain proses mendengar:
(a) secara pasif;
(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;
(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g) secara kritikal.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar


(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat,
didengar dan dingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya


berbanding daripada kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
seseorang;
(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan
bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik,
aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis
secara kritis terhadap bentuk dan isi.

Kesimpulannya:

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-


murid, pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap
bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-
bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat,
bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.
(BMMB3073- PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

You might also like