You are on page 1of 5

1.

0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Definisi Kemahiran mendengar dan bertutur adalah salah satu daripada unsur komunikasi yang tertua dan terpenting dalam kehidupan seharian. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran pertama dan utama yang harus dikuasai oleh murid-murid. Perkara ini disebabkan oleh, seseorang itu akan dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Dalam proses pemerolehan bahasa umumnya, didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar daripada mulut bayi, bayi itu telah terdedah terlebih dahulu kepada bunyi bahasa. Hal ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran yang paling asas dalam berbahasa. Selain itu, menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993:65), seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur secara automatik akan menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantik yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa. Menurut Asmah Haji Omar (2004), beliau berpendapat mengikut rantaian kronologi, kanak-kanak akan mendengar terlebih dahulu sebelum bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca dan mebaca lebih dahulu daripada menulis. Kemahiran mendengar boleh didefinisikan kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai konteks dan situasi pengucapan seperti perbincangan, lakonan, dan temu bual. Murid yang menguasai kemahiran mendengar pasti akan berupaya memberikan tindak balas yang wajar dalam setiap aktiviti pegajaran dan pembelajaran. Manakala, kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat,

meluahkan pendapat, perasaan dan idea secara lisan dengan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul. Aspek utama yang seharusnya diberikan penekanan ialah bagaimana kesantunan berbahasa dalam pengucapan dan penggunaan tatabahasa yang betul. Hal ini membolehkan pengajaran bahasa Melayu di sekolah berlansung secara efektif dan dinamik. C.M. Faeyten (1991) mengatakan bahawa sebahagian besar

pengetahuan diperoleh melalui pendengaran, tetapi hanya lebih kurang 25 peratus daripada apa-apa yang kita dengar akan diingati. Oleh yang demikian, mendengar seharusnya dijadikan suatu aktiviti yang aktif di kelas. Selain itu, pengajaran bahasa Melayu perlu melibatkan pendengaran daripada segi mental, iaitu memahami dan menilai maklumat yang didengar. Mengikut kajian yang telah dijalankan, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar. Jelas di sini bahawa kemahiran mendengar secara berkesan akan mewujudkan suasana komunikasi yang baik melaui penyaluran mesej secara dua hala dan pastinya akan menghasilkan persefahaman secara optimum antara guru dan murid. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, muridmurid perlu menguasai kemahiran mendengar bagi memudahkan proses menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan guru. Bukan itu sahaja, proses pengajaran dan pembelajaran guru juga akan berlangsung dengan lancar. Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuan

mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah. Hal ini membuktikan bahawa kemahiran bertutur adalah kemahiran lisan yang amat penting sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Setiap pertuturan yang berlaku kebiasaannya mempunyai maksud tertentu.

Pertuturan adalah sesuatu yang sinonim dalam kehidupan seharian. Keupayaan menuturkan sesuatu akan mempercepatkan kefahaman murid-murid, terutamanya berkaitan dengan komunikasi secara interpersonal. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai mengikut kreativiti para guru. Hal yang demikian, guru haruslah memikirkan sesuatu aktiviti yang kreatif bagi menerapkan kemahiran bertutur secara berkesan. Raminah Sabran (1991), pula mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu hendak meluaskan imu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap membaca. Murid-murid di sekolah rendah khususnya perlulah diserapkan dengan kemahiran bertutur sebaiknya agar dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan baik. Oleh yang demikian, kemahiran lisan yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur adalah penting dipelajari secara intensif terutamanya murid-murid sekolah rendah. Perkara ini telah termaktub dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983 (Kementerian Pendidikan Malaysia 1983). Melalui kemahiran yang diterapkan, murid-murid akan lebih cekap memahami aktiviti pengajaran bahasa Melayu guru. Dapat dijelaskan bahawa kedua-dua

kemahiran iaiatu kemahiran mendengar dan bertutur adalah saling melengkapi dan diajarkan kepada muird-murid sekolah rendah agar mereka dapat memahami dan mneghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi seterusnya bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis.

Konsep Kemahiran Mendengar dan Bertutur Aspek kemahiran berbahasa sebenarnya meliputi kemahiran lisan : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, kenahiran mendengar dan bertutur manjadi aspek yang paling asas dan paling utama dalam kemahiran berbahasa. Di sekolah, murid-murid yang berjaya menguasai kemahiran mendengar dan bertutur akan lebih mudah menerima input-input daripada pengajaran guru. Kemahiran mendengar yang baik akan membolehkan murid menerima dan memproses maklumat dengan tepat. Begitu juga dengan murid yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik akan membolehkan mereka meluahkan pendapat dan buah fikiran dengan berkesan. Hal ini bermakna, seseorang pendengar dan penutur yang baik berpotensi menguasai kemahiran seterusnya dan memudahkan kefahaman terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Kemahiran mendengar dianggap kemahiran yang diperoleh secara semula jadi oleh penutur sesuatu bahasa. Hal ini ada kaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Yahya Othman (2005), mengatakan bahawa kemahiran mendengar ini perlu diajar secara sistematis supaya murid akan berkebolehan mendengar secara berkualiti dan seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota masyarakatnya. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran, menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah umumnya, murid-murid mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam pelbagai cara. Aplikasi kemahiran mendengar dalam kehidupan seharian amatlah penting kerana aktiviti mendenar sentiasa wujud dalam interaksi sosial., mendapatkan maklumat, hiburan serta apresiasi seni.

Menurut

pandangan

tokoh

Kamaruddin

Hussin

(1999),

bertutur

merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan manusia. Ini bermaksud bertutur ialah satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara dan sebutan. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat produktiviti iaitu berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya dengan memberi respon melalui

penyampaian mesej dalam bentuk pertuturan. Dalam kemahiran ini juga, bertutur merupakan satu kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

Selain itu, Mohd Hilmy Haji Ismail (1982:68-69) menjelaskan penekanan betapa peri pentingnya pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah rendah seperti berikut :

Pertuturan adalah menajdi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutunya boleh mneyusun fiiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Gerak kerja lisan memang ada dilakukan oelh guru pada setiap pelajaran bahasa. Namun demikian. Ada juga guru yang melangkau aspek penting ini.

You might also like