You are on page 1of 3

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada
ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi
Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.
Peranan-peranan DBP :
membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya
perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau
menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan.
Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan
peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu
supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang
yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi
Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan. Menurut Berita
Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan
motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris
ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini,
DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawansasterawan menceburi bidang ini. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu
penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta
Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga
dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.
Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan bukubuku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Pihak
DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan
buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia
merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah
banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku
rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku
kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang
dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam
bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan Negara. Menurut Bekas
Menteri Kehakiman Malaysia, Dato Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa
dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul
buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium
penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa
Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Dalam masa yang sama DBP juga

memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan
DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang ramai
akan dapat menikmati dan memahami intipati buku-buku yang diterbitkan oleh DBP.
membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan; Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi
menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi
pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa
Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan
korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.
untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Sepertimana yang sedia
maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan
Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak
betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar
sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian,
malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak
menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk
konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu
memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga
ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang
menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan
rakyat Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah
masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak
yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah
penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini
tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi
sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi
alamat dan kawasan.
untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara
meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Dalam
usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi
pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan
penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan
kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa perpaduan negara Malaysia. Di sinilah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) sangat penting ke arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa
Melayu dengan pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan
teknologi info-telekomunikasi. Daripada kaedah biasabiasa dan stereotype yang sering
digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan
elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan promo, iklan,
drama dan sitkom televisyen dan radio yang bersangkutan dengan bahasa Melayu.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua
bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi, dan dalam
kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi
dan perdagangan. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan
bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan
lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang
dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama,
golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di
negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb.

You might also like