You are on page 1of 7

FONEM SUPRASEGMENTAL

Dibahagikan kepada:
•Prosidi dan Kelatangan Suara
•Tekanan
•Nada
•Jeda dan Panjang Pendek
Prosidi dan Kelantangan Suara
Prosidi berfokus pada ujaran, iaitu yang ada kaitannya
dengan intonasi dan rima.
Prosidi memberikan kesan kepada makna. Makna
ujaran penutur dapat diinterprestasikan berpandukan
intonasi dan nada bunyi yang bertujuan untuk
menyerlahkan emosinya.
Kelantangan ialah meninggikan laras bunyi untuk
memberi penekanan.
Tekanan
Tekanan ialah kelantangan sebutan sesuatu suku kata.
Tekanan biasanya dilakukan pada suku kata dan
bertujuan menandakan kekerasan atau kelembutan
sesuatu pengucapan.
Tekanan merupakan satu cara untuk menyebut
perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan
pada tempat-tempat tertentu.
Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan
makna.
Tekanan bertujuan menyedapkan percakapan atau
bacaan atau menandakan aspek yang perlu diberikan
perhatian.
Nada
Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan
sesuatu suku kata atau perkataan.
Perbezaan nada dapat diketahui melalui lambang-
lambang dalam jadual.
Nada Lambang
Rendah 1
Biasa 2
Tinggi 3
Sangat Tinggi 4
Contoh ayat yang ditandai dengan lambang nada
adalah seperti berikut:
2 3
Saya hendak
balik.
Dalam bahasa Melayu, nada tidak mempunyai sifat-
sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
Perbezaan nada dalam bahasa Melayu tidak akan
mengubah maksud sesuatu perkataan itu.
Jeda dan Panjang Pendek
Jeda
Jeda juga disebut sebagai persendirian.
Jeda ialah unsur hentian yang memisahkan elemen-elemen
linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Lambang jeda ialah “#” dan boleh membawa makna yang
berbeza.
Contoh:
[# saja minumm susu lembu #]
Bermaksud pengucap memberitahu dia sedang minum susu.
[# saja minum susu # lembu #]
Bermaksud pengucap memberitahu lembu bahawa dia sedang
minum susu.
Panjang dan Pendek
Panjang pendek ialah kadar panjang atau pendeknya
sesuatu bunyi itu diucapkan.
Lambang bagi fonem panjang dan pendek ini ditandai
dengan tanda titik yang dinamakan mora.
Lambang-lambang mora

Lambang Kepanjangan Bunyi


[.] Setengah mora
[:] Satu mora
[::] Dua mora

Ciri panjang pendek tidak dapat membezakan makna


dalam bahasa Melayu.

You might also like