You are on page 1of 6

Dalam linguistik, suprasegmental adalah kajian terhadap penyertaan struktur rima bunyi- bunyi pertuturan dalam setiap pewujudan

bunyi bahasa. Unsur-unsur bahasa ialah unsur-unsur segmental kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada pertuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapakan sama ada sama rata atau mendatar sahaja. Dalam bahasa tulisan, kita menggunakan tanda baca seperti tanda koma, tiik bertindih, koma bertitik,tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap perkara-perkara tertentu dalam dalamteks yang dibaca. Sebaliknya dalam bahasa lisan kia menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapat perhatian pendengar. Bunyi-bunyi sedemikian bukanlah menandakan ciri-ciri ujaran seseorang individu, tetapi khusus digunakan dalam wacana lisan serta keseluruhannya. Ciri-ciri inilah yang dinamakan suprasegmental atau ciri-ciri yang bukan segmental. Terdapat empat unsur bahasa yang perlu diperhatikan iaitu tekanan, panjang pendek, jeda dan intonasi. Unsurunsur inilah dinamakan suprasegmental. Unsur yang pertama ialah tekanan. Tekanan merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya tekanan berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan. Unsur tekanan ini lebih sesuai dibicarakan dalam perkataan. Bunyi penggalan tidak mempunyai unsur ini. Tekanan wujud pada suku kata perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua. Seperti contoh : ki ta bi ru ti ga

Bagi bahasa Inggeris, tekanan juga boleh membezakan makna. Seperti contohnya Prog res bermaksud kemajuan (kata nama) Pro gres bermaksud memajukan (kata kerja). Dengan perkataan conduct insult dan semuanya boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza.

Unsur yang seterusnya ialah panjang pendek. Ada bunyi yang panjang dan ada bunyi yang pendek. Ini bukan bunyi yang diucapkan dua kali, atau bunyi biasa yang diucapkan dengan panjang. Bunyi panjang itu memang sifatnya panjang. Dalam bahasa Melayu unsur ini tidak ada, walaupun mana-mana bunyi boleh dipanjangkan, tetapi ia tidak membawa apa-apa kepentingan fonemis. Ia juga disebut sebagai pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Walau bagaimanapun, ciri panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Hal ini berbeza dengan bahasa Melayu. Unsur panjang pendek ini diberi lambang [ : ] yang dipanggil mora, [ : ] dikatakan satu mora, [ : : ] dikatakan dua mora dan [ . ] dikatakan setengah mora. Ada bahasa yang memakai unsur ini sebagai fonemis atau dapat membezakan erti. Dalam bahasa Arab , panjang pendek bunyi disebut harkat. Pada umumnya bunyi bunyi vokal, konsonan sengau, geseran, sisian dan getaran boleh dipanjangkan. Manakala dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan, misalnya :

Pendek [sit] sit (duduk) [ful] full (penuh)

Panjang [si:t] seat (tempat duduk) [fu:l] fool (bodoh)

Jeda juga merupakan unsur dalam suprasegmental. Jeda juga disebut persendian. Jeda ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagaihentian sebentar. Lambang bagi jeda ialah [#] dan apabila

digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Sebagai contoh, perhatikan ayat yang berikut : Saya membaca buku kakak boleh dibezakan dengan :

#Saya membaca buku kakak# (saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)

#Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)

Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna. Seperti contoh ialah :

Berikan ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan) beri + kan (bermaksud menyerahkan)

Bagi bahasa Inggeris juga, unsur ini membezakan makna. Contoh, I scream saya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan jika tidak menggunakan jeda.

Unsur yang berikutnya ialah tona. Tona merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Justeru tona juga merujuk kepada variasi nada apabila bertutur.. Tona dan tekanan ialah dua elemen penting dalam suprasegmental. Kebanyakan bahasa menggunakan nada sintaktikal misalnya untuk menyatakan rasa terperanjat dan ironi atau untuk mengubah permintaan dalam bentuk penyataan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis menyebut hal ini sebagai intonasi bahasa. Ada bahasa menggunakan nada tinggi atau rendah untuk membezakan perkataan-perkataan dan ini dikenali sebagai ton bahasa. Sebagai contoh, Bahasa Cina mempunyai ciri berikut iaitu sebutan ma dalam bahasa Cina boleh membawa maksud emak, atau kuda atau jerami atau marah bergantung pada nada perkataan itu dilafazkan . Tingkat nada dalam tona ditandai dengan angka 1,2,3 dan 4 yang membawa maksud yang berikut :

Angka 1 Angka 2 Angka 3 Angka 4

Menunjukkan nada yang paling rendah. Menunjukkan nada permulaan ujaran. Menunjukkan nada tekanan dalam ujaran. Menunjukkan nada yang paling tinggi.

Yang terakhir ialah intonasi. Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat berbagai-bagai intonasi atau lagu terdapat pada ayat. Intonasi ialah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat Tanya pula meninggi apabila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertuturan. Contoh lagu Ayat Berita Intonasi menurun pada akhir ayat. Contoh ayat : a) Warna kain itu sungguh cantik. b) Beliau belum pernah ke sana. Ayat Tanya Intonasi meninggi pada akhir ayat. Ayat tanya yang mengambil kata tanya ( mana, berapa, siapa, bagaimana, apa) dan partikel kah Contoh ayat : a) Mereka telah bertolak ke Makkah? b) Benda itu apa?

Sebagai bakal guru, kita perlu menguasai kemahiran suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan. Hal ini adalah amat penting bagi para guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan murid boleh menggunakan ciri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan penuturan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan adalah untuk memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap dalam kalangan

orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi-intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara.

Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaran ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi. Selain itu, suprasegmental juga penting untuk membezakan makna ayat dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari

suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian makna yang ingin disampaikan. Selain itu, suprasegmental juga penting untuk memudahkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan-perbezaan yang wujud dalam sistem bahasa itu sendiri secara khusus.

You might also like