You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INTAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN


BIL 1 /TAHUN 2018

Tarikh : 7 Januari 2018

Masa : 1.30 – 2.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Seri Intan

Pengerusi : En Mohd Fadzly Bin Mohd Nor

Kehadiran(Bilangan) : / orang

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani & Kesihatan Kali - 1 bagi sesi 2018.
1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En Mohd Mubin Yazzer Bin Tulos
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Farhana Binti Jaafar

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
menyediakan soalan peperiksaaan Akhir Tahun mengikut format yang telah
ditetapkan.

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 PERANCANGAN PANITIA

4.1.1 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam buku tulis sebagai
bukti guru menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

4.1.2 Pastikan buku tulis Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ditanda dan
digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa
penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun.
4.1.3 Ketua Panitia juga memberi peringatan mesra kepada semua guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar bersedia dengan Pencerapan
PdPc yang akan dilakukan pada bila-bila masa.

4.1.4 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK akan diteruskan. Guru perlu peka
dengan tempoh masa ujian SEGAK itu nanti. Ujian tersebut perlu
direkodkan didalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam
aplikasi yang telah disediakan.

Tindakan : Setiausaha
4.2. FORMAT RPT DAN RPH

4.2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Rancangan Mengajar


disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP) yang terkini.

4.2.2 Ketua Panitia telah menyediakan Sukatan dan Rancangan Pelajaran


Tahunan serta contoh penulisan rph yang boleh diambil di komputer di
dalam bilik guru.

Tindakan : Pengerusi

5 HAL-HAL LAIN

5.1.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan
PJK dan memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat
asalnya.

5.1.2 Ketua panitia mengingatkan semua guru sekali lagi supaya murid-murid
tidak dibenarkan mengambil dan memulangkan peralatan tanpa iringan
guru.

5.1.3 En.Mohd Mubin mencadangkan supaya menambah tilam gimnastik dan


bola training memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan
pengajaran dalam KSSR. Beliau juga mencadangkan supaya membeli
peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

5.1.4 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan


kadar yang segera untuk proses membuat tempahan barang.

5.1.5 Berdasarkan spi Bil 3 1979 pemberitahuan bertarikh 26/10/2010, guru


yang mengajar PJ dibenarkan untuk terus memakai pakaian PJ untuk
sesi pdpc yang seterusnya. Hal ini bagi melicinkan lagi tugasan guru
dan memudahkan guru yang mengajar subjek PJ.

Tindakan : bendahari & setiausaha


6 PENUTUP
6.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru dan berharap
agar kerjasama yang lebih baik demi melestarikan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
dalam kalangan murid. Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... .......................................
(Atiq Nadzirah binti Asaad) (En Mohd Fadzly Bin Mohd Nor)
Setiausaha, Pengerusi,
Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan.

Tarikh : 10 Januari 2018

You might also like