You are on page 1of 7

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUITIK PADA TAHUN 500 S.

M HINGGA ABAD KE-21

2.1 SEJARAH AWAL LINGUISTIK Seperti yang kita sedia maklum, sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 S.M hinggalah ke hari ini. Sejarah pengkajian ilmu linguistik ini telah bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman Pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi lagi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zamanYunani. Hal ini kerana, ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. Dalam sejarah ilmu linguistik juga, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orangorang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman praSocrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. ___________________________________________________________________

2.1.1 Zaman Yunani Perkembangan ilmu linguistik ini bermula pada Zaman Yunani, iaitu melalui tokohtokoh seperti Plato, Aristotle, Thrax dan lain-lain lagi. Sarjana-sarjana

linguistikYunani ini telah lama cenderung dan maju dalam mengkaji ilmu falsafah dan bahasa adalah sebahagian daripada bidang kajian mereka. Mereka cenderung mengkaji ilmu atau falsafah secara keseluruhan. Oleh sebab orang Yunani itu lebih mementingkan falsafah, maka mereka lebih suka mengkaji apa yang kita anggap sebagai etimologi, iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-kata terbentuk. Perbincangan ini berputar di sekeliling pendapat yang mengatakan sama ada perkataan-perkataan terbentuk dengan cara semula jadi ataupun dibentuk oleh manusia melalui kebudayaan. Abdullah Hassan (1978), menyatakan bahawa terdapat dua puak yang bertentangan pendapat mengenai bagaimana kata-kata tebentuk iaitu puak naturalis dan puak konvensyen. Naturalis mengatakan bahawa kata-kata terbit secara dengan cara kebiasaan. Perbezaan ini berterusan ke peringkat lain dalam sejarah perkembangan linguistik dan bahkan juga ke akhir-akhir zaman ini masih ada lagi ahli-ahli linguistik yang masih berbincang tentang konsepkonsep ini. Perbezaan antara naturalis dengan konvensyen telah timbul dalam bentuk lain iaitu analogi dan anomali pada peringkat selanjutnya dalam perkembangan linguistik.

2.1.2 Zaman Romawi Setelah runtuhnya kegemilangan Yunani, pusat pengkajian berpindah ke Romawi. Abdullah Hassan (1978), menyatakan bahawa setelah runtuhnya kegemilangan Yunani, pusat pengkajian berpindah ke Romawi. Pada zaman ini,kajian linguistik ini berkembang agak pesat dan di zaman inilah ditimbulkan tatabahasa Latin yang agak lengkap. Pada zaman ini sarjana-sarjana Romawi hanya mengubahsuai saja segala tinggalan sarjana Yunani tersebut dan digunakan untuk bahasa latin.

2.1.3 Zaman Arab Keruntuhan zaman Romawi menyebabkan perkembangan ilmu linguistik dan semua bidang ilmu telah berpindah ke kerajaan Islam di Baghdad iaitu pusat pengajian tinggi dalam sejarah Islam. Menurut Abdullah Hassan (1978), ada masa Eropah mengalami sejarah gelap, sinar ilmu pengetahuan diteruskan oleh sarjana Islam dan pada masa ini munculnya ahli-ahli bahasa dalam sejarah Islam seperti Al-Khalil dan Al-Masri. Sesungguhnya tradisi orang Arab dalam bidang pengajian bahasa telah bermula sejak beberapa lama, iaitu sejak terbinanya pusat pengajian dan pembelajaran tinggi di empayar Islam pada zaman kegemilangannya. Pada waktu ini ilmu linguistik berkembang pesat di negara Arab dengan pesat. Kajian mereka begitu maju dengan merangkumi penghuraian fonetik yang lengkap dengan tujuan mengekalkan pengucapan al-Quran dengan betul. Selain itu, paradigma digunakan dalam deskripsi bahasa, hal ini kerana dilakukan sehingga tidak perlu diadakan golongan perkataan dalam bahasa Arab, hanya cukup merujuk kepada

paradigmanya sahaja. ___________________________________________________________________ 2.1.4 Zaman India Menurut Abdullah Hassan (1978), tradisi ilmu bahasa India tidak kurang pengaruhnya terhadap perkembangan ilmu linguistik moden. Pengetahuan linguistik di India adalah lebih awal daripada Yunani dan berkembang bebas daripada perkembagan di Yunani. Bidang linguistik pada masa ini dikaji agak luas berbanding dengan ZamanYunani dan Romawi. Ahli bahasa India juga melebihi kejayaan ahli linguistik Yunani dan Romawi dalam bidang fonetik dan morfologi. Dalam bidang morfologi, Padini tidak hanya mengkaji teks agama tetapi juga bahasa sebutan semasa yang di ketepikan oleh orang Yunani. Kejayaan ahli tatabahasa India didapati melebihi daripada kejayaan ahli tatabahasa tradisi linguistik Yunani dan Romawi. Kejayaan yang dicapai oleh mereka bukan sahaja dalam bidang fonetik malahan dalam bidang morfologi khususnya melibatkan kajian struktur kata.

2.1.5 Zaman Linguistik Bandingan Menurut Abdullah Hassan (1978), perkembangan sejarah linguistik moden boleh dikatakan berada bermula pada abad kesembilan belas. Pendekatan yang agak objektif terhadap pengkajian bahasa bolehlah dikatakan bermula kerana dipengaruhi oleh zaman-zaman baru dalam pengkajian ilmu antropologi dan sosiologi. Ahli sosiologi seperti Durkheim, Malinowski, Von Humboldt dan lain-lain adalah sarjana yang mengkaji ilmu kemasyarakatan.

.2 LINGUISTIK ABAD KE-19 Sementara itu, linguistik moden iaitu linguistik abad ke-19 ini bahasa Latin sudah tidak digunakan lagi dalam kehidupan sehari-hari, mahupun dalam pemerintahan atau pendidikan. Objek penelitian adalah bahasa-bahasa yang dianggap mempunyai hubungan kekerabatan atau berasal dari satu induk bahasa. Bahasa-bahasa dikelompokkan ke dalam keluarga bahasa atas dasar kemiripan fonologis dan morfologis. Dengan demikian dapat diperkirakan apakah bahasa-bahasa tertentu berasal dari bahasa moyang yang sama atau berasal dari bahasa proto yang sama sehingga secara genetis terdapat hubungan kekerabatan diantaranya. Bahasabahasa Roman, misalnya secara genetis dapat ditelusuri berasal dari bahasa Latin yang menurunkan bahasa Perancis, Spanyol, dan Italia.Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005), pada abad ke-19 terdapat ahli-ahli bahasa hanya berminat khususnya dalam bidang linguistik sejarah yang batas pengkajiannya merangkumi perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa-bahasa, perubahan-perubahan bahasa serta kerja-kerja merekonstruksi bentuk proto bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah. Untuk mengetahui hubungan genetis di antara bahasa-bahasa dilakukan metode komparatif. Antara tahun 1820-1870 para ahli linguistik berhasil membangun hubungan sistematik di antara bahasa-bahasa Roman berdasarkan struktur fonologis dan morfologisnya. Pada tahun 1870 itu para ahli bahasa dari kelompok Junggramatiker atau Neogrammarian berhasil menemukan cara untuk mengetahui hubungan kekerabatan antarbahasa berdasarkan metode komparatif. Beberapa rumpun bahasa yang berhasil direkonstruksikan sampai dewasa ini antara lain:

1. Rumpun Indo-Eropa: bahasa Jerman, Indo-Iran, Armenia, Baltik, Slavis, Roman,Keltik, Gaulis. 2. Rumpun Semito-Hamit: bahasa Arab, Ibrani, Etiopia. 3. Rumpun Chari-Nil; bahasa Bantu, Khoisan. 4. Rumpun Dravida: bahasa Telugu, Tamil, Kanari, Malayalam. 5.Rumpun Austronesia atau Melayu-Polinesia: bahasa Melayu, Melanesia,Polinesia. 6. Rumpun Austro-Asiatik: bahasa Mon-Khmer, Palaung, Munda, Annam. 7. Rumpun Finno-Ugris: bahasa Ungar (Magyar), Samoyid. 8. Rumpun Altai: bahasa Turki, Mongol, Manchu, Jepang, Korea. 9. Rumpun Paleo-Asiatis: bahasa-bahasa di Siberia. 10. Rumpun Sino-Tibet: bahasa Cina, Thai, Tibeto-Burma. 11. Rumpun Kaukasus: bahasa Kaukasus Utara, Kaukasus Selatan. 12. Bahasa-bahasa Indian: bahasa Eskimo, Maya Sioux, Hokan 13. Bahasa-bahasa lain seperti bahasa di Papua, Australia dan Kadai.

Antara ciri-ciri ilmu linguistik abad 19 adalah seperti berikut: 1) Penelitian bahasa dilakukan terhadap bahasa-bahasa di Eropah, baik bahasabahasa Roman mahupun bukan Roman. 2) Bidang utama penelitian adalah linguistik historis komparatif. Yang diteliti adalah hubungan kekerabatan dari bahasa-bahasa di Eropah untuk mengetahui bahasabahasa mana yang berasal dari induk yang sama. Dalam metode komparatif itu diteliti perubahan bunyi kata-kata dari bahasa yang dianggap sebagai induk kepada bahasa yang dianggap sebagai keturunannya. Misalnya perubahan bunyi apa yang terjadi dari kata barang, yang dalam bahasa Latin berbunyi causa menjadi chose dalam bahasa Perancis, dan cosa dalam bahasa Itali dan Sepanyol.

3) Pendekatan bersifat automatik. Unsur bahasa yang diteliti tidak dihubungkan dengan unsur lainnya, misalnya penelitian tentang kata tidak dihubungkan dengan frasa atau kalimah.

2.3 LINGUISTIK ABAD KE-20 Pada abad 20 penelitian bahasa tidak ditujukan kepada bahasa-bahasa Eropah saja, tetapi juga kepada bahasa-bahasa yang ada di dunia seperti di

Amerika(bahasa-bahasa Indian), Afrika (bahasa-bahasa Afrika) dan Asia (bahasabahasa Papua dan bahasa banyak negara di Asia). Ciri-cirinya: 1) Penelitian meluas ke bahasa-bahasa di Amerika, Afrika, dan Asia. 2) Pendekatan dalam meneliti bersifat strukturalistis, pada akhir abad 20 penelitian yang bersifat fungsionalis juga cukup menonjol. 3) Tatabahasa merupakan sebahagian ilmu dengan pembidangan yang semakinr umit. Secara garis besar dapat dibedakan atas mikrolinguistik, makrolinguistik, dan sejarah linguistik. 4) Penelitian teoretis sangat berkembang. 5) Otonomi ilmiah makin menonjol, tetapi penelitian antardisiplin jugaberkembang. 6) Prinsip dalam meneliti adalah deskripsi dan sinkronis Keberhasilan kaum Junggramatiker merekonstruksi bahasa-bahasa proto diEropa mempengaruhi pemikiran para ahli linguistik abad 20, antara lainFerdinand de Saussure. Sarjana ini tidak hanya dikenal sebagai bapaklinguistik modern, melainkan juga seorang tokoh gerakan strukturalisme. Dalam strukturalisme bahasa dianggap sebagai sistem yang berkaitan (system of relation). Elemen-elemennya seperti kata, bunyi saling berkaitan dan bergantung dalam membentuk sistem tersebut.Sejarah perkembangan ilmu linguistik terbahagi kepada tiga peringkat iaituperingkat awal, peringkat perkembangan dan peringkat

pemodenan. Pada peringkatawal melibatkan lima zaman iaitu zaman india, zaman yunani, zaman romawi,zaman pertengahan dan zaman pembaharuan. Pada peringkat perkembangan pulamelibatkan abad ke-18, abad ke-19 dan tahun 80-an.

Manakala, pada peringkatpemodenan melibatkan sarjana linguistik yang ternama seperti Ferdinand DeSaussure, L.Bloomfield, Kenneth L.Pike, Noam Chomsky dan Charles Fillmore.

You might also like