You are on page 1of 38

BAHASA MELAYU

KLASIK
1.3.1 KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK

1.Sebelum zaman bahasa Melayu klasik zaman


peralihan zaman bahasa Melayu praklasik.
2.Ismail Hussien(1996) zaman bahasa Melayu
praklasik bermula pada abad ke-13 hingga abad ke-
14 sistem tulisan menggunakan huruf yang berasal
dari India pada batu bersurat Pagar
Ruyung,Minangkabau (1356M) dan batu bersurat
Minye Tujuh,Acheh (1380M).
3.Zaman praklasik bahasa Melayu menerima
perubahan daripada pengaruh bahasa Sankrit kepada
pengaruh bahasa Arab Bahasa Melayu yang
digunakan bercampur aduk antara bahasa Melayu
kuno dengan bahasa Arab dari segi kosa kata.
4. (a)Tempoh antara kurun ke-11

hingga kurun ke-14


semasa zaman peralihan
Ciri bahasa daripada zaman Hindu
Melayu praklasik kepada zaman Islam.

(b)Kosa katanya percampuran


antara pengaruh bahasa
Sanskrit dengan bahasa Arab.
5.Bahasa Melayu klasik bahasa Melayu
digunakan antara abad ke-14 hingga awal
abad ke-20.
6.Bahan bukti pertama penggunaan bahasa
Melayu klasik batu bersurat Kuala
Berang,Terengganu,bertarikh 4 Rejab 702
Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303.
7.Zaman bahasa Melayu klasik zaman
kerajaan Melayu Melaka,Acheh,dan Johor-
Riau.
1.3.2 CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

(a) Sistem tulisan


dan ejaan

Ciri bahasa (b) Kosa kata


Melayu klasik

(c) Tatabahasa
(a)Sistem Tulisan dan Ejaan
1.Adanya aksara(huruf) / sistem
tulisan Jawi.Tulisan Jawi bahasa
Arab.Tulisan Jawi menggunakan
aksara Arab disesuaikan dengan
bunyi bahasa Melayu.
Bil Huruf Jawi sebutan Padanan huruf Rumi
1 ‫ا‬ alif a
2 ‫ب‬ ba b
3 ‫ت‬ ta t
4 ‫ث‬ sa [tha] s (th)
5 ‫ج‬ jim j
6 ‫ح‬ ha h
7 ‫خ‬ kha kh
8 ‫د‬ dal d
9 ‫ذ‬ zal [dzal] z (dh)
10 ‫ر‬ ra r
11 ‫ز‬ zai z
12 ‫س‬ sin z
13 ‫ش‬ syin s
Bil Huruf Jawi Sebutan Padanan huruf Rumi
14 ‫ص‬ shad s
15 ‫ض‬ dhad d
16 ‫ط‬ tho t
17 ‫ظ‬ dzo z
18 ‫ع‬ ain a, k
19 ‫غ‬ ghain gh
20 ‫ف‬ fa f
21 ‫ق‬ qaf k, q
22 ‫ک‬/‫ك‬ kaf k
23 ‫ل‬ lam l
24 ‫ﻤ‬/‫م‬ mim m
25 ‫ن‬ nun n
26 ‫و‬ wau w, o, u
Bil Huruf Jawi Sebutan Padanan huruf Rumi
27 ‫ه‬ ha h
28 ‫ال‬ lam alif
29 ‫ي‬ ya y, i, e taling
30 ۶ hamzah k
31 ‫ﭺ‬ ca c
32 ‫ڤ‬ pa p
33 ‫ڠ‬ nga ng
34 ‫ݢ‬ ga g
35 ‫ڽ‬ nya ny

2.Terdapat 29 aksara Jawi diambil daripada bahasa Arab


(kecuali aksara hamzah yang tulisannya berwarna hijau NO.30)
3.Tulisan berwarna merah NO.31-35 ialah aksara ditambah
kepada aksara Arab kerana bunyi bahasa Melayu yang tiada
padanannya dengan bunyi dalam bahasa Arab, iaitu ca, pa,
nga, ga dan nya.
4.Bukti tulisan Jawi mula digunakan dalam bahasa Melayu
batu bersurat di Sungai Teresat, Kuala Berang,
Terengganu (1303).
5.Abad ke-20 bahasa Melayu mula menggunakan sistem
tulisan Rumi.

(b)Kosa Kata
1.Bahasa Melayu klasik menggunakan kosa kata
klasik,kosa kata Arab,bahasa istana,kata pangkal ayat
,dan pertikel.
2. Sebahagian daripada kosa kata bahasa
Melayu kuno dan bahasa Sanskrit
diubahsuaikan dengan konsep Islam.
Contohnya,syurga dan neraka dalam agama
Hindu dirujuk kepada al-jannah dan an-nar
mengikut agama Islam.
3. Contoh kosa kata klasik:

ceritera (cerita) masyghul (sedih, dukacita ) amarah (marah)

berahi (cinta) keras (kencang)

4. Kosa kata bahasa Arab khususnya bagi istilah


yang berkaitan hukum Islam.Contohnya:
Allah taala akal akhirat darurat daulat fardu

fikir fasih haji iman ilahi insan

makhdum mualim nabi rabbi sah tauhid

tasauf wakaf zikir wallahualam


5. Contoh kosa kata bahasa istana /
bahasa dalam :
Bahasa Istana Bahasa Biasa
bersiram mandi
beradu tidur
mangkat meninggal dunia
santap makan
gering sakit

6. Kata pangkal ayat ( perdu perkataan )


ialah perkataan yang hadir di pangkal
ayat sebagai penghubung dalam
ayat.Contohnya:
Syahdan Sebermula Adapun Hatta

Maka Alkisah Arakian


Contoh pangkal ayat:
Adapun anak hamba itu telah
dewasa,dia mulai belajar silat.
7. Contoh penggunaan partikel / kata penegas
pun dan –lah :

• Sebermula maka tatkala itu semata-mata ‘alam pun


belum jadi arasy’ dan kursi pun belum jadi,langit
dan bumi pun belum jadi,darat dan laut pun belum
jadi …
• Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja
seperti dikhatankan orang rupanya.

• Syahbandar pun turunlah.


(c) Tatabahasa
1. Imbuhan
( a ) awalan mar- dan ni- dalam bahasa Melayu
kuno menjadi awalan ber- dan di- dalam
bahasa Melayu klasik.Contohnya:

marlepas berlepas
niparwat diperbuat
( b ) awalan kata kerja aktif maN- dalam bahasa
Melayu kono menjadi meN- dalam bahasa
Melayu klasik .Contohnya:

mawawa membawa
manghidupi menghidupkan
manglari melarikan
mangujari mengujari
2. Struktur ayat
( a ) ayat majmuk ayatnya panjang
mengandungi dua atau lebih ayat tunggal
dengan menggunakan kata hubung untuk
menggabungkan ayat.Contohnya:

Ia-lah yang pertama-tama masuk agama Islam dan mengeras-kan


agama Nabi Muhammad Rasulullah s.m., dan ia-lah yang terlalu
perkasa, mengalahkan negeri Pindir dan Samudera dan berapa
negeri yang lain dari-pada segala negeri yang kechil-kechil.

( b ) Penggunaan ragam ayat pasif kata kerja berawalan


‘di-’.Contohnya:

Setelah bubu itu siap diperbuatkan orang,maka lalu dipersembahkan


kepada Merah Silu maka di waktu pagi hari apabila dilihat baginda
akan bubunya itu,tiada seekor pun beroleh ikan.
( c ) Penggunaan ayat songsang ayat yang
predikatnya di depan dan subjeknya di
belakang.Contohnya:
• Pada sehari-hari ia berbantah juga.

• Sudah ia pergi itu.

• Tiadalah baik rasa hatinya saudagar itu akan


isterinya.
1.3.4 BAHAN BUKTI PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU KLASIK

Batu bersurat

Batu nisan
Bahan bukti
penggunaan
Hukum kanun
bahasa
Melayu klasik
Surat awal

Naskah sastera
klasik
1. Yang berikut merupakan bahan bukti bahasa Melayu klasik,
kecuali
A. batu bersurat di Minye Tujuh
B. batu bersurat di Padang Lawas
C. batu nisan Sultan Malik al-Salleh
D. surat Sultan Abu Hayat kepada Raja John II

2. Yang berikut merupakan huruf tambahan Jawai, kecuali


Huruf Jawi

A
‫ﭺ‬
‫ݢ‬
B
‫غ‬
C
‫ڽ‬
D
Setelah besarlah terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu.
Anak yang tua dinamai oleh Raja Aftabul Ardh Nila Pahlawan
dan yang tengah dinamai Nila Utama lalu diberikan seekor
lembu putih oleh Raja Aftabul Ardh...

3. Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu klasik


yang terdapat dalam petikan di atas?
I Penggunaan ayat songsang
II Penggunaan struktur ayat pasif
III Penggunaan kata pangkal ayat
IV Penggunaan laras bahasa istana
A. I dan II B. I dan III
C. II dan IV D. III dan IV
Hatta, datanglah pada musim di hadapan, maka Raja Jambunga
Rama Mudeliar pun menyuruh berlengkap kapal.Setelah sudah
lengkap semuanya, maka baginda pun menitahkan supaya
hantarkan Tuan Puteri Nila Pancadi itu, dengan beberapa
hulubalang, Nina Marikana Ampama panglimanya. Maka naiklah
Puteri Nila Pancadi ke kapal dengan perwira-perwiranya. Maka
hulubalang itu pun belayarlah bersama-sama tuan puteri dengan
beberapa buah kapal dan sambuk dan batil sertanya.

4. Petikan di atas memperlihatkan ciri bahsa Melayu klasik


yang berikut kecuali penggunaan

A. ayat pasif
B. ayat songsang
C. kata pangkal ayat
D. kosa kata bahasa istana
5. Yang berikut merupakan kosa kata klasik kecuali
I mangkat
II ceritera
III amarah
IV wallahualam

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV


6.Yang berikut merupakan peranan Bahasa Melayu
pada zaman Bahasa Melayu klasik kecuali.
A. Sebagai Bahasa perantaraan.
B. Sebagai Bahasa rasmi dan perundangan
C. Sebagai Bahasa pengungkapan puisi yang halus.
D. Sebagai Bahasa perhubungan dalam kalangan
bangsawan .
7. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar
tentang Bahasa Melayu klasik.
E. Aksaranya ialah tulisan jawi.
F. Kata pangkal ayat banyak digunakan.
G. Struktur ayat pasif lebih banyak digunakan.
H. Wujud pendepanan predikat dalam struktur ayat.
8.Yang berikut merupakan ciri Bahasa Melayu
klasik,kecuali.
A. Banyak menggunakan ayat aktif
B. Banyak menggunakan ayat pasif
C. Banyak menggunakan ayat majmuk
D. Banyak menggunakan ayat songsang.
9. Yang berikut ialah batu surat yang mengandungi
kedua-dua pengaruh hindu dan islam,kecuali.
E. Batu bersurat di Gandasuli.
F. Batu bersurat di pagar Ruyung
G. Batu bersurat di Minye Tujuh
H. Batu nisan Sultan Malik al-salleh
10.Yang manakah batu bersurat yang kandungannya
berkaitan dengan hukum agama?
A. Batu bersurat di Pagar Ruyung,Acheh (1356)
B. Batu bersurat di Sungai Teresat,kuala
Berang(1303)
C. Batu bersurat di Gandasuli,Jawa Tengah(832)
D. Batu bersurat di Minye Tujuh,Acheh (1380)
JAWAPAN
1. B. batu bersurat di Padang Lawas

2. C. ‫غ‬

3. A. I dan II

4. C. kata pangkal ayat

5. B. II dan III
6.D
7.A
8.A
9.A
10.B
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like