You are on page 1of 5

SISTEM EJAAN

2.1 Sistem Ejaan Bahasa Melayu


Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami penyelarasan dan perlaksanaan Ejaan Rumi dan
penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:
i. huruf vokal : a,e,i,o,u
ii. huruf diftong : ai, au, oi
iii. huruf konsonan : b, d, c, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z
iv. huruf digraph: gh, kh, ng, ny, sy
Berdasarkan petikan di atas, analisis huruf vokal boleh ditunjukkan dalam perkataan di dalam jadual
bawah;
Huruf Fonem Di depan Di tengah Di belakang

a /a/ ada, akan lantas Lupa, ya

e (taling) /e/ - oleh -

e (pepet) /ə/ - lebih ke

i /i/ Ibu, ini bilik, Jadi, sini

o /o/ oleh, oh kota -

u /u/ untuk lupa, buku cikgu


Dalam bahasa Melayu terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26
huruf seperti jadual di bawah dan contoh perkataan itu telah dipetik daripada
petikan di atas. K /k/ kelas rakan bilik, masuk
Kh // khadijah, khabar - -

Huruf Fonem Di depan Di tengah Di belakang


L /l/ lagi, latihan kelas kekal, model
B /b/ baharu, belon lebih, subjek tanggungjawab
M /m/ mereka, murid tambah, kamu sebelum, gam
C /c/ cikgu, catat - -
D /d/ dahulu,duduk berpindah -
F /f/ - - - N /n/ nanti lantas pesanan, mungkin

G /g/ gam,guru cikgu -


Gh /ǧ/ - - - Ng /ŋ/ - dipanggil yang

H /h/ hendak,hampir zahida tambah, amanah Ny /ɲ/ - menyambung -


J /j/ jawab,jangan sebiji,subjek -
P /p/ penolong,pagi berjumpa,hampir setiap

Q /q/ - - -

R /r/ rakan bersih, guru agar

S /s/ suis bising, pastikan suis, kelas

Sy /š/ - - -

T /t/ telah, tanya untuk, catat surat,dapat

V /v/ visual - -

W /w/ waktu, warna awal,dibawa -

Y /y/ ya kepercayaan -

Z /z/ Zahida Hazmi -


Berdasarkan analisis petikan Rajah 1, hanya diftong /ai/ sahaja wujud dalam perkataan
‘sebagai’ dan ‘sampai’. Perkataan-perkataan yang mengandungi diftong lain tidak
terdapat dalam petikan tetapi sebagai contoh sahaj. Namun huruf-huruf vokal
berganding wujud seperti /ua/ dalam perkataan ‘ketua’, ‘suatu’, ‘membuat’, ‘visual’ dan
‘suara’. Vokal berganding /ui/ wujud dalam perkataan ‘suis’ dan /ai/ wujud dalam
perkataan ‘sebaik’ dan ‘baiklah’
Dari segi ejaan, terdapat 11 pola suku kata dalam bahasa Melayu seperti jadual
berikut:
pola Contoh perkataan dari petikan Rajah 1

V ibu, ini, ada,oleh, suatu, ketua

VK suis, baik, buat,visual

KV guru, dahulu, pagi

KVK kelas, yang, hendak, agar

KKV drama*

KVKK traktor*

VKK ekspres*

KVKK bank*

KKVKK kompleks*

KKKV skru*

KKKVK spring*
Berdasarkan analisis petikan Rajah 1, hanya pola V, VK, KV dan KVK wujud dalam
perkataan-perkataan yang digunakan. Contoh-contoh perkataan yang bertanda * diambil dari
luar petikan ini sebagai contoh sahaja.
Selain itu, dalam sistem ejaan bahasa Melayu, terdapat keselarasan vokal yang
bermaksud dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar. Terdapat 18
pola keselarasan huruf vokal yang boleh ditunjukkan dalam penjelasan rajah 2 di bawah:
Bil Pola suku kata Contoh perkataan daripada petikan Rajah 1

1 a-i balik, hampir

2 i-a kipas

3 a-u masuk, maklum

4 u-a bulat, surat

5 i-u pikul, memikul

6 u-i murid, mungkin

7 é-o belon

8 o-é oleh, model, boleh

9 é-a Rehat

10 o-a Sekolah

11 a-a rakan, balas, dapat, catat

12 i-i pilih, bilik, bising

13 u-u duduk

14 é-é -

15 o-o -

16 e-a telah,kelas, hendak, getah, kekal

17 e-i lebih, bersih

18 e-u belum
SOALAN
• 1.Bagaimanakah bahasa Sanskrit meresap ke dalam bahasa Melayu?
• 2.Mengapakah bahasa Melayu menjadi dominan pada zaman
kerajaan Majapahit?
• 3.Nyatakan tiga batu bersurat yang membuktikan tulisan Arab
• 4.Berapakah sistem ejaan?Nyatakan
• 5.Dalam bahasa Melayu terdapat berapa fonem konsonen?

You might also like