You are on page 1of 6

Perbandingan yang telah dibuat terhadap Bahagian B bagi kedua-dua kod etika

didapati kedua-duanya mempunyai persamaan dan perbezaannya yang tersendiri. Kod


Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia) 2011 mempunyai 8 bahagian yang
menjelaskan isu kerahsiaan yang perlu diketahui oleh seorang kaunselor. Manakala bagi
Code of Ethics (American Counseling Association) 2014 pula terdapat 7 bahagian sahaja.
Oleh itu, bagi setiap bahagian terdapat penambahan dan pengurangan sub-bahagian.
Selain itu, terdapat juga susunan sub-bahagian yang berbeza mengikut kepentingannya.
Kandungan bahagian B dan sub-bahagian bagi kedua-dua kod etika boleh dilihat seperti
berikut:

Bahagian B.1
Kod Etika Kaunselor (Lembaga Code of Ethics (American Counseling
Kaunselor Malaysia) 2011. Association) 2014.

B.1. Menghormati hak-hak klien B.1. Respecting Client Rights


B.1.a. Pertimbangan multibudaya dan B.1.a. Multicultural / Diversity
kepelbagaian Considerations
B.1.b. Menghormati privasi B.1.b. Respect for Privacy
B.1.c. Menghormati kerahsiaan B.1.c. Respect for Confidentiality
B.1.d. Penjelasan mengenai batasan B.1.d. Explanation of Limitations

Bagi bahagian ini, kedua-dua kod etika mempunyai sub-bahagian yang sama, di
mana ia memberi penjelasan tentang menghormati hak-hak klien dalam perkhidmatan
kaunseling yang diberikan. Menurut Mizan & Halimatun (2005), kaunselor perlu melayan
dengan baik serta menghormati klien walau apa saja latarbelakang mereka. Di sini,
kaunselor perlu memahami dengan jelas hak-hak klien dalam mengendalikan isu kerahsiaan
yang meliputi aspek multibudaya, privasi, kerahsiaan serta penjelasan bagi batasan yang
mungkin timbul dalam perkhidmatan kaunseling yang diberikan.

Bahagian B.2
Kod Etika Kaunselor (Lembaga Code of Ethics (American Counseling
Kaunselor Malaysia) 2011. Association) 2014.

B.2. Kekecualian B.2. Exceptions


B.2.a. Bahaya dan keperluan undang- B.2.a. Serious and Foreseeble Harm and
undang Legal Requirements
B.2.b. Penyakit berjangkit dan mengancam B.2.b. Confidentiality Regarding End-of-
nyawa
B.2.c. Pendedahan atas perintah Life Decisions
mahkamah B.2.c. Contagious, Life-Threatening
B.2.d. Pendedahan minimum Diseases
B.2.d. Court-Ordered Disclosure
B.2.e. Minimal Disclosure

Pada bahagian 2, kedua-dua kod menerangkan tentang kekecualian yang ada pada
kaunselor untuk membolehkannya memecahkan kerahsiaan maklumat klien yang terdapat
dalam sesi kaunseling. Kedua-dua kod etika memberi penekanan yang sama pada bahaya
dan keperluan undang-undang, penyakit berjangkit dan mengancam nyawa, pendedahan
atas perintah mahkamah serta pendedahan minimum. Namun dalam Code of Ethics
(American Counseling Association) 2014, terdapat penambahan pada sub-bahagian B.2.b.
Sub-bahagian ini menjelaskan tentang kerahsiaan dalam keputusan mengambil nyawa
(Confidentiality Regarding End-of-Life Decisions).

“Counselors who provides services to terminally ill individuals who are considering
hastening their owns deaths have the option to maintain confidentiality, depending
on applicable laws and the spesific circumtances of the situation and after seeking
consultation or supervision from appropriate professional and legal parties.”
Menurut Corey et. al (2014), terdapat undang-undang dalam negeri-negeri di
Amerika Syarikat diwujudkan yang membolehkan seseorang individu bebas untuk
membuatkan keputusan menamatkan hayat mereka jika menghidapi penyakit kronik,
penyakit yang tidak boleh diubati atau berada dalam kesakitan yang amat sangat. Dalam
konteks ini, dapat dinyatakan bahawa pegangan nilai, budaya dan pengalaman hidup yang
berbeza di Amerika Syarikat berbanding Malaysia telah menyebabkan sub-bahagian ini
dibuat bagi melindungi hak klien dan memberi panduan kepada kaunselor sendiri jika
timbulnya isu ini.

Bahagian B.3

Kod Etika Kaunselor (Lembaga Code of Ethics (American Counseling


Kaunselor Malaysia) 2011. Association) 2014.

B.3. Maklumat yang dikongsi dengan orang B.3. Information Shared With Others
lain
B.3.a. Subordinat B.3.a. Subordinates
B.3.b. Pasukan rawatan B.3.b. Interdisciplinary Teams
B.3.c. Seting rahsia B.3.c. Confidential Settings
B.3.d. Pembayar pihak ketiga B.3.d.Third-Party Payers
B.3.e. Penyaluran maklumat rahsia B.3.e.Transmitting Confidential Information
B.3.f. Klien yang meninggal dunia B.3.f. Deceased Clients

Di bahagian ini, kedua-dua kod etika mempunyai sub-bahagian yang sama dalam
memberi panduan kepada kaunselor. Bahagian ini menerangkan tentang perkongsian
maklumat dengan orang lain dari segi subordinat, pasukan rawatan, seting rahsia,
pembayaran pihak ketiga, penyaluran maklumat rahsia dan klien yang meninggal dunia.
Bagi sub-bahagian B.3.f, Kocet (2006) menjelaskan walaupun sekiranya berlaku kematian
seseorang klien, kaunselor mempunyai kewajipan untuk melindungi dan mengekalkan
kerahsiaan klien yang sudah meninggal dunia.

Bahagian B.4
Kod Etika Kaunselor (Lembaga Code of Ethics (American Counseling
Kaunselor Malaysia) 2011. Association) 2014.

B.4. Kelompok dan keluarga B.4. Groups and Families


B.4.a. Kerja kelompok B.4.a. Group Work
B.4.b. Kaunseling keluarga dan pasangan B.4.b. Couples and Family Counseling

Bahagian ini menjelaskan tentang kelompok dan keluarga. Pada bahagian ini,
kedua-dua kod etika mempunyai sub-bahagian yang sama dalam menerangkan kerahsiaan
yang perlu dijelaskan kaunselor kepada klien dalam kaunseling kelompok serta kaunseling
keluarga dan pasangan. Ia menekankan peranan ahli kelompok dan persetujuan mereka
dalam menjaga kerahsiaan. Menurut Kocet (2006), kaunselor perlu mendapatkan
persetujuan dan dokumen secara bertulis tentang apa-apa perjanjian antara semua pihak
yang terlibat mengenai hak kerahsiaan setiap individu dan bertanggungjawab untuk
memelihara kerahsiaan maklumat yang diketahui.

Bahagian B.5
Kod Etika Kaunselor (Lembaga Code of Ethics (American Counseling
Kaunselor Malaysia) 2011. Association) 2014.

B.5. Klien yang kurang upaya memberi B.5. Clients Lacking Capacity to Give
persetujuan termaklum Informed Consent
B.5.a. Tanggungjawab kepada klien B.5.a. Responsibility to Clients
B.5.b. Tanggungjawab kepada ibu bapa dan B.5.b. Responsibility to Parents and Legal
penjaga yang sah
B.5.c. Pendedahan maklumat rahsia Guardians
B.5.c. Release of Confidential Information

Pada bahagian ini, kedua-dua kod memberi penekanan pada persetujuan termaklum
pada klien bawah umur dan klien kurang upaya dalam perkhidmatan kaunseling. Ia
menerangkan tentang tanggungjawab kaunselor dalam menjaga kerahsiaan maklumat klien,
menjelaskan kepentingan perhubungan kerahsiaan kaunselor-klien kepada penjaga dan
merujuk pihak ketiga bagi memecahkan kerahsiaan bagi klien yang tidak mampu membuat
keputusan tersebut disebabkan kekangan yang terdapat pada diri mereka. Menurut Isaac &
Stone (2001), kerahsiaan adalah isu penting untuk klien bawah umur dan pendedahan
maklumat boleh menjejaskan keupayaan kaunselor dalam hubungan terapeutik.

Bahagian B.6
Kod Etika Kaunselor (Lembaga Code of Ethics (American Counseling
Kaunselor Malaysia) 2011. Association) 2014.

B.6. Rekod-rekod B.6. Records and Documentation


B.6.a. Kerahsiaan rekod-rekod B.6.a. Creating and Maintaining Records
B.6.b. Kebenaran untuk merakam and Documentation
B.6.c. Kebenaran untuk memerhati B.6.b. Confidentiality of Records and
B.6.d. Akses klien Documentation
B.6.e. Bantuan mengenai rekod B.6.c. Permission to Record
B.6.f. Pendedahan atau pemindahan B.6.d. Permission to Observe
B.6.g. Penyimpanan dan pelupusan rekod B.6.e. Client Access
selepas penamatan B.6.f. Assistance With Records
B.6.h. Penjagaan yang berpatutan B.6.g. Disclosure or Transfer
B.6.h. Storage and Disposal After
Termination
B.6.i. Reasonable Precautions

Dalam bahagian ini, kedua-dua kod etika memberi penjelasan mengenai rekod dan
dokumentasi yang perlu diambil oleh kaunselor. Hanya terdapat satu perbezaan dalam
kedua-dua kod etika ini, di mana dalam Code of Ethics (American Counseling Association)
2014 terdapat penambahan mengenai membuat dan mengekalkan rekod serta dokumentasi
(B.6.a Creating and Maintaining Records and Documentation).
“Counselor create and maintain records and documentation necessary for rendering
professional services”

Sub-bahagian ini menerangkan kepentingan kaunselor memastikan setiap rekod


atau dokumentasi dilindungi dan hanya orang yang mempunyai kuasa dapat melihatnya.
Menurut Nor Shafrin & Ahmad Amin (2006), kaunselor perlu mempunyai sistem
penyimpanan rekod yang sesuai dengan sifatnya sebagai pengamal profesional.

Bahagian B.7 dan B.8


Kod Etika Kaunselor (Lembaga Code of Ethics (American Counseling
Kaunselor Malaysia) 2011. Association) 2014.

B.7. Penyelidikan dan latihan B.7. Case Consultation


B.7.a. Kelulusan institusi B.7.a. Respect for Privacy
B.7.b. Mematuhi garis panduan B.7.b. Disclosure of Confidential
B.7.c. Kerahsiaan maklumat yang Information
diperoleh daripada penyelidikan
B.7.d. Pendedahan maklumat
penyelidikan
B.7.e. Persetujuan untuk identifikasi

B.8. Konsultasi -
B.8.a. Persetujuan
B.8.b. Menghormati privasi
B.8.c. Pendedahan maklumat rahsia

Di bahagian ini, terdapat perbezaan yang ketara iaitu pada bahagian B.7, Kod Etika
Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia) 2011 menerangkan tentang penyelidikan tetapi
Code of Ethics (American Counseling Association) 2014 memberi penerangan tentang
konsultasi kes yang terdapat pada bahagian B.8 dalam Kod Etika Kaunselor (Lembaga
Kaunselor Malaysia) 2011. Penyelidikan dan latihan merupakan penambahan pada
bahagian B dalam Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia) 2011. Bahagian ini
memberi panduan kepada kaunselor dalam menjadikan klien sebagai subjek kajian atau
penyelidikan dalam meningkatkan kompetensi mereka dalam memberikan perkhidmatan
terbaik atau sebagai rujukan untuk penyelidik lain. Isu kerahsiaan ini meliputi kelulusan
institusi, garis panduan yang perlu dipatuhi, kerahsiaan maklumat yang diperoleh,
pendedahan maklumat penyelidikan dan persetujuan identifikasi. Menurut Maznah & Zainal
(2007), mengatakan bahawa kod etika kaunselor dibentuk berdasarkan kepada lima aspek
berikut antaranya ialah penyelidikan dan penerbitan merangkumi etika, persetujuan subjek,
penerbitan hasil dan program latihan. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa sub-
bahagian perlu dimasukkan ke dalam Kod Etika Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia)
2011.

You might also like