You are on page 1of 24

KULIAH 06

KESAHAN ALAT UKURAN


MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED
ARIP
Pensyarah Kanan
Psikologi Kaunseling, UPSI
Email: shah.aziz@ymail.com

BAB 4 : KESAHAN ALAT


UKURAN
4.1 :
DEFINISI DAN KEGUNAAN
KESAHAN

4.2 :
JENIS-JENIS KESAHAN

4.0 :
PENGENALAN

4.6 :
SOALAN-SOALAN
LATIHAN

4.5 :
RINGKASAN

BAB 4 :
KESAHAN ALAT UKURAN

4.3 :
PENENTUAN ARAS
KESAHAN

4.4 : FAKTOR FAKTOR


YANG MEMPENGARUHI
KESAHAN

4.0 : PENGENALAN
Menurut Tuckman ( 1978 ) , kesahan sesuatu alat ujian

menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa


yang sepatutnya .
Menurut Sidek Mohd Noah ( 1990 ) , sesuatu ujian atau alat
ukuran dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya
darjah kebolehannya atau keupayaannya mengukur apa
yang sepatutnya diukur adalah tinggi
Menurut Mohd Majid Konting ( 1990 ) , kesahan sesuatu alat
pengukuran merujuk kepada sejauh mana alat ukuran itu
mengukur data yang sepatutnya ia dikehendaki mengukur .
Menurut Othman Mohamed ( 2000 ) , kesahan sesuatu alat
pengukuran sebenarnya menguji sejauh manakah inventori
penilaian itu mengukur secara jitu aspek yang dikenal pasti .

4.1: DEFINISI DAN KEGUNAAN


KESAHAN
Menurut Murphy dan Davidshover ( 1998 ) , terdapat dua

pengertian kesahan iaitu menentukan apakah alat ukuran


mengukur apa yang hendak diukur dan juga apakah alat
ukuran mengukur apa yang hendak diukur dan juga apakah
alat ukuran dapat digunakan dalam membuat keputusan yang
tepat ?
Menurut Nunnally ( 1978 ) , sesuatu alat ukuran mempunyai
kesahan apabila alat ukuran tersebut dapat digunakan secara
saintifik iaitu sesuai dengan konsep serta berkaitan dengan
perturan yang berlaku dengan aspek lainnya .
Maka , kesahan alat ukuran adalah merujuk kepada sama ada
sesuatu alat ukuran yang dibina itu dapat mengukur dengan
tepat apa yang sepatutnya ia dikehendaki mengukur .

4.1: DEFINISI DAN KEGUNAAN


KESAHAN ( samb)
Pekali kesahan boleh digunakan untuk menentukan

kesahan sesuatu alat ukuran . Alat ukuran yang mempunyai


kesahan yang tinggi boleh digunakan untuk membuat
sesuatu keputusan atau ramalan.
Menurut Murphy dan Davidshover ( 1998 ) , menjelaskan
bahawa hubungan kolerasi antara skor pengukuran dan
hasil keputusan menyediakan anggaran pengukuran
keseluruhan dan ketepatan ramalan .

4.2 : JENIS-JENIS KESAHAN


Mohd Majid Konting ( 1998 ) , Sidek Mohd Noah (1997 ) ,

Dewa Ketut Sukardi ( 1997 ) dan Saifuddin Azwar ( 1986 )


menyatakan bahawa terdapat 3 kaedah atau pendekatan
dalam menentukan kesahan sesuatu ujian atau alat
ukuran , iaitu :
1) Kesahan kandungan
2) Kesahan kriteria
3) Kesahan gagasan
Murphy dan Davidshover ( 1998 ) menyatakan terdapat
empat cara penentuan kesahan alat ukuran , iaitu :
1) Kesahan kandungan
2) Kesahan gagasan
3) Kesahan ramalan
4) Kesahan serentak

4.2.1 : Kesahan Kandungan


Seperti yang tercatat di dalam Standards ( 1974:28) yang

menyatakan :
Bagi menunjukkan kesahan kandungan sesuatu set skor
ujian , seseorang itu mestilah membuktikan bahawa tingkah
laku yang ditunjukkan semasa ujian adalah mewakili sampel
tingkah laku yang akan ditunjukkan dalm ruang lingkup
pencapaian yang diingini .
Mohd Majid Konting ( 1998 ) menyatakan sesuatu alat
ukuran dikatakan mempunyai kesahan kandungan yang
tinggi sekiranya alat ukuran tersebut dapat mengukur semua
isi dan kandungan bidang yang dikaji dengan berkesan .
Syaharom Abdullah (1990) telah menyatakan bahawa
kesahan kandungan bermaksud setakat mana sesuatu alat
ukuran itu merangkumi kandungan yang bersesuaian
dengan kajian penyelidikan itu .

4.2.1 : Kesahan Kandungan


(samb..)
Sidek Mohd Noah (1997 ) , Dewa Ketut Sukardi ( 1997 ) dan

Murphy dan Davidshover ( 1998 ) menyatakan bahawa


kesahan kandungan sesuatu alat ukuran adalah usaha untuk
mengukur isi kandungan atau item-item dalam pengukuran .
Saifuddin Azwar ( 1986) menyatakan kesahan kandungan
menumpukan kepada kandungan pengukuran iaitu item-item
soalan , sehingga item-item soalan tersebut dapat
merangkumi atau mewakili pembolehubah yang hendak
diukur .
Sidek Mohd Noah (1997) telah menegaskan bahawa kesahan
kandungan sesuatu alat ukuran bergantung kepada skop dan
objektif bidang yang dikaji

4.2.1 : Kesahan Kandungan


(samb..)
Murphy dan Davidshover ( 1998 ) telah menyebut bahawa

prosedur untuk meramalkan kesahan kandungan sesuatu


alat ukuran mengandungi tiga langkah , iaitu :
1) menggambrkan isi kandungan
2) menentukan bahagian isi kandungan yang akan diukur
oleh setiap pengukuran
3) membandingkan struktur pengukuran dengan struktur isi
kandungan
Mohd Majid Konting ( 1998 ) telah menyarankan bahawa
bagi meningkatkan kesahan kandungan sesuatu alat ukuran
, penyelidik disyorkan untuk mendapatkan penilai luar

4.2.1 : Kesahan Kandungan


(samb..)
Tujuan utama kesahan kandungan adalah untuk memastikan
item item yang terkandung dalam sesuatu alat ukuran
benar-benar mewakili bidang yang sepatutnya diukur .
Guion ( dalam Brown 1983:136 ) mencadangkan lima syarat
yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu ujian itu dikatakan
mempunyai kesahan kandungan :
1) Bidang kandungan mestilah dinyatakan dalam bentuk
tingkah laku yang secra umumnya diterima maknanya
2)Bidang mestilah dihuraikan dengan jelas
3)Bidang mestilah relevan dengan tujuan penggunaan ujian
4)Hakim-hakim yang berkelayakan mestilah bersetuju
bahawa bidang telah disampel secara mencukupi
5) Gerak balas mestilah diperhati dan dinilai secara tekal .

4.2.2 : Kesahan Kriteria


Kesahan kriteria sesuatu alat ukuran merujuk kepada

sejauh mana pertalian antara item-item dalam alat ukuran


dengan kriteria luaran yang berkecuali . Kesahan kriteria
selalunya mempersoalkan sejauh mana sesuatu alat ukuran
sah mengukur kriteria yang hendak diukur.
Menurut Mohd Majid Konting ( 1990) kriteria yang hendak
diukur adalah kriteria tekal sebagaimana ditunjukkan oleh
subjek di luar pengukuran .
Dewa Ketut Sukardi ( 1997 ) menyatakan bahawa kesahan
kriteria alat ukuran adalah mengukur apa yang hendak
diukur dengan melihat hubungan antara hasil pengukuran
dengan kriteria beberapa tingkah laku .

4.2.2 : Kesahan Kriteria ( samb..)


Mohd Majid Konting ( 1998 ) menyatakan bahawa kesahan

kriteria jangkaan adalah ditunjukkan pada selang masa yang


berbeza selepas pengukuran dikenakan ke atas kriteria
tersebut . Kesahan kriteria serentak ditunjukkan pada masa
yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang
dikenakan ke atas kriteria tersebut .
Sidek Mohd Noah ( 1997 ) menyatakan terdapat dua jenis
kesahan kriteria yang sering digunakan iaitu :
1) Kesahan kriteria jangkaan : mengaitkan sesuatu ujian
dengan tingkah laku sebenar untuk jangkaan atau ramalan
2) Kesahan kriteria serentak : mengaitkan prestasi sesuatu
ujian dengan prestasi ujian lain yang piawai
Murphy dan Davidshover ( 1998 ) , Sidek Mohd Noah ( 1997 )
dan Dewa Ketut Sukardi (1997) menyatakan kesahan kriteria
serentak diperoleh dengan membandingkan hasil alat ukuran
yang dikaji dengan alat ukuran yang piawai serentak .

4.2.3 : Kesahan Gagasan


Sidek Mohd Noah ( 1997 ) menyatakan kesahan gagasan ini

merupakan aspek terpenting kesahan pengukuran terutamanya


yang berkaitan dengan kajian sosial dan pendidikan .
Mohd Majid konting ( 1998 ) pula menyimpulkan bahawa
kesahan gagasan merupakan aspek terpenting kesahan
pengukuran , khususnya dalam penyelidikan pendidikan .
Tuckman (1978) menyatakan kesahan gagasan adalah kesahan
yang didapati dengan mengaitkan andaian ukuran sesuatu
gagasan atau kuantiti hipotetikal dengan sesuatu tingkah laku
atau menifestasi yang dijangkakan akan berlaku
Mohd Majid konting ( 1990 ) kesahan gagasan sesuatu alat
ukuran merujuk sejauh mana lat ukuran tersebut menghasilkan
gerak balas yang mewakili gagasan yang diukur

4.2.3 : Kesahan Gagasan


( samb)
Sidek Mohd Noah ( 1997 ) menyatakan bahawa kesahan

gagasan adalah sekumpulan konsep wujud dalam fikiran


kita tetapi tidak wujud di alanm nyata . Gagasan
mengandungi beberapa konsep yang kompleks yang terdiri
daripada pebagai faktor yang berinteraksi sesama sendiri .
Oleh sebab gagasan adalah sesuatu yang tidak dapat
dilihat , maka pengukuran ke atasnya juga tidak dapat
dilakukan secara langsung .

4.2.3.1 :Analisa Faktor dalam


menentukan Kesahan Gagasan
Menurut Gorsuch ( 1983 ) analisa faktor biasanya digunakan untuk

menunjukkan kesahan gagasan sesuatu instrumen . Ia diaplikasikan


dalam satu set pemboleh ubah yang koheren di mana secara
relatifnya ia adalah tidak bersandar antara satu sama lain .
Tabachnick & Fidell ( 1996 ) menyatakan subset adalah merujuk
kepada faktor yang dipertimbangkan untuk menggambarkan proses
asas dalam membina korelasi antara pemboleh ubah .
Terdapar dua jenis analisis faktor yang boleh digunakan untuk
menentukan kesahan gagasan sesuatu alat ukuran , iaitu :
1) Analisis faktor penerokaan ( Exploratory Factor Analysis EFA)
2) Analisis faktor pengesahan (Confirmatory Factor Analysis CFA )

4.2.3.1 :Analisa Faktor dalam


menentukan Kesahan Gagasan
( samb)
Analisis faktor penerokaan ( Exploratory Factor Analysis

EFA) digunakan untuk meneroka jumlah faktor yang


mungkin terhasil dalam sesuatu alat ukuran . Untuk tujuan
tersebut putaran varimak , oblik dan ortogonal atau
kombinasi putaran ini boleh digunakan .
Analisis faktor pengesahan (Confirmatory Factor Analysis
CFA ) digunakan untuk menentukan sejauh mana sesuatu
item dalam alat ukuran berupaya mewakili faktor tertentu .
Berbeza dengan analisis faktor penerokaan , analisis faktor
pengesahan disokong oleh kerangka teoritikal yang
menetapkan item-item tertentu untuk subskala tertentu
( Kim & Muller 1981 )

4.2.3.2 : Kajian Interkorelasi untuk


menentukan Kesahan Gagasan
Dalam ujian interkorelasi ini , alat ukuran yang sedang

dibangunkan mestilah dikorelasikan dengan satu alat ukuran


piawai yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu .
Antara kriteria-kriterianya ialah :
1) Alat ukuran tersebut mestilah mengukur gagasan yang
dijangkakan sama atau hampir
2) Alat ukuran tersebut mestilah mempunyai kesahan yang
tinggi
3) Alat ukuran tersebut mestilah mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi
4) Alat ukuran tersebut mestilah popular iaitu ia dikenali ramai
dan digunakan secara meluas
5) Kajian tempatan menunjukkan yang alat tersebut adalah
sesuai digunakan dalam konteks budaya tempatan

4.3 : PENENTUAN ARAS KESAHAN


Brown ( 1983:128) menyatakan bahawa oleh sebab alam semula jadi

kesaha yang mengkhusus dari segi situasi , pekali kesahan yang


pelbagai dan terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pekali kesahan
, adalah tidak mungkin seseorang itu untuk memberikan jawapan yang
tepat.
Beliau menyatakan ada beberapa keperluan minimum , antaranya :
1) Hubungan antara kesahan silang dengan peramal dan kriteria
mestilah signifikan secara statistik , iaitu lebih daripada hubungan
yang disebabkan oleh nasib
2) Penggunaan ujian mestilah menghasilkan keputusan yang lebih
tepat
3) Ujian mestilah mempunyai beberapa kegunaan iaiitu ia mestilah
memberikan faedah kepada pengguna
4) Keberkesanan dalam membuat keputusan dengan menggunakan
ujian mestilah lebih baik berbanding penggunaan lain-lain alat yang
ada : iaitu ujian mestilah memberikan beberapa maklumat yang unik

4.4 : FAKTOR-FAKTOR YANG


MEMPENGARUHI KESAHAN
Kesahan sesuatu ujian atau alat ukuran adalah dipengaruhi

oleh jenis pemboleh ubah . Jika pemboleh ubah berbentuk


fizikal atau kuantitatif , seseorang individu boleh menentukan
kesahan alat ukuran bagi pembolehubah itu dengan mudah .
Tetapi jika pemboleh ubah yang hendak di ukur adalah
berbentuk konsep atau gagasan iaitu kualitatif , seseorang
itu akan mengalami kesukaran untuk menentukan kesahan
alat ukuran untuk mengukur pemboleh ubah tersebut .
Mohd Majid Konting ( 1998 ) pula menjelaskan bahawa
kesahan sesuatu alat ukuran bergantung kepada tujuan dan
masa alat ukuran itu dibina . Kesahan alat ukuran akan
berubah sekiranya tujuan dan masa alat ukuran akan
berubah sekiranya tujuan alat ukuran tersebut dibina dan
masa alat ukuran tersebut digunakan berubah .

4.4 : FAKTOR-FAKTOR YANG


MEMPENGARUHI KESAHAN
( Samb..)

Brown ( 1983) menyatakan terdapat 5 perkara yang mesti dimiliki

oleh sesuatu ujian dan alat ukuran . Faktor-faktor tersebut ialah :


1) item-item kandungan soalan mestilah menggambarkan tingkah
laku yang hendak dilihat dengan menyesuaikan makna tingkah
laku tersebut
2) item-item soalan dibentangkan dengan jelas
3) item-item soalan berhubungan dengan objektif alat ukuran
4) sampel-sampel telah mencukupi untuk mengukur kesahan alat
ukuran
5) maklum balas terhadap item-item soalan dinilai secara konsisten
Wing dan Gifford ( 1994 ) menjelaskan bahawa antara kelemahan
sesuatu alat ukuran ialah apabila pekali atau pekali kesahan tidak
dapat meramalkan persekitaran lainnya .

4.5 : RINGKASAN
Kesahan sesuatu ujian menggambarkan sejauh mana ujian

tersebut mengukur apa yang sepatutnya ia diukur . Sesuatu


ujian atau alat ukuran dikatakan mempunyai kesahan yang
tinggi sekiranya darjah kebolehannya atau keupayaannya
mengukur apa yang sepatutnya ia ukur adalah tinggi .
Terdapat 3 kaedah atau pendekatan menentukan kesahan
sesuatu ujian atau alat ukuran :
1) kesahan kandungan
2) kesahan kriteria
3) kesahan gagasan

4.5 : RINGKASAN ( samb)


Kesahan kandungan menekankan sejauh mana alat ukuran

tersebut berupaya mengumpul data merangkumi isi


kandungan sesuatu bidang yang hendak diukur
Kesahan kriteria merujuk kepada sejauh mana pertalian antara
item-item dalam alat ukuran dengan kriteria luaran yang
berkecuali
Kesahan gagasan merujuk kepada sejauh mana alat ukuran
tersebut menghasilkan gerak balas yang mewakili gagasan
yang diukur
Kesahan sesuatu alat ukuran akan berubah sekiranya tujuan
alat ukuran tersebut dibina dan masa alat ukuran tersebut
digunakan berubah
Faktor lain yang mempengaruhi kesahan alat ukuran adalah
item-item soalan yang digunakan , jumlah sampel yang
digunakan semasa kajian rintis serta maklum balas sampel ke
atas item-item soalan.

4.6 : SOALAN-SOALAN LATIHAN


1) Apakah yang dimaksudkan dengan kesahan?
2) Sila senaraikan kegunaan kesahan dalam bidang pengujian
dan penilaian.
3) Apakah itu kesalahan kandungan? Nyatakan bagaimana
untuk menentukan kesahan gagasan sesuatu ujian atau alat
ukuran.
4) Apakah itu kesahan gagasan? Nyatakan bagaimana untuk
menentukan kesahan jangkaan sesuatu ujian atau alat
ukuran.
5) Apakah yang dimaksudkan dengan kesahan kriteria?
6) Apakah itu kesahan jangkaan? Nyatakan bagaimana
menentukan kesahan jangkaan sesuatu ujian atau alat
ukuran.

4.6 : SOALAN-SOALAN LATIHAN


( samb)
7) Apakah itu kesahan serentak? Nyatakan bagaimana untuk
menentukan kesahan serentak sesuatu ujian atau alat
ukuran.
8) Bincangkan aliran analisis teknikal untuk menentukan
kesahan gagasan sesuatu ujian atau alat ukuran.
9) Apakah aras kesahan yang boleh diterima bagi sesuatu
ujian atau ukuran?
10) Senaraikan faktor-faktor yang mampengaruhi kasahan
sesuatu ujian atau alat ukuran.

SELAMAT MENJAWAB DENGAN BAIK.

You might also like