You are on page 1of 4

SUL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


Semester 1 Tahun 4

KUIZ: SEPTEMBER 2021

KAMPUS : IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

ANGKA GILIRAN :
2 0 1 8 1 1 1 3 4 0 1 1 3
KOD KURSUS : PBKK3163
KURSUS : KAUNSELING KELUARGA
MASA : 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 10

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:


Bahagian A : Dua soalan struktur (10 markah)

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A


.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 1 HALAMAN


BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SUL PBKK31

BAHAGIAN A
(10 markah )

Jawab semua soalan.

1. Kitaran hidup keluarga merupakan gambaran trend perkembangan dalam keluarga


dari masa ke masa. Terdapat enam peringkat kitaran hidup bagi keluarga kelas
pertengahan dan keluarga nuklear yang melibatkan penyesuaian, tugas dan
perubahan yang perlu dipenuhi secara keseluruhan agar terus bertahan dan
berkembang maju (McGoldrick, Carter, & Garcia-Petro, 2016).

Huraikan serta berikan contoh DUA peringkat kitaran hidup keluarga yang anda telah
pelajari.

[5 markah]

2. Proses kaunseling keluarga boleh dijalankan dalam pelbagai cara, tetapi beberapa
aspek penting mesti dititikberatkan (Gladding, 2017). Perancangan yang tepat dalam
bekerja dengan keluarga merangkumi pertimbangan cara untuk menjalankan sesi
berdasarkan pandangan seseorang tentang keluarga, pegangan teori dan kemahiran
klinikal (Rickert, 1989).

Perincikan DUA tujuan pelaksanaan pra sesi dalam proses kaunseling keluarga
keluarga.

[5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SUL PBKK31

Soalan 1
Peringkat kitaran hidup keluarga yang pertama ialah generasi muda yang belum
berkahwin dan ingin meninggalkan rumah. Tugas perkembangan dalam peringkat ini
ialah kerjaya atau sambung belajar, mencari pasangan dan mencari kenderaan. Isu
yang timbul dalam peringkat ini ialah penyesuaian diri, pengurusan diri, kejutan budaya
dan komunikasi. Dari sudut negatif, hidup bersama dapat merosakkan perkahwinan
dan keibubapaan anak-anak. Fenomena kualiti perkahwinan lebih rendah, komunikasi
lebih negatif, kurang dedikasi, dan kadar perceraian yang lebih tinggi selepas
perkahwinan dikenali sebagai kesan bersekedudukan
Peringkat kitaran hidup keluarga yang kedua ialah pasangan yang baru
berkahwin. Pada peringkat ini, tugas perkembangan ialah mengenali pasangan
sebelum kahwin dan perkongsian kehidupan. Pada peringkat ini, isu yang timbul
selepas perkahwinan ialah konflik dalam keluarga baru dan pasangan tidak serasi
serta kehidupan berasingan selepas berkahwin.
Peringkat kitaran hidup yang seterusnya ialah keluarga dengan anak yang
masih kecil. Tugas perkembangan dalam peringkat ini ialah penjagaan anak dan
menyesuaikan diri dengan kehadiran ahli keluarga baru. Isu yang timbul dalam
peringkat ini ialah suami tersisih, isteri tidak terurus, bebanan bertambah dan campur
tangan pihak ketiga seperti datuk dan nenek.

Soalan 2
Peringkat pra sesi ialah peringkat apabila kaunselor membuat persediaan yang
bergantung kepada situasi khidmat kaunseling keluarga itu diberikan dan sama ada
klien dirujuk atau sukarela. Kaunselor menyemak diskripsi klien bagi membantu
kelancaran proses kaunseling keluarga. Kaunselor bersedia untuk mengetahui tentang
profil klien demi memudahkannya membentuk hubungan dengan klien serta memberi
pertolongan kepada klien tersebut. Segala maklumat peribadi klien dikumpul secara
teratur dan sistemati untuk memudahkan kaunselor memahami persoalan sebenar
kliennya. Kaunselor menyediakan beberapa perkara sebelum bertemu dengan klien
seperti borang-borang yang berkaitan, penyediaan tempat dan masa yang sesuai
untuk berbincang dan persediaan diri kaunselor secara fizikal serta kesediaan emosi
dan mental. Kaunselor menyediakan tempat dan situasi yang selesa untuk klien
supaya klien rasa selamat dan dapat membina kepercayaan dalam diri bagi berkongsi
masalah mereka dalam sesi kaunseling. Peringkat pra sesi penting bagi menentukan
keberkesanan sesi yang seterusnya kerana ia memberi gambaran pertama kepada
klien mengenai sikap dan kemampuan kaunselor untuk menolongnya.
SUL PBKK31

Selain itu, pra sesi dalam proses kaunseling keluarga bertujuan untuk membuat
diagnosis awal. Ahli terapi memikirkan bagaimana individu berinteraksi dalam sistem
keluarga. Diagnosis adalah cara bagi ahli terapi untuk memahami dengan lebih
mendalam apa yang berlaku dengan ahli dan juga keluarga secara keseluruhan.
Seterusnya, pra sesi dalam proses kaunseling keluarga dapat mewujudkan suasana
profesional tetapi mesra. Nada dan pertuturan yang digunakan oleh perantara atau ahli
terapi dapat membantu atau menghalang keputusan keluarga untuk terlibat dalam
proses rawatan.

You might also like