You are on page 1of 1

Soalan Tugasan: Baca dan fahami nota yang telah saya sediakan.

Berdasarkan
bahagian G : Penyelidikan dan Penerbitan, bincangkan secara
kritis tentang prosedur penyelidikan yang sesuai dan beretika
bagi menjalankan kajian di sekolah.

Kaunselor hendaklah berhati-hati dan mengelakkan ‘kecederaan’ kepada mana-


mana pihak dalam kajian penyelidikan. Sekiranya kaunselor berasa perlu melibatkan
sesi dan pengalaman kaunselor dengan klien dalam kajian penyelidikannya,
kaunselor perlu memastikan bahawa tidak akan menyebut mana-mana nama klien
sebenar dalam kajian atau dalam keadaan tertentu. Semua pembaca boleh
mengenali klien sebenar dalam kajian kaunselor walaupun nama klien tidak disebut
langsung, maka kaunselor patut mengelak menggunakan contoh kes ini demi
mengelakkan ‘kecederaan’ kepada pihak klien beliau.
Sekiranya kaunselor berasa perlu dan patut menggunakan contoh-contoh kes
klien beliau, kaunselor perlu terdahulu memastikan semua maklumat yang digunakan
untuk tujuan penyelidikan adalah secara rahsia dan sulit. Hal ini bertujuan menjaga
hak dan keselamatan klien.
Kaunselor hendaklah melaporkan hasil penyelidikan dengan tepat. Semasa
melaporkan hasil penyelidikan, kaunselor tidak boleh memutarbelitkan data,
memberikan gambaran yang tidak tepat mengenai data atau segaja membiaskan
maklumat.
Kaunselor perlu menyemak bahan sebelum dihantar untuk penerbitan,
penyelidikan atau tujuan ilmiah yang lain agar menghormati hak kerahsiaan dan
pemilikan penulis bahan tersebut. Kaunselor juga haruslah memastikan penerbitan
berdasarkan kepada piawaian yang sah, dalam skop kompetensi mereka serta
menghindari bias peribadi. Sekiranya kaunselor mendapati kesilapan yang timbul
dalam penerbitan penyelidikan, beliau perlu berusaha untuk membetulkan kesilapan
tersebut.

You might also like