You are on page 1of 1

Kajian Kualitatif

Skema Jawapan:
Triangulasi bermaksud integrasi beberapa metode yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari
satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih
meyakinkan dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul.
Triangulation digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan
yang dijalankan secara kualitatif. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang
berbeza. Terdapat tiga jenis triangulasi iaitu:
1. Membandingkan pelbagai punca data responden, masa dan tempat
Triangulasi tempat adalah data yang dikutip lebih daripada satu tempat manakala triangulasi
responden adalah data yang diperoleh daripada pelbagai responden iaitu daripada seseorang
atau kumpulan.
2. Membandingkan pelbagai keputusan responden
Pelbagai punca data menggunakan alat kajian yang sama pada masa yang berbeza. Pelbagai
keputusan responden bermaksud terdapat beberapa orang responden memberi maklumat atau
fakta bagi menjawab soalan kajian yang sama.
3. Membandingkan pelbagai cara menganalisis data
Pelbagai cara menganalisis data bermaksud pelbagai alat kajian digunakan untuk
mendapatkan data yang berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama.
Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
data kualitatif. (Gay & Airasian, 2000)

You might also like