You are on page 1of 39

Tajuk 1: Teknologi Pendidikan

Teori:

 Pemikiran sebegini telah dirumuskan dalam bentuk hipotesis dan setelah diuji
dijadikan teori pengajaran.
 Antara teori yang diamalkan oleh pendidik adalah teori pelaziman, teori
pembelajaran daripada perspektif kognitif, humanistik dan sosial.

Konsep Teknologi Pendidikan:

 Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna


kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu
amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
 Kata Heinich, Molenda dan Rusell (1969) “Teknologi bukan semata-mata alat
dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak
terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai
sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam
merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan
penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan
sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan
“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.”
 Naim Hj. Ahmad (1990) - teknologi pendidikan sebagai satu perkaedahan atau
pendekatan yang memadukan secara harmonis, fungsi-fungsi pengurusan
(organisasi dan personel), pengembangan (penyelidikan, teori reka bentuk,
penerbitan, penilaian, pemilihan, logistik, penggunaan dan penyebaran dan
sumber (mesej, manusia, bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara
sistematik untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran manusia).
 "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa
yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan" (Crowell
(1971):Encyclopedia of education)
 Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan
bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan
kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Domain-domain teknologi pendidikan:

Terdapat dua domain teknologi pengajaran iaitu:

 Domain Teknologi Pengajaran 1977


o Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan
bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan
organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk,
menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah
dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat
dan terkawal.
o Domain teknologi pengajaran dibahagikan kepada tiga fungsi iaitu:
 fungsi pengurusan pengajaran;
 fungsi pengembangan pengajaran; dan
 fungsi sumber pembelajaran
 Domain Teknologi Pengajaran 1994
o Domain teknologi pengajaran tahun 1994 merupakan kesinambungan
daripada domain tahun 1977.
o Terdapat lima domain dalam teknologi pengajaran kini berbanding
dengan tiga sebelumnya.
o Namun itu tidak bermakna wujudnya perbezaan yang banyak di antara
domain yang lepas dengan yang terkini kerana domain pembangunan,
penggunaan dan penilaian sudahpun terangkum dalam fungsi
pengembangan pengajaran.
o Setiap domain mempunyai teori dan amalannya yang tersendiri dan ia
boleh berfungsi secara sendirian atau berinteraksi dengan domain yang
lain.
o Interaksi ini pula tidak semestinya dalam bentuk linear.
o Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau
teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk,
pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan
sumber untuk pembelajaran.
 Domain Reka Bentuk
 Domain Pengembangan
 Domain Penggunaan
 Domain Pengurusan
 Domain Penilaian

Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan:

 Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses
P&P dengan berkesan.
 Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat iaitu:

1)Sebelum penggunaan – merancang masa dan cara bagaimana mengaitkan dengan


topik yang diajar

2) Semasa penggunaan – merancang ulasan dengan penekanan aspek-aspek


penting yang dapat membantu proses P&P

3) Selepas penggunaan – merancang aktiviti lanjutan dan pengukuhan

 Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaian dari segi topik dan objektif
P&P, latar belakang muid dan keadaan fizikal bilik darjah.
 Sumber P&P digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimumkan
P&P.

Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pendidikan:

 Tujuan = untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran.


 Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk
mencapai matlamat ini.
 Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang
dituju. pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.
 Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi
pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
 Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,
pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
 Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar
sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.
 Teknologi pendidikan perlu dititikberatkan dalam penyampaian kandungan
P&P oleh guru.
 Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran
abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan
beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori
yang menunggu untuk diisi.
 Antara peranan dan kepentingan lain teknologi pendidikan ialah untuk
mengubah peringkat membuat keputusan, mengubah sistem atau pendekatan
pembelajaran, dan mengubah pengalaman pembelajaran.

TAJUK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

Asalnya definisi reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan
pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya.
Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta
amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan
situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku. Reka
bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang sistematik bagi mereka bentuk,
membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran.

Sementara itu, definisi lain pula adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan
keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh
alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994). Definisi ini menjelaskan bahawa reka bentuk
pengajaran adalah proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi empat
bidang utama iaitu;

1. Reka bentuk sistem pengajaran.


2. Reka bentuk strategi pengajaran.
3. Reka bentuk mesej pengajaran.
4. Ciri-ciri pelajar.

Dalam perbincangan ini, fokus utama kita adalah kepada definisi ini kerana ia melibatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang kita amalkan setiap hari.
Reka Bentuk Sistem Pengajaran

Reka bentuk sistem pengajaran adalah satu tatacara yang teratur untuk menganalisis, mereka
bentuk, membina, melaksana dan menilai pengajaran.

 Menganalisis adalah suatu proses untuk menentukan apa yang harus dipelajari.
 Membina adalah proses untuk mengarang (seperti membuat perisian komputer) dan
menghasilkan bahan pembelajaran
 Melaksana adalah menggunakan bahan dan strategi (kaedah) pengajaran.
 Menilai adalah menentukan keupayaan dan keberkesanan pengajaran.

Keempat-empat elemen ini adalah berlaku secara linear dan saling bergantung antara satu
sama lain.

Kajian-kajian telah mendapati reka bentuk pengajaran dapat membantu atau meningkatkan
pencapaian pelajar. Tanpa penggunaan reka bentuk pengajaran, maka pengajaran dalam
bilik darjah menjadi tidak teratur dan objektif pengajaran sukar dicapai.

Model Reka bentuk Pengajaran

Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran, namun kebanyakan model-model ini
mempunyai elemen yang sama. Elemen asas tersebut ialah seperti berikut:

1. Menentukan keperluan pelajar.


2. Menentukan matlamat dan objektif pengajaran.
3. Membina kaedah penilaian.
4. Mereka bentuk dan memilih strategi pengajaran.
5. Mencuba sistem pengajaran.
6. Menilai keseluruhan sistem.
Terdapat tiga fokus utama model reka bentuk pengajaran iaitu;

1. Model berasaskan sistem.


2. Model berasaskan bilik darjah.
3. Model berasaskan hasil.

Berikut adalah contoh model yang termasuk dalam kategori di atas.

Model berasaskan bilik darjah adalah model ASSURE (Heineich, Molenda dan Russel, 1993),
model berasaskan sistem pula ialah Model Dick dan Carey (1979), sementara model
berasaskan hasil ialah Model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990).

Perhatian: Modul ini tidak membincangkan dengan mendalaml terhadap setiap model reka
bentuk pengajaran. Pelajar perlu sekadar tahu maksud reka bentuk pengajaran dan
kepentingannya dalam perancangan pengajaran di bilik darjah.

Reka Bentuk Strategi Pengajaran

Reka bentuk strategi pengajaran adalah proses memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti
pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran termasuk juga pemilihan media yang sesuai.
Antara beberapa strategi pengajaran yang boleh digunakan ialah;

 Kuliah/syarahan
 Bersoal jawab
 Sumbang saran
 Perbincangan kumpulan kecil atau kumpulan besar
 Demonstrasi
 Tutorial
 Temubual
 Main peranan (role play)

Pilihlah strategi pengajaran yang sesuai dengan tajuk yang diajar, objektif pengajaran
dan juga keperluan pelajar. Kadang-kadang kita boleh menggabungkan lebih dari satu strategi
pengajaran dalam satu masa. Ada strategi pengajaran yang menumpukan kepada guru
sahaja (teachers' centered), ada yang berpusatkan pelajar (students centered) dan ada pula
strategi pengajaran yang menumpukan kepada aktiviti yang dijalankan. Pemilihan media juga
perlu dilakukan supaya sesuai dengan strategi yang digunakan.

Reka Bentuk Mesej Pengajaran

Reka bentuk mesej pengajaran adalah merancang untuk menggunakan cara dan
format yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Contohnya; reka
bentuk skrin komputer; penggunaan warna dalam penyediaan poster, carta dan sebagainya,
penghurufan seperti saiz dan jenis huruf; jenis media seperti video, audio, gambar dan
sebagainya. Selain itu aspek-aspek grafik juga perlu diketahui sedikit sebanyak oleh guru agar
dapat menyediakan bahan pembelajaran yang dapat mencapai objektif pengajaran, atau
dapat memilih menggunakan bahan yang sesuai.

Ciri-Ciri Pelajar

Latar belakang pengalaman pelajar seperti kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
sedia ada memberikan kesan terhadap proses pembelajaran. Banyak kajian telah mendapati
tahap pengetahuan sedia ada pelajar (entry level) adalah mempengaruhi pencapaian pelajar.
Harus diingatkan bahawa tahap pengetahuan sedia ada pelajar adalah amat berbeza antara
satu sama lain. Guru perlu sentiasa mengambil perhatian dan tumpuan yang khusus terhadap
faktor ini. Kita tidak boleh mengambil mudah dengan menganggap bahawa semua pelajar
dalam sesuatu kelas itu adalah sama, sama ada semua mereka sudah tahu atau semua
mereka tidak tahu apa-apa tentang pelajaran yang disampaikan. Faktor kesihatan juga
adalah amat penting untuk diberi perhatian oleh guru. Ada pelajar yang datang dari berbagai
latar belakang sosio-ekonomi yang melibatkan aspek pemakanan yang sempurna dan tahap
kesihatan yang berbeza-beza.

Penggunaan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Proses Pengajaran

Terdapat berbagai-bagai model reka bentuk pengajaran seperti Briggs (1977), Brigss &
Wager (1988, 1992), Model ASSURE (1982, 1985, 1989, 1993, 1996), Model Romizowski
(1981, 1984, 1988), Model Dick & Carey (1978, 1985, 1990) dan Model Dick & Reiser (1989).

Dari pelbagai model ini, satu rumusan dapat dibuat dan model reka bentuk sistem pengajaran
bersepadu (Integrated Instructional System Design) telah dicadangkan.

Model Reka Bentuk Sistem Pengajaran Bersepadu (Integrated Instructional System Design)
Terdapat lima peringkat dalam model ini;

Peringkat Pertama:

Penentuan Isi Kandungan Pelajaran

Daripada sukatan pelajaran, guru perlu menentukan apakah tajuk yang akan disampaikan.
Sumber rujukan seperti buku teks, buku rujukan, media dan guru pakar adalah sumber-
sumber yang dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan yang sesuai dan terkini.

Peringkat Kedua:

Membina Media Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu menganalisis isi kandungan pelajaran


dan membina media yang sesuai untuk membantu penyampaiannya. Sekiranya media
pengajaran telah disediakan di pusat sumber sekolah (PSS), guru harus mengetahui
bagaimana membuat pemilihan media yang sesuai dan tepat dengan keperluan isi
kandungan. Sekiranya perlu membina media pengajaran sendiri, guru perlu mengetahui
sedikit sebanyak asas pembinaan media pengajaran seperti penggunaan kaedah pendekatan
sistem dan model reka bentuk pengajaran tertentu (contohnya Model ASSURE).

Peringkat Ketiga:

Merancang Pengajaran

Satu persediaan pengajaran perlu disediakan untuk memudahkan guru menyampaikan isi
kandungan pelajaran melalui strategi pengajaran yang telah dipilih dan mengintegrasikan
penggunaan media pengajaran. Persediaan pengajaran harus mempunyai beberapa elemen
tertentu seperti objektif pengajaran, apa yang dilakukan oleh guru, penggunaan media, cara
pelajar bertindak balas dengan guru dan kaedah pengajaran yang digunakan untuk mencapai
objektif pengajaran.

Peringkat Keempat:

Pelaksanaan Pengajaran

Peringkat ini adalah peringkat yang paling penting di mana berlakunya proses pembelajaran
yang telah dirancangkan secara sistematik. Peranan guru dan media pengajaran adalah
membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen penting dalam peringkat ini
adalah seperti; menyampaikan maklumat dan contoh, latihan dan maklum balas, motivasi,
pengayaan dan pemulihan, penilaian dan aktiviti susulan (kerja rumah).

Peringkat Kelima:

Proses Pembelajaran

Kejayaan sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada perancangan yang sistematik.


Sekiranya proses pembelajaran berlaku, maka perubahan tingkah laku pelajar dapat dilihat
sama ada dari segi sikap, kemahiran psikomotor atau pengetahuan dalam bidang tertentu.
Sekiranya objektif pengajaran tidak tercapai, maka guru harus mengkaji semula kaedah
pengajaran yang dilakukan termasuk media pengajaran yang digunakan. Guru perlu
mengulang semula pengajarannya dan memastikan objektif pengajaran tercapai sepenuhnya
(mengulang kaji pelajaran contohnya).

Kepentingan Reka bentuk Pengajaran.

Reka bentuk pengajaran adalah satu disiplin dalam pendidikan yang memberikan
tumpuan kepada memberikan kefahaman terhadap proses pengajaran dan cara-cara
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan luas dalam kaedah
pengajaran akan membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pengajaran.
Reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran untuk individu, kumpulan
kecil atau kumpulan besar. Guru yang masuk ke kelas tanpa menyedia dan merancang
pengajaran akan kehilangan pengajarannya dan dalam beberapa keadaan tidak dapat menilai
apa yang telah diajarnya.

Reka bentuk pengajaran adalah merupakan suatu cabang dalam bidang Teknologi
Pendidikan. Teknologi pendidikan adalah satu cara pemikiran dan juga menentukan
matlamat-matlamat pendidikan yang boleh dicapai oleh pelajar. Ia adalah satu proses yang
menggalakkan guru membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi pengajaran dan
media. Teknologi pendidikan juga merupakan satu proses bersepadu yang melibatkan
manusia (guru dan pelajar), prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis
masalah-masalah, mereka bentuk, melaksana, menilai dan menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan aspek-aspek pembelajaran manusia. Kadang kala teknologi pendidikan
dikaitkan dengan penggunaan alat-alat seperti komputer, televisyen, radio dan pelbagai
media lain sebagai bahan bantuan kepada guru dalam menyampaikan maklumat.

TAJUK 3: MEDIA PENGAJARAN


KONSEP MEDIA PENGAJARAN

Percival & Elington (1984)


Percival & Ellington (1984) telah mengkategorikan media dalam dua bentuk:

1. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan.


- perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, filem, slaid, gambar, perakam, slide dan
kombinasi di antaranya.

2. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa.

- surat khabar, radio dan televisyen

Media dalam pengajaran merujuk kepada alaatn atau teknik yang berupaya
menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan
merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima.

Media dalam pengajaran berperanan sebagai penghubung antara guru dan pelajar
dan pelajar dengan pelajar. Ia juga menyampaikan isi kandungan dengan berkesan
serta menyeronokkan dan bermakna. Hal ini demikian dengan penglibatan pelbagai
deria.
Reiser & Gagne (1983)

Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan


mesej pengajaran disampaikan.

- guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slide bersuara dan


apa saja yang boleh menyampaikan mesej.
Torkelson (1972)

Membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej,


bentuk mesej dan saluran mesej.

a) Mesej:
Isi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada
mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain
yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

b) Bentuk Mesej:
bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas,
bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak.
Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek,
simbol dan lain-lain.

c) Saluran Mesej:
peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang
membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti
televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya.
DEFINISI MEDIA PENGAJARAN

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan


untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima
sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta
perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari
sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989),
berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang
serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman,
persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses
pengalaman yang total.
FUNGSI MEDIA
PENGAJARAN
1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan
disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan
media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi
komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan
animasi, bunyi dan muzik.

2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;


i. Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan
model, gambar, transparensi, filem atau video.
ii. Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu
dengan timelapse atau high-speed photography.
iii. Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam
bentuk filem, gambar foto atau pun lisan.
iv. Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk
model, gambar rajah dll.
v. Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat


mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat,
meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh
belajar kendiri.
a)Pengajaran Bersama Pengajar

Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar
melaksanakan pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam
konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut
tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh
beliau sendiri.

(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar

Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada
keranapengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna
pelajar belajartanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut seperti
mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini
dikenali sebagai pengajaran kendiri.
Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu
menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai
pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas
guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan
kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap
pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman
pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan
keselesaan masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat
unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza
membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media
pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan
persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali
oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini
membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep
atau prinsip.

(d) Pengajaran Tematik (Thematic)

Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh
guru. Ia bermula dengan “perkongsian pengalaman” yang diperolehi mungkin
daripada tayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian,
diikuti dengan “perkongsian kepakaran” di mana pelajar secara bekerjasama
mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya
menggariskan kesimpulan. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk
dikongsi oleh semua murid di dalam kelas. Tema yang biasa dilaksanakan adalah
seperti sejarah sukan Olimpik, sejarah tempatan, industri tempatan dan sebagainya.
(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia
kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai
bidang ilmu kepada semua orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak
dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu
dan berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut
menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.

(f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa

Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya.
Pelajar pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada
pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian
dengan mereka yang kurang berupaya/kecacatan.
JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA

PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN


Bil Jenis media Contoh

1. Media Tayang Kaku Tranparensi, slaid & mikrofilem

2. Media Tayang Bergerak Pita video, cakera padat digital & filem

3. Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta & graf

4. Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan & poskad

5. Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama & puppet

6. Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel & papan buletin

7. Media Audio Pita kaset, cakera padat & computer

8. Media Cetak Modul, buku teks, akhbar, majalah & risalah

Model Hoban dan Zissman (1937)


KON PENGALAMAN DALE menurut tafsiran BRUNNER (1966)
6 kategori berdasarkan ransangan fizikal media
 Perkataan yang diucapkan
 Bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan
 Perkataan bercetak
 Gambar pegun
 Gambar bergerak
 Sampel sebenar

Mengenali ciri fizikal media lebih penting daripada menentukan peralatan dan
bahan.

– Mengenalpasti ciri serangga : ciri fizikal media = gambar pegun, perkataan yang
diucapkan, bunyi dan sampel sebenar ( video, slaid berpita, TV, CD-ROM dll. )
Bab 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran. (Model
Assure)
Tajuk 4: Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran. (Model
Assure)

Pengenalan:

Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat


digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang
canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung
kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983),
mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan
pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung pencapaian pelajar-pelajar.
Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran lebih dipengaruhi oleh
sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan
bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.
Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada
dihasilkan atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya.
Tujuannya ialah supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran
untuk membatu guru dalam proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.

Apakah maksud istilah-istilah berikut?


· Perancangan
· Pemilihan
· Penghasilan
· Penilaian

Pemilihan Multimedia
Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat daalam proses merancang
sesuatu topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya. Aspek ini
diperjelaskan oleh Dick & Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu model reka bentuk
pengajaran.

Beberapa model lain yang menyentuh aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti
Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1996), Model Anderson (1976), Branson, Ryner,
Cox, Furman, King, dan Hannum (1979) telah menunjukkan persamaan faktor yang perlu
diberi perhatian dalam pemilihan media dalam proses pengajaran. Berikut merupakan
penjelasan terhadap Model ASSURE.
Jadual 1: Model ASSURE (Heinich dan rakan-rakan, 1996) dalam menentukan ketepatan dan
langkah persediaan dalam pemilihan media.

A – Analisis Pelajar (Analyze learners)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita
merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti
keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru,
garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih
strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-
pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
· Ciri-ciri umum pelajar.
· Pengetahuan/pengalaman sedia ada.
· Gaya belajar.

1. Ciri-ciri umum:-
Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf
sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu
media itu dipilih dan digunakan.
Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis
pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada tahap pertama
sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk digunakan
dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada
kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat dipergiatkan
pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan.

2. Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-


Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah
tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi
masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin
memerlukan pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi.
Dalam hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah
diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu adalah lebih berkesan
sekiranya pembelajaran itu memerlukan seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan
deria seperti melihat tempat, atau memegang objek.
3. Gaya pembelajaran pelajar:-
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran
ialah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan
bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran
individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru
merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya pembelajatan tersebut
termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford. Gaya pembelajaran individu
mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor
motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil
kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

S – Menyatakan Objektif (State Objectives)

Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran


adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan.
Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan
dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga
penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran.
Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan sahaja pretasi yang
sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan. Objektif mesti spesifik.
Contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan
berkenaan.”

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi,
seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi
pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat
sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru
dalam proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai
hubungan rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs &
Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek),
objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan
kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru
membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.

Mengapakah guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan bojektif


dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu,
guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga
akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan.
Pernyataan objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap
pencapaian pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa
pernyataan objektif yang jelas. Akhir kata, pernyataan objektif berperanan sebagai kontrak
perjanjian antara guru dengan pelajar. Bagi guru, ini yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang
mesti saya belajar.

Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif.


· Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
· Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?
· Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?
· Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah
dikuasai)?

1. Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?


Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan
ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan
sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat
aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea) ataupun
fizikal (latihan kemahiran). Contoh penulisan “siapa yang hendak capai” ---“pada akhir
pengajaran-pembelajaran, pelajar dapat.....”

2. Bentuk tingkah laku baharu.


“apakah yang hendak dicapai” merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau
dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran-
pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga
hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan
tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan,
menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus, dan menyelesaikan
masalah.
3. Situasi atau prasyarat perlakuan
Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang
bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran
hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan.
Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana,
langkah pengajaran-pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan
memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.

4. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan


Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa
sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini
merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang
ditetapkan dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru
menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif
pengajaran-pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan
pengayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh
dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria
kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-
kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul.

Cuba analisis objektif pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan objektif
yang baik.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
a. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang
mempunyai sultan.
b. Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-
kurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul.
c. Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan
minimun 80% dalam kumpulan berempat.

Contoh penulisan objektif


Contoh 1: Diberi faktor-faktor pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan dapat
membuat klasifikasi faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul mengikut
jenisnya dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.

Bagi topik pertanian dalam mata pelajaran geografi, misalnya guru boleh membentuk objektif
seperti yang diberi contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia hanyalah memerlukan
lembaran kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin menggunakan pelbagai strategi
sama ada secara lisan, menonton klip video, atau melihat paparan grafik atau teks di
komputer. Di sini pembentukan objektif telah memberi panduan kepada guru jenis media yang
akan digunakan untuk penyampaian pembelajaran serta bentuk penilaian.

Contoh 2:

Contoh 2 bertajuk planet-planet dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam semesta bagi
mata pelajaran Sains Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan objektif dapat
menentukan pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih ialah bahan
multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian termasuk penilaiannya
adalah berbantukan komputer.

S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)
Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media
dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:
· Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
· Bentuk objektif (the nature of the objectives)
· Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
· Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini
bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh
diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan
digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama
ada dari aspek perkakasan dan perisiannya.

Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar
pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.

Persoalan
· Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?
· Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
· Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
· Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu?
· Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
· Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan
bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut
merangkumi tiga langkah berikut:

1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
3. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Penentuan Kaedah
Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah
yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan
beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah
hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya
pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan
tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum
menguasai kemahiran membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran
kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah
bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

Pemilihan Format Media


Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format
media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan
computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa
criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan
pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber


Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi
fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya.
Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada,
mengubai suai bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.
Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih bahan
sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1. Adakah bahan ini menepati kurikulum?


2. Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
3. Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
4. Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
5. Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
6. Adakah bahan ini ada kualiti?
7. Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
8. Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
9. Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-
pembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak
sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan
tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja,
memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan sebagainya.
sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan bahn sumber
sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan kreativiti yang tinggi.

U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)


Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-pembelajaran
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru
kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh
pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan
penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.


Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum
menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan
tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran,
tidak mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya.
dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.
2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah
penggunaannya dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu
mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan
pelajar. Guru juga hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia
dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.

3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.


Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan
sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan
media dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah
yang dipilih juga hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil
untuk perbincangan kumpulan.

Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi kedudukan
kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya sesuai
dengan bjektif pembelajaran.

Persoalan
· Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?
· Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang
hendak disampaikan?
· Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar
serta mudah digunakan oleh anda sendiri?
· Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?
· Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut
perlu ditayang?
· Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik
dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan
kuasa elektrik?
· Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?

4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.


Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan
menawarkan pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan
dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh
disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka
dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi
pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif
pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat
dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk
penilaian pembelajaran.

5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.


Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah
dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik
penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran,
guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk
menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan
pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar
boleh digunakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru
berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah
simulasi, lakonan, perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan
sebagainya. apabila pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)


Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori
pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang
menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina
pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.

Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar
menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis,
permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam
aktiviti pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara
langsung juga melalui guru, keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan
mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri,
video contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga
aktiviti penyelesaiaan masalah.

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta
mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia
juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.

Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau
membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang
berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang
dipaparkan melalui computer.
Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.

Persoalan
· Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?
· Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan
sebagainya?
· Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer
atau member maklum balas?
· Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons?
· Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons
dan apakah cara mengatasinya?
· Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat
oleh pelajar?
· Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?
E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)
Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula
perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan
penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-
pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan
keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui
pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran,
tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh
mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian
ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-
pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran
terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk
kepada ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab,
aktiviti kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat
sepanjang proses pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya
member maklum balas tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru,
pemilihan kaedah, media dan bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui


amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk
melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana
perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan,
pengajaranm tindak balas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan
sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu ditanya:
1. Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?
2. Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?
3. Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah?
Aktiviti pembelajaran? Latihan?
4. Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
5. Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?
6. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan
perancangan lebih baik?
7. Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?

Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia
dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala
bersepadu bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilaikan pada
aspek strategi penyusunan pengajaran oleh guru termasuk penetapan objektif, pelbagai
bentuk respons pelajar sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar
dalam kuiz, kemahiran yang ditunjukkan atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada
penggunaan media yang dipilih dalam sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran.

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya
perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada
masa yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk
penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan
maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih
efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar
sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya. Dengan itu, guru dapat
mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan
media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

Rumusan:
Models ASSURE yang mengandungi lima komponen tadi dapat membantu guru membuat
satu persediaan dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini adalah asas bagi
pemilihan semua jenis media pengajaran.

A Analyze Learners · Ciri-ciri umum


· Kebolehan awal
· Gaya pembelajaran
S State Objectives · Matlamat pembelajaran
· Syarat Pencapaian
· Tahap pencapaian minimum

S Select Media, · Pemilihan sumber sedia ada


Methods and
Materials · Modifikasi sumber sedia ada
· Membina sumber baru

U Utilise · Membuat preview


· Menyediakan persekitaran
· Menyediakan peluang pembelajaran

R Require Learner · Aktiviti di dalam kelas dan selepas P & P dijalankan


Participation supaya pelajar dapat memproses pengetahuan tersebut.

E Evaluate and · Sebelum, semasa & selepas instruksi


Revise
· Penilaian ke atas pelajar & medium

Pada akhir pelajaran, dipaparkan planet-planet di skrin komputer, murid-murid secara


kumpulan boleh mengenal pasti planet-planet tersebut dengan cara menyesuaikan nama-
nama planet mengikut urutan dalam masa 10 minit tanpa merujuk.

PRINSIP ASAS GRAFIK

1. Prinsip
2. Elemen Grafik
3. Reka bentuk visual
4. Penghurufan Prinsip penghasilan grafik
5. Peralatan penghasilan grafik
Prinsip Grafik
Kejayaan sesuatu media pengajaran bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan
keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan
rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggunaan pelbagai jenis teknik
penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf,
gambarajah, poster,kartun, lutsinar dan lain-lain media pengajaran.

Definisi
Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih
keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos”
bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,


perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari
pengirim kepada sasarannya dalam proses penyampaian maklumat.
Elemen Reka Bentuk Visual

1. Ruang /space
2. Garis
3. Permukaan
4. Bentuk tiga dimensi
5. Bentuk dua dimensi

Ruang /space
Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-
elemen visual yang dipaparkan, serta membuat bgrafik kelihatan kemas dan
terancang. Ruang kosong yang ditinggalkan di sekeliling perkataan dan elemen visual lain
untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.

Garisan
Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk
mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

Permukaan
Permukaan boleh diubah dan diolah dengan memberi warna dan tekstur.Garis dan tekstur
boleh memberi kesan yang berbeza kepada visual. Boleh diolah untuk menjadikan visual lebih
menarik.

Bentuk Dua Dimensi / shape


Setiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk
nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan
penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada
bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

1. Bentuk geometri
2. Bentuk abstrak
3. Bentuk gambaran

Bahan yang dilukis atau dicetak di atas permukaan rata atau kertas
1. Gambar 5. Grafik
2. Carta 6. Peta
3. Graf 7. Poster
4. Kad Imbasan 8. Kad Gambar

Bentuk Tiga Dimensi/form


Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Terdapat dua bentuk tiga dimensi.

1. Tiga dimensi sebenar

Tiga dimensi

2. Tiga dimensi tiruan

Prinsip Reka Bentuk Visual


1. Mudah
2. Dominan
3. Pola
4. Seimbang
5. Variasi
6. Harmoni

Mudah / simplicity
Hadkan jumlah perkataan yang ditayangkan kepada 15-20 patah perkataan sahaja dalam
sesuatu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh
guru dan pelajar.
Mudah
1. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline)hendaklah dibuat dengan garisan
tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan.
2. Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca

Dominan
Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian.
Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut

Seimbang
Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat
sebelah. Perimbangan merupakan susun atur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan
yang baik dan elok dipandang. Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal dan
perimbangan tidak formal

Pola
Pola atau corak merupakan sususnan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Antara tujuanya
ialah menarik perhatian. Ia menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual
dalam arah yang betul. Ia juga mengekalkan penglihatan mata sehingga kepada titik akhir
visual.

Variasi
Elemen-elemen yang menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak.
Variasi dapat menyokong pola bagi menambahkan minat terhadap visual.

Harmoni
Dapat menteteramkan jiwa dan perasaan.
Prinsip penghasilan grafik
1. Perancangan
2. Penyediaan ilustrasi
3. Warna
4. Huruf
5. Persembahan

Perancangan
Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya
visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar
mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip reka bentuk.

Penyediaan ilustrasi
Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan:
a. Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis.
b. Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan kesesuaian dan mengelakkan
pembaziran.
c. Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem,
video) bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran (poster, lukisan)

Warna
1. Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan
penyatuan di antara elemen dan objek.
2. Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu ahan visual akan dapat menimbulkan
perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu, penggunaan warna adalah tertakluk
kepada prinsip-prinsip dan bahasanya.
3. Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan
visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan
kontras yang baik.

Panduan am mewarna
1. Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan.
2. Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik, warna, berhampiran atau
warna penggenap.
3. Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.
4. Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.
5. Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna
latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.

Skema warna
Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna
1. Skim warna monokronomik
Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda
membawa kepada warna tua. Cthnya: warna ungu muda hingga warna ungu tua.

2. Skim warna berhampiran


Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada waran-warna yang berhampiran dalam carta
warna. Cthnya: warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren.

3. Skim warna penggenap


Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta
warna. Cthnya: warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu.

Alat mewarna
1. Pena bermata felt.
2. Pensel warna,kapur warna, pastel dan krayon.
3. Cat air.
4. Cat sembur.
5. Kertas berwarna dan plastik berwarna

Huruf
Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih
berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan
huruf,perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris, kontras di antara huruf dengan
warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.

Saiz huruf
Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan
baik.

Jarak huruf
1. Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan
sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.
2. Dekatkan huruf-huruf bulat (O.G,S,C).
3. Jauhkan huruf-huruf lurus (E, H,L,M,N).
4. Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur.
5. Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara perkataan dengan perkataan.
6. Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil

Jenis huruf
Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau
tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif (huruf
blok) serif (times roman) dekoratif (huruf berbunga).
Cara menulis huruf / angka
1. Tulisan bebas.
2. Huruf yang dipotong
3. Huruf pindah kering (dry transfer lettering)
4. Huruf stensilan

Persembahan Cara membuat gambar


1. Menekap (tracing)
- karbon pensil
- kapur atau pastel
- kaedah tebuk
2. Petak grid
3. Pantograf
4. Episkop
5. Penyalin gambar (fotostat)
6. Kaedah pengunjuran (OHP, Slaid)

You might also like