You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2020


Program : PISMP Nama Pelajar :
Kod : EDUP 3043 Semester / Tahun : Semester 1 /Tahun 2

Ambilan: Jun 2019


Kumpulan: U1,U2,U3,U4,U8,U9
Nama Kursus : Pengurusan Bilik Darjah
Dan Tingkah Laku
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik 9 SEPT 2020 12 OKT 2020
2. Pengurusan Grafik 13 OKT 2020 20 OKT 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan secara mendalam konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang
berkesan. (C2, LO1) .

2. Membincangkan dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran


yang kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah aliran perdana dan
inklusif (C4,LO3,CTPS3).

3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan
merujuk pelbagai sumber yang relevan (C4, LO3, LO6, CTPS3, LL1).

4. Memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah (C5, A1, LO3, CTPS3).

5. Membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif (C6, LO3,
CTPS3).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:
1. Menganalisis dan membincang dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan yang positif dengan murid dalam aliran
perdana dan inklusif berdasarkan situasi yang berkaitan dengan masalah disiplin bilik darjah
dalam penulisan akademik.

2. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dengan
merujuk kepada pelbagai sumber rujukan yang sesuai.

3. Memberi justifikasi model/beberapa model pengurusan disiplin bilik darjah dan intervensi yang
sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam
penulisan akademik.

4. Menghasilkan satu pengurusan grafik berkaitan dengan penulisan akademik dengan


penerangan yang sesuai.

SENARIO:

1
Chong dan Mohan adalah pelajar Tahun 5 di kelas Cikgu Ayu yang terdiri daripada 25 orang pelajar.
Kelas ini mempunyai 13 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan. Mohan adalah seorang kanak-
kanak autisme tahap sederhana dan mempunyai masalah pembelajaran dalam membaca. Mohan
suka Matematik. Dia sangat minat unit geometri. Mohan biasanya bersifat pendiam semasa membuat
kerja secara bersendirian tetapi menjadi agresif apabila Chong mengganggunya. Mohan sedang
mengikuti program inklusif penuh dalam kelas arus perdana. Terdapat 3 orang murid berkeperluan
khas di kelas tersebut termasuk Mohan.

Chong, seorang pelajar dalam kelas cikgu Ayu yang suka berlakon sketsa lawak. Dia suka bercerita
lucu dan gemar 'menarik perhatian’ dalam kelas. Chong seorang berpencapaian sederhana dalam
akademik. Dia suka mengambil bahagian dalam sukan sekolah terutamanya dalam permainan bola
sepak. Pelajar lain selalu mengatakan bahawa dia bercakap tidak berhenti-henti.

Cikgu Ayu mula merasa bengang kerana terdapat banyak gangguan disruptif yang berlaku di dalam
kelas. Chong dan Mohan nampaknya adalah penyebab utama gangguan tersebut. Cikgu Ayu telah
memerhatikan Chong dan Mohan yang sememangnya suka mengganggu antara satu sama lain.
Mereka bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan tugasan mereka pada masa tersebut, malah
pelajar-pelajar lain di kelas tersebut terus menyaksikan pergaduhan Chong dan Mohan. Malangnya
setiap kali gangguan antara kedua-dua pelajar ini berlaku, banyak kerja dan arahan di kelas tidak
dapat diselesaikan. Cikgu Ayu telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku yang berkenaan
seperti berikut:

MOHAN CHONG
Respon ejekan dengan teriakan yang Mengejek Mohan (dan kadang-kadang
kuat dan adakala dengan tangisan. pelajar lain) dengan gelaran, komen dll.

Bertengkar dengan Chong Suka menjawab dalam kelas atau


memberikan maklumat yang tidak berkaitan
atau tidak sesuai semasa perbincangan
kelas dijalankan.

Menolak Chong sekiranya kehendak Bertengkar dengan Mohan (atau pelajar lain)
atau komennya tidak dilayan oleh ketika diminta berhenti mengusik atau
Chong. menghentikan tingkah laku yang tidak
diingini.

Berdasarkan senario yang diberikan di atas:

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK (40%)

2
i Anda diminta untuk menganalisis isu-isu dalam senario yang diberikan secara kritis yang
berkaitan dengan masalah disiplin bilik darjah dalam kalangan pelajar sekolah yang akan
memberikan kesan negatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

ii Berdasarkan masalah yang diberikan, tuliskan laporan penulisan akademik dengan


menilaikan kriteria-kriteria seperti berikut:

• Peranan guru dalam menguruskan persekitaran bilik darjah yang kondusif.

• Strategi untuk membina hubungan pelajar guru yang positif di dalam bilik darjah aliran
perdana dan inklusif.

• Memilih dan memberi justifikasi model / beberapa model pengurusan disiplin bilik darjah
yang sesuai.

• Intervensi pengurusan tingkah laku bermasalah di dalam kelas.

• Memilih Intervensi yang sesuai untuk menangani tingkah laku bermasalah di bilik darjah.

iii Tugasan ini adalah tugasan individu dan jumlah perkataan adalah tidak melebihi 1300 patah
perkataan.

Tugasan 2 : Pengurusan Grafik (10%)


i Berdasarkan senario yang sama di atas, anda diminta untuk menghasilkan satu pengurusan
grafik dengan penerangan yang relevan yang merangkumi:

konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan.

peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan


membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah aliran perdana dan inklusif.

menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan.

memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjah.

membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif.

pemahaman keseluruhan tugasan yang diberikan.

ii Tugasan ini adalah tugasan individu dan jumlah perkataan adalah tidak melebihi 300 patah
perkataan.
iii Kerja kursus ini adalah bergabung dengan kerja kursus EDUP 3053. Perlaksanaan KPPB
akan dilaksanakan seiring dengan idea besar (Guru yang berkompeten dan celik IT
memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam era kebiasaan baharu). Hasil projek ini
akan dimuatnaik secara digital di atas talian.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Format penulisan adalah seperti berikut:

3
i Templat terkini muka depan kerja kursus hendaklah digunakan dan boleh dimuat turun
dari iTEMS.
i Font: Arial.
i Saiz huruf: 11.
i Langkau: 1.5
i Rujukan: APA (American Psychological Association) terkini.
i Rujukan harus merangkumi 5 rujukan daripada buku, jurnal, buku rujukan dan artikel.
i Jawab dalam Bahasa Melayu.
2. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali .
3. Tugasan anda perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah perkataan kerja kursus.

Disediakan oleh, Disemak oleh:

______________________ ________________________
(Nama: Dr. Kanthasamy) (Nama: Dr. MIOR AHMAD TERMIZI BIN MIOR IDRIS)
Pensyarah/Penyelaras kursus SME/Penyelaras kursus / Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

__________________________
(Nama: Zulkufli Bin Mahayuddin)
Ketua Jabatan

You might also like