You are on page 1of 4

PENGENALAN

Tulisan Jawi (‫)توليس ن ج اوي‬, juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi. Manakala huruf
Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk
menulis dalam bahasa Melayu.

Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan
juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi
dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi,
maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan.
Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu
yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia
dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu.
Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi.
Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik
lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam
bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya.

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa
Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai
sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang
tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an.
Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa
Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.

Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor,


Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat
diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di
pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka
dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei
semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa
perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama
mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun
Melayu.
ISU DALAM TULISAN JAWI.

Dewasa ini, seakan sudah menjadi satu kejanggalan apabila apa-apa sahaja yang berkaitan
tulisan jawi diketengahkan dalam masyarakat. Malah yang lebih mengecewakan lagi,ada
golongan remaja mahupun kanak-kanak zaman sekarang yang langsung tidak mengetahui
apa itu tulisan jawi, belum dikira lagi dengan yang tidak tahu menulis jawi. Pelbagai isu yang
telah terjadi pada zaman ini berkaitan dengan apa yang boleh dikatakan membawa kepada
kepupusan tulisan jawi.

Antara isu utama yang telah membawa kepada kemerosotan tulisan jawi adalah
apabila Akta Bahasa 1963 yang menetapkan tulisan Rumi menjadi tulisan Rasmi Bahasa
Melayu. Pelbagai kekangan terus dihadapi dalam memurnikan tulisan jawi sesuai dengan
peredaran semasa untuk mewujudkan satu sistem ejaan Jawi baru melalui pembakuan
ejaan Jawi dan penerbitan ejaan Jawi yang baru. Akta yang diwujudkan ini seolah-olah
membunuh sisttem tulisan jawi untuk terus diperkukuh dalam masyarakat meskipun
peredaran zaman terus berlalu.

Seterusnya, isu yang pernah menjadi satu kekecohan di media massa pada tanggal
10 Januari 2014 apabila sebuah Sekolah Convent di Bukit Mertajam,Pulau Pinang yang ada
menggunakan tulisan jawi di papan tanda hadapan sekolah tersebut telah menerima surat
dari seorang paderi yang memaksa pihak sekolah itu untuk membuang tulisan jawi di papan
berkenaan. Hal ini menjadi berita gempar pada ketika itu apabila ramai yang mengaitkannya
dengan agama dan perkauman.

Isu yang sama juga turut terjadi di Pulau Pinang iaitu di Penang Free School apabila
tulisan jawi yang sudah lama berada di papan tanda sekolah tersebut telah dibuang dan
digantikan dengan tulisan rumi berbahasa inggeris. Ini sekaligusmenjadikan keadaan serta
kedudukan tulisan jawi kini lebih parah seakan telur dihujung tanduk. Sudahlah saban hari
dilupakan,malah ada lagi usaha membuang kenanagan mahupun simbol yang sedikit
sebanyak boleh mengingatkan masyarakat kepada tulisan jawi.

Seterusnya adalah kejadian yang berlaku di Negeri Melaka apabila tulisan jawi yang
digunakan dan dipasang di papan tanda ditulis secara terbalik. Timbul pelbagai persoalan
mengapa perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan tulisan jawi ini pernah suatu ketika
dahulu menjadi tulisan yang diguna pakai secara meluas di berpuluh-puluh buah Negara
dan juga digunakan untuk tujuan rasmi dan surat-menyurat.
CABARAN DALAM PENGGUNAAN TULISAN JAWI.

Isu-isu yang semakin berleluasa dalam masalah kepupusan tulisan jawi ini dilihat
seakan tidak dapat ditangani lagi oleh pihak-pihak yang sepatutnya. Semestinya, pelbagai
cabaran yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang ingin memartabatkan tulisan jawi ini
kembali,dan cabaran itu pastinya cukup besar untuk ditangani.

Pada hari ini, generasi muda berasa malu untuk belajar Jawi, seolah-olah Jawi
hanya untuk pelajar yang mengikuti bidang pengajian Islam sahaja. Masyarakat kita lebih
selesa menggunakan tulisan Rumi berbanding tulisan Jawi. Lebih malang lagi apabila
sebahagian masyarakat kita lebih selesa berbahasa Inggeris yang diselang seli dengan
bahasa Melayu dalam perbualan harian mereka. Bangsa Melayu hari ini perlu khuatir
tentang nasib tulisan Jawi. Tidak mustahil tulisan Jawi akan pupus dalam kehidupan
masyarakat Melayu pada suatu masa nanti jika langkah-langkah memajukannya tidak
dimulakan dengan serius daripada sekarang. Ungkapan yang paling sesuai bagi tulisan Jawi
kini adalah “hidup segan, mati tak mahu”. Itulah realitinya tulisan Jawi kini.

Seterusnya, Penggunaan tulisan Jawi yang terlalu terhad juga merupakan cabaran
utama dalam penggunaan tulisan jawi pada masa kini. Di jabatan kerajaan, hanya Jabatan
Agama Islam sahaja yang menggunakan tulisan Jawi seperti pada surat daftar nikah dan
untuk menyediakan teks kuthbah Jumaat. Manakala di sekolah pula hanya matapelajaran
Jawi (sekolah rendah) dan Pendidikan Islam sahaja yang menggunakan Jawi. Malah, di
Institut-Institut Pengajian Tinggi(IPTA) pula, tulisan jawi seolah-olah sudah pupus
sepenuhnya apabila ianya langsung tidak digunakan dalam proses pembelajaran.

Masalah kekurangan penggunaan tulisan jawi dalam kehidupan harian masyarakat di


Malaysia ini menjadi salah satu faktor utama kepada kepupusan tulisan tersebut pada masa
kini.

Cabaran lain kepada penggunaan tulisan jawi pada masa kini adalah apabila
wujudnya Akta Bahasa 1963 yang mewajibkan penggunaan tulisan rumi dalam penulisan
harian. Tanpa disedari,kewujudan akta ini telah menjadi satu penyumbang besar kepada
pupusnya tulisan jawi di Negara Malaysia pada masa ini. Kewujudan akta ini menyebabkan
kebanyakan masyarakat mula meminggirkan tulisan jawi yang merupakan identiti kepada
bangsa mereka terutamanya bangsa Melayu.

You might also like