You are on page 1of 9

Tugasan 1: Peranan Malaysia dalam konflik Palestin-Israel

Pengenalan

Isu peperangan seperti konflik Palestin-Israel adalah tidak asing kepada warga
dunia kerana jumlah orang yang terkorban meningkat sehari demi sehari akibat daripada
konflik ini yang mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan yang merupakan salah
satu bahagian daripada konflik Arab-Israel. Konflik ini merupakan pertikaian antara dua
kumpulan tentang tuntutan kawasan yang sama. Walaupun banyak percubaan telah
dibuat bagi menyelesaikan konflik antara dua negara ini tetapi konflik ini masih gagal
diselesaikan.

Konflik ini merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Konflik ini juga
melibatkan isu agama yang memberi kesan yang berterusan terhadap Palestin.
Sehubungan itu, konflik Palestin-Israel bertambah buruk kerana campur tangan kuasa
barat seperti negara kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya.
Penglibatan kuasa-kuasa barat sebenarnya mempunyai pelbagai muslihat dan matlamat
tersendiri. Oleh itu, konflik ini telah membawa kesan kepada kedua-dua negara itu sendiri
dan negara-negara lain.

Kesannya boleh dilihat dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Dari aspek politik,
hubungan dua hala antara Israel dan Amerika Syarikat yang merupakan faktor penting
dalam dasar Amerika Syarikat di timur tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan
keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan
yang ketara ke atas Israel merupakan pemberian bantuan luar yang sentiasa dihulurkan
oleh pihak Amerika Syarikat.

Dari aspek sosial, kesan daripada peperangan tersebut bukan sahaja melibatkan
ratusan nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban, malah ianya turut menyebabkan
kemusnahan infrastruktur dan penyebaran wabak penyakit. Manakala kesan isu Palestin-
Israel terhadap aspek ekonomi pula, Palestin sehingga ke hari ini tidak dapat memajukan
negaranya kerana terpaksa menanggung hutang perang yang tinggi. Kuasa-kuasa besar
yang lain terus melakukan sekatan ekonomi terhadap negara Palestin dan menyebabkan
rakyat Palestin pada hari hidup dalam keadaan yang miskin.

1
Peranan Malaysia sebagai ahli anggota OIC dalam konflik Palestin-Israel

OIC (Organisation of Islamic Cooperation) sudah lama membantu Palestin dalam


konflik Palestin-Israel. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur
Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa depan. Ini juga merupakan suatu sudut
pandangan yang difikirkan oleh kebanyakan orang Israel. Terdapat banyak percanggahan
pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-
dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing. Sejak tahun 2006, pihak Palestin
telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama iaitu Fatah dan Hamas.
Fatah merupakan parti yang besar dan Hamas merupakan sebuah kumpulan militan
Islam. Palestin berpecah-belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza
dan masalah mula timbul kerana Hamas dianggap sebagai pertubuhan pangganas oleh
Israel. Setelah perang dunia kedua, konflik ini bermula ketika masyarakat Israel berfikir
untuk memiliki negara sendiri. Menurut sejarah mereka keluar dari tanah Israel setelah
perang Salib kerana dituduh pro-Kristian oleh tentera Islam, yang kemudian ditinggalkan
oleh orang-orang Palestin.

Peranan Malaysia dalam OIC ialah memberikan sokongan yang kuat kepada
perjuang rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation
Organisation-PLO) supaya konflik ini dapat diselesaikan. Malaysia sebagai ahli anggota
OIC juga telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai
Persoalan Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983.

2
Peranan NGO Malaysia dalam konflik Palestin-Israel
Sejak kewujudan negara Israel pada tahun 1948, semakin banyak NGO telah
menghulurkan bantuan untuk rakyat Palestin. Sejak ketiadaan negara Palestin, NGO telah
memainkan peranan penting untuk menjaga kebajikan rakyat Palestin. Sebagai contoh,
sektor NGO telah menyumbang sebanyak 60% untuk penjagaan kesihatan rakyat
Palestin, 100% untuk pertanian, dan 30% untuk institusi pendidikan bagi rakyat.

Menurut kajian Carapico, terdapat kira-kira 400 NGO yang bergiat aktif membantu
rakyat Palestin. Secara umumnya perjuangan utama NGO di Palestin adalah
memfokuskan kepada isu kemerdekaan kebangsaan menentang penjajahan Israel, dan
juga untuk menyediakan perkhidmatan asas seperti kesihatan, tempat tinggal, makanan
dan pendidikan kepada rakyat Palestin.

Terdapat pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Organisasi Bukan Kerajaan


(NGO) yang terlibat dalam bantuan kemanusiaan. Bagi Malaysia, NGO itu dianggap
sebagai antara kumpulan organisasi bukan kerajaan yang paling aktif dalam menyediakan
bantuan kemanusiaan ke Palestin. Organisasi ini telah menggunakan platform bukan
kerajaan dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Kajian ini
memfokuskan Viva Palestina Malaysia yang merupakan salah satu NGO dari Malaysia
bergiat aktif di Palestin. Ia akan mengkaji aktiviti, polisi dan sumbangan Viva Palestina
Malaysia terhadap Palestin. Kajian akan menunjukkan peranan organisasi bukan kerajaan
dalam memperjuangkan kebenaran, meningkatkan isu kesedaran, menyediakan bantuan
dan menjalankan aktiviti kemanusiaan di Palestin

Sejak tragedi Operation Casting Lead (OCL), iaitu peperangan GAZA, terdapat
banyak NGO antarabangsa termasuk NGO Malaysia berasa terpanggil untuk menamatkan
serangan tentera Israel di Gaza. Bagi NGO Malaysia, nasib rakyat Palestin walaupun
sebelum OCL di Gaza, telah menjadi antara agenda utama dalam misi mereka untuk
menegakkan isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa. Antara NGO Malaysia
yang terlibat dalam menjalankan kempen kesedaran serta menyalurkan pelbagai program
dan bantuan untuk mangsa kekejaman Israel ialah Malaysian Medical Relief Society
(MERCY Malaysia), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya. Kesemua
NGO ini telah banyak memainkan peranan dalam menyalurkan sumbangan dan bantuan
untuk Palestin termasuklah dalam aspek untuk membangunkan infrastruktur, pendidikan,
kesihatan, ekonomi dan sebagainya.

3
Malaysia terkenal khususnya melalui NGO Malaysia sebagai sebuah negara yang
sentiasa memberikan sokongan terhadap rakyat Palestin. Malaysia juga telah memberikan
sumbangan yang besar untuk membantu rakyat Palestin bermula dengan penubuhan
pejabat PLO di Kuala Lumpur pada tahun 1974 untuk membuat isu Palestin sebagai tajuk
berita utama di kebanyakan Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sidang
kemuncak OIC, dan lain-lain persidangan hak asasi manusia antarabangsa.

4
Peranan kerajaan Malaysia dalam konflik Palestin-Israel
Bagi kerajaan Malaysia pula, bantuan yang diberikan kepada Palestin adalah
dalam pelbagai bentuk antaranya termasuklah dari segi penghormatan diplomatik dan
sokongan sosioekonomi yang sentiasa berterusan. Oleh itu, tidak wujud persaingan antara
kerajaan dan pihak NGO kerana kedua-duanya telah menunjukkan komitmen dan
sokongan yang padu terhadap rakyat Palestin bagi memastikan penghormatan dan
kemerdekaan negara mereka dikembalikan. Meskipun berlainan latar belakang, namun
matlamatnya tetap sama demi memelihara keamanan dan kesejahteraan buat rakyat
Palestin. Meskipun Perdana Menteri Malaysia sering silih berganti, namun peranan
Perdana Menteri Malaysia dalam menyuarakan usul mengenai isu Palestin tidak pernah
diabaikan.

            Hal ini membuktikan bahawa Malaysia tidak memandang ringan terhadap konflik di
Palestin dan Malaysia merupakan antara negara yang berani menyuarakan pendirian
untuk memelihara keamanan di Palestin. Meskipun sebagai sebuah negara yang sedang
membangun, keberanian yang ditonjolkan oleh Malaysia sedikit sebanyak membuktikan
bahawa negara ini mampu membuka minda dan mencelikkan mata masyarakat dunia
tentang nilai-nilai kemanusiaan yang sering dilupakan khususnya oleh negara kuasa besar
demi menjaga kepentingan negara masing-masing. Tindakan Tun Dr Mahathir yang juga
sering memperjuangkan isu rakyat Palestin dengan mengambil kesempatan berucap di
Perhimpunan Agung PBB, beliau tidak pernah gagal dalam membangkitkan isu Palestin
pada setiap tahun. Komitmen Tun Dr Mahathir terhadap Palestin dapat dilihat melalui
hubungan baik yang terjalin dengan ketua PLO iaitu Yaser Arafat. Yaser Arafat telah
melawat ke Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1984, 2000 dan 2001. Beliau
telah membuat perbandingan antara Malaysia dengan negara Arab yang lain dengan
mengatakan bahawa hubungan antara Palestin dan Malaysia adalah lebih rapat
berbanding dengan negara Arab.

Malaysia turut mengulangi pendirian tegasnya bahawa satu-satunya penyelesaian


kepada konflik Palestin-Israel adalah menerusi kerangka penyelesaian dua negara
berdasarkan persempadanan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai
ibu kota Palestin. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat
Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU,
Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet mengambil
langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
5
Malaysia sentiasa memperjuangkan agenda Palestine di semua platform
antarabangsa dan telah mencadangkan agar misi pengaman PBB dihantar ke kawasan
lembah tersebut untuk membantu memulihkan konflik politik serta memantau persoalan
berkaitan hak asasi manusia atau pelanggaran terhadapnya. Namun demikian, keputusan
untuk menghantar misi pengaman hanya boleh dilakukan melalui Majlis Keselamatan PBB
dan tiada pihak lain yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tersebut.

Penyelesaian yang adil dan menyeluruh antara Israel dengan Palestin yang wujud
secara sebelah menyebelah dengan aman berdasarkan kepada sempadan sebelum tahun
1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin telah disokong oleh Malaysia.

Malaysia juga sentiasa komited untuk menyuarakan sokongannya terhadap negara


Palestin dipelbagai forum antara bangsa selain daripada PBB termasuk Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC) dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Malaysia mengecam tindakan Israel dengan jenayah yang dilakukan dengan


pengharaman memasuki Israel di dalam passport Malaysia. Selain itu, Malaysia juga
menghantar bantuan kemanusian ke Palestin untuk membantu rakyat Palestin melalui
NGO Aman Palestin Malaysia.

Malaysia memainkan peranan yang penting dalam membantu Palestin-Israel


memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat. Konflik yang berkaitan dengan Palestin dan Masjid al-Aqasa
sebagai satu perkara yang sangat penting kepada setiap manusia yang inginkan
keamanan dan cintakan kemanusiaan, lebih-lebih lagi dari kalangan mereka yang
beragama Islam. Kekejaman rejim Zionis Israel ke atas bumi dan rakyat Palestin yang
berterusan sejak lebih 60 tahun lalu perlu mendapat perhatian semua lapisan masyarakat
supaya satu masa nanti kekejaman itu akan terhapus, dan kekejaman serta penindasan
tidak akan berulang lagi. Tambahan pula, Malaysia juga merupakan negara yang sering
mengkritik isu Palestin-Israel di persidangan OIC.

Menurut Wisma Putra, Malaysia mengundi dengan memihak resolusi itu sejajar
sokongan sejak sekian lama dan tidak goyah terhadap Palestin. Katanya, Malaysia turut
mengundi dengan memihak kepada Resolusi Baitulmaqdis pada sidang khas UNGA 21
Disember tahun lalu. Resolusi yang menerima 120 undi, lapan undi menolak manakala 45
undi berkecuali itu menyeru perlindungan terhadap rakyat Palestin daripada
pencerobohan Israel khususnya di Semenanjung Gaza, selain kewajipan dalam

6
menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengutuk tindakan ganas
terhadap orang awam.

Menurut Wisma Putra, Malaysia sentiasa menjadi penyokong kuat Palestin dan
menyuarakan sokongan dalam pemulihan hak rakyat Palestin yang termasuk penubuhan
Palestin sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Secara umumnya, Malaysia
akan terus berperanan aktif sebagai anggota PBB dalam menyumbang ke arah usaha
menangani isu asas dan mencapai keadilan selain penyelesaian secara aman berhubung
konflik Palestin-Israel.

Selain itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar


perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk
menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza yang diketuai
oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis
eksekutifnya Norazam Ab Samah.

Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan


Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan
ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas
tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan
Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk
membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu
sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007

Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menghantar bantuan


ketenteraan ke Baitulmaqdis bukan bertujuan untuk keganasan sebaliknya bagi
memastikan keamanan serta kestabilan rantau itu agar tidak terus bergolak.

Malaysia sentiasa memperjuangkan agenda Palestin di semua platform


antarabangsa dan juga mencadangkan agar misi pengaman PBB dihantar ke kawasan
lembah tersebut untuk membantu memulihkan konflik politik serta memantau persoalan
berkaitan hak asasi manusia atau pelanggaran terhadapnya. Namun demikian, keputusan
untuk menghantar misi pengaman hanya boleh dilakukan melalui Majlis Keselamatan PBB
keranaselain PBB tiada pihak lain yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan
tersebut.

7
Rumusan
Konflik Israel dan Palestin ini merupakan satu konflik yang berpanjangan sejak dahulu
lagi. Hal ini disebabkan oleh campur tangan daripada pelbagai pihak. Campur tangan
pihak luar telah membangkitkan konflik di antara dua negara ini. Oleh itu, walaupun
negara-negara Barat berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan konflik
antara Palestin dengan Israel tetapi usaha damai yang dianjurkan oleh pihak Barat
selalunya gagal memberikan kesan kerana kuasa Barat mempunyai matlamat yang
sebaliknya. Oleh itu, saya mengharapkan agar suatu hari nanti konflik Palestin-Israel
dapat diselesaikan demi keamanan dan kelestarian bersama.

8
Rujukan

Ahmad Farhanbin Abdullah Zakaria. (1957). Isu-Isu Terpilih Malaysia Melibatkan


Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Dicapai daripada http://www.myjurnal.my/
filebank/published_article/22927/114_147.PDF

Ashraf Ibrahim, Aris Othman, Chin, K. T., Norazlan Ismail & Siti Fatihah Abdullah. (2017).
Cabaran dan Isu Semasa. Selangor: Sasbadi.

Asmady Idris. (2012). Oraganisasi Bukan Kerajaan dan Isu-isu Kemanusiaan Di Gaza,
Palestin. Dicapai daripada http://journalarticle.ukm.my/5317/1/v4n1-2012_4.pdf

Dato' Kamarudin Bin Jaffar. (2016). Pemberitahuan Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Dewan
Rakyat Malaysia. Dicapai daripada https://pardocs.sinarproject.org/documents/2017-
march-april-parliamentary-session/oral-questions-soalan-lisan/2017-04-06-parliamentary-
replies/soalan-28.pdf

Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. (2017). Palestin dan peranan NGO Islam Malaysia.
Dicapai daripada http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/2324-palestin-
dan-peranan-ngo-islam-malaysia

Ismail, M. H. (2014). Bantuan pertama Malaysia sampai di Palestin. Kuala Lumpur: Sinar
Harian.

Ismail Mustapa & Aris Hamzah. (2016). Cabaran dan Isu Semasa. Selangor: Sasbadi.

Noor Atika Shafinaz Nazri. (2016). Peranan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Dalam
Hubungan Malaysia-Palestin. Dicapai daripada https://www.academia.edu/31886032/
PERANAN_ORGANISASI_BUKAN_KERAJAAN_NGO_DALAM_HUBUNGAN_MALAYSIA
-PALESTIN_NOOR_ATIKA_SHAFINAZ_BINTI_NAZRI

Tuan Hasmunee Zuliati Bte Tuan Hassan. (1997). Keberkesanan Peranan OIC Dalam
Mempertahankan Negara-Negara Islam. Dicapai daripada https://ir.unimas.my/10489/1/
Keberkesanan%20peranan%20OIC%20dalam%20mempertamemper%20negara-negara
%20Islam%20(24%20pgs).pdf

Zakaria, M. F., & Nor, M. R. (2013). Bumi yang dijanjikan: Konflik Israel-Palestin. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

You might also like