You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan, Negara Malaysia semakin gah mencipta nama di persada
dunia dalam pelbagai bidang sama ada ekonomi, pendidikan mahupun sosial. Untuk mencapai
semua kejayaan ini, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah
dan keperibadian seseorang. Semakin tinggi pendidikan seseorang, semakin tinggi
penghormatan dan sanjungan yang akan diperolehi. Jelaslah di sini bahawa pendidikan
menyumbang banyak manfaat kepada negara dan bangsa. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua
terbitan 2004 muka surat 231, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik.
Manakala menurut Ahmad D. Marimba (1989), beliau mengemukakan bahawa pendidikan
merupakan bimbingan yang diberikan secara sedar oleh guru atau pendidik kepada seseorang.
Bimbingan ini bertujuan untuk membentuk keperibadian seseorang manusia secara utuh iaitu
jasmani dan rohani. Selain itu, maksud pendidikan menurut Oemar Hamalik (2001) ialah
bimbingan atau pertolongan yang diberikan oleh orang dewasa kepada perkembangan anak
untuk mencapai kedewasaannya dengan tujuan agar anak cekap melaksanakan tugas
hidupnya sendiri tanpa bantuan orang lain Namun, kini isu pendidikan dikatakan hangat di
kalangan masyarakat sejagat dan hal ini mendapat liputan daripada pihak media massa untuk
dijadikan bahan utama di dada-dada akhbar. Mengapakah isu pendidikan di Negara Malaysia
dikatakan hangat?

2.0 KONSEP

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai banyak rumpun bahasa,
pegangan agama, adat dan budaya tersendiri, Masing-masing melahirkan ideologi dan pemikiran
yang berbeza. Kepelbagaian ini menjadikan isu pendidikan sebagai buah mulut masyarakat dan
perkara hangat di Malaysia. Pada era pascamerdeka ini, konflik-konflik yang berlaku di dunia ini
tumbuh dengan subur seperti cendawan selepas hujan. Kini, konflik-konflik dunia timbul akibat
permainan politik kotor atau desakan ekonomi yang menimpa sesebuah negara. Konflik ini
bagaikan tiada noktah kerana pelbagai pihak telah bertindak bagi meredakan konflik ini namun
ianya tetap tidak berakhir. Mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2005), konflik bermaksud
perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan, dan lain-lain. Manakala Robbin
(1996) menyatakan bahawa “konflik dalam organisasi disebut sebagai The Conflict Paradoks, iaitu
pandangan bahawa di sisi konflik dianggap dapat meningkatkan kerja kelompok, tetapi di sisi lain
kebanyakan kelompok dan organisasi berusaha untuk meminimalisasikan konflik” (ms. 431).
Apakah kesan konflik-konflik ini terhadap negara kita terutama dalam bidang pendidikan. Terdapat
pelbagai konflik dunia yang menjadi bualan masyarakat sejagat tetapi apa yang penting apakah
implikasinya terhadap bidang pendidikan di Negara Malaysia ini?

9
3.0 KONFLIK ISRAEL DAN PALESTIN

Pertamanya, sudah umum diketahui tentang Konflik Israel dan Palestin yang berlaku sehingga
ke hari ini merupakan salah satu konflik yang perlu diambil berat oleh masyarakat kita. Konflik ini
telah bermula pada awal abad ke-19 sehingga ke hari ini. Palestin mempunyai tanah yang subur,
kedudukan geografi yang strategik dan kawasan yang luas merupakan salah satu punca utama
perebutan kuasa untuk menakluk negara Palestin. Buktinya, Palestin telah ditakhluk sebanyak 30
kali dalam sejarah yang menjangkau 5 000 tahun. Manakala Israel merupakan sebuah negara di
Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Konflik Palestin dan Israel bukanlah
bukanlah satu peristiwa yang berlaku selama sebulan atau setahun, namun ianya merupakan satu
pertikaian yang berlaku lebih dari 60 tahun. Rakyat Palestin ditindas, diperhamba dan dibunuh tanpa
belas kasihan.

Konflik ini telah menyumbang impak yang besar kepada isu pendidikan Negara kita. Ianya
secara tidak langsung boleh juga diklasifikasikan sebagai isu politik. Jujur dikatakan bahawa pelajar
di negara kita mudah terpengaruh dengan ideologi dan agenda yang disampaikan oleh negara luar
atau melalui media massa. Para pelajar secara tidak langsung melibatkan diri dalam isu ini walaupun
umur mereka masih tidak layak untuk membincangkan hal ini. Pelajar juga akan membawa fahaman
masing-masing yang diperoleh daripada maklumat yang tidak sahih atau lengkap dan akhirnya akan
menyebabkan perbalahan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah
pelajar yang menyokong tindakan Israel dan ada juga sesetengah pelajar yang menyokong Palestin.
Apabila mereka melibatkan diri secara aktif dalam isu ini iaitu melalui perhimpunan atau perkongsian
idea di media sosial, ini secara tidak langsung akan menjejaskan pelajaran mereka.

4.0 KONFLIK ETNIK DI MYAMMAR

Di samping itu, konflik etnik yang berlaku di Myammar. Konflik ini bukan sahaja telah
memberi tempias kepada pendidikan di negara Malaysia, malah turut menjadi satu penghalang
pembangunan dan pembaharuan di beberapa buah negara di Asia Tenggara yang lain. Orang
Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering dipinda dan
faktor pemerintahan yang kerap bertukar ganti. Konflik ini bermula dengan Akta Warga Asing
1864 sehingga undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982. Perlembagaan ini tidak
mempunyai apa-apa peruntukan undang undang yang jelas bagi orang Rohingya. Akta
Kewarganegaraan Kesatuan 1948 yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang
Rohingya untuk menjadi sebahagian daripada warganegara Myanmar. Semenjak Myanmar
diperintah oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun 1962, ia
boleh dikatakan bermulanya bait-bait penafian secara keras mengenai kewarganegaraan orang
Rohingya di Myanmar. Konflik ini perlu diambil serius kerana di Myammar, beribu-ribu orang

9
penduduk terpaksa berpindah. Sesetengah daripada mereka berhijrah dan menetap di Malaysia.
Hal ini menjadikan negara kita menjadi tempat lambakan warga asing. Sebagai sebuah negara
pesat membangun, mempunyai masyarakat Islam yang ramai dan dipacu kekukuhan ekonomi
serta kestabilan politik, Malaysia telah berjaya menarik perhatian jutaan migrasi pendatang asing
tanpa izin. Hal ini telah dikenalpasti melalui beberapa kajian tentang punca penghijrahan etnik
Rohingya dari Myanmar yang menyebabkan mereka menjadi masyarakat pelarian. Hasil kajian
mendapati kemasukan pendatang asing tanpa izin atau pelarian telah menimbulkan masalah
kepada negara Malaysia iaitu melalui isu rentas sempadan secara haram, pemerdagangan
manusia dan kerajaan terpaksa memikul tanggung jawab sosial menerima pelarian Rohingya
yang mana negara Myanmar tidak memperdulikan isu ini. Pada Mei 2015, negara Malaysia telah
dikejutkan dengan berita kehadiran pelarian etnik Rohingya dari Myanmar secara beramai-ramai
di Langkawi.

Kesan konflik ini terhadap sistem pendidikan di Malaysia ialah dana atau peruntukan dalam
pendidikan saban tahun semakin berkurangan. Sesetengah sekolah di luar bandar tidak
mendapat perhatian secukupnya dari kerajaan dari segi peruntukan wang dalam menaik taraf
pembangunan pendidikan. Terdapat beberapa sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas
seperti penggunaan internet, kelas yang tidak mencukupi serta keselesaan yang tidak
memuaskan. Terjadinya perkara sebegini adalah disebabkan pengaliran wang kini disalurkan
untuk membiayai kemasukan warga asing dari segi tempat tinggal serta peruntukan membuat
permit yang sah.

Menurut Intan Suria Hamzah, Sity Daud dan Azizan Idris (2016) dalam Journal of
Society And Space, “kad sebagai pelarian yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada
nama-nama yang berdaftar dengan United Nations High Commissioner for Refugees
(UNHCR). Kad UNHCR ini diberikan kepada pelarian yang telah mendapat mandat
daripda UNHCR melalui penentuan status hasil penilaian secara individu. UNHCR
merupakan agensi pelarian United Nations, ditubuhkan pada tahun 1951 untuk
perlindungan antarabangsa dan penyelesaian kepada isu-isu pelarian. UNHCR
beroperasi untuk melindungi hak pelarian, menggalakkan kesejahteraan mereka dan
membantu dalam penyelesaian jangka lama” (ms. 19-20).

Bilangan penduduk Rohingya yang banyak menyebabkan banyak wang dikeluarkan oleh
kerajaan untuk menampung keberadaan meeka. Akibatnya, pendidikan di Malaysia menjadi
mundur dan tidak berkembang.

9
5.0 KONFLIK SYRIA

Seterusnya, konflik yang berlaku di Syria iaitu berkenaan isu pemberontakan. Isu ini tercetus
pada 15 Mac 2011 dan masih belum menjumpai jalan penyelesaian hingga sekarang. Lokasi
berlakunya pemberontakan ini ialah di bandar-bandar utama seperti Damsyik, Aleppo, Homs,
Hama, Daraa, Deir ez-Zor dan Latakia. Konflik ini dikatakan berlaku disebabkan ketidak cekapan
pemerintah. Hal ini disebabkan, rakyat Syria menganggap pemerintahnya menggunakan sistem
kediktatoran yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahan sehingga menyebabkan
rakyatnya menanggung derita. Selain itu, korupsi telah berlaku dalam pemerintahan Syria.
Penyalahgunaan kuasa ini telah membuka mata rakyat Syria untuk bangkit menentang kerajaan
mereka yang telah keji itu. Kesan langsung konflik Syria ini kepada rakyatnya ialah kadar
pengangguran dalam kalangan rakyat juga meningkat ekoran daripada pengabaian kerajaan
terhadap sektor pekerjaan di bawah pimpinan kerajaan Basyar al-Assad. Kerajaan ini tidak
meningkatkan pengambilan pekerja dalam sektor kerajaan sendiri. Dalam hal ini
juga,pembaharuan dan pembukaan kawasan di luar bandar juga dipinggirkan menyebabkan
penduduk tempatan terpaksa berpindah atau berhijrah ke bandar yang lebih maju seperti di
Damsyik dan Aleppo untuk mencari peluang pekerjaan. Oleh itu, rakyat Syria dapat merasakan
bahawa kerajaan pimpinan Basyar tidak mempedulikan kehendak serta keperluan rakya Faktor
tidak langsung yang menjurus kepada berlakunya konflik Syria ini ialah, perbezaan ideologi antara
rakyat Islam Syria dengan pemerintah Syria. Hal ini kerana pemerintah Basyar merupakan
penganut Islam Syiah yang mana ideologinya sangat berbeza dengan Islam Sunni. Manakala
rakyat Syria rata-ratanya beragama Islam Sunni.

Kesan konflik ini terhadap sistem pendidikan di Malaysia boleh dilihat apabila berlaku
peperangan antara rakyat Syria dengan golongan pemerintahnya, maka akan berlaku kacau bilau
di negara tersebut. Justeru itu, untuk tujuan keselamatan, pelajar Malaysia yang melanjutkan
pelajaran di negara tersebut terpaksa dihantar pulang agar tidak berlaku perkara-perkara yang
tidak diingini. Hal ini menyebabkan proses pembelajaran pelajar-pelajar Mlaysia di sana akan
terganggu. Namun begitu ada juga pelajar Malaysia yang menyertai demonstrasi-demonstrasi
yang dilakukan oleh rakyat Syria tanda sokongan mereka terhadap rakyat Syria. Hal ini sedikit
sebanyak menjejaskan proses dalam pndidikan di Malaysia kerana pelajaran pelajar Malaysia
terpaksa ditangguh buat sementara waktu sehingga masalah yang dihadapi oleh kerajaan Syria
dapat diselesaikan. Tambahan lagi, kemungkinan Kementerian Pendidikan Malaysia akan
menambah skop subtopik mengenai revolusi Arab dalam mata pelajaran Sejarah agar masyarakat
Malaysia dapat mengambil iktibar bahawa tidak semestinya kesejahteraan yang dituntut secara
kekerasan dapat memberi kesejahteraan rakyat. Sebaliknya hal ini telah menyeksa rakyat
sehingga berlakunya pertumpahan darah. Hal ini jelas membuktikan bahawa konflik Syria ini telah
memberi kesan kepada sistem pendidikan di Malaysia.

9
6.0 KONFLIK PENJAJAHAN

Sejarah telah membuktikan bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua telah
membawa pelbagai implikasi kepada dunia sejagat. Negara kita sendiri telah melalui saat perit dan derita
apabila terlibat secara langsung dalam permasalahan ini, contohnya akibat gerakan komunis sebelum
merdeka dan terkini akibat serangan pengganas tentera Kerajaan Sulu yang telah menyerang tentera
dan polis di Semporna, Sabah. Akibat sikap mementingkan diri Kerajaan Sulu bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing telah menyebabkan rakyatnya yang terlibat dalam serangan
terbunuh, begitu juga berlakunya kematian terhadap anggota keselamatan Malaysia. Secara umumnya,
kita mengetahui bahawa Negara Malaysia telah dijajah oleh penjajah Ingggeris hampir 446 tahun. Dalam
tempoh ini banyak kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah tersebut. Pihak penjajah yang menjajah
tanah Melayu pada zaman dahulu telah meninggalkan kesan kepada Malaysia hari ini. Mereka
menyebarkan ideologi dan fahaman kepada masyarakat Melayu. Negara Malaysia yang berkembang
hari ini telah dijajah oleh pelbagai negara seperti British, Jepun, Portugal dan sebagainya. Pihak penjajah
ini berebut untuk menduduki tanah Melayu kerana kekayaan Malaysia dari segi hasil bumi dan
kedudukan yang strategik. Pihak penjajah ini majoritinya bertutur dalam bahasa asing.

Antara kesan konflik dunia ini terhadap negara Malaysia kini ialah penggunaan bahasa Inggeris
lebih diiktiraf berbanding bahasa Ibunda kita. Penggunan bahasa Inggeris yang lebih dominan dapat
dibuktikan apabila Institusi Pengajian Tinggi terutamanya swasta (IPTS) lebih memartabatkan bahasa
Inggeris berbanding bahasa Melayu. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam juga nampaknya
cenderung ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran
diwajibkan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Hal ini disebabkan semasa zaman penjajahan,
pihak penjajah telah menubuhkan banyak sekolah yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Di samping itu, implikasi lain yang dapat dilihat ialah senario sesetengah majikan yang
mementingkan pendidikan bahasa Inggeris dalam proses pengambilan pekerja, sedangkan jika difikirkan
secara rasional, sesetengah pekerjaan tidak memerlukan calonnya berkebolehan dalam berbahasa
Inggeris. Hal ini telah bercanggah dengan Perkara 152 iaitu Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna
sebarang pencabulan tidak boleh dilakukan untuk mencemarkan keluhuran perlembagaan ini menerusi
tindakan mengutamakan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan. Semua kaum tanpa mengira
bangsa dan agama perlu menjunjung bahasa Melayu selaras dengan kehendak Perlembagaan dan
peranan bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan. Konflik ini telah meninggalkan kesan yang amat
besar dalam dunia pendidikan Malaysia pada zaman teknologi ini.

Demi mengatasi konflik ini, kesedaran semua pihak dalam memartabatkan bahasa Melayu sama
ada kerajaan atau swasta perlu diwujudkan dan disemaikan dalam hati segenap lapisan rakyat. Kita
haruslah berbangga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Kita juga haruslah keluar

9
daripada usus dan era penjajah. Maksudnya, perasaan megah menggunakan bahasa Inggeris
berbanding bahasa Melayu perlu dikikis dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, mereka yang berada
dalam usus penjajah akan merasakan apa sahaja yang datang dari Barat itu adalah baik, canggih dan
hebat, termasuklah bahasa Inggeris. Hal ini bukan bererti menafikan kepentingan bahasa Inggeris dalam
arus globalisasi masa kini. Namun, penggunaannya haruslah berpada-pada dan tidak mengatasi
kedudukan bahasa Melayu dalam Persekutuan Malaysia.

7.0 KESIMPULAN

Konflik politik merupakan perkara biasa yang sering berlaku dalam masyarakat dan di mana-
mana negara sekalipun. Konflik dan perbezaan pendapat tidak dapat dielak selagi manusia diberi
kebebasan berfikir dan menentukan halatuju masing-masing. Perbezaan cara hidup,
kepercayaan, agama, ideologi politik, adat istiadat, kepentingan diri atau kaum dan sebagainya
menjadi punca utama berlakunya konflik antara satu sama lain. Selain itu terdapat lagi faktor lain
seperti, cita-cita politik, berebut untuk menjadi pemimpin, kelemahan ekonomi, kemiskinan dan
kesusahan hidup, taksub kepada golongan atau kumpulan tertentu dan tidak dapat menerima
pandangan orang lain. Sekiranya dibiarkan, konflik politik sedemikian boleh menyebabkan
berlakunya perbezaan pendapat yang serius. Hal ini menyebabkan berlakunya perpecahan
dalam masyarakat, Untuk menyelesaikan pelbagai konflik, pihak berwajib perlu mengamalkan
sifat-sifat yang terpuji dan menjauhi sifat-sifat negatif yang boleh membawa kepada
kemusnahan. Intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sesebuah negara perlulah
menyelesaikan konflik yang dihadapi dengan cara yang paling afdal iaitu berunding. Pihak
kerajaan terutamanya para pemimpin haruslah bijak membuat keputusan yang melibatkan nyawa
rakyat dan masa depan negara masing-masing seperti menarik rambut dalam tepung, rambut
tak putus, tepung tak berselerak. Jadikanlah kekejaman yang dilakukan oleh beberapa orang
pemimpin dunia lalu sebagai iktibar kepada pemimpin-pemimpin pada masa akan datang.
Kebijaksanaan para pemimpin dunia untuk menyelesaikan masalah dengan perundingan akan
memberikan sinar kehidupan yang lebih cerah kepada seluruh rakyatnya.

9
BIBLIOGRAFI
Abd Rahim Abd rashid. (2000) Wawasan pembangunan: Isu dan cabaran. Kuala lumpur:
Utusan Publications & Discributors Sdn. Bhd.

Abdullah Zakaria Dan Zulkarnain Abdul Rahman. (2008). Konflik dunia abad ke-20. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad D. Marimba. (1974). Pengantar filsafat pendidikan Islam. Bangi: Adam Publishers &
Distributors.

Azhar Abdullah. (2018, april 21). Konflik Syria dan risiko perang dunia. Dimuat turun daripada
http://www.kosmo.com.my/jurnal/konflik-syria-dan-risiko-perang-dunia

Bharuddin Che Pa. (2012). Konflik politik dan penyelesaiannya menurut perspektif Islam.
Dewan Siswa, m.s. 14-19.

Abdullah, Abdul. (2015). Isu-isu berterusan dalam pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Pelangi Professional Publishing.

Intan Hamzah, Sity Daud & Azizan Idris. (2016). Pelarian rohingya dan isu-isu kontemporari di
Malaysia. Journal Of Society And Space, 09, 11-23.

Ismail Mustapa, Aris Hamzah. (2016) Cabaran dan isu semasa dunia. Selangor: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Izzah Anuar (2017, September 9). Krisis Rohingya boleh jadi risiko keselamatan Asean. Dimuat
turun daripada https://www.malaysiakini.com/news/

Joseph S.K.M. (2010). Institutional factors influencing students’ college choices decision in
Malaysia : a conceptual framework. International Journal Of Business And Social
Science, 1(3).

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005) Bangi: Utusan Printscorp Sdn. Bhd.
Mahayudin yahaya.(1984). Sejarah awal perpecahan umat Islam. Kuala Lumpur: Percetakan
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Oemar Hamalik. (2001) Proses belajar mengajar. Jakarta: Bumi Aksara Sdn. Bhd.

Romi satria. (2002). Konflik dunia, perang dan gap sosial. Makalah seminar di Jakarta.

Sayegh, Fayez, A. (1965). Zionist colonialism in Palestine. Beirut: Research Center Palestine
Liberation Organisation.

9
Stephen Robbins. (1996). Organizational behavior: Concepts, controversies, applications.
University of Minnesota: Prentice Hall.

Zahid Nordin. (1993). Wawasan pendididkan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

9
Laluan sindiket pemerdagangan etnik Rohingya Rujukan jurnal
ke Malaysia.

Keratan-keratan akhbar tentang konflik dunia dan kesannya kepada Malaysia.

9
9

You might also like