You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2019

Program: PROGRAM IJAZAH SARJANA Nama Pelajar:


MUDA PERGURUAN (PISMP)

Kod: EDUP3043 Semester / Tahun: SEMESTER 1 TAHUN 2


Ambilan: JUN 2018
Nama Kursus: PENGURUSAN BILIK
DARJAH DAN TINGKAH LAKU Kumpulan: BM1, BM2, BC1, BC2, BT, PAI, BK
SK, BK SJKC dan PAKK.

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Pengurusan Grafik 29 JULAI 2019 02 OGOS 2019

2. Penulisan Akademik 19 OGOS 2019 14 SEPTEMBER 2019

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menjelaskan secara mendalam konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
yang berkesan. (C2, LO1).
2. Membincangkan dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik
darjah aliran perdana dan inklusif. (C4, L03, CTPS3).
3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik
darjah dengan merujuk pelbagai sumber yang releven. (C4, LO3, LO6, CTPS3,
LL1).
4. Memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani
tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah. (C5, A1, LO3, CTPS3).
5. Membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif
(C6, LO3, CTPS3)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. Pelajar berupaya menganalsis dan membuat rumusan tentang konsep


pengurusan bilik darjah, peranan guru dalam menguruskan bilik darjah
yang kondusif, isu-isu semasa tingkah laku bermasalah serta berupaya
memilih dan menilai model pengurusan disiplin serta intervensi yang
sesuai untuk menangani isu-isu tersebut anda dalam bentuk pengurusan
grafik.
( C2, C4,C5, LO1, LO3, LO6, LL1, A1, CTPS3 ).
2. Menghasilkan sebuah penulisan akademik yang membincangkan secara
kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan menganalisis isu-isu semasa berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah serta berkeupayaan menilai dan memilih model pengurusan
disiplin serta intervensi yang sesuai untuk menangani isu-isu tersebut.
( C2, C4,C5, LO1, LO3, LO6, LL1, A1, CTPS3 ).

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :-

Tugasan 1 : Pengurusan Grafik - 10%

Guru berupaya mencorakkan persekitaran bilik darjah supaya selesa dan seterusnya
meningkatkan kemampuan pelajar untuk belajar. Persekitaran bilik darjah yang kondusif
akan terhasil bila ada kerjasama dan interaksi berkesan antara guru dan pelajar.

Bucholz dan Sheffler (2009)

Hasilkan pengurusan grafik yang menjelaskan tentang konsep pengurusan bilik


darjah serta secara kritis membincangkan bagaimana guru memainkan peranan
dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Anda juga
dikehendaki menganalisis isu-isu semasa berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah serta menilai dan memilih model pengurusan disiplin serta intervensi
yang sesuai untuk menangani isu-isu tersebut.

Tugasan 2 : Penulisan Akademik – 40%

Isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar yang selalu dibicarakan perlu dicari jalan
penyelesaian segera. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan
banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya kepada diri murid,
agama dan negara. Tanggungjawab membanteras masalah disiplin pelajar sekolah
bukan sahaja tanggungjawab kerajaan malah ia harus dipikul oleh semua pihak
termasuk para guru.

Aminuddin Hehsan & Siti Noor Muhamad (2016)

Hasilkan sebuah penulisan akademik yang membincangkan secara kritis


peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
menganalisis isu-isu semasa berkaitan dengan tingkah laku bermasalah serta
berkeupayaan menilai dan memilih model pengurusan disiplin serta intervensi
yang sesuai untuk menangani isu-isu tersebut.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :-

1. Tugasan 1 dan 2 adalah secara individu.


2. Gunakan Pengurusan Grafik bagi menjelaskan Tugasan 1. Jumlah perkataan
adalah 300 patah perkataan
3. Jumlah perkataan bagi Penulisan Esei dalam Tugasan 2 adalah 1300 patah
perkataan
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
4.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
4.2 Bentuk tulisan font arial-saiz 11
4.3 Langkau 1.5 baris (one and half spacing)
4.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)]
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Anda WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Tugasan di helaian hadapan
tugasan anda.
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
8. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar lewat boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
9. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut :-

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan
sokongan
ilmiah.
4. Format dan organisasi esei perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan
bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan .

Disediakan oleh : Disemak oleh :

CHE LAH BIN CHEMAMAT HAIZUAN B MD YUNUS


Penyelaras subjek EDUP3043 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTAA, Kuala Lipis IPGKTAA,Kuala Lipis
Pahang. Pahang.

Disahkan Oleh:

(HATIM AZIWIR B ZAADUN ZABIR)


Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTAA, Kuala Lipis
Pahang.

You might also like