You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN


KEPUJIAN
Semester 3 Tahun 2

PRKA 3012
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

TUGASAN 4: PENULISAN REFLEKTIF


PENGAJARAN MAKRO

NAMA PELAJAR
PHEBEA REGINA A/P ARUL RAJAN

ANGKA GILIRAN
2020182340400

NO. KAD PENGENALAN


010810-05-0050

KUMPULAN/ UNIT
SEJ 3

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _______________ Tarikh : _______________

Nama Pensyarah EN MOHD YUSOFF BIN MAT SAAD


Tarikh Terima
Tarikh Serahan (Diisi oleh
Pensyarah)

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tandatangan :__________________________ Tarikh :


__________________
LAPORAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

PENGENALAN
Pertamanya, pengajaran makro bermaksud satu sesi pengajaran praktik yang
lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan
penutup. Selain itu, pengajaran makro merupakan suatu sesi pengajaran lengkap
bermula dari set induksi hingga ke penutup. Semasa pelaksanaannya kita perlulah
mengikut elemen- elemen yang penting seperti ia haruslah dilakukan dalam kelas
yang besar, perlu ada murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, menumpu
kepada pelbagai kemahiran mengajar dan akhirnya perlu ada situasi sebenar.
Melalui pengajaran makro ini, guru harus memastikan kesepaduan teknik- teknik
pengajaran mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran dan pembelajaran
yang sekian lama telah dipelajari. Begitu juga, proses pengajaran makro yang
diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman misalnya, harus
dipraktikkan oleh guru pelatih dengan guru pelatih lain memerhatikan pengajaran
guru pelatih yang lain. Masa pengajaran makro juga berdasarkan masa pengajaran
sebenar seperti yang ditetapkan iaitu sama ada dalam tempoh 30 minit ataupun 40
minit. Pengajaran makro ini bertujuan untuk membantu guru pelatih untuk
membiasakan diri dalam melaksanakan pelbagai kemahiran dalam suatu sesi
pengajaran, dan mereka dapat memperbaiki mereka sebelum menghadapi situasi
yang sebenar di bilik darjah di sekolah. Pada minggu lepas, rakan sekelas saya iaitu
Danial, Aisyah dan Jaizah telah menjalankan pengajaran miaro. Dalam laporan ini
akan membincangkan tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan oleh rakan sekelas dari kumpulan lain dalam pengajaran makro.

KEKUATAN
Kekuatan yang terdapat pada pengajaran makro yang telah dilaksanakan
oleh rakan kami antaranya ialah arahan yang disampaikan sangat jelas dan
penggunaan nada yang sangat sesuai. Kelemahan dalam memberi arahan memang
akan merencatkan sesuatu aktiviti dalam sesi PdP dan ianya juga akan
menyebabkan murid tidak dapat memahami arahan secara jelas dan juga membuat
mereka mudah terasa bosan. Tambahannya, impak daripada kelemahan memberi
arahan ini akan merencatkan pengendalian kelas dimana murid-murid akan lebih
gemar melakukan perkara lain daripada melakukan perkara yang telah diarahkan
oleh guru. Dalam menjalankan aktiviti pengajaran makro ini, rakan-rakan kami telah
menggunakan laras bahasa yang standard supaya arahan mudah untuk difahami
oleh semua murid. Melalui cara penyampaian dan arahan kepada murid ini jelas
terbukti merangkumi aspek laras bahasa, kelancaran, kejelasan, dan juga nada yang
tepat.
Seterusnya, kekuatan yang terdapat dalam sesi pengajaran makro mereka
ialah mereka mengadakan aktiviti dan juga PdP yang berpusatkan murid.
Pembelajaran berpusatkan muris secara umumnya bermaksud penglibatan murid
secara aktif dalam suatu aktiviti pembelajaran dan ia juga bermakna penglibatan
murid adalah berinteraksi dengan guru untuk meneroka, mencuba, menganalisis
serta mencari penyelesaian secara kreatif, kritis dan inovatif tentang corak
pembelajaran secara konvensional ataupun pembelajaran guru banyak
menumpukan kepada pembelajaran satu hala. Amalan kerja berkumpulan juga
diamalkan dalam pengajara mereka. Semasa pengajaran guru hanya bertindak
sebagai fasilitator.

KELEMAHAN
Kelemahan merupakan kekurangan yang terdapat dalam sesuatu perkara
atau manusia. Menganalisis kelemahan dalam sesuatu aktiviti mempunyai
kepentingan tersendirinya iaitu dapat memberi pemahaman terhadap perkara yang
telah kita lakukan. Dengan itu, dapatlah seseorang itu mengubah kesilapan dan
memantapkan lagi bakat mereka. Begitu juga, semasa pengajaran makro dilakukan
oleh kumpulan ini terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat di samping
kekuatan yang majoriti. Antaranya, ialah saiz lemabaran kerja yang diberikan
amatlah kecil, menyebabkan murid susah hendak membacanya. Kelemahan ini
adalah mungkin disebabkan kurang pengalaman dan perbincangan antara ahli
kumpulan. Murid akan berasa susah untuk memberi fokus terhadap pembelajaran
dan akan menyebarkan pemikirannya kepada perkara yang berbeza semasa
pengajaran dijalankan. Jadi, guru haruslah menyediakan soalan yang sesuai dan
juga dalam bentuk yang sesuai dengan tahap kebolehan murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Aspek penambahbaikan adalah sesuatu yang penting untuk memastikan
pelaksanaan kerja yang efisien. Jadinya, pengajaran makro yang lebih berkualiti dan
berguna perlulah mempunyai semangat kerjasama dan pemahaman yang
sama antara ahli kumpulan. Persediaan awal dan membuat rujukan merupakan
aspek yang paling penting dalam simulasi mikro berkumpulan. Penggunaan bahan
pembelajaran haruslah dikaji terlebih dahulu sebelum diberi kepada murid supaya
tidak mendapat halangan dalam penyelesaian aktiviti yang diberikan oleh guru.
PENUTUP
Kesimpulannya, berikut adalah pemerhatian terhadap pengajaran makro yang telah
dilakukan oleh kumpulan rakan iaitu Danial, Aisyah dan Jaizah. Walaupun terdapat
beberapa kelemahan yang boleh dielakkan tetapi keseluruhannya pelaksanaan
pengajaran makro mereka sangat kreatif dan mencapai objektif pembelajaran. Jadi,
dengan ini pengajaran makro amat penting untuk menambahbaik bakat guru dan
membetulkan kesalahan sebelum pengajaran dilakukan di bilik darjah.
LAMPIRAN
Borang Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Makro
KOMPONEN ASPEK TAHAP

a) Hasil Pembelajaran 1 2 3 4 5

b) Isi pelajaran 1 2 3 4 5

c) Strategi Pengajaran & 1 2 3 4 5


Pembelajaran

d) Sumber Pengajaran & 1 2 3 4 5


Pembelajaran

e) Unsur Kemahiran Berfikir Aras 1 2 3 4 5


Tinggi (KBAT)
RANCANGAN DAN
PELAKSANAAN
f) Elemen Merentas Kurikulum 1 2 3 4 5

g) Permulaan 1 2 3 4 5

h) Perkembangan Pengajaran dan 1 2 3 4 5


Pembelajaran

i) Komunikasi dan Pengurusan Bilik 1 2 3 4 5


Darjah

j) Kualiti peribadi 1 2 3 4 5

k) Kreativiti dan inovasi 1 2 3 4 5

i) Penutup 1 2 3 4 5

m) Pencapaian hasil pembelajaran 1 2 3 4 5

n) Aplikasi nilai 1 2 3 4 5

o) Amalan refleksi 1 2 3 4 5
RUJUKAN

Nur Shafiqah, (2019), Amalan Pembelajaran Berpusatkan Murid dan Keberkesanan


Sekolah esei, USM.

Kamarul Azmi Jasmi & Norhafizah Salleh (2013). Pendekatan Pengajaran dan
PembelajaranBerpusatkan Pelajar Dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang
Pendidikan Islam dan Guru di SekolahMenengah : Satu Kajian
Kes.3rd International Conference on Islamic Education 2013

Mek Nah Bakar. 2016.Modul amalan pedagogi dalam pembelajaran abad ke-21.
Kuala Lipis:Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

You might also like