You are on page 1of 31

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 2
SESI 2020/2021

ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA


(GGGC6033)

TUGASAN 3: 

KUALITI GURU:PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


SEMASA PELAKSANAAN PDPR KETIKA PANDEMIK COVID19

DISEDIAKAN OLEH :

KUMPULAN 2

                  P111249          NOOR MARINA BINTI YUNUS


                  P111252          NURHIDAYAH BINTI MAT HUSIN
P111280          ANUM BAZILLA BINTI MD KHAIRULANWAR
                  P111686          IMRAN BIN MUSTAPHA
                  P112116          ANIS SYAHMI BINTI MOHD ASRI

NAMA PENSYARAH :
TS DR MOHD KHALID BIN MOHD NASIR

TARIKH HANTAR:
16 JULAI 2021
KUALITI GURU: PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT) SEMASA PELAKSANAAN PDPR SEMASA PANDEMIK COVID19

Marina Yunus, Nurhidayah Husin, Bazilla Anwar, Imran Mustapha, Anis Asri, M. Khalid
M. Nasir
Email: einayunus@yahoo.com, skynur91@gmail.com, bazilla.anum@gmail.com,
imranxmustapha@gmail.com, anissyahmi679@yahoo.com.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
melaksanakan elemen KBAT dalam PdPR. Satu kajian kepustakaan dijalankan dengan
menganalisis jurnal dan artikel yang berkaitan topik kajian dari tahun 2016-2021 dengan
mengakses beberapa laman web seperti Google Scholar, e-repositori penerbitan UKM, e-jurnal
UPSI, researchgate, Science Direct, Springer dan lain-lain. Hasil dapatan kajian mendapati
bahawa antara isu dan cabaran yang dihadapi guru untuk melaksanakan elemen KBAT dalam
PdPR iaitu pengetahuan guru terhadap kepentingan penerapan KBAT semasa PdPR, masalah
dari segi kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan KBAT
semasa PdPR serta keperluan asas dan kemudahan bahan bantu mengajar sangat terhad semasa
PdPR. Hasil kajian menjelaskan bahawa isu ini perlu diteliti dan cadangan penyelesaian perlu
dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan KBAT dalam PdPR dapat dilaksanakan dengan
efektif. Kajian ini diharap dapat membantu pihak guru, PPD, JPN dan KPM untuk mencari solusi
bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru supaya penerapan elemen KBAT dapat
dilaksanakan dengan baik walaupun menggunakan kaedah PdPR.

Kata kunci: Pembelajaran abad ke-21, KBAT, kesediaan guru, tahap pengetahuan guru, PdPR

1
ABSTRACT

This study aims to identify issues and challenges faced by teachers in implementing the elements
of Higher Order Thinking Skills (HOTS) in Home-based Learning (HBL). A literature review
was conducted by analysing journals and articles associated with the research topic from 2016-
2021 by retrieving several websites such as Google Scholar, UKM Publication E-Repository,
UPSI e-Journal, Researchgate, Science Direct, Springer and others. The findings of the study
found that, issues and challenges faced by teachers to implement the elements of HOTS in HBL
are teachers' knowledge of the importance in applying HOTS during HBL, teacher readiness
issues in implementing teaching and learning based on HOTS during HBL and limited of basic
needs and teaching aids during HBL. The outcome of this study explains that the issue needs to
be examined and proposed solutions need to be applied to ensure that implementation of HOTS
in HBL can be executed effectively. It is proposed that this study can help teachers, District
Education Office (PPD), State Education Department (JPN) and Ministry of Education (KPM)
to find solutions for problems faced by teachers so that the elements of HOTS can be
implemented well even though using the HBL method.

Keyword: 21st century learning, HOTS, teacher readiness, teachers’ level of knowledge, HBL

1. PENGENALAN

Pelbagai perubahan dan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi selari dengan
peredaran zaman. Secara umumnya, negara-negara di seluruh dunia termasuk Malaysia
berlumba-lumba untuk menjadikan sistem pendidikan di negara masing-masing bertaraf dunia.
Di Malaysia, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menambahbaik dan
merangka sistem pendidikan di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah salah
satu langkah yang dilaksanakan oleh KPM untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia
lebih sistematik dan teratur dari semasa ke semasa dan menuju kepada sistem pendidikan abad
ke-21. Pelan ini juga dilaksanakan untuk menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti dan

2
merangkumi sistem pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan dan pengurusan, persekitaran
murid dan penglibatan komuniti.
Satu langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menuju ke arah
pendidikan abad ke-21 adalah dengan menerapkan elemen KBAT dalam pendidikan di Malaysia.
Melalui unsur ini, pihak KPM berharap dapat melahirkan murid yang boleh berfikir secara
analitik dan kritis dan sistem pendidikan di Malaysia setaraf dengan negara-negara luar yang
lain. Pelaksanaan elemen KBAT dalam pendidikan bukan sahaja melibatkan murid tetapi guru
turut berperanan penting dalam memastikan elemen KBAT ini dapat diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta diterima baik oleh murid.
Pada era norma baharu ini, penerapan elemen KBAT menjadi satu cabaran kepada para
guru walaupun garis panduan PdPR telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Namun begitu, guru masih perlu menyesuaikan diri dengan teknologi dan pendekatan
baharu ini. Penerapan KBAT juga menjadi isu yang dibincangkan dalam kalangan guru terutama
guru yang mengajar di kawasan pedalaman kerana kekurangan fasiliti dan kelengkapan pelajar
untuk melibatkan diri dalam PdPR juga minimum dan tidak dapat mencapai target guru. Hal ini
akan membawa kepada masalah penilaian pelajar kerana dalam PdPR guru tidak dapat
memantau sepenuhnya pelajar terutama kelas yang melibatkan ramai pelajar.
Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran abad ke-21, berikut
adalah literatur yang berkaitan dengan topik kajian:

1.1 Pembelajaran Abad ke-21

Abad ke-21 dikenali sebagai era pengetahuan (knowledge age). Pada era ini, segala usaha untuk
memenuhi keperluan kehidupan adalah berasaskan pengetahuan. Menurut Mukhadis (2013:115)
dalam Lili Nurfatin Nabilah & Nana (2020), semua bidang untuk memenuhi keperluan
kehidupan termasuk bidang pendidikan, ekonomi, pemerkasaan sosial, dan perkembangan dalam
industri adalah berasaskan kepada pengetahuan.
Dalam konteks pendidikan pada abad ke-21, pelajaran menjadi salah satu faktor yang
penting bagi memastikan murid menguasai kemahiran belajar dan kemahiran inovasi dalam
teknologi maklumat, boleh melakukan kerja dan mampu mengaplikasi kemahiran hidup (life
skills) yang dipelajari.

3
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan satu perubahan dalam sistem
pendidikan negara bagi menyediakan murid untuk menghadapi cabaran pembelajaran abad ke-
21. Perubahan sistem pendidikan ini adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang berkualiti
dan mempunyai kecekapan dwibahasa dengan kemahiran yang baik. Oleh itu, dengan
penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi secara tidak langsung murid mampu bersaing di
peringkat global.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang bermula dari tahun 2013 hingga
2025 adalah satu manifestasi transformasi pendidikan secara menyeluruh dan berskala besar
bermula dari prasekolah sehingga ke institut pengajian tinggi. Secara dasarnya, PPPM dirangka
bertujuan menyediakan modal insan atau generasi yang mampu bersaing di peringkat
antarabangsa seterusnya memacu segala hasrat pembangunan negara. Hal ini disebabkan
generasi kini berdepan cabaran hebat dalam mendepani abad ke-21 yang menuntut penguasaan
pelbagai ilmu dan kemahiran.
Murid yang berkemahiran abad ke-21 iaitu mereka yang mempunyai kebolehan untuk
berfikir secara kritis, analitik dan kreatif mampu untuk bersaing secara sihat di peringkat global
dan setanding negara luar yang berprestij tinggi. Kemahiran yang dikuasai tersebut sejajar
dengan apa yang diterangkan melalui PPPM yang mempunyai enam aspirasi murid seperti
pengetahuan yang diperolehi murid, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, kemahiran
berfikir, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Selain daripada murid, pihak yang paling penting dalam kejayaan proses pembelajaran
abad ke-21 ini ialah warga pendidik yang bertindak sebagai golongan pelaksana. Guru
memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kejayaan pelan transformasi yang
dicitakan oleh kerajaan ini berjaya dilaksanakan dan mencapai kluster kemenjadian murid.
Justeru itu, mereka harus bersedia dengan pelbagai teknik baharu dalam pengajaran dan
pembelajaran (pdp) yang bercirikan abad ke-12.
Selain daripada itu, pembelajaran abad ke-21 bukan sahaja memberi kesan kepada
kemudahan fasiliti serta penyusunan dalam kelas akan tetapi kejayaan dapat ditentukan melalui
aktiviti pdp yang menarik dan berkesan yang dirancang oleh guru. Aktiviti pdp perlu berpusatkan
murid dan bukan hanya berpusatkan guru sahaja. Guru perlu memainkan peranan mereka sebagai
pemudahcara kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam bilik darjah.

4
Tambahan lagi, guru juga perlu lebih mahir menggunakan teknik yang pelbagai dan
kaedah pengajaran yang sesuai agar murid mempunyai pelbagai peluang untuk menguasai
pengajaran semasa proses pdp berlaku. Hal ini mampu membantu mengenengahkan bakat dan
potensi murid-murid. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan yang penting dengan
menggunakan elemen kreativiti bagi memastikan guru berupaya menjana idea dan
mengaplikasikannya semasa pengajaran terhadap murid-murid dengan baik.
Southeast Asian Teachers Competencies for the 21st Century menjelaskan terdapat
beberapa kompetensi guru dalam pendidikan abad ke-21. Antara kompetensi tersebut ialah guru
perlu memudahcara pembangunan murid serta kemahiran kerjaya, memastikan persekitaran yang
selesa, memudahcara pembelajaran, menghasilkan rancangan pengajaran yang sesuai dengan isi
kandungan dokumen standard sekolah rendah (DSKP) dalam pengajaran, mengembangkan
KBAT, meningkatkan penggunaan resos dalam pdp, mengikut peraturan, membuat penilaian dan
pentaksiran tahap pencapaian murid dan berhubung baik dalam sistem pendidikan
Menurut Osman dan Basar (2016), warga pendidik berpendapat bahawa pemikiran kreatif
inovatif, kritis, penyelesaian masalah dan mahir dalam membuat keputusan merupakan proses
yang dipelari dalam pengajaran abad ke- 21. Proses ini mestilah berdasarkan kepada empat
tunjang utama iaitu pembelajaran berpusatkan murid, kolaboratif, kontekstual dan komuniti
(Buletin Anjakan, 2015).
Selain itu, menurut Langworthy (2013) dalam Ani Omar (2016), penggunaan teknologi
dalam bilik darjah perlu dijadikan sebagai satu amalan oleh guru. Teknik pengajaran yang
mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan bahan media yang bertepatan dan sesuai
dengan pedagogi pengajaran dapat memudahkan dan menyokong pencapaian murid dalam
pembelajaran abad ke-21 (Rahim dan Abdullah, 2017). Amran dan Rosli (2017:10) berpendapat
pengintegrasian teknologi dapat memberi peluang kepada murid untuk menguasai pelbagai aspek
kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran berkolaborasi, kemahiran teknologi maklumat, dan
pembelajaran secara akses kendiri.
Menurut Ariffin dan Yunus (2017), untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21,
guru seharusnya memiliki tahap kompetensi yang tinggi dalam perancangan dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran menerusi amalan pedagogi yang berkesan, menarik, dan interaktif.
Pedagogi menjadi penanda kualiti pengajaran dan pembelajaran guru yang meliputi prinsip,
teknik, dan proses pengajaran. Pembelajaran yang dijalankan perlulah menjadi sesuatu yang

5
bermakna melalui pendekatan ‘learning by doing’. Murid perlu diberi rangsangan untuk
mengaplikasikan kemahiran berfikir dan membina tahap kefahaman mereka sendiri.
1.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), fikir bermaksud akal manakala berfikir pula
bermaksud menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu dan sebagainya), atau
mempertimbangkan (dalam ingatan). Jadi, kemahiran berfikir merupakan satu kemahiran
menggunakan akal bagi menyelesaikan atau mempertimbangkan sesuatu.
Menurut Nessel dan Graham (2007) dalam Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et. all (2017),
kemahiran berfikir adalah satu kemahiran yang paling asas. Kemahiran ini dikembangkan
semasa di dalam bilik darjah dan merupakan kunci untuk murid mencapai tahap pencapaian yang
tinggi. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu kemahiran berfikir aras
rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi.
Kemahiran berfikir merupakan salah satu kemahiran yang dititikberatkan dalam
kemenjadian murid bagi bidang pendidikan. Elemen kemahiran berfikir; Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam Kurikulum
Kebangsaan pada tahun 1994 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pada tahun 2011, kerajaan telah membuat penambahbaikan dalam Kurikulum
Kebangsaan dengan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai
inisiatif dan cara bagi memperkasa dan memperkukuhkan kemahiran berfikir. Penambahbaikan
ini memberi tumpuan kepada kemahiran menaakul. Kemahiran berfikir telah dijalingabungkan di
dalam kurikulum ini bertujuan untuk melakukan pertimbangan dan menilai untuk mencari
penyelesaian masalah.
Sebagai persediaan untuk menghadapi persaingan peringkat dunia yang semakin
mencabar di mana ia dilingkungi oleh persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi tumpuan terhadap aspek Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan negara. Pelaksanaan KBAT dalam sistem
pendidikan negara menggunakan pendekatan secara menyeluruh dan sistemik. Terdapat tujuh
elemen yang menjadi tunjang dan saling berkait di antara satu sama lain. Daripada tujuh elemen
itu, terdapat tiga elemen yang utama iaitu elemen kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Empat

6
elemen lain itu menjadi elemen dorongan kepada elemen utama. Ia adalah elemen sumber dan
bina upaya, sokongan komuniti, kokurikulum dan swasta.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan satu kemampuan oleh murid untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai bagi membuat penaakulan dan refleksi. Ia
bertujuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta
sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Menurut Newman (1990) dalam Ega
Gradini (2019), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi bermaksud satu cabaran dan penggunaan fikiran
secara meluas apabila seseorang perlu membuat interpretasi, menganalisis atau memanipulasi
maklumat untuk menjawab soalan. Kemahiran berfikir aras rendah pula mewakili pelaksanaan
rutin seharian, mekanistik dan penggunaan fikiran yang terhad.
KBAT mengangkat kemahiran berfikir ke satu tahap yang lebih tinggi dalam kalangan
murid berbanding sekadar menyatakan semula fakta. Mereka perlu mampu memahami fakta,
membuat hubungkait antara satu sama lain dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah
di tempat kerja pada masa hadapan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
Kini, KBAT diterapkan dalam sistem pendidikan supaya murid tidak hanya melakukan
hafalan atau menceritakan semula fakta tetapi mereka dapat memahami dan mengetahui silibus
yang telah dipelajari oleh mereka. Maka, mereka mampu menggunakan pemikiran mereka
sehingga tahap tertinggi dengan menguasai empat kemahiran iaitu kemahiran menilai,
mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.
Guru memainkan tanggungjawab yang sangat penting dalam memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi murid. Menurut Yahya Othman (2014) dalam Marzni Mohamed Mokhtar,
Rohizani Yaakub & Fadzilah Amzah (2018), guru perlu dapat mendalami dan meguasai ilmu
kemahiran berfikir terlebih dahulu sebelum mereka mempraktikkan atau mengaplikasikannya di
dalam kelas. Justeru itu, guru perlu mendapatkan maklumat dan merujuk pelbagai bahan dan
sumber yang berkaitan untuk memastikan mereka menguasai ilmu dalam bidang tersebut
sepenuhnya sebelum mengamalkannya dalam proses pengajaran.
Selain itu, guru juga perlu memilih strategi, teknik dan pendekatan pengajaran penerapan
KBAT untuk memastikan matlamat dan objektif tercapai semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Maka, pelbagai strategi pengajaran yang telah dikuasai oleh guru untuk
merangsang murid membuat aktiviti berfikir dengan lebih tinggi akan digunakan sebagai
pemudahcara bagi memastikan KBAT dapat dilaksanakan dan digunakan oleh murid.

7
2. ELEMEN - ELEMEN PENERAPAN KBAT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDPR)

2.1 Kurikulum

Untuk melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengenalpasti tujuh elemen. Elemen tersebut terdiri daripada tiga elemen utama iaitu
Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran. Selain elemen utama tersebut, pelaksanaan KBAT juga
ditambah dengan elemen sokongan iaitu kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, bina
upaya dan sumber.
Bagi melaksanakan KBAT dalam kurikulum, Matrik Kemahiran Berfikir telah direka
dengan mengambil kira tahap operasi kognitif dan tahap pemikiran untuk memastikan aspirasi
murid dalam kemahiran berfikir tercapai. Tahap pemikiran merujuk kepada enam tahap
pemikiran yang perlu dikuasai oleh murid iaitu kemahiran mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta (Taksonomi Bloom Semakan Anderson). Tahap operasi
kognitif pula disusun mengikut aras mudah sehingga paras yang lebih kompleks. Matriks
Kemahiran Berfikir ini dapat menunjukkan taburan kemahiran berfikir dalam kurikulum.
Pernyataan KBAT telah ditulis secara eksplisit dalam kurikulum sekolah rendah (KSSR)
dan kurikulum sekolah menengah (KBSM) iaitu di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Elemen KBAT juga dapat dilihat di
dalam Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) bagi semua mata pelajaran.
KBAT dibuktikan dalam kurikulum dengan menggunakan kata kerja domain mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta. Domain tersebut merupakan domain Taksonomi Bloom
yang menunjukkan pemikiran aras tinggi.
Pada waktu pembelajaran norma baharu ini, guru perlu merancang dan mengaplikasi
KBAT supaya pelajar tidak ketinggalan untuk mengikuti kurikulum yang baharu ini. Oleh itu,
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan satu
mekanisme baharu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
iaitu melalui pendekatan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

8
Para guru perlu meneliti dan merancang silibus dengan baik dalam usaha menerapkan
elemen KBAT ketika PdPR dan memilih pengisian yang sesuai untuk digunakan semasa PdPR
supaya ia dapat diterjemahkan dan disampaikan dengan baik kepada murid. Dalam pengisian
kurikulum, ia tidak berfokuskan kepada pengetahuan semata-mata tetapi juga kepada pelbagai
kemahiran yang lain. Walaupun dalam pelaksanaan PdPR, KBAT ini sangat penting untuk
diaplikasikan kepada murid dan memastikan pemikiran murid sentiasa diasah dan ditambahbaik.
Sebagai usaha untuk mentransformasikan kurikulum abad ke-21, guru perlu memberi penekanan
terhadap perkara yang berikut dalam PdPR:

a) Pembelajaran kooperatif

b) Berfikir secara kritis dan reflektif

c) Pengembangan kreativiti

d) Kemahiran generik

e) Multilingualisme

f) Patriotisme dan ketatanegaraan

g) Penghayatan nilai murni

h) Pelbagai kecerdasan

i) Kemahiran belajar untuk belajar

2.2 Pedagogi

Setelah kurikulum dirancang, pelaksanaan KBAT melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP)
pula ditekankan. Garis panduan terhadap tindakan sebelum, semasa dan selepas sesuatu pdp telah
dikeluarkan bagi membantu guru melaksanakan KBAT. Tindakan sebelum adalah seperti
mengenalpasti elemen KBAT yang terkandung di dalam Standard Pembelajaran, merancang pdp
dan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat menggalakkan KBAT. Seterusnya tindakan

9
semasa PdP iaitu dengan pendekatan berpusatkan murid, menggalakkan inkuiri murid,
menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan dalam usaha membudayakan pemikiran yang
kritis dan kreatif dalam kalangan murid. Tindakan selepas KBAT pula adalah dengan
melaksanakan pentaksiran dan membuat refleksi terhadap keberkesanan KBAT dalam PdP.
Untuk melaksanakan Kemahiran berfikir Aras Tinggi, bersandarkan kesesuaian objektif
PdP pelbagai strategi PdP boleh dilaksanakan oleh guru. Sebagai contoh strategi PdP yang boleh
digunakan adalah seperti kaedah pembelajaran berasaskan kontekstual, pembelajaran berasaskan
projek, pendekatan konstruktivisme, pembelajaran berasaskan inkuiri dan kajian masa hadapan.
Strategi yang betul dan tepat akan membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang
membolehkan murid berfikir.
Suasana dari segi fizikal juga memainkan peranan bagi menyokong KBAT. Antaranya
ialah suasana bilik darjah yang ceria, dihiasi dengan paparan hasil murid, dan susunan meja
secara kumpulan dapat menggalakkan interaksi dan kolaboratif antara murid. Selain itu, bagi
mendorong KBAT, bahan sokongan KBAT boleh dibekalkan di dalam bilik darjah.
Selain strategi, penggunaan alat berfikir semasa aktiviti PdP dapat membantu murid
berfikir dengan lebih tersusun, sistematik, dan berfokus. Oleh itu, alat berfikir seperti peta
pemikiran, peta minda, 6 Thinking Hats, penyusun grafik, soalan dan penyoalan dan CoRT dapat
membantu pelaksanaan KBAT.

2.3 Pentaksiran (PBD)

Elemen ketiga dalam pelaksanaan KBAT adalah elemen pentaksiran yang bermaksud proses
untuk menentukan pencapaian murid dan membuat keputusan untuk tindakan yang selanjutnya
dalam meningkatkan pencapaian murid. Tujuan pentaksiran bilik darjah dilaksanakan adalah
untuk memperoleh maklumat yang berterusan mengenai pencapaian murid seterusnya dapat
menambahbaik pembelajaran murid serta menggalakkan peningkatan dalam pencapaian supaya
murid menepati standard yang telah disasarkan. Menurut Faridah, Faiziah, Amran (2017),
terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan pentaksiran ini sama ada formatif,
sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran, bagi mengesan penguasaan dan kemajuan
murid.

10
Melalui pentaksiran, refleksi dapat dilakukan dan pengukuran keberkesanan KBAT
dalam PdP dapat dikaji. Dalam pelaksanaan pentaksiran KBAT, tiga bentuk pentaksiran iaitu
Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP) dan peperiksaan telah dimasukkan elemen
KBAT.
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah dirancang oleh guru dan setelah meneliti elemen KBAT
dalam kurikulum, guru dapat memberi penilaian secara berpanjangan seperti latihan susualn ,
pelbagai jenis ujian dan kuiz dan pemerhatian kepada pelajar. Guru dapat merancang dan
melaksanakan tindakan susulan berdasarkan data yang diperoleh daripada PS seterusnya bagi
meningkatkan keberkesanan PdP dan seterusnya tahap penguasaan KBAT dalam kalangan
murid. Guru dapat menilai dan mentaksir tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid
dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti konteks baharu, situasi sebenar dalam kehidupan
harian, pelbagai soalan dan stimulus.
Pentaksiran Pusat (PP) dan peperiksaan, telah memasukkan elemen KBAT dalam
peperiksaan UPSR dan SPM bermula tahun 2013 dengan peratusan sebanyak 10% soalan
KBAT. Peratusan ini ditingkatkan secara berperingkat pada tahun-tahun seterusnya sehingga
mencapai sasaran 40% (UPSR) dan 50% (SPM) elemen KBAT dalam peperiksaan. Keadaan ini
dapat mengurangkan soalan berkonsep tahu dan faham seterusnya mengurangkan kaedah
pembelajaran berbentuk hafalan.
Pentaksiran disokong dengan beberapa ciri dalam pembinaan item soalan. Ciri item
soalan KBAT ialah bersifat stimulus, mempunyai kepelbagaian aras pemikiran, konteks soalan
bukan lazim, situasi sebenar dalam kehidupan dan item tidak berulang. Hal ini bagi
menggalakkan murid berfikir, tidak menghafal corak soalan dan membuat perkaitan
pembelajaran dengan kehidupan sebenar.

11
Kesahan Kebolehpercayaan Keobjektifan

Kemudahtadbiran Kemudahtafsiran

Rajah 1: Ciri-ciri Pentaksiran Bilik Darjah

Untuk menilai skor pentaksiran, terdapat lima ciri yang perlu dititikberatkan seperti
dalam Rajah 1.
Dalam sistem pembelajaran norma baharu iaitu PdPR, guru perlu merancang dan
menyediakan pentaksiran alternatif untuk menggantikan sistem pentaksiran yang sedia ada iaitu
sistem ujian bertulis dan sistem peperiksaan. Hal ini untuk memastikan pelajar memperoleh
pembelajaran yang berkualiti walaupun hanya belajar di rumah. Pentaksiran alternatif dapat
membantu guru memantau perkembangan dan pencapaian murid iaitu seiiring dengan
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berfokus kepada pencapaian dan tahap
pembelajaran pelajar secara holistik.
Tiga pendekatan dalam pentaksiran yang telah digunakan dalam PdPR untuk
menggantikan PBD ialah pentaksiran kognitif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran portfolio.
Pentaksiran kognitif adalah pendekatan untuk mengukur tahap kemampuan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang
membolehkan pelajar untuk berfikir secara luar kotak dan mampu untuk menyelesaikan masalah.
Sebagai contoh, aplikasi KAHOOT, e-permainan boleh digunakan untuk mengukur kemampuan
pelajar untuk menyelesaikan masalah. Dari pihak guru pula, pentaksiran alternatif ini mampu
menjadikan guru seorang yang mampu mengendalikan aplikasi teknologi pendidikan dan dapat
mengaplikasikannya di dalam bilik darjah serta dapat membantu pelajar yang lemah untuk
belajar dari rumah.

12
3. TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru untuk
melaksanakan penerapan elemen KBAT dalam PdPR semasa pandemik Covid-19. Kajian lepas
digunakan dan dianalisis untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang timbul hasil dari
pelaksanaan KBAT dalam PdPR. Kajian kepustakaan dijalankan untuk mencapai objektif kajian
iaitu:

1. Untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam untuk menerapkan elemen
KBAT dalam PdPR
2. Untuk mengenalpasti kaedah guru menerapkan elemen KBAT dalam PdPR.
4. SOROTAN LITERATUR

Berdasarkan jurnal kajian lepas, beberapa jurnal telah dianalisa dan dikenalpasti dapat membantu
pengkaji mencapai objektif kajian. 11 artikel yang diperoleh dari pengkalan data dicari
menggunakan kata kunci yang dipilih dan dapat menjawab serta mencapai maklumat yang
diperlukan dalam kajian. Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah (2017), tahap pemahaman dan
pengetahuan guru terhadap KBAT berada pada tahap sederhana dan menunjukkan guru Bahasa
Melayu mempunyai pemahaman yang agak rendah dari segi konsep CoRT oleh De Bono. Nur
Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam (2018), kesediaan guru untuk mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan salah satu
pemboleh ubah utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan inovasi tersebut. Sandra
Suffian & Suppiah Nachiappan (2019), masalah yang dihadapi oleh guru prasekolah ialah
kekangan masa dalam menyediakan topik pembelajaran dan bahan carian yang tepat, guru tidak
bersedia dalam melaksanakan HOTS. Mohamad Marzuqi dan Azmil (2017), guru kurang
memberikan perhatian BBM yang menggunakan aplikasi teknologi dalam pengajaran mereka.
Rajendran N.S. (2018), walaupun kebanyakan guru telah mengikuti latihan dan kursus
berkaitan KBAT namun para guru berpendapat mereka masih kurang bersedia melaksanakan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdPC kerana kekangan yang telah dikenalpasti.
Mohamad Nurul Azmi et.al. (2017), menyatakan seseorang guru sukar untuk membina soalan

13
aras tinggi dan cara untuk mendapatkan maklumat tentang KBAT telah menjadi masalah kepada
mereka untuk menerapkan unsur KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Fathizaki, Anuar & Norasmah (2021), menyatakan kemahiran guru dalam PdPR dapat
meningkatkan prestasi pelajar melalui pengajaran yang jelas dalam bilik darjah seterusnya dapat
melonjakkan kualiti sesebuah sekolah. Aziah et al. (2015) menyatakan bahawa Kementerian
Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti sekolah
termasuklah memperkenalkan KPP yang bertujuan menyediakan suatu persekitaran bekerja
secara kolaboratif kepada guru supaya dapat mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid.
Suganti (2019) menyatakan penggunaan rancangan mengajar yang berkesan telah berjaya
meningkatkan kualiti pengajaran dan pencapaian pelajar. Rancangan mengajar yang berkesan
mengandungi bahan bantu mengajar (BBM) yang disokong dengan penggunaan media yang
pelbagai serta pelaksanaan KBAT dapat diterapkan dan diterima dengan baik oleh pelajar.
Maimun et al. (2021) menyatakan pelaksanaan PdPR berasaskan modul dan berasaskan projek
yang merupakan kaedah yang relevan dengan perkembangan teknologi PdPR berasaskan modul
memberi panduan guru untuk melaksanakan PdPR secara optimum, berstruktur dan terancang.
Ia mengandungi tema, objektif, tempoh pelaksanaan, nota dan aktiviti yang disesuaikan dengan
PdPR manakala PdPR berasaskan projek merupakan pembelajaran berpusatkan murid yang
bersifat penerokaan berstruktur kepada masalah dan reka bentuk produk. Ariffin dan Yunus
(2017), untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21, guru seharusnya memiliki kemahiran
yang tinggi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menerusi amalan
pedagogi yang berkesan, menarik, dan interaktif.

5. METODOLOGI

Dalam kajian ini, kaedah kajian yang digunakan adalah kajian kepustakaan. Dua kaedah kajian
yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data. Pengkaji menggunakan enjin carian
Google dan Microsoft Edge sebagai medium utama untuk mengakses laman web seperti Google
Scholar, e-repositori penerbitan UKM, e-jurnal UPSI, researchgate, Science Direct, Springer dan
lain-lain. Kata kunci seperti elemen KBAT, PdPR, ABM/BBM, kesediaan guru, tahap
pengetahuan guru dalam aplikasi KBAT dan kata kunci lain yang berkaitan digunakan untuk
mencari data yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tidak semua kata kunci yang digunakan

14
membawa kepada data yang diperlukan. Oleh itu, penyelidik menggunakan kata kunci yang lain
untuk mencari data yang bersesuaian dengan tajuk kajian. Kajian lepas dan rujukan yang
diperoleh adalah dari tahun 2016 hingga 2021. Dalam penyelidikan ini, penyelidik perlu mencari
sumber rujukan yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan. Berdasarkan tajuk kajian, penyelidik
perlu mencari bahan dan sumber rujukan yang utama berkaitan dengan bidang pendidikan iaitu
elemen-elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), penggunaan alat bantu mengajar dan
juga berkaitan dengan pelaksanaan PdPR sewaktu pandemik Covid-19.

6.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian lepas dibincangkan
dengan lebih terperinci. Ia termasuklah mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru untuk
melaksanakan elemen KBAT dalam PdPR iaitu pengetahuan guru terhadap kepentingan
penerapan KBAT semasa PdPR, masalah dari segi kesediaan guru semasa pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan KBAT semasa PdPR serta keperluan asas pendidikan
dan kemudahan bahan bantu mengajar sangat terhad semasa PdPR.
Dalam usaha untuk memastikan pendidikan negara kita dapat melahirkan insan yang
sempurna dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) serta
sentiasa berfikir ke arah kemodenan, penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
perlulah dilaksanakan melalui setiap mata pelajaran di dalam kelas. Menerusi penerapan KBAT
dalam proses pdp bertujuan memastikan murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan
sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
Menurut Suzana Abd Mutalib & Mohammad Zeeree Kanreng (2017), KBAT merupakan
salah satu elemen pemikiran yang perlu ada dalam memenuhi keperluan bagi membentuk murid
generasi moden yang lebih cerdas, kreatif dan berinovasi yang mampu bersaing di peringkat
globalisasi. Melalui KBAT juga murid bukan sahaja menghafal untuk mengingat dan faham info
yang dibaca bahkan mampu untuk mengaplikasi, membuat tafsiran, melakukan manipulasi serta
ubahsuai maklumat menjadi lebih baik dan relevan (Farah Aziana Abdul Aziz & Fadzilah Abd
Rahman 2018).
Walau bagaimanapun, dalam situasi negara kita yang dilanda pandemik Covid-19,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan supaya Pengajaran dan Pembelajaran di

15
Rumah (PdPR) dilaksanakan mengikut manual dan garis panduan PdPR yang telah disediakan.
Dengan pelaksanaan PdPR, guru menghadapi beberapa masalah dalam usaha untuk menerapkan
elemen-elemen KBAT pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.

6.1 Pengetahuan Guru Terhadap Kepentingan Penerapan KBAT Semasa PdPR

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah merupakan satu kaedah pendidikan baharu dalam
kalangan guru yang terpaksa dilalui disebabkan peningkatan Covid-19 pada masa kini. Oleh itu,
kebanyakan guru hanya memberi fokus bagi menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk murid-murid yang mengikuti pembelajaran di rumah masing-masing.
Penerapan KBAT sukar untuk diterapkan kerana kaedah pengajaran yang berbeza digunakan
berdasarkan faktor kawasan penempatan, sosioekonomi dan faktor kemudahan untuk mengakses
sekiranya PdPR dilaksanakan secara atas talian. Dalam situasi ini, tidak semua guru sedar dan
mempunyai pengetahuan bahawa penerapan KBAT penting walau dalam apa jua kaedah
pengajaran diaplikasikan terhadap murid. Penyataan ini disokong dengan hasil kajian yang telah
dibuat oleh Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah (2017) menjelaskan tentang pengetahuan dan
pemahaman guru berkaitan KBAT masih pada tahap sederhana dan pemahaman guru bahasa
Melayu juga agaka sangat rendah dalam menguasai pemahaman KBAT.
Dalam kurikulum Bahasa Melayu, penerapan KBAT perlulah dilaksanakan dalam tiga
aspek iaitu kemahiran bertutur dan mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis
serta dua aspek lain iaitu aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa (Farah Aziana Abdul Aziz &
Fadzilah Abd Rahman 2018). Sekiranya, PdPR dilakukan secara luar talian sudah pasti sukar
bagi guru untuk terapkan KBAT dalam latihan yang diberikan terutama sekali latihan yang
berkaitan dengan kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca. Hal ini kerana
guru tidak dapat memantau dan membimbing murid sekiranya mereka tidak memahami arahan
yang dinyatakan dalam modul yang disediakan oleh guru.
Penggunaan kaedah PdPR berasaskan modul merupakan kaedah yang paling sesuai
digunakan bagi pendekatan PdPR luar talian. Walau bagaimanapun sebelum PdPR dilaksanakan,
menurut kajian yang dilakukan oleh Nur Shahira Mat Isa & Zamri Mahamod (2021), tahap
pengetahuan merujuk tentang pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap konsep KBAT dan cara
penerapatan KBAT dilaksanakan adalah sangat tinggi. Hasil kajian tersebut selaras dengan

16
kajian Fadilla & Zamri (2019) yang mengatakan tahap pengetahuan guru dalam menggunakan
elemen KBAT dalam PdP adalah sangat tinggi.

6.2 Masalah Dari Segi Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Dan
Pembelajaran Berdasarkan KBAT Semasa PDPR

Untuk merealisasikan hasrat KPM agar semua murid menerima pembelajaran secara
menyeluruh, guru lebih memilih untuk memastikan semua silibus dan kandungan tajuk dalam
buku teks dapat dihabiskan mengikut masa yang telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan guru
lebih selesa menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru. Semasa PdPR dilaksanakan,
pendekatan ini sangat popular dan mudah digunakan kerana sesi bersemuka tidak dapat
dilaksanakan. Dengan itu, guru-guru tidak bersedia untuk melakukan perubahan dari segi inovasi
pengajaran untuk melaksanakan penerapan KBAT dalam mata pelajaran yang di ajar. Nur Hawa
Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam (2018) dalam kajiannya turut berpendapat bahawa
persediaan guru menggunakan inovasi yang baharu semasa menghadapi proses pdp sangat
penting kerana ianya mampu menjadi penentu kepada kejayaan perubahan inovasi yang
digunakan.
Tambahan lagi, guru juga tidak bersedia untuk menghasilkan soalan yang sukar untuk
diberikan kepada murid semasa PdPR. Hal ini dikhuatiri murid cepat bosan dan tidak mahu
menjawab latihan yang diberikan oleh guru sekiranya soalan yang diberikan tidak difahami oleh
mereka. Mohamad Nurul Azmi et.al. (2017) turut menyatakan bahawa seseorang guru sukar
untuk membina soalan aras tinggi dan cara untuk mendapatkan maklumat tentang KBAT telah
menjadi masalah kepada mereka untuk memasukkan unsur KBAT dalam pdp di sekolah.
Terdapat juga guru-guru yang merasakan penerapan unsur KBAT dalam penilaian amat penting
kerana ia dapat meningkatkan aras pemikiran seseorang murid seperti yang telah dinyatakan oleh
Anis Handayani, Septhina Shinta Sari, Sumardi (2019) dalam laporan kajiannya bahawa guru-
guru percaya bahawa melaksanakan HOTS dalam penilaian adalah penting.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi berpandukan terhadap empat aras teratas Taksonomi
Bloom iaitu aplikasi, analisis, penilaian dan mencipta. Kesemua aras ini sukar untuk diterapkan
semasa PdPR dilaksanakan. Kesediaan guru dalam memperluaskan kaedah pengajaran seperti
mencari maklumat menggunakan teknologi tinggi dalam kalangan guru lebih berusia juga punca

17
utama elemen KBAT tidak berjaya diterapkan semasa proses pdp berlangsung. Guru harus
menunjukkan kesungguhan dalam mempelajari ilmu baharu seperti belajar untuk mengakses
internet supaya dapat mencari maklumat yang lebih sesuai digunakan oleh murid semasa belajar
di rumah mereka. Hal ini selari dengan kajian Sandra Suffian & Suppiah Nachiappan (2019)
yang menyatakan masalah yang dihadapi oleh guru prasekolah ialah kekangan masa dalam
menyediakan topik pembelajaran dan bahan carian yang tepat, guru tidak bersedia dalam
melaksanakan HOTS kerana kurangnya pendedahan mengenai konsep HOTS, alat bantu
mengajar yang sudah jauh ketinggalan dan tiada kemudahan internet untuk memudahkan guru
mencari maklumat tambahan.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional seperti menjawab latihan
berdasarkan buku teks tidak lagi relevan dan tidak sesuai digunakan kerana kaedah ini
membuatkan murid cepat bosan dan tidak mahu melakukan aktiviti tersebut sekiranya tidak
dipantau oleh keluarga mereka. Murid pada zaman sekarang lebih berminat dengan penggunaan
teknologi moden dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, guru juga perlu menggunakan
kaedah yang lebih kreatif dan sentiasa positif dalam setiap perkara yang terjadi agar dapat
memastikan murid sentiasa teruja untuk menjalani sesi PdPR, sentiasa seronok dan mendapat
ilmu dengan sepenuhnya. Perkara ini juga dinyatakan oleh Hasnah Isnon dan Jamaludin Badusah
(2017) dalam kajian mereka bahawa guru Bahasa Melayu yang sering menunjukkan sikap positif
mampu menguasai kemahiran mencari, menganalisis dan dan menggunakan maklumat bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

6.3 Keperluan Asas Dan Kemudahan Bahan Bantu Mengajar Sangat Terhad Semasa
PdPR

Bagi mempersiapkan diri dengan lengkap untuk menghadapi PdPR, guru memerlukan keperluan
dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang secukupnya supaya proses PdPR berjalan
dengan lancar. Sebagai contoh, guru yang terpaksa menggunakan pendekatan pengajaran secara
atas talian perlu menyediakan kemudahan elektronik yang sesuai seperti komputer riba dan
tablet. Selain itu, capaian internet juga memainkan peranan yang sangat penting kerana tanpa
capaian internet yang laju dan kuota yang besar pendekatan pengajaran secara atas talian tidak
dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, tidak semua guru mempunyai kemudahan bahan

18
bantu mengajar (BBM) tersebut dan ada juga yang tidak mempunyai laptop dan sebagainya.
Penyataan tersebut disokong dengan kajian Mohamad Marzuqi dan Azmil (2017) yang
mengatakan guru tidak memberi tumpuan penuh terhadapat penggunaan BBM berasaskan
teknologi semasa mengajar. Mohd Jamalil et al. (2017) dalam Siti Noor Aneeis dan Nurahimah
(2020) turut mengatakan guru masih kurang memberi perhatian terhadap penyediaan BBM
sebelum mengajar. Dalam isu pelaksanaan pdpr menyokong penerapan kbat ini, guru kurang
memberikan perhatian dalam penggunaan aplikasi teknologi dan penyediaan bahan bantu
mengajar disebabkan murid tidak memiliki peranti yang membolehkan mereka melibatkan diri
dalam proses PdPR.
Guru mempunyai minat dan bersedia untuk melaksanakan proses pdpr secara dalam
talian menggunakan alat teknologi tetapi mereka menghadapi kekangan dari segi kuantiti dan
kualiti kemudahan itu. Menurut Garba, S.A, Byabazaire, Y., & Bushthami, A.H. (2015) dalam
Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah; Nor Sazila Zakaria; Rohana Osman; Khairul Anuar Bahrin
(2019) membincangkan di dalam kajian mereka di mana guru berminat untuk menggunakan
peralatan teknologi dalam pengajaran mereka tetapi berlaku kesulitan disebabkan peralatan yang
terhad menyebabkan guru terpaksa menggunakan kaedah lama dalam pdp.
Guru sentiasa berusaha memastikan penerapan unsur KBAT seperti interaktif, kreatif dan
reflektif dapat diterapkan dalam setiap mata pelajaran walaupun semasa pdpr dilaksanakan.
Pembelajaran yang baik adalah pengajaran yang mempunyai elemen interaktif, kreatif dan
reflektif (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007), dalam (Siti Noor Aneeis & Nurahimah, 2020) bagi
menghasilkan murid yang mampu berfikir aras tinggi (Azmil & Nurul Syafiqa 2019; Siti Noor
Aneeis & Nurahimah 2020). Bahan bantu yang disedeikan guru mestilah sesuai dan kreatif
supaya pelaksanaan pengajaran penerapan KBAT mampu memberi kesan yang baik terhadap
semua pihak. Walau bagaimanapun, kemudahan bahan bantu mengajar ini tidak dapat disediakan
sepanjang proses pdpr.
Selain itu, kawasan tempat tinggal guru juga menjadi faktor yang penting kerana tidak
semua kawasan diberi kemudahan capaian internet yang laju. Sekiranya hal ini terjadi guru
terpaksa mencari inisiatif yang lain bagi memastikan PdPR yang secara dalam talian dapat
dilaksanakan seperti mencari liputan internet di kedai makan, di dalam kereta, di pusat bandar
dan lain-lain tempat lagi yang menyediakan capaian internet yang laju. Walaupun guru sudah
berusaha sebaik mungkin untuk menggunakan platform yang terbaik bagi menyampaikan

19
pengajaran tetapi ada juga murid yang tidak memandang serius usaha guru dengan tidak
menyertai kelas secara dalam talian yang telah ditetapkan.
Dengan ini, penerapan KBAT sukar untuk dilaksanakan kerana kerjasama antara murid
dengan guru tidak dapat berjalan dengan baik. Semangat guru untuk mengajar secara tidak
langsung akan luntur apabila kelas secara dalam talian yang dilakukan tidak mendapat sambutan
daripada murid. Dengan itu, kemudahan bahan bantu mengajar sangat penting untuk memastikan
guru-guru sentiasa bersemangat dan semakin berusaha untuk meningkatkan sesi PdPR secara
dalam talian mahupun secara luar talian serta penerapan KBAT dapat dilaksanakan melalui
soalan dan latihan yang diberikan. Perkara ini disokong oleh Muhammad Faez Amrullah et.al
(2018), pendidik mestilah sentiasa bersedia dan menerima dengan sesebuah pembaharuan dan
menggunakan pembaharuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul supaya KBAT dapat
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rajendran N.S. (2008) dalam Nur Hawa Hanis binti Abdullah, Ghazali bin Darusalam
(2018) menyatakan walaupun kebanyakan guru telah mengikuti latihan dan kursus berkaitan
KBAT namun para guru berpendapat mereka masih kurang bersedia melaksanakan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam pdpc kerana kekangan yang telah dihadapi. Oleh yang demikian,
dicadangkan supaya pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan pihak pentadbir sekolah untuk membuat pemantauan secara berkala dan
berterusan terhadap pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi oleh guru semasa proses pdpr
dilaksanakan.

7. PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan mengenai cadangan penyelesaian untuk


mengatasi isu yang dihadapi iaitu terdapat lima cadangan penyelesaian yang dibincangkan
seperti meningkatkan tahap keyakinan guru dalam penyampaian KBAT semasa PdPR, guru perlu
menyelidiki masalah yang dihadapi murid semasa penerapan KBAT dalam PdPR, KPM perlu
menyediakan fasiliti dan prasarana untuk membantu guru semasa PdPR, guru harus bersedia
untuk menjalani latihan berterusan dan menyertai kursus professional, cara pelaksanaan KBAT
dan pemantauan secara berkala dan berterusan terhadap pelaksanaan KBAT semasa PdPR.

20
7.1 Meningkatkan Tahap Keyakinan Guru Dalam Penyampaian KBAT semasa
PdPR

Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi isu penerapan elemen KBAT dalam pdp adalah
meningkatkan tahap keyakinan guru dalam penyampaian KBAT semasa PdPR. Guru hendaklah
berani mencuba alternatif baharu semasa PdPR berlangsung supaya murid lebih berminat untuk
belajar di rumah. Guru menunjukkan keberanian dengan merakam video pengajaran semasa
mereka sedang mengajar sesuatu tajuk untuk dipertontonkan kepada murid-murid. Melalui
kaedah ini secara tidak langsung guru boleh menerapkan elemen KBAT dan menjadikan PdPR
lebih menarik. Elemen KBAT yang boleh diterapkan dalam PdPR seperti penggunaan peta
pemikiran i-Think semasa pengajaran yang berkaitan dengan tajuk bersesuaian. Contohnya
dalam merangka idea-idea sebuah karangan, murid-murid boleh menggunakan peta bulatan atau
peta buih untuk memudahkan mereka membuat karangan lengkap.
Menurut kajian dilakukan oleh Mohd Faez Nurazman (2018) mendapati tahap keyakinan
guru juga perlu dikenalpasti kerana ianya adalah perkara penting semasa pelaksanaan KBAT di
dalam penulisan karangan. Beliau juga menyatakan segelintir guru tidak bersedia sepenuhnya
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan kemahiran berfikir aras
tinggi terjadi disebabkan oleh strategi pengajaran yang digunakan oleh guru tidak pelbagai. Oleh
itu, tahap keyakinan guru boleh ditingkatkan dengan membiasakan diri menggunakan kaedah
pengajaran yang berbeza berbanding dengan kebiasaan mengajar secara bersemuka di dalam
bilik darjah. Antara kaedah yang boleh digunakan oleh para guru semasa PdPR ialah
menggunakan pelantar google classroom yang dibekalkan oleh pihak kementerian. Kaedah ini
memerlukan kemahiran guru mengendalikan aplikasi digital dengan mahir. Secara tidak
langsung, guru telah menggunakan pelbagai platform untuk menarik minat murid berfikir dengan
lebih kreatif dan inovatif.
Keyakinan guru juga boleh ditingkatkan dengan perkongsian idea yang digunakan
dengan guru-guru lain. Pengkongsian ini boleh dilakukan menerusi kaedah PLC (Professional
Learning Coaching) dengan rakan-rakan guru yang lain menerusi media sosial seperti aplikasi
whatsapp dan telegram. Keadaan ini mampu membantu murid-murid mencapai tahap
penguasaan yang lebih efisien dalam setiap kemahiran yang dipelajari oleh mereka.

21
7.2 Guru Perlu Menyelidik Masalah yang Dihadapi Murid Semasa Penerapan
KBAT dalam PdPR

Seterusnya, untuk mengatasi masalah atau isu yang timbul semasa penerapan KBAT di dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menyelidik masalah yang sering dihadapi oleh murid
sekiranya mereka tidak mampu untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru jika elemen
KBAT digunakan. Hal ini disebabkan tidak semua murid dapat memahami arahan yang
diberikan dengan baik ketika pembelajaran di rumah berlangsung. Situasi ini berlaku disebabkan
mereka tiada tempat untuk dijadikan rujukan setiap kali melakukan aktiviti yang diberi oleh
guru. Oleh itu, guru haruslah memastikan murid sentiasa bersedia dan mampu mengikuti
pengajaran guru dengan baik semasa PdPR berlangsung.
Williams (2015) dalam Mohd Faez Nurazman (2018) berpendapat guru seharusnya
mencari punca mengapa murid memberikan jawapan yang tidak sepatutnya dan guru tidak boleh
mengendahkan pandangan murid. Menerusi penyelidikan yang dilakukan terhadap murid, guru
mampu mengesan tahap kemampuan murid menerima unsur KBAT dalam pembelajaran dan
mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid sebelum PdPR dilaksanakan. Guru dapat
merangsang pemikiran murid secara kognitif dan inovatif tentang tahap pengetahuan mereka
tentang tajuk yang akan dipelajari oleh mereka supaya PdPR berlangsung dengan lancar serta
efektif.
Justeru itu, semasa PdPR berlangsung guru harus cakna akan tahap penglibatan murid
dalam PdPR sama ada pengajaran secara dalm talian atau secara luar talian. Keprihatinan guru
dalam situasi ini dapat mengatasi masalah keciciran murid dalam pelajaran. Kehadiran murid
dalam PdPR dapat dikesan menerusi penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang diberikan
seperti menghantar latihan pada masa yang ditetapkan.

7.3 KPM Perlu Menyediakan Fasiliti dan Prasarana untuk Membantu Guru
semasa PdPR

Penerapan elemen-elemen KBAT dalam PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan
kerjasama KPM. KPM perlu menyediakan kemudahan fasiliti dan prasarana untuk membantu
guru semasa PdPR. Antara kemudahan yang perlu disediakan oleh pihak KPM ialah alat bantu

22
mengajar yang sesuai dengan situasi PdPR seperti telefon pintar dan kemudahan talian internet
untuk memberi kemudahan kepada guru dan murid mengakses maklumat yang berkaitan dengan
PdPR.
Bahan bantu mengajar yang pelbagai ini dapat membantu guru-guru lebih bersedia untuk
menjalankan PdPR tanpa sebarang gangguan. Secara tidak langsung kemudahan ini dapat
memastikan sesi PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya.
KPM menerusi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) perlu membantu guru-guru dengan
menyediakan pelbagai modul pengajaran bagi setiap mata pelajaran supaya guru-guru dapat
menjalankan PdPR dengan lebih berkesan dan terancang. Penggunaan modul pengajaran yang
sama dari pihak KPM dapat menyelaraskan pengajaran di seluruh negara semasa PdPR
dilaksanakan.

7.4 Guru Harus Bersedia Untuk Menjalani Latihan Berterusan Dan Menyertai
Kursus Professional Cara Pelaksanaan KBAT

Masalah penerapan KBAT dalam kalangan guru semasa PdPR juga boleh diatasi dengan cara
guru harus bersedia untuk menjalani latihan berterusan dan menyertai kursus profesional cara
pelaksanaan KBAT. Pihak sekolah perlu memastikan setiap guru mata pelajaran menyertai
latihan-latihan profesional yang dianjurkan pihak KPM secara dalam talian berkaitan dengan
pelaksanaan KBAT dalam PdPR.
Antara latihan profesional yang boleh disertai oleh guru ialah kursus-kursus, bengkel-
bengkel dan webinar menerusi pelbagai platform seperti youtube, google meet, zoom meeting,
skype, google classroom dan sebagainya berkaitan dengan penerapan unsur KBAT dalam PdPR
secara berkesan.
Guru-guru juga perlu meluangkan lebih banyak masa secara kendiri dalam mempelajari
ilmu baharu selaras dengan perkembangan sistem pendidikan semasa pandemik Covid-19 yang
sedang melanda negara pada masa kini. Justeru itu, guru-guru dapat memanfaatkan masa yang
ada sebaik mungkin untuk mempelajari ilmu baharu dan meningkatkan tahap pengetahuan bagi
memastikan KBAT dapat dilaksanakan dengan berkesan. Secara tidak langsung, guru-guru lebih
bersemangat untuk menerapkan nilai-nilai KBAT dalam PdPR.

23
7.5 Pemantauan Secara Berkala dan Berterusan Terhadap Pelaksanaan KBAT
semasa PdPR

Bagi guru yang melaksanakan PdPR secara dalam talian, pihak pentadbir sekolah lebih mudah
untuk membuat pemantauan berkaitan pelaksanaan KBAT ini. Mereka boleh menyertai kelas
yang dijalankan oleh guru-guru di dalam talian. Para pentadbir boleh melihat dan menilai
bagaimana pengajaran guru, bahan-bahan pengajaran yang digunakan serta penilaian
pembelajaran terhadap murid-murid. Pentadbir boleh membuat semakan terhadap bahan-bahan
pembelajaran atau modul yang disediakan oleh guru kepada murid-murid. Mereka boleh
memastikan bahan atau modul yang disediakan itu menepati garis panduan atau spesifikasi tahap
KBAT yang sepatutnya.
Dengan pemantauan secara berkala dan berterusan ini akan dapat memastikan
pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sepanjang proses PdPR dapat dijalankan secara
terancang dan mengikut prosedur yang telah dipelajari semasa menghadiri kursus.
Secara keseluruhannya, isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan penerapan KBAT
dalam PdPR dapat diatasi menerusi kerjasama pelbagai pihak terutama pihak KPM dan guru-
guru. Pemantauan secara berterusan perlu dilaksanakan terhadap guru-guru untuk memastikan
penggunaan elemen KBAT diterapkan dalam PdPR supaya memastikan kualiti guru sentiasa
terjamin.

8. CABARAN DAN LIMITASI

Dalam kajian ini terdapat limitasi dan cabaran yang pengkaji hadapi. Antaranya ialah hasil dari
kajian ini tidak memberangsangkan kerana sumber yang diperoleh dari pangkalan data sangat
terhad dan memandangkan pendemik Covid-19 dan PdPR masih baharu lagi dalam sistem
pendidikan di negara kita, sumber rujukan yang berkaitan topik kajian masih kurang dan tidak
menepati kehendak kajian. Sumber rujukan dari kajian lepas agak terhad kerana masih belum
banyak lagi kajian yang berkaitan topik kajian dijalankan di Malaysia dan ini menyebabkan
kekurangan data yang kukuh dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, pengkaji menggunakan dan

24
menganalisis sebaik mungkin kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian untuk melihat
kerelevenannya dengan kajian yang sedang dijalankan.
Limitasi kedua ialah PdPR ini masih baharu dalam sistem pendidikan di negara kita.
Pelaksanaan PdPR di Malaysia bermula pada bulan Mac 2020. Pelaksanaan PdPR pada ketika itu
seolah-olah agak tergesa-gesa kerana penularan Covid-19 semakin mengancam sosio kehidupan
secara mendadak. Dengan itu, bermulalah pengajaran dan pembelajaran secara maya di semua
institusi pengajian pelbagai peringkat. Dalam pada itu, masyarakat umum di negara kita masih
lagi baharu dengan perubahan kepada pendekatan pengajian secara maya. Maka, sukar untuk
pengkaji mendapatkan maklumat berkaitan dengan PdPR.
Limitasi kajian yang ketiga adalah kebanyakan kajian yang dijalankan semasa pendemik
ini hanya memfokuskan kepada guru dan pelajar dari aspek kesediaan dan impak. Namun, kajian
yang berkaitan dengan penerapan elemen KBAT dalam PdPR hampir tidak ada dalam pangkalan
data.
Limitasi keempat kajian ini adalah tiada pergerakan secara fizikal dapat dibuat untuk
melihat pelaksanaan PdPR oleh guru-guru. Kekurangan dari aspek ini adalah satu kerugian
kerana daripada pemerhatian ini akan membantu pengkaji untuk melihat sekiranya ada
penerapan elemen KBAT dibuat semasa PdPR.

9. IMPLIKASI & CADANGAN

Melalui kajian ini pelbagai pihak dari sektor pendidikan menyedari bahawa guru
memainkan peranan yang penting untuk memastikan elemen KBAT dapat dilaksanakan
walaupun menggunakan kaedah PdPR. Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam isu ini boleh
ditangani dengan adanya inisiatif dan sokongan daripada pihak atasan terutamanya daripada
KPM yang membantu guru dalam pelbagai aspek. Hasil analisis kajian lepas dan perbincangan,
kaedah penyelesaian yang dicadangkan perlu diambil perhatian dan dibawa ke peringkat atasan
supaya isu ini dapat ditangani dengan sebaiknya secara berperingkat dan bersistematik.
Bagi kajian yang akan datang dicadangkan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi
tentang isu KBAT dalam PdPR kerana pandemik Covid-19 baru sahaja menyerang negara pada
tahun 2020. Kajian ini mencadangkan supaya kajian diperluaskan dan dijalankan secara
terperinci di sekolah pedalaman kerana isu di sekolah pedalaman mungkin sedikit berbeza dari

25
sekolah yang berada di kawasan bandar dan pekan. Dengan cadangan ini, perbezaan isu serta
cabaran yang dihadapi oleh dua jenis kawasan sekolah dan cara mengatasinya dapat
dibandingkan.

10. KESIMPULAN

Kesimpulannya, penerapan elemen KBAT dalam PdPR bukanlah satu perkara yang boleh
dilaksanakan dalam waktu yang singkat. Walaupun elemen KBAT sangat penting dalam
pembelajaran abad ke-21 namun perancangan dari segi pelaksanaan, silibus, bahan rujukan perlu
dititikberatkan dan persediaan guru yang melaksanakan perkara juga perlu diambil perhatian
kerana pelaksanaan elemen KBAT perlulah dijalankan dengan sebaik supaya kualiti guru tidak
terjejas kerana pelaksanaan yang kurang memberansangkan dan penerimaan pelajar juga tidak
mencapai objektif pelaksanaan.
Penerapan elemen-elemen KBAT dalam PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya
dengan kerjasama KPM. KPM perlu menyediakan kemudahan fasiliti dan prasaran untuk
membantu guru semasa PdPR. Antara kemudahan yang perlu disediakan oleh pihak KPM ialah
alat bantu mengajar yang sesuai dengan situasi PdPR seperti telefon pintar dan kemudahan talian
internet untuk memberi kemudahan kepada guru dan murid mengakses maklumat yang berkaitan
semasa PdPR.
Bahan bantu mengajar yang pelbagai ini dapat membantu guru-guru lebih bersedia untuk
menjalankan PdPR tanpa sebarang gangguan. Secara tidak langsung, kemudahan ini dapat
memastikan sesi PdPR dapat dilaksanakan dengan jayanya. KPM menerusi Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD) perlu membantu guru-guru dengan menyediakan pelbagai modul pengajaran bagi
setiap mata pelajaran supaya guru-guru dapat menjalankan PdPR dengan lebih berkesan dan
terancang. Penggunaan modul pengajaran yang sama dari pihak KPM dapat menyelaraskan
pengajaran di seluruh negara semasa PdPR dilaksanakan.

26
RUJUKAN

Abdullah, N. H. H., & Darusalam, G. (2018). Kesediaan guru melaksanakan kemahiran


berfikir aras tinggi dalam pengajaran. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, 6(3), 22-31.
Amran, N., & Rosli, R. (2017). Teachers’ Understanding in 21st Century Skills. Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan.
Amrullah, M. F. N, Mohamad, W. M. R. W. & Yunus. M. R. (2018). Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Karangan UPSR oleh Guru Bahasa Melayu:
Satu Kajian Kes. UTM Press. 10-3- 2(2018)27-37.
Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R.E. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and
Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. New York:
Longman.
Ariffin, N. A., & Yunus, F. (2017). Kesediaan Guru Prasekolah dalam Melaksanakan KBAT
dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Aziz, F. A. A. & Rahman. A. B (2018). Sorotan Kajian Kesediaan dan Keperluan Guru
Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Bilik
Darjah. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature 9 (1823-6812)
80-101.

27
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi di
Sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beteille, T, Ding, E, Molina, E, Pushparatnam, A., Wilichowski, T. (2020). Three Principles to
Support Teacher Effectiveness During COVID-19. World Bank, Washington, DC.
World Bank. Diperoleh dari https://openknowledge.worldbank.org/handle/10986/33775
Bloom, B. S. (1976). Human Characteristics and School Learning. New York: McGraw-Hill.
Buletin Anjakan. (2015). Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, p.2.
Edi Sugandi (2019) Upaya Meningkatkan Kompetensi guru melalui supervisi akademik dan
lesson study. Edutech -Jurnal Teknologi Pendidikan 18 (1) ;102-120
Fadila, A. L dan Mahamod, Z. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa
Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta
Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1). 37-44.
Handayani, A., Sari, S., & Sumardi, S. (2019). Hots-based assessment: the story of english
teacher’s knowledge, beliefs, and practices. Jurnal Bahasa Lingua Scientia, 11(2), 273-
290. https://doi.org/10.21274/ls.v11i2.1839
Isa, N. S. M. & Mahamod. Z. (2021). Tahap Pengetahuan, Sikap dan Masalah Guru Bahasa
Melayu Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Komsas. Asian People Journal, 5(1), 93-107.
Isnon, H. dan Badusah, J. (2017). Kompetensi Guru Bahasa Melayu dalam Menerapkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Malay Language
Education Journal - MyLEJ, 7(1),2180 – 4842. Vol.7,Bil.1: 56-65.
Idris, N. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krathwohl, D. R. (2002). A Revision of Bloom‟s Taxonomy: An Overview. Dlm Revising Bloom
Taxonomy. Theory into practice. 41 (4):212-218.
Langworthy, M. (2013). 21st Century Learning Design: Learning that Matters.
https://www.internationalpublishers.org/images/press
releases/EducationalPublishing/m_langworthy.pdf

28
Mohamad Nurul Azmi,M. N, Nurzatulshima, K., Umi Kalthom A. M. & Mohd Hazwan M. P.
.(2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah. International Journal of Education and
Training (InjET) 3(2), 1- 7
Mukhadis, A. (2013). Sosok Manusia Indonesia Unggul dan Berkarakter dalam Bidang
Teknologi Sebagai Tuntutan Hidup di Era Globalisasi. (dalam talian),
Diperoleh dari http://journal.uny.ac.id/index.php/jpka/article/view/1434
Mutalib, S. A. & Kanreng, M. Z. (2017). Pelaksanaan KBAT dalam Pentaksiran
Formatif Bagu Slot Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu: Kajian Kes. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Jilid 6, (18).
Nessel, D. D., & Graham, J. M. (2007). Thinking Strategies for student achievement: improving
learning across the curriculum, K-12. (2nd Ed.). Thousand oaks, California: Corwin
Press. A SAGE Publication Company.
Newmann, F. M. (1990). Higher order thinking in teaching social studies: A rationale for
the assessment of classroom thoughtfulness. Journal of Curriculum Studies, 22(1),
41-56.
Nor, M. N. A. M., Kamarudin, N. Kalthom, U. dan Puad, H. M. (2017). Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam Kurikulum Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah.
International journal of education and training, 3(2), 1-7.
Nor Izwana Mohamad Ariffin & Effandi Zakaria (2018) tinjauan Kemahiran berfikir aras tinggi
dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan university. International conference on
global education 4 :134-145
Nor Sakinah, M. (2018) Penambahbaikan prestasi melalui pemahaman sistem pengajaran dan
pembelajaran ke arah inovasi dan amalan terbaik. Asean Journal of Teaching &
Learning For Higher Education 11 (1)73-109
Nur Hawa Hanis, A.& Ghazali D. (2018) Kemahiran guru dalam melaksanakan kemahiran
berfikir aras tinggi. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 6 (3):22-31
Rahim, N. A., & Abdullah, A. H. (2017). Kesediaan Guru Matematik Sekolah Menengah dalam
Melaksanakan Proses Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21. Isu-isu Pendidikan
Kontemporari. ISBN 978-967-0194-68-4. UTM, Skudai.

29
Suffian, S., & Nachiappan, S. (2019). Analysis of Teacher Readiness towards Higher Order
Thinking Skills (HOTS) Integration in Preschool Teaching and Learning (TNL).
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(7), 417–
423.
Osman, B. H. A., & Basar, M. N. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21
dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi. Jilid 10.
Othman, Y. (2014). Peranan Guru Bahasa Melayu Dalam Merangsang Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa.14 (25). 20-24.
Weken,M. E. Mongan,A. E. & Kekenusa J. S. (2020). Hubungan antara Beban Kerja, Konflik
Peran, dan Dukungan Sosial dengan Stres Kerja Pada Guru di Sekolah Menengah Atas
Negeri 1 Manado Pada Masa Pandemik Covid-19. Indonesian Journal of Public Health
and Community Medicine 1(4) : 80-88

PERAKUAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang bekerjasama untuk melengkapkan


penyelidikan ini. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Ts Dr Mohd Khalid Mohd Nasir ,
pensyarah subjek Isu-isu Pendidikan Di Malaysia (GGGC6033), yang banyak memberi tunjuk
ajar dan sumbangannya dalam memberi cadangan dan dorongan, membantu ahli kumpulan kami
untuk menambah baik dalam penulisan kertas penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga buat ahli
kumpulan yang saling membantu antara satu sama lain, membimbing ahli kumpulan yang kurang
berkemahiran untuk mencapai matlamat penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga kepada Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana memberi peluang kepada kami untuk
menjalankan penyelidikan di bawah subjek ini.

30

You might also like