You are on page 1of 32

GGGC6033 ISU-ISU PENDIDIKAN

TUGASAN 1 KUMPULAN

TAJUK TUGASAN:
KESEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN KEMAHIRAN
KBAT DALAM PBPC ABAD KE - 21

NAMA :
VINOTINI A/P SUBRAMANIAM (P116523)
DEVAGI A/P MUNIANDY (P117433)
KUGANESWARI A/P KANASON(P116516)
MALARVELE A/P GOVINDASAMY(P118940)

PENSYARAH :
DR. MOHAMED YUSOF MOHD NOOR
ABSTRAK

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi mempunyai aras intelktual yang tinggi. Oleh itu, pelaksanaan
KBAT di sekolah diberi penekanan untuk memantapkan PAK21 di mana ianya untuk mencapai
hasrat KPM melahirkan masyarakat berfikiran. Kejayaan dalam pelaksanaan KBAT dalam pdpc
abad ke- 21 memerlukan kesedian guru. Oleh itu, kertas konsep ini dituliskan bertujuan
meneroka pemahaman guru tentang KBAT dan PAK 21 dan seterusnya merungkai
sejauhmanakah kesediaan guru melaksanakan KBAT dalam PdPc abad ke -21. Kemahiran
berfikir aras tinggi berpandukan teori taksonomi Bloom melibatkan tiga aras tertinggi iaitu
menganalisis, menilai dan mencipta manakala kemahiran berfikir aras rendah pula merangkumi
mengingat, memahami dan mengaplikasi.

Kata Kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ); Kesediaan Guru; PDPC abad ke - 21.
1.0 PENGENALAN

Pelaksanan kurikulum dalam pendidikan malaysia merupakan tonggak utama dalam


mencapai matlamat masyarakat yang berfikiran. Masyarakat berfikiran terdiri daripada kalangan
masyarakat yang berwibawa, produktif, optimistik kepada perubahan, berfikiran jauh bersifat
futuristik, dapat mempengaruhi proses membuat keputusan, mempunyai idealisme dan cita - cita
tinggi, mempunyai nilai intelektual dan moral yang unggul, bersifat demokratik dan dapat
membina dan mempertahankan nilai - nilai hidup yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan
ahli masyarakat (Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah, 2012). Oleh itu,
kurikulum pendidikan perlu direka untuk memenuhi keperluan bagi pengisian menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berfikiran.

Kemahiran berfikiran aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT merupakan lanjutan
daripada amalan pembelajaran dan pengajaran yang telah diperkenalkan pada tahun 1994 iaitu
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Transformasi KBKK dan KBAT ini adalah agenda
utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang berhasrat untuk menaikkan
taraf pendidikan negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran peringkat
antarabangsa (KPM , 2012) . Dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memberi penekanan terhadap KBAT dalam kurikulum kerana ianya merupakan satu kemahiran
dalam Pembelajaran Abad Ke -21 (PAK21). Ia juga dapat difahami sebagai satu bentuk
pembelajaran yang memerlukan murid -murid menguasai isi kandungan sambil menghasilkan,
mensintesis dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber - sumber yang
luas dengan memahami dan menghormati budaya berbeza ( Mek Nah Bakar, 2016 ) .

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengatakan pembangunan pendidikan Malaysia.


Ianya adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis (KPM,2012). Oleh itu, untuk
menjayakan pendidikan seperti dihasratkan dalam FPK, KPM telah memberi penekanan PAK 21
untuk pembangunan modal insan. Walaupun telah banyak kajian yang dijalankan berhubung
KBAT dalam kalangan pelajar (Dalilah,2003) namun hanya beberapa kajian sahaja yang
menumpuhkan kesedian guru dalam pelaksanaan KBAT semasa pengajaran dan pembelajaran.
Dengan itu, kertas konsep ini akan membincangkan tentang kesedian guru dalam
pelaksanaan kemahiran KBAT dalam PDPC abad ke -21. Kesedian guru merupakan titik tolak
kejayaan hasrat negara. Guru semestinya mempunyai kemahiran dalam merancang dan
melaksanakan pengajaran yang memipin pelajar ke arah pemikiran aras tinggi. Pencerapan
kemahiran aras tinggi ini perlu dilatih sejak pelajar di peringkat rendah lagi khususnya semasa
peringkat sekolah. Hal ini sejajar dengan hasrat KPM yang menyatakan peranan guru adalah
untuk membina asas pendidikan yang kukuh kepada kanak - kanak sekolah dengan melakukan
amalana pedagogi yang berkualiti.

4.0 LATAR BELAKANG MASALAH


Kemahiran berfikir aras tinggi KBAT bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam
pendidikan. KBAT telah banyak diperkatakan dan dibincangkan sejak dahulu lagi sehingga
mencetuskan ideologi dan evolusi pemikiran yang mana telah memberi kesan kepada sistem
pendidikan negara kita Malaysia. Pelopor utama yang tidak asing lagi diketahui ialah Bloom
yang mana telah mencetuskan ideologi pemikiran kritis. Menurut Nadarajan Thambu (2020)
Lorin Anderson (2001) telah mengubah ideologi pemikiran gurunya iaitu Taksonomi Bloom
(1956) yang lebih bersesuaian dan relevan dengan keadaan masa kini. Pindaan yang dilakukan
oleh Anderson (2001) lebih praktikal kerana menggambarkan proses berfikir. Beliau telah
melabelkan aras kemahiran berfikir dengan kata kerja berbanding kata nama yang asal dipelopori
oleh Bloom (1956). Aras kemahiran berfikir tersebut ialah mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.

Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah memperkenalkan


KBAT pada tahun 2013 melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Walaubagaimana pun kemahiran berfikir ini telah lama diterapkan dalam sistem pendidikan
negara sejak tahun 1994 dan seterusnya pada 2011 melalui kemahiran berfikir kritis dan kreatif
KBKK. Sungguh pun begitu, kesediaan guru melaksanakan KBAT dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) abad 21 masih menjadi topik utama perbahasan. Majoriti guru di
Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (Farah
Aziana Abdul Aziz dan Fadzilah Abd Rahman 2018). Kajian ini disokong oleh (Bernard Tahim
Bael, Suppiah Nachiappan dan Maslinda Pungut 2021) yang mana dapatan kajiannya
menunjukkan bahawa guru-guru di Malaysia masih belum mempunyai kesediaan untuk
melaksanakan KBAT dalam PAK 21.
Keperluan KBAT dalam PdPc abad 21 merangkumi keseluruhan mata pelajaran di
sekolah sama ada mata pelajaran teras mahupun elektif. Dalam kurikulum pendidikan terkini
iaitu KSSR dan KSSM, dapat disedari objektif dan usaha baik KPM mengembangkan KBAT
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan, namun taeknik pengajrannya dan pendekatannya tidak
diperluaskan melalui sukatan pelajaran ataupun DSKP. (N.S Rajendran 2017). Untuk itu isu ini
harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh pelbagai pihak.

Dapatan kajian mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu mendapati guru Bahasa Melayu
masih belum bersedia menerapkan KBAT dalam pengajaran kerana kebanyakan guru kurang
mendapat pendedahan tentang pelaksanaan KBAT yang betul. (Farah Aziana Abdul Aziz dan
Fadzilah Abd Rahman 2018). Wan Nor Shairah Sharuji dan Norazah Mohd Nordin (2017) juga
mendapati kaedah pengajaran berasaskan KBAT yang kurang diberi pendedahan akan
menyebabkan guru kurang bersedia menerapkan KBAT dalam pengajaran mereka.

Manakala bagi mata pelajaran elektif iaitu mata pelajaran Sejarah, dapatan kajian untuk
subjek Sejarah menunjukkan tahap kesediaan guru Sejarah dalam melaksanankan KBAT dalam
pengajaran juga berada dalam tahap sederhana. (Nur Hawa Hanis Abdullah dan Ghazali
Darusalam 2018). Namun begitu, dapatan kajian tersebut juga mendapati wujud hubungan
signifikan antara kesdiaan guru-guru Sejarah dalam melaksanakan KBAT dengan faktor sikap
yang mana semakin positif sikap guru tersebut semakin baik penerimaan guru tersebut terhadap
pelaksanaan KBAT di dalam pengajaran.

Guru seharusnya sentiasa mempersiapkan diri untuk mendepani perubahan dasar


pendidikan dan bersedia melaksanakan dasar pendidikan yang ditetapkan oleh KPM. Guru perlu
memastikan bahawa KBAT dapat dilaksanakan sepenuhnya sewaktu pdpc yang mana ianya
berupaya mengembangkan keupayaan berfikir pelajar dari masa ke semasa sekiranya sentiasa
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Sudah tentu tujuan utama penerapan KBAT dalam
pendidikan tidak lain tidak bukan untuk mempersiapkan modal insan yang bakal mendepani
perubahan pesat dunia yang lebih kompleks di masa akan datang.

5.0 RASIONAL TAJUK

Demi mencapai matlamat, misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia, kesediaan
seorang guru merupakan tonggak kejayaan ke arah mencapai tujuan tersebut. Pelbagai cabaran
dan usaha keras yang perlu dihadapi oleh guru untuk memastikan setiap dasar KPM dapat
dilaksanakan dan seterusnya memastikan kemenjadian pelajar dapat menjadi aset negara di masa
akan datang. Sehubungan dengan itu, keupayaan dan kualiti guru dalam pengajaran dan
pembelajaran menunjukkan pada tahap yang tidak memberangsangkan berdasarkan Laporan
Jemaah Nazir, 2013, menyatakan hanya 12% guru ditarafkan baik dan cemerlang. Sebaliknya,
52% guru berada di harapan dan 31% pada tahap memuaskan. Laporan tersebut juga mendapati
secara keseluruhannya, 31% taraf pengajaran dan pembelajaran adalah memuaskan dan hampir
5% lemah (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). Perkara ini terbukti apabila hasil
post moterm Laporan Tahunan Bahagian Sekolah Harian 2018 mendapati konsep dan soalan
yang menjuruskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP masih kurang diterapkan.
Hal ini juga diperakui berdasarkan yang maklum balas positif oleh pentadbir sekolah dan guru
dan menyatakan mereka perlu bimbingan dalam melaksanakan PAK21 dengan berkesan.

Berdasarkan SKPMg2 Standart 4 iaitu pembelajaran dan pemudahcaraan, telah


menggariskan beberpa aspek utama untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.
Antaranya ialah aspek 4.4 guru sebagai pendorong Untuk mencapai standard tersebut guru perlu
merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjurus ke
arah pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah,
mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran,
mengikut keupayaan murid dan secara berterusan. Manakala aspek 4.6 murid sebagai pembelajar
aktif. Murid perlu terlibat aktif pemberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti
secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan
masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara
aktif, yakin dan berhemah. (SKPMg2. KPM). Sehubungan dengan itu dapat disedari bahawa,
guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendorong murid terlibat secara aktif
dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir sewaktu di bilik darjah.

Oleh yang demikian, penulis mendapati tajuk kesediaan guru melaksanakan KBAT
dalam pengajaran dan pemudahcaraan abad 21 adalah sangat relevan untuk dibincangkan
bersama isu yang akan dibangkitkan dalam topik ini.

6.0 KEPENTINGAN TAJUK


7.0 TINJAUAN LITERATUR

7.1 Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT)


Kemahiran berfikir aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT merupakan lanjutan daripada
amalan pembelajaran dan pengajaran yang telah diperkenalkan pada tahun 1994 iaitu kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Transformasi KBKK dan KBAT ini adalah agenda utama dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang berhasrat untuk menaikkan taraf
pendidikan negara dalam kelompok seperti tiga teratas dalam pentaksiran peringkat antarabangsa
(KPM, 2013). Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu kemahiran yang
ditekankan di seluruh persada dunia. Justeru, KBAT merupakan tahap pemikiran yang
diperlukan dalam membentuk generasi abad ke-21 yang cerdas, kreatif dan berinovatif serta
berpotensi untuk bersaing di peringkat global (Abdul Rasid Jamiam, Shamsudin Othman, Azhar
Mohd Sabil dan Juanes Masamin, 2016; Suzana Abd Mutalib dan Mohammad Zeeree Kanreng,
2017). KBAT membolehkan seseorang bukan sekadar mengingat dan memahami sesuatu
maklumat malah berpotensi lebih daripada itu, iaitu berpotensi menggunakan, mentafsir,
memanipulasikan, menginterpretasikan dan mengubahsuai maklumat tersebut dalam konteks
yang lain. Brookhart (2010) menyatakan definisi kemahiran berfikir aras tinggi ke dalam tiga
kategori utama iaitu yang pemindahan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir telah menjadi salah satu tunjang dalam PdPc abad ke-21 untuk
mencapai hasrat KPM melalui enam aspirasi murid (KPM, 2012). Menurut Ad. Halim Tamuri &
Nur Hanani Hussin (2019), PAK21 menekankan lima daripada enam aspirasi murid yang
menyentuh pengetahuan, KB, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Menurut Rajendran Nagappan (2002), KBAT merujuk kepada seseorang yang dapat memahami,
menterjemah, menganalisis dan memanipulasikan maklumat serta menyelesaikan sesuatu
masalah dengan pendekatan yang bukan rutin. Manakala, Halimah Md Shariff (2009) pula
menyatakan bahawa KBAT merujuk kepada penggunaan minda secara meluas bagi menghadapi
masalah-masalah baharu dengan mentafsir, menganalisis atau memanipulasikan maklumat untuk
menjawab soalan mahupun menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. KBAT juga turut
didefinisikan oleh Bakry, Md. Nor Bakar dan Firdaus (2013) sebagai kemampuan berfikir
seseorang yang bukan sahaja merujuk kepada mengingat, tetapi termaksud juga berkemampuan
berfikir kritis, menganalisis dan membuat penilaian KBAT juga merujuk kepada keupayaan
dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah merangkumi juga aspek pentafsiran
pembelajaran (Afinde Othman, 2016). Selain itu, Logeswari Arumugam, Ainon Omar, Raja Nur
Safinas Raja Harun, dan Nurfilzah Zainal (2016), pula telah menjelaskan bahawa kemahiran
berfikir aras tinggi merujuk kepada satu proses pemikiran kognitif yang lengkap bermula
daripada tahap pemikiran rendah sehingga ke tahap pemikiran yang tinggi, yang mana dapat
menjalinkan sesuatu maklumat seterusnya menganalisis, generalisasi, sintesis dan
menginterpretasikannya menjadi sesuatu idea yang baru. Dapat disimpulkan bahawa secara
umumnya, definisi KBAT merujuk kepada kemampuan seseorang individu menyelesaikan
sesuatu masalah, membuat keputusan dan melaksanakan sesuatu perkara dengan berfikir secara
kreatif, inovatif, tidak terhad kepada sesuatu keadaan sahaja malah meluas dan terbuka selagi
tidak melangkaui logik akal fikiran manusia.

7.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Di Malaysia

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di Malaysia wujud hasil daripada Taksonomi
Bloom yang telah disemak semula pada tahun 2001. Kemahiran ini merujuk kepada empat tahap
kemahiran teratas dalam Taksonomi Bloom edisi semakan iaitu fakta, konseptual, prosedural dan
metakognitif (Krathwohl, 2002). Manakala, aras paling bawah yang merujuk kepada kemahiran
berfikir aras rendah (KBAR) iaitu memahami dan mengingat. Pembentukan edisi semakan ini
terhasil dengan harapan untuk membentuk Pembelajaran Abad ke-21 di semua sekolah. Menurut
Alimuddin Mohd. Dom (2012), kemahiran berfikir aras tinggi ini dimaksudkan sebagai
kemahiran yang melibatkan kemahiran intelek yang tinggi.Kemahiran ini memerlukan seseorang
itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2011) mendefinisikan kemahiran berfikir aras tinggi sebagai keupayaan
untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Kementerian Pendidikan Malaysia sudah memulakan usaha untuk menerapkan kemahiran


berfikir dalam kurikulum sekolah melalui transformasi kurikulum pendidikan dalam memberi
penekanan kepada konsep kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang berupaya melahirkan
generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Sistem yang dahulunya lebih berorientasikan
peperiksaan akan ditransisi ke bentuk baru. Penerapan kemahiran berfikir ini akan menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik kerana memerlukan
pembabitan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

Menurut pengkaji dalam bidang pemikiran, PdP yang berjaya melestarikan kemahiran
pemikiran pelajar akan dapat meningkatkan tahap pemikiran dan daya intelektual pelajar. Dalam
proses pembelajaran, pelajar yang bebas berfikir dengan bimbingan guru akan dapat merangsang
daya berfikir mereka dan menjadikan pembelajaran di dalam kelas semakin aktif dan menarik.
Pakar dalam bidang pendidikan menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang
bermakna dan ini bermaksud pembelajaran bermakna ialah “learning by doing” yang dapat
membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang sesuatu permasalahan. Fakta ini
bertepatan dengan konsep pemikiran KBAT yang memerlukan para murid untuk meneroka,
membuat inferens, interpretasi dan sebagainya. Jika mahu para murid mengembangkan kapasiti
untuk berfikir, menyelesaikan masalah dan justifikasi, maka perlu bermula dengan pengenalan
dan tugasan yang kompleks. Di samping itu, penggunaan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif dapat membantu keupayaan para murid berfikir secara kritikal.

Seorang guru itu perlulah mempunyai kesediaan dan kepakaran dalam mengajar KBAT
kepada pelajar supaya ianya berjaya meninggalkan kesan yang positif ke dalam diri mereka
dengan mengambil kira semua aspek yang mempengaruhi kemahiran berfikir. Di samping itu,
kepakaran dan kesediaan dalam KBAT ini juga diperlukan dalam kalangan guru itu sendiri. Bagi
strategi komunikasi arahan ia merupakan satu keperluan yang diperlukan oleh guru untuk
menggalakkan KBAT, misalnya dengan menyelaraskan objektif, kandungan pengajaran,
penyerapan kemahiran, tugasan dan juga aktiviti serta bahan. Untuk itu, guru harus merancang
aktiviti dan juga tugasan. yang berbentuk KBAT secara tersusun dan juga telah diatur mengikut
peruntukan masa yang telah ditetapkan.
7.3 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013- 2025), merujuk


kepada anjakan pertama iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan
guru merupakan tonggak kepada kejayaan ini. Justeru, guru perlu mempunyai iltizam yang tinggi
dan bersedia menerima cabaran dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baharu demi
peningkatan kualiti pendidikan. Seterusnya, profesional keguruan dimartabatkan dengan
memberikan penumpuan terhadap program dan aktiviti PdP. Antara inisiatif dan perancangan
yang rapi yang boleh dijalankan oleh guru adalah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
abad ke 21 dalam pengajaran mereka.

Persediaan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT) dan pengurusan bilik darjah yang lebih dinamik merupakan cabaran pendidikan abad ke
21 (Susanne, 2014). Oleh itu, guru dan KPM perlu memastikan sistem pendidikan negara mampu
mendidik pelajar secara holistik dan berkesan bagi mencapai maklamat melahirkan modal insan
berpengetahuan, berintegriti, berfikir secara kreatif, inovatif dan berupaya berkolaborasi bagi
memenuhi keperluan industri 4.0 dalam era digital abad 21 (Abdul Ghoni, 2018). Kemahiran
berkolaborasi diberi keutamaan untuk membina jaringan belajar tanpa sempadan dengan individu
lain bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Abu Bakar, 2013). KPM
menegaskan bahawa pelajar perlu mempunyai enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran kepimpinan, profisiensi dwi-bahasa, etika dan kerohanian dan identiti
nasional bagi memenuhi keperluan kemahiran abad 21 menjelang tahun 2025 (KPM, 2013).

Terdapat lapan komponen keberhasilan guru dan sistem sokongan abad 21 iaitu
kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran komunikasi, refleksi, kemahiran kolaborasi,
pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi, kreativiti dan kemahiran inovasi seperti yang
dinyatakan menerusi Model Partnership for 21st Century Skills (2015). Model atau rangka kerja
bagi abad 21 telah dirangka oleh Partnership for 21st Century Skills (p21.org) (2015) sebagai 41
rujukan untuk membantu para pendidik mengintegrasikan kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran abad 21.
Pembelajaran abad ke 21 menekankan kepada 4Ks iaitu kreativiti, kolaborasi, pemikiran
kritikal dan komunikasi. Dalam bahasa mudah pengajaran dan pembelajaran abad 21 boleh
didefinisikan sebagai “memerlukan pelajar menguasai isi kandungan semasa proses pengeluaran
maklumat, mensintesiskan dan pentaksiran maklumat secara meluas berpandukan mata pelajaran
dan sumber dengan mengetahui dan menghormati budaya yang pelbagai” (Barnet, 2011).
Berdasarkan definisi tersebut memperlihatkan bahawa tahap pemikiran aras tinggi diberi
penekanan khas dalam pengajaran abad 21 dalam sistem pendidikan negara.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran dalam kolaborasi, kreativiti, inovasi serta
berfikiran kritikal akan bertambah penting dalam perancangan dan pelaksananan sistem
pendidikan, dan kurikulum secara khusus (Abu Bakar, 2013; Benade, 2015). Kemahiran
pemikiran kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting dalam semua profesion
terutamanya dalam profesion perguruan. Aspek kemahiran pemikiran kritikal menyumbang
kepada pembangunan pelajar bagi membuat pertimbangan dan keputusan dengan berkesan
seperti membuat penilaian keterangan, menganalisis serta menggambarkan hujah-hujah secara
kritikal semasa proses pembelajaran (Ravitz, 2014).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad 21, kemahiran berfikir kritis sangat
penting bagi memahami dan menaakul sesuatu perkara yang diajar oleh guru. Selain itu, individu
dapat menggunakan pelbagai teknik penciptaan idea, membangun, melaksana dan berkomunikasi
dengan idea-idea baru kepada orang lain secara berkesan dengan aspek kemahiran pemikiran
kreatif (Ahmad dan Majid, 2018). Aspek kemahiran komunikasi dan kolaborasi juga penting
bagi individu dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21. Sesi PdP di dalam bilik darjah
seharusnya lebih bersifat interaktif atau dua hala dengan turut melibatkan murid secara aktif agar
mereka lebih mudah mengikuti dan memahami pelajaran yang disampaikan seperti aktiviti kerja
berkumpulan. Pada masa yang sama, guru harus berani mengaplikasikan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK dan ICT) untuk menampung keperluan kepelbagaian kaedah
pembelajaran abad 21. Proses pengajaran dan pembelajaran abad 21, dapat membantu murid
mencerap sesuatu maklumat kemudian diproses dalam minda dan berupaya dikeluarkan semula.
Disinilah lahirnya murid yang produktif, global dan berdaya saing (Ahmad dan Majid, 2018).
Koehler & Misthra (2005) menggariskan bahawa pengetahuan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah pengetahuan yang mendalam mengenai proses dan amalan atau kaedah
pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana ia merangkumi keseluruhan tujuan pendidikan dan
matlamat pembelajaran. Ini merupakan satu bentuk ilmu generik yang terlibat dalam semua isu-
isu pembelajaran murid yang merangkumi pengurusan bilik darjah, rancangan pembangunan
pengajaran, pelaksanaannya serta penilaian murid. Ini termasuk pengetahuan mengenai teknik
atau kaedah yang akan digunakan di dalam bilik darjah; sifat kumpulan sasaran dan strategi
untuk menilai pemahaman murid (Fulton & Brutton, 2011).

Pengajaran adalah suatu proses yang melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan yang
meliputi perancangan, pengelolaan, penyampaiaan, bimbingan dan penilaian (Ahmad et al.,
2013). Secara ringkasnya, pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan
idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan mencungkil bakat
kreativiti murid serta menggalakkan murid untuk belajar untuk memaksimumkan pencapaian
yang cemerlang (Dembo & Seli, 2012). Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai teknik
pengajaran, menguasai teknik kemahiran membuat 42 perancangan agar guru dapat menentukan
hala tuju murid pada setiap sesi pengajaran. Mengikut laporan UNESCO (Report of the
International Commission on Education for the Twenty First Century, 2011) pendidikan abad 21
lebih berfokus kepada melahirkan modal insan yang bertindak menghasilkan sesuatu yang
membawa manfaat berlandaskan skop yang global dengan aplikasi teknologi terkini, berilmu
untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menyesuaikan diri dalam perkembangan dan
perubahan semasa.

Selaras dengan ini, Dembo & Seli (2012) menjelaskan bahawa reka bentuk pendekatan
pengajaran dan pembelajaran abad 21 yang lebih menarik dan berkesan telah diperkenalkan atas
kemajuan teknologi abad 21. Perubahan pendidikan dari semasa ke semasa ini selaras dengan
pembangunan ekonomi, kemajuan fikiran, kehendak teknologi pengajaran abad ke 21. Dengan
itu, warga pendidik perlu bersedia dan menerima perubahan serta cabaran ini dengan hati yang
terbuka. Kaedah konvensional menunjukkan interaksi yang lemah, pembelajaran dalam mod
sehala, kekurangan sumber pembelajaran dan kurang maklum balas daripada murid- murid
lemah (Rajendran, 2010) dan tidak lagi sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21.
Segala kemelut dan cabaran yang terdapat dalam sistem pendidikan abad 21 perlu ditangani
segera agar kecemerlangan pendidikan dan pembangunan negara dapat dilestarikan. Oleh itu,
memperkasakan pengajaran khususnya dari amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pemudahcaraan guru abad 21 bagi memastikan warga pendidik berupaya meneraju dan
melaksanakan transformasi seperti yang dihasratkan. (Ravitz, 2014).

7.4 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tingi (KBAT)

Guru memainkan peranan penting dalam usaha memupuk pemikiran aras tinggi dalam
kalangan murid. Menurut Yahya Othman (2014), guru pertama sekali perlu menguasai dan
mendalami ilmu berkaitan kemahiran berfikir sebelum mengamalkan atau mengaplikasikan ilmu
tersebut ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu membuat pelbagai
rujukan dan mencari maklumat berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi untuk memastikan
penguasaan optimum dalam bidang tersebut sebelum mempraktikkannya.

Selain itu, guru perlu menyesuaikan strategi, teknik dan pendekatan pengajaran
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk memastikan objektif kurikulum dapat dicapai
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Maka, penggunaan ilmu yang telah
dipelajari oleh guru mengenai pelbagai strategi pengajaran bagi merangsang murid berfikir
dengan lebih tinggi akan diguna pakai sebagai pemudah cara untuk memastikan kemahiran
berfikir aras tinggi dapat dilaksanakan dan digunakan oleh murid.

Merujuk Conklin (2012), pelbagai strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan oleh
guru dalam memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam diri murid. Salah satunya
adalah pembahagian kumpulan homogen yang terdiri daripada murid yang mempunyai aras
kemahiran yang sama atau kumpulan heterogen yang merupakan gabungan pelbagai aras
kemahiran murid serta kumpulan flaksogen yang bermakna pertukaran kedua-dua kumpulan
murid secara fleksibel dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, teknik penyoalan guru juga merupakan strategi utama untuk


meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Guru perlu bertindak
menyoal soalan yang menggalakkan lagi murid untuk berfikir dengan lebih mendalam. Soalan
berbentuk terbuka adalah lebih baik daripada soalan tertutup kerana mampu membantu murid
membuat penaakulan dan penilaian.Guru juga boleh menganjurkan aktiviti sumbang saran yang
mampu menjana minda murid untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi berbanding biasa.

Penilaian ke atas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang telah dikuasai oleh murid
juga perlu dilaksanakan oleh guru untuk menyemak sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran tercupai (Brookhart, 2010). Guru perlu memfokuskan penilaian terhadap tahap
berfikir pada aras yang lebih tinggi seperti peringkat penilaian dan penciptaan berbanding rutin
sebelumnya yang hanya menitik beratkan penilaian pada aras rendah semata-mata.

7.5 Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Menurut Siti Mistima (2015), pengajaran dan pembelajaran di Malaysia masih


dimonopoli oleh pemikiran aras rendah daripada aspek pengajaran dan hasil pembelajaran.
Realitinya, guru kurang diberikan pendedahan berkaitan kaedah pengajaran dan pedagogi
kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini membuktikan bahawa terdapat masalah yang perlu dikaji
untuk kebaikan institusi pendidikan Malaysia itu sendiri.

Manakala Williams (2015) pula menyatakan bahawa guru sepatutnya bertanyakan


bagaimana murid melihat hubungan sesuatu perkara berbanding mengabaikan murid yang
memberikan jawapan yang tidak relevan. Hal ini mampu menggalakkan pemikiran aras tinggi
dalam kalangan murid dan membentuk pemikiran inovatif. Seringkali dilihat murid dimarahi
oleh guru kerana memberi jawapan yang difikirkan tidak logik oleh guru. Guru memainkan
peranan untuk bertanya dengan lebih mendalam terhadap pembentukan jawapan murid serta
menjana masalah yang merangsang minda murid untuk berfikir.

Selain itu, berdasarkan dapatan kajian oleh Nooriza & Effandi (2013) mendapati
sebahagian guru kurang bersedia untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi. Hasil temu bual menunjukkan bahawa hal ini
terjadi disebabkan oleh ketidakpelbagaian strategi pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi yang
digunakan oleh guru.

Seterusnya, menurut Rosnani Hashim (2003) dalam kajian yang dilakukan olehnya
mendapati bahawa kursus atau latihan berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi ini tidak
diperkenalkan kepada guru semasa latihan perguruan dan juga semasa dalam perkhidmatan. Ini
membuktikan bahawa pengetahuan dan pendedahan yang diberikan kepada guru masih sangat
kurang serta perlu diperbanyakkan lagi dalam usaha mewujudkan generasi baru yang
berkemahiran berfikir aras tinggi.
8.0 TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Taksonomi Bloom (1956) Taksonomi Bloom telah dikembangkan pada tahun 1956 hasil
karya Benjamin Bloom yang memperkenalkan tiga domain utama pembelajaran iaitu kognitif,
psikomotor dan afektif. ‘Taksonomi’ membawa maksud kesediaan guru dalam Pelaksanaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pengkelasan dalam pembelajaran abad ke 21 kerana
taksonomi Bloom memperihalkan sistem pengkelasan kognitif bagi kemahiran berfikir.

Evaluasi

Sintesis

Analisis

Penerangan

Pemahaman

Pengetahuan

Taksonomi Bloom (1956)


Sumber : Moore & Stanley (2015)
Tiga aras dalam taksonomi Bloom bawah iaitu pengetahuan, pemahaman dan aplikasi
dikenali sebagai pemikiran aras rendah. Ramai pendidik silap faham bahawa setiap kali murid
diminta untuk berfikir, aktiviti ini dianggap aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi (Moore &
Stanley, 2010). Sedangkan, terdapat permasalahan yang timbul pertamanya adalah jenis
pemikiran yang terlibat dan kedua murid jarang dibimbing bagaimana untuk menjawab soalan.
Maka, guru perlu mengubah cara pemikiran terlebih dahulu.

Seterusnya, tiga aras tertinggi pula lebih dikenali sebagai pemikiran kritikal dan
pemikiran aras tinggi. Pemikiran aras tinggi ini memerlukan penaakulan dibuat dalam bentuk
induktif mahupun deduktif. Berpandukan kepada taksonomi Bloom, pemikiran aras tinggi
melibatkan peringkat analisis, sintesis dan penilaian. Namun, aras analisis dalam taksonomi
Bloom sering disalah erti apabila menentukan aras pemikiran yang digunakan dalam sesuatu
aktiviti kerana persepsi terhadap soalan yang susah. Realitinya, soalan tersebut sukar disebabkan
murid perlu membuat analisis soalan terlebih dahulu.

Taksonomi Bloom Baru (2001)

Taksonomi Bloom mempunyai pelbagai variasi sejak ianya diperkenalkan pada tahun
1956. Walau bagaimanapun, taksonomi Bloom edisi semakan yang sering diguna pakai adalah
dikemas kini oleh bekas pelajar Bloom sendiri iaitu Loren Anderson pada tahun 2001. Perbezaan
ketara di antara kedua-dua taksonomi ini adalah penggunaan kata nama oleh taksonomi asal dan
penggunaan kata kerja bagi taksonomi baru untuk memperlihatkan proses pemikiran yang lebih
aktif.

Mencipta

Mengevalusi

Menganalisis

Menerangkan

Memahami

Mengingkat
Berpandukan kepada taksonomi Bloom baru, aras bawah taksonomi itu
menyediakan tapak bagi pembelajaran kemahiran berfikir bagi aras yang lebih tinggi. Aras
mengingat, memahami dan mengaplikasi membentuk hubungan bagi kemahiran berfikir aras
tinggi yang berada pada aras atas. Tahap mengaplikasi menggalakkan murid untuk menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi yang berlainan untuk melaksanakan sesuatu
perkara.

Seterusnya, bagi tahap menganalisis murid belajar untuk mencerakinkan maklumat


kepada bahagian kecil untuk memahaminya dengan lebih mendalam serta hubungkait antara
bahagian yang berkenaan. Manakala, bagi tahap menilai murid mampu membuat pertimbangan
dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi
justifikasi.Murid pula mampu untuk menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan
inovatif bagi tahap tertinggi dalam taksonomi Bloom iaitu kemahiran mencipta (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2013).

Elemen-elemen kritikal yang seharusnya dikuasai dalam PAK21 adalah seperti pemikiran
kritis, pemikiran kreatif, kemahiran komunikasi dan kolaboratif (KPM, 2017). Manakala bagi
merancang persediaan untuk PdPc yang berkesan dalam melaksanakan KBAT guru-guru
seharusnya mempunyai kesediaan dan menguasai kemahiran abad ke 21 yang meliputi
pembelajaran dan kemahiran inovasi (learning and innovation skills), kemahiran maklumat,
media dan teknologi (Information media and technology skills), kemahiran hidup dan kerjaya
(life and career skills) yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Buletin
Anjakan Bil.4, 2015). Di samping itu, ciri-ciri PAK21 harus diketahui dan difahami oleh guru-
guru sebelum merancang untuk melaksanakan KBAT dalam PdPc. Menurut Tuan Naufal Tuan
Khaled (2017), terdapat 10 ciri-ciri utama yang perlu diberi penekanan dalam PdPc abad ke 21
iaitu pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran penggunaan komputer, pembelajaran aktif,
persekitaran yang kondusif, pelajar faham dan mematuhi arahan, saling hormat menghormati,
pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka, penilaian berasaskan pencapaian dan
pembelajaran kolaboratif.

Perkaitan KBAT dengan elemen kritikal 4C dalam PAK21 harus diberi penekanan
oleh guru-guru dalam merancang pengajaran dan seterusnya dalam pelaksanaan proses PdPc di
dalam bilik darjah. Perkaitan KBAT dengan Elemen Kritikal 4C dalam PdPc abad ke 21.

Kategori KBAT Elemen-Elemen KBAT Elemen Kemahiran 4C


semakan Anderson Krikikal
2001 PAK 21
Menganalisis Tindakan mental yang digunakan Pemikiran Melibatkan aktiviti
dalam tugas kategori menganalisis Kritikal membuat pertimbangan dan
ialah mencerakinkan maklumat keputusan dengan
kepada komponen-kompenan berlkesan. Misalnya,
untuk memahami struktur menganalisis, membuat
organisasinya dan perhubungan penilaian keterangan,
antara komponen, membanding hujah-hujah, tuntutan dan
beza, mengurus, menyelesaikan kepercayaan serta
masalah, memberi sebab, menggambarkan secara
menganalisis, menghubungkan kritikal pengalaman
kait, memisahkan, pembelajaran dan proses
membincangkan, mengecam, yang berlaku.
mengilustrasi, menggariskan, Melibatkan aktiviti yang
membuat pilihan dan mengenal membolehkan individu
pasti. Pemikiran menggunakan pelbagai
Kreatif teknik penciptaan idea,
Kemahiran membangun, melaksana
Kolaborasi dan berkomunikasi dengan
idea-idea baharu dengan
orang lain secara berkesan.
Menilai Tindakan mental yang digunakan Pembelajaran pelajar
dalam tugasan kategori menilai berlangsung dengan cara
terdiri daripada membuat berkolaborasi dengan
pertimbangan berdasarkan kriteria rakan-rakan mereka yang
yang spesifik, mengkritik, lain. Buat aktiviti
membuat hipotesis, memberi hujah berkumpulan/berpasangan
atau pendapat, membuat bagi mereka bertukartukar
keputusan, membuat ulasan, idea dan pandangan.
membuat rumusan, membuat Kemahiran Banyak strategi yang boleh
kesimpulan, membuat laporan, Komunikasi diguna pakai seperti
mempertahankan, menjelaskan, Gallery Work, Think-Pair-
membuat penerangan, mentafsir, Share dan sebagainya.
membuat justifikasi, menyokong, Proses pertukaran
mendefinisi dan membuat sesuatu maklumat yang merujuk
penilaian berdasarkan ciri dan kepada perbualan yang
faktor. berlaku di antara guru dan
murid, murid dan murid
untuk berkongsi ilmu yang
difahami bersama rakan-
rakan dan dalam konteks
pendidikan, komunikasi
seperti merupakan
komunikasi yang
berpusatkan murid.
Mencipta Tindakan mental yang digunakan
dalam tugasan kategori mencipta
ialah menghubungkan idea,
komponen dengan menggunakan
pemikiran yang kreatif untuk
menghasilkan idea, struktur baharu
atau pola baharu melalui
penjanaan idea, perancangan atau
penghasilan produk baharu. Kata
kuci yang digunakan dalam
tugasan kategori mencipta terdiri
daripada menyatukan elemen
untuk membentuk idea atau
struktur yang baharu, mereka-
cipta, menggabungkan, merangka,
membina, menghimpun,
mengkategori, menggubah,
memikirkan, memodifikasi,
merancang, menyusun atur,
membentuk idea dan
menghasilkan.

Teori merupakan sesuatu perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu. Secara
prinsipnya dalam kerangka teori memberi gambaran kepada hubungan pemahaman guru tentang
KBAT dan PAK21 terhadap tahap kesediaan guru. Menurut Abdul Halim Abdullah (2017)¹ ⁷,
analisis sesuatu kajian harus menunjukkan terdapatnya hubungan yang kuat antara kesemua
aspek yang dikaji. Kerangka teoritikal berikut dibina untuk memberi gambaran tentang hubungan
antara aspek-aspek dalam keseluruhan kajian
9.0 KAJIAN TERDAHULU

Kesediaan guru dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran

mata pelajaran sangat penting bagi membolehkan PdPc berasaskan KBAT dapat dijalankan

dengan lancar dan berkesan. Tidak dinafikan juga, ketidaksediaan guru dalam mengaplikasikan

KBAT menyebabkan pengajaran berasaskan KBAT tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan

penerapan KBAT dalam pembelajaran murid juga turut terganggu.

Guru didapati masih belum bersedia sepenuhnya dalam menerapkan KBAT kerana

mereka kurang mendapat pendedahan tentang cara pengajaran yang betul berasaskan KBAT. Hal

ini disokong oleh Wan Nor Shairah Sharuji dan Norazah Mohd Nordin (2017), menjelaskan

bahawa guru kurang bersedia menerapkan KBAT dalam pengajarannya disebabkan oleh

kekurangan pendedahan tentang kaedah pengajaran dan pedagogi KBAT.

Hal ini dikukuhkan dengan dapatan kajian oleh Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria

(2015), guru sebenarnya dibelenggu oleh beberapa masalah dalam mengaplikasikan KBAT

dalam PdPc, iaitu berkaitan dengan tahap pengetahuan asas murid, murid menghadapi kesukaran

dalam memenuhi soalan aras tinggi dan kesukaran bagi guru itu sendiri untuk membina soalan

beraras tinggI.
Kajian Rohaida Mazlan dan Zamri Mahamod (2016), mendapati beban tugas guru dalam

akademik, hal ehwal pelajar dan kurikulum menjadi salah satu sebab kesediaan guru dalam

melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT di sekolah kurang memberangsangkan. Walau

bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bukan hanya disebabkan oleh beban

tugas guru yang semakin meningkat menyebabkan guru tidak bersedia dalam mengaplikasikan

KBAT malah faktor kekurangan strategi juga mendorong ketidaksediaan guru.

Hal ini sejajar dengan dapatan kajian Nor Hasmaliza Hasan dan Zamri Mahamod (2016),

mendapati guru tidak tahu dan tidak jelas tentang cara menerapkan KBAT dalam PdPc dan oleh

sebab hal demikian, mereka masih mengamalkan pengajaran secara tradisional, iaitu berpusatkan

guru bagi menghabiskan sukatan pelajaran. Sedangkan, pengajaran berpusatkan guru ini akan

menyebabkan pelajar menjadi pasif dan membantutkan proses kemahiran berfikir pelajar kerana

pelajar hanya mendengar dan menerima maklumat daripada guru sahaja tanpa memberi peluang

kepada murid untuk melontarkan pendapat dan pandangannya sendiri tentang apa yang dipelajari

ataupun dari aspek yang lain.

Kajian Mohamad Nurul Azmi & Nurzatulshima Kamarudin (2017), melihat kesediaan

guru dalam menerapkan KBAT dari aspek pengetahuan dan sikap guru terhadap pelaksanaan

KBAT. Misalnya, guru didapati kurang pengetahuan tentang KBAT, kurang kemahiran terhadap

penerapan KBAT dan sikap guru yang tidak menonjolkan komitmen yang tinggi dalam

menerapkan KBAT dalam PdPc.

Hal ini di sokong oleh kajian Nor Hasmaliza Hasan dan Zamri Mahamod (2016) yang

menyatakan guru tidak tahu dan tidak jelas tentang bagaimana untuk menerapkan KBAT dalam

PdPc oleh kerana masih mengamalkan pengajaran secara tradisional dan berpusatkan guru bagi

menghabiskan sukatan pelajaran”.


Hakikatnya, kesediaan guru dalam mengaplikasikan KBAT bertitik tolak daripada guru

mempunyai pengetahuan luas tentang cara pelaksanaan KBAT, mahir dalam menjalankan PdPc

berasaskan KBAT dan menunjukkan sikap yang positif dalam pelaksanaan KBAT.Kajian

Avargil, Herscovitz dan Dori (2012) ,berpendapat guru dapat mengaplikasikan dan

memperhebatkan KBAT dalam bilik darjah sekiranya mendapat sokongan daripada Kementerian

Pendidikan, hubungan rapat dengan pelajar, dan ibu bapa pelajar dan dengan pendedahan

kemudahan belajar”.

Seterusnya, Wan Ismail, Muhammad Hamzah dan M.A Lubis (2016) menyatakan

kesediaan guru tinggi kerana guru mengetahui konsep, istilah dan makna KBAT serta

mempunyai pandangan yang positif ke arah pelaksanaan KBAT”.

Bil Nama Penulis . Tajuk Kajian dan Kesediaan Guru


Tahun
1. Wan Nor Shairah Sharuji dan Kesediaan Guru “guru kurang
Norazah Mohd Nordin dalam Melaksanakan bersedia dalam
Kemahiran Berfikir menerapkan KBAT
Aras Tinggi (2017) disebabkan oleh
kurangnya
pendedahan tentang
kaedah pengajaran
dan pedagogi
KBAT…”
2. Nooriza Kassim dan Effandi Integrasi Kemahiran “… guru dibelenggu
Berfikir Aras Tinggi dengan masalah
dalam Pengajaran dalam
dan Pembelajaran mengaplikasikan
Matematik: Analisis KBAT, antaranya
Keperluan Guru menghadapi
(2015) kesukaran dalam
membina soalan aras
tinggi”
3. Rohaida Mazlan dan Zamri Faktor-Faktor yang “…beban tugas guru
Mahamod Mempengaruhi dalam akademik, hal
Kesediaan Guru ehwal pelajar dan
Bahasa Melayu kurikulum
Melaksanakan merupakan penyebab
Kajian Pengajaran kesediaan guru
(2016) kurang
memberangsangkan”.
4. Nor Hasmaliza Hasan dan Zamri Persepsi Guru “… guru tidak tahu
Mahamod Bahasa Melayu dan tidak jelas
Sekolah Menengah tentang bagaimana
Terhadap Kemahiran untuk menerapkan
Berfikir Aras Tinggi KBAT dalam PdPc
(2016) oleh kerana masih
mengamalkan
pengajaran secara
tradisional dan
berpusatkan guru
bagi menghabiskan
sukatan pelajaran”.
5. Avargil, Herscovitz dan Dori Teaching Thinking “… guru dapat
Skills in Context- mengaplikasikan dan
Based Learning: memperhebatkan
Teacher’s KBAT dalam bilik
Challenges and darjah sekiranya
Assessment mendapat sokongan
Knowledge (2012) daripada
Kementerian
Pendidikan,
hubungan rapat
dengan pelajar, dan
ibu bapa pelajar dan
dengan pendedahan
kemudahan belajar”
6. Wan Ismail, Muhammad Hamzah Kesediaan Guru “… kesediaan guru
dan M.A Lubis Pendidikan Islam tinggi kerana guru
Sekolah Rendah mengetahui konsep,
Terhadap Penerapan istilah dan makna
KBAT dalam KBAT serta
Pengajaran dan mempunyai
Pembelajaran (2016) pandangan yang
positif ke arah
pelaksanaan KBAT”.
7. Mohamad Nurul Azmi dan Penerapan “… guru kurang
Nurzatulshima Kamaruddin Kemahiran Berfikir pengetahuan tentang
Aras Tinggi KBAT, kurang
(KBAT): Kesediaan kemahiran terhadap
Guru dalam penerapan KBAT
Pengajaran dan dan sikap guru tidak
Pembelajaran Reka menonjolkan
Bentuk dan komitmen dalam
Teknologi (RBT) di menerapkan KBAT”.
Sekolah Rendah
(2017)
10. JURANG / ISU BERKAIT TOPIK

10.1 Kekangan atau cabaran dalam merancang dan melaksana pembelajaran


abad ke-21

Maklum balas bagi soalan ini dikategorikan mengikut tema-tema yang terdiri daripada:

i) resos dan kemudahan; ii) masa dan iii) pengetahuan dan kemahiran.
10.1.1Resos dan kemudahan

Salah satu ciri pembelajaran abad ke-21 yang berkesan ialah strategi berpusatkan resos
atau bahan. Pelbagai resos perlu digunakan namun begitu resos yang sedia ada untuk menyokong
keperluan ini adalah belum mencukupi. Guru perlu menyedia sendiri resos bagi kegunaan PdPc
mereka berpendapat isu ini menjadi beban kepada kebanyakan guru. Bercakap tentang
penyediaan resos, idea dan kreativiti guru juga memainkan peranan penting bahawa
menyediakan resos bagi kelas yang banyak merupakan satu cabaran bagi dalam pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 memandangkan seorang guru mengajar lebih daripada satu subjek dan
melibatkan tahap kelas yang berbeza

Guru memerlukan alat dan kemudahan terutamanya berkaitan ICT sedangkan alat dan
kemudahan yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah adalah tidak mencukup dan kurang
efisien untuk menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

10.1.2 Masa

Guru sering terfikir tentang kekangan masa. Mereka berbicara tentang kekangan masa dari
dua aspek iaitu: i) masa berkaitan dengan proses pembelajaran dan ii) waktu pengajaran
mereka terganggu oleh aktiviti-aktiviti lain yang tidak berkaitan dengan pengajaran
mereka.

Tanpa pengajaran yang tidak dirancang dengan baik amalan yang berterusan, proses
pembelajaran abad ke-21 tidak akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Pada aspek lain
pula, waktu pengajaran telah digantikan oleh tugasan-tugasan lain yang tidak berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran apabila guru ditugas untuk menjalankan
tugasan luar mahupun program sekolah semasa waktu PdPc.

10.1.1 Pengetahuan dan kemahiran


Pengetahuan dan kemahiran pembelajaran abad ke-21 adalah sangat penting dan perlu dikuasai
oleh semua guru. Pengetahuan dan kemahiran ini mempengaruhi persepsi dan amalan guru
terhadap pembelajaran abad ke-21. Tanpa pengetahuan yang cukup, guru menganggap
pembelajaran abad ke-21 sebagai sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 akan mengurangkan proses menilai kefahaman murid dalam sesuatu
topik. Guru tidak tahu bagaimana hendak menilai prestasi murid dalam pembelajaran abad ke-21.
Ada juga guru-guru yang berada dalam zon selesa dengan kaedah pengajaran lama dan enggan
mengaplikasikan pedagogi pengajaran baru. Pengetahuan dan kemahiran membolehkan para
guru menyedia dan melaksanakan pengajaran secara berkesan dalam tempoh yang ditetapkan

11.0 CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan tinjauan kajian-kajian lepas berkaitan tajuk kertas konsep ini, beberapa cadangan
yang telah diusulkan oleh pengkaji sebagai rujukan penyelidikan pada masa akan datang agar
dapatan tersebut mampu menyelesaikan kekangan yang semakin menular dalam kalangan guru.
Antara cadangan yang boleh dilaksanakan sebagai landasan penambahbaikan dalam pelaksanaan
Pdpc abad ke-21 dengan penerapkan kemahiran KBAT adalah penglibatan guru yang menjurus
kepada satu matapelajaran sahaja. Oleh yang demikian, dapatan yang diperoleh tidak begitu
terperinci dan dapat mengukur tahap kesediaan seseorang guru dalam kalangan guru mata
pelajaran tersebut. Maka, untuk kajian lanjutan pengkaji boleh memperluaskan skop kajian
dengan melibatkan semua guru mata pelajaran terutama sekali guru mata pelajaran teras iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Penglibatan guru-guru ini menyebabkan
kita memahami serta menganalisis tentang kesediaan, kefahaman dan isu secara menyeluruh
dengan lebih mendalam dan teliti. Tambahan, Che Soh, M., Ajmain@Jima’ain, M., Hehsan, A.,
& Mohamed, A. (2020) membahaskan bahawa penglibatan lebih ramai guru memberikan
gambaran yang lebih holistik tentang tahap kesediaan, pemahaman, pelaksaan dalam kalangan
guru.

Selain itu, kebanyakkan kajian-kajian lepas mengketengahkan persepsi guru dalam


kesediaan pelaksanaan PdPc adab ke-21. Murid merupakan tunjang utama dalam memenuhi
aspirasi negara kita. Insan terdidik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual ini
memainkan peranan yang penting dalam perubahan kelestariaan dan kesejahteraan negara kita.
Maka, bagi kajian selanjutnya, pengkaji mencadangkan untuk mengambil kira tentang
pandangan dan persepsi pelajar agar dapat mengukur tahap pelaksanaan elemen KBAT dalam
pengajaran dan pemudahcaraan guru dalam membina seseotrang insan yang seimbang serta
dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan pengimplikasian elemen KBAT ini. Lain daripada
itu, pengkaji juga menyarankan untuk membuat kajian lanjutan ke atas pelbagai kategori sekolah
dan bukan mencenderung kepada sekolah harian sahaja. Pengumpulan data dari segi
perbandingan dan kefahaman guru di semua kategori sekolah juga, boleh dilakukan.

Disamping itu, menurut Abdul Aziz, F. A., & Abd Rahman, F. (2018) strategi penerapan
KBAT dalam pengajaran guru boleh dijadikan tajuk kajian lanjutan. Dengan ini, kita dapat
mengenal pasti kaedah dan teknik yang diimplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan
pemudahcaaraan berdasarkan objektif-objektif pelajaran yang ditentukan. Pengguaan strategi
yang sesuai berdasarkan perkembangan, kebolehan diri selaras dengan tahap penguasaan murid
mendorong guru mencapai matlamat yang ingin dicapai secara optimum. Tuntasnya, pengkaji
mensyurkan kajian lanjutan dengan memberi penekaanan kepada implipenstasi elemen-elemen
KBAT dalam pembelajaran abad ke-21 dengan mengambil kira tahap penguasaan dan latar
belakang murid. Hal ini menyebabkan guru memahami tentang pengaruh KBAT dalam PdPc
abad ke-21 (Tahim Bael, B., Nachiappan, S., & Pungut, M. 2021).
12.0 KESIMPULAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, peranan dan tanggungajawab guru menjadi semakin mencabar
dalam melahirkan insan yang holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam
membina negara sejajar dengan perkembangan yang berlaku di negara lain dan dapat menjadi
penanda aras di peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, guru memainkan peranan yang
penting dalam mentranformasikan pendidikan negara dengan menjayakan salah satu program
iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang digubal oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Menurut Abdul Aziz, F. A., & Abd Rahman, F. (2018), penerapan elemen KBAT di
sekolah dalam semua matapelajaran dapat melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan
sebagaimana diperlukan pada abad ke-21 ini. Jelaslah bahawa kita dapat melahirkan generasi
muda yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan dapat meningkatkan mutu Pendidikan
negara.

Justifikasinya, guru perlu mengambil inisiatif untuk memahami dan menerapkan elemen-
elemen KBAT semasa melaksanakan PdPc di bilik darjah. Penggunaan elemen-elemen ini
menyebabkan peningkatan dalam prestasi seseorang pelajar. Hal ini kerana secara tidak langsung
minat pelajar terhadap pembelajaran akan meningkat sekiranya mempunyai suasana
pembelajaran yang seronok dan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya sepanjang sesi
pengajaran dijalankan. Dalam pada itu, kesediaan guru dalam pelaksaan kemahiran KBAT dalam
PdPc abad ke-21 agak membimbangkan dan ia disokong oleh (Majani, M., & Tahar, M. 2021)
iaitu tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelaksaan pembelajaran abad ke-21 berada di
tahap sederhana tinggi. Berdasarkan sumber rujukan kajian-kajian lepas, kebanyakan guru masih
belum bersedia mengimplikasikan elemen KBAT dalam PdPc kerana kurangnya pendedahan
tentang cara dan langkah yang betul dalam pelaksanaan kemahiran ini. Justeru, guru juga
dibebani dengan tugasan pengkeranian berbanding dengan tugasan hakiki. Sesungguhnya, para
pendidik perlu diberi masa yang secukupnya untuk mendidik generasi muda ini agar dapat
mencapai matlamat pendidkan negara kita.

Tambahan, kejelasan pengetahuan, kefahaman dan kesdiaan guru dalam PdPc akan
menjurus kepada kejayaan dalam pelaksanaan kemahiran KBAT. Oleh itu, guru-guru haruslah
diberi latihan dan pendedahan yang secukupnya bagi merealisasikan kemahiran KBAT dalam
pelaksanaan PdPc abad ke-21. Lebih-lebih lagi, ia dapat membantu dan mendorong guru
menyampaikan pengajaran yang berkesan serta mudah difahami oleh para pelajar. Intihanya,
guru merupakan tunjang dalam mempertingkatkan kualiti murid. Maka, mereka perlu diberi
penegasan agar objektif pengajaran dan pemudahcaraan tercapai.

RUJUKAN

1. Ad. Halim Tamuri & Hanani Hussin. (2017). Kertas Kerja Ucaptama Seminar Pedagogi
Antarabangsa ke-8 anjuran IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Indonesia,
Bandung dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada 19 September 2017 di
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Malaysia [The keynote paper
on pedagogy in the 8th international seminar organize by IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur,
Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor on 19th September 2017 at Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala
Lumpur, Malaysia].

2. Bloom, B. S. & Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomi of Education Objectives: The


classification of educational goals, by a committee of college and university examiners.
Handbook 1: Cognitive domain. New York: Longmans

3. Dalilah Abdul Ghany. (2003). Pengaplikasian KBKK Dalam Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu (Reka Cipta). Projek Sarjana Muda: UTM.

4. Farah Aziana Abdul Aziz & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Sorotan Kajian Kesediaan Guru
dan Keperluan Guru Bahasa Melayu Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Di Bilik Darjah [Literature review on teachers readiness and the need of Malay language
teacher in implementing Higher Order Thinking Skills in the classroom] . Pendeta Journal of
Malay Language, Education and Literature, 9(1), 80-101.

5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013- 2025 [Malaysia Education Development Plan 2013-2025]. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

6. Majani, M.Z. & Tahar, M.M. 2021. Kesediaan Guru Pendidikan Khas Dalam Pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke 21. Jurnal Dunia Pendidikan 3(4): 163–173.
7. Mohd Ashraf Che Soh, Muhammad Talhah Ajmain, Aminudin Hehsan & Ahmad Marzuki
Mohamed. 2020. Penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) dalam kalangan guru
Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat. Jurnal Dunia Pendidikan 2(3): 135–149.

8. Mek Nah Bakar. (2016). Modul Amalan Pedagogi Dalam Pembelajaran Abad Ke-21
[Pedagogy Practices Module in 21st Century Learning]. Kuala Lipis: Pejabat Pendidikan
Daerah Lipis.
9. Mohammad Zaidir Zainal Abidin & Kamisah Osman. (2017). Tahap pengetahuan,
pemahaman, kemahiran dan pelaksanaan guru Sains terhadap KBAT [The level of
knowledge, understanding, skills and implementation of Higher Order Thinking Skills by the
Science Teacher]. Journal of Advanced Research in Social Sciences, 8(1), 97-11.

10. Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah. (2012). Pengajaran kemahiran berfikir
aras tinggi: Persepsi dan amalan guru Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah [The teaching of Higher Order Thinking Skills: Mathematic teachers perception
and practices in teaching and learning in the classroom]. Jurnal Pendidikan Sains dan
Matematik Malaysia, 2(1), 18-36

11. TAHIM BAEL, B., NACHIAPPAN, S. & PUNGUT, M. 2021. Analisis Kesediaan Guru
Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran, Pengajaran Dan
Pemudahcaraan Abad Ke 21. Muallim Journal of Social Science and Humanities 5(1): 100–
119.

12. Wan Nor Shairah Sharuji & Norazah Mohd Nordin. (2017). Kesediaan Guru Dalam
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi [The teachers readiness in implementing
Higher Order Thinking Skills]. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah
An-Nur (SPRiN2017).

You might also like