You are on page 1of 23

NAMA : LIM LU YIE (940918125318) OPSYEN : PIMSP SEJ AMBILAN JAN 2014 NAMA PENSYARAH: EN.HJ.

JAMAL MOHD NASIR BIN ATAN

Kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) di Malaysia baru-baru dilaksanakan dengan sebuah lagi program yang dikenali sebagai kurikulum standard sekolah rendah (KSSR).

KSSR merupakan satu kurikulum transformasi untuk sekolah-sekolah rendah di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KSSR telah dibangunkan sejajar dengan perubahan-perubahan terkini dalam globalisasi pendidikan dan dunia pendidikan. Pada tahun 2011, semua murid-murid tahun satu di Malaysia dihendaki mengikuti kurikulum KSSR kerana pendedahan dari tahap umur yang rendah ini akan menolong mereka untuk mencapai menguasai segala pembelajaran.

Isu pembelajaran dalam kurikulum KSSR telah dipertingkatkan daripada tahap rendah bawahan (darjah 1-3) kepada tahap rendah atasan (darjah 4-6) matang supaya murid-murid dapat mengalami pembelajaran masteri dalam kurikulum ini.

Mengikut Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), matlamat KSSR ialah 1. Membangunkan model insan 2. Menghasilkan pelajar cerdik pandai 3. Membentuk warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat 4. Membangunkan akal manusia 5. Melahirkan manusia ulul-al-bab.

Sekumpulan manusia istimewa yang telah dianugerah dengan bakat dan pedoman. Mereka merupakan golongan pemikir yang mendapat pelajaran dan dapat membuat keputusan untuk insan lain mengenai kehidupan ini. Faisal Tehrani dalam Tuhan Manusia.

Murid-murid yang melalui kurikulum KSSR diharap dapat menguasai kemahirankemahiran yang berikut: 1. Kemahiran membaca, menulis dan mengira 2. Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif 3. Kesedaraan kesejahteraan diri percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai-nilai murni 4. Jati diri dan semangat patriotisme 5. Memahami dan menghayati budaya nasional

Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan hanya menggunakan pendekatan modular dan bukan bergantung kepada buku teks. Oleh itu, guru-guru perlu didedahkan kepada cara-cara untuk mengajar kurikulum KSSR kerana cara pengajaran kurikulum ini lebih interaktif daripada pengajaran dalam kurikulum KBSR.

KSSR berbeza dengan KBSR kerana terdapat bilangan mata pelajaran yang kurang daripada KBSR. Ini ialah kerana dalam kurikulum KSSR, beberapa mata pelajaran telah digabungkan untuk menjadi mata pelajaran teras. Satu mata pelajaran baru juga telah diperkenalkan, iaitu mata pelajaran semangat kenegaraan dan patriotik.

Selain daripada itu, juga terdapat perubahan holistik kepada kurikulum KSSR daripada aspek-aspek yang berikut: 1. Bentuk 2. Kandungan organisasi 3. Pedagogi 4. Peruntukan masa 5. Kaedah pentafsiran bahan 6. Pengurusan kurikulum di sekolah

Mengikut Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), KSSR terdiri daripada 2 kurikulum utama iaitu:

Kurikulum standard Satu pernyataan spesifik tentang bahan pelajaran yang murid-murid ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan. (pengetahuan, kemahiran dan nilai).

Standard pembelajaran Standard kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap kurikulum standard.

MODUL ASAS TERAS

MODUL ASAS TEMA

MODUL ASAS ELEKTIF

BM SK
BM

BM SJK

PM SK

BI SK
BI

PM

PM SJK

PM SJKT

BI SJK

BC

BC SJKC
TAMIL SJKT
PJ SK

PK

(PENDIDIKAN KESIHATAN)

TAMIL

M3 SK

PJ

PJ SJK
PJ SJKT

M3

M3 SJK M3 SJKT

DUNIA SENI VISUAL BAHAN SOKONGAN DUNIA SENI VISUAL

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DUNIA SAINS TEKNOLOGI SK DUNIA SAINS TEKNOLOGI SJK DUNIA SAINS TEKNOLOGI SJKT TMK SK

DUNIA MUZIK
DUNIA MUZIK SK DUNIA MUZIK SJK DUNIA MUZIK SJKT

TMK SJK
TMK SJKT

BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN

BAHASA TAMIL SEKOLAH KEBANGSAAN

BAHASA ARAB

BAHASA IBAN

Peranan guru-guru sebagai pelaksana KSSR ialah sebagai pengajar yang berkebolehan tinggi untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Ini kerana satu matlamat utama dalam kurikulum KSSR ialah untuk meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

Satu lagi peranan guru sebagai pelaksana KSSR ialah sebagai penyampai ilmu dalam pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang berikut: 1. Sains dan teknologi 2. Komunikasi 3. Perkembangan fizikal dan estika 4. Semangat kenegaraan dan patriotik 5. Kerohanian sikap dan nilai 6. Ketrampilan diri 7. Kreativiti dan keusahawanan

I.

Guru-guru juga mesti berkebolehan untuk mengajar dengan menggunakan modulmodul dalam aspek-aspek yang berikut: Modul komunikasi dan modul komunikasi elektif untuk mengajar bahasa di mana guru-guru perlu menggabungjalinkan kemahiran secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

ii. Modul fizikal dan estika untuk mengajar pendidikan jasmani dan muzik serta seni visual untuk memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi dalam kalangan murid iii. Modul sains dan teknologi di mana muridmurid menguasai pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta kemahiran matematik

iv. Modul kemanusiaan untuk sejarah dan ilmu patriotik di mana murid-murid menguasai ilmu dan amalan-amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara, dan global. Melalui matapelajaran yang baru, murid-murid juga perlu menguasai semangat patriotisme dan perpaduan v. Modul kerohanian, sikap dan nilai di mana murid-murid perlu menghayati amalanamalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

Sekolah rendah merupakan tahap terpenting dalam pendidikan formal seseorang kanak-kanak. Pendidikan peringkat ini menjadi teras kepada sistem pendidikan negara berjalan lancar dan matlamat pembangunan negara dapat dicapai dengan maksimum. Matlamat KBSR atau KSSR dalam sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkambangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Choong Lean Keow. (2010). Falsafah dan

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin dan Zakiah Noordin. (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://www.scribd.com/doc/55409341/Topik-3Matlamat-Kurikulum-Sekolah-Rendah http://www.slideshare.net/mdnorihk/perkembang an-pendidikan-di-malaysia

Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Terbitan Keempat).

You might also like