You are on page 1of 10

6.

0 Kesimpulan
Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan membina
pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman dan
pengetahuan terdahulu mereka. Kata-kata kanak-kanak dilahirkan sebagai saintis,
memberi peringatan kepada guru-guru khususnya guru-guru sains dalam menentukan
strategi pengajaran mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional perlu bertukar
kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti hands-on dan minds-on bagi
mengujudkan pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru harus berupaya utuk
mengubah kerangka konseptul murid-murid supaya berfikir selari dengan fakta saintifik, dan
disamping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan konseptual dalam menentukan
strategi pembelajaran mereka.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVESME


3.0 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
3.1 Pengenalan
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur
konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu
ketara dan tidak ditekankan. Antara pelopor teori konstruktivisne ialah Piaget
(1970), Brunner dan Brand 966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963).
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh
dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna.
Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh
belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah
bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi
realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui
murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai
satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada
pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu

pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli


konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka
sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang
salah. Jika kefahaman ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman
atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan
mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John
Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa
pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum.
Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa
saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan
berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.
3.2 Konsep Teori Konstruktivisme
Di dalam teori konstruktivisme, murid tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri
dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya
murid akan belajar melalui pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut
Jonassen (1991) pengetahuan seseorang individu berasaskan kepada persepsi
fizikal dan pengalaman sosial yang difahami oleh akal fikiran seseorang.
Manakala menurut Perkins (1986) pengetahuan adalah terbina hasil dari reka
bentuk murid di dalam minda di mana pengetahuan dibentuk apabila murid
terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan dan bukan
hanya mengintepretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka.
Menurut Merrill (1992) terdapat beberapa andaian yang boleh dibuat terhadap
konstruktivisme iaitu:
i. Pengetahuan dibentuk melalui pengalaman.
ii. Pembelajaran adalah intepretasi individu terhadap persekitarannya.
iii. Pembelajaran adalah satu proses yang aktif yang dibina melalui pengalaman
seseorang.
iv. Perkembangan konsep dibentuk melalui perkongsian pandangan dan

pembelajaran secara kolaboratif.


v. Pembelajaran dibina di dalam situasi yang sebenar.
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur
konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti. Teori ini menyatakan
bahawa murid membina ilmu pengetahuan dan memberi makna kepada
pengetahuan tersebut berdasarkan pengalaman sendiri melalui proses aktif yang
berlaku dalam otak. Oleh itu, pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara
bergantung pada persepsi, kepercayaan dan pengalamannya tentang perkara
tersebut. Ahli konstruktivis percaya pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada guru kepada murid secara tabula rasa, tetapi murid perlu membina
pengetahuannya sendiri melalui pemahaman yang diperoleh daripada proses
pembelajaran yang dialaminya. Dengan itu, pemahaman dan makna ilmu
pengetahuan bergantung pada cara ia dibentuk dalam minda murid.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh
dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna.
Murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru
tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah
ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan
mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan
menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang
diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah
mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif
terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat
baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada
pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu
pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Berdasarkan
teori konstruktivisme, kaedah pengajaran yang sesuai digunakan adalah kaedah
penemuan dan praktik. Sebagai contoh, guru-guru bagi matapelajaran sains
boleh menggunakan kaedah ini semasa amali kerana melalui teori ini pelajar
akan membina ilmu pengetahuan yang dan memberi makna kepada
pengetahuan tersebut berdasarkan pengalaman sendiri melalui proses aktif yang
berlaku dalam otak.
3.3 Pembelajaran Menurut Konstruktivisme
Pembelajaran secara Konstruktivisme berdasarkan beberapa pandangan baru

tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana boleh diperolehi ilmu tersebut.


Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran terlebih
dahulu. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima
pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya
melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran ini menggalakkan murid
mencipta penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan
hippotesis hipotesis dan idea idea baru.
Secara perspektifnya teori konstruktivis kognitif ini, pembelajaran dianggap satu
proses aktif yang melibatkan memperoleh pengetahuan baru dan mengubahsuai
pengetahuan sedia ada. Menurut Piaget (1967), penyesuaian merupakan fungsi
yang mengawal semua perkembangan manusia, termasuk pembelajaran.
Penyesuaian dikatakan berlaku melalui dua proses asas iaitu asimilasi dan
akomodasi. Asimilasi adalah proses memadankan pengetahuan baru ke dalam
skema sedia ada manakala akomodasi adalah pengubahsuaian skema buat
sementara waktu atau secara tetap. Kedua-dua proses ini dianggap penting
dalam mengurangkan sebarang konflik kognitif yang mungkin wujud lalu
membawa kepada pembelajaran yang berguna.
Dari perspektif teori konstruktivis sosial pula, interaksi sosial dapat
mempengaruhi perkembangan kognitif pelajar (Vygotsky, 1978). Ini disebabkan
apabila berlakunya interaksi sosial, seseorang pelajar dipaksa memasuki zon
perkembangan proksimal iaitu pelajar diberi peluang mencapai potensi
perkembangan mental yang wujud sama ada dengan bimbingan seorang
dewasa atau melalui kolaborasi dengan rakan-rakan sebaya yang lebih matang
inteleknya. Alat-alat psikologi serta komunikasi interpersonal dikatakan menolong
menyumbang kepada fungsi mental yang lebih tinggi.
Menurut Phillips (1995), terdapat tiga ciri utama pada seseorang pelajar
konstruktivis iaitu bersifat aktif, sosial dan kreatif. Hasil penyelidikan
menunjukkan bahawa pembelajaran yang bersifat aktif mungkin membolehkan
seseorang pelajar mengingati dan memahami pelajaran dengan lebih baik serta
dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh dengan aktif. Pembelajaran
yang bersifat sosial pula dikatakan biasanya memupuk pembelajaran manakala
pembelajaran yang bersifat kreatif memberi semangat belajar kepada pelajar dan
membolehkan pelajar memahami pelajaran dengan lebih mendalam (Perkins,
1999). Ini selaras dengan pendapat Confrey (1990) yang menyatakan bahawa
seseorang pelajar konstruktivis serba sedikit sedar akan proses pembinaan
pengetahuan dan dapat mengubah/meminda proses tersebut melalui refleksi
yang disedari oleh diri sendiri. Von Glasersfeld (1995) turut percaya bahawa
pembelajaran bukan fenomena yang melibatkan rangsangan-gerak balas; malah
ia memerlukan kawalan kendiri dan pembinaan struktur-struktur konseptual
melalui proses refleksi dan abstraksi.
Konsep konstruktivisme menekankan bahawa pembelajaran ialah pandangan
individu kepada dunia sekeliling. Konsep terhadap sesuatu adalah dibina hasil

daripada perkongsian beberapa perspektif dan daripada pembelajaran cara


kolaboratif. Apa yang ingin disampaikan ialah realiti yang dibina oleh pelajar
adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set
idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran
mereka.
3.4 Prinsip-Prinsip Utama Konstruktivisme
Konstruktivisme mengaplikasikan 5 prinsip utama (5 Es) iaitu :
i. Engage ( Melibat ) - Guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu
murid. Murid akan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.
ii. Explore ( Meneroka ) - Guru mencungkil idea murid dan murid kemudiannya
mengumpul maklumat dan meneroka.
iii. Explain ( Menjelas ) - Murid member penjelasan,justifikasi dan
mempersoalkan jawapan.
iv. Elaborate ( Mengembang ) - Murid membuat perkaitan dan melanjutkan
konsep.
v. Evaluate ( Menilai ) - Guru mentaksir pemahaman murid dan murid
menunjukkan pemahaman konsep.
3.5 Fasa-Fasa Utama Dalam Pembelajaran Konstruktivisme
Teori ini memperkenalkan satu teori 5-fasa yang dinamakan 5 Fasa Needham,
merujuk kepada fasa pengajaran. Fasa yang pertama ialah orientasi di mana
guru perlu mneyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk menimbulkan
minat murid terhadap pembelajaran. Murid kemudiannya digalakkan bertukartukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang
murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula
idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid
mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal
sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang
dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika
sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna.
Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka
untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan
dengan idea-idea itu. Fasa refleksi merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid
membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam
fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan
merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan

ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta
kognitif.
3.6 Implikasi Teori Konstruktivisme Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran
Kanak-kanak ialah pembina teori. Ilmu pengetahuan tidak disampaikan
kepadanya. Sebaliknya, dia bertanggungjawab membina pengetahuan. Oleh itu,
guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak.
Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan
berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu.
Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang
sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan,
sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau
akan menyedikan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji,
percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh
kanak-kanak dapat berlaku.
Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat
memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka.
Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik
darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media
pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran
kanak-kanak. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan
memudahkan murid-murid membina pengetahuan. Kurikulum yang disediakan
tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu
fleksibel kerana pada kebiasannya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah
spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan, minat
dan kebolehan kanak-kanak.
Melalui hujah- hujah yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa, implikasi
teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara
serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting
yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi
pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar.
3.7 Implikasi Teori Konstruktivisme Ke Atas Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Murid-Murid Berkeperluan Khas
Implikasi teori konstruktivisme dalam proses P&P kanak-kanak berkeperluan
khas pula ialah guru perlu membina suasana P&P yang mampu membina

pengetahuan murid-murid. Pastikan suasana yang dibina tidak merencatkan


pengetahuan mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengalami
mental retardation tahap ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam kelas yang
menempatkan kanak-kanak mental retardation sederhana akan memberi kesan
negatif terhadap perkembangannya. Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu
ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya.
Selain daripada itu juga, guru perlu merancang dan melaksanakan strategistrategi pengajaran seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid.
Kaedah ini akan membantu peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi
merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis, mentafsir
dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru
bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum
memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut. Selain daripada
itu juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas untuk
membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal. Perancangan
guru yang sistematik dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam
menagani pelbagai karenah murid.
Implikasi seterusnya adalah guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) sebagai untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid dari
semasa ke semasa. Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak
mengambil peperiksaan umum kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif
dengan kelas normal. RPI yang digunakan merupakan kolaborasi pelbagai
disiplin. Jadi, perkembangan dan kemajuan yang dianalisis merupakan
peningkatan dari pelbagai aspek. Contohnya, jika seorang murid yang
mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak
yang terlibat dan terapi diberikan dari pelbagai aspek. Keadaan dan
perkembangannya dicatat dari semasa ke semasa. Apa yang menjadi fokus
keutamaan adalah proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal ini kerana
setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai.

Implikasi Teori Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran


Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara implikasi teori
konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan
pembelajarandengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal
ini adalah kerana segala pembelajaran yang dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid
belajar melalui segala proses membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di dalam kelas.
Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan keupayaan murid adalah sangat ditekankan kerana sekiranya hampir
kesemua murid di dalam sesuatu kelas itu tidak mampu menguasai sesuatu proses pembelajaran, maka,
proses pembelajaran yang dilakukan oleh guru itu adalah tidak berjaya sama sekali.
Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah guru haruslah dapat mengenal pasti Zon

Perkembangan terdekat ( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal dalam diri muridmurid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui
tahap murid tersebut sama ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan
memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi
pembelajaran.
Menjadi tanggungjawab guru-guru juga untuk memilih beberapa orang murid yang lebih berkemahiran untuk
mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses pembelajaran. Bantuan daripada rakanrakan yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu
lebih selesa diajarkan oleh rakan-rakan yang lebih dikenali dan mesra. Kanak-kanak juga sebenarnya
adalah lebih mudah memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika
dibandingkan dengan guru.
Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslahmenyediakan lebih banyak contoh dan bahan
sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang
dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu
yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan
kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.
Guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid dengan situasi
sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar, murid secara tidak langsung
akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Jadi, tugasan autentik yang
berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, aktiviti simulasi dan
sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas.
Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu strategi yang baik
sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan murid-murid. Melalui aktiviti perbincangan
dalam kumpulan, murid secara tidak langsung dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih
jelas daripada rakan-rakan yang lebih mahir serta dapat meluahkan buah fikiran mereka. Perbincangan
dalam kumpulan juga dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid kerana setiap
murid berpeluang memberikan idea serta pandangan masing-masing.
Implikasi teori ini yang terakhir sekali ialah guru haruslah sentiasa memberikan penerangan yang
jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penerangan yang jelas
ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana tanpa penerangan yang jelas, murid berkemungkinan
akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru. Hal ini secara tidak langsung akan mengakibatkan sesi
pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Maka, penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran
dan laras bahasa murid. Guru juga adalah digalakkan sama sekali untuk menyertakan pelbagai contoh
ketika sesi perbincangan bersama murid.

Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran guru memberikan kesan ke atas
pembelajaran pelajar.
Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar , model Konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan. Needham (1987)
menyatakan dalam model ini pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea.

Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa
penstrukturan semua idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar
mengubah idea asal mereka. Pelajar diberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea
rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya lebih
mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa
penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan
menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan
fasa terakhir. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan
merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka.
Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
5 fasa yang dinyatakan diatas adalah :
(i) Fasa orientasi: (Engage)
Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar
mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh
dijalankan dalam fasa ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat
tayangan filem, membuat tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada pelajar dan
juga mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajarpelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan
lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah.
(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)
Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang
terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka berfikir
mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran
boleh dijalankan oleh guru. Guru boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan
menyiasat melalui kaedah eksperimen. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat
amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. Kesan kepada pelajar
dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih
berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinanan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal
pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat
kesimpulan. Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan
idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk
terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar
juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam
menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar
berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.
(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)
Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik.
Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan
pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan
digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat
definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta
penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan
keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis
yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak
ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam
kumpulan.
(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)
Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa

penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di
kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh
aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah
pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas
apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang
memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam
kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati
lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
(v) Fasa Refleksi (Evaluate)
Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah.
Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka
apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang
sesuatu pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat
menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ahli-ahli konstruktif mencadangkan bahawa pelajar-pelajar membina pengalaman baru berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh pelajar untuk memberikan
penjelasan berdasarkan pemerhatian mereka, makna akan dibina sendiri oleh individu dengan
menambah atau mengubahsuai idea yang sedia ada (Driver,1983; Osborne& Freyberg, 1985;
Scott,1987). Oleh itu guru perlu mengambilkira idea pelajar yang terdahulu dalam proses
pengajaran. Guru perlu membina pengalaman yang dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar untuk
membantu mereka menstrukturkan semula idea yang baru. Konstruktivis juga percaya bahawa
pelajar membina realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman
mereka. Setiap pelajar akan membentuk perwakilan pengetahuan frame of reference mereka
sendiri melalui pengalaman yang dialami (Johnson & Gott, 1996).

Bibliografi
Arif Sukardi. 1987.Prinsip-prinsip (teori) Pembelajaran.
http:// www.Ut, Ac Id/OI Supp/Fkip/Pgsm3803/. (20 Dis 2000)
Briner, M .(1999). [Online]Available :
http:// carbon.cudender.edu/ mryder/itc data/constructivism.html
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist
Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)
Driver,R. (1983). The Pupil as Scientist? Milton Keynes: Open University Press
Johnson,P.,& Gott,R.(1996). Constructivism and Evidence From Childrens Ideas. Science
Education. 80.561-577. Dalam kertas kerja Rio Sumarni Sharifuddin & Tang Howe Eng
Effectiveness of Condiff as a Cognitive Tools for the Learning of Differentiation. Seminar
Kebangsaan Profesion Perguruan, UKM, 2002.
McBrien, J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms.
Alexandria, VA. Association for supervision and Curriculum Developtment.
Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Needham,R. (1987). Teaching Strategies for Developing Understanding in Science. Leeds,
Childrens Learning in Science Project, University of Leeds.
Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science. Auckland, Heinemann.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sushkin,N.(1999).[Online] Avalaible:
http://carbon.cudenver.edu/ mryder/itc data/ constructivism.html

You might also like