You are on page 1of 9

Soalan Dan Cadangan Jawapan Murid Dan Alam Belajar EDU 3103

BAHAGIAN B


1. Pengalaman secara langsung boleh memberi makna
sebenar kepada proses semulajadi kanak-kanak. Kanak-
kanak akan lebih memahami dan menguasai pengetahuan
dan kemahiran apabila mereka membuat, mengalami, atau
melalui sendiri apa yang hendak dipelajari.


a) Nyatakan 2 teknik pengajaran yang boleh dilaksanakan
bagi memberi pengalaman secara langsung kepada kanak-
kanak.
1. Pembelajaran yang berasaskan aktiviti berpusatkan murid.
2. Pembelajaran melalui proses bermain.


b) Jelaskan 3 prinsip pembelajaran semulajadi kanak-
kanak oleh John Holt.
John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah
menyeneraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran
semulajadi kanak-kanak:
1. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kekuatan daya ingin
tahu dan berkeupayaan belajar secara langsung tentang dunia
sekelilingnya.
2. Kanak-kanak dengan sendirinya tahu cara hendak belajar
sesuatu.
3. Kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak
untuk berfikir.
4. Kanak-kanak tidak takut mengaku tidak tahu dan berani
membuat kesalahan.



2. a) Nyatakan 4 jenis permainan kategori sosial
Permainan sosial bermaksud kanak-kanak bermain bersama dalam
kumpulan. Permainan sosial bermula seawal kanak-kanak mula
mengenali persekitaran dan orang lain yang ada di sekelilingnya.
Permainan sosial dapat diahagikan kepada jenis-jenis berikut
mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.
1. Main Unoccupied (main perlakuan dengan tidak menentu)
2. Main Solitary (main sendirian)
3. Main Onlooker ( main pemerhatian)
4. Main Parallel (main selari)
5. Main Associative (main asosiatif)
6. Main Cooperative (main kooperatif)


b) Terangkan 3 jenis permainan yang boleh meransang
pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
1. Main Berfungsi
Main berfungsi melibatkan aktiviti bermain yang berupa gerak
balas aktiviti otot. Kanak-kanak bermain alat seperti bola, kotak,
kayu atau apa-apa sahaja alat sebagai alat sendiri. Kanak-kanak
membaling, melontar, menjatuhkan, mengetuk dan sebagainya.
Main berfungsi mempunyai ciri-ciri pengulangan, manipulasi dan
peniruan.


2. Main Konstruktif
Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan
dan mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan
untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreaiviti. Contohnya,
kanak-kanak membina menara atau rumah daripada bongkah,
kereta daripada kotak, istana daripada pasir dan benda kreatif lain.


3. Main Simbolik
Main simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak
mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial.
Kanak-kanak menggunakan imaginasi dan main peranan dalam
jenis permainan ini. Kanak-kanak menggunakan objek lain sebagai
mewakili objek sebenar. Contohnya, kotak dilambangkan sebagai
kereta, daun dilambangkan sebagai pinggan, tempurung sebagai
periuk dan sebagainya. Main simbolik ini termasuk sosiodrama
yang melibatkan situasi-situasi tertentu seperti peranan orang
dewasa dan persekitaran yang pernah dilalui atau diperhati oleh
kanak-kanak.

4. Main Berperaturan
Main berperaturan merupakan permainan formal yang melibatkan
peraturan yang ditetapkan. Tingkah laku semasa bermain adalah
mengikut batas dan peraturan permainan tersebut. Sekiranya
belum ada peraturan, kanak-kanak membina peraturan permainan
sendiri secara bersama. Permainan berperaturan ini dapat
membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif,
penyelesaian masalah, mencari alternative, membuat andaian dan
merancang strategi di samping kemahiran sosial dan kawalan
emosi. Contoh permainan berperaturan ialah, dam ular, domino,
sahibba dan monopoli.


3. a) Berikan 3 faktor model pembelajaran Dunn (1978)
dan berikan contoh setiap satunya.

1. Rangsangan Persekitaran
Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya,
bunyi, suhu dan reka bentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978)
mendapati terdapat individu memerlukan persekitaran cahaya
terang semasa belajar. Individu juga memerlukan bunyi seperti
muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka
akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar
(terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari radio atau
televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat
memberi lebih kosentrasi terhadap pelajaran mereka. Beliau juga
mendapati individu mempunyai tindak balas yang berbeza
terhadap suhu persekitaran . Proses pembelajaran adalah lebih
berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan
berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan
emosi seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan
menyebabkan produktiviti seseorang. Pelajar yang gemar belajar
dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk
aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan kerusi.

2. Rangsangan Emosional
Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti
motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur. Motivasi
merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan
seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak
pada masa tertentu Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi
seseorang individu dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh
masa yang panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu
menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat
yang berbeza. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab
terhadap pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya
dengan inisiatif sendiri. Arahan yang jelas dan berstruktur
mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, namun
begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas.
3. Rangsangan Sosiologi
Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri
sendiri, berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau
orang dewasa. Dunn dan Dunn (1978) menjelaskan proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terus oleh guru
kepada pelajar.Terdapat individu yang lebih suka belajar
bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar.
Individu yang belajar secara berpasangan adalah individu yang
lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya.
Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang pada kebiasaannya
melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya yang banyak
melibatkan perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian idea-
idea tentang cara pembelajaran yang berkesan. Orang dewasa
menjadi tempat untuk mereka menyoal atau mengemukakan
soalan apabila menghadapi sesuatu masalah pembelajaran. Bagi
pelajar yang kurang selesa belajar dengan pelajar yang sebaya
dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau orang
dewasa.


4. Rangsangan Fizikal
Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi,
makanan, minuman, waktu belajar dan pergerakan. Model Dunn
dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar. Model
beliau menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk
mengingat informasi iaitu secara visual, auditif, taktual dan
kinestetik.Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan
sekiranya mereka makan dan minum semasa belajar. Selain itu,
tekanan ketika belajar dapat dikurangkan melalui makan dan
minum.



b) Jelaskan 2 implikasi perbezaan individu terhadap
pengajaran dan pembelajaran.

Setelah mempelajari topik perbezaan individu ini, guru seharusnya
mengetahui secara mendalam tentang teori ini dan dengan itu,
guru akan dapat merancangkan satu sistem pengurusan bilik
darjah yang efektif. Untuk menangani masalah perbezaan murid-
murid, guru perlu menjalankan kaedah kumpulan atau
pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan kesan
murid-murid yang berbeza. Selain itu, guru perlu mengumpulkan
murid-murid yang mempunyai kebolehan yang sama dalam
kumpulan yang sama supaya proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan. Untuk murid yang sangat lemah pula,
guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran individu supaya
dapat mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi.
Di samping itu, guru boleh mengembangkan urutan arahan yang
mengambil kira urutan sebagai sebahagian proses arahan. Ini ialah
pendekatan yang pernah digunakan oleh Bernice McCarthy,
pemaju sistem 4Mat. Guru juga boleh menggunakan pendekatan
menyediakan kumpulan, sama ada antara kelas atau dalam
lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti
berhubung dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan atau
beberapa ciri lain. Contoh pendekatan arahan ialah kumpulan bilik
darjah, pembelajaran koperatif dan arahan yang memberikan ciri
khusus kepada sesuatu. Akhir sekali, guru boleh mengubahsuai
keadaan dalam lingkungan arahan berlaku. Ini ialah pendekatan
yang digunakan dalam pembelajaran masteri.


4. a) Teori kognitif menyatakan bahawa guru memainkan
peranan penting dalam memotivasikan pelajar dalam
persekitaran pembelajaran. Nyatakan 3 peranan guru
untuk meningkatkan motivasi pelajar.
1. Guru perlu membantu pelajar memastikan mereka percaya
bahawa mereka adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala
disebabkan nasib atau usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini
tidak akan wujud pada masa hadapan.
2. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan
melipatgandakan usaha mereka.
3. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka
boleh berjaya.
4. Guru membantu pelajar memahami bahawa tingkah laku
mereka akan membawa mereka kepada tahap kejayaan atau
kegagalan.
5. Meransang konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada
usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.



b) Berikan 2 program motivasi yang sesuai untuk
dilaksanakan di sekolah.

1. Motivasi Intrinsik
Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri
seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira
ganjarannya. Dengan itu, teknik motivasi intrinsik berkait rapat
dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada
dalam pembelajaran.
2. Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ini direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan
dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk,
2006). Seseorang mungkin tidak menggemari aktiviti itu, tetapi
lebih menggemari tentang keuntungan yang diperolehi
daripadanya. Ganjaran nyata seperti pujian, hadiah, wang, sijil,
markah dan gred akan diberikan kepada mereka yang berjaya
mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan yang
diamanahkan.


BAHAGIAN C
----------------------------------------------------------
1. Topik pembelajaran hari ini ialah graviti. Cikgu Aini telah
menyediakan persekitaran pembelajaran inkuiri penemuan dengan
pelbagai bahan bantu belajar dan artikel Newton. Dalam situasi di
atas, sebahagian guru akan merasakan bahawa pembelajaran
secara konstruktivisme akan mengurangkan terus peranan mereka
sebagai penyampai ilmu. Bincangkan.
Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu
sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis
pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan/pengalaman baru.
- Pelajar sebagai pembina pengetahuan dan bukannya penerima
pengetahuan
- Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari
dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada masing-masing.
- Mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberi kepada
bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi
pengetahuan
Jean Piaget Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif
- keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara
berperingkat
Asimilasi
Akomodasi

2. Cikgu Ahmad sedang mengajar karangan tentang kemalangan
jalan raya. Beliau telah membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan untuk mencari isi-isi penting. Setiap kumpulan diminta
membentangkan isi-isi penting kepada semua pelajar untuk
dibincangkan. Bincangkan kekuatan model pembelajaran yang
digunakan dalam proses P&P dalam petikan di atas serta apakah
prinsip yang boleh diikuti untuk membantu guru menjayakan
model pengajaran tersebut? Berikan pendapat anda.


Model Pembelajaran Kooperatif (Slavin, 2005)
- Arends (2001) pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian,
kemahiran sosial
- dicirikan dengan tugasan koperatif, matlamat dan struktur
ganjaran.
- pembelajaran aktif yang berupaya mengubah situasi
pembelajaran yang pasif kepada dinamis serta berpusatkan pelajar
- pelajar-pelajar dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan
tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama
- saling membantu- pelajar lemah dibantu oleh pelajar pandai,
pelajar pandai akan menjadi tutor yang menggalakkan mereka
untuk berfikir dengan lebih dalam tentang topik tersebut
Prinsip-prinsip
1. Kebergantungan positif
- kejayaan individu dikaitkan dengan kejayaan ahli lain.
- semua ahli dalam kumpulan bekerjasama dan saling bergantung
untuk mendapatkan markah/gred yang sama
- sistem ganjaran ikut kumpulan, gred pasukan adalah purata gred
individu dalam kumpulan tersebut
2. Akauntabiliti
- akauntabiliti terhadap sistem ganjaran- jika seseorang individu
mengambil ujian secara individu maka gred secara pasukan
diberikan, semua ahli akan merasa akan akauntabilitinya terhadap
ganjaran tersebut
- akauntabiliti terhadap tugasan-setiap individu dalam kunpulan
ada bahagian tugasan masing-masing
- setiap pelajar bertanggungjawab terhadap bahagian tugasan
yang diberikan dari segi pembelajaran, persembahan atau hasil
tugasan
- semua ahli dimaklumkan tentang tugasan masing-masing

3. Penglibatan seimbang
- konsep asas dalam pembelajaran koperatif
- penglibatan semua pelajar adalah bahagian terpenting
- pengagihan masa dan tugasan
4. Interaksi bersemuka
- interaksi serentak adalah prinsip terpenting dalam pembelajaran
koperatif
- penglibatan aktif diperlukan
- semua pelajar berpeluang berbincang

Strategi: Berpusatkan murid

Teknik: Perbincangan, Sumbangsaran

3. Teori pembelajaran Behaviorisme Skinner menggunakan tikus.
Thorndike menggunakan kucing sebagai ujikaji. Keduanya ada
persamaan. Bincangkan persamaan prisip-prinsip pembelajaran
yang diutarakan oleh kedua tokoh ini dan huraikan bagaimana
prinsip-prinsip pembelajaran Behaviorisme dapat diaplikasikan
dalam bilik darjah.

You might also like