You are on page 1of 6

EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar (Soalan Ulangkaji) Soalan Esei

Esei (Set 1)

1. (a) Bincangkan kekuatan dan kelemahan Teori Pembelajaran Behavioris berbanding teori-teori
pembelajaran lain dalam menerangkan proses pengajaran dan pembelajaran .

(b) Bincangkan perbezaan dan persamaan antara teori pembelajaran kognitif dan teori pembelajaran Sosial.

2. Model pengajaran social dapat membantu dalam menjelas dan memperkembangkan idea-idea seperti dalam
pembelajaran koperatif dan main peranan.

(a) Terangkan implikasi pembelajaran koperatif terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(b) Huraikan dengan ringkas jenis-jenis pengajaran bestari.

3. Cikgu Lynn mengajar di sekolah yang terletak berhampiran jalanraya yang sibuk. Beliau sedang mengajar di
Tahun 1 Melur.Bilik darjah tersebut tersangat panas disebabkan kipas yang ada telah rosak. Di belakang bilik
darjah pula sampah bertaburan di atas lantai.Murid-murid perempuan menumpukan perhatian terhadap
pengajaran Cikgu Lynn manakala murid lelaki pula leka bermain di bahagian belakang.Pencapaian subjek
yang diajar oleh Cikgu Lynn sentiasa rendah daripada tahun ke tahun.

(a) Berdasarkan situasi di atas, bincangkan factor-faktor yang mungkin menyebabkan pencapaian murid
Cikgu Lynn rendah.

(b) Berikan cadangan kepada Cikgu Lynn untuk membantu beliau mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

1
Esei (Set 2)

1. (a) Skinner telah mengemukakan Teori Pelaziman Operan.Beliau telah membuat kajian ke atas tikus,burung
dan manusia.Berdasarkan hasil kajiannya, beliau telah membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran
manusia. Huraikan lima cara pembelajaran manusia berdasarkan dapatan dan rumusan Skinner dari kajian
beliau.

(b) Teori pembelajaran celik akal dikemukakan oleh W.Kohler.Beliau berpendapat dalam proses
pembelajaran, murid perlu disedarkan dengan pembelajaran celik akal agar mereka dapat menyelesaikan
tugasan tanpa mengharapkan guru sepenuhnya. Berdasarkan teori Kohler ini, nyatakan 5 contoh cara
bagaimana guru boleh menggunakan pembelajaran celik akal kepada murid-muridnya.

2. Robert M.Gagne dalam bukunya “Essentials of Learning for Instruction”(1975) mengemukan satu teori
mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu pembelajaran. Mengikut teorinya,
rangsangan2 dari persekitaran akan diterima dalam system saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini
akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek dan jangka panjang seterusnya kepada penggerak tindak
balas melalui system saraf.

(a) Gagne mengenal pasti dan menyarankan 8 frasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses
pembelajaran. Huraikan 5 daripada 8 frasa tersebut.

(b) Konsep kemahiran berfikir manusia amat perlu diketahui oleh guru untuk menggalakkan pelajar berfikir
dengan menggunakan kedua-dua belah otak mannusia. Huraikan lima kemahiran berfikir secara kritis
dan lima kemahiranberfikir secara kreatif.

3. Cikgu Linda baru dilantik sebagai guru kelas Empat Cempaka. Beliau merancang untuk menyediakan satu
pelan tindakan yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi murid-murid kelas
tersebut.

(a) Huraikan lima kepentingan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

(b) Bincangkan lima aspek yang harus dipertimbangkan oleh Cikgu Linda dalam pelan tindakan tersebut.

2
Contoh Jawapan

Esei Set (1)

1.
(a) Bincangkan kekuatan dan kelemahan teori pembelajaran behavioris berbanding teori-teori pembelajaran yang
lain dalam menerangkan proses p&p.

Kekuatan
 Pembelajaran bermula apabila wujudnya tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan
 Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu penggerak yang dapat
mendorong murid untuk memikirkan erti rangsangan itu.
 Proses pembelajaran berdasarkan pelaziman,sesuatu perhubungan yang dibentuk daripada mengaitkan
stimuli dengan tindakbalas.
 Berguna dalam subjek yang melibatkan kemahiran
Kelemahan
 Tidak boleh digunakan untuk menjelaskan kesemua pembelajaran berlaku kerana teori ini mengenepikan
aktiviti mental
 Teori ini juga tidak dapat menjelaskan sesetengah pembelajaran yang berlaku, misalnya apabila kanak-kanak
mengecam pola-pola bahasa baru di mana teknik pengukuhan langsung tidak sesuai digunakan.
 Hasil kajian menunjukkan bahawa haiwan boleh mnegubahsuai pola yang telah diperkukuhkan terhadap
maklumat baru.
 Pengajaran adalah berpusatkan kepada guru (interaksi sehala sahaja).

(b) Bincangkan persamaan dan perbezaan antara Teori Pembelajaran Kognitif dan Teori Pembelajaran Sosial

Persamaan
Kedua-duanya menerangkan mengenai proses pembelajarn dan kaitkannya dengan proses minda manusia.

Perbezaan
Aspek Teori Pembelajaran Kognitif Teori Pembelajaran Sosial
Pelopor Koffa, Kohler, Lewin, Piaget, Ausubel, Bandura, Saloman
Bruner, Gagne
Konsep Pembelajaran adalah proses Pembelajaran adalah proses interaksi /
dalaman(termasuk pemikiran, pemerhatian dalam konteks sosial.
pemprosesan maklumat, memori dan
persepsi)
Lokus Pembelajaran Struktur dalaman kognitif Pembelajaran adalah perhubungan antara
manusia dengan persekitarannya
Tujuan Pendidikan Membina kesepaduandan kemahiran Penglibatan dalam komuniti
untukbelajar dengan lebih baik.
Peranan Guru Menyusun kandungan dalam aktiviti Mewujudkan komuniti dalam latihan iaitu
pembelajaran perbincangan dan penglibatan boleh
diwujudkan.

2.
(a) Terangkan implikasi pembelajaran koperatif terhadap p&p.
 Membantu murid menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain
 Meningkatkan kemahiran bekerjasama dengan individu lain secara produktif
 Melatih murid berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan.
 Membantu memperkembangkan perspektif individu.
 Memperjelaskan idea-idea murid.
 Mengembangkan idea-ideamurid.
3
 Murid lebih bersedia dalam penyiasatan/penerokaan dalam mencari maklumat secara kumpulan.
 Murid mampu mengenalpasti pelbagai perspektif sesuatu masalah.
 Memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran.
 Mempertajamkan kemahiran mendengar dan memahami konteks, menyusun maklumat serta merta dan
merangka soalan untuk memperoleh data, menggabung maklumat.

(b) Huraikan dengan ringkas jenis-jenis pengajaran bestari.


 Pengajaran Direktif
 Pengajaran Mediatif
 Pengajaran Generatif
 Pengajaran Pemerhatian
 Pemerlajaran Kontekstual
 Pengajaran Metakognitif
 Pengajaran Masa Depan

3.
(a) Beradasarkan situasi Cikgu Lynn, bincangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan pencapaian muridnya
rendah
 Konsep: suasana dan iklim bilik darjah yang kondusif perlu diwujudkan untuk meningkatkan keberkesanan
p&p ke peringkat optimum dan semua faktor harus dipertimbangkan, iaitu faktor fizikal, kemanusiaan dan
teknikal.
 Faktor fizikal: kedudukan bilik darjah harus selesa dan tidak diganggu oleh kebisiingan. Keadaan bilik darjah
bersih dan ceria. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
 Faktor Kemanusiaan: perhubungan dan interaksi di antara murid ddan murid dan di antara guru dan murid
mempengaruhi keberkesanan p&p. Murid yang berasa disayangi, selamat dari ancaman akan cenderung
belajar dengan baik.
 Faktor Emosi: Suasana emosi bilik darjah yang kondusif boleh diwujudkan oleh guru yang mempunyai sifat
penyayang, bertimbang rasa, peramah dan adil.
 Faktor teknikal dan pengurusan masa: penggunaan BBM yang pelbagai dan sesuai dapat meningkatkan
keberkesanan p&p. Guru yang mahir mengurus masa, mengawal disiplin dan mempraktikkan kemahiran
memberi ganjaran kepada murid, juga akan mengurus bilik darjah dengan baik.

(b) Berikan cadangan kepada Cikgu Lynn untuk membantu beliau mewujudkan p&p yang berkesan.
 Membina bilik darjah yang kondusif, bersih dan selesa.
 Menyusun semula perabot di dalam bilik darjah untuk memudahkan interaksi antara guru-murid
 Perancangan p& p yang teliti agar terus menarik minat murid
 Menyesuaikan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan murid
 Bersiap sedia menghadapi kerenah dan tingkah laku murid dan berkebolehan menanganinya
 Menyediakan aktiviti p&p yang mendorong penglibatan murid.
 Membina suasana pembelajaran yang demokratik, berdisiplin.
 Memotivasikan murid dan bukan sentiasa mendenda mereka
 Menetapkan peraturan bilik darjah bersama murid dan mempraktikkannya dengan tekal.
 Merancang aktiviti p&p yang menekankan tugasan tingkah laku.
 Memberi bimbingan kepadamurid, mencurahkan kasih sayang kepada mereka.
 Memantau kelakuan dan aktiviti murid secara berterusan.

4
Esei Set (2)

1.
(a) Skinner telah mengemukakan Teori Pelaziman Operan. Beliau telah membuat kajian ke atas tikus, burung dan
manusia. Berdasarkan hasil kajiannya, beliau telah membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia.
Huraikan lima cara pembelajaran manusia berdasarkan dapatan dan rumusan Skinner dari kajian beliau.

 Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan secara diri sendiri


 Peneguhan adalah proses yang menggunakan peneguhan posotif atau peneguhan negative untuk mengukuh
dan megekalkan sesuatu tingkah laku yang dihasilkan
 Peneguhan positif adalah rangsangan yang penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas murid.
 Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan
 Penghapusan sesuatu tingkahlaku operan yang dihasilkan akan berlaku jikapeneguhan tidak diberikan
 Organisma boleh menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan.
 Dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

(b) Teori pembelajaran celik akal dikemukakan oleh W.Kohler.Beliau berpendapat dalam proses pembelajaran,
murid perlu disedarkan dengan pembelajaran celik akal agar mereka dapat menyelesaikan tugasan tanpa
mengharapkan guru sepenuhnya. Berdasarkan teori Kohler ini, nyatakan 5 contoh cara bagaimana guru boleh
menggunakan pembelajaran celik akal kepada murid-muridnya.
 Guru perlu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah pembelajaran.
 Membimbing murid2 menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur2 dalam persekitaran.
 Menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai.
 Membimbing murid2 menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal
 Menggunakan contoh2 khusus yang berkaitan untuk membimbing mereka supaya menggunakan celik akal
mereka,demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.
 Mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan dan pengalaman mereka.
 Membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar boleh menggunakannya untuk
menyelesaikan masalah.

2. Robert M.Gagne dalam bukunya “Essentials of Learning for Instruction”(1975) mengemukan satu teori mengenai
bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu pembelajaran. Mengikut teorinya, rangsangan2 dari
persekitaran akan diterima dalam system saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor
ingatan jangka pendek dan jangka panjang seterusnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

(a) Gagne mengenal pasti dan menyarankan 8 frasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu proses
pembelajaran.
Huraikan 5 daripada 8 frasa tersebut.
 Frasa motivasi- manusia belajar kerana didorong oleh motivasi/motif tertentu,dan motivasi digunakan untuk
menggalakkan murid2 supaya berusaha belajar.
 Frasa tanggapan- kefahaman-pemerhatian-persepsi.
 Frasa penyimpanan-rangsangan akan dibawa oleh sistem saraf ke stor ingatan jangka pendek,dikodkan
dalam bentuk2 yang mudah.
 Frasa penahanan- stor ingatan –dibawa kepada ingatan jangka panjang- ditransformasikan dan disusun
semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan mudah dikeluarkan (contoh: peristiwa atau
pengalaman)
 Frasa ingat kembali- mencari pengalaman atau maklumat yang telah disimpan.
 Frasa generalisasi-frasa pemindahan pembelajaran atau frasa aplikasi, di mana individu boleh mengingat
kembali maklumat dalam stor jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa.
 Frasa prestasi- dikenali juga sebagai frasa perlakuan-melihat perubahan tingkah lakuseseorang dalam proses
pembelajaran.
 Frasa maklum balas- berlaku selepas individu member tindak balas yang tepat.Contohnya murid dapat
member jawapan yang tepat dan guru harus member pujian.

5
(b) Konsep kemahiran berfikir manusia amat perlu diketahui oleh guru untuk menggalakkan pelajar berfikir dengan
menggunakan kedua-dua belah otak manusia. Huraikan lima kemahiran berfikir secara kritis dan lima
kemahiranberfikir secara kreatif.

Berfikir secara kritis Berfikir secara kreatif


Membanding dan membeza / menghurai / Menjana dan menghasilkan / membuat hipotesis /
mengkategori / mencari / menyusun / manaakul / meramal perkara baru / mensintesis /
menganalisis / merumus dan meramal / membuat menghubungkait / mencipta analogi atau definisi /
inferens / menilai maklumat dan inferens mereka cipta / mengarang / melukis

3. Cikgu Linda baru dilantik sebagai guru kelas Empat Cempaka. Beliau merancang untuk menyediakan satu pelan
tindakan yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi murid-murid kelas tersebut

(a) Huraikan lima kepentingan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
 Masalah pengurusan bilik darjah dikurangkan di mana gangguan2 yang tidak diingini dapat diminimumkan.
 Kehadiran murid2bertambah baik di mana mereka seronok belajar dalam suasana bilik darjah yang sesuai
untuk pembelajaran
 Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer di mana guru dapat mengajar apa yang dirancang dan
murid dapat belajar dalam suasana yang selesa.
 Bilik darjah dapat berfungsi sebagai komuniti pembelajaran di mana guru dan murid2 menyumbang dalam
proses pengajarandan pembelajaran.
 Guru2 dan murid2 mempunyai sifat kekitaan dan kepunyaan sebagai ahli bilik darjah tersebut.
 Perkongsian pengetahuan dan pengalaman antara guru dan murid2 berlaku dalam suasana terbuka tanpa
sebarang sekatan.
 Prestasi murid2 dpt ditingkatkan kerana murid2 boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap p&p.

(b) Bincangkan lima aspek yang harus dipertimbangkan oleh Cikgu Linda dalam pelan tindakan tersebut.
 Iklim bilik darjah yang merangkumi faktor psikososial, faktor fizikal yang baik.
 Perancangan dan pelaksanaan pengajaran haruslah berpandukan prinsip2 teori2 pembelajaran seperti
behavioris/kognitif/konstruktivis dll
 Penggunaan pelbagai model pengajaran, pendekatan,teknik dan strategidalampengajaran yang bersesuaian
dengan tahap dan minat murid.
 Mengambil kira unsur kecerdasan dan perbezaan individu di kalangan murid2.
 Mengambilkira gaya pembelajaran murid yang berbagai-bagai.
 Memupuk motivasi intrinsik murid

You might also like