You are on page 1of 9

SOALAN UJI MINDA 1 1.

Apakah tiga aspek dalam alam belajar yang difikirkan penting dalam pembentukan murid yang menyeluruh. i) Fizikal ii)Psikososial iii)Komuniti pembelajaran 2. Apakah empat elemen aspek-aspek psiksosial yang dimaksudkan merangkumi? i) Nada suara yang sesuai ii) Saling berbudi bahasa iii)Tingkah laku yang diterima iv)Suasana yang kondusif 3. Apakah bentuk penyusunan bilik darjah yang anda syorkan sekiranya anda ingini murid-murid anda berkolaborasi dalam kumpulan kecil bagi pembincangan secara kelas? Gaya kluster/berkelompok 4.Jikalau anda merancang untuk mengendalikan pembelajaran bercorak kadar kendiri dan bersifat individu, apakah cara-cara penyusunan bilik darjah yang sesuai bagi anda membentuk stesen-stesen pembelajaran? Gaya off set 5.Sedarkah anda bahawa sesebuah bilik darjah bukan hanya terdiri daripada meja dan kerusi sahaja?Anda juga perlu memberi perhatian kepada aksesori-aksesori yang akan memberi sentuhan peribadi.Apakah sentuhan peribadi yang dimaksudkan? -pokok-pokok pasu -gambar-gambar -papan-papan kenyataan -poster/carta pendidikan -hal ehwal umum -kata-kata hikmah

-sudut bacaan -jadual-jadual : waktu/bertugas/dan lain-lain. 6.Ahli-ahli teoris berpendapat bahawa persekitaran fizikal yang kondusif boleh diibaratkan sebagai guru kedua dalam bilik darjah.Apakah kepentingan persekitaran fizikal yang kondusif? Persekitaran fizikal yang kondusif penting untuk murid berasa selamat dan diterima.Oleh itu, persekitaran fizikal yang kondusif memberikan pengaruh yang optimum.Suasana bilik darjah yang dihias dan diatur kemas dengan pelbagai carta,gambar dan alat bantu mengajar dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

7.Apakah itu komuniti pembelajaran? Komuniti pembelajaran merujuk kepada sekumpulan manusia yang belajar bersamasama dalam satu persekitaran yang selamat lagi menggalakkan dengan adanya dialog, maklum balas, refleksi dan penurunan kuasa. Ciri-ciri satu komuniti pembelajaran: -Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif -Penglibatan murid-murid dalam pembelajaran koperatif bersama rakan sebaya mereka. -Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial -Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. 8.Bilik darjah yang beroperasi sebagai komuniti pembelajaran, apakah prinsip-prinsip yang perlu dipegang? -Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang akan diperoleh diperkongsikan bersama; -Pembelajaran menitikberatkan pemahaman. -Kolaborasi antara murid-murid dengan guru bagi memikirkan alternatif penyelesaian masalah. 9.Berdasarkan prinsip-prinsip di atas , cuba anda jelaskan apakah antara pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru.

Teori ekologi Bronfenbrenner merangkumi lima sistem ekologi berasaskan kepada interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka dan antara rakan sebaya serta orang dewasa yang terdekat, termasuk pengaruh sosiobudaya keluarga dan komuniti tempatan. Bronfenbrenner membahagikan sistem ekologi ini kepada 5 jenis sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. 10.Pengalaman langsung berpegang kepada prinsip pembelajaran eksperiential. Pengalaman langsung boleh diimplementasi secara meluas merentasi topik dan bahantara berbeza-beza antaranya termasuk i) ii) iii) iv) v) vi) Projek pembelajaran berkumpulan Pendidikan luar Kerja lapangan Amali Lawatan sambil belajar Drama

SOALAN UJI MINDA 2 1.Menurut HILL (2002), bagaimana sesuatu pembelajaran akan berlaku dalam diri seseorang? Menurut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang.Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar. 2.Nyatakan lapan peringkat oleh Gagne dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari. Peringkat 1-Motivasi Peringkat 2-Memberikan perhatian:memastikan perhatian pelajar Peringkat 3 dan 4- Perolehan dan ingatan Peringkat 5- Ingat kembali dan retrieval Peringkat 6-Generalisasi

Peringkat 7-Prestasi Peringkat 8-Maklum balas dan peneguhan 3.Gagne, Wager, Golas dan Keller (2005;195) telah menggariskan sembilan langkah pengajaran yang berkait dengan proses pembelajaran.Nyatakan sembilan langkah pengajaran tersebut. i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Menarik perhatian Memaklumkan pelajar tentang objektif pembelajaran Merangsang ingatan kembali terhadap pengetahuan sedia ada Kemukakan kandungan Membimbing pembelajaran Melaksanakan perlakuan Memberikan maklum balas Menilai perlakuan dan prestasi Merangsang ingatan dan pemindahan pembelajaran

4.Pada pendapat anda , apakah cara atau media yang boleh digunakan oleh guru untuk mempelbagaikan gaya pembelajaran? Untuk mempelbagaikan gaya pembelajaran guru boleh menggunakan slide power point. 5.Senaraikan lapan prinsip pembelajaran mengikut Model Ewell. i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Penglibatan aktif Perkaitan dan corak Pembelajaran informal Pengalaman langsung Situasi mendesak Maklum balas berterusan Sesuatu yang menyeronokkan Refleksi

6.Terangkan secara ringkas satu contoh aktiviti pengalaman langsung dan faedahnya. Satu contoh pengalaman langsung ialah pelajar dibawa melawat zoo.Faedahnya pembelajaran berjalan melalui pemerhatian dan interaksi dalam persekitaran zoo berbanding dengan membaca tentang haiwan dalam buku.

7.Mengikut Ewell (1997:6), the learner is not a receptacle of knowledge, but rather creates his or her learning activity actively & uniquely. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat di atas? Pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada mereka. 8.Apakah itu pembelajaran informal? Berikan satu contoh. Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa.Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik darjah melalui interaksi dengan persekitaran.Contoh pembelajaran informal ialah lawatan sambil belajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu yang baru. 9.Mengikut Gagne (1985), terdapat lima jenis pembelajaran yang berbeza.Nyatakan. i) ii) iii) iv) v) Kemahiran intelek Maklumat verbal Strategi kognitif Kemahiran psikomotor Sikap

10.Maklumat verbal merujuk kepada kebolehan individu menyatakan sesuatu fakta atau set peristiwa secara lisan atau bertulis.Berikan satu contoh pembelajaran maklumat verbal. Pelajar dapat membaca sifir yang telah dipelajari pada suatu masa dahulu.

SOALAN UJI MINDA 3 1.Dalam teori pembelajaran behavioris terdapat 2 jenis teori pelaziman.Namakan. i)Teori pelaziman klasik ii)Teori pelaziman operan

2. Terdapat 3 jenis rangsangan dan dua jenis gerak balas dalam teori pembelajaran behavioris.Namakan. Rangsangan i)Rangsangan neutral ii)Rangsangan semula jadi iii)Rangsangan terlazim Gerak balas i)Gerak balas semula jadi ii)Gerak balas terlazim 3.J.B.Watson membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas emosi yang asas, apakah tiga tindak balas emosi asas itu? i) takut ii)marah iii)sayang

4.Huraikan maksud peneguhan dan hukuman dalam teori pelaziman operan B.F.Skinner. Skinner memperkenalkan dua kategori peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.Peneguhan positif berupa peneguhan yang diberikan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya.Kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi disebabkan pujian, galakan dan ganjaran yang diterima merangsang gerak balas seterusnya.Peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan (Baldwin dan Baldwin, 2001).Kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi apabila leteran, bebelan dan teguran ditiadakan lagi.

Hukuman pula ialah peristiwa yang mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi.Skinner memperkenalkan dua jenis hukuman iaitu hukuman beri(persembah) dan hukuman tarik (singkir).Hukum beri(persembah) mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulang hasil daripada rangsangan yang diberikan.Rangsangan yang diberikan biasanya merupakan sesuatu yang menyakitkan.Contohnya, kena rotan, kena tampar, kena sebat dan sebagainya.Hukuman tarik (singkir) mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik.Rangsangan yang ditarik balik kesan daripada tingkah laku biasanya sesuatu yang digemari.Contohnya, peluang keluar malam, menonton rancangan kegemaran dan sebagainya dalam tempoh tertentu.

5.Namakan 2 jenis hukuman dalam teori pelaziman operan B.F.Skinner. i) Hukuman beri (persembah) ii)Hukuman tarik (singkir) 6.Nyatakan dua orang tokoh asas konstruktivisme. i)Jean Piaget ii)Lev Vygotsky

7.Nyatakan antara 3 prinsip dalam konstruktivisme sosial. i) Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar ii) Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan iii)Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain

8.Apakah 2 tahap perkembangan murid yang dikemukakan oleh Lev Vygostky. i) Perkembangan potensi murid melalui usaha diri sendiri ii) Had perkembangan potensi :murid tidak boleh belajar walaupun dibantu orang lain

9.Apakah dua proses yang dikatakan oleh Jean Piaget tentang untuk membuat adaptasi dengan persekitaran kita.

i) Proses asimilasi- serap masuk maklumat serupa skema ii)Proses akomodasi- ubah suai skema sebelum maklumat baharu dapat diserap 10.Nyatakan peringkat-peringkat perkembangan kognitif. Peringkat Sensorimotor (bayi 0 2 tahun) Ketika peringkat ini, anak-anak mula mempelajari bahawa setiap tindakan yang dilakukan akan menghasilkan kesan. Hal ini dikenali sebagai kesan dan faktor (cause and effect). Sebagai contoh, mereka mempelajari bahawa pengoncangan loceng menggunakan tangan akan menghasilkan bunyi. Justeru, kita dapat memerhatikan sikap ingin mencuba terhasil dimana anak-anak akan bermain dengan setiap objek yang dilihat olehnya. Pada peringkat ini, tahap kognitif anak-anak belum lagi berkembang. Biasanya, anak-anak lebih menggunakan deria-deria mereka. Selain itu, anak-anak mempunyai tanggapan bahawa sesuatu objek yang hilang dari penglihatannya, hilang selama-lamanya. Mereka tidak tahu bahawa, objek-objek yang hilang dari penglihatan mereka masih berada di persekitaran. Walau bagaimanapun, anak-anak juga akan sedar fenomena ini ketika berumur satu tahun dan ke atas. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu. Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan

akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak kanaksudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teoram atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

You might also like