You are on page 1of 9

BAHAGIAN B

1. Pengalaman secara langsung boleh memberi makna sebenar kepada proses


semulajadi kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih memahami dan menguasai
pengetahuan dan kemahiran apabila mereka membuat, mengalami, atau melalui
sendiri apa yang hendak dipelajari.

a) Nyatakan 2 teknik pengajaran yang boleh dilaksanakan bagi


memberi pengalaman secara langsung kepada kanak-kanak.

1. Pembelajaran yang berasaskan aktiviti berpusatkan murid.

2. Pembelajaran melalui proses bermain.

b) Jelaskan 3 prinsip pembelajaran semulajadi kanak-kanak oleh John


Holt.

John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah menyeneraikan
prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semulajadi kanak-kanak:

1. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan


berkeupayaan belajar secara langsung tentang dunia sekelilingnya.

2. Kanak-kanak dengan sendirinya tahu cara hendak belajar sesuatu.

3. Kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.

4. Kanak-kanak tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesalahan.

2. a) Nyatakan 4 jenis permainan kategori sosial

Permainan sosial bermaksud kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan.


Permainan sosial bermula seawal kanak-kanak mula mengenali persekitaran dan
orang lain yang ada di sekelilingnya. Permainan sosial dapat diahagikan kepada
jenis-jenis berikut mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

1. Main Unoccupied (main perlakuan dengan tidak menentu)

2. Main Solitary (main sendirian)

3. Main Onlooker ( main pemerhatian)

4. Main Parallel (main selari)

1
5. Main Associative (main asosiatif)

6. Main Cooperative (main kooperatif)

b) Terangkan 3 jenis permainan yang boleh meransang pembelajaran


dalam kalangan kanak-kanak.

1. Main Berfungsi

Main berfungsi melibatkan aktiviti bermain yang berupa gerak balas aktiviti otot.
Kanak-kanak bermain alat seperti bola, kotak, kayu atau apa-apa sahaja alat
sebagai alat sendiri. Kanak-kanak membaling, melontar, menjatuhkan, mengetuk
dan sebagainya. Main berfungsi mempunyai ciri-ciri pengulangan, manipulasi
dan peniruan.

2. Main Konstruktif

Main konstruktif melibatkan bermain untuk membina pengetahuan dan


mengenali dunia. Kanak-kanak menggunakan pelbagai bahan untuk
menghasilkan ciptaan mengikut daya kreaiviti. Contohnya, kanak-kanak
membina menara atau rumah daripada bongkah, kereta daripada kotak, istana
daripada pasir dan benda kreatif lain.

3. Main Simbolik

Main simbolik memberikan peluang kepada kanak-kanak mempamerkan


kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial. Kanak-kanak menggunakan
imaginasi dan main peranan dalam jenis permainan ini. Kanak-kanak
menggunakan objek lain sebagai mewakili objek sebenar. Contohnya, kotak
dilambangkan sebagai kereta, daun dilambangkan sebagai pinggan, tempurung
sebagai periuk dan sebagainya. Main simbolik ini termasuk sosiodrama yang
melibatkan situasi-situasi tertentu seperti peranan orang dewasa dan
persekitaran yang pernah dilalui atau diperhati oleh kanak-kanak.

4. Main Berperaturan

Main berperaturan merupakan permainan formal yang melibatkan peraturan


yang ditetapkan. Tingkah laku semasa bermain adalah mengikut batas dan
peraturan permainan tersebut. Sekiranya belum ada peraturan, kanak-kanak
membina peraturan permainan sendiri secara bersama. Permainan berperaturan
ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, penyelesaian

2
masalah, mencari alternative, membuat andaian dan merancang strategi di
samping kemahiran sosial dan kawalan emosi. Contoh permainan berperaturan
ialah, dam ular, domino, sahibba dan monopoli.

3. a) Berikan 3 faktor model pembelajaran Dunn (1978) dan berikan


contoh setiap satunya.

1. Rangsangan Persekitaran

Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu


dan reka bentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu
memerlukan persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga
memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh
itu, mereka akan memasang radio atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya
ketika larut malam) kerana bunyi dari radio atau televisyen akan dapat
mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat memberi lebih kosentrasi terhadap
pelajaran mereka. Beliau juga mendapati individu mempunyai tindak balas yang
berbeza terhadap suhu persekitaran . Proses pembelajaran adalah lebih
berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin.
Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan
cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan produktiviti seseorang. Pelajar
yang gemar belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas
untuk aktiviti pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan kerusi.

2. Rangsangan Emosional

Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi,


kecekalan, tanggungjawab dan struktur. Motivasi merupakan daya penggerak
utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh
untuk bertindak pada masa tertentu Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi
seseorang individu dapat membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang
panjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka
memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang berbeza. Pelajar yang
mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajarannya akan sentiasa
melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri. Arahan yang jelas dan

3
berstruktur mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, namun
begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas.

3. Rangsangan Sosiologi

Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri,


berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Dunn
dan Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan secara terus oleh guru kepada pelajar.Terdapat individu yang lebih
suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar.
Individu yang belajar secara berpasangan adalah individu yang lebih suka belajar
dengan kehadiran individu rapat bersamanya. Pembelajaran dalam bentuk
kumpulan yang pada kebiasaannya melibatkan lebih daripada dua orang rakan
sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian
idea-idea tentang cara pembelajaran yang berkesan. Orang dewasa menjadi
tempat untuk mereka menyoal atau mengemukakan soalan apabila menghadapi
sesuatu masalah pembelajaran. Bagi pelajar yang kurang selesa belajar dengan
pelajar yang sebaya dengannya, mereka lebih selesa belajar bersama guru atau
orang dewasa.

4. Rangsangan Fizikal

Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan,


minuman, waktu belajar dan pergerakan. Model Dunn dan Dunn mendedahkan
keperluan variasi cara belajar. Model beliau menekankan pembelajaran
menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditif,
taktual dan kinestetik.Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya
mereka makan dan minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar
dapat dikurangkan melalui makan dan minum.

b) Jelaskan 2 implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan


pembelajaran.

Setelah mempelajari topik perbezaan individu ini, guru seharusnya mengetahui


secara mendalam tentang teori ini dan dengan itu, guru akan dapat
merancangkan satu sistem pengurusan bilik darjah yang efektif. Untuk
menangani masalah perbezaan murid-murid, guru perlu menjalankan kaedah
kumpulan atau pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan
kesan murid-murid yang berbeza. Selain itu, guru perlu mengumpulkan murid-

4
murid yang mempunyai kebolehan yang sama dalam kumpulan yang sama
supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Untuk
murid yang sangat lemah pula, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran
individu supaya dapat mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang
dihadapi.

Di samping itu, guru boleh mengembangkan urutan arahan yang mengambil kira
urutan sebagai sebahagian proses arahan. Ini ialah pendekatan yang pernah
digunakan oleh Bernice McCarthy, pemaju sistem 4Mat. Guru juga boleh
menggunakan pendekatan menyediakan kumpulan, sama ada antara kelas atau
dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti
berhubung dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan atau beberapa ciri
lain. Contoh pendekatan arahan ialah kumpulan bilik darjah, pembelajaran
koperatif dan arahan yang memberikan ciri khusus kepada sesuatu. Akhir sekali,
guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku. Ini ialah
pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran masteri.

4. a) Teori kognitif menyatakan bahawa guru memainkan peranan penting dalam


memotivasikan pelajar dalam persekitaran pembelajaran. Nyatakan 3 peranan
guru untuk meningkatkan motivasi pelajar.

1. Guru perlu membantu pelajar memastikan mereka percaya bahawa mereka


adalah kompeten. Kegagalan sekali-sekala disebabkan nasib atau usaha yang
tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan.

2. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan


melipatgandakan usaha mereka.

3. Pastikan pelajar berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya.

4. Guru membantu pelajar memahami bahawa tingkah laku mereka akan


membawa mereka kepada tahap kejayaan atau kegagalan.

5. Meransang konsep kendiri pelajar dan sentiasa berfokus kepada usaha


sebagai faktor ke arah kejayaan.

b) Berikan 2 program motivasi yang sesuai untuk dilaksanakan di


sekolah.

5
1. Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang
pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Dengan
itu, teknik motivasi intrinsik berkait rapat dengan sifat semula jadi seseorang
dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran.

2. Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ini direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca
motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk, 2006). Seseorang mungkin tidak
menggemari aktiviti itu, tetapi lebih menggemari tentang keuntungan yang
diperolehi daripadanya. Ganjaran nyata seperti pujian, hadiah, wang, sijil,
markah dan gred akan diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi
baik atau melakukan sesuatu tugasan yang diamanahkan.

BAHAGIAN C

1. Topik pembelajaran hari ini ialah graviti. Cikgu Aini telah menyediakan
persekitaran pembelajaran inkuiri penemuan dengan pelbagai bahan bantu
belajar dan artikel Newton. Dalam situasi di atas, sebahagian guru akan
merasakan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme akan
mengurangkan terus peranan mereka sebagai penyampai ilmu.
Bincangkan.

Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa


membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan sedia ada
kepada pengetahuan/pengalaman baru.

- Pelajar sebagai pembina pengetahuan dan bukannya penerima pengetahuan

- Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara


mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-
masing.

6
- Mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberi kepada bagaimana
struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan

Jean Piaget Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif

- keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat

Asimilasi

Akomodasi

2. Cikgu Ahmad sedang mengajar karangan tentang kemalangan jalan raya.


Beliau telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan untuk mencari
isi-isi penting. Setiap kumpulan diminta membentangkan isi-isi penting kepada
semua pelajar untuk dibincangkan. Bincangkan kekuatan model
pembelajaran yang digunakan dalam proses P&P dalam petikan di atas
serta apakah prinsip yang boleh diikuti untuk membantu guru
menjayakan model pengajaran tersebut? Berikan pendapat anda.

Model Pembelajaran Kooperatif (Slavin, 2005)

- Arends (2001) pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian, kemahiran


sosial

- dicirikan dengan tugasan koperatif, matlamat dan struktur ganjaran.

- pembelajaran aktif yang berupaya mengubah situasi pembelajaran yang pasif


kepada dinamis serta berpusatkan pelajar

- pelajar-pelajar dikehendaki bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan


bersama demi mencapai matlamat yang sama

- saling membantu- pelajar lemah dibantu oleh pelajar pandai, pelajar pandai
akan menjadi tutor yang menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih
dalam tentang topik tersebut

Prinsip-prinsip

1. Kebergantungan positif

- kejayaan individu dikaitkan dengan kejayaan ahli lain.

7
- semua ahli dalam kumpulan bekerjasama dan saling bergantung untuk
mendapatkan markah/gred yang sama

- sistem ganjaran ikut kumpulan, gred pasukan adalah purata gred individu
dalam kumpulan tersebut

2. Akauntabiliti

- akauntabiliti terhadap sistem ganjaran- jika seseorang individu mengambil ujian


secara individu maka gred secara pasukan diberikan, semua ahli akan merasa
akan akauntabilitinya terhadap ganjaran tersebut

- akauntabiliti terhadap tugasan-setiap individu dalam kunpulan ada bahagian


tugasan masing-masing

- setiap pelajar bertanggungjawab terhadap bahagian tugasan yang diberikan


dari segi pembelajaran, persembahan atau hasil tugasan

- semua ahli dimaklumkan tentang tugasan masing-masing

3. Penglibatan seimbang

- konsep asas dalam pembelajaran koperatif

- penglibatan semua pelajar adalah bahagian terpenting

- pengagihan masa dan tugasan

4. Interaksi bersemuka

- interaksi serentak adalah prinsip terpenting dalam pembelajaran koperatif

- penglibatan aktif diperlukan

- semua pelajar berpeluang berbincang

Strategi: Berpusatkan murid

Teknik: Perbincangan, Sumbangsaran

3. Teori pembelajaran Behaviorisme Skinner menggunakan tikus. Thorndike


menggunakan kucing sebagai ujikaji. Keduanya ada persamaan. Bincangkan
persamaan prisip-prinsip pembelajaran yang diutarakan oleh kedua

8
tokoh ini dan huraikan bagaimana prinsip-prinsip pembelajaran
Behaviorisme dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.

You might also like