You are on page 1of 15

CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF

Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri yang dipunyai oleh seorang guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar seperti di bawah:
Peribadi

Ciri-ciri Guru Yang Efektif Intelektual Berunsurkan pengajaran

Peribadi: Termasuk ciri-ciri seperti berdedikasi terhadap pengajaran; memudahcarakan pembelajaran dan pertumbuhan murid-murid; dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat

Berunsurkan Pengajaran. Merangkumi ciri-ciri berikut: keupayaan mengurus bilik darjah, tingkah laku dan masa; bersemangat untuk mengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar.

Intelektual: Meliputi ciri-ciri seperti gemar membaca,menelaah,meneroka sesuatu,serasi dengan norma masyarakat,budaya dan sub-budaya,dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi.

Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang berkesan seperti gambarajah di bawah. Ketiga-tiga ciri ini saling bergantung.

Positif

Pencegahan

Proaktif

Positif: Guru mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan belajar,maka guru tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar mereka. Proaktif: Seorang guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar tetapi dia perlu mempertimbangkan beberapa isu seperti:Adakah murid-murid saya pelajar yang pintar,sederhana,lemah ataupun ketiga-tiganya. Guru proaktif akan menyediakan pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah. Pencegahan: Guru akan berusaha sedaya upaya untuk mencegah agar tidak timbul tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah. Sekiranya pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah mempunyai satu set peraturan,ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah.

Ciri-Ciri Guru Efektif

Kualiti Peribadi

Komitmen Tanggungjawab Integriti

Penghayatan & amalan nilai

Ciri-Ciri Guru Yang Efektif

Kompetensi Pengajaran & Pembelajaran

Kemahiran teknologi Nilai- nilai murni dalam perkhidmatan awam Tonggak Dua Belas

Kandungan mata pelajaran Strategi pengajaran Kemahiran penentuan matlamat & perancangan pengajaran Kemahiran pengurusan bilik darjah Kemahiran motivasi Kemahiran komunikasi

Kualiti Peribadi
Guru yang bersemangat dan proaktif mampu memotivasikan muridnya. Guru yang efektif sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan muridnya. Mesra, peramah, penyayang, tenang, tabah, analitikal, kreatif, empati, simpati, adil, proaktif, yakin, sistematik, fleksibel, spontan dan bersemangat.

CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF

CIRI-CIRI GURU YANG KURANG EFEKTIF

Mesra, peramah, penyayang


Tenang Tabah dan tidak mudah putus asa Analitikal Kreatif Inspirasi, motivasi Empati, simpati Spontan Fleksibel Yakin Sistematik Adil

Cepat marah
Tidak yakin Pesimis Autokratik Tiada daya usaha Tegar Putus asa

Proaktif Bersemangat

Kompentensi Pengajaran dan Pembelajaran


Merangkumi kemahiran guru mendidik murid-murid. Jenis pengetahuan yang perlu ada pada guru ialah pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas dan pengetahuan tentang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kemahiran pengurusan bilik darjah- Kemahiran menerangkan, mengurus masa, ilustrasi dan contoh, penggunaan pelbagai kaedah dan teknik, penyoalan, penilaian.

Menurut Kounin(1970) telah mengenal pasti beberapa kemahiran yang guru perlu ada
untuk pengurusan bilik darjah dengan berkesan: Guru mengamalkan sikap peka tentang semua tingkah laku murid di dalam kelas. - Misalnya, semasa menerangkan atau menulis sesuatu pada papan putih, guru akan

sentiasa memerhati murid dan tidak membelakangkan mereka.


Guru perlu mempunyai kemahiran melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama. - Misalnya, jika ada murid bercakap semasa guru menerangkan sesuatu, guru boleh menghampiri dan berdiri di tepi meja murid tersebut dan meneruskan penerangan tanpa mengganggu proses pembelajaran. Kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar dan transisi dari satu aktiviti ke aktiviti

yang lain berlangsung tanpa gangguan. Guru dapat menggerakkan proses p&p pada
kadar berterusan dan mantap. - Misalnya, jika ada salah laku kecil semasa guru sedang mengajar, guru boleh berhenti sejenak, menegur dan kemudian meneruskan pengajaran

Penghayatan dan Amalan Nilai


Tangguangjawab terhadap murid

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

PRINSIP KOD ETIKA PERGURUAN

Tanggungjawab terhadap ibubapa

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Tonggak Dua Belas

Menghargai masa

Ketekunan membawa kejayaaan


Kekuatan sifat baik hati

Keseronokan bekerja

Kemuliaan kesederhanaan Kewajipan menjalankan tugas Nikmat mencipta

Ketinggian peribadi

Pengaruh teladan

Kebijaksanaan berkhidmat

Keutamaan kesabaran

Peningkatan bakat

Ikhlas dalam Mengembang Tugas sebagai Pengajar

Menjadi Teladan yang Baik bagi Anak Didiknya

Ciri-ciri Guru Efektif dari Pandangan Para ahli dan cendikiawan Islam

Memegang Amanat dalam Menyampaikan Ilmu

Memiliki Kompetensi dalam Ilmunya

GURU YANG EFEKTIF MENURUT IMAM GHAZALI


Al-Ghazali telah memberikan lapan ciri-ciri guru yang efektif, merangkumi aspek kualiti dan tugas seorang guru yang cemerlang: 1. Mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri. 2. Mengikuti tingkah laku dan sunnah Nabi Muhammad dan tidak meminta imbuhan atas perkhidmatan yang diberinya. 3. Tidak menasihati atau membenarkan muridnya melaksanakan sesuatu tugas kecuali dia (guru) benar-benar terlatih dan berpengatahuan tentang perkara tersebut. 4. Menasihati murid-muridnya supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut, bukannya dengan memarahi mereka. 5. Tidak sekali-kali merendah-rendahkan disiplin ilmu yang lain dihadapan murid-muridnya. 6. Hadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pemahaman murid dan tidak sekali-kali memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan. 7. Menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid khususnya murid yang kurang pintar.

Rumusan
Secara keseluruhannya, semua orang boleh menjadi guru tetapi tidak semua orang boleh menjadi guru yang efektif. Oleh sebab itu, profesion perguruan ialah suatu pekerjaan yang penting dan diperlukan oleh masyarakat. Guru-guru memerlukan pendidikan tinggi dan latihan khas sebelum ditempatkan disekolah-sekolah. Profesion keguruan bukan hanya sekadar satu tugas bahkan profesion ini memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik dan memimpin kanak-kanak untuk mencapai kemajuan yang sepenuhnya dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran masa hadapan.

Rujukan
Choong Lean Keow, PhD. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Oxfor Fajar Sdn Bhd. Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Ee Ah Meng. (2003). Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Ciri-ciri Guru Yang Efektif. Dimuat turun pada 12 Januari 2012 daripada: http://www.scribd.com/doc/47387245/Ciri-ciri-guru-yang-efektif Ciri-ciri Guru Yang Efektif. Dimuat turun pada 12 Januari 2012 daripada: http://id.shvoong.com/social-sciences/education/2133151-ciri-ciri-guruyang-efektif/

You might also like