You are on page 1of 6

EDUP 3063 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

2.1 Untuk membina ujian yang baik seorang guru perlu mengambil kira ciri-ciri
ujian seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan
kemudahtaksiran. Jelaskan ciri-ciri ujian tersebut.

Ciri-ciri ujian adalah seperti berikut kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,


kemudah tadbiran dan kemudahan tafsiran.

Kesahan merupakan aspek terpenting dlm ujian. Ia adalah untuk menentukan


pencapaian tujuan ujian. “Adakah ujian itu mengukur apa yg sepatutnya diukur?.
Kesahan ujian ikut tahap (tinggi, sederhana, rendah). Sebagai contohnya, bagi
keputusan ujian matematik. Kesahan Tinggi adalah untuk kemahiran kompentensi,
Kesahan Sederhana untuk mengambarkan kemahiran penaakulan aritematik dan
Kesahan Rendah untuk mengenal kejayaan dalam lapangan muzik dan seni. Soalan
yang dibina mesti menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus. Sebagai contoh,
guru beri satu ujian kepada murid untuk tentukan tahap kefahaman membaca
berasaskan rencana, ujian tersebut mestilah mengukur kefahaman membaca.

Kesahan ujian bermakna kita memastikan bahawa sesuatu ujian itu benar-
benar menguji perkara-perkara yang harus diuji iaitu mencapai tujuannya. Bagi
sesuatu ujian, ada tiga jenis kesahan yang harus diawasi iaitu kesahan kandungan,
kesahan gagasan dan kesahan berkaitan dengan kriteria.

Kesahan kandungan merujuk sejauh mana ujian tersebut merangkumi domain


kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian perlu merupakan sampel
‘representative’ kandungan bidang yang hendak diukur. Untuk menentukan ujian yang
digunakan meliputi kandungan bidang yang uji, guru perlu menakrif kurikulum dan isi
mata pelajaran yang diajar.

Kesahan gagasan. Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada


fikiran seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Oleh kerana gagasan tidak dapat
dilihat, pengukuran tidak dapat dilakukan secara langsung. Terdapat ciri atau kesan
yang dapat dicerap daripada sesuatu gagasan. Misalnya, gagasan penguasaan
pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Guru boleh mencerap kesan gagasan
penguasaan murid.
Kesahan berkaitan dengan kriteria. Sesuatu ujian yang baik juga mempunyai
kesahan berhubung dengan kriteria. Ini bermakna bahawa pencapaian pelajar di
dalam ujian tersebut dapat dihubungkan dengan sesuatu kriteria tertentu, seperti
peperiksaan luar atau kejayaan pada masa depan. Misalnya ujian lisan di sekolah
mempunyai kesahan berhubung dengan kriteria tinggi yang dapat dikaitkan dengan
peperiksaan SPM. Pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi di dalam ujian
ramalan, dapat diduga akan mencapai markat yang tinggi juga di dalam peperiksaan
SPM nanti.

Kebolehpercayaan. Ketekalan sesuatu pengukuran (setakat mana sesuatu


skor itu sama antara satu ujian dgn ujian yg lain) atau pencapaian yg ada ketekalan /
ketepatan dlm skor-skor ujian. Rujuk kepada keputusan (skor) ujian tidak kepada alat
pengukuran. Alat pengukuran sama tidak semestinya dapat keputusan yang sama,
walaupun pada murid dan aspek yang diukur adalah sama. Sebagai contohnya, calon
mendapat skor tinggi dalam satu ujian, akan dapat skor yang hampir sama jika ujian
itu diulang. Merujuk kpd ketekalan ujian. Hari pertama, dapat markah 70%. Hari kedua,
dapat markah hampir sama dan hari ke 5 mendapat markah hampir sama.

Cara tingkatkan kebolehpercayaan:

 Sediakan lebih banyak soalan atau beri ujian yang lebih panjang.
 Beri soalan atau arahan yang jelas
 Sediakan skema pemarkahan untuk semua pemeriksa
 Pastikan calon tidak terlalu banyak pilihan soalan untuk dijawab
 Buangkan item yang tidak jelas
 Gunakan cara pentadbiran yang sama dan suasana pentadbiran yang tiada
gangguan.
 Gunakan item yang boleh diperiksa dan diberi markah yang paling objektif

Kebolehpercayaan merujuk kepada keselarasan sekumpulan skor ujian mengukur.


Jadi, kebolehpercayaan itu ialah ketetapan atau konsistensi ujian tersebut. Ujian yang
tinggi kebolehpercayaannya ialah ujian yang menghasilkan skor-skor ujian yang
hampir sama bagi sekumpulan pelajar di dalam keadaan yang berbeza. Tidak
semestinya satu-satu bahan ujian yang menghasilkan keputusan analisis
kebolehpercayaan yang tinggi itu, sah terutamanya jika bahan itu menguji aspek-
aspek yang tidak relevan dengan objektif pengajaran, kerana, analisis statistik
kebolehpercayaan tidak dapat menguji kesahan isi. Sebaliknya jika sesuatu ujian itu
terdiri daripada butiran yang dianggap tepat dan penting, maka, bahan ujian itu akan
menjadi sah, dan boleh dipercayai.

Sekurang-kurangnya ada tiga faktor besar yang dapat mempengaruhi


kebolehpercayaan satu-satu hasilan bahan ujian. Yang pertama, kesesuaian dan
ketepatan tugas-tugas yang diberi. Sesuatu soalan ujian yang senang, susah atau
yang boleh dibuat berbagai tafsiran, tidak mungkin boleh menghasilkan markah-
markah yang tinggi kebolehpercayaannya. Misalnya bahagian karangan di dalam
peperiksaan SPM, seperti ‘ Pilih satu tajuk di bawah dan kemudian buatkan satu
karangan yang panjangnya kira-kira 350 hingga 450 patah perkataan ’.

1. Filem tempatan lebih baik daripada filem asing. Bincangkan.

2. Budaya asing

3. Pengaruh muzik barat

Tajuk-tajuk ini kurang jelas maknanya. Skop penulisannya luas dan akan
menimbulkan berbagai tafsiran. Akibatnya kelemahan ini akan mengurangkan
kebolehpercayaan hasil ujian tersebut. Keadaan ini bukan saja memerlukan pelajar
menghadapi tugas-tugas yang kabur, malah mereka perlu menggunakan daya
pemikiran yang lebih daripada kebolehan bahasa. Pemeriksa pula terpaksa membuat
tafsiran tentang jawapan yang diterimanya mengikut pendapat dan kemampuannya
yang tersendiri.

Faktor yang kedua ialah keobjektifan pemeriksa yang memeriksa ujian. Faktor
ini berhubung rapat dengan faktor yang pertama tadi. Jika pemeriksa memberi markah
mengikut perasaannya dan bukan mengikut suatu norma baku yang sudah tetap untuk
keseluruhan pemeriksaan, maka markah tersebut akan kurang kebolehpercayaannya.
Perkara ini mungkin timbul di dalam contoh soalan di atas.

Keobjektifan. Tujuan mengadakan ujian adalah untuk mengurangkan


pertimbangan subjektif mengenai pencapaian pelajar. Misalnya, guru ingin
memastikan bahawa pencapaian pelajar di dalam ujian bahasa Malaysia itu benar-
benar mencerminkan kebolehannya, iaitu melalui satu penentuan yang objektif. Guru
tidak seharusnya dipengaruhi oleh sifat peribadi pelajar atau perkara-perkara luar
daripada ujian. Hanya ujian objektif yang memerlukan jawapan betul-salah di dalam
jawapannya aneka pilihan saja yang mempunyai objektif yang tepat. Bagi ujian
subjektif, guru harus menyediakan satu jawapan sebagai rangka untuk menetapkan
skema pemarkahan supaya keobjektifan ujian tercapai seperti;

 Libatkan kandungan dan format yang seakan sama


 Ketepatan pemeriksa memeriksa jawapan calon.
 Tadbir dan beri markah sama oleh semua pemeriksa.
 Walaupun arahan, tugasan, had masa, keadaan yang sama tapi markah
berbeza.
 Kepiawaian kurangkan kesilapan dalam keputusan ujian (pentadbiran ujian dan
pemarkahan subjektif)
 Ketepatan pemeriksa memeriksa jawapan
 Keobjektifan tinggi bila 2 pemeriksa beri markah yang sama pada skrip jawapan
yang sama mengikut skema

Kemudahtadbiran. Sesuatu ujian itu harus boleh dilaksanakan di dalam tempoh


masa yang tertentu atau mempunyai ciri kebolehtadbiran. Misalnya, ujian subjektif
harus jangan mengandungi jawapan yang terlalu panjang supaya pelajar dapat
menyudahkannya di dalam masa yang ditetapkan. Begitu juga dengan ujian objektif
kerana jika pelajar tidak dapat menjawab semua soalan, maka objektif dan isi
kandungan tertentu dari ujian tersebut terpaksa ditinggalkan. Dengan itu hasil markah
tidak dapat mencerminkan kebolehannya yang sebenar.

 Setakat mana alat pengukuran dan prosedurnya digunakan


 Dari penyediaan soalan hingga memberi markah
 Kelicinan perlaksanaan ujian dan tidak menyukarkan calon.
 Aspek kemudahtadbiran : penyediaan dewan peperiksaan, pengedaran kertas
soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip jawapan serta
pemarkahan.

Ciri-ciri kemudahtadbiran :
 Berapa lamakah masa yang digunakan untuk membina sesuatu alat
pengukuran?
 Adakah ujian itu mudah untuk ditadbirkan kepada satu kumpulan murid yang
ramai
 Adakah ia melibatkan bahan-bahan yg mahal?
 Berapa banyakkah masa mengajar yang terpaksa digunakan untuk
peperiksaan.
 Adakah prestasi murid boleh dinilai dengan cepat dan mudah.

Cara tingkatkan kemudahtadbiran


 Sedia bilangan item soalan sesuai dengan masa
 Susun meja / kerusi mengikut peraturan,
 Pengedaran / pengutipan kertas jawapan dilakukan dengan sistematik
 Beri arahan perjalanan ujian dengan jelas.

Kemudahtafsiran. Tafsiran markah dari ujian adalah berdasarkan kepada


perkara-perkara yang diuji tersebut. Jika kesahan isi kandungan yang menjadi
persoalan utama, maka guru harus merujuk kembali kepada bidang-bidang pelajaran
dan butiran ujian tersebut, iaitu membuat analisis butiran. Tafsiran markah harus
mudah digunakan oleh pelajar, ibu bapa dan guru untuk tujuan tertentu. Setakat mana
hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan jelas mengikut objektif penilaian. Skor
ujian harus mudah dikumpul / ditafsir dan beri gambaran berikut :

 Pencapaian seseorg pelajar dalam kelas


 Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
 Pencapaian objektif P&P
 Kesesuaian strategi pengajaran
 Perbandingan antara keputusan ujian-ujian yang berlainan.
 Kesesuaian ABM yang digunakan
 Kesesuaian aras kesukaran item utk menguji isi pelajaran.

Markah harus boleh ditukar dalam bentuk :

 Min
 Sisihan piawai
 Skor piawai z
 t- test
Ujian yang ada ciri ini mempunyai kemudahtafsiran yang tinggi.

Rujukan:
http://pengujiandanpenilaian.blogspot.my/

You might also like