You are on page 1of 15

1.

KONSEP PENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN

Istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kerapkali digunakan dalam penulisan


ilmiah dan merupakan konsep-konsep penting dalam bidang pendidikan. Bahagian
berikut menjelaskan konsep-konsep ini dengan lebih terperinci

Rajah 1 : Konsep pengujian, pengukuran dan penilaian

Pengujian
Dalam konteks pendidikan, pengujian dijalankan untuk mengukur prestasi pelajar
dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Menurut Bashah (2006) pengujian
digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian (maklumat) sistematik dimana
tugasan itu diandaikan representatif (mewakili) bagi trait pendidikan atau atribut yang
hendak ditentukan.

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan


supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran di sekolah (Mohd. Tajudin, 2002). Objektif utama pengujian adalah untuk
mengukur 'penguasaan' pelajar dalam sesuatu kursus atau kemahiran. Menurut
Mokhtar Ismail (1995) ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan
untuk memperolehi pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang
berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi. Perkara ini penting dalam
memperlihatkan kejayaan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara
untuk memastikan hal ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang
berkualiti.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkahlaku pelajar seperti yang


dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) yang menegaskan bahawa
ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan.

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran
yang disebut sebagai markah atau skor akan diberikan kepada individu berkenaan
(Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Pemarkahan atau
penskoran dalam pengujian melibatkan penentuan peruntukan markah atau skor
diberi pada satu-satu item ujian. Ini menggambarkan pengujian dapat menjelaskan
keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji melalui markah/skor yang
diperolehi mereka. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat
persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan
pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian, seseorang guru dapat
mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana
kemahiran yang telah dipelajari (Liew Cheong Chaing, 1999).

Pengukuran
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian.
Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan
secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid
mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen (Nitko, 2004).
Manakala menurut Bhasah (2006), pengukuran dalam erti kata lain ialah langkah
menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
Menurut Mokhtar Ismail (1995) pula, pengukuran dalam pendidikan sebenarnya
adalah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang memiliki sifat
tertentu.

Pengukuran adalah satu proses berterusan yang memastikan sesuatu perkara itu
berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Ia memerlukan pengetahuan dan
kemahiran dalam menjalankan pengukuran, demi mendapatkan keputusan yang
baik, cekap dan cemerlang. Pengukuran menggunakan maklumat kuantitatif yang
merujuk kepada penggunaan skala kadar (rating scale) yang telah didefinisikan
dalam bentuk angka dan digunakan secara holistik atau analitik (Bhasah, 2006).

Pengukuran merupakan umpukan atau pemberian angka-angka atau nombor


kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang ditetapkan.
Pengukuran boleh berbentuk ujian, skala kadar (rating scale) atau senarai semak.
Contohnya, skor (markah) 79 daripada 100 markah bagi satu ujian ialah satu
pengukuran (Bhasah, 2003). Pengukuran yang tidak melibatkan sebarang tugasan,
tidak boleh dikategorikan sebagai ujian. Contohnya rekod pelajar yang disimpan oleh
pihak sekolah, ia hanya merupakan penyimpanan maklumat pelajar.

Penilaian
Dari sudut pengajaran, penilaian boleh menentukan status sesuatu objek yang dinilai
itu dengan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria
untuk membuat keputusan. Penilaian merupakan pertimbangan atau pembuatan
keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Di samping itu,
penilaian yang berkesan adalah penilaian yang sistematik dalam pengumpulan dan
analisis data. Selain itu, penilaian dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu
telah tercapai yang boleh membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan
dibuat.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar


seperti Nitko (2004), Popham (1990) dan Kubiszyn dan Borich (2003), pada asasnya
penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif
pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh
didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan
sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal
dicapai (Gay & Airasian, 2003).

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti
terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan
pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya
diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan
alat ukur yang dinamakan ujian (Liew Cheong Chaing, 1999). Namun,
perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai
pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di sekolah
teknik adalah penilaian terhadap projek, portfolio, ujian bulanan, peperiksaan, lisan
pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih,
tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan
pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Sebagai kesimpulannya , pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan


penting dalam pendidikan. Ketiga-tiga aspek tersebut dilakukan dalam semua aspek
pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah dan bengkel sekolah, ketiga-tiga aspek dilakukan sekali
lagi bagi mengetahui sama ada guru 'mengajar' dan pelajar 'belajar'.
Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pengukuran

Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan


tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan
dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai


konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan
dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang
demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

Perbandingan Pengujian Penilaian Pengukuran

Definisi Satu alat yang Sebuah proses proses mendapatkan


sistematik untuk menentukan penjelasan secara
menilai dan perubahan tingkah numerik atau melalui
mengukur laku dan membuat angka tentang
perubahan dalam pertimbangan nilai. sebanyak mana
sesuatu aspek individu atau murid
tingkah laku. mempunyai sesuatu
ciri yang diukur
dengan menggunakan
instrument
Tujuan Untuk menentukan Memberi maklumat Memastikan sesuatu
pencapaian tentang pencapaian perkara itu berjalan
terhadap sesuatu objektif lancar seperti yang
pembelajaran pembelajaran. dirancangkan.
Kaedah mengajar
dan kurikulum.
Bentuk Pemerhatian, Ujia Jadual dan Gred Pengukuran
n lisan dan Ujian berdasarkan teknik menggunakan
bertulis perangkaan maklumat kuantitatif
yang merujuk kepada
penggunaan skala
kadar (rating
scale) yang telah
didefinisikan dalam
bentuk angka dan
digunakan secara
holistik atau analitik
Proses Menyediakan set Menentukan kaedah menggunakan
perlaksanaan ujian berdasarkan pengukuran yang maklumat kuantitatif
cara ujian yang ingin dijalankan dan iaitu penggunaan
ingin dijalankan melakukan proses skala kadar (rating
Melakukan pengukuran dan scale) yang telah
pentadbiran penganalisaan didefinisikan dalam
semasa semasa pengukuran bentuk angka dan
menjalankan ujian dilakukan. digunakan secara
dan Kemudian proses holistik atau analitik
seterusnya menjal interpretasi
ankan pemeriksaa dijalankan sebelim
n terhadap set melapor dapatan
ujian yang telah kajian dan tindakan.
dijalankan.

Masa Selepas sesi Boleh dijalankan Dijalankan selepas


pembelajaran sebelum, semasa pengujian
atau selepas sesi
pembelajaran
Liputan Terhad kepada Menyeluruh Bergantung pada
sesuatu terhadap sesuatu jenis pengujian atau
kemahiran atau pembelajaran penilaian yang ingin
pembelajaran yang sehingga kepada dibuat
telah disampaikan keseluruhan
sesebuah kurikulum
Keputusan Menunjukkan Menunjukkan Umpukan atau
prestasi sesuatu pencapaian pemberian angka-
kemahiran atau keseluruhan angka atau nombor
penguasaan seseorang individu kepada sesuatu objek
pembelajaran yang namun tidak hanya atau perkara mengikut
spesifik menggambarkan satu set peraturan
kebaikan individu yang ditetapkan
tersebut.

1. TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis
Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu
model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia
berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti
pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan
iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana
menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan
berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai
pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya
adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai
elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom
pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu
elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.


Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen-
elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran
aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji
kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah
hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S
Bloom.
Rajah 2 : Aras Taksonomi Bloom

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah.
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta
atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras
pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan
istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu
dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang
perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti
siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah
murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah
dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang
telah diajar oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada
tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah
bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud
tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat
inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat
yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat
interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat
dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah
seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan
kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi
mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan
susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan
pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar
mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang
pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid
juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah
analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga
adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu
organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis
tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut
menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan
khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara
komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid
untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras
sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi
dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada
orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik
untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu
rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu
hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set
hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu
fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data
atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu
membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,
sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu
seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras
penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,
idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh
mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam
penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman
iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-
lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam
sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan
pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada
beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai
teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,


Pengetahuan
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran. Contohnya Bacakan, Catatkan,
Daftarkan, Kenal pasti, Labelkan, Namakan, Nyatakan,
Padankan,Pasangkan, Perihalkan, Pilihkan, Sebutkan,
Senaraikan, Tandakan

Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada


bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam
ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep dan menterjemah draf. Contohnya Anggarkan,
Bandingkan, Bezakan, Hitungkan, Huraikan, Jelaskan,
Kategorikan, Kemukakan, Parafrasa, Perluaskan,
Ramalkan, Rangkumkan, Simpulkan, Terangkan,
Terjemahkan
Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip,
kaedah, hukum, teori dan formula. Contohnya Binakan,
Carikan, Gambarkan, Gunakan, Kaitkan, Kemukakan,
Kirakan, Laksanakan, Organisasi, Ramalkan,
Selesaikan, Simulasikan, Suaikan, Tentukan, Terapkan,
Tunjukkan
Analisis Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang
kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan
kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur
organisasi. Contohnya Bandingkan, Beri sebab,
Bezakan, Buat analisis, Inferensi, Buktikan, Cerakinkan,
Diagnosis, Diskriminasi, Ilustrasi, Kategorikan, Kesan,
Kritik, Modelkan, Perincikan
Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha
tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan
dan membuat klasifikasi. Contohnya Bentukkan,
Buktikan, Cadangkan, Ciptakan, Gabungkan, Gubal,
Jana, Perincikan, Perjelaskan, Putuskan, Rancangkan,
Rumuskan, Sediakan, Simpulkan, Tafsirkan
Penilaian Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional
berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan
mengkritik. Contohnya Bahaskan, Pertahankan ,
Bandingkan, Beri hujah, Justifikasi, Pendapat,
Bincangkan, Anggarkan, Menghakim, Meramal, Buat
Rumusan, Buat Verifikasi, Buktikan, Nilaikan

Refleksi Individu Juliana Idayu bt Ishak

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat
saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus bsgi subjek BMM 3103 Penilaian dan
Pengujian dalam Bahasa Melayu. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek, Encik Bahtiar bin Omar atas segala
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan yang turut membantu menyempurnakan tugasan ini.
Antara pengalaman baru yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah
saya dapat menimba pengalaman sebenar dengan bertemuramah dengan guru
sekolah yang terlibat secara langsung dalam menyediakan soalan ujian mahupun
peperiksaan di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi semasa
menjalani praktikum. Penilaian, pengujian pengukuran dan pentaksiran bukanlah
satu benda yang baru kami pelajari kerana kami ada mempelajarinya dalam subjek
Pendidikan Khas pada semester 3 dahulu, pembelajaran pada kali ini lebih
memperdalamkan lagi pengetahuan saya tentang konsep dan aplikasi penilaian,
pengujian, pengukuran mahupun pentaksiran dalam pendidikan. Antaranya ialah
saya mengetahui tentang langkah-langkah dalam membina soalan ujian antaranya
ialah guru perlu menyemak unit-unit yang telah diajar, menentukan objektif ujian
dan menyediakan rangka ujian, menulis soalan, mentadbir ujian, menganalisa
keputusan, menilai pengajaran dan menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan. Saya juga
diberi peluang melihat set-set soalan, Jadual Spesifikasi Ujian serta dokumen-
dokumen lain yang berkaitan

Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah soalan
tugasan yang diberikan lebih awal dan memudahkan saya mengumpulkan sumber.
Soalan tugasan ini juga diberikan semasa tempoh kami berpraktikal,Jadi saya
mendapat peluang untuk berjumpa dengan guru-guru di sekolah tersebut untuk
menemuramah mereka. Selain itu juga tajuk ini pernah saya pelajari semasa
semester lepas, maka saya dapat menggunakan bahan rujukan yang lepas untuk
menambahbaik lagi kerja pada kali ini.

Antara kelemahan yang saya dapati sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya
tidak sempat untuk pergi ke perpustakaan dan berjumpa dengan pensyarah
pembimbing bagi mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan
tugasan ini. Ini kerana saya berpraktikal di Kuala Ibai dan menyewa rumah di sana,
makanya saya jarang berpeluang ke IPG. Untuk menangani masalah ini, saya
membuat rujukan dengan guru-guru di sana sahaja.

Kesimpulannya, saya berharap agar tugasan kali ini dapat memenuhi kehendak
soalan dan memberikan pengetahuan berguna kepada saya mengenai pengujian,
penilaian, pengukuran dalam bidang pendidikan memandangkan isu penilaian dalam
pendidikan juga hangat diperdebatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini
seperti pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR, perubahan sistem penilaian
dalam pendidikan dan sebagainya. Pengetahuan ini dapat memeberikan
pengalaman awal kepada saya sebelum saya juga terlibat sebagai salah seorang
guru mahupun pegawai yang merancang dan melaksanakan pengujian, penilaian
dan pengukuran dalam bidang pendidikan suatu hari nanti.

You might also like