You are on page 1of 3

Ahli Kumpulan:

1. Intan Zulaikha binti Bonasir (057075)


2. Maznah binti Lazim (057094)
3. Nurul Ainina binti Mohd Anas (057092)
4. Mohamad Afiq Fahmi bin Ismail (057100)
5. Nik Abdul Aziz bin Nik Abdullah Zawawi (057084)

PEMBELAJARAN KOPERATIF

1) DEFINISI/KONSEP
• Suatu cara pendekatan atau serangkaian strategi yang khusus dirancang untuk memberi dorongan
kepada siswa agar bekerja sama selama proses pembelajaran (Sunal & Hans dalam Isjoni (2009).

• Suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di
dalam kumpulan kecil (Zakaria (1998).

• Lazimnya kumpulan pembelajaran koperatif terdiri daripada empat hingga enam orang ahli, dan
biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan & Sharan (1992).

2) KEPENTINGAN DAN KELEMAHAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

KEPENTINGAN KELEMAHAN
▪ Ganjaran diberi kepada individu dan ▪ Guru perlu menukar kaedah pengajaran
kumpulan dalam pelaksanaan daripada berpusatkan guru kepada
pembelajaran koperatif. berpusatkan pelajar.
▪ Individu dalam kumpulan dikehendaki ▪ Memerlukan persediaan yang
menunjukkan kefahaman masing- mencukupi dan latihan bagi pelajar
masing. untuk bekerja dalam kumpulan.
▪ Menggalakkan murid berinteraksi ▪ Memerlukan masa yang lama bagi
secara aktif dan positif dalam menyiapkan tugasan sewaktu pdpc.
kumpulan.
3) MANFAAT DARIPADA PENGAJARAN KOPERATIF

1. Menerima kepelbagaian

• Murid berinteraksi sesama sendiri dalam kumpulan kecil serta berkongsi idea dan bertukar
pendapat.

2. Menghargai perbezaan individu

• Murid mempunyai tanggapan masing-masing dan mencipta produk daripada pelbagai


perspektif bagi menghasilkan produk yang menyeluruh dan lengkap.

3. Perkembangan Interpersonal

• Murid berhubung dengan rakan-rakan ketika bekerjasama dalam kumpulan.

4. Penglibatan pelajar secara aktif

• Setiap ahli berpeluang untuk menyumbang idea atau pendapat dalam kumpulan kecil.

4) DENGAN MEMILIH SATU TAJUK MATEMATIK, APLIKASIKAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF


DALAM P&P

Aktiviti PAK21: THINK-PAIR-SHARE

Guru akan memulakan kelas dengan mengajar secara umum berkenaan tajuk ‘Perwakilan Data’.
Kemudian guru memberikan beberapa contoh dan penyelesaian untuk memberikan pemahaman
umum kepada pelajar. Guru memilih pembelajaran secara koperatif dengan melaksanakan aktiviti
“Think-Pair-Share”

Langkah-langkah Think-Pair-Share:

Tahap 1: Think
Seorang guru itu akan membekalkan soalan untuk diselesaikan bagi setiap seorang murid. Ini
bermakna setiap murid akan mendapat soalan yang perlu diselesaikan dan soalan yang diberikan
adalah berbeza. Pada ketika ini, murid akan mula memeras idea untuk memikirkan jawapan yang
sesuai. Pada tahap inilah proses pemikiran terarah dan berpandu terbentuk dengan menggunakan
refleksi (Kagan, 1992). Pada ketika ini, guru akan membuat kawalan kelas dengan pantauan jika ada
sebarang masalah.

Tahap 2: Pair
Pada tahap ini, guru akan mengarahkan murid untuk membincangkan hasil yang diperoleh bersama
dengan pasangan yang telah ditetapkan. Murid akan mula berkongsi maklumat dengan pasangan
masing-masing sambal menunjukkan kaedah mendapatkan jawapan. Saat ini, perkara yang dilihat
ialah, mereka akan berinteraksi dengan satu sama lain seterusnya melatih murid untuk berkolaboratif.
Guru akan terus membuat pantauan untuk melihat keberkesanan aktiviti berpasangan ini.

Tahap 3: Share
Pada tahap ketiga ini, murid akan mula berkongsi maklumat dengan rakan sekelas. Guru akan
menyarankan agar setiap seorang dari kumpulan datang ke hadapan untuk membentangkan atau
melaoprkan operasi, langkah-langkah pengiraan dan sebagainya. Di sini, keyakinan murid dapat
ditingkatkan kebolehan bersuara dihadapan dan menjawab soalan dari rakan-rakan. Guru akan
membuat penilaian dengan hasil murid, melihat kerjasama mereka dan cara mereka mengendalikan
aktiviti. Peluang untuk menilai murid secara formatif juga wujud semasa interaksi antara murid
dengan murid atau murid dengan guru dalam setiap tahap teknik Think-Pair-Share ini.

Rumusan
Melalui pembelajaran koperatif, guru menyediakan pelajar untuk berfungsi dengan berkesan dalam
kumpulan untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia pekerjaan dan kehidupan seharian.

You might also like