You are on page 1of 17

KEPELBAGAIAN

PELAJAR
Model Saale : Aplikasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran

Pensyarah :
DR. RUSLIN BIN AMIR
KEPELBAGAIAN PELAJAR

• Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi
sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek
– aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu
kumpulan.
• Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain kerana setiap
individu tersebut adalah unik.
• Kepelbagaian pelajar ini juga dapat dilihat melalui pemerhatian guru-
guru, ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat dikelilingnya

• Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-


murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
Antara aspek-aspek perbezaan individu yang memberi kesan
kepada pembelajaran mereka termasuklah :

Jantina Perkembangan fizikal, Emosi

Fizikal/Kesihatan Kesihatan/penyakit

Kecerdasan otak Kebolehan menakkul

Bangsa dan bahasa Budaya yang berbeza/jangkaan

Personaliti/sahsiah Aspirasi/motivasi
MODEL SAALE
Systematic Approach for Adapting the Learning
Environment
•Sosio-emosi
PENYESUAIAN •Fizikal
PERSEKITARAN •Tingkah laku

•Rancangan Pengajaran
ADAPTASI PENYESUAIAN •Teknik
MODEL SAALE PENGAJARAN •Format Isi Kandungan
•Media

PENYESUAIAN •Penilaian pelajar


PENILAIAN •Penggredan
MODEL SAALE
Model SAALE telah diperkenal dan digunakan sejak awal tahun 1970-an
lagi. Ia merupakan satu reka bentuk di mana kandungan kurikulum
mungkin memerlukan perubahan (adaptasi) untuk membolehkan
murid-murid yang mempunyai kesukaran untuk belajar mendapat
kurikulum pendidikan biasa seperti pelajar lain .
Penggunaan model SAALE ini telah memberi satu pencapaian
bermakna terhadap pendidikan dalam kepelbagaian populasi . Model
ini adalah model adaptasi. Ia mengandungi tiga komponen besar
adaptasi iaitu:
1) Persekitaran. 2)Pengajaran. 3) Penilaian
Penyesuaian Persekitaran

Adaptasi persekitaran melibatkan guru melakukan


pengubahsuaian persekitaran iaitu :

• Sosioemosi: Interaksi sosial yg sihat, komunikasi


berkesan, ‘peer-to-peer social skills’,

• Fizikal: Interior :- kerusi,meja, alat bantu mengajar


Exterior : - Kemudahan di luar bilik darjah.

• Tingkah laku: Kawalan kelas, menangani masalah disiplin pelajar, memberi


respon baik kepada pelajar bersikap positif.
Penyesuaian Pengajaran

Adaptasi persekitaran pengajaran ialah ia melibatkan


guru melakukan pengubahsuaian terhadap:

• Perancangan pengajaran (Lesson Plan)


• Teknik pengajaran (Teaching Techniques)
• Format kandungan pengajaran (Format of Content)
• Media pengajaran
(1)Perancangan Pengajaran (Lesson Plans)
• Perancangan pengajaran penting supaya objektif pengajaran dpt dicapai.
Perancangan pengajaran ini dibuat berdasarkan Silibus dan Huraian
Sukatan Pelajaran.
• Guru menyediakan rancangan mengajar dengan mengambil kira kebolehan
dan kepelbagaian yang ada.
• Rancangan pengajaran harus disediakan mengikut tahap setiap pelajar
sama ada pelajar tersebut pandai, sederhana atau lemah lemah.
Rancangan pengajaran haruslah mempunyai ciri-
ciri tersebut :
1. Fokus kepada satu objektif sahaja yang spesifik dan jelas.
2. Merancang aktiviti dan strategi dengan baik
3. Merancang bahan dan sumber rujukan yang sesuai
4. Membuat penilaian terhadap keberkesanan objektif pengajaran
guru
5. Menggalakan pelajar menilai diri sendiri
6. Mengambil kira masalah ygbakal dihadapi oleh pelajar
7. Fleksibel
(2) Teknik Pengajaran (Teaching Techniques)

1.Mengenalpasti teknik pengajaran yang sesuai dengan pelbagai gaya


pembelajaran dan tahap pemikiran pelajar.
2.Mengenalpasti kelebihan serta kelemahan stail pembelajaran murid.
Teknik Pengajaran Masteri

• Dikenalkan oleh Bloom (1976)


• 4 tahap iaitu :
1. Pendedahan : kuliah, penerangan, perbincangan
2. Inkuiri : bertanya, menyatakan hipotesis,
mengkelaskan, mensintesis
3. Demonstrasi : eksperimen, pertunjukan, permainan,
kerja lapangan
4. Aktiviti : drama, main peranan, kerja kumpulan
(3) Format Kandungan Pengajaran

1.Menyusun kandungan pengajaran : cara mengambil nota, garis panduan


belajar, lembaran kerja, buku catatan.
2.Membentuk ‘task analysis’ iaitu cara untuk ajar kandungan pengajaran
dalam unit-unit yang kecil
3.Memberi masa secukupnya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. 2
jenis tugasan iaitu tugasan yang diberi di dalam kelas dan tugasan yang
di bawa pulang. Tugasan dibekalkan adalah untuk memperkukuhkan
apa yang telah di ajar dalam kelas.
(4) Media

1.Menyediakan alat bantu belajar dalam bilik darjah (overhead


projector/LCD/Video/Audio)
2.Menggunakan pen pelbagai warna.
3.Papan Kenyataan
• digunakan utk papar rajah/carta
• Dikemaskini, disusun, perlu ada maklumat yang khas dan umum untuk
menarik pelajar.
• Tampalkan hasil kerja terbaik pelajar
• Diuruskan oleh pelajar.
Penyesuaian Penilaian

• Adaptasi penilaian bermaksud bahawa penilaian yang dilakukan


adalah secara menyeluruh.
• Adaptasi penilaian merangkumi penilaian murid dan penggredan.
• Mempelbagaikan bentuk-bentuk soalan seperti esei , soalan struktur,
aneka pilihan dll…
• Sebelum ujian bermula, beri arahan secara lisan dan juga bertulis.
• Memberi ujian melalui komputer
• Adakan re-test jika perlu
KESIMPULAN

• Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya


pembelajaran pelajar akan memberikan faedah kepada semua
pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah
bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran
dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan
pembaikan pengajaran untuk semua. Oleh itu guru perlu kreatif serta
peka kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman mengikut
peredaran semasa.

You might also like