You are on page 1of 24

KERJA KUMPULAN (PEMBELAJARAN KOPERATIF)

PENSYARAH: DR. NIK ZAHARAH BINTI NIK YAACOB


DISEDIAKAN OLEH: VERAWATI BTINTI BOIRAN TENGKU NUR AIN BINTI MOHD KHAIRI

AMALI Aplikasi Strategi Pengajaran Sains

DEFINISI
Johnson & Johnson, 1987
Jenis pembelajaran yang menggunakan kumpulan kecil bagi menggalakkan murid bekerjasama untuk meningkatkan kefahaman pembelajaran mereka.

Kauchak & Eggen, 1998


pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang digunakan bagi membantu murid memenuhi matlamat pembelajaran dan sosial yang spesifik dalam kumpulan berstruktur.

Johnson et al. 1991


Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan kumpulan kerja bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Membolehkan murid pelbagai aras kecerdasan bekerja dalam kumpulan kecil. Guru sebagai fasilitator. Tanggungjawab guru berpindah daripada guru kepada murid. Murid bertanggungjawab dalam memastikan setiap ahli kumpulan memahami isi pelajaran yang dipelajari.

Slarin, 1982
Kaedah pembelajaran pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.

KESIMPULAN DEFINISI
Pembelajaran koperatif merupakan suatu proses pembelajaran yang melibatkan kumpulan kecil daripada murid pelbagai aras. Dimana mereka akan bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat yang sama. Mereka akan dibantu oleh seorang guru (fasilitator).

Matlamat kumpulan

Guru sebagai fasilitator

CIRI-CIRI PEMBELAJAR AN KOPERATIF

Interaksi sosial ditekanka n

Penglibata n murid secara aktif

Murid bekerjasam a antara satu sama lain

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOPERATIF


1. Matlamat kumpulan Matlamat dicapai melalui usaha bersama semua ahli di dalam kumpulan. setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Interaksi sosial ditekankan Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan.

3. Murid bekerjasama antara satu sama lain Pembahgian tugas dilaksanakan Setiap murid harus mengemukakan idea dan pandangan mereka. Kerjasama dapat ditingkatkan. Masalah disiplin dapat dikurangkan.

4. Penglibatan murid secara aktif (pembelajaran berpusatkan murid) 5. Guru sebagai fasilitator

3 ELEMEN UTAMA DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

1) Matlamat kumpulan
Ganjaran diberikan kepada setiap ahli dalam sebuah kumpulan tanpa mengira tahap pencapaian atas dasar kerjasama ahli ahli kumpulan tersebut.

2) Elemen peluang kejayaan yang sama


Setiap murid mempunyai peluang yang sama bagi menerima ganjaran atas usaha mereka.

3) Pertimbangan individu
Tanggungjawab setiap ahli kumpulan untuk menguasai isi kandungan dan penaksiran yang dilakukan pada setiap murid secara individu.

3 JENIS PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM SAINS MENURUT


JOHNSON & JOHNSON, 1994

Kumpulan koperatif asas

Kumpulan pembelajaran koperatif tak formal

Kumpulan pembelajaran koperatif formal

3 JENIS PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM SAINS MENURUT JOHNSON & JOHNSON (1994)
1) Kumpulan koperatif asas Kumpulan ini berfungsi dalam jangka masa panjang. Mempunyai ahli kumpulan yang tetap dan pelbagai. Tanggungjawab asas kumpulan ini adalah memberi sokongan, galakan, bantuan dan bimbingan kepada setiap ahli untuk memastikan perkembangan kognitif dan sosio yang sihat. Contoh aktiviti: melaksanakan kerja projek

2) Kumpulan pembelajaran koperatif tak formal Kumpulan hanya dibentuk pada suatu tenpoh masa sahaja. Dikendalikan dalam 3 hingga 4 orang ahli. Bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat membantu pelajar memberi tumpuan kepada pembelajaran.

3) Kumpulan pembelajaran koperatif formal Murid bekerjasama dalam sesi pengajaran bagi melengkapkan tugasan yang diberi. Tugasan dan peranan murid ditetapkan sesuai kebolehan murid.

Student Team Achievement Division (STAD)

Jigzaw

Pendek atan Pembel ajaran Koperati f

Investigasi kelompok

Pendekatan struktural

Dikembangkan Oleh Robert Slavin dan teman-teman di Universiti John Hopkin. Pendekatan ini menggunakan pembelajaran koperatif yang sederhana. Guru akan memberikan informasi baru kepada semua murid pada setiap minggu menggunakan bahan dalam bentuk teks dan verbal. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan terdiri daripada 4-5 orang ahli yang terdiri dari kelompok heterogen. Setiap seminggu atau 2 minggu guru akan mengadakan kuiz ke atas murid.

Student Team Achievement Division (STAD) (STAD)

INVESTIGASI KELOMPOK
Dikembangkan oleh thelan.

Merupakan model pembelajaran yang paling kompleks dan sukar diterapkan. Murid akan dibahagikan kepada 5-6 orang setiap kumpulan (heterogen). Dalam beberapa masalah/isu murid dibahagikan dengan mempertimbangkan keakraban persahabatan/minat yang sama dalam topik tertentu. Topik yang hendak dikaji boleh dipilih sendiri oleh murid dan mereka akan membuat penyelidikan pada topik tersebut. Laporan kajian perlu dipersembahkan kepada seluruh kelas.

PENDEKATAN STRUKTURAL
Dikembangkan oleh Spencer Kagen dan rakan-rakannya. Memberi penekanan kepada penggunaan struktur tertentu yang dirancang untuk mempengaruhi pola interaksi murid. Struktur tugas yang dikembangkan olah Kagen dimaksudkan sebagai alternatif kepada struktur kelas tradisional (guru mengajukan soalan kepada semua murid dan murid akan memberi jawapan setelah mengangkat tangan dan ditunjuk) Struktur ini menginginkan murid saling bekerjasama dan membantu dalam kelompok kecil dan lebih kepada penghargaan koperatif daripada penghargaan individu.

JIGSAW
Cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil.

Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakanrakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi.

PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF


1) Guru sebagai fasilitator dan bukan sebagai penjawab soalan (guru hanya mengemukakan soalan dan bertindak sebagai pemudahcara murid untuk mendapatkan jawapan). 2) Memberi penjelasan terhadap soalan. 3) Mengulang prosedur dan strategi-strategi penting bagi membolehkan tugasan disempurnakan. 4) Mengajar kemahiran-kemahiran koperatif dan kemahiran lain yang penting. 5) Memantau kumpulan sama ada efektif atau tihdak berfungsi.

KESIMPULAN
Pembelajaran koperatif merupakan suatu proses pembelajaran berpusatkan murid yang melibatkan kerjasama ahli kumpulan kecil yang telah dibentuk bagi mencapai satu matlamat yang sama dengan bimbingan seorang fasilitator. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat mempertingkat kemahiran bersosial dalam diri mereka ketika berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.

RUJUKAN
http://books.google.com.my/books?id=5kts79kJe GYC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false Tarikh askes : 4 februari 2012 http://www.scribd.com/doc/11540191/pembelaja ran-kooperatif Tarikh akses: 7 februari 2012

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan secara berkumpulan

You might also like