You are on page 1of 3

3.

0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak
pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan
kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, peratusan
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set
soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan
tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan
soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

3.1 LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi
Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Mengkaji Menganalisis Menentukan


Menentukan
sukatan objektif bilangan
jenis soalan
pelajaran pengajaran soalan

Rajah 1 Langkah Pembinaan JSU

18
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.
Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan
perbandingan antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran
perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa
pengajaran yang diperuntukkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran


ini dianalisis untuk menentukan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu
diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang
dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas
adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk
menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan
inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang
biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang
biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang
mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,
kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah
penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan
sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada
kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira

19
masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran,
panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
3.2 KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan
pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat
membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terancang dan sistematik. Selain
dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan, JSU akan menjamin kesahan
dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi sampel sukatan pelajaran
dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari
semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan
dibina juga pastinya mengengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan
pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain.

4.0 RUMUSAN

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian.
Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam
sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting yang mana kesemua guru
harus tahu untuk membinanya.

20

You might also like